SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Thursday 29 September 2011

Daftar Kata Huruf L

l I huruf ke-12 abjad Rumi.
l II kep liter (ukuran isi barang cair dll).
la I Kd, Kl, bp sekarang; ~ ni sekarang ini.
la II bp lah: dia belum sampai lagi ~.
la III bp kata utk menyatakan kehairanan: ~ mengapa tak datang tadi?
La simbol kimia bagi lantanum.
laal Ar sj permata yg merah warnanya.
LAAPLN Id kep Lembaga Alat-Alat Pembayaran Luar Negeri.
laba 1. keuntungan (drpd perniagaan, perdagangan, pelaburan, dll):
perniagaan yg diusahakannya itu menghasilkan ~ yg berlipat
ganda; 2. faedah, guna, kebaikan: apa ~nya kita bertengkar ini?
~ modal (Eko) keuntungan yg diperoleh drpd wang yg dilaburkan
dlm sesuatu perniagaan (saham dsb) hasil drpd kenaikan harga; ~
rugi a) untung rugi; b) baik buruk; (pajak) ~ perang Id (cukai yg
dikenakan atas) keuntungan yg diperoleh dlm masa perang;
~ sama dibagi, rugi sama diterjuni prb bersahabat (bermuafakat)
sehidup semati; belum tahu akan ~ rugi prb belum tahu akan baik
buruk sesuatu hal; kalau ~ bercikun-cikun, buruk diberitahu orang
prb berdiam diri sahaja sewaktu dlm kesenangan tetapi meminta
pertolongan orang lain apabila dlm kesusahan; mengaut ~ dgn siku
prb orang yg selalu mencari keuntungan yg banyak;
berlaba 1. mendapat atau beroleh laba (keuntungan): dia ~ berlipat
ganda drpd perniagaannya; 2. menghasilkan (mendatangkan)
keuntungan: perniagaan yg diurusnya itu tidak ~ sedikit pun;
melabakan, melabai menghasilkan (mendatangkan) keuntungan
kpd, menguntungkan: rancangan itu hanya akan ~ beberapa orang
yg telah sedia kaya.
labah-labah sj serangga berkaki lapan yg membuat sarang dgn
menyirat benang yg keluar drpd badannya (dan sarang ini dapat
memerangkap mangsanya); jenis-jenisnya: ~ beruk, ~ lotong, dll;
akal ~ ki pandai menipu orang; sebesar ~ ki pandai
menyembunyikan kejahatan (tipu daya);
akal ~, di gua buruk suka merakut prb orang jahat yg suka menipu
orang; berkelahi spt ~ dlm gelas prb perkelahian hebat di tempat yg
sempit; spt ~ cinta kpd telurnya prb kasih sayang atau cinta yg
mendalam sekali.
labak I; kelabakan Jk 1. menggelepar-gelepar (spt ayam yg disembelih);
2. kebingungan (spt orang dlm kesusahan).
labak II sj ikan laut.
labang I = pekak ~ kurang pendengaran, agak pekak.
labang II; melabang sl berjalan tidak tentu hala: ~lah puteri itu masuk
hutan, keluar hutan, masuk padang, keluar padang.
labang III Mn; melabang menempa (menitik) logam hingga menjadi
lebar.
labang IV; rumput ~ sj tumbuhan (herba), hempedu tanah, lempedu
tanah, mempedu tanah, Curanga felterrae (Curanga amara).
labas ark habis semuanya, tidak berbaki atau tidak bersisa.
labbaika Ar; Allahumma ~ ya Allah, inilah aku (hamba-Mu).
label kepingan kecil kertas (kad dll) yg dilekatkan atau ditampalkan pd
sesuatu (spt botol, beg, dll) utk memberikan sedikit keterangan (mis
nama, jenis, kandungan, harga, dll);
berlabel mempunyai label: botol itu tidak ~;
melabel 1. memberi (mengenakan) label pd sesuatu: semua barang
yg dijual perlu dilabel; 2. ki mengecap seseorang sbg (mempunyai
sesuatu sifat yg tidak baik spt jahat, suka menipu, dsb): ~ seseorang
sbg pengkhianat;
pelabelan perbuatan membubuh label pd sesuatu (barangan, tulisan,
dll): undang-undang ~ di sektor swasta.
laberang tali-temali kapal (perahu) utk menguatkan tiang.
labial (Lin) 1. = bunyi ~ bunyi ujaran yg dihasilkan dgn pergerakan bibir,
mis /p/, /v/, /b/, /m/; 2. dihasilkan dgn penutupan bibir sama ada
penuh atau separa (bkn bunyi).
labi-labi sj kura-kura, dedari, Trionyx cartilagineus.
labil IB tidak tetap, mudah berubah (goyang dll).
labiodental (labiodéntal) (Lin) dihasilkan dgn pergerakan bibir bawah dan
gigi atas, mis bunyi /f/ dan /v/ (bkn bunyi ujaran): bunyi ~.
labiovelar (labiovélar) (Lin) dihasilkan dgn bibir dan lelangit lembut, mis
bunyi /w/ (bkn bunyi ujaran): bunyi ~.
labirin (Ubat) bahagian dlm telinga yg mengandungi koklea dan saluransaluran
separuh bulat.
laboran IB orang (ahli kimia) yg bekerja di makmal.
laboratorium IB makmal.
labradorit (Geo) sj mineral feldspar berwarna hijau, biru atau perang
kemerah-merahan yg biasanya digunakan sbg batu hiasan.
labrak Id; melabrak 1. memukuli, menghentam; 2. menyerang hebat
(musuh); 3. ki mengata-ngatai, mencela, mengecam;
labrakan 1. pukulan, hentaman; 2. serangan (dgn senjata); 3.
celaan, kecaman.
labu 1. sj tumbuhan (herba memanjat) dan buahnya berbentuk bulat
berwarna jingga; ~ air = ~ putih sj tumbuhan (herba memanjat),
Lagenaria leucantha; ~ air hutan = akar ~ air sj tumbuhan (herba
memanjat), akar timun gagak, belistur, daun jari buaya, ketimun,
pendendang gagak, Trichosanthes wallichiana; ~ ambun = ~ merah
= ~ parang sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita moschata; ~
besar sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita maxima; ~ manis
sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita pepo; 2. = labu-labu a)
sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid
dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk
menandakan kapal sudah boleh masuk); 3. Id sj botol yg besar bulat
(berbagai-bagai jenis dan gunanya);
~ tanah sj kendi yg dibuat drpd tanah; mak ~ perempuan yg
mengandung; ~ dikerbuk tikus prb gadis yg sudah dinodai (tidak
dara lagi);
melabu 1. spt labu bentuknya (bkn perut), gendut, buncit; 2.
menjaram atau memupuk kepala (orang sakit) dgn labu; 3. =
memperlabu mempermain-mainkan dgn kata-kata yg manis,
memperolok-olokkan, memperdayakan.
labuci kepingan kecil yg bercahaya (berkilauan) dan biasanya digunakan
sbg perhiasan pd pakaian (baju, selendang, dll), jemeki;
berlabuci berhias labuci, berjemeki: baju penyanyi itu ~.
la bud, la budda Ar tidak salah lagi, pasti, tentu; ~ pd akal boleh
dipercayai.
labuh I 1. turun atau tergantung ke bawah (bkn kelambu, sauh, tirai, dll):
kainnya ~ hingga menyapu lantai; tauke yg berperut ~ itu duduk
menyandar di kerusi malas; 2. panjang ke bawah atau lebih
panjang ke bawah drpd yg biasanya atau seharusnya: pakaian ~ spt
jubah dan gaun panjang; kebaya ~; dia memakai seluar yg ~ dan
longgar; 3. penjodoh bilangan utk tirai: tirai se~;
berlabuh 1. tergantung atau panjang ke bawah (bkn tirai, kelambu,
dll); 2. berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu, dll): setelah kapal
itu ~, maka segala nelayan sekaliannya datang berjual ikan pd
orang kapal itu;
melabuh 1. menurunkan sauh (kapal dll): masa belayar kematian
angin, sudah dilabuh bayu berpuput; 2. Mn beranak (bkn kerbau,
lembu);
melabuhkan 1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dll),
memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan maka
tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan Temenggung
yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2. menghentikan (kapal,
perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai
ke Betangan bertentangan dgn istana baginda itu barulah
dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn pantai; 3.
mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll);~ orang
mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan pancing ke
air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan: dia terus
berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu; ~ hukum
Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan);
pelabuhan tempat kapal berlabuh, persinggahan kapal, pangkalan
kapal: sasaran yg pertama ialah kapal-kapal yg berlabuh di ~
Brunei;
~ alam pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok;
~ bebas pelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk; ~
udara Id padang kapal terbang, lapangan terbang.
labuh II Kd memukul dgn tangan, tabuh.
labun; berlabun, berlabun-labun berbual-bual, berborak-borak,
bercakap-cakap;
pelabun orang yg suka berlabun.
labur I; melabur menyapu dgn kapur, mengapur (tembok dll): maka
dilaburnya dgn kapur gemerlapan cahayanya spt kapas terbusur.
labur II; melabur 1. membekalkan makanan (wang, modal, dll) kpd
pekerja dll; 2. = meletakkan (memberikan, menyerahkan) sejumlah
wang utk sesuatu usaha (spt pengeluaran barang, perniagaan, dsb)
dgn tujuan utk memperoleh keuntungan, menanam modal: rakyat
bumiputera diseru melabur dlm Amanah Saham Nasional;
melaburkan meletakkan (wang) sbg modal (utk perniagaan dll):
dia ~ sebahagian besar wangnya dlm syarikat itu;
pelaburan 1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu
usaha niaga dsb, penanaman modal; 2. sesuatu yg dibeli dsb dgn
harapan akan mendapat keuntungan yg berlipat ganda, penanaman
modal: pembelian tanah merupakan suatu bentuk ~ yg
menguntungkan;
pelabur 1. orang yg melabur (menanam modal); 2. bekalan
makanan (wang dll);
~ asing individu atau syarikat dr luar negara yg melaburkan
modalnya dlm sesuatu perniagaan dsb; ~ institusi (Eko) institusi
atau organisasi yg mengumpul dan mengurus dana drpd orang ramai
utk tujuan pelaburan secara besar-besaran dlm pasaran saham dsb;
~ runcit (Eko) pelabur individu yg jumlah pelaburannya sangat kecil
(hanya beberapa lot saham dsb); ~ habis Palembang tak alah prb
perbuatan yg sia-sia.
labur III; kelaburan ark lubang (utk menangkap binatang).
labut I patut, layak, sesuai: tidak ~lah buat begitu.
labut II Kl biasanya, lazimnya.
lacak I; melacak, belacak terlalu banyak hingga berlebih drpd yg
sepatutnya (barang dagangan dll), terdapat di merata-rata tempat.
lacak II; melacak meluncur, tidak mengait (sauh dll).
lacat Kl suka bercakap-cakap, banyak mulut.
laci bekas spt kotak yg boleh disorong tarik pd meja dll, anak meja;
berlaci mempunyai laci: almari ~.
lacuan ark lokcuan.
lacur 1. tidak jadi, gagal, malang, sial; 2. buruk laku, sundal (perempuan);
apa ~ apa boleh buat; perempuan ~ perempuan jalang, perempuan
sundal;
melacur mencari nafkah dgn melibatkan diri dlm perhubungan
kelamin secara haram, menyundal, menjual (kehormatan) diri: dia ~
atas desakan hidup;
melacurkan; ~ diri melacur, menyundalkan diri: perempuan itu ~
dirinya sejak lima tahun yg lalu;
pelacuran perihal (perbuatan) melacurkan atau menjual diri,
persundalan: dia terjun ke dlm dunia ~ yg dia sendiri memang
amat takut;
pelacur perempuan sundal (yg melacurkan diri), perempuan jalang;
~ terhormat pelacur drpd kalangan orang yg tinggi taraf
kedudukannya dlm masyarakat (biasanya tidak diketahui umum).
lacut Mn; melacut memukul (dgn cemeti, rotan, dll), menyebat;  lecut.
lada 1. sj tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dgn
rempah); ~ benggala lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau
hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau
sayur; ~ berekor sj tumbuhan (herba), kemukus, Piper cubeba; ~
hitam lada yg kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum; ~ payung sj
tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum; ~ rimba sj
tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, Piper
ribesioides; ~ sulah = ~ putih lada yg telah dikeringkan dan
dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum; 2. sj tumbuhan (herba dan
buahnya), cabai, lombok; ~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka
Kd = ~ padi Id sj tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit,
Capsicum frutescens; ~ besar = ~ congcang = ~ merah sj
tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum
annuum; ~ kering cabai merah yg telah dikeringkan, cili kering,
cabai kering; 3. sj tumbuhan (pokok renek); ~ pahit sj tumbuhan,
melada pahit, embalau, Brucea amarissima; kayu ~ sj tumbuhan,
akar berangan, Dalbergia parviflora; ~ api (padi, kutuk) ki orang
yg berbadan kecil tetapi berani; 4. bp menggosokkan cili pd mulut
dsb seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yg telah
dicakapkannya dsb), cabai, cili: jangan lancang sangat engkau
bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu;
belum tahu dipedas ~ prb belum banyak pengalaman (masih
mentah); burung terbang dipipiskan ~ prb sudah bersedia utk
mengharapkan hasil yg belum diperoleh; kecil-kecil ~ api, besarbesar
limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi
penakut; siapa makan ~ dialah berasa pedas prb orang yg bersalah
akan berasa tersindir kerana kesalahannya;
berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili: kuah ~;
meladai membubuh lada pd (gulai dll).
ladah Mn jijik, kotor.
ladaian sj alat penangkap ikan, bubu.
lada-lada sj tumbuhan (pokok), Tabernaemonfata penduncularis.
ladam 1. besi lapik kaki kuda, besi tapak kuda; 2. = ~ kasut sj besi yg
dipasangkan pd tapak kasut utk menghasilkan bunyi sewaktu
berjalan;
berladam 1. mempunyai ladam (kuda): tapak kaki kuda itu tidak ~;
2. berpasang ladam (bkn kasut): kasut baharunya ~;
meladamkan memasang ladam (pd tapak kaki kuda, pd tapak
kasut): ~ kasut.
ladan; minyak ~ sj minyak (perekat) yg dibuat drpd sj damar; setanggi ~
colok Cina.
ladang 1. kawasan yg ditanami (padi, ubi, jagung, dll) dgn tidak diairi,
huma, tegal; ~ padi huma; ~ tinggal ladang yg tidak diusahakan
lagi; 2. kebun yg luas, estet, perkebunan (lada, teh, getah, dll):
sebuah ~ getah luasnya 800 ekar;
~ yg berpunya prb perempuan yg sudah berkahwin; lain ~ lain
belalang, lain lubuk lain ikannya prb tiap-tiap negeri itu berlainan
aturan dan adatnya; merentak di ~ orang prb bersuka-suka
memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan kerugian
orang itu;
berladang membuat (membuka, mengusahakan, memiliki) ladang:
~ , bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~
tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb
kemiskinan yg amat sangat;
memperladang, memperladangkan membuka tanah utk membuat
ladang, menjadikan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang
makin bertambah;
perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun
itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah
bercucuk tanam di ladang;
peladang orang yg menyelenggarakan ladang, petani: maka adalah
di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak.
laden (ladén) Jw; meladeni 1. melayani, mempedulikan: sangatlah sibuk
pedagang-pedagang itu ~ pembeli; 2. membalas (menyahut,
menerima, mengendahkan) ajakan (serangan dll): ia berasa dirinya
terlalu agung utk ~ ejekan dan cemuhan itu;
ladenan layanan;
peladenan perihal meladeni (melayani), pelayanan;
peladen orang yg meladeni, pelayan.
ladengklerek (ladéngklérék) IB orang yg menjaga muatan kapal.
ladi; orang ~ bangsa sakai (yg juga bererti pengiring).
ladih  dadih.
lading I; parang ~ sj parang yg lebar dan melengkung di tengah-tengah;
~ tajam sebelah prb orang yg mahu menerima sahaja tetapi tidak
mahu memberi; ~ tak tahu akan majalnya prb orang yg tidak insaf
akan keadaan dirinya; belakang (punggung) ~ kalau diasah lamalama
tajam juga prb orang bodoh kalau diajar dgn baik akan
menjadi pandai juga; mencencangkan ~ patah prb berbangga dgn
sesuatu yg tidak ada harganya (yg telah hilang harganya); memakuk
dgn belakang (punggung) ~ prb membuat permintaan atau
pertanyaan yg menyakiti hati orang.
lading II; perahu ~ sj perahu kecil yg panjang bentuknya (dibuat drpd
sebatang kayu).
lading III IB muatan kapal.
ladu I Jw tanah (pasir, lumpur) drpd gunung berapi.
ladu II; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung beras.
ladung I tidak meleleh atau mengalir (spt embun di atas daun dll),
bertakung;
berladung dipenuhi oleh (air mata dll), dibasahi; bunga ~ si air
mata bunga dibasahi (disirami) oleh air mata;
berladungan (dlm) keadaan berladung: kedua-dua kelopak
matanya ~ dgn air mata;
meladungkan ark menyiram, menjirus.
ladung II; batu ~ timah utk pemberat kail dll, batu ajuk; ~ bandul
pemberat bandul (supaya tetap ayunannya); batu.
laduni Ar; ilmu ~ ilmu mengenal nama dan sifat Allah yg dianugerahkan-
Nya kpd hamba-Nya.
lafaz Ar 1. bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan dgn baik,
sebutan atau ucapan yg baik: hendaklah kita memberi salam kpd
orang yg kita temui sekurang-kurang ~nya ‘assalamualaikum’; 2.
kata-kata yg disebut (diucap atau ditulis): maka berkenanlah ~
surat itu kpd Sultan Muzaffar Shah;
berlafaz dilafazkan, diucapkan: niat di hati yg tidak ~ sebenarnya
tidak berbahasa;
melafazkan mengucapkan (kata, perkataan, doa, dll): beta sangat
sukacita dapat ~ sepatah dua kata pd petang ini;
terlafaz dapat dilafazkan: "maaf, Mira!" hanya itu yg ~ olehnya;
pelafazan perihal (proses) melafazkan.
laga I 1. adu atau sabung (binatang spt lembu, ayam, dll), perkelahian:
biar lambat ~ asal menang; ayam ~; kerbau ~; 2. langgar, hantuk;
berlaga 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh: maka
kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta, pinggan
mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas
kedengaran;
berlagaan, berlaga-lagaan saling berlaga: mata pedang
bergemerencing ~ sesama sendiri;
melaga 1. menyabung (lembu, ayam, dll), mengadu; 2. menghantuk,
melanggar;
melagakan 1. membuat supaya berlanggar (kereta, pinggan
mangkuk, dll), melanggarkan, menghantukkan: dia sengaja ~
keretanya pd tembok itu; 2. membuat supaya dua orang sahabat dsb
berkelahi (dgn cara menghasut, membuat fitnah, dsb),
mengadudombakan: dia suka ~ kawan-kawannya sendiri;
melaga-lagakan 1. melagakan (melanggarkan dsb) berulang kali,
melanggar-langgarkan, menghantuk-hantukkan: seketika ia ~
kepalanya ke dinding spt orang gila; 2. mengadu domba: mereka
akan dilaga-lagakan selagi tidak mengubah pandangan hidup;
memperlagakan membuat supaya berlaga atau berkelahi (lembu,
ayam, dll), menyabungkan, mengadukan;
perlagaan perihal berlaga (binatang, kereta, dll), pergaduhan,
perkelahian: negeri Kelantan termasyhur dgn temasya ~ lembu dan
kerbau;
pelaga 1. binatang dll yg berlaga atau dilagakan; ayam (ikan) ~
ayam (ikan) utk berlaga; 2. suka berlaga (berbantah, berkelahi, dll).
laga II Jw; berlaga memegahkan (meninggikan) diri sendiri, takbur;
laga-lagaan bermegah-megah, berperasaan besar diri; lagak.
laga III; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), kembal benang, rengas api
selemah, Melanochyla tomentosa.
lagah ark laguh.
lagak 1. gaya atau pembawaan (yg menunjukkan keangkuhan,
kesombongan, dll), tingkah laku dan tutur kata (yg menunjukkan
kesombongan: ~nya spt orang kaya; 2. gaya, tingkah laku: ia
menangis ~ anak yg dipukuli ibunya; ~ bahasa gaya bahasa (kata
dan pengucapannya); ~ lagam ark, ~ lagu pembawaan dan tutur
bahasa;
berlagak 1. berperasaan besar diri, bersikap angkuh: orang Wan
Umar telah ~ sombong dgn kemewahan wang yg didapati drpd
Kapitan Cina; ~ spt orang besar; 2. melakukan diri spt, berlaku
spt: dia ~ tidak tahu; ~ bodoh;
melagak 1. membuat diri spt, berlagak: Rashid sewaktu-waktu
masih ~ spt Jepun; 2. membuat orang lain berasa takut, menakutnakuti,
menggertak: pegawai itu tiada lain hanya hendak ~ orang
miskin itu;
melagakkan memperlihatkan kesombongan, menyombongkan:
tiada sesuatu yg hendak dilagakkan;
pelagak 1. orang yg suka berlagak; 2. ark barang pakaian utk
berhias.
lagam I ark kekang atau kang kuda.
lagam II ark gaya, cara, lagu, ragam.
lagan I Id sj tumbuhan (pokok), Dipterocarpus spp.
lagan II Id alat perkakas makan.
lagang; melagang, melagangkan memulai menganyam (menenun,
membuat kerja, dll), menaja.
lagas Br; melagas luas dan lapang (kawasan yg ditebas).
lagau Br; melagau 1. memanggil; 2. mengundang atau menjemput
seseorang ke majlis.
lagi 1. tambahan kpd yg sedia ada: lima orang ~ telah dirawat di rumah
sakit; musim hujan akan datang kira-kira tengah dua bulan ~; 2.
masih (berpanjangan), sedang (berbuat sesuatu dll): adapun Chau
Pandan itu, ~ di benua Siam; sekarang pun ada ~ negeri itu di
benua Keling; 3. dan, serta, tambahan pula: dia hartawan ~
dermawan; 4. (balik) semula, pula: janganlah ~ dicari Hamzah di
dunia ini; 5. lebih (baik, elok, dll): mati ~ bagus; 6. kata yg
digunakan utk menguatkan atau mengeraskan kata-kata
sebelumnya: sekaranglah kita amuk, bila ~!; bilal khatib ~
berdosa, ini pula kita yg jahil; ~ pula dan lagi, lebih-lebih,
tambahan pula;
selagi 1. selama atau sementara (belum dll): ~ dia ada di sini, aku
tidak mahu pergi; 2. pd masa atau ketika: ~ ayah tidur janganlah
kamu bising;
lagi-lagi 1. sentiasa, asyik, balik-balik: ~ hendak meminjam; tak
ada kerja lain, ~ main; 2. bertambah-tambah lagi, makin
bertambah: kalau ia tinggal bersama ayah, ~ ayah berselisih faham
dengannya;
lagikan ark sl sedangkan, salangkan, namun: saya yg lebih rapat
dengannya ~ tidak mengetahui rahsianya;
lagipun lagi pula.
lagonder IB askar berkuda.
lagu 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan
qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2.
gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian:
memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi
terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~
Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian
~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu);
~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja;
~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd
umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama
(yg sudah basi);~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjukkan
atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg
irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema
lagu atau melodi yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan
suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb;
berlagu berirama: suaranya berlagu-lagu;
melagu bernyanyi, menyanyi: kedua-dua anak itu kemudiannya
menari dan ~;
melagui memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dll);
melagukan menyampaikan lagu, menyanyikan, membaca dgn lagu
(Quran, sajak, dll): mereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun
dagang dgn sedih;
laguan ark nyanyian;
pelagu ark orang yg menyampaikan lagu (nyanyian dll), penyanyi.
laguh; ~-lagah ark hiruk-pikuk, riuh-rendah, bising sekali.
lagun kawasan air laut yg tenang yg terpisah drpd laut oleh beting pasir
atau terumbu.
lagundi sj tumbuhan (pokok renek), lenggundi, lemuning, Vitex negundo.
lagut asyik, kalut, sibuk.
lah I partikel pd akhir kata yg menguatkan (mengeraskan) maksud atau
pengertian kata itu: mari~ duduk; makan~ sirih.
lah II Kl, Ph, Pr, Tr, bp ayuh, mari.
lah III; burung ~ sj burung, burung kubung, Pitta brachyura cyanoptera.
lahabau bk kata makian yg bermaksud tidak berguna, tidak boleh diharap,
haprak.
lahad Ar = liang ~ ruang dlm lubang kubur (tempat meletakkan mayat);
bak rasa di liang ~ = serasa di liang ~ prb berasa dlm keadaan yg
sempit atau keseorangan sekali (ketika sesak, susah, sedih, dll).
lahak I Mn busuk bangar, busuk sekali; ~ busuk terlalu busuk.
lahak II Kd lapar.
lahak III Kd tali air yg sangat dalam.
lahan Ar ark lagu.
lahang Jw ark nira, tuak.
lahap 1. suka makan banyak-banyak (dan tidak pula cerewet tentang
makan), gelojoh, rakus: dia terlalu ~; 2. gelojoh (bkn makan),
banyak-banyak (apabila makan): dimakannya nasi yg di atas meja
itu dgn ~;
melahap bk makan dgn gelojoh, makan banyak-banyak;
pelahap 1. orang yg makan banyak-banyak (dgn gelojoh): ~ benar
budak itu; 2. ki tamak, serakah.
lahar I bahan cecair yg panas yg mengalir keluar dr gunung berapi (yg
meletus), lava: ada dua jenis ~ gunung berapi yg disebut asasi dan
asidik; ~ asidik lahar yg mengandungi banyak silika (pekat dan
mengalir tidak berapa jauh); ~ asasi lahar yg tidak banyak
mengandungi silika (cair dan boleh mengalir lebih jauh drpd lahar
asidik);
berlahar (yg boleh) mengeluarkan lahar.
lahar II Kl lapang (tanah, rawa, dll), luas.
lahip daif.
lahir 1. yg (kelihatan) di luar: kasih sayang yg ~; pd ~nya, ia sihat tetapi
sebenarnya ia berpenyakit; ~ batin yg kelihatan dan yg tidak
kelihatan, luar dalam, sepenuh hati; 2. berupa benda yg nyata,
jasmani, maujud, keduniaan: perbezaan antara bentuk prosa dan
puisi tidak terletak pd bentuk ~ sahaja, malahan pd batin;
pengetahuan ~; 3. keluar dr kandungan (ibu dll), jadi, terbit: sejak
dr ~nya lagi, dia bersifat begitu; hari ~ hari ketika seseorang itu
diperanakkan; ~ mati (kanak-kanak yg) mati ketika lahir;
di ~ serupa tidak, di batin menggunting angin prb orang yg
menyembunyikan tabiat yg sebenarnya (tidak jujur); yg ~
menunjukkan yg batin prb drpd gerak-geri dan tingkah laku
seseorang itu ketahuan isi hatinya;
melahirkan 1. mengeluarkan perasaan (perkataan, fikiran, dll),
meluahkan: yg penting pd pengarang ialah ~ berbagai-bagai
perasaan sehingga pembaca tertarik kpd tulisannya; marahnya
sekadar dlm hatinya sahaja, tidak dilahirkan; 2. mengeluarkan
anak (dr kandungan), beranak, bersalin: ia hendak pulang ke
kampung utk ~ anaknya di sana; 3. mengadakan, mendatangkan,
menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan: berlainan edisi akan ~
berlainan jalan cerita;
terlahir 1. keluar (dr), terkeluar: sesuatu yg tidak direlakannya ~
dr mulut ibunya; 2. lahir (anak);
kelahiran 1. perihal keluar dr kandungan ibu, lahirnya (anak): pd
saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; 2. (sesuatu) yg
berkaitan dgn perihal lahir: hari ~; 3. perihal keluar (terbit dsb),
terhasilnya: sejambak bunga haruslah dihadiahkan kpd usaha gigih
penyusunnya dan sekali gus kpd Dewan Bahasa dan Pustaka
kerana telah memungkinkan ~ antologi ini; dlm bulan April tahun
ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan
Pengurusan Matsushita;
pelahiran perihal atau perbuatan melahirkan: ~ golongan-golongan
tertentu.
lahiriah Ar pd lahirnya, kelihatannya.
lahu; melahu 1. tidak membuat atau tidak mempunyai apa-apa pekerjaan
yg bermanfaat, menganggur: banyak lagi siswazah yg masih ~
walaupun sudah agak lama lulus universiti; dia risau kerana ~
tidak bekerja; 2. tidak berbuat apa-apa dgn masa yg terluang: duduk
~ selepas makan adalah membosankan; 3. (Kej) bergerak perlahanlahan
dgn gear yg neutral (bkn enjin): tiada gegaran atau getaran
semasa enjin ~; 4. (Komp) tidak menjalankan sebarang
pengendalian atau tugas berfaedah ketika menunggu tindakan
pengguna (bkn komputer).
lai I kep helai.
lai II = buah ~ C sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Pyrus communis.
laici C sj tumbuhan (pokok dan buahnya), buah lengkeng, Litchi
chinensis.
laif Ar daif.
laih  daif.
laik Ar layak, padan, patut.
lailah, lailat Ar malam; alfu ~ wa ~ seribu satu malam.
lailahaillallah Ar tiada Tuhan (yg disembah) melainkan Allah.
lailatulqadar Ar malam turunnya al-Quran pd salah satu malam drpd
sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang
melakukan amal ibadah pd sepanjang malam itu, ganjaran
pahalanya jauh lebih besar drpd seribu malam biasa, malam
kemuliaan.
lain 1. tidak sama (hal, keadaan, dll), berbeza, asing: ia tidak mahu
membaca buku ~; ~ orang bukan orang yg sama; tak ~ dan tak
bukan hanya; 2. tidak kira atau termasuk (dlm hitungan, kumpulan,
dll), kecuali: tiap-tiap orang mesti berpuasa ~lah kalau uzur; ~
drpd itu di samping itu; ~ drpd yg ~ tidak sama dgn yg lain, tidak
ada yg sama dengannya; ~ tidak hanya itu sahaja; ~ orang ~
pendapatnya tidak sama pendapat antara seseorang dgn seorang yg
lain: ~ yg..., ~ yg... tidak menepati (permintaan, suruhan, arahan,
dll): ~ yg disuruh, ~ yg dibuat;
selain 1. hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~
membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah,
diadakan juga pembacaan sajak;
selainnya 1. seterusnya, selanjutnya; 2. yg lainnya;
berlain tidak sama (pendapat, kelakuan, dll), berbeza, berselisih:
apa yg terjadi ~ dgn yg dicita-citakan;
berlainan, berlain-lain, berlain-lainan tidak sama, berbeza,
berbagai-bagai (gaya, corak, dll): aku nampak ayahmu itu bersikap
~ drpd sehari-hari; cakap mereka berlain-lainan;
keberlainan keadaan yg berlain, perubahan sikap: ~nya sangat
ketara;
melaini ark tidak mengikuti (peraturan, undang-undang, dll),
menyalahi: ~ kebiasaan;
melainkan 1. hanya, dikecualikan: masa bekerja ialah waktu siang
sahaja ~ ketika kecemasan; 2. sebaliknya (bertentangan dgn
maksud asal), tetapi: orang itu tidak menjawab, ~ berjalan lambatlambat
arah ke dangau itu; 3. melakukan perkara yg lain,
membezakan, mengasingkan: ~ kpd Allah Taala tuanku serahkan
paduka cucunda kedua itu; ~ anak tiri drpd anak kandung;
memperlainkan membuat atau menjadikan berbeza drpd yg lain;
kelainan 1. perihal berbeza drpd, perbezaan; 2. sesuatu yg tidak
menurut kebiasaan atau yg berbeza drpd sesuatu yg lain:
penyimpangan ini bertujuan utk mempelbagaikan teknik
pengolahan supaya wujud ~ drpd cerpen-cerpen yg sedia ada;
dikelainkan ark tidak disamakan dgn yg lain, dikecualikan.
laip ark daif.
lais I; melais ark menolak air (ketika mendayung).
lais II; ikan ~ sj ikan darat, Ompok limaculatus.
lais III sj tumbuhan (herba), Pandanus furcatus.
laisol sj cairan pembasmi kuman, minyak busuk.
laissez-faire (lés se fér) (Perancis) doktrin kebebasan penuh dlm
perdagangan, tanpa campur tangan kerajaan.
laiter bp pemetik api.
laja ark lengkuas.
lajak I 1. tidak berhenti, terus (bergerak): sesudah dibrek, beca berjalan
turun kerana ~ lajunya yg tadi; dr pipi ~ ke mulut; 2. sl cepat,
lekas; 3. ki lancang mengeluarkan kata-kata, lepas mulut: awak ~-~
bercakap nanti dimarahi orang;
melajak tertumpu (ingatan) buat seketika: sesekali, ingatannya ~
pd gambaran kehijauan sawahnya;
terlajak terlanjur, terlepas, terlangsung: sampannya sudah ~ ke
hilir.
lajak II; kain ~ = ~ benang (sutera) sj kain yg ditenun drpd benang atau
sutera.
lajang I; orang ~ orang yg tidak atau belum kahwin, bujang, gadis.
lajang II; melajang Mn melompat, menerajang.
lajat Mn terlalu, teruk (sakit dll).
lajawardi ark  lazuardi.
laju I 1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama
makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id
kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg
berjangkit;
bersilaju, berlaju-lajuan berdahulu-dahuluan (perahu, kapal, dll),
berlumba-lumba;
melaju bergerak atau meluncur dgn laju: kapal angkasa itu terus ~
ke Musytari;
melajukan 1. menjadikan laju (basikal, motokar, dll), mencepatkan:
pemandu kereta itu ~ kereta sedikit demi sedikit; 2. ki mencepatkan
atau melancarkan sesuatu perundingan dll;
memperlaju menjadikan lebih laju;
kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll, kecepatan;
pelajuan 1. perihal mencepatkan gerakan (benda, waktu, dll); 2.
kadar bertambahnya kelajuan sesuatu dlm tempoh atau masa
tertentu.
laju II Ph berselera (utk makan), lalu: aku tak ~ makan hari ini.
lajur 1. deret (kedai, rumah, dll), baris, leret: Ruslan sedang asyik
menarikan jari-jarinya di atas ~-~ huruf mesin taipnya; 2. barisbaris
panjang (pd kain dll), jalur; 3. ruangan di antara dua baris,
ruangan surat khabar; 4. barisan (pertahanan dll), garisan.
lak sj pelekat keras (dibuat drpd damar utk memeterai surat dll): ia
merosakkan ~ surat itu dan membuka dokumennya yg sangat
rahsia;
berlak mempunyai (dilekatkan) lak: surat berdaftar yg ~;
dilak 1. dilekatkan dgn lak, dimeterai: surat rahsia itu dimasukkan
ke dlm sampul dan ~; 2. Id ditutup dan dibubuh meterai oleh polis
dll utk mencegah drpd dibuka (rumah, kedai, dll): toko itu telah ~
setelah digeledah.
laka = kayu ~ sj tumbuhan (pokok), melaka, Emblica officinalis; akar ~ sj
tumbuhan (pokok), bangsa merah, berunai air, cenderang bukit,
medang, kemantan, Osmelia maingayi; kayu ~ sj tumbuhan (pokok
memanjat), akar berangan, Dalbergia parviflora;
laka-laka sj tumbuhan; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), maras, pasak
lingga jantan (merah), Walsura multijuga.
lakab Ar gelaran (sbg kehormatan atau ejekan);
melakabkan menggelar (terutamanya raja-raja yg telah mangkat).
lakah Tr terbuka, terdedah: rumah kamu ni ~ betul. Nampak semua yg
ada di dalamnya.
lakai-lakai Br sj suluh drpd damar dll, sigi.
lakak Mn; melakak memukul dgn benda yg keras; ~ kucing di dapur prb
menganiaya orang yg rapat dgn kita (dgn mudah).
lakan IB sj kain halus drpd bulu biri-biri, (kain) sakhlat.
lakang Mn lekang.
lakar 1. masih dikerjakan, belum siap lagi (perahu); 2. = lakaran gambar
(yg dilukis) secara kasar, rajah, rangka;
melakar melukis rangka (rajah, gambar, dll) secara kasar;
melakarkan membuat atau melukiskan lakaran sesuatu benda.
pelakaran perihal (proses atau perbuatan) melakar atau
melakarkan: ~ merupakan satu cara yg baik utk mendapatkan
gambaran yg dimaksudkan;
pelakar 1. orang yg membuat lakaran; 2. alat yg digunakan utk
melakar atau melakarkan sesuatu: ~ yg mudah biasanya mempunyai
format vektor-8; bagi kes ~ dram, kedua-dua kertas dan pen
bergerak.
lakat Br masih atau terus (hidup, berlaku, dll): semasa ayahnya ~ hidup,
Ratinah tidak pernah berkawan dgn mana-mana lelaki jua pun.
laken  lakan.
laki I (kurang halus) suami, pasangan hidup bini; ~ bini (isteri) suami
isteri;
~ pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan prb lebih
mementingkan urusan orang lain drpd urusan sendiri; bagai menanti
~ pulang maling prb selalu dlm kegelisahan;
berlaki mempunyai laki, sudah berkahwin (perempuan): orang ~
bercerai ungkai, orang bercerai pulang balik; bagai ~ anak
semang prb perempuan yg tidak senonoh kelakuannya;
berlakikan berkahwin dgn (bkn perempuan), bersuamikan:
senanglah hidup awak ~ orang kaya; malang nasibnya ~ seorang
penjudi; ternanti-nanti bagai ~ raja prb berhajat kpd orang yg
tidak berkehendak kepadanya;
memperlaki mengambil jadi laki: perkelahian berlaku apabila Cik
Tom menuduh Asmah hendak ~ si Mat; barang siapa yg berkenan
kpd beta, itulah beta perlaki;
memperlakikan mengahwinkan (anak perempuan), memberi laki
(kpd anak perempuan): dia belum hendak ~ anaknya itu.
laki II; ~ padi sj burung, pipit padang, Anthus novaeseelandiae
malayensis; burung ~ padi sj burung, cekup layang, burung main
angin, ciuk tinting, Cisticola juncidis.
laki-laki 1. jantan (lebih halus), lwn perempuan: ia gadis yg tidak
mempunyai sebarang teman ~; 2. ki berani, keberanian, pemberani:
hatinya memang ~, patah sayap bertongkatkan paruh, namun
kehendak diteruskan juga;
kelaki-lakian 1. sifat laki-laki, tingkah laku (gerak-geri) laki-laki:
Alias memiliki sifat-sifat ~ yg tulen, jujur, ikhlas, berhemah tinggi
serta berupa kacak; 2. ki keberanian, ketangkasan, kegagahan:
apabila seorang anak muda kaum itu hendak kahwin, ia harus
menunjukkan ~nya dgn membawa kepala orang ke kampungnya.
laklakan Jk lubang kerongkong.
lakmus IB litmus.
laknat 1. kemurkaan Allah dan jauh drpd petunjuk dan rahmat-Nya,
kutukan: setiap perbuatan jahat akan menerima ~ drpd Allah; 2.
terkutuk, keji, hina, celaka: kami teruk diseksa oleh bangsa ~ itu;
siapakah yg berbuat pekerjaan ~ ini?
melaknat menurunkan laknat, mengutuki: Allah akan ~ orang yg
menaruh niat jahat terhadap orang lain;
melaknati mengutuk: Allah ~nya andainya suaminya itu benar;
terlaknat (yg) dilaknati, terkutuk: mereka akan dikatakan sbg kafir
~.
laknatullah Ar dikutuk Allah.
lakon 1. = lakonan cerita yg dipentaskan (sandiwara, filem, dll), drama:
suatu lakonan yg bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri akan
dipentaskan di Dewan Bandaran; 2. karangan yg berupa sandiwara
(terdiri drpd dialog); ~ layar skrip yg disediakan utk sesebuah
filem, termasuk arahan kerja kamera dsb; 3. ki sesuatu peristiwa
(kejadian dll): ~ yg menyayat hati;
berlakon 1. bermain atau berlagak dlm sandiwara (drama, wayang,
dll), mengambil bahagian dlm sandiwara dll: saya mula ~ sejak
saya di bangku sekolah lagi; dlm filem “Dia Ibuku”, Sarimah ~
sbg ibu; 2. ki berpura-pura menunjukkan sesuatu kelakuan,
menunjukkan kelakuan yg bukan sifat sebenarnya: tak usahlah kau
hendak ~ di depan aku, aku sudah tahu kelakuankau yg
sebenarnya;
melakonkan 1. mementaskan atau memainkan sesuatu cerita
(drama, sandiwara, dll); 2. menulis (semula) suatu cerita menjadi
sandiwara (drama dll); 3. mementaskan sebuah cerita sbg
sandiwara: murid-murid disuruhnya ~ cerita Anak Raja dengan
Anak Papa; 4. mengisahkan (menggambarkan) sesuatu perkara:
drama itu ~ seorang pegawai tinggi; 5. memainkan sesuatu
peranan (watak): seniman Nordin Ahmad ~ watak Hang Jebat dgn
baik dlm filem “Hang Jebat”;
lakonan 1. lakon; 2. perihal memainkan sesuatu drama (sandiwara
dll), perihal berlakon: ~nya dlm filem-filem pd masa lalu sungguh
baik dan memuaskan;
pelakon orang yg berlakon dlm drama (sandiwara dll), tokoh dlm
cerita dll: siapakah ~ yg akan membintangi filem itu?
lakri sj pelekat, lak.
lakrimasi (Ubat) perembesan air mata.
laksa I sepuluh ribu; empat ~ empat puluh ribu;
berlaksa-laksa berpuluh-puluh ribu.
laksa II 1. adunan tepung beras yg bentuknya spt mi tetapi berwarna
putih; 2. sj masakan yg menggunakan laksa (biasanya disertai
hirisan bunga kantan, daun kesum, dsb) dan dimakan bersama kuah
yg khusus untuknya; jenis-jenisnya: ~ asam; ~ Kedah; ~ Johor; ~
lemak.
laksam Kl 1. adunan tepung beras yg bentuknya spt kuetiau; 2. sj
masakan yg menggunakan laksam (biasanya disertai hirisan bunga
kantan, daun kesum, dsb) dan dimakan bersama kuah lemak.
laksamana 1. sl gelaran yg tertinggi dlm angkatan tentera laut, raja laut:
Datuk Bendahara memerintah negeri, ~ memerintah tentera laut;
L~ Tun Tuah; 2. pangkat dlm angkatan tentera laut; naib ~ timbalan
panglima angkatan tentera laut;
~ mengamuk buah embacang yg dimasak dan dipotong halus-halus;
~ muda a) pangkat (dlm angkatan tentera laut) di bawah naib
laksamana; b) Id pangkat di bawah laksamana.
laksana 1. sl keadaan (sesuatu benda dll), sifat, tanda; ~ isteri
(perempuan) tugas yg patut dilakukan oleh perempuan; bukan ~
tidak ada samanya (tandingnya, lawannya); sifat tujuh ~ tujuh sifat
(tanda) yg sempurna; 2. sl sebagai, seperti, umpama: cahaya
giginya tiada tertentang nyata, ~ kilat sembur-menyembur
cahayanya;
melaksanakan 1. sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg,
menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2.
menjalankan (tugas, rancangan, dll), mengerjakan, menyelesaikan
(sesuatu tugas dll): akhirnya kami berjaya ~ tugas yg berat ini;
terlaksana boleh atau dapat dilaksanakan (rancangan, tugas, dll),
tercapai (maksud, tujuan, cita-cita, dll): semua wanita lekas sekali
menuduh laki-laki kejam, kalau niat hatinya tidak ~;
perlaksanaan hasil drpd melaksanakan (mengerjakan,
menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb): meninjau ~
Rancangan Malaysia Ketiga;
pelaksanaan perihal, perbuatan atau proses melaksanakan
(menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb): ~ KBSR (3M)
tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan;
pelaksana orang (badan dsb) yg melaksanakan atau menjalankan
sesuatu rancangan (tugas dsb): para pentadbir ini adalah ~ segala
rancangan yg diputuskan oleh kerajaan.
laksatif (Ubat) bahan (ubat, makanan atau minuman) utk melawaskan
buang air besar.
laksemi 1. dewi; 2. sl cantik, elok, molek.
laktase sj enzim yg menukarkan laktosa menjadi glukosa dan galaktosa.
laktasi (Bio) perembesan susu drpd kelenjar susu.
laktat (Kim) garam atau ester asid laktik.
laktoprotein (laktoprotéin) (Bio) sj protein yg terdapat dlm susu.
laktosa sj gula yg terdapat dlm susu, yg biasanya digunakan sbg makanan
dan dlm ubat-ubatan.
laktosuria (Ubat) kehadiran laktosa dlm air kencing, terutamanya semasa
kehamilan dan penyusuan.
laku 1. gaya (cara) membuat sesuatu, perbuatan, tabiat: begini ~mu di
belakangku; 2. boleh digunakan (spt wang dll), sah: wang yg tidak
bernombor tidak akan ~; 3. (suka) dibeli orang, terjual: kuih
jualannya ~; batik buatan Malaysia sangat ~ di kalangan
pelancong; 4. dikehendaki orang utk sesuatu tujuan tertentu: hanya
ketika muda ini awak ~; penyanyi itu masih ~ walaupun dia
merupakan penyanyi tahun enam puluhan;
selaku 1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada
ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai: ~
pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya;
berlaku 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran
besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu
tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan,
mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak
terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia
mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg
membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh
diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun
jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan,
dikuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini;
melakukan 1. menjalankan (tugas), membuat (kerja dll),
mengerjakan: kitalah yg berdosa kerana menuduh ia ~ perkara yg
bukan-bukan; 2. menjadikan laku (jualan dll): janganlah ditulis
semata-mata dgn sebab hendak menyedapkan dan ~ surat
khabarnya sahaja; 3. = ~ diri membuat laku (spt), bertabiat atau
berperangai (spt): maka Raja pun melihat Hang Jebat ~ dirinya spt
anak raja;
memperlakukan 1. membuat sesuatu (terhadap, kpd, dll),
menganggap (memandang) sbg: tak kusangka aku diperlakukan sbg
makhluk yg rendah dan tidak berdarjat; 2. menjadikan berlaku,
memperkenankan, meluluskan: segala titah raja diperlakukan oleh
segala rakyatnya;
lakuan laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan
dlm berbagai-bagai ~;
kelakuan 1. tabiat yg biasa dilakukan, perangai, perbuatan: semua
orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka
baginda berjalan menyamar berkeliling negeri hendak melihat
segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat
~ orang perang itu;
berkelakuan membuat laku, berperangai, bertabiat: aku berasa
malu seorang dr kampungku ~ begitu;
perlakuan apa yg dilakukan, perbuatan: kedua-dua orang tua itu
sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu;
tarian yg sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~
ritual;
pelaku 1. orang yg membuat sesuatu perbuatan (kerja dll), orang yg
melakukan sesuatu: orang yg bersubahat dgn ~ jenayah itu pun
bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yg sama; 2. (Lin)
orang yg mengerjakan sesuatu perbuatan (dlm ayat), pembuat; 3.
orang yg berlakon, pelakon.
lakuer sj varnis utk meyaluti dan mengilatkan permukaan kayu atau
logam, sampang: kebanyakan perabot kayu disaluti ~;
melakuer menyapukan lakuer pd sesuatu: proses atau kerja ~
perabot kayu itu akan dibuat kemudian.
lakum I 1. sj tumbuhan (pokok memanjat) a) carik merah, pokok riang
hutan, Vitis repens; b) = akar ~ embun akar mempayung, iang-iang
gajah, Vitis furcata; 2. = ~ air sj tumbuhan (pokok renek), Jussiaea
suffruticosa.
lakum II; kecar ~;  kecar.
lakung Kl; melakung melayani makan minum (pakaian dsb) seseorang.
lakur bercampur atau bersebati (logam dll), bersatu; ~ baur bercampur
baur;
melakurkan mencampurkan atau menyebatikan (logam dll dgn
meleburkannya): platinum boleh dilakurkan dgn kaca;
terlakur telah bersebati benar-benar;
lakuran campuran (logam dll), sebatian;
pelakuran proses atau perbuatan melakurkan: ~ beberapa jenis
logam yg berlainan.
lala I sj siput yg agak nipis kulitnya dan kecil isinya, Orbicularia
orbiculata.
lala II; melala berenang menelentang, mengapai.
lala III sl lagu (yg dinyanyikan): masing-masing pun duduklah memujuk
rayu dodoikan ~ supaya Pangkulun beradu segera.
lala IV Jk  bianglala.
lalah I memakan apa-apa sahaja, rakus, gelojoh;
pelalah orang yg gelojoh, pelahap; belalah I.
lalah II Mn; melalah memburu, mengejar; bak menanti orang dahulu,
bak ~ orang kemudian prb membuat kerja yg sia-sia;
terlalah terburu-buru, terkejar-kejar; ~ terkejar tertangkap sewaktu
melakukan kejahatan (tanda bukti hukum).
lalai I 1. tidak hirau akan kerja (tugas dll), lengah, tidak hati-hati: tidaklah
dia ~ drpd mengerjakan kewajibannya hari-hari; 2. asyik akan
sesuatu hingga lupa akan hal-hal lain, leka, lupa, tidak sedar: lalu
masuklah gajah itu ke dlm kandang ~ dgn memakan pisang;
berlalai-lalai 1. tidak mempedulikan, tidak mengambil berat; 2.
sengaja melambat-lambatkan, berlambat-lambat, berlengah-lengah;
melalaikan tidak mengambil berat, tidak menghiraukan: dlm pd itu
Rosita tidak ~ dan melengahkan kerja sekolahnya; ~ hati (sedih)
menghiburkan hati; ~ waktu membuang masa;
memperlalaikan 1. menyebabkan jadi lalai, membuat supaya lalai:
utk ~nya, diberinya mainan kpd budak itu; 2. menangguhkan atau
mengundurkan (sesuatu cadangan dll): ~ maksud; 3. menghiburkan
hati, bersuka-suka: baiklah kuperlalaikan dan kusukakan hatinya
dgn barang daya upayaku;
terlalai 1. tidak ingat (kpd kerja, tugas, dll), tidak dihiraukan,
terbiar, terlupa; 2. tidak sedar lagi, nyedar: si anak itu pun ~lah dlm
tidurnya; 3. terlambat, terlewat; 4. terhibur: sebentar aku ~
mendengarkan irama muzik yg memenuhi tempat itu;
kelalaian 1. perihal lalai, kelengahan, kealpaan: tiada lain
disebabkan ~ kita sendiri; 2. dlm keadaan lalai: adapun akan
baginda itu sangatlah ~ memerintah negeri; sesungguhnya engkau
dlm ~ mengenai hal ini; ~ menjemput pencuri prb kerana lalai
maka selalu rugi;
pelalaian ark perihal melalaikan;
pelalai 1. orang yg lalai, pelengah; 2. sesuatu (jampi dll) utk
melalaikan atau melekakan: jikalau begitu ada satu nyanyi supaya
boleh membuat ~ berkayuh; hikmat ~ jampi utk melalaikan orang.
lalai II; tali ~ sj tali utk memutar kayu palang tempat menggantung layar
(di perahu).
lalak I ark; melalak terbakar, menyala; tidak ~ tidak mahu hidup (mancis
api dll).
lalak II; melalak 1. menjerit (bercakap) kuat-kuat; 2. menangis dgn kuat
(kanak-kanak);
terlalak-lalak melalak berulang-ulang, terjerit-jerit: ~ macam
dirasuk polong.
lalalat → dalalat.
lalam Br hujan panas.
lalang I sj tumbuhan (rumput yg tinggi), Imperata cylindrica (Imperata
contracta);
~ yg terbakar, si carik menumpang mati prb mendapat kecelakaan
kerana kesalahan orang lain; di mana ~ habis, di situ api padam prb
di mana mati di situ dikuburkan; padi ditanam tumbuh ~ prb perihal
nasib yg malang; spt api memakan ~ yg kering, tiada dapat
dipadamkan lagi prb kedatangan bahaya yg tidak dapat dihalanghalang
lagi; tanam ~ takkan tumbuh padi prb perkara yg jahat akan
dibalas dgn jahat juga;
berlalang ditumbuhi lalang: halaman rumahnya sudah mulai ~.
lalang II ark berjalan ke merata-rata tempat, mengembara; langlang.
lalang III ark; lalu-~ lalu.
lalang IV sj ikan darat, Chela anomalura.
lalap I daun atau buah yg dimakan mentah dgn nasi, ulam;
melalap memakan ulam, makan berulam.
lalap II Br kepingan daging kerbau, lembu, dll yg dikeringkan, dendeng.
lalar Mn; melalar 1. merayau ke merata-rata tempat, tidak suka duduk di
rumah: anak itu ~ sahaja sepanjang hari; 2. merebak atau menjalar
(api dll).
lalat I sj serangga (yg biasanya hinggap pd benda kotor dan pd makanan);
~ hijau a) sj lalat yg hijau warnanya, Musca vicina; b) ark barua,
pinang muda; c) Kl orang yg asyik merungut atau menyanyi; ~
kerbau sj lalat yg suka hinggap di badan kerbau, Oestrus spp.; ~
kuda sj lalat, Tabanus spp.; ~ rumah sj lalat yg biasa terdapat di
rumah, Musca domestica; ~ tsetse sj lalat, Glossina spp.;
~ langau mengerumuni bangkai prb orang lelaki yg berhimpun di
rumah perempuan jahat; ~ memanglah mencari puru prb lelaki
jahat tentulah mencari perempuan jahat; bagai ~ mencari puru prb
membuat sesuatu pekerjaan dgn cepat dan tergesa-gesa atau terlalu
rakus mengejar keuntungan; belum terbang ~ prb pagi benar; spt ~
buta prb berpusing-pusing tidak tentu arah; tak ada ~ langau prb
tidak ada seorang pun;
berlalat dihurung lalat: bangkai ~.
lalat II; bedil ~;  bedil.
lalat III; mata ~;  mata.
lalau; melalau sl membatasi, menghalang-halangi, menyekat;
pelalauan 1. perihal melalau; 2. tanda melarang atau mencegah
orang masuk (ladang dll);
pelalau 1. sl alat dll utk menyekat atau menghalang, penghalang,
penyekat; 2. = hikmat ~ sl jampi (serapah) utk menyekat
perkahwinan atau utk memenangi hati gadis kepunyaan orang lain.
laler Jw lalat.
lali I 1. tidak berasa apa-apa (pd kulit dll), hilang perasaan: selepas diberi
ubat dia pun ~; buku ~ mata kaki; 2. sudah biasa benar dgn sesuatu
hal (hingga tidak terasa lagi akan kesusahan, kepayahan, dll): suara
jerit pekik itu telah ~ pd telinganya;
melalikan menyebabkan tidak sedar, menjadikan tidak berasa apaapa
(pd kulit dll): telah berbelas-belas tahun ia tinggal di kota yg
banyak pemandangan indah-indah yg ~ perasaan dan melenakan
fikiran;
kelalian keadaan atau rasa lali;
pelalian perihal melalikan;
pelali (ubat dll) yg boleh melalikan.
lali II sj ikan darat, Botia hymenophysa; ~ pelanduk sj ikan darat, Botia
modesta.
lalim Ar tidak berperasaan belas kasihan, lwn adil, zalim: raja adil raja
disembah, raja ~ raja disanggah;
melalimi ark membuat aniaya kpd, berlaku tidak adil kpd;
kelaliman kebengisan, kekejaman, ketidakadilan: sbg anak muda,
hamba tidak dapat membiarkan ~ terus-menerus;  zalim.
lalo Sr gadis yg telah melewati umur utk berkahwin (biasanya lebih drpd
20 tahun).
lalu I 1 . berjalan, melintas: semua kereta tidak boleh ~ di jalan itu;
seorang laki-laki ~ di hadapan mereka; sekali ~ a) sekali gus; b)
sambil-sambil; 2. boleh masuk, telus, lulus; 3. yg sudah lepas
(berlaku, lewat, dll), selesai, telah dibuat: tiadalah kanda perbuat
lagi spt yg telah ~ itu; baru tiga malam yg ~, seorang tauke telah
disamun orang; 4. berdaya, sanggup, larat: santap pun tiada ~ ia
pd malam itu melainkan keluh-kesah sahaja; aku hendak pergi pun
tiada ~ oleh sakit badanku lagi; 5. langsung, lanjut; 6. terus, hingga
ke, langsung ke: setelah datang ke Melaka maka disuruh baginda
arak ~ ke balai; mereka berperahu ~ ke Melaka; 7. kemudian drpd
itu, sesudah itu, segera: setelah makan minum mereka ~
meneruskan perjalanan ke selatan; 8. lewat, sudah lampau: kulihat
orangnya telah ~ separuh umur; 9. tidak boleh ditebus kembali
(barang gadaian dll); ~ akal boleh diterima akal, munasabah; ~
penjahit ~ kelindan prb kalau usaha yg pertama telah berhasil maka
usaha yg berikutnya pun akan tercapai juga;
berlalu 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah
tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~
semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap
kemudian perempuan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki
pergi, meninggal (mati);
melalui 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi:
beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti
sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll),
mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan;
apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah
perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan
Dewan Bahasa di udara seringkali disiarkan ~ radio; Ahmad telah
memajukan tuntutannya ~ peguamnya; 4. melampaui, melangkaui,
melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru,
jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa
buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa):
sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa;
melalukan 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan,
meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2.
menjalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia
selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus,
meneruskan;
terlalu 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai;
seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui
batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan
Inggeris; 3. (perbuatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung:
perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampunkan, yg kemudian jangan
dibuat lagi;
keterlaluan 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal
atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja
Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat,
terlalu, berlebih-lebihan, melampaui batas: tindakan ~;
laluan 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat
pergerakan pergi balik orang atau pengangkutan: penduduk
kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu
bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan
(peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~
mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya;
kelaluan 1. (yg) telah lepas, telah lalu; 2. Mn cita-cita, hajat,
tujuan;
berkelaluan Mn berpanjangan, sentiasa.
lalu II; ~-lalang = ~-landang a) banyak kali lalu, keluar masuk, ke sana
ke mari: banyak orang ~-lalang di jalan raya; b) mencurah-curah
keluar (kata-kata kasar dll); c) tidak teratur, kacau-bilau: susun
buku itu baik-baik, jangan ~-lalang begitu.
lalu lintas 1. kerap atau selalu melintas, sibuk (ke sana ke mari):
kebersihan kedai tuan akan menarik perhatian orang yg ~ di
hadapan kedai tuan; 2. perihal pergi balik (perjalanan) orang atau
kenderaan dll melalui jalan: kami menyangka itu hanya kemalangan
~; kesesakan ~.
lalut; melalut lari drpd tajuk atau pokok percakapan (perbualan,
perbincangan, dsb) yg asal: tengok tu, dia sudah mula ~.
lam 1. huruf ke-23 abjad Arab (mempunyai nilai 30); 2. huruf ke-27 abjad
Jawi.
lama I 1. panjang masanya (membuat sesuatu dll), lwn sekejap: anak raja
itu telah ~ benar tiada balik-balik; tentu Sutan takkan ~ tinggal di
rumah; memakan masa yg ~; 2. telah wujud (ada, terlibat, dsb) dlm
jangka masa yg agak panjang: sebuah rumah ~ di kampung itu;
pakaian ~; kawan ~; alasan-alasan ~; ahli-ahli ~; 3. tidak moden
lagi, ketinggalan zaman: fesyen ~; 4. wujud pd zaman sebelum ini
atau zaman dahulu, kuno, tua: kesusasteraan Melayu ~; masyarakat
Melayu ~; 5. wujud sejak dahulu lagi: kuih-kuih Melayu ~; barangbarang
~; sikap ~; 6. yg digunakan dsb sebelum mendapat yg baru:
dia menjual rumah ~nya utk membeli sebuah rumah baru;
motosikalnya yg ~ diberikannya kpd adikya; 7. berlaku pd masa yg
sudah-sudah: membangkit-bangkitkan perkara ~; ingatan ~
mengusik jiwanya;
selama 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~
empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg
tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini;
selamanya utk jangka masa yg lama dan berterusan: manusia tidak
~ muda;
selama-lamanya 1. yg sangat lama, paling lama: ~ dua tahun dia
merantau kemudian pulanglah dia; 2. tidak berkesudahan, kekal: ia
berikrar tinggal di Singapura ~;
lama-lama 1. dgn lama: direnunginya muka gadis itu ~; 2.
akhirnya, kesudahannya: sedikit-sedikit ~ menjadi bukit; 3. makin
lama makin bertambah;
berlama terus berada lama: engkau yg datang berlindung di sini
tidak pernah ~;
berlama-lama, berlamaan, berlama-lamaan 1. lama (berbuat
sesuatu dll), lambat, tidak cepat: di sana memang banyak hiburan,
tetapi hatiku kurang tertarik utk ~; 2. lama-kelamaan, lambat-laun;
melamakan (sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa;
kelamaan 1. sl masa (yg tertentu), lama: hatta berapa ~nya, Seri
Nara Diraja pun kembali ke rahmatullah; 2. ark terlalu lama; 3.
akhir-akhirnya;
lama-kelamaan lambat-laun, akhir-akhirnya: ~ berlakulah
perubahan secara beransur-ansur.
lama II sami Buddha di Tibet dan Mongolia.
lamai; ipar ~ saudara isteri atau suami;  ipar.
lam-alif huruf lam yg disatukan dgn huruf alif dlm tulisan Jawi (Arab);
air ~ air yg telah dijampi atau ditawar.
laman bp kep halaman: jamuan ~; ~ web dokumen elektronik pd paparan
skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi
dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg
dapat dicapai melalui Internet.
lamang Jk sj pedang pendek, cenangkas; halamang.
lamar; melamar 1. meminta utk berkahwin dgn, meminang: kelmarin
orang tua kekasihnya datang ~; 2. memohon kerja (di pejabat dll):
dia mencuba ~ pekerjaan sbg jurutaip di pejabat-pejabat kerajaan;
melamarkan 1. melamar utk, meminangkan: saya hendak
menghantar ibu bapa ~ saya Noriah; 2. = ~ diri ark menawarkan
dirinya supaya diterima (utk pekerjaan dll);
lamaran 1. perihal melamar, peminangan: semenjak ~nya dahulu
ditolak, ia tidak datang-datang lagi ke mari; 2. permohonan (utk
bekerja dll), permintaan: masakan baginda tidak menerima ~ kita;
pelamar orang yg melamar: gadis zaman dahulu berpingit di
rumah dan jarang-jarang dapat dilihat oleh ~nya.
lamat-lamat Jw 1. tidak terang, sayup-sayup; 2. ki tidak jelas (maksud
sesuatu perbualan dll), samar-samar.
lambai I; melambai, melambai-lambai 1. bergerak-gerak turun naik
(tentang tangan) utk memanggil dll: kereta api pun bergerak,
kulihat tangan suamiku ~; 2. = berlambai-lambai bergerak-gerak
turun naik (spt daun ditiup angin dll): daun-daun padi ~ ditiup
angin; 3. ki menyeru, memanggil (hampir kpd): badan awak itu
bukan semakin muda, liang lahad sentiasa melambai-lambai awak;
melambaikan, melambai-lambaikan menggerak-gerakkan turun
naik (tangan, bendera, dll): dia ~ tangannya kpd Wahab;
lambaian 1. perbuatan melambai-lambai atau menggerakkan turun
naik (tangan dll): ratusan tangan membalas ~ tanganku; 2. ayunan
(daun-daun ditiup angin dll), goyangan: ~ daun kelapa; 3. sl perihal
memanggil (mengajak dll), panggilan; ~ syaitan panggilan syaitan;
pelambai; sepelambai ukuran jauh sejauh orang melambai.
lambai II; ~ gajah bahagian mata keris (yg terletak di bawah dagu keris).
lambai III sj ikan laut, Siganus spp.
lambai IV sj tumbuhan (pokok renek), beberas paya, jaluk hantu, kayu
gading, Petunga venulosa; ~ ayam sj tumbuhan, (pokok renek),
kayu pacat, pokok kancil, rambai ayam, Anisophyllea disticha.
lambai-lambai kayu bingkai pintu atau jendela.
lambak 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan; 2.
banyak (berlimpah-limpah); pasar ~ bp pasar borong; 3. Mn lapisan
(pd tikar, tilam, dll), alas, lapik;
berlambak, berlambak-lambak, melambak, 1. = terlambak
tidak tersusun rapi, dilonggokkan sahaja, berlimpah-limpah,
bertimbun-timbun: mengapa dibiarkan kain baju ~ di ceruk bilik?
2. bp terlalu banyak: di bandar tu ~ orang yg berkelulusan tinggi
yg belum mendapat kerja; kain ~ benang emas kain yg bersulam
dgn benang emas banyak-banyak;
melambak 1. bertimbun-timbun (tidak tersusun), banyak; 2. Mn
melapik, mengalas; ~ selimut (tikar) melapisi selimut (tikar);
melambakkan membuat timbunan (longgok) yg tidak tersusun rapi,
melonggokkan: jangan kamu lambakkan kain kotor di situ;
lambakan 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan;
2. (Eko) amalan menjual barang dr luar negara (biasanya dgn
banyaknya) dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran
tempatan;
perlambakan perihal atau kejadian berlambak: ini menyebabkan
berlakunya ~ pekerja dlm pasaran buruh;
pelambakan perbuatan melambakkan sesuatu, penimbunan.
lamban Mn tidak cepat (bekerja dll), tidak cergas, kelesa, lambat, lemah:
dgn ~, dikatupnya kembali tingkap cermin itu;
kelambanan keadaan lamban: ~ plot novel itu.
lambang 1. tanda yg menyatakan atau mengenalkan sesuatu (spt bendera,
lencana, dll), simbol, isyarat, pelambang, perlambang: masyarakat
menjadikan songkok baldu hitam sbg ~ kebangsaan kita; Uda dan
Dara selalu disebut sbg pelambang cinta kasih yg teguh dan
murni; ~ status harta benda dsb yg dianggap sbg tanda yg
menunjukkan kekayaan, prestij, kedudukan sosial yg tinggi dsb
seseorang; 2. (Lin) tanda yg mewakili entiti linguistik (spt bunyi,
fonem, suku kata, morfem dan kata) yg diterima dlm transkripsi
fonetik atau sistem tulisan;
berlambang mempunyai atau memakai lambang: bangunan baru
itu masih belum ~;
berlambangkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg
lambang, bersimbolkan: Sistem Penerbangan Malaysia ~ wau
bulan;
melambangkan menjadikan sbg tanda (utk memperkenalkan
sesuatu), merupakan lambang, menggambarkan: penghulu sbg
pemimpin masyarakat Dayak juga ~ persatuan dan perpaduan;
istilah baru dicipta utk ~ benda-benda baru;
perlambangan perihal (perbuatan dsb) menggunakan sesuatu sbg
lambang: yg dimaksudkan dgn ejaan ialah ~ fonem dgn huruf;
perlambang lambang;
pelambang lambang.
lambaran Jw alas (spt tikar dll yg diletakkan di bawah sesuatu benda),
landas, lapik.
lambas sj tumbuhan (pokok), cemperai ayam (batu, hitam), kayu
serendah, lempedu tanah jantan, Gomphandra lanceolata.
lambat 1. tidak cepat atau lekas (pergerakan dll), perlahan-lahan: ia
berjalan terlalu ~; 2. mengambil masa yg lama: benih ini ~
tumbuhnya; 3. lewat drpd waktu yg ditentukan, kasip, tertinggal:
dia datang ~; jam ini ~ sepuluh minit; ~-bangat = ~-laun lamakelamaan,
akhir-akhirnya; ~ lepa Kd pantang ada kesempatan: ~
lepa dia kebas;
~ laga asalkan menang prb mengerjakan sesuatu biarlah lambat
asalkan maksud tercapai; biar ~ asal selamat, tak akan lari gunung
dikejar prb membuat sesuatu kerja biarlah dgn cermat dan hati-hati;
lambat-lambat dgn lambat, perlahan-lahan: mereka berjalan ~
menghampiri pinggir bukit itu;
selambat-lambatnya (yg) paling lewat, sehabis lama: mereka akan
menerima gaji belakangan ~ dua minggu lagi;
berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahanlahan,
tidak terburu-buru: ia berasa perlu berlambat-lambat
sehingga ia dapat membuat keputusan yg saksama;
berlambatan sl mengambil masa yg lama, lambat: adapun kita ini
~ akan beroleh kembali kerana Raja Rom ini besar sangat
kekayaannya;
melambatkan (sengaja) menjadikan lambat, membuat supaya
lambat: ia ~ jalan basikalnya;
melambat-lambatkan menyebabkan sesuatu (pekerjaan, tindakan
dsb) berjalan lambat-lambat, melengah-lengahkan: kita tidak boleh
~ pelaksanaan tugas itu; diharapkan pihak bank tidak ~ keputusan
pinjaman atau mengambil masa terlalu panjang;
memperlambat menjadikan lebih lambat: kerja yg buruk elok
diperlambat;
terlambat melewati (melebihi) masa yg ditentukan, memakan
masa, tidak menepati masa, terlewat: kerana takut ~, Mak Konah
tidak menghiraukan lagi usikan anak-anak Cina itu;
kelambatan 1. perihal lambat, kelewatan: ~ menetapkan harga
padi itu telah menyebabkan mereka rugi; Seri Bija Diraja
menyembahkan sebab-sebab ~ yg dialaminya itu; 2. terlewat (drpd
yg ditentukan), terlambat;
pelambat bahan atau sesuatu yg melambatkan (proses, perjalanan
sesuatu dsb): bahan ~.
lambau bp perihal bercucuk tanam, pertanian.
lambda huruf ke-11 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
lambertit (Kim) mineral nadir yg mengandungi uranium.
lambing tegak (telinga dll), cokoh, cekang (susu dan tetek): telinganya ~
hampir jejak ke bahunya.
lambir gelambir (pd binatang spt lembu dll).
lambu ark sj perahu;  lambuk IV.
lambuk I gembur, hancur (tanah);
melambuk 1. menghancurkan (tanah), menggemburkan; 2.
membuang tanah ke luar dr tempat yg digali (spt perigi, parit, dll).
lambuk II sj keladi (birah) yg berbatang hitam.
lambuk III; seluar (celana) ~ sj seluar yg longgar dibuat drpd sutera,
seluar Acheh.
lambuk IV ark sj perahu; lambu.
lambuk V 1. sj bubur nasi, dirempahi dan dicampur daging dll (biasanya
disediakan di masjid dll utk hidangan berpuka puasa); 2. Tr sj bubur
nasi dicampur dgn sayur-sayuran dan isi ikan.
lambung I naik ke atas atau melompat tinggi (bola, perahu yg dipukul
ombak, dll);
berlambung-lambung, berlambung-lambungan 1. saling
melambung sesuatu (dlm kumpulan dan menggunakan beberapa biji
bola): mereka ~ bola dlm permainan itu; 2. melambung bola
berulang-ulang: anak kecil itu ~ bola seorang diri;
melambung 1. naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung
terbang, bola, dll): akibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara
setinggi seratus kaki; 2. ki memuncak naik (harga, nasib,
kegirangan, dll): harga getah telah ~ tinggi dlm tempoh itu; 3. ki
memberi pujian atau sanjungan yg tinggi;
setinggi-tinggi ~ surutnya ke tanah juga prb selalu kembali ke
asalnya;
melambungkan 1. menaikkan atau membuang tinggi-tinggi: ada yg
bersorak sambil ~ senjatanya; 2. memberikan puji-pujian atau
sanjungan yg tinggi; ~ dada ark sombong, membesarkan diri;
terlambung, terlambung-lambung terloncat (terhumban) tinggitinggi:
kereta yg mereka tumpangi terlambung-lambung
menghempaskan penumpang di dalamnya.
lambung II = lambungan rusuk atau tepi badan (rumah, kapal, dll),
samping: air memercik hingga menepis ~ kapal; ditikam oleh Hang
Tuah seorang kena ~nya;
melambung mendatangi (menyerang, melanggar, dll) dr samping;
melambungi 1. mengenakan atau memasang binaan pd lambung
kapal (rumah dll); 2. belayar atau bergerak di samping.
lambung III Mn perut; besar ~ kuat makan.
lambung IV; getah ~;  getah.
lambung-lambung; ~ ikan gelembung ikan.
lambur I sj ampai-ampai yg besar, ubur-ubur.
lambur II Pr pelantar dapur (bahagian rumah), jambur: ibunya duduk
berjuntai kaki di ~.
lambut I; melambut naik berkepul-kepul (asap).
lambut II Pr; melambut membonggol (poket, gulungan kain, dll),
berbonggol.
lamdukpai sj tumbuhan (pokok memanjat yg akarnya boleh dibuat ubat).
lame (lamé) (Tks) sj kain yg ditenun berselang-seli dgn benang emas atau
perak.
lamender (laméndér) ark orang Armenia.
lamiding Br sj tumbuhan (paku pakis), lembiding, Stenochlaena palustris.
lamin Mn; melamin menghias bilik (tempat tidur) pengantin;
pelamin, pelaminan 1. tempat pengantin duduk bersanding; 2. sj
bilik pengantin: setelah sudah kahwin, mereka pun masuklah ke
dlm ~; kelamin.
lamina, laminah; baju ~ ark baju besi (rantai) pakaian pahlawan.
lampai I tinggi kecil (tubuh badan dll), panjang dan ramping, renceng:
badannya yg kurus ~ itu membongkok sedikit;
melampai 1. = terlampai bergerak-gerak (spt daun-daun kayu
ditiup angin dll), melenggok-lenggok (bkn badan ketika berjalan,
menari, dll), bergerak lemah-gemalai; 2. panjang menjulai (dahan
dll), kecil dan tinggi: badannya yg tinggi tegap itu tidak ~ lagi
tetapi telah memboyot.
lampai II sj tumbuhan (pokok), beberas, beras-beras, gemapung, Aporosa
maingayi.
lampam sj ikan darat, kepiat; ~ jawa sj ikan darat, Puntius gonionotus; ~
sungai sj ikan darat, Puntius schwanefeldii.
lampan tempat mendulang bijih (timah dll);
melampan mencari bijih (timah dll) dgn mendulang;
melampani melampan di: tidak membenarkan sesiapa pun
melombong atau mendulang atau ~ wilayahnya;
pelampan orang yg melampan.
lampang Mn pukulan dgn tapak tangan, tampar, tepuk;
berlampang, berlampang-lampang bertampar-tamparan, tamparmenampar.
lampar; berlampar, berlamparan, melampar 1. tidak tersusun,
berserak-serak, bertebar merata-rata: maka sampailah masingmasing
ke halaman balai, berhimpun berlamparan duduk di tanah;
2. ki merebak (berita, khabar, dll), tersiar ke merata-rata tempat.
lampari sj canang; lempari.
lampas I halus: ~ perasaan;
melampas 1. menyapu (mengilat, membersihkan supaya licin); 2.
mengasah (pisau dll), mengilir, mempertajam; 3. ki membuat supaya
jadi biasa, mengamalkan, melatih: mereka semakin tekun ~
pelajaran di rumah; ~ lidah melatih lidah supaya fasih berkatakata;
4. ki memukul: kepala kita dilampasnya.
lampas II berkata sesuatu dgn tidak berfikir panjang, lepas mulut: belum
pernah lagi ia berjumpa dgn budak yg begitu ~ dan kasar.
lampau 1. lalu, lepas, lewat: corak hidup orang Melayu pd zaman ~
berlainan sekali dgn keadaan orang Melayu sekarang; 2. lebih
(drpd yg dijangka atau yg sepatutnya): jangan ~ berjaga malam
nanti lemah badan;
melampau terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu),
melewati batas, keterlaluan: mereka menjual barang-barang kpd
pelanggan mereka dgn harga yg ~; perubahan sikap ini ialah cara
yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan;
melampau-lampau sangat (terlalu) melampau: permintaannya ~;
melampaui 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum
~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb),
melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains
Islam telah memajukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah
ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb
yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan
hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi
(sesuatu kesukaran, kesulitan, dll);
terlampau sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanakkanak
tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka
terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya;
terlampaui sudah dilalui (tempat dll), telah melebihi: tengah
malam sudah ~; musim kecil sudah ~ dan musim besar akan
datang kira-kira tengah dua bulan lagi;
keterlampauan perihal, sifat atau keadaan terlampau, keterlaluan;
lampauan takat yg paling tinggi atau paling jauh: antara kedua-dua
~ ini mungkin ada kekecualian;
kelampauan sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh
orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya
berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya;
pelampauan perihal atau perbuatan melampau atau melampaui
sesuatu: punca kesilapan seterusnya, menurut Ibnu Khaldun, ialah
~;
pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan, orang
yg mempunyai faham (kepercayaan) yg berlebih-lebihan: ancaman
puak ~ telah meresahkan penduduk kota itu.
lampeni sj tumbuhan (pokok renek), Ardisia humilis.
lampes Jw sj tumbuhan (herba semacam selasih), Ocimum sanctum.
lampias Jk 1. memancar (aliran air dll), deras, licin, tidak tersekat-sekat;
2. ki kencang dan lancar (sesuatu pergerakan dll);
melampiaskan 1. memudahkan atau melicinkan pengaliran
(pergerakan dll), tidak melambat-lambatkan; 2. tidak menahan atau
menyekat-nyekat, membiarkan, melepaskan: mereka datang kpd
aku dan isteriku utk ~ hasratnya.
lampin I 1. kain pembarut (anak kecil dll), kain bedung; 2. kain empat
persegi berwarna putih yg dipakaikan pd bayi utk menyerap air
kencing dsb; 3. Jk kain pelapik atau pengalas tangan (ketika
memegang barang panas);
melampini 1. membarut anak kecil, membedungi; 2. memakaikan
lampin pd bayi; 3. melapik atau mengalas tangan.
lampin II; ~ budak sj tumbuhan (pokok belukar), mata kesang,
senggugut, sunga tasik, taman tasik, tambun tasik, tenjal tasik,
timba tasik, tinjal tasik, Clerodendron serratum.
lamping Jk lereng.
lampion IB lampu kertas, tanglung.
lampir helai (kertas, surat, muka surat, dll), keping: baru dua tiga ~ aku
baca, aku naik jemu;
melampiri menyertai dgn yg lain (spt surat dll), mengirimi
bersama;
melampirkan menyertakan atau mengembarkan dgn yg lain (spt
surat dll), mengirim bersama: bersama ini dilampirkan sekeping
surat permohonan bercuti;
lampiran sesuatu yg dilampirkan (spt surat keterangan dll),
tambahan (pd buku, surat, dll): ~ yg dihantar itu telah hilang.
lampis Mn lapis: bajunya tiga ~.
lampit sj tikar rotan.
lampoyang sj tumbuhan (herba), tepus, Zingiber aromaticum; ~ gajah sj
tumbuhan (herba), Zingiber zerumbet; ~ hitam sj tumbuhan (herba),
kunyit teras hitam, bersih hitam, Zingiber ottergii.
lampri sj binatang laut drpd famili Peteromyzonidae yg rupanya seakanakan
belut.
lampu 1. sj alat utk menerangi (sesuatu ruang, kawasan, dsb), pelita,
suluh; 2. ki penerang pemikiran atau rohaniah: al-Quran merupakan
~ yg menerangi dunia;
~ arka lampu yg sangat terang cahayanya (yg terhasil oleh arka
elektrik apabila arus elektrik mengalir di antara dua elektrod); ~
ayam sj lampu minyak yg mempunyai sisi kaca, yg dipasang pd
waktu malam supaya ayam, itik dsb tidak kesejukan; ~ duduk lampu
yg diletakkan di atas meja; ~ dunia matahari; ~ gantung lampu yg
dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding); ~
gas (gasolin) lampu yg menggunakan pam (utk menaikkan minyak);
~ hijau a) isyarat bergerak dlm sistem lalu lintas; b) ki kebenaran
atau persetujuan utk melaksanakan sesuatu projek dll; ~ jalan
lampu elektrik yg dipasang pd tiang di sepanjang sesuatu bahagian
jalan; ~ kalimantang lampu pendarfluor; ~ karbaid lampu yg
menggunakan gas karbida; ~ kuning isyarat bersedia utk berhenti
dlm sistem lalu lintas; ~ limpah lampu besar yg sangat terang dgn
alur cahaya yg lebar, biasanya digunakan di luar utk menerangi
sesuatu kawasan, bangunan dsb; ~ meja lampu elektrik kecil yg
diletakkan di atas meja dsb; ~ merah a) isyarat berhenti dlm sistem
lalu lintas; b) isyarat amaran; ~ neon lampu elektrik yg
menggunakan gas neon (biasanya berwarna-warni); ~ pendarfluor
lampu yg cahayanya dihasilkan melalui nyahcas elektrik dlm tiub
bertekanan rendah; ~ picit suluh yg menggunakan bateri; ~ suluh
lampu picit; ~ tempel lampu yg disangkutkan di dinding; ~ terendak
sj lampu hiasan (biasanya di ruang tamu) yg mempunyai terendak; ~
tidur lampu yg cahayanya sangat malap, yg digunakan semasa tidur;
~ tumpu lampu yg sangat terang yg boleh ditumpukan pd sesuatu
tempat dsb supaya jelas kelihatan; spt ~ kekurangan minyak prb
hidup yg sangat melarat;
berlampu mempunyai (telah dipasang) lampu: bilik itu tidak ~;
melampukan memasang lampu di sesuatu tempat (ruang dsb): ~
semua bilik di dlm rumah itu.
lampuh Br gemuk (pendek).
lampuk Mn timbunan padi yg baru disabit; bagai ayam dibawa ke ~ prb
a) kehairanan melihat sesuatu perkara; b) orang yg tidak pernah
masuk majlis.
lampung; melampung timbul (di permukaan air dll), tidak tenggelam,
terapung; ~ pukat nampak-nampak hilang;
pelampung sesuatu benda terapung (utk penahan kail, orang
berenang, dll supaya jangan tenggelam): mari kita naik ~ terap ini
menyeberang ke seberang sana.
lampus ark Jw mampus, mati.
lamtanah jenis percambahan yg kotiledonnya tinggal dlm tanah (tidak
menyorong keluar).
lamun I 1. (meskipun ...) tetapi: sungguhpun kajian Baron de
Montesquier tentang parlimen England tidak berapa betul, ~
pendapatnya berkenaan perceraian kuasa-kuasa pemerintah tetap
bernilai; 2. sungguhpun: ~ begitu, ia dipenjarakan juga; 3. sl
asalkan, asal saja: apatah tuan tangiskan, ~ tuan sudi beribukan
bonda, apatah salahnya.
lamun II; melamun memikirkan sesuatu, berangan-angan, berkhayal:
kerjanya ~ sahaja;
lamunan fikiran yg bukan-bukan, angan-angan: dlm ~ itu, Pak
Sudin terus terlena;
pelamun orang yg selalu atau suka melamun.
lamun III Mn; melamun 1. menimbunkan (pakaian dll), tidak disusun
atau diatur baik-baik; 2. meliputi (spt air menutupi karang),
menggenangi: bersama-sama tenggelam dilamun ombak dan
gelombang; 3. ki menyelubungi (kesedihan, bencana, kesenangan
dsb), merundung: Zaini sedang dilamun perasaan yg sedih pilu;
entah hilang anakanda di laut lepas, entah dilamun ombak tujuh.
lamur tidak terang pelihatan, rabun.
LAN 1. akronim bagi Lembaga Akreditasi Negara; 2. (Komp) akronim
bagi Local Area Network (rangkaian kawasan setempat).
lana sj tumbuhan (pokok memanjat), akar ketuan, daun patuk tuan, rumput
melian, Thunbergia laurifolia.
lanang I; melanang memintal tali dgn menggunakan pemberat di hujung
tali itu.
lanang II Jw laki-laki: Candera Kirana pun bersalin pakaian cara ~.
lanar I mendapan tanah subur yg terdiri drpd lumpur, kelodak dan pasir
yg ditinggalkan oleh air sungai yg mengalir dan sesudah banjir:
tanah yg baik sekali ialah tanah ~ yg di lembah dan di delta
sungai.
lanar II sj penyakit tumbuh-tumbuhan.
lanar III Kl; berlanar tidak tersusun, bersepah-sepah, berselerak.
lanar IV; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar keremek, keledek
hutan, Ipomoea digitata.
lanas Kl nanas.
lanau lumpur, berlumpur, becak.
lanca I sj sampan besar.
lanca II beca (yg ditarik orang).
lancang I 1. kapal layar yg laju: kenaikan baginda ~ emas panjangkan; 2.
ancak (perahu kecil) utk memuatkan jamuan hantu; 3. Mn tepak
sirih (yg berbentuk spt kapal layar);
main ~-~ melemparkan batu pd paras permukaan air.
lancang II 1. tidak senonoh (kelakuan, pengucapan, dll), tidak sopan,
biadab: jangan marah kalau aku terlanjur dan dipandang ~
menulis surat kepadamu; 2. terlalu cepat (mengatakan atau
melakukan sesuatu yg tidak baik atau sopan), lepas cakap (mulut):
mengapa mulut engkau begitu ~?; ~ mulut suka mengeluarkan
kata-kata yg tidak senonoh (yg menyakiti hati dsb);
melancangkan melakukan sesuatu (yg tidak senonoh) dgn berani
atau dgn cepat: mereka cuba ~ tangan mereka utk mengusik tubuh
Esah;
terlancang terlangsung (melakukan sesuatu), terlanjur;
kelancangan perihal lancang; ~ mulut perihal (sifat, perbuatan)
lancang mulut.
lancang III sj tumbuhan (herba), ara tanah, gelang susu, keremak susu,
Euphorbia hirta.
lancap I licin lagi galir, tirus meruncing.
lancap II; melancap melakukan zina tangan.
lancap III Mn; terlancap terlanjur (cakap dll), terlangsung, lepas cakap.
lancar I terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan,
dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya
~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian
dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih;
selancar, berselancar 1. bermain lancang-lancang; 2. meluncur di
atas air (dgn papan dll);
melancar 1. bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~
dgn lajunya meninggalkan tempat itu; 2. menghafaz, selalu
mengulangi pelajaran: engkau bukan tidak pandai, tetapi engkau
malas ~ di rumah;
melancarkan 1. memulakan (menggerakkan) sesuatu dgn cepat,
meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg
memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan
dgn cepat (licin), melicinkan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan
ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau
mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka
teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam;
gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama
lagi; bagai pucuk dilancarkan prb pergerakan yg terlalu cepat;
memperlancar membuat supaya lebih lancar;
memperlancarkan menjadikan lebih lancar: urutlah bahagian yg
kejang utk ~ oksigen;
terlancar-lancar sl (dgn) terlalu cepat, tergesa-gesa: adapun kita
sekalian berjalan jangan ~ dahulu kerana negerinya sudah
hampir;
kelancaran 1. kecepatan (melakukan sesuatu), berkata-kata dll),
kepantasan, kelancangan: barangkali abangnya akan memarahi dia
kerana ~ mulutnya itu; 2. kelicinan (dlm mengusahakan atau
membuat sesuatu): konfrontasi tidak sedikit pun menyentuh
kepesatan dan ~ kita utk membangun;
pelancaran perihal atau perbuatan melancarkan (memulakan
sesuatu gerakan, rancangan, dll): ~ kempen kebersihan oleh
Perdana Menteri;
pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket dan
projektil, supaya bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket.
lancar II; lancaran sl sj perahu yg laju: pd ketika itu kelengkapan Suir
dua puluh ~ bertiang tiga.
lancar III; pelancar 1. = pelancaran ark pelantar, pelantaran; 2. kayu
palang (baluk) yg menghubungkan dua tiang.
lancar-lancar sj burung, pipit padang, Anthus novaeseelandiae
malayensis.
lanci motobot yg biasanya digunakan sbg bot pengangkutan.
lancing Jw = lancingan ark seluar.
lancip tirus ke hujung, runcing: mereka memakai topi ~ yg meruncing di
atas kepala;
melancipkan meniruskan (menghaluskan) ke hujung, menajamkan.
lancong; melancong melawat sambil melihat-lihat (bersenang-senang):
dia bercadang utk ~ ke luar negara pd tahun hadapan;
pelancongan 1. perihal melancong: dlm ~ itu kami sempat
menikmati keindahan Kebun Raya Bogor; 2. perihal orang
melancong dan perkhidmatan yg berkaitan dengannya:
menggalakkan perusahaan ~ di negara ini;
pelancong orang yg melancong: kedua-dua bandar itu selalu
dilawati ~ kerana pemandangannya yg cantik.
lancung I 1. tidak tulen (barang-barang dll), palsu: emas ~; 2. tidak jujur,
tidak sebenar-benarnya, curang: cintamu kepadaku selama ini ~,
palsu, sekali-sekali bukan cinta sejati; sekali ~ keujian seumur
hidup orang tak percaya prb sekali diketahui perangai yg buruk
sepanjang masa orang tidak percaya lagi;
melancung, melancungkan membuat palsu atau tidak benar,
menipu: ~ wang;
lancungan (barang-barang) tiruan atau palsu: paun emas itu
digantinya dgn paun ~;
kelancungan keadaan yg tidak tulen (betul, jujur, dll), kepalsuan.
lancung II sj tumbuhan (rumput), Leptaspis urceolata.
lancur I; melancur memancur atau memancut, mencucur: bomba itu pun
sangatlah bocor, sepanjang jalan habislah ~.
lancur II lelancur.
lancut I; melancut memancut (air dll), menyembur dgn kencang;
terpelancut ki terkeluar dgn tiba-tiba: suara Yunus ~ drpd
mulutnya.
lancut II tidak berguna, sia-sia.
landa I; melanda 1. memasuki atau menimpa (sesuatu) dgn keras (hebat,
paksa), melanggar, merempuh, menempuh: sekali bergegar juga
gubuk itu dilanda angin; kalau musuh hendak ~ tanah air kita,
langkah mayat pemuda pemudinya dahulu; 2. ki menimpa
(menguasai): sekarang putus asa ~ jiwanya;
melandai menempuhi (dgn paksa), melalui: ia ingin mencari hidup
yg lebih bagus drpd yg pernah dilandainya;
terlanda terlanggar, dirempuh: ingat, jangan ~ anak isteri orang
apabila berjalan-jalan di pasar;
landaan hasil melanda, rempuhan: kesan drpd ~ hujan asid itu;
pelandaan perbuatan melanda: peluasan kuasa penjajah
merupakan satu proses ~ yg agak mustahil dapat dibendung.
landa II; melanda mencari bijih dgn dulang, melimbang, mendulang: air
dan lodak itu dilanda utk mengasingkan bijih logam drpd lodak yg
lain;
pelanda orang yg (tugasnya) melanda, pendulang.
landa III Jw ark air abu.
landahur ark sj orang yg besar badannya.
landai I = melandai menurun tetapi tidak curam (tanah, pantai, dll),
cenderung: di lembah sungai yg cerunnya ~ dibina jalan raya dan
jalan kereta api; pelantar laut yg ~ di sepanjang pantai;
terlandai tercampak ke pantai, tersadai, terdampar: tong-tong
lapuk terapung dan ~ di pantai;
landaian lapangan (tanah, pantai, dll) yg landai.
landai II; landaian hulu keris.
landak sj binatang yg kulitnya berduri; ~ batu = ~ nibung sj landak,
Atherurus macrourus; ~ raya = ~ tunggal, Hystrix brachyura; ~
laut sj karangan laut yg berduri kulitnya; bunga ~ = empedu ~ sj
tumbuhan (pokok kecil), Barleria prionitis; menduri ~ = sbg duri ~
jari yg halus tirus lagi cantik (pd perempuan).
landang; lalu-~; lalu II.
landap sj tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bunga tembaga suasa,
Crinum asiaticum.
landas I 1. alas, lapik: ~ memotong kayu; 2. asas yg mendasari sesuatu
(objektif, idea, dsb): ~ itu sebenarnya sekadar suatu teori utk
menjangkau sesuatu;
berlandas mempunyai (berlapik atau beralas dgn) landas: bangku
pemotong kayu itu ~;
berlandaskan 1. mempunyai sesuatu sbg landas atau landasan:
papan itu dipotong ~ bongkah kayu; 2. berdasarkan, beralaskan:
prinsip-prinsip Rukun Negara yg ~ agama;
melandasi menjadi dasar (asas) kpd: sesungguhnya kajian
lapangan yg ~ tulisan ini sangat terbatas; tindakan ini dilandasi
oleh peraturan-peraturan yg telah ditetapkan;
melandaskan 1. memasang landas atau landasan pd; 2.
mendasarkan, mengasaskan: bukanlah menjadi suatu kesalahan utk
~ penerangan guru pd huraian-huraian yg terdapat dlm teks
tersebut;
landasan 1. = pelandas ark alas, pengalas, penahan (ketika
menempa besi dll), pelapik; ~ kereta api besi tempat kereta api
bergerak; ~ terbang kawasan (yg keras) tempat kapal terbang turun
atau naik; 2. ki dasar, asas jalan: orang ramai tidak akan
menentang kamu selagi kamu berjalan di atas ~ yg betul; konsep
bahasa tinggi menjadi ~ kertas kerja ini; kamu berjalan di atas ~
yg betul;
berlandasan 1. menggunakan landasan, berlapik atau beralasan:
mencencang ~, melompat bersetumpu, menjunjung bersenggulung;
2. mempunyai sesuatu sbg alasan (dasar), beralasan, berdasar.
landas II; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), mahang bulan (serindit, tekukur),
Macaranga triloba; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), gadinggading,
lada burung besar, Greenia corymbosa.
landas III Sr, Sb musim tengkujuh.
landau I ark; melandau mencebak (bijih yg masih tertinggal).
landau II sj kereta kuda yg beroda empat.
landrad IB ark mahkamah perbicaraan.
landrente IB ark cukai tanah (drpd hasil tanaman rakyat).
landros IB ark tuan tanah (sesuatu kawasan), pegawai pentadbir di
daerah.
landskap 1. pemandangan alam sesuatu kawasan yg mengandungi unsurunsur
spt bukit bukau, sungai, dan tumbuh-tumbuhan, terutamanya
pemandangan pedesaan; 2. catan, lukisan, dsb yg menggambarkan
pemandangan alam; 3. seni taman yg memaparkan ciri-ciri
pemandangan alam.
landuk sj ikan laut, Lethrinus spp.
landung I panjang ke bawah (tali, seluar, dll), labuh;
melandung 1. memanjang ke bawah, melabuh; 2. kendur, tidak
tegang (tali yg terentang);
melandungkan 1. memanjangkan ke bawah, melabuhkan; 2.
mengendurkan.
landung II sj ikan laut, Dorosoma chacunda.
landung III; ~ padi sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sasaran,
Conocephalus subtrinervius.
landur; melandur 1. tidak tegang atau cekang, labuh ke bawah,
melandut, kendur; 2. lemah lutut (kerana penat berjalan);
melandurkan 1. menyebabkan landur (tidak tegang dsb),
melandutkan, mengendurkan; 2. menyebabkan landur (lemah lutut).
landut; melandut melengkung ke bawah (tali yg direntang dll), tidak
tegang, kendur;
melandutkan menjadikan melandut (kendur), mengendurkan.
lang I sj burung pemangsa dlm famili Accipitridae; ~ barat = ~ kepala
putih, Circus aeruginosus; ~ belalang burung rajawali,
Microhierax caerulescens; ~ berjambul, Spilornis cheela; ~
gunung, Spizaetus nipalensis; ~ hitam, Ictinaetus malayensis; ~
ikan, Heliaeetus leucoryphus; ~ jambul = ~ malam,
Machaerhamphus alcinus; ~ kanguk, Icthyophaga spp.; ~ laut = ~
putih = ~ siput, Heliaeetus leucogaster; ~ lebah, Pernis apivorus;
~ merah = ~ tembikar, Haliastur indus; ~ rintik, Bustatur indicus;
~ sewah = ~ tikus, Elanus caerulens; ~ sikap, Accipiter trivirgatus;
~ tiram, Pandion haliaetus; burung ~ ling sj burung,
Anthracoceros malabaricus;
~ menerap buaya prb pemuda yg merenggut bunga drpd sanggul
seorang gadis; ~ pungguk ~ berikan, tidur siang berjaga malam
prb orang jahat (pencuri) yg tidur siang dan berjaga malam; di
tempat tiada ~, kata belalang, akulah ~ = tak ~ si pungguk menjadi
~ prb di tempat tiada orang yg pandai si bodoh mengaku dirinya
cerdik; pantang ~ dgn ayam lambat-laun disambar juga prb
dikatakan bkn sesuatu yg tidak baik apabila diperdekatkan.
lang II ark bp selang (waktu), antara, lat; ~ sehari selang sehari.
lang III Jk sj meja tempat menaruh atau menjaja barang-barang.
langah; melangahkan membuka lebar-lebar atau luas-luas, mengangakan
(mulut dll);
terlangah terbuka lebar-lebar (mulut dll), terbelangah, ternganga:
ternganga bagai gua ~.
langak; ~-languk = ~-longok memandang-mandang (spt ada benda atau
orang yg dicari-cari);
melangak memandang (ke atas), memandang dgn mendongakdongakkan
kepala: aku ~ ke atas dan nampak buah pisang yg tidak
ada jantungnya lagi.
langap; melangap membuka mulut dll luas-luas.
langau sj lalat (pikat) besar yg menggigit; ~ hijau lalat yg berwarna hijau
dan berdengung-dengung bunyinya;
bagai ~ di ekor gajah prb orang yg menurut kemahuan orang besar
atau orang yg pandai; hinggap bak ~ titik bak hujan = hinggap saja
bagai ~ prb sesuatu yg berlaku dgn tiba-tiba; masuk ~ ke mulutnya
prb terlalu hairan sehingga ternganga mulutnya.
langgah I; melanggah Kd minum banyak-banyak (dgn sekali gus): Nong
~ air dgn agak gelojoh.
langgah II Kd (ketawa dll) dgn kuat dan berlebih-lebihan.
langgai I sj belat utk menangkap ikan.
langgai II kulit buah kacang dll drpd kumpulan Leguminosae.
langgai III sj ikan laut, Trichiuridae.
langgaian Mn para-para (tempat membiarkan kacang, timun, dll naik),
junjung.
langgak Mn; melanggak; lenggak.
langgam Mn 1. cara, kaedah, laku, adat kebiasaan: menurut ~ dan
pandangan orang-orang kampung, abang masih dipandang hina;
2. irama lagu yg digemari ramai (lwn irama asli): lagu-lagu ~ dan
asli.
langgan; berlanggan, melanggan membeli dgn tetap (surat khabar,
majalah, dll): kami ~ tiga buah surat khabar; boleh dikatakan
semua majalah keluaran tanah air dilanggannya;
berlangganan membeli dgn tetap: mereka sudah lama ~ dgn Wim
tentang barang-barang seludupan;
langganan 1. = pelanggan; 2. penjual yg tetap; 3. hubungan jual
beli atau urus niaga yg tetap (antara seseorang penjual dgn pembeli
yg selalu membeli daripadanya); 4. = wang ~ pembayaran yg tetap
(kerana berlanggan);
pelanggan 1. pembeli (surat khabar, majalah, dll) yg tetap: makin
bertambah ramailah ~nya dan kedainya pun bertambah besar
pula; 2. orang (syarikat) dsb yg membayar kpd seseorang spt
peguam (pembina dsb) utk mendapatkan atau melakukan sesuatu
bagi pihaknya.
langgang; tunggang-~; tunggang.
langgar I laga, rempuh, serang, tempuh; ~ adat = ~ bahasa biadap, tidak
sopan; ~ jangan beragak menyerang dgn sungguh-sungguh; ~ lari
perbuatan melanggar (di jalan raya) kenderaan lain, orang, dsb,
tanpa menunggu atau membuat laporan polis;
berlanggar, berlanggaran 1. berlaga (kereta dll), beradu,
berhantuk: sebuah motokar telah ~ dgn sebuah lori di batu 10
jalan ke Pahang; 2. = berlanggar-langgaran saling menyerang:
setelah bertemu dgn kelengkapan Mengkasar lalu berperang
berlanggar-langgaran; 3. tidak mengikut (adat, resam, dll),
berlawanan dgn, bertentangan dgn: kalau melakukan sesuatu,
janganlah sampai berlanggaran dgn undang-undang;
melanggar 1. merempuh, melanda, melanyak: seorang kanakkanak
telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk
menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya
musuh akan ~ melainkan adapun sebab beta memanggil orang
besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka
pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~
Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd
(undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~
undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak
mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~
sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong;
melanggarkan melandakan, mengadukan, merempuhkan: maka
gajah itu dilanggarkan baginda ke balairung;
terlanggar 1. tersadung, terempuh, dirempuh: ia hampir tersungkur
kerana ~ bungkusan kain baju; 2. melanggar (peraturan, undangundang,
dll): barang siapa yg memegang dia, tentu akan ~
pantangan;
perlanggaran perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan,
kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori
di batu empat jalan Kuantan-Gambang;
pelanggaran 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~
orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2.
perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undangundang,
peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana muridmurid
tidak menghormati peraturan sekolah;
pelanggar orang atau sesuatu (spt kereta dll) yg melanggar: apabila
undang-undang itu dilanggar maka si ~ akan dihukum.
langgar II surau, madrasah: suara azan dr ~ di hujung kampung itu baru
sahaja hilang dr udara.
langgar III Br bahagian yg beratap dan menganjur dr ibu rumah.
langgas tidak terikat pd sesuatu atau pd orang, bebas.
langgeng Jw selama-lamanya, abadi, kekal;
kelanggengan keadaan yg kekal.
langguai sj tepak sirih yg bulat (dibuat drpd tembaga).
langguk Kl 1. tinggi sekali (layang-layang dll); 2. Jw congkak, sombong.
langgung I; melanggungkan meletakkan atau menyandarkan pd: Karim
berpaling dan ~ pahanya pd punggung Jalil.
langgung II = ~ batu = ~ paam sj tumbuhan (pokok), meranti paam
(paang), seraya batu, Shorea brateolata.
langi sj ikan laut, tenggiri, Scomberomorous spp.
langir 1. sj tumbuhan (pokok kecil), Albizzia saponaria; ~ buaya sj
tumbuhan (pokok renek), setampin, tampin hutan, Malltous
griffithians; ~ tengkawas sj tumbuhan (pokok), medang (kuning,
merah), mempat jantan, Cryptocarya ferrea; 2. pencuci rambut
(badan, keris, dll) biasanya dgn menggunakan bahan-bahan
tradisional (spt sintuk, limau purut, dsb);
berlangir, melangir membersihkan rambut (badan, keris, dll) dgn
langir: kalau dia mandi, bukan main lamanya, berbedak ~ dahulu;
maka segera dilangirnya dan dimandikan anaknya itu;
melangiri membersihkan rambut atau badan orang lain dgn langir:
Raja Melaka dan Raden Mas Ayu pun dilangiri oleh segala raja yg
tua-tua.
langis I ark; tumpas ~ habis jahanam (rosak).
langis II Br tiada yg tinggal lagi (makanan, duit, dll), bersih.
langit lengkung yg tampaknya biru dan melingkungi bumi: tujuh petala ~;
berasa dlm ~ yg ketujuh senang sekali;
~ berkelikir bumi bertemberang, salah-salah fikir, jadi hamba
orang prb fikiran yg mengikut hawa nafsu itu akhirnya membawa
kpd kehinaan; ~ dapat dilukis sudut kambut diserayakan prb
kesalahan orang lain walaupun kecil tampak tetapi kesalahan sendiri
tidak; ~ menyungkup kepala prb tidak dapat melepaskan diri drpd
perintah orang yg berkuasa (raja); ~ runtuh bumilah terban = ~
runtuh bumi cair prb kehilangan tempat menumpang hidup; di
mana bumi dipijak di situ ~ dijunjung prb hendaklah menurut adat
dan resam tempat yg kita diami; disangkakan ~ itu rendah,
dipandang dekat, dicapai tak boleh prb sebelum mencuba sesuatu
pekerjaan itu janganlah dikatakan mudah atau senang; kalau ~
hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dgn telunjuk prb orang
kecil tidak dapat menolak kehendak orang besar-besar;
melangit 1. menghala (terbang, naik) ke langit; 2. tinggi sekali,
melambung tinggi: tidaklah elok kalau terus-menerus orang itu
dipuji ~; congkaknya ~ sombong sekali; ~ biru; a) terbang (pergi)
ke langit biru; b) berwarna spt warna langit biru.
langit-langit 1. kain yg dipasang di atas bilik (di bawah atap), papan dll
yg dipasang di bawah atap, kain bahagian atas kelambu: baginda
menitahkan pula mereka membentangkan tabir dan ~ yg indahindah
warnanya; 2. bahagian sebelah atas rongga mulut (ada
bahagian lembut dan keras);
berlangit-langit mempunyai langit-langit (bkn kelambu dsb).
langka Jk jarang-jarang berlaku (terjadi, ada, dll);
kelangkaan perihal (keadaan) langka: ~ kata pinjaman Inggeris
dlm dialek Melayu.
langkah 1. gerak kaki ketika berjalan (ke hadapan atau ke belakang):
pasangan suami isteri itu pun berjalan pulang dgn ~ yg berat; 2.
jarak di antara dua belah kaki ketika berjalan: ada kira-kira lima ~
ia meninggalkan tangga rumah, ia berhenti; 3. cara mengerjakan
sesuatu, sesuatu yg dikerjakan, perbuatan: sejak tadi lagi kuketahui
dan kuawasi ~nya; 4. awal perbuatan (perjalanan, pekerjaan, dll); ~
baik (buruk) permulaan yg baik (buruk);
~ bendul a) berkahwin dahulu drpd kakak; b) memperisteri adik
sedangkan kakaknya belum berkahwin; ~ gelombang dua belas
nama gerak dlm pencak silat; ~ kanan mujur; ~ kiri sial (tidak
beruntung); ~ surut undur (langkah ke belakang); mengangkat
(membuka, mengambil) ~ seribu cabut lari (kerana takut dll);
melangkah, berlangkah 1. menggerakkan langkah, menghayunkan
langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2. memulai
perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn tauhid
hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. = melangkahi; 4.
tidak mengikut susunan, melangkau: dilangkahnya beberapa
perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark melalui,
menempuh: ~ lautan;
melangkahi 1. melampaui, melangkaui: ia terus ~ tangga; 2.
melanggar, tidak mengikut tatatertib (peraturan dll), menyalahi:
perbuatan spt itu dianggap telah ~ adat Melayu; adat bermain
pantai itu sudah menjadi adat pusaka yg tak boleh dilangkahi lagi;
~ bendul langkah bendul; ~ laki bermukah (bkn perempuan yg
sudah bersuami);
melangkahkan 1. menggerakkan langkah, menggerakkan kaki
kerana berjalan: dia ~ kakinya mundar-mandir mengelilingi Kota
Melaka; 2. memulakan perjalanan atau pelayaran (perahu dll);
langkahan hasil perbuatan melangkah: harimau itu berhenti drpd
meneruskan ~ kakinya;
kelangkahan 1. suami yg isterinya berlaku curang; 2. didahului
adiknya berkahwin, kelampauan; 3. Jk dilangkahi atau dilalui;
pelangkahan 1. perihal melangkah (melangkahi, melangkahkan); 2.
= pelangkah permulaan sesuatu pekerjaan (pelayaran, tindakan,
dll): menurut ilmu ~ ini alamat buruk; pd kali ini barulah
pelangkahnya betul kerana waktu ia sampai bapanya sudah balik.
langkai Mn lampai, ramping.
langkan 1. serambi atau beranda yg berkisi-kisi dindingnya: lain drpd
bilik tidur dua buah, ada pula ~ dan tempat makan; 2. Jk pagar
jambatan dll yg berkisi-kisi.
langkap I sj tumbuhan (palma), Arenga westerhouti; akar ~ sj tumbuhan
(pokok memanjat), Tinomiscium petiolare.
langkap II bahagian tepak tempat menyimpan sirih.
Langkapura Pulau Sailan, Sri Lanka.
langkara sl  lengkara.
langkas I ark cergas, pantas, tangkas.
langkas II gugur kerana sudah masak (bkn buah-buahan spt durian dll),
habis musim buah-buahan; ~ buah kepaya prb perihal sesuatu yg
mustahil;
selangkas semusim (drpd berputik hingga masak dan gugur).
langkat I sl tiga hari lagi dr sekarang, tulat.
langkat II berlapis (tikar dll): diletakkan di atas peterana ciu dua belas
~.
langkau = terlangkau dilangkahi atau dilampaui (bacaan, perbuatan, dll);
melangkau melangkahi atau melampaui, tidak mengikuti susunan,
menyelang-nyelangi: bacaannya melangkau-langkau sahaja;
melangkaui melalui, melewati: mereka dapat ~ kubu-kubu Jepun
yg kuat.
langking ark hitam.
langkisau angin keras dan tidak menentu haluannya (pd peredaran
musim).
langkitang Mn sj siput.
langkup; terlangkup terlingkup (perahu dll), terbalik: perahunya telah ~
tetapi masih timbul.
langlai longlai; lemah-~; lemah.
langlang 1. = melanglang menjalani (utk memeriksa dll), mengelilingi; 2.
orang yg mengembara (meronda dll), peronda, pengembara; ~
buana peronda dunia.
langsai I 1. sudah habis dibayar (hutang dll), jelas, lunas, selesai: hutang
lama belum ~, hutang baru bertambah pula; 2. sl jelas (rupa,
pandangan, dll), terang: akan Raden Inu setelah matahari ~, maka
barulah ia bangun;
hutang samir belum ~, hutang kajang tumbuh pula prb hutang
dahulu belum dibayar, sekarang berhutang pula; sekali mengorak
pura dua tiga hutang ~ prb menyelesaikan beberapa perkara dgn
sekali lalu (buat);
melangsaikan melunaskan (hutang), menjelaskan, menyelesaikan:
dia ~ hutang ayahnya.
langsai II tirai.
langsai III; melangsai melayang (terbang) dgn cepat: ~ ke dlm awan.
langsam IB, bp lamban, lambat, perlahan-lahan;
melangsamkan menjalankan lambat-lambat, melambatkan.
langsar I panjang lampai, tinggi langkai: tubuh ~ batang menjelai.
langsar II; melangsar (tumbuh) panjang menjalar, bergerak memanjang
perlahan-lahan.
langsar III Mn bernasib baik, bertuah, beruntung.
langsat sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Lansium domesticum; kuning
~ warna (kulit dll) yg putih kekuning-kuningan.
langsi bunyi yg halus nyaring, mendering;
berlangsi, melangsi 1. berbunyi halus nyaring, mendering: suatu
jeritan yg kuat melangsi membelah udara; 2. terbang dgn laju dan
berdenging (spt peluru dll): tali bubut temberang pun berdengungdengung
spt kumbang ~; langsing II.
langsing I lampai (tubuh badan), langkai, ramping: penari itu berbadan ~
dan berkulit kuning langsat;
melangsingkan menjadikan (badan, tubuh) langsing: ~ badan;
kelangsingan perihal (keadaan) langsing: ~ bentuk badannya;
pelangsingan proses melangsingkan: makanan yg lebih baik dapat
menyebabkan pembakaran lemak dlm proses ~;
pelangsing ramuan, ubat, dll yg boleh melangsingkan badan.
langsing II bunyi nyaring yg mendesing: dia disergah oleh salakan ~
anjing-anjing dr luar pondok itu;
melangsingkan menyaringkan (suara);
kelangsingan keadaan langsing: ~ qasidah yg dilagukan oleh
Syeikh Qusairy; langsi.
langsir I kain penutup jendela atau pintu, tirai: kemudian ~ hijau tua yg
diselaknya itu dijatuhkan semula;
berlangsir mempunyai atau dipasang langsir: pintu yg tidak ~;
melangsiri memasang langsir di (jendela dll).
langsir II IB; melangsir 1. mengatur atau menyambung-nyambungkan
gerabak kereta api; 2. bp berjalan-jalan kian ke mari (hilir mudik).
langsir III IB ark tentera yg menggunakan tombak.
langsir IV Mn kurus, kecil tirus.
langsir V sj tumbuhan (pokok), kasai, kelisar, Pometia pinnata.
langsit sj tumbuhan (pokok belukar), gading-gading, nasi-nasi, susun
kelapa hutan, tulang-tulang, Prismatomeris malayana.
langsuir sj hantu perempuan yg berlubang belakangnya (suka
mengganggu orang mengandung dan biasanya mengilai), puntianak.
langsung 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas,
terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya;
dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk
beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau
dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun,
sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang;
kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada
~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm
menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita
memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan
sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi:
kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya
pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau
perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran,
dll): ~ dr sasaran;
berlangsung 1. berlaku (peperangan, keramaian, dll), diadakan,
terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2.
berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp
bersatu (sesudah bernikah);
keberlangsungan perihal terjadinya sesuatu peristiwa: ~
perjalanan peristiwa;
melangsung, melangsung-langsung tidak tersangkut-sangkut atau
terhenti-henti (perjalanan dll), terus-menerus;
melangsungkan 1. melakukan, mengerjakan, mengusahakan:
kedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu; 2.
meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dll): kalimatkalimat
itu tidak mempunyai daya utk ~ rasa penyair kpd
pembacanya;
terlangsung 1. telah dikerjakan atau dilaksanakan; 2. terlanjur
(kelakuan, perbuatan, dll);
~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum
mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau
sudah terlepas tidak dapat ditarik balik;
kelangsungan perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan,
kesinambungan: semuanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni
antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan
cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur
lara;
perlangsungan perihal berlangsungnya sesuatu perkara.
langu bau atau rasa yg tidak sedap: tiba-tiba dia berasa mulutnya ~ dan
berkehendakkan sesuatu utk dihisap atau dimakan.
languk; melanguk mencanguk; canguk.
langut I; melangut 1. memandang ke atas, mencongak, mendongak,
menengadah: jari Ajis menunjuk ke muka akhbar kemudian
kepalanya ~; 2. duduk termenung-menung (membuang masa); 3.
memandang orang sedang makan (seolah-olah meminta);
melangutkan mengangkat (muka, kepala seseorang) supaya
mendongak, mendongakkan, mencongakkan: ~ kepala anaknya.
langut II; melangut berasa rindu (sedih dll).
lanhir IB ark bp tuan tanah.
lanja Jw; melanja berkunjung (ke rumah sahabat dll), bertamu ke,
bertandang;
lanja-lanjaan berjalan-jalan sesuka hati (ke mana suka).
lanjai = melanjai Mn tinggi lampai, langkai, ramping; kurus ~ kurus
kering (susuk tubuh).
lanjam mata bajak.
lanjang I panjang langkai, kecil panjang.
lanjang II ark telanjang.
lanjar I labuh atau panjang (kerana dihulurkan dll), kurus tinggi;
selanjar bersambung-sambung, berterusan: balak ~;
keselanjaran perihal selanjar (bersambung-sambung, berterusan): ~
kerja;
melanjar Jk 1. menjadi atau bertambah panjang (kerana dihulurkan,
tumbuh, dll); 2. menghulurkan (tali dll) panjang-panjang.
lanjar II; lanjaran Jw para-para (tempat tumbuhan spt kacang,
mentimun, dll menjalar dan melilit).
lanjar III terus (tidak singgah di mana-mana lagi), lalu, langsung: kamu
nak ~ ke kebunkah?
berselanjaran berterusan: keadaan ~.
lanji Jw; perempuan ~ perempuan jalang, pelacur.
lanjuk  lanjur.
lanjung 1. tinggi atau panjang halus (tebu dll), tinggi kurus, tinggi
menirus; 2. Mn tinggi.
lanjur 1. ark tersorong atau terlangsung ke depan; 2. terus, tidak berhenti;
melanjurkan melanjutkan atau melewat-lewatkan (masa,
perbincangan, dll), memanjangkan;
terlanjur 1. tersorong ke depan: ~ perahu boleh ditarik; 2.
terlampau, melebihi batas, sudah melakukan (memperkatakan dll)
sesuatu: saya minta maaf atas segala perbuatan saya yg ~ itu;
perangaimu memang sudah ~; 3. = terlanjurkan senyampang,
justeru, sementara: jadi ~ ada peluang bersekolah itu, belajarlah
baik-baik;
terlanjur-lanjur terlangsung atau tersorong jauh (dr batas, ukuran,
dll): kerap mulutnya ~ sahaja menyebut mati;
telanjuran sl kebetulan, senyampang: ~ tuan datang ke rumah ini,
hendaklah anakanda makan nasi sesuap dgn sepertinya;
keterlanjuran perihal terlanjur: kian terasalah olehnya salah
dirinya atas ~nya itu.
lanjut I 1. panjang (cerita, hikayat, dll): adapun perkataan Singapura
berperang dgn Jawa itu terlalu amat ~ perkataannya; 2. lama,
panjang, tinggi (umur): ia masih menjadi mahasiswa walaupun
umurnya sudah ~; 3. mendalam (pengetahuan, penerangan, dll),
saksama, teliti: elok juga saya jelaskan dgn ~ sedikit bkn perkara
ini; 4. berpanjangan, tidak berhenti-henti, berterusan: mereka
bergurau senda ~ hingga tengah malam; 5. panjang (keluhan):
bapa mengeluh ~; 6. labuh (pakaian): dia memakai kain ~ sungguh;
7. lebih tinggi (ilmu, pelajaran, dll): sekolah yg ~; 8. Kd lambat
(gerakan) perjalanan dll: perempuan itu berjalan ~ sungguh;
~ akal panjang akal (cerdik); ~ fikiran cerdik; ~ usia panjang umur;
selanjutnya 1. berikutannya, seterusnya: mereka memikirkan
kemungkinan yg akan dihadapi hari esok dan hari ~; 2. selepas itu,
sesudah itu: ~ Datuk Mufti telah menerangkan segala rukun haji;
berlanjut-lanjut tidak berhenti-henti, berpanjang-panjang,
bersambung-sambung, terus-menerus: suara itu kemudiannya
memanjang dan ~ dan makin melemah pula;
berlanjutan berpanjangan, berterusan, berkekalan: peperangan itu
~ hingga berpuluh-puluh tahun lamanya;
melanjut tidak putus-putus, tidak terhenti-henti (tetap), terus: aku
telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih;
melanjutkan 1. menjadikan panjang atau berterusan, menyambung:
kadang-kadang ia ~ tidurnya hingga fajar menyingsing; ~
perundingan; 2. menambah lagi (pelajaran, pekerjaan, dll),
meneruskan: Hindun bersungguh-sungguh benar hendak ~
pelajarannya lagi; semua yg hadir diminta datang ke gedung
kesenian utk ~ perkenalan;
terlanjut terlebih (ukuran, perbuatan, dll), terlanjur;
lanjutan sambungan (pelajaran, perbualan, dll), tambahan (pd
sesuatu sebelumnya): sekolah menengah ~;
kelanjutan ekoran atau perkembangan (drpd perkara yg berlaku
sebelumnya), sambungan, kelangsungan, kesinambungan: ~ drpd
pertengkaran itu, Bidin dan Bujal tidak bertegur sapa selama dua
hari; bagi membiakkan keturunan dan mengekalkan ~ generasi
manusia;
perlanjutan perihal berterusan (berpanjangan); ~ jenis Id
pembiakan jenis (tumbuh-tumbuhan);
pelanjutan perihal atau perbuatan melanjutkan.
lanjut II sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Mangifera lagenifera.
Lanoh penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Negrito, yg
tinggal di kawasan pedalaman daerah Hulu Perak.
lanolin lemak yg diperoleh drpd bulu biri-biri yg boleh dijadikan bahan
ubat kulit dan kosmetik.
lanset (lansét) (Ubat) sj pisau pembedahan yg mempunyai dua tepian
tajam dan hujung yg menirus.
lansi  langsi.
lansing kayu brek kereta lembu (digantung di belakang rodanya).
lans koperal 1. (pangkat) pegawai tidak bertauliah yg paling rendah (dlm
tentera); 2. pangkat yg setingkat lebih tinggi tarafnya drpd konstabel
polis.
lantai 1. dasar rumah (yg dibuat drpd papan dll); 2. geladak perahu; ~
bilah = ~ pelupuh dasar (rumah dll) yg dibuat drpd belahan buluh; ~
selisih lantai sesebuah rumah yg sebahagiannya kira-kira setengah
tingkat di atas atau di bawah aras lantai yg bersebelahan; besi ~
kepingan besi yg pipih lebar;
datar bak ~ papan, licin bak dinding cermin prb sesuatu hukuman
yg adil atau fikiran (pertimbangan) yg baik; mencari ~ terjungkit
prb suka mencari kesalahan orang bawahan supaya dapat
disengsarakan; menjungkit-jungkit bagai bilah ~ prb hal kelakuan
yg mengada-ngada akan sesuatu yg baru diperoleh (spt kekayaan,
kebesaran, dll);
berlantaikan menggunakan sbg lantai: bangunan lama itu
beratapkan rumbia, ~ dan berdindingkan papan;
melantai 1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt
lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb
sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat.
lantak 1. pukul (supaya masuk, padat, dll), pantak; emas ~ emas yg
berbatang-batang; senapang ~ senapang yg ubat bedilnya diisi dr
mulut; 2. membuat sesuatu dgn sesuka hati: biar ~ dia berbuat
begitu;
melantak 1. memukul kuat-kuat, menghentam, memantak: dilantak
kepalanya ke dinding; 2. bk melakukan sesuatu dgn sesuka hati
(cepat-cepat, gelojoh, sungguh-sungguh dsb), menggasak: di
belakang kami, mereka itu ~ sate dan semua makanan yg
terhidang;
melantakkan memasukkan sesuatu dgn dipukul (dipantak dll),
memantakkan;
lantakan; emas ~ emas lantak; senapang ~ senapang lantak;
pelantak besi penghentak peluru senapang (meriam dll), tukul,
antan pelocok (bomba dll).
lantam I bunyi (suara dll) yg kuat;
melantamkan 1. bersuara dgn kuat atau keras; 2. ki menjalankan
diayah (propaganda dll).
lantam II bongkak, congkak, sombong;
melantamkan berasa sombong (megah, bangga, dll);
kelantaman perihal lantam.
lantan Mn ark; melantan menjaga, memelihara; ~ anak terlalu sangat
memanjakan anak; ~ badan menjaga badan baik-baik; ~ kain
memakai kain yg kasar utk menjaga kain yg bagus-bagus.
lantang 1. = melantang kuat dan jelas didengar (suara dll), jelas
kedengaran: suaranya ~ bertengkar dgn orang di sebelah rumah;
suaranya melantang di dlm seluruh ruang masjid; 2. terang dan
nyata (pemandangan), luas dan jelas;
melantangkan menguatkan (suara dsb) supaya lantang: ~ suaranya
supaya jelas didengar;
kelantangan perihal lantang: kerana ~ cakap setengah-setengah
tokoh politik, perhubungan antara kaum telah tidak
menyenangkan.
lantanida (Kim) unsur nadir bumi yg bernombor atom di antara 58 hingga
71.
lantanum (Kim) sj unsur logam.
lantar I; melantarkan 1. menimbulkan (sesuatu perkara), menyebabkan;
2. menyampaikan (permohonan, permintaan, dll), mengusulkan,
mengemukakan;
lantaran 1. hal yg menjadi sebab sesuatu perkara; 2. kerana, sebab:
~ cantiknya, orang segan mengambilnya menjadi babu; ~ itu
kerana itu;
pelantaran; dgn ~ dgn perantaraan atau pertolongan;
pelantar orang yg menyampaikan atau mengemukakan
(permohonan, permintaan, dll), pengantara.
lantar II; terlantar 1. terletak di: berbulan-bulan lamanya dia ~ di
rumah sakit; 2. dlm keadaan yg tidak dijaga atau dipelihara, terabai,
terbiar: anak yg dikasihinya itu begitu ~ dan terbiar di tengahtengah
masyarakat;
menterlantarkan membiarkan terabai atau tidak terpelihara, tidak
mempedulikan: dia takut utk bernikah dgn Leman, takut dia akan
diterlantarkan sebagaimana perempuan-perempuan lain.
lantar III pelantar I.
lantas 1. tidak berantara, langsung, terus: dgn malas aku bangkit dan ~ ke
dapur; 2. langsung masuk (terus), sampai ke: ~ dlm kenangannya
itu bagaimana kegembiraannya pd hari dia berkahwin; ~ akal
termakan (diterima) akal; 3. terus, tembus (ke belakang dll); 4.
kuasa, sanggup (mengerjakan sesuatu): ~kah abang meneruskan
perniagaan itu jika kita tambah modalnya?
melantas tidak singgah atau berhenti di mana-mana, langsung;
melantasi terus ke belakang, menembus, menobros: sinaran itu
tidak ~ cermin, ia hanya dipesongkan oleh pembalikan; bor itu
sudah ~ ke balik kayu itu;
melantaskan menyampaikan, mengemukakan (sesuatu hal dll),
meneruskan; ~ angan (maksud) a) hidup merantau; b) melakukan
kehendak hati; ~ dendam melepaskan dendam;
terlantas terus masuk, tembus langsung;
berkelantasan ark terus-menerus (tidak berantaraan).
lantik I; melantik mengangkat dgn rasmi (menteri, orang besar-besar,
dll), mengangkat seseorang utk memegang sesuatu jawatan:
kerajaan telah didesak supaya ~ seorang drpd kaum itu menjadi
anggota kabinet;
pelantikan, lantikan perihal (tindakan) melantik: mereka gembira
atas ~ Tun Perak menyandang jawatan Bendahara; Majlis Raja-
Raja mestilah ditanya terlebih dahulu sebelum lantikan dibuat;
pelantik orang yg melantik.
lantik II Mn lentik.
lantin ark sj lampu, lentera.
lanting I Mn; melanting melempar, membaling, membuang (kayu, batu,
dll) kpd sesuatu benda; ~ menuju tampuk, berkata menuju benar
prb setiap usaha itu ada maksudnya;
melantingkan melemparkan, membalingkan: rokoknya
dilantingkan ke pinggir jalan;
terlanting, terpelanting 1. terbuang, terlantar; 2. ki sudah tidak
berguna lagi.
lanting II lonjak, lompat;
berlanting, melanting melonjak-lonjak, bergerak-gerak turun naik:
malang ~ buluh pecah;
melanting-lanting bagai cacing kepanasan prb tidak senang
ataupun selalu gelisah (kerana susah, malu, dll); setinggi-tinggi
melanting jatuhnya ke tanah juga prb walau ke mana juga
seseorang pergi kelak kembali juga ke negeri sendiri.
lanting III Jw; melanting membimbit atau menjinjing.
lanting IV  lantin.
lanting V Br sj jeti terapung.
lantuh Br 1. hanyir; 2. rasa spt rasa ikan mentah.
lantul  pantul.
lantun; melantun 1. membuang balik, memantul, menganjal: tudung pen
itu ~ di atas meja; 2. ki terkena semula (pd seseorang): soalan ini ~
balik kpd kamu sendiri;
melantunkan menyebabkan menganjal atau mengambul,
mengambulkan;
lantunan gerakan melantun.
lantung I bunyi yg kuat (spt bunyi letupan dll);
lantung-lantung, lantung-lantang bunyi (bising) yg tidak menentu:
lantung-lantang bunyi tukang kayu bekerja;
melantung berbunyi dgn kuat, membuat bising.
lantung II bau busuk yg keras: luka itu ~ baunya; busuk ~ bau yg busuk
sekali;
melantung mengeluarkan bau busuk, berbau busuk.
lantung III Mn; berlantung bersentuhan, bertemu, terlalu rapat;
melantung menyentuh, mengenai (dgn tangan dll), memukul; ~
orang memukul orang;
terlantung tersentuh, terhantuk, terlanggar: alu ~ patah tiga.
lantur; melantur menyimpang jauh-jauh (fikiran dll), terpesong drpd
matlamat: saya mahu menyela sebelum perbicaraan ~ ke manamana;
melanturkan menyimpangkan, memesongkan, menyesatkan
(fikiran, ingatan, dll).
lanun perompak laut, bajak laut;
melanun merompak spt lanun (di laut);
pelanunan perbuatan atau kegiatan melanun: ~ di perairan itu
semakin menjadi-jadi.
lanus ark; melanus dapat dilihat (benda yg dibungkus atau dibalut).
lanyah berlumpur, becak, lecah;
melanyah menjadikan becak, melecahkan.
lanyak; melanyak 1. memijak-mijak (tanah dll) hingga hancur atau
bergaul betul: tanah itu dilanyak-lanyak dahulu sebelum dimasak
menjadi bata; 2. ki tidak mengendahkan, memandang sepi (seolaholah
menghina); 3. Mn memukul dgn kuat.
lanyard (Marin) tali yg diikat wisel dsb padanya dan digantung di leher.
lanyau lumpur (yg nampaknya keras tetapi terbenam kalau dipijak), lanau;
umpama ~ di air, sebarang tertadung menjadikan daki prb
melakukan perbuatan yg jahat tentu akan menerima balasannya;
melanyau bermain lumpur di: kali ini mereka bermain becak pula,
dilanyaunya halaman itu.
laos Jw lengkuas; ~ jambek = ~ mekah sj tumbuhan (herba), Canna
edulis.
lap = kain ~ kain utk menyapu; kertas ~ kertas utk mengeringkan dakwat;
mengelap menyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka:
dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah
sedikit saya boleh lap;
mengelapkan menggunakan sesuatu utk mengelap: dia ~ tuala pd
tumpahan itu;
pengelapan perbuatan (kerja) mengelap;
pengelap sesuatu (kain dll) yg digunakan utk mengelap.
lapah I; melapah 1. mengupas kulit dan memotong-motong binatang
(kerbau, lembu, dll) yg telah disembelih: Pak Pandir pun tampillah
~ kerbau itu dgn Mak Andeh; 2. memotong (memakan) daging
besar-besar: darahnya sama dicecah, dagingnya sama dilapah;
hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah prb
pembahagian yg sama banyak (yg adil);
pelapah sesuatu (spt pisau dsb) yg digunakan utk melapah daging
dsb.
lapah II kotak rokok (dibuat drpd logam), celepa, selepa.
lapak I Mn; berlapak bersulam benang emas atau perak, bersongket.
lapak II Sr botak bahagian tengah atau bahagian belakang kepala:
umurnya masih muda tetapi kepalanya sudah ~ kerana terlalu
banyak berfikir dan menghadapi masalah.
lapan delapan; ~ belas sepuluh ditambah lapan (18); ~ puluh hasil darab
lapan dan sepuluh (80); ~ ratus hasil darab lapan dan seratus (800);
berlapan dlm kumpulan lapan orang dsb, lapan bersama: mereka ~
dipilih utk menyertai rombongan itu;
berlapan-lapan dlm satu kumpulan lapan orang dsb (bkn banyak
atau beberapa kumpulan): berbaris ~;
kelapan yg nombor lapan (menurut urutan, giliran, dsb), kedelapan:
gilirannya yg ~;
kelapan-lapan lapan-lapan sekali, kesemuanya lapan: ~ orang
anaknya pulang ke kampung pd hari raya itu;
perlapan bahagian drpd sesuatu yg dibahagi lapan; satu ~ = se~
satu bahagian drpd benda yg dibahagi lapan.
lapang I 1. tidak sempit, lega, luas (kawasan dll): jangan bermain di sini,
pergi ke tempat ~; 2. terluang (waktu dll), tidak sibuk, senggang:
apabila ada masa ~, kita akan berbincang lagi; 3. kawasan (yg
luas), tapak (tempat) mendirikan atau mengadakan sesuatu: tanah
itu dicadangkan utk ~ sekolah;
~ dada = ~ hati a) berasa senang dan lega; b) sabar; ~ fikiran tidak
diganggui, tenang; ~ kira-kira senang hati, lega; ~ pengetahuan luas
pengetahuan; ~ perut selalu hendak makan;
berlapang, berlapang-lapang tidak terhalang, bebas, leluasa: ~
hati sabar;
duduk seorang bersempit-sempit duduk bersama berlapang-lapang
prb perundingan menghasilkan fikiran yg lebih bernas drpd fikiran
kita seorang;
melapangi 1. memberi tempat dll yg lapang, melonggari: penonton
mesti ~ sedikit agar orang yg pengsan itu dapat bernafas; 2. ki
memberi pertolongan (bantuan);
melapangkan 1. menjadikan lapang, melebarkan, meluaskan:
orang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu; ~ dada =
~ hati menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg
dikehendaki utk menerima Islam; 2. meluangkan (masa dll),
menyenggangkan: saya tidak dapat ~ waktu kerana banyak urusan;
memperlapang menjadikan lebih lapang;
lapangan 1. kawasan atau tempat yg luas, gelanggang, medan,
padang; ~ bola padang tempat bermain bola; ~ terbang tempat
kapal terbang turun naik; 2. bidang (pengetahuan, kegiatan,
pekerjaan, dll), jurusan, lingkungan: mata pelajaran ini meliputi ~
kejuruteraan yg amat luas;
kelapangan 1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan,
kesenangan: dia semata-mata minta ~ pd tempat yg sempit; 2.
keluangan waktu, masa yg terluang (tidak sibuk): tiap kali ada
masa ~, dia akan menemui Nahidah; minggu depan tuan ada ~? 3.
kelegaan (fikiran, kedudukan, dll), kemudahan: masyarakat selamalamanya
mencari ~ dan kebebasan;
pelapang; ~ dada orang yg sabar.
lapang II sj tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, daup-daup,
dedaup, Bauhinia comifolia.
lapar berasa hendak makan (kerana perut kosong): biar Si Ali makan dgn
emaknya, kita tidak ~ lagi; ~ dahaga perut kosong dan haus; ~
mata Kl hendak memiliki (mempunyai dll) dgn berlebih-lebihan; ~
pedal Kl lapar perut; orang ~ diberi nasi, orang haus diberi air prb
memperoleh sesuatu yg diingini;
berlapar menanggung lapar, berasa lapar: seseorang ibu itu
sanggup ~ kerana kasihkan anaknya;
melaparkan 1. sengaja menjadikan lapar, membiarkan perut
kosong: binatang itu telah dilaparkan beberapa hari; 2. ki mahu
kpd, bernafsu kpd: banyak buaya yg laparkan bangkai;
kelaparan 1. dlm keadaan lapar, menanggung lapar: ia menangis
mengongoi spt kanak-kanak ~ susu; 2. tidak cukup makanan,
kekurangan makanan: jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa
buah negara.
lapari lampari.
lapat-lapat Jk sayup-sayup (kedengaran atau kelihatan), tidak jelas.
lapel (lapél) (ERT) kelepet di bahagian dada kot atau jaket yg bersambung
dgn kolarnya.
lapih Mn; berlapih beranyam, bersirat;
melapih menyirat, mendandan, menjalin: dilapih kelembai kusutmasai.
lapik I 1. alas (tikar, cadar, tiang, dll): ~ duduk; 2. lapis baju sebelah
dalam (utk menebalkan supaya tahan), sampul pd kulit buku dll:
baju dan lengan, tali pinggang dan ~, biasanya dipotong
memanjang kain; harganya ada tertulis pd ~ kulit buku tersebut; ~
duduk tikar dll tempat duduk; ~ kaki selipar (terompah dll); ~ meja
kain, plastik dsb yg digunakan utk menutup permukaan meja; ~
perut sarapan yg dimakan supaya tidak berasa terlalu lapar; ~ tiang
(batu dll) pengalas tiang;
menggantikan ~ prb mengahwini janda saudaranya; se~ seketiduran
sebantal sekalang hulu prb terlalu karib; sudah bergulung ~ sahaja
prb hal orang yg terlalu miskin;
berlapik mempunyai atau memakai lapik: saya tertidur di atas
lantai yg ~ tikar mengkuang;
berlapikkan beralaskan: dua buah kerusi yg ~ baldu;
melapik; ~ perut makan pagi-pagi supaya tidak terlalu lapar,
menyarap;
melapiki memberi lapik kpd, memasang lapik: matanya merenungi
petak-petak tikar mengkuang yg ~ punggungnya;
melapikkan menggunakan sesuatu sbg lapik;
pelapik sesuatu yg dijadikan lapik, pengalas.
lapik II; lopak-~; lopak IV.
lapir Mn ark berjalin rapat-rapat.
lapis I 1. = lapisan susunan yg bertingkat-tingkat atau bertindih-tindih
dgn satu di atas atau di sebelah yg lain (bkn bumi, dinding, dll),
petala: di bawah kulit binatang terletak se~ lemak yg memanaskan
badannya; maka mereka pun masuklah ke dlm kota yg tujuh ~ itu;
2. barisanatau deretan (yg bersaf-saf): tentera itu berbanjar
beberapa ~; 3. kepingan atau barang nipis yg dilekapkan pd barang
yg lain: ~ bahu baju; ~ emas barang yg disadur dgn emas;
berlapis menggunakan lapis, memakai lapis: di pinggang perak ~,
di dada bintang menabur;
berlapis-lapis terletak berderet-deret atau bertindih-tindih dgn yg
lain, bersusun (satu di atas atau di sebelah yg lain): maka orang
mengepung pun terlalu banyak rupa senjata ~;
berlapiskan menggunakan sesuatu sbg lapis;
melapis bersusun-susun (satu di sebelah atau di atas yg lain);
melapisi memberi lapis kpd: dia berjalan di atas lantai yg dilapisi
permaidani;
melapiskan meletakkan berlapis, memberi berlapis: lipat tepi lapik
ke dalam kemudian lapiskan dua;
lapisan 1. susunan yg bertingkat-tingkat, lapis: biasanya ~ tanah di
bawah permukaan sawah itu menjadi keras utk menahan air drpd
meresap; 2. ki tingkatan dlm masyarakat, golongan: kekuatan
orang Islam dr segenap ~ dapat digunakan utk menentang musuh;
pelapisan perihal (proses atau perbuatan) melapisi atau melapiskan:
~ aluminium pd poliester yg disalut dgn kertas;
pelapis 1. yg menjadi golongan atau tingkatan yg berikutan atau yg
akan meneruskan atau mengambil alih sesuatu tugas dll: kelab ini
juga bertujuan mewujudkan golongan ~ dlm barisan pemimpin
badan penulis di negeri ini; pasukan ~; pemimpin ~; 2. sesuatu
(bahan) yg melapisi: berbagai-bagai bahan boleh digunakan sbg ~
bahan pelindung yg telap air.
lapis II 1. tersayat atau dicarik halus-halus (daging dll); 2. = kuih ~ = ~
legit sj kuih yg dibuat drpd tepung beras atau tepung gandum dan
santan dikukus lapis demi lapis.
lapis lazuli (Geo) sj batu permata yg berwarna biru terang.
lapoi Pl sj jerat (perangkap).
lapor memberitahu kpd, mengadu;
melaporkan membuat pengaduan, mengadukan, memberitahukan:
seorang nelayan ~ bahawa baginda membuat rancangan sulit
hendak merampas kerajaan mentua baginda;
laporan sesuatu yg dilaporkan, maklumat tentang sesuatu
kedudukan (masalah yg dihadapi dll) yg dilaporkan: empat orang
pakar dlm hal ini telah pun membuat ~; ~ tahunan laporan yg
dikemukakan atau dibentangkan setahun sekali dan yg lazimnya
melaporkan (menerangkan dsb) hal-hal penting yg berlaku dsb
sepanjang tahun yg berkenaan;
pelaporan perihal (tindakan) melaporkan (mengadukan,
memberitahukan);
pelapor orang yg melaporkan.
lapuk I 1. bercendawan kerana buruk atau terlalu lama (kayu dll), reput:
koyak penjuru kain itu bukan kerana telah lama atau ~, tetapi
kerana tersangkut; 2. ki terlalu lama atau tua, tidak berguna lagi,
usang;
tidak ~ dek hujan, tidak lekang dek panas kekal dan tidak dipindapinda
(adat dll); ~ oleh kain sehelai prb sejak mulanya beristeri atau
bersuami hanya seorang sahaja; ~-~ diganti, usang-usang dibarui =
usang dibarui, ~ dikajangi prb adat atau kebiasaan lama yg jarang
dipakai dihidupkan kembali;
berlapuk bercendawan (kerana buruk, terdedah, tua, dll), tumbuh
cendawan: barang yg lekas ~ hendaklah dijemur selalu;
melapukkan menyebabkan jadi lapuk, mereputkan;
kelapukan perihal lapuk.
lapuk II Mn; berlapuk-lapuk (bunyi orang) bertepuk tangan;
melapuk menampar, menepuk.
lapun 1. sj jerat atau perangkap kijang (burung dll); ~ duduk jerat yg
bingkas apabila pesawatnya disentuh; ~ tarik jerat yg ditarik; 2.
jaring utk menangkap ikan, sauk-sauk;
melapun menangkap ikan (burung dll) dgn lapun.
lapur; berlapur bergerak-gerak spt ayam berlaga, menggelupur;
melapur menyerang dgn sayap dan kaki (ayam berlaga dll); dilapur
ayam betina prb dikalahkan oleh perempuan.
lara 1. sl sakit (susah) hati, sakit percintaan, pilu sedih: ketika sedang
melayang fikirannya yg ~ itu, tiba-tiba Mawi datang meluru;
sudahlah susah menanggung ~, air mata gugur ke riba; pelipur ~
penghibur hati yg duka atau sedih (orang dan juga hikayat); 2. sakit;
~ wirang Jw sakit hati dan malu;
berlara-lara bersedih-sedih, berdukacita: ia sedar bahawa dirinya
tidaklah seorang di dlm bilik itu utk ~ berterusan sahaja;
melara melarat atau merana (kerana sedih dll): kebanyakannya
orang miskin dan ~ tetapi bukan sedikit orang yg kaya-raya dan
bersenang-lenang;
terlara-lara ark senantiasa bersedih-sedih, menangis dgn amat
sangat.
larah I; berlarah-larahan sl bertukar ganti (lepas seorang, seorang),
berturut-turut: mereka minum beramai-ramai, bersulang-sulangan
dan ~;
melarah mengambil giliran (utk menari dll); dilarah menari diajak
menari.
larah II; berlarah-larah bergalur-galur atau bergaris-garis (batang kayu
dll).
larai Br layar pd perahu, kapal, dll.
larak I ark tidak berdaging (buah durian), dengkel.
larak II 1. sj tumbuhan (pokok), taban, Baccaurea griffithii; 2. sj
tumbuhan (pokok), pisang-pisang, pokok sebaru, Popowia nervosk;
~ api a) sj tumbuhan (pokok renek), jari ayam, kenanga hutan
(paya), Desmos dasymaschala; b) = ~ salai sj tumbuhan (pokok
renek), pisang-pisang, akar sugi, Desmos cochinchinensis; ~ kucing
sj tumbuhan (pokok memanjat), lengkian, Oxymitra latifolia; ~
merah sj tumbuhan (pokok), Polyalthia cauliflora; akar ~ sj
tumbuhan (pokok memanjat), akar pisang-pisang, akar salah hutan,
akar sengolok, Fissistigma fulgens; ~ tahi kucing akar pisangpisang
jantan, Uvaria purpurea; daun ~ sj tumbuhan (pokok
memanjat), daun ekor bukit kampung, Uvaria micrantha.
laram bergaya, lagak, segak;
melaram berhias diri dgn memakai pakaian yg cantik dsb (utk
menunjuk-nunjuk);
pelaram orang yg suka melaram.
laran sj tumbuhan (pokok) dlm famili Rubiaceae, kelempayan, limpoh
(Sabah), entiponi (Sarawak), Anthocephalus chinensi.
larang I; melarang menahan drpd melakukan sesuatu, tidak
membenarkan (mengizinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu
undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat
dijalankan?
melarangkan menjadikan terlarang: Seri Rama ~ pekerjaan itu
kepada kekandanya;
terlarang tidak boleh dikerjakan, tidak dibenarkan, tertegah:
perbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan;
larangan 1. sesuatu yg dilarang atau terlarang: bagindalah yg
meletakkan kekuningan ~; seluruh kawasan hutan di keliling
kampung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang
(sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai
hari Khamis ini;
berlarangan mempunyai larangan, ada larangannya, terlarang: ~
saya menyebut namanya;
pelarangan sesuatu yg dilarang, larangan.
larang II Mn jarang, tidak selalu.
larap I laku (barang jualan), laris.
larap II; melarapkan menghulurkan (tali dll).
larap III Kd terlalu sangat, teruk (penyakit), melampau (perbuatan,
kelakuan, dll).
laras I 1. nada (muzik, nyanyian, dll), tala; ~ bahasa variasi bahasa
berdasarkan penggunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa istana,
bahasa sains, dll), ragam bahasa; 2. = keselarasan, kelarasan;
selaras sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang
mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva;
menyelaraskan memadankan, mencocokkan, menyamakan,
menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~
demokrasi dan sosialisme;
keselarasan, kelarasan perihal sama (sesuai, setimbal, dll),
kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan
pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg
diceritakan terdapat pd syair itu;
ketidakselarasan keadaan tidak selaras;
penyelarasan perihal (tindakan, kerja) menyelaraskan,
penyesuaian: ~ kerja;
penyelaras orang yg kerjanya (ditugaskan utk) menyelaraskan
sesuatu (spt rancangan, projek, dsb), koordinator;
melaraskan 1. menyamakan (nada, tala, dll); 2. menyesuaikan,
memadankan: salah satu drpd tugas buah pinggang ialah ~
kepekatan atau banyaknya garam dlm darah;
terlaras sudah dilaraskan: sistem pengiraan cukai yg ~;
pelarasan perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian; ~ nilai
penyesuaian harga sesuatu benda;
pelaras 1. alat utk melaraskan (memadankan, menyesuaikan): skru
~; suis ~; 2. (Eko) orang yg menaksir, menyelaraskan dan
menentukan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans terhadap
sesuatu kerosakan (kerugian) apabila tuntutan diterima.
laras II 1. bulat lurus atau bulat panjang: buluh yg ~; 2. bahagian senjata
api spt pistol, senapang dan meriam, yg berbentuk spt paip
(pembuluh) tempat laluan keluar peluru apabila senjata api itu
ditembak: di belakangnya tersandang sepucuk senapang ~ dua; 3.
penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk: kami membawa tiga ~
senapang patah.
laras III Mn 1. daerah di Minangkabau (pd zaman Belanda); tuanku ~
pegawai daerah; 2. cara pemerintahan yg mengikut adat: ~ Bodi
Chaniaga cara pemerintahan yg berdasarkan demokrasi; ~ Kota
Piliang cara pemerintahan yg berdasarkan aristokrasi.
laras IV; terang-terang ~ tidak berapa terang, samar-samar.
laras V Mn ark jatuh dgn sendirinya (daun), luruh, gugur; ~ di muncung
seseorang yg lepas cakap;
melarasi habis luruh (daun); raras.
laras suhu alat yg menetapkan suhu (dlm bilik dll) secara automatik,
termostat.
larat I 1. dibawa arus, pergi jauh-jauh, hanyut: ada untung digantung
sauh, kalau tidak ~lah kami; sauhnya ~ sauhnya hanyut (tidak
dapat berkuat); 2. dlm berbagai-bagai erti bermaksud bertambah
sangat (berdukacita, mengembara, dll): makin lama makin ~ , makin
dilupakan makin teringat; hati hiba membawa ~; ~ fikiran a)
terlalu amat sedih; b) tersesar (fikiran); ~ hati sedih hati, lara;
berlarat, berlarat-larat, melarat 1. bertambah jauh (hanyut,
pergi, dll), berpanjang-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll),
berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlaratlarat
dr perkara tembakau sampai ke perkara politik; saya harap
peperangan ini tidak melarat, mudah-mudahan lekas padam dan
berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup
mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat
panjang selalu dlm kesusahan;
memperlarat menjadikan lebih panjang (lama, rumit, dll);
kemelaratan perihal (keadaan) melarat: ~ hidup; salah satu
kecaman Allah ialah manusia yg tidak membantu ~.
larat II terdaya, mampu (utk melakukan sesuatu pekerjaan); tak ~ tidak
terdaya, tidak mampu: tak ~ hendak luluskan tali kerana sakit
tangan;
terlarat berupaya, terdaya: takkan ~ engkau hendak jadi pencuci
kain.
larat III; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek yg memanjat), Melodorum
spp.
larau; melarau menjadi terganggu (oleh kanak-kanak nakal dll).
lare (laré) Pr gerak mula (dlm pekerjaan dll), permulaan bekerja.
largo (Muz) muzik yg dimainkan dgn tempo yg sangat perlahan.
lari 1. = berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan):
mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; lumba ~ 100
meter; 2. menyelamatkan atau melepaskan diri (drpd bahaya,
tahanan, dll): kesemua pencuri itu telah dapat ~ drpd serbuan
polis; maka tuan Puteri Bongsu pun hendak ~lah, malu akan
tuanku Malim Deman; 3. meninggalkan (sesuatu tempat, pekerjaan,
dll) tanpa kebenaran, (dan biasanya pergi ke mana-mana supaya
tidak dapat dikesani): kedua-dua orang pemuda yg ~ masuk hutan
itu akan dihukum; 4. bebas (terlepas, tersisih, dsb) drpd sesuatu
atau drpd terpaksa melakukan sesuatu: ini ialah pembicaraan
formalistik yg tidak ~ drpd konsepnya; kita tidak dapat ~ drpd
membandingkan kedua-dua bahasa kerana dua sebab; 5. bp
perginya, arah, hala, haluan: ke mana ~nya wang tadi? 6.
kecepatan, kelajuan: kuat sungguh ~nya kereta itu; 7. Jk panjang
(sesuatu bidang);
~ celebu Kl, Tr lari dgn pantas; ~ pecut larian pd jarak dekat dgn
kadar yg terpantas;
selari 1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar:
garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa;
garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun ia
dipanjangkan); 2. = selarian seimbang dgn, sesuai dgn: terdirinya
sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak
menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah;
sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya
selarian dan sesuai dgn darjatmu; 3. tidak putus-putus, terusmenerus:
ulasan ~;
berselari dlm keadaan yg selari: ketiga-tiga banjaran itu kira-kira
~ antara satu dgn lain;
menyelarikan menjadikan sesuatu selari (sejajar): persediaan
tersebut hendaklah diselarikan dgn program pembangunan;
keselarian keadaan selari: ~ sinar itu;
perselarian persamaan: imej-imej dlm kedua-dua satira tersebut
ada ~nya;
berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan):
jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~ (-lari)
anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap
berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid
mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik;
berlarian, berlari-larian, berkelarian ark 1. berlari atau berkejar
tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm
keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~
meniarap serta menangis di kakinya; kedua-dua anaknya berlarilarian
datang mendapatkan dia; 3. berlari, berjalan cepat-cepat:
berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang;
melarikan 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang
tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa laju-laju
(kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~ skuternya
ke pejabat; 3. = ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan, dll),
menghilangkan diri: beberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari
perlindungan; ketika patah perang pd minggu yg lalu, ia telah ~
diri; 4. mengalihkan (pandangan dll): Zaini telah ~ mukanya ke
arah lain;
memperlarikan 1. melarikan (memandu kereta dll) dgn laju; 2. lari
melalui;
terlari-lari berlari-lari kerana: ~ ketakutan;
larian 1. perlumbaan (kuda dll); 2. perbuatan (pergerakan) lari: ~
mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api; ~
kuda tempat perlumbaan (kuda dll); 3. jalan kecil sebelah dalam
kubu (kota dll);
pelarian 1. perihal berlari dgn cepat: matanya liar memerhatikan
sekeliling spt mata pencuri dlm ~; 2. = orang ~ orang yg melarikan
diri, pengungsi;
sepelarian sejauh (yg terdaya) berlari; ~ kuda sejauh kuda berlari;
pelari orang yg berlari (dlm sukan dll), orang yg melarikan diri;
~ pecut orang yg berlumba lari pd jarak dekat dgn kadar yg
terpantas; binatang ~ binatang yg kuat berlari.
larih; berlarih-larihan saling memberi minuman, tuang-menuang
minuman;
melarih menuang minuman ke dlm gelas: maka duli tuanku sbg ~
kepadanya ... dan Temenggung dan segala orang besar-besar
melawan minum dgn dia;
melarihi memberi minum kpd (dlm jamuan dll).
larik I; melarik 1. menjadi licin dan bulat (dgn bindu), membindu,
mencanai: catur gading baru dilarik; 2. mengorek atau melubangi,
mengukir;
larikan hasil drpd melarik;
pelarikan perbuatan atau hal melarik;
pelarik alat utk melarik (bindu), alat utk membentuk belanga (labu
air dll drpd tanah liat).
larik II Jw ark baris, deret;
berlarik, berlarik-larik berbaris-baris, berderet-deret, bergarisgaris,
bergalur-galur: gajah putih yg gadingnya ~ emas suasa dan
tembaga;
melarik menyusun berbaris-baris atau berderet-deret.
lari-lari; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Spinifex squarrosus.
laringitis (Ubat) radang pd larinks.
laringologi cabang perubatan yg berkaitan dgn larinks dan penyakitpenyakitnya.
laringoskop (Ubat) alat utk memeriksa larinks.
laringotomi (Ubat) insisi pd larinks secara pembedahan, biasanya
dilakukan utk membuat salur udara ke paru-paru bagi melancarkan
pernafasan.
larinks (Bio) organ berongga, berotot dan berawan yg merupakan salur
udara ke paru-paru dan mengandungi peti suara pd manusia dan
mamalia lain.
laris laku sekali (barang jualan), sangat suka dibeli orang (bkn barang
jualan), larap, payu: kedai itu tidak berapa ~ jualannya;
melariskan menyebabkan jadi laris: pembongkaran kisah rumah
tangga Ahmad barangkali boleh ~ penjualan surat khabar itu;
kelarisan perihal laris, lakunya: misalnya, setiap akhbar yg
diterbitkan dlm negeri ini saling mengumumkan ~ akhbar masingmasing;
pelaris 1. = ilmu (hikmat) ~ jampi (penawar dll) yg boleh
menjadikan jualan dsb laris; 2. barang yg dijual lebih murah utk
melakukan barang yg lain.
lar-lar berkilau-kilau atau memancar-mancar (cahaya).
laron Jw kelekatu: spt ~ mengerumuni lampu.
larseni (Udg) perbuatan mencuri barang milik perseorangan.
laru Jw benda (spt ragi dll) yg dibubuh ke dlm nira dll.
larung keranda, long, peti mayat.
larut I 1. dibawa arus, makin bertambah (jarak, masa, dll), larat: ayahku
telah bertambah ~ sakitnya, ibuku dr tadi menangis sahaja; 2.
telah jauh (waktu dll), telah berlanjutan: saya berasa sejuk,
barangkali hari sudah ~ malam;
berlarut-larut berpanjang-panjang (perbualan dll), melarat-larat:
selepas itu perbahasan terus ~ hingga jauh malam;
berlarutan berlanjutan (perbualan, sesuatu keadaan, dll),
berpanjangan: pemogokan tujuh puluh lima orang pekerja tersebut
~ sehingga beberapa bulan;
melarut-larutkan menjadikan sesuatu hal berlarut-larut,
memanjang-manjangkan: perkara itu dijadikan sbg satu isu utk ~
perdebatan;
kelarutan perihal larut (waktu dll), kelewatan: ~ malam merangkak
mengikut mestinya.
larut II 1. menjadi cair (bkn gula dlm air dll), hancur: sebahagian besar
drpd makanan yg dimakannya itu tidak ~ dlm air; 2. ki luput: akan
hilang namanya dan nama keluarganya, semuanya ~ dlm nama
suaminya;
berlarut; ~ hati (fikiran) ki bersedih dgn amat sangat (perasaan
hati yg hancur luluh);
melarut menjadi hancur atau cair dlm air dll: garam ~ dlm air;
melarutkan menghancurkan (spt gula dgn air dll), menjadikan cair:
kadang-kadang benda-benda spt gula atau garam dll dapat
dilarutkan dgn jalan memanaskannya; air yg ~ garam itu
kemudiannya dipanaskan;
terlarut telah atau dapat larut: nutrien yg ~ mengalir ke permukaan
tanah dan dibawa ke tempat lain; kawasan ini mengandungi garam
~;
keterlarutan perihal (keadaan atau sifat) boleh larut: ~ karbon
monoksida di dlm air adalah sangat sedikit;
larutan 1. benda yg sudah dicairkan, cairan; 2. (Kim) campuran
sekata satu atau lebih bahan dlm pelarut: masukkan buli-buli jangka
suhu itu ke dlm ~ garam yg sedang mendidih; ~ akueus larutan yg
pelarutnya air;
kelarutan perihal larut atau melarut: ~ sesuatu benda itu makin
bertambah apabila suhunya ditinggikan lagi;
pelarutan proses melarutkan;
pelarut benda (biasanya cairan spt air dll) yg boleh melarutkan
benda-benda yg lain.
larut III sj tumbuhan, ararut, sagu belanda, Maranta arundinacea.
larva serangga dlm peringkat pertama perkembangannya selepas menetas,
anak serangga.
larvisid (Kim) bahan kimia yg digunakan utk membunuh larva.
las I; batu ~ batu pengasah atau penggosok pisau (keris dll); kertas ~
kertas empelas, kertas pasir; roda ~ pengasah atau penggosok (drpd
batu dll) yg berpusing.
las II IB sambungan (pd besi dll) dgn jalan membakarnya;
mengelas menyambung (besi dll) dgn dibakar.
lasa 1. tidak dapat berasa (kerana lumpuh, kaku, dsb): sudah tepok dan ~
ini maka digagahi juga oleh Sultan Mahmud Shah dijadikan
Bendahara; 2. Mn bengkak (balur) pd tapak kaki.
lasagne (lezaniye) makanan Itali yg dibuat drpd pasta nipis dan dibubuhi
daging, tomato, sayur-sayuran, keju dan sos.
lasah I; melasahkan = ~ badan bekerja berteruk-teruk;
memperlasah menyuruh bekerja berat (teruk).
lasah II; melasah memukul; belasah.
lasah III Mn; pelasah pakaian yg selalu dipakai, pakaian yg sudah lusuh
atau luntur.
lasak I selalu dipakai (pakaian dll): jam ini juga boleh dipakai ~; tahan ~
boleh dipakai lama (pakaian dll), tidak mudah koyak (luntur, lusuh,
dll);
pelasak; pakaian ~ pakaian yg selalu digunakan.
lasak II selalu bergerak, tidak mahu diam (kanak-kanak dll), selalu
berpindah, tidak menentu tempat (pekerjaan dll): Johan berumur
lapan tahun dan telah menjadi budak tanggung yg sedang ~;
melasak membuat lasak, selalu merayau-rayau: budak-budak ini
bukanlah ~ spt mencuri ataupun merosakkan harta benda orang;
kelasakan perihal lasak.
lasak III Kl biasa atau lali (kerana selalu membuat dll).
lasam I ark; batik ~ sj kain batik dr Lasam: laksana batik ~ prb sesuatu
yg makin lama makin baik.
lasam II usang (warna pakaian dll).
lasana; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek), bunga siam, Acacia
farnesiana.
lasar Kl luas (kawasan), lapang, lebar.
lasat Mn teruk (sakit), berat, tenat.
laser alat utk menerbitkan dan memperkuat gelombang-gelombang cahaya
menjadi pancaran cahaya yg amat kuat dan tertumpu pd satu hala;
cahaya ~ pancaran cahaya sehala yg amat kuat tenaganya dan
diterbitkan dgn menggunakan sejenis alat.
lasi Mn tidak berani (lagi), jera, serik, takut;
melasi, melasikan membuat orang takut, menakutkan, menggertak,
menjerakan;
lasian ketakutan;
pelasi penakut.
lasik, lasit Mn  lesit II.
laso tali yg bergelung pd salah satu hujungnya utk menangkap kuda, unta,
dsb (digunakan terutama di Amerika).
lastik 1. IB dapat memanjang (kalau ditarik) dan mengecut kembali (getah
dll); 2. IB getah; 3. perkakas (drpd getah) utk melantingkan batu dll,
jepretan, tarbil;
melastik melantingkan batu dll ke arah sasaran dgn menggunakan
lastik, menjepret, menarbil: ~ burung.
lasu Kd terlalu masak (buah-buahan), hampir layu (sayur-sayuran).
lasuh Mn mudah (menangkap pelajaran dll), lancar.
lasuk Br sj bakul yg dibuat drpd rotan (biasanya berbentuk bulat).
lasykar sl 1. askar, serdadu: baginda mempunyai beratus-ratus
hulubalang dan ~; 2. = ~ rakyat askar yg terdiri drpd rakyat biasa;
kelasykaran perihal lasykar.
lat I antara, selang: ia tinggal ~ tiga buah rumah dr rumah saya;
berlat berantara, berselang: demam ~ .
lat II bp lambat, lewat: aku tidak mampir dulu, kerana sudah ~;
selat-latnya selambat-lambatnya, selewat-lewatnya.
lat III bilah buluh (pd kasau).
lat IV kenduri.
lata I; melata menjalar atau merayap (binatang atau tumbuh-tumbuhan spt
ular, kacang, labu, dll).
lata II = air ~ = air melata riam atau jeram yg tegak, air terjun (yg
rendah).
lata III taraf yg terkebawah, daif, hina: baru di pasar patik yg ~ Wira dan
Semar datanglah serta; jelata.
lata IV  latah I.
latah I 1. sj penyakit saraf yg menyebabkan seseorang itu (biasanya
perempuan) tidak sedar apa yg dilakukannya, suka mengikut
perbuatan atau suruhan orang dgn tidak disedari, mengeluarkan
perkataan atau membuat sesuatu dgn tidak disengajakan kerana
terperanjat dll: kanak-kanak lain menghampiri Tok Tam utk
mengusiknya supaya membuat ~ lagi; 2. berlaku spt orang gila
(kerana percintaan dll), meracau: ~lah spt orang gila tiada
khabarkan dirinya; ~ latih suka berleter; ~ mulut berkata yg bukanbukan
(spt mencarut dll); ~ wilangan (orang yg) mabuk bercinta
atau khayal dlm percintaan;
melatah mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dgn tidak
sengaja kerana terperanjat dsb;
melatahkan mengusik seseorang (perempuan) supaya melatah:
hanyalah tuan hamba latahkan;
kelatahan perihal latah;
pelatah orang yg latah.
latah II sampah (daun dll) yg di bawah tumbuh-tumbuhan (di hutan dll).
latah III Pl tidak berkaki utk berjalan.
latak tahi minyak (cat dll), hampas.
latam; melatam 1. menghentak-hentak supaya padat; ~ jalan dgn kereta
penggelek mengeraskan dan meratakan jalan; 2. Ph menyuruh pijakpijak
oleh kerbau supaya gembur (tanah sawah);
melatamkan 1. memadatkan (tanah dll); 2. Ph menyuruh kerbau
memijak-mijak tanah sawah supaya gembur.
latang  jelatang.
latar 1. Jw bidang, permukaan; 2. Jw datar, rata; 3. tanah atau dasar
(warna kain dll); 4. Jw halaman rumah; 5. latar belakang;
berlatar mempunyai latar, bertanah, berdasar: kain batik itu ~
warna hitam;
berlatarkan mempunyai sesuatu sbg latar: Samarendah yg
mempunyai motif ruang lebar yg melintang dan ~ warna gelap;
melatari menjadi latar kpd;
pelataran 1. halaman rumah; 2. tanah atau dasar kain; 3. pelantar
pd rumah (stesen kereta api dll).
latar belakang 1. pemandangan dll yg menjadi hiasan bagi sesuatu yg
utama (dlm gambar dsb); 2. dasar atau asas kpd sesuatu perkara
(hal, kejadian, peristiwa, dsb); 3. pengalaman (pendidikan, alam
sekitar, dll) seseorang, biasanya yg ada hubungannya atau
pengaruhnya ke atas keadaan dirinya pd sesuatu masa;
berlatarbelakangkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg
latar belakang: setelah siap, letakkan gubahan ini di sudut ruang
tamu ~ dinding atau sebagainya; novel yg ~ desa Gunung Bayu ini
dipersembahkan secara lintasan kembali terhadap hidup lampau
seorang ketua kampung.
latas Mn; melatas memotong (rumput dll).
latat ark; melatat; ~-melotot membukakan mata luas-luas,
membelalakkan mata.
lateks (latéks) cecair yg keluar dr pokok getah, susu getah.
laten (latén) IB terpendam (penyakit dll), tersembunyi, tersorok.
lateral (Bio) berkaitan dgn, ke arah, di atau dr sisi: kecederaan di
bahagian ~ saraf; sirip ~.
laterit tanah liat merah yg terbentuk drpd pereputan batu dan terdiri drpd
besi oksida dan aluminium hidroksida.
latif, latifah Ar halus, seni, lembut (perangai dll), sedap (makanan):
makanan yg ~-~ makanan yg lazat-lazat.
latih; ~ tubi latihan (ajaran, tunjuk ajar, dsb) yg diulang-ulangi (utk
menjadikan orang yg diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir);
berlatih = ~ diri memahirkan diri: ia sedang ~ menjadi nakhoda;
melatih 1. membiasakan, memahirkan: kita boleh ~ lidah kita
supaya fasih dgn selalu membaca kuat-kuat dgn bunyi yg betul; 2.
mengajar atau mendidik supaya mahir (pandai): mereka yg dipilih
akan dilatih berbaris oleh seorang tentera; ~ tubi memberikan
latihan (ajaran dsb) yg diulang-ulangi, mengulang-ulangi sesuatu
dlm proses atau usaha mengajar;
terlatih telah dilatih, terdidik: guru-guru yg ~;
latihan pelajaran atau didikan utk memahirkan (membiasakan),
ajaran yg diterima: doktor telah menerima ~ yg cukup utk
menjalankan kerjanya;
~ amali latihan dgn mengerjakan (mengamalkan) sendiri (sains dll);
~ asas latihan permulaan; ~ badan pelajaran gerak badan (olah raga
dll); ~ ilmiah latihan bertulis utk mendapat ijazah (sarjana dll);
pelatihan perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) melatih: ~ para
belia dlm bidang teknikal perlu difikirkan secara serius;
pelatih 1. orang yg melatih (mendidik, mengajar) supaya mahir; ~
bola sepak; 2. orang yg sedang menerima latihan; doktor ~ doktor
yg masih menjalani latihan praktikal (di hospital).
Latin Rumawi; bahasa ~ bahasa Rumawi; huruf ~ huruf Rumi.
lating; melating menganjal, mengambul, bingkas (jerat dll);  leting II.
latis; melatis menebas (semak samun), merintis (jalan dlm hutan dll);
latisan denai atau jalan dlm hutan, rintisan.
latitud (Geog) garis pd peta yg selari dgn khatulistiwa, garisan lintang.
latlau tidak selalu, kadang-kadang, berlat-lat: dia datang ~.
latong Jw minyak ~ minyak tanah.
latu I bunga api;  lelatu I.
latu II Kd 1. menggunakan sesuatu habis-habisan, spt memakai kasut yg
sama terlalu kerap sehingga haus, lanyak; 2. menggunakan khidmat
dll seseorang berlebih-lebihan (tanpa belas kasihan).
latuh sj lumut laut yg boleh dimakan: ada yg mengambil ~ dipincuknya,
ada yg mengambil agar-agar dikerabunya.
latuk; parang ~ sj parang yg bengkok hujungnya.
latur lecur, lepuh;
melatur melecur atau melepuh (spt kulit kena api dll).
lau I Ar ark jika;  walau.
lau II Kd reban ayam.
lau III; bunga ~ sj tumbuhan (anggerik), Phalaenopsis amabilis; daun ~
sj tumbuhan (herba yg menjalar), Haemaria discolor.
lau IV Kd; bakul ~ sj bakul utk mengisi padi.
lauh I sj ikan laut, Polynemus heptadactylus (sextarius).
lauh II Ar sj papan dll yg bertulis (spt papan batu, papan hitam, dll).
lauk 1. daging atau ikan (lwn sayur) yg dimakan dgn nasi, pemakan nasi
drpd daging atau ikan: sedap benar ~ hari itu; ~-pauk bermacammacam
lauk; 2. Br ikan hidup;
enak ~ dikunyah-kunyah, enak kata diperkatakan prb nasihat yg
baik perlu diulang-ulang menyebutnya; lagi ~ lagi nasi prb makin
kaya makin banyak sahabat; memberi ~ kpd orang membantai prb
menolong orang yg tidak perlu ditolong; mencencang ~ tengah alat
prb menceritakan cacat cela sendiri pd banyak orang; sebusukbusuk
~ kalau dibasuh enak juga prb sebesar-besar perselisihan
dapat diperdamaikan;
berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi: tersangatlah susah hati
Mak Andeh, teristimewa pula makan pun tiada ~ oleh ia pun di dlm
pantang lagi;
berlaukkan menggunakan sbg lauk: kami makan tadi ~ ikan sepat
siam.
laun lambat, lamban, lengah, perlahan; ~-~ hari beberapa hari yg lalu,
beberapa lamanya;
berlaun membuat sesuatu dgn lambat (lengah, perlahan-lahan):
kerja jangan ~ leka;
melaun-laun melengah-lengahkan, melambat-lambatkan.
laung suara yg kuat (utk memanggil atau menyeru), suara yg nyaring;
berlaung = ~ kata sl berucap dgn suara nyaring, berseru;
melaung berteriak (memanggil, menyeru) dgn suara yg kuat: sambil
memegang tangan adiknya Ramli cuba ~ dgn sekuat-kuatnya;
melaungkan 1. meneriakkan, memanggilkan: ketika itu Wan Dah ~
supaya jangan dikejar perahu yg lari itu; 2. = melaung-laungkan
menganjurkan (mengucapkan dsb) sehingga atau dgn cara diketahui
umum, menyerukan: beliaulah yg selalu ~ penggunaan tong
sampah;
laungan panggilan, teriakan: ~nya itu didengar orang;
pelaung 1. = gong ~ sl gong utk menghimpunkan (mengerahkan,
memanggil) orang; 2. = alat ~ alat utk membesarkan suara;
sepelaung, sepelaungan sejauh yg boleh didengar teriakan orang,
jarak yg agak dekat.
laur Mn 1. lentuk, lentur; 2. penjodoh bilangan utk benda yg melengkung
(cincin, gelung, dll); gelang se~ seurat gelang;
melaur melentur, melengkung.
laut I 1. air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi, lwn
darat: L~ Merah; L~ China dll; biru air ~; 2. kumpulan sesuatu
benda yg amat banyak: ~ api; ~ madu; 3. utara; barat ~ arah di
antara barat dgn utara; timur ~ arah di antara timur dgn utara; 4. Ph,
ki jauh ke tengah (sungai, tasik, dll);
~ api a) kebakaran yg besar; b) kumpulan api yg besar; ~
janggawari laut yg besar; ~ kalzum sl Laut Merah; ~ lepas
(berdebu, jelebu, jerebu, serebu, rembang) laut yg terbentang luas;
~ budi tepian akal prb orang yg cerdik dan pandai; ~ ditembak
darat kena prb beroleh sesuatu yg tidak dihajatkan; ~ ditimba akan
kering prb harta walau banyak sekalipun akan habis juga jika selalu
dibelanjakan; ~ mana yg tak berombak, bumi mana yg tak ditimpa
hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (segala
pekerjaan ada kesulitannya); tak ada ~ yg tidak berombak prb tidak
ada pekerjaan besar yg tidak ada bahayanya;
melaut 1. spt laut, luas spt laut: kawasan hutan simpan yg ~
luasnya; 2. turun ke laut (utk belayar dll); sudah ~ mendarat sudah
pergi ke mana-mana; tak sungguh seluang ~ akhirnya balik ke tepi
juga prb tidak betah merantau akhirnya balik ke kampung juga;
melauti pergi belayar di laut, melayari;
melautkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; setitik
dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg
kecil;
memperlaut melayarkan kapal (perahu dll), mengirim barangbarang
dgn kapal;
lautan 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg
jauh di seberang ~; L~ Teduh laut di antara Amerika dgn Asia dan
Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~
api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas;
kelautan yg berkaitan dgn laut: iklim ~;
pelaut orang yg selalu turun ke laut (kelasi dll), pelayar;
kepelautan kemahiran dlm kerja-kerja mengemudikan atau
mengendalikan kapal, bot dsb.
laut II; lalang hantu ~ sj tumbuhan (rumpai), Myriostachya wightiana.
lava lahar.
lavender (lavénder) sj tumbuhan drpd genus Lavandula yg bunganya
berwarna ungu muda dan berbau harum.
lawa I cantik (orang, perhiasan, dll), bergaya, indah, menarik hati, segak:
bentuk mukanya lebih ~ drpd kedua-dua kawannya;
melawa memakai atau berhias (supaya kelihatan lawa), melagak,
meraga: tiap-tiap hari selepas bekerja dia ~;
melawakan menjadikan lawa (dgn memakai atau berhias): Hasnah
bermekap dan memakai pakaian yg cantik-cantik utk ~ dirinya.
lawa II ark galang atau palang (pd perahu dll);
melawa ark menggalang atau merintang pengantin laki-laki ketika
hendak ke rumah pengantin perempuan (hingga dibayar wang adat);
pelawa penggalang, perintang.
lawa III Sr sombong.
lawah terbuka atau luas (pemandangan), jelas, lantang.
lawah-lawah Jk labah-labah.
lawai Jw benang.
lawak I jenaka, kelakar: ahli-ahli ~ yg terkenal akan mengambil
bahagian dlm pertunjukan itu;
lawak-lawak perbuatan yg menggelikan hati (lucu); ~ main bunga
tahi prb olok-olok biasanya membawa kpd perselisihan;
berlawak, berlawak-lawak, melawak, melawak-lawak
melakukan atau membuat sesuatu yg menggelikan hati (melucukan),
berjenaka, berolok-olok;
pelawak 1. orang yg suka membuat kelakar (lawak dsb); 2. tukang
lawak; 3. Kl orang yg pembohong (tidak bercakap betul).
lawak II Mn; lawak-lawak tempat makanan kuda (burung dll), palung;
tinggi ~ suka hidup berlebih-lebihan.
lawak III; temu ~ sj tumbuhan (rizom), Curcuma longa.
lawan 1. pasangan yg tepat, jodoh: ulam ~nya sambal; ~ menari
pasangan menari; 2. imbangan, tandingan: kecantikan gadis itu
tidak ada ~nya di kampung kami; 3. musuh (dlm peperangan,
permainan, sukan, dll), tentangan: tuan telah berjaya mengalahkan
~ tuan; 4. tentangan (spt laki-laki dgn perempuan), kebalikannya:
kecil ~nya besar; gelap ~nya terang; 5. = melawan: jikalau dapat,
kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; ~ asas Id
bertentangan dgn yg lazim (pendapat dll); ~ hukum a) melawan hak;
b) Id melanggar hukum; ~ politik tentangan dlm politik;
berlawan 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu
perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undangundang,
dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undangundang;
3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka
telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata;
berlawanan 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama:
pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba
(utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll):
kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3.
berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana
perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan
kami;
berlawankan sl menentang utk, berlawan kerana: kurang ia ~ Duli
Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh;
melawan 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba
harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~
kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll),
membuat kawan (bercakap dll): orang-orang yg dilawannya
berbicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa
dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll),
menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn;
melawani sl menentang akan, melawan akan, memusuhi: surat ini
hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa;
memperlawankan 1. membuat supaya berkelahi (bermusuh,
berlaga, dll), memperlagakan, mengadu; 2. menjadikan
bertentangan (berlawanan dll);
kelawanan ark kebolehan (kecekapan, kesanggupan) utk melawan
atau berlawan;
perlawanan 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan:
Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan
pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintahan Belanda di
Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg
tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut
akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal
berlawanan (spt siang dgn malam dll), pertentangan (makna dll): ~
kata;
pelawan (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg
dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh
ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka.
lawang I Jw pintu; ~ seketeng pintu gerbang.
lawang II 1. sj tumbuhan (pokok), Cinamomum spp.; 2. = bunga ~ =
kembang ~ sj rempah yg keras dan menyerupai kelopak bunga.
lawang III sj ikan darat, Pangasius micronemus.
lawar I  lawa I.
lawar II daging atau ikan yg disiat (dihiris) halus-halus;
melawar menyiat (menghiris) daging atau ikan halus-halus.
lawar III; ~ putih sj tumbuhan (pokok), medang api (kelawar, kelici,
pipit), Elaeocarpus parvifolius.
lawas I luas (kawasan, pemandangan, dll), lapang, terbuka;
melawas luas (kawasan, pemandangan);
kelawasan keluasan atau kelegaan (hidup dll), kemudahan.
lawas II lancar pembuangan air besar atau kecil: sakit kencing tak ~;
melawaskan menjadikan lega atau lawas (perut): ~ buang air besar
dgn Brooklax;
pelawas (Bio) makanan yg kaya dgn bahan yg tidak dapat tercerna
(terutamanya selulosa).
lawas III; melawas berkurangan (hasil buah-buahan dll), menjadi kurang.
lawas IV Jw ark lama.
lawat; melawat 1. pergi mengunjungi (negara asing dll): ~ ke Jepun; 2.
menziarahi jenazah;
melawati datang melihat, mengunjungi, menziarahi (jenazah, orang
sakit): ~ orang mati; maka terdengarlah kpd orang kuala bunyi
bedil spt bertih, maka segera dilawatinya;
lawat-melawati saling melawat antara satu sama lain, kunjungmengunjungi;
lawatan perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dll),
kunjungan: mereka berbual panjang tentang ~ ke Batikan; ~ sambil
belajar lawatan ke sesuatu tempat (institusi, firma dsb) utk
meninjau (mengetahui atau mempelajari) serba sedikit fungsi,
aktiviti atau perjalanan institusi, firma dsb itu;
pelawat orang yg melawat, pengunjung: ~-~ Zoo Negara.
lawe (lawé) Jw benang tenun.
lawean (lawéan) Jw ark sj hantu yg tidak berkepala.
lawi = lawi-lawi bulu ekor ayam (burung) yg panjang dan melengkung; ~
ayam a) sj pisau yg melengkung, kerambit; b) sj ikan laut, Coilia
spp.
lawon Jw kain putih.
lawrensium (lawrénsium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.
layah I; melayah meliuk ke kiri ke kanan, ke hadapan atau ke belakang
(spt kayu ditiup angin, orang menari dsb);
terlayah terlentok atau terliuk.
layah II (kain) tudung muka, berguk;
melayahkan menutupkan kain (pd muka, kepala).
layah III; melayah = melayah-layah terbang rendah-rendah, terbang
labuh: tiba-tiba ibu burung melayah-layah di atas kepala Mat.
layah IV Mn leper (piring dll).
layak I 1. padan, patut, sesuai: makanan spt itu hanya ~ utk anjing
sahaja; maka barang siapa datang pd baginda, masing-masing pd
~nya diberikan oleh baginda; menurut punca-punca yg ~
dipercayai; 2. mempunyai kebolehan (sifat, kemampuan, dsb) yg
tertentu atau yg sewajarnya (utk sesuatu), memenuhi syarat-syarat
yg ditentukan (utk sesuatu); 3. laku, rupa: engkau hinakan aku spt
mengusir seekor anjing yg berkurap ~nya;
selayaknya sepatutnya, sepantasnya: ~lah Pak Sudin dilantik
menjadi Ketua Kampung pula;
melayakkan menjadikan layak, memadankan, menyesuaikan:
hanya diri dan kaum kita sahaja yg mesti insaf sendiri dan ~ diri
supaya boleh mencapai kemerdekaan yg halal;
kelayakan kebolehan, kecekapan, kesanggupan: tiap-tiap bahagian
perkhidmatan itu berkehendakkan ~ atau kelulusan yg khas;
berkelayakan mempunyai kelayakan, berkebolehan, cekap:
seorang pegawai yg ~ dihantar utk memeriksa hal ehwal
kewangan.
layak II; ikan ~ ikan yg dibelah dr belakangnya dan dikeringkan;
melayak membelah ikan utk dikeringkan.
layak III; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat yg berteras), akar pisangpisang
jantan, Uvaria purpurea.
layak IV Kd tong membanting padi.
layam; berlayam, melayam sl melela-lelakan pedang dll, menghayunkan
pedang dll: maka Tun Bija Sura pun menyanyi pedikir, perisainya
bergenta, maka ia pun ~lah di hadapan Betara Majapahit.
layan; ~ diri pelayanan diri sendiri oleh pembeli kerana penjual atau
syarikat perniagaan tidak memberikan khidmat melayan para
pembeli;
melayan, melayani 1. menyempurnakan keperluan orang lain
(pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~
pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempedulikan (suami, teman, dll),
mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah
membentak kerana malas hendak ~ suaminya; 3. menentang
(musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu
Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri
dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia
bermenung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. menggunakan sesuatu alat
kerja dgn cermat dan betul;
melayankan 1. menyediakan sesuatu utk orang lain (spt hidangan
makanan dll), menghidangkan, menyajikan; 2. menurutkan
kemahuan (sendiri atau orang lain): ia telah cuba memujuk supaya
Wan Intan mahu ~ kehendak hatinya;
layanan perihal melayan(i), ladenan: permohonan mereka telah
tidak mendapat ~ drpd pihak yg tertentu; pembelaan dan ~ kakak
ini tidak spt yg sepatutnya;
pelayanan perihal atau perbuatan melayan;
pelayan 1. orang yg kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu; 2.
(Komp) peranti atau program komputer yg membekalkan data dan
maklumat kpd komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian
dengannya;
~ besar ketua orang suruhan; ~ dapur orang yg bertugas di dapur
(spt memasak dll); ~ pejabat budak suruhan (membantu kerja) di
pejabat.
layang I terbang; baju (kain) ~ sl baju (kain) yg membolehkan orang
terbang; surat ~ surat yg tidak dibubuh nama pengirimnya, surat
terbang;
selayang sambil lalu (pandangan, perhatian, dll), selintas, sepintas:
~ pandang (lalu);
layang-layang 1. = layangan Jk sj rangka drpd kayu dan dibaluti
dgn kertas yg boleh diterbangkan ke udara dgn tali, wau; 2.
bahagian rumah antara bumbung dgn dinding yg berbentuk segi tiga;
~ putus talinya prb sudah putus harapan (bergantung pd nasib); ke
mana hendak pergi ~ itu, talinya di tangan kita prb orang yg lemah
itu tidak akan lepas drpd hukuman orang yg berkuasa (orang yg
berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pd kita); macam
memegang tali ~ prb perihal orang yg berkuasa ke atas orang lain;
berlayangan berterbangan (spt bulu ditiup angin);
melayang, berlayang ark 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan
sayap, terkatung-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin,
kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~
rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam
dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll), lenyap, tidak
tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati;
melayangkan 1. membuat supaya terbang atau melayang,
menerbangkan: yg bulat digolekkan, yg pipih dilayangkan; 2.
mengarahkan (pandangan dll), menghalakan, mengirimkan (surat
dll): sesudah bersalam-salaman, Rosli ~ matanya ke kiri dan ke
kanan; ~ surat mengirimkan surat;
terlayang, terlayang-layang 1. dlm keadaan melayang-(layang),
berterbangan: tiap-tiap biji spora itu akan terlayang-layang di
udara sehingga ia jatuh di suatu tempat lalu bercambah; 2. =
mata(nya) ~ tertidur, terlena: sudah berkokok ayam tanda hari
akan siang, barulah matanya terlayang-layang hendak tidur;
pelayangan ark baju (kain) layang.
layang II sj tumbuhan (pokok), dering, medang buaya (kelarah, mantu,
miang), Cryptocarya griffithiana.
layang III; pelayangan 1. perihal menyeberang (dgn perahu tambang),
penyeberangan; 2. perahu tambang, penambangan.
layang IV; melayang menghiris nipis-nipis (buah mangga dll); pipi bagai
pauh dilayang ki pipi yg penuh (gebu).
layang-layang I sj burung; ~ berjambul, Hemiprocne coronata; ~ besar
ekor jarum, Hirundapus giganteus; ~ gua tongkeng, Hirundo
daurica; ~ kecil, Rhaphidura leucopygiasis; ~ rengkung putih,
Hirundapus caudacutus; ~ rumah, Apus affinis.
layang-layang II; ikan ~ sj ikan yg boleh melayang.
layap I hampir mencecah tanah atau air (burung terbang dll), rendah;
berlayapan, berlayap-layapan 1. berterbangan rendah (burung
dll); 2. berayunan (pokok ditiup angin dll), berliuk-liuk;
melayap terbang rendah (burung dll), melayang rendah-rendah;
melayapi terbang rendah di (ke), melayang rendah di (ke);
melayapkan, melayap-layapkan menyebabkan terbang atau
bergerak-gerak (spt angin meniup pohon).
layap II; melayap-layap, melayap Jk terlayang-layang (tidur), belum
lelap betul, tidur-tidur ayam.
layar 1. kain penampung angin (utk menjalankan perahu, kapal): setelah
itu sauh dibongkar, ~ pun ditarik, belayarlah geliung panjang itu;
kapal ~ kapal yg menggunakan layar; 2. tirai, penutup jendela, dll,
langsir; 3. = ~ perak (putih) kain tempat menayangkan wayang
gambar (wayang kulit dll): bintang-bintang lawak di ~ perak cuma
berada di bibir mulut peminat-peminat filem selagi mereka
berlakon; 4. = kain ~ sj kain tebal (utk dibuat layar);
~ agung layar yg terbesar (pd kapal); ~ apit layar pendua (bagi
layar agung); ~ batang layar yg dipasang pd kayu yg
menghubungkan tiang dgn hujung layar itu; ~ bubutan (temberang)
layar dekat layar agung (utk membelok); ~ bulu ayam layar
pengimbang (pd tali penyokong tiang); ~ cucur layar segi tiga (yg
dipasang pd tiang yg terdepan), jib; ~ dastur (pinggir) layar kecil
sbg pembantu layar yg besar; ~ gap (gusi) layar yg dipasang pd
canggah yg dilekatkan di bahagian atas tiang kapal; ~ padau layar
yg dipasang ketika angin ribut; ~ pengapuh layar yg dipasang di
atas layar terbawah; ~ penyorong (baksi) layar yg dipasang pd tiang
belakang jib; ~ pucuk jala (tanjak, tanjung) layar besar di belakang
jib; ~ sabang layar yg dipasang pd tiang perahu kecil di belakang; ~
terbang (top) layar segi empat yg dipasang melandai pd tiang; ~
topang layar yg terbesar pd tiang depan; ~ menimpa tiang prb
seseorang yg diharapkan menjadi pembelot;
berlayar menggunakan layar (perahu, kapal): perahunya lilin ~
kertas;
belayar 1. berjalan atau bergerak (bkn kapal atau perahu): kapal itu
sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; 2. pergi (berpergian) dgn
kapal atau perahu: mereka akan ~ ke India dgn menaiki kapal
penumpang; ~ dulu ki meninggal dunia; ~ ke pulau kapuk tidur;
~ atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain; ~
bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik
diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman; ~
sambil memapan, merapat sambil ~ prb sekali melakukan kerja dua
tiga maksud tercapai; berbuat di alang tahun, ~ di luar musim prb
mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak
mendapat hasil;
melayari belayar di (laut, sungai) dgn kapal atau perahu,
mengharungi: tiga hari sudah mereka ~ laut lepas dgn tiada
diganggu oleh apa-apa jua; ~ Internet mencari dan mendapatkan
maklumat, data dsb dlm Internet;
melayarkan membuat supaya belayar (kapal, perahu), menjalankan
(kapal, perahu), membawa belayar: kapal itu dilayarkan kembali ke
pangkalannya;
pelayaran perihal belayar, perjalanan kapal dsb: pejabat ~; sekolah
~; selama dlm ~ itu, ia tidur atau duduk sahaja; orang ~ orang yg
kerjanya belayar, pelayar;
berpelayaran ark telah biasa atau selalu belayar;
pelayar 1. orang yg kerjanya belayar; 2. (Komp) sj program
komputer yg digunakan utk melayari Internet: laman Web ini hanya
boleh dibuka dgn menggunakan ~ Netscape Navigator sahaja; 3.
(Komp) orang yg melayari Internet: ~ boleh mendapatkan
maklumat dr laman Web;
kepelayaran hal, sifat dsb yg berkaitan dgn pelayar: semuanya
bermula drpd sifat kepahlawanan dan ~ orang Melayu pd waktu
itu.
layaran layar-layar.
layar-layar sj ikan laut, Istiophorus spp.
layas I; melayaskan ark tidak mempedulikan, menolak.
layas II Mn ark bilah (kayu yg dipasang di atas kasau) tempat memasang
atap.
layat Jw melawat orang mati.
layon = layonan Jw ark jenazah raja, mayat raja.
layu 1. kering dan kecut (daun, bunga, dll), tidak berseri atau tidak segar
lagi, lisut: kajang orang kajang berlipat, kajang saya mengkuang
~; 2. ki pucat dan lesu (orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana:
gadis tua yg sudah ~; ~ bunga (barang yg) sudah lama tetapi masih
elok (kain dll); ~ malap Kl terlalu letih;
dianjak ~, dibubut (dianggur) mati = diasak (pindah) ~, dicabut
mati prb keputusan yg muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi);
melayukan ark menyebabkan jadi layu (melayurkan,
menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik
maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu;
layu-layuan 1. sesuatu yg layu; 2. = padi ~ Mn padi yg telah mulai
kering;
kelayuan 1. keadaan layu; 2. = layuan ki kemangkatan (raja).
layuh Mn 1. lumpuh (kaki dll), tepok; 2. ki tidak bertenaga, lemah, tidak
menarik lagi (rupa dll), luntur.
layuk Mn; melayuk meliuk lentok, melayah (spt perempuan berjalan).
layu lecuh; melayulecuhkan menjadikan layu sehingga lecuh.
layung Jw ark warna kuning pd waktu petang.
layur I Mn layu, lembut dan lemah;
melayur 1. mendiang di api, memanggang, menyalai,
mengganggang: sebelum dijangat, mengkuang itu hendaklah
dilayur dahulu; 2. terlalu panas atau hangat: maka terbitlah
matahari ~ panasnya;
melayurkan mendiangkan atau mengganggangkan (utk
memanaskan, mengeringkan, dll) memanggangkan, menyalaikan:
ayam dibersihkan serta dilayurkan ke api dan dipotong.
layur II Kd, Pn, bp menunjuk-nunjukkan diri, menayang-nayangkan diri.
layur III sj ikan laut, Trichiurus spp.
layut I; melayut melendut (dahan pohon yg lebat buahnya), melendung.
layut II; melayut, melayut-layut bersambung-sambung dan mendayudayu
(suara), tidak putus-putus: bunyi budak-budak mengaji Quran
bersahutan, ada yg nyaring suaranya dan ada pula yg melayutlayut.
lazat I 1. sedap, enak: berbagai-bagai makanan yg ~ dihidangkan di
majlis itu; 2. seronok;
berlazat 1. berseronok, bersedap-sedap; 2. bersetubuh; suka ~ suka
bersetubuh;
melazatkan menjadikan sesuatu lazat, menyedapkan,
mengenakkan: sedikit rencah dibubuh utk ~ masakan sayur goreng
itu;
kelazatan 1. kesedapan, keseronokan: kebahagiaan dan ~ yg sejati
hanya terdapat bilamana kita mengingati Allah; 2. terlalu suka
atau gemar;
pelazat bahan yg melazatkan makanan.
lazat II Mn ark teruk atau berat (penyakit), lasat, payah; penyakit ~ a)
penyakit yg berat (teruk); b) penyakit raja singa (sifilis dll).
lazim telah umum (dipakai, dilakukan, dll), biasa, ghalib, selalu: hal yg
seumpama itu telah ~ berlaku di England; ~nya biasanya,
selalunya, umumnya;
melazimkan menjadikan lazim, membiasakan: agama pun
mengizinkan laki-laki beristeri empat dan adat pun ~ pula;
kelaziman sesuatu yg telah menjadi lazim: maka menjadi ~ bagi
pihak mahkamah membenarkan ikat jamin kpd orang yg dituduh
itu;
pelaziman proses menjadikan sesuatu (tindakan, perlakuan) lazim.
lazuardi 1. sj galian berwarna biru tua yg terdiri terutama drpd lazurit dan
digunakan sbg batu permata dan bahan cat; 2. warna biru tua spt
warna lazuardi.
lb kep paun (ukuran berat).
LCD kep liquid crystal display (paparan hablur cecair).
lebah serangga kecil berkepak empat dan bersengat yg mengeluarkan
waks dan madu; jenis-jenisnya: ~ betul, ~ keram, ~ lalat, dll; air
(manisan) ~ air madu;
~ bergantung a) sj ukiran pd jerubung perahu; b) bentuk dagu yg
cantik; c) Kl pakatan yg kukuh; spt ~ , mulut bawa madu, pantat
bawa sengat prb a) orang kaya yg murah hati tetapi sombong; b)
perempuan yg elok paras dan tutur katanya tetapi buruk perangai.
lebai I 1. orang yg tahu tentang agama: bibirnya bergerak-gerak bagai ~
membilang tasbih; 2. orang yg mengerjakan sesuatu yg
bersangkutan dgn agama Islam;
~ kelarah Kl lebai yg busuk hati (suka mengumpat dan mencela
orang); ~ ketayap lebai yg menyangka dirinya mempunyai
pengetahuan yg luas tentang agama tetapi sebenarnya tidak; ~
malang orang yg selalu sial; ~ penghulu Id penghulu agama dlm
daerah; ~ pulut Kl = ~ tembolok lebai yg suka menerima jemputan
kenduri tetapi enggan datang utk beribadat;
kelebaian (sifat, sikap, dsb) yg berkaitan dgn lebai: sikap hidup
mereka yg ~ dan tidak moden itu.
lebai II nama daun (dlm permainan ceki).
lebai III sj ikan laut, Upeneus spp.
lebak I bunyi spt bunyi tamparan (buah gugur dll), debak.
lebak II Jw tanah yg rendah, lembah.
lebam I biru kehitam-hitaman (buah yg gugur, badan kena pukul, dll):
Ahmad dipukul emaknya sampai ~-~ belakangnya; biru ~ biru
kehitam-hitaman (bekas kena pukul dll); hitam ~ hitam pekat; kelam
~ terlalu gelap;
melebam menjadi atau kelihatan lebam: dagu yg kelihatan halus
dan agak ~;
kelebam-lebaman kelihatan spt lebam: kening matanya yg agak
biru ~.
lebam II bunyi spt bunyi barang jatuh dll.
lebam (lébam) III sj ikan laut, Teuthis spp.
leban I sj tumbuhan (pokok); jenis-jenisnya: a) = ~ bunga = ~ hitam = ~
kunyit = ~ nasi-nasi = ~ tanduk sj tumbuhan (pokok), Vitex
pubescens; b) lenggundi, Vitex negundo; ~ bunga = ~ kunyit gading
kahwa, halban, pokok gelang kapur, Vitex longisepala; ~ bunga = ~
tanduk, Vitex quinta; ~ bunga belakang ular, cencang, cungkil,
tumbit kayu, Allophylus ternatus; ~ condong mengkedi,
Engelhardtia nudiflora; ~ nasi = ~ pacat = ~ pelanduk galang
dapur, pelong, selongcong, setulang, Vitex gamosepala;
pucuk ~ gading gajah, kerja segan makan gagah prb (orang yg)
malas bekerja tetapi kuat makan.
leban II sj ikan laut, Siganus spp.
lebang ark; ~ pinggang berasa sakit dan kaku pinggang (perempuan hamil
yg hampir akan bersalin).
lebap bunyi spt bunyi buah jatuh ke tanah dll.
lebar bunyi spt bunyi orang terjun ke dlm air, cebur; ~-lebu bunyi spt
bunyi denyutan jantung yg kencang (kerana terperanjat dll),
berdebar.
lebar (lébar) 1. lapang (kawasan dll), luas, tidak sempit: Jawa Tengah
tidak se~ Jawa Barat dan Jawa Timur; 2. lintang (lwn panjang) pd
sesuatu kawasan: ~ tanah ini kira-kira dua puluh meter; ia
tersenyum ~; ~ mulut (orang yg) banyak cakap;
melebar menjadi (lebih) lebar: senyuman Datuk Ujang yg sudah
tumpas tadi ~ semula;
melebarkan membuat jadi lebar, melapangkan, meluaskan: mereka
datang hendak ~ tanah jajahan mereka; ~ jalan-jalan yg sempit;
memperlebar menjadikan lebih lebar;
kelebaran keadaan lebar;
pelebaran perihal atau perbuatan melebarkan, peluasan.
lebaran Jk hari raya puasa (pd 1 Syawal); ~ besar (haji) hari raya haji (pd
10 Zulhijah);
berlebaran berhari raya.
lebas; melebas ark menyebat (dgn rotan dll), membelasah, memukul.
lebat 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll):
rambutnya ikal, ~ dan hitam; kian lama kian jauh perjalanan kita,
kian lama kian ~ rimba yg dituju; pokok ini ~ buahnya; 2. banyak
lagi tebal (hujan, embun, dll): hujan yg turun dgn ~nya pd pagi itu
masih belum sidang-sidang lagi; 3. banyak lagi penuh (bkn corak
kain dsb): dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yg ~ corak
emasnya dlm masa dua belas hari sahaja;
melebat menjadi lebat (hujan, buah-buahan, dll): hujan mula ~
kembali;
melebatkan menjadikan atau menyebabkan lebat: minyak yg
dikatakan dapat ~ rambut; sj baja yg digunakan utk ~ buah
mangga setiap kali musim berbuah;
kelebatan perihal lebat (hujan);
pelebat (bahan) yg melebatkan: lemak udang pula boleh dijadikan
bahan ~ rambut atau bulu roma.
lebek (lébék) Kd; melebek terlipat (mata pisau dll).
leber (lébér) I Tr; berleber, beleber berleter.
leber (lébér) II Jk; meleber melimpah (kerana terlalu penuh), meluap,
mengalir (meleleh) ke merata-rata.
lebih 1. melampaui had yg sepatutnya, bertambah (dr dahulu): harga gula
sekarang ~ mahal drpd harganya tiga tahun dahulu;
kedudukannya sekarang ~ terjamin; ~ baik duduk diam drpd
berkata yg sia-sia; 2. baki, sisa: tiga dibahagi dgn dua, ~ satu; 3.
bertambah sedikit (drpd angka yg dinyatakan): ia bekerja di pejabat
itu lima tahun ~; 4. semakin, kian bertambah: makin lama menjadi
~ berani ia;
~ jauh selanjutnya, seterusnya; ~ kurang kira-kira, agak-agak; ~
masa yg dilakukan (berkaitan dgn kerja) di luar waktu kerja yg
telah ditetapkan; ~ umur melewati umur (yg dikehendaki), tua; ~
lagi = lebih-lebih;
selebihnya baki drpd sesuatu, lebihnya, kelebihannya;
lebih-lebih = ~ lagi tambahan pula (lagi), apa lagi, lagi pula,
teristimewa pula: betapa senangnya hati anak negeri, ~ lagi hati
mereka berdua jika padi itu berbuahkan beras kelak; mereka yg
mempunyai sifat kegembiraan ini selalu murah rezekinya, ~ lagi
mereka yg peramah dan berbudi bahasa;
selebih-lebihnya paling banyak (ramai): anggota jawatankuasa
sekurang-kurangnya tujuh orang dan ~ dua belas orang;
lebih-lebihnya paling lebih: tugas seseorang diplomat bukan utk
menggubah matlamat kerajaannya, tetapi ~ utk menjelaskannya di
negara luar;
berlebih 1. ada lebihnya, berbaki, bersisa: pendapatannya ~ dr
perbelanjaannya; 2. terlalu banyak, banyak sangat: menempatkan
semula penduduk yg ~ di Pulau Jawa; ~ kurang bertolak ansur
(dgn kawan dll);
berlebih-lebih 1. terlalu banyak lebihnya (makanan dll): pakaian yg
dibelinya itu ~; 2. melewati (bertambah) dr yg sebenarnya:
kebesaran raja-raja pd zaman dahulu biasanya diceritakan dgn
cara yg ~;
berlebihan terlalu sangat (banyak, lebih, dll): beras ada juga yg
dieksport kerana ~ drpd keperluan tempatan;
berlebih-lebihan 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas
(sepatutnya): dlm hikayat-hikayat lama itu ada bahagian yg agak ~
sehingga tidak dapat diterima akal; pernahkah saya bersikap ~
terhadap gadis itu? 2. berlumba utk beratas-atasan (atasmengatasi):
mereka saling ~ memakai barang kemas;
melebih, melebih-lebih berbuat lebih drpd yg sepatutnya (drpd
orang lain), menambah supaya lebih: kamu janganlah ~ sangat;
melebihi 1. lebih drpd, melewati, melampaui, mengatasi: darjah
hidup kaum pekerja sekarang betul-betul sudah ~ darjah hidup
mereka sebelum perang; 2. membuat supaya jadi lebih: mereka
mesti berusaha dan memeras tenaga untuk ~ jangka yg ditentukan
itu; ~ ancak-ancak, mengurangi sia-sia prb sesuatu pekerjaan atau
perbuatan janganlah lebih atau kurang drpd yg sepatutnya tetapi
hendaklah pertengahan jua;
melebih-lebihi menambah menjadi terlampau banyak, menjadikan
terlalu banyak;
melebihkan 1. menjadikan lebih, membanyakkan: pengetahuan itu
boleh didapat dgn ~ membaca buku, majalah dan akhbar yg
bernilai; 2. memandang lebih penting (mustahak, berguna, dll): ~
agama drpd adat;
melebih-lebihkan menokok tambah hingga lebih drpd yg
sebenarnya: kadang-kadang kegemparan itu dilebih-lebihkan drpd
keadaan yg sebenarnya;
terlebih 1. yg paling lebih (cerdik, penting, besar, dll), tersangat:
kpd hatinya, ~ baik keris itu drpd golok, kerana Hang Tuah terlalu
tahu melihat keris; ~ dahulu pertama-tama; 2. = terlebih-lebih = ~
pula (lagi) terutama (teristimewa) pula, lebih-lebih lagi;
lebihan jumlah atau banyaknya sesuatu melebihi sesuatu had atau
sesuatu jumlah yg lain: ~ imbangan perdagangan dijangka
meningkat;
kelebihan 1. sesuatu sifat yg lebih drpd kebiasaan, keistimewaan:
Sayidina Ali ialah sahabat Rasulullah yg mempunyai banyak ~ dan
sifat-sifat yg teristimewa; 2. bilangan yg berlebih, bilangan yg lebih
banyak: beliau telah menang dlm pilihan raya itu dgn mendapat ~
undi; 3. = lebihan yg berlebih, bakinya, sisanya;
berkelebihan 1. berlebih, bersisa; 2. terlalu banyak (lebihnya,
sisanya, dll); 3. mempunyai kelebihan (keistimewaan).
lebir; melebir tergeleber ke bawah (spt bibir, tepi topi, dll).
lebu I sl 1. abu, debu, duli: maka ~ duli pun berbangkit ke udara, siang
cuaca menjadi kelam-kabut spt gerhana matahari; 2. patik, sahaya;
~ telempakan debu kaki tuanku, hamba tuanku; ~ duli tuanku
paduka tuanku.
lebu II; pelebuan ark pembakaran mayat (di Bali).
lebu III Tr terlalu masak, ranum: makan habislah pisang tu. Kalau
disimpan tidak sedap dimakan lagi kerana sudah ~.
lebuh I jalan raya (besar): tukang sapu ~;
~ hias jalan raya utama yg merentasi bandar dan biasanya terdapat
lorong pejalan kaki dan dihiasi pokok; ~ raya jalan raya utama yg
lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar (bandar raya) dgn
bandar (bandar raya) lain;
melebuhkan membuka jalan raya.
lebuh II Pr, bp hilang (dicuri orang), lesap.
lebuk I bunyi spt bunyi benda jatuh ke tanah, debuk.
lebuk II Mn gembur, hancur (tanah);
melebuk = ~ tanah menggemburkan (menghancurkan) tanah.
lebum bunyi spt bunyi benda jatuh, debum.
lebun tipu, penipuan;
melebun menipu (memalsukan sesuatu).
lebung bunyi spt bunyi benda jatuh tetapi lebih halus, debung.
lebur I 1. menjadi cair (logam dll), hancur, luluh: tabung semacam ini
tidak ~ jikalau dipanaskan ke suhu yg terlalu tinggi; titik ~ = takat
~ paras suhu yg menyebabkan logam dll menjadi lebur; 2. ki rosak
langsung, jahanam, musnah: begitulah ~ kekuatan orang yg
bongkak itu; ~ hati hancur hati (perasaan), teramat dukacita; sama
~ sama binasa prb (orang yg) seia sekata;
melebur menjadi lebur (logam dll): bijih yg sedang ~ itu
kemudiannya dituang ke dalam acuan yg berbentuk bata;
meleburkan 1. menjadikan hancur (lebur dll), menghancurkan:
panas drpd pembakaran bahan api itu ~ batu kapur dan
meninggalkan kapur tohor; 2. memusnahkan, merosakkan: dgn
keris dan lembing pd tiap-tiap orang, kita akan dapat ~ musuh
kita; 3. memansuhkan sesuatu dan menggantikan (menggabungkan)
dgn yg lain: salah satu yg mesti dileburkan oleh parti ialah hidup
berkeluarga kerana ini dianggap menjadi alat bagi kaum kapitalis;
~ diri (kpd, ke dlm) menyertakan diri, menggabungkan diri: ~ diri
ke dlm parti politik; ~ diri ke dlm kegiatan persatuan;
terlebur yg telah menjadi lebur, yg telah melebur;
leburan sesuatu (logam dll) yg telah dileburkan: ~ timah;
peleburan 1. perbuatan (kerja, proses, dsb) meleburkan sesuatu
(logam dll); 2. tempat meleburkan sesuatu (logam dll);
pelebur 1. alat utk meleburkan sesuatu (spt relau dll); 2. orang yg
membuat atau menjalankan kerja peleburan (logam dsb).
lebur II; keleburan ark lubang (kubu) utk menangkap gajah dll, serling.
lebur III  debur.
leca I tilam.
leca II rantai leher (drpd manik).
lecah I berlumpur, becak, becek: jalan itu terlampau ~; kena ~ ki
mendapat nama yg buruk (cemar);
~ di kaki prb suami yg tidak bertanggungjawab; dr ~ lari ke duri
prb perihal seseorang yg menghindarkan dirinya drpd kesukaran yg
kecil tetapi jatuh dlm kesukaran yg lebih besar;
berlecah bermain-main dgn lecah, bekerja dlm lecah;
melecahkan menyebabkan lecah;
terlecah 1. terkena lecah, terjatuh ke dlm lecah; 2. ki mendapat
nama buruk, tercemar.
lecah II Tr tawar, hambar: kamu tidak bubuh garam dlm gulai ini. Aku
rasa ~ saja.
lecak I; ~-lecuk bunyi spt bunyi orang berjalan dlm lumpur.
lecak II Kl mencecah, bertemu, sampai (ke bawah).
lecak (lécak) I 1. tanah yg berair dan berlumpur, becak: kakinya terpijak
~; 2. berlecak;
berlecak berlumpur, becak, lecah: halaman rumahnya terlalu kecil
lagi ~.
lecak (lécak) II Jk buruk (muka), hodoh.
lecap = basah ~ basah kuyup, basah lencun, basah sekali: ~lah sapu
tangan oleh air mata;
kelecapan perihal lecap.
lecar Kd; melecar terkelupas kulit (kerana tergesel dll).
lecas 1. Pn (rasa yg) terlalu manis; 2. Kl = ~ leweh rasa yg tidak sedap,
payau.
lecat = licin ~ terlalu licin.
lece (lécé) Kd; pelece suka mengata-ngata orang.
leceh (lécéh) I 1. meleleh dan melekat pd tempat yg dilaluinya (spt lilin yg
cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna, hina:
memang engkau ~, apa yg engkau hendak, engkau sendiri tidak
tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal; 3. ki
cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit: pekerjaan
yg ~;
meleceh mengampu (ketua, majikan), bermuka-muka (dgn ketua
dll);
melecehkan tidak menghiraukan, memandang rendah (hina dll);
perlecehan perihal hina;
peleceh orang yg suka mengampu atau bermuka-muka (dgn ketua
dll).
leceh (lécéh) II Kl mencalat (kemaluan).
lecek Jk berkedut-kedut (kain, kertas, dll), berkerut-kerut, keremut.
lecek (lécék) I lembik (nasi, lumpur, dll), becek; akal sbg makan nasi ~
prb fikiran spt anak-anak;
melecek menekan-nekan supaya jadi lembik (nasi dll),
melembikkan: ibu itu sedang ~ pisang bakar.
lecek (lécék) II; main ~ ark sj permainan anak-anak dgn guli atau gundu.
lecek (lécék) III sj ikan laut, Selar crumenopthalmus.
lecer (lécér) I 1. tidak berguna, leceh: petani ~; 2. Kl tidak sungguhsungguh
(pekerjaan dll), kurang cekap, lambat (membuat kerja).
lecer (lécér) II ark  lecet.
leces (lécés) ark; kertas ~ kertas yg dibuat drpd jerami.
lecet (lécét) = berlecet, melecet 1. basah, lecap: kapur berlecet dgn air
mawar; 2. lelas (kulit), mengelupas; 3. luka yg berair, melepuh;
melecetkan menyebabkan melecet (kulit), melelaskan,
mengelupaskan: perjalanan yg jauh itu telah ~ kakinya.
lecing bunyi spt bunyi anak panah atau peluru.
lecit, melecit 1. terkeluar dgn pantas (spt buah dipicit dll), terpancut; 2.
menghembuskan hingus drpd hidung.
leco (léco) Mn tidak mahu besar, kerdil.
lecok (lécok) 1. licin sekali: berminyak biar ~; 2. tergeliat, salah urat.
lecuh layu (spt daun kayu yg kena air panas).
lecuk; lecak-~;  lecak I.
lecun (lécun) C; melecun menjalankan tipu muslihat, memperdayakan,
mengecoh.
lecup I; melecup berbunyi spt bunyi orang menghisap (mengecup dll).
lecup II sl rapat ke, mencecah: maka apabila Pancagah itu berjalan,
tumitnya tiada ~ ke bumi.
lecup III; melecup melecur (spt kulit kena air panas dll), melepuh;
melecupkan menyebabkan melecup (melecur), melecurkan:
percikan minyak panas itu telah ~ tangannya.
lecur I; melecur melepuh (spt kulit kena air panas), mengelupas,
menggelembung dan berair (kulit): tidak dapatlah dikatakan
dahsyatnya kesakitan yg dideritanya, badannya ~ seluruhnya;
melecuri menjadikan sesuatu lecur: asap industri menggelapkan
ruang angkasa dan ~ tumbuh-tumbuhan;
melecurkan menyebabkan jadi melecur (dgn menjiruskan air panas
dll).
lecur II layu (daun dll).
lecus; berlecus, melecus keluar berpusu-pusu dgn cepat (spt angin yg
keluar dr lubang dll).
lecut bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk ,dll); ~ cambuk pukulan
cambuk;
melecut 1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll),
terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti
(rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3.
berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki
menggiatkan;
melecutkan 1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2.
memukulkan, mencambukkan, menyebatkan;
lecutan pukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg
amat sangat;
pelecut alat utk melecut, cambuk, cemeti.
ledak; meledak 1. pecah dan meletup (dgn kuat), meletus: bom yg
dilemparkannya itu telah ~ betul-betul tepat pd sasarannya;
barang ~ barang-barang yg mudah meletup (spt ubat bedil dll); 2. ki
terbit (peperangan, pertengkaran, dll), timbul: peperangan Rusia-
Jepun mula ~ di Port Arthur pd tahun 1904;
meledakkan 1. menjadikan meledak, meletupkan: mereka sengaja
~ tempat simpanan peluru dan bom itu; 2. menyebabkan terbitnya
atau timbulnya sesuatu hal (spt peperangan, kemarahan, dll): ~
revolusi;
ledakan, peledakan 1. perihal meledak, letupan: sesekali pd waktu
malam terdengar juga bunyi ~ meriam; 2. perihal meledakkan
(meletupkan) sesuatu: menghentikan ~ bom hidrogen utk
menyelamatkan umat dunia; 3. pertambahan (pertumbuhan) yg
sangat besar dan mengejut: ~ penduduk; ~ maklumat yg dipelopori
teknologi komputer dan elektronik;
peledak alat elektrik atau elektronik yg digunakan utk meledakkan
bahan letupan spt bom atau dinamit, peletup; bahan ~ benda yg
dapat meledak (diletupkan dll).
ledang (lédang) I sl warna putih kekuning-kuningan (spt awan disinari
matahari).
ledang (lédang) II Jw ark; meledang menunjuk-nunjukkan diri,
memperagakan diri.
ledeng (lédéng) IB; air ~ air paip.
leder (lédér) Kl ambil mudah, tidak begitu mempedulikan (kerana malas
dll).
ledes (lédés) Kl bilis pd kelopak mata.
leding; meleding 1. membengkok atau melengkung (papan, pisau, dll):
turus itu menahan kikir itu drpd ~ di tengah-tengah apabila
ditekan ketika mengikir; 2. melentik badan (kerana dipukul dsb);
meledingkan menjadikan meleding: bahang api boleh ~ batang
besi;
peledingan perihal atau perbuatan meledingkan.
leding (léding)  ledeng.
ledong (lédong) Kd berjalan dgn tidak tentu arah.
ledor (lédor); keledoran kelengahan, keteledoran.
ledos (lédos) Jk; meledos 1. meletup, pecah; 2. runtuh (bangunan dll),
rosak binasa, ranap.
leduk; meleduk meletup, meledak.
ledung Mn; meledung melengkung ke bawah (papan dll), melendut;
meledungkan melengkungkan (papan dll), melendutkan.
leftenan (léftenan) 1. pangkat pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit
drpd kapten; 2. pegawai rendah (bertauliah) dlm tentera laut;
~ jeneral (pangkat) pegawai bertauliah di bawah jeneral dan di atas
mejar jeneral (dlm angkatan tentera); ~ kolonel (pangkat) pegawai
bertauliah di bawah kolonel dan di atas mejar (dlm angkatan
tentera); ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut di
bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm tentera
darat dan udara); ~ muda pangkat yg paling rendah dlm tentera
(bagi pegawai yg bertauliah).
lega 1. tidak sempit (kawasan, ruang, dll), luas, lapang: rumah besar yg ~;
2. = ~ dada (hati) tenteram perasaan (fikiran dll), aman, senang:
drpd kata-kata ibunya itu ~ sedikit rasa hatinya; 3. lapang (waktu),
tidak sibuk: kalau ada masa yg ~ , jemputlah ke rumah; 4. agak
pulih (drpd sakit), beransur sembuh;
melegakan 1. menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan;
2. = ~ dada (perasaan) menenteramkan hati (fikiran dll): jururawat
itulah sahaja yg dapat ~ perasaannya; 3. menjadikan berkurang
(bkn rasa sakit dsb): ubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yg
dihidapinya;
terlega menjadi lega: kegusarannya ~ di kamar ini;
kelegaan perihal lega, ketenteraman hati (fikiran dll):
rancangannya itu akan mendatangkan ~ kpd pekebun-pekebun
kecil;
pelegaan perbuatan atau usaha utk melegakan (kesakitan,
kerunsingan dsb): ~ sakit secara menyeluruh dilaporkan bagi 87%
pesakit;
pelega sesuatu (ubat dsb) yg melegakan (rasa sakit dsb): ubat ~
sakit perut.
lega (léga); melega tunduk (menyembah, memberi hormat): dilega
sembah di kiri dilenggok pula sebelah kanan.
legak I Jk; ~-legok tidak sama atau tidak licin (permukaan), tinggi rendah.
legak II Kl sibuk (urusan), banyak kerja.
legal (légal) IB halal (perbuatan dll) di sisi undang-undang, sah.
legalisme (légalisme) kepatuhan sepenuhnya kpd undang-undang.
legalistik (légalistik) bersifat legalisme: analisis yg ~.
legam I; hitam ~ hitam betul;
melegam 1. menjadi legam: tidak ada bayang-bayang pohon yg ~
saban malam; 2. melakukan supaya jadi hitam (spt memupurkan
sesuatu dgn arang dll);
terlegam terlalu hitam.
legam II; legum-~ bunyi spt bunyi tembakan meriam dll, degum-degam.
legap I bunyi spt bunyi debaran jantung (papan dipukul dll), degap.
legap II tidak dapat dilintasi oleh cahaya (bkn batu, kayu, dll);
kelegapan perihal (keadaan atau sifat) legap.
legar bunyi spt bunyi kayu dipukul (pintu dipecahkan dll), degar;
melegarkan mengadakan bunyi legar, menyebabkan bunyi legar:
Azhar keluar ~ daun pintu.
legar (légar); berlegar, berlegar-legar 1. bergerak-gerak berkeliling,
berputar, berpusing selalu: benda itu berlegar-legar spt planet di
angkasa lepas; di kepalanya berlegar-legar seribu soalan; 2.
banyak mengisahkan tentang atau menumpukan perhatian pd,
hampir tertumpu pd: persoalan cerita ~ pd diri Ipin, seorang anak
orang asli; 3. Mn bergilir (bekerja dll), bertukar-tukar;
melegari mengelilingi: ~ Kaabah;
melegarkan memusingkan berkeliling, mengedarkan (minuman dll);
legaran edaran, giliran.
legas Pl ligat.
legasi (légasi) IB perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah
drpd kedutaan besar).
legat tetap haluan (perjalanan, pandangan, dll), lurus.
legato (légato) (Muz) not yg dimainkan secara bersambungan.
legeh (légéh) rabung yg memisahkan dua sistem saliran.
legenda (légénda) 1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg
bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu
(spt peta, carta, ilustrasi, dll).
leger (légér) IB 1. kayu yg menyangga lantai, rasuk; 2. bekas air, tong.
legislatif (législatif) mempunyai kuasa utk menggubal undang-undang.
legit (Sunda) manis, sedap.
legitimasi (légitimasi) 1. surat bukti yg mengesahkan keterangan dsb
tentang seseorang; 2. pernyataan yg sah, kesahihan (berasaskan
undang-undang), kesahan;
melegitimasikan menjadikan sesuatu sahih atau sah berasaskan
undang-undang.
legiun IB ark pasukan (ketumbukan) tentera.
lego (légo) Jk = melego menyerahkan atau meneruskan kpd (bkn bola,
tugas, dll).
legojo, legoja 1. orang yg diperintahkan utk membunuh, algojo, pertanda;
2. ki orang yg tidak bertimbang rasa, bengis.
legok Jk 1. tidak rata (sesuatu permukaan), cekung, lekuk; 2. lembah (yg
dalam).
legong (légong) sj tarian Bali.
legu; melegu mematikan anyaman (tikar, sumpit, dll).
leguh; ~-legah bunyi yg riuh-rendah (spt barang-barang berhantukan dsb).
legum bunyi spt bunyi meriam; ~-legam berbagai-bagai bunyi legum.
legum (légum) (Bio) jenis tumbuhan yg biji buahnya terkandung di dlm
lenggai, kekacang.
legunder IB ark bp pasukan (tentera) berkuda.
legundi sj tumbuhan (pokok renek), Vitex trifolia.
legung I bunyi spt bunyi gong.
legung II sj tumbuhan (pokok).
legup I; ~-legap bunyi spt bunyi debaran jantung (benda jatuh dll), degupdegap.
legup II sj tumbuhan (pokok memanjat), Strychnos ovalifolia.
leha (léha) lalai, leka, lengah.
lehah-lehah (léhah-léhah) Jk tidak melakukan apa-apa, bersenang-senang,
leka.
lehar (léhar) Jk (papan dll) tempat mengalas Quran, rehal, lekar.
leher (léhér) 1. bahagian tubuh yg menghubungkan kepala dgn badan:
Shahrin memanjangkan ~nya dan melihat keluar; bertegang ~
berkeras benar memperkatakan sesuatu, bertengkar; 2. sesuatu yg
menyerupai (yg lekat pd) leher; ~ baju bahagian baju yg
mengelilingi leher; ~ botol bahagian botol (yg sempit) dekat
mulutnya; tali ~ kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju)
dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi;
berleher 1. mempunyai leher (bkn manusia, binatang): zirafah ~
panjang; 2. mempunyai leher (bkn baju dsb): kemeja-T ~ bulat.
lehet (léhét) Ph melekat (spt air gula dll), melekit.
leik (léik) Kl 1. empuk, lembut; 2. hancur, lumat (spt tepung).
leja; meleja mengata-ngata (mencerca, menghamun, dll).
leja (léja) sj kain.
lejang 1. sepak, tendang, lompat; se~ kuda berlari a) sejauh kuda
melompat; b) pujian bagi rumah yg cantik; 2. gerakan yg cepat
(berlari, terbang, dll); se~ terbang secepat terbang, cepat sekali; 3.
(Kej) gerakan omboh (pd enjin) ke atas ke bawah atau ke kiri ke
kanan; ~ ekzos lejang keempat atau terakhir (pd enjin empat lejang);
melejang 1. menendang, menerajang, melompat sambil berlari (spt
kuda); 2. bergerak dgn pantas ke atas ke bawah (spt omboh enjin
dll); siapa ~ siapa patah prb siapa yg bersungguh-sungguh hendak
akan sesuatu, dialah yg akan menanggung kesusahannya (kesulitan,
kerugian, dll);
melejangkan, melejang-lejangkan menghulurkan (kaki),
menyepakkan, menendangkan;
pelejang sesuatu yg melejang (spt pesawat pd perangkap, jebak,
dll): ia memasang getah ~ di pintu jebak; kuda ~ bukit prb orang yg
jadi perkakas (pesuruh dll) orang lain.
lejar ark terlalu penat.
lejar (léjar) buku utk merakamkan akaun perniagaan.
lejit; melejit bergerak (berlari, keluar, dll) dgn pantas.
lejuh penuh (digenangi dll) minyak, terlalu banyak minyak (pd rambut
dll).
leka (léka) = terleka asyik (melakukan sesuatu, kpd sesuatu), lalai (oleh
sesuatu), selalu (melakukan sesuatu), ralit: di laut, Hasan ~
mengail; yg buta datang berpimpin, yg pekak ~ bertanya;
melekakan menjadikan leka, mengasyikkan, melalaikan;
kelekaan perihal leka atau terleka (asyik), keasyikan;
peleka orang yg selalu leka.
lekah I pecah (pd kayu dll), belah, rekah;
melekah merekah, pecah.
lekah II ark; pelekah; pintu ~ tingkap pd geladak kapal.
lekak; ~-lekuk tidak rata dan tidak lurus, tinggi rendah dan bengkangbengkok.
lekam ark; melekam memegang dgn telunjuk dan ibu jari, mencekak.
lekang 1. pecah atau retak (kerana kena panas spt tanah dll), merekah;
bibirnya ~ bibirnya pecah-pecah kepanasan; 2. mudah tanggal (isi
buah dr biji, cat dr kayu, dll), longkah, tidak melekat; rambutan ~
rambutan yg isinya mudah terkopek dr bijinya; 3. tidak henti-henti,
sentiasa: saya tidak ~ memegang peta;
tak ~ di bibir selalu disebut-sebut; tak lapuk dek hujan, tak ~ dek
panas prb adat yg tidak berubah-ubah (kekal);
berlekang tidak lagi bersama-sama (sahabat dll), bercerai,
berpisah: pd suaminya dah timbul alamat, masa ~ hampirlah
sangat;
melekang 1. pecah atau belah (bibir, tanah, dll); 2. tanggal atau
longkah (cat dll);
melekangkan 1. menjadikan lekang; 2. ki memisahkan
(memalingkan) drpd: ia tidak dapat ~ matanya drpd peristiwa yg
sedang berlaku di depannya;
pelekang ki sesuatu yg melekangkan (menghilangkan penyakit dll,
memisahkan): nasi dingin tampal kepala, ubat orak ~ jerih.
lekap I lekat (rapat sekali), merapat, menempel;
melekap 1. melekat (pd), tertampal (pd): kedua-dua tapak
tangannya ~ ke daun pintu; 2. merapat, mendekat: muka anak itu ~
di dada ibunya;
melekapkan 1. menjadikan melekap, melekatkan, menampalkan
(gambar dll): ~ ubat ke tempat yg luka; 2. merapatkan,
mendekatkan, mendempetkan: kepalanya dilekapkannya ke dada
ayahnya; 3. ki memasangkan atau mengenakan sesuatu (pakaian
dll);
terlekap terlekat pd, tertampal pd, dlm keadaan yg melekap;
pelekapan perihal (proses, perbuatan dsb) melekap atau
melekapkan;
pelekap anggota (pd beberapa jenis ikan dan serangga) utk
mendakap.
lekap II; ~-lekup bunyi spt bunyi kayu patah dll.
lekap III sj burung, Certhia spp.; ~ batu, Certhia familiaris; ~ gunung,
Certhia nepalensis; ~ tanah, Certhia discolor; ~ tualang, Certhia
himalayana.
lekar anyaman drpd lidi atau rotan utk mengalas periuk dll; ~ terendak
rangka terendak yg dibuat drpd rotan;
melekari melapik (periuk dll) dgn lekar.
lekar (lékar) I sj cairan yg disapu pd perabot rumah dll (utk
mengilatkannya).
lekar (lékar) II Jk sj meja kecil tempat mengalas Quran, rehal.
lekas tidak lambat atau lengah, cepat, segera: ~ benar hari malam
rasanya, kerja awak sedang terbengkalai;
selekas; ~ mungkin = selekas-lekasnya paling lekas, paling awal,
secepat-cepatnya;
lekas-lekas dgn lekas (sekali), cepat-cepat: ~ Mamat pergi menuju
ke sungai; aku ~ keluar dan bersalam dgn mereka;
berlekas-lekas sentiasa mahu lekas, tergesa-gesa, terburu-buru;
melekaskan membuat sesuatu supaya lekas, mencepatkan,
menyegerakan: ~ kerja yg baik supaya tidak ditimpa yg buruk;
memperlekas membuat sesuatu supaya lebih lekas, mempercepat;
pelekas (orang) yg lekas (marah dll): orang yg ~ marah itu lekas
sekali memaafkan dan lekas pula menyesal.
lekat 1. = berlekat, melekat tidak tanggal atau lekang (kerana dipaku,
diikat, dll), tidak terlepas, menempel: maka todak pun datang, serta
ia melompat ~ jongornya pd batang pisang itu; 2. mudah melekit
(spt benda-benda yg bergetah, kanji, dsb); 3. = melekat ki rapat
atau karib (persahabatan dll), kekal; 4. = melekat ki tidak berubahubah
(hala pandangan dll), tetap: jangankan hampir kpd patik,
memandang ~ pun ia tiada; 5. = melekat ki terpakai (pakaian dll),
terkena; 6. = melekat ki tertarik kpd (hati dll), terpaut pd: hatinya ~
kpd gadis yg berbaju kurung; 7. = melekat terserap dan tidak
luput, tersemat (dlm hati, ingatan): masih ~ dlm ingatan kita
tentang pernah adanya anggapan sedemikian; kata-kata itu
langsung tidak melekat di hatinya; 8. = melekat sah (tuduhan dll),
berlaku: tuduhan membunuh yg dimajukan ke atasnya tidak ~ dan
beliau dibebaskan; 9. = melekat ki kekal (adat dll), masih terpakai;
~ badi menyerupai sesuatu (rupa anak-anak yg baru lahir dll); ~
perut Tr mengandung, hamil; ~ uri tembuni atau uri tidak keluar
(ketika bersalin);
melekat lekat;
melekati 1. lekat pd, melekit pd; 2. hidup pd (api dll): apabila
hujung rokok itu sudah dilekati api, ia pun duduk semula di atas
katil;
melekatkan 1. menjadikan melekat, menampalkan: ~ label pd botol
ubat; 2. mengenakan (pakaian), memakai: dgn dada berdebardebar,
dia ~ pakaiannya; 3. sl memberi gelaran (pangkat, bintang,
dsb): pd hari ini, aku ~ gelar kpd Nakhoda Muda ini Kiai Demang
Purwasedana; 4. menanam (modal, wang) dlm perusahaan atau dgn
membeli barang-barang berharga: wangnya dilekatkan pd barangbarang
emas; 5. menghalakan pandangan (perhatian dll),
menetapkan pandangan dll; 6. mengenakan sesuatu (ubat, gunaguna,
dll) pd, membubuh; 7. memukulkan (tangan, kayu, dll):
kerana marahnya, ia pun ~ tangannya pd budak itu; 8. menaruh
(hati), memautkan (hati): ~ hatinya kpd gadis itu; 9. menyalakan,
menghidupkan (api): ~ api kpd rumput-rumput kering di belakang
rumahnya;
terlekat melekat atau lekat pd, telah dilekatkan: terkejutlah orang
melihat gambar teman-teman lelakinya yg ~ dlm album itu; ~
kersik buluh prb melakukan sesuatu yg sia-sia;
lekatan keadaan yg melekat (di antara satu permukaan dgn
permukaan yg lain);
pelekat 1. sesuatu yg digunakan utk melekatkan (gam, kanji, dsb);
2. helai plastik atau kertas yg mempunyai tulisan atau gambar utk
menandakan sesuatu, biasanya ditampalkan atau dilekatkan pd
sesuatu permukaan: ~ kereta.
lekeh (lékéh) Iselekeh.
lekeh (lékéh) II 1. Kl mudah (melakukan sesuatu), senang; 2. Kl, Kd tidak
berdaya, lemah.
lekir berjalur-jalur putih, belak: panau ~; ular sawa ~.
lekis ark sj tumbuhan (pokok).
lekit; melekit mudah melekat (spt benda yg bergetah, kanji, air gula, dsb).
leklek (léklék) Kl 1. serupa (dgn ), sama (dgn); 2. sesungguhnya,
sebenarnya, sememangnya.
LEKRA Id akronim bagi Lembaga Kebudayaan Rakyat.
leksem (léksém) (Lin) unit minimum, spt kata atau kata dasar, dlm
perbendaharaan kata sesuatu bahasa.
leksikal (léksikal) (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu
bahasa; makna ~ makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat
penggunaannya dlm ayat dsb).
leksikograf (léksikograf) IB penyusun kamus.
leksikografi (léksikografi) proses atau profesion menyusun kamus,
perkamusan.
leksikologi kajian tentang makna dan penggunaan perkataan.
leksikon (léksikon) (Lin) 1. kamus; 2. perbendaharaan kata sesuatu
bahasa atau sesuatu bidang.
leksikostatistik (léksikostatistik) (Lin) pengkajian secara statistik tentang
kosa kata sesuatu bahasa, dgn penekanan khusus terhadap
hubungan sejarahnya dgn bahasa-bahasa lain.
leksis (léksis) (Lin) perbendaharaan kata sesuatu bahasa, kosa kata,
leksikon.
leksotaktik (léksotaktik) (Lin) sistem dan pengkajian penyusunan ciri
leksem dlm urutan.
lektor (léktor) IB pensyarah di universiti.
lektur (léktur) IB bahan bacaan (buku dll).
leku; meleku bertelekan (bertopang) dagu;
terpeleku duduk bertelekan (bertopang) dagu: Encik Budin ~ di
bilik pejabatnya.
lekuh; ~-lekah = ~-lekih bunyi orang batuk (nafas yg kencang dsb).
lekuk 1. cekung (lengkung) ke dalam (spt kanta, lubang-lubang di jalan,
dll), cawak (pd pipi), jeluk, lembang, lepek: di tangan orang yg
kena tuduh itu ada dua tanda ~ dan luka; 2. sj daun terup
(bergambar jantung); 3. Tr beduk, tabuh;
~-lekak = ~-lekik banyak lekuknya; ~-liku a) banyak lekuk dan
selekoh (jalan); b) berbagai-bagai tipu daya; ~ lutut pelipat lutut; ~
mata rongga (lubang) tempat biji mata;
berlekuk bercawak, berjeluk, berlembang, berlepek: jalannya
buruk sekali ~-lekak dan menyusahkan pemandu-pemandu kereta;
melekuk menjadi lekuk (lembang, jeluk, dll): di sebelah hadapan
tulangnya ~ membentuk lubang mata;
melekukkan menyebabkan (membuat supaya) jadi lekuk,
menjadikan lekuk;
lekukan 1. sesuatu yg melekuk; 2. hasil melekuk;
pelekukan perbuatan (proses dsb) melekuk atau melekukkan;
pelekuk sesuatu yg digunakan utk melekukkan sesuatu.
lekum I kerongkong atau merih, tenggorok; halkum.
lekum II; ~-lekam bunyi spt bunyi orang bertukang, bunyi yg kuat.
lekung termasuk ke dalam (sesuatu permukaan), cekung, cengkung: pipi
yg ~.
lekup; ~-lekap bunyi spt bunyi jari dipatahkan (tempurung berhantuk
dsb).
lela (léla) I 1. sl tingkah laku yg elok, gerak-geri (tangan dll) yg elok:
mereka bersuka ria dgn tepuk tari dan ~; 2. elok (tingkah laku),
cegak, lagak, ragam, segak; banyak ~ banyak ragam; muda ~ muda
dan segak;
~ bangsawan segak lagi berbangsa; ~ remaja muda lela;
selela-lelanya sekehendak hatinya, sesuka hatinya: jika
dibiarkannya sahaja segala perasaan itu dgn ~, tidak dapat tidak
ia memekik-mekik;
berlela berlagak, bergaya, bertingkah; amak ~ amak berupa
berbagai-bagai gaya dan rupa;
melela menggerak-gerakkan tangan, memperlagakkan diri,
menunjuk-nunjuk: maka laksamana pun bangkit berdiri, seraya ~
di hadapan Hang Jebat tertitar-titar;
melelakan menggerak-gerakkan (pedang, badan, dll) dgn elok,
mempertunjukkan (sikap, gaya, dll) dgn elok.
lela (léla) II sl beberapa jenis meriam: memutih layar mengkuang,
memutih ceropong ~;
~ rambang sj meriam yg mulutnya bercorong; ~ rentaka sj meriam
yg boleh diputar-putar (dibuat drpd besi baja); kalau tidak berlela
baiklah berela-rela prb kalau tidak berdaya upaya baiklah menurut
sahaja;
melela; besi ~ besi baja; keris ~ keris yg tidak berpamor.
lelabalaba.
lelabahlabah-labah.
lelabilabi-labi.
lelabulabu.
leladalada-lada.
lelah 1. tidak berdaya lagi, letih, mengah, penat: kerana ~nya orang itu
bercakap termengah-mengah; ~ jerih = ~ payah tersangat lelah;
melepaskan ~ berehat; 2. penyakit sesak nafas, asma;
berlelah, berlelah-lelah melakukan sesuatu hingga lelah, bekerja
kuat, berpenat: sekurang-kurangnya terhiburlah sedikit mereka itu
setelah ~ sekian lama menuai padi yg sedang masak itu;
melelahkan, memperlelah menyebabkan jadi lelah, menjadikan
lelah, meletihkan, memenatkan: kerja ini sangat ~;
kelelahan 1. perihal lelah, keletihan, kepenatan; 2. lelah sekali,
sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang,
petani-petani di bendang itu ~ .
lelah II Mn; selelah sejauh, setakat mana jauhnya: ~ burung terbang;
melelah mengejar, menghambat: biar lambat asal selamat,
bagaimana gunung dilelah.
lelai; melelai 1. melengkung ke bawah (dahan, daun kelapa, dll),
menjulai; 2. memaut dahan dll ke arah diri sendiri (utk memetik
buahnya dll): daun terap di tengah padang datanglah gajah
dilelainya;
melelaikan membuat supaya jadi melelai, melengkungkan (dahan
dll), melenturkan.
lelais; ikan ~ ikan lais-lais;lais II.
lelak tidak tersusun lagi (anyaman dll), bercerai-berai, rosak.
lelaki laki-laki;
kelelakian kelaki-lakian.
lelakon ark lakon.
lelampang; ~ badak sj tumbuhan (pokok), lampin badak (budak),
keculam, penculam, Clerodendron disparifolium.
lelan (lélan) I tidak ingat lagi, khayal: masing-masing kembali ~ dibuai
air laut;
terlelan terlupa akan diri, terkhayal: Zamri terus juga ~ dlm buaian
nikmat keindahan Shamsiah.
lelan (lélan) II sj ikan.
lelancur Jk 1. ayam jantan muda; 2. ki teruna, jejaka.
lelang (lélang) I Id lelong.
lelang (lélang) II sj tumbuhan (pokok), kayu manis hutan, Cinnamomum
paraneuron.
lelangit langit-langit;
~ keras struktur tulang cekung yg membentuk bahagian atas mulut
dan terletak di belakang batas gusi; ~ lembut selaput lembut yg
membentuk bahagian atas mulut di belakang lelangit keras;
berlelangit mempunyai lelangit.
lelangon Jw ark; taman ~ taman tempat bersuka-suka.
lelangse (lelangsé) Jk tirai;langsai II.
lelantar sj tumbuhan (pokok), cendarah hantu, cungah putih, dada ruan,
Ostodes macrophylla.
lelap 1. nyedar (tidur), lena, nyenyak: tidur tak ~ makan tak kenyang; 2.
tidak ada lagi, hilang, lenyap, lesap: harta pusaka yg diwarisinya
sekarang telah ~ belaka; 3. tidak dapat ditebus kembali kerana
sudah lewat masanya (barang gadaian); 4. beku (minyak); ~
kemalingan prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak berhati-hati akan
mendatangkan kerugian atau bahaya;
melelapkan mengejapkan (mata): baru ia hendak ~ mata, sudah
tersentak mendengar suara bising;
terlelap tertidur, terlena: kira-kira pukul tiga lewat barulah ia ~
dgn nyenyaknya;
pelelap orang yg kuat tidur, penidur.
lelar I; memperlelar, memperlelarkan melakukan sesuatu berulangulang,
mengulang-ulangkan sesuatu;
dilelar timba ke perigi, tak sekali, sekali pecah juga prb perbuatan
yg tidak baik itu kalau diselalukan akan buruk juga padahnya;
jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting prb
jangan membiasakan perbuatan yg jahat.
lelar II; melelar menarik, menarik-narik: Amah ~ tangannya mengajak
menari;
lelaran tarikan, heretan: beberapa langkah aku terdorong ke
hadapan kerana ~nya.
lelas 1. licin atau rata (kerana diparas, dipotong, dsb); 2. terkupas kulit
(kerana tergesel dsb), lecet;
melelas 1. menjadi licin atau rata (spt diparas atau dipotong); 2.
mengelupas kulit (kerana tergesel dsb), melecet;
melelaskan 1. menjadikan licin atau rata, memaras; ~ balung ayam
memotong balung ayam licin-licin; 2. menggosokkan sesuatu hingga
licin; 3. menyebabkan lelas (lecet), melecetkan;
pelelas sesuatu yg digunakan utk melicinkan, pelicin.
lelat; sirih ~ ark sirih yg diberi oleh pengantin lelaki kpd pengantin
perempuan.
lelatu I Jk bunga api, kilatan api; latu I.
lelatu II kelekatu.
lelauh; ~ minyak sj ikan laut, pipit, Polynemus heptadactylus; ~ tanda sj
ikan laut, pipit, senangin buih, Polynemus sextarius.
lelawa Jk kelelawar.
lelawi sj serangga yg suka memasuki telinga.
lelayang I layang-layang;layang I.
lelayang II sj ikan laut, layang-layang, Trichiuridal.
lelayang III sj tumbuhan (pokok) dlm famili Anacardiaceae, sepul,
layang-layang (Sabah), upi (Sarawak), Parishia spp.
lele (lélé) Jw sj ikan darat (spt ikan sembilang atau keli), Clarius
melanoderma.
leleh (léléh); meleleh mengalir perlahan-lahan (spt air mata, darah, dsb):
badanku panas dan peluh ~ di dahiku; ~lah air mata di pipinya yg
telah mulai kendur;
melelehkan membiarkan meleleh (spt air mata, air liur , dsb),
mengalirkan: kami sendiri banyak menangis dan ~ air mata;
lelehan sesuatu (benda) yg meleleh, cairan;
berlelehan mengalir atau meleleh dgn berlebih-lebihan, meleleh
selalu, senantiasa meleleh: ~ air liurnya;
pelelehan 1. pengaliran perlahan-lahan; 2. lubang tempat meleleh;
habis cupak dr ~ prb adat yg dilanggar sedikit demi sedikit itu
akhirnya akan dilanggar semua sekali.
lelemah sj ikan laut, selemah, selembu, serumbu, Lactarius lactarius;
lemah III.
lelemak sj tumbuhan (pokok memanjat), merensa, Connarus oligophyllus.
lelembu sj ikan laut, Ostracion cornutus;lembu III.
lelep Jk; melelepkan menekankan supaya terbenam, membenamkan.
leler (lélér) I leleh (benda-benda yg menjijikkan spt hingus dsb); tua ~
sangat tua;
berleleran 1. meleleh selalu (benda-benda melekit spt hingus dsb),
berlelehan; 2. ki tidak menentu (tidak teratur) keluarnya
(percakapan dll), tidak keruan, kacau-bilau;
meleler 1. mengalir perlahan-lahan (benda-benda yg melekit spt
hingus, air liur, dsb), meleleh; 2. Kl menyapu ke merata tempat
(kotoran dll);
leleran sesuatu yg meleler.
leler (lélér) II; keleleran tidak teratur (barang-barang dll), terbiar atau
terabai.
leler (lélér) III sl tidak senonoh (perangai), kurang ajar.
leler (lélér) IV Kl tidak mengambil berat (tentang pekerjaan dll), cuai,
lalai.
leletup sj tumbuhan (rumpai dan buahnya), letup-letup, cipulan, letup,
ubat pekung, Physalis minima;letup II.
lelewa (léléwa) Jk; berlelewa berlebih-lebihan (tingkah laku) berlagak,
bertingkah.
lelimau sj tumbuhan (pokok), limau hutan, pokok temin (renjis), sebantun,
Taxotrophis macrophylla.
lelipan bentuk daun yg menyerupai bentuk bulu ayam (terdiri drpd
beberapa helai daun yg tumbuh pd urat daun).
leloceng (lelocéng) bentuk bunga yg menyerupai bentuk loceng (spt bunga
cempaka).
lelompat; ~ daun sj serangga drpd famili Cicadellidae yg merosakkan
tumbuhan.
lelong (lélong) penjualan di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratasatasan
oleh pembeli-pembelinya): kelulusan permohonan tanah yg
di dlm bandar dibuat secara ~;
tangkap ~ membeli barang yg dilelong; tukang ~ orang yg melelong
barang-barang, penjual barang-barang lelong;
melelong 1. menjual barang-barang di hadapan khalayak ramai (dgn
harga beratas-atasan): apakala penggadai tidak dapat membayar,
tanah itu harus dilelong; 2. sl membeli atau memborong barangbarang
lelong;
melelongkan, memperlelongkan 1. menjual barang dgn dilelong:
pemungut hasil tanah boleh ~ tanah itu kalau hasilnya tidak
dibayar dlm tempoh yg tertentu; 2. memborong kerja (membekali
makanan ke asrama, membuat bangunan, dll);
terlelong telah dilelong, kena lelong: sekiranya kebun ini ~, rumah
kita akan ~ sama;
lelongan barang dsb yg dilelong;
pelelongan perihal melelong, penjualan lelong: baru sebentar ini
dia pergi mengurus ~ barang-barang kami;
pelelong orang (syarikat dsb) yg melelong atau melelongkan
sesuatu.
leluasa 1. tidak terbatas atau tersekat-sekat (kelakuan, perbuatan, dsb),
bebas: bilakah kita akan bertemu pula dgn ~ ?; 2. lapang (kawasan
dll), terbuka, luas;
berleluasa berbuat sesuatu dgn bebas atau sesuka hati: pd suatu
masa pencuri dan penyamun ~ dlm negeri Melaka;
keleluasaan perihal leluasa (pergerakan, kelakuan, dsb),
kebebasan.
lelucon Jw kelakar atau jenaka (cerita dsb), lawak, kelucuan: dicubanya
juga membuat ~ tetapi hambar;
berlelucon berkelakar, berjenaka, berlawak.
leluhur Jw nenek moyang.
leluing Jk sj tumbuhan (pokok), Ficus hispida;luing I.
lelumba lumba-lumba.
lelumbah; ~ paya sj tumbuhan (pokok), kayu hok, Corymborehis
longiflora.
lelungit Jw ark sj nyanyian, kidung.
leluri Jw adat yg diwarisi drpd nenek moyang, tradisi; naluri.
lem (lém) IB gam (getah, kanji, dll), perekat;
dilem dilekatkan dgn gam (getah, kanji, dll).
lema (léma) (Lin) kata masukan dlm kamus, entri.
lemah I 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt
orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju
jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3.
tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~
dlm membuat keputusan;
~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~
hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun
lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah
(tetapi boleh dilentur-lentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak
bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak
bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~
syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga;
~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan
sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat
prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat
dipengaruhi atau dipermain-mainkan;
berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras;
melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu
kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula;
melemahkan menjadikan lemah, menyebabkan menjadi lemah:
penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak
yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg
~ novel ini;
memperlemah menjadikan lebih lemah;
kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai
berbagai-bagai ~ dan kekurangan;
pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah;
pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll).
lemah II Kd, Pl; pelemah membohong, berbohong.
lemah III sj ikan laut, lelemah, lemuk, Lactarius lactarius.
lemah lembut elok perangai, halus budi pekerti, baik hati;
berlemah lembut bersikap lemah lembut: Nabi Muhammad adalah
seorang yg berhati mulia dan ~.
lemah lesu tidak bermaya , kurang bertenaga;
melemahlesukan menjadikan lemah dan tidak bermaya: aku
memang dilanda cinta pertama yg ~ tenaga jiwa dan raga.
lemak I 1. sj zat minyak pd binatang (melekat pd daging), gemuk
binatang: di bawah kulitnya terletak selapis ~ yg memanaskan
badannya; ~ kambing; 2. = berlemak mengandungi lemak atau
minyak: ikan dimasak ~; gulai ~; kerbau mandul banyak ~; 3. Mn
sedap atau enak (rasa, pendengaran, dll): ~ lauk dikunyah-kunyah,
~ kata disebut-sebut; ~ santan, manis gula tidak sedar racun
bermain;
~ ketam warna kejingga-jinggaan; ~ tulang sumsum dlm tulang; ~
penyelar daging prb memboroskan harta benda tuannya.
lemak II sj ikan darat, kap, Labeobarbus ocellatus.
lemak III; ~ batu a) sj tumbuhan (pokok), ekor kucing, meroyan kerbau,
sembung merah, Didymocarpus crinitia; b) sj tumbuhan (pokok
renek), gegunjah putih, Cyrtandra pilosa; ~ beruk sj tumbuhan
(pokok renek), melukut, Uorphyllum glabrum; ~ itik sj tumbuhan
(pokok), bolian, membaju, melima, Tarrietia simplicifolia; ~
kepiting (ketam) sj tumbuhan (rumpai), pulut-pulut, Melochia
corchorifolia; ~ pahit sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mambu,
jemerah, mambu jantan, merambu, sekebah, Milettia sericea.
lemal Kl tidak sedap tubuh (kerana demam dll).
leman (léman) Jw gajah.
lemang sj makanan (drpd pulut dan santan) yg dibakar dlm buluh;
bersandar di ~ hangat prb berlindung kpd orang yg zalim akan
binasalah akhirnya; memakan hendak ~ , membeli hendak pelo prb
inginkan barang yg elok tetapi enggan membayar harga yg
sepatutnya; menyandang ~ hangat orang prb menanggung akibat
perbuatan orang lain;
melemang membakar lemang.
lemanta Sr 1. pokok rumbia; 2. sagu mentah.
lemari bpalmari.
lemas I tidak boleh bernafas (kerana tenggelam dlm air, kena gas, dll),
sesak bernafas; mati ~ mati kerana tidak dapat bernafas; ~ fikiran
tidak dapat berfikir, bingung;
melemaskan menjadikan lemas: begitu tebal asapnya sehingga
kalau sejam dua ia begitu tentulah ia dapat ~ manusia;
kelemasan menjadi lemas: ia pun mati oleh sebab ~;
pelemas; zat ~ Id zat yg berupa gas dan tidak berbau (dlm udara
ada 78%), nitrogen.
lemas II 1. boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dll), tidak
mempunyai kekuatan, lemah, lembut; 2. halus (budi bahasa dll),
lemah lembut (kelakuan);
melemaskan melembutkan atau melemahkan sesuatu,
menghaluskan (budi bahasa dll).
lemau 1. tidak rancak (bunyi-bunyian); 2. tidak garing, lembik (spt kuih
yg masuk angin dll); 3. lemah urat.
lemba sj tumbuhan (herba), segumbar urat, Piper umbellatum; ~ batu sj
tumbuhan (herba), Staurogyne merguensis.
lembaga 1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal
mula (bagi sesuatu); ~ bisul mata (benih) bisul; ~ daun bakal daun;
2. bentuk yg mula-mula (yg asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk
sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): kami hanya melihat ~-~
mereka dr jauh; 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas:
pegawai daerah itu juga menjadi ketua dan pengerusi L~
Bandaran; L~ Pelabuhan; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan):
maka berhimpunlah penghulu yg empat suku serta ~ yg dua belas
suku; ~ pengarah badan yg terdiri drpd sekumpulan orang yg
dilantik oleh para pemegang saham utk membuat dasar yg mesti
dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat;
memperlembagakan menjadikan perlembagaan: percubaan utk ~
prosedur;
perlembagaan undang-undang atau peraturan negeri, dasar
pemerintah negeri: Malaya bersatu padu dlm maksud mencapai
kemerdekaan secara ~;
berperlembagaan mempunyai (berlandaskan, berpegang pd, dsb)
perlembagaan: suatu prinsip asas yg ~ Islam.
lembah = lembahan, pelembahan 1. tanah rendah (di perkakian gunung
atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai): di kebanyakan ~
sungai, tanahnya kaya dgn lanar; Merbok ialah sebuah pekan
kecil di ~ Gunung Jerai, 2. ki jurang kehidupan, tempat yg paling
rendah atau hina: kerana drpd pelembahan datangku, dan ke
pelembahan aku mesti kembali; maka bebaslah mereka
bergelumang dlm ~ maksiat; ~ silikon kawasan tempat
bertumpunya pelbagai industri yg berkaitan dgn teknologi
maklumat;
berlembah ada atau terdapat lembah (bkn tanah): kawasan itu
rendah dan ~.
lembai (lémbai) Mn; melembai 1. menggerak-gerakkan turun naik,
melambai; 2. menjilat (bkn api), melarat.
lembak (lémbak); melembak melimpah (kerana air terlalu banyak atau
mendidih), meluap.
lembam I 1. tidak ada kekuatan, kelesa, lemah; 2. lembap, tidak cergas,
lemah (bkn kemampuan seseorang murid menerima pelajaran):
guru-guru biasanya memberi perhatian yg lebih kpd murid-murid
yg ~;
kelembaman 1. Id tenaga yg mengakibatkan sesuatu benda terus
diam atau terus bergerak (kecuali diubah oleh tenaga luar); 2.
perihal lembam (lembap, tidak cergas, lemah), kelembapan,
kelemahan.
lembam IIlebam I.
lembang I 1. lekuk (tanah dll): tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh
bidannya akan kepala baginda, menjadi ~ sama tengahnya; 2.
menjadi dalam (tanah yg dilalui air dll); 3. = lembangan tanah
pamah yg rendah, lembah;
melembang menyebabkan jadi lembang, melekukkan.
lembang II; melembang bercakap dgn lemah lembut (seolah-olah
memujuk), membujuk.
lembang III Kl; berlembang tidak tersusun rapi (barang-barang, pakaian,
dll), berselerak, bersepah-sepah;
melembangkan menjadikan berselerak.
lembang (lémbang) sj tumbuhan (pokok), damak-damak air, medang
selusuh (teja), Grewia florida.
lembap 1. masih basah (mis tuala, tanah, dll), tidak kering: kain baju yg
dijemur itu masih ~; jalan masuk ke kedai itu ~ dan becak; 2. tidak
rancak (suara, bunyi-bunyian, dll), tidak nyaring, kendur, tawar; 3.
lambat atau kurang mencapai kemajuan (dlm pelajaran), tidak
cerdas, lemah, lembam: Salimlah satu-satunya budak yg ~ dlm
pelajaran, tetapi dia petah bercakap; jika peruncit membeli
keluaran yg tidak diminati oleh para pelanggan, perniagaannya
akan mengalami masalah jualan yg ~ dan mengalami kerugian;
melembap menjadi lembap (kulit dsb): peringkat penjagaan kulit,
iaitu membersih, menyegar dan ~;
melembapkan menjadikan (menyebabkan) lembap: tanah yg
terlalu kering perlu dilembapkan terlebih dahulu;
lembapan sesuatu (bahan dsb) yg lembap;
kelembapan 1. perihal lembap (tidak kering): kabusnya tebal
kerana ~nya tinggi; 2. perihal lambat atau kurang mencapai
kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam),
kelemahan, kelembaman: ~ industri perikanan di negara ini mula
dikesan pd awal tahun 1980-an;
pelembapan perihal (tindakan dsb) menjadikan lembap: pertama
pembersihan, penyegaran dan ~ muka;
pelembap (bahan dsb) yg melembapkan (kulit dll).
lembar 1. sl benang atau tali; 2. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang
dan luas bidangnya (tali, kertas, dll), helai, utas: sehari se~ benang
lama-lama menjadi kain;
melembarkan mengantih atau memintal tali (benang dll);
lembaran 1. lampiran atau helai (kertas, surat khabar, dll); 2.
halaman atau muka surat (pd buku, surat khabar, dll): alamat sidang
pengarang termuat di ~ pertama; kita jadikan tahun 1964 sbg
permulaan ~ sejarah yg cemerlang bagi Sarawak; 3. keluaran surat
khabar (majalah dll); ~ pagi surat khabar sebelah pagi.
lembat sl lebat.
lembayung 1. sj tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting,
Eichhornia crassipes; 2. = merah ~ warna ungu (merah ungu).
lembega (lembéga) sj tumbuhan (pokok renek), rembega, Calotropis
gigantea.
lembek (lémbék) tilam nipis tempat tidur.
lembidang bahagian tepi piring (pinggan dll) yg leper dan rata.
lembiding sj tumbuhan (pakis), Stenochlaena palustris.
lembik 1. terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau
tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih
~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~
dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~;
melembikkan menjadikan lembik, menyebabkan lembik (lemah,
kendur, dll);
kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran,
kelemahan.
lembing 1. sj senjata bermata besi yg boleh diradakkan atau dibalingkan
(lebih kecil drpd tombak); 2. sj seligi yg digunakan dlm permainan
sukan;
menohokkan ~ ke semak prb melakukan perbuatan yg sia-sia;
tercacak bagai ~ tergadai prb tertegun kehairanan;
melembing meradak (menikam, menohok, membaling) dgn
lembing.
lembok (lémbok) sj burung, punai tanah, Chalcophops i. indica.
lembora ark sj ikan laut.
lembu I sj binatang ternakan utk mendapatkan susu dan dagingnya, Bos
longifrons, Bos brachyceros, dll;
~ daging lembu yg dipelihara utk (mendapatkan) dagingnya; ~
dogol a) lembu yg tidak bertanduk; b) ki orang yg suka mengugut
tetapi tidak melakukan apa-apa; ~ kasi a) lembu yg dikasi; b) orang
yg berani dgn musuh kalau berjauhan; ~ kenyang Kl orang yg degil
atau malas, orang yg berbuat tidak peduli; ~ kontan (Eko)
perniagaan yg mendapat keuntungan besar secara berterusan atau
selalu mengalami lebihan tunai; ~ pawah lembu yg hasil
pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dgn orang yg
mengusahakannya; ~ tenusu = ~ perahan lembu yg diternak
terutamanya utk mendapatkan susunya;
~ dogol jangan dibalun prb orang yg tidak melawan jangan diusikusik,
jika melawan dia bersungguh-sungguh; ~ punya susu, sapi
dapat nama prb orang lain yg membuat kebajikan orang lain yg
mendapat kepujian; ~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata
orang menanduk juga prb orang yg sudah terkenal jahatnya;
laksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol prb a) orang
yg hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya; b) melawan dgn
seberapa kuasanya dlm perkelahian; laksana ~ kasi prb badan
sahaja yg besar tetapi hati penakut; menghela ~ dgn talinya,
menghela manusia dgn akalnya prb manusia harus diperlakukan
dgn lemah lembut;
memperlembu ki memperlakukan spt lembu (terhadap seseorang),
memandang spt lembu: kerana takut akan ugutan inilah orangorang
desa yg bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim.
lembu II; burung ~ sj burung, pucung, Ardea s. sumatrana; punai ~ sj
burung, tekukur, tekukur api, Macropygia ruficeps malayana.
lembu III sj ikan laut, buntal kotak, Ostracion spp.; lelembu.
lembuara sl sj lembing yg berambu-rambu.
lembugai  lemunggai.
lembung; melembung menjadi besar kerana berisi angin (air dll): belon
itu hendaklah ditiup ~ hingga pecah;
melembungkan menjadikan melembung, meniup sehingga
melembung: ~ dada;
pelembungan 1. Id belon getah (utk anak-anak); 2. gelembung buih
sabun; 3. tembolok ayam.
lembur kerja yg dibuat di luar masa pejabat (kerja malam dll), kerja lebih
masa; upah ~ = wang ~ bayaran kerana bekerja lebih, upah (wang)
lebih masa;
melembur bekerja di luar masa pejabat (kerja malam dll), bekerja
lebih masa.
lemburu sj ikan laut; lemuru.
lembusir bahu atau belikat (kerbau, lembu, dll); daging ~ daging pd
belikat (kerbau, lembu, dll).
lembut 1. tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi
memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd
lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai
(budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi
halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang),
tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda,
berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu
bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki
yg berjalan spt orang perempuan);
berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu
sebenarnya bukanlah ~ kepadanya;
melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian
terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras;
melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan,
melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk
~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak
(perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya;
kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta
perlu mempunyai ~ jiwa;
pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai
kecil utk kencing dll);
pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~
dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk
melembutkan sesuatu: ~ kulit.
lemek (lémék) lembik lagi leper (songkok dll).
lemena (leména) ark sj baju besi (utk berperang).
lemidi sj tumbuhan (paku pakis), lamiding, lembiding, memiding,
Stenochlaena palustris.
lemon (lémon) 1. sj limau yg bentuknya bujur, berkulit tebal kuning , dan
jusnya masam, Citrus limon; 2. sj minuman (dibuat drpd lemon).
lemoned (lémonéd) sj minuman ringan yg dibuat drpd jus lemon.
lemos (lémos) Kd; berlemos berselekeh, kotor.
lempai; melempai, terlempai, berlempaian terkulai lemah (dahan patah,
bendera basah, dll), tergantung dgn layu: segala pucuk yg mudamuda
serta bunga yg baru mekar itu berlempaian melihatkan
gundah-gulana Ken Tambuhan.
lempam ark; melempam bp tidak cergas (bekerja dll), lembap.
lempang I Jk tidak berbengkok-bengkok (jalan dll), lurus; ~ hati jujur
(lurus);
melempangkan 1. meluruskan (badan dll); 2. membetulkan atau
menyesuaikan dgn.
lempang II ark = melempang melintang (letak sesuatu benda dll); ~-
pukang tidak menentu atau bersusun (letak sesuatu benda dll).
lempang III 1. = ~-lempung bunyi spt bunyi orang memukul gendang
(bunyi hon kereta dll); 2. = melempang tampar, tempeleng: kalau
saya naik meradang saya ~ saja dia;
berlempang-lempang berbunyi spt bunyi hon kereta (orang
memukul gendang dll);
melempang menampar, menempeleng: kalau ditanya tidak pernah
mahu jawab terus, tahu nak ~ saja.
lempap; melempap memukul-mukul kapas dgn kayu.
lempar (lémpar) baling, buang, lontar; ~ cakera (lembing, peluru) sj
permainan dlm olahraga;
~ batu sembunyi tangan prb orang yg berbuat sesuatu kemudian
berpura-pura tidak tahu;
melempar 1. membaling (sesuatu kpd), melontar sesuatu jauh-jauh:
tentu ada orang yg ~ batu ke dlm sungai itu; 2. membaling dgn
sesuatu (batu, kayu, dll): mereka melempar sesiapa saja yg lalu di
situ; 3. ki membuang (pandangan), menghalakan pandangan: Ali ~
pandangannya ke lain, mendung kelihatan air mukanya;
melempari melempar berkali-kali.
melemparkan 1. membalingkan, melantingkan, melontarkan: ibu
saya bergaduh, ~ barang-barang ke atas lantai; 2. mengeluarkan
sesuatu (spt kemarahan, tuduhan, dll): dia melepaskan geramnya, ~
kemarahannya kpd anak isterinya; tuduhan yg bukan-bukan telah
dilemparkan oleh Panglima Hitam kpd Wan Intan; 3. menghalakan
atau menghadapkan (pandangan dll) kpd, memberikan utk: orang
itu lewat sambil ~ senyuman kepadanya; bagai ~ kersik ke buluh
prb melakukan pekerjaan yg sia-sia;
lemparan 1. sesuatu yg dilemparkan; 2. hasil drpd melempar;
pelempar 1. sesuatu yg dilemparkan (spt batu, kayu, dll); 2. alat yg
digunakan utk melempar; 3. orang yg melempar: ~ bom tangan;
sepelempar sejauh (batu dll) dilempar.
lempari ark sj alat bunyi-bunyian (berupa gong yg kecil atau canang);
lampari.
lempaung sj tumbuhan (pokok dan buahnya masam), Baccaurea
lanceolata; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Tinomiscium
petiolare.
lempedal  hempedal.
lempedu; ~ tanah, a) sj tumbuhan (herba), beremi, gelumak susu,
mempedu tanah, Curanga felterrae; b) = ~ jawa sj tumbuhan
(pokok), berombong, Nauclea junghuhnii; akar ~ gajah sj
tumbuhan (pokok memanjat), akar gelumpang, akar lupuk, akar
merapuh, akar timun dendang, mentimun gagak merah, Adenia
acuminata.
lempek (lémpék); berlempek-lempek bertepek-tepek (cat, lumpur dll),
tidak rata (cat dll).
lempem Jk; melempem 1. tidak kering betul, masih basah, lembap; 2.
tidak berbunyi atau meletup (mercun dll); 3. tidak rancak, lemah,
lembik.
lempenai sj tumbuhan (pokok).
lempeng Jk lurus.
lempeng (lémpéng) 1. sesuatu yg pipih (spt tembakau dll): tembakau ~; 2.
sj kuih yg pipih dan nipis (yg diperbuat drpd tepung dll); 3.
kepingan (besi, kaca, dll) yg nipis;
melempeng membuat kuih lempeng; perutnya ~ perutnya kempis.
lemper Jw sj makanan yg diperbuat drpd pulut dan dibungkus dgn daun
pisang.
lempi Pr pukul, bantai.
lempiri sl nafiri, serunai.
lempit Jk lipat;
melempit melipat (kain,kertas, dll).
lempoyan sl penggulung (kumparan) tali kail, kili-kili; empoyan I.
lempoyang  lampoyang.
lempoyangan sj tumbuhan (pokok kecil-kecil) Panicum repens.
lempuh  lepuh.
lempuk I sj penganan yg dibuat drpd durian (nangka dll) dan dimasak dgn
gula hingga pekat.
lempuk II; berlempuk melekat atau melekit banyak-banyak (daki,
kotoran dll).
lempum; ~-lempang bunyi spt bunyi benda besar jatuh, bunyi yg terlalu
kuat berturut-turut.
lempunai sj tumbuhan (pokok), mempenai, mempunai, pokok tapis,
Xylopia caudata.
lempung I ringan dan tidak keras (kayu dll), mampung; kayu ~ a) kayu yg
ringan lagi empuk; b) ki tidak berguna (barang-barang dll); bagai
kayu ~ ditebuk kumbang tembus-menembus prb orang yg lemah
mudah dianiaya oleh orang yg berkuasa; umpama kayu ~ belum
ditolak condong sendiri prb orang yg bodoh dan penakut mudah
menurut kehendak orang lain.
lempung II Jk tanah liat.
lempur; kelempuran kelemahan yg amat sangat (badan dll).
lemputih; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), mata itik, melukut,
merembung jantan, Urophyllum glabrum.
lemuas; berlemuas berselekeh atau berlumur dgn kotoran (bkn muka,
badan, dsb).
lemuduk sj ikan laut, demuduk, Carangoides ferdau.
lemuk sj ikan laut, lemah, lelemah, Lactarius lactarius.
lemukut melukut.
lemunggai sj tumbuhan (pokok), emunggai, gemunggai, kacang kelor,
meringgai, merunggai, remunggai, Moringa oleifera.
lemur sj mamalia (spt kera) dlm famili Lemuridae yg terdapat di
Madagaskar; ~ ekor gelang, sj lemur yg ekornya bergelang-gelang
putih hitam, Lemur catta; ~ perang, Lemur fulvus.
lemuru sj ikan laut.
len (lén) Id kanta.
lena (léna) 1. lelap, nyedar, nyenyak: aku menelungkupkan mukaku ke
bantal lalu ~ semula; 2. leka, lalai, tidak sedar (ingat): semua
orang ~, ~ dgn impian masing-masing; 3. lama (waktu), lambatlambat:
tidak berapa ~ ketikanya;
berlena, berlena-lena sengaja menghabis-habiskan masa, berlalailalai,
berlama-lama, berleka-leka;
melenakan membuat supaya lena, menjadikan lena, melelapkan:
dia berpura-pura ~ diri dan membiarkan ia dibawa oleh laki-laki
itu;
terlena 1. tertidur, tidur lelap: matanya dipejamkan dan dia mula ~
dgn tidak payah dipaksa-paksa; 2. terlupa akan hal-hal lain,
terlalai, terleka: beberapa ketika ia ~ memikir-mikirkan masa
depannya, ia hanya sedar kembali apabila semboyan kereta api
berbunyi; 3. = terlena-lena terlalu asyik atau leka, terlalu suka
akan sesuatu;
kelenaan 1. (dlm) keadaan yg lena; 2. Id tidak awas-awas, kurang
hati-hati.
lenang (lénang) tenang (air dll): apabila Datuk Selampit itu telah
mengaku kalah maka air laut itu pun ~ semula; senang-~
berbahagia sekali, tiada satu pun yg kurang.
lencana tanda yg dibuat drpd logam dll dan dipakai di dada (utk
menunjukkan keanggotaan sesuatu persatuan, sekolah, dll): tiaptiap
ahli jawatankuasa pemungut derma mempunyai ~ di baju
mereka;
berlencana memakai lencana: sekumpulan pelajar yg ~ sekolah
kelihatan berkeliaran di pekan itu.
lencang lurus (barisan atau arah); ~ kanan Id pandang ke kanan utk
meluruskan barisan (perintah dlm perbarisan tentera dll).
lencas sj ulat bulu.
lencet (léncét) ark  lecet.
lenci I (lénci) Jk lengkeng;  laici.
lenci II (lénci) bp, Id sj binatang mengerip spt arnab, Oryctolagus
curiculus.
lencit; melencit keluar dgn cepat atau pantas (biji buah-buahan yg
dipicit), terpelencit;
lencitan gerakan atau hasil melencit.
lencong (léncong); melencong 1. tidak mengikut arah yg betul,
menyimpang dr arah yg asal, menyerong: tiba-tiba Nor ~ ke kiri
dan aku ~ ke kanan; 2. menyimpang drpd tujuan (maksud) yg asal,
menyeleweng, tersesat: di sini saya telah ~ sedikit kerana hendak
menjelaskan betapa mustahaknya undang-undang itu;
melencongkan menjadikan melencong atau menghalakan sesuatu
ke arah lain, menyimpangkan: mereka akan ~ jalan;
terlencong menyimpang dgn tidak sengaja drpd dasar, arah tujuan
dsb yg asal atau sebenarnya, terbabas: ketiadaan maklumat dan
kelengkapan pelayaran juga menyebabkan nelayan asing ~ ke
perairan negara kita;
lencongan jalan dsb yg melencong dr jalan asal yg dibaiki dsb;
pelencongan perihal melencong atau melencongkan: ada beberapa
~ berlaku ketika novel ini ditulis.
lencun, lencung ark kuyup; basah ~ basah kuyup: badannya ~ oleh
peluh.
lenda ark; melenda melanda;  landa II.
lendair mengandungi air (bkn batang, buah, dll), berlendir dan berair.
lendap; melendap bertukar menjadi kental atau pepejal (bkn cecair spt
darah yg terdedah dll), membeku;
pelendapan perihal melendap (cecair).
lendat; melendat memijak-mijak rumput atau tanah dll (oleh binatang spt
gajah dll), melanyak.
lendih ark duduk berasak-asak atau berapat-rapat, duduk bersandar.
lendek (léndék) Kl tidak berkedut-kedut (kain), licin.
lendir benda cair yg pekat lagi licin (spt dahak, hingus, dll): ~ kahak;
makan hasil ~ ki orang yg hidup drpd hasil persundalan;
berlendir terdapat lendir, ada lendir.
lendit Kd tertib (kelakuan).
lenduh; melenduh jatuh atau terkulai ke bawah, terjuih (bibir dll).
lendung; melendung melengkung ke bawah atau ke dlm (tali yg
direnggang dll), melendur.
lendut = melendut membengkok ke bawah, tidak tegang, meleding,
melengkung: dawai-dawai telefon biasanya mengembang lalu ~
semasa hari panas;
lendutan perihal lendut;
pelendutan perihal atau proses melendut.
leng (léng) ukuran yg bersamaan dgn setengah cupak.
lenga sj tumbuhan (herba), bijan, Sesamum indicum.
lengah (léngah) 1. kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka: rancangan
itu akan dijalankan dgn tidak ~-~ lagi; 2. tidak segera, lambat,
malas: lekas-lekas kembali, jangan ~ di laut;
berlengah-lengah, berlengah 1. berlalai-lalai, berlama-lama,
berlambat-lambat, bermalas-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun
menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk
melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ bermain catur;
melengah 1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai,
leka: pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu; 2. = ~
waktu mengisi masa yg lapang dgn mengerjakan sesuatu: di bawah
meja itu ada banyak majalah utk ~ waktu; 3. melakukan sesuatu
utk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dsb): ~ anak;
~ hati;
melengah-lengah 1. berbuat sesuatu utk mempersenang-senang
atau menghibur-hiburkan diri (orang dsb); 2. = ~ waktu melakukan
sesuatu (membaca dll) utk mengisi waktu;
melengahkan, melengah-lengahkan melakukan sesuatu supaya
lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan: dlm pd itu
Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya; sengaja membuat helah
utk ~ masa;
terlengah tidak teringat akan sesuatu, terlalai (oleh sesuatu),
terlena;
lengahan perihal lengah: tindakan yg menggunakan strategi ~.
kelengahan 1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah
menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak
berbuat apa-apa (menganggur);
pelengah 1. orang yg selalu berlengah (berlambat-lambat atau
lalai); 2. sesuatu yg boleh melengahkan (bermain, membaca, dll).
lengai 1. tidak tangkas dlm melakukan sesuatu, tidak cergas, tidak aktif;
2. lalai, lengah; 3. (Kim) tidak bertindak balas secara kimia dgn
bahan lain (bkn gas dsb): gas ~;
lengai-lengai dgn lengai: kerja ~ lambat beroleh laki;
kelengaian sifat atau keadaan lengai: ~ gas itu.
lengak Jk; melengak 1. memandang ke atas, mencongak, mendongak; 2.
ki tercengang.
lengan 1. bahagian badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~nya
berbulu; tulang ~ atas anggota di antara siku dgn bahu; 2. kaki
hadapan (bagi binatang berkaki empat); 3. bahagian benda (baju,
dacing, dll) yg menyerupai lengan;
~ baju bahagian baju yg menutupi lengan; ~ bawah anggota antara
siku dgn pergelangan tangan; ~ raglan lengan yg sampai ke garis
leher yg kelimnya menyerong dr bawah lengan ke leher; ~ sudut dua
garisan yg mengandungi sesuatu sudut; berbantalkan ~ ki a) perihal
terlalu miskin; b) bermesra-mesra dgn kekasih;
dipegang ~ sudah bak ~, dipegang betis sudah bak betis = dikacak
betis sudah bak betis, dikacak ~ sudah bak ~ prb perihal angkuh
atau sombongnya seseorang;
berlengan 1. mempunyai lengan: blaus ~ panjang; 2. ki berkelahi
dsb dgn meninju, bertumbuk: dia sedia ~ jika dicabar.
lengang 1. tidak sibuk, tidak ramai orang, sepi: penduduk tempat itu amat
~ , barangkali hanya dua orang dlm kawasan satu batu persegi; 2.
(berasa) sunyi atau sepi, berasa tersendiri: ia bersama-sama keluar
mencari kekandanya itu kerana merasai ~ hidup dgn kehilangan
saudara;
melengangkan menjadikan lengang, menyepikan: pemindahan
beramai-ramai oleh penduduk kampung itu telah ~ suasana
kampung tersebut;
kelengangan perihal lengang (sunyi, sepi), kesepian, kesunyian:
hanya suara keridik dan belalang daun sahaja yg kedengaran
mendesing memecahkan ~ itu.
lengar rasa pening-pening lalat (kerana terhantuk kepala dll), tergayang;
terlengar rasa pening-pening lalat, hampir pengsan: ~ terhantuk
kepala ke dinding.
lengas = berlengas 1. lembap atau berair (berpeluh, berwap, dll): meja itu
masih ~ bekas tumpah air gula; 2. Id mengandungi air (hawa dll);
pengukur ~ alat utk mengukur banyaknya air (dlm udara dll);
melengas menjadi (ber)lengas, menjadi lembap atau basah: kulitnya
sejuk dan ~;
melengaskan menjadikan berlengas (lembap atau basah).
lengas (léngas); berlengas, terbelengas terpaling-paling tidak menentu.
lengat ark kukus; nasi ~ nasi yg dikukus;
melengat memasak (nasi dll) dgn wap, mengukus.
lengeng (léngéng); berlengeng tidak memakai baju (hanya seluar atau
kain sahaja): seluar pendeknya yg kuning pucat dan badannya yg ~
itu semakin kotor.
lenggadai sj tumbuhan (pokok), sj baku, Bruguiera spp.
lenggai buah yg kulitnya keras dan memecah dua (buah kacang dll).
lenggak; melenggak memandang ke atas, mendongak, menengadah;
melenggakkan; ~ kepala mendongakkan, menengadahkan kepala.
lenggak (lénggak); ~-lenggok melenggangkan (badan, leher), melenggoklenggokkan,
menggoyang-goyangkan.
lenggana sl tidak sudi, enggan.
lenggang berhenti seketika (biasanya utk berfikir), senggang.
lenggang (lénggang) 1. pergerakan tangan ke hadapan dan ke belakang
ketika berjalan, ayunan tangan ketika berjalan: ia berjalan dgn ~ yg
lemah lembut; 2. pergerakan mengayak-ayak atau berbuai-buai
(kapal dimainkan gelombang dll);
~ kangkung a) pergerakan berayun-ayun yg lemah lembut; b) hidup
atau duduk bersenang-senang (tiada apa yg dikhuatirkan); ~ patah
tujuh pergerakan ketika berjalan dlm hutan (utk mengelakkan dr
pokok-pokok, duri, dll); ~ perut istiadat membetulkan kedudukan
anak dlm perut (bagi perempuan yg hamil sulung apabila telah tujuh
bulan mengandung);
~ bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu prb orang yg tidak
sedarkan kekurangan diri; ~
-lenggok bagai cupak hanyut = ~ patah sembilan prb gaya jalan yg
lemah lembut dan menarik; elok ~ di tempat datar prb bersuka-suka
biarlah pd tempat dan waktunya; harap ~ serdadu, destar teleng
belanja kurang prb cakap sahaja yg lebih tetapi buktinya tidak ada;
tak berasak ~ dr ketiak prb tidak berubah-ubah dan masih tetap spt
lama juga;
berlenggang, melenggang 1. berayun tangan ketika berjalan:
tangan kanannya yg memegang senapang itu kelihatan tidak ~; 2.
bergerak-gerak turun naik atau ke kiri ke kanan (perahu atau kapal
dimainkan gelombang dll): ia berpaling memandang api lampu
minyak yg melenggang lemah; badannya turut ~-lenggang
mengikut goncangan kepalanya; 3. ki berjalan dgn tidak membawa
apa-apa beban: mereka pulang dr dusun ~ sahaja kerana tidak ada
durian yg gugur; 4. = ~-lenggok = melenggang-lenggok berliukliuk
ke kiri ke kanan (spt orang menari dll): pandangannya
berpusat kpd api lampu yg ~- lenggok ditiup angin; ~ perut
lenggang perut;
melenggangkan 1. mengayunkan tangan ketika berjalan; 2.
menjadikan berlenggang atau melenggang: anak-anak angin yg
bertiup itu melenggang-lenggangkan rambutnya;
terlenggang-lenggang terayak-ayak, terayun-ayun (perahu
dimainkan gelombang dll);
lenggangan ark 1. sj dulang utk mencari bijih atau emas; 2.
pergerakan melenggang, ayunan.
lenggapus sj tumbuhan (pokok), penaga, penaga lilin, Mesua ferrea.
lenggara ark sl; melenggarakan menjaga atau memelihara sesuatu
(negeri dll), menyelenggarakan: tinggallah tuan ~ negeri ini,
kerana hamba hendak pergi dgn Yang Dipertuan;  selenggara.
lenggek I (lénggék) Mn tingkat (pd rumah);
berlenggek bertingkat, berlapis: rumah yg ~;
berlenggek-lenggek bertingkat-tingkat (pd rumah);
memperlenggekkan mendirikan bertingkat-tingkat, menyusun
berlapis-lapis.
lenggek II (lénggék) ark; berlenggek-lenggek (menangis) dgn suara yg
kuat.
lenggiang kesidang.
lenggok (lénggok) 1. pergerakan tubuh badan (ketika berjalan, menari,
dll), gelengan kepala sewaktu menari: dlm setiap tarian, ~ gontai
mempunyai maksud dan makna seni yg tersendiri; 2. ki cara, gaya:
banyak perkataan berbeza dr segi sebutan mengikut ~ sebutan
sesuatu kaum; ~-lenggang = lenggang-~ = lenggok-lenggok
berliuk-liuk ke kiri ke kanan (bkn pergerakan orang menari,
berjalan, dll): ~-lenggang bagai cupak hanyut;
berlenggok, berlenggok-lenggok, melenggok, melenggoklenggok,
terlenggok, terlenggok-lenggok bergoyang-goyang atau
meliuk-liuk (badan, kepala, dll): sambil bersiul-siul kecil dia
melenggok keluar dr kamar itu; kepalanya melenggok-lenggok ke
kiri ke kanan;
melenggok-lenggokkan menjadikan melenggok, menggoyanggoyangkan
badan (kepala dll): penari itu berjalan sambil ~
badannya mengikut irama muzik yg mengiringi tariannya; maka
oleh karangan itu ditarahnyalah kepala kanak-kanak itu, maka
budak itu pun menangis kepalanya dilenggok-lenggokkannya;
lenggokan lenggok: ~ badannya memikat hati para penonton.
lenggong ark; melenggong ternganga mulut, melopong (kerana
kehairanan): ia ~ di muka tangga.
lengguak sj burung, Treron curvirestra.
lenggundi 1. sj tumbuhan (pokok), lebar, Vitex negundo; 2. sj tumbuhan
(pokok), mata ayam (kucing), sirih puyuh, Ardnia crispa;
~ bulan sj tumbuhan (pokok renek), lada-lada, lelada, Ervatamia
malaccensis; ~ bunga sj tumbuhan (pokok), bunga merjagung,
jenjagung, mepagar, mertajung, pagar anak betina, pagar anak
hitam, pagar anak merah, sangkan merah, Ixoanthes icosandran; ~
pasir sj tumbuhan (herba atau pokok renek), dilam, nilam jantan,
kesum bukit, Hemisgraphis confinis.
lenggut Jk; melenggut mengangguk-angguk (kerana mengantuk).
lengit I kalah teruk (dlm permainan), tewas: Hasan bermain gasing dgn
Husain, Hasan ~ memusing sahaja, lalu menangis.
lengit II Jk cerdik, pintar.
lengit III sj penyakit; pucat lesi bagai ayam
kena ~ prb keadaan seseorang yg lemah dan pucat kerana
menghidap penyakit.
lengkai Mn lampai.
lengkanas Mn = si ~ orang yg suka menghasut atau mengkhianat.
lengkang ark terbuka lebar (bulatan spt cincin dll), menjadi besar
lengkungnya;
melengkang sl melangkah.
lengkang (léngkang) lilitan (cermin mata dll), simpai bulat: kanta mata itu
lembut dan kenyal dan dikelilingi oleh satu ~ otot.
lengkap 1. genap, tidak ada yg kurang: lingkaran yg ~; 2. sedia dgn alat
senjata dll, cukup, sempurna: aku lihat di sana sini orang Jepun ~
dgn alat senjatanya;
selengkap (dgn) sepenuh atau secukup (pakaian dll): Kasim
menceritakan kisah Dolah ~nya;
berlengkap 1. bersiap sedia (dgn apa-apa yg perlu): maka Demang
Lebar Daun pun ~ hendak memandikan Sang SaPurba; 2. =
berlengkapkan telah disediakan atau dipersiapkan dgn: dgn ~
pengetahuan ini orang Belanda telah sanggup menduga laut di
Timur;
melengkapi 1. menokok tambah supaya lengkap: pengantin itu
dilengkapi sepertinya: 2. mempersiapkan, memperalati (dgn senjata
dll) supaya lengkap: kilang itu dilengkapi jentera-jentera moden;
melengkapkan menjadikan lengkap, mencukupkan,
menyempurnakan: lengkapkan semua gajah dan kuda; aku serba
kekurangan utk ~ engkau sbg seorang isteri yg sempurna;
memperlengkap menjadikan lebih lengkap;
kelengkapan 1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa
Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu
yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian
itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri
persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl
angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah;
berkelengkapan mempunyai kelengkapan;
perlengkapan alat (perkakas dll) yg digunakan utk melengkapkan
sesuatu: barang-barang yg diberikan itu terdiri drpd sepasang
pakaian dan ~ bersolek;
pelengkapan perihal melengkapi (melengkapkan, memperlengkap):
ia juga berguna kpd pelajar-pelajar menengah atas dan institusi
pengajian tinggi sbg bacaan tambahan dan ~ kpd pembelajaran
mengenai teori-teori ekonomi;
pelengkap 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi
(melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg
melengkapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan
anggota ~.
lengkar (léngkar); ~ karang sj ikan laut, ikan bayan, Cheilinus fasciatus.
lengkara I sl sesuatu yg tidak munasabah, mustahil.
lengkara II sl gendang besar, tabuh, nekara.
lengkas I ark pantas, cergas;  langkas I.
lengkas II gugur kerana masak (bkn buah-buahan);  langkas II.
lengkeng (léngkéng) sj tumbuhan (pokok dan buahnya), laici, Nephelium
litchi; kelengkeng III.
lengkesa (lengkésa) Mn ark; berlengkesa menjadi kurang, susut.
lengket I (léngkét) = melengket, berlengket lekat, melekat erat-erat,
melekap, merekat: tapak kakinya tebal dgn lumpur yg ~;
melengketkan melekatkan, melekapkan, merekatkan;
terlengket terlekat.
lengket-lengket (léngkét-léngkét) Jk sj tumbuhan (pokok renek), Clitorea
laurifolia.
lengkiak sj semut besar, kiak-kiak.
lengkian sj tumbuhan (pokok memanjat), larak kucing, Oxymitra latifolia.
lengkiang Mn sj kepuk kecil.
lengking bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan
~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem;
melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit,
dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~
pula suara jeritan seorang perempuan;
lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak
sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anakanak
muda yg bergumal.
lengkitang Mn sj siput yg boleh dimakan; bagai gulai ~ prb perihal orang
yg mahu menebus kejahatan diri tetapi kebaikan dirinya pula yg
turut hilang.
lengkok (léngkok) bahagian sesuatu (garisan, jalan, sungai, dsb) yg
bengkok (berkelok), kelok, keluk, selekoh (bkn jalan);
berlengkok mempunyai lengkok, berbelok, berkelok, berkeluk,
berselekoh (jalan, sungai, dll);
melengkok menjadi bengkok, membelok, mengelok, menyelekoh.
lengkong (léngkong) I 1. agar-agar; 2. cincau.
lengkong (léngkong) II Jw pantai yg berkeluk, teluk.
lengkua sj burung, bakuk, punai berkuk, punai berkuk lengguak, punai
lengguak, Butreron capellei magnirostris.
lengkuas sj tumbuhan (rizom), Alpinia galanga; ~ ranting sj tumbuhan,
(rizom), Alpinia melanocarpa (conchigera); ~ di tepi kandang,
tegak puas badan menyandang prb kesalahan yg kita lakukan kita
jugalah yg menanggung akibatnya.
lengkuk lengkok, lengkung.
lengkung I lengkok, kelok, berkelok atau berlengkok: ~ pintu gerbang itu
diperbuat drpd buluh;
melengkung, terlengkung berkelok spt bahagian drpd sesuatu
bulatan, membengkok: misainya diputar-putarkan juga semakin
tajam dan semakin ~ ke atas;
melengkungi melingkungi, mengelilingi: balai itu dilengkungi oleh
pagar dawai berduri;
melengkungkan mengelokkan (garisan, dawai, dll),
membengkokkan: siapa pula yg sanggup ~ batang besi yg sebesar
itu;
lengkungan 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung:
~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai
itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan,
pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung;
kelengkungan keadaan melengkung;
pelengkungan perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau
melengkungkan: proses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi.
lengkung II bunyi spt bunyi benda keras dipalu, dengkung;
lengkung-lengkung bunyi dengkung yg bertalu-talu.
lengkur ark dengkur;
melengkur mendengkur atau berdengkur (ketika tidur).
lengos (léngos); melengos Jw memaling muka dgn sengaja (kerana
menyampah atau benci melihat): Tijah ~ sambil merungut.
lengsan (léngsan) tidak dapat dipercayai, tidak dapat diharap: orang
haiwan hatinya ~ tidak boleh diharap satu kerjaan.
lengseng (léngseng, léngséng) bp 1. bersyarah; 2. syarahan, ceramah.
lengser (léngsér) 1. = melengser turun atau condong (matahari dll),
melungsur ke bawah (pakaian dll), meluncur, tergelincir: dia
memandang matahari yg ketika itu telah ~ ke barat; 2. melumur
atau menyapu sesuatu pd (cat atau kapur pd dinding dll).
lengset (léngsét); belengset terlipat keluar kelopak mata (kerana
penyakit).
lenguai Br sj tepak sirih yg bulat (diperbuat drpd kuningan).
lenguh I bunyi lembu;
melenguh mengeluarkan bunyi lenguh (spt lembu, rusa), menguak:
~ lembu di padang, sambut menguak kerbau di kandang.
lenguh II lemah anggota (terutama tangan dan kaki kerana mengangkat
benda berat, berjalan terlalu jauh, dsb): kakinya terasa ~ kerana
berjalan agak jauh sedikit tadi;
lenguh-lenguh lenguh di sana sini (tangan, kaki);
melenguh termengap-mengap kerana keletihan, termengah-mengah;
melenguhkan menyebabkan terasa lenguh;
kelenguhan perihal lenguh: dua tiga cetusan kapak ~ telah
mendatang semula.
lengung I; melengung (duduk) termenung (kerana memikirkan atau
mengenangkan sesuatu dll), bermenung: sejak pagi tadi dia duduk ~
sahaja; mungkin pasal itu banyak Pak Aji dan Pak Lebai yg jadi
kaki ~ di kedai kopi.
lengung II Mn; melengung 1. memandang, menoleh: Hajah Bedah ~
melihat Karim; 2. melawat (orang mati).
lening bunyi spt bunyi loceng kecil.
Leninisme (léninisme) prinsip dan dasar yg didukung oleh Lenin.
lenis (lénis) (Lin) konsonan yg dihasilkan dgn otot yg kendur, mis bunyi
konsonan /d/ dan /g/.
lenja I; melenja berbuat sesuatu yg kurang sopan.
lenja II; melenja meleleh (bkn air liur);
melenjakan melelehkan (air liur): renungannya pd tanganku yg
tertikam paku payung karat itu, sampai ~ air liurnya spt memperli.
lenja III ark 1. sj gelang-gelang atau simpai tempat menggantung barang
(lampu dll); 2. tempat meletakkan benda yg hendak dikandar.
lenjan Jh lasak.
lenjing Jk antan, alu.
lenjuang 1. sj tumbuhan (pokok), anjiluang, Cordyline terminalis; 2. = ~
bukit sj tumbuhan (herba), jenjuang, juang-juang, senjuang,
Dracanea congesta.
lenjum Pr basah kuyup.
lenong I (lénong) Mn; berlenong-lenong berputar-putar, berpusingpusing.
lenong II (lénong) Jk sj permainan pentas.
lensa (lénsa) kanta.
lenser (lénser); melenserkan menyapu sesuatu pd: Aminah ~ mentega di
sekeliling mangkuk puding.
lensing; melensing berbunyi nyaring, berbunyi mendenging: suatu jeritan
halus ~.
lenso (lénso) (Ambon, Menado) sapu tangan.
lentam; ~-lentum bunyi spt bunyi meriam, bunyi yg kuat, dentam-dentum.
lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin
dipukul berulang-ulang, bunyi berdentang-dentang.
lentang (léntang); ~-lentok terkulai lemah, tidak tegak, melentok.
lente (lénté); melente berjalan-jalan dgn tiada tentu haluan.
lenteng (lénténg) ark; jalak ~ a) cantik, indah; b) sebuah lagu Melayu.
lentera (lentéra) lampu (yg bertutup dgn kaca dll): malam itu gelap-gelita,
jalan di situ tidak berlentera spt ~ di kota-kota besar; ~ laut rumah
api (yg dipasang di pantai atau di laut).
lentik = melentik 1. melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll):
wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk
ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll);
melentikkan menjadikan sesuatu lentik, melengkungkan sesuatu
supaya jadi lentik; ~ jari = melentik jari a) melengkungkan jari
supaya lentik; b) ki malas membuat kerja berat;
melentik-lentikkan melentikkan berulang kali: sambil menangis,
budak itu meronta-ronta dan ~ badannya;
pelentik alat yg digunakan utk melentikkan sesuatu: gunakan alat ~
bulu mata yg selamat.
lentik (léntik) (Bio) berkaitan dgn atau mendiami air tawar yg tenang:
fauna ~.
lentil (léntil) sj tumbuhan kekacang yg menghasilkan biji yg boleh
dimakan, Lens culinaris.
lenting I; melenting 1. membingkas balik (rotan dll), menganjal; 2.
bergerak (melompat dll) dgn cepat dan pantas: perempuan itu tibatiba
~ dgn muka macam bunga raya; 3. melentur atau bergelung
(spt daun kering, keropok digoreng, dll); 4. ki naik marah dgn
segera (apabila disoal, dikritik, dsb): Hasan ~ apabila ditegur oleh
kawan-kawannya;
melenting-lenting bergerak (melompat, meloncat dsb) dgn cepat
berulang kali: ulat-ulat itu masih hidup dan ~ di dlm tong sampah;
melentingkan menyebabkan melenting: kelemahan utama gaya ini
ialah kecenderungan atlet utk ~ badan mereka terlalu awal; ~ batu
kerikil dan lumpur ke belakang;
lentingan gerakan atau hasil melenting, lonjakan: tiba-tiba sahaja
bagai ~ sang api, dia menuruni anak-anak tangga rumah itu;
pelenting; kekuatan ~ Id kekuatan menganjal.
lenting II bunyi denting (spt bunyi duit syiling jatuh ke lantai dll);
berlenting, melenting berbunyi spt bunyi duit syiling jatuh ke
lantai, berdenting.
lentisel (léntisél) (Bio) liang-liang pd batang tumbuh-tumbuhan berkayu
yg melaluinya berlaku pertukaran gas antara atmosfera dan tisu-tisu
batang.
lento (lénto) (Muz) muzik yg dimainkan dgn tempo yg perlahan.
lentok; (léntok); melentok, terlentok terkulai (ke bawah atau ke sisi),
terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb): api di hujung
jamungnya juga melentok-lentok macam telinga arnab kegelian;
Ahmad yg duduk terlentok di atas bangku mengeluh;
melentokkan membongkokkan atau mengelokkan (badan dll),
menjadikan terkulai: Madhubala ~ kepalanya utk melepaskan
rambutnya;
melentok-lentokkan melentokkan beberapa atau berulang kali: dia
bersuara semula sambil ~ kepalanya;
lentokan gerakan (hasil) melentok: dia mengajak kawannya
meninggalkan kawasan perkuburan itu dgn isyarat ~ kepala;
hatinya terpesona dgn ~ pohon-pohon padi yg kuning keemasan
disinari mentari petang.
lentong (Sunda) ark tekanan suara (pd kata atau suku kata), sebutan yg
tinggi rendah pd tempat-tempat yg tertentu.
lentuk = melentuk melentur atau mudah dilenturkan (rotan dll);
melentukkan melenturkan (rotan dll), mengelokkan.
lentul; melentul berasa kosong (kempis) perut kerana lapar.
lentum bunyi spt bunyi meriam dll, dentum; ~-lentam bunyi spt bunyi
meriam yg berulang-ulang.
lentung I bunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~
bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang;
melentung berbunyi spt bunyi kelentung;
lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda
pedati.
lentung II Mn; melentung menyentuh atau menyinggung (tin, orang, dll);
terlentung tersentuh atau terhantuk.
lentur 1. bengkok atau kelok (pd barang yg melengkung), lengkok; 2. Id
perubahan arah (sinaran cahaya yg masuk ke dlm air dll), bias;
melentur 1. membengkok atau melengkung (spt julai batang buluh,
ampaian kain yg tidak tegang, dll), kendur: dawai itu menjadi panas
dan mengembang panjang dan ~; 2. boleh (mudah) dilengkungkan
atau dilentokkan tetapi tidak mudah patah (tali, dawai, dll);
melenturkan menjadikan bengkok atau berkelok, menjadikan
melentur, membengkokkan, melengkungkan: rebung apabila telah
menjadi aur, payah hendak dilenturkan lagi; budak-budak
umpama rebung, boleh dilenturkan dan dibentuk; lemah liat kayu
akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat prb orang yg berakal itu
nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat
dibodohkan;
terlentur telah melentur, menjadi melentur: beberapa batang anak
pisang berhampiran dgn rumah saya ~ kerana ditimpa hujan lebat
semalam;
lenturan 1. perihal lentur; 2. benda yg melentur atau melengkung
(spt buluh pd pintu gerbang dll);
kelenturan perihal (keadaan, keupayaan, dsb) melentur: besi,
umpamanya, digunakan dgn meluas utk membina bermacammacam
peralatan yg memerlukan kekuatan dan ~;
pelenturan perihal (proses atau perbuatan) melenturkan;
pelentur benda atau alat yg digunakan utk melenturkan: ada
kalanya batu besar digunakan sbg ~ dahan-dahan pokok itu.
lenung bunyi spt bunyi loceng dll.
lenyai Mn lemah, lembik.
lenyak lena tidur, nyenyak: ayahnya sedang tidur ~.
lenyap 1. tidak kelihatan lagi, ghaib, hilang: maka jurumudi anak orang
Pulau Laut sudah ~ tidak ternampak lagi; maka ia berjalan ke
darat lalu ~; 2. lena (tidur), nyenyak: ~ benar budak Ibrahim itu
tidur; 3. sl jatuh hati, kasih: maka apabila dilihat oleh si Kembang
Cina akan keelokan Awang Sulung Merah Muda yg teramat sangat
itu ~lah ia kepadanya; ~ daratan hilang akal, lupa akan dirinya;
melenyap menjadi lenyap: ia umpama kunang-kunang yg timbul
sekali-sekala dan kemudian ~ dan dilupakan;
melenyapkan menghilangkan, memusnahkan, merosakkan: ia
berasa bimbang agama Islam akan ~ kekuasaannya yg besar itu; ~
angan-angan;
kelenyapan perihal lenyap, kehilangan, kemusnahan;
pelenyapan perihal (proses) melenyapkan sesuatu, penghapusan,
penghilangan.
lenyeh (lényéh); melenyeh menguli atau mengadun (tepung dll).
lenyek (lényék); melenyek menekan-nekan atau meramas-ramas hingga
lumat: dia ~ pisang-pisang itu sehingga hancur.
lenyet (lényét) ark lunak dan berair (bkn buah yg terlalu masak dll).
Leo (léo) lambang kelima dlm zodiak, yg berlambangkan singa.
leotard (léotard) sj pakaian sendat yg dipakai oleh penari balet, akrobat
dsb.
lepa bp lalai, alpa.
lepa (lépa) I campuran simen dan pasir serta kapur dll utk menurap
(dinding dll);
berlepa berturap (dgn batu dll): lorong masuk ke rumahnya ~ dgn
batu;
melepa menyapu dgn lepa, menempel (tembok dll) dgn lepa,
menurap: jika hendak dilepa dgn minyak tar pun rasanya tentulah
lambat lagi.
lepa (lépa) II ark; terlepa 1. terlentang (kerana terlalu letih), terbaring; 2.
terlalu labuh (kain perempuan, jubah, dll), tersangat labuh: janggut
terlipat hingga ke riba, jubah ~ hingga ke kaki.
lepa (lépa) III; perahu ~ = lepa-lepa sj perahu kecil (dibuat drpd
sebatang kayu) yg biasanya mempunyai caduk.
lepai (lépai) Mn hampir lumpuh (kaki), lemah.
lepak I; melepak putih betul (spt kapas dibusur), sangat putih: kulitnya
putih ~; jelepak.
lepak II bunyi spt bunyi barang jatuh ke tanah (orang bertumbuk dll); ~-
lepuk bunyi lepak yg berulang-ulang (buah yg gugur, orang
bertumbuk, dll);
melepak bp memukul (dgn telapak tangan): kali ini dia ~ pahanya
yg digigit nyamuk.
lepak (lépak); budaya (tabiat) ~ amalan negatif di kalangan masyarakat,
spt di kalangan remaja yg menghabiskan masa dgn duduk-duduk
tanpa melakukan kegiatan yg berfaedah: budaya ~ yg pd peringkat
awalnya dilakukan oleh kutu-kutu jalan telah dikuti oleh remaja;
melepak 1. dlm keadaan terlalu letih, melepek; 2. berbuat sesuatu
yg tidak mendatangkan faedah (spt duduk-duduk di kompleks
membeli-belah tanpa tujuan, berbual-bual kosong, dll): pd
prinsipnya, remaja yg suka ~ itu merupakan mereka yg tidak
mempunyai pekerjaan.
lepa-lepa pangkal umbut.
lepan NS tanah lembah (tanah rata) yg sesuai utk sawah tetapi tidak
diusahakan.
lepang sj tumbuhan (herba memanjat), Bauhinia spp.
lepap I; terlepap tertumus ke tanah (muka), jatuh tersembam.
lepap II sj perahu kecil yg leper lunasnya.
lepar 1. selusur (tangga dll); 2. penahan, penopang; ~ kajang tulang
bumbung bagi atap kajang.
lepar (lépar) IB ark; melepar bp menyerahkan (barang-barang yg dipesan
dll).
lepas 1. tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan,
sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala
rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan
kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan,
dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempashempas
tetapi tidak juga ~; 3. ki bebas (drpd sesuatu yg
menyulitkan, menyekat atau membatasi dsb): mereka tidak ~ drpd
menghadapi pancaroba kehidupan; 4. tertinggal di belakang
(tempat dll), telah lalu atau lewat (tempat, hari, dll): setelah sampai
ke kuala ~ alangan maka belayarlah ia; semenjak minggu yg ~ ia
telah membawa suatu perubahan baru kpd diri gadis itu; 5.
(se)sudah, setelah selesai atau habis: ~ sembahyang zohor, boleh
kita berjalan-jalan; ada selangnya sebulan ~ menabalkan
anakanda baginda itu, maka baginda pun geringlah terlalu sangat;
6. bp lahir (bayi): hingga sampailah tujuh hari tujuh malam tidak
juga ~ budak; 7. Pr, bp ada juga, boleh (juga), cukup juga
(makanan, belanja, dll): belanja anak-beranak utk bulan ini ~lah;
~ angin sia-sia sahaja; ~ ayam (burung, unggas) a) bebas sungguh,
boleh melakukan sesuka hati; b) telah dimerdekakan (hamba abdi
dll); ~ bebas bebas benar-benar; ~ diri a) tidak melibatkan diri dlm
sesuatu hal; b) tidak mahu bertanggungjawab atau mengambil tahu
mengenai sesuatu hal; ~ idah sesudah waktu idah; ~ ijazah selepas
memperoleh ijazah sarjana muda (bkn pengajian, penyelidikan dsb):
kursus ~ ijazah; ~ laku bebas melakukan sesuatu dgn tidak segansegan
lagi; ~ lelas bebas sama sekali; ~ malu sudah dikhatankan
(anak lelaki); ~ nafas menghembuskan nafas keluar perlahan-lahan;
~ pantang masa sesudah waktu pantang; ~ puasa setelah selesai
berpuasa; ~ sekolah sesudah bersekolah; ~ tangan a) tidak
berpegang (pd kemudi, selusur, dll); b) tidak masuk campur dlm
sesuatu hal; c) tidak ada tambahan lain (di luar gaji atau upah), upah
(gaji) semata-mata; ~ ungu pancaran cahaya yg tidak nampak dlm
spektrum (selepas pancaran cahaya ungu);
selepas sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama
~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi
memukat;
selepas-lepas sehabis-habis (jauh, kuat, dll), sejauh-jauh, sekuatkuat:
~ seluang melaut; ~ tupai melompat;
berlepas 1. tidak terikat lagi, tidak bersangkut-paut lagi; 2. pergi,
berangkat: aku menaiki kereta sewa dan ~ ke Dungun; 3. sl
menyelamatkan, membebaskan: maka segala orang Kujai pun
masuklah beramuk dgn orang Campa, setengah ~ anak bini
setengah melawan; 4. = ~ diri mengasingkan diri, tidak melibatkan
diri: kalau awak terkena satu-satu hal kelak, saya akan ~ diri
kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup; ~ hati
berpuas hati; ~ lelah berhenti seketika utk menghilangkan lelah; ~
tangan a) tidak berpegang pd selusur dll; b) tidak ambil peduli;
melepas 1. bp hampa (kerana tidak tercapai maksud), kecewa
(kerana tidak sampai hajat): kalau orang lain pergi dahulu tentulah
habis dipapasnya, kita ~ sahaja; 2. Pn berbohong, tidak bercakap
betul, berdalih; 3. bp mengeluarkan angin melalui pelepasan, kentut;
4. bp buang air besar;
melepasi 1. menebus atau membayar (niat, hutang, dll); ~ hutang
membayar (melunaskan) hutang; ~ malu Mn menebus malu
(mengahwinkan anak kemanakan); 2. mencukupi, memadai,
berpadan dgn: sedang upah sawah itu kadang-kadang sama dgn
kehasilan yg diperdapat, bahkan kadang-kadang rugi, dan kadangkadang
tidak ~ belanja;
melepaskan 1. membiarkan lepas, membebaskan (drpd kurungan,
penjara, dll), menjadikan tidak terikat lagi: ia ~ budak itu drpd
pegangannya; 2. menghilangkan (letih, jerih, dll): ia berbaringbaring
~ jerihnya; mereka terus masuk ke kedai makan yg
berhampiran utk ~ dahaga; 3. tidak menyekat-nyekat, membiarkan
keluar (perasaan dll); mengeluarkan, membiarkan keluar (perasaan
dll): racun kulat tersebut ~ hidrogen disulfida; dia ~ senyuman kpd
Noor Hamidah; serdadu itu pun ~ suatu penumbuk ke pangkal
telinganya; Datuk Ujang menyedut cerutnya lama-lama kemudian
~ asapnya; 4. tidak menghalang, membenarkan atau mengizinkan
(pergi, berangkat, dsb), merelakan: dia ~ anaknya pergi dgn hati yg
rela; 5. menceraikan (isteri): kalau Sharifah Aini dilepaskannya
mungkin anak-anak muda itu berjaya mengetuk pintu hatinya; 6.
memberikan (sesuatu yg dipegang atau disandang kpd seseorang
lain), menyerahkan (dgn kehendak sendiri): Perdana Menteri
mungkin akan ~ jawatan Menteri Hal-Ehwal Luar kpd seorang
menteri lain; 7. menguraikan (rambut dsb), tidak mengikat dsb:
saya gemar ~ rambut saya menggerbang tetapi biar kelihatan
sedikit ikal; 8. menghantar (orang belayar, berangkat, berjalan, dll):
dia sendiri pergi ke stesen utk ~ anaknya berangkat; ~ mayat ke
kubur; 9. membuang, memecat, memberhentikan: dlm zaman
meleset, banyak pekerja yg dilepaskan;
~ angan-angan mengerjakan segala sesuatu yg diingini; ~ cinta
kasihnya (rindunya, isi hatinya) kpd mencurahkan cinta kasihnya
kpd; ~ dendam a) membalas dendam; b) menghilangkan perasaan
rindu (dendam ) pd seseorang; ~ diri melarikan diri, membebaskan
diri; ~ hati memuaskan hati; ~ jiwa (nyawa) a) menyelamatkan drpd
bahaya maut; b) = ~ nafas yg akhir mati; ~ kritikan (kecaman,
serangan, tuduhan, dll) melancarkan kritikan, (kecaman dll); ~
layang-layang menaikkan layang-layang; ~ malu mengkhatankan; ~
marah (nafsu, kehendak) tidak menahan marahnya (nafsunya,
kehendaknya); ~ niat (nazar, kaul) membayar atau menunaikan niat
(nazar, kaul); ~ niatnya (harapannya, maksudnya, tuntutannya, dll)
membuang atau meninggalkan niatnya (harapannya, maksudnya,
dll); ~ panah membiarkan anak panah lepas drpd busurnya; ~
pandangan memandang; ~ tembakan (meriam), menembak,
memasang; ~ tinju (pukulan, tikaman, dll) meninju (memukul,
menikam, dll); ~ untung masing-masing menyelamatkan diri
masing-masing;
memperlepas membiarkan lepas, tidak menghalangi;
memperlepaskan sl menjadikan lepas, menyelamatkan:
perlepaskan harta Yang Dipertuan dlm istana itu; bawa juga kita
dgn anak isteri kita, perlepaskan oleh kamu ke rumah Bendahara;
terlepas 1. telah lepas atau dilepaskan: Mawi berfikir tentang
perkataannya yg ~ itu; tangannya yg berpaut pd baju Badri itu ~
ke bawah; 2. tidak ditimpa (dilanda dsb) sesuatu, bebas (drpd
sesuatu yg tidak baik): beliau ~ drpd kelemahan dlm
menghujahkan aspek-aspek estetika dlm karya sastera; ~ drpd
tetek bengek kebencian; 3. bp ki terlewat, melebihi (umur dll);
~ cakap mengatakan sesuatu dgn tidak sengaja; ~ perhatian tidak
memberi perhatian kpd sesuatu hal dsb dgn tidak sengaja;
lepasan orang yg tamat drpd sekolah (maktab, universiti, dll), yg
telah dilepaskan, tamatan: ~ Universiti Malaya; ~ askar bekas
askar;
kelepasan 1. perihal lepas (bebas), kebebasan; 2. waktu rehat
(sekolah dll), cuti, libur: kurang pukul satu loceng ~ dibunyikan; pd
hari ~ begini, saya selalu pergi memancing; 3. kehilangan: anjing
~ daging;
perlepasan perihal berlepas;
pelepasan 1. perihal melepaskan: maka juara pun memadan
ayamlah lalu dilepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga juga, Raja
Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur:
lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar cukai
dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas drpd
sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~
drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya;
pelepas 1. orang yg melepaskan pelumba-pelumba dlm perlumbaan
(berlari, berenang, dsb); 2. benda yg digunakan utk melepaskan
sesuatu: hal-hal yg beginilah yg harus dikemukakan oleh sajak,
sesuai dgn tugasnya sbg ~ ketegangan perasaan; 3. = ~ wang
orang yg membungakan wang (dgn memberi pinjaman, menyimpan
di bank, dsb); 4. (wang, makanan, dll) yg diberikan kpd orangorang
yg hendak berjalan atau belayar.
lepat sj penganan (drpd tepung beras, ubi, pisang dll yg dibungkus dgn
daun pisang dan dikukus): ~ pisang; ~ ubi kayu; bagai (spt) ~ dgn
daun prb sesuai atau padan benar (tidak boleh berpisah).
lepau I 1. sl binaan tambahan pd rumah (di sebelah belakang), serambi
dapur; 2. kedai kecil; 3. Pr bangsal atau pondok (biasanya di
sawah); 4. Kd bahagian depan rumah.
lepau II Pr hendak, mahu.
lepek (lépék) I alas atau lapik (cawan, teko, dll).
lepek (lépék) II; melepek 1. dlm keadaan sangat letih, terdampar
keletihan; 2. ki duduk menganggur, tidak berpekerjaan.
lepek (lépék) III Jk basah kuyup.
lepek (lépék) IV Mn; melepek menepuk perlahan-lahan, menepuk-nepuk.
leper Id  lepar.
leper (lépér) I tidak jeluk (piring, pinggan, dll), ceper, dangkal, pipih, rata;
meleper menjadi leper;
meleperkan menjadikan leper, memipihkan: zink tong minyak yg
berkarat sudah dileperkan tetapi masih kemik di sana sini.
leper (lépér) II sebutan (lafaz) perkataan yg tidak tepat, pelat, telor.
leperi (léperi) Id, bp pengadil (dlm permainan).
lepet (lépét); melepet 1. melipat (lengan baju dll); 2. membengkokkan
(paku dll);
kelepet lipatan (pd baju dll).
lepih terlipat pd tepi (tikar, seperah, dll);
melepih melipat tepi (tikar, sapu tangan, dll).
lepik bunyi spt bunyi barang ringan jatuh ke lantai.
lepit Jk; melepit melipat, melepet;  lepet.
lepoh (lépoh) I Mn; melepoh melepa atau menyapu (dgn simen dll),
menurap.
lepoh (lépoh) II; terlepoh bengkok (kaki, tangan, dll), jatuh meringkuk,
tergeliat;
melepoh menjadikan bengkok, membengkokkan, menggeliatkan:
telutuh dilepoh-lepoh.
lepot (lépot) I kurang cergas, lemah, lembap.
lepot (lépot) II Jk; berlepotan berlumur (dgn lumpur), bergelumang (dgn
lumpur);
melepoti mengotori, mencemari.
lepoteng (lepoténg) Kl berjalan dgn tidak tentu tujuan, menganggur.
lepra (lépra) IB sakit kusta (pd peringkat permulaan), bodok.
leprologi (léprologi) kajian tentang penyakit kusta.
leptospirosis (léptospirosis) (Ubat) sj penyakit berjangkit yg disebabkan
oleh bakteria Leptospira yg menular kpd manusia melalui binatang
spt anjing, babi, tikus, arnab dan tupai, atau melalui penggunaan air
yg tercemar olehnya.
lepu sj ikan laut, depu, gedempu, Pterois russelii.
lepuh bengkak berair, menggelembung (kulit berisi air kerana terlalu
hangat, bergesel, dsb);
melepuh menjadi lepuh, melecet, melecer: kulitnya ~ kena api;
sedang rebung baik dipatah, jadi buluh ~ jari prb masa kecillah
diajar dan dididik jangan tunggu hingga besar;
melepuhkan menjadikan melepuh.
lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd
bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku
dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul;
melepuk memukul, menampar;  lapuk II.
lepung bunyi spt bunyi tong dipukul (gendang dipalu, bola pecah, dll).
lepur I; mati ~ mati terbenam dlm lumpur.
lepur II; melepur menyerang dgn sayap (ayam ketika bersabung): sekali
dua sahaja dilepur oleh si Jalak Berapit, ayam lawannya itu pun
terkiuk menggelupur ataupun lari.
lepus; berlepus berbunyi spt bunyi angin keluar (dgn keras).
lerah I; terlerah gugur (drpd tangkai, ikatan, dll), luruh, terlerai.
lerah II Kl; melerah mengikis, menyapu bersih, mencangkul (rumput dll).
lerai; meleraikan 1. menceraikan, memisahkan (orang berkelahi dll):
Cikgu Majid berkejar keluar hendak ~ budak yg sedang
bertumbuk; penyakit jiwa susah hendak dileraikan drpd batin
seseorang; 2. ki menjauhkan, menghindarkan (penyakit dll): ubat
ini akan ~ penyakit selesema;
berlerai tidak bersambung (bersatu, berangkai-rangkai dsb) lagi:
seminggu sudah berlalu, aku terasa bagai kalung mutiara yg putus
~;
terlerai dipisahkan atau diceraikan, tercerai, tersisih: cintaku telah
~; tidak ~ dgn janjang prb perihal tidak dapat diceraikan (orang yg
berkasih-kasihan dll);
peleraian proses meleraikan sesuatu: ~ masalah;
pelerai 1. orang yg meleraikan (orang berkelahi dll), benda (ubat
dll) yg menghindarkan penyakit dll: dipadankan sahaja rambut itu
akan dijadikan tangkal dan azimat, dijadikan ubat jerih ~ demam;
2. (alat) utk memisahkan biji drpd tangkai: jentera ~ lada hitam; ~
demam a) ubat yg menyembuhkan penyakit; b) ki anak atau
kekasih.
lerak I tercerai (perkakas, rumah, tentera, dll), pecah (rosak) berkecai,
bercerai-berai;
melerakkan memecahkan (hingga bercerai-berai), menceraiceraikan,
merombakkan.
lerak II; buah ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), buah sabun, buah
lemuran, Sapindus rarak.
leram bunyi spt bunyi gendang besar (guruh, harimau, dll), deram.
lerang bunyi spt bunyi tambur (gendang, rantai besi jatuh, dll), derang.
lerang (lérang) I jalur pd tenunan kain.
lerang (lérang) II ark setengah hari pelayaran.
lerang (lérang) III Kd bahagian tandan kelapa tempat bergantung buah
atau putik.
lerang-lerang (lérang-lérang) sj usungan.
lerap bunyi spt bunyi orang berjalan (berkawat dll), derap.
lerap (lérap) ark; main ~ = pusing ~ sj permainan judi dgn memutar wang
dan meneka sebelah mana yg di atas.
lerat (lérat) Kl curah, buang.
lereh (léréh) Kl; orang ~ orang yg tidak tetap pd sesuatu pekerjaan (atau
di sesuatu tempat).
lerek (lérék) I 1. sj tumbuhan (herba), Phrynium malaccense; 2. sj
tumbuhan (herba), Stachyphrynium jagorianum.
lerek (lérék) II  leret II.
lereng (léréng) I 1. permukaan yg di sekeliling barang yg pipih bulat (roda
dll); kereta ~ basikal; beca ~ tiga beca roda tiga; 2. permukaan
bukit yg senget (miring), sisi gunung: ke ~ gunung itulah anak-anak
muda di kampung Hulu Kelang mencari rotan dan atap;
lereng-lereng roda kecil pd kaki katil (meja dll);
berlereng ark menaiki basikal, berbasikal;
melereng 1. berputar atau berpusing (roda dll); 2. senget (tanah
dll), landai, miring;
lerengan tanah yg melereng (biasanya pd bukit, gunung, dll):
mereka telah beberapa kali berpindah-randah dr satu ~ bukit ke ~
bukit yg lain.
lereng (léréng) II Jw corak yg menyerong (pd kain).
lerer (lérér) Kl cuai.
leret (lérét) I = leretan banjar, baris, barisan, jajaran: itulah leretan Bukit
Seguntang spt yg tersebut dlm Sejarah Melayu itu; di hadapan
rumahnya terdapat beberapa ~ pokok rambutan lekang;
berleret, berleret-leret berbaris, berbanjar: aku merayap ke depan
dan ke belakang motokar yg ~ itu;
meleretkan mengaturkan berbaris, membariskan, membanjarkan.
leret (lérét) II; berleret, berleret-leret 1. = meleret panjang sungguh
(tali, kain, dll), labuh sangat: dipakai jubah kasa halus, jubah
meleret sampai ke kaki; 2. = meleret, meleret-leret berpanjangpanjang
(perbualan, percakapan, cerita, dll), berjangkit-jangkit:
tidak usahlah saya mengulas panjang lebar sehingga meleret-leret
lagi;
meleret 1. berleret; 2. memanjang, melebar: di bibirnya ~ sebuah
senyuman yg manis; senyumannya ~ saja;
meleretkan memberikan (senyuman) yg melebar: atuk hanya ~
senyuman sambil memandang tepat pd mukaku;
meleret-leretkan menjadikan (cerita, huraian, dsb) meleret-leret:
sengaja saya ~ misalan 'panca' ini.
lerik bunyi spt bunyi derak tetapi lebih halus, derik.
lerkuing sj tumbuhan (rumpai), malbar hutan, ruku-ruku, selasih hutan,
Hyptis suaveolens.
lerleng (lérléng) IB pegawai pelatih (orang yg dlm latihan): lepas dr
sekolah, dia masuk sekolah pelayaran, kemudian jadi ~ atau calon
pegawai enam tahun penuh dgn rajinnya.
leron (léron) Pn berpusing keliling (padang dll).
lerum bunyi spt bunyi guruh yg terdengar sayup-sayup, derum.
les (lés) I IB, bp pelajaran.
les (lés) II IB senarai, daftar (nama dll).
les (lés) III IB pemidang (gambar, cermin, dll), bingkai.
les (lés) IV IB tali kekang (pd kuda).
les (lés) V bp (kain) renda.
lesa I lemah, lumpuh (tubuh badan dll), layuh: lemahlah badan, letih dan
~; lasa.
lesa II Ph sj kemudi (rakit).
lesah I  lasah I, lasah II.
lesah II  desah.
lesak I  lasak I.
lesak II  desak II.
lesak (lésak) = melesak di atas tanah, tidak bertiang (rumah): rumah ~.
lesan (lésan) Jw sasaran, bulan-bulan, tujuan.
lesang Mn; melesang menunggang (kuda, basikal, dll).
lesap tidak ada lagi, hilang, lenyap: dia ingin tahu sesuatu berkenaan
ayahnya yg telah hilang ~ itu;
melesapkan menghilangkan, melenyapkan: dia dituduh pecah
amanah kerana ~ wang syarikat;
pelesapan perbuatan melenyapkan (wang, harta, dsb).
lesar bunyi spt bunyi tikar diseret, desar.
lesat Jk; melesat tercampak atau terpelanting jauh.
lesau bunyi spt bunyi daun-daun ditimpa hujan dll, desau.
lesbian (lésbian) perempuan yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum
sejenisnya, perempuan homoseksual.
lesbianisme (lésbianisme) perihal hubungan cinta berahi atau hubungan
seks sesama perempuan.
leseh (léséh) Kl tidak dalam (lubang), tohor.
lesek (lésék) I gesek.
lesek (lésék) II Mn lasak.
lesen (lésén) sijil atau dokumen rasmi yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa
yg memberikan kebenaran kpd seseorang atau sesuatu pihak
melakukan atau menggunakan sesuatu: kerajaan negeri Kelantan
akan didesak supaya memberi ~ beca roda tiga kpd orang Melayu
sahaja; kedai ~ bp kedai kecil (drpd papan) yg menjaja biasanya
barang-barang makanan di tepi jalan;
berlesen mempunyai lesen, berkebenaran mengerjakan sesuatu
(berniaga, melombong, dll);
melesenkan memberi lesen kpd: syarikat multinasional ~ syarikat
asing;
pelesenan urusan memberi lesen atau meluluskan permohonan
lesen: lembaga ~;
pelesen; pegawai ~ pegawai yg mengeluarkan lesen.
leseng (léseng, léséng) IB, bp ceramah, syarahan.
leser (lésér) I seret, heret;
meleser menarik di atas tanah, menyeret.
leser (lésér) II, meleser suka berjalan-jalan dgn tidak tentu tujuan,
pelesir: kalaupun tidak utk ~ mereka ke sana utk mendengar lagu;
 pelesir.
leset (lését) I; meleset tidak tepat, tergelincir, sipi: sangkaan mereka
rupanya ~; ia melangkah begitu terlanjur hingga hampir-hampir ~
pula;
terpeleset tergelincir;  meleset I, peleset.
leset (lését) II Kl; meleset menyapu (cat dll).
lesi, lesih putih pucat (kulit badan dll), putih benar: apa mulanya maka
engkau pucat ~ bagai tiada makan nasi?
lesin Kd; melesin pedas; pedas ~ pedas benar.
lesing bunyi spt bunyi tiupan angin (tembakan peluru dll), desing;
melesing 1. berbunyi spt bunyi tiupan angin (tembakan peluru dll);
2. ki membaling, membuang; 3. menghayun tangan ke sisi utk
memukul bagaikan perbuatan hendak menepis.
lesir I  pelesir.
lesir II; bermain ~ bermain pedang (sj tarian dgn menggunakan pedang).
lesir III bunyi spt bunyi tiupan angin (pasir ditiup angin, daun-daun
diseret, wap keluar drpd cerek, dll).
lesit I; melesit berbunyi spt bunyi keridik (seruling kecil dll).
lesit II; melesit; ~ hidung menghembuskan hingus: si Boya menundukkan
kepalanya, seraya ~ hidung.
lesit III; melesit (keluar) memancut.
lesit IV; melesit menghisap darah (bkn pelesit).
lesitin (lésitin) (Kim) sj bahan bak lemak yg banyak terdapat dlm kuning
telur, kacang soya, dll.
lesnar (lésnar) IB sj meja tempat mengalas kitab yg dibaca.
lestaka bahagian pertengahan busur yg tebal.
lestari Jk tidak berubah-ubah, kekal, tetap;
melestarikan menetapkan, mengekalkan: ~ hutan;
kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dll) yg tidak berubah atau
yg terpelihara spt asal, keaslian: ~ hutan kita mesti diutamakan;
pelestarian perlindungan drpd kemusnahan.
lestek (lésték), lestet (léstét) Id lastik.
lesterik (lésterik) IB elektrik.
lesterung Jw sj penyakit (barah dlm hidung).
lesu 1. lemah (kerana tidak puas tidur, kurang makan, dsb), tidak cergas,
letih: aku melihat rakyat tani dgn kaki ayam berjalan ~ menuju
pondoknya yg buruk; letih ~ letih sekali; 2. ki merosot (perniagaan
dll), sepi (perniagaan): sejak akhir-akhir ini, perniagaannya
semakin ~;
melesukan menyebabkan (badan dsb) menjadi lesu, melemahkan;
kelesuan 1. perihal (keadaan) lesu, keletihan; 2. berasa lesu atau
lemah, keletihan: Zaini yg ~ tidur dgn lenanya.
lesuk; ~-lesak bunyi spt bunyi kain keras (yg berkanji dsb) yg direnyuk.
lesung sj alat utk menumbuk (padi, lada, dll), lompang: yg pekak
pembakar meriam, yg buta penghembus ~;
~ batu lesung yg diperbuat drpd batu (biasanya utk menumbuk
sambal); ~ hindik (kaki) lesung yg diperbuat drpd kayu dan dipijak
dgn kaki; ~ kisaran sj perkakas utk mengisar padi; ~ mata soket
mata; ~ pengemping lesung tempat menumbuk emping; ~ pinang
gobek; ~ pipit (pipi) = lesung-lesung lekuk kecil pd pipi, cawak;
~ mencari alu (antan) prb perempuan mencari lelaki; ke mana
dialih, ~ berdedak juga prb pekerjaan yg selalu mendatangkan
kerugian atau kesusahan itu walaupun di mana dikerjakan nescaya
akan merugikan dan menyusahkan juga; menumbuk di ~, bertanak
di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya;
menumbuk di periuk, bertanak di ~ prb melakukan sesuatu yg
menyalahi kebiasaan; sebuah ~ seekor ayam jantannya
(gedangnya) prb bagi tiap-tiap kaum ada seorang pemimpinnya.
lesus berbunyi spt bunyi bisikan orang;  desus.
lesut bunyi spt bunyi sebatan rotan (cemeti dll).
leta I hina atau keji (orang, perbuatan), cacat, cela: apalah guna hamba
yg ~; memberi ~ memberi malu (kpd orang), menghinakan;
meletakan memberi leta, memalukan, mengejikan, menghinakan.
leta II Ph turun warnanya (kain dll), luntur.
letah; ~-letai ark lemah sungguh (tidak berdaya), lesu.
letai (letai) Mn letih lesu, lemah.
letak duduknya (sesuatu benda dll), kedudukan, tempatnya: ia membetulbetulkan
~ cawan kopi di atas dulang yg ditatangnya; ~nya bandar
Kuala Kangsar tidak berapa jauh dr bandar Taiping;
meletak Mn menghantar, menaruh, memberi, menempatkan pd;
~ beras menjerang nasi; ~ kata menyusun kata-kata; ~ mata
memandang kpd; ~ nasi menghidang nasi dll utk menjamu hantu; ~
tanda memberi tanda (spt cincin dll) kpd pihak pengantin
perempuan;
meletakkan 1. menempatkan (pd), mengenakan (pd),
membubuhkan (ubat dll): dengan segera perempuan itu ~
bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanakkanak
itu diletakkan di bawah kawalan pegawai akhlak; 2.
memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin
diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3.
ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan
berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan
peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiahkan: maka
Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi
baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama
Laksamana; 5. sl menentukan, menetapkan: syahadan bagindalah
yg pertama ~ kekuningan larangan;
terletak 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di),
terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang
kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd,
terdapat pd; 2. (telah) diletakkan;
biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd
dipecat dll;
peletakan perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan
jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan
senjata;
peletak tempat meletakkan: keping papan lebar tempat ~ neraca
ini dinamakan andas.
letak (létak) 1. tidak bertenaga, lemah, letih: badan saya berasa ~ selepas
berjalan sehari-harian; 2. lapar; ~-letai letih benar.
letal (létal) Id boleh mematikan (menyebabkan mati).
letang bunyi spt bunyi besi dipukul.
letap bunyi spt bunyi ranting patah.
letas bunyi spt bunyi telur menetas (jahitan kain yg ditetas dll).
letda (létda) Id akronim bagi leftenan muda.
letek (leték) Jk; meletek merekah.
leter (léter) IB, bp huruf.
dileteri bp ditandai dgn huruf.
leter (létér) cakap yg berpanjangan atau tidak berhenti-henti (biasanya
apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang): ia pun
menangislah, kerana mengenangkan untungnya yg malang itu dgn
berbagai-bagai sungut ~nya akan Pak Kaduk oleh kebodohannya
itu;
berleter, meleter bercakap-cakap dgn tidak berhenti-henti
(biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang),
mengomel: Haji Karman ini, biasanya kalau sudah tidak diterima
nasihatnya selalu akan ~ panjang;
meleteri berleter kpd seseorang (kerana tidak menyenangi
kelakuannya dsb), mengomeli: sudah selalu benar Simin ~
kelakuan adiknya itu;
leteran kata-kata meleter, omelan: Mak Yah melanjutkan ~nya;
peleter (orang yg) suka berleter, pengomel.
leterseter (léterséter) IB penyusun huruf (pd percetakan).
letih tidak bertenaga, penat: kerana terlalu ~ dan lesu, ia pun tidur dgn
nyedarnya; ~ lelah = ~ lesu penat benar;
meletihkan menjadikan letih, memenatkan;
keletihan 1. perihal letih, kepenatan: anaknya tidur dlm ~; 2.
sangat letih: anak muda itu sedang ~.
letik I; meletik bergerak-gerak spt ikan di darat.
letik II bunyi spt bunyi gelas retak (kena air panas dll);
meletik berbunyi spt bunyi gelas retak.
leting I bunyi spt bunyi loceng kecil.
leting II; meleting bergerak-gerak (meloncat-loncat) spt ikan di darat,
meletik.
letjen (létjen) IB akronim bagi leftenan jeneral.
letkol (létkol) IB akronim bagi leftenan kolonel.
letnan (létnan) Id leftenan.
letos Jk; meletos membuka lebar (mata dll), melotot.
letuk bunyi spt bunyi orang mengetuk: ~-letak paruh enggang.
letung I bunyi spt bunyi tong (gong dll) dipukul; ~-letang bunyi letung yg
berulang-ulang.
letung II Kl; hangus ~ hangus langsung (nasi dll).
letup I bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll): sekali ~
tiga degumnya;
letup-letup sj permainan kanak-kanak (belon getah, bedil buluh,
dll);
meletup pecah dan berbunyi spt bunyi pecah (tembakan meriam,
bola pecah, dll), meledak, meletus: kami belum lagi tahu bahawa
bom yg ~ itu datangnya dr kapal terbang Jepun; ~ di sana, di sini
bunyinya prb orang lain yg bersalah lain pula orang yg menanggung
akibatnya;
meletupkan menjadikan meletup, meledakkan: maka tuan puteri
Dayang Nuramah pun ~ istinggar;
letupan 1. bunyi meletup, ledakan, letusan: satu ~ kuat terdengar
membelah malam; 2. = bahan ~ bahan ledakan: sampan itu berisi ~
yg disangkutkan pd sebuah bom waktu; 3. perihal meletup: bunyi ~
bom dan senapang berjentera tidak berhenti; 4. (Lin) bunyi
konsonan spt letupan yg dihasilkan dgn menutup saluran udara dan
kemudian melepaskannya dgn tiba-tiba, mis /p/ dlm pasu.
peletupan perihal atau perbuatan meletupkan, peledakan;
peletup alat utk meletupkan sesuatu bahan letupan; detup.
letup II = letup-letup sj tumbuhan (pokok memanjat), leletup, cipluan,
ubat pekung, Physalis minima;
letup-letup 1. sj tumbuhan (pokok memanjat), letup; 2. sj tumbuhan
(herba), timun dendang (hutan, tikus), pokok lang bulu, akar
mentimun, Passiflora foetida.
letur; meletur melecur, melecet.
letus 1. boleh meletup; hawa ~ Id gas yg meletup; 2. letup (senapang dll);
meletus 1. meledak (gunung berapi, bom, dsb), pecah dgn
mengeluarkan bunyi yg kuat: kepulan asap kelihatan bulat-bulat di
tempat peluru itu ~; 2. ki bermula (peperangan, pertentangan,
persengitan, dll): roman ini dikarang oleh tuan Hamka lama
sebelum perang dunia kedua ~;
letusan ledakan, letupan: di sana sini kedengaran bunyi ~, seolaholah
bunyi petasan pd malam hari raya layaknya.
leukemia (léukémia) (Ubat) sj penyakit yg kronik atau berlarut-larutan
oleh sebab terdapatnya leukosit yg berkembang biak dan meresap
ke dlm sumsum tulang, limpa, dll, dan membinasakan alat-alat
tubuh yg membentuk darah.
leukoma (léukoma) (Ubat) parut legap berwarna putih pd kornea mata yg
boleh menjejaskan ketajaman pelihatan seseorang.
leukosit (léukosit) (Bio) sel darah putih yg berfungsi melawan kuman yg
masuk ke dlm tubuh.
levi (lévi) (Eko) sejumlah wang yg perlu dibayar kpd pihak berkuasa, mis
cukai pendapatan; ~ modal cukai khas terhadap harta kekayaan yg
dimiliki oleh orang perseorangan, biasanya dikenakan sewaktu
darurat.
lewa (léwa) I; sambil ~ tidak bersungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu
dll), sambil-sambilan.
lewa (léwa) II Kl; melewa mengacu (pisau dll kpd orang).
lewah (léwah) = melewah 1. terlalu banyak hingga berlimpah-limpah
(barang dll), mewah; 2. berlebih-lebih sehingga tertambah perkara,
hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat):
penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan;
kelewahan hal (keadaan) yg berlebih-lebihan.
lewar (léwar); melewar 1. sl berkeliaran (burung, ikan, dll), terbang
(berenang) berkawan-kawan: banyak burung terbang ~, bermain di
taman dewa dewata; 2. ki berjalan mundar-mandir.
lewat (léwat) 1. lalu, berjalan (di samping, di hadapan, dekat): ketika aku
~, malim itu memperkenalkan aku kpd seluruh jururawat itu; 2.
lampau, habis, selesai: musim menuai sudah ~; 3. lanjut, lebih (drpd
yg patut dll), larut: di balik meja itu duduk seorang Cina yg sudah
agak ~ umurnya; 4. sesudah waktunya, melampaui waktunya,
lambat: ia telah lama menunggu Mak Dalek yg ~ pulang itu; 5.
melalui, menerusi: Marian ~ tarian ciptaannya menggabungkan
unsur tradisi dan moden;
~ jenuh Id terlampau kenyang, muak; ~ lemboyang Id terlalu ungu
(warna ungu dlm cahaya matahari);
selewat-lewatnya sehabis lewat (lambat), selambat-lambatnya:
semua permintaan hendaklah sampai ~ pd hari Sabtu;
melewati 1. lalu (di), melalui, melintasi, menempuh: dia berjalan ~
mereka; 2. melebihi had (batas), melampaui: berjalanlah
imperialisme ke timur dr selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah; ~
batas; 3. melangkahi, melangkaui: soalan-soalan yg susah-susah
dilewati sahaja; 4. (bkn umur) melebihi: usiaku sekarang sudah ~
lima puluhan;
melewatkan menjadikan lewat (lambat), melambatkan,
melangkaukan: Bidin tetap juga mengharapkan biarlah anak bulan
itu tidak kelihatan dan puasa akan dilewatkan sehari;
melewat-lewatkan menjadikan lewat dgn sengaja, melambatlambatkan:
janganlah ~ sembahyang setelah masuk waktunya;
terlewat 1. melebihi waktu, terlambat: kemalangan datang
menimpa tidak ~ atau terdahulu sesaat pun; 2. = kelewat tersangat
(banyak dll), terlalu, terlampau; 3. dapat atau telah dilewati (dilalui,
ditempuh, dll);
kelewatan 1. perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dll),
kelambatan; 2. terlewat, terlambat: engkau boleh sewa sebuah
kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu;
3. terlampau, tersangat.
leweh (léwéh) Kl 1. cuai, lalai; 2. bongkak, sombong;
meleweh berlaku (berlagak) leweh.
LHDN kep Lembaga Hasil Dalam Negeri.
lho Id kata seruan utk menyatakan kehairanan (terperanjat dll): ~, pidato
apa!
Li simbol kimia bagi litium.
LI kep Language Institute (Institut Bahasa).
liabiliti jumlah hutang yg perlu dijelaskan dgn wang, barang, atau
perkhidmatan.
liang I lubang yg halus (bekas tikaman, tempat keluar wap atau air pd
enjin, dll): dgn lima ~ luka kena peluru itu, keadaannya parah
sekali; tikam Laksamana tikam orang berani, sama se~ itu pun
matilah Si Jebat itu;
~ hidung lubang hidung; ~ jarum mata (lubang) jarum; ~ kubur
lubang kubur tempat menanam mayat; ~ kumbang lubang utk
mengalirkan air keluar (pd perahu); ~ lahad lubang tempat
meletakkan mayat (dlm kubur); ~ mata lekuk mata.
liang II; ~-liuk = berliang-liuk = meliang-liuk berliuk-liuk (api pelita
ditiup angin dll): batang padi meliang-liuk, berombak-ombak
dilanda angin.
liar 1. tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga (tumbuhtumbuhan),
terbiar: binatang-binatang ~ di dlm hutannya termasuk
gajah, harimau, beruk, mawas, dll; 2. tidak tetap, gelisah
(pandangan dll), buas, ganas (perangai manusia): dgn ~ ia
memandang ke sekelilingnya; ~ mata selalu mengalih-alih
pandangan; 3. tidak sopan-santun (perbualan, permainan, dll), tidak
beradab: ia masih tertawa ~; peguam itu menyifatkan tuduhan
tersebut sbg tuduhan yg ~; matanya merayap-rayap di atas
ruangan siri cerita wanita ~ yg biasa menjadi siaran akhbar itu;
orang ~ orang biadab; 4. tidak teratur, tidak mempunyai aturan;
pasukan ~ Id pasukan yg tidak teratur (bukan tentera rasmi); rumah
~ Id rumah haram; sekolah ~ Id sekolah persendirian (tidak menurut
syarat-syarat yg ditentukan oleh kerajaan);
berliar-liar selalu berlaku liar: Daim budak peliharaannya itu
sudah pun pandai ~;
meliar menjadi liar (kelakuan, tumbuh-tumbuhan dll): misai dan
janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya;
matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan;
meliarkan menjadikan liar: falsafah pendidikan Barat yg semakin
menjauhkan dan ~ generasi Islam drpd roh dan keperibadiannya
sendiri;
keliaran perihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir
tentang ~ anak-anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali
hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak
muda;
berkeliaran berjalan (terbang dll) ke merata tempat, merayau; 
keliar.
liat I 1. lembut tetapi tidak mudah patah atau putus (spt getah dll), boleh
dilentur-lentur dan tidak patah: besi yg ~; daging kerbau tua
biasanya ~; 2. likat, pekat: tanah ~; 3. ki tidak mudah kalah, tabah
dan cekal (menghadapi musuh dll); 4. ki tidak suka (melakukan
sesuatu), payah, segan: pd esoknya ~ pula hendak bangun kerana
sejuknya udara keliling;
liat-liat liang-liut, liuk-lentok;
meliat 1. menjadi liat (tanah dll); 2. ki mulai berdaging (isi durian);
meliatkan menjadikan liat;
keliatan perihal (keadaan dsb) liat: malah apabila mendengar
ayam kampung, teringatkan hanya ~ dagingnya belaka; ~ air
(Kim) perihal air yg tidak berbuih dgn sabun.
liat II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), medang, Litsea amra.
liat III ark  lihat.
liau ark; meliau bernanah (luka, kudis, dll).
libang Pr; ~-libu kacau-bilau (perasaan).
libas; melibas 1. menyebat (dgn rotan dll), melebas; 2. menipu,
memperdayakan;
melibaskan menggerakkan (sesuatu) dgn cara melibas (menyebat):
yg muncul hanya seekor ikan besar yg ~ ekornya, kemudian
menghilang; anak muda itu ~ rotan ke arah kaki penyerangnya;
libasan hasil melibas (menyebat): dia hampir-hampir terkena ~
dahan kayu itu.
libat; melibat membungkus, melipat, membebat, membelit;
melibati memasuki (sesuatu kegiatan dsb), menyertai: sebenarnya
tulisan tentang sastera Islam dlm tahun tujuh puluhan dilibati oleh
beberapa orang penulis;
melibatkan menyebabkan terlibat (terbabit), memasukkan (ke dlm
sesuatu perkara dll), membabitkan: persetujuan yg dimaksudkan
oleh Tengku itu ~ masalah politik dan ketenteraan;
terlibat 1. terbebat, terbelit, terlipat; 2. termasuk (dlm sesuatu hal),
terbabit: kalau perkara itu ada kaitan dgn kampungnya, dirinya
turut ~ sama;
keterlibatan perihal terlibat: dasar ini merupakan suatu gagasan
umum mengenai segala aspek ~ belia dlm masyarakat;
pelibatan, penglibatan perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm
sesuatu hal (perkara dsb).
libel (Udg) kenyataan bertulis, gambar, dsb yg mencemarkan nama
seseorang, fitnah bertulis.
liberal 1. (bersifat) condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg
demokratik (mis menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan),
(fahaman) bebas; kaum ~ orang yg menganut fahaman liberal; 2.
bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak
terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb);
meliberalkan menjadikan liberal (bebas dan terbuka): satu langkah
utk ~ pasaran; ~ pandangan yg sempit sesuai dgn perkembangan
sains dan teknologi hari ini;
keliberalan perihal (sifat atau keadaan) liberal: keterbukaan dan ~
minda juga penting dlm menghadapi arus globalisasi ekonomi
dunia;
peliberalan perihal (tindakan, perbuatan dsb) meliberalkan: dasar
~ perdagangan merupakan salah satu komponen utama di bawah
dasar pembangunan industri.
liberalis orang yg menyokong (menganut, menganjurkan) fahaman
liberalisme.
liberalisasi proses membebaskan diri (masyarakat) drpd sekatan politik
dan moral (agama dsb).
liberalisme fahaman yg liberal, fahaman atau pendirian yg mahukan
demokrasi serta kebebasan dlm kegiatan ekonomi.
liberalistik cenderung ke arah liberalisme: falsafah ~ pd kurun ke-18.
libero (dlm perlawanan bola sepak) pemain yg kedudukannya di belakang
pemain pertahanan dan membantu pemain barisan pertahanan dan
kadang-kadang membuat serangan, swiper: beliau bermain sbg ~
yg sukar dikalahkan.
libido nafsu berahi yg bersifat naluri.
Libra lambang ketujuh dlm zodiak, yg berlambangkan neraca.
libreto (libréto) (Sas) kata-kata yg dinyanyikan dlm sesuatu opera atau
drama muzikal.
libur Jw 1. = liburan (hari) cuti atau kelepasan: tahun ini dia akan
menghabiskan liburannya di Tanah Sunda; 2. = berlibur bercuti,
beristirahat.
libut lempung (kayu), gabus: kayu ~.
licak Mn leper (sesuatu yg tertekan, terpijak, dsb), penyek, pipih.
licau 1. licin lagi berkilat (rambut disapu minyak dsb); licin-~ licin sekali;
2. ki habis langsung (harta dll).
lici lengkeng.
licik 1. licin (bkn jalan yg berlumpur dll); 2. pandai menipu atau
memperdaya orang lain, culas, curang: dia menuduh Agnes seorang
oportunis yg ~ yg menggunakan orang lain utk kepentingannya; 3.
Jw mudah kalah, penakut;
kelicikan kepintaran menipu, keculasan (hati).
licin I 1. tidak kesat (rambut yg disapu minyak dsb), berlendir
(menyebabkan mudah tergelincir): rambutnya disisir ~; 2. tidak
menggerutu (cermin, kaca, dll), sama rata (sesuatu permukaan dll),
halus; 3. tidak ditumbuhi apa-apa (kepala yg botak, betis yg tidak
berbulu, dll); 4. ki habis sama sekali (harta dll), habis langsung; 5.
pandai menipu atau memperdaya (orang lain), pandai
memutarbelitkan perkataan orang, licik: apa yg kita mahu ialah
satu tipu muslihat yg ~ spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di
negeri Siam; 6. pandai melarikan diri (pencuri, penyeluk saku, dll),
tidak mudah tertangkap: pencuri yg ~; 7. tidak tergendala
(perjalanan, sesuatu kerja, dll), berjalan lancar: perniagaannya
berjalan dgn ~;
~ (ber)dalik Kl tidak ada lagi yg tinggal (harta), habis langsung; ~
kening = ~ dahi manis muka (perempuan); ~-licau licin sekali,
safan-safa; ~ moner Kl tidak ada yg tertinggal lagi (harta, wang,
dll); ~ tandas habis, tidak berbaki lagi (wang dll); ~ bagai basuh
perahu prb menderita kerugian;
melicinkan 1. menjadikan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah
tergelincir): gunakan minyak kelapa hijau yg dimasak harum utk ~
rambut; 2. menjadikan sesuatu (permukaan) licin (dgn
mengetamnya dsb): dia menggosok kemejanya utk ~nya; 3.
menjadikan (menyebabkan sesuatu rancangan dsb) berjalan dgn
lancar, melancarkan: mereka mengambil semua langkah bagi ~
perjalanan upacara itu;
memperlicin menjadikan lebih licin: ~ perjalanan pemerintahan;
kelicinan 1. perihal atau keadaan licin: (tidak kesat, berlendir dan
mudah tergelincir): ~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak
kemalangan berlaku; 2. perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak
menggerutu, dsb): ~ pipi yg empuk akan hilang apabila tua; 3.
perihal (keadaan dsb) berjalan dgn licin (lancar), kelancaran: ~
pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik
dicampuradukkan dgn tugas sehari-hari; 4. kepintaran (menipu
atau memperdaya orang lain), perihal licin (dlm perlakuan atau
tindak-tanduknya): kecurangan Tuai Kancu yg menipu anak-anak
buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang drpd
jalan yg mudah;
pelicinan perihal (proses) melicinkan sesuatu;
pelicin benda (minyak, sabun, dll) yg digunakan utk melicinkan
sesuatu.
licin II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), Psychotria spp.
licung Kl sj perahu.
lid IB, bp ahli (perkumpulan, perbadanan, dll).
lidah I 1. bahagian di dlm mulut yg boleh digerak-gerakkan (digunakan
sbg alat perasa, utk bercakap, menjilat, dll): budak itu menjelirjelirkan
~nya; 2. ki perkataan, tutur kata: lembut dan fasih ~nya; 3.
ki sesuatu yg menyerupai lidah: ~ kain; ~ serunai (seruling); 4. ki
bahagian yg menganjur dr sesuatu benda; ~ tanah tanjung pd
selekoh sungai;
~ air bahagian tepi air;~ api hujung nyala api (yg menjilat-jilat); ~
bercabang (biawak) tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai
perkataannya; ~ dacing jarum penunjuk berat pd dacing; ~ keras
tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dgn betul, telor; ~ lembut
boleh menyebut perkataan dgn betul; ~ manis baik tutur katanya; ~
ombak hujung ombak, ombak yg di depan sekali; ~ panjang orang
yg suka bercakap-cakap, suka menghasut-hasut; ~ papan bahagian
yg menghubungkan papan; ~ pendeta kata-kata hikmat drpd orang
yg bijaksana; ~ pengarang rencana pengarang; ~ rasmi jurubicara
(akhbar dll) yg mengeluarkan berita dll rasmi sesuatu parti dll); ~
serunai bahagian serunai yg mengeluarkan bunyi;
~ bercabang bagai biawak prb selalu berubah-ubah dan tidak dapat
dipercayai kata-katanya; ~ tidak bertulang prb a) mudah berjanji
dan mudah pula mengubah janjinya; b) orang yg mengeluarkan
celaan dgn tidak tersangkut-sangkut; apa payahnya
menggoyangkan ~ sahaja prb banyak janji tetapi tidak ditepati;
berkata peliharakan ~ prb hendaklah beringat-ingat mengeluarkan
kata-kata; berniaga di hujung ~ prb orang pandai yg tidak jujur
(suka menipu dll); jadi hujung jari sambungan ~ = jadi
penghubung hujung ~ prb orang yg menyampaikan pesan orang lain
dlm sesuatu mesyuarat atau peralatan; kebenaran di hujung ~ prb
tidak ada keadilan (hanya menurut kata orang yg berkuasa sahaja);
membuat tergigit ~ prb memberi nasihat yg sia-sia kpd orang yg
berkelakuan jahat; menyepitkan ~ ke lantai prb menahan nafsu dan
kehendak; patah ~ alamat kalah patah keris alamat mati prb jika
tidak pandai berkata-kata tentu akan kalah; tercabut ~ mati prb
tidak berguna mempercakapkan orang yg jahat, sebab ia tetap jahat
juga;
lidah-lidah sesuatu yg menyerupai lidah;
berlidah mempunyai lidah: orang yg ~ biawak tidak harus
dikasihani; ~ dua orang yg selalu berubah-ubah perkataan atau
pendiriannya; ~ di lidah orang prb hanya menurut apa yg dikatakan
orang.
lidah II = lidah-lidah sj ikan laut, Cynoglossus spp; ~ baji, Euryglossa
orientalis; ~ belang, Zebrias spp.; ~ lumpur, a) Synaptura
commersoniana; b) Paraplagusia bilineata; ~ pasir, Cyanoglossus
spp.
lidah III; ~ badak sj tumbuhan (pokok memanjat), Pothos latifolius; ~
buaya sj tumbuhan (pokok renek), keduduk gajah, kerakap rimau,
senduduk hutan (gajah), Allomorphia malaccensis; ~ jin sj
tumbuhan (herba), seketan, Hedyotis philippensis; ~ katak sj
tumbuhan (pokok), sial menahun, Pternandra coerulescens; ~
kerbau (lembu) sj tumbuhan (pokok), Pyrenaria acuminata; ~
kucing sj tumbuhan (herba), Turnera ulmifolia; ~ tiung sj tumbuhan
(herba), Hedyotis verticillata; daun ~ gajah sj tumbuhan (herba),
Aglaonema oblongifolium; rumput ~ jin sj tumbuhan (herba),
Peristrophe spp.
lidah-lidah sj tumbuhan (pokok), antat, kelat kerantan, kenanga hutan,
melidah, pacal kuning, pokok kuning, Alangium ebenaceum; ~
mara sj tumbuhan (pokok kecil), cenarahan, geronggong semut,
kasi, mesekam, pendarah, tampoi paya, Ouratea spp.; ~ ular sj
tumbuhan (pokok renek), bunga telur belangkas, Sida spp.; akar ~
jin sj tumbuhan (herba), seketan, Hedyotis capitellata.
lidal sarung jari, didal.
lidas rasa pedih atau gatal pd lidah (ketika makan buah yg masam spt
nanas dsb).
lidi I 1. tulang daun kelapa (kabung dll) yg boleh dibuat penyapu:
penyapu ~; 2. jejari (pd roda basikal dll); ular ~ sj ular kecil yg
berbisa; sesimpai bagai ~ prb orang yg seia sekata;
melidi (menjadi) spt lidi: badannya kurus ~.
lidi II sj ikan laut, kering, Centriscus scutatus.
lien (Eko) hak memegang harta orang yg terhutang sbg sandaran kpd
hutang sehingga hutang itu dijelaskan.
lif alat utk membawa orang atau barang dr satu tingkat ke satu tingkat lain,
terutamanya di bangunan yg tinggi.
liga 1. persatuan atau persyarikatan (antara negara-negara dll); L~ Arab
persyarikatan negara-negara Arab; 2. persatuan kelab sukan yg
menganjurkan perlawanan antara pasukan-pasukan ahli yg sama
tarafnya: ~ bola sepak.
ligamen (Bio) seberkas tisu penghubung berserat yg menghubungkan
bahagian-bahagian badan (menghubungkan tulang dgn tulang dll).
ligan Kd kejar, halau.
ligas = meligas berlari dgn mengangkat kedua-dua belah kaki kanan dan
kemudian kedua-dua belah kaki kiri (bkn kuda dll).
ligat 1. = meligat berpusing dgn pantas (kipas dll): matanya bulat
memandang kipas yg berputar ~ di atas meja; 2. sangat giat (aktif):
sebaliknya, apabila di luar, masih ~ berpelesiran ke sana sini dgn
pakaian ala kebaratan;
memperligat ki mempercepat, mempergiat (sesuatu usaha dll).
ligatur 1. (Ubat) benang dsb utk mengikat salur darah, terutamanya dlm
pembedahan; 2. (Cetak) dua huruf atau lebih yg disambungkan, spt
æ.
ligih; meligih terketar-ketar menggigil.
lignin (Bio) bahan yg membentuk dinding sel berkayu pd tumbuhtumbuhan;
peligninan proses tumbuhan menjadi berkayu apabila juzuk-juzuk
tertentu dlm dinding selnya berubah menjadi lignin.
lignit (Geo) arang batu yg empuk dan berwarna hitam keperang-perangan,
biasanya digunakan sbg bahan bakar.
lihai C 1. bp tajam (senjata dll); 2. bp pintar, licin (pandai mengakali dll),
pandai;
kelihaian perihal lihai, kepintaran: ~nya dapat dibuktikan melalui
peranannya di kampung itu.
lihat pandang, tengok; salah ~ salah (silap) pandang;
berlihat-lihatan saling memandang, berpandang-pandangan;
melihat 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak
dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang
(menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi
ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib
dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan
pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat
(mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya
orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal
ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa,
beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen
Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit;
~ bulan datang haid;
melihat-lihat melihat sesuatu secara santai, sambil lalu, bersenangsenang
dsb: kemudian aku duduk sambil ~ apa yg terdapat di dlm
bilik baginda itu; kami mengambil peluang utk ~ sekitar kawasan
pondok yg menempatkan pelajar lelaki itu;
melihati memerhati dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh,
mengamat-amati: panjat olehmu, lihati apa halnya mayang itu;
melihatkan melihat akan, memandang kpd: ia berasa sedih ~
ibunya bekerja keras;
memperlihatkan 1. melihatkan (menunjukkan supaya dilihat):
Bonda Kandung mulai makan hati berulam jantung, makin tidak
kuasa ~ muka kpd orang; 2. menampakkan, menunjukkan,
mendedahkan kpd pandangan atau tanggapan orang: drpd raut
mukanya, ternyata Tengku Aniah tidak ~ umurnya yg sebenar;
dunia abad ke-20 ~ kemajuan ilmu yg sangat pesat;
terlihat 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya
~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2.
telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3.
terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk
memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg
duduk di sampingnya itu mengerling;
penglihat 1. = penglihatan kuasa (pancaindera) utk melihat; 2.
orang yg pandai meramal (menilik dll);
lihatan apa yg dilihat: pengalaman yg ditempuh dinyatakan
melalui imej rasaan dan ~; ~nya dlm kegelapan itu berpusar dan
terus berpusar;
kelihatan 1. dapat dilihat, tampak: hari itu redup dan muram,
matahari belum ~ sejak empat jam tadi; 2. = kelihatannya
nampaknya, pd lahirnya, rupanya: Datuk Empat Ujang ~
termenung; 3. diketahui, jelas, ternyata: ~ benar apa tujuannya;
pelihatan, penglihatan 1. kuasa (pancaindera) utk melihat,
kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas
nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang,
pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3.
perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala
menghadapi musuh-musuh itu;
pelihat orang yg pandai meramal atau menilik apa yg akan berlaku
(terjadi dll).
lik ark sebab yg dicari-cari, dalih;
berlik berdalih.
likas = daun ~ alat penggulung benang yg baru dipintal;
melikas menggulung benang.
likat I = belikat lekat, pekat: selepas hujan, terjadilah takungan air di
atas minyak tar yg ~ itu;
kelikatan perihal likat (cecair dll).
likat II keruh (air sungai dll); bukat-~ terlalu keruh.
likat III Jk agak malu.
liken (Bio) alga dan kulat yg hidup secara simbiosis, kulampair.
likenisme hubungan simbiosis antara kulat dan alga.
likenologi cabang botani yg berkaitan dgn kajian tentang liken.
likir sj tumbuhan (herba yg berumbi), Amorphophallus prainii.
liku I 1. selekoh (pd jalan, sungai, dll), kelok, siku: tiap ~ jalan diturut; 2.
tempat terpencil, ceruk: segala ~ dan ceruk di hulu sungai itu
diingatinya; segala ~ dan ceruk pedalaman; ~-~ hidup = ~-~
kehidupan dugaan dan kesengsaraan dlm hidup: perlunya Islam
dijadikan sbg obor yg menerangi ~-~ kehidupan;
berliku-liku berbelok-belok, berkelok-kelok, berselekoh-selekoh:
di sebelah kiri jalan itu mengalir sebatang sungai yg ~ pula;
melikukan menyebabkan menjadi liku: air yg deras mengalir,
menyimpang, dan ~ sungai menjadi lurah.
liku II; paduka ~ sl gelaran seorang permaisuri (dlm cerita panji).
likuh sj ikan darat, lee koh, Cyprinus carpis.
likuoris bahan berwarna hitam yg diperoleh drpd akar sj tumbuhan
kekacang, digunakan dlm ubat dan utk membuat gula-gula: gulagula
~.
likur sl bilangan antara 20 dan 30, dua puluhan; tujuh ~ dua puluh tujuh;
selikur dua puluh satu.
likut Mn; belikut, melikut menyorok (di balik pohon dll), bersembunyi.
likwidasi IB pemansuhan atau pembubaran (sesuatu badan perniagaan
dll);
melikwidasikan memansuhkan atau membubarkan (sesuatu badan
perniagaan dll).
likwidir IB; melikwidir melikwidasikan.
lil I Kl sj alat menangkap ikan (berupa lukah yg berpintu di rusuk).
lil II ark bayangan.
lilah I; melilah muntah, menjeluak.
lilah II Kl sentiasa berjalan-jalan (tidak duduk diam).
lilan sj tumbuhan (pokok), Xylopia elliptica.
lilas Kd = habis ~ habis langsung, tidak berbaki lagi.
lilau I; melilau memandang ke sana ke mari, mengalih-alih pandangan:
sesekali mereka ~ tidak tentu arah mencari paip besar utk
menyedut air.
lilau II Kd; melilau pergi ke merata-rata, merayau: Mak Cik Ayang ~
mencarinya di sekeliling rumah.
lilek (lilék) Kl; berlilek berzina (bkn perempuan).
lilin I sj bahan yg mengandungi lemak (utk dibuat dian dll): perahu ~
layarnya kertas, berani kulanggar lautan api; ~ lebah = ~ mentah
= ~ sambang lilin yg terdapat dlm sarang lebah; ~ batik lilin yg
digunakan utk membatik; 2. lilin dll yg dibuat dlm bentuk silinder,
diberi bersumbu yg dibakar yg memberikan cahaya dian: guru itu
seolah-olah lampu atau ~ kpd masyarakat; ke mana kelok ~, ke
sana kelok loyang prb perihal orang yg hanya menurut fikiran orang
yg di atasnya sahaja.
lilin II; burung ~ sj burung, burung kelengkeng, Tringa nebularia.
lilipit, liliput IB ark kecil-kecil (rumah, orang, dll).
lilis; melilis memotong supaya sama, memaras.
lilit 1. lingkar (spring jam, ular sedang tidur, dll), sesuatu yg membelit
(ikatan dll), belit: jahitan itu dimatikan dgn menyimpulkan benang
tiga ~; 2. = lilitan keliling (sesuatu kawasan dll): ~ bulatan bumi di
khatulistiwa ialah 24,900 batu atau 39,840 km; kuat ~ kerana
simpulnya prb kekuatan persatuan terletak pd anggota-anggotanya;
selilit 1. sekali lilit, hanya satu lilitnya: ~ kelengkeng; 2. sekeliling,
sebelit: ~ Pulau Perca;
berlilit berada dlm keadaan melingkari sesuatu, berbelit: ular ~ di
dahan kayu;
berlilitkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lilit: kepalanya
yg ~ kain merah persis warna darah itu;
melilit 1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut
(rasa hendak muntah dll), mulas;
meliliti membelit pd, membeliti: sehelai serban putih ~ kepalanya;
tiang rumahnya dililiti akar;
melilitkan membelitkan, melingkarkan: buat satu lingkaran dgn ~
dawai pd sebatang pensel;
lilitan garisan yg menyempadani sesuatu kawasan (bulatan dll),
lingkungan, lilit;
pelilit sesuatu (tali, kain, dsb) yg digunakan utk melilit: lilit tangkai
bunga dgn ~ warna hijau.
lillah, lillahi Ar demi (kerana, untuk) Allah.
lim IB perekat, gam.
lima (bilangan yg besarnya sama dgn) empat ditambah satu: ~ belas 15; ~
puluh 50; ~ ratus 500; ~ besar a) lima negara yg berkuasa; b) lima
orang dll yg berpengaruh; ~ segi sesuatu (rajah dll) yg mempunyai
lima segi; dua kali ~ = spt ~ belas dgn tengah dua puluh prb sama
sahaja;
berlima lima (orang dll) bersama-sama, lima (orang dll) semuanya:
mereka yg ~ itu pernah berselisih faham dengannya;
kelima yg nombor lima;
kelima-lima lima-lima sekali, lima semuanya;
perlima dibahagi lima (bahagian); se~ satu bahagian drpd benda yg
dibahagi lima.
LIMA akronim bagi Langkawi International Maritime and Aerospace.
limah Kl sisa makanan yg tertinggal, remah.
limar Jw sj kain sutera (utk bengkung dll).
limas I 1. sj timba atau takir yg dibuat drpd daun pisang (upih dll); 2. tirus
ke atas spt bentuk piramid (atap rumah dll); 3. Id piramid.
limas II tidak selesa (badan), tidak sedap (badan).
limas III Pr tepung pelita.
limau sj tumbuhan (pokok atau pokok renek dan buahnya); ~ abung = ~
bali sj tumbuhan (pokok), Citrus maxima; ~ besar sj tumbuhan
(pokok), Citrus grandis; ~ cuwit sj tumbuhan (pokok), Citrus
microcarpa; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), a) Citrus macroptera;
b) Atalantia spinosa; c) Gelonium glomeratum; ~ hijau sj
tumbuhan (pokok), Citrus suhuiens; ~ kapas sj tumbuhan (pokok),
Citrus aurantifolia; ~ kaya (kelinket, kerinket, kerisik) sj tumbuhan
(pokok), Triphasia trifolia; ~ kesturi sj tumbuhan (pokok), Citrus
microcarpa; ~ kesturi bukit (pagar) sj tumbuhan (pokok), Citrus
swinglei; ~ kiah (kikir, kingkip, kingkit) sj tumbuhan (pokok),
Triphasia trifolia; ~ kopek sj tumbuhan (pokok), Citrus suhuiensis;
~ langir air yg dicampur dgn kulit limau (purut) dan bunga-bungaan
utk berlangir; lelang (lilang) sj tumbuhan (pokok), Paramignya
angulata; ~ manis sj tumbuhan (pokok), Citrus nobilis, Citrus
suhuiensis; ~ mata kerbau = ~ nipis (kapas, susu), a) Citrus
medica; b) Citrus aurantifolia; ~ purut sj tumbuhan (pokok),
Citrus hystrix;
~ masak sebelah, perahu karam sekerat prb hukuman atau aturan
yg tidak adil (memilih-milih orang kerana kedudukan atau
kekayaan); mengajar ~ berduri prb mengajar orang yg telah pandai;
spt ~ masak seulas prb mempunyai kelebihan drpd orang lain;
berlimau mandi dgn air yg telah dicampur dgn kulit limau dan
bunga-bungaan: sudah lalu bersiram, langsung ~, berbedak, cukup
kasai yg tujuh;
melimaui 1. menyirami (memandikan) dgn air limau; 2. ki
mencerca orang lain;
pelimau ark rumah tempat mandi berlimau (biasanya utk raja-raja
bersiram).
limbah I = limbahan, pelimbahan, pelimbah ark 1. tanah rendah tempat
membuang air yg kotor: maka tiap-tiap rumah itu adalah ~ di
bawahnya; 2. ki kehidupan yg terhina.
limbah II  limpah.
limbah III Tr mencurahkan, membuangkan kesemuanya sekali: buat apa
kamu ~ merata air itu.
limbai ayunan tangan ketika berjalan, lenggang: sekali ia melenggang ~,
rukuk sekalian kayu-kayuan; membuang ~ mengayunkan tangan
(selendang dll) ketika menari;
melimbai mengayunkan tangan sewaktu berjalan, melenggang;
melimbaikan membuang (limbai), mengayunkan (tangan dll) ketika
menari.
limbak  lembak.
limban = pelimban jambatan kecil, titi.
limbang I; melimbang 1. mencuci emas (bijih timah dll) dgn
menggoyangkan dulang, meriau (emas dll), mendulang; 2. mencuci
beras, mengosek beras;
pelimbang alat utk melimbang (dulang, nyiru, dll).
limbang II; melimbang sl berjalan ke mana-mana, merantau;
pelimbang sl orang yg suka berjalan ke mana-mana, pengembara.
limbang III; ~ tengah hari ark tepat tengah hari;  rembang I.
limbat sj ikan darat, Prophagorus spp.
limbing bahagian telinga (burung, ayam) yg di sebelah luar.
limbubu Mn angin yg berputar, angin puting beliung, angin puyuh; 
halimbubu.
limbuk; burung ~ sj burung, punai dekut, punai tanah, Chaleophap
indica.
limbung I = limbungan 1. kawasan berpagar di pantai tempat
melabuhkan perahu atau tempat mandi; 2. = limbungan kapal
galangan kapal (tempat memperbaiki kapal dll), dok.
limbung II Jk tidak tetap (tempat duduk, tempat berdiri, fikiran, dll).
limbur I; sambur ~ waktu senja (ketika mula nampaknya teja).
limbur II Mn; melimbur menggenangi, membanjiri.
limerik (Sas) sj sajak lucu yg terdiri drpd lima baris.
limfa (Bio) bendalir jernih kekuning-kuningan yg mengandungi
terutamanya sel darah putih yg beredar dlm salur limfa.
limfoma (Ubat) sj tumor yg terdapat pd nodus limfa.
limfosit (Bio) sel darah putih kecil yg mempunyai satu nukleus dan
menghasilkan antibodi.
limit IB had atau batasan (banyaknya sesuatu dll).
limnologi kajian tentang faktor-faktor biologi, fizikal dan kimia tasik.
limousin kereta mewah, yg biasanya mempunyai gelas pemisah antara
tempat duduk depan (pemandu) dgn yg belakang.
limpa organ vaskular yg terletak dekat perut, yg membentuk limfosit,
mengeluarkan antibodi, membantu memusnahkan sel darah merah
yg telah rosak, dan menyaring bakteria dan zarah-zarah asing dr
darah, kura; ~ kecil = anak ~ hempedu;
berlimpa ada limpa; tidak ~ ki tidak berperasaan, tidak berhati
perut.
limpaga sj tumbuhan (pokok) dlm famili Meliaceae, surian, tangsian
burung, ranggau (Sabah), Cedrela spp.
limpah 1. = melimpah tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu
penuh (cecair dll): air yg di dlm tempayan itu terlalu banyak
hingga ~; ~-ruah terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh; 2. ki
terlalu banyak hingga berlebih-lebih (kemudahan, rezeki, kasih
sayang, dll): ampun dan kurnia Duli Yang Dipertuan ~lah; 3. ki
baik atau murah hati: hanya Tuhan dgn ~ kasihan-Nya, yg akan
dapat menolong beliau;
berlimpah-limpah 1. terlalu banyak tumpah kerana penuh; 2.
terlalu banyak atau ramai (orang dll): bahan makanan ~;
melimpah 1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu
penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota
Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga
berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan
kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke
Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak (
tentang perangai dll,): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan orang
kita, ~ ke negeri kita ini;
melimpahi 1. melimpah ke (kpd): padang bola maktab itu
dilimpahi air; 2. ki bermurah hati kpd, mengurniai seseorang:
semoga Allah ~nya rezeki dan bahagia hidupnya;
melimpahkan 1. menjadikan melimpah, menumpahkan: isi padu
air yg dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dgn isi padu
penyumbat juga; ~ air mata; 2. mengeluarkan banyak-banyak,
mencurahkan banyak-banyak: ~ kasih sayang; ~ perhatian kpd
perkembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; 3. memberikan
banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan
banyak-banyak: Tuhan yg ~ rahmat kpd hamba-Nya yg berusaha
dan sabar;
limpahan sesuatu yg melimpah atau yg dilimpahkan: kamu sekalian
yg makan drpd ~ kemurahan raja bapa aku itu tidak patut sekali
membuat aku begini;
kelimpahan 1. perihal limpah, ketumpahan banyak-banyak: agak
seketika didengarnya bunyi air ~; 2. diberi (dikurniakan dll)
banyak-banyak, menerima (kurnia dll) banyak-banyak; 3. =
kelimpah-mewahan keadaan yg mewah atau berlebih-lebihan,
kemewahan;
pelimpahan perihal (proses) melimpahkan sesuatu: proses ~ ini
tidak memerlukan agen perantara.
limpang Br; melimpang 1. berbaring (badan); 2. melintang (barang).
limpap; berlimpap, berlimpap-limpap 1. berlapis-lapis, bertindih-tindih
(kain baju dll), tidak tersusun rapi; 2. ki terlalu banyak (hutang).
limpapas Mn sj kupu-kupu yg besar; ~ rumah nan gedang ki puji-pujian
bagi perempuan yg menjadi suri rumah.
limpas Br lalu di.
limpepas  limpapas.
limpit Mn lapis, lapisan;
berlimpit-limpit berlapis-lapis (tikar, kain, dll);
memperlimpitkan menjadikan berlapis-lapis, menyusun berlapislapis.
limpoh Mn ark longgokan atau timbunan (padi, barang jualan, dll).
limpung Jw, sl senjata yg tajam.
limun I; limunan tidak dapat dilihat, tidak kelihatan; ilmu ~ ilmu (jampi,
mantera) yg dapat menghilangkan diri; halimun.
limun II Id sj minuman (drpd buah-buahan), lemoned.
limut; melimut-limut terlalu banyak (buah-buahan yg kecil-kecil).
lin I IB, bp garis (pd buku dll).
lin II IB pita.
linang I; berlinang, berlinang-linang, melinang 1. bercahaya-cahaya,
berkilat-kilat, berkilau: si laki-laki berminyak rambut hingga
berlinang-linang dan perempuan memakai gincu bibir; 2. jatuh
menitik (air mata dll), menitis: maka keempat-empat saudara itu
pun berlinang-linanglah air matanya mendengar cerita
saudaranya itu;
linangan perihal berlinang (air mata dll), titisan.
linang II; ~ kuning sj ikan darat (spt belut), Anguilla mauritania.
linau sj tumbuhan (palma), nibung, Oncosperma filamentosa.
lincah 1. tidak boleh diam (perangai dll), bergerak selalu: ~ sungguh
urinya gasing itu; 2. tidak tetap (fikiran, pekerjaan, tempat tinggal,
dll), bertukar-tukar selalu (isteri dll), gelisah: gadis itu pun mulalah
~ dan tidak begitu endahkan tunangannya lagi; 3. cergas, giat,
pantas, tangkas, rancak: mereka menjalani hidup dgn keyakinan
sendiri,lebih berani dan lebih ~ drpd angkatan tua; begitu keanakanakan
isi suratnya, tetapi begitu ~;
melincah-lincah, terlincah-lincah sentiasa berubah-ubah (tempat
tinggal, pekerjaan, fikiran, dll), selalu bertukar-tukar, tidak tetap;
kelincahan perihal lincah (selalu bergerak-gerak dll).
lincam Mn; selincam sebentar, sekejap;
melincam 1. bergerak (melancar, menikam, dll) dgn cepat; 2. dgn
cepat (bergerak dll), dgn pantas.
lincir licin kerana terdapat minyak dsb, tidak sendat (pergerakan mesin
dll), lancar (percakapan dll); ~ lidahnya = ~ mulut a) lancar
berkata-kata; b) lepas mulut;
melincirkan menjadikan licin, melicinkan (pergerakan mesin dll),
melancarkan;
pelinciran perihal (tindakan dsb) melincirkan;
pelincir sesuatu yg digunakan utk melicinkan (perjalanan mesin
dll): minyak jarak digunakan juga sbg minyak ~; minyak ~ unggul
utk enjin yg berteknologi tinggi.
lindak Mn; berlindak, berlindak-lindak bertimbun-timbun, banyak
sekali (harta dll), berlambak-lambak: walaupun kaya ~ hartaku dan
maju perniagaanku, menurut langgam dan pandangan orang di
kampung, abang masih dipandang hina.
lindang Mn tidak berbaki lagi (wang, harta, dll), habis: lah ~ pitis awak; ~
tandas habis langsung;
melindangkan menghabiskan langsung.
lindap Mn 1. = melindap menjadi kurang (cahaya, panas, dll), tidak kuat
lagi: demam telah ~; 2. tidak terang (nyata, jelas, dll) lagi, kabur,
padam, samar; lampu ~ lampu mulai padam (tidak terang lagi);
pertanyaan yg ~ pertanyaan yg samar-samar;
melindap 1. tidak berbaki lagi, habis, lindang; 2. menjadi kabur
(samar, tidak nyata, dll).
lindas; melindas menindih, melanyak, menekan, menggelek;
pelindas alat utk menindih (menggelek, menggiling dll).
lindes Jk  kelindas.
lindih  lindis.
lindis Mn; melindis 1. menekan hingga padat (pipih, hancur, lumat, rata,
dll), menggelek, menggiling, menindih; 2. ki menindas, memeras,
mengalahkan lawan (dlm permainan dll);
pelindis alat utk menindih (menggiling dll).
lindor Jk mengigau.
lindu Jw gempa bumi: ~ menggoncang negeri Sang Ratu.
lindung I; berlindung 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd
orang), bersembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm
belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang
lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri
Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan
sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat
Aminah berkata dgn tidak berselindung itu, saya pun kasihan
kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang-terangan
hanya secara ~ sahaja;
berlindungkan sl menyelamatkan atau menaungkan (diri),
melindungkan: maka Sultan Zainal Abidin pun larilah berperahu
kecil lalu ia ke Melaka, ~ dirinya pd Sultan Mansor Shah;
melindungi 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena
sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi
belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi
naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd
malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara
bersama-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang
buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau
mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll),
menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak
disampaikan;
lindung-melindungi saling melindungi;
melindungkan 1. menaruh sesuatu supaya jangan kelihatan,
menyembunyikan, menyorokkan: dilindungkannya benda itu di
balik semak-semak itu; maka puteri itu pun ~ dirinya di balik
pohon kelapa; tiap-tiap orang yg menggunakan perkataan spt ini
semata-mata utk ~ perasaan dan fikiran masing-masing; 2.
menggunakan utk melindungi: jerami itu dilindungkan pd semaian;
memperlindungkan menaungkan, memberi pertolongan kpd,
menyelamatkan: ia terpaksa berkhidmat ~ Tanah Brunei drpd
serangan musuh;
terlindung 1. tersorok, tersembunyi: perbuatan yg tidak ikhlas dan
jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya; 2. dapat diselamatkan (drpd
bahaya dll), terselamat;
lindungan 1. yg terlindung oleh, yg dilindungi: manusia ~ Tuhan;
2. = perlindungan;
kelindungan 1. terlindung atau tertutup (tidak kelihatan, terkena
sesuatu, dll); 2. ark kelampauan (melampaui, melanggar adat, dll);
perlindungan 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari
hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis
dgn bantuan, pertolongan, dll): pemerintahan Ghassan sentiasa
mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan
barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif;
pelindungan ark bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua,
kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~;
pelindung 1. sesuatu (atap, dinding, dll) yg melindungi: atap yg
tugasnya sbg ~ dr hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya; 2.
orang yg memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dll): lakilaki
yg sedang terkurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan
musuhnya.
lindung II Jk sj belut.
lindur lindor.
linear (linéar) 1. berkaitan dgn atau berbentuk spt garis-garis: corak
warna ~; 2. berkaitan dgn (ukuran) panjang, mis meter, kaki dan
inci.
linen (linén) = kain ~ sj kain yg dibuat drpd serat pokok flaks.
ling I ukuran banyak yg sama dgn setengah cupak.
ling II; burung lang ~ sj burung, kelengkeng, Anthracoceros malabaricus
leucogaster.
lingar; melingar 1. tidak tetap (pandangan); 2. memalingkan pandangan
dgn cepat.
lingas I ark lembap;  lengas.
lingas II; melingas memandang ke sana sini dgn pantas seolah-olah
sedang mencari-cari sesuatu: matanya ~ ketika berada di bilik tamu
itu; matanya ~ memandang sekeliling semasa berjalan
meninggalkan tempat itu;
melingas-lingas memandang-mandang ke sana sini dgn pantas
seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu: matanya ~ melihat kalaukalau
ada tentera pengawal yg dapat mengesan jejaknya.
lingga I sj tugu peringatan (drpd batu); ~ alam Id sesuatu daerah (hutan,
sungai, dll) yg dikekalkan keadaannya, kawasan simpanan.
lingga II; ~ api sj tumbuhan (pokok), Dysoxylon dumosum.
linggam sl sj cat merah;  sedelinggam.
linggar Br mudah terbalik (perahu dll) akibat gerakan berayun-ayun atau
bergoyang-goyang ke kiri ke kanan, oleng.
linggata sj tumbuhan (herba yg gatal), jelatang.
linggayuran Mn ark panjang lampai, tinggi langkai.
linggi I kayu yg melengkung pd buritan atau haluan perahu: gemuruh air
di ~, gemuruh air disekat.
Linggi II nama suatu tempat di Negeri Sembilan; ~ diserang, Riau yg
alah prb menyerah tanpa berjuang.
linggis I Jw besi perejang, alabangka;
melinggis memecahkan batu (benda keras dll) dgn linggis.
linggis II; linggisan; ~ dayung para-para pd bibir perahu utk menyangga
dayung.
lingkah tidak sepakat;  telingkah.
lingkap habis langsung, tidak berbaki lagi (harta dll): modal lingkup harta
~ .
lingkar 1. gulung (spt ular tidur, tali yg digulung, dll), belit, gelung: di dlm
petak jubung, di dlm ~ tali sauh; 2. rim atau birai (pd roda dll),
bingkai: ~ roda; 3. lilit (keliling) bulatan;
berlingkar 1. berada dlm bulatan kecil yg berpusing-pusing (spt
keadaan ular tidur dll), berbelit, bergelung: ular itu ~ spt busut yg
besar rupanya; 2. ki berbaring-baring di tempat tidur: aku ~ spt
gelugur kering di atas tilam;
melingkar 1. dlm keadaan berlingkar (bergelung dll): ular yg
diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dlm reban ayam; 2.
menggulung tali dll supaya berlingkar: ~ rotan; 3. mengikat
berlingkar-lingkar, membelit, melilit: seekor ular ~ di badannya;
melingkari 1. melingkar pd, melilit pd, membelit pd: sulur pokok
memanjat itu ~ dahan nangka; 2. mengelilingi atau melingkungi: ia
berjalan ~ rumah;
melingkarkan menjadikan berlingkar, melilitkan, menggelungkan:
logam ini dilingkarkan beberapa lapis dan berbentuk silinder;
terlingkar dlm keadaan berlingkar, tergelung, terlingkung;
lingkaran 1. sesuatu yg berlingkar, gelungan: ~ dawai dibuka dan
diregangkan; 2. daerah (kawasan, lingkungan, dll) sesuatu kuasa:
dunia yg bulat meneruskan gulingan dlm ~nya.
lingkas ark tidak panjang (berita dll), ringkas.
lingkis Jw ark; melingkis menggulung (lengan baju), menyingsing.
lingkung 1. lilit, keliling, pusing keliling; 2. gulung, gelung;
selingkung 1. sekeliling, selilit (sesuatu kawasan dll); 2. seluruh
kawasan di dlm suatu lingkaran, semua orang (dlm suatu
perbadanan dll);
melingkung memagari (menandai dll) berkeliling;
melingkungi 1. mengelilingi, melingkari: balai itu dilingkungi
pagar dawai berduri; 2. melingkupi, meliputi, memasukkan dlm
pengaruh (kawasan dll);
terlingkung 1. telah dilingkungi (dikelilingi), terkurung dlm; 2.
termasuk dlm sesuatu pengaruh (kawasan dll): orang yg hidup ~
dlm suatu masyarakat;
lingkungan 1. sempadan (garisan dll) yg mengelilingi sesuatu,
bulatan, lingkaran; 2. semua yg terlingkung dlm suatu kawasan
(kuasa dll): usianya belum berapa lanjut, barangkali dlm ~ empat
puluhan; pantai timur semenanjung termasuk dlm ~ daerah
pedalaman Singapura.
lingkup I tertutup (kepala, muka dgn kain, dll), tertudung; bertudung ~
berselubung panjang sebelah;
melingkupi 1. menyelubungi, menudungi, menutupi: jikalau sel itu
hidup, ia dilingkupi oleh benda berupa agar-agar yg tidak
berwarna; 2. melingkungi atau meliputi (beberapa hal dll):
pembicaraan itu ~ berbagai-bagai masalah; 3. ki meliputi (suasana
dll), menyelubungi, menyelaputi: hawa dingin ~ sekitar kawasan
itu; pembicaraan itu dilingkupi suasana yg tegang;
terlingkup dlm keadaan dilingkupi, terlingkung, terliput,
terselubung.
lingkup II Mn habis semuanya (orang yg pergi atau datang), semuanya
pergi atau datang.
lingkup III 1. = telingkup terbalik (kapal, perahu, dll), tertungkup; 2. ki,
bp habis rosak atau punah, binasa, jahanam;
melingkupkan membinasakan, menjahanamkan: kalau dia hitam
hatinya, soal ~ syarikat itu di hujung jarinya.
linglung hilang ingatan, bingung: ia memalingkan mukanya ke kanan dan
ke kiri dgn perasaan ~ dan bingung, seakan-akan ada bayangan yg
sedang mendekatinya;
melinglungkan menjadikan linglung, membingungkan.
lingo 1. bahasa atau laras yg asing: dia mengerti ~ sistem yg dipakai oleh
komputer itu; 2. kata atau ungkapan khusus yg biasanya digunakan
dlm konteks tertentu (oleh kelompok tertentu atau bagi bidang
tertentu).
lingsa Jw telur kutu yg terdapat di rambut.
lingsang Jw sj berang-berang, Prionodon linsang.
lingsir jatuh (matahari), terbenam;
melingsirkan menurunkan, menggelincirkan, menjatuhkan; 
gelingsir, lengser.
lingua franca (Latin) bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara
masyarakat atau orang-orang yg berlainan bahasa: ahli bahasa
berpendapat bahawa jika diberi masa utk terus berkembang,
bahasa Melayu akan mampu menjadi bahasa perhubungan utama
atau ~ di rantau ini.
linguis 1. ahli bahasa; 2. ahli linguistik.
linguistik 1. kajian saintifik tentang bahasa; 2. berkaitan dgn bahasa;
~ berkomputer cabang pengkajian bahasa yg menerapkan teknik
komputer dlm pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutamanya
dlm pengiraan kekerapan kata dan analisis statistik; ~ gunaan
linguistik terapan; ~ normatif aliran linguistik yg berpendirian
bahawa tugas ahli linguistik adalah utk menentukan dan
mengekalkan kebakuan bahasa; ~ pedagogi cabang linguistik
terapan yg berkaitan dgn pembelajaran dan pengajaran bahasa; ~
preskriptif a) perancangan bahasa yg bertujuan utk mewujudkan
satu bahasa kebangsaan yg baku; b) sikap dlm kajian bahasa yg
berusaha mengadakan rumus utk penggunaan bahasa yg betul; ~
sejarawi kaedah yg digunakan dlm cabang linguistik utk mengkaji
perubahan jangka pendek atau jangka panjang dlm sistem bunyi,
tatabahasa dan kosa kata suatu bahasa; ~ terapan cabang linguistik
yg berkaitan dgn penerapan praktikal kajian bahasa spt linguistik
pedagogi, leksikografi, terjemahan dan psikolinguistik.
lini; pengurus ~ pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus,
mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah
organisasi: perancangan merupakan fungsi utama pengurus ~.
linimen (Ubat) sj minyak berubat yg disapukan pd badan utk melegakan
rasa sakit, kekejangan dsb.
linjak lanyak, pijak (dgn bertalu-talu).
link ukuran panjang yg bersamaan dgn satu per seratus rantai atau 0.2
meter.
linktus (Ubat) cecair berubat yg diminum utk melegakan batuk dan sakit
tekak.
lino; mesin ~ = linotaip sj mesin pengatur huruf yg dikendalikan oleh
papan kekunci yg menghasilkan setiap baris taip pd sekeping
logam.
linoleum (linoléum) sj penutup lantai seakan-akan tikar getah yg tebal dan
kuat.
linsid biji pokok flaks yg dapat menghasilkan minyak: minyak ~.
lintabung sj tumbuhan (rumput yg keras tangkai daunnya), Panicum
palmi folium; ilmu ~ ki bodoh lagi sombong (orang).
lintadu ark sj serangga, cengkadak, mentadu, Tenodera aridifolia.
lintah sj binatang dlm kelas Hirudinea, rupanya spt pacat tetapi lebih
besar; jenis-jenisnya: ~ padi, ~ paya, ~ perca, dll;
lintah darat ki orang yg meminjamkan wang dgn mengenakan bunga yg
sangat tinggi;
melintah darat ki membungakan wang dgn faedah yg terlalu tinggi.
lintang 1. lebar (sesuatu kawasan), lwn panjang atau bujur: kawasan itu
luasnya 10 meter persegi, panjangnya 5 meter, berapakah jarak
~nya? 2. mengikut lebar sesuatu benda (garisan, potongan, dll),
malang: keratan ~; kayu ~; 3. ark pemidang yg mengikut lebar
sesuatu benda (daun pintu, tingkap, dll); ~ bujur a) garisan dr sudut
ke sudut; b) pergi atau berlari ke segenap arah; ~-kedak tidak
teratur (letak sesuatu dll); ~-pukang a) tidak menentu arahnya (orang
berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang;
melintang 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll),
malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru
membalut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak;
3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia
sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang
membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar
melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4.
bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga
dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn
pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia);
melintangi 1. menghalangi, menyekat, merintangi; 2. memberi
tentangan (kpd pendapat, fikiran orang, dll), membantah,
menyangkal;
melintangkan meletakkan (supaya) melintang, meletakkan
mengikut lintang sesuatu benda: tegakkan sebatang silinder dan
kemudian lintangkan pembaris di tepi silinder itu;
terlintang 1. terletak melintang, dlm keadaan melintang: terbujur
lalu, ~ patah; 2. terhalang, terintang, tertahan: siapa engkau yg ~ di
hadapanku ini?
lintangan sesuatu yg melintang, galangan, halangan;
pelintangan perihal (perbuatan dsb) melintang atau melintangkan.
lintap 1. bersusun,berlapis-lapis teratur atau tersusun (berlapis-lapis); 2.
lapisan (tanah).
lintar kep halilintar.
lintas 1. lalu dgn cepat; 2. ark bahagian dr jalan kereta api (dr satu tempat
ke tempat lain);
~ akal masuk akal, boleh diterima oleh akal; ~ pintas selalu pergi
datang (keluar masuk dll), lalu-lalang;
selintas tidak berapa lama, sebentar, sekejap: ~ lalu;
melintas 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan
peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat),
memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak
dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak
dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll)
sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun;
melintasi 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2.
pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~
jalan ini menuju lori balak; 3. menghindarkan (kesulitan dll),
mengatasi;
terlintas 1. telah dilintasi, telah dilangkaui, telah diselesaikan; 2.
teringat dlm hati, terkenang, tergerak (di hati): ~ juga di hatinya
hendak mengadu kpd ayahnya perihal ia kena marah itu;
lintasan 1. gerakan melintas: kena ~ hantu; 2. sesuatu yg melintas:
setiap ~ fikiran dirakamkannya dgn tidak membuat pilihan secara
teliti; 3. = pelintas tempat melintas (menyeberang), jalan yg dilalui;
~ belang bahagian jalan yg berjalur-jalur putih atau kuning sbg
isyarat supaya kenderaan berhenti utk membolehkan pejalan kaki
melintas; ~ zebra lintasan belang;
kelintasan 1. telah dilalui atau dilampaui, kelampauan; pantang ~
a) tidak mahu dilalui; b) selalu hendak menang drpd orang lain; 2.
Kl dirasuk hantu dll;
perlintasan 1. perihal beralihnya (masa, pemerintahan, dll); 2.
hadiah utk saudara tua yg didahului (khas drpd adik perempuan yg
berkahwin dahulu drpd kakaknya);
pelintas orang yg melintas.
lintibang Mn sj sepah bulan.
lintuh lemah, lembut, lembik: Poniem melihat gerak suaminya dgn hati
yg ~;
pelintuh guna-guna (mantera, jampi, dll) utk melemahkan lawan.
lintup tertutup rapat-rapat, litup;
melintup menutup rapat-rapat;
melintupi menyelubungi.
linu I rasa spt sakit digesek-gesek (pd gigi, tulang, dll), rasa yg tidak
sedap (mendengar buluh dikikis, gergaji dikikir, dll), ngilu.
linu II Jk gempa bumi.
linyak Mn rata atau pipih (spt benda-benda yg kena tekan);
berlinyak bertumbuk, berkelahi;
melinyak menjadikan linyak, memijak hingga linyak, melatam.
linyang; melinyang melancar dgn cepat di atas air (bkn perahu, kapal);
linyar.
linyap bp hilang, lenyap.
linyar; melinyar melancar di atas air (bkn perahu, kapal); linyang.
linyau Ph licin dan berkilat (rambut yg diminyaki dan disikat).
lio C dapur tempat membakar bata atau genting.
liong C sj naga tiruan yg besar.
liontin Id sj loket atau aguk.
lipan sj binatang berbisa yg banyak kakinya, Lithobius spp., Scutigera
spp.; jenis-jenisnya: ~ bara, ~ gading, ~ papan, ~ rumah, dll.
lipas sj serangga berwarna perang gelap, berbadan leper dan bujur,
mempunyai sesungut yg panjang dan bahagian mulut menggigit,
kepuyuk, Periplaneta spp.; ~ kudung sj lipas, Periplaneta
orientalis; spt ~ kudung prb selalu bergerak dgn cepat (pantas lagi
cekap membuat kerja).
lipat 1. (sesuatu) yg dipatahkan dgn tidak putus supaya kedua-dua
bahagiannya berlapis, lepit; kajang ~ kajang yg dijadikan
berkembar dua; pisau ~ pisau yg matanya boleh dipatahkan ke
dalam; 2. rangkap, ganda, kembar; ~ dua kembar (ganda, rangkap)
dua;
~ kajang selekoh (sungai, jalan, dll) yg terlalu tajam, siku keluang;
~ pandan nama sanggul yg disirat spt daun pandan yg akan
dianyam;
berlipat 1. berlapis rapi (kain baju dll): diambilnya baju yg ~ di
dlm almari; 2. berlipat ganda;
berlipat-lipat 1. banyak lipatnya, berlapis-lapis; 2. = ~ ganda
banyak sekali gandanya, menjadi sangat banyak: barang-barang itu
dijualnya dgn mendapat laba yg ~ ganda;
melipat ark 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup,
berangkap): dilipatnya surat khabar itu dan kemudian
diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan),
memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh
polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll),
tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual
sesuatu kerana kesempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau
berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import
membumbung ~ dua atau tiga;
melipatkan ark mematahkan supaya berkembar (berlapis dll),
menjadikan berlipat: Pak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian
menyelubungi mayatnya dgn kain;
lipatan 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil
melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan-lahan
aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat
khabar; 3. tompokan (kad dll);
kelipatan Id bilangan yg merupakan hasil drpd mendarabkan
sesuatu angka: 21 ialah ~ 7; ~ persekutuan terkecil Id angka
kandungan kecil;
perlipatan perihal berlipat, pergandaan;
kelipat kelebek, kelepek (pd baju), lipatan (pd kulit buku yg
lembut);
pelipat 1. = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; pelipatan
kulit alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; 2. garisan (pd kain
baju, kertas, dll) kerana dilipat, lipatan.
lipat ganda diganda-gandakan (menjadi banyak);
berlipat ganda sekian kali banyaknya, berganda: kekuatan musuh
kita telah ~;
melipatgandakan menggandakan berkali-kali, memperbanyak,
menjadikan bertambah banyak: mereka berusaha ~ hasil pertanian;
akan saya lipatgandakan usaha utk membasmi kemiskinan selepas
memenangi pilihan raya ini.
liperi Id, bp pengadil (dlm pertandingan bola sepak dll).
lipid (Kim) kumpulan sebatian organik, antaranya termasuklah lemak dan
lilin.
lipis  pelipis.
lipit = kelipitan, pelipit kelim atau lipat yg kecil pd pakaian (pd songkok,
baju, dll): ditanggalkannya songkoknya dan dikeluarkan dr
kelipitannya itu duit seringgit;
melipit memberi (mengenakan) lipit pd pakaian.
liplap 1. tidak sekata atau sama (warna barang yg berlapis-lapis); 2. =
Belanda ~ Belanda peranakan; anak ~ anak yg orang tuanya
berlainan bangsa.
lipoprotein (lipoprotéin) (Bio) protein yg bergabung dgn lipid.
lipstik gincu (pewarna) bibir.
lipu ark; melipu tidak bercahaya atau berseri-seri, layu, muram, suram.
lipur 1. hilang, hapus, lelap, lenyap; 2. hilang kesedihan dll, terlupa
kesusahan dll, terhibur: ceritakanlah, agar kudengar, mudahnya
dapat hidayat, dr sebab itu ~ hatiku; ~ diri kegiatan yg dilakukan
utk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan
fikiran: ~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang
minggu;
melipur, melipurkan 1. menghapuskan (kesan, tanda, dll),
menghilangkan, melelapkan, melenyapkan; ~ dendam mengikiskan
perasaan dendam; 2. menghiburkan (kedukaan hati),
menyenangkan: maka Tuanku Malim Deman pun bergurau senda
melipurkan hatinya yg dukacita itu;
pelipur, penglipur orang yg menghibur atau melipur, penghibur; ~
lara (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan
cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair,
pantun, seloka dsb.
lipuria (Ubat) adiposuria.
liput; berliput 1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh: kebanyakan tanah
pamah di lembah sungai ~ tebal dgn tanah lanar; 2. ki
terselindung, tersembunyi: kata raja kata ~;
meliputi 1. menutupi, memenuhi: daratan kita sekarang pd suatu
masa dahulu diliputi air;
2. ki menyeluruhi, melingkupi, menyelubungi: rancangan
pembangunan yg menyeluruh ~ segenap daerah dan pelosok;
wajah isterinya diliputi kemuraman;
terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau
terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll): di dlm nama-nama, ~
selebih-lebih sifat drpd segala sifat kelebihan dan kesempurnaan;
liputan 1. sesuatu yg meliputi (menyeliputi, memenuhi, menutupi)
sesuatu: ~ salji di kemuncak gunung; 2. = ~ berita perihal membuat
laporan tentang sesuatu peristiwa atau satu siri peristiwa (dlm
jurnal, akhbar, dsb): dia ditugaskan membuat ~ dlm persidangan
itu.
lir Jw ark sl seperti (umpama); sang ~ sari yg spt bunga (gadis yg elok).
lira unit mata wang Itali, Turki dan Malta.
lirih perlahan-lahan (tidak kuat), lembut: berjurus-jurus dia termenung
spt berfikir – mencari jawaban sebelum bersuara ~, “Berhati-hati,
Tam.”
lirik I  larik I.
lirik II = lirikan = ~ mata jelingan mata, pandangan ke kiri ke kanan,
kerlingan;
selirik selayang pandang, sekejap pandang;
melirik menjeling dgn tajam, mengerling: setelah ~ dulu ke kiri ke
kanan, ia pun duduk.
lirik III 1. sj puisi yg menggambarkan perasaan; 2. seni kata lagu.
liris I; = corak ~ Id sj corak batik;
liris II penuh emosi: kaset yg mengandungi lagu-lagu ~ mendapat tempat
di hati para remaja.
lis 1. bp daftar, senarai: ~ derma Masjid Negara; 2. garisan di sekeliling
gambar, bingkai.
lisah I ark gelisah, resah.
lisah II sj ikan laut, Periophthalmus koelreuteri.
lisan 1. lidah: jilat dgn ~ tujuh hari; 2. sesuatu yg diucapkan (tidak
ditulis); saya telah diberitahu dgn (secara) ~ diberitahu dgn mulut
(bukan dgn surat);
melisankan menyebut dgn mulut, menuturkan;
kelisanan hal yg berkaitan dgn lisan: istilah dan gagasan yg
dipakai utk membicarakan ~.
lisani; huruf ~ ark huruf yg dibunyikan dgn lidah.
lisensi (lisénsi) IB surat kebenaran, lesen.
lisin (Bio) bahan yg menyebabkan pemecahan dan pemusnahan sesuatu
sel atau bakteria; ~ alfa sj antibodi yg dapat memecahkan sel.
lisina (Bio) asid amino perlu yg terdapat dlm protein dan penting dlm diet,
terutamanya utk pertumbuhan bayi dan juga utk keseimbangan
nitrogen bagi orang dewasa.
lisir Pl; melisir labuh benar (pakaian).
lisis (Bio) pemecahan dan pemusnahan sel atau bakteria oleh lisin.
lis-lis; rumput ~ sj tumbuhan (herba), cika mas, Acalypha indica.
lisong C cerut, cerutu: dgn hati yg terharu, nyonya Van Oost duduk
memetik ~.
listerik, listrik IB elektrik.
lisu 1. lipatan atau kedut yg dijahit atau dibuat pd kain; 2. lipatan menirus
yg dijahit pd pakaian;
berlisu mempunyai atau dihiasi lisu.
lisut 1. kecut dan kendur (kulit dll): kulitnya mulai ~; bengkaknya ~; 2.
tidak segar lagi (bunga dll), layu; 3. ki sudah tua benar, layu: lelaki
yg tua ~ itu tiba-tiba menjengah muka dr arah dapur;
melisut menjadi lisut (kulit dll);
melisutkan menjadikan lisut (kulit dll);
kelisutan perihal lisut.
lita; luas ~ Kl luas sekali (kawasan).
litah = ~ mulut sl berkata dgn tidak berfikir-fikir lagi, tidak dapat
menyimpan rahsia, lepas mulut, latah.
litak Mn 1. penat, lelah, payah; 2. lemah sekali, lesu, lapar.
litani Id doa yg diucapkan oleh paderi dan disambut oleh hadirin di dlm
gereja.
litar 1. lilit (pd sesuatu benda), keliling; 2. = litaran (Kej) jalan lengkap
yg dilalui arus elektrik: haba dapat dihasilkan oleh arus elektrik
dlm sesuatu ~; ~ pintas; 3. trek utk perlumbaan kereta, motosikal
dsb; 4. bergerak berkeliling dr satu tempat ke tempat lain; pengadil
~ pengadil yg bergerak dr satu tempat ke tempat lain utk
menjalankan tugasnya;
~ bersepadu (Fiz) litar yg menggabungkan pelbagai komponen
elektronik ke dlm satu unit; ~ elektrik (Fiz) susunan pengalir dan
peranti yg dapat mengalirkan arus elektrik; ~ pintas = ~ singkat
(Kej) kesalahan yg menyebabkan jalan arus elektrik menjadi pendek
kerana penebat yg rosak;~ tertutup (Fiz) litar elektrik yg lengkap
dan membolehkan arus mengalir apabila voltan dibekalkan.
litenan→ letnan.
liter ukuran banyak yg bersamaan dgn 1 dm3 (biasanya bagi cecair spt
minyak, air, dll);
literan sukatan (takaran) yg isinya satu liter.
literal 1. berasaskan makna sebenar atau makna biasa kata-kata yg
digunakan (bukan makna kiasan atau makna yg tersirat di
sebaliknya: sikapnya sangat sederhana, dan beliau kerap
mentafsirkan percakapan suaminya secara ~; 2. harfiah:
terjemahan ~.
literasi kebolehan menulis dan membaca, celik huruf; ~ komputer tahu
menggunakan dan mengendalikan komputer.
literator IB ahli sastera.
literatur IB kesusasteraan; ~ Islam kesusasteraan Islam.
litigasi proses pembicaraan undang-undang di mahkamah (sama ada utk
membela atau menentang sesuatu kes).
litigan (Udg) pihak atau orang yg membuat tuntutan atau yg didakwa di
mahkamah.
litir = penuh ~ Kl sangat penuh, penuh hingga melimpah.
litium (Kim) sj unsur logam yg lembut dan ringan.
lit-lit; panas ~ Kd panas terik.
litmus (Kim) bahan berwarna yg digunakan sbg penunjuk kpd hadir
tidaknya asid atau alkali (yg biru bertukar warna menjadi merah dlm
larutan asid dan yg merah menjadi biru dlm larutan alkali); kertas ~
kertas turas yg berisi tepu dgn litmus dan digunakan sbg penunjuk
asid-alkali dlm kimia analisis.
lito 1. litograf; 2. litografi.
litofit tumbuhan yg hidup di atas batu-batuan, mis lumut hati dan pakupakis.
litograf cetakan yg dihasilkan melalui kaedah litografi.
litografi kaedah mencetak pd permukaan yg mendatar (plat logam atau
batu) dgn mengalirkan dakwat pd bahagian tertentu permukaan yg
berkenaan (menurut reka bentuk bahan yg hendak dicetak).
litopon sj serbuk berwarna putih yg digunakan sbg pigmen cat dan juga
dlm pembuatan barangan getah, kertas dan plastik.
litoral (Geo) kawasan pantai, terutamanya di antara air pasang dan air
surut.
litosfera (litosféra) (Geo) lapisan luar kerak bumi yg terdiri drpd batubatan,
mendakan tanah, dll.
litotes (litotés) (Lin) pernyataan yg diungkapkan dlm bentuk negatif utk
menyatakan keadaan yg sebaliknya, misalnya ‘tidak sombong’ yg
bermaksud ‘ramah’.
litup tertutup (tertudung dll) rapat-rapat hingga tidak kelihatan: seorang
perempuan yg berselubung ~ bahagian kepala sedang menangis
tersedu-sedu;
melitupi menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi: cara
memakai selendang adalah dgn menyangkutkannya hingga ~
kedua-dua belah bahu;
terlitup tertutup (tertudung) rapat-rapat: pintu kebahagiaannya
seakan-akan ~;
litupan (Geo) sesuatu yg melitupi; ~ air batu lapisan air batu yg
menutupi beberapa bahagian muka bumi.
liuk = meliuk melengkung ke kiri ke kanan (spt orang menari, lalang
ditiup angin, dll): pandangannya berpusat pd api pelita yg meliukliuk
di hadapannya;
~-lampai bergerak-gerak spt ular lalu (orang menari dll); ~ lentok
gerakan badan atau anggota badan yg terlenggok-lenggok ke kiri ke
kanan atau ke depan ke belakang;
meliuki mengambil sesuatu (spt wang di tanah dll) dgn meliuk;
meliukkan melengkokkan badan (orang menari, mengelakkan
tikaman, dll): Zahar yg sedang bercekak pinggang itu ~ badannya
sebelum mengambil rokok itu;
terliuk, terliuk-liuk terlenggok-lenggok (lalang ditiup angin dll):
tiang agung terliuk-liuk; pelita minyak yg ~ ditiup angin;
liukan hasil atau gerakan meliuk atau meliukkan;
peliukan perihal atau perbuatan meliukkan;
sepeliuk sejauh orang boleh meliuk (ke kiri atau ke kanan dll).
liuk-liuk sj serunai yg dibuat drpd batang padi.
liun Br; berliun berpusing-pusing.
liung Kl mengikut jalan yg jauh, melencong jauh.
liung-liung sj ikan laut.
liur = air ~ rembesan cair dlm mulut yg dikeluarkan oleh kelenjar liur yg
fungsinya memudahkan makanan ditelan dan dicerna: ia menelan
air ~nya melihat makanan itu; air ~ basi a) air liur yg meleleh
keluar sewaktu tidur; b) tajuk perbualan yg sudah lama; menjilat air
~ prb yg sudah dicela dipuji kembali, sudah dibuang diambil balik;
berliur, meliur mengeluarkan air liur; ~ masin ki a) pandai
berkata-kata; b) apa yg dikatakannya diiakan orang;
terliur ingin benar akan: aku ~ sungguh hendak makan asam;
peliuran perihal (proses atau perbuatan) mengeluarkan air liur.
liut lembut tetapi tidak dapat dipatahkan, boleh dilentur-lenturkan tetapi
tidak patah, liat: kayu-kayu yg ~;
keliutan perihal liut.
liwa Ar ark bendera, panji-panji, tunggul.
liwat Ar hubungan jenis melalui dubur: dia menghadapi tuduhan
melakukan ~ ke atas empat orang pelajar lelaki;
meliwat melakukan liwat terhadap seseorang: dia dituduh ~
seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun dlm bulan Februari 1987.
LKIM kep Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
llama (Quechua) sj binatang berbulu tebal drpd genus Lama yg berasal dr
Amerika Selatan, rupanya seakan-akan unta tetapi tidak mempunyai
bonggol, biasanya digunakan utk mengangkut barang.
LLB kep Bachelor of Laws (Sarjana Muda Undang-Undang).
LLM kep Master of Laws (Sarjana Undang-Undang).
LLN kep Lembaga Letrik Negara.
loa, loak Jk bakul tempat sampah dll; tukang ~ pedagang barang-barang
lama (buruk).
loba tamak, serakah;
melobakan menginginkan sesuatu banyak-banyak;
kelobaan ketamakan, kerakusan, keserakahan: celaan terhadap ~
kaum imperialis; haloba.
lobak 1. sj tumbuhan (ubinya dibuat sayur); ~ cina (putih) sj tumbuhan,
rades, Raphanus sativus; ~ hutan sj tumbuhan (herba), lebuk hutan,
Orchidantha longiflora; ~ jantan sj tumbuhan (herba), bakung
rimba, bangkung rimba, Susum malayanum; ~ merah sj tumbuhan,
bortel, Daucus carota sativa; 2. Mn kubis, kol; bagai ~ di
pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan prb perihal kanakkanak
yg subur tubuhnya (cepat membesar).
loban I kemenyan, dupa; ~ jawi sj kemenyan.
loban II sj ikan laut, Liza macrolepis.
loberci Id jemeki;labuci.
lobi I ruang legar.
lobi II; melobi berusaha utk mempengaruhi pihak-pihak yg berkuasa bagi
mendapatkan sesuatu spt sokongan: kegiatan ~ dilakukan di
seluruh dunia;
lobi-melobi saling melobi antara satu dgn lain;
pelobian perihal atau perbuatan melobi: kedapatan ~ yg sangat
ketara menjelang hari pencalonan itu;
pelobi pihak yg melobi.
lobi-lobi sj tumbuhan (pokok yg buahnya dibuat asam), rukam masam,
Flacourtia inermis.
lobotomi (Ubat) pemotongan saraf tertentu pd otak secara pembedahan
utk merawat penyakit mental yg teruk.
lobus (Bio) bahagian sesuatu organ tubuh yg berbentuk bulat, spt pd otak
atau paru-paru.
locak I; melocak 1. melacak, banyak (buah dll); 2. berkocak, bergoncang
(benda-benda cair), beriak (air).
locak II; melocak mengelupas (kulit).
loceng (locéng) 1. sj alat drpd logam yg bergeronggang, berbentuk cawan
serta mempunyai tukul kecil tergantung di dalamnya, dan berbunyi
kuat dan nyaring apabila digoyangkan: ~ sekolah berbunyi pd pukul
satu; ~ basikal; ~ gereja; ~ elektrik loceng yg dibunyikan oleh
kuasa elektrik; 2. Id jam besar (di dinding dll);
berloceng mempunyai (berhias, dilengkapkan dgn) loceng: gelang
~;
meloceng membunyikan loceng.
locoh Kl, Tr terlepas (drpd jerat atau genggaman): bagaimana kamu
pasang jerat itu sampai burung itu ~.
locok, melocok 1. mengeluarmasukkan barang yg panjang ke dlm lubang
(omboh pam dll); 2. mengangkat dan menekan alu dll ke dlm lesung
dll (utk menumbuk);
pelocok alu dll utk melocok, piston pam.
locong Kl borong.
locor Kl meleleh (air liur).
locot I = melocot lecet, terkelupas (kulit), melucut.
locot II arklucut I.
lodah Tr hancur (kerana terlalu lama dimasak).
lodak kotoran (tanah, pasir, dll) yg terkandung dlm air dll, kelodak:
sungai itu mengalir membawa ~nya ke laut;
berlodak mengandungi lodak: kuala sungai itu ~; londar I.
lodan Jw ikan paus.
lodarlodak.
lodeh (lodéh); sayur ~ sj masakan sayur (bermacam-macam sayur, santan,
dll dimasak hingga empuk).
lodoh I lembik (kerana busuk atau terlampau ranum), bonyor.
lodoh II Tr hancur (kerana terlalu lama dimasak).
lodong Jw sj tabung buluh yg besar.
loes (loés) (Geog) lapisan tanah halus dan subur berwarna kekuningkuningan
yg terdapat di utara negeri China, bahagian tengah
Amerika Syarikat dan bahagian tengah Eropah.
log buku yg digunakan utk menyimpan butir-butir tentang sesuatu, mis
penyenggaraan kenderaan: buku ~.
loga; syurga~; loka;syurga.
logam unsur kimia spt besi, emas, perak, tembaga, dll yg biasanya
berkilau, mulur, membentuk ion positif, dan menjadi pengalir haba
dan elektrik yg baik; ~ adi = ~ mulia Id logam yg sukar berpadu
dgn oksigen (spt emas, perak, platinum); ~ alkali salah satu logam
dlm kumpulan unsur kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan
fransium; ~ alkali bumi = ~ bumi beralkali salah satu logam dlm
kumpulan unsur berilium, magnesium, kalsium, strontium, barium,
dan radium; ~ campur Id logam yg terjadi drpd campuran beberapa
logam (suasa dll); ~ putih sj logam campur (sebahagian besar terdiri
drpd timah atau timah hitam); ~ mulia logam yg berharga (spt
platinum, emas, perak);
berlogam mengandungi (terdapat) logam: bahan ~; kawasan ~;
perlogaman hal yg berkaitan dgn logam: industri ~.
logamaya (Fiz) imej sesuatu objek jauh (bentangan air dll) yg disebabkan
biasan oleh udara panas, maya.
loganberi (loganbéri) sj tumbuhan yg buahnya berwarna merah keunguunguan
dan boleh dimakan, Rubus loganobaccus.
logaritma (Mat) angka yg menunjukkan kuasa bagi sesuatu nombor
digandakan utk mendapatkan nombor tertentu.
loghat I 1. kata (dlm erti yg sebenarnya); terjemahan menurut ~
terjemahan sekata demi sekata, erti yg tepat; 2. bahasa daerah,
dialek, bahasa setempat: ~ Minangkabau; Bahasa Melayu Sarawak
mempunyai beberapa ~ yg berbeza dr setempat ke setempat; 3.
gaya mengucapkan kata-kata: “Siapa nama awak?” ia bertanya
dgn ~ Riau-Johor; bahasa Melayunya fasih sekalipun ~ Jepunnya
masih jelas kedengaran; 4. daftar kata, perbendaharaan kata: kata
itu terdapat dlm ~ Melayu;
~ rasmi loghat atau bahasa yg ditetapkan oleh pihak yg berkuasa
sbg loghat yg sah; ~ umum loghat yg selalu dipakai oleh orang
ramai; ilmu ~ ilmu bahasa; kitab ~ kamus;
berloghat menggunakan (bercakap dlm) loghat: dia ~ Kelantan
sewaktu bercakap dgn kawan sedaerahnya.
loghat II Kl, Tr tergesa-gesa: kamu ~ ni hendak pergi ke mana.
logik 1. sains yg berkaitan dgn prinsip yg membolehkan pemikiran dan
penaakulan dibuat secara teratur dan bersistem, ilmu tentang cara
berfikir (atau kaedah berfikir), ilmu mantik; 2. dapat diterima oleh
akal, masuk di akal, munasabah: kanak-kanak itu dilatih berfikir
secara teratur dan ~; pendapatnya itu ~;
kelogikan perihal, keadaan logik (diterima akal);
ketidaklogikan perihal (keadaan, sifat, dsb) yg tidak logik;
pelogik yg menjadikan sesuatu logik (diterima akal).
logika IB logik.
logis IB logik.
logistik 1. aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan,
penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota
tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan
pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg
besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran,
kewangan , urusan keluar masuk barang, ~ dsb.
logo lambang khas sesuatu pertubuhan yg tersirat dgn maksud tertentu.
logogram (Lin) lambang atau huruf yg mewakili sesuatu perkataan atau
morfem, mis lambang (%) yg bererti peratus.
logu; ikan ~ sj ikan laut, Myripristis murjan.
loh I Ar 1. papan batu, batu tulis; 2. papan (batu dll) yg bertulis; ~ catur
papan catur; suratan ~ Tuhan lohmahfuz.
loh II; batu ~ sj batu yg terbentuk drpd tanah liat dan mudah pecah
menjadi lapisan-lapisan nipis, syal.
loh III Jw, sr utk menyatakan hairan (terkejut, kaget, dsb).
loh IV; daun ~ sj tumbuhan (herba), Anaectochilus; kayu ~, a) sj
tumbuhan (pokok), meranti jamang, mersawa (merah), sanai,
Anisoptera laevis; b) sj tumbuhan (anggerik), Stauropsis gigantea;
rumput ~ sj tumbuhan (rumput), bayam pasir, bayam tanah, daun
serapati, kerak nasi paya, keremak, Alternauthera triandra.
loh V Kl, Tr sila, mula: kamu ~ dulu, sebentar lagi aku sampai.
loha bp duha.
lohmahfuz Ar suratan atau ketentuan nasib manusia, suratan loh Tuhan.
lohoh Jh busuk, lodoh, reput.
lohok I ark sangat busuk.
lohok IIgelohok.
lohong lubang.
lohorbp zuhur: sembahyang ~; waktu ~.
loi Kd, Pn lambat (membuat atau mengerjakan sesuatu).
loji I 1. gedung, bangunan besar; 2. pejabat syarikat perniagaan zaman
dahulu yg dibuat berkubu; 3. kilang (bangunan serta alat-alat di
dalamnya spt jentera, mesin, dll); ~ kuasa a) loji utk menerbitkan
kuasa atau tenaga (elektrik dll); b) kilang (bangunan) serta alat di
dalamnya utk memasang sesuatu (kereta, jentera, dll); ~ penapis loji
utk menapis sesuatu.
loji II; kelapa ~;  kelapa.
lojik logik.
lojing tempat penginapan sementara dgn kadar bayaran tertentu: elaun ~.
lok I IB kepala kereta api: hanya beberapa sahaja ~ kereta api yg masih
digerakkan dgn pertolongan api;lokomotif.
lok II kelok atau liku pd mata keris: cuba lihat keris-keris itu, yg ~ 3, 4, 5
hingga ~ 12 pun ada;
berlok mempunyai lok, berkelok: keris ~ tujuh;
berlok-lok mempunyai beberapa lok: keris yg ~.
lok III Kl tidak peduli (hirau);
dilok tidak diambil peduli, dibiarkan.
loka I sl ark dunia; syurga~; loga;syurga.
loka II = meloka ark memandang.
lokah Kl longkah.
lokal 1. bp bukan yg diimport, biasanya dikaitkan dgn barangan yg kurang
bermutu; 2. IB setempat.
lokan I sj kerang besar, Polymesoda placans.
lokan II; ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), akar asam lokan, akar
asam lokan putih, akar nebal, Medinilla hasseltii; akar ~ sj
tumbuhan (pokok menjalar), akar kepayang, kayu keleka singga,
sentuh, Trichosanthes tricuspidata.
lokap bilik di balai polis tempat mengurung orang tahanan;
melokap mengurung (menahan) dlm lokap.
lokar almari yg boleh dikunci utk kegunaan individu.
lokasi 1. tempat di luar studio utk membuat penggambaraan:
menggalakkan perfileman di ~-~ tempatan; 2. letak, kedudukan:
besar kemungkinan kedai-kedai telekom akan dipindahkan jika
~nya sekarang tidak begitu bersesuaian atau jauh dr orang ramai.
lokcuan C sj sutera dr negeri China.
lokek (lokék) I kedekut, bakhil, kikir.
lokek (lokék) II Kl lekas marah, garang.
loket (lokét) I hiasan yg bergantung di rantai leher (dibuat drpd emas,
intan, dll).
loket (lokét) II IB tingkap atau lubang tempat menjual tiket dll: di muka ~
diberikannya wang lima puluh sen kpd perempuan yg menjual
karcis.
loki ark C pelacur.
lokio ark C sj bawang benggala, Allium schoenoprasum.
loklak Kd tidak beradab (kelakuan seseorang), kasar.
loklek (loklék) I Pn terjengket-jengket.
loklek (loklék) II Kl lembap, lengah.
loklok Ar ark mutiara.
lokman sj tumbuhan (herba), rumput tahi babi, rumput pasir, sembung
gajah, Adenostemma viscosum.
lokoh I Jh keras, mangkar (durian).
lokoh II Jh tidak kemas (pakaian dll), buruk: Ali yg tadinya kelihatan ~
dan bermuka spt orang bodoh itu menggoncang-goncang
tangannya berulang-ulang dan kuat-kuat.
lokoh III Kl, Tr lekang (bkn isi buah-buahan): rambutan ni manis tapi
tidak ~.
lokomotif kepala kereta api.
lokos I basah kuyup: budak itu ~ kerana bermain dlm hujan lebat.
lokos II 1. botak (kepala), gondol; 2. tidak berdaun (pokok); 3. tidak
ditumbuhi tanam-tanaman (tanah), gondol.
loksokpeloksok, pelosok.
loksun C ark batuk kering, batuk darah.
loktong ark pelacur; lotong II.
lokum orang yg menjalankan tugas orang lain dlm profesion yg sama,
terutamanya doktor, utk sementara waktu semasa ketiadaannya
kerana bercuti dsb: doktor ~.
lokus (Bio) kedudukan gen pd sesuatu kromosom.
lolah; tengku ~ tengku II.
lolak sj siput, Trochus niloticus.
lolar Kl gopoh-gapah.
loleh (loléh) lebih kurang, tidak kemas, lalai, lengah (membuat sesuatu
pekerjaan).
loleng (loléng) C pelita kertas yg berwarna-warna, tanglung.
loliah-loliah Kl bergerak-gerak, memerhatikan sekeliling (mata).
lolipop sj gula-gula yg bertangkai kayu atau plastik kecil.
loloh I; meloloh menyuapi.
loloh II Mn longgar (baju dll).
lolok I; melolok mengintip, mengintai (musuh);
pelolok sl mata-mata;luluk II.
lolok II Ph lumpur;
berlolok berlumpur;luluk I.
lolok III; air ~ air berputar, air berolak.
lolok IV Tr bohong.
lolong, lolongan I bunyi suara yg keras dan panjang, jerit, raung (anjing
dll): dia mendengar ~ anjing yg semakin kuat;
melolong meraung (anjing), menjerit, memekik (spt perempuan
meratap): anjing itu ~ semalam-malaman; ia ~ apabila mendengar
berita buruk itu;
terlolong-lolong menangis terjerit-jerit, terpekik-pekik.
lolong II 1. sj ikan laut, selar kuning jantan, Caranx boops; 2. sj ikan laut,
Selar spp.; ~ bara sj ikan laut, Priacanthus spp.; ~ batu Myripristis
spp.; ~ hijau sj ikan laut, sebekah karang, Myripristis murjan; ~
putih, Selar crumenopthalmus.
lolor Kl lekas, segera.
lolos 1. lepas dr tempatnya (spt cincin dr jari atau gelang dr tangan), lucut;
2. lepas dr kurungan atau kepungan;
meloloskan 1. melucutkan atau menanggalkan sesuatu dr
tempatnya; 2. melepaskan atau membebaskan diri dr kurungan atau
kepungan: Mat Salleh berjaya ~ diri drpd dikepung oleh polis;
pelolosan perihal (perbuatan dsb) lolos atau meloloskan.
lom (Geog) tanah gembur.
loma, lomah 1. sj ikan darat, Thynnichthys thynnoides; 2. sj ikan darat,
Labiobarbus ocellatus.
lombar Mn; melombar 1. menghulur (tali dll); 2. ki mengikut kesukaan
(kehendak anak dll).
lomber (lombér) Kl lanjut, labuh, berkedut-kedut.
lombok cili, cabai.
lombol (Suk) salah satu acara dlm gimnastik; ~ bergalah acara yg
menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn
menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam;
lompat (ber)galah.
lombong 1. dalam (pinggan, mangkuk, dll), jeluk; pinggan ~ pinggan
dalam; 2. lubang dlm tanah tempat menggali bijih logam, tambang;
~ dedah (Geo) lombong yg lubangnya besar dan terbuka ke atas
(dikerjakan dgn menggunakan kapal korek dan bomba palung); ~
tebuk lombong yg lubangnya tegak atau melintang dan sangat dalam
(utk menggali timah sampai ke uratnya); anak ~ pekerja lombong;
melombong menggali lombong utk mendapatkan bijih logam: kapal
korek digunakan utk ~ bijih timah di kawasan yg besar-besar;
perlombongan 1. pekerjaan melombong: jabatan itu akan
membimbing orang Melayu dlm lapangan ~; 2. tempat melombong:
di negeri itu terdapat tanah ~ yg kaya;
pelombong orang yg mengusahakan lombong, tuan punya lombong:
bijih timah menyebabkan ramai ~ dan saudagar bertumpu ke sana.
lompang I 1. kosong: dlm dadaku terasa ~; 2. gelembung atau ruang seni
dlm sel (mengandungi udara, air, dll);
lompangan lompang; ~ udara gelembung (ruang) yg mengandungi
udara.
lompang II 1. alat utk menumbuk beras dll; 2.ark lesung; kuih ~ sj kuih
(bentuknya spt lompang atau lesung) dibuat drpd tepung beras;
berlompang berlekuk.
lompang III 1. laras meriam; 2. penjodoh bilangan bagi meriam.
lompat I perbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki
dr tanah terus ke atas atau ke depan, loncat: ~nya jauh;
~ (ber)galah (Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan
melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn
pendaratan di atas tilam, lombol bergalah; ~ gagak terjengketjengket
(berjalan); ~ jauh (Suk) acara loncat jauh; ~ kangkang
lompat sambil membuka kedua-dua kaki; ~ katak sj permainan
kanak-kanak (meloncat, melampaui belakang orang); ~ kijang (Suk)
a) acara meloncat, melangkah, dan meloncat; b) loncat dgn
melangkaui satu loncatan; ~ pagang loncat melampaui gawang; ~
pagar (Suk) perlumbaan melompat pagar oleh pelari, kuda, dll; ~
parti keluar drpd keanggotaan sesebuah parti politik utk menyokong
atau menganggotai parti politik yg lain; ~ sehari (dua hari) selang
sehari (dua hari), lat sehari (dua hari); ~ tali a) meloncat ke kiri ke
kanan tali yg direntang; b) meloncat tali yg dihayun dan dipusing
(permainan kanak-kanak); ~ tinggi (Suk) acara meloncat melampaui
suatu rintangan yg dapat ditinggikan atau direndahkan; se~ hidup,
se~ mati prb perihal orang sakit yg hampir maut (entah hidup entah
mati);
berlompatan, berlompat-lompatan meloncat beramai-ramai,
meloncat ke sana sini: budak-budak itu ~ keluar apabila
mendengar bunyi kereta; mereka ~ dan saling mengejar;
melompat mengangkat kedua-dua kaki dr tanah dsb terus ke atas
atau ke depan, meloncat: ia ~ turun ke tanah;
melompati 1. melompat melampaui, meloncati: ia lari keluar dgn ~
pagar; 2. melompat (ke atas) kpd seseorang atau ke sesuatu,
menerkam, menerpa: dgn geram, ia ~ musuhnya;
melompatkan menyebabkan (membawa) melompat, meloncatkan:
ia ~ kudanya ke dlm parit;
terlompat 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat:
tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2.
terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia
itu ~ drpd mulutnya, walau dlm berhandai-handai sekalipun;
perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan;
terlompat-lompat sl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu
datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari;
lompatan 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau
melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan,
dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki;
4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di
temasya olahraga itu;
pelompat orang yg melompat (dlm sukan);
sepelompat, sepelompatan jarak satu lompat, sejauh orang dapat
melompat.
lompat II; ~ tikam Kl sj kuih drpd tepung beras (dimakan dgn kuah
santan dan gula).
lompi seluruhnya, kesemuanya.
lompok ark; berlompok-lompok bertimbun-timbun, bertompok-tompok.
lompong I 1. kosong, hampa; 2. ki bodoh, pandir;
melompong; kosong ~ bp kosong sama sekali atau keseluruhannya,
hampa belaka; lopong II.
lompong II; ~ sagu sj kuih yg dibuat drpd sagu dan pisang.
lonan, lonang sj buah, nona, Annona reticulata.
loncat I lompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki bersama-sama
(burung, katak, dll), lompat dgn ekor (ikan);
~ galah lompat galah; ~ jauh lompat jauh; ~ tinggi lompat tinggi;
berloncat melompat-lompat: unggas berterbangan dan tupai ~ di
atas pokok di dlm dusun itu;
berloncatan, berloncat-loncatan melompat beramai-ramai,
melompat ke sana sini: kanak-kanak ~ di padang permainan itu;
meloncat 1. melompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki
serentak: setelah ia berundur beberapa langkah ke belakang,
Datuk Ujang pun ~ naik; katak ~; 2. melompat ke atas dgn pantas,
melenting: ikan itu ~ keluar dr baldi; 3. ki beralih (berpindah)
kedudukan dsb: banyak antara mereka yg ~ ke pihak musuh; 4. ki
meningkat tinggi: harga getah ~ naik dlm tahun 1950 apabila
pecah perang Korea;
meloncat-loncat meloncat berulang kali;
meloncati meloncat melampaui, meloncat ke atas, melompati;
meloncatkan menyebabkan (membawa) meloncat, melompatkan;
terloncat terlompat, tidak sengaja atau tiba-tiba meloncat: ia ~
mendengar letupan itu;
terloncat-loncat meloncat-loncat; ~ bagai ulat pinang prb sangat
gelisah (resah);
loncatan 1. perbuatan meloncat: mereka memperlihatkan ~ dgn
kuda; 2. jaraknya (tingginya) meloncat: ia telah mencapai ~
setinggi dua meter; 3. = batu ~ tempat meloncat: ia menganggap
kejayaan itu sbg batu ~ utk mencapai kejayaan yg lebih besar;
peloncat orang yg meloncat (dlm sukan), pelompat.
loncat II Mn katak, kodok.
loncer (loncér) Jk tidak ketat (paku, skru, dll), longgar.
lonco I Jk; melonco, melonco-lonco melancong, bersiar-siar, berjalan
bersenang-senang.
lonco IIpelonco.
loncos I tirus ke hujung, lancip, runcing, runjung: sepatu yg ~.
loncos II licin (tidak berdaun, tidak berkain, tidak berwang), gondol;
telanjang ~ telanjang bulat.
londang lubang yg berlumpur (dlm tanah), kubang.
londar I kotoran (spt tanah, pasir, dll) yg ada dlm air dll; ~ naga kelodak,
tahi lombong;lodak.
londar II suatu garisan (lurus atau melengkung) yg dibentuk oleh titik-titik
yg mempunyai syarat-syarat yg sama.
londeh (londéh) = melondeh tanggal (lepas, lucut) ke bawah, (kain,
seluar, dll), melorot;
melondehkan menanggalkan (melepaskan, melucutkan) pakaian
dgn mengeluarkannya melalui kaki, melorotkan;
terlondeh tertanggal (terlepas, terlucut) ke bawah (kain, seluar, dll),
terlorot.
londong Mn; melondong, melondongkan 1. menghanyutkan; 2. ki
membencanakan, membinasakan.
loneng (lonéng) Jk 1. selusur (pd jambatan), kelek-kelek, langkan,
pemegang;
meloneng duduk-duduk membuang masa (di hadapan rumah).
loner (lonér) Kl buah nona.
long I sj peti mayat (yg tidak berlantai), keranda; ~ kajang rungkup dua
keping papan yg dijadikan bumbung penutup mayat di dlm liang;
papan ~ papan utk menutup lahad.
long II mercun besar.
long III 1. singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang
~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua;
mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd
bapa saudara yg sulung.
long IV 1. lengkok, kelok; 2. garisan yg berlengkok (berkelok); 3. ibu
(induk) panah, busur panah.
longan sj tumbuhan (buahnya spt buah mata kucing tetapi lebih besar),
Euphoria longan.
longgak dongak.
longgar 1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~
sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru,
jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~
anak bongsunya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali
persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu,
persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan,
syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat,
kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara
kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~
dan tidak teratur;
~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu
kebenaran tetapi sebenarnya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~
ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di
negeri yg makmur penduduknya malas;
melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll):
kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk
menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti
dilonggari;
melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn
pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak
akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran,
dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan
membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan
(waktu dsb);
memperlonggar menjadikan lebih longgar;
kelonggaran 1. perihal longgar: utk mencegah ~, skru itu harus
diketatkan; pertolongannya itu bererti memberi ~ juga kpd
isterinya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana
badannya yg semakin susut itu;
pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan
waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan
dsb).
longgok himpunan (buah, padi, sampah, dll), onggok, timbun, tompok:
buah itu sepuluh sen se~;
berlonggok, berlonggok-longgok berhimpun, beronggok(-onggok),
bertimbun-timbun, bertompok-tompok: kain baju yg belum bercuci
berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk berlonggoklonggok
di situ;
melonggokkan menghimpunkan, menimbunkan, menompokkan:
nasi dilonggokkan di dlm daun itu;
longgokan himpunan, timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap
di ~ sampah itu;
pelonggokan perihal (proses atau perbuatan) melonggokkan,
penimbunan: ~ sampah sarap di tepi jalan tentunya menjelikkan
pemandangan.
longgor Jk lekas besar dan tinggi badannya, bagur.
longitud (Geog) garis yg serenjang dgn khatulistiwa pd peta, garisan
bujur.
longkah mudah ditanggalkan isi drpd biji (bkn buah), lekang: rambutan ~;
terlongkah tertanggal: jilidnya ~, lembaran buku itu bersepah di
lantai.
longkai panjang runcing (jari).
longkang I parit, limbahan.
longkang II lebar atau luas kain.
longkom lengkung;mungkum.
longlai 1. lemah lembut (gerakan tubuh dll) terliuk-liuk, gemulai:
tangannya melambai ~; 2. tidak bermaya, lemah; lemah ~ lemah
gemulai.
longlang; ~ burung jawa sj permainan kanak-kanak, pak-pak lang.
longo Jk; melongo terbuka mulut (kerana hairan dll), ternganga,
tercengang: ibu ~, bapa berdiri sambil mengerutkan keningnya,
kami semua bingung.
longok Jk; melongok menengok, menjenguk;langak.
longong Jk; melongong, terlongong-longong ternganga, tercengangcengang.
lonjak perbuatan melompat ke atas (dgn kedua-dua belah kaki); ~ bagai
labu dibenam prb angkuh, sombong; spt ~ alu penumbuk emping
(padi) prb perihal berjalan dgn kacak (sombong);
berlonjak-lonjak melompat-lompat keriangan: budak-budak itu ~
di kerusi belakang;
berlonjakan berlonjak-lonjak: budak-budak itu ~ menyambut
kepulangan ibu mereka;
melonjak 1. melompat ke atas (dgn kedua-dua belah kaki) utk
mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung
(bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar
ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong;
cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd
masa kekasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; 5. melompat
naik, meningkat naik dgn tiba-tiba (harga dll): harga getah ~ naik
kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai
daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup
mewah habis terjual harta benda;
melonjak-lonjak 1. melonjak beberapa kali (kerana kesukaan dll):
budak-budak itu ~ apabila mendapat hadiah masing-masing; 2. ki
meluap, menjadi-jadi (kegembiraan, keinginan, dll): keinginannya
hendak pergi ke sana sudah ~ sekarang;
melonjakkan menjadikan (menyebabkan) melonjak;
terlonjak 1. melonjak dgn tiba-tiba (kerana kesukaan dll): melihat
kemewahan kawannya itu, ~ suatu perasaan baru di dadanya; ~
rasa semangat terlampau (terlalu) gembira; hati ~ terlalu suka
(girang) hati; 2. menjadi sombong (oleh kedudukannya, pangkatnya,
dll);
terlonjak-lonjak melonjak-lonjak, terkinja-kinja, terloncat-loncat;
lonjakan 1. perbuatan melonjak; 2. ki (bkn perasaan) dorongan atau
desakan yg kuat utk mencapai (mendapatkan sesuatu): ~ rasa utk
mencapai gading di menara menjadikan dia berusaha sehingga
berjaya ke universiti;
pelonjakan perihal (proses atau perbuatan) melonjak atau
melonjakkan: mungkinkah itu merupakan suatu proses ~ dlm pucuk
pimpinan politik?; pengukuhan ringgit akan diberi ~.
lonjong I 1. makin ke atas makin runcing (bentuk rumah, atap, dll),
runjung: songkoknya tinggi dan kecil ke atas, ~ bentuknya; 2. Jw
bulat bujur, bulat panjang: kepalanya ~.
lonjong II Tr tinggi.
lonjor Jw batang (sbg penjodoh bilangan bagi benda yg panjang).
lonsong Mn; terlonsong terdorong, terlanjur: kata sudah ~;
lonta; terlonta-lonta selalu dlm kesusahan (penderitaan): negara angkat
hanya sudi mengambil mereka yg terpelajar sedangkan yg jembel,
kebanyakannya buruh kasar dan nelayan, terus ~ di sini.
lontai ark; melontai melentok, melentur, mengelok (garis dll).
lontak Pl bohong.
lontar I; ~ lembing (cakera dll) (Suk) pertandingan melemparkan lembing
(cakera dll);
berlontaran berlempar-lemparan;
melontar melempar, membaling: ia ~ lembu itu; ~ jamrah melontar
batu di Mina (satu kewajiban dlm mengerjakan haji);
melontari melontar berkali-kali atau dengan banyaknya;
melontarkan menggunakan sesuatu untuk melontar, melemparkan:
ia ~ puntung rokoknya ke tanah;
lontaran hasil perbuatan melontar: ~ panah;
pelontaran perihal (perbuatan dsb) melontar;
pelontar 1. alat dll utk melontar: batunya ada besar dan kecil, yg
kecil ~ balam; 2. orang yg melontar, pembaling, pelempar: ~
lembing;
sepelontar, sepelontaran sejauh yg dapat dilontarkan.
lontar II 1. sj tumbuhan (palma) yg daunnya digunakan sbg kertas tulis,
pohon siwalan, tah, tai, tal, Borassus flabellifera; subang ~ subang
yg dibuat drpd daun lontar; 2. ark naskhah lama (drpd daun lontar).
lonte (lonté) Jw pelacur, sundal.
lontok pendek dan besar; tua ~ tersangat tua.
lontong Jw sj makanan berkuah yg isinya termasuk nasi himpit dan sayursayuran
(spt sengkuang, kubis, dsb).
lontos lurus dan tidak berkepala (tiang dll).
lonyai 1. Kd berlumpur, becak; 2. renyuk, kerumuk; 3. lembik, benyai
(nasi dll).
lop IB laras senapang.
lopak I lubang di tanah yg berisi air, kobakan: lubang-lubang air atau ~-~
hendaklah ditimbus;
berlopak, berlopak-lopak berlekuk-lekuk (berlubang-lubang) dan
berisi air: tempat itu ~ dan becak.
lopak II Mn petak sawah.
lopak III = lopak-lopak bekas utk menyimpan tembakau (sirih dll) yg
diperbuat drpd kayu, anyaman daun pandan dsb.
lopak IV; ~-lapik tidak tetap, kacau, kelam-kabut.
lopek (lopék) sj perahu kecil.
loper IB, bp pengantar surat (bil dll).
lopes (lopés) I sj kuih yg dibuat drpd pulut (digaul dgn kelapa parut dan
dimakan dgn air gula).
lopes (lopés) II; ikan ~ sj ikan darat, belida, Notopterus spp.
lopong I sj kuih;  lompong II.
lopong II kosong;
melopong ternganga (mulut): ia tercengang, matanya terbelelek,
mulutnya ~;
melopongkan mengangakan (membukakan) mulut;
terlopong ternganga (terbuka) mulut; lompong I.
lor I Jw utara.
lor II Kl besar tinggi badan tetapi umur masih muda (orang).
lorah sj alat utk menaikkan atau menurunkan barang-barang, kapi, kerek,
takal.
lorat ark 1. dlm kebingungan, dlm kesulitan, dlm kesibukan; 2. sukar
mengerjakan sesuatu, susah, rewel; 3. teruk, tenat, payah (keadaan
orang sakit).
lorek (lorék) 1. = lorekan jalur-jalur, barik-barik, coreng panjang (corak
kain, kulit ular dll): kehalusan ukiran dan lorekan khatnya itu
sangat sukar ditandingi; 2. = berlorek;
berlorek bergaris, bercoreng: bahagian yg ~ itu menunjukkan
kawasan tanah tinggi;
melorek menggaris, mencoreng, mencoret: bahagian yg
menunjukkan tanah tinggi dilorek supaya jelas.
loreng (loréng) berjalur-jalur, bercoreng-coreng; harimau (macan) ~
harimau tunggal; kuda ~ kuda belang;
berloreng-loreng banyak lorengnya, bercoreng-coreng, berjalurjalur.
lori I sj kenderaan besar utk mengangkut barang-barang di darat: ~ balak;
~ hantu lori yg beroperasi di tapak binaan, ladang dsb tanpa cukai
jalan, insurans dsb.
lori II sj burung nuri.
lornyet (lornyét) IB cermin (kaca) mata sepet (tidak bertangkai).
lorong I jalan (biasanya ada rumah di kiri kanannya), jalan kecil:
sepanjang ~ itu orang tidur di kaki lima;
berlorong mempunyai lorong: kawasan perkampungan yg ~ kecil;
melorongkan 1. mengarahkan, memandu, menunjukkan jalan:
kelong mempunyai dua petak, petak luar ~ ikan masuk ke petak
dalam; 2. mengabulkan, meluluskan (permintaan dll): permintaan
mereka dilorongkan Tuhan.
lorong II Mn ark berkenaan dgn, mengenai, tentang.
lorot; melorot 1. melungsur turun, merosot, turun (pangkat, harga barang,
dll): kain selimutnya sudah ~ ke bawah pinggangnya; 2. Jw
menghilangkan lilin pd kain batik selepas diwarnai;
melorotkan melungsurkan turun, menurunkan (pangkat, harga, dll);
terlorot melorot dgn tidak terkawal: sesekali saya hampir ~ juga
jika tidak sempat menyambar akar di lereng bukit itu.
los I IB 1. kapal yg memandu kapal lain masuk ke pelabuhan, kapal
mualim; 2. bangsal.
los II IB, bp lepas, bebas;
diloskan dilepaskan, dibebaskan, dibiarkan.
los III Ar sj buah, badam.
lose (losé) IB kelas yg terbaik di panggung wayang dll.
losen (losén) sj cecair yg disapukan pd kulit, dititikkan ke dlm mata, dsb;
~ bayi (badan, tangan, dsb) losen yg dicipta khas utk disapukan pd
bayi (badan, tangan, dsb);
berlosen mengandungi losen: syampu ~;
melosen menyapukan losen pd: ~ bayi.
loseng (loséng) bahagian alat tenun tempat menggulung benang.
losmen (losmén) IB rumah penginapan, rumah tumpangan.
loso Jw ark = meloso, ngeloso membiawak, merangkak (dada kena pd
tanah), menjalar (spt ular), berbaring bergerak-gerak (kerana
kesakitan).
losong I; kurap ~ sj penyakit kulit.
losong II ark; ~ kosong kosong sama sekali.
lot I bidang tanah.
lot II surat undi, undi;
dilot bp diundi.
lot III bilangan tertentu yg standard dlm urus niaga sekuriti (saham) yg
bersamaan dgn 1000 unit: dia berjaya membeli enam ~ saham
syarikat itu pd harga RM 1.60 seunit.
lota I bekas air yg dibuat drpd logam.
lota II sudah menjadi lembik (kertas, pakaian, dll).
lotah sj tarian Melayu.
lote; (loté); comel ~ Kl cantik sungguh.
lotek (loték) I ark sj gala-gala utk menutup lubang pd kayu (perahu dll),
dempul.
lotek (loték) II Kl sangat letih, lesu.
loteng (loténg) 1. tingkat rumah yg sebelah atas; kamar ~ bilik di tingkat
atas rumah; 2. langit-langit rumah (dibuat drpd papan).
loteri 1. undian; 2. = tiket ~ surat (kertas) undian (utk menentukan orang
yg bernasib baik utk menerima hadiah dsb): datang fikirannya utk
mencari wang itu dgn jalan membeli ~; kena (menang, mendapat,
putus) ~ a) mendapat wang (barang, keuntungan, dsb) drpd undian;
b) beruntung besar; mencabut (menarik) ~ a) membuka undian,
mengundi; b) menang dlm undian;
meloterikan mengundikan.
lotik (Bio) berkaitan dgn atau mendiami air tawar yg mengalir (deras):
habitat ~.
loto sj judi yg berdasarkan persamaan nombor yg dicabut dgn nombor pd
kad.
lotok mudah ditanggalkan isi drpd biji (buah-buahan), lekang, longkah.
lotong I 1. sj kera yg berekor panjang; ~ Bangkatan, Nasalis larvatus; ~
ceneka, Presbytis melalophos; ~ cengkung = ~ bercelak, Presbytis
obscura; ~ kelabu, Presbytis cristata; 2. hitam; hitam ~ sangat
hitam, hitam sungguh; ~ kekah kumput jarinya, kembung segah
ketul jadinya prb kesusahan itu akhirnya akan mendatangkan
kesenangan.
lotong II pelacur; loktong.
lotong III sj tumbuhan (pokok), Nephelium eriopetalum.
lotong IV sj rojak.
lotong V = ekor ~ sj senapang kuno.
lotot Jk; melotot membuka mata lebar-lebar, membelalak: mata Amir ~
kpd perajurit itu;
melototkan membuka mata besar-besar: “Kamu siapa?” balasnya
~ mata, ingin melawan.
Lotud suku kaum peribumi di Sabah dlm rumpun kaum Kadazan Dusun,
kebanyakannya tinggal di daerah Tuaran, dan lebih suka
menamakan diri mereka sbg Suang Lotud.
lowong tidak ada yg menduduki (jawatan, pangkat, tugas, dsb), terluang,
kosong;
melowongkan mengosongkan (jawatan, pangkat, dsb),
meluangkan;
lowongan jawatan (pekerjaan) kosong: tahun hadapan akan
terbuka banyak ~ kerja di jabatan itu;
kelowongan keadaan lowong, kekosongan: akan tetapi ~ itu diisi
dgn pengarang-pengarang baru yg berbakti.
loya = meloya berasa hendak muntah, muak, mual: tekaknya ~ menjamah
kuih-kuih itu;
meloyakan menyebabkan berasa hendak muntah: kotoran di tepi
jalan itu sungguh~;
peloya orang yg mudah berasa loya.
loyal bp taat, setia.
loyang 1. aloi tembaga dan zink; 2. Jk sj talam besar (dibuat drpd kangsa
atau tembaga); 3. bekas yg dibuat drpd aluminium atau zink,
biasanya digunakan utk mengisi adunan kuih spt seri muka dan
apam yg hendak dikukus; 4. acuan kuih; kembang ~ ark sj bubur
dibuat drpd tepung beras dan gula; kuih ~ sj kuih (dibuat drpd
tepung beras, santan, dan gula) yg digoreng dgn acuan tembaga,
kuih goyang, kuih ros.
loyar I bp peguam; ~ buruk orang yg suka berdebat (pandai bertikam
lidah) dan mengobrol (beromong kosong); ~ keledek loyar buruk.
loyar II Jk royal.
loyo Jk 1. sangat penat, sangat lemah; 2. = meloyo ark berasa hendak
muntah, loya, mual.
loyong; meloyong jatuh melayang-layang, berjalan terhuyung-huyung.
loyor I  keluyur.
loyor II Kl berasa hendak muntah, loya.
lozeng (lozéng) pil yg dihisap sehinga larut.
LPIP kep Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan.
LPK kep Lembaga Pelabuhan Kelang.
LPN kep Lembaga Padi dan Beras Negara.
LPP kep Lembaga Pertubuhan Peladang.
Lr simbol kimia bagi lawrensium.
Lrg. kep Lorong.
LRT Light Rail Transit (Transit Aliran Ringan, iaitu sj rangkaian kereta
api penumpang yg menggunakan kuasa elektrik yg beroperasi di
bandar raya Kuala Lumpur dan juga di kawasan sekitarnya).
LSD kep lysergic acid diethylamide (iaitu sj dadah berbahaya yg
mengkhayalkan).
Lt. kep Leftenan.
LTK kep Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu.
Lt. Kol. kep Leftenan Kolonel.
lu I C kamu, engkau.
lu II; raga ~ bakul padi;  lau IV.
Lu simbol kimia bagi lutetium.
luagan Br kawasan takungan air yg dikelilingi daratan (kecil sedikit drpd
tasik).
luah; meluah 1. berasa hendak muntah, meloya; 2. muntah;
meluahkan 1. mengeluarkan drpd mulut, memuntahkan; 2. ki
mengeluarkan, melahirkan: ia ingin ~ hasrat yg telah lama
terpendam; saluran ini juga membolehkan para pekerja ~
perasaan geram dan tidak puas hati; dimakan mati emak
diluahkan mati bapa = hendak ditelan termengkelan, hendak
diluahkan tiada keluar prb dlm keadaan yg serba salah;
terluah diluahkan, dilahirkan, diungkapkan: banyaklah kenangan
lama ~ satu demi satu;
luahan 1. sesuatu yg diluahkan (dimuntahkan dsb); 2. kata-kata
(perasaan dsb) yg dikeluarkan atau dilahirkan: sbg orang lama dlm
kerajaan dan parti, ~ Encik Ghafar ini merupakan rasa kecewa
beliau terhadap golongan tersebut; ~ emosi;
perluahan tempat atau bekas utk meluahkan: maka tanah itu
diludahkannya ke dlm
sebuah ~;
peluahan perihal (proses) meluahkan sesuatu (perasaan).
luak I susut, berkurang: makanan yg dihidangkan sedikit pun tidak ~;
meluak, meluaki menyusuti, mengurangi;
meluakkan menjadikan luak, mengurangkan, menyusutkan.
luak II ark meluak meluah, meloya.
luak III Mn daerah, jajahan.
luak IV Jw musang, Paradascursus spp; kopi ~ biji kopi yg diperoleh dlm
tahi musang.
luak V Mn perigi, telaga, sumur.
luak VI Mn, sr utk menghalau lembu.
luan (Marin) bahagian perahu (sampan, kapal dsb) yg paling hadapan,
haluan.
luang I 1. ruang yg kosong, kelapangan, lowong; 2. kekosongan
pekerjaan, lowong: ~ dan lubang kerja cukup banyak; 3.
kesempatan (baik): kalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak;
meluangkan mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll):
walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak;
terluang 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh
sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan,
pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat
itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4.
tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah
yg ~ baginya;
keluangan kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka
yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik
yg diceburi;
peluang kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan,
mungkin seumur hidup ia akan menyesal.
luang II Jk; meluang berasa tidak sedap badan, berasa hendak demam.
luang III reda (ribut, angin).
luap; meluap 1. mengembang kerana mendidih, meruap: nasi itu telah ~;
2. tumpah kerana sangat penuh, melembak, melimpah: pd musim
hujan lebat, air sungai itu ~; 3. makin bertambah-tambah
(perasaan, kemarahan, semangat, dsb), menghebat, menjadi-jadi,
menyala-nyala: tiba-tiba datang keinginan yg ~ hendak pulang ke
kampung halaman;
meluap-luap bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan, semangat
dsb), berkobar-kobar, berapi-api: timbul ~ kemarahannya terhadap
budak itu; rasa bencinya terhadap penjajah ~; azamnya utk
menjadi seorang pemuzik profesional ~;
meluapkan menjadikan meluap: perasaan geram dan tidak puas
hati jika dipendamkan boleh ~ perasaan marah;
luapan hasil perbuatan meluap(kan): ~ amarah yg membuak dlm
dadanya sudah dapat ditenangkan;
peluapan perbuatan meluapkan: ~ semangat muda Mat Yasin.
luar lwn (bahagian) dalam: terdengar bunyi ketukan dr ~; kulit ~; orang
~;
~ bandar daerah yg jauh dr bandar, kampung, desa; ~ batas
melampaui (melebihi) batas; ~ bicara tidak masuk dlm pembicaraan
(perbincangan, perhitungan); ~ dalam a) bahagian luar dan bahagian
dalam; b) lahir batin; ~ dugaan tidak disangka-sangka; ~ janji tidak
masuk dlm janji; ~ kepala Id dgn ingatan (tidak usah ditulis atau
melihat tulisan), hafaz; ~ kira luar bicara; ~ negeri = negeri ~
negeri asing; ~ nikah (perhubungan jenis) yg tidak halal; (orang) ~
pagar (orang yg) tidak kena-mengena (tidak bersangkut paut); ~
pantai luar pesisir; ~ pesisir a) terletak di laut tidak berapa jauh dr
pantai (bkn kedudukan sesuatu, mis pulau, pelantar minyak dll); b)
(Eko) beroperasi atau berdaftar di luar negara kerana cukainya lebih
rendah, peraturannya lebih longgar dll (bkn bank, pelaburan,
syarikat dll); ~ sangkaan tidak disangka(-sangka); ~ talian (Komp)
sifat peranti sokongan atau sistem yg tidak lagi tersambung atau
tidak lagi dikawal terus oleh sistem utama;
di luar 1. di bahagian luar, di sebelah luar: keadaan ~ bertambah
sunyi dan gelap; 2. tidak masuk (perkara, perhitungan, tanggungan,
dll), kecuali, tidak diliputi (terliput) oleh, lain drpd: budak-budak
nakal itu melepaskan kata-kata yg ~ pengalaman mereka; kejadian
itu ~ pengetahuannya;
~ kepala Id luar kepala; ~ dugaan tidak terduga sama sekali (tidak
tersangka-sangka); ~ pembicaraan tidak masuk dlm pembicaraan;
ke luar ke sebelah luar;
meluar menyembul keluar, menonjol keluar;
meluarkan 1. tidak memasukkan ke dlm golongan (perhitungan
dll), mengasingkan, mengecualikan, menyingkirkan; 2. menyuruh
keluar;
luaran 1. = orang ~ orang asing, orang lain; 2. sl orang yg tidak
masuk dlm golongan istana, orang keluaran; 3. = negeri ~ negeri
asing; 4. yg tampak sahaja, lahiriah: pd ~nya sahaja kita
dipaparkan dgn kenakalan Umar Umaiyah;
peluaran; dunia ~ dunia luar;  keluar.
luar biasa tidak spt yg biasa, tidak sama dgn yg lain, istimewa: mendapat
sambutan yg ~;
keluarbiasaan perihal luar biasa, keistimewaan: apabila ia
terkejut, hairanlah ia akan ~ mimpinya itu.
luas 1. tidak sempit, lapang, lebar: tanah di belakang rumahnya ~; 2.
besarnya sesuatu kawasan, besarnya sesuatu permukaan (hasil drpd
panjangnya didarabkan dgn lebarnya): ~ kebun itu ialah tiga
hektar; 3. ki tidak sempit (pengetahuan, pengertian, dll):
pengetahuannya sangat ~; perkataan tersebut mempunyai erti yg
sangat ~; 4. tidak terbatas (pemandangan), lantang; 5. besar atau
banyak (pengalaman, kesempatan, perbincangan): di dlm buku itu,
dibincangkan tujuan pendidikan dgn ~; kesempatan utk mengecap
pelajaran tinggi terbuka lebih ~ kpd rakyat umum;
seluas-luasnya paling luas;
meluas menjadi luas (banyak dll), bertambah luas, merebak:
penjajahan telah ~ mulai dr revolusi perindustrian di Eropah;
perkembangan bahasa kebangsaan ~ sejak negara mencapai
kemerdekaan;
meluaskan menjadikan lebih luas (besar, banyak, dll), menambah
dsb supaya menjadi lebih luas (besar dll), membesarkan: kerajaan
telah membuat rancangan utk ~ kawasan padi;
memperluas menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar
negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka;
keluasan 1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana
kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~
badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2.
kelapangan, kelonggaran, keringanan, kesempatan: persatuan
peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar;
perluasan perihal menjadi luas;
peluasan perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas:
kekurangan hasil penyelidikan sastera dan bahasa terasa sekali
oleh para pengajar di sekolah yg sifat pelajaran tidak lagi
merupakan ~ melainkan pendalaman soal;
peluas orang (alat) yg meluaskan; ~ lubang alat utk meluaskan
lubang.
luasa ark  leluasa.
luat; meluat 1. berasa hendak muntah, meloya, meluah; 2. sangat benci,
menyampah: dia ~ menengok kelakuan budak itu;
kemeluatan keadaan (perasaan) meluat: dlm kebencian dan ~, aku
tidak menafikan bahawa aku guru dan dia murid.
luba Br sj tumbuhan (pokok), Eugeissona spp.
lubang 1. bahagian pd sesuatu (dinding, jarum, dll) yg boleh ditembusi
sesuatu: ~ jarum; ia mengintai dr sebuah ~ di dinding rumah itu;
2. rongga: ~ hidung; ~ telinga; ~ roma; 3. lekuk di tanah dll: jalan
masuk ke tempat itu penuh dgn ~; 4. bp peluang: di bandar itu, ~~
kerja cukup banyak;
~ angin lubang (di atas pintu atau tingkap) utk angin keluar masuk;
~ butang lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan butang; ~
leleh (S.bina) lubang kecil yg dibuat pd tembok penahan utk
menyalurkan keluar air yg bertakung di belakang tembok supaya
tekanan berkurangan; ~ lengan lubang pd bahagian baju di pangkal
lengan; ~ mata lubang di tengkorak vertebrat tempat terletaknya biji
mata; ~ roma lubang pd kulit manusia dan binatang tempat peluh
keluar;
barang siapa menggali ~ , ia juga terperesuk ke dalamnya prb
barang siapa yg berniat jahat terhadap orang lain, ia sendiri akan
mendapat kecelakaan; gali ~ timbus ~ prb berhutang utk membayar
hutang lama; korek ~ ulat prb sengaja mencari perselisihan
(perbantahan, pertengkaran, dll); masuk sebesar ~ penjahit, keluar
sebesar ~ tabuh prb besar belanja drpd pendapatan;
berlubang 1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb):
dinding rumahnya ~; 2. mempunyai (ada) lubang (rongga),
berongga; 3. berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana
sini;
berlubang-lubang 1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini;
2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk;
melubang membuat lubang, menggerek, menebuk, menggali
lubang;
melubangi membuat lubang pd, menebuk lubang pd, menggali
lubang pd: papan itu dilubangi utk dimasukkan skru;
melubangkan 1. menyebabkan berlubang (dinding dll): tembakan
sesat itu telah ~ dinding rumahnya; 2. menyebabkan berlubang
(berlekuk), melekukkan: kenderaan berat yg lalu-lalang di situ
telah ~ jalan baru itu;
pelubang, pelubangan lubang yg dibuat di tanah utk menangkap
binatang.
luber (lubér) Jw = meluber tumpah kerana penuh atau terlalu banyak,
meluap, melimpah: spt wadah ia menerima dan terjun dlm
pergolakan hidup yg berbagai-bagai ragam, lalu meluber kembali
ke segala penjuru.
lubuk 1. bahagian yg dalam di sungai (laut, telaga): mereka menangkap
ikan di ~ sungai itu; ~ pusar bahagian sungai atau laut yg airnya
berpusar deras dan dapat menarik benda (kapal kecil dsb) ke dlm
bahagian tengahnya; 2. ki lembah kesengsaraan, kancah: mereka
mencari gadis-gadis utk dibawa ke ~ pelacuran; 3. ark dalam
(pinggan, mangkuk, dll): piring ~; ~ hati = ~ jiwa dlm hati, batin;
~ akal lautan (tepian) ilmu = ~ akal lautan (tepian) budi prb sangat
luas dan banyak pengetahuan; ~ menjadi pantai, pantai menjadi ~
prb nasib seseorang itu tidak tetap; batu jatuh ke ~ prb hilang
lenyap tidak nampak-nampak lagi (orang yg meninggalkan
tempatnya); lain ~ lain ikannya prb lain negeri lain adatnya; tahu di
dlm ~ prb tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara; tentang ~
lepas tuba, tentang ikan akan mati prb Mn menyampaikan sesuatu
maksud (kehendak dll) biarlah tepat pd tempat dan waktunya.
lubur I ark  belubur I.
lubur II ark  keluburan.
lucah hina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan: kata-kata ~;
perempuan ~ pelacur;
kelucahan kecabulan, kehinaan, kekejian.
lucas luncas.
lucu membuat orang ketawa, menggelikan hati, jenaka: mereka tertawa
mendengar cerita yg ~ itu; kejadian itu sangat ~;
melucu, berlucu membuat sesuatu yg menyebabkan orang ketawa,
berjenaka, berkelakar: ia cuba ~;
kelucuan sesuatu yg menggelikan hati, kejenakaan, kelakar,
lelucon: ~ yg timbul drpd kejadian itu menyebabkan bapa
tersenyum;
pelucu orang yg sifatnya suka melucu.
lucup masuk ke dalam, hilang terbenam (orang menyelam dll);  lucut
III.
lucur  luncur.
lucut I; melucut terlepas drpd pegangan (genggaman dll), luncur;
melucuti 1. mengambil senjata drpd genggaman, merampas:
mereka sendiri mahu dilucuti senjatanya; 2. ki melenyapkan atau
merosakkan (maruah, kemuliaan, dsb): dia berhati-hati berkatakata
supaya tidak menyakitkan pendengaran, melukai perasaan
atau ~ kemuliaan orang lain; negara itu telah dilucuti taringnya;
melucutkan 1. menanggalkan (pakaian, perhiasan, dll), melepaskan
(tali, ikatan, dll), meluluskan (gelang, cincin, dll): dgn gopoh, ia ~
pakaiannya; ~ orang drpd bahaya maut; gelang emas di tangan
dilucutkannya; 2. ki menarik balik, mencabut balik, memansuhkan;
~ jawatan memberhentikan (drpd jawatan), memecat; ~ kerakyatan
menarik balik kerakyatan;
terlucut terlepas (drpd pegangan, genggaman, ikatan, dll): kayu itu
~ drpd genggamannya; orang berhutang tidak ~ drpd
tanggungannya selagi hutang belum dijelaskan;
perlucutan pelucutan;
pelucutan perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau melucutkan:
~ senjata; ~ jawatan;
~ jawatan tindakan menarik balik (menggugurkan, membatalkan
dsb) jawatan yg sedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~
senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd
seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau
mengurangkan kekuatan angkatan bersenjata oleh sesebuah negara;
pelucut alat utk melucutkan sesuatu; ~ dawai pelurut dawai.
lucut II; melucut melecet, melocak, mengelupas (kulit dll).
lucut III Mn hilang, lenyap;
melucutkan 1. melenyapkan, menghilangkan; 2. membencanakan,
mencelakakan; lucup.
ludah = air ~ air yg keluar (drpd) dlm mulut, air liur;
~ sirih ludah yg berwarna merah (tatkala makan sirih); tempat ~
bekas utk menakung ludah;
berludah, meludah membuang ludah, mengeluarkan ludah:
dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah,
~ dan memaki-maki;
~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa
muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg
berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah
dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali;
meludahi meludah (berludah) pd: aku dihina terang-terangan
seolah-olah orang ~ mukaku;
meludahkan 1. menyemburkan ludah; 2. meludah utk
mengeluarkan sesuatu drpd mulut: ia ~ air sirih yg sudah lama
bertakung di dlm mulutnya itu; maka nanah itu diludahkannya ke
dlm sebuah peluahan;
peludahan bekas tempat meludah;
peludah orang yg selalu dan suka meludah.
ludai sj tumbuhan (pokok) famili Euphorbiaceae, gurah, mamah pelanduk,
apid-apid (Sabah), Sapium spp.;
~ api sj tumbuhan (pokok), balik angin putih, maya-maya, memaya
jawa, pipi, Macaranga populifolia; ~ bulan sj tumbuhan (pokok),
medang serai, mutan riba, perepat bukit, redan, tasai,
Misochocarpus lessertianus; ~ pelanduk sj tumbuhan (pokok),
kayu rulus, mamas-mamas pelanduk, mayang, memaya, Sapium
baccatum.
ludang I; sampan ~ sj sampan;  seludang I.
ludang II  seludang II.
ludat sj tumbuhan (pokok), api-api daun lebar, api-api ludat, api-api putih,
udat, Avicennia officinalis.
ludes Jk habis licin, habis sama sekali.
luding sj ikan laut, tenggiri kecil, Scomberomorus spp.
ludruk pertunjukan sandiwara dgn nyanyian dan tarian.
ludo sj permainan yg menggunakan buah dadu dan tagan di atas papan
khas.
lugai; melugai Kd berasa hendak muntah.
lugar Kl tidak sedap perut kerana lapar dll, mual.
lugas; melugas berasa hendak tersedak.
lugu I ark berasa senang, puas, kenyang.
lugu II Jw ark bersahaja, sewajarnya.
lugu III Pr jemu, jelak.
lugut Jw miang.
luhak Mn  luak III.
luhur mulia, tinggi, agung: moga-moga cita-citanya yg ~ itu dikabulkan
Tuhan;
meluhurkan mengagungkan, memuliakan, menghormati: ~ tanah
air;
keluhuran keagungan, kemuliaan, kebesaran: kekuatan puisi Amir
Hamzah, kecuali dlm ~ angan yg dibeberkannya, terletak dlm
kerapian bentuk.
luih I Jw lebih.
luih II  luik.
luik; meluik 1. mengeluarkan benda drpd dlm mulut; 2. berasa hendak
muntah; 3. meleleh keluar (benda yg likat).
luing I sj tumbuhan (pokok), ara bumbung, ara lepung, ara sungai, seniah,
senil, Ficus hispida; leluing.
luing II sj lipan, lintibang, pesan-pesan.
lujur  jelujur I.
luka 1. belah (cedera, lecet, pecah) pd kulit sebab kena potong, kena
tembak, dll: ~nya sangat dalam; ~ parah luka yg sangat besar, luka
yg sangat berbahaya; 2. mengalami cedera (pecah, lecet pd kulit)
sebab kena potong, kena tembak, dll: tangannya ~ kena kaca; 3. ki
sakit, pedih (perasaan) kerana kecewa: hatinya ~;
~ bakar Id luka sebab kena api; ~ hatinya = hatinya ~ ki sakit
hatinya;
~ sudah hilang parutnya tinggal juga prb sungguhpun orang yg
berselisih (berbantah) sudah berdamai kembali, keadaan berikut
tidak akan spt keadaan sediakala; lain ~ lain menyiuk, lain sakit
lain mengaduh prb orang lain yg membuat salah, orang lain yg
berasa (susah dll); siapa ~ siapa menyiuk, siapa sakit siapa
mengaduh prb orang yg berasa tersindir, dialah yg membuat sesuatu
yg disindirkan itu; takkan serik ~ dimakan tajak, esok lusa ke
bendang juga prb kesukaran dlm sesuatu pekerjaan tidak akan
menghalangi seseorang mengerjakannya utk mencari nafkah;
berlukaan sl mendapat luka-luka: kedelapan hulubalang itu
bertetakan pedang dan bertikam tombak, seorang pun tiada ~;
berluka-lukaan sl saling mendatangkan luka (pd lawannya dll):
maka Bugis melawanlah lalu bertikam ~;
melukai 1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd
musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati
dihamburkan kepadanya;~ hati menyakiti hati;
kelukaan kedukaan kerana kecewa: kau begitu teguh menghadapi
~ dlm menjalani kehidupan.
lukah I sj alat utk menangkap ikan (yg membolehkan ikan masuk tetapi
tidak boleh keluar), bubu: dilihatnya orang mengambil ikan drpd
~nya;
~nya mengena ki tipu muslihatnya berhasil; menahan ~ memasang
lukah;
bagai ~, tak penuh oleh air prb perihal budak yg tidak berasa
kenyang (selalu hendak makan sahaja); bagai menyandang ~ tiga
prb menjalankan (melakukan) pekerjaan yg sukar sungguhpun tidak
berat; memasang (menahan) ~ di penggentingan prb mencari
keuntungan dr kesempitan (kesukaran) orang;
melukah menangkap ikan dgn lukah.
lukah II; melukah menampakkan kemaluan (apabila tidak kemas
memakai kain atau seluar, apabila duduk dgn tidak tertib).
lukat = melukat lekang (sesuatu yg melekat).
lukih sj tumbuhan (herba), condang, kacunda, kecondong, likir, Tacca
pinnatifida.
lukis; pandai ~ ark orang yg pandai membuat gambar, pelukis, tukang
lukis; seni ~ (hasil) kecekapan menggambar yg elok-elok;
melukis 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel,
pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg
indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~
sebuah bulatan;
melukiskan ki 1. membayangkan, menampakkan: bibirnya ~
senyuman; 2. menceritakan (mengisahkan) hal sesuatu,
membentangkan: rencana itu ~ penderitaan yg dialami rakyat;
terlukis 1. terbayang, tergambar: ~ dlm kepalanya kesibukan kota
London itu; 2. teriwayat, terceritakan;
lukisan 1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki
keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal;
pelukisan perihal melukiskan: pengarang sastera sejarah
mengusahakan ~ peristiwa-peristiwa yg disaksikannya sendiri;
cara ~ watak dan peristiwa dlm novel ini lurus dan tidak mengarah
kpd simbolisme;
pelukis orang yg (kerjanya) melukis, tukang lukis.
luks IB (barang-barang) mewah: dia tidak mampu membeli barang ~ .
luku I Jw bajak, tenggala;
meluku membajak: kembalilah pula tenaga mereka yg besar utk
mencangkul, ~, menebar, menyiang, memotong.
luku II; meluku mengetuk dgn buku jari, menyekeh.
lukup  lungkup, telungkup.
lukut I 1. sj tumbuhan (pokok), jejoh, jirak, jirik, medang melukut,
merpadi paya, Symplocos fasciculata; 2. Br sj tumbuhan (paku),
Platycerium spp.
lukut II  melukut I.
lulai sj tumbuhan (pokok), Garcinia spp.; ~ paya sj tumbuhan (pokok),
jintik merah, mentali, rambai ayam, setambun betina, tuku-takal,
Baccaurea wallichii.
lulang; akar ~ bulu sj tumbuhan (pokok memanjat), ulan raya, Merremia
vitifolia.
lulas; melulas membesarkan atau membersihkan lubang;
pelulas alat utk membesarkan (membentuk, melicinkan, dsb)
lubang.
luli I 1. kapas yg dipegang sewaktu memilin benang; 2. Mn kayu
penggulung kapas yg belum digantih (dipintal);
meluli mengumpar (menggulung) kapas.
luli II; ikan ~ sj ikan laut, Harpodon nehereus.
luli III 1. sj tumbuhan (pokok), kandis burung, lulai, Garcinia
merguensis; 2. sj tumbuhan (pokok), lulai, Garcinia rostrata.
lulu I  lulur I.
lulu II Br rekah, pecah (spt kulit bakau).
luluh 1. hancur menjadi serbuk, remuk; hancur ~ = ~ lantak hancur sama
sekali, rosak binasa: kota itu hancur ~ akibat letupan itu; 2. hancur
~ ki remuk-redam (hati), sedih sekali: hancur ~ rasa hatinya
mendengar berita sedih itu;
meluluhkan menghancurkan, meremukkan;
luluhan (Geog) hancuran, remukan: semua benda galian pasir
kelodak dan tanah liat terjadi drpd ~ batu;
peluluhan (Geog) perihal meluluhkan.
luluh hawa (Geog) luluh oleh tindakan hawa;
meluluh hawa meluluhkan dgn tindakan hawa: batu asal di
permukaan bumi ini pd mulanya diluluh hawa dan dihakis oleh
agen tertentu spt air, angin, dan glasier;
peluluhhawaan perihal (tindakan dsb) meluluh hawa.
luluk I Mn lumpur;
berluluk berlumpur, kena lumpur; tiada ~ mengambil cekerau prb
mendapat untung dgn tidak bersusah payah;
terluluk sudah gembur dan boleh ditanami (sawah); lolok II.
luluk II = peluluk sl mata-mata;
meluluk mengintai, mengintip (musuh dll); lolok I.
lulum; melulum mengulum, menjilat-jilat (jari dll).
lulun Br kelim.
lulur I; melulur 1. melancar masuk, meluncur, melungsur; 2. menelan:
ayam itu dilulur ular; bagai ~ bersetonggeng prb melakukan
sesuatu yg sukar kerana malu (takut, terpaksa, dll).
lulur II Jw sj bedak wangi utk membersihkan badan, lulut;
melulur menyapu badan dgn lulut, melulut.
lulur III; melulur menghisap (spt menghisap aiskrim dll).
lulus 1. terus (masuk ke dlm lubang dll), lantas, tembus: sebuah bola
logam yg hanya ~ melalui gelang logam pd masa ia sejuk
dipanaskan; benang sekasar ini tidak dapat ~ ke dlm lubang
jarum; tidak lulus pd akal (di akal) tidak dapat diterima akal, tidak
masuk akal; 2. terperlus (ke dlm lubang dll), terperosok: kakinya ~
ke dlm lantai yg lapuk itu; 3. terlepas (cincin drpd jari dll), lucut:
cincin itu tidak ~ drpd jarinya; 4. berjaya (menang) dlm
peperiksaan, tidak gagal (dlm ikhtiarnya, usahanya), berhasil: dia ~
sekolah Melayu; 5. diperkenankan (permohonan, permintaan, dll),
dipersetujui, terkabul: permohonannya ~; 6. ark hilang lenyap (
sesuatu yg dimakan api), lelap (barang-barang yg digadai);
~ tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg
menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya; sudah ~
maka hendak melantai prb Mn sesudah mendapat kesusahan
(kemalangan) baru ingat;
selulus ark selalu, sentiasa;
melulusi melucuti, menanggalkan (pakaian dll);
meluluskan 1. membiarkan lalu, memasukkan: ~ benang ke lubang
jarum; 2. melucutkan (gelang, cincin, dll); 3. memperkenankan
(permintaan, permohonan, dll), mempersetujui, mengabulkan:
beliau telah pun mengkaji usul itu terlebih dahulu sebelum
diluluskan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-undang itu
beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan) lulus (dlm
peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, membebaskan (diri), melarikan
(diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri;
lulusan 1. orang yg telah lulus dlm peperiksaan, lepasan, keluaran:
dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran;
selulusan 1. Mn selengkap: ~ pakaian; 2. Mn seibu: saudara ~;
kelulusan 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~
dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat
secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah:
begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh
kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga mendapat ~
doktor; 3. keguguran (yakni melahirkan bayi sebelum masanya);
berkelulusan mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg
sudah ~ tinggi dan memegang jawatan-jawatan penting;
pelulus orang atau pihak yg meluluskan sesuatu (bkn permohonan
dsb): diluluskan oleh pegawai ~.
lulut sj bedak wangi utk membersihkan badan;
berlulut bergosok badan dgn lulut: maka Hang Nadim pun ~
padanya;
melulut menyapu (menggosok) badan dgn lulut;
pelulut 1. orang yg kerjanya melulut, tukang lulut: panggil si ~ itu,
aku hendak berlulut; 2. lulut.
lum ark; masak ~ ranum, terlampau masak (buah-buahan).
lumading Br sj ikan laut.
lumai; ~ hutan sj tumbuhan (herba), batu lincar, kayu batu, lelangkapan,
sembung lalaki, Blumea lacera.
lumang; berlumang berlumur (dgn lumpur, minyak, darah, dll),
bergelumang;
melumangkan 1. melumurkan, memalit-malitkan; 2. sl mengotori,
mencela, menghinakan;  gelumang.
lumar Mn lumur;
berlumar berlumur dgn debu (kotoran dll);
melumari melumuri, mengotori.
lumas; melumas menyapu (dgn minyak, kapur, cat, dll): ~ tembok dgn
kapur; kereta itu nampak baru sebab dilumas;
melumaskan menyapukan sesuatu (spt minyak dan kapur) pd
sesuatu yg lain, melumurkan, melumangkan: ~ minyak pd bahagian
badan yg hendak diurut.
lumat 1. halus betul, hancur: ia mengeluarkan sirih yg telah ~ dr dlm
gobeknya; makanan hendaklah dikunyah sehingga cukup ~; 2.
terkocok (daun pakau);
melumatkan 1. menjadikan lumat dgn menumbuk (mengunyah dll):
dia ~ benda itu dlm sebuah lesung; 2. ki menghancurkan,
memusnahkan: meriam musuh telah ~ kota itu.
lumayan 1. cukup, agak banyak, sederhana (pendapatan, hasil, dll):
jumlahnya tidak banyak tetapi ~; 2. banyak sekali, mewah:
berbelanja besarlah anda pd hari itu kerana telah mendapat
hadiah yg ~.
lumba perlawanan beradu cepat (pandai dll): ~ lari; ~ kuda; ~ perahu;
berlumba, berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan
berdahulu-dahuluan, berlawanan: kaum wanita berjuang dan
berlumba-lumba mencapai kemajuan;
memperlumbakan menyebabkan (membiarkan) berlumba;
perlumbaan 1. perlawanan kecepatan (berlari, berperahu, dll),
lumba: ~ lari 100 meter; ~ perahu; 2. tempat berlumba;
pelumba orang yg berlumba (menyertai sesuatu lumba):
pertarungan amat hebat nanti ialah antara ~-~ motosikal.
lumbago (Ubat) rasa sakit atau sengal dlm otot di bahagian bawah
belakang tubuh.
lumbah = ~ bukit (rimba) sj tumbuhan (herba), kepala puyuh, lembah,
Curculigo latifolia; ~ bukit sj tumbuhan (herba), pinang lumbah,
pokok serangat, seludang pinang, tukur tikus, Peliosanthes spp.; ~
merah sj tumbuhan (herba), Curculigo capitulata (recuvata); ~
paya sj tumbuhan (herba), selimpat batu, Homalomena rostrata; ~
tikus sj tumbuhan (herba), Spathoglottis plicata.
lumba-lumba = ikan ~ sj mamalia laut drpd famili Delphinidae yg
mempunyai muncung seakan-akan paruh, Delphinus spp.
lumban sj ikan laut, dengkis, Siganus spp.
lumbar (Bio) berkaitan dgn bahagian bawah belakang tubuh: arteri ~.
lumbu; ~ jawa sj tumbuhan (pokok memanjat), akar garuk, akar gerit
hitam, akar getah gaharu, akar getah ujul, akar jualoh, Willughbeia
coriacea.
lumbung Id tempat menyimpan padi, jelapang, kepuk, rengkiang.
lumbur sj tumbuhan (pokok renek), gemotan pacat, meroyan minko,
siguh, sigoniah, Alsodeia (Rinorea) kunstleriana.
lumer Jk lumat, halus betul.
lumer (lumér) Jw menjadi cair.
lumi = lumi-lumi sj ikan laut, luli-luli, uli-uli, Harpodon (Saurus)
nehereus.
lumpektomi (lumpéktomi) (Ubat) pembuangan tumor drpd payudara
secara pembedahan.
lumping Jk; kuda ~ a) kuda tiruan (utk permainan) dibuat drpd kulit atau
buluh; b) sj pertunjukan dgn kuda yg dibuat drpd buluh atau kulit.
lumpuh 1. tidak kuat atau tidak bertenaga (kaki atau bahagian-bahagian
lain tubuh): segenap sendi anggotanya lemah ~, tidak berdaya
hendak berjalan; 2. ki tidak bergerak (berjalan): segala kerja
kesatuan itu telah ~;
bagai si ~ pergi merantau prb tidak mungkin dilakukan; yg ~
penghuni rumah = yg ~ pengejut ayam prb setiap orang itu ada
gunanya;
melumpuhkan menjadikan lumpuh, melemahkan: tujuan mereka
hendak ~ gerakan gerila di hutan;
kelumpuhan perihal lumpuh: setelah mengalami ~ selama
beberapa tahun, kesatuan itu mulai bergerak.
lumpuk I ark lumpuh.
lumpuk II ark; melumpukkan menghimpunkan, mengumpulkan.
lumpur tanah berair yg lembut, selut; ~ katam lumpur yg terdapat di
pantai;
beroleh ~ di tempat yg kering prb beroleh kesusahan dgn tidak
disangka-sangka; takut akan ~, lari ke duri prb mengelakkan
kesusahan yg kecil dapat kesusahan yg besar;
berlumpur 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg
~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur:
kasutnya ~;
melumpuri menyebabkan berlumpur pd: kanak-kanak itu bermain
sambil ~ dinding rumah itu;
perlumpuran tempat yg penuh dgn lumpur.
lumrah biasa, lazim: soal merantau ke luar negeri ialah sesuatu yg wajar
dan ~ bagi mereka;
kelumrahan kebiasaan, kelaziman: adalah menjadi ~ utk negara
dr dunia kini mempunyai rancangan pembangunan masingmasing.
lumu  lumut.
lumur; berlumur, berlumuran berlumang (bergelumang) dgn lumpur
(minyak, debu, dll), terpalit-palit dgn kotoran (lumpur dll): ia
membuka kasut yg sudah ~ lumpur;
melumuri menyapu badan dll dgn (minyak dll): ~ mukanya dgn
bedak;
melumurkan, melumur menyapukan (minyak, lumpur, dll),
melumangkan, memalit-malitkan: ~ arang ke mukanya;
dilumurkannya minyak ke kepala budak itu;
lumuran sesuatu yg dilumurkan (spt minyak, lumpur, dll);
pelumuran perbuatan melumurkan atau melumuri sesuatu.
lumus kotor atau terpalit-palit oleh lumpur (darah dll), berlumur; tungkus-
~ terlibat (termasuk) dlm sesuatu pekerjaan (penderitaan dll);
bertungkus-~ membanting tulang.
lumut sj tumbuhan kecil yg tumbuh di tempat yg lembap (di batu, batang
kayu basah, dll);
~ ekor kuning (kucing) sj tumbuhan (herba), Utricularia flexuosa; ~
hati lumut drpd kelas Hepaticae yg tumbuh di kawasan lembap; ~
karang bunga karang, sepan; akar ~, a) sj tumbuhan (pokok), pulai,
Alstonia angustifolia; b) sj tumbuhan (pokok renek), akar cabang
lima, akar meruan, lilimbo, Sphenodesma barbata; rumput ~ sj
tumbuhan (rumpair), Blyxa malayana;
berlumut, berlumutan ditumbuhi lumut.
lunak 1. lwn keras, empuk, lembut: buah ini isinya manis ~; binatang ~
binatang tidak bertulang belakang yg lembik badannya dan biasanya
berkulit keras (spt siput, tiram, sotong, dll); 2. ki tidak keras (suara,
bunyi, dll), lembut: ia menjawab dgn suara ~ memujuk; 3. tidak
cepat marah, sabar, tenang: wanita itu sifatnya ~; 4. tidak keras
(mempertahankan pendiriannya dll), tidak degil; ~ hati mahu
menurut kata orang, tidak degil;
~ disudu, keras ditakik prb yg mahu menurut kata diperlakukan dgn
lemah lembut, yg menentang digagahi; ~ gigi drpd lidah prb
bersikap lemah lembut atau merendahkan diri;
melunak menjadi lembut, (hati, sikap, dll): matanya yg garang
menyala itu lambat-laun ~ kembali;
melunaki bersikap lembut (sabar dsb) kpd seseorang, mengenakan
kata-kata yg halus kpd seseorang, membujuki;
melunakkan mengempukkan (makanan dll), melembutkan (hati,
suara, dll): Sidik dgn sengaja ~ suaranya;
memperlunak menjadikan lebih lunak: pemerintah Peranchis
masih saja tidak ~ sikapnya terhadap bangsa Arab; ~ hati ki
melembutkan hati, meredakan (menenangkan) hati;
kelunakan perihal lunak, kelembutan: ~ pendirian.
lunas I 1. kayu panjang pd dasar perahu, dasar perahu; 2. pokok (sesuatu
pendapat, faham, dll), asas, dasar, pangkal: ~ pendidikan;
perjumpaan tersebut merupakan satu ~ bagi persidangan besar; 3.
Mn bahagian bawah (kuali, periuk, dll), dasar;
berlunaskan berasaskan, berdasarkan: tiap-tiap satu dasar bahasa
bagi pelaksanaan di bilik darjah haruslah berasaskan kajian yg
rapi dan ~ teori atau pendekatan yg sudah terbukti kejayaannya.
lunas II beres, jelas, selesai (hutang dll);
melunasi, melunaskan 1. membayar (hutang dll) hingga selesai,
menjelaskan (hutang): hingga saat itu kami belum dapat ~ yuran;
orang tuanya banyak menolong melunaskan hutangnya; 2.
memenuhi (menunaikan) kewajiban (janji dll): ~ kewajiban; 3.
memperbaiki kesalahan (dgn membuat jasa dll), menebus kesalahan
dll: ~ dosa;
terlunas telah dilunaskan: pinjaman ~;
pelunasan perihal melunaskan sesuatu (hutang), penjelasan,
penyelesaian: ~ segala hutang piutangnya;
pelunas (orang) yg melunaskan, penyelesai: ~ hutang.
lunau Mn lumpur, selut;  lanau.
luncai ark buncit, gendut (perut): si ~.
luncas tidak kena pd sasaran, tidak tepat, luput.
luncip  lancip.
luncung I muncung (babi dll).
luncung II berbentuk tirus tetapi pepat pd hujungnya; dihentak alu ~ prb
dikalahkan oleh orang bodoh;
meluncungkan melancipkan, meruncingkan: bila ditanya ibunya
di mana, ia ~ mulutnya ke arah dapur.
luncur 1. = meluncur melungsur, menggelongsor: anak itu ~ drpd
pangkuan ibunya; 2. lucut (drpd pegangan dll), lelap (barang
gadaian): barang yg digadaikan itu telah ~; 3. bergerak dgn
cepat (kereta dll): sebuah kereta besar meluncur masuk dan
berhenti di sisinya; 4. keluar dgn lancarnya (kata, percakapan, dll):
suatu teguran sedia meluncur drpd mulut ayahnya;
~ air sukan yg menggunakan papan luncur utk meluncur di atas
permukaan laut yg berombak tinggi; ~ ais sukan yg menggunakan
sepatu luncur yg berbilah besi di bahagian tapak utk meluncur di
permukaan gelanggang ais yg rata dan licin; ~ angin sukan air yg
menggunakan papan luncur yg dilengkapi dgn layar, palang dll, yg
peluncurnya berdiri di atas papan luncur tersebut; ~ salji sukan yg
menggunakan papan luncur yg dipasangkan pd kasut, dan dua
batang tongkat utk membantu pergerakan di kawasan bukit yg
bersalji;
berseluncur meluncur-luncur di tempat yg licin (di atas lumpur dll);
meluncuri bergerak dgn cepat di, meluncur di: sebuah kereta ~
jalan yg sepi itu;
meluncurkan 1. melancarkan, melongsorkan: ~ kapal; 2.
mengeluarkan (kata-kata dll) dgn lancar: ia pun ~ kata-kata ini;
terluncur terlepas ke bawah, tergelincir;
luncuran gerakan meluncur: dr segi teori utk menghasilkan ~ yg
maksimum, sudut balingan mestilah 45º;
peluncuran 1. tempat utk meluncur; 2. perihal (perbuatan atau
proses) meluncur, meluncuri atau meluncurkan;
peluncur 1. orang yg meluncur (dlm luncur air, luncur ais dsb); 2.
alat yg digunakan utk meluncur atau meluncurkan; pesawat ~ Id sj
pesawat (kapal) terbang yg tidak memakai enjin.
lundang I Mn  londang.
lundang II sj akar (airnya dibuat ubat).
lundang III Mn ruang (petak-petak dlm buah-buahan spt durian), pangsa.
lundi ulat putih di dlm tanah yg kemudian menjadi kumbang.
lundu I; ikan ~ sj ikan sungai, Macrones guilo.
lundu II, lunduh; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), beras-beras hitam, kayu
mata punai, medang paya, Antidesma coriaceum.
lundung Br malas.
lungguh I; melungguh sl duduk.
lungguh II; lungguhan ark tanah yg diberikan kpd seseorang pegawai
kerajaan sbg gaji.
lungkah ark  lukah I.
lungkum lengkung;  mungkum.
lungkup; terlungkup yg di bawah menjadi di atas, terbalik, tertiarap, lwn
telentang.
lunglung sj tumbuhan (pokok), cempaka hutan, nona luwung, ultup-ultup,
Aromadendron elegans.
lungse (lungsé) Jw terlambat.
lungsin benang yg memanjang pd tenunan.
lungsur I; melungsur meluncur turun, menggelongsor.
lungsur II; lungsuran Jw barang-barang lama atau yg telah dipakai
(pakaian dll).
lunjur = berlunjur menghulurkan kaki (sewaktu duduk dll),
mengunjurkan kaki: tempat duduk banyak yg kosong, jadi kami pun
tidur berlunjur; berapa panjang ~, begitulah selimut prb membuat
sesuatu biarlah menurut kesanggupan diri sendiri;
melunjurkan 1. menghulurkan, mengunjurkan (kaki): ia duduk di
beranda dgn ~ kaki bermalas-malas; 2. ki meluaskan: ia akan ~
makna dalamannya;
terlunjur terentang, terhulur (kaki), terbaring mengunjur: di atas
kaki yg ~ itu, anaknya meletakkan kepalanya; unjur.
luntang I = peluntang sepotong kayu ringan yg dibubuh kail utk
memancing, pelampung;
meluntang menangkap ikan dgn menggunakan luntang.
luntang II; ~-lanting a) terbuai-buai ke sana sini; b) = ~-lantung merayau,
berjalan ke merata tempat, menganggur (tidak bekerja); orang ~-
lantung orang yg menganggur dan berkeliaran.
luntur I 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan
tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan,
pendirian, keazaman, dsb): keazaman mereka utk bersatu tenaga
tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa
halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya
sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat
tua; 4. turun atau menjadi rendah (pangkat, darjat, dsb); 5. tidak
mujarab lagi (mantera, jampi, dll): jampi itu sudah ~;
meluntur menjadi atau mulai luntur;
melunturi luntur warnanya dan kena pd (kain, baju) yg lain: kain
ini dicuci terasing supaya tidak ~ yg lain;
melunturkan menyebabkan luntur (berubah atau hilang warna,
keyakinan, kasih sayang, dll): kain yg berwarna perang itu
dilunturkan utk mendapatkan kain putih;
kelunturan 1. perihal luntur: ia menampakkan ~ dan kebelakangan
pendapat yg progresif; 2. kena warna sesuatu yg luntur;
pelunturan perihal melunturi atau melunturkan;
peluntur bahan utk melunturkan kain dll; serbuk ~ sj serbuk yg
digunakan utk melunturkan (memutihkan) kain dll.
luntur II senang keluar (kencing, haid);
meluntur meminum ubat utk mencuci perut atau utk menyenangkan
buang air;
peluntur = ubat ~ ubat pencuci perut (utk menyenangkan buang
air).
Lun Bawang suku kaum peribumi yg termasuk dlm kumpulan Orang Ulu,
tinggal di pedalaman, dan aktiviti utamanya ialah menanam padi
serta menternak.
lunyah; melunyah 1. memijak-mijak tanah supaya gembur; 2. Mn
menumbuk, meninju.
lunyai kumal (pakaian dll), lusuh.
lup I Pr nama timangan bagi anak sulung lelaki, kulup, yop.
lup II sj kaca (kanta) utk melihat sesuatu supaya nampak besar, kaca
pembesar.
lupa I 1. = ~ akan (kpd, pd) tidak timbul dlm fikiran, tidak ingat, tidak
sedar: dulu kau ~ kepadanya, sekarang kau baru ingat; ~ akan
dirinya tidak ingat akan dirinya (pengsan); 2. = ~ oleh tidak
teringat, tidak diingat; 3. kurang ingat (akan), lali (akan), lengah
(akan): jangan ~ akan pekerjaanmu;
~ daratan berbuat sesuatu yg melampaui batas (tidak berkira-kira);
~ diri tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan
(nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg
dialami sekarang: paling mengecewakan ialah kemewahan yg telah
diusahakannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi
sombong; ingat-ingat ~ a) antara lupa dan ingat (tidak lupa tetapi
kurang ingat); b) kurang baik atau lemah ingatannya (orang tua);
~ ketinggalan, terlelap kemalingan prb Mn kalau kurang hati-hati
tentu mendapat kerugian; ~ mengingatkan, terlelap menjagakan prb
Mn sikap ingat-mengingatkan (tolong-menolong) antara sahabat;
melupai, mengelupai ark lupa akan (sesuatu): satu ciuman yg
bersihir telah menyebabkan seorang putera raja ~ terus bakal
isterinya; inilah wasiatku kpd kamu semua, hendaklah jangan
kamu lupai;
melupakan 1. lupa akan, tidak ingat akan: budi baiknya tidak
dapat dilupakan; 2. menghilangkan drpd ingatan, menjadikan lupa:
sukar hendak ~ peristiwa itu; 3. mengabaikan, melalaikan
(kewajiban dll);
terlupa lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat;
lupaan sesuatu yg dilupakan: ada dua unsur yg dikemukakan utk
menghuraikan bagaimana ~ berlaku;
lupa-lupaan 1. buat-buat (pura-pura) lupa; 2. selalu lupa;
kelupaan 1. perihal lupa: ia berasa malu kerana ~nya; 2. terlupa,
ada yg tidak diingat: digaru-garunya kepalanya spt sedang ~
sesuatu;
pelupa orang yg selalu atau mudah lupa.
lupa II; ~ dahan sj tumbuhan (pokok), cindangan hutan, malas berdahan,
mempenai bukit, segan berdahan, tumbuh nyiur, Arthrophyllum
ovalifolium.
lupa-lupa sj gelembung di dlm perut ikan.
lupang; akar ~ sj tumbuhan (herba), akar ulam tikus, ceroma, selepat
tungau, Mikania scandens.
lupat sj siput laut.
lupi; papan ~ sl papan yg tebal yg dipasang di pinggir perahu (di depan
dan belakang) sbg pelindung.
lupuh; melupuh 1. memukuli buluh sampai pipih (utk dibuat lantai,
dinding, dll); 2. memukul orang sehingga lemah;pelupuh.
lupuk; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar lempedu gajah, akar
timun dendang, derik-derik, mentimun paya, pedendang, Adenia
acuminata.
lupung; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), jelutung bukit, mata keli, medang
kasap, mempunai bukit, meranti tekukur, Antidesma velutinosum.
lupus hapus, luput, hilang: senyumnya ~ sambil menahan kesakitan;
melupuskan menghapuskan, meniadakan: dgn hormatnya
dimaklumkan bahawa alat perkakas, kerusi meja spt yg tersebut di
bawah telah dilupuskan atau dihapus kira;
pelupusan perihal (perbuatan dsb) melupuskan.
luput 1. hilang, lenyap: zaman dongeng-mendongeng sudah ~ sekarang;
~ drpd hati (di hati) hilang drpd hati (lenyap drpd ingatan); ~ drpd
mata (di mata) hilang drpd mata; ~ drpd ingatan; 2. terhindar
(drpd), terjauhkan (drpd), terlepas (drpd): ~ drpd bahaya; ~ drpd
dakwaan terlepas drpd dakwaan; 3. tidak mengena (pd sasaran),
menyimpang (drpd sasaran), salah: dilemparinya budak itu tapi ~;
meluputkan 1. menghilangkan, melenyapkan; ~ drpd ingatan
menghilangkan drpd ingatan; 2. melepaskan; ~ diri melepaskan diri;
3. mengelakkan (pukulan, serangan, dll), menangkis: ditikamnya
dada Hang Jebat, serta diluputkan oleh Hang Jebat tikaman
Laksamana itu;
terluput terhindar drpd, terjauhkan drpd, terlepas drpd: sbg
manusia biasa, dia juga tidak ~ drpd salah dan silap; ~ drpd
bencana;
keluputan perihal luput, kelenyapan, kemusnahan;
peluputan perihal meluputkan sesuatu.
lurah I 1. tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah; 2. lekuk
memanjang (pd papan dll), alur; ~ hidung alur bibir;
~ tidak terturuni, bukit tidak terdaki prb Mn perihal orang yg
sangat tua dan lemah; adat ~ timbunan sarap prb orang yg
berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang
mengadu hal; bukit sama didaki, ~ sama dituruni = ke bukit sama
mendaki, ke ~ sama menurun prb sepakat (seia sekata); di ~ air yg
besar, di bukit orang yg hanyut prb orang yg tidak bersalah
menerima hukuman; di ~ maka hendak angin, di bukit maka hendak
air prb berkehendakkan sesuatu tidak pd tempatnya; berlurah di
balik pendakian prb ada kehendak (maksud) yg tersembunyi;
berlurah ada lurah, berlembah;
berlurah-lurah mempunyai banyak lurah atau alur: dahi Mak Su
berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~.
lurah II Id 1. ketua kampung: hatta berapa lamanya negeri Majapahit
pun besarlah, segala ~ Jawa semuanya takluk ke Majapahit; 2.
ketua atau pemimpin (sesuatu bahagian pekerjaan);
kelurahan daerah di bawah jagaan lurah, rumah atau pejabat lurah.
lurang lubang konkrit bertutup di jalan utk membolehkan pekerja
memeriksa, membaiki atau menyelenggarakan pembetung dan
saliran.
lurik sj kain tenunan yg coraknya berjalur-jalur.
luru I; meluru datang dgn cepat (kerana hendak mendapatkan sesuatu),
mengejar dgn cepat: ia ~ ke pintu mendapatkan anak itu.
luru II Pr; meluru menggosok supaya bercahaya (labu dll), menggilap.
lurub = luruban Jk kain penutup usungan mayat.
luruh I gugur kerana sudah masak (buah-buahan), gugur kerana sampai
masanya (daun, bulu, dll); musim ~ musim daun gugur; ~ upih
pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain
yg didapat;
berluruhan luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran:
daun-daun ~ pd musim gugur;
meluruh 1. bertukar bulu (ayam dll), meranggas; 2. gugur pd
musim luruh (daun), meranggas;
meluruhkan menyebabkan luruh, menggugurkan, meranggaskan:
tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu;
luruhan sesuatu yg luruh, guguran: “Nenek, kita ke rumah sakit
ya,” ucap Nadira dlm ~ air mata;
keluruhan kejadian luruh: ramai orang percaya bahawa bahan itu
boleh menyebabkan ~ rambut.
luruh II sl daerah, jajahan.
lurus 1. tidak bengkok, lempang: garis yg ~; keris bermata ~; 2. tegak
betul: berdiri ~; garis yg tegak ~; 3. benar, jujur: ia menjawab dgn
~; ia seorang hulubalang yg gagah berani serta ~ dan setia kpd
tuannya; 4. tidak bersalahan, tepat benar, betul: terjemahan ~;
~ hati = ~ akal tulus hati; ~ tabung terlalu jujur;
terlampau ~, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah
pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan
terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik);
selurusnya sebenarnya, sebetulnya;
berselurus membuat sesuatu dgn jujur, berlaku lurus;
selurusan berhadapan betul, setentang;
melurus menjadi lurus: apabila kapal itu menjunam ke hadapan
atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik;
meluruskan menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya;
ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi;
kelurusan 1. perihal lurus (lempang, tegak, dll); 2. perihal lurus
(benar, jujur), kejujuran: ia dapat menunjukkan kecekapannya dan
~ hatinya;
pelurusan perihal (proses) meluruskan sesuatu: projek ~ jalan itu;
pelurus alat utk meluruskan sesuatu.
lurut I; melurut 1. memegang dgn jari dan mengurut: ~ rambut yg basah;
~ daun nipah; 2. melucutkan dgn jari (cincin dll); 3. memicit dgn
jari utk melicinkan (kertas dll); 4. menceraikan biji-bijian drpd
tangkainya: ~ padi utk makanan burung; 5. ki memetik hingga
habis (buah-buahan); 6. ark mengopek (mengelupaskan) daging
drpd tulang: sungguhpun tiada bergigi, dilurutnya daging ayam
rebusan itu, dikunyah-kunyah ditelan, tinggal tulang juga; 7.
mengalir (air sungai dll): spt air ~ atau mengalir ke laut; 8.
berguling (pd bidang yg landai dll): sebiji guli ~ ke bawah tempat
yg curam;
lurutan perihal melurut; ~ bukan jepitan diambil banyak sekali
(tidak diambil satu per satu tetapi dilurut);
pelurut alat utk melurut: ~ daun pandan atau mengkuang yg telah
dijemur kering; ~ dawai (Kej) alat utk menanggalkan penebat drpd
dawai supaya penyambungan dapat dibuat.
lurut II luruh, gugur; rurut I.
lusa hari sesudah esok; besok ~ a) besok ataupun lusa (dlm sehari dua ini);
b) pd sesuatu masa kelak, lama-kelamaan, lambat-laun.
lustrum IB perayaan peringatan lima tahun, pancawarsa.
lusuh 1. renyuk, kumal (pakaian dll): baju itu sudah ~ di tangannya; 2.
sudah rosak atau luntur kerana lama terpakai dll (bkn kain baju dll),
sudah tidak segar lagi (kerana mengalami kesusahan, menderita,
dsb): mereka memakai pakaian seragam berwarna kuning yg
sudah~;
melusuhkan menjadikan lusuh, memakai selalu (baju dll) hingga
menjadi lusuh;
kelusuhan perihal (keadaan) lusuh: pd hakikatnya ~ dirinya itu
adalah akibat beberapa banyak penyakit yg menghinggapnya.
lut I dimakan senjata, telap (oleh senjata), mempan; telut II.
lut II bp batu duga, batu ladung.
lut III (Muz) sj alat bunyi-bunyian bertali kembar yg dipetik spt gitar.
lutar arklontar I.
lut cahaya meluluskan cahaya tetapi benda yg di sebaliknya tidak jelas
tampak.
lutetium (lutétium) (Kim) sj unsur logam.
LUTH kep Lembaga Urusan dan Tabung Haji.
luti renyuk, kumal, lusuh (pakaian dll).
lutong (Muz) sj kecapi buluh enam tali dr Sarawak.
lut sinar dapat melihat melaluinya (kaca dll), hening;
kelutsinaran perihal atau keadaan lut sinar.
lutu; melutu 1. sl menyerang dgn hebatnya, menerkam, memukul bertalutalu:
lalu ia ~ datang; nanti dilutunya kita dgn kasut; 2. ki
menimpa: malang dan bencana datang ~ .
lutut I sendi di antara paha dan betis; pelipatan ~ lekuk di belakang lutut;
tempurung ~ tulang bulat di lutut sebelah hadapan;
berkata-kata dgn ~ prb berkata-kata dgn orang yg bodoh; bersaksi
ke ~ prb a) menjadikan sahabat atau sanak-saudara sbg saksi; b)
minta petunjuk kpd orang yg bodoh;
berlutut, melutut ark 1. berdiri di atas lutut, bertelut; 2. ki
menyerah, tunduk.
lutut II; ~ ayam sj tumbuhan (herba), keremak batu, keremak rusa,
maman babi, Hygrophila quadrivalois.
luwes tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan (dgn keadaan dll), dapat
diubahsuai;
keluwesan perihal (sifat dsb) luwes.
luyak Mn lembik, benyai (nasi dll).
luyu nampak spt mengantuk (mata), kuyu, ruyup: matanya ~ memandang
orang yg menegurnya.
luyut; meluyut 1. = berluyutan melentur ke bawah sebab terlampau
berat (dahan yg terlalu lebat buahnya): dahan pokok itu ~ kerana
buahnya yg sangat lebat tahun ini; 2. luyu, ruyup, kuyu (bkn mata
orang yg mengantuk).
lwn kep lawan.

1 comment:

  1. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama