SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Friday 30 September 2011

Daftar Kata Huruf K - Kaz


k huruf ke-11 dlm abjad Rumi.
K simbol kimia bagi kalium.
ka kep kaki sbg unit ukuran (12 inci).
Kaabah bangunan suci berbentuk kiub yg terletak di tengah-tengah kota
Mekah yg menjadi kiblat solat dan tempat bertawaf umat Islam pd
waktu menunaikan ibadah haji dan umrah.
Kaabatullah Kaabah.
kaba ark Mn cerita, dongeng.
kababkebab.
kabak sj tumbuhan (herba yg dijadikan sayur), Tetragonia expansa.
kabaret (kabarét) 1. persembahan hiburan spt muzik, nyanyian, tarian,
dsb) di kelab malam atau restoran; 2. kelab malam atau restoran yg
menyediakan persembahan hiburan spt nyanyian, tari-menari,
muzik, dsb: Henry yg baru belajar berdansa akan pergi ke ~ utk
mencuba-cuba kebolehannya.
kabau 1. sj tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, semincang, Allophylus
glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), jering balau, jering hutan, kacang
tupai, Pithecellobium ellipticum; ~ bukit sj tumbuhan (pokok),
geretak, geronyong, merbung jantan, Turpinia pomifera.
kabeh (kabéh) Jw ark semua.
kabel 1. tali yg tebal dan kuat yg diperbuat drpd sejumlah dawai yg
dipintal; 2. berkas dawai bertebat yg digunakan sbg pembawa mesej
telegraf dsb;
~ sepaksi sj kabel utk menghantar isyarat frekuensi radio; pekerja ~
orang yg kerjanya memasang kabel.
kabil; berkabilan berawas-awas;
berserah ~, (berpesan berturuti) prb tidak sepenuhnya mempercayai
orang yg diamanahkan.
kabilah Ar suku bangsa, kaum: permusuhan dan persengketaan antara
keluarga dan keturunan, ~, suku dan bangsa; ~ Quraisy.
kabin 1. bilik dlm kapal, bot, dsb yg digunakan sbg pejabat atau tempat
tidur; 2. bahagian dlm kapal terbang tempat membawa penumpang;
3. binaan sementara yg dijadikan sbg pejabat, tempat tinggal, dsb
sementara di tapak bina bangunan.
kabinet (kabinét) I 1. badan eksekutif dan pembuat dasar sesebuah negara
yg terdiri drpd para menteri kerajaan yg memerintah, jemaah
menteri: satu sidang ~ dipercayai telah membincangkan mogok
kereta api itu; 2. Id jabatan (terutama bagi presiden, perdana menteri
dll): ~ Perdana Menteri;
~ kerja = ~ keahlian Id kabinet yg menteri-menterinya terdiri drpd
pakar-pakar dlm sesuatu urusan kenegaraan; ~ koalisi Id kabinet yg
menteri-menterinya merupakan ahli atau pemimpin dr beberapa parti
(politik); ~ nasional Id kabinet yg terdiri drpd menteri-menteri yg
mewakili sebahagian besar drpd parti-parti (politik); ~ parlementer
Id kabinet yg menteri-menterinya dikemukakan oleh parlimen.
kabinet (kabinét) II 1. almari kecil yg bertingkat atau berlaci tempat
menyimpan dokumen, surat dan barang-barang berharga, dsb: Saidin
berdiri mengambil fail-fail dr dlm ~; 2. sj perabot (spt almari dsb)
tempat menyimpan pinggan mangkuk dll.
kabir I; mengabir meraih, menarik, mengaut.
kabir II Ar besar; alam ~ alam yg besar.
kabisat Ar; tahun ~, sanah ~ tahun yg jumlah harinya sehari lebih drpd
tahun biasa.
kabit penyeluk saku, tukang copet.
kaboi sj kumbang.
kabriolet (kabriolét) motokar penumpang yg boleh dibuka bumbungnya.
kabu-kabu 1. sesuatu yg lembut dan kelihatan spt kapas (biasanya
digunakan sbg pengisi bantal, tilam, dsb), kapuk; 2. sj tumbuhan
(pokok), randu, Ceiba pentandra; ~ hutan sj tumbuhan (pokok),
cengkering, kekabu jawa, membuluh, Zanthoxylum myriacanthum.
kabui Kd kumbang tanduk.
kabuki (Jepun) drama tradisional Jepun yg berdasarkan legenda popular
dan semua wataknya dimainkan oleh pelakon lelaki.
kabul 1. = terkabul terlaksana, tercapai, tertunai: permintaannya ~; 2. = ~
akan mempersetujui, setuju dgn, meluluskan: ~lah ia akan kehendak
hamba; 3. = ~ pd dipersetujui oleh, diluluskan oleh, diperkenankan
oleh: Sultan Mansur Shah mohon kpd Batara Majapahit hendak
kembali, maka ~lah pd Batara;
mengabulkan memperkenankan (permohonan doa, kehendak, dsb),
mempersetujui, meluluskan: moga-moga Tuhan akan ~
permohonanku ini;
pengabulan perihal mengabulkan (permintaan dll);
pengabul bersifat sedia mengabulkan sesuatu doa, permintaan dsb
(bkn Allah): Allah yg maha pengasih dan maha ~.
kabuli; nasi ~ sj nasi yg bercampur dgn berbagai-bagai lauk dan rempah.
kabung I = perkabungan kain putih yg dililitkan pd kepala tanda
berdukacita (kerana kemangkatan raja dll);
berkabung 1. memakai kabung (tanda berdukacita): setelah
baginda dikebumikan, maka mereka itu sekaliannya pun ~lah empat
puluh hari; 2. memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita
(kerana kematian seseorang dll): dia memakai pakaian hitam kerana
katanya dia sedang ~ kerana kematian suaminya;
perkabungan 1. pakaian (kabung dll) yg dipakai semasa berkabung;
2. perihal, perbuatan atau keadaan berkabung: hari ini ialah hari ~
orang Melayu amnya kerana kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.
kabung II ukuran panjang yg sama dgn 4 hasta (kira-kira satu depa).
kabung III sj tumbuhan (palma), enau, Arenga pinnata: gula ~.
kabung IV Mn kerat, penggal; ~ tiga kerat tiga;
mengabung mengerat, memotong, memenggal;
mengabung-ngabung mengerat-ngerat, memotong-motong,
memenggal-menggal.
kabupaten (kabupatén) Id 1. daerah yg dikepalai oleh seorang bupati; 2.
pejabat (rumah) bupati.
kabur I 1. tidak dapat melihat dgn terang atau nyata (bkn mata), kurang
terang (bkn penglihatan), pudar: ayahanda orang tua, ~ mata, pekak
telinga; 2. kurang jernih (bkn kaca dll), tidak terang atau jelas (bkn
corak atau warna sesuatu, tulisan, dll), tidak cerah, pudar: tikar
mengkuang putih yg telah ~; tulisan yg ~; nasibnya sudah mulai ~
nasibnya tidak terang atau cerah lagi (sudah mulai buruk); 3. tidak
atau kurang jelas (maksudnya, kandungannya, dsb), tidak nyata,
samar-samar: definisi novel spt di atas sangat ~; semua kenangan yg
indah itu menjadi ~ dan samar-samar;
mengabur menjadi kabur (kurang terang, jernih, nyata, dll), menjadi
pudar: ia melihat ke hadapannya kembali kpd Yusuf dan Maria yg ~
di atas kerusi di bawah pohon mangga yg rimbun itu; fikirannya ~;
mengaburi menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad;
mengaburkan menyebabkan jadi kabur: ~ pandangan seseorang
terhadap soal-soal masyarakat; ~ mata rakyat mengelirukan rakyat
(menipu rakyat);
kekaburan perihal atau keadaan kabur: dgn menggunakan kaca
mata, ~ matanya hilang; Amir sudah pulih drpd ~ fikirannya; dlm
buku-buku Greek yg terdahulu, terdapat terlalu banyak ~;
kekabur-kaburan agak kabur, agak pudar.
kabur II Kl sj kumbang kelapa.
kabur III Jk lari, melarikan diri.
kabus 1. wap air yg kelihatan spt asap yg berada dekat muka bumi
(biasanya pd waktu pagi): ~ di puncak bukit kian menipis; 2. tidak
nyata kelihatan, tidak terang (seolah-olah ditutupi kabus) kabur,
kelam: gambar yg ~; hilang ~ teduh hujan prb mendapat kesenangan
setelah menderita;
berkabus dilindungi atau dilitupi kabus;
mengabusi membuat supaya berkabus.
kabut I 1. kabus tebal; 2. kabur, kelam, tidak nyata; kelam-~ = kalang-~ a)
gelap, tidak nyata; b) kacau-bilau, tidak keruan;
jangan disesar gunung berlari, hilang ~ tampaklah dia prb tidak
usah tergesa-gesa mengerjakan sesuatu pekerjaan yg telah pasti jadi;
terang ~ , teduh hujan prb merasa kesenangan selepas menderita;
berkabut 1. dilindungi (dikelubungi) kabut, tidak jelas (nyata dll),
agak gelap; 2. ki sedih, suram;
kekabutan keadaan kabut.
kabut II; ark mengabutkan mengebaskan (pakaian dll);kebut II.
kaca I 1. bahan yg lut sinar atau lut cahaya biasanya keras dan rapuh,
dibentuk dgn melakurkan pasir silika, oksida logam dan bahanbahan
lain, digunakan utk membuat tingkap, cermin, dll: cermin
muka dibuat drpd ~; 2. = ~ muka cermin (muka); 3. ki cermin,
contoh, teladan: keteguhan imannya boleh menjadi ~ bagi
bangsanya;
~ benggala cermin yg tebal (besar); ~ berliang kaca yg
mengandungi liang halus yg digunakan dlm turas dll; ~ borosilikat sj
kaca yg tahan haba yg digunakan utk membuat barangan kaca
makmal; ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca
dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan,
utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta, dsb; ~
keselamatan kaca yg diolah supaya tidak pecah atau berkecai semasa
terkena hentaman (mis kaca utk cermin kereta); ~ mata a) cermin
mata; b) penglihatan, (sudut) pandangan: dr ~ mata seniman; ~
pembakar kanta cembung yg menumpukan sinar matahari utk
membakar; ~ pembesar(an) kanta kaca utk membuat benda yg
dilihat kelihatan besar; bagai ~ terhempas ke batu prb sangat sedih
atau kecewa;
berkaca 1. menggunakan (memakai) kaca: tingkap-tingkap itu ~; ~
mata memakai kaca mata, bercermin mata; 2. = mengaca melihat
muka (diri sendiri) dlm cermin, bercermin: bersolek sambil ~; 3. =
berkaca-kaca bersinar, berkilauan (bkn mata, air dll): matanya ~
kembali;
memperkaca menyaksikan (menentukan, meyakinkan, melihat)
sendiri.
kaca II muka surat, halaman (buku dll).
kacak I 1. kelihatan gagah, segak, tampan: seorang pemuda yg ~; 2.
angkuh, bongkak; bulang sali ~ sama, tinggal lagi mujur malang
prb sama kuat dlm pertandingan dll dan kalah menangnya terpulang
pd nasib;
mengacakkan menyebabkan seseorang menjadi kacak: pakaian
Melayunya yg lengkap yg garang warna merahnya, ~ lagi rupa
parasnya;
kekacakan keadaan atau sifat kacak: Tuhan juga menganugerahkan
~ kpd kaum Adam.
kacak II Pr; berkacak berpijak, berdiri: panglima kecil madu suara,
Awang kecil akal melela, yg ~ di awan-awan, yg bergantung di
angin lalu.
kacak III Mn; berkacak; ~ pinggang bercekak pinggang;
mengacak memegang (mengangkat) utk mengetahui berat sesuatu;
~ galas ark a) mengangkat galas; b) ki berdagang; ~ lengan
mengangkat lengan (hendak berkelahi);
dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan prb
perihal orang yg merasa dirinya sudah cukup dlm segala hal (tidak
memerlukan bantuan orang lain).
kacam sj tumbuhan (pokok memanjat), asam kumbang, Embelia rugosa.
kacan Kl; mengacan mengangkat (benda-benda yg berat): dikacannya
rumah itu dgn besi.
kacang I sj tumbuhan dan buahnya;
~ arab = ~ bendi = ~ lendir sj tumbuhan (herba), Hibiscus
esculentus; ~ belimbing = ~ botor = ~ kelisa = ~ kotor sj tumbuhan
(pokok memanjat), Psophocarpus tetragonolobus; ~ buncis = ~
pendek sj tumbuhan (herba), Phaseolus vulgaris; ~ cina sj tumbuhan
(herba), Phaseolus lunatus; ~ goreng = ~ cina = ~ jawa = ~ tanah sj
tumbuhan (herba), Arachis hypogaea; ~ hantu a) = ~ parang = ~
polong sj tumbuhan (pokok memanjat), Canavalia ensiformis; b)
orang jahat; ~ hijau = ~ cindai = ~ padi sj tumbuhan (pokok renek),
Phaseolus aureus; ~ kara = ~ sepat sj tumbuhan (pokok), Dolichos
lablab; ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok renek), Cajanus indicus; b) =
~ riang-riang = ~ sekucuk sj tumbuhan (pokok), giring-giring,
Crotalaria striata; ~ kelor sj tumbuhan (pokok) emunggai,
Moringga oleifera; ~ kota sj tumbuhan (pokok), ketepeng hutan,
Cassia occidentalis; ~ kuda sj kacang yg agak bulat, berwarna
kekuning-kuningan atau coklat muda, yg biasanya direbus utk
dimakan, Cicer arietinum; ~ laut a) sj tumbuhan (herba), Vigna
marina; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), Canavalia rosea; ~
miang a) sj kacang yg gatal; b) orang yg suka menghasut; ~ panjang
= ~ merah = ~ perut ayam sj tumbuhan (pokok), Vigna sinensis; ~
putih sj tumbuhan (pokok memanjat), Pisum sativum; ~ soya sj
tumbuhan (herba), Glycine max; ~ sepalit = ~ puyuh sj tumbuhan
(herba), Phaseolus calcaratus; kuih ~ kuih kasturi, rengas;
~ lupakan kulitnya = panas hari, lupa ~ akan kulitnya prb orang yg
lupa akan asalnya (orang yg telah menolongnya dll) setelah
menikmati kesenangan dll; bagai ~ direbus satu prb meloncat-loncat
kerana kesukaan; bagai ~ tengah dua bulan prb Mn sangat subur
tubuh badannya (bkn kanak-kanak);
kacang-kacang a) sj tumbuhan (pokok renek), teruntum, Aegiceras
corniculatum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau
hutan, Pueraria phaseoloides; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok
memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak,
Dichapetalum deflexifolium; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar
telur bujuk, akar nyamuk, Agelaea vestita;
mengacang 1. membahagi-bahagi (barang yg diperoleh dll); 2.
berbuat sesuka hati atau semahu-mahunya (atas hak milik orang
lain);
memperkacang menghabiskan (memboroskan) harta atau wang
orang.
kacang II; ~ lopek sj ikan laut, Sphyraena obtusata.
kacang III Kl; mengacang menumbuk, mengasak, menginjak-injak;
terkacang; ~ pinggang sakit seluruh badan.
kacang-kacang I Mn penabur (peluru); baru ~nya baru pendahuluannya
(belum ramai lagi dsb).
kacang-kacang II sj ikan laut, alu-alu, tenak, Sphyraena spp..
kacang-kacangan sj ikan, Hemiramphus spp..
kacapiring sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga cina, bunga susu,
bunga susun kelapa, Gardenia augusta.
kacapuri 1. ibu rumah yg letaknya di bahagian tengah; 2. bahagian istana
yg letaknya di sebelah dalam, pusat istana; durian ~ durian yg isinya
di tengahnya sahaja yg boleh dimakan.
kacar I; kail ~ = pancing ~ sj kail yg biasanya memakai bulu dsb (tidak
menggunakan kawat yg tajam) utk menangkap cumi-cumi;
mengacar memancing cumi-cumi dll.
kacar II; ~ lakum sj siput darat yg beracun, Nanina humphreysiara.
kacar III; mengacar 1. Kl mengaduk-aduk; 2. Mn menggagau, merabaraba
atau mencari-cari (ikan dll); 3. membongkar, menggeledah,
meraba-raba (utk mencari sesuatu yg tersembunyi pd diri seseorang).
kacat Kd, Pr; pinang ~ pinang muda (pinang jerkat).
kacau I 1. tidak tersusun (teratur), campur baur, campur aduk: susunan
kad itu ~; 2. kusut, tidak berketentuan, tidak teratur, tidak tenteram:
fikirannya ~; 3. huru-hara, tidak aman, tidak tenteram: pemimpinpemimpin
Perikatan menenteramkan keadaan ~ di Singapura; ~
daun mengganggu urusan peribadi, ketenangan, keselesaan dsb,
orang lain; 4. = berkacau;
berkacau 1. bercampur baur, bergaul betul: tunggu sampai cat itu
sudah ~ benar; 2. bercampur aduk (dgn hal-hal lain), berkecamuk,
tidak kemas dan teratur: suasana pd masa itu ~ dgn soal perkauman;
fikirannya ~;
mengacau 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2.
menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan
huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran,
perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya;
mengacaukan 1. menjadikan bercampur (bergaul) betul; 2.
menjadikan berkacau dgn hal-hal lain; 3. mengacau, menimbulkan
keadaan yg kacau: satu pembaikan yg agak luas mempengaruhi
sistem ejaan baru ini ialah dr segi keselarasan vokal yg dahulunya
hal ini amat ~;
memperkacaukan menjadikan berkacau;
kacauan (sesuatu) yg bercampur aduk: bahasa Melayu pasar ialah
bahasa ~;
kekacauan keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb),
kejadian yg merosakkan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan:
melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa
tentulah menimbulkan ~ sahaja;
pengacauan perihal mengacau;
pengacau 1. (orang) yg mengacau, perusuh; 2. alat utk mengacau.
kacau II; ~ tongkeng kelabu sj burung, Heteroscelus incanus.
kacau-balau kacau-bilau;
mengacau-balaukan menjadikan kacau-balau, mengacau-bilaukan.
kacau-bilau sangat kacau, kacau-becah, kacau-bicau, kacau-birau, kacaubalau;
berkacau-bilau berkacau sangat: keadaan yg ~;
mengacau-bilaukan menjadikan kacau-bilau, mengacau-balaukan.
kacaukan ark kacauan, kacukan.
kacek (kacék) Jk selisih, beza, kelainan.
kaci I sj ikan laut, mandi abu, mesikor, tebal bibir, Plectorhincus lineatus.
kaci II; kain ~ sj kain putih.
kacici sj burung, kelicap pucat pisang, laki padi, Orthotomus atrogularis.
kacih; kocah-~; kocah.
kacip I sj alat (spt gunting) yg sendinya di hujung (utk membelah pinang
dll); gigi ~ gigi utk memotong yg terletak di hadapan gigi taring pd
mamalia;
mengacip 1. mengerat, membelah (dgn kacip); 2. menyepit atau
mengapit dgn sesuatu.
kacip II; ~ fatimah sj tumbuhan (pokok), kacit fatimah, rumput siti
fatimah, selusuh fatimah, Labisia pothoina.
kacir; kucar-~ (keadaan) tidak teratur (tersusun), tidak keruan;kucarkacir.
kacit Kl; mengacit mengikat, mengancing.
kacoak Jk lipas.
kacu I air pinang atau gambir yg pekat utk menyamak kulit.
kacu II Jw sapu tangan.
kacuca (Muz) 1. sj tarian solo Sepanyol yg gemalai; 2. muzik utk tarian 1.
di atas.
kacuh Kl; mengacuh mencampur.
kacuk kacau, campur;
mengacukkan mengahwinkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan) yg
berlainan jenis atau baka utk menghasilkan baka yg lebih baik;
kacukan 1. campuran, kacauan: padi Malinja ialah hasil ~ padi
Malaya, India dan Jepun; bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg
bercampur dgn bahasa lain (dlm penggunaan kata dsb), bahasa
Melayu pasar; orang ~ orang yg ibu bapanya berlainan bangsa. 2.
hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan);
pengacukan perbuatan, perihal, usaha, dll mengacukkan.
kacung I; belalang ~ sj belalang, cengkadak, cencadu, mentadak;
kancung.
kacung II budak laki-laki, awang; ~ koran Id budak penjual akhbar.
kacung III Kl kecek, tipu, helah, muslihat.
kad keping(an) kertas yg agak tebal dan keras (biasanya berbentuk empat
persegi);
~ ahli kad sbg tanda menjadi ahli (sesuatu perkumpulan dsb); ~ caj
sj kad kredit yg pd asasnya memerlukan pemegang kad tersebut
membayar segala perbelanjaan yg telah dibuatnya pd tarikh yg
ditetapkan; ~ Hari Raya kad utk mengucapkan selamat Hari Raya; ~
jaminan kad yg diberikan oleh sesebuah syarikat kpd pelanggan sbg
jaminan bahawa sebarang kerosakan yg berlaku pd barangan yg
dijual dlm tempoh tertentu (selepas digunakan) akan dibaiki
(diganti) tanpa sebarang bayaran; ~ jemputan = ~ undangan kad yg
digunakan utk menjemput orang (menghadiri sesuatu majlis dsb); ~
kredit kad yg menunjukkan keterangan spt nama, tandatangan dan
nombor kod pemegangnya yg membolehkan pemegang kad itu
membuat pembelian (utk barangan, perkhidmatan, dsb) secara
kredit; ~ kuning (Suk) kad berwarna kuning yg ditunjukkan oleh
pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda amaran kerana berlaku
kasar, melawan pengadil dsb, biasanya dlm permainan bola sepak; ~
merah a) kad jemputan kahwin; b) (Suk) kad berwarna merah yg
ditunjukkan kpd pemain sbg tanda perintah keluar padang, biasanya
dlm permainan bola sepak; ~ pengenalan kad yg mengandungi
keterangan tertentu mengenai diri seseorang (namanya, alamatnya,
bangsanya, dll); ~ pintar kad plastik seakan-akan kad kredit yg
boleh menyimpan dan memproses data komputer utk pelbagai
kegunaan.
kadal Jw sj binatang reptilia, bengkarung, mengkarung.
kadam I Ar tapak kaki; ke bawah ~ ke bawah duli.
kadam II Mn tempat sirih.
kadang I; kadang-kadang, terkadang, terkadang-kadang kadangkala,
sekali-sekali, ada kalanya: bulan puasa tidak selalu 30 hari, ~ hanya
29 hari.
kadang II Mn; mengadang; ~ nasi membuang air nasi yg sedang dimasak
(supaya lekas masak); terlampau dikadang mentah prb kerana
terlalu sangat hendak diperelok, hasilnya menjadi buruk (kurang
elok).
kadang III Jw; ~ kedayan (kadayan) sl kaum kerabat raja dll yg menjadi
pengiring.
kadangkala ada kalanya, kadang-kadang, sekali-sekali.
kadar I 1. daya, kemampuan, keupayaan: dia sudah mulai memakai
fahamku, iaitu menghadapi hidup dgn ~ yg terdaya; ala ~(nya)
menurut daya atau kemampuan (seseorang); menderma ~nya
menderma menurut kemampuannya; 2. perkiraan yg memberikan
(menyatakan) sesuatu kuantiti dlm hubungannya dgn sesuatu unit
tertentu sbg asas: ~ kelajuannya ialah 100 km sejam; bilangan
penduduk yg bertambah pd ~ 2% setahun; ~ kelahiran (kematian)
bilangan yg dilahirkan (mati) dlm jangka waktu tertentu (lazimnya
satu tahun) berbanding dgn jumlah penduduk; 3. jumlah atau
banyaknya bayaran (cukai dll) yg dikenakan dsb: ~ cukai
pendapatan makin meningkat apabila pendapatan seseorang itu
makin tinggi; kerajaan juga menaikkan ~ faedah pinjaman bank
drpd 6% kpd 8% utk menarik simpanan asing; ~ faedah kadar yg
ditetapkan terhadap sesuatu pinjaman atau deposit; ~ pertukaran
asing nilai pertukaran sesuatu mata wang dgn mata wang yg lain; 4.
perbandingan (berat, darjah, kuantiti, saiz), nisbah: sebatian kimia
yg sama terdiri drpd unsur-unsur yg sama yg berpadu antara satu
sama lain dlm ~ berat yg sama; kedua-dua oksida mengandungi
unsur yg sama (magnesium dan oksigen) yg berpadu dlm ~ berat yg
sama (3:2); 5. bahagian yg tulen (sejati) yg terkandung dlm sesuatu
(spt emas, perak, dll): ~ emas dlm mata wang emas ini ialah 0.9; 6.
harga, nilai, pangkat, taraf (darjat): semuanya dianugerahi baginda
persalinan masing-masing pd ~nya; 7. lebih kurang, kira-kira: tahu
juga patik barang ~nya; memohonkan berhutang ~ lima puluh rial;
8. hitung panjang, rata-rata: jika saya membeli daun teh 3 kati dgn
harga 9 ringgit, saya membeli dgn ~ 3 ringgit satu kati; 9. =
sekadar cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut,
~ berkeliling istana itu juga;
sekadar 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn:
~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan
ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3.
seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya;
sekadar-kadaran seada-adanya, seadanya: permintaan ini hanya ~
sahaja;
berkadar berimbang kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu),
menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah
pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~
songsang menurut kadar yg sebaliknya; ~ terus menurut kadar yg
sebenarnya;
kadaran (Tadb) cukai yg perlu dibayar oleh pemilik harta tanah kpd
pihak berkuasa tempatan;
perkadaran perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar: jika ~
yg serupa dipindahkan pd setiap peringkat umur, pola yg lain masih
tetap terhasil.
kadar II Jw; mengadar tidur di luar rumah.
kadar III ark; kain ~ kain yg ditenun sendiri.
kadas Jw penyakit kurap.
kadaster IB pejabat tanah.
kadaver (Ubat) mayat manusia yg diawet utk tujuan kajian anatomi.
Kadayan Kedayan.
Kadazan = ~ Dusun suku kaum peribumi yg terbesar di Sabah, dikenali juga
dgn gelaran Lotud, Rungus, Orang Sungai, Kwijau, Tamabanuo, dsb,
yg menggunakan pelbagai dialek dan mengamalkan pelbagai
kebudayaan serta adat resam.
kadbod kertas yg tebal dan keras yg digunakan utk membuat kotak dsb.
kademat ark khidmat.
kader 1. teras anggota tentera yg profesional dan terlatih yg menjadi asas
utk melatih unit baru atau pengembangan lain; 2. anggota sesebuah
parti politik, angkatan tentera, dsb yg sangat aktif dan terlatih: utk
meneruskan perjuangan politik pd masa depan perlu dilatih ~-~
parti dr sekarang.
kadera ark 1. kerusi; 2. tandu, usungan.
kadet (kadét) I pelajar di maktab tentera yg dilatih utk menjadi pegawai
tentera, calon pegawai (dlm pentadbiran dll).
kadet (kadét) II Id, bp penyeluk saku.
kadet (kadét) III IB; roti ~ roti tawar yg kecil.
kadi hakim dlm perkara yg berkaitan dgn agama Islam (spt mengurus soal
pernikahan dan perceraian orang Islam, membicarakan orang yg
dituduh melanggar hukum Islam, dll).
kadim kerabat, saudara yg dekat;
sekadim seketurunan yg dekat (spt adik-beradik dll); saudara ~
saudara seayah.
kadli sl kadi.
kadmium (Kim) unsur logam berwarna putih kebiruan, lembut dan toksik
yg digunakan dlm penyaduran, aloi, dll.
kado IB hadiah, tanda mata.
kaduk I = ~ batu sj tumbuhan (pokok renek), akar bugu, kudak,
mengkadak, sirih duduk, Piper sarmentosum; ~ hutan sj tumbuhan
(pokok renek), Piper stylosum;
spt ~ kena air tahi prb orang yg tiada berguna tetapi panjang
umurnya; spt ~ naik junjung prb orang yg hina apabila mendapat
pangkat dll berbuat mengada-ngada.
kaduk II; Pak K~ Pak Pandir (orang yg bodoh).
kaduk III; ~ api sj burung, cenuk api, Zanclostomus javanicus pallidus.
kadut 1. kain ~ sj kain yg kasar, kain karung, kain rami; 2. sj karung.
kaedah (kaédah) cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg

No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama