SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Friday 30 September 2011

Daftar Kata Huruf J

j huruf kesepuluh abjad Rumi.
jaat (Sunda) ark sj kacang panjang, Psophocarpus tetragonolobus.
jab Jh tetap (hati, fikiran, dll), pasti: ~ hati.
jabal I Ar gunung, bukit: ~ Kaf; ~ Uhud;
menjabal ark kelihatan besar spt gunung.
jabal II Jk; menjabal merebut (milik orang), merampas, menyamun;
penjabalan perampasan, perebutan, penyamunan.
jabang I kayu bercabang yg digunakan utk meletakkan meriam, cagak.
jabang II Mn ark jambang.
jabang III; ~ bayi Jw kanak-kanak yg baru lahir, bayi.
jabar I Ar nama yg digunakan utk gugusan bintang belantik, bintang tiga
beradik (Orion).
jabar II; menjabarkan Id mengubah sesuatu bentuk menjadi bentuk yg
lebih mudah difahami: ~ pecahan;
penjabaran perihal (perbuatan) menjabarkan.
jabat; sejabat sepekerjaan: teman ~;
berjabat = berjabat tangan;
menjabat 1.= menjabat tangan memegang; 2. Id memegang
sesuatu pekerjaan, menjawat: Ali ~ pekerjaan itu selama dua
tahun;
jabatan 1. bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus
tugas-tugas tertentu: J~ Perhutanan; J~ Pengajian Melayu di
Universiti Malaya; 2. Id kedudukan rasmi (dlm pemerintahan,
pentadbiran, organisasi, dll) jawatan: menteri itu telah meletakkan
~nya; 3. Id tugas (dlm ilmu kaji hayat, tatabahasa, dan ilmu hisab),
fungsi: imbuhan mempunyai ~ tertentu dlm tatabahasa;
berjabatan Id mempunyai (memegang) jawatan, berjawatan;
penjabatan jabatan;
penjabat Id 1. pegawai dll yg memegang sesuatu jawatan,
pemegang jawatan; 2. orang yg mengerjakan pekerjaan (atau
memegang jawatan) orang lain buat sementara, pemangku (sesuatu
jawatan);
pejabat 1. bangunan (ruang, bilik, dsb) tempat bekerja atau tempat
diselenggarakan pelbagai urusan: ~ syarikat itu di tingkat tiga
bangunan tersebut; ~ pos; budak ~ penyelenggara pejabat, peon;
ibu ~ pusat pentadbiran (kerajaan, perusahaan, pertubuhan, dll); 2.
Id jabatan; 3. Id pegawai kerajaan yg memegang jawatan penting,
pemegang jawatan, penjabat.
jabat tangan; berjabat tangan memegang (menggenggam) tangan (satu
sama lain) sambil menggoncang-goncangnya (sewaktu berjumpa,
diperkenalkan, dll) sbg tanda kemesraan, (saling) bersalaman:
setelah ~ dgn sekalian yg hadir barulah dia duduk;
menjabat tangan berjabat tangan (dgn seseorang),bersalaman: dia
~ kami semua sebelum masuk ke dlm rumah.
jabil Pr pundi-pundi, uncang, undil (dibuat drpd kain atau mengkuang).
jabing; telinga ~ telinga yg besar;
menjabing menarik telinga.
jabir I; berjabir-jabir 1. cobak-cabik, bercabiran, koyak-koyak; 2. Id
longgar terkulai-kulai (bkn baju yg longgar).
jabir II Kl tempat mengisi barang-barang (dibuat drpd kain, mengkuang,
plastik), raga, bakul.
jabu I Kd; berjabu berkepul (abu, asap).
jabu II Kl bulu;
berjabu berbulu, berserabut.
jabun 1. belukar, semak; 2. daun pokok (yg lebat).
jabung I sj perekat yg dibuat drpd gambir dan damar (digunakan utk
melekatkan keris pd hulunya), gala-gala, pakal.
jabung II  jebung.
jadah kata makian (selalunya utk menunjukkan kemarahan): apa ~nya yg
dia menyibuk itu?; haram ~ a) anak yg lahir drpd ibu dan bapa yg
tidak berkahwin, anak haram, anak luar nikah; b) kata makian.
jadam I sj ubat berwarna hitam yg digunakan utk perut (dibuat drpd kayu
gaharu atau daun lidah buaya).
jadam II campuran logam yg berwarna biru tua atau hitam (digunakan utk
melekatkan atau melapiskan perak).
jadar I Kl merempuh, menyerbu.
jadar II sj tumbuhan (pokok besar), mempari, Melletia hemsleyana.
jadi I 1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan
sesuatu, berlangsung: Ali ~ pergi ke Ipoh; 2. berhasil, berjaya:
akhirnya ~ juga pekerjaan itu; 3. selesai (dikerjakan); tidak ~
gagal, tidak berhasil; 4. lahir, dilahirkan; hari ~ a) hari dilahirkan;
b) Id hari natal (Krismas); sejalan ~ saudara seibu; semula ~ sejak
lahir (bkn bakat dll); 5. = jadinya kerananya, kerana itu: ibunya
sakit, ~ terpaksalah dia pulang; 6. = jadilah (ber)setuju: dia ~
hendak membeli tanah itu dgn harga yg ditetapkan; kalau begitu,
~; 7. bertukar kpd: sepatutnya boleh sampai ke rumah dlm masa
setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; 8. sudah siap
(dibuat), sudah selesai: baju yg sudah ~ ;
boleh ~ mungkin, barangkali;
~ alas cakap = ~ pelapik kaki prb hadiah (sagu hati) yg diberi kpd
seseorang yg telah berjasa; ~ air mandi prb perkara yg sudah
menjadi kebiasaan; ~ bapa kuda prb orang lelaki yg suka berkahwin
di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu
pekerjaan; ~ bumi langit prb orang yg sangat diharapkan; ~ dinding
lasak peti manian prb orang yg menjadi harapan raja; ~ kuda beban
prb orang suruhan; ~ penghubung kaki tangan = ~ penghubung
mata telinga prb tempat harapan yg selalu memberi pertolongan; ~
penghubung hujung lidah (mulut) prb orang yg menyampaikan
pesanan seseorang; ~ teluk olakan air prb perdebatan yg hanya
berkisar pd satu masalah; lubuk ~ pantai, pantai ~ lubuk prb nasib
manusia itu tidak tetap, adakalanya senang, adakalanya susah;
sejadinya asalnya (semula jadi): akal manusia dgn keadaan ~
mengandungi sebahagian drpd makrifat semula jadi;
sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuatnya, sekeras-kerasnya:
berteriak ~ ;
menjadi 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk memegang
jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya; dilantik ~
pengerusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang
jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu; 3. bertukar
atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat yg kesibukan
itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya jernih, kini ~
keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu bangga
sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi
doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi
pengurus bank; 5. menjelma sbg;
menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tambah (banyak, besar,
hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~;
menjadikan 1. membuat: mereka bersorak-sorak, ~ suasana
hingar bingar; 2. menyebabkan: kelakuan beginilah yg selalu ~
orang tua kamu susah; 3. menimbulkan: kelewatan penyanyi itu
telah ~ keadaan huru-hara; 4. mencipta, mewujudkan: Tuhanlah
yg ~ alam semesta ini; 5. mengangkat (memilih) sbg: majikannya
telah ~nya pengawas perusahaan itu;
terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~
disebabkan oleh kerosakan elektrik; ~ drpd Id terdiri (terbentuk)
drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur;
jadi-jadian, jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi
binatang (terutamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg
membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2.
nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~;
kejadian 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~
itu; 2. perihal terjadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan
bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan
hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd
setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat;
penjadian perihal (proses) menjadikan, penciptaan, pewujudan;
penjadi ark orang dll yg membuat (menjadikan) sesuatu.
Jadi II; bintang ~ gugusan bintang yg kesepuluh (Capricornus) dlm
zodiak (bintang dua belas); garisan ~ garis lintang yg letaknya
23° 26' di selatan khatulistiwa.
jadual 1. daftar atau senarai fakta (keterangan dll) yg tersusun biasanya
dlm bentuk lajur; 2. susunan acara atau perkara-perkara yg diatur
mengikut masa yg ditentukan: menurut ~, persidangan itu akan
diadakan pd pertengahan bulan November ini;
~ berkala (Kim) susunan unsur-unsur mengikut tertib pertambahan
nombor atom, dgn unsur yg mempunyai sifat kimia yg serupa
ditempatkan dlm kumpulan yg sama (ada lapan belas kumpulan
mengikut susunan menegak dan tujuh kala mengikut susunan
mendatar); ~ waktu susunan perkara-perkara (mata pelajaran di
sekolah dll) mengikut waktu (jam dan hari);
berjadual berperancangan (dr segi tempoh melaksanakan sesuatu):
sukar bagi kita mengawal pelaksanaan kerja yg tidak ~;
menjadualkan 1. membuat jadual (waktu dll); 2. menentukan
waktu (utk mengerjakan sesuatu): kursus itu dijadualkan bermula
pd minggu depan;
penjadualan perbuatan (kerja, tindakan) menjadualkan (membuat
jadual);
penjadual 1. orang yg menyediakan jadual; 2. alat pd mesin taip yg
digunakan utk menyusun data dlm lajur.
jae (jaé)  jahe.
jag bekas (biasanya bertangkai dan berbibir) utk mengisi air dsb; ~ cerek
jag yg boleh digunakan utk memasak air.
jaga 1. dlm keadaan tidak tidur atau sudah bangun (drpd tidur): kanakkanak
itu masih ~; semalam suntuk saya ~; 2. kawal, awasi
(supaya sesuatu tidak hilang dll): Ali, engkau ~ baik-baik barang
itu! ~ malam berkawal (pd waktu malam); rumah ~ rumah tempat
orang berkawal; wang ~ Id wang cadangan (wang yg disimpan utk
digunakan apabila kekurangan wang dsb); 3. orang yg berkawal
(mengawas): seorang ~ tercegat di depan bank itu; ~ kereta bp
atendan letak kereta;
berjaga 1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dsb): Ahmad ~
hingga ke pagi; 2. berawas: pihak polis sedang ~ di kawasan
perompakan itu;
berjaga-jaga 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin
dll), merayakan (perkahwinan dll) beberapa hari berturut-turut:
maka raja pun mulai ~ akan mengahwinkan anakanda baginda
dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas:
mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu;
menjaga 1. mengawal, mengawas: Parlimen ~ dan mengawal
bagaimana wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; tembok
itu dibina utk ~ bahaya bah; 2. memelihara, membela, mengasuh:
dia ~ ketiga-tiga orang anaknya; 3. memberi perhatian kpd,
memelihara: tiap-tiap orang patut ~ kesihatan dirinya sendiri; 4.
berikhtiar atau berusaha (supaya): kita mestilah ~ bersungguhsungguh
supaya perkara spt itu tidak akan berlaku lagi;
menjagakan membangunkan (drpd tidur), menggerakkan: ibu ~nya
pd pukul enam pagi;
terjaga 1. terbangun atau tersedar (drpd tidur): dia ~ drpd tidur
kerana bunyi bising itu; 2. terkawal, terpelihara: setiap tutur
katanya ~ ;
jagaan 1. pengawasan, kawalan: orang itu masih dlm ~ polis; 2.
peliharaan, belaan: budak itu di bawah ~nya;
kejaga-jagaan tidak dapat tidur semalam suntuk;
penjagaan hal atau perbuatan menjaga;
penjaga 1. orang yg mengawas (mengawal, memberi perlindungan,
dll): sekolah itu sudah dibuka oleh ~nya; 2. penunggu, hantu (atau
makhluk halus) yg menunggu sesuatu tempat (spt pohon, batu,
sungai, dll): orang kampung itu percaya bahawa pohon besar itu
ada ~nya; 3. orang yg sangat cermat (berhati-hati); 4. ark wang
jaga-jaga.
jagabaya Jw ark pegawai keamanan kampung.
jagak Kl; ~ lelanang kacak dan berani, sombong dan berani mati.
jagal I perniagaan (secara) kecil-kecilan, dagang runcit;
berjagal berniaga secara kecil-kecilan, berdagang runcit;
jagalan 1. barang yg dijual secara runcit; 2. barang yg rendah
mutunya;
penjagalan perbuatan atau usaha berniaga secara kecil-kecilan;
penjagal orang yg berniaga secara kecil-kecilan, pedagang runcit.
jagal II Jw orang yg menyembelih (lembu dll), pembantai;
menjagal menyembelih (lembu dll), membantai;
penjagalan 1. perbuatan menjagal; 2. = pejagalan tempat orang
menyembelih lembu dll.
jagang Jw 1. tiang utk menyokong (rumah dll), tiang penopang
(penyokong); 2. sj parit (yg dibuat di sekeliling benteng, istana, dll).
jagat I alam, dunia;
sejagat seluruh dunia, sedunia, antarabangsa: manusia ~ ;
menyejagatkan menjadikan sesuatu (nilai, alam, dll) sejagat: nilainilai
klasik baru yg disejagatkan;
kesejagatan hal (keadaan, sifat) sejagat, keuniversalan : ~ Islam yg
tidak membezakan asal-usul keturunan dan bangsa;
penyejagatan perihal atau proses menyejagatkan sesuatu: ~ alam
tempatan dlm alam Islam.
jagat II bintik-bintik perang kehitam-hitaman pd kulit (biasanya pd muka)
kerana kena cahaya matahari, tetua.
jagatraya ark seluruh dunia.
jago Jw jaguh.
jaguar sj binatang liar yg rupanya seakan-akan harimau bintang tetapi
ekornya lebih pendek dan tompok-tompok pd badannya lebih besar,
biasanya terdapat di Amerika Selatan dan Amerika Tengah,
Panthera onca.
jaguh I 1. ayam jantan; 2. calon (dlm sesuatu pemilihan): dlm pilihan
raya yg akan datang dialah ~ UMNO di kawasan ini; 3. = jagoan
Jk orang yg terkemuka (ahli) dlm sesuatu lapangan: Rustam
seorang ~ politik;
~ gelut orang yg suka berkelahi (bergomol); ~ kapuk Id bekas
pemain (bola dsb); ~ keprok Id ark orang yg menjadi tukang pukul;
~ tinju johan tinju, orang yg kerjanya bertinju;
menjaguhi menjadi jaguh (terkemuka) dlm (sesuatu bidang dsb):
dia memang berusaha keras utk ~ permainan itu kali ini;
menjaguhkan menjadikan calon, mencalonkan;
kejaguhan perihal menjadi jaguh (orang yg ahli dlm sesuatu
lapangan), kehandalan, keunggulan: Bahri memperlihatkan ~nya.
jaguh II 1. ~ padang, sj burung, Eupodetis bengalensis; 2. ~ rumput, sj
burung, Otis tarda.
jagung sj tumbuhan yg buahnya bertongkol dan berbijirin yg boleh
dimakan, Zea mays;
setahun ~ = seumur ~ a) lebih kurang 100 hari (tiga bulan); b)
terlalu muda;
berjagung-jagung; baik ~ sementara padi belum masak prb
sementara menunggu sesuatu yg lebih baik, yg kurang baik pun
boleh dipakai dahulu;
menjagung 1. menyerupai biji jagung; 2. mulai tumbuh (padi, gigi,
penyakit cacar, dll).
jagur bagur, besar tubuh (jika dibandingkan dgn umurnya); si ~ =
penjagur Id meriam kuno yg besar (sekarang disimpan di muzium
Jakarta).
jah I kebesaran, kemegahan, kemuliaan.
jah II Kl sahaja.
jaha sj tumbuhan (pokok), johar, Cassia siamea.
Jahai penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Negrito, yg
tinggal di Hulu Perak (Banun, Sungai Tiang dan Persisiran
Empangan Temenggor) dan Hulu Kelantan (Sungai Rual dan Jeli).
jahan 1. sj ikan laut (ridipnya berbisa), Arius thalassinus; 2. sj ikan laut
Neroma thalassinus.
jahanam Ar 1. = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak
mengikut perintah Allah menerima hukumannya: orang yg tidak
mengikut perintah Allah akan dimasukkan ke dlm neraka ~; 2.
orang yg jahat lagi terkutuk: kau boleh pergi dr sini ~ ; 3. rosak:
jam itu telah~;
menjahanamkan 1. membinasakan, memusnahkan: bom yg
digugurkan telah ~ beberapa buah bangunan; 2. merosakkan:
mereka dilarang ~ barang-barang mainan itu; 3. meruntuhkan:
kita tidak seharusnya ~ rumah tangga orang lain; 4. mengutuk,
menyerapah;
penjahanam orang yg menjahanamkan sesuatu (harta benda,
kehidupan orang lain dsb), pemusnah: ada antara mereka yg
bermuka-muka sbg pembela rakyat, tetapi sebenarnya ~ dlm serba
hal.
jahang I (warna) merah tua.
jahang II bahasa yg kasar;
menjahang 1. mengherdik; 2. menghamun, memaki hamun.
jahar Ar nyaring, lantang.
jaharu sl 1. (orang yg) hina: 2. penjahat.
jahat buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang
yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan
sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan,
pekerjaan yg buruk hendaklah dihindarkan;
sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat sekalipun: ~ harimau itu
tidak akan sanggup memakan anaknya sendiri;
berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn
Tipah;
berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana
berdatang sembah ~ Bendahara;
menjahati melakukan perbuatan jahat terhadap: kita dilarang ~
orang yg lemah;
menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. memfitnah, memburukkan;
kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat;
penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll);
~ perang a) orang yg menyebabkan (menimbulkan) peperangan; b)
askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri
yg diduduki.
jahe (jahé) Id halia, Zingiber officinale.
jahid  zahid.
jahil 1. Ar tidak mengetahui (ajaran agama Islam, sesuatu hal, dll), bodoh:
Dolah ~ dlm hal agama; 2. cetek pengetahuannya;
~ basit (orang yg) jahil tetapi sedar akan kejahilannya; ~ murakab
(orang yg) jahil dan tidak pula menyedari kejahilan dirinya; ~
teropong Kl bodoh dan tidak mahu menerima ajaran-ajaran orang; ~
tukil Kl terlalu jahil;
menjahilkan menjadikan (menyebabkan atau menganggap) jahil:
janganlah begitu mudah kita ~ orang lain;
kejahilan perihal jahil, kebodohan (dlm hal agama, sesuatu perkara,
dll).
jahiliah Ar gelaran kpd umat Arab (sebelum lahirnya Nabi Muhammad)
yg tidak menerima kebenaran (ajaran para nabi dan rasul sebelum
kedatangan Islam); zaman ~ zaman sebelum kedatangan Islam.
jahit menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang;
jenis-jenisnya: ~ cengkam; ~ bunga padi;~ lubang; ~ sangkut; ~
silang pangkah; tukang ~ = penjahit;
berjahit (telah) dijahit: sehelai kain sarung yg belum ~; dua helai
kain putih yg sudah siap ~;
menjahit 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan
jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit;
2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya;
jahit-menjahit pekerjaan menjahit (membuat pakaian dsb): dia
membuka sebuah sekolah ~;
menjahitkan 1. menjahit utk orang lain: Aminah ~ adiknya baju; 2.
menjahit sesuatu dgn (sesuatu) yg lain: dia ~ lengan baju itu dgn
bahagian badannya;
jahitan 1. cara menjahit; 2. benda yg dijahit; 3. hasil menjahit;
penjahitan perbuatan (kerja) menjahit;
penjahit 1. orang yg kerjanya membuat pakaian, tukang jahit; 2.
jarum yg digunakan utk menjahit.
Jahut penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Senoi yg
tinggal di daerah Temerloh dan Jerantut di Pahang.
jail I; tali ~ = penjail joran yg digunakan utk menangkap udang (punai
dll).
jail II Jk 1. dengki; 2. suka mengusik;
menjaili 1. mendengki; 2. mengusik.
jaing sj tumbuhan (pokok), Rhodamnia trinervia.
jais tidak berbekas;  kalis.
jaiz Ar apa yg diharuskan (menurut agama Islam) tetapi boleh juga tidak
dikerjakan.
jaja; berjaja 1. mencari rezeki (nafkah, pendapatan, dsb) dgn membawa
barang dagangan berkeliling utk dijual: Yahya didenda kerana ~
tanpa lesen; 2. berjual: dia dilarang ~ di situ;
menjajakan 1. menjual barang dagangan dgn membawanya
berkeliling: riuh-rendah bunyi orang ~ barang dagangan masingmasing;
2. ki menyebarkan (menyatakan dsb) ke sana sini atau
merata-rata: Menteri Pendidikan menasihatkan rakyat supaya tidak
terperangkap dgn fikiran sempit golongan yg ~ pendapat mereka
sbg sesuatu yg mutlak; ~ khabar;
jajaan benda atau barang yg dijajakan;
penjajaan perbuatan (kerja) menjajakan;
penjaja orang yg berjaja: seorang ~ telah dikenakan denda
sebanyak RM100.
jajah; menjajah 1. pergi dr satu tempat ke tempat lain, menjelajah: kami
telah ~ ke seluruh tempat itu; 2. menakluk dan memerintah sesuatu
daerah: sebelum orang Portugis datang ~, kota Melaka merupakan
pusat kebudayaan Melayu; 3. ki menakluki, menguasai: peristiwa
semalam sedang ~ pemikiran Sagid;
terjajah dlm keadaan dijajah: kita mesti membantu perjuangan
rakyat yg masih ~;
jajahan 1. kawasan yg termasuk dlm satu pentadbiran: negeri
Johor dgn segala ~nya; 2. daerah atau kawasan (negeri dll) yg
ditakluki: tanah ~ British; jalan ~ Id jalan kecil, lorong;
penjajahan perihal atau perbuatan menjajah (sesebuah negeri atau
kawasan lain): dia berjuang utk menamatkan ~ di negeri itu;
penjajah bangsa (negeri) yg menjajah sesebuah negeri lain.
jajak Jk; menjajak, menjajaki menduga, mengajuk.
jajal Jk; menjajal mencuba.
jajan Jk = berjajan membeli kuih dll, mengudap; wang ~ wang pembeli
kuih dll.
jajap; menjajap menjelajah;
penjajap sj kapal perang Bugis; spt ~ berpaling hendak hilir prb
perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebatnya serta
menarik.
jajar I banjar, baris, deret;
sejajar 1. terletak sebaris, sederet, sebanjar: rumahnya ~ dgn
rumah saya; 2. sama (tingkat, darjat, dll), setaraf: kedudukannya
sekarang ~ dgn kedudukan orang-orang kaya; 3. selari, sama arah
dan jarak di antaranya, searah: dua garisan yg ~;
menyejajarkan 1. membuat supaya sebaris, sederet; 2.
menyamakan kedudukan (tingkat, darjat), menyetarafkan;
kesejajaran perihal (keadaan dsb) sejajar: sebuah drama yg baik
apabila adanya ~ antara perkembangan plot dgn pembinaan
perwatakan;
penyejajaran 1. persamaan taraf (tingkat, darjat); 2. perselarian,
persamaan arah dan jarak di antaranya;
berjajar berderet, berbaris, berbanjar;
berjajaran berderet-deret, berbaris-baris, berbanjar-banjar: pokok
kelapa ~ di sepanjang jalan itu;
menjajarkan 1. mengatur supaya berjajar (berderet, berbaris),
menjadikan selaras; 2. menyamakan kedudukan (darjat dll),
menyetarafkan;
jajaran deretan, barisan, banjaran; ~ genjang Id segi empat selari;
penjajaran perihal (perbuatan dsb) menjajarkan.
jajar II Mn = jajaran alur bekas ditenggala, parit;
menjajar menenggala;
menjajarkan mengheret, menyeret;
terjajar terseret: pemuda itu ~ ke belakang.
jajat I mengejek, mengajuk, menggiat.
jajat II Kl; menjajat berjalan merata-rata, mengembara.
jak I Kl cara menikam (dgn deras).
jak II Kl raga besar.
jak III Kl semenjak, dari.
jaka I bermain guli.
jaka II Jw jejaka.
jakah Kl langkah.
jakal sj anjing hutan yg berbulu kuning, Canis aureus.
jakas sj tumbuhan (pokok), mengkuang, Pandanus spp.
jaket (jakét) 1. sj kot pendek berlengan dan terbuka di depan, labuhnya
hingga ke punggung; ~ keselamatan sj jaket tidak berlengan yg
boleh dikembungkan, biasanya digunakan ketika kecemasan dlm
air; 2. balutan yg direka bentuk utk melindungi kulit buku;
berjaket memakai jaket: Emil ~ kulit berwarna hitam.
jaki berasa marah, meradang.
JAKIM akronim bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
jaksa Id pendakwa raya, pegawai undang-undang yg mengemukakan
tuduhan dan menyampaikan dakwaan dlm proses perbicaraan di
mahkamah;
~ agung peguam negara; ~ panitera pegawai yg menuntut perkara
dlm pengadilan negeri; ~ tinggi jaksa yg bekerja di mahkamah
tinggi;
kejaksaan 1. pejabat jaksa; 2. kekuasaan utk menuntut perkara.
jaksi Id; topi ~ sj topi (yg dibuat drpd mengkuang).
jakun I Mn halkum.
Jakun II penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-
Proto yg tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan
Negeri Sembilan).
jakuzi sj tab mandi, kolam dsb yg airnya sentiasa berpusar utk mengurut
badan.
jala I sj alat berbentuk jaring yg digunakan utk menangkap ikan;
~ anding sj jala utk menangkap ikan anding; ~ rambang sj jala yg
mempunyai mulut besar; ~ rambut kain net kecil drpd nilon yg
digunakan utk menutup rambut wanita agar kelihatan kemas; ~
tambang sj jala utk menangkap ikan tambang; ~ udang sj jala kecil
utk menangkap udang; ikan terkilat, ~ tiba prb sangat cepat dapat
menangkap maksud perkataan orang, tindakan yg cepat;
jala-jala, jejala sesuatu yg menyerupai jala (kisi-kisi dll), bahagian
atau dinding rumah yg berlubang-lubang (berkerawang dll) tempat
angin masuk; ~ rambut jala rambut;
berjala 1. mempunyai jala; 2. menyerupai (berbentuk) jala:
tumbuhan itu, uratnya berkayu dan ~;
menjala menangkap ikan dgn menggunakan jala; siapa ~ siapa
terjun prb siapa yg ingin sesuatu dialah yg harus berusaha;
penjalaan perbuatan (kerja) menjala;
penjala orang yg menjala.
jala II; ~ mas Kl sj kuih yg dibuat drpd telur.
jalad I Ar algojo, pertanda.
jalad II Id hawa sejuk yg boleh membekukan air.
jalak I 1. sj burung (termasuk jenis burung tiung, tetapi agak kecil
sedikit), Sturnupostor jalla; 2. = ayam ~ ayam jantan yg berani
(digunakan utk bersabung); 3. ki orang yg berani.
jalak II sj perahu layar (bertiang satu atau dua) yg digunakan di Pantai
Timur Semenanjung Malaysia.
jalal Ar kebebasan, kemuliaan, keluhuran.
jalan 1. tempat lalu lintas (utk orang, kenderaan, dll): belanja membuat ~;
2. tempat yg harus dilalui atau dilintasi supaya sampai ke tempat
(ruang) tertentu, laluan: tolong tunjukkan ~ ke rumah datuk
penghulu; ~ laut laluan yg diikuti di laut utk pergi ke sesuatu
tempat; 3. gerakan (kereta, enjin, dll): kereta itu sangat laju ~nya;
jam itu cepat ~nya; 4. perkembangan sesuatu peristiwa (cerita,
perundingan, dll): ~ cerita; 5. cara, ikhtiar, usaha: semua ~ utk
mencapai perdamaian telah pun difikirkan; itulah ~ yg baik sekali
utk kamu; mencari ~ berikhtiar, berusaha; 6. bp dapat diterima
(atau dipakai), laku, berhasil: temberang engkau itu tak ~ di sini; 7.
Id perangai, tingkah laku; 8. bp berangkat, pergi (meninggalkan
sesuatu tempat): selamat ~;
~ bahasa cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa; ~
belakang a) jalan masuk melalui pintu belakang; b) ki cara
melakukan sesuatu dgn tidak mengikut peraturan yg telah
ditentukan; ~ buntu a) jalan yg tidak bersambung lagi; b) =
menemui ~ buntu terhenti (mesyuarat dll) kerana tidak ada kata
sepakat, kandas; ~ cagak (tiga, empat, dll) jalan yg bercabang (tiga,
empat, dll); ~ damai cara (ikhtiar) mencapai perdamaian; ~ enam
tahun belum genap enam tahun; ~ fikiran cara pemikiran; ~ jajahan
Id jalan kecil, lorong; ~ keluar a) jalan utk keluar (dr sesuatu
tempat); b) cara utk menyelesaikan sesuatu perkara (masalah dll); ~
kereta api landasan kereta api; ~ masuk jalan utk masuk ke sesuatu
tempat atau kawasan; ~ mati jalan yg tidak digunakan lagi; ~
memintas = ~ rentas jalan potong (yg lebih pendek) yg merentasi
atau memintas sesuatu kawasan; ~ nafas rongga tempat nafas keluar
masuk; ~ pengajaran cara menyusun dan memberikan pelajaran; ~
raya jalan besar; ~ samping a) jalan kecil yg selari dgn jalan besar;
b) jalan di tepi rumah; ~ sehala jalan yg boleh dilalui kenderaan yg
bergerak satu hala sahaja; ~ serap jalan kecil yg hanya dapat dilalui
orang (terjadi kerana kerap dilalui); ~ serong a) jalan bengkok; b)
niat jahat; c) perbuatan yg tidak baik; ~ simpangan jalan yg
menyimpang dr jalan besar; ~ simpang tiga (empat) jalan yg
bersimpang tiga (empat); ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn
jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kompleks,
kedai dsb; ~ tengah a) jalan yg terletak di tengah; b) keputusan
(pendapat) yg diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yg
berbeza; ~ tikus jalan yg kecil (yg terdapat di kampung-kampung
atau di hutan-hutan); ~ umum jalan utk semua orang dan kenderaan;
~ diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas prb adat
istiadat dlm suatu negeri diubah oleh orang asing yg menempat di
situ (suatu keaiban); ~ di tepi-tepi, benang arang orang jangan
dipijak prb kalau merantau di negeri orang hendaklah bersopan
santun; ~ mati lagi dicuba, inikan pula ~ binasa prb orang yg
berani itu tidak membilang lawan atau memilih perbuatan; ~ raya
titian batu prb adat atau aturan yg telah lazim dr dahulu dan belum
berubah-ubah; ~ spt orang berak di tengah ~ prb sindiran kpd
orang yg pemalu; sedepa ~ ke muka, setelempap ~ ke belakang prb
hal orang yg maju ke muka utk mencapai cita-citanya; seiring
bertukar ~ prb mempunyai haluan (tujuan) yg berbeza; sekali ~
terkena, dua kali ~ tahu prb seorang hanya boleh ditipu sekali
sahaja; sesat di hujung ~ balik ke pangkal ~ prb kalau berbuat salah
pd peringkat akhir hendaklah disusul kembali kpd asalnya;
sejalan 1. sama arah (tujuan, pemikiran, dll): hujah mereka ~ dgn
hujah kami; 2. bkn garisan selari, sejajar; dua garisan ~ dua garisan
yg sejajar; saudara ~ jadi saudara seibu;
berjalan 1. bergerak (ke depan dll) dgn kaki: setelah diberi isyarat
kanak-kanak itu pun mulai ~; 2. bergerak dr satu tempat ke tempat
lain: kereta api itu ~ dgn lajunya menuju ke pelabuhan; 3.
berangkat, pergi (menuju) ke: ... baiklah engkau bawa sedikit
bekalan sebab engkau hendak ~ jauh; 4. berlangsung, berlaku,
terjadi: persidangan itu ~ dgn lancarnya; peraduan itu akan ~
selama tiga bulan;
~ darat pergi ikut jalan darat (tidak ikut jalan laut atau udara); ~
kaki berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan dll; ~ serong
(bersikap) tidak jujur; ~ dr pintu belakang prb tidak mengikut
peraturan yg ditentukan, tidak jujur; ~ jauh banyak dilihat prb
orang yg banyak merantau akan mendapat banyak pengalaman; ~
peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah = ~ selangkah
menghadap surut, berkata sepatah difikirkan prb dlm melakukan
sesuatu pekerjaan hendaklah senantiasa berhati-hati; ~ sampai ke
batas, belayar sampai ke pulau prb hendaklah mengerjakan sesuatu
pekerjaan itu hingga selesai;
berjalan-jalan 1. bersiar-siar makan angin dgn berjalan kaki: Ali
pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu; 2. melancong: setiap
musim cuti, mereka pergi ~ ;
menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan;
menjalankan 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta,
kereta api, mesin, perniagaan, dll): dia cuba ~ kereta itu tetapi tidak
berjaya; sesudah ayahnya meninggal, Alilah yg ~ perusahaan itu;
2. mengerjakan (tugas dll), melaksanakan: Pak Leman tidak berasa
susah atau berat utk ~ tugasnya sbg seorang penarik beca;
terjalan dapat berjalan: dia keletihan dan tidak ~ lagi;
jalanan bp 1. jalan, lorong; 2. dlm perjalanan;
perjalanan 1. perihal berjalan (bergerak), gerakan: dia
bertanggungjawab atas ~ pejabat; bertanggungjawab mentadbir ~
koperasi; 2. = kejalanan ark perihal berpergian (kepergian): ibunya
meninggal dlm ~ ke Mekah; 3. pengaliran: kotoran menghalang ~
minyak itu;
penjalan ark(orang) yg menjalankan (kereta, perintah, dll): ~ kereta
kuda itu ialah seorang tua yg berjanggut; orang yg suka berjalan;
pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki (di jalan raya dsb): masih
banyak ~ kaki yg tidak mematuhi peraturan ketika menyeberangi
jalan.
jalang I tidak mempunyai tempat tinggal yg tetap, liar;
kerbau ~ kerbau yg tidak dipelihara orang, kerbau liar; perempuan
~ perempuan jahat, pelacur;
menjalang menjadi buas, menjadi liar: dia ke kota dan ~ di sana;
kejalangan perihal jalang, (kebuasan, keliaran): di daerah terpencil
itu ~ masih berleluasa.
jalang II; rumput ~ sj tumbuhan (herba), rumput tahi ayam, tahi anjing,
Ageratum conyzoides.
jalang III Mn jelang II.
jalangkah jalan raya yg berupa jambatan yg melintasi jalan raya yg lain.
jalangkung ark sj permainan yg dimainkan dgn memanggil orang halus.
jalar; ubi ~ ubi yg pokoknya melata;
berjalaran, berjalar-jalar merayap, melata (bkn pokok dll),
bergerak (perlahan), merayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan, dsb):
cacing ~ ke sana ke mari di dlm bekas itu; akar ~ sj tumbuhan,
akar gegerit besi;
menjalar 1. bergerak perlahan(-lahan), merayap: ulat itu ~ ke
arahnya; 2. (tumbuh) melata (bkn tumbuh-tumbuhan spt pokok
labu, kacang panjang, dll): tumbuh-tumbuhan yg ~; 3. merebak (api
dll); 4. merebak, menular (bkn penyakit dll): wabak taun telah ~ ke
daerah selatan pulau itu; 5. meluas, berkembang merebak
(meluas): gerakan antikerajaan oleh kaum Buddha telah ~ di
Vietnam Selatan; perkembangan ini kemudiannya ~ ke luar
Eropah;
menjalari 1. menjalar di: ular-ular ~ peti-peti kaca itu; rumpai
telah ~ timbunan kayu itu; 2. merebak (melarat) ke: api telah ~
keseluruhan kawasan itu; 3. menulari, merebak ke, menjangkiti:
demam selesema ~ ramai pelajar;
menjalarkan 1. menjadikan (membiarkan) menjalar; 2.
menjangkitkan, merebakkan, meluaskan;
terjalar seakan-akan (spt) menjalar; jatuh ~ jatuh terlungkup;
jalaran tempat menjalar (tumbuh-tumbuhan dll);
penjalaran perihal menjalar (tumbuh-tumbuhan dll);
penjalar (Bio) tumbuhan yg tumbuh melata di atas tanah atau
memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok
labu dan tembikai.
jalat Kl berasa hendak muntah (kerana makan sesuatu).
jaleh (jaléh) Mn jelas.
jali I Ar jelas, nyata, terang;
terjali menerima wahyu (ilham).
jali II; ~ batu sj tumbuhan (pokok), banton, medang pupoi, meroyan batu,
Vitex coriacea.
jalia ark sj kapal perang pd masa dahulu.
jalibut sj perahu yg didayung.
jalin 1. anyam, kepang; rambut ~ rambut yg berkepang; tikar ~ tikar rotan
(tersusun); 2. rangkai;
berjalin 1. beranyam, berkepang: bakul yg ~ ; 2. berangkai (benda
panjang spt buluh, rotan, bilah, dll): bidai itu dibuat drpd bilah
kayu ~; 3. = berjalinkan = ~ dgn terselip dgn: novel yg ~ sejarah;
berjalin-jalin = berjalinan 1. beranyam-anyam, berkepangkepang;
2. berangkai-rangkai, berkait-kait, bersambung-sambung;
menjalin 1. menganyam (mengepang) rambut dll: ~ rambut; 2.
menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah
penyusunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. menyusun (mengarang)
cerita dll: ~ cerita; 4. mewujudkan, menjadikan ada: ~
persahabatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim;
menjalinkan 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2.
menyelipkan, memasukkan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm
novelnya; 3. mewujudkan: ~ perhubungan; 4. mengeratkan;
memperjalinkan menjadikan berjalin atau berangkai;
terjalin 1. teranyam, terkepang; 2. terangkai; 3. terselip; 4. telah
wujud, ada (persahabatan dll): kerjasama antara Amerika dan
Kanada telah lama ~;
jalinan sesuatu yg dijalin (terjalin);
keterjalinan perihal (keadaan) terjalin: ~ antara unsur-unsur
karya;
penjalinan perbuatan menjalin (menjalinkan);
penjalin 1. tali dll yg digunakan utk menjalin sesuatu: ayah sibuk
meraut rotan ~ lukahnya; 2. Jw rotan; 3. orang yg menjalin sesuatu.
jalir; menjalir, menjalirkan mengalir(kan);
penjaliran pengaliran.
jalis Ar kawan, sahabat.
jaloi sj ikan darat, Ophicephalus merulioides.
jalu susuh ayam jantan;
berjalu bersusuh;
menjalu memukul (menikam, mencucuk) dgn jalu.
jalur I 1. garis yg agak lebar dan lurus (pd kain dll), loreng yg lurus,
belang; 2. ruang panjang yg terletak di antara dua garis (batas,
deret, dll), lajur; 3. sesuatu yg nipis serta panjang; 4. kayu nipis dan
panjang yg dipakai sbg lidah utk menyambung kayu; 5. (Komp)
spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm
sistem telekomunikasi; 6. (Komp) jejak pd cakera, katrij, atau
gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data;
~ asas (Komp) jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal,
sebelum isyarat tersebut diproses; J~ Gemilang nama bendera
negara Malaysia; ~ lebar (Komp) jalur frekuensi saluran
penghantaran yg mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara
3000 hertz; ~ tenaga (Kim) jalur yg terbentuk drpd aras-aras tenaga
yg selanjar dan sangat rapat dlm pepejal berhablur;
berjalur, berjalur-jalur 1. bergaris-garis yg lebarnya sama dan
warnanya berlainan, berloreng lurus: bendera itu ~ putih merah; 2.
mempunyai ruang panjang (di antara dua garis dll): kain itu
dipotong ~ ;
jaluran 1. jalur: tikar mengkuang itu ada ~ merah; 2. perihal
berjalur: saraf ~ .
jalur II sj perahu (dibuat drpd sebatang kayu yg dikorek).
jalur-jalur sj ikan laut, Gymnocaesio spp.
jam 1. sj alat utk menunjukkan (mengukur) waktu; 2. = satu ~ waktu yg
lamanya 60 minit atau 1/24 hari; 3. tanda waktu, pukul: dia tiba di
pejabat sebelum ~ lapan pagi; 4. ketika, saat, waktu: ~ orang
hendak berangkat ~ itulah engkau hendak mandi;
~ bicara waktu yg ditetapkan utk menerima tetamu; ~ dalaman
(Komp) peranti atau isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan
atau pembilangan dlm sistem komputer; ~ digital (Komp) a) deretan
isyarat berdenyut yg dijanakan dlm sistem digital sbg isyarat
rujukan utk menyegerakkan sistem; b) penyata waktu yg
memaparkan nilai waktu dlm bentuk digital; ~ dinding sj jam yg
digantungkan di dinding; ~ induk (Komp) a) sj peranti elektronik yg
menjanakan isyarat masa utk digunakan sbg rujukan bagi semua
pengendalian komputer yg segerak; b) isyarat masa yg digunakan
sbg rujukan utama bagi semua pengendalian komputer atau sistem
segerak; ~ kawalan (Komp) jam elektronik dlm perkakasan sistem
yg digunakan oleh sistem tersebut utk menentukan masa pengaliran
suruhan dan data; ~ kerja masa yg ditentukan utk bekerja, waktu
kerja; ~ kuarza jam yg berfungsi dgn menggunakan getaran hablur
kuarza yg dikawal oleh mikrolitar; ~ loceng jam berloceng yg boleh
berbunyi pd waktu yg ditetapkan; ~ luaran (Komp) peranti atau
isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan atau pembilangan di
luar sistem utama komputer; ~ masa nyata (Komp) a) peranti jam
yg menjanakan masa yg nilainya sama dgn masa sebenar
(berbanding dgn masa khayalan yg bermula apabila komputer
dihidupkan atau berdasarkan masa yg ditentukan oleh atur cara); b)
isyarat jam yg ditentukan oleh masa sebenar; ~ matahari sj peranti
(digunakan pd masa dahulu) yg menunjukkan waktu dgn bayangan
sesuatu yg terhasil drpd pancaran matahari; ~ pasir alat mengukur
waktu dgn menggunakan pasir; ~ pelajaran waktu yg ditentukan utk
memberi pelajaran; ~ penggera jam yg mempunyai peranti yg
berbunyi apabila sampai pd waktu yg ditetapkan; ~ randik = ~ detik
jam utk mengukur dgn detik; ~ saku sj jam yg diletakkan di dlm
saku; ~ tangan sj jam yg dipakai di tangan;
berjam-jam beberapa jam berturut-turut: ~ dia menunggu
kawannya.
jama Kl sj pisau.
jamadat Ar ark segala benda yg tidak bernyawa (bukan organik).
Jamadilakhir bulan keenam dlm tahun Hijrah.
Jamadilawal bulan kelima dlm tahun Hijrah.
jamah; menjamah 1. menyentuh (dgn tangan dsb), memegang; 2. makan
sedikit, merasa: seumur hidupnya dia belum pernah ~ makanan spt
itu; 3. ki menyetubuhi, meniduri (perempuan): gadis yg sudah
dijamah orang;
jamah-jamahan sl hamba perempuan yg juga dijadikan gundik;
jamahan ki sentuhan;
penjamahan 1. perbuatan menjamah; 2. ark pegangan, pekerjaan
(yg dipegang).
jamak I Ar kelonggaran yg diberikan utk menghimpunkan solat fardu
(dgn syarat yg dibolehkan): sembahyang ~;
~ takdim perbuatan menghimpunkan sembahyang (zohor dan asar,
atau maghrib dan isyak) yg ditunaikan pd waktu sembahyang yg
pertama (zohor atau maghrib); ~ takhir perbuatan menghimpunkan
sembahyang (zohor dan asar, atau maghrib dan isyak) yg ditunaikan
pd waktu sembahyang yg kedua (asar atau isyak);
menjamakkan menghimpunkan dua solat (zohor dan asar atau
maghrib dan isyak) dlm satu waktu.
jamak II 1. sudah sememangnya; 2. biasa, lazim: sudah ~ nya;
sejamaknya 1. sememangnya, sewajarnya, sepatutnya; 2.
selazimnya;
menjamakkan membuat menjadi biasa (lazim), melazimkan;
kejamakan hal yg biasa, lazim.
jamak III (Lin) lebih drpd satu, banyak;
menjamakkan menjadikan banyak (bentuk jamak);
jamang I = jejamang sj perhiasan yg dibuat drpd emas atau perak dan
dipakai di dahi atau di kepala.
jamang II Mn; sejamang sebentar.
jamba sj tumbuhan (herba), Neuwiedia lindleyi.
jambak I 1. karangan (bunga, kunci, dll), rangkai, berkas: se~ bunga;
orang se~ orang yg seketurunan; 2. gombak (atau bulu) pd dahi
kuda;
berjambak-jambak berkarang-karang, berangkai-rangkai: daun
pokok itu tumbuh ~ spt rambut; di langit dilihatnya awan putih
berarak ~.
jambak II; menjambak Jw meragut rambut.
jambak III Mn sj jambu merah, Eugenia jambos.
jambal sj ikan laut, Wallago attu.
jamban 1. tempat buang air, tandas; 2. Ph tempat mandi atau basuh kain.
jambang I = jambangan 1. tempat meletakkan bunga; 2. pasu bunga; 3.
Jw pasu; 4. belanga besar.
jambang II bulu (atau rambut) yg tumbuh di pipi.
jambar I ark pondok, bangsal, gubuk.
jambar II hidangan; makan se~ makan bersama-sama sehidangan.
jambat; jambatan 1. titi yg besar (yg dibuat drpd kayu atau batu) utk lalu
lintas menyeberangi sungai, jalan kereta api dll; 2. ki penghubung,
perantara: peranan saya ialah sbg ~ utk menghubungkan
kesarjanaan saya dgn dunia politik saudara;
~ angkat-angkat = ~ jungkatan Id jambatan yg boleh dinaikkan
dan diturunkan; ~ gantung jambatan yg hanya menggunakan tali
utk menyambung kedua-dua tebing; ~ pelampung jambatan yg
terapung di atas air; ~ timbang sj mesin yg pelantarnya dipasang pd
permukaan jalan utk menimbang kenderaan; ~ udara jambatan
automatik dan tertutup spt terowong yg menghubungkan kapal
terbang dgn bangunan terminal utk memberi kemudahan
penumpang keluar masuk dr kapal terbang ke dlm terminal;
menjambatani 1. membuat jambatan; 2. menjadi perantara
(penghubung).
jambelang (jambélang) sj tumbuhan (pokok), jiwat, juwat-juwat, salam,
Eugenia cumini.
jambiah sl golok (bengkok dan bermata dua), kerambit.
jambian sj ikan laut, Lutianus argentimaculatus forak.
jambori perhimpunan besar pengakap (atau pandu puteri) biasanya
bertaraf antarabangsa.
jambret (jambrét) Jk; menjambret merampas, merenggut.
jambu 1. sj tumbuhan (pokok dan buahnya); merah ~ merah muda; ~ air
sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia aquea; ~ (air) laut = ~
jembah sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia grandis; ~ (air)
mawar sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia jambos; ~ batu
= ~ biji = ~ berasa sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Psidium
guajava; ~ bol = ~ keling = ~ melaka = ~ merah sj tumbuhan
(pokok dan buahnya), Eugenia malaccensis; ~ golok = ~ monyet =
~ iros = ~ terung sj tumbuhan (pokok dan buahnya), gajus,
Anacardium occidentale; 2. ki cantik, lawa: dia memiliki wajah yg
~.
jambua sj limau (yg besar), limau bali, Citrus decumana.
jambu-jambu jambul, gombak, bulu (di hujung tombak).
jambul 1. segumpal rambut (di kepala atau dahi); 2. bulu yg bergumpal di
kepala burung dll; 3. jambu-jambu (pd kopiah dll);
~ merak sj tumbuhan a) (pokok), Caesalpinia pulcherrima; b)
(pokok), Jacaranda mimosifolia; c) (herba), ekor merak,
Selaginella atroviridis; ~ siul sj tumbuhan (pokok renek), pecah
periuk jantan, Ixora pendula;
berjambul mempunyai jambul; burung ~ sj burung, burung
menjerit, Platylophus galericulatus ardesiacus.
jambung sj ikan laut, Cheilinus chlorurus; jampung.
jame Tr tikar yg belum siap dianyam: kamu jangan main di atas tikar ~
itu.
jamhur Ar ark cerdik pandai (dlm pengetahuan agama), ulama.
jamiah Ar perhimpunan, pertubuhan.
jamik Ar tempat perkumpulan orang Islam utk beribadah; masjid ~ masjid
utama dlm sesuatu kawasan (utk bersembahyang dan kegiatankegiatan
keagamaan yg lain).
jamin 1. = jaminan cagaran, tanggungan; surat ~ surat yg menyatakan
jaminan atas seseorang atau sesuatu; wang ~ wang yg dibayar kpd
pihak tertentu utk menjamin seseorang; 2. = penjamin;
menjamin 1. berjanji akan menanggung kewajiban orang lain (spt
membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi kewajibannya:
tidak ada orang yg berani ~ hutangnya itu; dia dibebaskan setelah
dijamin oleh abangnya; 2. menanggung keselamatan (kebaikan,
ketulenan, dll) sesuatu: ~ keselamatan jiwa dan harta benda
rakyat; 3. menjanjikan: penjual itu ~ kepuasan kpd para
pelanggannya; 4. bp menanggung keperluan sehari-hari (makan,
minum, dll): siapakah yg akan ~ kehidupannya nanti kalau keduadua
orang tuanya meninggal dunia?
terjamin tertanggung (keselamatan dll), terjaga: setelah mendapat
pekerjaan itu barulah kehidupan keluarganya ~;
jaminan 1. akuan menjamin, kesediaan menanggung sesuatu
(akibat dll), cagaran, tanggungan; ~ bank (Eko) jaminan yg
diberikan oleh pihak bank utk menjelaskan sesuatu hutang jika
penghutang gagal berbuat demikian; ~ hak jamin hak; ~ hukum yg
dijamin oleh hukum; ~ insurans (Eko) jaminan yg diberikan oleh
pihak insurans utk memberikan ganti rugi jika pemegang insurans
mengalami kemalangan, kerugian dsb; 2. janji: ~ Allah hanya dapat
dicapai melalui syarat yg ditentukan oleh Allah; ikhlas telah
dijadikan ~ kpd penerimaan segala amal ibadat;
keterjaminan keadaan terjamin: utk memastikan ~ masa depan
parti ini, perlulah kita bersatu teguh;
penjaminan perbuatan menjamin;
penjamin 1. orang yg sanggup menjaga (menanggung) keselamatan
orang lain; 2. orang yg sanggup memenuhi kewajiban (membayar
hutang dll) orang lain apabila orang itu tidak dapat menepati
janjinya; 3. orang yg menjanjikan sesuatu.
jamiz ark sj pokok (di Mesir).
jampal ark sukatan berat emas ( 1/2 bungkal), nilai wang (1/4 rial).
jampi kata-kata tertentu yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (spt
boleh menyembuhkan penyakit dll), mantera: kebanyakan orang
zaman sekarang tidak percaya pd ~ lagi;
~-jampah = ~ serapah berbagai-bagai jenis jampi: ~ serapah pun
berhamburan drpd mulut Siti Faezah yg kecil molek itu;
berjampi bermantera, telah dimanterai (dijampi): Madon membawa
sebilah parang panjang ~ ;
menjampi, menjampikan membaca jampi, memanterai: pawang
itu ~ air yg diberikan kepadanya;
jampian 1. jampi mantera; 2. (yg) telah dimanterai; 3. menjampi;
kejampian kena jampi (mantera);
penjampian perbuatan menjampi (memanterai).
jampuk I sj burung hantu, hantu reban, Otus bakkamonea; ~ kubur, Tyto
alba; ~ pantai, Phodilus badius; ~ rumput, Tyto capensis; bagai ~
kesiangan hari prb seseorang yg bingung kerana kehilangan akal.
jampuk II; menjampuk mencelah (memotong) percakapan orang,
menyampuk: awak ini biadab, suka ~ percakapan orang.
jampul sj sampan (drpd kayu meranti atau kayu ringan lain).
jampung sj ikan laut;  jambung.
jamrah Ar batu kerikil yg digunakan utk dilontarkan di ketiga-tiga tempat
(Jamratul Ula, Jamratul Wusta, dan Jamratul Aqabah) semasa
menunaikan fardu haji.
jamu I; berjamu 1. melayani atau memberi makan dan minum kpd
orang(-orang) lain (tetamu): mereka sedang sibuk ~; 2. pergi
berkunjung (bertandang): ~ ke rumah Ali;
menjamu, menjamui, memperjamu memberi makan dan minum
kpd orang-orang lain (tetamu): mereka ~ sekalian orang yg datang
itu; mereka itu sekalian di(per)jamu minuman teh dan kopi; ~ mata
ki melihat sekehendak hati (barang-barang yg dipamerkan dll); ~
selera makan dgn sepuas-puasnya: mereka ~ selera dgn makanan
yg dihidangkan;
jamuan 1. makanan yg dihidangkan (kpd tetamu), sajian: ~nya
menyelerakan; 2. = majlis ~ majlis yg disertai dgn hidangan makan;
~ berselerak jamuan apabila tetamu duduk berselerak dan
mengambil makanan sendiri di suatu tempat yg telah disediakan; ~
besar majlis jamuan utk bilangan jemputan yg ramai dan biasanya
diikuti oleh ucapan bankuet; ~ negara jamuan besar yg diadakan
oleh kerajaan (biasanya utk meraikan orang-orang kenamaan asing
yg mengunjungi negara secara rasmi); ~ ringan makanan yg tidak
berat (spt kuih, buah-buahan, dsb) dihidangkan; ~ teh majlis yg
menyajikan teh, minuman, dan makanan ringan lain;
perjamuan perjumpaan utk makan minum, peralatan: saya rasa
patut sungguh kita hadir di ~ itu; ~ suci Id santapan yg diadakan
oleh Jesus Christ pd malam sebelum ia disalib (agama Kristian);
penjamuan perbuatan menjamu.
jamu II = jamu-jamu, jejamu sj ubat yg dibuat drpd berbagai-bagai akar
dan daun kayu.
jamu-jamu sj tumbuhan (pokok renek), beberas padi, mesirah hutan,
Aprosa microcalyx.
jamung andang, suluh: dr jauh mereka sudah nampak api ~ yg di tengah
sawah itu.
jamur Jk cendawan, kulat;
berjamuran bercendawan, berkulat.
Jan kep Januari.
jana 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir;
menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan,
mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor
pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga;
terjana terbina, terjadi, telah diadakan, terhasil;
penjanaan perbuatan (tindakan dsb) menjanakan atau
menghasilkan sesuatu: cawangan perusahaan ini meliputi segala
kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pembersihan
berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah
menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula
(Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd
tumbuhan atau haiwan, mis pembentukan semula ekor cicak yg
telah putus;
penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk menjanakan (kuasa dll): alat
ini mempunyai sebuah ~ haba serta saluran cecair ammonia.
janabat Ar junub.
jana kuasa alat yg menghasilkan tenaga elektrik;
menjana kuasa menghasilkan tenaga elektrik (terutamanya di
stesen jana kuasa).
janda I orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi
kerana bercerai atau kematian;
~ belum berlaki ki gadis yg telah dinodai orang dan kemudian
ditinggalkan; ~ berhias a) janda yg belum mempunyai anak; b)
(pengantin) perempuan yg kematian (bercerai dgn) suaminya
sebelum berseketiduran dengannya; ~ kepulangan minuman yg
dibuat drpd kelapa muda; ~ muda janda yg masih muda; ~ sehari
perempuan yg berkahwin beberapa hari sahaja lalu bercerai dgn
suaminya;
laksana ~ baru bangun tidur prb perempuan yg sangat menarik hati
orang laki-laki; spt ~ belum berlaki prb orang yg pesolek lagi
pemalu;
berjanda sudah bercerai (menjadi janda), hidup sbg janda;
sudah tujuh duduk ~, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi
prb ejekan terhadap orang tua yg hendak berkahwin lagi;
menjanda menjadi janda, hidup sbg janda (tidak berkahwin lagi):
Lah akan ~ sampai ke mati;
kejandaan keadaan menjanda.
janda II; ~ baik sj tumbuhan (pokok besar), balung ayam, melunak,
Pentace triptera.
jangak I = penjangak orang yg berkelakuan tidak senonoh (cabul, jahat);
perempuan ~ perempuan lacur;
menjangak 1. hidup secara tidak senonoh; 2. berzina.
jangak II Kl cantik, kacak.
jangan kata larangan yg menyatakan tidak boleh ..., hendaknya tidak,
usah: kalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang; ~ dikata
lagi usah dikatakan lagi; ~ dok tebiang Kd ungkapan bagi melarang
seseorang membuat sesuatu kerja; ~ tidak a) mesti, tidak boleh
tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (membuat sesuatu pekerjaan dsb),
acuh tak acuh;
jangan-jangan entah-entah, entahkan, barangkali: ~ dia dah lari; ~
dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti;
jangankan usahkan: ~ hendak makan, minum pun dia tak mahu;
menjangankan ark menegah, melarang.
janganan sj makanan spt rojak (campuran buah-buahan atau sayursayuran
yg dimakan dgn kuah yg dibuat drpd kacang goreng).
jangar sj penyakit, pening kepala.
jangas sj ikan, bandang, Chanos chanos.
jangat I 1. kulit (rotan, kayu, dll) di luar; 2. kulit rotan yg sudah diraut
(utk dibuat tikar dll); 3. kulit haiwan atau manusia; 4. Jw tali yg
dibuat drpd kulit;
akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gueh, akar sarik, akar
sejangat, akar sekuiet, Spatholobus ferrugineus; keras ~nya kebal;
makan ~ sangat miskin, papa; tebal ~nya tidak berperasaan;
~ liat kurang panggang prb keras hati, tidak dapat diajari; tinggal ~
pemalut tulang prb sangat kurus;
menjangat, menjangati, menjangatkan membersihkan atau
melicinkan rotan yg telah dibelah, menguliti, meraut: tolong
jangatkan rotan ribu yg aku belah tadi;
penjangat alat utk menjangat: pisau ~.
jangat II Kl menekan perut ketika hendak melahirkan anak.
janggai I kuku palsu drpd perak atau suasa (dipakai oleh penari).
janggai II bentuk badan yg tinggi dan kurus kering (biasanya orang
lelaki): setelah pulih drpd sakit, badannya yg dulunya gemuk
berubah menjadi ~.
janggal I tidak sedap dilihat (didengar), canggung, tidak sesuai (tepat),
tidak selaras: bunyinya agak ~; kekasaran seorang isteri sangat ~
nampaknya kerana makhluk wanita ini sebenarnya serba lembut;
menjanggalkan menyebabkan (menjadikan) janggal, membuat
sesuatu yg janggal, menganggap janggal, mencanggungkan;
kejanggalan 1. perihal janggal, kecanggungan; 2. sesuatu yg
janggal: memang ini akan merupakan ~, tetapi lama-kelamaan ini
akan menjadi kebiasaan.
janggal II Kl tidak lekat pd tempurung (isi buah kelapa).
janggi I 1. orang Habsyi (berkulit hitam dan pd amnya tinggi dan besar);
2. ki segala sesuatu yg ajaib (benda dll);
janggi II; ~ padang sj tumbuhan (pokok renek), akar bunga, pokok hujan
panas, saga, Breynia reclinata; pauh ~ sj buah, nyiur laut, Lodoicea
maldivica.
janggul sj ikan laut, Dussumieria hasselti.
janggus sj tumbuhan (pokok dan buah), gajus, jambu golok, jambu
monyet, Anarcardium occidentale.
janggut I 1. bulu yg tumbuh di dagu; 2. Jw dagu; ~ labium (Bio) janggut
berhampiran mulut (pd Artropoda spt udang dll); kebakaran ~ bp
dlm keadaan bingung; pak ~ ki orang Benggali; sebesar ~ udang Kl
ki perihal sedikitnya (halusnya) emas yg dipunyai;
berjanggut mempunyai (memakai) janggut; sungguh ~ tiada
berjubah prb tidak sempurna syarat.
janggut II; 1. ~ keli a) sj tumbuhan, geronggong semut; b) sj tumbuhan,
bongbong; 2. ~ rimau sj tumbuhan, bunga kawah; akar ~ baung sj
tumbuhan (pokok memanjat), Pterisanthes polita; 3. rumput ~ ali sj
rumput yg tinggi, Panicum sarmentosum; rumput ~ kuau sj rumput
tinggi, rumput purun batu, rumput serai jantan, Fimbristylis
aestivalis;
jangka I 1. = ~ lukis alat berkaki dua yg dapat dilebarkan atau
disempitkan kakinya utk membuat bulatan (mengukur jarak pd peta
dll); 2. alat utk membelah daun mengkuang atau daun pandan
menjadi jalur-jalur kecil; 3. alat menyukat atau mengukur sesuatu
(suhu, arus elektrik, dll);
~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji
bunyi; ~ cahaya alat utk menyukat atau membandingkan kekuatan
cahaya drpd sumber yg berbeza, fotometer; ~ galvani alat utk
menyukat arus elektrik, galvanometer; ~ halus alat utk mengukur
jarak atau sudut yg kecil dgn tepat, mikrometer; ~ hayat jangka
masa atau tempoh hidup seseorang atau kegunaan sesuatu (alat,
jentera, dll); ~ kalori alat utk menyukat banyaknya haba yg
dikeluarkan (diserap atau dialirkan), kalorimeter; ~ laju alat utk
menyukat laju, meter laju; ~ lembap alat utk menyukat banyak atau
sedikitnya wap air dlm udara, higrometer; ~ sudut alat utk
mengukur atau melukis sesuatu sudut, protraktor; ~ suhu alat utk
menyukat tinggi rendah suhu pd sesuatu ketika, termometer; ~
tekanan alat utk menyukat tekanan udara, barometer; ~ tekanan gas
alat utk menyukat tekanan gas, manometer; ~ tinggi alat utk
menyukat tinggi tempat dr paras muka laut, altimeter; ~ tolok alat
utk membuat bulatan (lengkok), ruang, dan menentukan jarak jauh;
~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair, hidrometer.
jangka II = ~ masa = ~ waktu masa yg telah ditetapkan atau dirancang
utk pelaksanaan (penyelesaian dsb) sesuatu, tempoh masa yg (agak)
panjang, peringkat (masa): pekerjaan itu harus kamu siapkan dlm ~
waktu dua bulan; ~ pertama peringkat (masa) pertama; dlm ~ yg
terbatas dlm waktu yg terbatas; melampaui ~nya a) melampaui
masa yg telah ditentukan; b) melampaui had yg telah ditetapkan;
rancangan ~ panjang (pendek) rancangan yg memakan masa yg
lama (singkat); sampai ~nya sampai waktunya (masanya); tiada
~nya tiada batasnya (hadnya);
berjangka mempunyai jangka (waktu, rancangan); ~ panjang
(pendek) mempunyai ketentuan waktu yg lama (singkat);
menjangka, menjangkakan 1. menetapkan waktu (ukuran) atau
apa yg harus dikerjakan (dan masanya): pekerjaan itu dijangka siap
dlm masa satu tahun; 2. menduga, menyangka: hujan sudah
berhenti, tidak jadi turun spt yg dijangkakan;
jangkaan apa-apa yg dijangka, dugaan, sangkaan: pertemuan ini
pun di luar ~ sama sekali.
jangka III harapan, niat, tujuan: ~ teman makan anak-beranak lepaslah;
menjangka mengharapkan: dia mencuba menenangkan fikirannya
itu dgn berbagai-bagai alasan yg dijangka dapat memujuk hatinya.
jangkah langkah: ~nya panjang;
menjangkah melangkah;
jangkahan gerakan kaki ketika menjangkah, langkahan: dia
mencepatkan ~nya utk sampai ke Sri Tanjung.
jangkak sj tumbuhan (pokok), jangkang betina, Xylopia ferruginea.
jangkang I = terjangkang berjalan dgn kaki terbuka luas, terkengkang,
terkangkang: perempuan itu jatuh ~;
menjangkang 1. berjalan dgn kaki terbuka luas, melangkah lebarlebar;
2. bp mati dgn kaki terkangkang.
jangkang II = ~ betina = ~ merah = ~ paya sj tumbuhan (pokok),
jangkak, Xylopia ferruginea; ~ paya sj tumbuhan (pokok), bunga
campa paya, merabung bukit, Vernonia javanica.
jangkap Jw ark genap, lengkap.
jangkar I akar yg bercabang-cabang di atas tanah (spt akar pandan,
bakau, dll); bakau ~ sj pokok bakau, Rhizophora mucronata.
jangkar II sauh.
jangkarit alat utk melukis bulatan yg besar.
jangkat I 1. bahagian yg cetek (di sungai) tempat orang menyeberang
(memandikan kerbau, dll); 2. cetek, dangkal: sungai-sungai ini
sudah menjadi cetek atau ~ hingga setiap kali turun hujan lebat
airnya melimpahi tebing.
jangkat II sj bakul.
jangkau; menjangkau 1. menghulurkan tangan utk mencapai sesuatu: dia
~ wang itu lalu memasukkannya ke dlm kocek; ~ langit sangat
tinggi (bangunan, menara, dll); 2. ki mencapai, mencakupi; ~
sehabis tangan prb berusaha dgn bersungguh-sungguh (utk
mencapai maksudnya);
terjangkau 1. tercapai atau dapat (apabila dijangkau); 2. tertafsir:
dia cuba mencapai kebahagiaan yg ketinggiannya tidak ~ oleh
pemahaman;
jangkauan 1. hasil atau gerakan menjangkau: ia mengelakkan beg
suratnya drpd ~ orang itu; 2. cakupan: ~ Islam tidak terbatas kpd
alam kebendaan sahaja;
penjangkauan perbuatan menjangkau;
sejangkauan, sepenjangkauan sejauh dapat dijangkau dgn tangan,
jengkau, jingkau.
jangkerik sj serangga (spt belalang), cengkerik, keridik.
jangkih I; ~-mangkih tidak teratur, tidak keruan, jongkang-jangking.
jangkih II 1. tali yg digunakan utk menggalas ambung; 2. sj keranjang,
ambung;
menjangkih menggalas (menyandang) dgn ambung.
jangkir jari (kuku) burung dll yg letaknya di sebelah belakang.
jangkit; berjangkit, menjangkit 1. berpindah drpd seorang kpd seorang,
menular, merebak: penyakit itu telah ~ ke kampung ini; 2. mengikut
(tabiat, perangai, dll): tabiat itu telah ~ kpd anaknya;
berjangkitan dijangkiti (penyakit, perangai, dll);
keberjangkitan perihal berjangkit;
menjangkiti menulari, merebak kpd: kami tidak mahu membiarkan
kerja-kerja maksiat berlanjutan dan ~ orang ramai;
menjangkitkan menularkan, merebakkan: ~ penyakit dgn jalan
menyuntik;
terjangkit dihinggapi penyakit dsb, dijangkiti, kejangkitan: umbai
yg ~ oleh kuman umpamanya, boleh menimbulkan suatu keadaan
yg diketahui sbg radang umbai;
jangkitan kejadian (penyakit dsb) berjangkit;
kejangkitan dihinggapi penyakit (yg berjangkit), ketularan: dia
takut ~ penyakit itu kalau bergaul dgn mereka yg berpenyakit;
penjangkitan perihal (perbuatan, proses, dsb) menjangkit: ~
penyakit itu tidak berhasil; sudah cukup utk menyebabkan ~ yg
parah hingga boleh merugikan petani;
perjangkitan perihal berjangkit;
penjangkit yg menyebabkan berlakunya jangkitan, yg
menyebabkan penjangkitan: nyamuk-nyamuk ~ penyakit ini
mempunyai tempat biak yg tersendiri.
jangkung 1. sj burung yg berkaki panjang; 2. tinggi dan kurus serta
bongkok sedikit (badan orang);
jangkungan dua batang kayu (tongkat) yg bertakuk atau
mempunyai tempat letak kaki sbg tempat berdiri (permainan kanakkanak
supaya menjadi tinggi).
jangla suka merayau, liar.
janguk Kl cantik, kacak, lawa;
berjanguk berhias, bersolek.
janik sj binatang laut spt teripang, kulitnya berduri-duri, babi laut.
janin (yg masih dlm kandungan) lembaga, mudghah (manusia) yg cukup
sifat.
janjang Mn tangga;
berjanjang 1. bertangga; 2. melalui tangga (naik atau turun); ~
naik, bertangga turun prb menurut darjatnya masing-masing,
menurut peraturan yg biasa.
janji 1. pernyataan kesediaan utk berbuat atau memberi sesuatu: engkau
mesti menepati ~ yg kau buat dahulu; dlm ~ bertunangan; menepati
~ membuat (menunaikan) apa yg telah dijanjikan; mengikat ~
membuat janji; pecah ~ tidak dapat menepati janji, memungkiri
janji; sampai ~ dapat menepati (menunaikan) janji; 2. syarat,
ketentuan, tuntutan; dgn ~ dgn syarat; 3. pengunduran waktu,
tangguh, penundaan: kalau awak tidak berkeberatan, saya meminta
~ empat bulan utk membayar hutang awak itu; 4. ajal, had, waktu;
sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya, mati;
~ kosong janji yg dibuat tetapi tidak pernah ditunaikan; ~ manis
janji yg mengandungi harapan yg indah-indah; ~ palsu janji yg
hanya bertujuan utk memperdayakan, mengelirukan atau menipu
orang; ~ temu janji utk bertemu dgn seseorang pd masa dan di
tempat yg telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb;
~ sampai bilangan genap = ~ sampai sukatan penuh prb sudah
sampai ajal; adat diisi, ~ dilabuh prb mengerjakan sesuatu
hendaklah menurut apa yg telah dibiasakan (diadatkan);
berjanji membuat (mengikat) janji: dia ~ akan datang ke rumah
saya;
menjanjikan 1. berjanji utk memberi (membuat dsb) sesuatu:
bapanya ~ satu hadiah istimewa jika dia lulus dlm peperiksaan itu;
2. memberikan jangkaan atau harapan akan berlakunya (terdapatnya
dsb) sesuatu, membuka kemungkinan kpd: jambatan yg merentangi
Sungai Sarawak ~ pembangunan yg lebih pesat; Revolusi Hijau ~
harapan kpd petani;
memperjanjikan ark menjanjikan;
perjanjian 1. persetujuan yg dibuat antara dua pihak atau lebih,
permuafakatan: Malaysia telah menandatangani satu ~
perdagangan dgn Korea Selatan; ~ jual beli; ~ program
persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana
aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan
kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb)
mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan; 2. Id wasiat (kitab suci);
Kitab P~ Lama Kitab Taurat; Kitab P~ Baru Kitab Injil.
janka sj tumbuhan (pokok renek), manik-manik hutan, telinga rusa,
Lasianthus maingayi.
jannah, jannat Ar syurga, taman firdaus.
jannatunnaim Ar syurga yg nikmat.
jantan 1. jantina yg tidak boleh membiak (beranak) (utk binatang,
tumbuhan-tumbuhan, dll): ayam ~; betik ~ betik yg hanya berbunga
tetapi tidak berbuah; 2. ki (orang yg) berani, gagah: siapa yg ~
antara kamu, datanglah ke hadapan; 3. ki mempunyai sifat lakilaki
(besar, panjang, dsb); busut ~ busut yg besar serta lancip;
embun ~ embun yg titiknya besar (kasar); 4. bahagian alat atau
perkakas yg direka bentuk utk dimasukkan ke dlm lubang atau
soket (bahagian betina); kasau ~ kasau yg letaknya di sebelah atas;
pahat ~ pahat yg lancip tajam; 5. bp lelaki yg dianggap kaki
perempuan serta rendah akhlaknya;
berjantan ki bersetubuh (bagi orang perempuan), bersetubuh dgn
orang laki-laki;
menjantani melakukan persetubuhan (bkn binatang);
kejantanan perihal jantan: tengkorak mangsa ngayau menjadi
lambang keberanian dan ~ suku bangsa itu;
kejantan-jantanan seakan-akan jantan, spt jantan: kecantikannya
memukau semua orang, tetapi keletah ~nya itu mengurangi
keayuannya.
jantang I; berjantang, menjantang jelas kelihatan (bkn urat dll),
lantang.
jantang II; ark kaki ~ kaki bengkok (bkn kaki kuda).
jantayu jentayu
jantina jenis kelamin (laki-laki atau perempuan); dua ~ dua jenis kelamin,
pondan;
sejantina 1. (bagi tumbuh-tumbuhan) bunga jantan dan bunga
betina terdapat pd pokok yg berasingan; 2. (bagi binatang) benih
jantan dan benih betina yg dihasilkan oleh jenisnya masing-masing;
kejantinaan keadaan jantina (sama ada laki-laki atau perempuan),
jenis kelamin: meminda perlembagaan utk menghapuskan bezamembeza
yg berdasarkan ~.
jantung I 1. organ berotot yg mengepam darah ke seluruh badan; debar ~
gerakan jantung; 2. benda yg berbentuk spt jantung;
~ betis daging yg terdapat pd betis, buah betis, anjing-anjing; ~ hati
a) orang yg sangat dikasihi; b) hati (pusat segala perasaan); ~ paha
daging yg terdapat pd paha; ~ pisang kuntum bunga pisang; ~
tangan daging yg terdapat pd tangan.
jantung II; ~ badak sj tumbuhan (pokok), jelutung badak, Ervatamia
hirta;
jantur I Jw ilmu sihir, sulap;
menjantur membuat sihir, menyihir, menyulap;
terjantur terkena sihir, tersihir, tersulap.
jantur II; janturan cerita (penjelasan) yg dilafazkan oleh dalang (dlm
permainan wayang kulit).
Januari bulan pertama dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari.
janubi Ar; kutub ~ kutub selatan.
janur Jw daun kelapa muda.
jap I ark sempurna (cukup), rapat (anyaman dll), sudah menjadi satu,
sudah sepakat.
jap II bp menyuntik atau mencucuk jarum yg mengandungi dadah ke dlm
tubuh.
japuk, japu Jk sj ikan kecil, Osmerus eperlanus.
jara 1. bor, gerudi; 2. alat utk membersihkan kapas, busar;
menjara 1. membuat lubang dgn jara, menggerek; 2. membersihkan
kapas (dgn jara), membusar;
penjaraan 1. perbuatan (kerja, proses) menjara, penggerekan; 2.
perbuatan (kerja, proses) menjara (membusar), pembusaran.
jarab Ar sj kudis.
jarah I barang dll yg dirampas; duduk meraut ranjau, berdiri mengintai ~
prb dlm setiap pekerjaan harus diingati faedah akan diri sendiri;
menjarah merampas milik orang lain (dlm perang dll); ~-rayah
merampas, merompak, menyamun;
jarahan jarah, rampasan; anak ~ anak rampasan;
penjarahan perbuatan menjarah;
penjarah 1. orang yg merampas; 2. suka merampas: tiada
dinafikan ada juga bangsa ~ di situ.
jarah II; berjarah Sr bersalam dgn orang tua-tua (dgn cara mencium
tangan dan kepala lutut pd masa perkahwinan).
jaraih; ~ lau Kd bekas (bakul anyaman) utk mengisi padi.
jarak I 1. jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dsb:
kampung itu kira-kira sekilometer ~nya dr bandar; 2. ark jari-jari
bulatan;
~ dekat meliputi jarak yg dekat; ~ padang jarak yg diperlukan oleh
pesawat udara utk berlepas dan mendarat dgn selamat di landasan;
~ pandang = ~ pelihatan ukuran yg digunakan utk menentukan
jarak yg membolehkan seseorang yg normal pelihatannya melihat
sesuatu objek dgn jelas; ~ tumpuan kanta (cermin) jarak di antara
pusat kanta (cermin) dgn tumpuan; ~ umur perbezaan umur; ~
serasa hilang, bercerai serasa mati prb sanak saudara itu kalau
berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasihkasihan;
berjarak 1. mempunyai jarak, berjauh, berenggang: rumah-rumah
itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dgn lain; 2.
terpisah, menjauhi;
menjarak bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah:
kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahayacahaya
berwarna akan lebih ~;
menjaraki 1. membuat berjarak; 2. menjauhi;
menjarakkan menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu
hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman;
terjarak terjauh dr, terpisah dr, terenggang dr;
penjarakan perbuatan menjarakkan, penjauhan, pemisahan,
perenggangan.
jarak II 1. sj tumbuhan (pokok renek, buahnya dibuat minyak), Ricinus
communis; minyak ~ a) minyak yg dibuat drpd buah jarak pagar
(biasanya utk pelita dsb); b) = ~ benggala minyak utk mencuci
perut; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha spp.; ~ belanda
(keling, melaka, pagar putih) sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha
curcas; ~ cina sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha multifida.
jaram = penjaram, jaraman benda (air daun-daun kayu dll) yg
digunakan utk menyejukkan kepala (apabila demam atau sakit
kepala);
menjaram menyejukkan kepala dgn air daun-daun kayu dll.
jaran I Jw kuda.
jaran II; ~ goyang sl sj jampi (mantera).
jaran III; pohon ~ Jw sj tumbuhan (pokok yg daunnya digunakan utk
makanan kambing).
jarang I 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya
dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. =
jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~
berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~
datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai;
menjarangkan 1. = memperjarang membuat supaya jarang
(renggang dll); 2. menjadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap
atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak;
penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) menjadikan renggang atau
bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap
(tidak selalu).
jarang II; ikan gigi ~ sj ikan laut, Otolithus spp.
jarang III Mn; menjarang memasak air;  jerang.
jarang-jarang; daun ~ sj tumbuhan (herba), bayam rusa, menjarang,
Cyathula prostrata.
jaras I berkas, ikat, kebat (benda-benda yg panjang);
menjaras 1. mengikat menjadi segabung (seikat, seberkas); 2.
mengatur serta menyusun baik-baik (rambut dll).
jaras II sj bakul yg dianyam jarang-jarang (utk membawa buah-buahan
dll); ~ dikatakan raga jarang prb orang yg mencela orang lain
padahal diri sendiri ada celanya juga.
jarem Jk masih terasa sakit (pd bekas dipukul, bekas luka, dll).
jargon bahasa khusus yg digunakan dlm bidang tertentu: perdebatan dgn
~ yg aneh-aneh yg menjadikan rakyat kebanyakan berasa semakin
jahil; ~ politik.
jari I 1. hujung tangan atau kaki yg beruas: dua drpd ~ tangan kanannya
telah putus; anak ~ a) salah satu drpd lima jari; b) = ~ anak jari
kelengkeng; ibu ~ = ~ ibu jari yg terbesar, jempol; 2. sukatan
panjang (lebar) yg besarnya seluas atau sepanjang jari: jaraknya
mestilah lebih kurang se~; 3. benda (atau bahagiannya) yg
mempunyai rupa spt jari;
~ ampai sj cemeti drpd rotan dll utk memukul orang salah; ~ hantu
(malang, mati, panjang, tengah) jari tangan yg terpanjang (letaknya
di antara telunjuk dan jari manis); ~ kelengkeng = ~ anak (renek)
ark jari tangan yg terkecil; ~ kunyit Kl jari kaki atau jari tangan yg
berlapis-lapis kerana penyakit kudis dll; ~ lipan tali drpd daun
kelapa muda yg dianyam (utk perhiasan dll); ~ manis jari tangan yg
letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu; ~ telunjuk
(syahadata ark) jari di antara ibu jari dgn jari hantu;
~ laksana duri landak ki jari yg cantik; ~ spt susun sirih ki jari yg
lentik; dapat dibilang (dihitung) dgn ~ sangat sedikit; menggigit ~
kecewa;
penjarian (Muz) teknik menggunakan jari dlm bermain alat muzik,
khususnya alat tiup, alat tali dan papan nada.
jari II; ~ ayam sj tumbuhan (pokok) yg sederhana besarnya), jangkang
betina, Xylopia ferruginea; ~ buaya sj tumbuhan (herba yg
memanjat, Trichosanthes wallichana; ~ lipan sj tumbuhan (herba),
beremi (hutan), kerak-kerak, Limnophila aromatica.
jari III; ~ lima sj binatang laut (spt bintang berpenjuru lima).
jariah I Ar hamba perempuan.
jariah II Ar; amal ~ amalan baik yg memberi manfaat kpd pelakunya
hingga ke akhirat.
jariamun (Sumatera) sj tumbuhan (herba laut), deringan (jerangan,
jeringan) laut, Enhalus acoroides.
jari-jari 1. kisi-kisi (jerjak) pd pintu atau jendela; 2. besi (kayu) yg
menghubungkan pusat dgn lingkaran; 3. jejari.
jariji ark jari.
jaring benang dll yg disirat utk sesuatu tujuan (spt menangkap ikan,
burung, dsb, juga digunakan dlm permainan dll); menahan
(merentang) ~ memasang jaring;
jaring-jaring jala-jala; ~ bahu Id bahagian dada di bawah bahu;
menjaring menangkap (ikan dll) dgn jaring: dia ~ ikan di sungai
itu; ~ angin prb melakukan pekerjaan yg sia-sia;
menjaringkan memasukkan sesuatu ke dlm jaring: dia telah dapat
~ empat gol;
terjaring termasuk (dlm) jaring, termasuk perangkap, tertangkap;
jaringan 1. sesuatu yg menyerupai jaring, jala-jala; 2. Id bahagianbahagian
hidupan yg terdiri drpd sel-sel yg serupa (tela); ilmu ~
tubuh ilmu bkn jaringan; 3. bilangan gol yg telah masuk (dlm)
jaring;
penjaringan perbuatan menjaringkan;
penjaring orang yg menjaringkan sesuatu (bola dsb): ~ terbanyak.
JARING akronim bagi Joint Advanced Research Integrated Networking
(iaitu sistem perangkaian komputer yg dikendalikan oleh MIMOS).
jaro Jk buluh (yg dilubangi) utk tiang pagar; pagar ~ pagar drpd buluh yg
dipancang-pancang.
jaru jaharu.
jarum I 1. keluli halus yg tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang
(tempat memasukkan benang) utk menjahit dll; seni ~ kepandaian
mempergunakan jarum dan benang (utk menjahit dll); 2. benda
tajam dan panjang yg menyerupai jarum jahit (utk mencucuk,
menyuntik, menunjuk waktu pd jam): doktor itu menyuntik dgn ~
kasar; ~ jam menunjukkan pukul tujuh; 3. ki tipu muslihat yg halus:
Presiden Nasser pula memainkan ~nya mengenai pengiriman
senjata-senjata oleh Jerman Barat kpd Israel;
~ biku jarum peniti; ~ guni (karung) jarum kasar utk menjahit guni
(karung); ~ jahit jarum utk menjahit; ~ kait jarum yg berkait (utk
membuat renda dll); ~ layar jarum besar utk menjahit layar; ~
panjang jarum yg menunjukkan minit; ~ pendek jarum yg
menunjukkan jam; ~ peniti = ~ penyemat jarum utk menyemat baju
dll; ~ tisik jarum utk menisik;
~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; bagai
tuntung ~ dilaga prb tidak tetap (lekas berubah, rosak, dll); lulus ~,
lulus kelindan prb kalau kehendak pertama itu tercapai, kehendakkehendak
lain akan menurut; mengadu hujung ~ prb melakukan
sesuatu pekerjaan yg sangat sulit; mengenakan (memasukkan,
menjalankan) ~ halusnya prb melakukan tipu daya secara halus utk
mencapai sesuatu maksud;
jarum-jarum jarum penunjuk pd alat timbang;
berjarum 1. ada memakai jarum; 2. Id sedang disuntik;
menjarum 1. mencucuk (membuat lubang, menyemat) dgn jarum;
2. Id menyuntik; 3. sesuatu yg menyerupai jarum (spt rumput, padi,
rambut);
menjarumi ki meresap masuk ke dlm, menusuk: yg dapat saya
lakukan hanyalah merenung surat-surat yg tidak sempurna itu dan
cuba mengusir kesedihan yg mulai ~ perasaan;
terjarum 1. tersemat, tercucuk; 2. tertipu (dgn cara halus);
jaruman 1. jahitan; 2. tipu daya yg sangat halus; 3. = penjaruman
barua, muncikari.
jarum II; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kayu tajam, segading jantan,
meroyan, Ixora grandifolia; ~ merah sj tumbuhan (pokok renek),
mata pelanduk, kepayang air, Ixora arguta; bunga ~ sj tumbuhan
(pokok), jarum-jarum, gading-gading, Pavetta indica; rumput ~ sj
rumput yg buahnya tajam-tajam.
jarum-jarum = jejarum ~ merah sj tumbuhan (pokok), jejarum merah,
menjarum merah, siantan hutan, Ixora concinna.
jarwa Jw ark terjemahan ke dlm bahasa Jawa Baru drpd bahasa Jawa
Kuno (Kawi).
jas IB = baju ~ baju yg digunting mengikut potongan Eropah; jenisjenisnya:
~ buka; ~ hujan; ~ tutup.
JAS kep Jabatan Alam Sekitar.
jasa pekerjaan baik (kpd negara, raja, orang, dll), bakti: ~nya terhadap
nusa dan bangsa akan tetap tinggal dlm kenangan kita semua;
berbuat ~ melakukan kebaikan (kpd negara, orang, dll), berbakti;
wang ~ Id a) hadiah, bonus, pencen; b) sewa, bunga (wang); c)
upah; ~ baik pengaruh (kerana kedudukan dlm masyarakat dll) yg
digunakan utk menyelesaikan sesuatu perkara;
berjasa 1. berbuat kebaikan (kpd negara dll), berbakti; 2. berhasil,
berfaedah, berharga;
menjasai ark menghargai;
keberjasaan perihal berjasa: ~ seseorang tokoh.
jasad 1. tubuh atau badan (manusia) yg wujud (sbg lawan roh): hanya
~nya di sini, tetapi fikirannya melayang teringatkan anak isterinya
di kampung; 2. Ar tubuh atau badan yg tidak bernyawa lagi: ~nya
terbujur di perbaringan; 3. (Fiz) sesuatu yg wujud yg boleh
dipegang atau dilihat: meteoroid ialah ~ kecil di angkasa lepas;
~ hitam (Fiz) objek hipotetikal yg dapat menyerap semua haba atau
sinaran cahaya yg mengenainya; ~ renik ark benda hidup yg kecilkecil;
~ samawi objek di langit di sebelah luar lapisan atmosfera
bumi, iaitu matahari, bulan, bintang, planet dan satelit masingmasing,
meteor, komet, nebula dan galaksi luar yg dapat dicerap.
jasadi Ar mempunyai sifat jasad, perihal jasad.
jasmani Ar 1. badan, tubuh; 2. bkn badan (tubuh) atau benda (lwn
rohani); pendidikan rohani dan ~ pendidikan batin dan badan;
kejasmanian perihal jasmani, yg berkaitan dgn tubuh badan atau
benda, kebendaan: pembentukan aspek kerohanian bukan sahaja
akan mengimbangi perkembangan ~ dan kebendaan, tetapi juga
akan menyekat keruntuhan akhlak dan moral.
jasmaniah Ar kejasmanian: walaupun secara ~ manusia itu terikat,
namun secara rohaniah ia bebas.
jasper sj kuarza legap yg berwarna merah, hijau tua, coklat atau kuning.
jata lambang kebesaran negeri atau negara: ~ kebesaran negeri
Terengganu.
jatah Id jumlah yg diperuntukkan bagi sesuatu maksud (spt barang yg
harus dikirim ke suatu tempat, orang yg boleh naik haji pd tahun
tertentu, dll).
jati I = sejati asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik
Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka;
Hamidah seorang wanita ~;
kejatian, kesejatian perihal jati (asli, benar, murni, dll): bahasa ini
diperbahasakan orang dgn ~nya yg sempurna dlm negeri Kedah;
Carl Rogers mentafsirkan ~ sbg ciri-ciri yg mengandungi
kenyataan jujur ataupun asli;
penjatian perihal menganggap jati (asli, benar, murni, dll);
~ awak, kepantangan orang prb perihal orang yg mempunyai
pendapat yg bertentangan dgn pendapat orang ramai; ~ bulan, padi
rebah prb sesuatu yg selalu dicita-citakan.
jati II sj tumbuhan (pokok) yg kayunya baik utk dibuat perkakas rumah
dll, Tectona grandis; hutan ~ hutan yg terdiri drpd pokok jati; ~
bukit sj tumbuhan (pokok), kayu cina, Podocarpus neriifolius; ~
laut sj tumbuhan (pokok), se(n)tada, Podocarpus polystachyus.
jati diri sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya,
agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang
individu, sesuatu bangsa dsb, identiti: pembinaan negara Malaysia
lebih berteraskan kekuatan ~ bangsa dan semangat patriotik yg
utuh; pengisian program kebudayaan ini penting bagi membentuk
sahsiah dan ~ belia masa ini.
jatik; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), cematung merah, medang manik,
Elacocarpus jackianus.
jatuh 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur,
luruh: buku itu ~ dr tangannya; ~ terduduk (terhentak, tersungkur,
tertiarap); pandai ~ dapat mengelakkan celaan (kritikan dll); 2.
menjadi kurang (bkn harga, nilai, dll), turun, merosot: nilai mata
wang negeri itu semakin ~; 3. terbenam (bkn matahari): di sebelah
matahari ~; 4. berbetulan dgn, bersamaan dgn, bertepatan dgn,
tepat pd: perkahwinannya ~ pd 6 Ogos; 5. (bkn kerajaan, kabinet,
dll), bubar, berhenti melakukan tugas, ditiadakan, tumbang, tidak
berhasil (lulus): kerajaan itu ~ kerana undi tidak percaya; 6.
bankrap, muflis: perusahaannya ~ kerana tidak cukup modal; 7.
tidak berhasil, tidak lulus: anaknya ~ dlm peperiksaan tahun ini; 8.
tidak dapat dipertahankan (dirampas musuh): bandar itu telah ~ ke
tangan musuh; 9. sampai (di), tiba (di): hendak pergi ke Kedah ~ di
Kelantan; 10. menjadi (miskin, sakit, dll);
~ air muka menjadi malu; ~ bangun a) rebah dan bangun lagi; b) ki
maju mundur (dlm kehidupan dll); ~ bebas (Fiz) gerakan suatu
jasad yg dipengaruhi oleh graviti sahaja, iaitu tidak ada daya lain yg
bertindak; ~ cinta = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; ~
colok menjadi miskin, hilang kemegahan; ~ hati a) menaruh kasih
(cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll; ~
ke atas memperoleh keuntungan (naik pangkat dll); ~ ke bawah ki
turun pangkat dll; ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh
dll); ~ ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur) a)
memperoleh kesenangan (kekayaan dll); b) walaupun mendapat
kesulitan dll tetapi tetap senang; ~ melarat menjadi melarat; ~
merek Id mendapat nama buruk (nama merosot); ~ miskin menjadi
miskin; ~ nama mendapat nama buruk; ~ pengsan menjadi pengsan;
~ sakit kena penyakit; ~ talak sampai (berlaku) talak; ~ tempoh
sudah lewat tempohnya (waktunya);
~ (tidak) berkait (berjolok) prb memperoleh sesuatu dgn sebab
(tidak) diminta (diharapkan); biar ~ terletak, jangan ~ terhempas
(terhentak) prb berhenti bekerja dgn kemahuan sendiri adalah lebih
baik drpd dipecat; busuk berbau, ~ berdebuk prb kalau melakukan
kesalahan (perkara-perkara yg tidak baik) akhirnya diketahui orang
juga; sudah ~ ditimpa tangga prb kesusahan yg datang berturutturut;
berjatuh Id memberi sumbangan (derma dll);
dijatuhi dikenakan, menjalani: mereka yg melakukan kesalahan
tersebut akan ~ hukuman menjadi hamba;
menjatuhi jatuh mengenai sesuatu: jangan melepaskan kayu itu,
nanti ~ tanaman;
menjatuhkan 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn
sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan
(nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa
cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan,
menumbangkan: parti-parti pembangkang mencuba ~ kerajaan dgn
undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll); 5.
mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; ia
memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-penyokong
komunis;
~ denda mengenakan denda; ~ hukum memberi keputusan terhadap
sesuatu perkara; ~ maruah menghina, memberi malu; ~ talak
menceraikan (isteri); ~ tangan kpd menghukum, menangani;
terjatuh jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja);
~ dihimpit jenjang prb berturut-turut mendapat kesusahan;
kejatuhan 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh
PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg
jatuh; ~ bulan ki mendapat kebahagiaan (kesenangan).
jauh 1. besar jaraknya, tidak dekat: rumahnya agak ~ dr kedai itu; ~
perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman; 2. tempat yg
besar jaraknya (dr tempat tertentu), tempat yg tidak dekat: mereka
datang dr ~ dan dekat; 3. jarak, antara: berapa ~ lagi pergi ke
Siam dr Alor Star? 4. amat sangat, terlampau sangat: harga kain ~
lebih murah di Pulau Pinang drpd di sini;
~ drpd amat sangat tidak; ~ drpd cukup sangat tidak mencukupi; ~
drpd memuaskan sama sekali tidak memuaskan; ~ malam larut
malam; ~ menyayup Kd terlalu jauh; ~ pemandangan luas
pemandangan, dalam pengetahuan; lebih ~ selanjutnya, seterusnya;
~ bau bunga, dekat bau tahi prb kalau jauh (kaum keluarga dll)
berkasih-kasihan, tetapi kalau berdekatan mereka saling
berbantahan; ~ berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak
dirasa prb orang yg banyak mengembara dan lama hidup itu tentu
sekali banyak pengalamannya dan luas pemandangannya; ~
menyalak kuat, dekat mencawat ekor prb orang yg berani bercakap
besar di belakang sahaja; ~ panggang dr api prb jawaban atau
sindiran yg tidak tepat; nan ~ tiada terjelang, nan dekat tak
tertandangi prb tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yg jauh
mahupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan, dll); telah ~
maka dipanggil prb telah terlambat;
sejauh jauhnya, jaraknya: ia berjalan kaki ~ dua batu; ~ mana had
mana, hingga mana; ~-jauh hingga jauhnya; ~ mata memandang
dlm jarak yg dapat dipandang oleh mata;
jauh-jauh sejauh mungkin, jauh sekali: pergilah ~ agar tiada
sesiapa pun boleh mengganggumu;
berjauh berada jauh, merenggang: orang yg berpencak itu mulamula
~, makin lama makin berdekat; ~ hati a) kecil hati, hiba hati;
b) segan-segan;
berjauhan jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan: rumah
mereka tidak ~ antara satu sama lain;
berjauh-jauhan 1. jauh letaknya (antara satu sama lain), tidak
berhampiran: kapal-kapal layar menjalankan perniagaan antara
dua buah negeri yg ~; 2. saling berjauh, saling menghindari:
mereka kelihatan ~; 3. berebut-rebut siapa yg lebih jauh;
menjauh (semakin) menjadi jauh, menghindar (agar jauh);
menjauhi menjauhkan diri drpd, menghindari: orang kampung
berdoa supaya dijauhi drpd mara bahaya;
menjauhkan 1. menjadikan jauh, merenggangkan, menjarangkan,
menjarakkan: berus gigi yg hendak dimasukkan ke dlm mulutnya
itu dijauhkannya semula; 2. menghindarkan, menyingkirkan; ~
bencana menghindarkan bencana; ~ diri menyingkirkan
(menyisihkan) diri;
kejauhan 1. = jauhan tempat (jarak) yg jauh: ombak memecah di ~
dan angin riuh menyapu puncak gunung; 2. terlalu jauh.
jauhar Ar 1. sl permata, intan; 2. ark mani, benih manusia.
jauhari Ar 1. sl tukang (saudagar) permata; 2. cerdik pandai, ahli;
~ juga yg mengenal manikam prb hanya orang yg bijak sahaja yg
mengetahui tentang keelokan ilmu.
jaundis (Ubat) penyakit yg menyebabkan kekuningan pd kulit dan mata
putih akibat meningkatnya pigmen hempedu di dlm darah.
jaur; berjaur Sr pergi ke mana-mana tanpa arah tujuan: ibu selalu
memarahi kakak kerana suka ~ dr pagi hingga ke petang.
jawa I; gula ~ gula kelapa; tembakau ~ sj tembakau dr Jawa.
jawa II; asam ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Tamarindus indica.
jawa III; burung ~ sj burung, Aceros plicatus subruficollis.
jawa IV Kl antara mahu dgn tidak.
Jawa V 1. peribumi atau penduduk asli Pulau Jawa, Indonesia; 2. orang
yg mempunyai darah keturunan peribumi dr Pulau Jawa;
kejawaan hal (ciri atau sifat) yg berkaitan dgn atau memperlihatkan
keperibadian orang Jawa: suatu kelompok masyarakat yg masih
kental ~nya.
jawab balasan yg diucapkan apabila dipanggil (disoal dsb), sahut; soal ~
pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai
perkara (biasanya disiarkan dlm akhbar, majalah, dsb);
berjawab ada jawabnya, berbalas, disahuti: pertanyaannya masih
belum ~ lagi;
menjawab membalas (surat, pertanyaan, dll), menyahuti: dia tidak
~ sepatah pun;
terjawab dapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat
diberikan jawabannya atau penjelasannya;
jawaban, jawapan 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya
dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau
keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm
ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg
berikut;
penjawab orang yg menjawab: sepuluh soalan yg meminta ~
mengenal jenis-jenis kata.
jawang sj binatang, biawak pohon;  jiawang.
jawat jabat, pegang;
sejawat 1. sejabatan; rakan ~ kawan sekerja; 2. sama jawatan,
sepekerjaan: Perdana Menteri sedang meraikan rakan ~nya,
Perdana Menteri Jepun;
berjawat berjabat, berpegang; ~ tangan berjabat tangan,
bersalaman;
menjawat 1. memegang (tangan dll): ~ lembing; ~ tangan; 2.
menyambut, menerima; ~ anak yg lahir menyambut anak yg lahir;
3. menjabat, menerima sesuatu kedudukan atau pelantikan dan
menjalankan tugas-tugas yg berkaitan, memegang jawatan: dia anak
Melayu yg mula-mula sekali ~ jawatan pemandu kapal terbang;
jawatan 1. kedudukan dlm pekerjaan yg menentukan tugas
seseorang (spt sbg Ketua Pengarah, Pegawai Penyelidik,
Setiausaha, Pengerusi, dsb): dia memegang ~ Ketua Bahagian
sejak lima tahun yg lalu; meletakkan ~; 2. sl tanda atau alat
kebesaran; payung ~ payung kebesaran; 3. sl pegawai istana,
bentara, sida-sida: baginda dihadapi oleh sekalian ~nya; 4. Id
bahagian sesuatu kementerian dll, jabatan; 5. Id segala sesuatu yg
berhubungan dgn kerajaan, urusan kerajaan; 6. sl barang yg
dipegang (dibawa dll);
~ tera Id jawatan metrologi (yg mengurus pengawasan dan
pemeriksaan timbangan dll);
sejawatan sama jawatan: rakan ~;
berjawatan 1. memegang (mempunyai) jawatan: ia sekarang ~
kerani di pejabat pos; 2. = ~ tinggi berpangkat tinggi;
perjawatan (segala sesuatu) yg berhubungan dgn jawatan
(pelantikan, pemegangan, dsb, jawatan): Bahagian P~ Jabatan
Perkhidmatan Awam;
penjawat sl 1. penjabat, pemegang jawatan; ~ istana pekerja
(pegawai) dlm istana; 2. hamba (biasanya wanita) yg melayani di
istana.
jawatankuasa sekumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk
melaksanakan atau mengurus tugas-tugas tertentu, panitia;
~ ad hoc jawatankuasa khas yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan
tertentu tanpa perancangan awal; ~ induk jawatankuasa utama yg
dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya
dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil; ~ kecil jawatankuasa
yg dibentuk di bawah jawatankuasa induk utk menjalankan tugas
tertentu, biasanya jumlah keanggotaannya kecil; ~ pemandu
jawatankuasa yg berfungsi menentukan tertib kegiatan tertentu serta
mengawasi arah perjalanannya agar mencapai matlamat yg
dikehendaki.
jawawut Jw sekoi, Panicum viride.
jawen (jawén) Id; Quran ~ ark terjemahan kitab Quran;  Jawi II.
jawi I lembu, sapi; anak ~ Mn anak laki-laki yg dikasihi;
bagai ~ belang puntung, didahulukan ia menyepak, dikemudiankan
ia menanduk prb dikiaskan kpd orang bodoh yg tidak dapat dibawa
berunding; bagai ~ makan, dimamah dahulu baru ditelan prb
sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu ditimbangkan
dan dirundingkan; bagai ~ terkurung siang prb orang yg tidak dapat
bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat.
Jawi II Melayu; ~ pekan (peranakan) orang yg berketurunan Melayu dan
India; bahasa ~ bahasa Melayu; huruf ~ huruf Arab dgn beberapa
huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu;
masuk ~ berkhatan, bersunat; padi ~ padi biasa (bukan pulut);
tulisan ~ tulisan yg menggunakan huruf Jawi;
menjawikan 1. menterjemahkan (kitab-kitab drpd bahasa lain) ke
dlm bahasa Melayu; 2. mengalih (mengubah) kpd tulisan Jawi:
rencana ~ yg ditulis dlm tulisan Rumi;
penjawian proses (usaha, perbuatan dsb) mengalih atau mengubah
kpd tulisan Jawi: ~ cerita kanak-kanak yg terdapat dlm tulisan
Rumi merupakan suatu usaha yg sangat baik utk memartabatkan
tulisan Jawi.
JAWI akronim bagi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
jawi-jawi sj tumbuhan (pokok), beringin, kelat sega, Ficus benjamina.
jawil Jw; menjawil mencolek, menggamit, menyentuh dgn jari (supaya
mendapat perhatian).
jaya 1. kemenangan; hikayat Perbu ~ hikayat kemenangan Perbu; 2. =
berjaya menang, berhasil: utusan sudah balik dgn tiada ~;
berjaya beroleh kemenangan, mencapai kemajuan, berhasil: tidak
ada harapan cita-citanya akan ~;
menjayakan menyebabkan jaya (berhasil, maju, dll): semua itu
memberi semangat utk ~ usaha yg lebih besar pd masa hadapan;
kejayaan perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah
mendapat ~ dlm pelajaran barulah hal rumah tangga
dirancangkan.
jayeng (jayéng) Jw, sl menang (atas); ~ seteru menang atas musuh.
jaz muzik yg kuat dan rancak yg berasal drpd kalangan orang Negro di
Amerika Syarikat: pancaragam ~.
jazam Ar tanda baca yg dipakai utk huruf Arab (º) diletakkan di atas huruf
konsonan utk menunjukkan bahawa huruf itu mati (tidak dibunyikan
lagi);
menjazamkan 1. memotong, mengerat, memenggal; 2.
memutuskan, menentukan: segala harta dan hak kepunyaanku telah
kujazamkan, iaitu kuserahkan supaya dibahagikan dua pertiga
daripadanya kpd Puan Normah.
jazbah Ar keadaan diri yg sedar bahawa Allah mendahului segala-galanya
apabila melihat sesuatu.
jazirah Ar semenanjung: ~ Arab.
JB kep Johor Baharu.
jean (jin) seluar panjang drpd kain yg tebal dan tahan lasak, dan dipakai
secara kasual;
berjean memakai jean: dia ~ biru dan berbaju batik.
jebah ark lebar (bkn muka).
jebah (jébah); berjebah banyak sangat, berlebih-lebihan: nelayannelayan
nampaknya riang benar hari ini kerana ikan ~.
jebai ark; berjebai berserak-serak, tidak teratur.
jebak I = jebakan 1. sj alat (sangkar) utk menangkap burung (binatang
dll), perangkap; 2. muslihat utk menipu (menggoda dll); memasang
~ memasang perangkap, memikat utk menipu (menggoda dll) orang;
menjebak menangkap dgn jebak, memikat utk menipu (menggoda
dll): ~ burung;
terjebak 1. termasuk ke dlm perangkap (jebak), terperangkap,
terpikat; 2. ki terperangkap atau tercebur ke dlm sesuatu keadaan yg
tidak baik (keji, mengongkong, dsb);
penjebakan 1. perihal menjebak; 2. tempat utk memerangkap
musuh dll;
penjebak 1. orang yg menjebak; 2. alat utk menjebak.
jebak II Kl; berjebak-jebak 1. meleleh keluar; 2. terlampau banyak.
jebang perisai panjang (drpd kayu yg dilapisi dgn kulit).
jebat kesturi; musang ~ sj musang yg menghasilkan kesturi, musang
kesturi;
jebat-jebatan berbagai-bagai jenis bau-bauan yg harum.
jebeh (jebéh) Kl; menjebeh mengerutkan mulut utk menghina orang.
jebeng (jebéng) Kl, Tr bauk, cambang.
jebik; menjebik menyorongkan bibir bawah ke depan (spt hendak
menangis);
terjebik spt hendak menangis (muka): dia ~ apabila emaknya
melarangnya pergi menonton.
jeblok Jk; kejeblok terperosok ke dlm lumpur.
jeblos Jk; menjebloskan 1. memasukkan ke dlm lubang dgn kuat-kuat
(dgn menggunakan paksaan dsb); 2. ki memasukkan ke dlm
penjara;
terjeblos, kejeblos 1. terperosok; 2. ki termasuk perangkap,
terjebak, tertipu.
jebol Jk rosak, tembus;
menjebol merosakkan (pintu dll), menembus;
menjebolkan menyebabkan jebol (rosak, tembus), menembuskan.
jebrol Jk; menjebrolkan 1. melahirkan (anak); 2. ki menerbitkan,
mengeluarkan.
jebuh sj ikan laut, Dussumieria spp.
jebung; ikan ~ sj ikan laut, Abalistes stellatus.
jebur Jk cebur;
menjebur mencebur (terjun ke dlm air).
jed (jéd) sj batu bernilai, biasanya berwarna hijau, yg dijadikan barang
hiasan dan barang kemas.
jeda 1. waktu rehat: sampai waktu ~, belum ada kalah menang; 2. =
berjeda berhenti sebentar; tidak ~ tidak putusnya, tidak hentihentinya;
3. masa antara dua peristiwa atau tindakan.
jeding I Jw tangki (air).
jeding II Jk melentik ke atas (bkn bibir).
jegang 1. tegang, kaku, liat; 2. mati keras.
jege (jegé) Kd membeliakkan mata (kerana marah dll).
jegela Pr; orang ~ pelawak, badut.
jegil; menjegil membeliak, membelalak (mata): Minah ~, Bujal
terperanjat;
menjegilkan membeliakkan, membelalakkan (mata): Yusof ~
matanya ke arah murid-murid;
terjegil terbeliak, terbelalak;
jegilan bukaan mata yg besar: Mak Munah terkejut melihat ~ mata
Wak Sudin.
jegung petak di buritan kapal tempat menyimpan tali (layar dll).
jejak I 1. bekas tapak kaki atau bekas langkah (orang atau binatang),
bekas jalan perahu (dlm air), kesan: meninggalkan ~ di lumpur; 2.
injak (jatuh kaki) hampir atau mengenai tanah dll, sampai di atau
(hampir) kena pd sesuatu tahap (paras dsb); ~ bahu (bkn rambut)
panjang hingga ke bahu; ~ bara (bkn barang yg bergantung) hampir
sampai ke tanah dll; ~ tanah upacara pd ketika budak mula-mula
menginjak tanah; bertikam ~ hampir seimbang (sama), hanya sedikit
bezanya; 3. tabiat, tingkah laku, perangai; mengikuti ~ orang
tuanya menurut kelakuan orang tuanya; ~nya keruh perbuatannya
kurang baik; menghilangkan ~ menutupi kesalahan (perbuatan yg
kurang baik); mencari ~ dlm air prb mengerjakan pekerjaan yg siasia;
berjejak 1. meninggalkan bekas (kaki dll), berkesan: berjalan di
lumpur ~; 2. menginjak di, bertumpu di: kakinya tidak ~ di bumi;
menjejak 1. mengenai atau mencecah (bumi, dasar, dll), menginjak:
dia ~ lantai simen itu; 2. sampai di, mengunjungi: inilah pertama
kali dia ~ Semenanjung Malaysia;
menjejaki 1. menginjak; 2. mengikuti jejak atau bekas langkah,
mengesani (mengikuti) perjalanan dsb: dr situlah angkatan perang
Jepun terus mara ke Selatan ~ pengunduran askar-askar Inggeris,
India, dan Australia hingga ke Singapura; 3. ki mengikuti jejak
(pergerakan, tindak-tanduk, dsb) seseorang dll, menyiasat,
menyelidiki;
menjejakkan menginjakkan (kaki);
penjejakan perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani):
alat itu menghasilkan isyarat keluaran berdigit dan mengawal
isyarat bagi pemfokusan serta ~ alur laser.
jejak II Jk 1. lurus, tegak (tidak condong); 2. teratur baik, tetap (tidak
berubah-ubah).
jejaka anak lelaki yg telah dewasa (tetapi belum berkahwin), (orang)
bujang, pemuda.
jejal; berjejal, berjejal-jejal penuh sesak, penuh pepak, penuh tumpat: di
seberang sana kelihatan motokar ~;
menjejal, menjejali menyumbat, mengisi (lubang dll) dgn penuh,
menutup lubang (celah-celah) dgn sesuatu, memenuhi: setiap tanah
lapang dijejali dgn rumah-rumah kediaman;
terjejal disumbat dgn penuh: tambahan yg ~ pd lubang paip itu.
jejala jala-jala;  jala I.
jejamang jamang (sj perhiasan).
jejambat jalan raya yg dibina merentasi atau melangkaui sebatang jalan
lain spt jambatan: ~ yg merentangi jalan kereta api itu penuh
sesak.
jejamu jamu-jamu (sj tumbuhan).
jejantas jambatan (di atas jalan raya) utk pejalan kaki melintas jalan.
jejap jijik.
jejari 1. bilah besi yg menghubungkan pusat roda dgn rim, terutamanya
basikal: ~ basikal; 2. garis lurus dr pusat ke keliling bulatan;
~ atom a) jarak di antara nukleus atom dgn elektron valens atom
tersebut; b) jarak yg merupakan setengah jarak di antara nukleus
dua atom yg serupa; ~ ikan kepingan daging ikan tanpa tulang yg
berbentuk empat segi bujur dan disaluti serbuk roti, biasanya
dipanggang atau digoreng; ~ ion nilai jejari bagi ion dlm pepejal
ionik berhablur (berdasarkan andaian bahawa ion berbentuk sfera
dan bersaiz tertentu).
jejarum = ~ merah sj tumbuhan (pokok), jarum-jarum merah, Ixora
concinna.
jejas 1. luka sedikit, lecet, relas: jangankan terbelah, ~ pun tidak; 2. =
berjejas rosak (punah, haus, binasa) pd barang spt kain baju dll,
menunjukkan tanda atau kesan kerosakan: baju awak ini sudah
lama, tetapi tidak juga ~;
menjejaskan 1. melukakan, merosakkan: tidak seorang lelaki pun
yg pernah ~ hatinya; 2. mendatangkan (meninggalkan) kesan tidak
baik pd, merosakkan: peristiwa itu tidak sedikit pun ~ perhubungan
mereka;
terjejas (sudah) jejas, mengalami kesan tidak baik: mungkin
disebabkan keyakinan itu, rumah tangga mereka teguh, tak ~
walaupun telah 29 tahun mereka bersama;
jejasan perihal jejas (luka dll);
penjejasan perihal menjejaskan: dgn ~ itu, keamanan dan
kedamaian telah hilang.
jejawat orang yg membawa barang hantaran semasa istiadat (spt istiadat
bercukur dll) di istana.
jejawi sj tumbuhan (pokok), jawi-jawi, Ficus benjamina.
jejeh (jéjéh); berjejeh menitik banyak-banyak (bkn benda yg cair tetapi
agak pekat spt darah dll).
jejenang  jenang.
jejentik jentik-jentik.
jejer (jéjér) banjar, baris, deret, jajar;
berjejer berbanjar, berjajar, berbaris, berderet (teratur): motokarmotokar
~ di jalan raya itu;
berjejeran berderet-deret: ramai muda-mudi ~ turun menuju ke
restoran;
menjejeri terdiri berjejer-jejer di: Kuala Perlis dijejeri oleh rumahrumah
nelayan;
menjejerkan mengatur berderet-deret (berbaris): ia ~ barang
dagangan di atas bangku;
jejeran deretan.
jejuang juang-juang.
jejunektomi (jejunéktomi) (Ubat) pembuangan jejunum atau sebahagian
drpd jejunum secara pembedahan.
jejunitis (Ubat) radang pd jejunum.
jejunoileitis (jejunoiléitis) (Ubat) radang pd jejunum dan ileum.
jejunum (Bio) bahagian usus kecil yg terletak di antara duodenum dgn
ileum.
jejurai sj hiasan yg berjurai-jurai yg dipakai pd rambut: pengantin
perempuan Acheh juga memakai sanggul lintang dgn bunga
goyang dan ~.
jek (jék) alat utk menaikkan atau mengangkat benda berat (spt kereta dll),
bicu, dongkerak, pengumpil;
mengejek 1. menaikkan atau mengangkat benda yg berat (spt
kereta dll) dgn jek, mendongkerak, mengumpil: dia sedang ~
keretanya; 2. ki mengampu, membodek.
jekat ark zakat.
jel (jél) penjara; kena ~ dimasukkan ke dlm penjara; masuk ~ bp
menjalani hukuman penjara;
mengejel memasukkan ke dlm penjara: orang itu dijel dua minggu.
jela (jéla); berjela, berjela-jela tergantung terayun-ayun, berjuntai-juntai:
janggutnya ~ sampai ke tanah; ~ panjang panjang meliuk-liuk;
terjela 1. terjuntai-juntai, terayun-ayun; 2. terbaring di tanah (spt
mayat).
jelabak; terjelabak roboh, runtuh, pecah berselerak.
jelabas = mulut ~ lepas cakap, suka berleter, suka mengatai orang.
jelabir  jabir.
jeladan sj burung, jelatik.
jeladeri sl lautan.
jelaga debu hitam dlm asap atau yg ditinggalkan asap pd permukaan
sesuatu, sulang asap, arang lampu, arang para;
berjelaga diselaputi jelaga;
menjelagakan menjadikan (menyebabkan) berjelaga.
jelah I ark cerah, banglas, jernih, terang.
jelah II; menjelah menangkap burung (dgn menggunakan getah atau
jaring).
jelai I sj tumbuhan (bijinya keras dibuat tasbih dll), Coix lachrymajobi;
 enjelai.
jelai II sj jem drpd buah-buahan (dimakan dgn roti dll).
jelajah I; menjelajah pergi berjalan ke merata-rata tempat (utk
menyelidik dll);
menjelajahi mengelilingi (atau berjalan ke merata-rata tempat dll)
sesuatu daerah dll (utk menyelidiki dll), menjajah: mereka telah ~
seluruh semenanjung negeri Arab; sejak manusia berjaya menaiki
roket mendarat di bulan, usaha-usaha utk ~ angkasa lepas telah
dipertingkatkan;
penjelajahan perihal menjelajahi: inilah pertama kalinya kapal
terbang digunakan utk ~ di bahagian Artik;
penjelajah 1. orang yg menjelajah: Amundsen ialah seorang ~
kutub bangsa Norway; 2. = kapal ~ sj kapal perang yg tidak begitu
besar tetapi laju.
jelajah II Mn; menjelajahkan menerangkan, menghuraikan.
jelak I bosan, jemu, kenyang, puas (makan dll); jemu ~ sangat jemu;
terjelak kekenyangan.
jelak II; menjelak Kl, Tr mencuri, melakukan sesuatu secara diam-diam
(dr belakang dll).
jelalat Jk; sejelalat sekejap (mata);
jelalatan memandang sekeliling dgn liar.
jelamprang, jelamperang Jw; kain ~ sj kain panjang.
jelan Kd; menjelan menjelir (lidah).
jelanak I; menjelanak merayap dgn menghendap, menyelinap (di antara
pohon-pohon dll), menyorok.
jelanak II Kl muntah.
jelang I; menjelang 1. datang berkunjung (menengok), menghadap (raja,
orang besar): dia sentiasa sibuk sehingga tidak ada masa utk ~
tetangganya; itulah sebabnya yg membuat Nakhoda Muda pergi ~
Pangeran Kusumaningrat itu; 2. hampir, sudah dekat (bkn waktu,
malam, siang, dll): ~ tengah malam barulah kami sampai di
kampung penghulu itu; 3. menghadapi, menyambut, menyongsong:
~ hari raya; 4. kepada, menghadap (pd alamat surat); 5. melihat,
menatapi: ~ bulan melihat anak bulan pd akhir puasa.
jelang II Mn cair, encer.
jelangak; menjelangak 1. mengangkat kepala ke atas, menengadah,
mendongak: beberapa orang yg berada berhampiran dgn
Jambatan Aioi ~ ke angkasa; 2. Kd tidak begitu cermat
(memandang sewaktu berjalan, melakukan sesuatu).
jelantah I nasi yg kurang masak (setengah mentah).
jelantah II minyak kelapa yg sudah dipakai utk menggoreng.
jelapak Mn; berjelapak, berjelapakan 1. berkaparan di sana sini,
berserak-serak; 2. jatuh ke belakang (terlentang);
terjelapak 1. terkapar, terserak-serak; 2. terlentang.
jelapang tempat menyimpan padi, rengkiang; ~ padi ki kawasan yg
banyak menghasilkan padi.
jelar ark; menjelar 1. menjalar; 2. rebah membujur (memanjang).
jelas I 1. terang (perkataan, pemandangan, dll), tidak kabur (mengelirukan
dsb), nyata: suara itu tidak ~ pd pendengarannya; keterangan yg
diberikan itu tidak begitu ~; 2. habis, selesai, beres (pekerjaan,
hutang, dll): dlm sehari boleh ~ pekerjaan ini; hutangnya di kedai
itu masih belum ~;
sejelas-jelasnya cukup jelas, amat jelas: rancangan itu akan
diterima oleh rakyat setelah penerangan yg ~ diberikan kpd
mereka;
berjelas-jelas berterang-terang, tidak bersembunyi-sembunyi: aku
ini hendak ~ dahulu sebelum aku sampaikan amanat orang;
menjelasi Mn meminta keterangan yg lebih jelas (lebih lanjut);
menjelaskan 1. menerangkan (lebih lanjut), menghuraikan
(sehingga jelas), menyatakan (utk memberikan penerangan):
seorang pegawai kerajaan ~ bahawa undang-undang yg baru
diluluskan itu hanyalah utk sementara waktu sahaja; 2.
menyelesaikan (pekerjaan, pembayaran hutang, dll), menghabiskan,
membereskan: dia sekarang bercermat-cermat kerana hendak ~
harga motokar itu;
memperjelas membuat lebih jelas: kita akan ~ keadaan ini dgn
memberi dua contoh;
kejelasan perihal (sifat, keadaan) jelas, nyatanya, terangnya: ~ imej
pd keseluruhan skrin; ~ objektif utk belajar; ~ amat penting bagi
borang dan penerangan yg disertakan;
penjelasan 1. keterangan (yg lebih jelas), huraian: Ali meminta ~
sebab-sebab perbuatan adiknya; 2. penyelesaian (pekerjaan,
pembayaran hutang, dll);
~ bank (Eko) penyelesaian pembayaran cek dll antara bank; rumah
~ (Eko) tempat menyelesaikan pembayaran cek dll antara bank;
penjelas 1. orang yg menjelaskan; 2. benda utk menjelaskan
(hutang dll): wang ~ hutang.
jelas II sj tumbuhan (pokok), bidara merah (pahit), lempedu pahit,
Enrycoma longifolia.
jelat Kl; jauh ~ jauh sangat.
jelata; rakyat ~ rakyat biasa (bukan drpd golongan bangsawan atau
hartawan);
menjelata ark melata;  lata III.
jelatang 1. = ~ api = ~ gajah sj tumbuhan (pokok yg daunnya gatal),
Laportea stimulans; ~ ayam sj tumbuhan (herba), Fleurya
interrupta; ~ rusa sj tumbuhan (pokok memanjat), Cnesmone
javanica; akar ~ bulang sj tumbuhan (pokok memanjat),
Sphaerostyli malaccensis; 2. ki pengacau, penghasut; ~ darat Kl
perosak masyarakat, lintah darat; ~ negeri pengganggu keamanan; ~
di hulu air prb perkara yg selalu menyusahkan.
jelatik sj burung pipit jawa (warnanya kebiru-biruan), Lochura
leucogastroides.
jelatuh Kd tempuni.
jelatuk belatuk.
jelau ark; menjelau menjenguk.
jelawai sj tumbuhan (pokok), Terminalia subspathulata; ~ bukit sj
tumbuhan (pokok), tembatu, Neoscortechinia kingii.
jelawardi ark  lazuardi.
jelawat sj ikan darat, Leptobarbus hoevenii.
jelebat sj ikan laut, Setipinna taty.
jeleber (jeléber) I; berjeleber 1. berkedut sangat dan berjuntai (kulit
orang yg sudah tua dll); 2. terburai, berumbai (kain dll).
jeleber (jelébér) II; berjeleber Kl mengumpat.
jelejeh (jeléjéh); berjelejeh, menjelejeh meleleh (air liur dll), menjejeh;
menjelejehkan menyebabkan menjelejeh.
jeleket (jelékét); menjeleket melekat (bkn kertas, kelopak mata, dll);
jeleketan (Fiz) tarik-menarik sesama molekul sesuatu benda;
kejeleketan keadaan jeleket.
jelempah; menjelempah bergelimpangan, terlantar di mana-mana.
jelengar; menjelengar, terjelengar memandang dgn kehairan-hairanan:
dlm berjalan itu, sentiasa ia terjelengar-jelengar, memandang
berkeliling dgn hairan.
jelentik; menjelentik menjentik, mengetil.
jelepak; menjelepak; putih ~ sangat putih;  lepak I.
jelepak (jelépak)  jelepok.
jelepek (jelepék) Kl terkulai kerana tinggi dan lembik.
jelepok (jelépok); menjelepok, terjelepok jatuh terduduk, jatuh tersila:
mereka duduk ~ akibat keletihan.
jeleweh (jeléwéh) terjuntai (bibir), juih.
jeli Jk elok dan bercahaya (mata).
jeli (jéli) sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg
separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubatubatan,
kosmetik, dsb.
jeligur Jw hampas kopi.
jelik buruk, hodoh, jahat, tidak baik: kelakuannya ~;
menjelikkan memburukkan: jangan selalu ~ kawan;
kejelikan keburukan: karya Ibrahim Omar ini menampakkan ~
hidup manusia Melayu di kota-kota.
jelilatan Jw jelalatan;  jelalat.
jelimpat ark; menjelimpat menyimpang dr jalan (arah yg dituju).
jeling pandangan dgn ekor mata, kerling;
menjeling memandang dgn ekor mata, mengerling: tidak ada
antara mereka yg memandang, kalau ada pun sekadar memalis
dan ~;
jelingan kerlingan.
jelingah Kl gatal, biang (disebut utk perempuan sahaja).
jelir; menjelir, terjelir keluar sedikit lidah dll: lidahnya terjelir sedikit;
menjelirkan mengeluarkan (lidah dll): tenggiling ini boleh ~
lidahnya keluar dgn panjang.
jelira puas (bkn makanan, minuman, dll), meresap ke segenap anggota
tubuh.
jelit ark; menjelitkan mencantumkan, menyisipkan.
jelita I cantik, elok, molek: dr tingkap rumahnya itu dia dapat melihat
seorang gadis ~ sedang menunggu bas;
kejelitaan perihal jelita, kecantikan: dia terpesona dgn ~ gadis
kampung itu.
jelita II sj tumbuhan (herba), kancing baju, Corchorus capsularis.
jelitawan gadis (wanita) yg jelita.
jeliti sj tumbuhan (pokok), membatu, terak, Planchonella oxyedra.
jelma; menjelma 1. lahir (kembali): orang Hindu percaya bahawa orang
yg mati itu akan ~ balik; 2. masuk ke dlm (tubuh manusia,
binatang, dll): jiwanya ~ dlm tubuh seekor kera; 3. muncul (di dlm
hati, ingatan, dll), timbul atau muncul (bkn sesuatu kejadian dll):
ada perasaan lain lebih dahulu yg ~ ke dlm hatinya; wajah ibunya
sedikit demi sedikit datang ~ ke dlm ingatannya; kemakmuran ini
menjadi latar kpd malapetaka yg akan ~; 4. berubah menjadi
makhluk (benda) yg lain, bertukar bentuk (rupa dll): Krishna ~
menjadi Rama; ulat ~ menjadi kupu-kupu;
menjelmakan ark 1. melahirkan sesuatu di dlm, memasukkan
sesuatu ke dlm: faham politiknya dijelmakan dlm novel-novelnya;
2. melahirkan, mewujudkan, mencipta (karya dll): penulis-penulis
muda itu belum lagi dapat ~ suatu karya yg bermutu;
terjelma termasuk (ke dlm sesuatu), terlahir (di dlm sesuatu),
tercipta, terwujud;
jelmaan sesuatu yg telah menjelma; hasil drpd menjelma;
batu ~ (Geo) sj batu yg telah berubah bentuknya (rupanya dll)
akibat kuasa matahari dan air serta udara dll;
penjelmaan 1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau
benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia berfikir
entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal masuknya jiwa
ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio) perihal perubahan
bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu: perubahan rupa mulai drpd
telur menjadi serangga itu dipanggil ~; 4. perihal menjelmakan
(mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan: sistem pelajaran sekarang
ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yg sangat merugikan kita;
5. ciptaan, karya, perwujudan cita-cita: novelnya yg pertama itu
merupakan ~ seluruh peribadinya.
jelopong Tr comot, kotor: baju kamu kenapa sampai habis ~.
jelu I Jk berasa kesal, sebal hati.
jelu II; ~ masak pisang, sj binatang mamalia (spt memerang), pulasan
tanah, Mustela nudipes.
jeluak; menjeluak 1. berbunyi sewaktu hendak muntah, muntah (kerana
terlalu kenyang); 2. Kl melimpah (air).
jeluang sl kertas atau kain yg dibuat drpd kulit kayu.
jeluas Kl, Tr; berjeluas berlumuran (dgn kotoran, darah, dll).
jeludu; menjeludu bergerak di air (kapal, perahu, itik, dll).
jelujur I jahitan tangan yg jarang dan tidak dimatikan, jahitan sementara;
~ halus sj jahitan yg digunakan apabila membuat kelim panjang pd
kain lembut (dibuat sebelah dlm atau luar); ~ sementara sj jahitan
sementara utk menetapkan kelim di tempatnya sebelum kelim itu
dijahit (dibuat sebelah dlm atau luar);
menjelujur membuat jelujur, menjahit jarang-jarang (dgn tidak
mematikan jahitan).
jelujur II kayu atau buluh yg dipasang mendatar utk menutup pintu pagar
(kandang dll).
jeluk 1. dalam (bkn mangkuk, pinggan, dll); 2. Kl besen.
jelum; berjelum = mandi ~ menyapu air (tidak disiram) pd tubuh;
menjelum membersihkan tubuh dgn menyapu air pd tubuh.
jelungkap; menjelungkap 1. terlepas drpd ikatan atau pasangan,
terkobak dan tidak melekat lagi; 2. melenting kemudian lurus
kembali (buluh dll yg dilengkokkan).
jeluntung penyakit cacar air.
jelunut I Mn; menjelunut pekat, kental, melekat.
jelunut II 1. sj tumbuhan (pokok renek), Columbia serratifolia; 2. sj
tumbuhan (pokok), cenderai hutan, medang gajah, Commerosia
bartramia.
jelur; ~-jelir menjelir berkali-kali.
jelurai sj kuih yg menyerupai jala.
jelus Jk cemburu;
menjeluskan 1. mencemburui; 2. menyebabkan iri hati.
jelut Jk; menjelut 1. berasa sakit (perut); 2. ki kesal, sebal.
jelutung sj tumbuhan (pokok), Dyera costulata; ~ badak sj tumbuhan
(pokok renek), Ervatamia corymbosa; ~ laut sj tumbuhan (pokok),
Euphorbia atoto; rotan ~ sj rotan, rotan segera (kerai, gelang,
kemunting), Daemonorhops geniculatus.
jeluwek (jeluwék) Kl muntah.
jem Jk, bp jam.
jem (jém) sj makanan yg dibuat drpd buah-buahan yg dimasak dgn gula
hingga likat (biasanya disapu pd roti, biskut, dsb).
jemaah Ar 1. kumpulan orang beribadat; ~ haji rombongan orang naik
haji; 2. orang ramai, perjumpaan ramai;
~ menteri badan eksekutif yg terdiri drpd para menteri, yg secara
kolektif bertanggungjawab bagi menentukan dasar kerajaan,
kabinet; J~ Pemangku Raja badan yg dilantik utk menjalankan
fungsi raja semasa raja belum dewasa, atau raja tiada di dlm negeri
ataupun raja tiada upaya;
berjemaah beramai-ramai, bersama-sama: sembahyang ~.
jemah I kelak, kemudian; di akhirat ~ di akhirat kelak; kelak ~ kemudian
kelak, di kemudian hari; tidak ~ tidak pernah.
jemah II Kl, Tr; beras ~ beras biasa (bukan pulut).
jemala sl kepala; batu ~ batu kepala, kepala; di atas ~ di atas kepala.
jemalin jurumalim, jurumudi.
jemang Mn; sejemang sebentar.
jemari = jari-~ anak-anak jari.
jemawa sl 1. angkuh, congkak, sombong; 2. suka mencampuri hal orang
lain;
kejemawaan 1. keangkuhan, kecongkakan, kesombongan; 2.
perihal suka mencampuri hal orang lain.
jemba I = jembaan ukuran yg panjangnya lapan hasta atau 3.66 meter.
jemba II; menjemba Mn meluruskan tangan hendak mencapai sesuatu;
dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam prb
mengatur sesuatu (pekerjaan dll) supaya berhasil baik;
menjembakan meluruskan (tangan): dijembakannya tangannya
akan meraba; jeremba.
jemba III Tr 1. tiba, datang; 2. menerpa, menerkam: apabila ternampak
saja tikus, kucing jantan saya terus ~.
jembak; menjembak, terjembak-jembak terurai dan terjela-jela (rambut
budak yg panjang dll).
jembalang sj hantu (hantu tanah) yg kadang-kadang merupakan diri spt
rusa (kerbau dll).
jembel (jémbél) Id sangat miskin;
orang ~ orang miskin, pengemis; rakyat ~ rakyat yg miskin.
jembeng (jémbéng) Kl membimbit, menjinjing.
jemboan pondok kecil.
jembrut zamrud.
jemedi 1. sj ikan laut, bakuk, Thryssa spp.; 2. sj ikan laut, Engraulis
kammalensis.
jemeki ark perhiasan (drpd kertas yg berwarna emas dll) yg terdapat pd
tepi selendang dll, labuci.
jemekian sj tumbuhan;  cemekian.
jemeleh (jemeléh) I Kl majlis.
jemeleh (jemeléh) II Kl sembelih.
jemerah sj tumbuhan (pokok memanjat), mambu jantan, merambau,
sekebah, Milletia sericea.
jemerelang sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, timbarayung
(Sabah), Peltophorum spp.
jemerlang ark  cemerlang.
jemertas; si ~ sj rumput.
jemeruk Kl 1. berturut-turut (bkn jamuan, peristiwa, dll); 2. berlaku pd
masa yg sama.
jemerung I sj ikan darat, Lobochelius spp.
jemerung II Tr sejenis rumput: kalau hendak menanam padi, ~
hendaklah ditebas dahulu.
jempalik Jw  jempalit.
jempalit Jk tonggang-langgang, berguling berbalik-balik (sedang berjalan,
bergantung, berguling, dll);  jengkolet.
jempana sl sj tandu, usungan.
jemparing Jw, sl anak panah.
jempol Id 1. ibu jari; 2. = jempolan yg terbaik, johan; cap ~ cap ibu jari
(sbg ganti tandatangan); isapan ~ rekaan sendiri (bkn khabar dll),
omong kosong;
kejempolan bp kehandalan, keunggulan.
jempul 1. sj ikan laut, Liza tude; 2. sj ikan laut, jumpul, Mugil planiceps.
jempung sj ikan laut;  jambung.
jemput I; sejemput sebanyak yg dapat diambil dgn hujung jari, secekut:
dia mengambil ~ tembakau;
jemput-jemput 1. sj kuih (drpd adunan tepung, pisang, dan gula yg
dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); 2. sj kuih (drpd adunan
tepung, bawang, garam, dll yg dijemput sedikit-sedikit dan
digoreng);
menjemput 1. mencekut dgn hujung jari: ~ garam; 2. mengambil:
ia ~ air di pancuran; 3. ki memetik, mengutip: kisah ini dijemput
drpd Sejarah Melayu;
jemputan hasil drpd menjemput (mencekut).
jemput II; berjemput disambut, dialu-alu, disongsong: datang tak ~;
menjemput 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg
pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah
masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~
ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang
~ Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian; 3. Mn
mengambil seseorang utk dijadikan menantu:
jemputan 1. = orang ~ orang yg dijemput (utk menghadiri majlis
perkahwinan dll): Ramlan sibuk sekali melayan para ~ itu; 2.
ajakan, undangan; 3. permintaan (kpd orang laki-laki) utk dijadikan
menantu;
perjemputan perihal menjemput.
jemu sudah tidak suka lagi (melihat, makan, dll), bosan, jelak, muak: saya
dah ~ dgn masakan itu; ~ menanti;
~ hidup tidak suka hidup lagi (kerana kecewa dll); ~ jelak sangat
jemu; tidak ~nya suka (akan sesuatu);
menjemukan mendatangkan rasa jemu, membosankan,
menjelakkan, memuakkan: syarahannya panjang dan sungguh ~ ;
kejemuan perihal jemu: mukanya menampakkan ~nya.
jemuan Kd jahat sangat (kanak-kanak dll).
jemuas berlumuran (bergelumang) dgn kotoran (pd muka, tangan, dll).
jemudi jurumudi.
jemuduk sj ikan laut, demuduk, Carangoides spp.
jemuju sj jintan atau mu(ng)si.
jemur 1. perihal mengeringkan (di panas matahari); dihukum ~ dihukum
dgn diletakkan di panas matahari; 2. Id mandi (memanaskan badan)
dgn panas matahari; 3. Mn padi yg dijemur; membangkit ~
mengangkat padi yg sudah dijemur; ~ terkekar, ayam tiba prb baru
sahaja dikeluarkan barang dagangan, sudah banyak orang datang
membeli;
berjemur mengeringkan (memanaskan) badan di panas matahari:
dia ~ di atas pasir;
menjemur mengeringkan sesuatu di panas matahari: petani itu ~
padinya di tepi bendangnya; ~ dada ki berjalan membusungkan
dada (sombong);
~ sementara hari panas prb kesempatan yg baik itu janganlah
dilepaskan; meski ke langit akan ~, kalau hari tak panas tak juga
kering prb kalau nasib tak baik bagaimanapun usaha tidak akan
beruntung juga;
terjemur dijemur, kena jemur;
jemuran 1. barang yg dijemur; 2. Kl serambi rumah;
penjemuran tempat (alat dll) utk menjemur.
jen (jén) Id singkatan bagi jeneral.
jenahak sj ikan laut, Lutjanus johni.
jenahar sj ikan laut, Lutjanus roseus.
jenak I waktu yg sangat pendek (tidak lama);
sejenak sebentar, sejurus; ~ panjang agak lama sedikit; ~ pendek
sebentar sahaja, sesaat.
jenak II ark; menjenaki melihat.
jenak III nyenyak (tidur).
jenaka 1. perbuatan atau kata-kata yg menggelikan hati, lawak: ~nya
membuatkan penonton-penonton tidak dapat menahan ketawa; 2.
menggelikan hati, membangkitkan ketawa: lawak ~; cerita ~;
berjenaka berbuat sesuatu perlakuan atau berkata-kata utk
membuat orang ketawa, melawak, berkelakar: dlm perjalanan itu
kami tidak putus-putus ~;
kejenakaan 1. perihal jenaka; 2. kelucuan.
jenakarama jenaka yg diaksikan dgn pelbagai irama (tingkah, gaya,
ragam, dll).
jenama jenis barang yg memakai nama khas yg dikeluarkan oleh
pengeluar (pembuat, pengilang) tertentu;
berjenama mempunyai jenama, ada jenamanya (bkn barang);
menjenamakan memberikan jenama kpd sesuatu;
penjenamaan pemberian jenama (nama tertentu) kpd sesuatu
barang yg dihasilkan: aspek pembungkusan dan ~.
jenang I 1. tiang tempat dipasang pintu (jendela dll): ~ dinding; ~
jendela; ~ pintu; 2. = jejenang, penjenang sl orang yg mengawasi
sesuatu, mandur; 3. = jejenang sl pengapit, pembantu; 4. =
jejenang sj pangkat kepala daerah (di bawah batin); 5. = jejenang
Mn orang yg mengatur dlm sesuatu jamuan, orang yg menjadi juara
atau pelerai dlm upacara penyabungan ayam;
menjenang, menjenangi mengawasi dan mengatur (pekerjaan dll).
jenang II ark; sejenang sebentar, sekejap, sejurus;  jenak I.
jenang III Jw 1. bubur; 2. dodol.
jenangau pianggang;  cenangau.
jenawi; pedang ~ pedang yg lurus panjang yg digunakan dgn dua belah
tangan (spt pedang samurai Jepun).
jenayah = perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh,
dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undangundang),
perbuatan kriminal: polis menganggap perkara itu sbg
satu perbuatan ~ yg nekad;
~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri,
merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan)
jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang
pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg
berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~
komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem komputer
utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana
melakukan perbuatan jenayah;
penjenayah orang yg melakukan jenayah.
jenazah Ar mayat (bagi orang Islam); kereta ~ kereta yg membawa
jenazah;
menjenazahkan menguburkan (jenazah).
jendal; ~-jendul bengkak-bengkil, berbenggil-benggil, berbencol-bencol.
jendala  cendala.
jendela (jendéla) tingkap; ~ langit tingkap magun.
jendera nyenyak tidur, lena; cendera II.
jenderal; sekretaris ~ Id setiausaha agung yg mengurus hal-hal yg
berhubungan dgn pentadbiran dlm sesuatu kementerian (parti politik
dll); total ~ Id jumlah semuanya.
jenderus = ~ burung sj tumbuhan (akar berteras yg memanjat), kabau,
akar berumat, akar pialu, Derris thysifiora.
jendul benjol, bincul, jenggul, tonjol.
jeneng (jénéng) condong, miring;
menjenengkan mencondongkan, memiringkan.
jeneral pegawai tertinggi dlm tentera, perwira tertinggi, panglima perang.
jeneralisimo panglima tertinggi angkatan bersenjata.
jenewer (jenéwer) IB sj arak yg keras, gin.
jengah I; menjengah 1. melihat (menengok) dgn menghulurkan kepala,
menjenguk: sekali-sekala ia ~ keluar tingkap memerhatikan
ketibaan anaknya; 2. (datang) mengunjungi: sudah lama betul awak
tak ~ ke sini;
menjengahkan menghulurkan (kepala): kadang-kadang aku ~
kepalaku keluar.
jengah II Jk malu, kemalu-maluan.
jengah III; menjengah mendedah: cermin itu ~ rupa mukanya yg
menggerunkan.
jengat ark; hitam ~ hitam sangat.
jengek (jengék, jéngék) Jw; menjengek-jengek berteriak-teriak
(mengejek dll);
menjengeki mengejek, mentertawakan, memperolok-olok;
jengekan ejekan, olok-olok.
jenggala sl hutan rimba; hantu ~ hantu hutan.
jenggar; ~-jenggur cepat besar (anak, binatang, tumbuhan), terlampau
besar.
jengger (jénggér) Jw balung pd kepala ayam.
jengget (jénggét) ark  jengket.
jengguk ark; menjenggukkan = ~ kepala menjengahkan (menghulurkan)
kepala (ke dlm pintu dll);  jenguk.
jenggul benjol, bincul, jendul.
jenggur; jenggar-~;  jenggar.
jenggut Jk janggut; kebakaran ~ bp bingung dgn tidak keruan;
jenggutan berjanggut.
jengit; menjengit, menjengit-jengit menggerak-gerakkan (kepala, ekor,
dll) turun naik atau ke hadapan dan ke belakang.
jengkal I jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari yg lain: ~
kelengkeng; ~ manis; ~ hantu; ~ telunjuk;
cakapan se~ dibawa sehasta prb perkara yg kecil diperbesarbesarkan;
yg se~ tiada dapat jadi sehasta prb kalau nasib sudah
tidak baik, betapa pun diusahakan tentu tidak akan berjaya;
menjengkal mengukur dgn jengkal; ~ dada mengecilkan
keberanian (kebolehan dll) orang lain; ~ muka menghina
(menjatuhkan martabat dll) orang.
jengkal II; bunga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat yg berbunga putih),
akar cina putih, akar orang merah, Neuropeltis racemosa.
jengkang; menjengkang, terjengkang 1. terbaring menelentang
(menggeletak) spt mati; 2. bk mati, mampus; kejengkang.
jengkang (jéngkang); ~-jengkot berjalan tempang, capik;
menjengkang mengangkat kaki sebelah, berdiri di atas sebelah
kaki.
jengkau; menjengkau menghulurkan tangan hendak mencapai sesuatu;
 jangkau, jingkau.
jengkek (jéngkék), berjengkek, berjengkek-jengkek 1. melompatlompat
(kegirangan dll); 2. berjengket, berjingkat.
jengkel (jéngkél) berasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dll),
sebal hati, mendongkol: ~ hatiku melihat kelakuan gadis itu;
menjengkeli sebal hati terhadap: kebanyakan orang kampung ~nya
kerana tingkah lakunya;
menjengkelkan 1. berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan
hati: tidaklah ini membosankan dan ~ hati; 2. menyebabkan kesal
(sebal dll): perbuatan Ahmad ~ orang tuanya;
kejengkelan perihal jengkel (sebal dll): tindakan yg diambil itu
ialah akibat ~nya melihat keadaan yg serba tidak terurus itu.
jengkelenan sl sj bunga.
jengkelit Jw; menjengkelit menjempalit, menjengkolet.
jengkeng (jéngkéng) I; menjengkeng berjengket;  jengket.
jengkeng (jéngkéng) II; berjengkengan berjalan dgn tidak keruan
arahnya, mencongkah;  jengking.
jengker Jk kaku.
jengkerik cengkerik, keridik.
jengket (jéngkét); berjengket, menjengket berdiri (berjalan) dgn hanya
hujung jari kaki yg berjejak;
bersejengket, bersijengket menjengket;
terjengket-jengket; lari ~ lari di atas hujung kaki; jengkeng I.
jengket-jengket (jéngkét- jéngkét) Kd sj permainan, tingting.
jengki (jéngki); celana (seluar) ~ bp seluar yg sempit kakinya (spt seluar
koboi di Amerika).
jengking I menonggeng.
jengking II; kala ~ sj kala kecil (yg menjengkitkan ekornya sewaktu
hendak menyengat).
jengkit; menjengkit melentik ke atas (bkn ekor, hujung jari, rambut, dll);
menjengkitkan melentikkan ke atas, menegakkan: anjing itu ~
telinganya.
jengkol (jéngkol) Jk jering;
jengkolan, kejengkolan Jk sakit apabila kencing (kerana terlalu
banyak makan jengkol).
jengkolet (jéngkolet); menjengkolet terguling atau jatuh terbalik (dgn
kepala ke bawah), menjempalit, menjengkelit.
jengkot (jéngkot); berjengkot, menjengkot berjalan tempang (capik,
pincang).
jengkus = ~ basong sj ikan darat, Morulius chrysophekadion.
jengoi Kd  jenguk.
jenguk; menjenguk 1. melihat (memandang) dgn menghulurkan kepala ke
hadapan atau dgn membongkok, menjengah: setelah mendengar
bunyi kereta berhenti di hadapan rumahnya, Aminah pun ~ keluar
utk melihat tetamu yg datang itu; 2. = menjenguk-jenguk
mengunjungi, menengok: kalau ada masa lapang, datanglah ~ pak
cik di kampung ini;
menjengukkan; ~ kepala menghulurkan kepala (keluar dll);
terjenguk dlm keadaan terhulur ke hadapan (bkn kepala, muka):
kepalanya ~ dr daun pintu yg terbuka perlahan-lahan;
terjenguk-jenguk mencari-cari atau melihat-lihat sesuatu dgn
menjengukkan kepala: dia ~ spt mencari seseorang yg dikenalinya;
yg menunggu ketibaan sanak saudara kelihatan ~ memandang
kereta api itu.
jengul; menjengul, terjengul tersembul keluar, menonjol keluar: dr
bawah kelihatan satu kepala ~ dr pintu bilik itu;
menjengulkan mengeluarkan (kepala dr lubang dll),
menyembulkan: ~ kepala.
jeni I IB 1. bakat semula jadi yg kuat utk mencipta sesuatu; 2. orang yg
berbakat (mempunyai bakat yg besar) utk mencipta sesuatu.
jeni II IB bahagian drpd tentera yg mengurus persenjataan dan
perlengkapan.
jenin; mat ~;  mat I.
jenis 1. golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai
sifat-sifat yg sama, bangsa: tikus dan arnab termasuk ~ binatang yg
mengerip; 2. = ~ kelamin sifat kelamin (laki-laki atau perempuan):
perkataan-perkataan dlm bahasa Inggeris mempunyai perbezaan ~
kelamin; 3. bagai, macam: barang ini agak mahal harganya kerana
drpd ~ yg baik; berbagai-bagai ~ = serba ~ bermacam-macam; 4.
kasta, golongan (dlm masyarakat dll): di Minangkabau terdapat
orang yg tiga ~, iaitu malim, hulubalang, dan menteri;
berjenis bp elok (barang, perangai);
berjenis-jenis bermacam-macam, berbagai-bagai;
menjeniskan membahagi-bahagikan (menggolong-golongkan)
menurut jenis;
penjenisan perihal (perbuatan, kerja, dsb) menjeniskan,
pembahagian kpd beberapa jenis: digambarkan dgn rajah pohon yg
menunjukkan ~ struktur sintaksis.
jenitan sj tumbuhan (pokok), Memecylon minutiflorum.
jenjagung sj tumbuhan (pokok kecil), bunga menjagung, pagar anak
betina, pagar anak merah, Ixonanthes icosandra.
jenjala sl lancang mulut.
jenjalau sj ikan laut, Caesio lunaris (pinjalu).
jenjalu sj ikan laut, Pinjalo pinjalo.
jenjam Jw tenang (hati).
jenjang I tangga; menaiki ~ pelamin menaiki tangga pelamin,
melangsungkan perkahwinan;
berjenjang, berjenjang-jenjang bertangga, bertingkat-tingkat;
pemilihan ~ pemilihan secara bertingkat (tidak secara langsung
drpd rakyat); sawah ~ sawah yg bertingkat-tingkat.
jenjang II panjang (leher dll).
jenjang III; burung ~ sj burung yg berleher panjang.
jenjarum sj tumbuhan (pokok), jarum-jarum, Ixora concinna.
jenjuang juang-juang.
jenjulung I sj ikan laut, julung-julung, Hemiramphus spp.
jenjulung II = julung-julung sj tumbuhan (pokok) dlm famili
Euphorbiaceae, kayu garang (Sabah), Agrostistachys spp.
jenlidah sj tumbuhan (herba), bujang semalam, pujung malam, Jussiaea
suffruticosa.
jenohong sj ikan laut, Polynemus tetradactylus.
jentaka ark sl celaka, sial, sengsara.
jentat; menjentat meloncat (bkn binatang-binatang kecil).
jentayu sl 1. sj burung geruda; 2. burung yg selalu berseru meminta hujan;
spt ~ menantikan hujan prb orang yg sangat rindu akan sesuatu
(kekasih dll).
jentelmen (jéntelmén) bp orang (lelaki) yg mempunyai sifat-sifat terpuji
spt lemah-lembut, berbudi bahasa, toleran, dan berpendidikan.
jentera 1. roda; 2. roda utk memintal benang, roda pd kincir; 3. mesin,
pesawat: banyak pekerjaan di dunia ini dikerjakan oleh ~; ~
pembajak jentera utk membajak; 4. keseluruhan sistem yg meliputi
tenaga manusia (alat perkakas, kemudahan, kemahiran, dsb) yg
dapat menjalankan atau melaksanakan sesuatu: segala usaha DBP
dan ~nya termasuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan
MABBIM; ~ parti berjalan lancar;
berjentera 1. beroda; 2. bermesin, berpesawat; senapang ~
senapang mesin; tentera ~ ark tentera yg dilengkapi dgn alat-alat
bermotor; 3. berpusing (spt roda); tanglung ~ tanglung yg berputar;
kejenteraan yg berkaitan dgn jentera: industri ~.
jentik I; sejentik sedikit: ~ tiada sedarkan diri;
menjentik 1. memukul atau menguis sesuatu dgn belakang hujung
jari yg dibidaskan dgn ibu jari: guru ~ telinga budak yg nakal itu;
2. menyepit dgn ibu jari dan jari yg lain, mencubit; 3. ki, bp
menegur, memarahi;
jentikan 1. hasil atau perbuatan menjentik; 2. ki, bp teguran.
jentik II Jw ark kelengkeng.
jentik-jentik anak nyamuk yg masih berupa ulat dlm air.
jentolak traktor penyodok yg kuat utk meratakan atau mengangkut tanah,
batu, dll, buldozer: pinggir hutan itu sedikit demi sedikit telah
dikikis oleh beberapa buah ~.
jentu tangkai bunga (yg terbesar pd bunga yg berkarang).
jentuai mesin yg digunakan utk menuai (padi dll).
jenu Jw tuba (utk memabukkan ikan).
jenuh I 1. puas, kenyang sekali (sehingga menjadi jemu); 2. jemu, bosan:
~ mencari tidak berjumpa;
menjenuhkan menjadikan jenuh, menjemukan, membosankan;
kejenuhan perihal jenuh, kekenyangan, kejemuan.
jenuh II Kl banyak.
jenulung 1. sj ikan darat, julung(-julung), Xenentodon canciloides; 2. sj
ikan laut, Hemirhamphus spp.
jenut tempat binatang menjilat garam, sira, taram, sesapan.
jepit, menjepit mengapit (menekan dsb) sesuatu di antara dua benda yg
dikatup, menyepit: dia menggunakan ragum utk ~ serta
mengangkat besi yg panas itu;
terjepit 1. terhimpit di antara dua benda, tersepit: kakinya ~ di
celah dahan-dahan kayu; 2. ki terperangkap (terkepung dll) kerana
terdesak dr kiri kanan, tidak dapat bergerak kerana tergencet drpd
dua pihak: India dan negara-negara Asia lainnya akan ~ oleh
Jerman dr barat dan Jepun dr timur;
jepitan penjepit;
penjepit alat utk menjepit, penyepit.
jeprat Id ark; menjeprat memercik.
jepret (jeprét) Id bunyi spt bunyi pisau yg ditikamkan pd batang pisang
dll;
menjepret melontar batu yg kecil dll dgn alat pelontar (lastik);
jepretan alat pelontar batu dll, lastik.
jepun I sj ikan laut, Ariomma indica.
jepun II; bunga ~ sj tumbuhan (pokok kecil yg senantiasa menghijau),
jitung, zetun, Thevetia peruviana.
jeput I; sejeput sejemput;
menjeput menjemput;  jemput I
jeput II; sehari ~ = se~ hari Jk sehari suntuk, sehari-harian.
jer Id, bp kep juru; ~ batu jurubatu.
jera tidak mahu (berani dll) berbuat lagi, serik, kapok, jeran: ia telah ~
bergaul dgn pemuda itu;
menjerakan menjadikan jera, menyebabkan serik, menjerankan.
jerab Kd tidur yg nyenyak, lena.
jerabai; berjerabai berumbai-umbai, berjumbai-jumbai;  jerambai.
jerabar Kl mengambil dgn pantas, menyambar, merampas.
jerabut penuh dgn bulu, rambut (spt sabut), serabut;
berjerabut berbulu, berserabut.
jeradik sj kuih yg dibuat drpd tepung.
jeragat bintik-bintik (atau tompok-tompok) gelap pd muka.
jeragur sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk, petai belalang, sebusuk,
Cassia siamea.
jerah I sedang banyak (buah-buahan dll kerana musimnya), terdapat di
mana-mana (penyakit dll).
jerah II; ~-jerih sangat jerih.
jerah III Kl asah, kilir.
jerahak; terjerahak tidak terpelihara, terbiar, terbengkalai, terlantar.
jerahap; menjerahap menelungkup dgn tangan terentang, meniarap;
terjerahap jatuh tertiarap.
jerai sj tumbuhan (pokok), Ficus spp.
jerait; berjerait, berjeraitan berkait-kait, berjalin-jalin, paut-memaut,
sangkut-menyangkut (jari, akar-akar kayu, dll).
jerak sj tumbuhan (pokok renek), empoyan pedang, pokok salah nama,
Decaspermum fruticosum.
jeram I air terjun di sungai, penderasan;
berjeram mempunyai jeram: perahu jalur ini lebih cekap dan
tahan digunakan bagi sungai yg ~.
jeram II; menjeram membasahkan kepala (dgn air), menjaram.
jeramah; berjeramah pegang-memegang, tangkap-menangkap (orang
berkelahi dll);
menjeramah memegang dgn kuat, mencengkam: dijeramahnya
akan dayung itu, rebah terlentang.
jeramak Ph sj alat menangkap ikan yg serupa dgn jala (tetapi ukurannya
lebih kecil).
jerambah sambungan lantai rumah yg tidak beratap (tempat mencuci
pinggan mangkuk, tempat mandi, dll), pelantaran;
menjerambah 1. menggunakan (memperlakukan, menganggap) sbg
jerambah; 2. ki memperlakukan orang perempuan spt perempuan
lacur.
jerambai; berjerambai berumbai-rumbai, bergantungan, berjumbaijumbai;
 jerabai.
jerambang cahaya api yg timbul dgn tiba-tiba drpd rawa-rawa (dianggap
sbg hantu).
jerami 1. batang padi yg sudah kering yg padinya sudah dituai; 2. urat yg
terdapat di celah-celah isi nangka.
jeram-jeram sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan gula serta digoreng
dgn minyak.
jeran jera, serik;
menjerankan menjerakan, menyerikkan.
jerang; menjerang 1. menjerangkan = meletakkan (periuk dll) di atas
api utk memasak: oleh perempuan itu dijerangkannya periuk di
atas dapur; 2. memasak: ~ nasi;
terjerang terletak di atas api (periuk dll), dimasak;
jerangan tempat meletakkan periuk dll utk memasak (terdiri drpd
tiga kaki).
jerangau sj tumbuhan (herba yg akarnya dibuat ubat), Acorus calamus; ~
padang sj tumbuhan (herba), rumput bagan, Xyris indica.
jerangkah ark  ceranggah.
jerangkak ark; menjerangkak merangkak.
jerangkang, berjerangkang, berjerangkangan 1. berceranggah,
terpancang-pancang; 2. terlentang dgn kedua-dua kaki ke atas: dia
jatuh ~;
menjerangkang berbaring dgn kaki (tangan) ke atas;
terjerangkang jatuh terlentang (dgn kaki ke atas).
jerangkap 1. sesuatu yg digunakan utk menangkap musuh atau haiwan:
kadang-kadang ~ itu terkena binatang buas; 2. ki tipu muslihat dsb
yg bertujuan utk memperdayakan orang lain: dia begitu mudah
masuk ke ~ komunis utk mencapai cita-cita politiknya; ~ samar
jerangkap spt bom, periuk api, buluh runcing dsb yg disembunyikan
atau disamarkan sehingga boleh menyebabkan kecederaan atau
kematian kpd mangsa yg tersentuh, terpijak atau terlanggar
jerangkap tersebut.
jerangkung Jw rangka (tulang kerangka) manusia dll; hantu ~ hantu
orang mati.
jerap, menjerap melekat atau merekat kerana sesuatu proses: gelombang
rasa indah ~ lagi masuk ke dalam tubuhnya;
penjerapan, jerapan pelekatan molekul atau organisma seni pd
sesuatu permukaan pepejal atau cecair.
jerat I 1. tali pencerut (tali yg disimpulkan) utk menangkap binatang dll;
jenis-jenisnya: ~ bidas, ~ bingkas, ~ embat, ~ tanjul; menahan ~
memasang jerat; 2. ki tipu muslihat utk menyusahkan (merugikan
dll) orang;
~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; ~ semata
bonda kandung prb anak tunggal yg sangat dimanjakan; ~ serupa
jerami prb tipu muslihat yg tersembunyi dlm kesukaan; bagai
menjenguk ~ sial prb benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa
melakukannya juga; menahan ~ di tempat genting prb mencari
keuntungan drpd kesusahan (penderitaan) orang lain; terpasang ~
halus prb dikenakan tipu muslihat; tahan ~ sorong kepala prb
hendak mencelakakan orang lain, tetapi diri sendiri yg mendapat
celaka;
sejerat Mn seikat, seberkas;
menjerat 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung
(kijang dll); 2. ki melakukan tipu muslihat, menyusahkan
(mencelakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan
dijerat oleh perempuan jalang itu;
terjerat 1. tertangkap dgn jerat; 2. ki tertipu, terpedaya;
penjerat 1. orang yg menjerat; 2. alat utk menjerat.
jerat II ark  jirat I.
jerau merah tua.
jeraus pantas, tangkas, sigap;
menjerauskan menangkaskan.
jerawat bisul kecil pd muka; ~ batu jerawat yg agak besar serta keras; ~
nasi jerawat yg kecil (apabila dipicit, keluar benda putih spt nasi);
berjerawat = jerawatan Jk ditumbuhi jerawat pd muka.
jerayawara persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh
seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yg
berkunjung dr satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan
hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai, mempromosikan
sesuatu dsb: persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan
pendidikan, termasuk beberapa siri ~ yg meliputi seminar dan
pameran.
jerba; menjerba 1. menerkam, menerpa; 2. mencondongkan perahu dll.
jerbak; menjerbak berjerabai, bergantungan berjubai-jubai.
jereba  jerba.
jerebat Tr meniarap.
jerebu kabut yg bercampur debu yg terapung-apung di udara sehingga
mengakibatkan pemandangan alam sekitar menjadi kabur dan kotor;
berjerebu dipenuhi (diliputi) jerebu.
jereguk, jeregut Kl besar, rendang, rimbun, tersergam.
jerehek (jeréhék) Kl menjawab dgn kasar, menengking.
jereket (jerékét) melengket, melekat, bercantum; carik-carik bulu ayam
lama-lama akan ~ semula prb perselisihan sesama keluarga akan
berakhir dgn berbaik kembali;
jereketan perihal bercantum (melekat).
jeremak ark  jerempak.
jeremang  jermang.
jeremba; menjeremba menghulurkan tangan utk mencapai sesuatu;
jemba II.
jerembab Kd (ter)jerembab bertemu dgn tidak disangka-sangka.
jerembak  jerempak.
jerembap; menjerembapkan 1. menjatuhkan tertelungkup; 2. ki
mencelakakan;
terjerembap 1. jatuh tertiarap (dgn muka tertelungkup); 2. ki
termasuk (tercebur) ke dlm kecelakaan atau keadaan yg
menyusahkan: tanpa akidah manusia buta, ~ ke dlm ranjau dan
belukar hidup, terperosok ke dlm kesesatan.
jerembat (jerémbat); terjerembat tersangkut kaki pd sesuatu, tersepak
sesuatu, tergelincir di pinggir sesuatu.
jerembet (jerémbét)  jerepet.
jerembun; terjerembun kelihatan (muncul) dgn tiba-tiba sbg satu
timbunan yg besar (bukit, gunung, dll).
jerempak; berjerempak, terjerempak bertemu atau berjumpa
(berhadapan) dgn tiba-tiba: ia telah terjerempak dgn Hartini yg
sedang berjalan pulang dr pasar.
jereng (jéréng) I Jk juling.
jereng (jéréng) II Jw; menjereng membentangkan.
jerepet (jerépét); berjerepet melekat antara satu dgn yg lain (spt jari dll),
melengket, berjerait, jerembet.
jergik Ph kurus kering sehingga menampakkan tulang.
jerging Tr sangat kurus.
jeri bimbang, cemas, takut.
jeriau kayu (buluh dll) yg dipasang melintang di atas kasau (utk mengatap
rumah) atau pd rasuk (utk memasang lantai);
menjeriau memasang jeriau.
jerih lelah, payah; ~ lelah = ~ payah = ~ penat susah payah (bkn usaha);
sakitnya ~ payah, tenat; penyakit ~ sesak nafas, lelah; ubat ~
pelerai demam ki buah hati (anak yg dikasihi dll); ~ menentang
boleh, rugi menentang laba prb memberi pertolongan kerana ingin
mendapat pertolongan (keuntungan dll) pula;
berjerih bersusah payah, berusaha dgn bersungguh-sungguh;
menjerihkan melelahkan, memayahkan;
memperjerihkan mengusahakan dgn bersungguh-sungguh;
kejerihan perihal jerih.
jerih perih susah payah dlm melakukan sesuatu usaha: tamat sudah
segala penat lelah dan ~ belajar hingga larut dinihari;
berjerih perih berusaha dgn jerih perih, berusaha bersungguhsungguh:
setiap orang harus berusaha dan ~ bagi mengejar
impiannya.
jeriji I jari.
jeriji II kisi-kisi, jeruji, terali.
jerijit Kl sj burung yg panjang paruhnya dan menghisap madu.
jering sj tumbuhan (pokok dan buahnya dijadikan ulam), Pithecellobium
jiringa; ~ tupai sj tumbuhan (pokok), saga gajah, Pithecellobium
ellipticum.
jeringai  seringai.
jeringing seringai, meringis.
jerit I jeritan;
menjerit 1. berteriak kuat-kuat, memekik: pencuri itu mengugut
hendak membunuhnya kalau ia ~; 2. mengeluh (kerana kesusahan,
penderitaan, dll);
terjerit-jerit menjerit berulang kali dan dgn tidak menentu,
terpekik-pekik: anak itu menangis ~; ~ bagai kucing biang prb
perempuan yg tiada malu bercakap dgn suara keras.
jeritan 1. panggilan atau teriakan yg kuat (kerana kesukaran,
kesakitan, ketakutan, dll), teriakan, pekikan: diperintahnya anak itu
dgn ~; 2. keluh-kesah (kerana menderita sesuatu yg berat spt
kesakitan, kemiskinan, dll): mereka tidak mengendahkan ~ kaum
ibu utk kebebasan.
jerit II; burung ~ sj burung berjambul, belatuk rimba, Platylophus
galericulatus ardesicus.
jerjak 1. kayu atau besi yg dipasang bersilang (berpalang) pd jendela dll,
kisi-kisi, jeriji, jeruji: mereka melihat dr ~ dlm penjara; 2. bilahbilah
yg dipasang tegak pd bakul (keranjang dll); 3. tiang kecil-kecil
tempat memasang dinding rumah; tulang ~ Mn tulang rusuk;
berjerjak mempunyai jerjak, ada jerjaknya.
jerjat ark  darjat.
jerkah ucapan yg kasar dgn suara yg keras (utk menakutkan atau
mengejutkan), tengking, herdik, sergah;
menjerkah mengucapkan sesuatu dgn kasar dan keras,
menengking, mengherdik, membentak.
jerkat; pinang ~ pinang muda yg dimakan dgn sirih.
jerlai; terjerlai-jerlai sl berjumbai-jumbai, berumbai-rumbai.
jerlus; terjerlus terperlus, terperosok (ke dlm lubang dll).
jermal sl alat utk menangkap ikan (pagar yg merupakan bubu yg dipasang
di tepi laut, di belakangnya terdapat pintu dgn jaring yg boleh
diangkat-angkat).
jermang kayu pendek yg diletakkan secara mendatar utk menopang
perahu dll supaya tidak condong;
berjermang merangkak; patah tongkat ~ prb harus terus berusaha
dlm keadaan bagaimana sekalipun (jangan sekali-kali berputus asa).
jernang sj damar merah drpd rotan yg digunakan utk membuat cat; rotan
~ rotan merah, rotan cicih landak, rotan air, rotan cernang,
Daemonorhops hygrophilus.
jernih 1. boleh dilihat menerusinya (bkn air atau kaca), hening, bening,
tidak keruh (bkn air): air yg ~; 2. manis dan berseri (bkn air muka),
tidak muram: muka yg ~; 3. bersih drpd sebarang amalan salah,
keburukan, niat jahat, dll; 4. tidak huru-hara (bkn sesuatu keadaan),
aman: suasana politik yg ~;
menjernihkan 1. menjadikan (menyebabkan dll) jernih,
mengheningkan, membeningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan
jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan
jernih (tidak huru-hara): ~ fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana
atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb);
kejernihan 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai
itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air
muka); 3. perihal jernih (hati dsb), kesucian, keikhlasan, kejujuran:
~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana):
orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya;
penjernihan proses (tindakan dsb) menjernihkan: budaya warisan
kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat;
sistem ~ air asas diperkenalkan menggunakan tiga penakung yg
diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik.
jeroan Jw isi perut.
jerohok; terjerohok terperosok, tersorok.
jerojol; menjerojol, terjerojol tersembul keluar (kepala, ekor, dll).
jerombong Tr kolong tempat laluan air
jerongkah ceranggah, congkah-cangkih;
berjerongkah berceranggah.
jerongkang; ~-korang tunggang-langgang;
terjerongkang jatuh terlentang.
jerongkit  jongket.
jerongkoh; terjerongkoh ada tercegat di hadapan mata (orang yg berdiri
tegak, batu, tunggul kayu, dll).
jerongkok; menjerongkok, terjerongkok duduk dgn kedua-dua lutut ke
atas (hampir dgn dagu), mencangkung: kawan Bedul yg berjaga di
pos seberang jalan itu tampak di dlm gelap-gelap samar ~ di
hadapan posnya.
jerongkong; menjerongkong berdiri dgn mencondongkan badan ke
hadapan dan tangan menekan pd lutut;
terjerongkong jatuh tertiarap.
jersi 1. baju berlengan yg dibuat drpd benang bulu, sutera, nilon, dsb. 2.
pakaian yg dipakai oleh anggota sesuatu pasukan, terutamanya
pasukan bola sepak;
berjersi memakai jersi: pasukan Selangor ~ kuning telah
menewaskan pasukan Kedah yg ~ hijau.
jertuh Tr tidur (bahasa kasar): kamu ni tiada kerja lain, ~ saja.
jeru Pr; menjeru datang, singgah.
jeruah Kl, Ph memekik (utk memanggil), melaung, menyorak (utk
menghina, menghalau, dll).
jeruang; ~-jeruit jongkang-jongket (lantai rumah dll), conggang-congget.
jerubung alat (yg dibuat drpd tikar, kajang, papan, dll) digunakan sbg
penutup di tengah-tengah perahu.
jeruji jeriji, kisi-kisi, jerjak.
jeruju sj tumbuhan (pokok renek), beruju, Acanthus ebracteatus.
jeruk I 1. buah-buahan (sayur, telur, ikan, dll) yg telah diasamkan (atau
diasinkan): buah ~; ikan ~; telur ~; 2. Id limau; ~ bali limau bali,
Citrus maxima; ~ manis limau manis, Citrus suhuiensis ; ~ nipis
limau nipis, Citrus aurantifolia; ~ purut limau purut, Citrus hystrix;
menjeruk mengasamkan (mengasinkan) buah-buahan dll;
~ hati ki menyeksa, menyebabkan (batin seseorang) menderita; ~
rasa ki menyimpan atau memendam perasaan di dlm hati hingga
terseksa atau menderita: anak perempuannya pernah menyatakan
bahawa ibunya ~ rasa akibat ayahnya kahwin lain;
penjerukan proses menjeruk.
jeruk II Kl basah; basah ~ = ~ wok terlalu basah, seluruhnya basah.
jerukun; menjerukun menudung, merungkup, menutup.
jerum Jw ark; menjerum menderum.
jerumat; menjerumat menjahit kain yg koyak (berlubang dll), menisik:
pakaian anaknya itu tidak pernah dijerumat;
berjerumat telah dijahit, telah ditisik;
penjerumat jarum yg digunakan utk menjerumat.
jerumau sj tumbuhan (pokok), geremung betina (jantan), temangau,
tempunai, Glochidion superbum.
jerumbai; berjerumbai berumbai-rumbai, berjerabai;  jumbai.
jerumbung  jerubung.
jerumun I, jerumbun pondok tempat berteduh (yg terdapat di bendang
dll), dangau.
jerumun II 1. rumpunan semak (belukar); 2. sj tumbuhan, derumun,
Elaeocarpus griffithii.
jerumus; menjerumuskan 1. menjatuhkan seseorang hingga tersungkur;
2. ki mencelakakan, menyesatkan, memperdayakan orang ke dlm
kesengsaraan: kecuaian ini akan ~ masyarakat kita kpd penjajahan
budaya; ~ (seseorang) ke lembah maksiat (kekacauan dll)
menyebabkan seseorang melakukan maksiat (berada dlm keadaan
kacau dll);
terjerumus 1. jatuh tertumus, tersungkur, tersembam: jalan baikbaik,
nanti ~ ke dlm lumpur; 2. ki jatuh ke dlm kesengsaraan
(kehinaan dll): Aminah telah ~ ke dlm lembah kehinaan;
penjerumusan proses (individu, masyarakat) menjadi terjerumus: ~
masyarakat ke arah fahaman asabiah yg menzalimi orang lain.
jerun; tekukur ~ sj burung tekukur, Streptopelia chinensis tigrina.
jerunang sj tumbuhan (herba), lengkuas padang, rumput kelemoyang,
Languas conchigera.
jerung I sj ikan yu yg besar serta ganas, Carcharhinus dussumieri.
jerung II Kl sudut (bilik, rumah, dll), bucu, herok.
jerungan Kl menghulur tangan (hendak mengambil sesuatu), menghulur
badan atau kepala (hendak melihat sesuatu).
jerungkau; menjerungkau terjuntai menjulur ke bawah (spt rambut turun
di dahi atau dahan-dahan kayu yg bergantungan di sungai dll).
jerungkis bengkok ke atas (pd hujungnya), terjongket (hujungnya);
menjerungkis merosakkan, memusnahkan.
jerungkup; menjerungkup menelungkup;
terjerungkup tertiarap.
jerut; menjerut mengikat (membelit dll) sesuatu erat-erat, mencerut;
terjerut dlm keadaan diikat (dibelit dll) dgn sesuatu dgn erat: mayat
itu ditemui di dlm bilik mandi dgn lehernya ~ dgn dawai elektrik;
jerutan cerutan: bagaikan ikan belanak meradak pukat yg cuba
lari drpd ~ maut; kau tidak akan merasai apa-apa selain ~ yg
lembut;
penjerut alat utk menjerut (spt tali dll).
jet (jét) I 1. pancutan (gas, air, wap, dll) yg keluar dr lubang kecil atau
muncung; 2. = kapal terbang ~ sj kapal terbang yg menggunakan
enjin jet: ~ pejuang; 3. muncung atau lubang kecil dlm karburetor
yg menghantar minyak petrol dr luang pelampung ke enjin (setelah
dicampurkan dgn udara);
~ jumbo kapal terbang yg sangat besar yg boleh membawa beratusratus
orang penumpang; ~ pejuang kapal terbang jet yg digunakan
utk membuat serangan terhadap kapal terbang atau sasaran musuh;
jet (jét) II sj bahan galian keras berwarna hitam yg boleh digilap sehingga
berkilat, dan dijadikan sbg barang kemas, barang hiasan dsb.
jetera Tr sejenis alat utk menaikkan dan menurunkan benang dlm
menenun kain atau songket.
jeti (jéti) binaan yg menganjur ke laut atau sungai (tempat kapal, bot, dsb
singgah).
jetih Kl tunas pokok.
jetis ark; menjetis berbunyi kuat spt mercun.
jewer (jéwér) Jw; menjewer memulas telinga;
jeweran bp teguran (drpd pihak atas).
JHEOA kep Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.
JI kep Jemaah Islamiah.
jiawang sj biawak pohon, Varanus dumerili; jawang.
jib layar yg berbentuk segi tiga (dipasang pd tiang yg terdepan).
jibaku (Jepun); berjibaku melakukan penyerangan dgn melanggarkan diri
kpd musuh.
jibillah Ar keadaan (sifat, bentuk) yg semula jadi, tabiat, pembawaan.
Jibrail malaikat yg menyampaikan wahyu kpd rasul atau nabi.
jibun; si ~ ark orang yg hutangnya banyak.
jicing C abu (jelaga) drpd candu.
jidal 1. sarung (hujung) jari drpd logam dll yg dipakai sewaktu menjahit,
didal; 2. (Fiz) sj sarung drpd perak yg terdapat pd bahagian bawah
sj jangka lembap;
~ akar (Tani) sj tudung spt sarung jari yg terdapat pd hujung akar
(utk memelihara akar supaya tidak rosak).
jidar 1. = garisan ~ garisan yg terdapat di keliling surat atau muka surat
dlm buku; 2. kayu pembaris;
menjidari membuat garisan dgn jidar.
jidat Jk dahi.
jidur Jw sj beduk atau gendang besar.
jig (Muz) tarian lama orang Inggeris yg rancak dgn gerak tari yg
melompat-lompat: tarian ~; muzik ~.
jih ark sasaran.
jihad Ar 1. usaha yg bersungguh-sungguh utk mencapai kebaikan yg
diredai Allah; 2. penentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir
yg hendak merosakkan negara dll (spt hawa nafsu, diktator, dll);
berjihad melakukan jihad: penduduk negeri diseru supaya ~ utk
menentang rejim diktator itu.
jihat Ar arah, pihak, sisi: cahaya fajar pun menyingsinglah dr ~ timur.
jihin Mn jin.
jijak jejak I.
jijik 1. meluat (mual, tidak suka melihat) kerana kotor (keji dll): aku
berasa ~ dgn keadaan di rumah sakit itu; banyak orang ~ melihat
perangai buruk Munah; 2. kotor atau keji (yg memualkan, yg tidak
suka dilihat): jangan kau pegang makanan itu, ~;
menjijikkan 1. berasa jijik akan, menganggap jijik; 2.
menimbulkan (mendatangkan) rasa jijik: perangaimu itulah yg ~
kami;
kejijikan perihal jijik;
penjijik orang yg tidak suka akan benda (keadaan) yg kotor: dia ~
orangnya.
jijit; menjijit menjinjing, menjinjit.
jika, jikalau kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau: ~
dibenarkan, tentu saya akan pergi; ~ (se)kiranya seandainya; 
kalau.
jila Mn; terjila menggeletak di tanah (spt mayat), terlantar;  jela.
jilah Kl, Mn ark bersih, cuci, habis.
jilam Mn; menjilam, menjilami menjilat-jilat (bibir dll).
jilat; berjilat menghulurkan lidah utk merasai sesuatu; ~ besi
menghulurkan lidah mengenai besi hangat (utk menentukan apakah
seseorang itu bersalah ataupun tidak);
menjilat 1. merasa (mengambil) makanan dll dgn lidah: susu yg
tumpah itu habis dijilat kucing; 2. (bkn api) makin bertambah besar
dan mulai memakan: api dr rumah sebelah sudah mulai ~ atap
pondok Pak Mat; 3. = ~ pantat Id mengangkat, melakukan sesuatu
utk menyukakan hati orang atasan dll (utk mendapat pangkat,
pujian, dll);
menjilat-jilat menjilat berkali-kali;
~ cak Kl, bk mati; ~ tapak tangan ki sesuatu (benda dll) yg diharapharapkan,
tetapi tidak didapatinya; sudah diludah, dijilat kembali
prb sudah dicela (dibuang) dipuji (dipungut) kembali;
jilatan 1. perihal menjilat; 2. barang apa yg dijilat;
penjilat orang yg menjilat (mengangkat seseorang), tukang angkat.
jilbab Ar pakaian longgar (termasuk kerudung) yg memenuhi keperluan
menutup aurat wanita, selain muka dan tapak tangan;
berjilbab memakai jilbab: dlm perhimpunan itu, kelihatan juga
beberapa orang wanita yg ~.
jilid 1. jahitan buku; tukang ~ tukang yg menyusun serta menjahit
lembaran kertas menjadi buku; bahagian ~ bahagian dlm
perusahaan percetakan tempat buku dijahit; 2. penggal atau
bahagian buku: ~ kedua drpd buku sejarah itu masih belum terbit
lagi;
berjilid disusun (dirangkai-rangkaikan) dan dijahit (kertas dijadikan
buku);
berjilid-jilid beberapa jilid;
menjilid menyusun helaian-helaian (buku dsb) dan menjahitnya
sehingga berbentuk buku dsb: kami melihat pekerjaan mengatur
huruf, memotong kertas, mengecap, dan ~ buku;
jilidan hasil drpd menjilid, gabungan helaian-helaian (buku dsb) yg
dijahit sehingga berbentuk buku dsb;
penjilidan perbuatan (kerja-kerja) menjilid;
penjilid 1. tukang jilid; 2. sesuatu yg digunakan utk menjilid: mesin
~ buku; gam ~ buku.
jim 1. huruf kelima abjad Arab (mempunyai nilai tiga); tahun ~ tahun
ketiga drpd tahun yg kelapan (dlm daur kecil); 2. huruf kelima
abjad Jawi.
jimak Ar perihal bersetubuh;
berjimak bersetubuh;
menjimak bersetubuh dgn.
jimat I 1. cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu),
hemat, tidak boros; ~ cermat = ingat ~ sangat cermat (dlm
membelanjakan wang dll); 2. ingat-ingat (bkn pekerjaan dll), hatihati;
ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb harus beringat-ingat
sebelum terlambat;
berjimat, berjimat-jimat 1. berhemat atau berhati-hati (tentang
perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan
~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~
cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm penggunaan
wang dll);
menjimatkan menghematkan, mengeluarkan dll dgn cermat: pd
musim kemarau kita harus ~ air;
kejimatan sifat berjimat, sifat bercermat dlm penggunaan wang dll;
penjimatan perihal (perbuatan dsb) berjimat atau menjimatkan
penggunaan sesuatu: langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan
akan juga menyumbangkan pembaikan dlm imbangan pembayaran
negara;
penjimat orang yg jimat.
jimat II  azimat.
jimbam lembap (dlm gerak-geri, pelajaran, dll), tidak cerdas: gurunya
sentiasa memarahinya kerana lemah dan ~ dlm pelajaran; bagai si
~ hendak hilir prb orang yg lembap dlm sesuatu pekerjaan.
jimbit; menjimbit memegang atau mengangkat sesuatu dgn jari,
mencebet;  bimbit.
jimpas Ph tidak ada yg tinggal lagi.
jin I sj makhluk Allah yg diciptakan Allah drpd api yg boleh menyerupai
malaikat: ~ afrit; ~ Islam; ~ kafir;
berjin 1. ada jin; 2. menggunakan jin utk sesuatu tujuan.
jin II bp gin; ~ pahit Id kopi yg pekat dan tidak bergula.
jin III ark pelana.
jinak 1. tidak liar (buas, garang, galak, dll): binatang yg ~; 2. bp tidak
takut-takut (malu-malu, segan-segan, dll), ramah: perempuan yg ~;
3. Id tidak bersemangat, tidak revolusioner; ~-~ lalat seseorang yg
bercampur dgn orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra; ~-~
merpati perempuan yg kelihatannya ramah dan mudah didapat,
tetapi apabila didekati menjauhkan diri;
berjinak-jinak 1. = berjinak-jinakan beramah-tamah, bergaul dgn
ramah; 2. ki mengadakan hubungan (pertalian dsb) dgn, bermesra:
lambat laun mereka akan mula ~ dgn kedai-kedai lain; semakin
hari semakin ramai orang ~ dgn puisi dan madah;
menjinaki menegur dgn ramah-tamah, beramah-ramah dgn;
menjinakkan, memperjinak 1. membuat (melatih dll) supaya
jinak: sejak zaman purbakala manusia sudah pandai ~ binatang; 2.
berusaha supaya menjadi ramah: mereka nampaknya berebut-rebut
~ diri mereka;
kejinakan perihal (sifat atau keadaan) jinak: kami leka dgn ~
burung-burung itu;
penjinakan perbuatan (usaha dsb) menjinakkan (binatang):
mengikut kajian sejarah, ~ binatang yg ada sekarang ini
kebanyakannya berlaku di benua Asia dan Eropah;
penjinak orang yg menjinakkan binatang.
jingap ark  jingau.
jingau Mn; menjingau menjenguk.
jingga kuning yg agak kemerah-merahan, oren;
kejingga-jinggaan seakan-akan warna jingga, hampir menyerupai
warna jingga.
jinggang ark ramping.
jinggering Jw; sepatu (sandal) ~ kasut (selipar) yg bertumit tinggi; gelas
~ gelas yg berkaki panjang.
jinggih, jinggir, jinggit  jengger.
jingkat; berjingkat, berjingkat-jingkat, terjingkat, terjingkat-jingkat
berjalan tempang, pincang (kerana kaki pendek sebelah), singkat:
dia berjalan terjingkat-jingkat kerana kaki kirinya terseliuh.
jingkau jangkau, jengkau.
jingkir gerai (tempat berdiang bagi orang perempuan yg baru bersalin),
tempat bersalai.
jingkit; berjingkit, berjingkit-jingkit berjalan dgn meloncat-loncat.
jingkrak Jk; berjingkrak, berjingkrak-jingkrak melompat-lompat
(kerana gembira, girang hati, dll).
jingo orang yg menyokong atau menganut faham jingoisme.
jingoisme sikap (pandangan, fahaman dsb) yg terlalu mengagungagungkan
kekuasaan atau kehebatan negara sendiri, dan
menyokong dasar peperangan terhadap negara lain: maka lahirlah
~, iaitu aliran fahaman yg boleh membawa kezaliman kpd
kumpulan lain.
jinjang 1. = jinjangan sl ketua (hantu dll); 2. sl badan yg dimasuki hantu;
3. sl pawang yg menguasai hantu; 4. sl orang yg mengiringi
(menemani) utusan raja;
pelesit dua se~ perempuan yg berlaki dua; jinjangan tua dan
jinjangan muda kedua-dua orang yg mengiringi utusan raja;
berjinjang; hantu tidak ~ a) hantu yg tidak mempunyai pemimpin
(ketua); b) ki orang yg berkeliaran di mana-mana.
jinjing I; menjinjing membawa sesuatu dgn tangan yg terhulur ke bawah,
menjinjit, membimbit: seorang daripadanya sedang ~ sebuah cerek
besar; ringan sama dijinjing, berat sama dipikul prb tolongmenolong
antara satu sama lain (baik dlm kesenangan mahupun dlm
kesusahan);
jinjingan sesuatu yg dijinjing.
jinjing II sj tumbuhan (pokok) yg dibuat papan, batai, segun, Albizzia
falcata (moluccana).
jinjing III Kl berdiri di atas jari kaki.
jinjit I Jw; berjinjit, berjinjit-jinjit berdiri (berjalan) dgn hujung jari
kaki sahaja yg berjejak ke tanah, berjengket-jengket;
terjinjit-jinjit terjengket-jengket: Puan Milah ~, takut jatuh kerana
papan anak-anak tangga itu tipis-tipis belaka.
jinjit II; menjinjit menjinjing, membimbit: gadis itu kelihatan ~ sebuah
bungkusan di sebelah tangan kanannya.
jinjit III; menjinjit mencubit sambil menarik (getah, telinga, dll),
memulas.
jinsom C sj akar utk dibuat ubat kuat.
jintan 1. sj tumbuhan (pokok), Carum carvi; 2. sj biji-bijian yg dibuat
rempah (ubat dll); jenis-jenisnya: ~ hitam, ~ manis, ~ putih.
jintih; ~ putih sj tumbuhan (pokok renek), cemperai dadih, perincen,
sedamit, Urophyllum streptopodium.
jip sj kenderaan kecil yg kuat serta tahan lasak (banyak digunakan oleh
tentera).
jipang I ark  jebang.
jipang II Mn cabang, dahan.
jipang III Jw 1. buah labu; 2. sj kuih yg dibuat drpd pulut dan gula.
jiperak; kain ~ sj anak baju (singlet).
jiplak Jw; menjiplak 1. meniru atau mengutip karangan orang lain (tanpa
izin drpd penulisnya), mencuri karangan orang lain; 2. meletakkan
kertas kosong di atas gambar atau tulisan yg telah ada dan
menirunya;
jiplakan salinan, tiruan, kutipan, dll;
penjiplakan perihal atau perbuatan menjiplak, plagiarisme;
penjiplak orang (pihak) yg menjiplak atau meniru hasil kerja orang
(pihak) lain.
jipro ark IB bp nona, guru perempuan.
jir  jih.
jirai ark sedikit (drpd suatu benda, zat, dll).
jirak sj tumbuhan (pokok renek yg buahnya boleh dimakan), beberas,
mempadi, Eurya acuminata.
jiran orang yg tinggal berhampiran dgn rumah seseorang tetangga: ~nya
ialah keluarga Cina yg telah memeluk agama Islam; kawan se~
kawan-kawan yg rapat;
berjiran tinggal berhampiran dgn rumah seseorang; bertetangga;
negeri-negeri yg ~ negeri-negeri yg berhampiran (berdekatan);
berjirankan 1. mempunyai seseorang sbg jiran: mereka ~ keluarga
Melayu yg prihatin; 2. ki mempunyai sesuatu tempat (kawasan,
daerah dsb) sbg kawasan yg berdekatan atau bersebelahan: sebuah
kawasan perumahan yg ~ Putrajaya dan Cyberjaya;
kejiranan yg berhubungan dgn jiran atau hidup sbg jiran: pertalian
sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil kira dlm
sebarang usaha promosi dlm ASEAN; jalinan ~ antara keluarga di
kawasan setinggan.
jirat I 1. kubur (utk orang bukan Islam); 2. batu kubur; membuang bunga
ke ~ prb mensia-siakan tenaga (wang, masa, dll).
jirat II Jk jerat.
jirian sj keputihan (pd orang perempuan).
jirik Kl pijak.
jirim (Fiz) bahan yg mengisi ruang dan mempunyai jisim; ~ kelabu (Bio)
tisu saraf kelabu, terutamanya dlm otak dan saraf tunjang, yg
mengandungi badan sel saraf dan juga gentian saraf; ~ putih (Bio)
tisu saraf putih yg sebahagian besarnya terdiri drpd gentian saraf
berselaput mielin.
jirus I; menjirus menyiram dgn air, mendirus: jangan lupa ~ bungabunga
yg di tepi rumah itu;
penjirus 1. orang yg menjirus; 2. alat utk menjirus: ~ bunga.
jirus II makin kecil ke hujung, meruncing, tirus.
jisim Ar 1. isi segala benda yg tidak bernyawa; 2. (Fiz) kuantiti jirim dlm
benda yg tidak bernyawa yg tidak tertakluk pd graviti.
jitah; akar ~ sj tumbuhan (akar yg melilit), jitan, Willughbeia tenuiflora.
jitak Jk; menjitak menampar, menempeleng.
jitan jitah.
jitok ark tengkuk.
jitu kena pd tempatnya, tepat benar: dia menjawab pertanyaan itu dgn ~;
menjitukan mengenakan dgn tepat (jawaban, pukulan, dll),
memberikan jawaban, dll secara tepat: ~ pendapat serta
memperoleh jawaban yg tepat;
kejituan perihal jitu, ketepatan, kewajaran: Husserl menerima dan
memperakui ~ pendapat mereka; tidak cukup dgn hanya
menggunakan istilah dan tatabahasa yg betul sahaja, tetapi
seharusnya dapat memancarkan ~ bahasa;
penjituan proses menjitukan sesuatu benda: pembaikan imej boleh
dilakukan melalui komputer dgn menggunakan perisian ~ imej
kodak.
jitung sj tumbuhan (pokok), rengas, rengas air (tembaga), Gluta renghas.
jiwa 1. nyawa, roh (yg ada dlm tubuh manusia); berhutang ~ berhutang
nyawa (kerana membunuh orang lain); melayang ~nya mati;
membuang ~ membunuh diri; merentang ~ hampir akan mati; putus
~ mati; 2. batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dll yg terkandung dlm
hati manusia): buku itu mencerminkan ~ pengarangnya; ilmu ~
pengetahuan mengenai batin manusia, psikologi; penyakit ~
penyakit batin (gila dll); 3. benda atau orang yg memberi kegiatan
serta semangat kpd sesuatu pertubuhan dll: dialah yg merupakan ~
pergerakan pemuda di kampung itu; 4. buah hati, kekasih: oh ~ku,
hanya engkau seoranglah yg kucintai; 5. penjodoh bilangan dlm
menghitung penduduk, orang: kampung ini mempunyai beberapa
ratus ~ penduduk; cacah ~ = pencatatan ~ penghitungan jumlah
penduduk, banci; 6. maksud yg sebenarnya, maksud yg tersirat:
segala tindakan yg diambil haruslah sesuai dgn ~ perjanjian
persahabatan yg telah ditandatangani itu;
~ raga ki daya usaha yg sungguh-sungguh: dia mengorbankan
seluruh ~ raganya utk membesarkan anak-anaknya;
~ bergantung di hujung rambut prb dlm keadaan yg sangat
berbahaya; bertukar ~ dgn semangat prb sedang berkasih-kasihan;
sejiwa keadaan hubungan yg sangat bulat dan sepakat: sehati ~;
berjiwa 1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup: dijumpainya di tepi
sungai tubuh yg tidak ~ ; 2. bersemangat: banyak pegawai yg
masih ~ penjajah; bahasa kebangsaan sbg alat utk membina
kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia;
~ besar a) mempunyai sifat tidak mahu dikuasai (dipengaruhi dll)
orang; b) mempunyai cita-cita yg mulia dgn tidak segan memberi
pengorbanan; ~ kecil lwn berjiwa besar; ~ rakyat bersemangat kuat
utk menolong rakyat;
menjiwai memberi jiwa (semangat, hidup) kpd: semangat dan
perjuangannya telah ~ seluruh pergerakan itu;
kejiwaan kerohanian, kebatinan: ini agak pelik kalau ditilik dr
sudut ~ orang Melayu; sebenarnya gejala-gejala buruk
daripadanya adalah besar sekali baik dr segi kejasmanian
mahupun dr segi ~;
kesejiwaan perihal atau keadaan sejiwa: percampuran dan ~ katakata;
penjiwaan perihal menjiwai.
jiwang bp kep jiwa-jiwa (perlakuan sentimental).
jiwat sj tumbuhan (pokok), jambulan, krian duat, salam, Eugenia cumini.
jiwit; menjiwit mencubit dan memulas: ~ pipi.
jizyah Ar sj cukai yg dibayar oleh orang (atau negeri) bukan Islam kpd
negeri (atau raja) Islam yg menaklukinya.
J/K kep Jawatankuasa.
JKR kep Jabatan Kerja Raya.
Jln kep Jalan.
JMN kep Johan Mangku Negara, pingat kehormatan yg dikurniakan oleh
Yang di-Pertuan Agong (lebih tinggi drpd AMN).
JOA kep Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.
jobak ark; berjobak bergelegak.
joblos Jk; kejoblos, terjoblos terperosok;  jeblos.
jobon Pr; berjobon, berjobon-jobon bertimbun(-timbun).
jobong Jk, bk pelacur.
jodo Jk jodoh, sesuai;  jodoh.
jodoh 1. pasangan hidup (laki-laki atau perempuan), imbangan: engkau
haruslah berhati-hati dlm memilih ~; 2. pertemuan (antara gadis
dgn teruna yg menghasilkan perkahwinan): apa boleh buat, dah tak
ada ~; ~ pertemuan pasangan sbg suami isteri (yg telah ditentukan
Tuhan); bertemu ~ (dgn) berkahwin (dgn); habis ~ bercerai (suami
isteri); 3. lawannya atau pasangannya: nasi lemak ~nya sambal
tumis ikan bilis; 4. sesuai, sepadan, setuju, secocok: harganya
tidak ~ dgn buatannya;
sejodoh sepasang: orang ~ bagai cincin;
berjodoh = ~ dgn berpasangan (dgn), berkahwin (dgn);
menjodohi menjadi jodoh kpd, berkahwin dgn: biarlah patik ~
paduka kekanda;
menjodohkan, memperjodohkan mengahwinkan: Salikun
bercadang hendak ~ anak perempuannya dgn seorang ustaz;
perjodohan pertunangan, perkahwinan: ~ manusia itu tidak dapat
ditentukan;
penjodohan perihal menjodohkan seseorang: Ali menerima ~
anaknya dgn teruna pilihannya;
penjodoh pemadan, pasangan, lawan; ~ bilangan (Lin) perkataan
yg digunakan berpasangan dgn nama apabila menunjukkan bilangan
(spt ekor utk binatang, helai utk kain, biji utk buah, dll).
jodong; menjodongkan mencebikkan (bibir dgn maksud menghina,
mengejek, dll): Lili ~ bibirnya;
terjodong tercebik.
jogan sl tombak, bendera (sbg tanda kebesaran raja);
~ alam tombak kerajaan (yg dihiasi dgn emas); ~ alamat jogan yg
memberi tanda utk memulakan sesuatu (memukul gendang, berarak,
dll);  cogan.
jogar sj permainan (spt permainan dam);
berjogar bermain jogar.
joget (jogét) sj tarian dan lagu Melayu yg agak rancak iramanya,
ronggeng, tandak; buaya ~ laki-laki yg tergila-gilakan perempuan
joget; ~ lambak joget yg berasal dr Melaka, ditarikan dgn gerak tari
yg agak rancak dlm majlis spt perkahwinan dan temasya; penari
(perempuan) ~ wanita yg mencari wang dgn menari joget;
berjoget 1. menari joget; 2. menari (sebarang tarian).
jogi pertapa Hindu.
joging lari perlahan-lahan terutamanya sbg senaman;
berjoging berlari joging, berlari dgn langkah yg tidak kencang atau
pantas, lazimnya utk menyihatkan badan.
johan 1. sl dunia, alam; 2. orang yg menang dlm pertandingan, juara; ~
arifin orang yg utama di antara cerdik pandai; ~ pahlawan
pahlawan dunia, orang yg gagah berani; ~ tinju juara tinju;
kejohanan pertandingan dsb utk menentukan johan, kejuaraan;
~ terbuka pertandingan utk menentukan johan yg dibuka kpd
sesiapa sahaja yg ingin bertanding; ~ tertutup pertandingan utk
menentukan johan yg penyertaannya dibataskan kpd petandingpetanding
tertentu sahaja (misalnya kpd warganegara yg
menganjurkan kejohanan).
johanit (Geo) mineral sekunder yg mengandungi 50.8% uranium.
johar I; bintang ~ bintang timur (Venus);  zuhrah.
johar II Jw sj tumbuhan (pokok), Cassia siamea;  juar.
johong I sj ilmu yg digunakan supaya orang lain mengikuti kehendak kita;
menjohong mengenakan ilmu kpd orang lain supaya ia mengikut
kehendak kita.
johong II; ~ beralih sj tumbuhan (pokok renek), tebuk seludang, tuba
seluang, pancis, Polygonum barbatum.
johor I 1. sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk jeragar, sebusuk, Cassia
siamea; 2. sj tumbuhan (pokok), bulu-bulu, lemak ketam, membulu
rimba, Pellacalyx saccardianus.
Johor II negeri di selatan Semenanjung, keluasan 18985 km2, Johor Bahru
sebagai ibu negeri, Darul Takzim.
jojoba sj pokok renek yg terdapat di kawasan barat daya Amerika Utara,
bijinya menghasilkan minyak yg digunakan dlm pembuatan bahan
kosmetik dsb, Simmondsia chinensis.
jojol tiang dll yg dipancang utk mengepung air (sungai dll);
menjojol, terjojol menonjol keluar, tersembul.
jok Jk tempat duduk pd kereta (beca dll).
joker daun terup yg berlebihan yg digunakan dlm sesetengah permainan
terup.
joki orang yg menunggang kuda dlm perlumbaan terutama sbg
profesionnya; ~ kereta orang yg kerjanya meletakkan kereta
pengunjung hotel dsb di tempat letak kereta yg betul.
jokir Kl, Tr penjuru, sudut.
jokong ark sj perahu;  jongkong I.
jola Kl benar, sungguh.
jolak; berjolak, menjolak menyala berkobar-kobar (api).
jolek (jolék); menjolek membungkus (dgn daun dll).
joli I sj usungan.
joli II sepasang (kuda); dua se~ sepasang (laki-laki dan wanita);  jori.
joli III; berjoli bersenang-senang atau berfoya-foya dgn menghabiskan
wang: kerjanya ~ sahaja;
menjolikan menghabiskan (wang dll) utk bersenang-senang atau
berfoya-foya: Tuan Yusof ~ wang syarikat itu.
jolok I; menjolok 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya
gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah
rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari
tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. memancingmancing
keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati
orang);
~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan;
~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata;
b) memberi malu, menyakitkan hati;
~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya;
yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg
diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk
mendapatnya hilang juga;
menjolokkan menjolok utk;
jolokan perbuatan menjolok (memancing-mancing keterangan dll,
menduga hati orang dsb): dia dapat berasa ~nya tentang
tanggungjawab Yang Berhormat itu terhadap rakyat telah mencuit
hati orang besar itu;
penjolok galah dll utk menjolok.
jolok II sj tumbuhan (pokok memanjat), akar getah gaharu, akar getah
gegerip, Willughbeia coriacea; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), malas
(segan) berdahan, telur obok, Arthrophyllum ovalifolium.
jolong 1. Ph (lebih) tinggi drpd yg lain (manusia dll); 2. Kl tabung buluh
yg panjang utk mengambil air, calung;
menjolong ark menjulur keluar, menonjol panjang keluar.
jolong-jolong I; buaya ~ buaya yg muncungnya panjang tirus, Tomistoma
schlegeli; ikan ~ sj ikan laut yg muncungnya panjang lancip, julungjulung,
Hemirhamphus spp.
jolong-jolong II; perahu ~ sj perahu yg haluannya berparuh panjang.
jolor Mn; menjolor berengsot (mengesot) dgn menghela perut (spt kanakkanak),
menjalar (spt ular).
jom Kd kata ajakan.
jombak ark  jompak.
jombang Mn cantik, tampan;
kejombangan kecantikan, ketampanan.
jompak; berjompak, menjompak mengangkat kaki hadapan ke atas,
melompat dgn mengangkat kaki hadapan ke atas;
berjompakan 1. berloncat-loncatan (dgn kaki hadapan terangkat ke
atas); 2. ki bergolak (air dll);  dompak.
jompo Jk sangat tua: dia menziarahi mayat ibunya di sebuah gereja di
asrama tempat tinggal orang ~.
jong I kapal layar Cina; ~ pebujangan sl sj jong diraja; ~ penanggahan sl
jong tempat memasak;
~ pecah yu kenyang prb dlm keadaan kacau (huru-hara) tentu ada
orang yg mendapat keuntungan; dr ~ turun ke sampan prb (orang
yg) turun pangkatnya (kedudukannya); sepuluh ~ masuk, anjing
bercawat ekor juga prb orang yg tidak mengendahkan perubahan
dan kemajuan.
jong II; bintang ~ gugusan bintang (juga disebut biduk).
jongak Kl; ~ angak melihat sesuatu dgn kehairanan.
jongang agak menonjol keluar (bkn gigi bahagian atas), tonggos.
jongek (jongék) sj tumbuhan (pokok yg besar), nyatuh putih, Palaquium
herveyi.
jonget (jongét); menjonget melengkung ke atas (pd hujung atau tepi):
bibirnya ~ .
jongkah  jongkang.
jongkaka Kl orang yg mengangkat hidangan dlm majlis jamuan, pelayan
jemputan, bentara.
jongkang; ~-jangking berceranggah, congkah-cangkih; ~-jongket a) turun
naik (papan, lantai rumah, dll) apabila dipijak; b) = permainan ~-
jongket sj permainan kanak-kanak (terdiri drpd papan panjang
bergandar di tengah dan kedua-dua hujungnya boleh turun naik);
menjongkang menjongor ke atas (gigi dll).
jongkar; ~-jangkir jongkang-jangking, conggah-canggih;
jongkar-jongkar sl menikam dan mencabut balik berulang-ulang
(keris dll).
jongket (jongkét); menjongket, menjongket-jongket, terjongket
terangkat ke atas hujungnya (ekor dll): anjing itu bertambah
garang, ~ ekornya;
menjongketkan menjadikan terjongket.
jongkir  jongkar.
jongkok; berjongkok, menjongkok 1. bercangkung, bertinggung: duduk
~ (menjongkok); 2. membongkokkan badan (hendak mengambil
sesuatu dll): ia menjongkok mengambil surat yg terletak di lantai;
3. = berjongkok-jongkok Id, ki sangat merendahkan diri.
jongkong I sj perahu yg dibuat drpd batang kayu yg dilubangi (lebih besar
drpd kolek); jokong.
jongkong II ketul logam (timah, besi, emas, dll) yg berbentuk bata.
jongkong III Kd sj kuih (dibuat drpd tepung beras dan dimakan dgn air
gula).
jongkong IV jongkong sj tumbuhan (pokok) dlm famili Melastomaceae,
medang tabak (Sabah), merabung (Sarawak), Dactyloclados
stenostachys.
jongol; berjongolan tersembul-sembul;
menjongol menyembul: kepalanya saja yg nampak ~ di atas
permukaan air;
menjongolkan menyembulkan, mengeluarkan (kepala dll dr lubang
dll);
terjongol timbul atau tertonjol keluar sedikit: kepalanya ~ sedikit
dr mulut jendela; jengul.
jongor muncung yg panjang (pd kumbang, ikan, dll): ~ babi; ~ perahu
bahagian hadapan perahu yg panjang tirus;
menjongor menjengul.
jongos Id pelayan, orang gaji.
jonjot cekut, jemput;
sejonjot sejemput (kapas, tembakau, dll);
menjonjot mencekut, menjemput: ~ kapas.
jontoh ark sj dongeng (bertalian dgn adat).
joon, Kl, Tr cuaca yg redup, mendung: tidak dihiraukannya hujan rintikrintik
yg turun dr langit ~.
jopo Kl; berjopo bertompok, bertimbun.
joran; batang ~ tangkai pancing; ~ (tongkat) ampai sj tongkat yg dipakai
utk mencari mata air (sumber minyak dll).
joreng (joréng) keping kecil (tanah, kain, kertas, dll);
sejoreng sekeping, secarik, sepotong;
menjoreng memotong (menghiris) sedikit.
jori sepasang (kuda yg dipasang di muka kereta dll).
jorok I Mn; menjorok menganjur (keluar atau ke dlm): tanah yg ~ ke
laut;
menjorokkan menganjurkan, menjadikan menganjur.
jorok II Jk 1. kotor, cemar; 2. = penjorok pengotor.
jorong I bulat panjang: pinggan ~ ; mangkuk ~.
jorong II tempat sirih yg berbentuk bulat panjang: ~ emas dan ~ perak.
jorong III cerobong, corong;
menjorong memasukkan sesuatu melalui corong; menonton bagai
dijorong masuk (keluar) satu demi satu (berturut-turut).
jorong IV 1. bahagian drpd buah dll yg membonggol; 2. penjuru, sudut,
pojok, kampung; kepala ~ Id ketua drpd bahagian sebuah kampung.
joropo (Muz) sj tarian masyarakat Venezuela.
jose (josé) C sj sutera.
jota (Muz) sj tarian masyarakat Sepanyol.
jotos Jw tinju;
berjotos bertinju; jago ~ orang yg kerjanya bertinju;
menjotos meninju;
jotosan pertandingan bertinju.
joule (Fiz) unit kerja atau tenaga, dgn simbol J (1J bersamaan dgn 1watt
per saat, 0.2388 kalori atau 0.738 kaki per paun).
JP kep Jaksa Pendamai.
JPA kep Jabatan Perkhidmatan Awam.
JPJ kep Jabatan Pengangkutan Jalan.
JPM kep Jabatan Perdana Menteri.
JPN kep Jabatan Pendaftaran Negara.
JSM kep Johan Setia Mahkota.
jua 1. hanya, tidak lain drpd, sahaja: walau macam mana sekalipun, kita
~ yg kalah; 2. kata utk memperkuat perkataan yg mendahuluinya:
Zaini tunduk dan tidak berkata sepatah ~ pun;  juga.
juadah 1. sj kuih yg dibuat drpd beras pulut dll; 2. kuih atau penganan
(secara umum); 3. bekal (berupa makanan).
juah Kl  jeruah.
juak I; juak-juak hamba raja yg mengiringi raja atau membawa alat
kebesaran, biduanda.
juak II; berjuak berlawan, berlumba, bertanding;
menjuak 1. memberangsangkan ayam sabungan (supaya berlaga
lagi); 2. ki menghasut (supaya berkelahi dll);
penjuak orang yg menjuak, penghasut; ~ perang penghasut perang.
juak III Mn; menjuak menganjur ke atas;
menjuakkan 1. menaikkan tinggi-tinggi: juakkan kotak itu supaya
dapat dilihat oleh semua orang; 2. ki menaikkan ke tempat atau ke
taraf yg tinggi, memuliakan: perjuangan setiap penyair ialah ~
karyanya ke tingkat kesenian yg tinggi.
juak IV Kl; berjuak berjumpa dgn tiba-tiba.
juak V Kl; berjuak-juak berduyun-duyun.
juak VI sj tumbuhan (pokok kecil), mencabai, tangis sarang burung,
Heynea trijuga.
jual bp = berjual, menjual; ~ lagak menunjuk-nunjukkan lagak,
(berlagak) sombong; ~ mahal tidak mudah atau segera menerima
atau menyetujui sesuatu; ~ murah a) menjual barang dgn potongan
harga yg banyak; b) mudah atau lekas menerima atau menyetujui
sesuatu; harga ~ harga barang tertentu yg dijual;
berjual 1. mencari rezeki (nafkah, pendapatan, dsb) dgn
memperniagakan sesuatu, berniaga: di Taiping banyak orang yg ~
nasi di tepi jalan; 2. Mn sudah (akan) dijual: kain-kain tiada ~ lagi;
berjualan (bkn beberapa atau ramai bilangan peniaga) berniaga,
berdagang: di situ ramai juga orang ~ ;
menjual menukar barang dgn wang (memberi barang utk mendapat
wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan
dimintanya aku ~ buku tersebut kepadanya;
~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang)
terlalu berlagak memperagakan diri; ~ bangsa mengkhianati bangsa
dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap sahaja
tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a)
membuat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar
sewaan; ~ lepas = ~ mutlak menjual tanpa sesuatu perjanjian (tidak
boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn
menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama
orang utk kepentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn
menanggung rugi;
~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur
dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong;
dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan
dahulu masak-masak, barulah dikerjakan;
menjuali acap kali menjual, banyak barang yg dijual;
menjualkan menjual sesuatu utk orang lain: jikalau nenek hendak
ke dlm, tolonglah jualkan beta cincin ini;
terjual 1. sudah dijual: semua barang dagangan di kedai itu habis
~; 2. sahaja hendak dijual;
~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya
berani pula dikerjakan sendiri;
jualan 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya
adalah utk ~; 2. berjualan;
~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di
kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan
pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan
sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~
lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya
si penjual memanggil-manggil pelanggan; ~ murah jualan barangbarang
dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan
stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah
kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd
harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh
penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan
mendapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara
membuat tawaran harga;
penjualan 1. perbuatan (kerja) menjual: ada kemungkinan ~ candu
akan dihalalkan oleh kerajaan; 2. Id tempat menjual: ~ karcis
(garam dll);
penjual orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa pengkhianat
kpd nusa dan bangsa; menteri ~ ark pegawai negeri yg diberi tugas
menjual candu.
juala; rumput ~ sj tumbuhan (herba), Bidens pilosa.
jual beli (urusan) menjual dan membeli barang (antara peniaga atau
penjual dan pembeli);
berjual beli menjual dan membeli barang-barang, berniaga,
berdagang;
memperjualbelikan menjual dan membeli, memperdagangkan: di
negeri ini tidak dibenarkan ~ candu.
juandang ark; bujang ~ orang halus yg boleh mendatangkan untung baik
atau buruk kpd orang yg berjudi (bertaruh dll).
juang; semangat ~ semangat utk berjuang demi mencapai, mendapatkan
atau memperoleh sesuatu (kejayaan, kemenangan dsb): semangat ~
yg tinggi dapat membantu mengatasi halangan itu;
berjuang 1. berlaga antara satu dgn lain (bkn binatang yg besarbesar),
berlanggaran, berlawan; 2. hendak mencapai atau mengatasi
sesuatu dgn jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dsb) dgn pihak
atau unsur yg menentangnya atau boleh memudaratkannya: rakyat
Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian utk merebut kemerdekaan
drpd penjajah;
gajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah prb kalau
orang besar-besar berselisih, rakyat juga yg mendapat susah;
berjuangkan sl melagakan, melanggarkan: segala orang yg
bergajah, ~ gajahnya dan segala yg berkuda, bergigitkan
kudanya;
menjuang sl melanggar, menyerang: musuh mana akan datang,
mana tebing akan runtuh, atau kubu akan dijuang;
memperjuangkan hendak memperoleh sesuatu dgn berjuang:
mereka mogok kerana hendak ~ gaji yg lebih tinggi;
perjuangan perihal berjuang utk merebut (mencapai,
mempertahankan) sesuatu: kita semestinya tidak lupa akan peranan
guru Melayu dlm ~ kebangsaan sejak sebelum merdeka dahulu;
seperjuangan sama-sama berjuang: kawan ~ ;
pejuang orang yg berjuang (utk merebut, mencapai,
mempertahankan sesuatu): ia seorang ~ bangsa yg senantiasa
dicurigai oleh pihak Inggeris;
~ kebebasan orang yg berjuang utk membebaskan diri, tanah air dsb
drpd belenggu, cengkaman, penindasan dsb penjajah atau kuasa
asing; ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan
kemerdekaan tanah airnya.
juang-juang 1. sj tumbuhan (herba), lenjuang (bukit), senjuang, Dracaena
congesta; 2. sj tumbuhan (pokok renek), lenjuang, senjuang,
Cordyline fruticosa.
juar; daun ~ sj tumbuhan (pokok), Oroxylum indicum; johar II.
juara I 1. pemimpin dan pelerai di gelanggang sabung, juruadu; ~ ayam
jurusabung (yg menjaga serta melatih) ayam; 2. orang yg memimpin
sesuatu majlis jamuan dll; 3. johan (dlm pertandingan dll): ~ Piala
Thomas; ~ anggar johan permainan anggar; ~ bersama pemenang
yg menjadi johan bersama dgn pemenang lain (kerana keduaduanya
mendapat mata dsb yg sama); ~ bertahan = ~ menanti
orang yg memegang sesuatu kejohanan dan kini bertanding utk
mempertahankan kejohanannya; ~ dikir Kl tukang karut dan tukang
lagu dlm dikir barat; 4. ahli dlm sesuatu permainan dll: dia memang
~ fasal pakaian; 5. orang kedua penting dlm persembahan dikir
barat yg tugasnya memulakan dikir barat dlm keadaan duduk dan
diikuti oleh awak-awak;
adat ~ kalah menang prb dlm setiap usaha mesti terdapat kalah
menang (untung rugi); bersahabat dgn ~; selilit benang bulang
tahu juga prb kalau bercampur dgn orang jahat akhirnya kita
menjadi jahat pula;
menjuarai 1. menjadi juara, menjadi johan: kali terakhir Malaysia
~ Piala Thomas ialah pd tahun 1992 di Kuala Lumpur; 2.
memperjuangkan (mempertahankan, menyokong, dsb) dgn
sesungguhnya: terlampau ramai ahli politik yg terpaksa ~
kepentingan kaum sendiri; dia pun telah menjadi pengusaha dan
pedagang di samping mengaku menjadi orang politik yg seratus
peratus ~ nasib rakyat;
kejuaraan 1. kehandalan (dlm sukan dll), keunggulan; 2.
pertandingan utk menentukan johan, kejohanan: pasukan Selangor
telah memenangi ~ bola sepak Malaysia.
juara II; ikan ~ sj ikan sungai, Pangasuis spp.
jubah Ar sj baju panjang cara Arab (dipakai oleh haji, paderi, hakim, dll);
berjubah memakai jubah: orang lelakinya ada yg berketayap dan
~.
jubal sj ikan laut, Polynemus tetradactylus.
jubel Id; berjubel, berjubel-jubel sangat penuh.
jubin kepingan (biasanya berbentuk segi empat) drpd tanah liat bakar utk
menutupi dinding, lantai, dll.
jublek Jk; menjublek tercengang, tertegun.
jubli perayaan utk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari
perkahwinan, hari pertabalan raja, dll);
~ emas perayaan memperingati ulang tahun yg kelima puluh; ~
intan perayaan memperingati ulang tahun yg keenam puluh; ~ perak
perayaan memperingati ulang tahun yg kedua puluh lima.
jubung  jerubung.
jubur  dubur.
judas, judes Jk 1. tajam mulut, suka memfitnah; 2. lekas marah, bengis.
judi permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu,
dll);
~ karan sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor
ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi); ~ tikam
ekor taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd
nombor loteri lumba kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn menikam
pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang; main ~ =
berjudi;
berjudi bermain dgn memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiaptiap
malam dia pergi ke kelab itu utk ~ ;
menjudikan, memperjudikan 1. menggunakan wang dll sbg
taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu
habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm keadaan yg boleh
menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan
rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan
mereka dgn memperjuangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa;
perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi;
penjudian hal atau perbuatan menjudikan;
penjudi orang yg suka main judi.
judo (Jepun) sj permainan spt gusti (utk mempertahankan diri);
berjudo mempertahankan diri dgn judo, bermain judo: sejak dulu
lagi dia sudah pandai ~ dan bersilat.
judul tajuk (karangan, majalah, buku, drama, dll): drpd ~ cerpennya
sahaja sudah dapat kita menangkap isi yg hendak dikisahkannya;
berjudul bertajuk: filem arahan Hussain Haniff yg terbaru ~
Kalung Kenangan;
berjudulkan mempunyai sesuatu sbg judul;
menjuduli menjadi judul kpd.
juek (juék) Mn ark; juek-juek; tali ~ tali-temali yg direntangkan di sawah
utk menghalau burung yg hendak memakan padi; menegakkan ~
sesudah menyabit prb sesudah selesai melakukan sesuatu
pekerjaan, baharu teringat tentang cara yg baik utk mengerjakannya.
juga 1. (digunakan utk menyatakan keadaan yg sama atau serupa) pun:
ada ~ orang yg tahu perkara itu; badannya tegap, adiknya ~
demikian; 2. (digunakan selepas kata sifat) agak: gadis itu cantik ~,
tetapi tidaklah secantik emaknya; 3. (digunakan utk menunjukkan
perulangan) lagi: dulu saya yg menolongnya, sekarang saya ~ yg
menolongnya; 4. (digunakan utk menunjukkan perbuatan terusmenerus)
terus: walaupun dilarang dia masih ketawa ~; Chia telah
mati di situ ~; 5. (digunakan utk menunjukkan tolak ansur)
meskipun, walaupun: sesiapa ~ yg datang, saya mengalualukannya;
6. (biasanya digunakan selepas kata penghubung tetapi
atau atau utk menunjukkan tokokan): kamu bukan sahaja mesti
belajar dgn tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama
lain; 7. (digunakan bersama dgn pun sbg penegas): saya berpuasa,
dia pun berpuasa ~; jua.
jugel; menjugel melambung-lambungkan beberapa objek spt bola dsb
berulang-ulang dan menyambutnya dgn cekap dan pantas: dia
memang cekap ~ ketiga-tiga biji bola itu;
penjugel orang yg menjugel.
juih; menjuih, terjuih (bkn bibir bahagian bawah dll) menganjur ke
bawah: Si Angguk tersekat-sekat bersuara sambil mulutnya ~
menahan kesakitan;
menjuihkan menjadikan terjuih, menganjurkan (bibir) ke bawah:
dia ~ bibir.
juita 1. nyawa, buah hati, kekasih: ~ku; 2. cantik, elok: emas ~ ; ratna ~.
jujai; berjujai sl tidak putus-putus, tidak berhenti-henti (hujan, orang yg
pergi atau datang, dll).
jujat sl fitnah, celaan, umpat.
jujitsu seni pertahanan diri orang Jepun dgn hanya menggunakan berat
badan dan kekuatan musuh itu sendiri utk menundukkannya.
juju; menjuju menuju, menghala;
menjujukan menujukan, menghalakan, membidikkan.
jujub sj gula-gula yg seakan-akan jeli, berperisa dan kadangkala berubat
utk melegakan sakit tekak.
jujuh I; berjujuh, menjujuh mengalir dgn tidak putus-putus (hujan, air
mata, dll).
jujuh II Kd masa buah-buahan gugur dgn banyak (pd satu-satu musim).
jujuk Kl; berjujuk, berjujuk-jujuk beratur, berbanjar, berduyun-duyun;
berjujukan berderetan mengikut susunan (masa atau tempat):
pencapaian konsep dan ekstrapolasi yg ~;
jujukan urutan, rentetan, susunan: perisian merupakan sekumpulan
~ arahan atau atur cara yg akan melaksanakan operasi komputer.
jujur I lurus hati, tulus, ikhlas: orang yg ~ tidak akan berani menikam dr
belakang spt kau;
kejujuran perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih raguragu
tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu.
jujur II; wang ~ wang yg diberikan oleh pengantin laki-laki kpd orang tua
pengantin perempuan;
menjujuri membayar (memberi) wang jujur kpd;
jujuran wang jujur.
jujut; berjujut-jujutan tarik-menarik (tali dll), renggut-merenggut;
menjujut 1. menarik; 2. Kl menghisap (darah dll), menghirup
(minuman).
juk Tr sejenis jerat babi.
juku-juku sj kura-kura, kura-kura kepala besar, Orlitia borneensis.
jukut (Sunda) ark rumput.
julah; akar ~ sj tumbuhan (akar memanjat), Gnetum silvestre.
julai II ranting (kayu) yg hujung sekali, carang;
berjulai, berjulai-julai, menjulai, terjulai berjuntai(-juntai).
Julai I bulan ketujuh dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari.
julang; menjulang 1. mengangkat ke atas: kapal itu sedang dijulang dan
dihempas gelombang; 2. mendukung (anak dll) di atas bahu:
setibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya;
3. membumbung tinggi, meninggi: api dr rumah yg terbakar itu ~
sehingga ke puncak atapnya; 4. ki menjunjung tinggi, menyanjung,
amat menghormati: Churchill seorang pemimpin yg dijulang tinggi
oleh rakyat Inggeris;
julangan tolakan ke atas;
penjulang orang atau sesuatu yg menjulang: ~ baginda pun sudah
bersedia; kayu ~ yg diperbuat drpd kayu perian.
julap sj ubat utk mencuci perut, pencahar.
julat 1. sl ukuran panjang (masa) yg tidak tentu besarnya (lamanya); se~
perahu sepanjang perahu; 2. lingkungan antara dua had (yg
dinyatakan dgn angka): ~ suhu tahunan Malaysia adalah antara
27°C hingga 32°C;
menjulat 1. mencapai sejauh; 2. menjulang (api dll), menjilat;
penjulat alat pd senapang, kamera dsb yg menentukan jarak
sasaran atau objek dr penembak, jurufoto dsb;
sepenjulat sejauh; ~ mata sejauh mata memandang; ~ peluru
meriam sejauh peluru meriam boleh sampai.
juling (bkn mata) terpesong sedikit atau tidak di tengah-tengah kedudukan
mata hitamnya: matanya ~ sedikit;
~ air = ~ bahasa juling sedikit (dianggap sbg salah satu sifat
kecantikan); ~ itik memandang dgn kepala tersenget sedikit;
menjulingi mengerlingi, melirikkan (mata) pd;
kejulingan perihal atau keadaan juling: ~ jenis ini berkaitan dgn
gangguan keupayaan melihat sesuatu dgn kedua-dua belah mata.
julir sj tempuling (utk menombak ikan).
julo pengumpulan wang oleh beberapa orang utk diundikan antara mereka,
arisan, kutu;
berjulo-julo mengadakan kutu.
juluk Kl sj rumput yg tumbuh dlm air.
julukan = nama ~ nama yg diberi sbg ejekan dsb.
julung I 1. pertama, utama; warna ~ warna utama; 2. belum ada lagi
sebelumnya, mulai, baharu;
gadis ~ bersubang = bujang ~ berkeris prb orang yg sangat
berlagak (kerana baru mendapat kekayaan atau dinaikkan pangkat);
julung-julung mula-mula, pertama-tama; buah ~ buah yg mulamula;
~ kali = ~ sekali ark pertama sekali, mula-mula sekali, buat
pertama kali.
julung III Jw (orang yg) mempunyai nasib yg buruk sejak lahir lagi (spt
akan dibunuh dll).
julung-julung I; ikan ~ 1. sj ikan laut, Hemiramphus spp.; 2. sj ikan
darat, Xenentodon canciloides.
julung-julung II sj tumbuhan, jenjulung.
julur I; ~-jalar Id keluar masuk, pergi balik;
menjulur menganjur keluar (lidah dr mulut dll), belunjur (kaki dll):
ular sawa itu ~ keluar dr lubang di bawah tangga itu;
menjulurkan mengeluarkan dgn menganjurkan ke hadapan: gadis
itu ~ kepalanya di tingkap;
terjulur menjulur dgn tiba-tiba, sudah dijulurkan.
julur II Mn; menjulur menjalar, merayap.
jum Pn marilah: "~ kita tidur". Ayah menghulurkan tangannya.
Jumaat Ar 1. hari keenam dlm seminggu, selepas hari Khamis;
sembahyang ~ sembahyang beramai-ramai (tidak kurang drpd 40
orang) pd waktu zohor di masjid (surau dll) pd hari Jumaat; 2.
minggu, pekan; dua ~ dua minggu;
berjumaat bersembahyang Jumaat.
jumantan, jumanten sl zamrud.
jumantara sl langit, udara, cakerawala.
jumbai rumbai;
berjumbai, berjumbai-jumbai berumbai-rumbai, berjurai-jurai;
berjumbaian berumbaian, berjuraian;
ada ~ air dgn ... prb Mn ada kena-mengena dgn ...;
terjumbai terjurai; jerumbai.
jumbil gelambir.
jumbo luar biasa besarnya, sangat besar: jet ~; jualan ~.
jumbul; terjumbul-jumbul terapung-apung, terkatung-katung.
jumhur Ar orang ramai; ~ ulama kebanyakan ulama.
jumjumah Ar, sl tengkorak.
jumlah 1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar:
~ kerosakan ditaksirkan lebih drpd lima ratus ribu ringgit; 2.
banyaknya, bilangannya: ~ wang yg diberi itu tidak memadai;
sejumlah 1. sebanyak (yg dinyatakan): kerajaan telah
membelanjakan ~ RM3 juta utk membina bangunan itu; 2.
sebilangan (yg tidak dinyatakan jumlahnya): ~ besar penduduk
negara ini beragama Islam;
berjumlah mempunyai jumlah: hutangnya di kedai itu ~ dua ratus
ringgit;
menjumlah membuat kira-kira campur;
menjumlahkan mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu:
jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli sebuah
rumah;
terjumlah 1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm
bilangan, terhitung: keluarganya ~ dlm golongan orang yg berada;
terjumlahkan terkumpulkan, tercampurkan; tidak ~ tidak terkira
(terhitung);
penjumlahan perihal atau perbuatan menjumlahkan.
jumpa; berjumpa (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka
hendak ~ dgn Guru Besar;
menjumpai berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang
rumah mangsa pembunuhan itu;
memperjumpakan mempertemukan;
terjumpa menjumpai sesuatu secara kebetulan (tidak sengaja):
kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil;
jumpaan 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai:
suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba
lain;
perjumpaan perihal berkumpul atau berhimpun (dlm mesyuarat,
majlis keramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana
ramah-tamah;
penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai, penemuan.
jumpalit Jk; berjumpalit, berjumpalitan berguling-guling dgn kepala di
bawah.
jumpelang 1. kayu melengkung tempat berdiri kaki kerusi (supaya kerusi
dapat berayun ke hadapan dan ke belakang); 2. (Kej) besi yg
melengkung yg terdapat dlm jentera dll.
jumpul Jw; ikan (belanak) ~ sj ikan laut, jempul, Mugil planiceps.
jumput Jk; menjumput menjemput, memungut, mengambil.
jumud Ar beku, kaku, kolot;
menjumudkan menjadikan sesuatu (konsep) jumud: ~ pemikiran
masyarakat;
kejumudan perihal (keadaan) jumud, kebekuan, kekakuan:
kelesuan dan ~ tradisi ilmu.
Jun I bulan keenam dlm tahun Masihi yg mengandungi 30 hari.
jun II Jw buyung.
junam; menjunam bergerak dgn kepala dahulu mengarah ke bawah,
menukik: sekonyong-konyong kapal terbang itu ~ menghala ke
kapalnya;
menjunamkan 1. melayangkan (menerjunkan) arah ke bawah atau
menyerang ke bawah, menukikkan: juruterbang itu ~ kapal
terbangnya ke arah kapal terbang musuh; 2. membenamkan: kalau
puntung berbara dijunamkan ke dlm tabung berisi hidrogen, ia
akan meletus menyala;
terjunam menjunam dgn tidak sengaja: kapal terbang itu jatuh ~
ke dlm laut.
jundai; sijundai Mn ilmu sihir yg dapat menggilakan orang (orang yg
kena sihir itu beryanyi-nyanyi);
bersijundai bernyanyi-nyanyi tanpa sedarkan diri.
jungat Jk; menjungat terjongket pd bahagian hadapan atau belakang:
kapal ~.
junggang; ~-jungkit bergerak-gerak turun naik, jongkang-jongket.
jungkal Jk; menjungkalkan 1. menggulingkan; 2. ki mengalahkan,
menjatuhkan;
terjungkal terguling, terjatuh; ~ balik terguling-guling.
jungkar; menjungkar kelihatan keluar tercokeng.
jungkat bergerak ke atas (kalau dipijak dll);
perempuan ~ perempuan gatal; ~-jungkit bergerak turun naik;
terjungkat terjongket ke atas;
jungkatan; jambatan ~ jambatan yg dapat diangkat.
jungkel Jk  jungkal.
jungkir = jungkir balik;
menjungkir, terjungkir terbalik (dgn kepala ke bawah);
menjungkirkan menterbalikkan (dgn kepala ke bawah).
jungkir balik jatuh terbalik (kepala di bawah), menjengkolet;
menjungkirbalikkan menyebabkan terjungkir.
jungut Mn tanah (gunung) yg menganjur.
junior 1. lebih muda, khususnya antara adik-beradik, ibu bapa dgn anakanak,
atau antara rakan-rakan di sekolah; 2. berpangkat
(berkedudukan) lebih rendah dlm sesebuah organisasi: dlm
Bahagian Perkamusan, dia lebih ~ drpd Azizah.
juniper sj pokok renek malar hijau drpd genus Juniperus yg buah berinya
menghasilkan minyak yg dapat digunakan dlm ubat dan sbg perisa
dlm gin.
junjung kayu, buluh dsb yg menopang tanam-tanaman yg memanjat atau
menjalar spt sirih, kacang panjang dsb: ~ sirih;
menjunjung 1. membawa sesuatu di atas kepala: perempuan tua
itu ~ bakul yg berisi padi; 2. mematuhi (titah dll), menurut: patik ~
titah tuanku; 3. amat menghormati, memuliakan, amat menghargai:
mesej yg bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual; ~
duli = ~ kaki memberi khidmat kpd raja; ~ tinggi sangat
menghargai;
~ sangkak ayam prb Mn mendapat malu; dijunjung merekah
kepala, dipikul meruntuh bahu prb hukuman (aturan, perintah) yg
sangat berat dan keras; kerja raja dijunjung, kerja kita dikelek prb
lebih mementingkan kerja orang lain drpd kerja sendiri;
menjunjungkan mengangkat sesuatu ke atas kepala seseorang (utk
dibawa);
junjungan 1. benda yg dijunjung; 2. orang yg dimuliakan (khusus
utk Nabi Muhammad SAW); 3. Mn suami; 4. galah tempat pokok
menjalar atau memanjat, jalaran, junjung;
berjunjungan bersuami;
perjunjungan = ~ duli perihal menjunjung duli.
junta majlis (terdiri drpd beberapa orang) yg mentadbirkan negeri.
juntai; berjuntai bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya
~ ke bawah;
berjuntaian berjuntai-juntai: ~ tandan pisang itu;
menjuntaikan menghulurkan supaya bergantung: sambil itu dia ~
kakinya ke pelantar dapur;
terjuntai tergantung atau terjulur ke bawah;
juntaian sesuatu yg berjuntai: di hadapan ~ kakinya.
juntrung Jk; juntrungan aturan, pendirian.
junub Ar keadaan tidak suci yg disebabkan oleh hadas besar, mis keluar
mani (baik dgn bersetubuh ataupun tidak), haid dll; mandi ~ mandi
utk menyucikan tubuh drpd hadas besar.
junun Ar ark gila, tidak siuman;  majnun.
jura  jurah.
juragan 1. nakhoda (kadang-kadang juga pemilik kapal); 2. (Sunda) tuan,
puan; 3. Jw pengusaha (terutama batik).
jurah ark; menjurah membongkok (utk memberi hormat, menyembah,
dll).
jurai 1. jalur (kain dll) yg panjang, lajur: rangka bentuk dibuat drpd ~
besi tuang yg tebalnya 1/4”; 2. ikat benda yg terjuntai (spt benang,
rambut, dll); 3. susunan yg berturut-turut, rangkaian: Haeckel telah
menyelidiki ~ keturunan alam haiwan; ~ keturunan raja-raja; ~-
jemarai jatuh bertitik-titik: hujan panas ~-jemarai;
berjurai 1. mempunyai jalur (bahagian yg berjalur): tegakkan di
atas kuburku bendera ~ dua, sejurai hadapkan ke rumah marhum
ibuku, sejurai hadapkan ke laut; 2. = berjurai-jurai, terjurai
berumbai-rumbai, berjumbai-jumbai: pokok itu diselaputi urat yg ~
; 3. = berjurai-jurai, berjuraian jatuh bertitik-titik, berderai-derai
(bkn air mata, peluh);
menjurai Kl memotong (kuih dll) dgn memanjang;
juraian sesuatu yg terjuntai: dia merengus dan jemarinya
menyirati ~ rambut separas bahu.
jurai-jurai sj tumbuhan (pokok), pokok gajah beranak, putat nasi,
Barringtonia spicata.
juran Kl hiris; se~ sehiris.
jurang 1. lembah yg dalam, lurah; 2. ki = ~ kehidupan kehidupan yg
susah, kemelaratan; 3. ki perbezaan yg memisahkan sesuatu dgn
sesuatu yg lain: dlm masyarakat lain juga, ~ antara praktik dan
ideal selalu wujud; ~ generasi jurang atau perbezaan yg membezakan
satu generasi dgn generasi yg lain.
juri 1. sekumpulan orang yg dilantik utk memutuskan sesuatu kes
(berdasarkan fakta dan keterangan) yg dibicarakan di mahkamah; 2.
sekumpulan orang yg tugasnya mengadili sesuatu pertandingan,
misalnya pemberian anugerah, utk menentukan pemenangnya: ahli
~ ;
berjuri menggunakan khidmat juri: Jepun tidak mengamalkan
perbicaraan ~ dan hakim menentukan keputusan bicara serta
menjatuhkan hukuman.
jurik Jk hantu.
juring I ulas, pangsa;
sejuring 1. sepangsa, seulas; 2. Ki sebahagian, sepotong (kata-kata
dsb): dgn jalan ini sajalah aku dapat mengembalikan ~
kebahagiaanku yg telah hilang;
juringan juring.
juring II Kl birai (bucu) yg tajam.
jurisprudens kajian tentang prinsip undang-undang.
jurit Jw ark perang;  perajurit.
jurnal 1. terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara,
profesion, atau bidang tertentu; 2. akhbar harian atau mingguan; 3.
buku catatan harian tentang peristiwa-peristiwa yg berlaku.
jurnalis IB wartawan.
jurnalisme pekerjaan mengumpulkan, menulis, dan menerbitkan berita
dlm surat khabar, majalah, radio, dan televisyen, kewartawanan.
jurnalistik berkaitan dgn kewartawanan atau persuratkhabaran.
juru I orang yg mempunyai keahlian dlm sesuatu perkara (biasanya
dipakai dlm kata majmuk dan dieja bersambung sbg satu
perkataan), ahli;
kejuruan kepandaian yg khas, keahlian.
juru II ark; menjuru menjuruk;  penjuru.
juruacara orang yg memimpin sesuatu acara (pertunjukan aneka ragam,
majlis, dll).
juruanalisis orang yg terlatih dan mahir dlm menganalisis sesuatu,
penganalisis; ~ sistem orang yg terlatih utk menganalisis keperluan
sesuatu tugas atau projek dan dapat mengatur segala keperluan yg
berkenaan dlm suatu sistem atau bentuk yg memungkinkan
perkakasan dan perisian komputer digunakan utk melaksanakan
projek tersebut.
juruanimasi orang yg ahli dlm membuat filem berbentuk animasi.
juruaudit orang yg terlatih dlm kerja-kerja mengaudit akaun.
juruazan orang yg kerjanya melaungkan azan (bang), jurubang, bilal,
tukang bang.
jurubahasa orang yg menterjemahkan kata-kata atau percakapan orang
lain.
jurubang juruazan, bilal, tukang bang.
jurubank tuan punya (pengurus atau pegawai tinggi) bank.
jurubatu anak buah perahu yg tugasnya mengukur dalamnya laut.
juruberita pemberita.
jurubicara orang yg tugasnya memberi keterangan rasmi dll kpd orang
ramai, jurucakap.
jurubina orang yg berkelayakan utk mereka bentuk bangunan dan
menyelia pembinaannya, arkitek.
jurucerakin ahli kimia yg kerjanya membuat penyelidikan di makmal.
jurudalam Kl tukang perhiasan di rumah orang besar-besar.
jurudapur tukang masak.
juruelektrik (juruéléktrik) orang yg terlatih utk membuat kerja berkaitan
dgn pemasangan atau pembaikan dsb alat-alat elektrik.
jurugambar orang yg kerjanya mengambil gambar, tukang gambar,
jurufoto.
jurugas orang yg tugasnya memeriksa meter gas, menyelenggarakan radas
gas domestik dsb.
jurugegas orang yg mahir memasang atau melaraskan bahagian-bahagian
mesin dsb.
juruhebah (juruhébah) 1. orang yg menyeru atau menyerukan
(menyebarkan) sesuatu; 2. orang yg kerjanya menyiarkan berita dll
atau menghebahkan rancangan di radio (televisyen dsb), penyiar.
juruhias orang yg pakar (mahir) melakukan kerja membuat hiasan,
penghias; ~ dalaman orang yg pekerjaannya mereka bentuk cara
menghiasi ruang dalaman sesebuah bangunan (rumah) dgn memilih
warna atau perabot yg sesuai dll.
juruiklan orang atau syarikat yg mengendalikan khidmat pengiklanan
sesuatu produk dsb.
jurujual orang yg kerjanya menjual atau meluaskan penjualan barang
dagangan sesuatu perusahaan;
kejurujualan kemahiran dlm teknik melakukan kerja jualan.
jurukaki sl pesuruh, bentara.
jurukamera (jurukaméra) orang yg kerjanya mengambil gambar atau
filem utk surat khabar (televisyen, filem, dsb).
jurukater jurusaji.
jurukelat anak perahu yg kerjanya memegang tali kelat.
jurukerah sl jawatan yg di bawah batin.
juruketik Id jurutaip.
jurukhat orang yg mahir dlm seni khat.
jurukira orang yg pakar dlm hal kira-mengira.
jurukunci 1. orang yg memegang kunci (tempat keramat dll); 2. Id
pemenang dlm sesuatu pertandingan yg menduduki tempat yg
terakhir.
jurulatih orang yg melatih orang lain (spt ahli sukan dll) supaya mahir;
kejurulatihan yg berkaitan dgn jurulatih dlm segala aspeknya: di
manakah salahnya yg menyebabkan kekalahan ini ataupun sistem
~ yg menjadi puncanya.
jurulayar anak buah perahu (kapal) yg menjaga layar.
jurulelang (jurulélang) Id jurulelong.
jurulelong (jurulélong) orang yg mengurus lelong.
jurulito orang yg mencetak buku dgn cap batu.
jurumasak tukang masak.
jurumesin (jurumésin) orang yg mengurus (membaiki dll) mesin.
jurumudi anak buah perahu (kapal) yg menjaga kemudi.
jurunikah orang yg bertauliah utk menikahkan pasangan yg ingin
berkahwin.
jurupulih orang yg tugasnya memulihkan seseorang atau sesuatu
(anggota, cara kerja dll); ~ anggota orang yg pakar dlm
memulihkan anggota badan, mis melalui terapi, mengurut dsb.
jurupustaka Id orang yg memimpin serta mengurus perpustakaan,
pustakawan.
jururadiografi orang yg terlatih dan mahir mengendalikan teknik
radiografi.
jururawat orang (lazimnya perempuan) yg kerjanya merawat orang sakit
(di hospital);
kejururawatan hal yg berkaitan dgn (pekerjaan, tugas, urusan, dsb)
jururawat: buku ~ psikiatri itu sedang dicetak.
jurureka (jururéka) orang yg ahli (mahir) dlm mereka sesuatu, pereka.
jururias orang yg mempunyai kemahiran merias (mendandan) orang lain.
jurus I; sejurus sebentar, sekejap, sejenak; ~ kemudian sekejap
kemudian;
berjurus-jurus beberapa jenak (lamanya): Noor pun berkata
sesudah ~ tinggal membisu.
jurus II lurus, terus, langsung, tegak;
berjurus-jurus bersambung-sambung, tidak henti-hentinya, terusmenerus:
Maskam ~ termenung pd malam itu;
menjurus mengarah, menuju (terus ke atau kpd), tertumpu kpd: kita
harus memilih aspek yg khusus supaya perbincangan kita ~ kpd
satu arah sahaja;
menjuruskan mengarahkan, memajukan, mendorongkan
(mendesak terus), menumpukan: akibatnya mereka ~ semua nilai
moral, estetika, dan keagamaan ke jurang cita rasa;
jurusan 1. arah, tujuan: kapal terbang itu datang dr ~ Singapura;
mereka berjalan ke satu ~; 2. bahagian pengajian (ilmu
pengetahuan): dia mengambil kursus dlm ~ ekonomi; sekolah
aneka ~;
penjurusan proses menjuruskan (menjurus kpd) sesuatu (bidang,
aliran fikiran, dll): ~ dlm bidang agama.
jurus III Kl; berjurus 1. berbudi bahasa, berkelakuan baik; 2.
bersungguh-sungguh.
jurusaji (ERT) orang yg menyediakan dan menyajikan makanan utk
sesuatu majlis.
jurusawat orang yg mengurus (membaiki dll) pesawat atau mesin.
juruselam 1. orang yg kerjanya menyelam ke dlm air (utk mencari
mutiara dll); 2. orang yg menyelam ke dlm air utk mendengar bunyi
ikan (biasanya dia juga menjadi pemimpin dlm sesuatu kelompok
orang yg menangkap ikan).
jurusemboyan orang yg tugasnya menghantar dan menerima isyarat,
terutamanya dlm angkatan tentera darat dan tentera laut.
jurusita Id pegawai pengadilan yg diberi tugas utk menyita.
jurusolek (jurusolék) orang yg kerjanya menyolek orang.
jurusurat kerani, jurutulis.
jurutafsir juruulas.
jurutaip orang yg kerjanya menaip surat dll, juruketik.
jurutanak sl orang yg menanak nasi.
juruteknik (jurutéknik) orang yg ahli dlm hal selok-belok jentera dll.
jurutera orang yg terlatih dlm mereka, membuat, dan menggunakan
(menjaga) jentera atau terlatih dlm mana-mana cabang kejuruteraan;
~ awam orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina) dan
menjaga kemudahan awam spt jalan raya, jambatan, empangan,
terusan, pelabuhan, bangunan-bangunan besar, dll; ~ elektrik orang
yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan menjaga peralatan
elektrik, peralatan pemancaran tenaga elektrik, dan sistem
perhubungan; ~ jentera orang yg terlatih dlm mereka, membina, dan
menjaga jentera, kereta, mesin, dsb; ~ kapal terbang orang yg
terlatih dlm mereka, membina, dan menjaga kapal terbang; ~ kimia
orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan
menjalankan loji atau jentera yg digunakan dlm proses kimia
industri;
menjuruterai merancang, mengatur, dan melaksanakan sesuatu
(tugas, kerja, dsb) dgn bijaksana: editorlah yg merancang dan ~
penerbitannya;
kejuruteraan kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat
jentera (jambatan dll): ~ awam; ~ elektrik; ~ jentera; ~ kapal
terbang; ~ kimia.
juruterapi (jurutérapi) orang yg mahir melakukan sesuatu jenis terapi.
juruterbang pemandu kapal terbang; ~ bersama juruterbang yg
membantu ketua juruterbang, dan kadang-kadang memandu kapal
terbang.
jurutinggi anak buah perahu (kapal) yg kerjanya memasang layar.
jurutol orang yg tugasnya memungut bayaran tol.
jurutrengkas (jurutréngkas) orang yg kerjanya mengambil rencana dgn
trengkas (tulisan pantas yg menggunakan simbol), steno.
jurutulis kerani, jurusurat.
jurutunjuk orang yg memberikan tunjuk ajar atau petunjuk.
juruubat ahli farmasi.
juruukur orang yg kerjanya mengukur tanah; ~ bahan orang yg kerjanya
menganggarkan kos bahan dan buruh yg diperlukan utk sesuatu
kerja pembinaan.
juruulas orang yg memberi tafsiran mengenai soal-soal politik dll (dlm
surat khabar, radio, televisyen, dsb).
juruvideo (juruvidéo) orang yg mengendalikan perakam video utk
mengambil gambar, menayangkan pita video dsb.
juruwang orang yg menerima atau membayar wang (di bank, kedai, dll).
juruwarta juruberita, pemberita.
jus 1. air drpd buah-buahan atau sayur-sayuran: ~ oren; 2. (Bio) cecair
dlm perut atau bahagian lain tubuh yg membantu penghadaman
makanan: ~ usus; ~ pankreas.
JUSA akronim bagi Jawatan Utama Sektor Awam.
jus soli (Udg) hak mendapat kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan
kelahiran di negara itu.
justeru 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa ~ sekarang ini engkau
harus pergi? 2. malahan, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya
mencaci dia, ~ saya puji dia.
justifikasi sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar
dilakukan (diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg
dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu: RTM mungkin mempunyai ~
sendiri utk menyiarkan majlis itu secara langsung; berbagai-bagai
alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kpd
kelemahan tersebut;
menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu
memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu.
justisi IB kehakiman.
jut I sj pokok yg seratnya boleh dibuat guni dll, rami, Corchorus
capsularis.
jut II Kl sj alat utk menangkap ikan (di bendang atau kolam).
juta seribu ribu (1 000 000);
berjuta, berjuta-juta beberapa juta;
jutaan berjuta-juta.
jutawan orang yg mempunyai wang (harta benda) yg jumlahnya (nilainya)
berjuta-juta ringgit.
jutung; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar perindu, buas-buas,
Premna dibaricata.
juvenil (juvénil) anak muda yg belum matang (mentah), budak-budak.
juz Ar bahagian atau bab drpd Quran (semuanya ada 30 bahagian).
juzuk Ar bahagian;
sejuzuk sebahagian;
menjuzuki menjadi juzuk kpd sesuatu: alam fizikal dan alam sosial
~ keseluruhan fenomena tabii.

No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama