SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Thursday 29 September 2011

Daftar Kata Huruf M

m I huruf ke-13 abjad Rumi.
m II kep meter.
M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi.
ma Pr semua; saya ~ kita; dia ~ mereka.
MA kep Master of Arts (Sarjana Sastera).
maab Ar ark tempat kembali.
maaf 1. kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang drpd hukuman
atau denda kerana sesuatu kesalahan (kekeliruan dsb), ampun:
Omar meminta ~ drpd bapanya; memberi ~ mengampuni; 2. =
maafkanlah ampunilah: ~ sahajalah budak itu, dia masih belum
tahu apa-apa; minta ~ minta diampuni;
bermaaf-maafan saling memberi ampun: Ros mengesat air
matanya setelah ~ dgn Jamilah;
memaafi memberi ampun (maaf) kpd, mengampuni: sekali dua dia
boleh dimaafi;
memaafkan mengampunkan kesalahan (kesilapan dll), tidak
menganggap salah dll lagi: sudilah kiranya engkau ~ kesalahanku
lahir batin, dunia akhirat;
permaafan perihal bermaaf-maafan;
pemaaf 1. orang yg rela memberi maaf (memaafkan); 2. bersifat
suka memaafi atau memaafkan: dia seorang dermawan yg
merendah diri, khusyuk, dan ~.
maahad Ar tempat atau pusat pembelajaran agama Islam: aku berminat
utk belajar di ~ itu, tetapi terpaksa menghadapi satu ujian
kelayakan utk belajar di situ; ~ tahfiz pusat pengajian utk
menghafal dan mengkaji al-Quran.
maakul Ar masuk akal (fikiran), berdasarkan akal (fikiran), logik,
munasabah: tiap-tiap orang yg menentang cadangan itu
mempunyai alasan yg ~ dan kuat pula.
maakulat Ar ilmu pengetahuan berkenaan sesuatu yg ghaib (dgn
berdasarkan akal fikiran), metafizik.
maalaf Ar ark tempat utk mengisi makanan kuda dll, palung.
maal hijrah Ar majlis yg diadakan sempena mengingati dan mengambil
pengajaran drpd peristiwa hijrah Rasulullah (diadakan pd bulan
Muharam).
MABBIM akronim bagi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-
Malaysia.
mabir; tabir-~;  tabir.
MABM kep Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu.
mabrur Ar diterima Allah: haji ~.
mabuk 1. pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dsb) kerana
meminum minuman keras atau makan gadung dsb: Ali dimarahi
isterinya kerana pulang ke rumah dlm keadaan ~; 2. ki sangat suka
(gemar) akan sesuatu ... terlalu sangat asyik (berahi): maka Tuanku
Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan ayahnya
itu;
~ agak-agak (kira-kira) suka duduk berangan-angan sahaja (satu
kerja pun tidak dibuatnya); ~ andan tergila-gila kerana hendak
kahwin; ~ asmara (berahi, cendawan, cinta) hilang akal atau spt
gila (kerana jatuh cinta dll); ~ bunga raya mabuk dgn muka
berwarna merah; ~ bunga selasih terlalu mabuk (hingga tidak dapat
berdiri dgn tegak); ~ darah a) pening kepala kerana melihat darah;
b) pengsan kerana banyak kehilangan (keluar) darah; c) mengamuk
setelah melihat darah; d) suka menumpahkan darah orang; ~ gunung
berasa pening kerana udara agak tipis (di tempat-tempat yg tinggi,
pergunungan, dll); ~ hamil rasa loya-loya, pening dsb, biasanya pd
sebelah pagi, yg dialami pd peringkat awal kehamilan; ~ kecubung
a) pening kepala kerana memakan biji kecubung; b) ki sangat berahi
sehingga lupa akan hal-hal lain; ~ kepayang (kesmaran) fikiran
terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dll; ~ laut (ombak)
pening dan muntah-muntah dlm pelayaran (dgn kapal atau perahu);
~ tahi telinga menjadi bingung kerana mendengar bermacammacam
percakapan orang; ~ udara pening kerana naik kapal
terbang;
~ di enggang lalu prb tertarik hati kpd orang yg tidak dikenali; spt
orang ~ gadung prb sangat pucat;
dimabuk diganggu atau terganggu oleh sesuatu (fikiran dll): kerana
telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan
mundur;
~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dll);
~ bayang-bayang mengalami cinta yg tidak berbalas; ~ nasib berasa
sangat sedih kerana memikirkan nasibnya;
dimabuki diganggu oleh: selama tujuh tahun darwis itu ~ sakit
cinta;
memabukkan menjadikan (menyebabkan) mabuk: minuman yg ~;
kemabukan sedang mabuk, dlm keadaan mabuk: dia sudah spt
orang yg benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya;
pemabukan proses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau
dadah;
pemabuk (orang yg) selalu mabuk.
mabung sj ikan laut, Rastrelliger kanagurta.
mabur Jk lari,terbang.
Mac bulan ketiga dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari.
macam 1. keadaan sesuatu benda, bangsa, jenis, rupa: kain ini ada dua ~;
2. laksana, seperti, umpama: ~ rusa masuk kampung; 3. cara,
kaedah: walau ~ mana sekalipun, ia mesti berjumpa dgn orang
tuanya; apa ~ a) = ~ apa (mana) bagaimana; b) apa pendapatmu?
semacam 1. sebangsa, sejenis: 2. sebagai, serupa, seperti: adakah
orang ~ saya menaruh khianat di dlm hati;
bermacam berbagai(-bagai);
bermacam-macam, macam-macam berbagai-bagai, berjenisjenis,
berupa-rupa;
mempermacam-macamkan memperbuat dll bermacam-macam.
macan Jw harimau; ~ loreng harimau belang; ~ tutul harimau akar;
memacani mempertakuti, menakut-nakutkan;
macanan, macan-macanan sj permainan anak-anak.
macang bp embacang.
macat macet.
macet Jk 1. tidak lancar, sendat, serat: satu kali lagi hendak dilepaskan
tembakan tapi pistolnya ~; 2. ki terhenti, kandas, terbengkalai:
kalau kita ditangkap, usaha kita akan ~;
kemacetan hal (keadaan) macet: impian manusia utk keluar drpd ~
hidup yg dirasakan terbelenggu oleh tradisi.
Machiavellianisme (machiavéllianisme) fahaman (prinsip) politik yg
menekankan ciri orang yg suka mengambil kesempatan (oportunis),
bersifat licik, dan pandai menipu.
macho  maco.
macis mancis.
maco bp tampak sifat kelelakiannya sama ada dr segi penampilan,
perawakan dsb.
macuk sj permainan judi Cina (dimainkan di atas meja oleh empat orang
pemain dgn menggunakan balak-balak kecil).
mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek dijadikan bunyi panjang; 
maddah.
mada 1. Mn tidak ada perasaan, tebal telinga; 2. bp bodoh.
MADA akronim bagi Muda Agricultural Development Authority
(Lembaga Kemajuan Pertanian Muda).
madah I 1. kata yg terutamanya digunakan utk puji-pujian: Ramlah
tersipu-sipu mendengar ~ Tuan Penghulu itu; 2. sl perkataan;
berpanjang ~ berkata (menghuraikan dll) dgn panjang lebar; pendek
~ pendek kata, pendeknya;
bermadah 1. bersyair dll dgn memuji-muji, memuji-muji: saya ~
spt pujangga, dia membisu sahaja; 2. berkata: senang manusia
berkata apa yg disukainya tanpa memikirkan akibat atau
padahnya, senang mereka ~;
memadahkan mengucapkan, mengatakan: madahkan juga barang
hajat tuan.
madah II Pn menjemput orang (utk majlis perkahwinan).
madali sl sj alat bunyi-bunyian.
madam nyonya.
madang selalu, kerap.
madani Ar maju dr segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (bkn
masyarakat, generasi dsb): usaha utk membentuk masyarakat ~ dgn
menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan; kurikulum itu juga
terarah kpd pembinaan masyarakat ~.
madar Mn ark  mada.
madat I 1. candu yg belum dimasak; minum ~ menghisap madat; rumah ~
tempat orang membeli dan menghisap madat; 2. segala jenis dadah
(spt ganja, morfin, heroin, candu, dsb) yg disalahgunakan oleh
penagihnya;
bermadat menghisap madat;
pemadatan 1. perihal menghisap madat; 2. Jk biasa melakukan
sesuatu yg tidak sopan (kurang baik dll);
pemadat orang yg biasa (ketagih) menghisap madat: orang yg ~ itu
semuanya kurus kering.
madat II sl 1. menara tempat orang berkawal; 2. dinding atau tembok yg
letaknya di menara dll dan diberi berlubang-lubang (digunakan utk
menembak).
maddah Ar tanda bunyi panjang pd tulisan Arab;  mad.
maddi Id kebendaan (yg berupa benda): hukum~.
madgad kepingan besi, plastik, dsb yg dipasang menutupi roda basikal,
motosikal, dll utk mencegah percikan lumpur, air, dll;
bermadgad mempunyai (memakai, dilengkapi dgn) madgad:
basikal tua tidak ~ yg tersandar di tiang tengah diheretnya keluar
halaman.
madrasah Ar 1. tempat belajar (terutama bkn agama Islam), sekolah,
perguruan; ~ jamiah sekolah (perguruan) tinggi, universiti; 2. surau,
langgar.
madu I 1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan:
~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi
senyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~
senyuman yg manis benar;
~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik
asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb
jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana
biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~ , di dlm bagai
hempedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg
lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg
keluar drpd mulut orang yg elok rupanya.
madu II 1. wanita lain yg menjadi isteri kpd suami sendiri, 2. ki saingan
dlm percintaan;
bermadu mempunyai madu (bkn isteri yg suaminya beristeri lagi):
di negerinya ~ itu sudah lazim terbiasa, tersimpul dlm adat; dia
minta cerai jika saya kahwin lagi, ~ itu pahit baginya;
memadu memadukan: Usinah yg tidak mahu dimadu,
diceraikannya;
memadui 1. menjadi madu kpd, bermadu dgn; 2. memberi bermadu
(suami terhadap isterinya);
memadukan menjadikan sbg madu: isterinya tidak rela
dimadukan;
mempermadukan menjadikan (membiarkan) bermadu dgn:
seboleh-bolehnya, jangan sampai Ramlah dipermadukan;
permaduan 1. perihal bermadu: masa dlm tangan mandur besar
dahulu, enam orang madu saya, dlm ~ itulah saya abang ambil; 2.
perihal beristeri lebih drpd satu pd satu ketika (laki-laki), poligami:
~ dianggap kolot sekarang ini.
madu III; ~ mancung Id perhubungan dua sisi yg merupakan sudut.
madukara 1. sl lebah; 2. = kain ~ sj kain sutera yg disulam dgn benang
emas.
maesan (maésan)  mesan.
mafela skarf yg dililitkan pd leher utk mengurangkan kesejukan.
mafhum Ar 1. sudah mengerti (maklum, tahu), sudah faham: ~lah
baginda akan surat Yang Dipertuan itu; 2. pengertian;
memafhumi mengerti, mengetahui, memahami.
mafia pertubuhan haram yg menjalankan kegiatan jenayah dan keganasan.
mafsadah Ar kerosakan, kebinasaan, kehancuran: menolak ~ haruslah
didahulukan drpd mengambil maslahah.
magal sj tumbuhan (pokok), Sarcocephalus hirsutus.
magang I orang yg bakal atau calon menjadi pegawai (tetapi masih belum
menerima gaji): dia mula-mula bekerja sbg ~ .
magang II 1. terlampau masak (buah-buahan), ranum; 2. hampir masam
kerana mengalami perubahan kimia (bkn nira, tapai dsb);
memagang membuat (memproses) sesuatu supaya jadi magang,
menapai (tapai dll);
pemagangan perihal memagang.
magasawih sj tumbuhan (pokok) dlm famili Sonneratiaceae, berembang
bukit, magas dan tagahas (Sabah), sawih (Sarawak), Duabanga
spp.
magazin 1. sj kotak berisi peluru yg digunakan pd senjata api: pihak polis
telah merampas senapang itu bersama dgn dua ~ pelurunya; 2.
tempat mengisi kartrij filem dlm kamera.
magel Jk 1. belum masak benar (buah-buahan), mengkal; 2. ki belum
sempurna pengetahuan, belum begitu pandai.
magenta (magénta)  (warna)  ungu  kemerah-merahan, merah tua, merah
lembayung.
MAGERAN akronim bagi Majlis Gerakan Negara.
magersari Jw 1. orang yg berumah dlm kawasan rumah orang lain; 2. ark
orang yg membantu orang-orang yg berpindah dr satu tempat ke
tempat yg lain.
maghfirat Ar ampun, maaf.
maghrib Ar 1. tempat arah matahari terbenam, barat: lalu dilempar oleh
Selampit sebelah badannya ke masyrik dan sebelah badannya ke
~; 2. = waktu ~ waktu terbenam matahari sehingga hilang cahaya
merah di ufuk barat; sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu
maghrib.
maghribi Ar dr sebelah barat, termasuk sebelah barat (Moroko dll).
maghrur Ar sombong, angkuh.
magi IB ilmu ghaib.
maging; binatang ~ binatang (spt harimau, anjing, beruang, dsb) yg
memakan daging, karnivor.
magis luar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan dsb yg
tersembunyi, ghaib: kisah kehidupan di angkasa raya dgn
kekuasaan ~ atau yg berunsurkan tahyul; mengikut Winstedt, raja
itu juga mempunyai kuasa ~.
maglub Ar ark kalah, takluk.
magma batuan lebur (panas) yg terdapat di bawah kerak bumi yg apabila
menyejuk menjadi batuan igneus.
magnalium (Kim) aloi aluminium dan magnesium.
magnesium (magnésium)  (Kim) sj unsur logam yg ringan, mulur,
berwarna putih keperakan, dan terbakar dgn cahaya putih
berkilauan dan digunakan dlm membuat aloi ringan;
~ hidroksida sebatian magnesium dan air; ~ klorida sebatian
magnesium dan klorin; ~ oksida sebatian magnesium dan oksigen.
magnet (magnét)  sj  besi  yg mempunyai  daya menarik  logam-logam lain, besi
berani, semberani;
~ kekal (Fiz) sj magnet yg kekal bermagnet walaupun medan
magnet yg menghasilkannya itu sudah tiada; ~ ladam magnet yg
berbentuk ladam; ~ sementara (Fiz) bahan yg bertindak sbg magnet
hanya apabila bahan itu berada dlm medan magnet;
bermagnet mempunyai (ciri) magnet: kunci ~;
memagnetkan menjadikan (sbg) magnet;
termagnet telah menjadi magnet;
magnetan, kemagnetan perihal magnet; pemagnetan proses
memagnetkan sesuatu.
magnetik (magnétik) mempunyai sifat magnet.
magnetisme (magnétisme)  (sains  tentang)  fenomena  dan  sifat
kemagnetan.
magnetit (magnétit) bijih besi yg magnetik.
magneto (magnéto)  (Kej)  sj  dinamo  yg  mengeluarkan  api  dlm  sistem
pencucuhan sesuatu enjin pembakaran dalam.
magnetometer (magnétométer)  (Fiz)  alat  utk  mengukur  keamatan  dan
arah medan magnet.
magnetosfera (magnétosféra) (Ast) kawasan di sekeliling planet yg
dipengaruhi oleh medan magnet planet berkenaan.
magnetron (magnétron) alat yg menghasilkan gelombang mikro apabila
dibekali voltan tinggi.
magnitud besarnya, pentingnya, atau banyaknya sesuatu.
magnolia sj pokok dr genus Magnolia yg bunganya besar, berwarna
putih, kuning atau merah jambu, wangi dan kelihatan spt berlilin.
magun dipasang tetap pd perahu (spt kajang, tingkap, bilik, kurungan di
buritan perahu tempat jurumudi, dll): tingkap ~; ~ angin tingkap pd
perahu utk memasukkan udara atau cahaya; kajang ~ kajang yg
sentiasa dipasang pd perahu.
mah I singkatan bagi maha; ~raja maharaja.
mah II (Sunda) kata utk menguatkan perkataan atau ayat di depannya,
bukankah.
maha yg teramat, sangat, amat: M~ Besar; M~ Esa; M~ Berkuasa; M~
Mengetahui; M~ Mulia; M~ Suci.
maha- awalan asing besar, tertinggi, mis mahaguru dan mahasiswa.
MAHA akronim bagi Malaysian Agri-Horticultural Association
(Persatuan Pertanian dan Perkebunan Malaysia); pertunjukan ~
pertunjukan hasil pertanian dan perkebunan serta pekerjaan tangan.
mahabbah Ar kasih sayang, percintaan.
mahadewa (mahadéwa) 1. sl Betara Siwa; 2. dewa yg tertinggi.
mahadewi (mahadéwi)  1. Betari Surga; 2. ki sebutan utk puteri atau
permaisuri.
Mahadper Id kep Mahkamah Angkatan Darat dlm Perang.
Mahaduta ark duta besar;
permahadutaan ark kedutaan besar.
mahaguru 1. guru yg tertinggi pangkatnya di perguruan tinggi atau
universiti, profesor; 2. ketua sesuatu kumpulan silat.
mahahakim hakim besar.
mahajana I ark orang besar (orang yg terkenal dll).
mahajana II orang ramai (umum).
mahakarya karya agung yg dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dll) pd
sesuatu zaman, karya terbaik yg gemilang atau karya yg dicipta
drpd daya intelek dan daya kreativiti yg tinggi.
maha kuasa sangat berkuasa (tidak ada bandingannya);
kemahakuasaan perihal (keadaan, sifat) maha kuasa: orang-orang
yg percaya akan ~ Allah.
mahal 1. tinggi harganya, lwn murah: kain jenis itu memang ~; 2. susah
hendak mendapatnya, sukar, tidak mudah, jarang ada: dlm negeri
Melaka terlalulah ~ orang yg tahu menulis dan mengarang barang
suatu;
~ dibeli, sukar dicari = ~ tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta
prb sesuatu yg sangat sukar diperoleh;
memahalkan 1. membuat (menjadikan) mahal, menaikkan harga; 2.
meletakkan harga yg terlalu tinggi (lebih drpd sepatutnya),
menghargai lebih drpd sepatutnya;
kemahalan 1. kenaikan harga (barang-barang dll), masa barangbarang
mahal; 2. bp terlalu mahal; tunjangan ~ Id tambahan kpd
gaji disebabkan harga barang-barang mahal;
pemahal yg menyebabkan jadi mahal: Ramlah tidak mempedulikan
keindahan rupanya kalau hanya sekadar ~ harga dirinya.
mahamenteri sl ketua menteri (tetapi di bawah bendahara).
mahameru (mahaméru) sl gunung tempat tinggal segala dewa.
mahang sj tumbuhan (pokok kecil), Macaranga spp.; jenis-jenisnya: ~
api, ~ bayan, ~ bulan, ~ putih, dll.
mahaputera Id gelaran yg diberi kpd warganegara yg sangat besar
jasanya terhadap negara.
mahar Ar = ~ kahwin mas kahwin (yg diberi kpd pengantin perempuan);
membayar ~ memberi mas kahwin.
maharaja 1. raja besar; 2. sl gelaran atau sebutan bagi orang besar:
Bendahara Seri M~; nikah M~ Boma prb nikah tanpa belanja;
kemaharajaan perihal maharaja: semua negara Asia Pasifik
pernah berada di bawah pengaruh besar ~ itu.
maharajalela (maharajaléla) sl (gelaran yg diberi kpd) kepala menteri yg
tugasnya memenggal kepala orang yg bersalah kpd raja;
bermaharajalela, bersimaharajalela, merajalela 1. berbuat
sesuka hati (sewenang-wenang): lanun-lanun ~ di daerah itu; 2.
berkecamuk, berjangkit dgn hebat (penyakit dll): penyakit taun ~
setelah peperangan itu; 3. menjadi-jadi: tindas-menindas terus
berlaku, kekejaman ~;
kemaharajalelaan perihal bermaharajalela; merajalela.
maharana sl perang besar.
maharani sl raja perempuan, ratu, permaisuri.
maharesi, maharishi sl pendeta yg suci.
maharupa sl terlalu cantik (indah).
mahasiswa pelajar (penuntut) di universiti;
kemahasiswaan hal yg berkaitan dgn mahasiswa: apakah yg
menghalang siswi turut aktif dlm kerja ~ ini?
mahasiswi mahasiswa perempuan.
mahasitua bp panggilan utk mahasiswa yg sudah berumur (biasanya bagi
yg mengikuti kursus sarjana muda).
mahatma jiwa besar (gelaran yg diberi kpd mendiang Gandhi sbg
pemimpin India).
mahatur = paduka ~ sl gelaran yg diberi kpd salah seorang drpd isteri
raja Jawa zaman dahulu.
mahbub Ar yg dikasihi (lelaki).
mahbubah, mahbubat Ar yg dikasihi (perempuan).
mahdi Ar pemimpin, penunjuk jalan; al ~ = imam ~ pemimpin yg akan
muncul utk membersihkan dunia ini drpd dajal (ketika hampir
kiamat).
maherat (mahérat) ark hilang, menghilangkan diri;  mairat.
mahesa (mahésa) sl kerbau (juga dipakai utk nama orang).
maheswara (mahéswara) sl dewa Siwa;  mahadewa.
mahfuz Ar yg sudah dihafazkan, tersemat dlm hati (ingatan); loh al ~; 
lohmahfuz.
mahing Mn ark bau yg sangat busuk.
mahir terlatih utk mengerjakan sesuatu, cekap, lancar, pandai: orang Cina
itu masih belum ~ berbahasa Melayu;
memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: agak
sukar bagi peserta jika tidak memiliki atau ~ kepandaian tertentu,
spt kreativiti atau kemahiran menggunakan komputer; penguasaan
bahasa bukan sekadar ~ aspek linguistik sesebuah bahasa;
memahirkan melatih seseorang supaya cekap, mempelajari dgn
sungguh-sungguh supaya mahir: pelajar akan didedahkan pd
latihan yg dapat ~ mereka dlm menghadapi peperiksaan sebenar;
kemahiran kecekapan, kepandaian: ~ Fernando tentang pelayaran
telah diketahui oleh mereka;
berkemahiran mempunyai kemahiran, mahir: dan tentu ramai
calon di situ yg lebih ~, lebih layak, fikirnya.
mahjung sj permainan judi orang Cina.
mahjur orang yg tidak dibolehkan oleh syarak membahagi-bahagikan
hartanya kerana bodoh, muflis, sifat boros (mubazir), atau tidak
berakal.
mahkamah tempat membicarakan kes undang-undang, dewan atau majlis
pengadilan;
~ agung Id pengadilan yg tertinggi; ~ juvenil mahkamah yg
mempunyai bidang kuasa ke atas pesalah juvenil dan kanak-kanak
di bawah kawalan ibu bapa; ~ perusahaan badan yg menyelesaikan
pertikaian buruh; ~ rendah (majistret, sesyen) mahkamah yg di
bawah kuasa atau diadili oleh majistret; ~ syariah mahkamah yg
mengadili hal-hal yg bersangkutan dgn hukum Islam; ~ tentera
mahkamah yg mengadili perkara tentera; ~ tinggi mahkamah yg
mengadili perkara yg besar-besar spt pembunuhan dll (diadili oleh
Hakim Besar).
mahkota 1. tajuk kebesaran raja: dikenakan ~ di hulu baginda; 2. ki
(orang) yg memerintah, raja; ~ alam raja yg memerintah sekalian
alam; ~ negeri raja yg memerintah sesebuah negeri; putera (tengku)
~ anak raja yg bakal menggantikan ayahandanya; wakil ~ wakil
raja; 3. gelaran utk orang besar-besar: Datuk Raja M~; 4. perhiasan
kepala spt yg biasa dipakai oleh pengantin perempuan (pemenang
peraduan ratu cantik dsb); 5. ki jantung hati, kekasih: ~ hatiku;
bermahkota memakai mahkota, menjadi raja yg memerintah; rajaraja
yg ~ raja-raja yg memerintah;
memahkotai meletakkan mahkota (pd kepala raja) sbg menobatkan
baginda menjadi raja, mengenakan mahkota pd (orang yg naik
takhta menjadi raja);
pemahkotaan perihal (perbuatan, upacara, dsb) memahkotai (orang
yg naik takhta menjadi raja).
mahligai istana tempat kediaman raja (permaisuri atau putera-puteri raja).
Mah Meri penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Senoi
yg juga dikenali sbg orang laut, yg kebanyakannya tinggal di pesisir
pantai Selangor khususnya di Pulau Carey.
mahmud Ar terpuji.
mahmudah Ar terpuji; sifat ~ sifat terpuji.
mahna Ph telekung.
mahogani sj pokok tropika yg kayunya keras berwarna coklat kemerahmerahan,
biasanya digunakan utk membuat perabot.
mahram Ar orang (lelaki ataupun perempuan) yg haram dinikahi
(mengikut hukum Islam) kerana hubungan kekeluargaan yg rapat,
hubungan susuan dsb (spt ibu, anak susuan, adik beradik dsb).
mahsul = hasil ~ hasil sesebuah negeri (yg dieksport).
Mahsuri = padi ~ sj padi yg benihnya merupakan campuran drpd padi
Kedah dan padi Taiwan;  padi.
mahsyar Ar tempat berhimpun di akhirat setelah tiupan sangkakala
apabila semua manusia dibangkitkan dr kubur; hari ~ hari manusia
berhimpun pd hari akhirat; padang ~ padang tempat manusia
berhimpun pd hari akhirat.
mahu 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu
dipegang oleh seorang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b)
terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp
maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini?
semahunya, semahu-mahu, semahu-mahunya sekehendak
(sesuka) hati, sewenang-wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan
dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja;
mahupun meskipun, walaupun;
memahu-mahu, memahukan 1. memaksa-maksa supaya mahu; 2.
menghendakkan, mahu kpd;
memahui, mengemahui menghendaki, menuntut (supaya);
kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~
mereka;
berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara
bebas.
mahubi sj tumbuhan (pokok renek), kelat menahun, medang melukut,
menahun, nahun, nanas burung, sial menahun, Pternandra echinata.
mai I; puki ~ bk perkataan yg sangat kasar pengertiannya (digunakan
sewaktu memaki).
mai II Kd, Pn mari;
pi ~ pergi dan datang, lalu-lalang; pi ~, pi ~ duk tang tu ki tidak
berubah keadaannya.
main I 1. sesuatu yg dilakukan utk bersenang-senang atau bersuka-suka
(dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): ~ bola; ~ gasing; ~
guli; ~ jongkang-jongket; ~ tenis; 2. = bermain berbuat sesuatu
utk menyukakan atau menyenangkan hati (dgn menggunakan alatalat
tertentu atau tidak): jangan ~ di tengah hujan nanti demam; 3.
bp melakukan sesuatu dgn sesuka hati (tidak bersungguh-sungguh,
sewenang-wenang): dia kini telah pandai ~-~ sabar; 4. berjudi: ~
judi; ~ tikam ekor; 5. mempertunjukkan wayang (sandiwara dll); 6.
Id bp bekerja (utk mencari nafkah); 7. sl kebijaksanaan (dlm
mengerjakan sesuatu), kepandaian, muslihat: tiada mengapa,
lihatkan juga oleh saudaraku ~ si Tuah dgn seterusnya;
~ angin selalu berubah (berputar belit) percakapannya; ~ gila
berkelakuan (berbuat sesuatu) tidak senonoh atau kurang sopan; ~
kasar bp bertindak atau bercakap kasar; ~ kayu = ~ muda bp
bersuka-sukaan (berseronok-seronok) dgn perempuan; ~ kayu tiga
berpura-pura berbuat baik dgn tujuan berbuat jahat; ~ mata a)
mengerling-ngerling (menjelingkan) mata; b) memberi isyarat dgn
mata; ~ pantai sj perayaan memuja pantai; ~ perempuan bermukah
dgn perempuan; ~ rebutan berebut hadiah yg digantungkan pd tiang
yg dilicinkan; ~ siku (sikut) a) menyinggung dgn siku; b) menipu dll
ke sana sini; ~ sunglap a) main silap mata; b) mengenakan tipu
muslihat (kpd), memperdaya; ~ tangan memukul dgn tangan; ~
tempel bp meminta pertolongan kpd orang yg berkuasa; ~ undi a)
main loteri; b) ark main dadu; bukan ~ sungguh, sangat;
bermain 1. melakukan sesuatu utk bersenang-senang atau bersukasuka:
Amin belajar, ~ , bekerja dan berehat dgn berpedomankan
jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn:
sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. =
bermain-main muncul, timbul, dan mengganggu (fikiran dsb):
paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di
ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di
kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan
matanya;
~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara
dan gaya; ~ tangan menggunakan ketangkasan tangan; ~ tangan
panjang memegang-megang (meraba-raba) perempuan;
~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air
basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau
pekerjaan ada akibatnya;
bermain-main 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil
melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguhsungguh,
berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguhsungguh,
hanya ~ sahaja;
memainkan 1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku bermainmain
atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan nyanyian dgn
bunyi-bunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan alat bunyibunyian:
budak itu telah pandai ~ piano; 4. menayangkan (wayang
dll): filem ini pernah dimainkan tahun lepas; 5. melakonkan
(sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~
drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; 6. memegang peranan
sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak ayah dlm drama itu; ~
peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil bahagian dlm;
mempermainkan, memain-mainkan 1. = bermain-main dgn,
menggunakan sesuatu utk bermain-main (sbg permainan): ia tunduk
dan jarinya kelihatan sedang memain-mainkan tepi tikar
mengkuang; datuk itu bermisai panjang, tiada lepas tangannya dr
misai, dimain-mainkannya; 2. memperlakukan utk bersenangsenang
(mencari untung dll): jangan ~ anak gadis orang; mereka
dipermainkan sahaja oleh majikan mereka; 3. memainkan
(sandiwara, wayang, dll): Dalang Surung Rana pun berhenti di
bawah pohon beringin, serta ~ wayangnya; 4. memperolokolokkan,
mempersendakan, menyindir-nyindir, mengeji-ngeji: maka
banyaklah tingkah lakunya yg jenaka dipermainkan oleh orang
kampung akan dia; awak banyak dosa, awak selalu ~ Islam;
mainan, main-mainan 1. benda yg digunakan (oleh kanak-kanak)
utk bermain: anaknya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg kelihatan
spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai
dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~; 3. sesuatu yg
digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik
bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajarlah dibantu
dgn ilmu;
permain sl teman bermain, orang yg menyukakan hati orang lain
(dlm istana dll): kanak-kanak itu diambil akan ~ supaya ramai
istana hamba; maka ada seorang budak bongkok ~ mandudari,
maka budak bongkok itu dipanah Seri Rama;
permainan 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk
bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan
bermain (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak;
~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguhsungguh
(utk main-main sahaja); 4. pertunjukkan (wayang,
sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu
kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk
berseronok-seronok sahaja (bukan dijadikan isteri): sesudah ditalak
oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan
(spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg
dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama
kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit
oleh bomoh (memakai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn
jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan
panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa
bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya
susah;
sepermainan sama-sama bermain: kami ~ semasa kecil;
pemain 1. orang yg bermain (bola, piano, dll), pelakon (drama dll):
~ biola; 2. orang yg suka bermain judi: wang permulaan diterima
lebih banyak drpd yg biasa, yg ~ boleh bermain di tikar judi.
main II; burung ~ angin sj burung, burung laki padi, Cisticola juncidis
malaya.
mairat Ar, bp pergi, mati; merat, maherat.
mait Ar mayat.
maja = ~ batu (ingus) sj tumbuhan (pokok), bel, bila, Aegle marmelos.
majahil; tandil ~;  tandil.
majakani sj buah keras digunakan sbg ubat dan utk menghitamkan gigi.
majakaya tidak bersambung (tiang dll).
majakeling sj buah keras yg digunakan sbg ubat.
majal 1. tidak tajam (pisau,pedang, dll), tumpul: kamu sendiri yg
membuat tumpul dan ~ pedang yg tajam ini; 2. ki benak (fikiran,
akal): otaknya beku dan ~; 3. Kd jemu, bosan.
majalah terbitan berkala yg mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto,
dll;
~ bergambar majalah yg sebahagian besarnya diisi dgn gambar, ~
ilmiah majalah yg mengandungi makalah yg bersifat ilmiah.
permajalahan hal yg berkaitan dgn majalah: Simposium Dunia P~
Melayu 2003.
majamuju  jemuju.
majapahit 1. sj tumbuhan (pokok), maja batu, maja gelepung, maja
gedang, maja lumut, Aegle marmelos; 2. sj tumbuhan (pokok
renek), akar cambai (cangi ular), akar julung bukit, akar serai, tinjau
binti, Apama corymbosa.
majaz, majazi Ar hanya sbg kiasan dll (bukan sebenarnya).
majer Jw mandul;  majir.
majera  mejera.
majezub Ar sasar kerana terlalu banyak memikirkan sesuatu (suluk dll).
majikan orang yg mengambil satu atau lebih pekerja, induk semang:
pekerja perusahaan itu tidak mendapat perhatian langsung drpd
~nya; kaum ~ pihak yg mengambil pekerja;
bermajikankan mempunyai seseorang, sesebuah syarikat atau
sesebuah badan sbg majikan: dia berasa beruntung kerana dapat ~
orang yg baik hati dan bertimbang rasa.
majir Jk tidak dapat beranak, mandul; majer.
majistret (majistrét)  pegawai  awam  yg  menjadi  hakim  di  mahkamah
majistret rendah, hakim rendah; ~ pekeliling hakim rendah yg
bergerak dr satu tempat ke satu tempat .
majlis I 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir,
membuat peraturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~
Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia
dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan
tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm
sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan
(perjumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di
bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi
para peguam dan pengamal undang-undang.
majlis II 1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik,
rapi.
majmuk terdiri atau terbentuk drpd beberapa bahagian dsb tetapi
merupakan kesatuan;
cahaya ~ Id cahaya yg berasal atau terjadi drpd beberapa cahaya
lain; kalimat ~ = ayat ~ (Lin) kalimat yg mengandungi (terdiri drpd)
dua atau tiga kalimat lain; kata ~ (Lin) gabungan dua atau tiga
perkataan yg mempunyai satu pengertian; masyarakat ~ masyarakat
yg terdiri drpd beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa; minyak ~
sj minyak wangi (merupakan campuran drpd beberapa jenis minyak
wangi lain);
memajmukkan menjadikan majmuk, menggabungkan dua atau
beberapa kata dsb supaya menjadi bentuk majmuk;
kemajmukan sifat atau keadaan majmuk, kepelbagaian yg terdapat
dlm sesuatu (gabungan, kesatuan, dll): ~ imej budaya Malaysia
sebelum 1969 telah bertukar kpd budaya Malaysia yg berteraskan
kebudayaan Melayu; ~ masyarakat negara Malaysia;
pemajmukan perihal (proses atau perbuatan) memajmukkan,
penghasilan atau penciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau
beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb
menjadi satu kesatuan: penggabungan perkataan yg membawa satu
makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk.
majnun Ar tidak siuman, gila; junun.
majoriti 1. sebahagian atau sebilangan terbesar; 2. kelebihan undi atau
kerusi yg diperoleh oleh calon atau parti mengatasi bilangan undi
calon atau parti yg lain.
majra  mejera.
maju 1. bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan, mengasak ke
hadapan (tentera dll): guru menyuruh murid-murid yg bertutur itu
supaya ~ sedikit; tentera Jepun sedang bergerak ~ ke selatan; 2.
bertambah baik keadaannya (dlm pelajaran, perniagaan, dll):
perusahaan Pak Ali kelihatannya ~; bagaimana hendak ~ kalau
engkau malas belajar; 3. tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf
hidupnya, dll): negeri-negeri yg telah ~ spt Jepun patut membantu
negeri-negeri lain di Asia yg masih mundur; 4. Id lulus (dlm
peperiksaan, ujian): siapa bilang aku ~ dlm ujian itu? ~ mundur
bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur;
memajukan 1. menyorong (menolak, menggerakkan) ke hadapan:
tolong majukan sedikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup,
ekonomi, dll), memperluas, memperkembangkan (perdagangan,
perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji hendak
~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah diambil
utk ~ perusahaan kelapa sawit di negeri ini; 3. menjadikan lebih
baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan: ahli fizik bangsa
Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun 1910; 4.
membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk
dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah
dipersetujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu
dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan
oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat supaya
lulus (dlm peperiksaan), meluluskan;
kemajuan perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa
sepuluh tahun ini dapat dibanggakan;
~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt
kemajuan ekonomi); ~ rohaniah kemajuan yg berkaitan dgn aspek
kerohanian (spt etika, moral, dsb);
pemajuan perihal atau perbuatan memajukan;
pemaju orang (syarikat dsb) yg memajukan (membangunkan,
mengusahakan, dsb) sesuatu kawasan (tanah dsb); ~ perumahan
orang atau syarikat yg membina rumah kediaman, rumah kedai, dsb
di sesuatu kawasan utk dijual kpd orang ramai.
majuh gelojoh, lahap, rakus.
majun I ubat tradisional (dibuat drpd herba dan rempah ratus) yg dibentuk
bulat-bulat dan dimakan utk menyihatkan badan.
majun II sj kain yg digunakan utk mencuci mesin dsb.
majung Mn serat yg digunakan sbg penyumbat celah-celah papan dll.
Majusi kaum yg menyembah api;
memajusikan menjadikan seseorang Majusi: ibu bapalah yg
bertanggungjawab utk meyahudikan, mengkristiankan atau ~ anak
mereka.
mak I 1. singkatan bagi emak; sudah boleh jadi ~ budak sudah cukup
besar dan dewasa utk menjadi seorang ibu; 2. panggilan atau
sebutan utk orang perempuan yg lebih tua (yg ada hubungan
kekeluargaan atau yg kerana umurnya patut dipanggil ibu):
~ andam a) perempuan yg mengandam (memepat serta mencukur
rambut di dahi) pengantin perempuan; b) perempuan yg kerjanya
menghias pengantin perempuan; ~ angkat = ~ pungut Id perempuan
yg mengambil serta memelihara anak orang spt memelihara anaknya
sendiri, ibu angkat; ~ bonda perempuan tua yg berlagak spt orang
muda; ~ bongsu (cu, su, usu) adik perempuan kpd ibu atau kpd
bapa yg bongsu; ~ buyung a) perempuan yg suka bercerita
(terutama kpd kanak-kanak); b) sebutan kpd perempuan hamil; c)
barua, muncikari, jaruman, pinang muda; ~ cik (kecil) a) mak muda,
bibi; b) panggilan kpd perempuan (yg bukan berkeluarga dgn kita)
yg sudah separuh umur; ~ kopek (tetek) inang pengasuh; ~ labu
perempuan yg sedang mengandung ~ long emak saudara yg sulung;
~ mek Kd isteri; ~ mentua ibu kpd isteri atau suami; ~ muda (da,
uda) a) adik perempuan ibu atau bapa, mak kecil; b) isteri yg muda;
~ nam singkatan dr sebutan mak andam; ~ ngah (tengah) saudara
perempuan ibu atau bapa yg tengah; ~ nyah bp panggilan kpd
golongan pondan; ~ saudara saudara perempuan ibu atau bapa; ~
tiri ibu tiri; ~ tua (wa) a) saudara perempuan ibu atau bapa yg lebih
tua; b) isteri bapa yg tua; emak.
mak II Mn mamak.
maka 1. sl lalu, sudah itu lalu, dan (dipakai utk memulakan ayat): ~ fakir
namanya hikayat ini Sulatul-Salatin yakni peraturan segala rajaraja;
apabila dilihatnya lanun-lanun sudah pergi semuanya, ~
pemuda itu pun keluarlah dr tempat bersembunyinya; 2. = ~ itu,
~nya = ~ dari itu sebab itu, kerana itu: kerana terlalu susah
hidupnya, ~ terpaksa dia pindah ke tempat lain; 3. bahawa: itulah
sebabnya ~ dia gagal dlm peperiksaan itu; 4. = ~ nya dgn sebab
itu: dgn bermain ombak dan membiasakan diri menempuh gelora
itulah ~nya penyakit mabuk laut akan hilang.
makalah rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yg
disiarkan dlm majalah, surat khabar, dll;
pemakalah orang yg menulis (menyediakan, membentangkan dsb)
makalah.
makam I ark tempat kediaman: maka baginda pun berangkatlah lalu
sampai kpd suatu ~ bernama Pedada;
bermakam mempunyai tempat kediaman, bersemayam.
makam II 1. kubur (digunakan utk orang yg dihormati spt nabi, para wali,
keluarga diraja, dsb): pd hari Jumaat yg lalu, Sultan pergi
menziarahi ~ ayahandanya; 2. = permakaman perkuburan: mayat
askar-askar yg terkorban dlm serangan hendap itu dikebumikan di
~ pahlawan; M~ Nabi Ibrahim bekas tapak kaki Nabi Ibrahim
berhampiran dgn Kaabah, iaitu salah satu tempat yg doa
pengunjungnya mustajab;
memakamkan menanam mayat, mengebumikan, menguburkan:
istiadat ~ jenazah Sultan;
pemakaman perihal memakamkan, penguburan: ~ Tok Engku telah
dijalankan dgn penuh istiadat.
makan 1. memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan,
melulur, menghisap, dll) sesuatu: jemputlah ~ kuih ini; ~ candu
menghisap candu; ~ pil menelan pil; ~ sirih mengunyah sirih; 2. = ~
nasi memamah serta menelan nasi: engkau sudah ~ Sim? 3. rezeki:
bagaimana hendak mencari ~ kalau kesihatanku selalu terganggu;
4. menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dll) masa, wang, dll:
pekerjaan ini banyak ~ belanja; menggali parit ini sahaja ~ masa
lebih kurang dua bulan; kereta saya banyak ~ minyak; 5. melukai
atau menembusi (senjata, air soda, dll), lut: ditikamnya, tetapi tidak
~; 6. bekerja spt yg dijangkakan (brek dll): brek basikal ini tak ~;
7. dapat masuk (barang yg dimasukkan ke lubang dll), masuknya:
paku itu hanya setengah inci ~ ke dlm papan itu; 8. mengikut
(nasihat dll), menerima (pengaruh, pujukan, dll): inilah jadinya
kalau orang tak ~ nasihat; sedikit pun tidak ~ dlm hatinya bahawa
tunangnya tidak setia kepadanya; 9. ki menggelapi (wang dll),
mengambil secara haram (wang): Pegawai Perumahan ini kuat ~
duit;
~ ampun sl minta ampun; ~ angin a) bersiar-siar utk mendapat
angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dll); b) mendapat
angin (kapal, layar, dll); ~ angkat suka dipuji-puji; ~ arwah kenduri
arwah (utk memperingati orang yg telah mati); ~ bawang ki marah;
~ benak menarik keuntungan yg besar; ~ beradap memakan nasi
adap-adap (biasanya nasi kunyit berserta dgn lauknya) yg disajikan
kpd pengantin ketika bersanding; ~ berdamai makan bersama-sama
pertama kali (bkn pengantin); ~ besar a) jamuan makan beramairamai
dgn berbagai-bagai jenis hidangan makanan, minuman dsb; b)
jamuan makan bersama-sama ahli keluarga pd petang atau malam
menjelang Tahun Baru Cina; ~ budi menerima kebaikan
(pertolongan dll) orang lain; ~ bunga mengambil keuntungan
(faedah) drpd apa yg dipinjamkan; ~ butir Kl dlm keadaan motobot
dsb tersangat sarat dgn muatan (hingga air mencecah papan teratas):
duduk baik-baik kerana bot ini ~ butir. Nanti tenggelam; ~ cekak
sanggup melawan (mengatasi dll); ~ dalam (orang yg) pendiam
tetapi banyak berfikir atau pengalaman; ~ (menghisap) darah a)
mengambil untung yg besar drpd orang lain (spt mengenakan bunga
yg sangat tinggi sewaktu meminjamkan wang dll); b) sebal hati,
bersedih; ~ dawai (kawat, kerawat, tali) sangat miskin; ~ di punca
kain Kl hidup melarat; ~ diri kesihatan terganggu (kerana sedih dll);
~ duit (emas) a) menerima wang suap; b) membelanjakan wang
kerajaan (majikan dll) utk keperluan sendiri; ~ gaji (upah) bekerja
pd orang utk mendapat gaji (upah); ~ gambar fotogenik; (banyak,
kenyang) ~ garam mempunyai banyak pengalaman dlm hidup; ~
hak melanggar hak orang; ~ hati (berulam jantung) dukacita yg
amat sangat (akibat gagal dlm percintaan dll); ~ kawan (teman)
sendiri menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dll) kawan
sendiri; ~ kerawat sangat miskin; ~ keringat orang menikmati
kesenangan hidup dgn memeras tenaga orang; ~ kuli bekerja sbg
kuli; ~ luar a) makan di kedai, warung, restoran dsb (bukan di
rumah); b) ki mengadakan hubungan seks bukan dgn suami atau
isteri sendiri; ~ malam (pagi, siang) makan pd waktu malam (pagi,
siang) hari; ~ nasi dgn garam sangat miskin; ~ nasi kawah makan
beramai-ramai (sewaktu membuat sesuatu pekerjaan dll); ~ nikmat
sl makan makanan yg lazat-lazat; ~ pelewar dlm keadaan motobot
dsb yg dipenuhi air hingga mencecah enjin: Ali menimba air dlm
botnya kerana air sudah ~ pelewar; ~ pencen hidup dgn mendapat
wang pencen drpd kerajaan (sesudah bersara); ~ puluk Id makan
dgn tangan; ~ ransom makan beramai-ramai; ~ riba meminjamkan
wang dgn bunga yg tinggi; ~ sahur makan sebelum masuk waktu
imsak dlm bulan Ramadan; ~ suap (sogok) menerima suap (rasuah);
~ sumpah = dimakan sumpah mendapat kesusahan kerana ingkar
akan sumpah, terkutuk; ~ tanah a) jatuh tersungkur di tanah; b)
sangat miskin; ~ tangan a) kena penumbuk (tinju); b) mendapat
keuntungan besar secara tidak disangka-sangka; ~ tanggung hidup
di bawah jagaan orang lain; ~ tidur hidup dgn tidak membuat apaapa
pekerjaan; ~ tuan mengenai tuannya sendiri (senjata dll); ~
tulang menyuruh orang supaya bekerja kuat;
~ hati berulam jantung prb menderita kerana perbuatan orang yg
karib (spt sahabat, suami, dll); ~ upas berulam racun prb hidup dlm
kesusahan; sudah ~ bismillah prb tidak menurut aturan, terbalik;
telah habis maka dimakan prb berhemat cermatlah dlm semua
perkara; tempat ~ jangan diberaki prb jangan membuat sesuatu yg
tidak baik kpd orang yg pernah memberi perlindungan (pertolongan
dll); tidak ~ siku-siku prb cakap seseorang yg berleleran sahaja
(tidak menurut tujuannya);
memakan 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan
pagi; 2. memerlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll),
mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit;
pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan,
membinasakan, memusnahkan: rumah itu dimakan api; pisau itu
dimakan karat; 4. mematikan (dlm permainan catur dll): hampir
dimakannya raja saya;
dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya
(pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (digunakan) wang dll;
dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua;
memakani memakan dgn banyaknya, acapkali memakan: ia asyik ~
buah-buahan yg dibawanya sendiri dr rumah;
memakankan 1. mengusahakan (memberi dll) supaya sesuatu
dimakan; 2. memakan utk;
termakan 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~
karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit
sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3. ki
dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya
perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg
didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi;
~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain,
kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; ~ dlm
hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal
masuk akal, boleh diterima oleh fikiran;
makanan apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki:
segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah;
~ berzat makanan yg mempunyai zat (vitamin, protein, dll); ~ laut
makanan atau hidangan yg bahan utamanya ialah hidup-hidupan laut
spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~
laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (spt
keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan; ~ ruji makanan
utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera
makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat;
makan-makanan bermacam-macam jenis makanan;
kemakanan habis dimakan: jagalah baik-baik pedang itu, supaya
tidak ~ karat;
pemakanan 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau
ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll:
masalah salah ~ dan kekurangan vitamin masih lagi berleluasa di
dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2.
perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh
manusia melalui proses ~ dan peminuman;
pemakan 1. orang (binatang dll) yg memakan: binatang ini
termasuk jenis binatang ~ daging; 2. apa yg digunakan utk jodoh
makanan: lauk ~ nasi; kapur ~ sirih; se~ sirih sama lamanya dgn
orang makan sirih; 3. orang yg suka makan: Ali memang ~;
~ bawang ki orang yg pemarah; ~ gaji orang yg makan gaji; ~ upah
orang yg mengambil upah.
makar I Ar 1. tipu daya, akal muslihat, kecurangan: perlulah sekarang
dicari lain akal dan ~; 2. perbuatan dll dgn maksud menyerang
(menyakiti, membunuh) orang dll.
makar II bangkar (buah-buahan), keras.
makar III Kd kelakar.
makara I patung kepala binatang buas (yg terdapat pd candi dll zaman
dahulu).
makara II nama kelompok bintang, bintang sartan; mengkara.
makaroni sj bahan makanan drpd tepung gandum, berbentuk pembuluh
(biasanya dipotong pendek-pendek) yg dikeringkan, dan dimasak
utk dijadikan makanan.
makas sl keras; keras ~ sangat keras;  mangkas I.
Makau nama sebuah pulau di selatan negeri China;
benang ~ benang emas atau perak; sambal ~ Kd sambal yg dimakan
dgn timun; wayang ~ wayang Cina.
makau-po C, bp perempuan lacur (drpd bangsa Cina).
makaw sj burung yg rupa bentuknya spt burung nuri (tetapi lebih besar),
Ara spp.;
~ biru kuning sj burung, Ara arauna; ~ kuning merah sj burung,
Ara macaw; ~ merah biru sj burung, Ara chloroptera.
makbud Ar; Allah almakbud Allah yg disembah.
makbul 1. diterima (permintaan, doa, dll), tercapai (maksud dll), berhasil:
semua permintaannya sudah pun ~ ; 2. mustajab (ubat, jampi, dll),
manjur, mujarab: maka jampi pawang itu tiada~;
memakbulkan menerima (permintaan, doa, dll), mengabulkan,
menyampaikan (maksud dll), memperkenankan: permintaannya itu
dimakbulkan oleh Kongres;
termakbul diterima (permintaan, doa, dll), terkabul, tercapai
(maksud dll): harapan hatinya ~lah sudah;
kemakbulan perihal makbul: utk ~ doa, banyak kaedah perlu
diikuti.
makdan Ar lombong; ~ emas lombong emas.
makelar IB orang yg menjadi perantara dlm perdagangan (menjualkan
barang-barang atau mencarikan pembeli utk orang lain), broker.
makemono (makémono)  (Jepun) (S.Lukis) lukisan skrol Jepun yg
digantung melintang.
makhdum Ar ark tuan (biasanya gelaran utk ahli agama).
makhfi Ar sl yg tersembunyi, rahsia.
makhluk Ar segala yg dijadikan Tuhan (spt manusia, binatang, dll):
manusia adalah ~ pilihan Tuhan; ~ halus makhluk spt jin dan
syaitan yg hidup dlm alam ghaib.
makhraj Ar tempat keluar bunyi huruf (alif hingga ya) spt di halkum,
lidah, bibir dsb.
maki kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, orang, dll): mereka
bersorak-sorak mencetuskan ~ dan marah terhadap majikan yg
tidak berperikemanusiaan;
~ hamun = caci ~ kata-kata yg sangat kasar dan keji; mencaci
(mencuci) ~ mengucapkan kata-kata yg kasar dan keji (utk
menghina, memarahi, dll);
memaki, memaki-maki mengeluarkan kata yg keji-keji (kpd): ia
marah lalu ~ isterinya;
makian kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, dll), maki:
budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah
seranah itu.
makin 1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~
meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi.
maklaf Ar ark tempat utk mengisi makanan kuda dll, palung.
maklum 1. sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui:
kamu semua sudah sedia ~ bahawa perjumpaan ini adalah yg
terakhir utk tahun ini; 2. = maklumlah tahu sahajalah, sudah
barang tentu, tentu sudah tahu: ~ aku ini orang miskin; ~ balas
maklumat yg diterima kembali sbg menjawab pertanyaan (soal
selidik dsb atau sbg reaksi dsb sesuatu tindakan (kegiatan,
keputusan, dsb);
memaklumi memahami, mengetahui: aku harap kamu semua telah
~ perkara ini;
memaklumkan 1. membuat maklum, menjadikan maklum,
memberitahukan, mengkhabarkan, menyatakan: ia datang hendak ~
hal-ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas
kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll),
menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll):
mereka ~ perang dgn Belanda;
termaklum sudah dimaklumi, sudah diketahui;
makluman apa-apa yg dimaklumkan, pemberitahuan;
pemakluman pengumuman, pengisytiharan, penyataan;
pemaklum orang yg memaklumkan sesuatu, orang yg memberikan
makluman.
maklumat 1. makluman, pemberitahuan, pengumuman: ~ akan diberikan
di dlm risalah; 2. keterangan, butir-butir: ~-~ mengenai angkatan
perang telah sampai ke Yedo dr Okinawa; 3. pengetahuan: utk ~
ahli-ahli saham syarikat, mesyuarat agung tahunan ditangguhkan;
memaklumatkan memberitahukan, memaklumkan.
maklun Id, bp upah membuat pakaian dll.
makmal tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu
yg berhubung dgn ilmu sains (fizik, kimia, dll), laboratorium; ~
bahasa bilik yg dilengkapkan dgn perakam pita dsb utk
pembelajaran bahasa asing.
makmum Ar 1. pengikut imam dlm sembahyang: sembahyang jemaah itu
ialah sembahyang yg mempunyai perhubungan antara ~ dgn
imam; 2. bp menurut, mengikut: dia hendak ~ sahaja.
makmur 1. mempunyai hasil yg banyak (daerah, negeri, dll), mempunyai
penduduk yg banyak dan cukup kehidupannya: negeri Jepun adalah
negeri yg paling ~ di Asia pd masa ini; 2. bp hidup mewah (serba
cukup dll), tidak kekurangan apa pun: nampaknya engkau ~
sekarang;
persemakmuran persekutuan negara-negara yg pernah dijajah oleh
British, iaitu Komanwel;
memakmurkan memajukan supaya makmur: ia diberi tugas utk ~
daerah yg mundur itu;
kemakmuran perihal makmur (mewah, serba cukup, sejahtera, dll):
~ sesebuah negeri bergantung terutama sekali pd kerajinan
penduduk-penduduk negeri itu;
pemakmuran perihal (perbuatan, tindakan dsb) memakmurkan:
sumbangan ini amat membantu utk membina ~ budaya ummah.
makna erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~
sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu;
~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi
tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna
harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau
lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara
ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di
dlm kamus;
bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang
mempunyai (mengandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan,
bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia
merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah
beberapa kali dikecewakan;
memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll;
pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm
bahasa Melayu Indonesia masih ada sistem tanda yg berhubung
dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg
pernah ada sebelumnya.
MAKNA akronim bagi Majlis Kanser Nasional.
maknawi Ar 1. berhubung dgn makna, mengikut ertinya; 2. penting,
kepentingan.
maknga Kl, Tr cuai, lalai.
makramat Ar kehormatan, kebaikan hati.
makrifat Ar 1. ilmu mengenali sesuatu; 2. (dlm ilmu tasawuf) ilmu
mengenali hal kerohanian pd peringkat yg tertinggi atau sempurna;
bermakrifat 1. (dlm ilmu tasawuf) berfikir dalam-dalam tentang
sesuatu, bertafakur; 2. mengetahui benar-benar: bolehkah hamba ~
bahawa hamba akan mati bersama-sama dgn ibu hamba?
makrifatullah Ar ilmu mengenali Allah: bahasa, karya kesusasteraan
dan alam semesta semuanya merupakan tanda keagungan Allah
dan jalan utk ~.
makro meliputi skop (hal, faktor dsb) yg umum atau menyeluruh:
kerajaan pusat melihat keperluan dan masalah pembangunan pd
peringkat ~, manakala kerajaan negeri pula peringkat mikro;
bandingkan perubahan sosial pd tahap ~ dan mikro.
makro- awalan asing besar, banyak, menyeluruh, mis makroekonomi.
makrobiotik sistem pemakanan yg bersumberkan biji-bijian penuh dan
sayur-sayuran yg ditanam tanpa menggunakan bahan kimia.
makroekonomi (makroékonomi)  kajian  aspek-aspek ekonomi (spt
pengangguran, pendapatan, dll) secara menyeluruh.
makrofit (Bio) tumbuhan akuatik yg terdapat di dlm sungai, kolam atau
laut, mis kiambang dan keladi bunting.
makromastia (Ubat) keadaan apabila buah dada menjadi terlalu besar.
makromelia (makromélia) (Ubat) keadaan apabila anggota tubuh (tangan
atau kaki) menjadi lebih besar drpd normal.
makropodia (Ubat) keadaan apabila kaki menjadi sangat besar.
makroprosopia (Ubat) keadaan apabila muka menjadi terlalu besar.
makropsia (Ubat) keadaan pd seseorang apabila objek kelihatan lebih
besar drpd saiznya yg sebenar.
makrorinia (Ubat) keadaan apabila hidung menjadi terlalu besar.
makroskopi pemeriksaan sesuatu objek dgn mata kasar.
makruf Ar 1. ketahuan, terkenal, masyhur; 2. perbuatan baik: amar ~;
kemakrufan kebaikan: politik yg sihat akan melahirkan segala
kebaikan ~; keadaan berhijrah drpd kemaksiatan, kemungkaran,
dan kefasikan kpd ketaatan dan ~.
makruh Ar perkara yg dilakukan tidak berdosa dan jika ditinggalkan
mendapat pahala: melambat-lambatkan berbuka puasa adalah ~
hukumnya;
memakruhkan menyebabkan sesuatu (perbuatan, tindakan)
menjadi makruh: maka dimakruhkan suami mengambil harta yg
dijadikan tebus diri isteri.
maksi pakaian (gaun) yg labuhnya hingga ke pergelangan kaki (atau ke
paras lantai).
maksiat perbuatan yg melanggar perintah Allah, perbuatan yg berdosa (yg
keji);
bermaksiat melakukan maksiat: orang yg ~ akan menerima
padahnya;
kemaksiatan pelbagai perbuatan (hal dsb) yg bersifat maksiat,
segala-gala (perbuatan dll) yg berdosa: ternyata baginya
kepincangan dan ~ yg dilakukan oleh manusia, dapat disaksikan di
mana-mana sahaja.
maksila (Bio) rahang atas.
maksilitis (Ubat) radang pd rahang atas.
maksima  maksimum.
maksimal IB sebanyak-banyaknya, setinggi-tingginya: tulisan ilmiah yg
sangat teknikal, yg objektivitas dan abstraksi mencapai titik ~nya.
maksimum jumlah yg sebanyak-banyaknya, paras dsb yg setinggitingginya:
dgn ~nya pengeluaran ekonomi, maka lebih banyaklah
barang-barang yg boleh dibahagi-bahagikan antara rakyat;
memaksimumkan menjadikan sebanyak-banyaknya (setinggitingginya):
~ pengeluaran kelapa sawit; ~ kadar pertumbuhan
ekonomi;
pemaksimuman perihal (usaha, proses, dsb) memaksimumkan
sesuatu: matlamat pengeluaran eksport akan digerakkan dgn
mengambil ingatan tentang ~ pendapatan petani dan bukan
semestinya ~ pendapatan negara.
maksud 1. tujuan, hajat, kehendak, niat: ~ aku ke sini ialah hendak
berjumpa dgn engkau; ~ hatiku pun hendak ke sana juga; 2. erti yg
tersimpul dlm sesuatu ayat (perbuatan dll): apakah ~ perkataanmu
itu?; aku masih belum tahu lagi ~ aku dipanggil;
bermaksud 1. bertujuan, berhajat, berkehendak, berniat (hendak):
kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2.
mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~
demikian;
memaksudkan 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan
hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak)
menyampaikan atau menyatakan (sbg maksud): Ali masih samarsamar
tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu;
apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~
pendekatan formalistik juga;
termaksud dikehendaki, dimaksudkan.
maksum Ar terpelihara atau bebas drpd dosa, tidak tercela, tidak berdosa.
maksyuk Ar yg mengasyikkan, yg dikasihi (tercinta), buah hati.
maktab 1. tempat belajar (menulis dll), sekolah; 2. tempat tulis-menulis,
pejabat; 3. sekolah atau institusi utk ilmu khas (spt ilmu perguruan,
pertanian, teknik, dll), kolej: ~ perguruan bahasa; ~ pertanian; ~
teknik; 4. institusi pendidikan tinggi; M~ Turus Angkatan Tentera
pusat latihan utk pegawai tinggi tentera.
maktub kitab suci;
memaktubkan menulis (dlm sesuatu), mencatatkan, merakamkan:
hasil drpd laporan Suruhanjaya Reid yg telah ditubuhkan utk
mengurus Perlembagaan Malaya, pembentukan sebuah parlimen
negara telah dimaktubkan dlm perlembagaan;
termaktub tertulis, tercatat: perkara ini ~ di dlm Perlembagaan
Persekutuan;
pemaktuban perihal memaktubkan sesuatu: ~ dasar utk
menggalakkan pelaburan modal asing.
makwe bp teman wanita bagi seseorang lelaki.
makyung sj drama tari (yg mempersembahkan cerita dgn tarian dan
nyanyian).
makzul Ar meletakkan jawatan, turun dr takhta (raja);
memakzulkan memecat drpd jawatan, menurunkan drpd takhta.
mal I 1. bahagian pangkal (dr mata lembing, pedang, dll), ganja (keris); 2.
bahagian atas atau kepala tiang (kaki meja dll).
mal II Ar harta benda, khazanah; baitul~ tempat menyimpan segala harta
benda, perbendaharaan.
mala I = termala ark layu (bunga): hari pagi bunga nan kembang, bunga
yg merah ~ dahulu.
mala II Mn air bangkai yg sangat busuk, danur; harum semerbak
mengandung ~ prb orang yg dipuji-puji kerana jasanya tetapi
jasanya itu diperolehnya dgn jalan yg tidak baik.
mala III (Sanskrit) sl kotor, cacat, cemar, hina, noda.
malabera sj tumbuhan (pokok) dlm famili Loganiaceae, Fagraea
crenulata; ~ bukit sj tumbuhan (pokok) dlm famili Rubiaceae,
mempedal babi, Mussaendopsis beccariana.
mala fide (mala fidé)  (Latin)  (Udg) berkaitan dgn sesuatu tindakan atau
keputusan yg berdasarkan niat yg buruk.
malagangai sj tumbuhan (pokok) dlm famili Lauraceae, Eusideroxylon
malagangai.
malah I = malahan 1. bahkan, kian (bertambah), makin (bertambah):
bukan itu sahaja, ~ aku sanggup berbuat apa sahaja utk menolong
engkau; hujan yg kelihatan reda sebentar tadi ~ lebih lebat
sekarang; 2. padahal, sedangkan: jangankan hendak pergi, ~
bergerak dr tempat duduknya pun tidak.
malah II Mn 1. lah: kalau disewa kereta, rugi ~ awak; 2. marilah: ~ kita
ke pasar; 3. kalau, asalkan; ~ begitu kalau begitu.
malahan  malah I.
malai I untaian bunga drpd emas atau intan dll yg dipakai utk menghiasi
kepala (tombak dll);
bermalai mempunyai atau ada malai: dulapan bantal susun
bertampuk emas permata dan ada yg bertelepok bunga ~ emas; ~
spt sehari bulan;
bermalaikan mempunyai malai drpd: cogan alamat yg ~ emas
berpermata dikarang;
memalai ark 1. menghiasi dgn malai; 2. spt malai.
malai II Br 1. sebutan kpd orang yg berketurunan Arab; 2. timangtimangan
utk orang yg disayangi.
malaik ark  malak.
malaikat Ar sj makhluk yg diciptakan Allah drpd nur (cahaya), sifat dan
tabiatnya sentiasa tunduk dan patuh kpd Allah dan tidak pernah
melanggar perintah-Nya;
kemalaikatan berkaitan dgn malaikat, yg menunjukkan sifat-sifat
(dsb) malaikat: manusia mempunyai tiga unsur utama – ~,
kehaiwanan, dan kesyaitanan.
malaikatulmaut Ar malaikat yg mengambil nyawa manusia (Izrail).
malai-malai sj tumbuhan (pokok).
malaise IB keadaan yg serba susah (terutama dr segi perdagangan),
meleset; zaman ~ zaman serba susah (dlm perdagangan dll), zaman
meleset.
malak Ar malaikat.
malakamo Mn; buah si ~ sj buah yg sama ada dimakan atau tidak akan
mendatangkan kesusahan (sbg perumpamaan sahaja); bagai makan
buah si ~, dimakan mati ibu, tak dimakan mati bapak prb dlm
keadaan serba salah (sama ada dibuat atau tidak, pekerjaan itu tetap
akan mendatangkan bencana).
malakut Ar 1. = alam ~ alam atau tempat malaikat dan roh; 2. kerajaan.
malam I = ~ hari waktu mulai dr matahari masuk sampai matahari terbit,
lwn siang: ~ ini engkau jangan pergi ke mana-mana; jangan main
di tanah lagi, hari sudah ~;
~ buta = ~ boleh Kl, Tr malam yg sangat gelap (gelap-gelita); ~
dansa Id pesta tari-menari (pd malam hari); ~ gembira perjumpaan
yg diadakan pd malam hari utk bersuka ria; ~ ini = ~ sekarang pd
malam hari nanti (nanti malam); ~ Minggu (Isnin) malam menjelang
hari Minggu (Isnin); ~ panjang malam minggu; ~ ria pesta yg
diadakan pd waktu malam (utk bersuka ria); spt siang dgn ~ sangat
jauh perbezaannya;
malam-malam sudah jauh malam, pd waktu malam: apa engkau
hendak cari pergi ke bandar ~ hari ini?
semalam 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di
rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang
Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari sebelum hari ini,
kelmarin: ~ kami pergi berkelah ke Port Dickson; 4. malam
sebelum malam ini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di
panggung Rex; ~ suntuk sepanjang malam;
~ di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut prb hendaklah
kita menurut adat istiadat negeri yg kita tumpangi;
semalam-malaman, semalaman sepanjang malam, semalam
suntuk: maka belayarlah juga ~ itu; semalaman itu kami tidak
tidur;
bermalam 1. tidur, menginap: mahu tidak mahu kami terpaksa ~ di
pondok kecil itu; 2. sudah disimpan semalam (bkn masakan), sudah
basi atau tidak sedap lagi dimakan: aku berasa hendak muntah
sesudah makan lauk yg sudah ~ itu;
bermalaman tidur bersama, berseketiduran;
memalami Mn berjaga-jaga kerana menunggu orang sakit dll;
memalamkan, mempermalamkan menyimpan sesuatu (ubat dll)
utk satu malam, membiarkan bermalam;
kemalaman hari menjadi malam (ketika masih dlm perjalanan dll):
saya ~ hajat hati nak tumpang berteduh;
pemalaman, permalaman ark tempat (rumah dll) bermalam,
penginapan.
malam II Jw ark lilin (utk membatik).
malan 1. mabuk pinang; 2. berasa kurang selesa (kerana agak mabuk,
sedih, bingung, dll).
malang 1. letaknya melintang (mengalang): pd tiap-tiap sawah terlihatlah
beberapa tali ~ melintang; 2. nasib yg tidak baik (tidak beruntung),
celaka, sial: tolonglah hamba yg ~ ini; 3. = malangnya dikesalkan
sedikit, dukacita: ~ nya kebanyakan orang yg terkena penyakit itu
tidak mahu berjumpa doktor;
~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang prb hal orang
yg malang sewaktu sampai maksud yg kedua yg sudah di tangan
hilang pula; ~ tak berbau prb kecelakaan yg tidak dapat diketahui
sebelumnya; ~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb nasib
buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh
dicari-cari;
memalangi ark menghormati, menyegani: di kalangan penduduk
kampung itu, dia sangat dimalangi;
kemalangan 1. kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan: abang
engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2.
tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada
antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu;
mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar
kereta, jatuh dr pohon, dll).
malangbang ark sl sj perahu (kapal).
malangkamo  malakamo.
malangkan sj tumbuhan (pokok), bulangkan, katang, Cynometra
polyandra.
malap 1. tidak terang cahayanya (lampu), kurang terang, muram, suram,
pudar (cahaya): api itu sekejap marak dan sekejap ~; cahaya ~
menerangi bilik; 2. hampir padam (api); 3. ki tidak aktif (segar
dsb), tidak begitu berupaya utk maju (berkembang dsb);
memalapkan 1.menjadikan malap, memudarkan: Amir ~ lampu
keretanya; 2. ki dimusnahkan: namun kemajuan dan kegemilangan
ini telah berjaya dimalapkan oleh kedatangan penjajah Barat;
kemalapan 1. keadaan malap atau muram, keadaan pudar (bkn
cahaya); 2. ki perihal atau keadaan tidak aktif (segar, berkembang,
dsb): ~ dan kelesuan dunia kritikan berterusan walaupun mereka
memiliki sarjana atau Ph.D;
pemalap = ~ lampu peranti utk mengubah-ubah darjah terangnya
cahaya lampu elektrik.
malapari sj tumbuhan (pokok), mempari, pari-pari, Pongamia pinnata.
malapetaka berbagai-bagai kesusahan (bencana, kecelakaan,
kesengsaraan, dsb): orang di kampung itu sedang menghadapi satu
~ besar akibat air sungai yg semakin naik.
malar 1. tetap, tidak berubah, terus-menerus: kulit mengawal suhu badan
manusia supaya ~ walaupun suhu alam di kelilingnya berubah; ~
hijau sentiasa berdaun (hijau) sepanjang tahun (bkn tumbuhtumbuhan
yg tertentu); 2. = malar-malar lebih-lebih lagi, malahan;
memalarkan membuat supaya tetap dan tidak berubah: suhunya
dimalarkan;
kemalaran perihal malar;
pemalar kuantiti yg tidak berubah, lazimnya diwakili oleh simbol
tertentu (bergantung pd bidang ilmu yg diperkatakan).
malaria sj penyakit yg disebabkan oleh parasit protozoa dlm sel darah
merah, yg dibawa oleh gigitan nyamuk tiruk, dan dicirikan dgn
serangan demam dan seram sejuk yg berulang-ulang, demam kura.
malas I 1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin: aku
tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2. tidak
sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~
bertanya;
bermalas-malas duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk
berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon
itu ~;
memalaskan menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya;
kemalasan perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya;
pemalas orang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi
penjudi.
malas II; burung ~ sj burung, a) burung segan, Caprimulgus indicus; b)
burung kubur, Caprimulgus macrurus.
malau sj damar atau pelekat yg digunakan utk mengetatkan keris, parang,
dll pd hulunya;  embalau I.
malaun Ar yg terkutuk atau dilaknati.
malaut sj tumbuhan (pokok), Hopea ferrea.
Malayalam bahasa dlm keluarga bahasa Dravidia, yg hampir sama dgn
bahasa Tamil, dituturkan oleh kaum yg tinggal atau berasal dr barat
daya India, dan merupakan bahasa rasmi Kerala.
Malayali Malayalam.
Malaysia negara yg terletak di Asia Tenggara yg ibu negaranya Kuala
Lumpur, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaannya bahasa Melayu,
dan agama rasminya agama Islam;
memalaysiakan menyesuaikan atau menjadikan sesuatu supaya
bercirikan Malaysia: pakaian tradisi Cina yg telah dimalaysiakan
bersesuaian dgn suasana tempatan;
kemalaysiaan berhubung dgn atau bersifat Malaysia (sbg sebuah
negara seluruhnya): banyak ciri dan cita-citanya lebih
melambangkan ciri dan cita-cita ~;
pemalaysiaan perbuatan (proses) menjadikan sesuatu bercirikan
Malaysia: penyusunan semula masyarakat adalah satu proses ~
semua sektor kehidupan rakyat Malaysia.
malbar sj tumbuhan (pokok renek), bunga kisar, kembang lubo, Abutilon
indicum; ~ hutan sj tumbuhan (herba), sepulut, selasih hutan,
Hyptis suaveolens.
maleh→ malih.
maleman Jw perayaan pd malam tarikh yg ganjil atau gasal (selepas 20
hari bulan) dlm bulan puasa.
malformasi (Bio) pembentukan organ secara tidak normal semasa
perkembangan fetus.
malignan (Ubat) cenderung menjadi lebih teruk dan mengakibatkan maut
(bkn tumor atau ketumbuhan): ketumbuhan pd rahimnya ialah sj
ketumbuhan yg ~, dan dia mati akibat ketumbuhan itu.
malih Jw bertukar (rupa, corak, dll), berubah.
malik I Ar yg memiliki, raja, tuan: Raja Syarif raja yg soleh / Bangsa
Hasyim sedia terpilih / Berkat syafaat Tuhan yg ~ / Pangkat yg
mulia sudah terpilih.
malik II sj tumbuhan (pokok), Litsea glutinosa.
Malik malaikat yg menjaga pintu neraka.
Malik al-Mulk (Malikul Mulk) Ar Pemilik Mutlak Segala Kekuasaan
(satu drpd 99 nama Allah).
Maliki; mazhab ~ satu drpd empat mazhab yg teraku dlm agama Islam
(didirikan oleh Imam Malik bin Anas).
malikuljabbar Ar raja yg Maha Berkuasa, Allah.
malim 1. guru agama (Islam), orang yg alim, ulama; 2. petunjuk jalan,
pemimpin; 3. = ~ angin = ~ kapal jurumudi; 4. pawang;
pemaliman operasi (khidmat, tugas dsb) mengemudikan kapal
masuk ke pelabuhan atau keluar dr pelabuhan yg dilakukan oleh
malim: pengendalian pelabuhan itu meliputi perkhidmatan kargo,
kontena dan ~.
mali-mali; ~ berduri sj tumbuhan (pokok renek), memali, toi, Leea
angulata.
maling I Jw 1. = pemaling pencuri (terutama yg mencuri pd waktu
malam): gerak-gerinya spt orang ~; 2. mencuri;
~ curi hal curi-mencuri; ~ dapat (Palembang) ark menemui sesuatu
serta memilikinya;
kemalingan dimasuki oleh pencuri, kecurian.
maling II; pintu ~;  pintu.
Malinja = padi ~ sj padi yg menghasilkan biji yg besar;  padi.
malis pucat (warna), tidak begitu keras (bau).
malnutrisi (Bio) kekurangan makanan seimbang pd individu atau
populasi.
maltase (Bio) enzim yg memangkinkan penukaran maltosa kpd glukosa
dan terdapat dlm usus kecil.
maltosa (Bio) sj gula yg disediakan secara hidrolisis kanji oleh enzim
diastase dan digunakan sbg pemanis.
maltosuria (Ubat) kewujudan maltosa dlm air kencing.
malu I 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat
sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~
pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu,
melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada
mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk
menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu
menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak
takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan
pertanyaan ini;
~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat;
~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan,
perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan
mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing
(kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai
menjadi jahat atau bodoh;
semalu; sehina ~ mempunyai nasib yg sama, seia, sekata;
malu-malu nampaknya sangat malu: masuklah, jangan ~; dgn
sikap yg ~, dinyatakannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~
bahasa berasa segan-segan (sewaktu berhadapan dgn orang yg
dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu;
memalui ark 1. menaruh malu pd: dialah yg harus kaumalui; 2.
menghormati, menakuti, menyegani: pd ketika itu segala anak rajaraja
Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan Melaka;
memalukan 1. memberi malu, menyebabkan malu: akibatnya nanti
bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu
(pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk;
termalu-malu berasa agak malu: selama besar ini dia ~
memanggil abang kpd Ramlan;
kemaluan 1. perihal malu, sesuatu yg mendatangkan malu, rasa
malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 2.
mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya
supaya kita tidak ~; 3. bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan);
kemalu-maluan berasa sangat malu, tersipu-sipu: dia tunduk ~;
pemalu (orang yg) mudah berasa malu.
malu II; si ~ = puteri ~ = malu-malu sj tumbuhan (pokok renek kecil, yg
apabila tersentuh daunnya terkuncup), Mimosa pudica.
malun (mal.un) Armalaun.
malung 1. sj ikan laut, Congresox spp.; 2. sj ikan laut, Muraenesox spp.
malut I  malaut.
malut II; kalut-~ kalut (sibuk) tidak keruan;  kalut.
mama I bp ibu.
mama II  mamak.
mamah; memamah 1. menghancurkan makanan (dlm mulut) dgn gigi,
mengunyah: Hashim ~ kacang goreng sambil memerhatikan anakanaknya
bermain; ~ biak memakan makanan kali keduanya (lembu
dll); 2. ki memusnahkan, menghancurkan, menjahanamkan,
merosakkan: pejabat itu musnah dimamah api; tekanan hidup yg
pahit dan tempang ini ~ daging badannya;
memamahkan 1. memamah (mengunyah) sesuatu utk; 2. memamah
pd;
mamahan sesuatu yg sudah dimamah;
pemamah; ~ biak binatang yg memamah biak (lembu dll).
mamai 1. kurang terang ingatan atau fikiran (kerana terlalu tua, sakit
teruk, dll), tidak sedarkan diri (mabuk, hilang ingatan, dll): saya
diam, terkatup mulut, ~ ingatan dan hilang pandangan; 2. mimpi
dan mengigau (dlm tidur);
bermamai mengigau (dlm tidur), berkata-kata dlm tidur.
mamak 1. Mn saudara ibu yg laki-laki, bapa saudara: ibunya telah
menggunakan harta pesaka kerabat utk menyekolahkannya, dgn
keizinan Sutan Batuah, ~ Hanafi, abang ibunya; 2. sl sebutan oleh
raja kpd pembesar-pembesar negeri (menteri dll): ~ menteri; ~
bendahara; 3. ark mak kecil, mak tua; 4. bp panggilan kpd lelaki
India yg beragama Islam (terutamanya yg terlibat dgn perniagaan
makanan dsb); ~ nenek = nenek ~ Mn a) penghulu adat; b) orang
tua-tua yg bijaksana.
mamalia (Bio) haiwan bertulang belakang, badannya berbulu, jantungnya
terbahagi kpd empat kebuk, dan menyusui anaknya.
maman 1. sj tumbuhan (herba yg boleh dimakan), Cleome icosandra; 2.
sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat pening), Gynandropsis
gynandra; ~ pasir sj tumbuhan (herba), inai paya, Jussiaea
linifolia.
mamanda bh mamak.
mamang I 1. kabur pandangannya (kerana hendak pengsan dll); 2. mamai,
bingung, ketakutan: gopoh-~ tergopoh-gopoh benar, tergesa-gesa.
mamang II  maman.
mamang III Mn sj peribahasa (yg mengandungi nasihat).
mamang IV (Jw, Sunda) pak cik, paman.
mamar ark  mamang I.
mamas-mamas; ~ pelanduk sj tumbuhan (pokok), Sapium baccatum.
mambang I 1. sj hantu (yg bermacam-macam warnanya dan disebut
mengikut tempatnya): ~ segera; 2. = ~ kuning = ~ petang warna
kuning kemerah-merahan tatkala matahari hendak masuk (di
sebelah barat); 3. ki perempuan (yg belum bersuami), anak gadis:
dia belum lagi dapat memikat hati seorang ~ .
mambang II sj ikan laut, Lutjanus sanguineus.
mambar Kl tidak menarik, tidak cergas, lembap.
mambo sj rentak lagu (irama) Amerika Selatan.
mambu I Jk = berbau ~ berbau busuk.
mambu II, mambul sj tumbuhan (pokok kecil), sadu, Melia indica; ~
jantan = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat daunnya dibuat
ubat), jemerah, lemak pahit, merambu, sekebah, Millettia sericea;
sepahit-pahit ~ kelatnya menjadi ubat prb sesuatu barang dianggap
tidak berguna, ada kalanya boleh mendatangkan faedah.
mambung kering serta tidak berisi di dalamnya (buah-buahan, roti, dll),
hampa (padi dll); mampung.
mami bp 1. ibu, emak; 2. emak saudara; 3. perempuan yg mengawasi dan
menjadi perantara kpd perempuan lacur dsb.
mamik berubah rasanya (barang makanan), menjadi tidak sedap.
mamlakat Ar ark kerajaan, kedaulatan.
mamografi teknik menggunakan sinar-X utk memeriksa buah dada sbg
langkah awal mengesan penyakit barah.
mampal Kd, Pn tumpul (pisau dll), dempak (bentuk sesuatu).
mampat I 1. tidak beronga-rongga, tidak gembur (tanah dll), padat,
tumpat; 2. Jk tidak dapat mengalir, tersendat, tersumbat: parit itu ~;
memampatkan membuat (menekan, mengasak, dsb) supaya padat
atau tumpat: jangan dimampatkan sangat isi tin itu;
termampat dimampatkan: campuran itu terasak atau ~ ke dlm
ruang kecil di sebelah atas kebuk;
mampatan perihal mampat;
kemampatan perihal (keadaan dsb) mampat, kepadatan,
ketumpatan;
pemampatan perihal (proses, perbuatan) memampatkan sesuatu;
pemampat alat utk memampatkan; ~ udara alat utk memasukkan
udara ke dlm tangki dll.
mampat II Mn baik sekali, elok sekali, jempol.
mampir Jw berhenti sebentar, singgah: sepulang dr sawah, ia biasa ~
dulu ke langgar utk sembahyang.
mampu 1. sanggup (dapat, kuasa) melakukan sesuatu: ramai ibu bapa yg
tidak ~ membeli seluar baju utk anak mereka; 2. kaya, berada:
awak orang ~;
memampukan membolehkan: jumpaan teks ini ~ kita membuat
kesimpulan berikut;
kemampuan 1. kesanggupan (utk melakukan sesuatu), kebolehan,
kekuatan: Malaysia akan memperkuat angkatan bersenjatanya
sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan;
berkemampuan 1. mempunyai kesanggupan (kebolehan,
kekuatan); 2. mempunyai kekayaan.
MAMPU akronim bagi Manpower and Administrative Modernization
Planning Unit (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga
Manusia).
mampung ringan serta berongga-rongga di dalamnya (roti dll); 
mambung.
mampus bk mati.
mamun Kd, Pn 1. mengigau (dlm tidur); 2. agak nyanyuk, mamai.
mamung sj ikan laut, cupak, Caranx sexfasciatus.
man I sj ukuran berat (yg beratnya lebih kurang 80 paun atau 36.3
kilogram).
man II singkatan bagi paman.
mana 1. = yg ~ kata yg digunakan utk menanyakan benda dlm satu
kumpulan (kelompok): baju ~ yg hendak dibawa pergi?; ~ satu
budak yg nakal itu? 2. perkataan yg digunakan utk menanyakan
tempat: di ~ sampai, di situlah bermalam; di ~ ayahmu sekarang?;
ke ~ engkau hendak pergi?; di ~ mungkin (perlu) kalau mungkin
(perlu); di ~ -~ di segala tempat; ke ~-~ ke segala tempat; 3.
perkataan yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara sesuatu;
bagai~ = macam ~ spt apa keadaannya (caranya); 4. = ~ boleh =
~lah = manakan, manatah mana boleh, bagaimana: seorang ibu
manakan jemu memelihara anaknya; manatah tuan dapat
menyebut bahasa Melayu; ~lah terdaya ibu bapa hendak
menanggungnya; ~lagi = ~ pula tambahan (lebih-lebih) lagi; di
manakan bagaimana akan boleh (dapat), tidak mungkin, mustahil:
kalau tidak bercuti ~ sempat saya buat pekerjaan itu; ~ tahu Dolah
menolak, jikalau tiada kayu, ~ api itu bernyala; 5. sl barang apa,
apa sahaja : ~ bicara bapa hamba tiadalah hamba lalui; 6. apa:
bahasa ~ yg disebut raja ini; sebanyak ~ stok yg hendak diisikan di
dlm kedai itu terpulanglah kpd pekedai; ~ pula lebih-lebih lagi,
tambahan lagi, mana lagi; 7. yg tersebut (sebelumnya): kepandaian
itu digunakan utk mengumpulkan wang, hal ~ sangat
menyedihkan;
~ ... ~ ... baik.... mahupun...: ~ miskin ~ kaya datang semuanya; ~
... ~ ... sudah... pula; ~ panas ~ berdesak-desak bp sudahlah panas
berdesak-desak pula;
mana-mana 1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak
menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~
dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapa-siapa, barang siapa: ~ yg
setuju mengangguk-anggukkan kepalanya.
manah I bp kep amanah (amanat); harta ~ = mas ~ Mn a) harta benda (yg
dipusakai drpd nenek moyang); b) persembahan yg diberikan kpd
raja (sewaktu raja mengadakan majlis perkahwinan dll);
bermanah mempunyai harta benda, banyak meninggalkan harta
benda.
manah II sl perasaan (hati dll), perhatian.
manai pucat lesi (kerana kurang darah dll); pucat ~ sangat pucat.
manakala 1. apabila, bilamana: ia tersenyum ~ melihat anaknya sudah
terlena; 2. tetapi: dia duduk di samping mayat ayahnya, ~ adiknya
tidak putus-putus menangis; 3. sedangkan: ramai orang yg cedera
dan hilang ~ beratus-ratus kehilangan rumah tangga dlm gempa
bumi itu.
manakan bp kep kemanakan.
manalagi lebih-lebih lagi, mana pula, apalagi;  mana.
mana lagi; jeruk ~, jeruk si manalagi Id sj buah limau besar serta manis.
manas Br manik: beratus-ratus biji ~ disimpannya, mungkin akan
dijadikan seutas kalung.
mana suka Id dgn sesuka hati (tidak dipaksa), dgn sukarela; jam ~ waktu
(dlm jadual waktu pelajaran) yg tidak ditentukan apa yg harus
diajarkan; sokongan ~ sokongan yg diberikan dgn sukarela.
manat Mn ark tetap mengenai janji (persetujuan dlm mesyuarat).
manau sj tumbuhan (rotan besar), Calamus manan;
laksana ~, seribu kali embat haram tak patah prb sesuatu yg sangat
kuat dan teguh; spt maksud ~ = maksud bagai maksud ~ prb citacita
yg tidak mungkin dicapai; spt mengilang ~ prb suatu masalah
yg sangat sukar;
memanau 1. membuat gawar-gawar drpd manau; 2. memukul dgn
rotan, merotan.
mancanegara Id negara-negara asing.
mancawarna Id banyak warnanya, berwarna-warna;  pancawarna.
manci Id kuali besi, panci.
mancis = ~ api gores api, korek api, geretan;
memancisi menyalakan dgn mancis (rokok dll);
memanciskan menggoreskan anak mancis supaya menyala.
mancit Mn tikus.
mancung I makin kecil ke hujung, lancip, runcing; hidung ~ hidung yg
lancip; hidung tak ~ pipi tersorong-sorong prb suka ikut campur
dlm urusan orang lain;
kemancungan perihal mancung atau lancip (hidung).
mancung II seludang kelapa yg kering; perahu ~ sj perahu yg bentuknya
spt seludang.
mancur; memancur; air ~ air terjun, jeram;  pancur.
manda I singkatan bagi mamanda.
manda II; mandi-~ berbagai-bagai upacara mandi;  mandi.
manda III Jw mahu, tahan (menderita).
manda IV; kanda-~;  kanda.
mandah I daun atau kulit yg letaknya dlm lesung (sbg alas).
mandah II  manda III.
mandai sj tumbuhan (pokok).
Mandailing suku bangsa yg berasal dr Sumatera, Indonesia.
mandala I 1. kawasan atau lingkungan yg termasuk dlm bidang kuasa
pihak berwajib (negara); 2. ruang lingkup sesuatu bidang ilmu,
pengetahuan, dsb: sistem itu mengalami perubahan sikap yg
mengurangkan ~ ketakpelbagaian; 3. sl bulatan, lingkungan,
daerah.
mandala II (S.Lukis) simbol bulat yg melambangkan cakerawala yg
terdapat dlm seni Buddha dan Hindu.
mandalika I ark sl gelaran atau jawatan kepala daerah (spt adipati atau
gabenor).
mandalika II sj tumbuhan (pokok), Artocarpus rigida.
mandam = termandam 1. berasa pening kepala (kerana mabuk dll),
mabuk; 2. terlalu asyik (dlm percintaan dll).
mandang I bp memandang;  pandang.
mandang II Jk sj burung yg terdapat di paya-paya dll.
mandat 1. amanah yg diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan
kpd wakil mereka (dlm mesyuarat dll utk mengemukakan pendapat,
memajukan permintaan, dll): Perdana Menteri itu akan meminta ~
baru drpd rakyat; 2. kuasa yg diberikan oleh pihak yg lebih tinggi:
Presiden telah memberikan ~ kpd Perdana Menteri utk membentuk
kabinet baharu; 3. Id surat kuasa, surat perintah (membayar dll): ia
masih menunggu ~ utk membayar gaji pekerja-pekerja; 4. kuasa yg
diberikan oleh Liga Bangsa-Bangsa (sekarang Bangsa-Bangsa
Bersatu) kpd sesebuah negara utk mentadbir sesuatu wilayah dsb; 5.
kuasa mentadbir sesebuah negara asing dll yg diamanahkan kpd
sesuatu pihak berkuasa: rancangan itu menyeru supaya wilayahwilayah
Gaza dan Tebing Barat diletakkan di bawah ~ Bangsa-
Bangsa Bersatu.
mandataris IB orang yg menerima mandat, penerima mandat.
mandatori mesti atau wajib dilaksanakan (dikuatkuasakan dsb): dia
dituduh mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, (semakan 1983) yg
membawa hukuman mati ~ jika sabit kesalahan;
memandatorikan menjadikan mandatori: resolusi ketiga pula ialah
~ PSKP melalui peraturan perundangan;
pemandatorian perihal (proses atau tindakan) memandatorikan: ~
itu adalah sejajar dgn salah satu kenyataan dlm laporan
Jawatankuasa Kabinet.
mandau sj pedang buatan Kalimantan.
mandeh (mandéh) Mn ibu, mak.
mandek Jk 1. berhenti, terhenti: keretanya ~ di situ; 2. tidak lancar
perjalanannya, tidak dapat diteruskan (perundingan dll), terbantut,
terbengkalai: kekurangan bahan mentah menyebabkan perusahaan
itu ~.
mandi I 1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan
engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk
bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di laut;
pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi (peluh dll),
mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~ peluh;
baginda sentiasa ~ air mata;orang kampung pd masa itu ~ wang;
~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat
perkahwinan; ~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn
kuasa angin (air, cat, dll); ~ bakal (gubah, kubat) membasuh mayat
yg baru sahaja meninggal; ~ balai mandi utk menghalau hantu; ~
basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin; ~ bunga mandi
dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga dan dijampi, yg
dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong
anak dara yg sudah lanjut usia mendapat jodohnya; ~ bunting
(wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan; ~ damai = ~
suatu mempelai upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah
selesai nikah dan berdamai-damai; ~ darah a) berlumuran darah; b)
pertumpahan darah (sewaktu berlaku perkelahian dll); ~ embun
membiarkan diri kena embun; ~ haid mandi sesudah datang bulan
(perempuan); ~ junub (janabat, hadas luas) mandi utk bersuci diri
(selepas bersetubuh, haid, nifas dsb); ~ kerbau ki mandi dgn tidak
membersihkan badan; ~ lenggang perut upacara mandi semasa
hamil tujuh bulan, melenggang perut; ~ lulur rawatan tradisional utk
membersihkan badan dan menghaluskan kulit dgn melumurkan lulur
pd badan; ~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi; ~
mayat membasuh mayat dgn air; ~ nifas mandi selepas berhenti
nifas; ~ ombak basah kena ombak; ~ pelimau sj upacara mandi utk
kedua-dua pengantin sesudah bersanding; ~ peluh basah dgn peluh;
~ safar upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir
dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini
bertentangan dgn hukum Islam); ~ sampat Pr, Ph upacara mandi utk
kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah; ~ sudah
membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dikafan); ~ tian
upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan; ~ wajib mandi utk
bersuci drpd hadas besar; ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh
badan di dlm kebuk atau bilik yg dipenuhi wap utk menyegarkan
badan dsb;
bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak
mencukupi; alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau
membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh
jalan;
bermandikan penuh dgn;
~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-benderang); ~ wang
mempunyai wang yg banyak;
memandikan 1. membersihkan tubuh seseorang (sesuatu) dgn air,
memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci
(mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan hambalah ~ hamba; 3.
mencelupkan (menyelamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki
banyak mendapat (menerima) sesuatu, mencurahkan (dlm erti ki):
anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya;
dimandikan dgn air segeluk prb diberi pertolongan (puji-pujian) yg
tidak bererti;
mempermandikan 1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn air
suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan;
permandian 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan,
pembaptisan;
pemandi orang yg memandikan: yg makruhnya, menyentuh tubuh
badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si
mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup.
mandi II; ~ abu sj ikan laut, kaci, mesikur, pinang, tebal bibir,
Plectorhincus spp.
mandibel (Bio) 1. rahang bawah haiwan vertebrat; 2. bahagian mulut yg
berpasangan pd serangga dan haiwan antropod yg digunakan utk
menggigit dan menghancurkan makanan.
mandir; mundar-~;  mundar.
mandiri Jw berdiri sendiri; pemerintah ~ pemerintah yg berdiri sendiri;
bermandiri dapat berdiri sendiri: kehidupan ini perjuangan terusmenerus
utk ~;
kemandirian perihal (keadaan) dapat berdiri sendiri.
mandolin sj alat muzik yg berupa gitar kecil dan mempunyai empat
pasang tali.
mandom Kd lembap, tidak cergas, bodoh.
mandu Mn ark pendirian, kaedah.
mandub Ar sunat.
manduk Kd tidak cergas, lembap.
mandul 1.tidak boleh beranak, majir: isterinya ~; 2. ki tidak produktif:
benarkah sastera Malaysia ~?; bagai emak ~ baru beranak prb
sangat gembira kerana mendapat sesuatu yg sangat diidamidamkan;
memandulkan menjadikan benda hidup mandul: kebanyakan
orang lelaki tidak bersetuju kalau mereka dimandulkan;
kemandulan perihal mandul (tidak boleh beranak);
pemandulan perihal (proses, perbuatan) memandulkan benda hidup
(manusia, binatang): ~ merupakan salah satu cara utk mengatasi
masalah ledakan penduduk.
mandung I sl ayam, ayam jantan.
mandung II; kemenyan ~ jati sl kemenyan putih, sj dupa.
mandur orang yg mengawasi pekerja-pekerja; kepala pekerja-pekerja; ~
jalan a) mandur yg mengurus orang-orang yg membuat atau
membaiki jalan; b) bp orang yg berjalan ke sana ke mari,
penganggur;
memanduri mengawasi pekerja-pekerja: Mak Som ~ pelayanpelayan
di dapur.
manfaat 1. guna, faedah; kejadian itu tidak akan memberi ~ kpd sesiapa
pun; 2. untung, laba;
bermanfaat berguna, berfaedah: apa yg dilakukan mereka memang
~ bagi bangsa;
memanfaatkan menggunakan sebaik-baiknya (utk atau dgn cara yg
mendatangkan faedah), mendapatkan faedah drpd (sesuatu),
menjadikan bermanfaat (berfaedah): tidaklah sukar utk ~ alat-alat
ini utk kajian saintifik; apa yg menjadi persoalan ialah berapa
ramaikah orang yg kebolehan celik hurufnya dimanfaatkan utk
membaca;
kemanfaatan 1. guna, faedah, manfaat: setiap sesuatu yg
mendatangkan ~ dgn kebaikan hendaklah dilindungi dan
diusahakan; 2. kebaikan, kegunaan;
pemanfaatan perihal atau perbuatan memanfaatkan: apa yg
berlaku ialah timbulnya penyesuaian dan ~ terhadap unsur-unsur
sastera tradisi Islam itu dlm pelbagai unsur yg diserapkan secara
berseni.
mangan I (man.gan) (Kim) sj unsur logam yg rapuh dan berwarna putih
kekelabu-kelabuan.
mangan II Jw makan.
mangap Jw ternganga.
mangas sj tumbuhan (pokok), Memecylon acuminatum.
mangau; termangau, termangau-mangau ternganga, tercengang
kehairanan: dia tersentak dan ~ apabila adiknya memanggil
namanya;  mangu.
mangga I sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mempelam, Mangifera
indica dll.
mangga II ibu kunci, pedal ayam;
bermangga berkunci dgn mangga, dipasang mangga: kanak-kanak
lelaki berusia 10 tahun datang dan membuka pintu pagar yg ~ itu;
memangga mengenakan ibu kunci, mengunci: ia sedang ~ pintu
biliknya.
mangga III; sakit ~ bengkak (yg biasanya bernanah) pd celah
kelangkang, buah kelenjar yg bengkak.
mangga IV Jw, Sunda ark silakan.
manggak Kl sombong, besar hati, biadab, tidak sopan.
manggar 1. tangkai mayang kelapa; 2. Mn pangkal pelepah (kelapa dll);
bunga ~ sj perhiasan drpd kertas berwarna-warni yg berupa spt
manggar yg dipasangkan pd sebatang kayu (digunakan dlm upacara
keraian spt perkahwinan, sambutan orang besar-besar, dsb).
manggis sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mesetor, sementah, semetah,
Garcinia mangostana; ~ hutan sj tumbuhan, beruas; ingin di buah
~ hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menginginkan sesuatu
yg sangat susah hendak mendapatnya.
manggul = tanah ~ tanah tinggi, anak bukit.
manggut Jw mengangguk;  anggut.
mangir bedak yg diperbuat drpd tepung beras yg dicampurkan dgn bahanbahan
rempah tertentu, gunanya utk membersihkan, menghaluskan
dan menguningkan kulit.
mangka bp maka; ~nya kerana itu.
mangkah  mangkar.
mangkar 1. keras (ubi yg direbus dll), bangkar; 2. mengkal (buahbuahan).
mangkara  makara I.
mangkas I keras; keras ~ sangat keras; makas.
mangkas II  bangkas.
mangkat bd meninggal (digunakan utk raja-raja), mati: maka marhum pun
~;
kemangkatan bd perihal mangkat, kematian: anak raja itu pun
diberitahu tentang ~ ayahandanya.
mangkel Jw ark berasa kesal, mendongkol.
mangkih; cangkih-~;  cangkih.
mangkin I makin.
mangkin II 1. (Kim) bahan (spt platinum, yis, dll) yg dapat mengubah
kecepatan sesuatu tindak balas kimia tetapi ia sendiri tidak
mengalami apa-apa perubahan; 2. ki faktor (unsur dsb) yg dapat
mempercepat atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan
dsb: gerakan bimbingan kerjaya Malaysia boleh menjadi ~ yg
merapatkan perhubungan antara majikan dan institusi pelajaran
bagi menerbitkan pekerjaan;
memangkinkan 1. (Kim) mempercepat tindak balas kimia dgn
menggunakan mangkin: enzim ini ~ tindak balas glukosa terhadap
asid glukonik; 2. ki mempercepat sesuatu tindakan (perubahan,
proses, pembangunan dsb): begitu juga perkembangan ilmu ~
pertumbuhan industri; langkah itu dapat ~ usaha pembinaan lebih
banyak rumah kediaman;
pemangkinan (Kim) pengubahan kadar tindak balas kimia dgn
menggunakan mangkin;
pemangkin faktor dsb yg mempercepat sesuatu tindakan (proses,
perubahan dsb): kewujudan lebuh raya itu akan menjadi ~
pembangunan ekonomi sesuatu kawasan.
mangkir bp tidak hadir (bekerja, bersekolah, dll), tidak datang.
mangku yg memangku (hanya dlm gelaran sahaja); Darjah M~ Negara
pingat yg dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong.
mangkubumi sl bendahara, perdana menteri.
mangkuk 1. bekas yg dalam drpd tembikar dll tempat mengisi lauk-pauk
(nasi dll); 2. cangkir, cawan: se~ kopi; 3. bk kata yg mempunyai
maksud menghina atau mempermain seseorang, bodoh;
~ basuh tangan mangkuk bekas air basuh tangan; ~ gulai mangkuk
utk mengisi gulai; ~ jorong mangkuk yg panjang bulat (utk mengisi
air dll); ~ keda(h) sj mangkuk bertutup; ~ lonjak Kl mangkuk
tingkat; ~ nasi mangkuk utk diisi nasi; ~ pengadun mangkuk tempat
mengadun bahan-bahan masakan dll; ~ perak piala; ~ pijar sj
mangkuk yg biasanya dibuat drpd porselin dan digunakan dlm
makmal utk melakurkan bahan kimia pepejal; ~ tandas sesuatu spt
mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sbg tempat buang air
besar atau buang air kecil di tandas; ~ tingkat mangkuk drpd
aluminium dll yg bertingkat-tingkat (utk bekas kuih, lauk-pauk,
nasi, dll), rantang, mangkuk tepen, siya.
mangkung Jh sj tukul drpd kayu;
memangkung memukul kuat-kuat; pangkung.
mangkus Mn manjur, mujarab, mustajab.
mangli Kd kalis, kebiasaan.
mangsa 1. binatang yg menjadi korban (makanan) binatang buas: harimau
sedang menunggu ~nya; 2. ki orang atau barang yg menjadi korban
kemalangan (kecurian, penipuan, kebakaran, peperangan, dll),
sasaran perbuatan jahat: ibu tiriku menjadi ~ kebakaran itu;
mereka berdua ialah ~ Perang Dunia Kedua;
memangsakan menjadikan seseorang (sesuatu) sbg mangsa,
mengorbankan: kemusnahan alam sekitar ~ manusia;
pemangsaan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebabkan
seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: ~ jenis ini sangat biasa
terdapat di kalangan sesetengah binatang;
pemangsa binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk
salah seekor binatang jenis ~.
mangsai I; kusut-~ sangat kusut;  masai.
mangsai II; masak ~ a) terlalu masak; b) ki sudah banyak pengalaman.
mangsi 1. dakwat, tinta; 2. ark sj tepung hitam drpd arang (utk
menghitamkan gigi); 3. Mn warna hitam (biru tua), tarum; ikan ~
sotong.
mangu; termangu, termangu-mangu termenung-menung (kerana susah
hati, bingung, dll), melengung: sejak ibunya meninggal, ia
kelihatan selalu ~ sahaja; ia pun duduk termangu-mangu;
ketermanguan keadaan termangu: dlm ~ itu, Mat Janin termenung
sendiri; mangau.
mangut termenung (spt orang mengelamun), bingung.
manhaj Ar kaedah, cara: Islam berjaya membentuk suatu ~ hidup
manusia drpd barbarisme kpd ketamadunan.
mani air dan benih yg terpancut keluar dr alat kelamin lelaki (haiwan
jantan) ketika bersetubuh (mengawan) atau apabila mencapai
puncak syahwat; pancaran ~ Id pengeluaran mani;
permanian (Bio) proses memasukkan mani atau sperma ke dlm
faraj atau salur pembiakan haiwan betina; ~ beradas perihal
memasukkan mani ke dlm rahim dgn menggunakan radas tertentu.
mania (Psi) sebarang bentuk gangguan mental yg dicirikan dgn kelakuan
ganas yg tidak terkawal.
manifestasi (maniféstasi)  perbuatan  (ucapan  dll)  yg  memperlihatkan
(menjadikan nyata) sesuatu;
memanifestasikan melahirkan, memperlihatkan, menunjukkan,
menjadikan nyata: hasrat ini dimanifestasikan oleh seorang penulis
yg tidak dikenali pd tahun 1814; watak yg secara lebih giat ~ rasa
kekecewaan; dlm solatnya dia sentiasa ~ dan selalu pula
membaharui ikrarnya kpd al-Khaliq;
termanifestasi terpancar: hal ini ~ dlm amalan umat Islam tentang
konsep sekolah agama;
pemanifestasian perihal (perbuatan, tindakan dsb)
memanifestasikan: karya sastera merupakan salah satu sumber
kekayaan budaya dan wadah ~ pemikiran dan produk perilaku
masyarakat.
manifesto (manifésto)  pengisytiharan  kpd  orang  ramai  tentang  dasar
(tujuan, dll) sesuatu parti politik sebelum pilihan raya dll.
manik I 1. butir-butir kecil drpd kaca atau karang dll yg berlubang (dan
boleh dicucuk utk dijadikan kalung, perhiasan, dll); 2. butir-butir
kecil yg berwarna-warni, digunakan sbg hiasan pd biskut, kek, dll:
setelah sejuk sapukan coklat cair dan taburkan ~ di atas kek;
bagai ~ putus pengarang (tali) prb perihal air mata yg bercucuran;
bermanik-manik 1. memakai kalung dll drpd manik; 2. berbutirbutir
spt manik (peluh dll): di daun-daun masih kelihatan air ~ .
manik II sj tumbuhan (pokok kecil), Aglaia spp..
manikam 1. batu permata, intan; ratna mutu ~ bermacam-macam jenis
intan permata; 2. ark mani;
~ sudah menjadi sekam prb tidak berguna (berharga) lagi; adapun ~
itu jika dijatuhkan ke dlm limbahan sekalipun, nescaya tiada akan
hilang cahayanya prb orang yg berasal baik-baik itu walau miskin
sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada;
mengembalikan ~ ke dlm cembulnya prb memikirkan kembali apaapa
yg telah diucapkan.
manik-manik; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), jangka, kayu tanduk,
telinga rusa, Lasianthus maingayi.
manila I = bunga (kembang) ~ sj tumbuhan (pokok), kembang mentega,
kembang susu, Tabernaemontana divaricata.
manila II; itik ~ sj itik, serati, Anas moschata.
manipol Id kep manifesto politik.
manipulasi 1. perihal atau perbuatan menggunakan sesuatu (alat dll) atau
mengerjakan sesuatu (dgn tangan dll) dgn cekap: spt selalu
Kurosawa menyegarkan filemnya dgn ~ visual dan bunyi yg
menarik; setiap ~ bahasa dlm karya sastera hanya wajar
dilakukan oleh orang yg telah lebih dulu menguasai bahasa; 2.
segala tindakan dan selok-belok utk memperdayakan orang atau
mempengaruhi perlakuan (pendirian dll) orang lain tanpa disedari
orang itu; 3. sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yg
dilakukan utk faedah sendiri: ~ harga mempengaruhi
keberuntungan pengusaha industri kecil;
memanipulasikan 1. mengerjakan atau membuat sesuatu (dgn
menggunakan tangan) dgn cekap, mengendalikan atau
menggunakan sesuatu dgn cekap atau bijaksana: yg begitu
dighairahkan ialah meniup dan ~ kaca semasa lembik; masyarakat
umum mengenali al-Jabar sbg ilmu yg membicarakan cara ~
simbol dgn hukum dan petua tertentu; 2. mengendalikan
(menggunakan) sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana
sehingga dapat mencapai sesuatu tujuan: ahli-ahli politik mesti
kembali menghormati agama dan mengelakkan nafsu kuasa politik
dgn ~ agama; 3. melakukan sesuatu yg curang, menggunakan
sesuatu utk berbuat curang atau tidak baik;
pemanipulasi pihak (orang dsb) yg bijak memanipulasikan sesuatu
(keadaan dsb).
manipulatif berkaitan dgn, melibatkan atau bersifat manipulasi: kursus itu
memberikan penekanan pd proses berfikir dan kemahiran ~.
manira sl aku, kita.
manis I 1. rasa spt rasa gula atau madu: kuih ini ~ spt gula; 2. sangat
menarik (muka, percakapan, perawakan, senyuman, dll), lemah
lembut serta peramah: gadis itu tidak cantik tetapi ~; tutur
bahasanya ~; senyum ~; 3. cantik, elok, molek, mongel (gadis,
benda, dll): gadis itu memang ~; 4. panggilan utk gadis (wanita) yg
cantik manis: ia mendekati si ~ itu tanpa segan-segan lagi; 5.
sopan, beradab (kelakuan, gerak-geri, dll): jangan buat begitu,
nanti tak ~ dipandang orang; 6. ki dlm berbagai-bagai erti
bermaksud nyaman (senang, mewah, dll): bagaimana pula dapat
aku hidup ~ dgn orang yg demikian?
~ bangun Kl sedap dipandang mata, cantik, segak; ~-~ buah rasa yg
tidak berapa manis (kuih dll); ~ budi (bahasa) pandai berbudi dan
berbahasa, sopan-santun; ~ leting Kl, Tr tersangat manis; ~ madu
rasa spt rasa madu; ~ muka muka yg periang (menarik hati); ~
mulut pandai berkata-kata;
~ spt gula derawa = ~ laksana gula sarawak = ~ spt gula jawa prb
bersesuaian dlm semua hal (spt suami isteri yg sama elok dll); habis
~ sepah dibuang prb seseorang atau sesuatu yg dihargai hanya
ketika berguna sahaja dan sesudah tidak berguna lagi lalu dibuang
(atau ditinggalkan); lemak ~ jangan ditelan, pahit jangan
dimuntahkan prb yg nampaknya baik itu jangan lekas diterima dan
yg nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus
dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima
atau ditolak); rindu akan jadi batasnya, maka ~ tidak jadi cuka prb
jangan terlalu mesra bergaul dgn orang kerana nanti akan
menimbulkan dendam kesumat;
bermanis; ~ muka tersenyum utk menunjukkan rasa hormat, mesra,
disenangi dsb; ~ mulut bercakap dgn kata-kata manis;
bermanis-manis bercakap dgn kata-kata manis, bercakap dgn
lemah lembut;
memanis 1. menjadi manis; 2. = memanis-manis membuat sesuatu
supaya elok dilihat atau didengar;
memaniskan menjadikan manis; lewat dimaniskan, masam, lewat
diharumkan, busuk prb perihal orang yg mula-mula berkasihkasihan
tetapi kemudian selalu berselisih;
mempermanis membuat supaya bertambah manis: dia
melembutkan suaranya ~ mukanya ketika menyatakan maksudnya
itu;
manisan, manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang
lebah, dll) yg manis rasanya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu
lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa;
kemanisan 1. rasa yg manis: ~ nanas jenis itu memang diketahui
orang; 2. kecantikan, kemolekan, kemongelan: ia yakin ~nya akan
kembali jika ia pulih kembali; 3. keseronokan, kesukaan: ~ hidup
bagai madu dgn isteri muda itu tidaklah akan lama; 4. bp terlalu
manis, manis sangat: kopi ini ~ kerana terlalu banyak gula;
pemanisan perihal (proses, perbuatan dsb) memaniskan;
pemanis 1. sesuatu yg menyebabkan sesuatu yg lain menjadi manis
atau bertambah manis (elok, cantik, dll); 2. = ~ muka guna-guna utk
memikat hati orang (dgn menjadikan seseorang sentiasa kelihatan
manis): diberi makan pula oleh kawannya sekapur sirih ~;
mencarikan Ramlah ubat memperelok dan ~ rupa kembali.
manis II; akar ~ = akar kulit ~ sj tumbuhan (akar memanjat), tebu gajah,
Albizzia myriophylla; akar kayu ~ sj tumbuhan (akar memanjat),
akar cius, akar kepah, akar tebu gajah, Acacia penata; kayu ~ sj
tumbuhan (pokok yg kulitnya manis), Cinnamomum zeylanicum.
manja I 1. kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya
(dibiarkan berbuat apa-apa sahaja): ~ betul budak itu, maklumlah
anak bongsu; 2. sangat kasih (jinak, mesra, ramah) kpd: dia
berkata dgn suara yg ~; kedua-dua anak itu sangat ~ dgn saya;
bermanja berlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya;
bermanja-manja, bermanja-manjaan berjinak-jinakan, beramahramahan:
cuma hari ini saja kami berpeluang ~ dgn Murad;
memanja berbunyi manja (suara dll): kadang-kadang suaranya ~;
memanjakan, memanja-manjakan, mempermanjakan sangat
melayani kehendaknya sehingga jadi manja: jururawat itu
membetulkan kain selimutnya spt ibu ~ anaknya; gerak-gerinya
semakin dimanja-manjakan;
termanja-manja (sudah) menjadi terlalu manja;
manjaan yg dimanjakan: dia memang ingin memelihara seekor
binatang ~;
kemanjaan perihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan
kemesraan;
kemanja-manjaan dgn berlaku manja: ia menjawab ~ .
manja II (dlm kata majmuk) maja; majakani.
manjahil; tandil ~;  tandil.
manjakani  majakani.
manjang sj hantu yg menghisap darah.
manjangan  menjangan.
manjapada ark sl dunia ini, mayapada;  marcapada.
manjau ark = bermanjau bertandang (ke rumah gadis).
manjung I sj jamung atau suluh besar (utk menangkap ikan).
manjung II sl; manjungan sj perahu: maka segala dendang dan ~ pun
belayarlah.
manjung III; permanjungan bilik di sisi rumah yg lantainya lebih tinggi,
anjung.
manjur 1. dapat menyembuhkan dgn segera (ubat dll), mujarab, mustajab;
2. mempunyai kuasa atau daya yg kuat (doa, jampi, dll), sakti:
manteranya ~; 3. boleh mematikan dgn segera, bisa: anjing itu mati
kerana termakan racun yg ~ itu;
kemanjuran perihal manjur (ubat, doa, jampi, dll): ubat dan
suntikan itu tidak terjamin ~nya.
manometer (manométer) sj alat utk mengukur tekanan gas dan wap.
manor rumah besar dan tanah di desa, terutama yg dibina pd Zaman
Pertengahan (di Eropah).
manoskopi (Fiz) kaedah mengukur ketumpatan gas.
mansang Sr 1. mari; 2. pergi; 3. semakin.
manset (mansét)  1. lengan baju tambahan yg keras pd pergelangan
tangan; 2. Id kancing pd lengan baju tambahan.
mansiang Mn mensiang.
mansuh tidak berlaku lagi, batal, ditiadakan, terhapus;
memansuhkan menjadikan tidak berlaku (sah dll) lagi,
membatalkan, menghapuskan, meniadakan: perjanjian ini boleh
dimansuhkan pd bila-bila masa pun;
pemansuhan perbuatan (tindakan dsb) memansuhkan, pembatalan,
penghapusan: ~ peperiksaan masuk ke sekolah menengah pd tahun
1964.
mantan dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang
tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah
penerbitan; dia adalah ~ guru besar sekolah itu.
mantap 1. tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia: orang ~; 2. tidak
berubah-ubah, tetap, stabil: langkahnya perlahan dan ~; bahasa
kita masih belum mencapai taraf yg ~, masih dlm pembentukan;
memantapkan menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan
tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ istilahistilah
yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya
mereka;
kemantapan perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil),
kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia
ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyumbang ke arah ~
demokrasi itu sendiri;
pemantapan perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses
menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan
pengayaan, sejajar dgn berkembangnya bahasa itu;
pemantap sesuatu yg digunakan utk menetapkan (menstabilkan)
letak sesuatu benda: palang ~ .
mantari Mn ark matahari.
mantel I sj baju labuh utk menyelubungi tubuh.
mantel II (Geo) bahagian yg terletak di antara kerak bumi dgn teras bumi.
mantera kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa
ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi; membaca ~
mengucapkan mantera;
bermantera telah dimanterai;
memanterai mengenakan mantera pd: Pak Sairun sedang ~
anaknya;
memanterakan membaca mantera utk sesuatu supaya dapat
menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll): maka
Hajuman pun dlm antara buyung yg banyak itu dimanterakannya
sebuah buyung.
manti Mn ark menteri.
mantik Ar = ilmu ~ ilmu bahas akal, ilmu jalan fikiran tentang sebab dan
kejadian yg terbit daripadanya.
mantu Jk menantu; abang ~ abang ipar.
mantuk Ar ark erti atau maksud yg sebenarnya.
manual 1. buku yg mengandungi panduan dan maklumat utk
melaksanakan sesuatu; 2. dilakukan atau dikendalikan dgn tangan.
manuk ark burung, ayam; dada ~ dada burung.
manusia makhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yg
tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~; ~ utama manusia yg
terbaik;
memanusiakan menjadikan seseorang mempunyai sifat-sifat
manusia yg mulia: peranan sastera adalah utk ~ manusia dan
menimbulkan keindahan dlm jiwa mereka;
kemanusiaan perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang
ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan
keduniaan.
manusiawi bersifat manusia (kemanusiaan): ciri-ciri hidup yg lebih
mulia, abadi, dan sebati dgn sifat dan unsur ~.
manuskrip 1. naskhah tulisan tangan; 2. versi atau bahan (sesuatu karya)
yg telah disediakan oleh penulis (editor dsb) utk dicetak dan
diterbitkan dlm bentuk buku dll.
manyar burung tempua.
manyau Kd, Pn mengigau.
manzil, manzilah Ar rumah perhentian (utk bermalam dll).
map Id tempat (spt sampul) menyimpan surat dll, fail.
mapak Jk mengalu-alukan (tetamu), menyongsong, menjemput.
mapalus (Minahasa) Kd sj pertubuhan gotong-royong (antara anggotaanggotanya).
mapan 1. tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut
tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya
tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh
(kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb):
penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil
ciptaan pengarang yg sedia ~;
memapankan memantapkan, mengukuhkan, menstabilkan sesuatu:
mereka harus berusaha utk ~ kedudukan ekonomi keluarga
terlebih dahulu;
kemapanan keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak boleh
dipersoalkan sehingga ilmu dan teori bertentangan dgn ~;
pemapanan perihal (proses, perbuatan) memapankan sesuatu,
pemantapan, pengukuhan, penstabilan.
mapel sj pokok drpd genus Acer yg daunnya berbucu lima, terdapat di
Eropah, Amerika dan Asia, dan kayunya banyak digunakan dlm
pembuatan perabot, lantai dll: kayu ~.
MAPEN (mapén) akronim bagi Majlis Perundingan Ekonomi Negara.
Maphilindo akronim bagi nama tiga buah negara, iaitu Malaysia, Filipina
dan Indonesia.
maqam Ar kedudukan (tingkat, darjat atau taraf) yg tinggi atau mulia di
sisi Allah: bagi kaum wanita, utk mendapat ~ solehah dan menjadi
ahli syurga di akhirat adalah sangat mudah; semoga Allah akan
mengangkat kamu ke ~ yg terpuji.
mar sl jaga atau awasi menteri (kata dlm permainan catur utk
mengingatkan lawan bahawa menteri akan dimakan).
mara I sl bencana, bahaya, celaka, kesusahan: dijauhkan Allah drpd
bahaya dan ~-Nya;
~ jangan dipukat, rezeki jangan ditolak prb bahaya atau kesusahan
jangan sekali-kali dicari-cari; ~ hinggap, ~ terbang enggang lalu
ranting patah prb perihal seseorang yg dituduh melakukan sesuatu
kesalahan pd hal dia tidak melakukan kesalahan itu;
bermara sk berbahaya, menghadapi bahaya: jikalau tuan-tuan
sekalian pergi, salah seorang ~ .
mara II bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju: barisan tentera itu ~
dgn pantasnya sungguhpun mereka menemui tentangan;
memarakan menggerakkan ke hadapan, memajukan;
kemaraan perihal bergerak (melangkah dll) maju, kemajuan;
hulubalang telah berhimpun di Pedas utk menyekat ~ Raja
Melewar.
mara III; saudara-~ semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat).
MARA akronim bagi Majlis Amanah Rakyat (perbadanan yg menolong
bumiputera membangun atau maju dlm bidang perniagaan,
perusahaan, pendidikan, dsb).
marabahaya bermacam-macam bencana atau bahaya;  mara.
Maragang Kimaragang.
marah I berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati,
berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; perkataan yg
akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd orangorang
Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai Petani
belum lagi hilang; kena ~ diberangi (digusari); naik (bangkit,
timbul) ~ menjadi marah;
memarahi marah kpd, memberangi, menggusari: dia sendiri terasa
salah kerana ~ adiknya; budak-budak yg bergayut itu telah
dimarahi oleh konduktor bas tersebut;
memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak
mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan
jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh mengemis setiap minggu
itu ~nya benar;
marahan Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana
marah;
kemarahan perihal marah, keberangan, kegusaran: perkara ini
mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~,
lemah segala sendi anggota;
kemarah-marahan sangat marah;
pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~
dan pencemburu? 2. bersifat atau lekas marah; amarah.
marah II (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak
puteri dgn laki-laki biasa.
marajali sj tumbuhan (pokok) dlm famili Trigoniaceae, mata pacak,
merjali, Trigoniastrum hypoleucum.
marak 1. = semarak cahaya, seri; naik ~ a) mulai bercahaya (berseri); b)
ki mulai masyhur; c) sedang cantik (gadis dll); 2. = memarak
menyala: api itu sekejap ~ sekejap malap, mengikut tekanan udara
yg turun naik dlm bilik itu; 3. ki sedang memuncak (perasaan,
nafsu, keinginan, dll), berkobar: cita-cita ini datang sahaja
padanya dan semakin ~;
memarakkan menjadikan bernyala (dgn lebih besar), menyalakan:
api itu boleh dimarakkan dgn ditiup atau dikipas;
kemarakan keadaan marak;  semarak I.
marakas sj alat muzik Amerika Selatan (yg digoncang-goncang).
marap Kl; semarap jarak dr siku ke buku lima.
marapulai Mn mempelai atau pengantin (laki-laki).
maras Jw cemas, ketakutan, sangat khuatir: janganlah ~ hatimu, akulah
nenekmu.
maraton perlumbaan larian jarak jauh (lebih kurang 26 batu atau 41.8420
kilometer).
marba cacamarba.
marbut Ar penjaga dan pengurus masjid, siak.
MARDEC (mardéc) akronim bagi Malaysian Rubber Development
Corporatian (Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia Berhad).
MARDI akronim bagi Malaysian Agricultural Research and
Development Institute (Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia).
marcapada sl dunia sekarang ini: orang Mukmin yg tidak terpengaruh
dgn ~ yg penuh dgn tipu daya.
mardudah Ar tertolak (tidak dapat diterima).
marem Jw puas, senang, sentosa.
Maret Id bulan ketiga dlm tahun Masihi, Mac.
marga I sl binatang liar;  mergastua.
marga II 1. Id kelompok atau puak orang yg berasal drpd satu keturunan
(di kalangan orang Batak); 2. bahagian daerah yg terdiri drpd
beberapa buah dusun (Sumatera Selatan).
margin 1. jidar, garisan tepi; 2. tepi, bahagian tepi; 3. perbezaan antara
dua jumlah dsb; ~ keuntungan banyaknya perbezaan antara kos
pengeluaran dan hasil jualan yg diperoleh sbg keuntungan.
marginal kecil, tidak penting: usaha utk meningkatkan pendidikan
keilmuan hanya bersifat ~.
marhaban Ar 1. selamat datang; 2. puji-pujian yg dilagukan utk memujimuji
Nabi (pd perayaan Maulidur Rasul dll).
marhaen (marhaén); kaum ~ rakyat jelata (spt petani, nelayan, dll).
marhaenis (marhaénis) orang yg memperjuangkan hak-hak marhaen.
marhalah Ar ukuran jarak yg panjangnya lebih kurang 28 batu atau 45.06
kilometer.
marhum Almarhum.
marhumah  Almarhumah.
mari I 1. (ke) sini: kerana engkaulah aku datang ke ~; bawa ~
bungkusan itu; ke sana ke ~ ke sana ke sini; 2. perkataan utk
mengajak orang berbuat sesuatu, ayuh, silakan: ~ kita pergi
menjerat gajah, kerana musim ini gajah akan turun.
mari II; IB roti ~ sj kuih kering, biskut.
marigold sj tumbuhan taman drpd genus Tagetes yg bunganya berwarna
kuning atau jingga.
marijuana ganja (bahan dadah).
marikan = kain ~ 1. sj kain buatan Amerika; 2. sj kain kipar, kain belacu.
Marikh planet yg keempat jauhnya dr matahari.
marimba (Muz) sj alat muzik seakan-akan xilofon yg berasal dr Afrika.
marin I bp kelmarin, semalam.
marin II 1. terdapat di atau berkaitan dgn laut; 2. berkaitan dgn
perkapalan, pelayaran, dsb; 3. anggota pasukan tentera laut.
marina pangkalan khas tempat kapal layar, bot persiar dsb berlabuh dsb.
marit; morat-~;  morat I.
maritam Br pulasan.
maritim 1. berkaitan dgn perkapalan, pelayaran, dsb; 2. terletak di atau
berdekatan dgn laut: 80% drpd perdagangan ASEAN bergantung
pd pengangkutan ~.
marjerin bahan berwarna kekuningan yg rupanya spt mentega dan
biasanya diperbuat drpd lemak sayur dan binatang yg diemulsi dgn
susu, garam, vitamin, dsb.
marjoram tumbuhan herba berbau harum yg daunnya dapat digunakan
sbg perisa dlm masakan, Origanum hortensis.
marka Pn gadis remaja.
markah 1. tanda, tanda pd tali penduga; garis ~ garis tanda; 2. angka yg
diberikan pd mata pelajaran dlm peperiksaan dll (sbg ukuran bagi
mutu jawaban kpd soalan): dia berazam hendak mendapat ~ yg
tertinggi dlm ujian tawarikh nanti;
memarkahi memeriksa dan memberi markah kpd (kertas jawaban
peperiksaan dsb): kertas jawaban mereka tidak dikenali oleh
orang-orang yg ~ kertas itu;
pemarkahan perihal (cara dsb) memberi markah kpd sesuatu,
penentuan atau pemberian markah: ~ ujian ini ialah 100%objektif;
pemarkah pemeriksa atau penguji yg memberikan markah: ~ tidak
mempunyai ruang utk berlaku tidak adil; ujian berbentuk esei juga
boleh diberi markah secara objektif, tetapi biasanya agak sukar
dan ~ cenderung utk menjadi subjektif.
markas pejabat ketua turus tentera dll, pejabat parti politik dll; ~ besar
markas yg tertinggi, ibu pejabat;
bermarkas 1. berpejabat: Polis Khas Hutan yg ~ di Kuala
Kangsar; 2. ki diam, tinggal: saya ~ di sebuah kamar yg kecil.
market (markét) bp pasar.
markisah sj tumbuhan (pokok memanjat dan buahnya), buah susu,
Passiflora laurifolia.
marlin sj ikan laut yg besar drpd genus Makaira atau Tetrapterus dgn
rahang atasnya panjang dan runcing.
marmalad sj jem yg diperbuat drpd buah sitrus spt oren dan lemon,
biasanya dimakan bersama roti dsb.
marmar = batu ~ sj bahan galian kalsium karbonat yg padat, yg diperoleh
drpd batu kapur, batu pualam.
marmut sj binatang spt tikus yg agak besar (biasanya dipelihara orang),
tikus belanda, Cavia cobaya.
marsekal Id marsyal.
marsose (marsosé) IB polis tentera.
marsupial binatang mamalia (spt kanggaru) yg mempunyai kantung
tempat anaknya melengkapkan perkembangannya.
marsum sl surat.
marsyal 1. pegawai tertinggi dlm tentera, jeneral besar; ~ tentera darat
pegawai tertinggi dlm tentera darat; 2. pegawai yg bertugas
mengawal atau menyelia perjalanan sesuatu acara umum,
terutamanya acara sukan spt perlumbaan kereta dsb: 40 orang ~
perlumbaan dr Portugal akan membantu ~ tempatan apabila Litar
F1 Sepang menganjurkan perlumbaan Grand Prix Malaysia
Petronas 1999 pd 17 Oktober ini.
martabak sj makanan spt roti canai tetapi berlapis, dibubuh daging
cencang, telur, rempah, bawang, dsb.
martabat kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat:
dianugerahinya aku ~ yg amat besar;
bermartabat mempunyai martabat: manusia yg bermaruah dan ~;
memartabatkan menjadikan sesuatu bermartabat: banyak yg boleh
dilakukan utk ~ sastera Melayu;
kemartabatan perihal martabat: namun Ali Aziz tidaklah sempat
menjatuhkan ~ tuan sbg satu-satunya wira sepanjang zaman;
pemartabatan perihal (usaha dsb) memartabatkan: pd masa yg
sama, pihak yg tidak sejalan dgn aspirasi perjuangan dan ~
bahasa tentunya bersewenang-wenang dgn penggunaan bahasa
asing;
pemartabat pihak (orang atau golongan) yg memartabatkan: sbg
pejuang dan ~ bahasa, kita harus bersedia berdepan dgn
berbagai-bagai masalah.
martil pemukul, palu, tukul.
martini sj minuman keras.
martir IB orang yg mati teraniaya kerana mempertahankan agama
(Roman Katolik).
maru sl sj hantu yg suka mengganggu orang.
maruah Ar 1. kehormatan (diri), harga diri: dia tidak menjaga ~nya;
rakyat Malaysia bersatu padu dan teguh di belakang kerajaan dlm
mempertahankan ~ tanah air; 2. sifat laki-laki, keberanian,
kegagahan;
bermaruah mempunyai maruah.
marut I; carut-~;  carut.
marut II; karut-~;  karut.
marwas sj alat muzik spt gendang (biasanya dimainkan bersama gambus).
Marxisme teori politik dan ekonomi Karl Marx yg memperjuangkan
kesamaan taraf manusia (masyarakat tanpa kelas atau kasta) dan
percaya bahawa kapitalisme akhirnya diambil alih oleh sosialisme.
marzipan sj pes yg diperbuat drpd badam tumbuk, putih telur dan gula,
biasanya digunakan utk menghiasi kek dsb.
mas I 1. bp sj logam berwarna kuning yg mahal harganya; 2. sl sj mata
wang; 3. Kl duit syiling yg bernilai 50 sen.
mas II Jw 1. panggilan yg ertinya hampir sama dgn tuan, encik; 2.
panggilan mesra utk suami dll: silakan masuk ~.
MAS akronim bagi Malaysian Airlines System (Sistem Penerbangan
Malaysia).
masa I 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus
dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka
waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting
berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka
waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian
(Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~
kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~
pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan
hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan
(hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan
karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman
masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg
telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan
masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd
keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~
rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain;
semasa 1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup
hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk
Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr
masa (zaman) yg diperkatakan, dr masa yg sama: hal-hal yg
menarik perhatian~;
semasa-masa sewaktu-waktu;
pemasaan perihal atau proses menentukan (mengatur atau
mengawal) masa bagi sesuatu operasi dsb: ~ yg tidak betul juga
boleh menyebabkan salah satu kebuk pembakaran dimasuki
pelincir;
pemasa alat utk mengatur dan mengawal masa operasi sesuatu
mesin, peranti dsb.
masa II = masakan mana boleh, tidak akanlah, tidak mungkin: kalau
tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan perdagangan
gelap; kalau cendawan sudi tumbuh, ~ bumi tidak terima;
~ bodoh a) tidak mempedulikan apa-apa; b) terserah; bersikap ~
bodoh tidak mempedulikan atau mengendahkan (hal orang lain dll).
masai I; kusut-~ sangat kusut; mangsai.
masai II Kd bengkak (bkn muka) kerana terlalu banyak tidur (terutama pd
waktu siang).
masak 1. sudah tua dan boleh dimakan (buah-buahan dll), matang: jangan
diambil pisang itu, biarlah ~ di pokok; ~ ranum sangat masak
(buah-buahan); 2. sudah empuk, tidak mentah lagi (barang makanan
yg direbus, digoreng, dll): baru separuh ~ Pak Pandir pun
tampillah meratah daging itu; nasi belum ~ lagi; 3. cara membuat
masakan (gulai dll): ~ dalca; ~ lemak; tukang ~ orang yg memasak
makanan; 4. ki sudah tahu atau faham benar (kelakuan orang dll),
sudah difikirkan (dipertimbangkan) dgn teliti, sudah diputuskan
(sesuatu perkara dll), sudah sempurna, matang: hamba sudah ~ dgn
segala kejadian yg berlaku di sekeliling hamba; sebelum memberi
keputusan, perkara itu harus difikirkan ~-~ dahulu; apabila ~lah
sudah perjanjian itu, maka barulah pulang ke Melaka;
~ ajar a) sudah cukup mendapat didikan (ajaran); b) mempunyai
sopan-santun; ~ akal matang pemikiran; ~ niatnya mempunyai niat
yg tetap; ~ tangan sudah selalu benar kena tampar atau tempeleng;
makan ~ mentah prb tidak membezakan yg halal dan yg haram; ~
buah rumbia prb perihal sesuatu yg mustahil terjadi (diperoleh); ~
di luar, mentah di dalam prb nampaknya baik sebenarnya jahat; ~
malam, mentah pagi (siang) prb sesuatu perkara yg telah ditentukan
tetapi kemudiannya berubah pula;
semasak selama masa yg perlu supaya (buah-buahan, nasi yg
ditanak, dll) menjadi masak: ~ buah piama;
bermasak yg sudah dimasak (air, makanan, dll): lebih baik kalau
dibasuh tangan dgn air yg sudah ~;
bermasak-masak sedang membuat lauk-pauk (kuih-muih dll);
kelengkapan ~ alat atau perkakas yg digunakan utk membuat
makanan;
bermasakan, bermasak-masakan sedang masak (buah-buahan):
kelihatan buah padi kuning spt emas ~;
memasak, mempermasak sl membuat lauk-pauk (kuih-muih dll),
mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan
mencuci kain baju;
~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi menanak nasi; ~
ubat membuat ubat;
memasak-masak 1. membuat bermacam-macam kuih (lauk-pauk
dll): dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. = masakmemasak
cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuihmuih,
lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masakmemasak;
memasakkan 1. memasak utk, membuat makanan utk: ia ~
suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan
masak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim
panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi; 3. ki memikirkan,
mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar
itu pergi bertemu dgn dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu;
masakan 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau
hari-hari dapat memakan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk
aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg
sebenarnya, buatan, olahan;
pemasakan perihal (kerja, proses, dsb) memasak;
pemasak 1. orang yg kerjanya memasak, tukang masak; 2. alat
(perkakas) utk memasak; 3. Mn rempah-rempah.
masakan mana boleh;  masa II.
masakat  masyakah.
masalah 1. sesuatu yg memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yg
menimbulkan kesukaran (kesulitan): banyak negara Asia sekarang
sedang menghadapi ~ kelebihan penduduk; banyak drpd
pengusaha tempatan yg menghadapi ~ kewangan yg tenat; 2.
(Mat) soalan atau kenyataan (dlm matematik dll) yg memerlukan
penyelesaian biasanya dgn beberapa perkiraan: ~ itu boleh
diselesaikan dgn jalan melukis mengikut skala atau dgn jalan
perkiraan;
bermasalah mempunyai (ada) masalah, mengandungi
(menimbulkan) masalah: rambut ~ yg tidak terurus, kering dan
mempunyai hujung yg berbelah; jika anda berasa sedih dan ~ hari
itu janganlah jadikannya utk tidak bergiat;
memasalahkan, mempermasalahkan menjadikan sbg masalah,
memberi perhatian kpd (menganggap sbg) suatu masalah: ~ dunia
adalah kehidupan; mereka tidak mempermasalahkan gejala
korupsi secara keseluruhan;
permasalahan sesuatu atau segala-gala yg menjadi masalah,
(pelbagai) masalah, persoalan: sajak-sajak mereka ditulis bagi
membuka jalan kpd pembaca utk mengenali peristiwa dan menilai
~ di sekeliling kehidupan mereka; seminar itu akan
menitikberatkan ~ bahasa; ~ pendidikan; ~ hidup wanita.
masalode (masalodé) sj kuih India yg dibuat drpd kacang dal dan bahanbahan
lain, bentuknya bulat dan agak leper.
masam 1. rasa spt rasa cuka, asam: kuman-kuman menjadikan susu itu ~;
mukanya berkerut kerana memakan buah yg ~; 2. tidak jernih
(muka) kerana marah dll, bersut, merengus, merengut: mukanya ~
setelah dimarahi oleh bapanya;
~ catung sangat masam (berkenaan muka); ~ kucam masam
sungguh; ~ pahit Kd terlalu masam.
~ bagai nikah tak suka prb berdukacita kerana diperlakukan tidak
menurut kehendak hatinya;
bermasam; ~ muka berkecil hati antara satu sama lain (kerana
berkelahi dll), tidak bertegur sapa;
memasam menjadi masam: susu ini mulai ~;
memasamkan menjadikan masam: dia menjeling senyum setelah
beberapa minit ~ mukanya;
kemasaman keadaan masam: cuka mempunyai kadar ~ sehingga
95%;
kemasam-masaman, masam-masaman agak masam.
masamah Pn sj masakan daging.
masap ark; memasap mengeluarkan wap, menguap, meruap.
masbuk Ar 1. yg didahului, iaitu makmum yg tidak sempat membaca al-
Fatihah pd rakaat pertama bersama imam semasa solat; 2. perihal
bercampur dlm sesuatu kumpulan orang atau masyarakat,
percampuran, pergaulan: semasa tinggal di kampung seorang diri,
terpaksalah dia memasuki ~ tetangganya kerana tidak mahu
kesunyian; ini disebabkan bapaku termasuk dlm ~ orang surau.
masdar Ar tempat terbit, sumber, punca: al-Quranlah yg dijadikan ~ dan
rujukan yg akhirnya mencipta bahasa Melayu moden.
maserba; binatang ~ binatang yg memakan serba jenis makanan (daun
dan juga daging), omnivor.
mashaf (mas.haf) Ar jilid (naskhah) al-Quran yg bertulis tangan.
Mashumi Id akronim bagi Majlis Shura Muslimin Indonesia (salah satu
parti politik di Indonesia).
masih I 1. lagi (dlm keadaan): pintu ~ terbuka; ia ~ muda; 2. = ~ lagi
tinggal lagi: beras ~ secupak lagi;
semasih ark selama (masih, belum).
Masih II, al-Masih Nabi Isa.
Masihi Kristian; agama ~ agama Kristian; kurun (tahun) ~ (tahun) yg
dihitung dr tarikh Nabi Isa dilahirkan.
masin rasa spt rasa garam, asin; ~ lidah (mulut) apa yg dikatakan
semuanya terjadi (kejadian dll), perkataannya dituruti (diterima)
orang; ~ perkataannya perkataannya dituruti (dikabulkan dll) orang;
air ~ air laut; telur ~ telur yg telah diasinkan (dgn cara memeram
dlm air garam);
belum tahu di~ garam prb masih belum mempunyai pengalaman;
garam kami tidak ~ padanya prb perkataan kami tidak dipedulikan;
memasinkan menjadikan sesuatu masin: air laut yg melimpah itu
telah ~ tanah yg terletak di sepanjang pantai itu;
kemasinan perihal masin (air dll), rasa masin;
pemasinan proses (perbuatan) memasinkan: ~ ikan-ikan itu mudah
dilakukan.
masing-masing sendiri-sendiri, tiap-tiap orang: semuanya sibuk dgn
pekerjaan ~.
masinis IB jurumesin (pd kepala kereta api dll).
masir berbutir-butir (spt pasir); salak ~ buah salak yg selaput bijinya
berbutir-butir; kaca ~ sj kaca yg tidak licin (kesat seakan-akan
berpasir).
masjid Ar bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan
ibadah-ibadah lain.
Masjidilharam Ar masjid besar di Mekah.
mas kahwin pemberian wajib yg berupa wang (al-Quran dsb) oleh
pengantin lelaki kpd pengantin perempuan semasa upacara akad
nikah, mahar;
bermaskahwinkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg mas
kahwin: ada pula yg hanya ~ Surah al-Ikhlas dan ada juga
membayar mas kahwin sebanyak 100 dinar.
maskanat Ar kemiskinan (yg merupakan jalan utk mencapai
kesempurnaan batin).
maskapai IB syarikat perdagangan.
maskara bahan mekap utk menghitamkan dan mencantikkan bulu mata.
maskat I; baju ~ sj baju yg dipakai di luar.
maskat II; halwa ~ sj kuih spt dodol yg dibuat drpd campuran tepung
gandum dan minyak sapi.
masker bahan (berbentuk krim, pupur, dsb) rawatan muka (utk mencuci
dan menegangkan kulit).
maskot binatang (benda dll) yg dianggap atau digunakan sbg lambang
bertuah: penyu dipilih sbg ~ rasmi Sukan SEA.
maskulin 1. berkaitan dgn ciri-ciri lelaki atau kelelakian; 2. (Lin)
berkaitan dgn kata yg memiliki ciri yg dikaitkan dgn kelelakian.
maslahat Ar sesuatu yg berfaedah (berguna), usaha dsb yg mendatangkan
faedah: dia sentiasa meletakkan kebenaran di hadapannya dan
tidak mempermudah-mudahkan sesuatu ~ yg mengenai orang
ramai; setiap langkah, peraturan dan undang-undang yg dapat
melindungi dan mempertahankan perkara yg disebutkan tadi
adalah ~;
kemaslahatan kegunaan, faedah: hal yg salah dan bertentangan
dgn ~ orang ramai; demi ~ dan kepentingan manusia.
maslin = cita ~ sj kain yg jarang lagi halus.
masnawi 1. sj sajak Parsi; 2. sesuatu bentuk puisi Melayu yg berasal drpd
puisi Parsi (biasanya utk tujuan memuji-muji).
masoi sj tumbuhan (pokok), Massoia aromatica;  mesui.
masokisme (Psi) kecenderungan mendapat nikmat, kepuasan atau
keseronokan, terutamanya nikmat syahwat, drpd kesakitan,
penderitaan atau penghinaan diri sendiri.
massa 1. sekelompok benda yg banyak jumlahnya dan tidak teratur; 2.
jumlah yg terlalu banyak: dr jambatan aku menoleh ke arah ~ yg
spt semut banyaknya; ~ rakyat; 3. kumpulan orang ramai yg
bersatu kerana dasar atau pegangan tertentu: rapat ~; 4. jumlah zat
yg ada dlm sesuatu benda, jisim.
mastautin; bermastautin menetap (di), tinggal (di): keluarga mereka itu
sudah turun-temurun ~ di negeri ini;
permastautinan perihal bermastautin: ~ masyarakat Melayu;
pemastautin orang yg bermastautin (di sesebuah negeri): pemain
yg mempunyai status ~ tetap dianggap sbg bukan warganegara.
mastektomi (mastéktomi)  (Ubat)  pembuangan  sebelah  atau  kedua-dua
buah dada (biasanya dilakukan utk mengatasi serangan kanser yg
parah).
MASTERA akronim bagi Majlis Sastera Asia Tenggara.
mastonkus (Ubat) tumor pd buah dada atau kelenjar susu.
mastuli sj kain sutera yg kasar dan kuat; jual sutera, beli ~ prb
menggantikan sesuatu dgn yg lebih baik.
masuk 1. pergi ke dlm (bilik, rumah, tubuh badan, dll), datang ke dlm,
lwn keluar: apabila ia melihat orang datang, maka larilah ia ~
hutan; lekas ~!; ia bebas ~ dan keluar; 2. terbenam (matahari,
bulan, dll) ke dlm; 3. hadir di atau pergi ke tempat bekerja (sekolah
dll): mengapa engkau tidak ~ bekerja semalam?; enam bulan
kemudian dia ~ hospital; ~ sekolah a) pergi ke sekolah utk belajar;
b) menjadi murid di sekolah; 4. menjadi ahli sesuatu pertubuhan
(askar, agama, dll): maka segala orang negeri Fansuri itu pun ~
Islam; 5. sudah sampai (umur, tempoh, waktu, dll): umurnya baru ~
enam tahun; perundingan itu sudah ~ hari yg ketujuh; ~ saja
waktu isyak, kesemuanya sudah mengeruh; 6. terbilang, terhitung,
tergolong dlm, terkira (termuat) dlm: ia ~ orang yg berada; kain ini
~ dlm jenis kain yg baik juga; tarian ini tidak ~ dlm acara
pertunjukan malam terakhir; 7. ikut serta, turut campur: Ali tidak
dapat ~ peperiksaan kerana sakit; 8. yg diperoleh (diterima,
didapati): ada kerja ada ~ , tak ada kerja, tak ada ~;
~ ajar mendengar atau menerima nasihat orang; ~ akal dapat
diterima oleh akal (fikiran), tidak mustahil; ~ angin sakit kerana
kesejukan (perut kembung dll); ~ Belanda Id menjadi warganegara
Belanda; ~ buku dicatat dlm buku (perbelanjaan dll); ~ campur ikut
serta, turut mengambil bahagian; ~ daun sudah mendapat peluang
yg baik (sesuatu yg pasti akan berhasil); ~ hati diterima oleh hati,
bersetuju; ~ Jawi Kd berkhatan; ~ kerja datang atau hadir bekerja;
~ kira terhitung (tergolong) dlm; ~ kompeni Id menjadi askar; ~
Melayu a) ark menganut agama Islam; b) menganuti (mengikuti)
adat resam orang Melayu; ~ mulut turut memberi fikiran atau
nasihat; ~ suluk mengasingkan diri (utk mengamalkan suluk); ~
syaitan dirasuki syaitan; ~ tangan campur tangan; ~ waktu sampai
waktu (utk bersembahyang);
~ lima keluar sepuluh prb belanja yg lebih besar drpd penghasilan;
~ sarang harimau prb terperosok ke dlm suatu bahaya besar;
memasuki 1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan sedang
~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah, dll), menjadi
pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima orang penuntut dr
sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini; 3. mengambil
bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll): beberapa hari lagi dia
akan ~ peperiksaan; 4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dll):
~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri (urusan orang lain);
memasukkan 1. membawa (membiarkan dll) masuk, mengisikan
(ke dlm): ia ~ mesin taip ke dlm bilik; perusahaan ~ nanas ke dlm
tin; dialah yg mula-mula ~ suatu konsep baru ke dlm
kesusasteraan kita; 2. menjadikan seseorang ahli sesuatu
pertubuhan dll: ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu;
3. menaruhkan wang ke dlm sesuatu perusahaan dll, menanam
modal: ia ~ RM50 ke dlm sebuah syarikat pd awal tiap-tiap tahun;
termasuk 1. sudak masuk; ~ di hati ki dapat diterima, dipercayai;
2. tergolong (terhitung dll) dlm: labah-labah tidak ~ dlm kumpulan
serangga;
kemasukan 1. dimasuki (hantu, orang halus, dll), dirasuki (hantu
dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala
tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana ~
asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu
pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis keselamatan;
pemasukan perbuatan (tindakan, kerja, proses, dsb) memasukkan.
masup Jk masuk.
masuyit (Kim) mineral nadir yg mengandungi 74% uranium.
masya-Allah Ar 1. apa yg dikehendaki Allah; 2. sr kata utk menyatakan
perasaan hairan dll.
masyaikh Ar ketua-ketua.
masyakah, masyakat Ar susah, sukar, kesusahan, kesukaran.
masyarakat 1. kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat
dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah
sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg
tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~
majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan
etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai;
sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia;
2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan;
bermasyarakat merupakan (hidup sbg satu) masyarakat,
menggabungkan diri: tabiat manusia berkehendakkan hidup ~;
memasyarakatkan memperkembang dan menyebarkan sehingga
meresap ke dlm masyarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di
kalangan masyarakat, meluaskan pengetahuan tentangnya atau
penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat langsung
dlm usaha ~ bahasa melalui penerbitan; usaha ~ filem belum
boleh dianggap berjaya setakat ini;
kemasyarakatan keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn
masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat
puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusteraan terlalu memberatkan
soal ~; ilmu ~ sosiologi;
pemasyarakatan proses (usaha dsb) memasyarakatkan: tentu saja
~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan
dgn penerbitan kamus ini.
masyghul Ar 1. berasa dukacita kerana sesuatu, susah hati, murung,
sedih: setelah baginda mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka
baginda pun terlalu ~ ; 2. kesal hati, sebal hati;
memasyghulkan 1. menyedihkan (menyusahkan) hati: sekarang
bapa angkat hamba itu menuntut janjinya, itulah yg ~ hamba; 2.
berasa dukacita (sedih dll) bkn sesuatu;
kemasyghulan 1. kesedihan (kesusahan, kesebalan) hati: ~nya itu
diketahui juga oleh bapa angkatnya walaupun ia cuba
menyembunyikannya; 2. menjadi (menderita) masyghul: ia masih
sangat ~ .
masyhadat Ar tempat orang berkumpul, perjumpaan, pertemuan.
masyhur = termasyhur Ar 1. tersebar ke serata tempat (berita, peristiwa,
dll), ketahuan ke tempat-tempat lain: maka khabar yg demikian itu
pun termasyhurlah ke negeri-negeri yg lain; 2. terkenal, ternama:
mereka gemar membaca buku-buku yg mengisahkan kehidupan
seseorang yg ~ ; kami nikmati lukisan dan pahatan bermacammacam
seniman yg termasyhur;
memasyhurkan 1. sl menyebarkan ke serata tempat (berita,
peristiwa, ajaran, dll), menyiarkan: cuma sahaja dimasyhurkan
khabar demikian supaya jangan orang tahu; 2. membuat supaya
menjadi masyhur (terkenal, ternama): Persatuan Belia akan
mementaskan semula drama yg telah ~ nama kampungnya ke
serata tanah air;
kemasyhuran perihal masyhur (terkenal): ~ Melaka sbg pusat
perdagangan utama tersebar luas;
pemasyhuran perihal memasyhurkan (menyiarkan berita dll): ~
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
masyrik Ar timur, negeri atau daerah di sebelah timur; dr ~ sampai ke
maghrib dr timur sampai ke barat (seluruh dunia).
mat I; ~ gian bp penagih dadah; ~ jenin orang yg suka berangan-angan; ~
salih sebutan utk orang Eropah (terutama orang Inggeris).
mat II kata yg menyatakan raja mati atau tidak dapat bergerak lagi (dlm
permainan catur);
mengemat mematikan atau mengepung raja hingga tidak bergerak
lagi (dlm permainan catur).
mata I 1. alat utk melihat (pd manusia atau binatang), pancaindera utk
melihat: ~nya hitam dan besar sedikit dan selalu pula terkejipkejip;
~ hitam bahagian mata yg berwarna (di tengah-tengah); 2.
bahagian yg tajam pd alat pemotong (kapak, pisau, dll): pisau itu
~nya tumpul; ~ cangkul; ~ kapak; ~ tenggala (bajak); 3. sesuatu yg
menyerupai mata (spt lubang kecil, lubang jala, dll): ~ jarum; 4.
sela antara dua senggat (pd kayu pembaris dll), sela antara dua anak
tangga: tempat betara itu dihadap orang tinggi, tiga ~ anak
tangganya; 5. ki yg di tengah-tengah benar, pusat: ~ bisul; ~ alamat
sasaran, tujuan; 6. tunas pd ubi (dahan dll); 7. punca, sumber (air,
pencarian, dll); 8. markah yg diperoleh (dlm peperiksaan,
pertandingan, dll): pasangan dr Malaysia telah memenangi set
pertama dgn ~ 15-10; 9. sl jenis-jenis (masakan, hidangan, dll);
beratus-ratus ~ gulai beratus-ratus jenis gulai;
~ air a) tempat air terbit dr tanah; b) bp kekasih; ~ anggaran Id
bahagian (pos) anggaran belanja; ~ angin arah yg ditunjukkan oleh
jarum kompas, arah angin datang (timur, barat, dll); ~ ayam sj
tumbuhan (pokok renek), Ardisia crispa; ~ batin perasaan dlm hati,
rasa hati; ~ bedil butir-butir pembidik pd laras bedil; ~ belanak
pusat pusingan (lingkaran); ~ benda barang(-barang) yg berharga
(spt permata dll); ~ besar sj ikan kap, Amblyrhynchichthys
truncatus; ~ bisul lubang bisul; ~ buku buku jari dll; ~ bulan bentuk
bulan yg tampak samar-samar; ~ cemperling mata yg merah
warnanya; ~ cincin permata (intan, berlian, dll) pd cincin; ~ dabus
besi tajam yg digunakan dlm permainan dabus; ~ dacing garis-garis
pd dacing (utk menunjukkan berat); ~ dagangan barang-barang
dagangan; ~ duitan tamak akan wang; ~ duli buku lali; ~ gaji
tangga gaji; ~ gawai ark pembantu; ~ gelap mengamuk kerana
marah dll; ~ gergaji a) bahagian yg tajam dan bergirigi pd gergaji;
b) Kl orang yg bermuka-muka (dgn dua pihak); ~ gobek (gunting)
bahagian yg tajam pd gobek (gunting); ~ hati a) perasaan hati; b) sl
wakil peribadi, ganti diri; ~ hitam bahagian biji mata yg hitam; ~
huruf tiap-tiap satu huruf; ~ ikan sj kudis yg bernanah (pd kaki dll);
~ jahitan bahagian yg dijahit; ~ jala (jaring) lubang-lubang yg
terdapat pd jala (jaring); ~ jalan penunjuk jalan, peninjau; ~ kail
kawat yg bengkok dan tajam hujungnya pd kail; ~ kain corak kain;
~ kakap lubang kecil pd bahagian bawah perahu (digunakan utk
mengeluarkan air); ~ kaki tulang yg membonggol pd pergelangan
kaki (buku lali); ~ kasar mata sahaja (tidak menggunakan teropong
dll); ~ kati (tahil) garis pd dacing yg menunjukkan kati (tahil); ~
kayu a) tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu (berwarna
hitam); b) tidak tahu menulis atau membaca (buta huruf); ~ kemung
mata yg besar; ~ keranjang suka melihat perempuan; ~ kerek
bulatan pd kerek; ~ ketam besi tajam pd ketam kayu; ~ kotak orang
yg tidak tahu memilih mana yg baik dan mana yg buruk; ~ kucing a)
sj batu permata; b) sj damar yg jernih warnanya; c) Id sj lampu
berwarna pd peti radio; ~ kumpuan = ~ majmuk mata yg terdiri
drpd beberapa mata yg kecil-kecil (spt mata lalat dll); ~ lembu = ~
sapi = ~ kerbau telur yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan
bahagian merahnya); ~ lipas a) mata yg tidak berwarna (pd kuda);
b) mata yg suram; ~ lolong Kl mata yg tersembul; ~ luka lubang
atau liang luka;~ pajak ark (Palembang) orang yg wajib membayar
cukai; ~ panah bahagian hujung anak panah (yg tajam); ~ pedoman
jarum pedoman yg menunjukkan mata angin, mata angin dlm
pedoman; ~ pelajaran jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan (di
sekolah, maktab, dll); ~ pena bahagian hujung pena yg digunakan
utk menulis; ~ pencarian (penghidupan) pekerjaan yg dilakukan utk
mendapatkan sara hidup; ~ perdagangan barang-barang dagangan;
~ petai ki mata yg tidak dapat melihat dgn betul; ~ petir pancaran
kilat yg diikuti oleh petir; ~ piano bahagian piano yg diketuk-ketuk
(utk mengeluarkan bunyi); ~ punai lubang yg bersegi enam (pd
anyaman dll); ~ rantai gelang-gelang pd rantai; ~ ringkas mata
serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis labah-labah dan kala
jengking; ~ sangkur benet, bayonet; ~ surat Id tulisan (huruf) pd
surat; ~ susu puting susu; ~ tangga sela antara dua anak tangga; ~
telinga ganti diri sendiri, wakil peribadi; ~ tombak hujung tombak
yg tajam; ~ tunas tunas yg baru bercambah; (di) ~ umum (pd)
pandangan umum, di khalayak ramai; ~ wang a) wang yg bukan
wang kertas, wang drpd logam (duit syiling); b) jenis atau unit wang
yg digunakan di sesebuah negeri; ~ wang asing mata wang negara
lain selain mata wang negara itu sendiri, mis mata wang asing bagi
Malaysia ialah yen, dolar dan rupiah; dgn ~ kepala sendiri sendiri
(melihat);
~ memandang apa hendak sakit, bahu memikul timpa perasaan =
berapa berat ~ memandang, berat lagi bahu memikul prb walau
bagaimana susah pun seseorang melihat kesusahan yg ditanggung
orang lain, tetapi lebih susah orang yg menanggung kesusahan itu; ~
tidur bantal berjaga prb perihal perempuan yg melakukan
kejahatan pd waktu suaminya percaya betul padanya; hilang di ~, di
hati jangan prb walaupun telah jauh tetapi janganlah melupakan
orang yg ditinggalkan; jadi ~ telinga prb orang yg jadi harapan dan
yg selalu memberi pertolongan; kerana ~ buta, kerana hati mati prb
perihal orang yg menurutkan hawa nafsunya akhirnya mendapat
kesusahan; silap ~ pecah kepala prb kalau kurang hemat dlm
sesuatu pekerjaan yg berbahaya tentu akan mendapat kesusahan;
tentang ~ dgn ~ prb berhadapan satu sama lain;
mata-mata 1. polis; 2. Id penyuluh;
~ gelap polis rahsia, penyuluh; ~ khas polis yg mempunyai tugastugas
tertentu (pd zaman darurat); ~ tentera polis tentera (utk
mengawasi tatatertib tentera);
memata-matai 1. mengawasi secara diam-diam (gerak-geri
seseorang dll), mengamat-amati: mereka disuruh mencari rahsia
kita, ~ segala sikap dan gerak-geri kita; 2. Br membaiki siratan jala
(jaring dll);
termata-mata jelas sekali kelihatan.
mata II; semata-mata, semata 1. hanya, melulu: burung itu hidup ~
bergantung pd ikan; 2. belaka, sama sekali: berjaya atau tidak
pelajaran yg diajarkan terpulanglah kpd guru ~.
mata III ukuran berat utk candu.
mata IV sj tumbuhan (pokok dan buahnya), bidara, Nephelium
malaiensa;
~ bisul = ~ itik sj tumbuhan (pokok renek), melukut, Urophyllum
globram; ~ keli sj tumbuhan a) (pokok kecil), berbulu, bulu-bulu,
membulu, pianggu jantan, Pellacalyx axillaris; b) (pokok renek),
inai batu, kelam padang, Vaccinum malaccensis; ~ keli jantan sj
tumbuhan (pokok), kemuning jantan hutan, Canthium confertum; ~
keli para sj tumbuhan (pokok renek), cemperai dadih, jintih putih,
perincen, siamit, Urophyllum streptopodium; ~ ketam batu sj
tumbuhan (pokok kecil), geronggong semut, Ouratea crocea; ~
kucing sj tumbuhan (pokok dan buahnya), bidara, Nephelium
malaiensa; ~ pelanduk sj tumbuhan, a) (pokok kecil), perah, periah,
Ardisia elliptica; b) (pokok renek), jarum merah, kepayang air,
sepati, Ixora anguta; ~ pelanduk gajah sj tumbuhan (pokok renek),
Ardicia villosa; ~ ulat sj tumbuhan (pokok) dlm famili
Celastraceae, perupuk, bajan (Sarawak), Kokoona spp..
mata V; ~ lalat sj ikan darat, Aplocheilus panchax.
mata VI; ~ mas sj burung Bucephala clangula; ~ merah sj burung, kuang
bertam, ophura erythrophthalma.
matador orang yg tugasnya membunuh lembu dlm sukan perlawanan dgn
lembu.
matahari I bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg
mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan
planet-planet lain beredar;
~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~
beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang;
~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~
masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat;
sebelah ~ mati sebelah barat;
~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak
dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau
membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya menyusahkan
kita juga; jangan ditentang ~ condong takut terturut jalan tak
berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpedaya oleh
sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb
melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll);
mentari, matari.
matahari II; bunga (kembang) ~ sj tumbuhan (pokok), Helianthus
annuus; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Otophora imbricata.
matahari III; burung ~ sj burung, Pericrocotus solaris montanus.
mataliur ark IB, bp senapang mesin.
matan I Mn ark mata kayu, teras kayu.
matan II Ar 1. naskhah asli, teks (utk syarahan dll); 2. nas yg terdapat pd
akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat.
matan III Kl hampir, dekat.
matang I 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun
tembakau): buah ini sudah ~ ; 2. sudah hampir akan pecah (bkn
bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna
(fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan
pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu;
sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~ ; orang yg
benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan
tetap dll);
mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadikan matang (fikiran dsb):
Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah;
kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3.
ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya
memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya;
pematangan proses menjadi matang: ~nya mengambil masa kirakira
enam minggu;
pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematangkan: bahan ~
dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang.
matang II  permatang.
matari  matahari.
matematik ilmu hisab.
mateng Jk masak;  matang I.
materai cap, mohor, tera, segel; ~ tempel cap yg dilekatkan pd surat tanda
pembayaran dll;
memateraikan 1. mengecap dgn materai; 2. meneguhkan (janji dll);
termaterai dibubuh materai, tercap.
materi; mematerikan melekatkan dgn pateri;
termateri 1. terlekat; 2. ki tersemat (dlm hati): gadis itu mengerti
apa yg ~ di dlm sanubari kekasihnya;
pemateri orang yg memateri.
materi (matéri)  IB  1. benda, bahan; 2. apa yg dijadikan bahan (berfikir,
berunding, dll).
material (matérial) barang-barang yg digunakan sbg bahan (utk sesuatu).
materialis (matérialis)  1. pengikut fahaman materialisme; 2. orang yg
mementingkan kebendaan (wang, harta benda, dll).
materialisme (matérialisme) fahaman atau falsafah yg mempercayai
bahawa hanya bendalah yg menyebabkan adanya dan terjadinya
segala sesuatu dlm dunia ini.
materialistik (matérialistik) berkaitan dgn kebendaan, bersifat kebendaan,
mengutamakan (mementingkan) kebendaan: bangsa Melayu
semakin bersifat ~ sekarang ini, sedangkan sebelum ini, orang
Melayu lebih bersifat spiritualistik; kita mesti menolong sesiapa
sahaja dgn mengetepikan soal ~ itu sejauh yg mungkin.
materiil IB bersifat benda, berupa benda.
materniti untuk (kerana, semasa, berkaitan dgn) kehamilan atau kelahiran
bayi; pakaian ~ pakaian (yg dipakai) semasa mengandung.
materos IB anak kapal, kelasi.
mati I 1. tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi: biar kita ~ tidak bernisan
jangan kita hidup tidak bersopan; timbunan kayu ~ ; 2. tidak
pernah hidup (barang-barang spt batu dll), tidak bernyawa; 3. ki
tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dll), tidak dapat diubah lagi
(harga, simpulan, dll), tidak mempunyai air lagi (perigi dll), tidak
menyala lagi (api, lampu, dll), tidak bergerak atau berjalan lagi
(mesin dll), tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan,
dll), tidak ramai lagi (bandar dll), tidak digunakan lagi (bahasa dll),
tidak bertiup lagi (angin dll), tidak dapat berasa lagi (kulit dll), tidak
dapat berfikir lagi, buntu (fikiran): jalan itu ~; fikirannya ~
sebentar; percakapannya ~ di situ sahaja kerana seorang
pengemis lain datang mengganggu; pintu itu tertutup ~; lampu
sudah ~; matahari ~; jam itu ~; parti itu sudah lama ~; negeri yg
sudah ~; bahasa Latin ialah bahasa ~; angin sudah ~; kulit ~;
~ air direbus (daging, ikan, dll) sehingga air rebusan hampir kering
sebelum digulai: daging itu belum lagi digulai, baru ~ air saja; ~
akal buntu fikiran (tidak dapat menyelesaikan masalah yg
dihadapi); ~ andar a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau
pembunuhnya); b) mati dgn tidak disembelih (binatang); ~ angin ki
tidak mempunyai kuasa utk berbuat apa-apa (kerana lemah, tidak
ada semangat, dll); ~ ayam bp mati dgn sia-sia; ~ balik hidup
selamat setelah mengalami bahaya besar (atau penyakit yg teruk); ~
bebang = ~ terbebang = ~ kekebangan mati kerana anak yg hendak
dilahirkan itu tidak dapat keluar; ~ beranak mati ketika bersalin; ~
berangan (berangai suri) kelihatannya mati sebenarnya tidak; ~
berdarah mati dgn menumpahkan darah (kerana ditikam, ditembak,
dll); ~ berugam Kl mati tetapi tidak hancur mayat atau bangkainya;
~ bersebab mati dgn tidak sepatutnya; ~ katak mati spt katak dan
tidak siapa yg mempedulikannya; ~ kera sudah dipotong tetapi
belum kering lagi (kayu); ~ konyol (percuma) mati dgn sia-sia; ~
kumlah (hukumullah) mati dgn sepatutnya (spt terlalu tua dll); ~
kutu(nya) tidak dapat berbuat apa-apa lagi; ~ lemas mati kerana
tidak dapat bernafas (spt tenggelam dlm air, kena gas, dll); ~
mampus (modar) bp mati dgn serta-merta; ~ mawai ark mati
menggeletak; ~ pucuk a) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b)
tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar); ~ raga
menguatkan hati dgn mengetepikan segala keseronokan; ~ rasa
tidak mempunyai perasaan lagi; ~ salai mati lemas (kerana asap,
panas, dll); ~ seladang sehidup semati bkn suami isteri (tidak
bermadu dll); ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah
(kerana membunuh diri dll); ~ syahid mati kerana Allah (kerana
membela agama dll);
~ anak berkalang bapak, ~ bapak berkalang anak prb anak dan
bapa mestilah tolong-menolong pd masa kesusahan; ~ dicatuk katak
prb orang yg berkuasa dikalahkan (dihina) oleh orang yg lemah; ~
gajah tiada dapat belalainya, ~ harimau tiada dapat belangnya
prb tahu membuat pekerjaan yg jahat dan tahu menyembunyikan
dan menghilangkannya; ~ ikan kerana umpan, ~ saya kerana budi
prb manusia dapat dipujuk dgn mulut manis atau dgn budi baik; ~-~
berdakwat biar hitam prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang
(janganlah dikerjakan separuh jalan); ~ tidak akan menyesal luka
tidak akan menyiuk prb sudah bulat hati utk melakukan sesuatu dan
tidak akan mengumpat atau menyesal kemudiannya; kita semua ~
tetapi kubur masing-masing prb lain orang lain fikirannya; spt
orang ~, jikalau tiada orang mengangkat bilakan bergerak prb
seseorang yg daif jika tiada orang menolongnya akan susahlah ia;
mati-matian 1. dgn bersungguh-sungguh, dgn segala daya upaya,
dgn genap tenaga: mereka berjuang ~ mempertahankan negara; 2.
tidak sebenarnya mati, pura-pura mati, mati olok-olok;
bermati-mati, bermati-matian bersungguh-sungguh (mengerjakan
sesuatu), dgn segala daya upaya, dgn segenap tenaga: kakanda
bekerja ~ siang dan malam, pergi ke sana ke mari dgn tidak
mengendahkan penat dan lelah; rakyat sekarang ~ berjuang utk
kemerdekaan;
bermatikan; ~ diri pura-pura mati;
mematikan 1. membunuh: ada kalanya gula juga akan ~ semut; 2.
ki menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak bergerak,
dll): pengemis itu ~ langkahnya; setelah ~ enjin skuternya, dia pun
naik ke rumah; 3. (Mat) membahagi sebarang pengatas dan
sebarang pembawah dgn angka yg sama;
kematian 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~
dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg
menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan
bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung)
kerana seseorang atau sesuatu yg mati: janganlah tersangat
risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm
pelayaran);
kemati-matian 1. kelihatan spt sudah mati: dia pengsan ~ lakunya;
2. sampai mati (mengerjakan sesuatu), mati-matian;
pemati sesuatu yg digunakan utk mematikan (jahitan, simpulan,
dll), pengukuh, pengetat (skru dll).
mati II; burung ~ anak a) sj burung, burung bibit, Cacomantis merulinus
threnodes; b) sj burung, burung takuweh, Penthoceryxsonneratii
malayanus; burung ~ sekawan sj burung, burung kawan,
Anorrhinus galeritus carinatus.
MATIC akronim bagi Malaysian Travel Information Complex
(Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia).
matlamat 1. sasaran, bulan-bulan; 2. ki sesuatu yg hendak dicapai, tujuan:
kempen akan dijalankan sehingga ~ yg dikehendaki itu berjaya;
bermatlamat mempunyai matlamat: tajuk ini ~ melahirkan
manusia yg berkualiti;
bermatlamatkan mempunyai sesuatu sbg matlamat: banyak juzuk
dlm disiplin falsafah al-Farabi ~ politik.
matra Id ukuran tekanan irama (dlm muzik).
matriark wanita yg menjadi ketua dlm sesuatu keluarga atau suku kaum.
matriarki sistem masyarakat yg kaum wanitanya menjadi ketua keluarga,
memegang sebahagian besar kuasa dan memiliki harta.
matriks persekitaran atau konteks tempat sesuatu (masyarakat,
organisma, fahaman, dsb) berkembang: saya sendiri menyarankan
sintesis yg bersifat rasional analitis dlm suatu ~ falsafah.
matrikulasi peringkat persediaan sebelum masuk ke universiti, peringkat
prauniversiti: kursus ~ dan diploma dlm bidang sains; setelah
tamat tempoh pengajian ~ di kolej tersebut, beliau melanjutkan
pelajarannya ke Australia.
matrilineal (matrilinéal) (Ant) bkn hubungan kekeluargaan atau keturunan
menerusi garis keturunan sebelah perempuan atau sebelah ibu.
matrilokal (Ant) berkaitan dgn, berdasarkan atau mengikut sistem atau
pola perkahwinan masyarakat yg menetapkan bahawa pasangan yg
berkahwin itu tinggal dgn keluarga isteri: sistem adat perpatih
bercorak ~.
matron 1. ketua kpd jururawat di hospital; 2. wanita yg menjaga hal
ehwal kesihatan, makanan dll di sekolah (atau institusi).
matu ukuran berat utk menentukan ketulenan emas; emas sepuluh ~ emas
yg tulen;
mematukan menentukan jenis emas (tua atau muda);  mutu IV.
matur; paduka ~ sl gelaran utk isteri raja (dlm cerita-cerita Panji dll).
matyai Pl penyegan, pemalas.
mauduk Ar tajuk (ceramah, perbahasan, dll): ~ ini akan cuba didekati
dgn penghuraian erti kaunseling dipandang dr sudut Islam.
maujud Ar segala yg wujud sama ada yg zahir atau tidak: segala yg
diciptakan Allah adalah ~;
kemaujudan perihal (keadaan) maujud;
pemaujudan perbuatan (proses) menjadikan sesuatu benar-benar
ada: ~ ini sangat ketara pd kanak-kanak.
maujudat Ar (jamak bagi maujud) segala yg wujud sama ada yg zahir
atau tidak.
maula Ar tuan.
maulai Ar tuan hamba, tuanku.
maulana Ar 1. tuan kita; 2. gelaran utk ulama besar: ~ Abu Bakar.
maulhayat Ar sl air yg kononnya boleh menyebabkan seseorang hidup
selama-lamanya, air hidup.
maulid Ar 1. hari lahir (terutama hari lahir Nabi Muhammad SAW); 2.
tempat lahir.
Maulidur Rasul Ar ulang tahun hari keputeraan Rasulullah SAW.
Maulud Ar perayaan utk menyambut hari lahir Nabi Muhammad SAW pd
12 Rabiulawal.
maun (binatang) yg memakan tumbuh-tumbuhan, herbivor.
maung I rasa atau bau yg memualkan; pahit ~ a) sangat pahit; b) ki
berbagai-bagai kesusahan (penderitaan dll).
maung II (Sunda) harimau.
maura sj tumbuhan (pokok), Mastixia rostrata.
maut mati (terutama manusia): tiap-tiap yg bernyawa akan menemui ~;
membawa ~ menyebabkan mati; mencari ~ mencari sebab utk mati;
menemui ~ menemui ajal (mati);
pemautan Id perihal jumlah orang yg mati, angka kematian.
mauz Ar pisang.
mawa Kd sj ungka, wakwak.
mawaddah Ar kasih sayang, terutamanya dlm hubungan antara suami
isteri: rumah tangga mereka kembali aman dan damai dilimpahi ~
oleh Allah ke atas mereka; keserasian juga penting dlm membina
kebahagiaan rumah tangga yg berteraskan ~.
mawai I ark; mati ~ mati terlantar (di tanah).
mawai II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), calang paya, Croton griffithii.
mawar I sj bunga yg harum baunya (bermacam-macam warnanya), bunga
ros; air ~ air yg harum baunya (drpd bunga mawar).
mawar II; tawar-~ sangat tawar, tawar hambar (tidak bergaram).
mawas I sj monyet besar dlm famili Pongidae, termasuk orang hutan dan
cimpanzi.
mawas II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), karaes, mata ayam, rambai
ayam rantau, tajam moleh, Baccaurea brevipes.
mawat Ar tanah terbiar yg tidak diketahui tuannya.
mawin; kahwin-~ berbagai-bagai jenis keramaian perkahwinan.
maya I 1. (sesuatu) yg kelihatannya ada tetapi sebenarnya tidak ada,
bayangan, khayalan: merenggangkan diri drpd ~ keduniaan yg
penuh tipu daya; 2. berkaitan dgn komputer dan Internet: universiti
~; litar ~.
maya II; bermaya; tidak ~ tidak berdaya, lemah, lesu: badannya letih
lesu seolah-olah tidak ~ lagi.
maya III sl apa: akan pekerjaan kami orang memegang negeri ~ peduli
tuan?; padang ~ ini?
mayam I ukuran berat emas (sama dgn 1/16 bungkal).
mayam II; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Commelina spp.
maya-maya I Jw sangat jernih, terang.
maya-maya II sj tumbuhan (pokok), Homalanthus populneus.
mayang I bunga kelapa (pinang, kabung, dll) yg masih di dlm
seludangnya;
~ mengurai rambut yg mengurai serta ikal; ikal ~ ikal spt mayang
(rambut);
~ menolak seludang prb orang yg melupakan jasa orang yg
memeliharanya sejak kecil; seludang menolak ~ prb memegahmegahkan
diri.
mayang II; putu ~ sj penganan yg dibuat drpd tepung beras dan dikukus.
mayang III sj tumbuhan (pokok), Palaquium ridleyi; buluh ~ sj buluh.
mayang IV; perahu ~ = pemayang sj perahu yg digunakan utk
menangkap ikan di laut;  payang I.
mayang V sj bintang (sunbulat atau bunyi sunbulat).
mayang VI memayang; menghiris atau memotong daun, bawang dsb
tipis-tipis: dia seronok dapat menolong nenek mengupas dan ~
bawang; beberapa orang kaum ibu sedang sibuk ~ daun pandan
wangi utk dibuat bunga rampai;
pemayang alat spt pisau dsb yg digunakan utk memayang sesuatu:
~ bawang.
mayapada sl dunia;  marcapada.
mayar  kelemayar I.
mayat tubuh orang yg telah meninggal: aku lihat ~-~ korban kemalangan
itu sudah terlunjur di tepi jalan; pucat spt ~ pucat lesi; ~ hidup ki
a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus
kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga,
masyarakat dsb, bangkai bernyawa; b) orang yg terlantar sakit
sehingga kurus kering tubuhnya; spt ~ ditegakkan prb kurus kering
serta sangat pucat.
mayau Kd  manyau.
mayones (mayonés)  sos  pekat  berkrim  yg mengandungi  campuran telur,
susu, dan minyak (biasanya dimakan dgn salad).
mayor Id 1. pangkat dlm tentera (antara kapten dan leftenan kolonel),
mejar; 2. ark gelaran utk ketua orang-orang Cina (lebih tinggi drpd
kapten Cina).
mayung sj ikan laut, Arius spp.
mayur I; sayur-~ berbagai-bagai jenis sayur.
mayur II Tr sangat licin (kepala dll).
mazbah Ar tempat sembelihan.
mazhab Ar 1. cabang ajaran Islam yg diikuti oleh umat Islam (iaitu
mazhab Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki): di Mesir umpamanya
pd masa dahulu, mahkamah Syariah semata-mata berpegang pd ~
Hanafi; 2. aliran, fahaman, atau ajaran (spt dlm bidang ekonomi
dll): ~ laissez-faire; 3. ark ajaran Kristian yg telah menyimpang
drpd yg asli: ~ Protestan;
bermazhab tergolong dlm, berpegang pd atau menganuti mazhab:
rata-rata umat Islam Chechnya beraliran Sunni dan ~ Hanafi; dr
segi agama, mereka ~ Syafii;
kemazhaban hal yg berkaitan dgn mazhab: tersebarnya semangat
taklid dan fanatik ~.
mazi Ar cecair jernih yg keluar drpd alat kelamin, biasanya terdahulu drpd
mani, yg tidak mewajibkan seseorang mandi junub.
mazkur; termazkur Ar, sl tertulis, termaktub, tercatat.
mazlum Ar sl aniaya: banyaklah hamba Allah yg terbunuh dgn ~;
termazlum teraniaya.
mazmumah Ar tercela, terkeji, terhina; sifat ~ sifat tercela, terkeji, atau
terhina.
mazmur nyanyian utk memuji dan memuliakan Tuhan (drpd Kitab Zabur);
bermazmur menyanyikan mazmur.
mazodinia (Ubat) rasa sakit pd buah dada.
mazurka (Muz) 1. tarian rancak orang Poland, biasanya ditarikan oleh
empat atau lapan pasang penari: tarian ~; 2. muzik yg digubah utk
mengiringi tarian 1. di atas: muzik ~.
MB 1. kep Menteri Besar; 2. Id kep Markas Besar.
MBA Master of Business Administration (Sarjana Pentadbiran
Perniagaan).
MBAD Id kep Markas Besar Angkatan Darat.
MBAL Id kep Markas Besar Angkatan Laut.
MBAU Id kep Markas Besar Angkatan Udara.
MBK kep Majlis Bersama Kebangsaan.
MBM kep Majlis Belia Malaysia.
MCA kep Malaysian Chinese Association (Persatuan Cina Malaysia).
MCS kep Malayan Civil Service (Perkhidmatan AwamMalaya).
Md simbol kimia bagi mendelevium.
Md. kep Muhammad.
mea Pl berasa pening.
meatus (méatus)  (Bio)  saluran  semula  jadi  di  dlm  tubuh,  spt  salur  dr
telinga luar ke gegendang telinga.
mebel (mébel) IB bp perabot rumah (kerusi, meja, dll).
mecak Kl merajuk.
mecis (mécis) Id, bp gores api, mancis api.
medak bau ikan yg busuk (tetapi belum kuat benar); ~ kahang bau ikan yg
terlalu busuk.
medal (médal) bintang kehormatan, pingat.
medali I IB 1. tanda jasa (penghargaan, penghormatan) yg dibuat drpd
logam, pingat; 2. pingat yg mempunyai gambar orang soleh (Roman
Katolik).
medali II sl sj alat bunyi-bunyian spt seruling.
medalion (médalion) sj barang perhiasan yg berbentuk bulat atau lonjong
dll (dibuat drpd emas dll dan digantungkan pd kalung, jam, dll).
medan (médan)  1. tanah lapang, padang (utk berlumba dll), gelanggang,
alun-alun; 2. kawasan yg terhad (utk sesuatu); 3. ki arena, kalangan,
kawasan, lapangan, lingkungan;
~ ais (Geog) kawasan ais terapung yg luas, terutamanya di kawasan
kutub; ~ elektrik (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan pengaruh
elektrik sesuatu jasad yg bercas; ~ graviti (Fiz) kawasan di sekitar
jasad yg mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad lain; ~
(daya) magnet (Fiz) kawasan sekeliling magnet yg tenaganya masih
boleh dikesan; ~ perang tempat berlakunya sesuatu peperangan; ~
politik lapangan politik; ~ ramai orang ramai, khalayak ramai; ~
selera tempat terdapatnya banyak gerai yg menjual berbagai-bagai
jenis makanan utk orang ramai.
medang sj tumbuhan (pokok), Pygeum parviflorum; ~ asam sj tumbuhan
(pokok renek), pecah periuk jantan, Ixora pendula; ~ kapas = ~
tahi ayam = ~ tanduk sj tumbuhan (pokok), belonggok, bunga
sebederas, gajus hutan, pokok gajah, Alseodaphne penducalaris; ~
kelawar a) sj tumbuhan (pokok), sangah, Elaeocarpus robustas; b)
sj tumbuhan (pokok), Pygeum polystachyum; ~ kunyit = ~ tanah =
~ tanduk sj tumbuhan (pokok), Alseodaphne insigna; ~ melukut sj
tumbuhan (pokok), bengkaras, jangkal kayu karkaras, kayu tangkat,
otak udang, serapuh bukit, Norrisia malaccensis; ~ pasir sj
tumbuhan (pokok), akar belalang puak, Pittosporum ferrugineum; ~
payung sj tumbuhan (pokok), Actephila sesquipedalis; ~ serai sj
tumbuhan (pokok), ludai bulan, muta riba, perepat bukit, redan,
ridau, tasai, Mischocarpus lessertianus.
medarah sj tumbuhan (pokok), Ptychopyxis costata.
media (média)  alat  atau  perantara  komunikasi  (perhubungan), spt radio,
televisyen dan akhbar ;
~ am pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau
saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya; ~ cetak alat atau
saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat
khabar, majalah, dll); ~ elektronik alat atau saluran komunikasi yg
berupa atau yg menggunakan alat-alat elektron moden (spt radio,
televisyen, dll); ~ massa pelbagai jenis alat komunikasi (spt
televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat
menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat
(dlm masa yg singkat), sebaran am.
median (médian) I garisan yg merentang dr penjuru sesuatu rajah segi tiga
ke tengah-tengah garisan yg bertentangan dengannya.
median (médian) II; huruf ~ IB huruf cetak yg sedang besarnya.
medil ark bedil.
medio (médio) pertengahan: ~ bulan Januari.
medit Jw kedekut, kikir, lokek.
meditasi (méditasi)  perbuatan  duduk  dsb  dgn  menumpukan sepenuh
fikiran (emosi) terhadap sesuatu dgn mendalam, perbuatan
bertafakur;
bermeditasi melakukan meditasi, bertafakur: dia ~ dr awal subuh
hingga ke pagi.
medium (médium) 1. orang yg menjadi pengantara antara orang halus dgn
manusia biasa, orang yg dimasuki oleh orang halus; 2. bahan atau
sesuatu yg menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan; 3.
(Bio) bahan atau persekitaran yg menjadi tempat tinggal (tumbuh)
sesuatu organisma;
bermediumkan menggunakan sesuatu (bahasa) sbg medium: ~
bahasa.
medok Jk 1. berlubang (spt bunga karang, roti, dll); 2. kotor, berdaki.
medu berasa spt hendak muntah, berasa tidak sedap perut.
meduk  medok.
mega (méga) I awan;
~ berangkat awan naik (meningkat); ~ berarak a) awan yg beriringiring;
b) sj ukiran; ~ mendung awan yg mengandungi hujan.
mega (méga) II terlalu besar atau hebat (bkn projek, pembangunan, jualan
dsb): antara projek ~nya ialah Koridor Raya Multimedia; jualan ~.
mega- (méga)  awalan asing 1. sangat besar, mis megalit; 2. sejuta, mis
megawatt dan megavolt.
megabait (mégabait) (Komp) unit data yg bersamaan dgn 1 048 576 bait.
megafon (mégafon)  alat  berbentuk  spt  corong  yg  disambungkan pd
mikrofon utk menguatkan dan menghalakan suara atau bunyi.
megah 1. kelihatan gagah (hebat dll), masyhur, mulia: namanya tidak se~
dahulu lagi; 2. bangga: aku turut mendengar dan berasa ~ namaku
disebut berulang kali;
bermegah, bermegah-megah berasa megah, membanggakan diri,
membesar-besarkan diri: orang kaya itu ~ dgn kekayaannya;
memegahkan mendatangkan (menimbulkan) rasa megah,
membanggakan: di hadapan mereka itu berjejal motokar yg serba
~;
memegah-megahkan membangga-banggakan: maka tidak perlulah
dimegah-megahkan jika apa yg diperolehnya merupakan
pemberian orang sahaja;
kemegahan 1. sesuatu yg dimegahkan, kemasyhuran, kemuliaan,
kebanggaan; 2. perasaan megah: ~nya sbg pemilik peti televisyen
yg tunggal di kampung kami sudah tersinggung.
megahertz (mégahertz) unit frekuensi radio (satu megahertz bersamaan
dgn sejuta kitar per saat).
megak ark angkuh, pongah.
megakitar (mégakitar) (Komp) satu juta pusingan sesaat.
megalit (mégalit)  (Sej) batu besar,  terutamanya yg didirikan sbg tugu pd
zaman dahulu.
megalomania (mégalomania)  (Psi)  sj  penyakit  mental  yg  menyebabkan
seseorang berkhayal dan menganggap dirinya begitu penting, kaya,
berkuasa dsb.
megan (mégan) sj kuih spt dodol.
megap-megap Jw 1. mulut ternganga-nganga kerana susah bernafas,
mengap-mengap, ngap-ngap; 2. ki dlm keadaan yg tenat sekali
(waktu hendak mati dll).
megar Jw berkembang, mekar.
megat I sl gelaran utk orang bangsawan (bapanya orang kebanyakan
tetapi ibunya drpd golongan raja).
megat II ligat, mejam.
megatan (mégatan) 1. satu juta tan; 2. kuasa letupan , terutamanya senjata
nuklear yg bersamaan dgn kuasa satu juta tan TNT (trinitrotoluena).
megavolt (mégavolt) sejuta volt.
megawatt (mégawatt) sejuta watt.
megrek (megrék) = megrek-megrek Jk ark selalu sakit-sakit, merana.
megun; termegun duduk tercengang atau termenung (kerana risau,
runsing, dll).
meh-meh (méh-méh) Jw hampir sama (rupa dll), mirip (kpd), seiras.
Mei (méi) bulan kelima dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari.
Mej. kep Mejar: ~ Arifin.
meja (méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg
berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~
tulis;
~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg
menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para
pesertanya mempunyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id
pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian
drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan
hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi,
yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu; ~ (sisi) katil
meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk meletakkan telefon
atau lampu tidur.
mejam berpusing dgn ligat (gasing dll).
mejan penyakit rejan (berak darah); mejen.
mejan (méjan) (batu) nisan.
mejana ark sedang;  semejana.
mejar (méjar) nama pangkat dlm tentera (lebih tinggi drpd kapten dan di
bawah leftenan-kolonel); ~ jeneral (pangkat) pegawai bertauliah di
bawah leftenan jeneral dan di atas brigedier jeneral (dlm angkatan
tentera).
mejelis bp cantik, elok, molek;  majlis II.
mejen 1. penyakit rejan; 2. tidak dapat meletup (meletus); mejan.
mejera sl pejera.
mek (mék) Kl, Tr sebutan utk orang perempuan.
mekanik (mékanik)  1. orang yg mahir membaiki (atau menyenggara)
jentera atau mesin; 2. tidak menggunakan fikiran, secara (gerakan)
jentera, mekanis; 3. = ilmu ~ ilmu yg mengkaji segala yg berhubung
dgn gerakan benda (gaya yg menyebabkan gerakan dll); ~ kuantum
teori jirim dan sinaran elektromagnet yg menerangkan fenomena
fizik pd peringkat atom dan subatom.
mekanika (mékanika) Id  mekanik.
mekanikal (mékanikal)  1. berhubung dgn jentera (mesin dll); 2. secara
atau spt gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran).
mekanis (mékanis) (melakukan sesuatu dll) spt mesin, tidak menggunakan
fikiran.
mekanisasi (mékanisasi)  penggunaan alat jentera dan mesin utk
menggantikan tenaga manusia atau binatang dlm pelaksanaan
sesuatu.
mekanisme (mékanisme) 1. bahagian dlm sesuatu jentera yg
menggerakkannya; 2. susunan atau jalinan bahagian yg bekerjasama
spt bahagian-bahagian dlm jentera; 3. alat yg terdiri drpd mesin:
komputer secara langsung menjadi ~ terpenting bagi membantu
kerja-kerja percetakan; 4. cara (sistem, saluran, dsb) utk
memungkinkan atau membuka jalan kpd pelaksanaan dsb: Usul al-
Fiqh (pengasasan perundangan Islam) menyediakan ~ yg
diperlukan utk mengubah, menunda, menambah atau
menguatkuasakan undang-undang.
mekanistik (mékanistik)  bkn  cara  menjelaskan  sesuatu  spt  kejadian
semula jadi yg diandaikan sama spt perlakuan sesuatu mesin yg
kompleks.
mekap (mékap) 1. alat solek (bedak, gincu, dsb); 2. perbuatan menghias
diri dgn alat-alat solek; 3. penyusunan atau susunan bahan teks dan
ilustrasi menurut halaman cetakan yg sebenar (dlm kerja penerbitan
buku, majalah, dsb);
bermekap bersolek: anak-anak yg masih kecil janganlah diajar ~;
memekapkan mengenakan alat solek pd muka: apabila Mas
datang ke studio dan dimekapkan, kami pasti dia akan kelihatan
cantik.
mekar = memekar 1. mulai berkembang (bunga dll), mengurai (mayang
dll): bunga yg sedang ~; 2. berkembang dan menjadi banyak
(adunan dll), naik, kekar; 3. ki terbit atau timbul dan berkembang
(perasaan kasih sayang dsb);
bermekaran ki berkembangan: setangkai cinta masih ~ dititis
embun keyakinan;
memekarkan menjadikan mekar, mengembangkan;
kemekaran perihal atau keadaan mekar: kami kagum melihat ~
bunga-bunga di pekarangan rumahnya itu;
pemekaran proses memekarkan sesuatu, pengembangan.
mekatronik (mékatronik) teknologi yg menggabungkan ilmu kejuruteraan
mekanikal dgn elektronik utk membangunkan teknik pembuatan
baru.
mekik  pekik.
mekis  mengkis.
mekmulung (mékmulung)  Pn  sj  tarian  (hampir  sama  dgn makyung  atau
menora).
mekonium (mékonium)  (Ubat)  tahi  berlendir  berwarna  hitam  kehijau-
hijauan yg pertama kali keluar dr dubur bayi yg baru lahir.
mel (mél) I surat, bungkusan, dsb yg dihantar melalui pejabat pos;
kapal (kereta api) ~ kapal (kereta api) yg membawa surat; ~
elektronik e-mel; ~ suara (Komp) sistem elektronik utk menghantar
dan menyimpan mesej telefon yg dapat didengar oleh penerimanya
pd bila-bila masa yg sesuai kemudiannya; ~ udara a) sistem
penghantaran surat, bungkusan dsb dgn kapal terbang; b) surat,
bungkusan dsb yg dihantar dgn kapal terbang (biasanya ke destinasi
yg jauh dan lebih cepat sampai).
mel (mél) II IB, bp memberitahu (nama dll), menyebutkan (nama dll).
melabuai sj tumbuhan (pokok besar), Dyera spp.
melada sj tumbuhan (pokok), Capparis micracantha; ~ pahit sj tumbuhan
(pokok), embalau, lada pahit, Brucea amarissima.
meladi Kd berjalan ke sana ke mari (terutama gadis-gadis), merayau: dia
suka ~.
melah = melahan bp malah, malahan.
melahu Pl berjalan dgn tidak ada tujuan.
melaka I sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Emblica officinalis; buah ~
a) buah drpd pokok tersebut; b) sj kuih, onde-onde.
Melaka II negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 1650 km2 , bandar
Melaka sbg ibu negeri.
melak-melak Jk secara terang-terangan (ditipu dll).
melaman sj tumbuhan (pokok), bunan hutan, ketiak, Acronychia porteri.
melambang, melambing sl sj perahu yg dibuat drpd batang kayu.
melampai; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), Engelhardtia mudiflora.
Melanau suku kaum peribumi di Sarawak yg tinggal di pesisiran pantai,
muara dan anak Sungai Rejang, terutamanya di daerah Matu dan
Daro, Dalat, Mukah, Bintulu dan Miri.
melanin (mélanin) (Bio) sj pigmen yg terdapat pd haiwan dan tumbuhan,
yg menentukan warna kulit, mata, dan bulu (pd haiwan), dan
ketiadaan pigmen ini pd haiwan menyebabkannya menjadi balar.
melanisme (Bio) keadaan kulit, rambut dll yg berwarna hitam atau gelap
lebih drpd biasa, yg berpunca drpd kehadiran melanin yg
berlebihan.
melankoli (mélankoli) keadaan murung, hiba;
kemelankolian keadaan melankoli.
melankolia (mélankolia) (Ubat) penyakit mental yg ditandai oleh keadaan
murung atau rasa sedih yg amat sangat dan berpanjangan.
melankolik, melankolis 1. berasa atau memperlihatkan perasaan sedih
atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita,
sugul: Kassim cuba melepaskan dirinya drpd perasaan yg hiba,
sayu atau ~; memang ada nada yg ~ dan putus asa dlm stanza
akhir; 2. bernada sedih (hiba) dan mengharukan (bkn cerita, sajak,
dsb): dr segi nadanya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan
condong ke arah ~.
melantai sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, belantai,
melanti, kawang (Sabah), engkabang (Sarawak), Shorea spp.
melapari sj tumbuhan (pokok), mempari, Pongamia pinnata.
melar dapat berkembang (menjadi panjang atau besar), bengkar, mulur.
melarat I 1. miskin, sengsara; 2. rugi: aku tinggal ~ spt ini, jadi orang
pesawah, pasak kampung;
kemelaratan perihal melarat (miskin), kemiskinan, kesengsaraan:
jika hendak tahu lagi perihal kemiskinan dan ~ bangsa kita,
hendaklah anakku melawat serata Semenanjung.
melarat II  larat I.
melati bunga melur, Jasminum sambac (pubescens); ~ tongkeng sj
tumbuhan (pokok memanjat), bunga tongkeng, Telosma cordata.
melaun  malaun.
melawis sl tumbuhan (pokok), ramin, Gonystylus bancanus.
Melayu nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung
Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b)
masuk Islam;
memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan
bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ istilah ilmiah;
kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang
Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan
adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan;
pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah.
Melayu-Proto penduduk asli Semenanjung Malaysia, yg tinggal berjiran
dgn orang Melayu di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan
Johor serta mempunyai banyak persamaan dgn orang Melayu dr
segi adat resam dan kebudayaan.
melek (melék)  1. bp tidak tidur, jaga; 2. bp terbuka matanya, dapat
melihat, celik;
~ huruf bp tahu membaca dan menulis, celik huruf; belum ~ bp
belum tahu, belum mengerti, belum insaf.
melela (meléla)  I; besi ~ besi yg tidak berpamur; pasir ~ pasir yg
mengandungi zat besi (warnanya kebiru-biruan).
melela (meléla) II; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), Brachiaria mutica.
melempem Jw 1. belum kering benar, lembap; 2. ki tidak berbunyi
(mercun dll), kendur, lembik.
meleng (méléng) Kl, Tr malu, segan.
melenggak Kd berehat.
melengken (meléngken) Id, bp melainkan.
meleset (melését) I tidak kena pd tempatnya, tidak tepat, salah: dia telah
membuat ramalan yg ~.
meleset (melését)  II serba susah (dlm perniagaan dll), mundur; zaman ~
zaman serba susah (perdagangan dll);
kemelesetan keadaan meleset, kemunduran (perdagangan dll).
melia Pl melarat, merebak (kudis dll).
melian 1. sj tumbuhan (pokok), Polyalthia hypoleuca; 2. = rumput ~ sj
tumbuhan (pokok memanjat), akar ketuau, akar tuau, daun patuk
tuau, lana, Thunbergia laurifolia.
melidah 1. sj tumbuhan (pokok), antan, kelat kerantan, kenanga hutan,
pacal kuning, pokok kuning, Alangium ebenaceum; 2. sj tumbuhan
(pokok), kahwa-kahwa, medang biawak, pian, salang rasa, tinjau
laut, Alangium uniloculare.
melik (mélik) Jw hasrat (ingin) utk memiliki sesuatu, loba, tamak;
kemelikan keinginan utk memiliki sesuatu, kelobaan.
melima sj tumbuhan (pokok), Gelonium glomerulatum.
meling kurang hati-hati, kurang hemat, lalai.
melinjo  belinjo.
melioner (melionér) Id  milyuner.
melirang  belerang.
melit Id sangat suka mengetahui segala-galanya (hingga membosankan),
ingin tahu.
meliwis Jw belibis.
melodi (mélodi) 1. susunan seni kata berirama; 2. lagu, irama lagu;
memelodikan menggubah, menyampaikan atau mempersembahkan
(lirik, puisi dsb) dlm bentuk melodi: dia ~ puisi karya penyairpenyair
terkenal tanah air.
melodrama (mélodrama)  pementasan  atau  persembahan  drama
(sandiwara dll) yg banyak menunjukkan ciri atau episod penuh
sensasi (sentimental, romantik, merawan hati, dsb).
melodramatik (mélodramatik)  bersifat  (bercorak)  melodrama,
mengandungi banyak ciri melodrama: bentuk tragedi komedi dan
drama tradisional yg sifatnya ~ turut berkembang dgn pesatnya.
melongo Jw tercengang (kehairanan), terlopong.
melor (mélor) Id sj kereta beroda dua.
meluh I Kd membajak sawah (pd peringkat permulaan), beluh.
meluh II Tr wap.
melukut I pecahan beras yg halus-halus, hujung beras, menir; spt ~ di tepi
gantang prb a) tidak dapat menolong sebab dirinya sendiri susah; b)
seseorang yg dipandang ringan oleh orang lain sebab tiada
berkuasa.
melukut II 1. sj tumbuhan (pokok renek), cemperai dadis, lelimbu, lemak
beruk, lemputih paya, mata itik, mata kerling, merembung jantan,
pokok kekang, pulai, Urophyllum glabrum; 2. = akar ~ sj
tumbuhan (pokok menumpang), Trichosporum lampongum.
melulu 1. membabi buta, terburu-buru, tidak berkira-kira terlebih dahulu:
seorang pengkritik tidak harus membuat ulasan dgn ~; 2. Id
semata-mata, hanya, tiada lain hanya.
melunak sj tumbuhan (pokok) dlm famili Tiliaceae, balung ayam, janda
baik, kebal ayam, kepayang hantu, pinang baik, takalis (Sabah),
baru (Sarawak), Pentace spp.
melupas sj tumbuhan (pokok), pasak beras-beras, pasak linga, pasak
merah, Aglaia glabriflora.
melur sj tumbuhan (pokok renek dan bunga), melati, Jasminum sambac;
~ hutan a) sj tumbuhan (pokok renek), pekan hutan, Jasminum
bifarium; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok menjalar), akar elok,
gelwat temengah, Pseuderanthemum teysmanni.
mem (mém)  bp  sebutan  utk  perempuan  (Eropah)  yg  sudah  berkahwin,
nyonya.
memali 1. sj tumbuhan (pokok renek), mali berduri, toi, Leea angulata; 2.
= ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Ixora pendula.
memang (mémang)  sesungguhnya,  sebenarnya,  sewajarnya,  sudah
sepatutnya begitu: ~ benar perkataan engkau itu; Zahar ~ selalu
datang ke rumahnya; dihitung dr segi agama suaminya ~ berhak
beristeri lagi;
sememangnya 1. sebenarnya, sesungguhnya: kami ~ berharap utk
sehidup semati; 2. sepatutnya, sewajarnya: ia ~ harus bersuka ria
dlm keadaan serupa itu.
memar rosak atau hancur di dlm tetapi tidak kelihatan dr luar (buah dll):
jangan dilambung-lambung buah mempelam itu, nanti ~; luka ~
luka di sebelah dlm (tidak pd kulit);
mememarkan menyebabkan atau membuat supaya memar: daging
yg dihiris dimemarkan dgn diketuk menggunakan anak lesung batu
kemudian digoreng hingga sedikit garing.
memaya maya-maya (sj tumbuhan).
membacang  embacang.
membal Jk menganjal.
membangun sj tumbuhan (herba), hati-hati, Coleus amboinicus.
membatu 1. sj tumbuhan (pokok), batu, Chaetocarpus castaneicarpus; 2.
sj tumbuhan (pokok), damar laut, sengkawang, tengkawang (ijuk),
Isoptera sumatrana; ~ merah sj tumbuhan (pokok), akit sulai, kelat
lapis, mengkirai, tetimah (rengga), Ilex cymosa.
member (mémber)  bp  rakan,  kawan  baik:  dgn ~ inilah Ishak berbual
panjang.
memberang  berang-berang.
membiang sj ikan laut, Setipinna spp.
membran (mémbran)  (Bio) selaput nipis yg berliang (sama ada semula
jadi atau tiruan); ~ mukus lapisan tisu yg mengandungi kelenjar
mukus, yg melapik saluran atau rongga tertentu dlm tubuh, mis
rahim dan salur makanan, mukosa;
bermembran mempunyai membran.
membulan sj tumbuhan, bulan-bulan.
membulu bulu-bulu.
membuluh sj tumbuhan (pokok), kekabu hutan, kekabu jawa,
Zanthoxylum myriacanthum.
memedi Jw ark hantu.
memek (mémék) I; bermemek, bermemek-memek merengek, merepek.
memek (mémék) II kerut (muka orang hendak menangis);
mememekkan mengerutkan (muka) kerana sesuatu perasaan spt
sedih, geli dsb: ada yg ketawa dan ada yg ~ muka geli-geleman.
memek (mémék) III Kl payar, tawar (makanan).
memerang bp berang-berang, anjing air.
memo (mémo) singkatan bagi memorandum.
memoir (mémoir)  1. biografi (karya) yg berasaskan kenang-kenangan
seseorang (tentang pengalaman dan peristiwa dlm hidupnya dsb):
kebelakangan ini, beberapa buah buku kenang-kenangan
wartawan sasterawan veteran, dlm bentuk ~ telah juga diterbitkan.
memorabilia (mémorabilia) sesuatu yg sangat menarik dan patut
dikenang, terutamanya berhubung dgn orang atau peristiwa yg
masyhur.
memorandum (mémorandum) 1. dokumen yg merakamkan syarat-syarat
perjanjian, pembentukan syarikat, dsb; ~ persefahaman suatu
bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi,
negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb)
usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang; 2. nota
ringkas tentang sesuatu perkara edaran dalaman (mis dlm pejabat).
memori (mémori) 1. kenangan, ingatan; 2. bp bahagian di dlm komputer
yg menyimpan maklumat.
memorial (mémorial)  1. sesuatu yg dibina (didirikan dsb) utk
memperingati seseorang tokoh atau sesuatu peristiwa bersejarah: ~
Tun Abdul Razak; ~ P. Ramlee; ~ Pengisytiharan Kemerdekaan; 2.
bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat.
mempadang sj tumbuhan (pokok renek), kelampadang, Vaccinium
malaccense.
mempan 1. dapat dilukai (oleh senjata dll), lut, boleh terbakar (oleh api):
walaupun beberapa kali ditikam, tetapi tiada juga ~; 2. manjur,
mujarab, mustajab (ubat); 3. ki dapat menerima nasihat (ajaran dll):
Murad tidak ~ disindir.
mempari 1. sj tumbuhan (pokok), jadar, Milettia hemsleyana; 2. sj
tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, malapari, pari-pari,
marabahai (Sabah), Pongamia pinnata.
mempasir sj ikan laut, Scolopsis spp.
mempat sj tumbuhan (pokok), derum, Cratoxylon formosum.
mempaung sj tumbuhan (pokok), rambai hutan, Baccaurea lanceolata.
mempayang; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar lakum embun,
iang-iang gajah, Vitis furcata.
mempedal  hempedal I.
mempelai pengantin; ~ laki-laki pengantin laki-laki; naik ~ menjadi
mempelai.
mempelam sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mangga, Mangifera
indica; ~ babi sj tumbuhan (pokok), Parinarium oblongifolium.
mempelas sj tumbuhan (pokok yg daunnya digunakan sbg pelicin), a)
Tetracera scandens; b) Tetracera indica; empelas.
mempelasari = ~ hari sj tumbuhan (pokok), akar bagan, empelas
(mempelas) hari, pulanari, Alyxia lucida; pulasari.
mempelu; ~ tanah sj tumbuhan (pokok), lempedu tanah, sebongkoh bukit,
Nauclea junghuhnii.
mempenai sj tumbuhan (pokok renek), kayu suarah, kelereh, Homonoia
riparia; cempenai.
mempening 1. sj tumbuhan (pokok), pening-pening, Quercus argentata;
2. = ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Quercus curtisii; 3. = ~ bangka
sj tumbuhan (pokok), berangan padi, Quercus spicata.
memper (mémper) Jw serupa dgn, menyerupai, mirip.
mempes (mémpés) Kl berpusing.
mempinis sj ikan laut, Engraulis spp.
mempipit sj tumbuhan (pokok renek), Psychotria griffithii.
mempisang sj tumbuhan (pokok kecil), merpadi, Polyalthia
canangioides; ~ hitam sj tumbuhan (pokok memanjat), pisangpisang
hitam, Oxymitra biglandulosa.
mempitis sj tumbuhan (pokok), Cratoxylon formosum.
mempoyan  empoyan II.
mempulur I; ~ rimba sj tumbuhan (pokok kecil), bungkal, randa hutan,
Randia anisophylla; empulur II.
mempulur II isi atau bahagian yg lembut dlm batang tumbuh-tumbuhan
jenis palma, spt kelapa, pinang, dll; empulur I.
mempunai sj tumbuhan (pokok renek), Xylopia caudata.
mempurung 1. sj ikan laut, Lycothrissa crocodilus; 2. sj ikan laut,
Setipinna taty.
memputeri sj tumbuhan (pokok), berenam, Glochidion sericeum.
memutah sj tumbuhan (pokok yg akarnya dibuat ubat), Excoecaria
agallocha.
mena; semena-mena; tidak ~ (dgn) tidak ada sebab yg berpatutan,
sewenang-wenang, tidak tentu fasal: diceraikannya isteri itu dgn
tidak ~.
menaga sj tumbuhan (pokok yg kulit dan daunnya boleh dibuat ubat),
Calophyllum inophyllum.
menak; kemenakan anak saudara;  kemanakan.
menak (ménak)  (Sunda)  orang  yg  terhormat  (keturunan  orang  mulia),
bangsawan.
menalu  bendalu.
menaluk Kl meraung, bertempik.
menampun bp minta ampun.
menang 1. berjaya (dlm perlawanan, peperangan, dll), berhasil
mengalahkan (musuh, saingan), mendapat kejayaan: barang siapa ~
dialah menjadi raja; 2. keuntungan atau ganjaran kerana berjaya
mengalahkan musuh dll: berapa ~ orang itu berjudi? 3. lulus (dlm
peperiksaan), beroleh hadiah (dlm pertandingan, peraduan, dll); 4.
tidak kalah (kurang) drpd, lebih drpd;
alah ~ tak tahu, bersorak boleh prb tidak masuk campur dlm
perlawanan (perbantahan dll); alah sabung (main), ~ sorak prb
biarpun kalah, cakap besar juga;
memenangi 1. beroleh menang (dlm perlawanan dll), berhasil atau
berjaya mengalahkan: kanak-kanak yg lemah tidak akan
berpeluang ~ permainan itu; 2. mendapat kejayaan atau hadiah dlm
pertandingan (peraduan dll): novel karangannya telah ~ Peraduan
Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; 3. ki mendapat,
memperoleh, memiliki: Badrul yakin bahawa dia dapat ~ hati
perempuan itu;
memenangkan 1. menyebabkan (menjadikan) menang: barang
diberi Allah umur panjang serta dimenangkan Allah drpd segala
musuhnya; 2. menganggap satu pihak sahaja yg menang, memihak
(menyebelah) kpd: mereka bertiga sahajalah yg selalunya ~
Masinah;
kemenangan 1. perihal menang: satu keramaian yg besar telah
diadakan di kota itu utk merayakan ~ tersebut; ~ percuma
kemenangan yg diperoleh tanpa bertanding (kerana pihak lawan
gagal atau enggan memenuhi peraturan pertandingan dll); 2.
kelebihan, keunggulan: ~ moral;
pemenang orang (pihak dll) yg menang.
menangin sj ikan laut, Elops machnata.
menantu isteri atau suami kpd anak sendiri: Mak Tijah keberatan utk
menerima Karim sbg ~nya;
bermenantu mempunyai menantu: tidak lama lagi dia akan ~ pula;
bermenantukan mempunyai seseorang sbg menantu, mengambil
akan menantu: kalau kita ~ anak orang senang, banyak olahnya
dan cerewetnya.
menara bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan
tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh
lebih tinggi drpd bahagian induknya;
~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau
kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah
sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti);
~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat
mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan
kapal terbang.
menarung sj tumbuhan (pokok renek), mendarung, Trema orientalis; ~
gajah sj tumbuhan (pokok), bebelak, kesumba bukit,
Trichospermum kurzii.
menatu tukang dobi;  benatu.
mencak 1. kepandaian menggunakan senjata utk mempertahankan diri,
pencak, silat; 2. = bermencak bermain pencak, bersilat;
mencak-mencak bp mengamuk, marah benar;  pencak.
mencaluk  cencaluk.
mencanegara  mancanegara.
mencelat Jw terpelanting, terpental.
menceng (méncéng) Jk serong.
mencih-mencih Sl tinggal sedikit, hampir habis.
mencil bp terasing, terpencil;  pencil.
mencing penuh tepu, tegang (urat, tali, dll).
mencit 1. Mn tikus; 2. sj haiwan spt tikus, tetapi lebih kecil; ~ rumah,
Mus musculus; ~ buluh Chiropochymys gliroides;
~ seekor penggada seratus prb berhadapan dgn musuh yg banyak;
benci akan ~ rengkiang disunu prb sebab takut akan bahaya yg
kecil dibuang keuntungan yg besar; mancit.
menclok (ménclok) Jk hinggap, mencok.
mencok (méncok) Jw hinggap, bertenggek.
mencong (méncong) Jk serong, tidak tepat.
mencrok (méncrok)  menclok.
mencupu sj tumbuhan (pokok dan buahnya), kecupu, Garcinia prainiana.
menda bp benda, apa benda.
mendak 1. lumpur (pasir, habuk, dll) yg tenggelam ke dasar sungai dll,
pepejal yg mendap ke bawah (dlm air dll): sungai itu membawa ~
dgn banyaknya; 2. turun ke bawah dan bertimbun di dasar (spt pasir
dll), mendap: butir-butir ini ~ berlapis-lapis; batu ~ batu yg terjadi
drpd lapisan atau timbunan mendak;
memendakkan membiarkan memendap (dlm air dll);
mendakan pepejal yg tidak larut yg terhasil dlm sesuatu tindak
balas kimia (yg berlangsung dlm larutan);
pemendakan proses menjadi mendak.
mendali  medali I.
mendalu  bendalu.
mendam Jw mabuk; ~ berahi lupa daratan (kerana bercinta).
mendap turun ke bawah dan bertimbun di dasar, mendak;
mendapan segala benda (spt lumpur, pasir, dll) yg mendap;
pemendapan proses dsb mendap;  endap.
mendapa balai atau ruang (tempat bertemu dll), pendapa.
mendapur sj tumbuhan (pokok), geronggang semut, Ouratea crocea.
mendarah; ~ daun besar sj tumbuhan (pokok), acu, Knema hookeriana.
mendaruh sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, medang asam,
medang kelipat, rambai hutan, Ptychopyxis spp.
mendarung sj tumbuhan, menarung; ~ akar sj tumbuhan (pokok renek),
akar kani, akar meranang, akar toko takal, ara lumut, gurah peria(t),
pauh-pauh pasir, parengat keting, tuku-taka, Croton caudatum.
mendat Kl duduk dgn merapatkan kepala ke lantai.
mendeleka (mendeléka)  sj  tumbuhan  (pokok  dan  buah  yg  spt  sukun),
Artocarpus rigida.
mendelevium (mendélévium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.
mendelikai tembikai, semangka.
mendera; manis ~ manis dan bersopan-santun (perempuan), lemahlonglai.
mendera (mendéra) I pohon beringin.
mendera (mendéra) II  bendera.
menderung; ~ darat sj tumbuhan (rumpai), Cyperus malaccensis.
mendiang yg telah meninggal (digunakan utk orang bukan Islam): ~ Tun
Tan Cheng Loke ialah pengasas MCA.
mendikai sj tumbuhan, tembikai, semangka.
mending 1. = mendingan lebih baik (perniagaan, penghasilan negeri, dll),
lumayan, agak baik (penyakit), mulai sembuh: kalau jadi ~ juga itu,
setengah juta bersih buat kita; 2. mujur, nasib baik, untung: ~ dia
tidak tergelincir; 3. lebih elok kalau: mengapa beli rokok, ~ beli
gado-gado?
mendonan Jk orang yg datang dr negeri (tempat) lain, orang asing
(dagang).
mendong (méndong) Jw sj tumbuhan (rumpai yg batangnya boleh dibuat
tikar), Fimbristylis globulosa.
mendora I  menora.
mendora II Kl sj alat penangkap ikan (spt tuar tetapi lebih kecil).
mendreng (méndréng) IB menjual barang dgn bayaran beransur-ansur;
mendrengan; barang ~ barang yg dibeli dgn bayaran beransur.
Mendriq (méndriq)  penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku
kaum Negrito, yg tinggal di kawasan pedalaman Kelantan.
mendu sj sandiwara yg berasal dr Pontianak.
mendung I 1. awan yg mengandungi hujan: ~ di hulu tanda akan hujan,
terang di langit tanda akan panas; 2. redup (kerana dilindungi
awan): hari ~; 3. ki muram (air muka), suram: ~ kelihatan air
mukanya.
mendung II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Elaecarpus parvifolius.
menejar (menéjar) bp orang yg mengurus sesuatu perusahaan (perniagaan
dll), pengurus.
menengar sl mendengar.
menereluh tidur.
menerung  menderung.
mengabung sj tumbuhan, berambung, medang gambung, Veronica
javanica.
mengah; termengah-mengah tercungap-cungap, terengah-engah.
mengaju Kl merajuk.
mengangah Jw berbara, berapi-api.
mengap Jw ternganga, terbuka (mulut);
mengap-mengap tercungap-cungap; hungap.
mengapa sebab apa, apa fasal;  apa.
mengapur Kl mengigau.
mengelak Kl mengejar, memburu, menghambat.
mengelang Kl berselang(-seli).
mengendeh (mengéndéh) Pl berisi (penuh).
mengenyeh (mengényéh) Pl bergurau.
mengerawan sj tumbuhan (pokok);  merawan II.
mengerib bp maghrib.
mengerna sl 1. berbagai-bagai warna, indah berseri; 2. kekasih.
mengga Jk; semengga, semengga-mengga hanya itu sahaja, itulah
sahaja; tidak ~ tiada kurang satu apa pun.
menggambung sj tumbuhan (pokok) dlm famili Compositae, medang
lempung, medang gambung, tampung-tampung (Sabah), Vernonia
arborea.
menggading = ~ besar sj tumbuhan (pokok), kayu hantu, Meliosma
nitida.
menggala sl mendatangkan kebaikan, berbahagia.
menggerib bp maghrib.
mengguk Kl terkulai ke bawah (kepala).
menggusta ark buah manggis.
mengi  mengih.
mengiang Mn = ular ~ pelangi.
mengih sesak nafas, penyakit bengek.
mengirat ark mati, hilang; mairat.
mengkal I 1. belum masak benar (buah-buahan), setengah masak: dia
membeli setandan pisang ~; 2. berasa keras dlm perut; 3. ki marah
(dlm hati): mukanya kelihatan ~ bagai bulan dilindungi awan; ~
hati sakit hati, marah dlm hati, mendongkol: mendengar perkataan
itu agak ~ hatiku rasanya;
bermengkal; ~ hati berasa kesal dlm hati, berasa marah dlm hati,
mendongkol;
memengkalkan; ~ hati menyebabkan mengkal (mendongkol) dlm
hati;
kemengkalan perihal mengkal (dlm hati), kejengkelan, kesebalan.
mengkal II 1. sj tumbuhan (pokok), mempelu tanah, Nauclea junghuhnii;
2. sj tumbuhan (pokok), a) mempayan, Nauclea maingayi; b)
empoyan, mempoyan, Anthocephalus cadamba.
mengkala Kd apabila, apakala.
mengkali bp barangkali.
mengkam Kd senak perut.
mengkapas sj tumbuhan (anggerik), akar penubal, akar telinah kerbau
bukit, Vanilla griffithii.
mengkar  mekar.
mengkara nama kumpulan bintang.
mengkaras sj tumbuhan (pokok), Aquilaria malaccensis.
mengkaring; ikan ~ sj ikan pelaga.
mengkarung bengkarung.
mengkawan  bengkawan.
mengkel mengkal I.
mengkelan; termengkelan 1. tersangkut atau tersekat di kerongkong
(barang yg ditelan): dia ~ dan tersedak beberapa kali; 2. ki berasa
sebal hati.
mengkema Pr kamu semua.
mengkerang sj tumbuhan (pokok memanjat), Urceola brachysepala.
mengkerat, mengkeret Jk mengecut, menjadi kecil (pendek).
mengkerung sj ikan laut, Theraponidae.
mengking; cengking-~ menjerit-jerit atau berteriak-teriak (kerana takut
dll).
mengkirai sj tumbuhan (pokok), membatu merah, Ilex cymosa; ~ lalap =
~ padi sj tumbuhan (pokok renek), Trema virgata.
mengkirik Jw tegak bulu roma (kerana ketakutan dll), seram.
mengkis = memengkis memanggil dgn maksud menentang, berteriak utk
mengejek dll: maka maralah Panglima Hassan itu sambil
memengkis menyuruh rapat.
mengkoyan sj tumbuhan (pokok), empoyan, mempoyan, Rhodamnia
trinervia.
mengkuang sj tumbuhan (pokok yg daunnya boleh dibuat tikar dll),
bengkuang, pandan duri, Pandanus atrocarpus;
~ bunga = ~ perah sj tumbuhan (pokok), pandan ikan, Pandanus
aurantiacus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), pandan hutan,
Pandanus houlletii; ~ laut = ~ duri sj tumbuhan (pokok), Pandanus
tectorius; ~ tikus sj tumbuhan (pokok), pandan tikus, pokok
selangseng, sendayan masing, Pandanus oratus.
mengkudu sj tumbuhan (pokok), Morinda spp.; ~ akar = ~ hutan = ~
jantan sj tumbuhan (pokok renek), Morinda umbellata; ~ besar = ~
jantan sj tumbuhan (pokok), Morinda citrifolia; ~ hutan = ~ kecil
sj tumbuhan (pokok renek), Morinda elliptica; ~ rimba sj tumbuhan
(pokok renek), Rennellia speciosa; spt batang ~, dahulu buah drpd
bunga prb menganggap sudah menguasai atau memiliki sesuatu
perkara atau barang yg belum tentu dapat dikuasai atau diperoleh.
mengkula sj tumbuhan (pokok), bunga tanjung, Mimusops elengi.
mengkulang sj tumbuhan (pokok) dlm famili Sterculiaceae, jambu
keluang, melima, kambang (Sabah), melabu (Sarawak), Heritiera
spp.
mengkundur sj tumbuhan (pokok) dlm famili Datiscaceae, Tetrameles
nudiflora.
mengok (méngok) bengot, herot;  mengot.
mengot (méngot) Jw tidak lurus, herot, serong.
mengsol (méngsol), mengsong (mengsong) Jk herot, serong.
mengung = termengung termenung, bingung.
meni (méni) sj cat merah.
meniaga Jk berniaga.
menidih mendidih.
menikai  tembikai.
menila I; itik (bebek) ~ sj itik.
menila II; sawo ~ ciku.
meninges (méningés)  (Bio)  tiga  lapisan  selaput  yg  membaluti  otak  dan
saraf tunjang.
meningitis (méningitis)  (Ubat)  radang  pd  selaput  meninges  akibat
jangkitan.
meninjau sj tumbuhan, belinjau.
menir I Jw beras yg pecah-pecah, melukut.
menir II IB, bp tuan.
meniran sj tumbuhan (herba), Phyllanthus niruri; kemeniran.
meniskus (méniskus) 1. (Fiz) permukaan cecair (dlm bekas) yg kelihatan
berkeluk (cembung atau cekung) akibat tindakan daya pd
permukaannya; 2. (Bio) rawan berbentuk sabit yg terdapat di antara
tulang-tulang pd sendi (khususnya sendi lutut).
menjak ark mulai, sejak;  semenjak.
menjana ark sedang;  semenjana.
menjangan Jw rusa.
menjarum; ~ merah sj tumbuhan (pokok), jejarum merah, Ixora
concinna.
menjelai  enjelai.
menjelis bp cantik, molek;  majlis II.
menjulung; ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), Gomphostemma
crinitum.
MENLU akronim bagi Menteri Luar.
menong (ménong); gajah ~ a) sj binatang besar (dlm cerita-cerita); b) sj
usungan utk pengantin (berbentuk ikan).
menopaus (ménopaus) (Ubat) peringkat waktu apabila wanita mengalami
keadaan putus haid (biasanya dlm lingkungan umur 50).
menora sj sandiwara Siam.
menoragia (ménoragia) (Ubat) perdarahan yg terlalu banyak semasa haid.
menorea (ménoréa) (Ubat) perdarahan biasa semasa haid.
mensiang sj tumbuhan (rumpai), Cyperus procerus.
mensirah sj tumbuhan (pokok), Ilex cymosa; mesirah.
mensiu  mesiu.
mens rea (méns  réa)  (Udg)  niat  utk  melakukan  jenayah,  pengetahuan
bahawa sesuatu perbuatan yg akan dilakukan itu salah: berhubung
dgn persoalan ~, peguam berhujah bahawa pendakwa perlu
membuktikan tertuduh mempunyai ~ ketika melakukan kesalahan
itu.
menstruasi (ménstruasi)  (Ubat) keluarnya darah drpd rahim wanita yg
tidak hamil (tetapi masih subur utk beranak), biasanya sekali
sebulan, datang haid (datang bulan).
menta  meta I.
mentabung sj tumbuhan (rumput), rumput janggut (tongkat) ali, Panicum
sarmentosum.
mentadak sj serangga, Tenodera aridifolia.
mentadu  sentadu.
mentah 1. belum masak (buah-buahan dll), masih muda; 2. tidak masak
betul (barang yg dimasak): nasi yg dimasaknya ~; 3. belum
dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak: rojak
biasanya dibuat drpd sayur-sayuran ~; 4. belum sempurna atau
mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dll); 5. belum diolah
atau dikerjakan (bahan galian dll), belum diproses (utk dijadikan
barang yg lebih sempurna dsb): ekonomi negeri kita bergantung pd
pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah; eksport
petroleum ~ juga meningkat 1%; 6. belum sempurna (akal, fikiran,
dll), masih belum dewasa atau matang: anak-anak muda yg masih ~
ini akan terkorban oleh adat masyarakat;
mentah-mentah 1. tidak dimasak atau direbus (barang-barang
makanan dll): kebanyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi
dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu
sahaja, bulat-bulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda
yg berkedudukan baik;
kementahan perihal mentah.
mentak Jk barangkali, boleh jadi, mungkin.
mental I Jk 1. terpelanting, terpental; 2. tidak lut (oleh senjata, peluru,
dll), kebal; pental.
mental II (Sunda); tak ~ tidak ada gunanya, tidak mujarab (ubat dll).
mental (méntal)  1. berkaitan dgn atau melibatkan akal, pemikiran, atau
proses intelektual; 2. bp tidak siuman, sakit otak, gila.
mentaliti (méntaliti)  1. keadaan atau kualiti kebolehan akal; 2. cara
berfikir;
bermentaliti mempunyai mentaliti (daya fikir): manusia ~ rendah.
mentalun = ~ batu sj tumbuhan (pokok), batalong, Terminalia pyrifolia.
mentang, mentang-mentang, sementang, sementang-mentang,
sementangkan (hanya) kerana ... maka ..., senyampang: ~ kita kuli
begini, dia hendak berbuat sebarang sahaja.
mentangur  bentangur.
mentara  sementara.
mentari (Sas) matahari: senyuman dan gelak tawamu ibarat ~ yg sentiasa
menyinari hidup kami; ~ kian condong ke ufuknya.
mentaruh sj tumbuhan (pokok), Excoecaria agallocha.
mentas; kayu ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), akar kekau, akar pesat
bedak, akar sepakan, akar sesudu, jeluta jantan, kuku bening,
Schefflera subulata.
mentaus; akar ~ sj tumbuhan, mentoh, meteh-meteh, Wrightia javanica;
bentaus.
mentega (mentéga)  I pepejal lemak berwarna kuning pucat yg diperbuat
drpd krim, boleh dimakan dgn roti, digunakan dlm masakan, dsb;
mementegai 1. menyapu mentega (ke atas roti dll); 2. bp memberi
yg elok-elok (utk mengambil hati dll).
mentega (mentéga)  II; buah ~ sj tumbuhan (pokok kecil), buah saklat,
Diospyros discolor.
mentelah  sementelah.
menteng (ménténg)  sj  tumbuhan  (pokok),  buah  kepundung,  Baccaurea
racemosa.
mentereng (mentéréng)  1. pakaian seragam (spt yg dipakai oleh tentera
dll), uniform; 2. cantik, elok, bagus: keretanya diganti dgn yg lebih
~ ;
kementerengan perihal mentereng, keelokan, kebagusan.
menteri 1. ahli politik drpd parti pemerintah yg mengetuai sesuatu jabatan
kerajaan, ahli kabinet; M~ Besar ketua kerajaan bagi sesebuah
negeri yg beraja di Malaysia; Ketua M~ ketua kerajaan bagi
sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana M~ ketua
jemaah menteri, ketua kabinet; 2. sl pegawai tinggi (spt penasihat
raja dll): maka ialah raja yg mula-mula memperbuat bendahara yg
memerintah segala ~ yg di bawah takhta kerajaannya; 3. = mantri
Id pangkat atau jawatan tertentu; ~ cacar tukang cungkil; ~ ukur
juruukur; 4. nama buah catur (yg besar nilainya);
~ dalam negeri menteri yg mengurus hal-hal dlm negeri; ~ luar
negeri menteri yg mengurus perhubungan dgn negeri-negeri asing; ~
muda timbalan menteri; ~ negara Id menteri yg tidak memegang
kementerian tetapi diberi tugas yg penting;
kementerian 1. jabatan kerajaan yg diketuai oleh menteri: K~
Pendidikan; 2. bangunan bagi jabatan kerajaan, pejabat menteri; 3.
jawatan menteri.
mentibang sj lipan, sepah bulan.
mentigi sj tumbuhan (pokok kecil), Pemphis acidula.
mentika Mn ark mastika.
mentilau sj burung.
mentimah sj ikan laut, Trichiurus savala.
mentimun I sj tumbuhan (pokok menjalar dan buahnya), Cucumis
sativus; ~ dendang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cabang
tiga, cabang tiga, timun dendang lunjung, Trichosanthes celebica;
spt ~ dgn durian prb perlawanan yg tidak berpadanan (spt orang yg
lemah atau bodoh berlawan dgn orang yg berani atau pintar dll);
timun.
mentimun II 1. sj ikan laut, a) Lutjanus decussatus; b) Lutjanus vitta; 2.
sj ikan laut, Scolopsis bilineatus; timun-timun.
mentiung sj tumbuhan (pokok memanjat), darah belut.
mentok Jk terhantuk pd.
mentol (méntol)  I = ~ lampu bebola drpd kaca yg di dalamnya terdapat
filamen logam yg mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik
melaluinya; ~ tungsten mentol yg filamennya dibuat drpd tungsten.
mentol (méntol) II (Kim) sj alkohol yg berbau cirian, berangin, dan
digunakan utk membuat ubat-ubatan (terdapat dlm minyak pati spt
permen, kapur barus, dll).
mentong (méntong)  Jw  makan  nasi  pd  waktu  petang  (selepas  makan
tengah hari).
mentor (méntor) pembimbing atau penasihat (yg arif dan berpengalaman)
kpd seseorang.
mentora; ark balai ~ sj balai di istana (tempat tetamu dll).
mentua I ibu bapa, ibu atau bapa kpd isteri atau suami; ~-taya saudara
kpd mentua;
bermentuakan mempunyai atau menerima seseorang sbg mentua:
dia bersyukur dan sangat gembira kerana dapat ~ orang yg warak.
mentua II; ~ pelanduk sj burung, pipit batu, Motacilla cinerea.
mentulang 1. sj tumbuhan (pokok menjalar), Zizyphus kunstleri; 2. sj
tumbuhan (pokok) dlm famili Alangiaceae, telur buaya, kondolon
(Sabah), Alangium spp.
menu (ménu) 1.senarai masakan yg disajikan pd sesuatu hidangan atau yg
boleh dipesan di restoran dsb; 2. (Komp) butiran dlm sesuatu atur
cara komputer yg boleh dipilih (oleh pengguna) utk melaksanakan
tindakan yg dinyatakan.
menuan Kl bertukang (biasanya emas atau perak).
menung; bermenung, bermenung-menung berfikir panjang, memikir
dalam-dalam, tafakur: belum sempurna fikir kekanda dlm hal itu
agaknya, bawalah dahulu ~;
memenungkan memikirkan dalam-dalam: ibu yg kehilangan
suaminya masih ~ bagaimana hendak menyara anak-anaknya;
termenung, termenung-menung dlm keadaan bermenung: sejenak
ia ~ memikirkan sesuatu;
menungan, kemenungan tafakur, renungan;
permenungan perbuatan bermenung: bilakah gerangan akan habis
~mu wahai orang muda?
pemenung orang yg suka bermenung.
menunggal Kl satu sen satu (harga benda), satu duit satu.
menyakut Kl 1. sesuai, padan; 2. seronok atau sedap (dirasa, dipandang,
dll).
menyal Tr tidak masak, mentah.
menyam Pl gatal (yg menjadi-jadi).
menyampang ark  senyampang.
menyan  kemenyan.
menyapung Kl mengeluarkan kata-kata keji, mencarut.
menyawak Jw biawak.
menyokok Kl menyorok, menyusup.
menyolok; ~ mata nyata kelihatan, tampak benar;  colok II.
meong (méong)  Jk  1. bunyi kucing; 2. kucing; memegang buntut ~ bp
tidak mendapat apa-apa.
meor mir.
mepeh (mépéh) Kl keadaan orang  atau binatang yg hampir rebah kerana
pening.
meper (mépér)  peper.
mepet (mépét) Jk terhimpit.
mer (mér) Kl menghisap susu ibu (oleh kanak-kanak kecil).
mera Sr masakan atau makanan separuh masak.
meracun Pr tidak ada, tiada.
meraga sj tumbuhan (pokok) dlm famili Rubiaceae, berombong, kurau,
mengkeniab (Sabah), Pertusadina spp. dan Metadina spp.
meragi sj burung, Rostratula benghalensis.
merah sl 1. gelaran utk raja-raja kecil (penghulu); 2. (Padang) gelaran utk
anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki-laki
biasa, marah.
merah (mérah) I warna spt warna darah; ~-~ bahasa agak merah; ~ darah
merah spt darah; ~ jambu = ~ muda merah keputih-putihan; ~
kesumba merah tua; ~ lembayung merah bercampur ungu; ~ marak
= ~ menjahang = ~ menyala = ~ merang = ~ murup sangat merah;
~ muka kemalu-maluan; ~ padam merah spt bunga teratai (warna
muka ketika marah); ~ pijar sangat panas sehingga membara
(logam dll); ~ pulasan merah spt kulit buah pulasan masak; ~ saga
warna merah spt biji saga; ~ telinga marah; ~ telur bahagian dlm
telur yg berwarna merah kekuning-kuningan; ~ tua merah kehitamhitaman;
di luar ~, di dlm pahit prb janganlah percaya akan
perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg
busuk;
bermerah; ~ muka ki bertengkar (berhujah dll) spt akan berkelahi;
memerah menjadi merah: panas matahari sudah mulai mengundur
dan di sebelah barat langit sudah mulai ~;
memerahi membubuh warna merah pd, mewarnai merah: pipinya
dimerahi dgn gincu, pinggangnya diikat ramping-ramping;
memerahkan menjadikan (menyebabkan) merah, membuat menjadi
merah; ~ muka menjadikan muka merah (menyebabkan marah);
kemerahan keadaan merah;
kemerah-merahan berwarna agak merah, seakan-akan merah:
lapisan yg ~;
pemerah sesuatu (bahan dll) yg menjadikan sesuatu lain berwarna
merah; ~ pipi bahan solek utk memerahkan pipi.
merah (mérah) II sj ikan laut;
~ bambangan = ~ pucat sj ikan laut, Lutjanus sanguineus; ~
boreng = ~ coreng sj ikan laut, Lutjanus sebae; ~ cina a) sj ikan
laut, Caesio pinjalu; b) sj ikan laut, Caesio erythropterus; ~ mata
hitam sj ikan laut, Lutjanus malabaricus; ~ suman sj ikan laut,
Pinjalo spp.
merajah; ~ satah sj tumbuhan (pokok renek), Sauropus parvifolius.
merajalela (merajaléla)  1. berbuat sekehendak hati; 2. menjangkit
(penyakit);  maharajalela.
merak I sj burung besar, yg jantan bulunya berwarna-warni dan ekornya
spt bentuk kipas apabila mengembang, Pavo muticus; ~ biru, Pavo
cristatus; ~ pongsu sj burung kuang cermin, kuang pongsu,
Polyplectron malacense.
merak II = bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya berwarna merah
dan kuning), Caesalpinia pulcherrima; bunga ~ hutan sj tumbuhan
(pokok renek), pecah periuk jantan, Ixora pendula.
merak III; ~ hati Jw manis lagi peramah.
merakah Sl bohong, tidak benar.
merakan sj tumbuhan (rumpai), Andropogon amboinicus.
meram masa sesuatu penyakit hendak menjadi.
merambai sj tumbuhan (pokok).
merambung 1. sj tumbuhan (pokok), ambung-ambung, Scaevola
frutescens; 2. sj tumbuhan (pokok), medang gambung, Vernonia
arborea; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), Clerodendron deflexum.
meramung sj tumbuhan (pokok), geronggong semut, Ouratea crocea.
merana 1. menderita penyakit yg lama: sakit ~; 2. sentiasa sakit-sakit,
makin lama makin kurus: badan ~ kerana dia; 3. sentiasa
menanggung susah (sedih dll): hati ~; hidupnya ~ akibat penyakit
itu.
meranang; ajar ~ sj tumbuhan (pokok renek), guruh peria, Croton
caudatum.
merang I; merah ~ merah sungguh.
merang II Jw tangkai padi yg sudah kering.
merangsi sj tumbuhan (pokok), sisik penyu, sisik puyuh, Carallia
suffruticosa.
merangu sl sj alat bunyi-bunyian (yg ditiup).
meranti sj tumbuhan (pokok), Shorea albida; ~ baka = ~ paya = ~
tenggelam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae,
seraya buaya hantu (Sabah), Shorea uliginosa; ~ kepung sj
tumbuhan (pokok), Shorea ovalis; ~ kuning sj tumbuhan (pokok)
dlm famili Dipterocarpaceae, damar hitam, seraya kuning (Sabah),
a) Shorea faguetiana; b) Shorea resinanigra; ~ langgung sj
tumbuhan (pokok), Shorea lepidota; ~ merah sj tumbuhan (pokok),
Shorea spp; ~ merah tua sj tumbuhan (pokok) dlm famili
Dipterocarpaceae, nemesu, seraya, obah suluk (Sabah), Shorea
spp.; ~ paang sj tumbuhan (pokok), Shorea bracteolata; ~ putih sj
tumbuhan (pokok), Shorea hypochra; ~ sabut sj tumbuhan (pokok),
keruing sudi, Vatica perakensis; ~ sarang punai sj tumbuhan
(pokok), Shorea parvifolia; ~ temak sj tumbuhan (pokok), Shorea
hypochra; ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), Shorea leprosula.
merapit sj tumbuhan, (pokok), cengah, Pygeum lanceolatum.
merarau Sr makan tengah hari.
merasi Mn = merarasi gugur daun semuanya (pohon).
merat (mérat) Jk hilang, lenyap, melarikan diri;  mairat.
merawal bendera kecil-kecil panjang, panji-panji;
~ memulang bukit, cerana menengah kota prb sudah jelas sekali
seseorang hendak mengemukakan sesuatu permohonan; kita di
pangkal ~ , dia di hujung ~ prb Mn tanggungan kita lebih berat
drpd tanggungannya.
merawan I  awan.
merawan II sj tumbuhan (pokok), Hopea spp.; ~ jangkang sj tumbuhan
(pokok), Hopea nervosa; ~ meranti sj tumbuhan (pokok), Hopea
sulcata; ~ siput sj tumbuhan (pokok), Hopea sangal; ~ siput jantan
sj tumbuhan (pokok), Hopea odorata; mengerawan.
merbah sj burung, Lanius cristatus;
~ abu, Hypsipetes flavala; ~ berjanggut = ~ beringin sj burung,
Criniger ochraceus; ~ bersisik sj burung, Pycnonotus squamatus;
~ bidan sj burung, Trachycomus ochrocephalus; ~ ekor gading sj
burung, Tersiphone paradisi affinis; ~ gila sj burung, murai gila,
merbuk gila, Rhipidura javanica; ~ gila gunung sj burung,
Rhipidura albicollis; ~ jambul sj burung, Spizixos canifrons; ~
kapur sj burung, Pycnonotus goiavier; ~ kelabu sj burung,
Pycnonotus cyaniventris ; ~ kunyit = ~ luris leher sj burung,
Pycnonotus finlaysoni; ~ kunyit jambul hitam = ~ jambul hitam sj
burung, Pycnonotus melanicterus; ~ rimba a) sj burung,
Tephrodornis gularis; b) sj burung, Malacopteron magnirostre; ~
sampah sj burung, Criniger bres; ~ sampah kuning sj burung,
kelicap belukar, Macronus gularis; ~ tanduk sj burung, Pycnonotus
melanoleucos; ~ telinga merah sj burung, burung cerlah,
Pycnonotus jocosus.
merbahaya  marabahaya.
merbak  semerbak.
merbang Jh menggerbang (rambut yg ditiup angin dll).
merbatu = ~ layang sj tumbuhan (pokok), sauh hutan, songkok rimau,
Parinarium corymbosum;
~ kecil sj tumbuhan, cendarah padi; ~ pasir sj tumbuhan, medang
peni.
merbau sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, merbau ipil, ipil
laut (Sabah), Intsia spp.;
~ kera sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, babi kurus,
jering tupai, angar-angar (Sabah), Crudia spp.; ~ lalat sj tumbuhan
(pokok) dlm famili Leguminosae, Sympetalandra borneensis.
merbuk sj burung;
~ aman sj burung, Geopelia striata; ~ balam sj burung, ketitir,
tekukur jerum, Streptopelia chinensis; ~ gila sj burung, merbah
gila, Rhipidura javanica.
merbulan sj tumbuhan (pokok), Endospermum malaccense.
merbuluh; ~ merah sj tumbuhan, (pokok), selimbar, selumar, Jackia
ornata.
merbung; ~ jantan sj tumbuhan, geretak.
merca pengsan;  murca.
mercak; ~-mercik ark memercik-mercik.
mercik; memercik  percik.
mercon Id mercun.
mercu 1. bahagian yg tertinggi, puncak; ~ gunung puncak gunung; 2.
bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi (pd masjid dll), menara;
~ api = ~ suar rumah api: api lampu ~ suar telah terkelip-kelip di
Pulau Pandan; ~ tanda sesuatu objek yg mudah dicam (spt
bangunan, pokok, dll) sbg panduan menentukan lokasi sesuatu
tempat.
mercun sj bunga api yg meletup apabila dibakar, petasan; ~ buluh
senapang bambu, kpd saya jangan dituju prb janganlah saya
digertak dgn barang sesuatu yg kosong.
mercup bp merecup;  recup.
merdangga sj gendang panjang.
merdeheka (merdehéka)  merdeka.
merdeka (merdéka)  bebas  (drpd  penjajahan,  kurungan,  naungan,  dll),
lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd
yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok
ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg
dikongkong oleh undang-undang dan disiplin; ~ ayam bebas sama
sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar
yg tidak terikat pd mana-mana parti politik;
memerdekakan memberi kebebasan melepaskan drpd penjajahan
(kurungan dll), membebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan
Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis
kecil itu?
kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah
berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957;
pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan,
pembebasan;
pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan
dll).
merdesa (merdésa) sopan (lagi beradab), layak.
merdu enak atau sedap didengar (suara, nyanyian, dll): maka sangatlah ~
bunyi suara anakanda sekaliannya itu;
kemerduan perihal merdu (suara dll): ada orang yg sedang
menikmati ~ suaranya.
merduk ark harta benda atau barang-barang yg tidak berharga.
merebab (Muz) sj alat bunyi-bunyian bertali satu yg digesek, biasanya
terdapat dlm masyarakat Iban di Sarawak.
merecik; memerecik  percik.
mereka (meréka) = ~ itu kata ganti diri ketiga (utk bilangan yg banyak),
orang-orang itu.
merekah  rekah.
merela Kd gatal (perempuan), biang.
merelang 1. sj tumbuhan (pokok), kebayang, Irvingia malayana; 2. sj
tumbuhan (pokok), bayam jantan, Pterispermum diversifolium; 3. sj
tumbuhan (pokok), resak hitam, Vatica maingayi.
merelit Kd berkilat-kilat (pakaian dll).
merelop Kd waktu hampir akan malam, senja.
merem Jw menutup mata;
memeremkan; ~ mata memejamkan mata.
meres (mérés) Jk paras, permukaan (batang yg ditakar).
mergastua sl binatang-binatang di hutan.
mergat enau, kabung.
merguk  berguk.
mergul sj binatang spt berang-berang.
meriah 1. riang gembira, suka ria: mereka merayakan kemenangan itu
dgn sangat ~; suasana di Carenoble kelihatan ~ kerana Krismas
tidak lama lagi akan menjelang; 2. besar-besaran, ramai: pesta
main pantai tahun ini lebih ~ drpd tahun-tahun lalu; 3. dgn rasmi,
dgn upacara (kebesaran, kemuliaan, dll): mereka pun mulai
menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh perasaan;
memeriahkan menjadikan meriah, menggembirakan, meramaikan,
dll: pesta itu dimeriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagaibagai
bangsa;
kemeriahan keriaan, kegembiraan, keramaian: hari ulang tahun
keputeraan Nabi SAW telah kita peringati dan telah kita rayakan
dgn penuh kemesraan dan ~.
meriam sj senjata api yg lebih besar drpd senapang;
~ buluh a) meriam yg larasnya panjang dan bulat; b) meriam mainan
yg dibuat drpd buluh (dibubuhi karbida); ~ katak meriam yg kecil
lagi pendek larasnya; ~ penangkis (kapal terbang) meriam utk
menentang serangan kapal terbang.
merian  meroyan I.
meriang I berasa agak demam.
meriang II sj biawak, biawak air, Varanus salvator.
merica lada putih.
meridap Sb tidur atau lelap sekejap: dia jarang makan tengah hari
kerana waktu itu digunakan utk ~.
meridian (Geog) garis khayalan yg merupakan bulatan yg membelah bumi
dr kutub utara ke kutub selatan.
merih kerongkong, tenggorok, pembuluh nafas.
merik sj burung hantu.
merimin Kd bersinar-sinar, berkilat.
mering; kurus ~ sangat kurus, kurus kering.
meringgai sj tumbuhan, lemunggai.
meringin Kd bau wangi.
meringis Jw menggerenyotkan bibir (muka dll) utk menunjukkan marah
dll, menyeringai.
merinin Kd cantik (drpd kebiasaannya).
merinyu 1. sl polis tentera; 2. = ~ polis nama pangkat (dlm pasukan polis)
yg lebih rendah drpd penguasa polis, inspektor; 3. orang yg
memeriksa utk memastikan peraturan, piawai, dsb tertentu dipatuhi,
pemeriksa, inspektor; ~ makanan pemeriksa makanan.
meristem (Bio) tisu tumbuhan yg aktif membahagi dan terdapat pd
bahagian pertumbuhan aktif spt hujung akar, pucuk, dan kambium.
merit (mérit)  sifat,  kualiti, perbuatan, dsb yg patut layak mendapat
kepujian atau penghargaan: penekanan yg lebih diberi kpd ~
individu; meyakinkan orang ramai terhadap ~ sesuatu program.
meritam Br sj buah yg rupanya spt rambutan.
meritokrasi (méritokrasi)  sistem  sosial yg menyanjung tinggi kedudukan
seseorang kerana kebolehannya (bukan kerana keturunan atau
kekayaan): organisasi yg mengamalkan ~.
merjagung; bunga ~ sj tumbuhan, jenjagung.
merjan sj manik (drpd batu karang merah) utk dibuat kalung atau dokoh
dll.
merk (mérk)  IB 1. cap perniagaan, nama perusahaan dll; 2. ki, bp nilai,
mutu; jatuh (turun) ~ a) mendapat nama yg kurang baik; b) tidak
gagah (megah) lagi;
bermerk bertanda, bercap, dll: semua barang keluaran wajib ~ .
merkah  rekah.
merkosa dgn paksa, (memiliki dll) dgn kekerasan, menggagahi; 
perkosa.
merkubang sj tumbuhan (pokok), Mezzetia herveyana.
merkuri (Kim) sj unsur logam berwarna perak, berbentuk cair, dan
biasanya digunakan utk membuat amalgam, katod, dll, raksa.
merlilin 1. sj tumbuhan (pokok); 2. sj burung.
merlimau 1. sj tumbuhan (pokok), limau-limau, Gelonium glomerulatum;
2. sj tumbuhan (pokok), limau-limau, Phyllochlamys wallichii; 3. sj
tumbuhan (pokok), pokok telur belangkas hutan, keranji bulan,
Aglaia odoratissima; 4. sj tumbuhan (pokok), limau hantu,
Atalantia spinosa.
merlip Pl bersinar, berkilat.
merombong sj tumbuhan, berombong.
merosot 1. tergelincir turun (kerana licin dll); 2. turun (harga, mutu, dll),
jatuh, berkurang (perniagaan dll): kerana aku begitu terikat dlm
soal-soal politik, maka biro teknikku ~ sehingga mati sama sekali;
memerosotkan menyebabkan merosot (bkn harga, prestasi dsb),
memundurkan: faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dlm
pasaran saham;
kemerosotan perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dll),
kejatuhan, kemunduran: apabila berlaku ~ dlm bidang perusahaan,
maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau
semua pekerjanya.
meroyan I gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dlm
badan yg menyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dll.
meroyan II sj tumbuhan (pokok), kelat tanduk, jarum hutan, Ixora spp.; ~
batu sj tumbuhan, banton, Vitex coriacea; ~ punai tanah sj
tumbuhan (pokok), Acrotrema costatum; akar ~ jantan = akar ~
paya sj tumbuhan (pokok renek), akar berbuah, Dissochaeta
celebica; akar ~ sambang sj tumbuhan (pokok menumpang), akar
ketam.
merpadi sj tumbuhan (pokok kecil), mempisang, Polyalthia
canangioides.
merpati sj burung, burung dara, Columba domestica; ~ mas sj burung,
Caloenas nicobarica; ~ mahkota, Goura cristata;
~ dua sejoli ki sepasang orang yg sedang berkasih-kasihan; jinakjinak
~ ki perempuan yg kelihatan senang diperdaya tetapi
sebenarnya tidak.
merpaud (mérpaud) IB, bp jamak, lebih drpd satu, berbilang; belum ada
~nya ki belum beristeri (bersuami).
merpauh sj tumbuhan (pokok) dlm famili Anacardiaceae, periang, rengas
(Sabah), pituh (Sarawak), Swintonia spp.
merpelai Mn pengantin laki-laki;  mempelai.
merpisang  mempisang.
merpitis  mempitis.
merpoi sj tumbuhan (pokok), gandang, Carallia brachiata.
merpuing merpoi.
mersawa sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, loh, medang
sawa, rengkung, sanai, sepah, petri, terbak, pengiran (Sabah),
Anisoptera spp.
mersik 1. kuat lagi nyaring (suara, bunyi, dll), lantang: jeritan ~ itu sudah
tidak kedengaran lagi; 2. kering benar, tidak berair (sambal dll),
garing (gorengan): bibirnya kering ~; 3. = kurus ~ sangat kurus,
kurus kering: akan Sang Sura kecil tubuhnya, rencang ~.
mersinga sj tumbuhan (pokok), gandang, Carallia brachiata.
mersuji 1. sj ikan laut, a) Makaira herscheli; b) Makaira indica; c)
Makaira mazara; 2. sj ikan laut, Xiphias gladius.
mertajam sj tumbuhan (pokok besar), kelayu, Erioglossum rubiginosum.
mertamu Jk pergi berjamu.
mertas sj tumbuhan (pokok) dlm famili Linaceae, besi-besi (Sabah), lituh
(Sarawak), Ctenolophon parvifolius.
merton Kd martil, tukul besi.
mertua Jk mentua.
merubi bentuk hulu keris yg spt ubi.
merudum Pl berlari beramai-ramai.
meruik Pl bergerak.
merunggai lemunggai.
merus Jh; tanah ~ tanah runtuh.
mes (més)  tempat  para pegawai  tentera  beristirahat, makan, minum dsb:
pertemuan itu berlangsung di ~ pegawai pd petang semalam.
mesabah Jh munasabah.
mesan (mésan) batu pd kubur (sbg tanda);  nisan.
mesara belanja, gaji;  sara I.
Mesdaq (mésdaq)  akronim  bagi  Malaysian Exchange of Securities
Dealing and Automated Quotation (Bursa Urus Niaga Sekuriti dan
Sebut Harga Automasi Malaysia).
mesej (méséj)  1. pesanan (berita, kata-kata singkat) yg hendak
disampaikan kpd seseorang dsb: Don Norton mengingati ~ telefon
yg telah diterimanya drpd pengurus itu; 2. sesuatu (gagasan,
pengajaran, dll) yg hendak disampaikan dlm sesuatu karya sastera
dll: ~nya jelas, mudah difahami dan perasaannya dipenuhi oleh
nilai-nilai yg mulia; dlm kelucuan pemerihalan ini jelas kpd kita ~
disebaliknya;
bermesejkan mempunyai atau mengandungi sesuatu sbg mesej:
rakaman album-album yg ~ cinta dan kemanusiaan;
memperbanyak iklan yg ~ patriotisme.
mesekam sj tumbuhan (pokok), cenarahan.
mesem (mésem) Jw tersenyum.
mesenteri (mésénteri)  (Bio) selaput yg membebat usus kecil dan
menghubungkannya ke dinding perut.
mesepat sj tumbuhan (pokok), Macaranga denticulata.
mesetar sj tumbuhan (pokok dan buahnya), manggis, Garcinia
mangostana.
mesigit Jw masjid.
mesikur sj ikan laut, Diagramma spp.
mesin (mésin) alat atau perkakas yg menggunakan kuasa, spt elektrik dan
enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat;
~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; ~ cetak mesin utk
mencetak (buku dll); ~ faks mesin utk menghantar dokumen melalui
sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; ~
frangki alat utk mengecap tanda setem pd surat, bungkusan dsb yg
menandakan bayaran pos telah dijelaskan; ~ gerudi mesin utk
mengorek lubang; ~ getah alat utk mengepingkan getah yg telah
ditakung; ~ jahit mesin utk menjahit (pakaian dll); ~ jahit kaki
mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; ~ juruwang automatik mesin
atau alat yg membolehkan pengeluaran wang simpanan (di bank
dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); ~ kira = ~
hitung mesin utk menghitung; ~ kisaran padi mesin utk mengisar
padi; ~ perakam waktu mesin yg merakamkan waktu seseorang
pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas; ~
sinar-X mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (spt
bahagian dlm tubuh, bagasi dsb); ~ slot mesin utk berjudi dgn
memasukkan duit (syiling) ke dalamnya; ~ stensil alat yg digunakan
utk mencetak salinan bertaip atau bertulis drpd stensil; ~ taip = ~
ketik Id = ~ tulis mesin utk menulis; ~ tayang wayang gambar alat
utk menayangkan filem; ~ tempel Id mesin (enjin) motor sangkut; ~
terbang Id kapal terbang;
bermesin dipotong dsb dgn menggunakan mesin: rumput yg sudah
tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~;
memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr ~
getah, tidak ada kuih yg terhidang;
pemesinan perihal memesin.
mesingan (mésin.gan)  sj  senjata  api  yg  dapat  melepaskan  tembakan
banyak peluru secara berturut-turut dgn amat pantas.
mesiput sj tumbuhan (pokok), campa biru, Canarium kadondon.
mesirah sj tumbuhan (pokok), Ilex cymosa.
mesiu = garam ~ ubat bedil, bahan peledak.
meski = ~pun sungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya
terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu
baru kira-kira pukul delapan.
mesofit (mésofit)  (Bio)  tumbuhan  yg  hidup  subur  di  kawasan  yg
kelembapannya sederhana.
mesokarpa (mésokarpa) (Bio) lapisan tengah buah, biasanya bernabu.
mesolitik (mésolitik)  (Sej)  (berkaitan dgn) peringkat pertengahan Zaman
Batu, antara zaman paleolitik dan neolitik.
mesopaus (mésopaus) (Geog) lapisan atas mesosfera yg altitudnya kirakira
80 - 85 km.
mesosfera (mésosféra)  (Geog)  lapisan  atmosfera  bumi  yg  terletak  di
antara 55 - 85 km di atas permukaan bumi.
mesra 1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu,
bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu
lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat
atau karib benar (bersahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan
perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya;
perhubungan yg ~; 3. muluk-muluk (janji dll), indah-indah, sedap
(bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya
kedengaran lebih ramah dan ~ lagi;
~ alam tidak memudaratkan atau menjejaskan kualiti alam sekitar:
kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami,
dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir:
komputer ~ pengguna;
bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur)
dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki
dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2.
bercengkerama, bercumbu-cumbu, berasmara: janganlah selalu
sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak
gadisnya itu;
bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara
satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~
antara satu sama lain, bukannya utk bermusuh-musuhan dan
benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk,
merayu) ketika memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan,
bercengkerama;
bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu
sama lain, bermesraan: lalu wujudlah perasaan suka bekerjasama,
berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah
organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika
memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan: taman bunga
merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~;
memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas
senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu
pula;
memesrakan 1. memadukan (mencampurkan) sungguh-sungguh; 2.
menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu
yg ~ pula; 3. menjadikan (persahabatan, diri, dsb) lebih rapat dgn
pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya
dgn Tuhan;
termesra sudah berpadu benar;
kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd
kemanjaan dan ~ .
mesta I  semesta.
mesta II Kl manggis.
mestal kain ikat kepala, serban.
mester (méstér) IB 1. guru; 2. ahli undang-undang.
mesteri tukang yg mahir.
mesti 1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; 2.
tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar: ketigatiga
orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan
pertanyaan menurut ~ nya;
semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak mahu
mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya: kepadanya
sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa
kebahagiaan;
memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan
berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan;
termesti dimestikan (diwajibkan);
kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, kewajiban; 2. ketentuan,
ketetapan.
mestika 1. sj batu sakti (terdapat dlm kepala ular dll), geliga, gemala; ~
embun sl sj batu sakti yg boleh menghidupkan orang mati; 2.
permata yg bernilai (intan dll); 3. ki yg termolek, yg tercantik;
laksana ~ gamat prb utk mengatakan rupa atau kelakuan atau
perkataan yg baik; 4. ki sesuatu yg disayangi (dikasihi); ~ hati
kekasih.
mesui; kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kulitnya dibuat ubat, rempahrempah,
dll), Massoia aromatica; masoi.
mesum Jk 1. kotor, cemar (pakaian, badan): karya yg indah ini dinodai
bahagian-bahagian ~; 2. ki tidak senonoh (perbuatan, kelakuan,
dll), keji: perbuatan yg ~;
kemesuman 1. perihal mesum, kekotoran, kekolotan; 2. perbuatan
dll yg tidak senonoh: dlm sandiwara ini, ia mengecam kemewahan
dan ~ kehidupan kaum yg memerintah pd masa itu.
mesut; kusut-~ sangat kusut.
mesyuarat perundingan (utk membincangkan sesuatu, atau mencapai
sesuatu keputusan), pembicaraan, rapat; ~ agung perundingan besar
(oleh sesuatu badan, persatuan, dll);
bermesyuarat berunding, berapat, berbincang, berbicara: rakyat
berhak berkumpul sama ada utk ~, bersuka ria atau bermuafakat;
memesyuaratkan sl membincangkan, merundingkan,
membicarakan: baginda menyuruh panggil sekalian orang besarbesar
~ halnya itu;
permesyuaratan perihal bermesyuarat, perundingan, perbincangan,
rapat: sistem politik Adat Perpatih mempunyai ciri yg khusus yg
lebih banyak menekankan sistem ~ yg lebih hampir kpd sistem
demokrasi; musyawarah.
meta I sl mabuk, mengamuk, ganas, gila: adapun kenaikan Raja Suran itu
gajah tunggal, lagi ~ , delapan hasta tingginya.
meta II Kl sombong, besar hati.
meta III Tr bebas, tidak sopan.
meta IV Pr diam, terdiam.
metabahasa (métabahasa) (Lin) bahasa atau sistem lambang yg digunakan
utk menjelaskan suatu bahasa atau sistem lain.
metabolik (métabolik) berkaitan dgn metabolisme.
metabolisme (métabolisme) (Bio) proses kimia yg berlaku dlm semua sel
hidup yg melibatkan pembinaan sebatian kompleks dan
penguraiannya semula menjadi sebatian ringkas utk menghasilkan
tenaga;
memetabolismekan memproses makanan dsb secara metabolisme:
jika ubat itu diberikan dlm dos yg tinggi, hati mungkin tidak
mempunyai enzim yg cukup utk ~nya; keupayaan tubuh utk ~
makanan dan menghasilkan tenaga.
metabolit (métabolit) (Bio) bahan yg terhasil drpd proses metabolisme.
metafizik (métafizik) falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai segala yg
di luar alam biasa atau yg tidak kelihatan, maakulat.
metafizikal (métafizikal),  metafizis (métafizis)  bersifat  metafizik,
berkaitan dgn metafizik: jalinan antara aspek ~ yg dominan dgn
aspek fizikal yg sekadar melengkapi; alam ~ yg tidak dapat
dikesan melalui sebarang pancaindera manusia melainkan melalui
akal semata-mata.
metafora (métafora)  (Lin)  pemakaian  kata-kata yg menyatakan sesuatu
makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar
perkataan yg berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan);
memetaforakan menjadikan pemakaian kata atau kata-kata sbg
metafora.
metaforikal (métaforikal)  bersifat  (berupa)  metafora:  pembentukan
ungkapan yg ~.
metah I sangat, sungguh; baru ~ baru sangat; putih ~ putih benar.
metah II  meta I.
metai ark sj tilam, lapik duduk, kasur.
metakarpus (métakarpus)  (Bio)  lima  tulang  yg  terdapat  di  antara
pergelangan tangan dgn jari.
metal (métal) logam.
metalik (métalik) cat berunsur logam yg berkilau: cat ~.
metalinguistik (métalinguistik)  1. kajian tentang metabahasa; 2. kajian
bahasa yg merujuk kpd hubungan keseluruhan sistem linguistik dgn
sistem tingkah laku manusia dlm budaya yg berkenaan.
metaloid (métaloid) (Kim) unsur kimia yg sifatnya antara sifat logam dan
bukan logam (mis boron, silikon, arsenik, dll).
metalurgi (métalurgi)  kajian  tentang  logam  dan  aloi,  termasuk  kaedah
pengekstrakan, penulenan, struktur, dan sifatnya.
metamorfisme (métamorfisme)  perubahan  bentuk,  tekstur, struktur,
komposisi, dsb pd batuan akibat tekanan dan haba yg tinggi.
metamorfosis (métamorfosis)  1. (Bio) perubahan sepenuhnya bentuk
fizikal dll yg berlaku dlm kitaran hidup sesuatu organisma (mis
perubahan kepompong menjadi kupu-kupu); 2. ki perubahan besar
atau sepenuhnya: utk mendapatkan yg baru, sesuatu itu perlu
mengalami ~;
bermetamorfosis mengalami metamorfosis.
metana (métana)  (Kim)  sj  gas  tidak  berwarna,  tidak  berbau, dan mudah
terbakar (terdapat di lombong arang batu, dan drpd pereputan
bahan-bahan organik).
metanal (métanal) (Kim) formaldehid.
metanol (métanol) (Kim) sj alkohol yg sangat beracun, dan digunakan sbg
pelarut dll.
metatarsus (métatarsus)  (Bio)  lima  tulang  yg  terdapat  di  antara
pergelangan kaki dgn jari kaki.
metatesis (métatésis) (Lin) perubahan tempat atau kedudukan huruf, suku
kata, atau bunyi dlm sesuatu kata, mis gula menjadi lagu dan ikan
menjadi kain.
metek (méték) Tr laci mesin jahit.
meteo (météo)  Id;  jawatan ~ jabatan yg menyiasat keadaan cuaca atau
udara.
meteor (météor) (Ast) tahi bintang.
meteorit (météorit) (Ast) tahi bintang yg gugur ke bumi.
meteoroid (météoroid) (Ast) jasad kecil yg bergerak dlm sistem suria yg
akan menjadi tahi bintang sekiranya memasuki atmosfera bumi.
meteorologi (météorologi)  sains  tentang  atmosfera dan fenomenanya,
terutamanya cuaca dan ramalan cuaca.
meter (méter)  1. ukuran panjang yg bersamaan dgn 39.37 inci; 2. =
meteran Id alat utk mengukur atau merakamkan banyaknya air
(tenaga elektrik dsb) yg telah mengalir melaluinya (iaitu yg telah
digunakan); 3. = ~ laju alat yg dipasang di dlm kenderaan bermotor
utk menunjukkan kelajuan pergerakannya; 4. alat (pd teksi) utk
menunjukkan tambang yg harus dibayar; ~ lembapan (Hut) alat utk
menyukat kandungan lembapan kayu secara langsung, sama ada
dgn memasukkan elektrod ke dlm kayu atau meletakkannya pd
permukaan kayu.
meterai lambang rasmi sesebuah organisasi yg dilekatkan pd dokumen,
sijil, dsb sbg tanda keabsahan atau ketulenannya, cap mohor (utk
raja-raja), segel, tera;
~ tempel Id cap yg ditampalkan sbg tanda penerimaan wang; ~
upah Id cap sbg tanda pembayaran (upah dll);
memeterai membubuh meterai pd (sesuatu), mengecap;
termeterai 1. tertera, tercap, tersegel; 2. ki tersimpul, terikat; ~ dlm
hati terasa dlm hati;
pemeteraian proses memeterai: perundingan EAEC yg dianjurkan
oleh Malaysia sbg projek bersama dan ~ tiga dokumen.
metia  mutiara.
metil (métil) (Kim) sj radikal (-CH3) yg terdapat dlm banyak sebatian
organik;
~ jingga sj sebatian pewarna yg digunakan sbg penunjuk asid-bes
(berwarna merah dlm larutan berasid dan berwarna jingga dlm
larutan beralkali); ~ merah sj sebatian pewarna yg digunakan sbg
penunjuk asid-bes (berwarna merah dlm larutan berasid dan kuning
dlm larutan beralkali).
metilena (métiléna)  (Kim)  sj  radikal  bebas  yg  sangat  reaktif;  ~ biru sj
sebatian organik yg digunakan sbg bahan pewarna dan penunjuk
dlm analisis volumetri.
metimun  mentimun.
metin Kl beluti-beluti yg meneguhkan dinding.
metode (métode) 1. cara melakukan sesuatu, sistem; 2. Id buku pelajaran
(kaedah belajar).
metodik (métodik) ilmu mengenai cara atau metode (terutama dlm bidang
akademik).
metodis (métodis) menurut metode (cara yg tertentu).
metodologi (métodologi)  sistem  yg  merangkumi  kaedah  dan  prinsip  yg
digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin, dsb.
metodos (métodos) metode.
metok (métok) Kl; gemuk ~ gemuk sangat.
metonimi (métonimi) (Lin) penggunaan nama sesuatu benda utk merujuk
benda lain yg sifatnya ada hubungan logiknya, mis bulan sabit
merujuk kpd Islam.
metrik (métrik) (sistem ukuran) yg menggunakan meter, gram, dan saat.
metro (métro) 1. sistem kereta api bawah tanah yg terdapat di beberapa
bandar raya di Eropah spt Paris; 2. kereta api bawah tanah yg
terdapat di beberapa bandar raya di Eropah spt Paris.
metrologi (métrologi) ilmu tentang sukatan (ukuran, takaran, dll).
metronom (métronom) (Muz) alat ukur tempo.
metropolis (métropolis)  bandar  raya  utama  bagi sesebuah negara atau
kawasan.
metropolitan (métropolitan)  1. berkaitan dgn atau mempunyai ciri
metropolis; 2. terdiri drpd bandar raya dan kawasan pinggir bandar.
mewa (méwa) Kl bingung, bodoh.
mewah (méwah)  1. segala-galanya banyak (makanan, harta, dll), serba
berlebih, serba elok: kampung itu ~ dgn makanan; 2. sangat mahal
dan memberi kepuasan serta keselesaan: kereta ~, makanan ~;
hotel ~;
barang-barang ~ barang-barang yg elok tetapi tidak mustahak
benar; hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba
banyak;
bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan: saya tidak mampu
datang ke sini utk bercuti dan ~;
memewahkan menjadikan mewah: beliau tidak melakukan apaapa
utk ~ diri sejak menyertai politik;
kemewahan perihal mewah: ia sedar bahawa kesenangan dan ~
hidup yg dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji sendiri.
mewek (méwék) Jk menangis.
mezanin (mézanin)  tingkat  (lantai)  perantara,  terutamanya  antara  tingkat
bawah dgn tingkat pertama (biasanya berupa balkoni) dlm sesebuah
bangunan.
mg kep miligram.
Mg simbol kimia bagi magnesium.
MHz simbol bagi megahertz.
mi I 1. sj bahan makanan yg rupanya spt laksa tetapi biasanya berwarna
kuning (diperbuat drpd tepung gandum dll); ~ halus mihun; 2.
masakan drpd mi; ~ goreng mi yg digoreng dgn perencahperencahnya;
~ sup mi yg berkuahkan sup.
mi II nada yg ketiga pd skala major.
miak; ciak-~ bunyi spt bunyi anak ayam dll.
miana sj tumbuhan (pokok, akarnya dibuat ubat sakit perut dll), Coleus
atropurpureus.
miang 1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan
menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~
gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd
bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena
jelatang; b) ki suka memfitnah, penghasut; semiang kalam kecil
(sedikit) sekali;
habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ketakutan atau canggung
kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~ ,
bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu
pekerjaan mendapat kesukaran sedangkan yg patut bersusah
berdiam diri.
miap ark; tiap-~ tiap-tiap.
miatu Br begitu, spt itu.
MIC kep Malaysian Indian Congress (Kongres India Malaysia).
MIDA akronim bagi Malaysian Industrial Development Authority
(Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia).
midar Jw beredar, berkeliling.
MIDF kep Malaysian Industrial Development Finance (Syarikat
Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad).
midi pakaian ( gaun, skirt, dsb) yg labuhnya sampai ke pertengahan betis.
midik; sidik-~ dgn teliti atau hati-hati sekali (memeriksa sesuatu).
mieloma (miéloma) (Ubat) tumor malignan pd sumsum tulang.
mielin (miélin) (Bio) sj bahan putih bak lemak yg melindungi sesetengah
gentian saraf.
MIER (miér)  akronim  bagi  Malaysian Institute of Economic Research
(Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia).
migrain sakit kepala yg berdenyut-denyut, teruk dan berulangan
datangnya (biasanya menyebabkan rasa sakit pd satu sisi atau
bahagian kepala sahaja).
migran orang (atau haiwan) yg berpindah dr satu tempat (daerah, negara)
ke tempat lain, penghijrah.
migrasi 1. perpindahan penduduk dr sebuah negara atau tempat ke negara
atau tempat lain: ~ atau perpindahan ini berpunca antara lain
kerana kegiatan ekonomi; 2. perpindahan (burung) dr satu tempat
ke tempat lain apabila berlaku perubahan musim;
bermigrasi melakukan migrasi: banyak kaum yg ~ ke Amerika
Syarikat.
mihrab Ar bahagian masjid (surau, langgar, dll) yg menganjur ke kiblat
(tempat imam memimpin sembahyang).
mihun 1. sj bahan makanan spt mi yg halus-halus (diperbuat drpd tepung
beras); 2. masakan drpd mihun: ~ goreng; ~ sup.
miju = miju-miju sj tumbuhan (herba dan buahnya), Lens esculenta.
mik ark denyut nadi (pd pergelangan tangan).
mika I Pr kata ganti diri kedua, engkau, kamu.
mika II (Kim) sj galian spt kaca yg boleh digunakan sbg pembebat
(elektrik), semendal, abrak.
Mikail malaikat yg tugasnya memberi rezeki.
mikin = semikin bp makin.
mikologi cabang botani yg berkaitan dgn kajian tentang kulat.
mikopatologi bidang patologi yg mengkaji penyakit yg disebabkan oleh
kulat.
mikoriza (Bio) hubungan simbiosis antara kulat dgn akar tumbuhan
peringkat tinggi.
mikosis (Ubat) penyakit yg disebabkan oleh kulat, mis kurap.
mikotoksin (Bio) toksin yg dihasilkan oleh kulat.
Mikraj Ar peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW naik ke langit.
mikro halus, kecil: secara ~; neraca ~ Id dacing utk menimbang barangbarang
yg sangat kecil.
mikro- awalan asing halus, kecil, mis mikrocip dan mikroorganisma.
mikrob organisma halus spt bakteria, virus, dan alga, yg biasanya hanya
dapat dilihat dgn menggunakan mikroskop.
mikrobiologi cabang biologi yg berkaitan dgn kajian tentang organisma
seni.
mikrocip (Komp) kepingan silikon yg sangat kecil (dlm komputer) dan
mengandungi litar elektronik yg boleh menyimpan sejumlah besar
maklumat, data, dsb.
mikroekonomi (mikroékonomi)  cabang ekonomi yg berkaitan dgn firma,
komoditi, pengeluar, pengguna dsb tertentu serta hubungan ekonomi
antara sektor-sektor yg berkenaan.
mikroelektronik (mikroéléktronik) cabang ilmu elektronik yg berkait dgn
komponen dan pembinaan litar yg sangat halus.
mikrofilem filem utk mengambil gambar atau merakamkan bahan bertulis
dlm saiz yg kecil: akhbar ini sebahagiannya terdapat dlm bentuk
~;
memikrofilem(kan) merakamkan (menyimpan) bahan bertulis dlm
bentuk mikrofilem.
mikrofis helaian filem foto yg dapat merakamkan data atau imej dlm saiz
yg sangat kecil.
mikrofon alat utk mengubah gelombang bunyi menjadi gelombang
elektrik bagi meninggikan tekanan bunyi spt dlm telefon, radio, dll,
pembesar suara.
mikrogelombang (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn
jarak gelombang antara 1-300 mm, digunakan terutamanya dlm
perhubungan radio dan radar, memasak dsb, gelombang mikro.
mikrogram satu persejuta gram.
mikrograviti (Ast) graviti yg hampir sifar yg dialami oleh angkasawan di
dlm kapal angkasa yg mengelilingi bumi.
mikrokomputer komputer yg kecil keupayaannya dan biasanya
digunakan di rumah, sekolah, dsb.
mikrometer (mikrométer) 1. alat utk mengukur dgn tepat jarak, ketebalan
dsb yg sangat kecil; 2. satu persejuta meter, mikron.
mikron ukuran panjang yg bersamaan dgn 0.000001 meter.
mikroorganisma (Bio) organisma halus (mis bakteria, virus, protozoa,
dll) yg hanya dapat dilihat dgn mikroskop.
mikropemproses (mikropemprosés)  (Komp)  litar  bersepadu  tunggal  yg
berfungsi sbg unit pemprosesan pusat dlm mikrokomputer.
mikropsia (Ubat) kecacatan pelihatan yg menyebabkan sesuatu objek
kelihatan lebih kecil drpd keadaannya yg sebenar.
mikrosaat satu persejuta saat.
mikrosatelit satelit kecil yg beratnya tidak melebihi 50 kg dan beroperasi
dlm orbit rendah.
mikroskop alat yg menggunakan kanta utk menjadikan objek kecil
kelihatan besar;
~ elektron mikroskop berkeupayaan tinggi yg menggunakan alur
elektron utk menghasilkan imej yg diperbesar; ~ majmuk mikroskop
yg mempunyai dua sistem kanta (kanta objek dan kanta mata); ~
ringkas mikroskop yg mempunyai sistem kanta tunggal.
mikroskopi penyelidikan yg dibuat dgn menggunakan mikroskop.
mikroskopik 1. berkaitan dgn (penggunaan) miskroskop; 2. terlalu kecil
dan tidak dapat dilihat dgn mata kasar: ternyata bilangan kompleks
dapat dgn baik menjelaskan struktur ~ alam.
mikrosurgeri (Ubat) pembedahan rumit yg dilakukan ke atas bahagianbahagian
tubuh yg sangat halus spt tisu, sel dll dgn bantuan
mikroskop khas.
mikroton (Muz) jeda yg lebih kecil drpd semiton.
mikrowatt unit kuasa yg bersamaan dgn satu persejuta (10-6) watt.
miksomatosis sj penyakit arnab yg berjangkit dan membawa maut.
miku sj tumbuhan (pokok), Artocarpus lowii.
mil Id ukuran jarak yg bersamaan dgn 1760 ela, batu.
milenium (milénium) tempoh masa seribu tahun, alaf.
milieu persekitaran sosial sekarang: seorang pencipta sastera apakala dia
merakamkan suara hatinya, dia memancarkan ~ dan semangat
masyarakatnya.
miligram ukuran berat yg bersamaan dgn 0.001 gram.
milik 1. kepunyaan, hak: semua tanah adalah ~ kerajaan pusat; ia
berharap Asmah akan menjadi ~nya pd suatu masa kelak; ~ bebas
kepunyaan atau hak memiliki (tanah) yg tidak dibataskan tempoh
hak miliknya dll; 2. Id nasib baik, beruntung;
memiliki 1. mempunyai: rakyat berhak ~ harta; 2. mengambil atau
menjadikan sesuatu hak milik: tidak dibenarkan ~ hak orang;
termilik menjadi milik;
milikan apa yg dimiliki: kejayaan negara mengikut ~ modal
saham;
pemilikan perihal memiliki: ~ tanah;
pemilik yg empunya, tuan punya.
milik negara kepunyaan atau hak negara (spt perusahaan tertentu dll);
memiliknegarakan menjadikan (sesuatu) milik negara,
menasionalisasikan: beliau ~ harta mereka di Cuba;
pemiliknegaraan perbuatan menjadikan (sesuatu) milik negara,
nasionalisasi.
mililiter ukuran banyak yg bersamaan dgn 0.001 liter.
milimeter (miliméter) ukuran panjang yg bersamaan dgn 0.001 meter.
milir ke hilir;  hilir.
milisaat satu perseribu saat.
milisi IB 1. kewajiban utk berkhidmat dlm tentera, kerahan tenaga (dlm
tentera) yg diwajibkan; 2. orang yg masuk tentera oleh kerana
kerahan.
militan 1. sedia utk berjuang atau berperang; 2. cenderung menggunakan
keganasan, kekerasan, atau tekanan kuat utk mencapai sesuatu
tujuan: pelajar ~.
militarisme faham ketenteraan.
militer (militér) Id askar, tentera, ketenteraan; latihan ~ latihan tentera.
militia pertubuhan yg bergerak ala tentera tetapi para anggotanya
bukanlah tentera profesional: peperangan ke atas penduduk Bosnia
oleh ~ Serbia.
millah Ar golongan (agama): umatku akan berpecah kpd 73 ~ yg
semuanya masuk neraka, kecuali satu ~.
milo Id; sekolah ~ sekolah menengah rendah pd zaman penjajah.
milu ark jagung.
milyar seribu juta.
milyuner (milyunér) jutawan.
mim 1. huruf yg ke-24 abjad Arab (mempunyai nilai 40); 2. huruf ke-28
abjad Jawi.
mimbar 1. Ar sj pentas atau panggung di dlm masjid tempat berkhutbah;
2. Id ruangan (dlm surat khabar dll) tempat melahirkan fikiran atau
pendapat.
mimeograf (miméograf) salinan stensil yg dicetak dgn mesin mimeograf:
manuskrip itu telah disediakan dlm bentuk ~.
mimi Jw belangkas.
mimik I ark; termimik-mimik terkecap-kecap (ketika makan).
mimik II  memek II.
mimik III meniru, mengajuk gaya, cara, dll seseorang atau sesuatu;
kemimikan (Bio) keadaan sifat, ciri, dll sesuatu haiwan yg
menyerupai sifat, ciri, dll haiwan lain.
mimis peluru yg bulat-bulat, penabur.
mimisan Jw keluar darah dr hidung.
mimos (Sas) lakonan bersahaja dlm persembahan teater yg hanya
menggunakan isyarat gerak-geri dan mimik muka tanpa sebarang
perkataan utk mengungkapkan sesuatu kejadian, watak, aksi dsb.
MIMOS akronim bagi Malaysian Institute of Microelectronic Systems
(Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia).
mimosa semalu.
mimpi 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segalagalanya
dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu
perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi
gaduh;
bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya
berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan;
memimpikan 1. = bermimpikan bermimpi akan sesuatu: malam
itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan;
2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukanbukan
atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu,
terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund
Freud mengatakan seniman selalu ~ kehormatan, kekuasaan,
kekayaan, kemasyhuran, dan cinta wanita;
termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin
dapat dicapai (diperoleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh
menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk
pengembaraan ke bintang yg lain pula;
termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenangkenang
akan sesuatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm ingatan;
termimpikan dimimpikan: satu ketika dahulu, dia tidak pernah ~
hak ini;
mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki
cita-cita (yg mustahil); impi.
mimpin bp memimpin;  pimpin I.
min nilai hitung panjang (pukul rata) bagi sesuatu set nombor; ~ hujan
tahunan nilai hitung panjang hujan tahunan.
mina I ark sj ikan, ikan paus.
mina II Jk; burung ~ tiung.
minalaidinwalfaizin Ar semoga termasuk dlm golongan orang yg kembali
kpd fitrah (suci drpd dosa) dan beroleh kejayaan, biasanya
diucapkan pd Hari Raya Aidilfitri.
Minang singkatan bagi Minangkabau: orang ~.
Minangkabau suku bangsa yg tinggal di (atau berasal dr) wilayah
Minangkabau, Indonesia.
minantu Mn menantu.
minat keinginan (kesukaan, kecenderungan) kpd sesuatu: mereka
mendengar cerita orang tua itu dgn penuh ~;
berminat menaruh perhatian akan, cenderung kpd, gemar akan:
seluruh dewan penuh sesak dgn mereka yg ~ dlm jurusan siasah
negara;
meminati menggemari, memerhatikan, menginginkan: kumpulan
anak muda yg baru belajar ~ sastera; tulisan Ibnu Sina, Imam
Ghazali, Maulana Jalaluddin Rumi, dikaji dan diminati oleh
pendeta Barat;
peminat orang yg berminat (kpd sesuatu), penggemar: mudahmudahan
buku ini dapat sambutan drpd para ~ kesusasteraan
Melayu seluruhnya.
minatu  benatu.
minda akal fikiran, daya berfikir: ~ yg disuburkan dgn ilmu pengetahuan
yg banyak, akan menjadi alat yg tajam utk mengatasi berbagaibagai
masalah dan mengilhamkan pemikiran baru; kita kurang
menggunakan ~ utk berfikir.
mindi; ~ kecil sj tumbuhan (pokok yg kulitnya dibuat ubat kudis dll),
Melia azedarach.
minduk Kl; tok ~ penolong (perantara) dlm permainan puteri.
mindring  mendreng.
mineral 1. bahan pepejal berhablur spt kuarza, arang batu, uranium, dsb,
yg terdapat secara semula jadi dlm kerak bumi dan batuan, bahan
galian; 2. unsur bukan organik yg ringkas, biasanya diperlukan dlm
kuantiti sedikit utk menjalankan metabolisme badan: tubuh kita
memerlukan beberapa ~ utama utk tumbesaran dan kehidupan yg
sihat; bawang putih juga mengandungi dua ~ pelindung, iaitu
selenium dan germanium, yg baik utk kesihatan tubuh manusia;
memineralkan menjadikan sesuatu bahan mengandungi mineral.
mineralogi kajian tentang mineral.
minggat Jw meninggalkan keluarga, kampung, tempat tinggal, tempat
kerja dll secara diam-diam kerana merajuk atau kecewa: pekerjaku
sudah ~ semua.
minggir Jw pergi ke tepi, menyusur;  pinggir.
minggong Jh bingung.
minggu 1. = hari ~ hari Ahad; 2. tujuh hari, pekan: se~ yg lalu, dua orang
lagi pemuda Melayu telah ghaib entah ke mana;
berminggu-minggu beberapa minggu, banyak minggu (lamanya
dsb): bukannya sehari dua, malah ~ lamanya;
mingguan 1. (berlaku atau diadakan) setiap minggu: Tengku
berkata demikian setelah menghadiri sidang kabinet ~ yg diadakan
di bangunan Parlimen hari ini; 2. (diterbitkan) setiap minggu (bkn
akhbar, majalah dsb): dia menunduk, mengambil akhbar ~ yg
terbiar di atas lantai, lalu duduk di kerusi;
seminggu-mingguan sepanjang minggu.
mingkin Jk makin;
mingkinan makin sangat, bertambah sangat.
minhaj Ar manhaj.
mini sangat kecil, sangat pendek: bas ~; karipap ~; pasar ~.
mini- awalan asing sangat kecil atau singkat, mis miniskirt.
miniatur 1. lukisan (atau catan) yg sangat kecil, terutamanya lukisan
seseorang; 2. salinan atau model sesuatu objek dlm bentuk yg
dikecilkan; 3. (bkn sesuatu yg ditiru) sangat kecil, kenit.
minikomputer sj komputer yg keupayaan pemprosesannya agak tinggi,
antara keupayaan mikrokomputer dan kerangka utama.
minim IB sedikit atau kecil sekali.
minima  minimum.
minimum (bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali;
meminimumkan mengurangkan dsb ke paras yg minimum atau
paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan sinaran
yg tidak dapat dielakkan;
peminimuman perbuatan mengurangkan (menurunkan) sesuatu ke
tahap paling rendah: soal ~ kos.
miniskirt skirt yg sangat singkat (labuhnya dr atas paras lutut).
minit I tempoh masa yg lamanya 60 saat, 1/60 jam.
minit II catatan tentang apa yg telah diperkatakan (dibincangkan) atau
dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dll).
minoriti golongan kecil orang yg sama keturunan, agama, budaya, dsb yg
tinggal di sesebuah tempat (negara, daerah, dsb) yg majoriti
penduduknya berlainan keturunan, agama, dsb: kaum ~.
minta 1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk
mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak
Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu
~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucapkan
(doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya
menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah,
sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan;
~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf
mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu
hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan
pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk meminta
selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~
janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah
mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi
hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~
tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima
kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain);
minta-minta 1. = berminta-minta, meminta-minta minta
sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan,
moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini;
berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran
utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam;
meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati);
memintai memohonkan sesuatu berkali-kali, banyak yg diminta,
memohon, memohon kpd;
memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll);
permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya
menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2.
sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya
dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan
Tuhan): sudahlah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4.
(Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang
atau perkhidmatan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu;
peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl
permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg
ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk.
mintak I bp minta.
mintak II Ar ikat pinggang, bengkung.
mintakat Id bahagian atau daerah, kawasan; ~ dingin daerah berhawa
dingin.
mintakulburuj Ar garisan melengkung khayalan di langit yg terbahagi
kpd 12 bahagian dan tiap-tiap satu dinamakan mengikut nama
gugusan bintang dua belas, zodiak.
mintal montok, montel (kanak-kanak).
minterat Id, bp perbandaran.
mintuna ark 1. gamat; 2. bintang (rasi, Gemini).
minum = meminum 1. meneguk atau menelan sesuatu yg cair (air, susu,
dll); 2. Id menghisap (rokok, candu, dll): janganlah engkau ~
madat, kerana itu mendatangkan beberapa celaka dan kebinasaan;
~ serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena, mandi tak basah
prb seseorang yg sangat bersusah hati;
meminumkan 1. memberi minum kpd: seorang menyediakan
makanan dan seorang lagi ~ air kepadanya dgn sepuas-puasnya;
2. menyuruh (meminta supaya) minum; ~ kuda;
terminum 1. minum dgn tidak sengaja, telah atau sudah diminum;
2. boleh (dapat) diminum;
minuman barang cair yg boleh diminum; ~ keras minuman yg
memabukkan;
peminuman perbuatan (proses) meminum air dsb: bahan radioaktif
masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses pemakanan dan ~;
peminum orang yg suka (gemar, ketagih) meminum minuman
keras.
minus 1. kurang, dikurangi; daerah ~ Id daerah yg kurang menghasilkan
bahan makanannya; 2. tolak; tanda ~ tanda tolak.
minyak I cairan yg tidak boleh bercampur dgn air (diperoleh drpd
tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yg cair;
~ angin sj ubat (utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut, dll)
yg diperbuat drpd campuran beberapa bahan; ~ atar sj minyak
wangi (berasal dr negara Timur Tengah); ~ babi cairan lemak babi;
~ bakar Id minyak utk menjalankan enjin (kapal dll); ~ bata minyak
yg diperbuat drpd buah suntai (boleh dimakan); ~ benzin minyak
utk menggerakkan jentera dll; ~ bumi beberapa jenis minyak yg di
lombong dr bumi; ~ cat minyak utk mencairkan cat; ~ cenduai sj
minyak guna-guna (utk menarik hati perempuan); ~ diesel minyak
yg digunakan utk enjin diesel; ~ galian minyak bumi; ~ gas = ~
tanah minyak yg mudah terbakar (dipakai utk lampu dll); ~ goreng
minyak utk goreng-menggoreng; ~ gosok minyak yg digunakan utk
mengurut; ~ hitam a) minyak yg agak pekat utk melicinkan
perjalanan enjin; b) = ~ tar sj minyak yg diperoleh dlm arang batu
dan digunakan utk membuat jalan raya (mengawet kayu dll); ~ ikan
minyak drpd lemak ikan paus dsb; ~ jarak (kelapa, zaitun, dll)
minyak yg dibuat drpd buah jarak (kelapa, zaitun, dll); ~ kacang
minyak yg diperoleh drpd kacang tanah, biasanya digunakan dlm
masakan, produk farmaseutikal, sabun dsb; ~ kelapa minyak yg
diperoleh drpd isi kelapa dan digunakan utk masakan, membuat
sabun dsb; ~ kelung air atau cairan yg keluar dr pipi gajah yg
sedang naik berahi; ~ kelonyor sj minyak yg harum dan mudah
meruap (eau de Cologne); Id ~ lincir = ~ pelicin minyak utk
melicinkan perjalanan mesin dll; ~ linsid minyak berwarna perang
dan mudah terbakar yg diekstrak drpd biji flaks, digunakan dlm
pembuatan cat, dakwat pencetak, linoleum, varnis dsb; ~ masak
minyak spt minyak kelapa dan minyak sawit, yg digunakan utk
memasak atau menggoreng makanan; ~ mentah minyak yg
dilombong dan belum diolah lagi; ~ mineral minyak yg diperoleh
drpd penyulingan petroleum yg digunakan sbg pelincir, pelembab
dan dlm perubatan; ~ pati minyak yg diekstrak drpd tumbuhan dan
mempunyai bau atau perisa tumbuhan tersebut, biasanya digunakan
dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb; ~ parafin minyak
tanah; ~ pekat Id salap; ~ pelincir minyak utk melicinkan atau
melancarkan pergerakan bahagian-bahagian enjin; ~ perlu
campuran alkohol, ester, aldehid, keton, dll yg diekstrak drpd
bahagian tumbuhan spt bunga, daun atau kayu, dan digunakan utk
membuat minyak wangi dan perisa makanan;~ petrol minyak utk
menjalankan enjin dll; ~ rambut minyak utk melicinkan rambut; ~
regular = ~ biasa minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai
kadar oktana yg rendah; ~ sapi = ~ samin sj minyak yg diperbuat
drpd susu lembu dll; ~ sawit minyak yg diperoleh drpd buah kelapa
sawit dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ sayur
minyak yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk
memasak, membuat majerin dsb; ~ super minyak petrol tanpa
plumbum yg mempunyai kadar oktana yg tinggi; ~ tetap minyak
lemak yg tidak meruap yg diperoleh drpd sayur-sayuran atau
haiwan dan digunakan utk membuat bahan pelincir, sabun dsb; ~
wangi = ~ raksi minyak yg berbau harum (bau-bauan);
~ dgn air adakah bercampur prb orang yg bermusuhan atau yg
tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu; ~ duyung
perendang duyung = ~ kita juga yg digorengkannya prb seseorang
telah berbuat budi atau kebaktian kpd seorang raja atau orang kaya
dgn menggunakan kekayaan orang itu sendiri; ~ habis sambal tak
enak prb kekecewaan dlm perjodohan anak dgn menantu; licin
kerana ~ berminta, elok kerana kain berselang prb sindiran utk
merendahkan seseorang yg angkuh atau sombong kerana harta atau
barang yg dipinjam; memasukkan ~ tanah prb menyalakan marah
orang (menghasut) supaya perselisihan makin hebat; sesudah
arang-arang hendak ~ pula prb sesudah mengotorkan nama orang
sekarang hendak bermanis-manis pula dgn orang itu;
berminyak 1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak,
mengeluarkan minyak: ikan yg ~ mengandungi zat vitamin A dan
D; 2. memakai minyak: rambutnya kering dan kasar tidak ~;
~ air mukanya ki nampak berseri mukanya (kerana gembira dll);
pandai ~ air ki a) pandai berkata-kata utk mencapai sesuatu
maksud; b) pandai berpura-pura (bermuka-muka); c) pandai
menggunakan sesuatu yg sebenarnya kurang baik;
~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin prb tiap-tiap pekerjaan
janganlah kepalang, biarlah sampai pd akhir kesudahannya; ~ tak
licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung;
meminyaki memberi berminyak, membubuh minyak pd, melumuri
dgn minyak: ia sibuk ~ segala bahagian jentera yg bergerak;
perminyakan perihal minyak (perlombongannya dll); sakramen ~
Id sj upacara bersembahyang utk orang yg hampir akan mati
(Roman Katolik).
minyak II; ~ beruk betina (putih) sj tumbuhan (pokok), dedali paya,
Xanthophyllum curtisii; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Cynodon
dactylon; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput sepat,
Daemonorhops augustifolius; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai),
Isachne globosa.
mioglobin (Ubat) protein yg membawa oksigen, yg mengandungi zat besi
dan terdapat dlm sel otot.
miologi kajian tentang struktur, fungsi dan penyakit otot.
miopia (Ubat) cacat pelihatan yg menyebabkan objek jauh tidak dapat
dilihat dgn jelas, rabun jauh.
mipat Kl salah, silap.
mipis ark nipis, tipis.
mir Pr gelaran utk orang lelaki yg beribukan syarifah dan berbapakan
orang kebanyakan.
mirah sj permata yg berwarna merah.
mirai ark; tirai-~ bermacam-macam tirai.
mirat (mir.at) Ar cermin.
miriapod (Bio) haiwan (spt lipan, gonggok, dll) dlm kumpulan
Myriapoda, berkaki banyak, badannya panjang serta beruas-ruas.
mirih Mn meleleh.
miring 1. rendah sebelah (lantai dll), tidak datar; 2. tidak tegak (letak
sesuatu), condong: ia memakai songkok yg diletakkan ~ ke kanan;
tulisan ~ tulisan condong; 3. senget (perahu, kapal, dll): kapal
mereka mulai ~; 4. = otak ~ bp agak gila, kurang siuman; 5. ki
berat sebelah (pengadilan, hukuman, dll), tidak adil; biar ~ asalkan
jangan tertelungkup prb tidak mengapa rugi sedikit asalkan jangan
habis semua sekali;
memiringkan menjadikan (meletakkan, membuat) miring,
mencondongkan, menyengetkan: payung mereka dimiringkan ke
sebelah.
mirip hampir sama atau serupa (dgn), menyerupai benar: mukanya ~ ke
wajah ayahnya;
kemiripan perihal atau keadaan mirip (dgn).
miris bocor, tiris; tiris-~ terlalu tiris, banyak tirisnya.
mirmekologi (mirmékologi)  cabang zoologi yg berkaitan dgn kajian
tentang semut.
miruk Kl berasa gerun atau takut.
mis. kep misalnya.
misa Id = ~ kudus = ~ suci upacara persembahan korban (roman Katolik).
misai I bulu yg tumbuh antara bibir atas dgn hidung, kumis;
~ bertaring bagai panglima, sebulan sekali tak bunuh orang prb
rupa sahaja yg hebat dan garang, tetapi pengecut; spt ~ pulang ke
bibir prb kembali ke tempat asalnya.
misai II; daun ~ kucing sj tumbuhan, ara batu; rumput ~ adam sj
tumbuhan (rumpai), Themeda arguens.
misal = misalan umpama, perumpamaan (perbandingan), contoh;
~ kata andai kata, seandainya; ~nya contohnya;
semisal seperti, sebagai, seumpama;
memisalkan mengumpamakan, mengibaratkan: dimisalkan dia
sungguh melamar diriku, tentu harus kita ketahui asal usul dan
sifat tabiatnya.
misali berkaitan dgn seseorang yg boleh dijadikan contoh atau diteladani:
ibu ~.
misan I bp manisan.
misan II Jk saudara sepupu.
misbah Ar lampu, pelita.
MISC kep Malaysia International Shipping Corporation (Perbadanan
Perkapalan Antarabangsa Malaysia).
miselium (Bio) jalinan bebenang halus yg membentuk jasad kulat dan
merupakan bahagian yg terlibat dlm pembiakan tanpa seks.
misi I 1. perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk sesuatu tugas;
2. urusan bkn penyiaran agama Kristian; 3. tugas khusus yg
dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang
atau sesuatu kumpulan: ~ organisasi saya ialah mengadakan
kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yg paling
akrab dgn keperluan negara.
misi II bp panggilan umum utk jururawat.
misih bp masih.
misil senjata yg dilancarkan utk menuju ke sasarannya secara kawalan
jarak jauh atau kawalan automatik: ~ balistik.
mising Kd cirit dan muntah-muntah kerana memakan kerang yg busuk.
miskal ukuran berat yg besarnya lebih kurang 4.2 gram (utk menimbang
emas atau perak).
miskin tidak berharta benda, serba kekurangan (dlm barang-barang
keperluan hidup), melarat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~
rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik
terlawan juga orang kaya prb kebijaksanaan itu lebih juga drpd
kekayaan;
memiskinkan menjadikan miskin;
kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit
jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu
lantaran ~;
pemiskinan perihal, perbuatan atau tindakan memiskinkan.
misoa, misoi sj bihun halus.
misogami perasaan benci terhadap perkahwinan.
misogini perasaan benci terhadap orang perempuan, terutamanya oleh
orang lelaki.
misoginis lelaki yg benci pd orang perempuan.
mistar Ar 1. kayu pembaris, kayu skala; 2. baris, garis; ~ hitung sj kayu
pembaris yg mempunyai bahagian yg boleh dikesot-kesot
(digunakan utk mengukur dgn cepat).
misteri 1. peristiwa, fenomena, dll yg tidak dapat diterangkan; 2. cerita,
filem, dll yg menimbulkan rasa ingin tahu dan saspens oleh sebab
fakta-faktanya tersembunyi; 3. orang atau benda yg menimbulkan
rasa ingin tahu atau saspens oleh sebab tidak diketahui , kabur, atau
membingungkan: banyaklah ~ yg tidak pernah dapat dicari
jawabannya;
kemisterian keadaan penuh misteri.
mistik 1. suluk, tasawuf: dlm hal agama dan ~, ayah sangat fanatik; 2.
keadaan ghaib yg tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia,
keanehan, keajaiban;
kemistikan keadaan mistik.
mistis IB bersifat mistik, mengandungi mistik atau unsur-unsur ghaib: di
kalangan masyarakat Dayak, Melayu memang dipercayai suatu
kaum yg memiliki kuasa ~.
mistisisme aktiviti keagamaan yg diamalkan dgn tujuan mencari
pengetahuan dan kebenaran utk mendekati Tuhan (melalui meditasi
dan sembahyang).
mistri Id penjaga geladak kayu di kapal.
misuh Jw memaki.
mitar sl penembak meriam.
mitasi I IB bp tiruan, palsu.
mitasi II IB  mutasi.
mithali misali.
miting bp mesyuarat, perundingan.
mitologi 1. kumpulan (cerita) mitos; 2. kajian tentang mitos.
mitos 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg
mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah
awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb;
2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direkareka,
dongeng;
memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos:
beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja
yg masih muda ini terbunuh di Kampung Keling; 2. mendewadewakan
seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg
~ tokoh-tokoh tersebut;
kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg
meyakinkan wujudnya ~ sumpahan tersebut;
pemitosan perihal memitoskan: ada obsesi utk menemukan akar,
nostalgia dan akhirnya ~ tanah asal yg telah hilang.
mitraliur IB senapang mesin.
mizan Ar 1. neraca; 2. nama segugusan bintang (Libra).
mizmar (Muz) sj serunai Arab.
Mk. kep Mukim.
MKBK kep Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan.
mks kep meter, kilogram, dan saat (sistem unit asas).
MLH kep Maktab Latihan Harian (maktab tempat melatih guru sekolah
rendah).
mm kep milimeter.
MMS kep multimedia messaging service (khidmat pesanan multimedia,
iaitu khidmat yg membolehkan teks ringkas, e-mel, gambar dsb, dan
bahan berbentuk multimedia dihantar dan diterima dgn
menggunakan telefon bimbit yg biasanya mempunyai sistem WAP,
komputer peribadi dsb).
Mn simbol kimia bagi mangan.
MNLF kep Moro National Liberation Front (Barisan Pembebasan
Kebangsaan Moro).
Mo simbol kimia bagi molibdenum.
mobil IB 1. = automobil motokar, kereta; 2. mudah bergerak atau
digerakkan (dipindah-pindahkan); ~ briged pasukan yg boleh
bergerak dgn cepat;
bermobil 1. mempunyai kereta; 2. naik kereta.
mobilisasi 1. pengerahan orang utk masuk askar, kerah tenaga; 2.
pergerakan atau peredaran sesuatu sumber (kewangan dsb) utk
mencapai tujuan tertentu: jumlah modal itu telah mengehadkan ~
dana;
memobilisasi, memobilisasikan 1. mengerahkan orang supaya
masuk askar, mengerahkan tenaga; 2. menggerakkan sesuatu
sumber (kewangan dsb) supaya beredar atau berpusing utk
mendatangkan keuntungan dsb: syarikat itu berfungsi utk ~
simpanan agar para penyimpan memperoleh keuntungan.
mobilisir IB; memobilisir Id mengerahkan (tentera dll).
mobiliti perihal mudah bergerak atau digerakkan, perihal mudah
berpindah tempat tinggal (bertukar pekerjaan dsb);
~ industri kebolehan pekerja berpindah dr satu industri ke satu
industri yg lain; ~ mendatar pergerakan individu atau kumpulan dlm
sesuatu masyarakat ke kedudukan (jawatan dsb) yg berlainan drpd
yg diduduki sebelumnya tetapi tidak berubah dr segi status,
kekuasaan, kelas dsb; ~ menegak perubahan kedudukan individu
atau kumpulan dlm sesuatu masyarakat dr segi kelas, kekuasaan,
status dsb; ~ pekerja (Eko) kebolehan para pekerja bertukar kerja
atau berpindah tempat kerja.
mobrik Id kep mobile brigade (pasukan polis yg bersenjata spt tentera).
mocok Jw bekerja sementara (utk menggantikan orang dll).
mod (Komp) salah satu pilihan kaedah atau cara pengendalian
pemprosesan sistem; ~ capaian pilihan tertentu drpd pelbagai
kaedah capaian ingatan yg boleh dilakukan dlm sistem.
modal 1. wang atau harta benda yg dipergunakan sbg pangkal atau pokok
utk berniaga (menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan dll),
pokok (utk berniaga): jika sesuatu perniagaan itu rugi, akan
tibalah masanya ~ utk menjalankan perniagaan itu habis; barang
~ barang-barang yg dapat menghasilkan barang-barang lain (spt alat
penenun dll); penanaman ~ perihal menggunakan modal utk
mendapat keuntungan (dlm perniagaan, perusahaan, dll); 2. ki
sesuatu yg digunakan utk mendapatkan atau mencapai sesuatu yg
lain: kerbau itu cukup dijadikan ~ utk beristeri; baginya pelajaran
adalah ~ terpenting utk mencapai kejayaan; 3. ki bp buah fikiran,
idea: aku kehabisan ~ utk menyampuk cakap teman-temanku;
~ bergerak = ~ berpusing modal yg boleh berpindah-pindah (spt
barang-barang mentah, wang, dll); ~ campuran modal (usaha)
gabungan; ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu
perniagaan; ~ sambut buah fikiran orang lain yg digunakan dlm
sesuatu percakapan (perbincangan dll); ~ tetap modal yg tidak
dapat dipindah-pindahkan (tanah, bangunan, dll);
semodal berkongsi dlm perusahaan, ikut serta dlm urusan
perniagaan dll; orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm
perusahaan dll;
bermodal mempunyai modal: golongan kapitalis ~ besar;
bermodalkan mempunyai (atau menggunakan) sesuatu sbg modal:
beliau memulakan perniagaan dlm bidang hiasan dalaman dgn ~
wang sebanyak RM25 ribu;
memodali memberi modal (utk sesuatu perniagaan, perusahaan,
dll): beberapa orang saudagar telah ~ lombong-lombong itu;
kemodalan perihal modal, bersifat mencari untung;
permodalan; syarikat ~ syarikat yg menanam modalnya dlm
perniagaan atau perusahaan lain utk mendapat keuntungan;
pemodal orang yg memberi modal, penanam modal: kebanyakan
rumah haram di sekitar Kuala Lumpur, dibina oleh kaum ~ yg
semata-mata mencari keuntungan.
modalwan Id pemodal, kapitalis.
modar = mati ~ Jw a) mati dgn tidak disembelih (binatang); b) bk mati
sia-sia, mati mengejut, mampus.
mode kebiasaan yg berlaku pd sesuatu waktu (pakaian, perhiasan, dll),
cara (corak, ragam) yg terpakai pd waktu tertentu, fesyen.
model (modél) 1. ragam (pakaian dll), cara, fesyen, jenis, dan reka bentuk
tertentu sesuatu barang yg dikeluarkan: motokar kerani ~ lama
sahaja; 2. barang tiruan yg sama bentuk dan rupanya spt yg asal
tetapi lebih kecil: kanak-kanak lelaki lebih suka membuat ~ kapal
terbang drpd membuat pakaian anak patung; 3. peragawan atau
peragawati; 4. seseorang atau sesuatu yg dapat dijadikan contoh
(utk ditiru atau diteladani): kanak-kanak memerlukan ~ yg baik, yg
boleh ditiru dlm perkembangan bahasa lisan yg baku.
modeling pekerjaan, kegiatan dsb sbg model (peragawan atau peragawati)
utk memperagakan fesyen pakaian, aksesori kecantikan dsb: tidak
salah kalau mereka menceburi ~ asalkan bijak membahagikan
masa; dia menyertai pertandingan ini kerana meminati ~.
modem (modém)  (Komp)  sj  peranti  yg  digunakan  utk  membolehkan
komputer berhubung antara satu sama lain melalui talian telefon; ~
akustik modem yg menggunakan pengganding akustik utk
menyambungkan komputer pd gagang telefon.
moden dr masa sekarang, berkaitan dgn masa kini, yg terbaru, cara
(kaedah) baru, mutakhir: bahasa ~; senjata ~; alat kelengkapan ~;
memodenkan menjadikan moden, membuat supaya jadi moden,
membarui: Mustafa Kamal telah mengadakan perubahan dan
mencuba sungguh-sungguh ~ negerinya;
kemodenan perihal moden (baru), sifat (ciri dsb) moden: baik
kaunseling dlm bentuknya sekarang yg banyak diselubungi ~,
mahupun pd zaman awalnya yg lebih merupakan bimbingan
akhlak semata-mata;
pemodenan perihal (kegiatan, usaha, dsb) memodenkan, perihal
menjadi moden, pembaruan: kerajaan Jepun berusaha dgn lebih
bersungguh-sungguh utk mempercepat ~ negeri itu;
penyempurnaan dan ~ bahasa dlm menghadapi cabaran semasa
perlu berlaku di negara-negara membangun.
modenis orang yg menyokong fahaman modenisme: antara golongan
ulama dan ~.
modenisasi perihal, proses, atau perbuatan memodenkan, pemodenan:
para sasterawan menjadi penggerak utama dlm proses ~ bahasa
Melayu di Nusantara; masyarakat yg rata-rata bersifat berpuakpuak
dan agraria ini tiba-tiba mendapati dirinya berdepan dgn
pembangunan dan ~.
modenisme 1. pemikiran cara moden; 2. fahaman dan pendekatan seni yg
menekankan seni lukis moden.
moderat 1. tidak keterlaluan (melampau), sederhana; 2. golongan (orang)
yg berfahaman atau bersikap sederhana (mis dlm politik).
moderator 1. orang yg mengendalikan, mengawal dsb perbincangan dll
supaya dapat mencapai kata sepakat, berjalan lancar dan teratur:
beliau akan menjadi ~ utk sesi dialog yg pertama; 2. orang yg
memastikan kekonsistenan piawai-piawai yg digunakan dlm
memarkahi kertas peperiksaan dsb oleh para pemeriksa yg
berlainan; 3. (Fiz) bahan yg digunakan utk melambatkan pergerakan
neutron dlm reaktor nuklear: bahan berilium oksida digunakan sbg
~ neutron dlm reaktor nuklear dan sbg penebat elektrik.
moderen (modéren) IB  moden.
modifikasi proses (perbuatan, tindakan dsb) mengubah sedikit sesuatu
(keadaan, sifat dsb) supaya sesuai dgn keperluan (situasi, sifat,
tujuan dsb) yg dikehendaki, pengubahsuaian: penyunting terpaksa
membuat ~ dlm cerita rekaannya itu; kaedah ~ tingkah laku klasik
digunakan utk merawat penghidap skizofrenia;
memodifikasi membuat atau melakukan modifikasi terhadap
sesuatu, mengubah suai: mereka juga boleh ~ tingkah lakunya
mengikut keadaan; rawatan itu melibatkan manipulasi tubuh
pesakit secara fizikal serta ~ perlakuan, makanan, ubat dan
persekitaran sosial dan fizikalnya.
modiste IB pembuat baju wanita.
modol; jorok ~ Id sangat pengotor.
modul 1. unit atau bahagian tersendiri yg lengkap dgn komponennya yg
melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dgn unit-unit
lain dlm sesuatu yg lebih besar; 2. kursus, pelajaran (latihan dsb) yg
dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu
kelayakan atau kemahiran.
modulasi alun (tekanan) suara, perubahan nada yg tepat.
modus cara, gaya (aturan dll); ~ operandi cara (prosedur dsb) utk
melakukan (melaksanakan) sesuatu.
modus vivendi (modus vivéndi)  (Latin)  kesepakatan  sementara  antara
pihak yg bertelagah sebelum mencapai suatu penyelesaian.
moga I; moga-moga, semoga mudah-mudahan, kiranya, hendaknya, agar:
ia berdoa ~ dipelihara Allah akan anaknya itu bersama-sama dgn
ibunya; semoga tuan berbahagia.
moga II Kl benda, barang, perkara.
mogok 1. tidak bergerak (berjalan dll), berhenti: motokarnya ~ di tengah
jalan raya; 2. tidak mahu bekerja: kalau tidak dipenuhi tuntutan
kita ini, kita ~;
~ duduk mogok dgn tidak meninggalkan tempat kerja; ~ kilat
mogok yg dilancarkan secara tiba-tiba tanpa memberikan apa-apa
amaran sebelumnya; ~ lapar = ~ makan Id mogok dgn tidak mahu
makan (sbg bantahan dll); ~ liar mogok yg dianjurkan oleh
sekumpulan ahli kesatuan sekerja, biasanya tanpa kelulusan rasmi
pemimpin kesatuan sekerja, dan kadang-kadang tidak mengikut atur
cara yg biasa;
pemogokan perihal mogok: ~ buruh kereta api;
pemogok orang yg mogok.
moh bp ayuh, mari.
mohair (Tks) 1. bulu kambing Angora yg panjang, lembut dan halus; 2.
benang atau kain yg diperbuat drpd bulu kambing Angora yg
panjang, lembut dan halus.
Mohd. kep Mohammad.
mohon 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl
ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah
baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka
Raja itu?” maka sembahnya, “ ~ patik, tuanku”;
bermohon 1. meminta izin; ~ diri meminta izin pergi: sahaya pun
menyembahlah ~ diri hendak kembali; 2. mengemukakan
permintaan, minta supaya diperkembangkan: maka Upu Daeng
Perani pun ~lah kpd sultan;
memohon meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini;
memohonkan memintakan (sesuatu drpd): mahu aku ~
kehendakmu itu kpd Allah Taala;
permohonan apa yg diminta, permintaan: segala ~nya utk
mendapat kerja ditolak;
pemohon orang yg memohon sesuatu; pohon II.
mohor cap (yg memperkenalkan sesuatu), tera, materai;
~ syarikat materai syarikat; cap ~ cap raja; cincin ~ cincin utk
mematerai surat dll.
mojah kaus kaki, sarung kaki.
moka (ERT) sj kopi berperisa kuat yg dijadikan sbg bahan perasa kopi
dan coklat dlm campuran kopi, kek, aiskrim dsb: aiskrim ~.
mokoh Tr duduk dgn menopang dagu.
mol (Kim) unit bagi banyaknya bahan yg mengandungi unit asas spt atom,
ion, elektron, molekul, dll (yg bersamaan bilangan atom karbon dlm
0.012 kg isotop karbon yg berat atomnya 12).
mola Kl kendi besar yg dibuat drpd tanah liat putih.
mole (molé) sj tembakau.
molek (molék) cantik, bagus, elok (perbuatan, pakaian, dll);
memolekkan menjadikan molek;
kemolekan perihal molek, kecantikan, keelokan.
molekul (molékul)  unit  paling  kecil  sesuatu  sebatian  yg  terdiri  drpd  dua
atau lebih atom.
moler (molér) Jk perempuan lacur, sundal.
molibdenum (molibdénum)  (Kim)  sj  unsur  logam  berwarna  kelabu  atau
hitam dan digunakan utk membuat aloi, keluli, dsb.
molong Jh; buah ~ sj kuih drpd tepung yg dimasak dgn gula.
molor (Sunda) bk tidur.
molos (Sunda) ark mudah masuk (ke dlm lubang dll), lulus.
moluska golongan binatang yg berkerang (spt siput, tiram, dll), binatang
lunak.
MOM kep Majlis Olimpik Malaysia.
momber (mombér) Kl (tanah yg) berlumpur.
momen (momén) I waktu yg sangat singkat, saat, detik, ketika.
momen (momén) II (Fiz) (ukuran) kecenderungan daya utk menghasilkan
gerakan berputar.
momentum (moméntum)  1. daya yg mendorong pergerakan sesuatu:
maka hasilnya tidak seberapa, lalu timbullah kekecewaan dan
hilanglah ~nya; namun Jepun moden itu sendiri ternyata sedang
menghadapi semangat yg kian kendur di kalangan generasi
mudanya utk meneruskan ~ pemodenannya; 2. hasil darab jisim
dgn halaju sesuatu jasad.
momok 1. sj hantu yg disebut-sebut utk menakut-nakutkan kanak-kanak;
2. ki sesuatu yg ditakuti (ancaman, tipu helah, dll): agak sukar utk
kita melihat ~ politik di sebalik sikap mereka itu;
memomokkan 1. mendatangkan rasa takut, menakutkan,
mengerikan, menggelisahkan: pihak penjajah telah ~ gerakan utk
menegakkan semula asas keturunan Melayu; 2. membenci,
memusuhi: kaum penjajah ~ orang yg masuk politik;
memomok-momokkan menimbulkan atau menyebabkan rasa
takut-takut, menakut-nakutkan: hari ini juga anak bangsa terus
dibuai dan dimomok-momokkan dgn kisah silam yg semakin
kusam;
momokan bayangan perasaan yg menghantui atau menakutkan:
mungkin imaginasi anda sendiri akan menimbulkan pelbagai
masalah, halangan, dan ~ tentang diri anda.
monarki kerajaan (negara) yg diperintah oleh raja, sistem pemerintahan
beraja: politik dan ~ Melayu.
monarkis pendukung sistem pemerintahan beraja.
moncong sj ikan laut, Osteiogeneiosus militaris.
moncor Jk keluar mengalir, sakit cirit.
mondok I gemuk dan pendek; tikus ~ sj tikus yg gemuk, Mus decumanus.
mondok II Jw; memondok menumpang tidur (makan);  pondok.
monel (monél); logam ~ sj aloi tahan karat yg mengandungi nikel (67%),
tembaga (28%), dan logam-logam lain (5%).
moner (monér) Kl; licin ~ habis licin.
monetari (monétari) (Eko) berkaitan dgn wang atau mata wang: dasar ~
memberi kesan kpd keputusan pelaburan pengeluar minyak kelapa
sawit.
monetarisme (monétarisme) dasar kawalan terhadap peredaran wang sbg
langkah utama menstabilkan ekonomi sesebuah negara.
moneter (monéter) IB (bkn) kewangan.
mong 1. bunyi canang (gong); 2. gong; mungmung.
mongel (mongél) 1. kecil molek, cantik; 2. menarik hati (anak);
kemongelan kecantikan: menatap dan menikmati ~ tubuh Jane
Fonda.
monggok  mongkok I.
monggol berbonggol;  bonggol.
monggor  mungkur.
mongkok I = bermongkok 1. (kelihatan, tampak) lebih tinggi drpd yg
lain, tertinggi; 2. ki lebih baik (elok, unggul, utama).
mongkok II Pr, bp membongkok.
monitor 1. alat utk mengawasi dan merakamkan terus-menerus perjalanan
dsb sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang sesuatu
kemungkinan yg tidak baik; 2. peti (spt peti televisyen) yg
digunakan utk memaparkan data atau maklumat dr komputer, unit
paparan video;
memonitor mengawasi serta merakamkan terus-menerus perjalanan
dsb sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang sesuatu
kemungkinan yg tidak baik;
pemonitoran perihal (perbuatan) memonitor.
mono- awalan asing satu atau tunggal, mis monolog dan monosakarida.
monoatom (Kim) bkn molekul yg terdiri drpd satu atom sahaja (mis
argon, helium, neon, dll).
monodrama karya drama yg dituliskan utk seorang pelaku.
monofobia perasaan takut yg keterlaluan ketika berada seorang diri.
monoftong (Lin) bunyi vokal tunggal yg tidak mengalami perubahan dr
segi kualiti dr awal hingga akhir pengeluarannya, berbanding dgn
diftong.
monogami amalan berkahwin dgn satu orang sahaja pd sesuatu masa.
monoglot 1. menggunakan satu bahasa sahaja; 2. orang yg hanya bertutur
dlm satu bahasa.
monograf tulisan, huraian, rencana, dsb bkn sesuatu perkara atau masalah
yg khusus atau bkn sesuatu aspek drpd sesuatu bidang ilmu.
monogram reka bentuk yg melambangkan parap (huruf pertama nama
seseorang) yg biasanya digores pd sesuatu (spt pen, sapu tangan).
monokotiledon (monokotilédon)  tumbuhan yg mempunyai satu kotiledon
sahaja.
monokrasi pemerintahan yg dijalankan oleh seorang pemerintah sahaja.
monokrom mempunyai atau menggunakan satu warna sahaja.
monoksida (Kim) sebatian yg mengandungi satu atom oksigen sahaja (mis
karbon monoksida).
monokultur pertanian yg berasaskan sj tanaman sahaja.
monolit (Geo) bongkah batu tunggal yg tegak, biasanya berbentuk spt
tiang atau tugu.
monolitik merujuk kpd suatu kesatuan yg besar dan sukar diubah:
pemerintahan ~; individu tenggelam dlm sistem pasaran yg meluas
dan ~.
monolog 1. percakapan yg agak panjang oleh seorang pelakon sahaja dlm
sesebuah drama filem: bahan ini berupa ~ yg kadang-kadang
diselangi pertanyaan dan seruan orang yg mendengarnya; 2.
adegan drama atau sandiwara dgn seorang sahaja pelakonnya yg
menyampaikan percakapan seorang diri; 3. percakapan panjang
lebar oleh seorang penutur sahaja, biasanya menafikan kesempatan
orang lain utk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya;
bermonolog melakukan monolog: apatah lagi apabila saya kena ~
hampir 25 minit di pentas; bukan hanya bisikan dlm diri dan ~
semata-mata.
monomer (Kim) molekul ringkas yg berpadu dgn beberapa molekul yg
sama (atau yg berlainan) utk membentuk polimer.
monomania keadaan fikiran yg terlalu asyik memikirkan suatu idea, isu,
minat dsb.
monopoli 1. penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan,
perdagangan, perkhidmatan, dsb dlm pasaran tertentu oleh
seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma; ~
asing dlm perdagangan telah dapat dipatahkan oleh ahli-ahli
perniagaan anak negeri; 2. pemikiran atau penguasaan sesuatu yg
tidak boleh dikongsi dgn orang atau pihak lain: Islam bukan ~
orang Arab;
memonopoli 1. menguasai sesuatu (perdagangan, perkhidmatan,
dsb) dgn bebas tanpa menghadapi saingan: Portugis dan Belanda
datang ke alam Melayu ini bertujuan utk ~ perdagangan; 2.
mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dll)
sepenuhnya;
pemonopolian perbuatan (proses) memonopoli;
pemonopoli orang atau pihak yg memonopoli sesuatu (perniagaan,
perkhidmatan dsb): undang-undang ini bertujuan mengelakkan ~
drpd mengaut keuntungan yg berlebihan.
monopsoni (Eko) keadaan pasaran apabila barangan atau perkhidmatan yg
ditawarkan oleh beberapa orang penjual, dibeli oleh seorang
pembeli sahaja.
monorel (monorél) kereta api yg berjalan di atas rel tunggal (biasanya di
aras yg tinggi).
monosakarida (Bio) gula ringkas (spt glukosa) yg tidak dapat diuraikan
lagi menjadi gula lain.
monosemi (Lin) kata yg mempunyai satu makna sahaja.
monosit (Ubat) sel darah putih yg mempunyai satu nukleus besar,
berbentuk spt buah pinggang dan bersifat fagosit.
monotaip (Cetak) mesin utk membuat huruf (percetakan), dgn cara
dituang satu per satu.
monoteis (monotéis) orang yg menganut faham monoteisme.
monoteisme (monotéisme) kepercayaan bahawa Tuhan itu hanya satu.
monotoni tidak adanya keragaman (pd nada, kerja, dsb).
monovalen (Kim) bkn sesuatu unsur dll yg valensinya satu.
monsun 1. angin bermusim di Asia Selatan yg bertiup dr Barat Daya pd
musim panas dan Timur Laut pd musim sejuk; 2. musim hujan
sewaktu monsun Barat Daya bertiup dr bulan April hingga Oktober.
montaj gambar, filem, gubahan lagu, atau penulisan yg terdiri drpd
bahagian yg berasingan dan digabungkan menjadi satuan yg
menarik.
montek (monték);  akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar serepat,
akar suluh hutan, Urceola torulosa.
montel (montél) berisi lagi sihat (badan), berisi lagi cantik.
montir IB tukang memasang atau membaiki enjin (motokar dll), fomen.
montok 1. penuh berisi (bkn tubuh atau bahagian tubuh), gemuk berisi,
besar lagi padat, montel: air mata berlinang di pipinya yg masih ~
itu; 2. besar dan bernas (tetek);
kemontokan perihal montok.
monumen bangunan (patung dll) yg dibina utk memperingati seseorang
atau sesuatu peristiwa penting, tugu.
monyeh (monyéh) Kd; termonyeh-monyeh tersengih-sengih.
monyel (monyél) Tr habis.
monyet (monyét) sj binatang yg hampir sama dgn kera;
baju ~ baju yg bersambung dgn seluar (dipakai oleh kanak-kanak);
cinta ~ cinta kasih yg keanak-anakan; pintu ~ pintu yg berdaun dua
(di atas dan di bawah);
kera menjadi ~ prb sama sahaja halnya; spt ~ mendapat bunga
(adakah ia tahu akan faedah) prb tiada tahu menghargai sesuatu yg
elok.
monyok Kd 1. masam muka; 2. bersedih.
monyong Jk muncung, jongor.
monyos ark malu, kemalu-maluan;
termonyos tersipu-sipu (kemalu-maluan).
mop alat pengelap lantai dll (dibuat drpd bahan serap air yg berambu yg
diikatkan pd pemegang).
mopit C sj kalam Cina (utk menulis tulisan Cina); pit II.
mor; tanah ~ tanah lapang yg tidak digunakan (biasanya ditumbuhi
bermacam-macam pokok belukar).
mora (Lin) unit terkecil utk mengukur kuantiti atau kepanjangan dlm
sistem prosodi, biasanya lebih pendek drpd satu suku kata.
morain (Geo) longgokan atau timbunan tanah, batu, puing, dsb yg diseret
dan dimendapkan oleh glasier.
moral 1. ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan
(kelakuan, kewajiban, dll), sikap atau cara berkelakuan yg
berasaskan atau yg diukur dr segi baik buruk sesuatu akhlak:
kadang-kadang, dongeng itu memang perlu sbg saluran
pendidikan ke arah membentuk akhlak atau ~ yg baik; Datuk
Penghulu ini sangat fanatik dlm perkara menjaga ~; 2. berkaitan
dgn apa yg betul atau adil; bantuan ~ bantuan dgn kata-kata yg
mengakui kebenaran atau yg menyokong seseorang atau sesuatu
pihak (bukan berupa kebendaan); kemenangan ~ kemenangan
mempertahankan sesuatu yg benar; 3. semangat utk menghadapi
ejekan (olokan) demi mempertahankan kebenaran;
bermoral mempunyai moral, berakhlak: pengarang
menggambarkan Aminah sbg perempuan yg ~ rendah; tidak ~
tidak berakhlak, sangat buruk (bkn tingkah laku), bertentangan dgn
ciri-ciri akhlak yg dianggap baik (bkn perbuatan dsb).
moralis orang yg berpegang teguh pd (mengajar, mengamali) kebaikan
atau keadilan.
moralisasi ajaran (petunjuk, nasihat, dll) bkn perbuatan atau kelakuan yg
baik.
moraliti prinsip akhlak atau kelakuan yg baik (atau mulia): budi
merupakan landasan ~ dan etika Melayu.
morat I; ~-marit tidak teratur, kucar-kacir, kacau-bilau, tidak keruan.
morat II Pr sebab.
moratorium penggantungan atau penangguhan sesuatu kegiatan secara
persetujuan bersama.
moreh (moréh)  jamuan di masjid atau surau dlm bulan puasa, biasanya
selepas bertarawih dan bertadarus.
moreng (moréng); coreng-~ penuh dgn coreng;  coreng I.
mores (morés) I sj kain; muris I.
mores (morés) II (Ant) tatalaku, adat, kebiasaan dsb yg sudah mendasari
nilai-nilai kehidupan sesuatu kumpulan atau masyarakat.
morfem (morfém)  (Lin) satuan terkecil dlm bahasa yg mempunyai erti
atau fungsi tertentu: perkataan “perumahan” terdiri drpd satu ~
bebas iaitu perkataan “rumah” dan dua ~ terikat iaitu “pe(r)-”
dan “-an”.
morfin sj dadah yg melalikan yg diperoleh drpd candu dan digunakan utk
melegakan kesakitan, dan jika disalahgunakan akan mengakibatkan
ketagihan.
morfina (Kim) morfin.
morfofonem (morfofoném)  (Lin)  unit  fonologi  yg  terdiri drpd  set  fonem
yg hadir sbg alomorf sesuatu morfem.
morfofonemik (morfofonémik)  kajian  tentang  kelainan  fonologi  dlm
alomorf.
morfologi 1. kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa,
termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan; 2. cabang biologi yg
berkaitan dgn bentuk dan struktur organisma; 3. kajian tentang
struktur dan bentuk sesuatu.
mori kain putih (utk dibuat kain batik).
morong sj periuk atau cerek (tempat memasak teh).
mortaliti (Bio) kadar kematian.
mortar I sj meriam pendek utk menembakkan peluru, tinggi ke udara, pd
jarak yg dekat: sebutir peluru ~ telah dijumpai berhampiran dgn
lombong kira-kira tiga batu dr Sungai Raya.
mortar II (S.bina) bahan binaan yg terdiri drpd campuran pasir, kapur,
simen dan air dgn kadar tertentu utk mengikat bata, batu, jubin dsb,
lepa.
mortir IB mortar.
mosi IB cadangan yg dikemukakan dlm mesyuarat (rapat dll) supaya
dibincangkan dan diputuskan, usul; ~ kepercayaan mosi yg
menyetujui kebijaksanaan pemerintah (pengurus dll); ~ tidak
percaya undi atau usul tidak percaya.
mota I sj tumbuhan (rumpai yg umbinya boleh dibuat ubat), Cyperus
rotundus.
mota II; kain ~ sj kain yg kasar tenunannya (utk layar dll).
motal Kl sj botol besar, setoples.
motel (motél)  hotel  yg  dibina  berhampiran  dgn  jalan  raya,  dan
menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg
berhampiran dgn bilik penyewa.
motif 1. sebab (tujuan) yg mendorongkan seseorang melakukan sesuatu
atau bertindak: soal kesusasteraan ini juga tidak terlepas drpd ~
ekonomi, kerana apa gunanya mengarang kalau tidak dibeli
orang; 2. dasar fikiran atau pendapat: cerita ini juga
memperlihatkan ~ pengarangnya yg tegas sekali; 3. pokok (dasar,
tema) dlm sesebuah cerita dll: hikayat yg mempunyai ~ dua orang
asyik-maksyuk bercerai tetapi akhirnya bertemu kembali; 4.
sesuatu yg dijadikan dasar atau corak pd lukisan (ukiran dll):
penenun Iban paling gemar menggunakan ~ manusia, binatang,
dan tumbuh-tumbuhan;
bermotifkan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg motif,
berasaskan, berpunca drpd: pending yg dijumpai di Perak itu ~
bunga teratai; pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam.
motivasi 1. keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg
mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk
mencapai kejayaan: sikap dan ~ terhadap pembelajaran sesuatu
bahasa merupakan faktor penting yg menentukan kejayaan
seseorang pelajar yg mempelajari sesuatu bahasa; 2. sesuatu yg
membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan
sesuatu dgn penuh minat: dlm temu duga juga, kaunselor
dikehendaki memberikan ~ supaya klien bekerjasama dengannya;
bermotivasi mempunyai motivasi, ada motivasinya: kebanyakan
remaja begitu ~ utk mengikuti latihan;
memotivasikan memberikan dorongan, galakan, semangat, dsb utk
melakukan sesuatu, mendorongkan, membangkitkan,
menggalakkan: setiap orang mestilah ada rancangan utk ~ diri
sendiri demi kecemerlangan hidup; salah satu usahanya ialah ~
para pekerja.
moto kata semboyan, cogan kata;
bermotokan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg moto:
keluaran sulungnya yg ~ kebudayaan dan pengetahuan.
motobot bot yg dijalankan dgn motor.
motokar kenderaan beroda empat yg digerakkan dgn enjin pembakaran
dalam, kereta;
bermotokar 1. memiliki motokar; 2. menaiki motokar.
motor 1. alat yg menukar satu bentuk tenaga menjadi tenaga mekanikal
utk menghasilkan gerakan; ~ sangkut = ~ tempel Id enjin yg
dilekatkan di buritan perahu (utk menggerakkan perahu); 2. bp
(sesuatu) yg dijalankan dgn motor; perahu ~ motobot; sepeda ~ Id
motosikal; 3. Id motokar, kereta;
bermotor 1. Id menaiki motokar atau motosikal; 2. dilengkapi
motor, memakai motor: basikal ~;
permotoran hal (kegiatan, sukan dsb) yg berkaitan dgn kenderaan
bermotor: kegiatan di litar itu akan ditingkatkan dgn pelbagai
bentuk sukan ~ spt perlumbaan go-kart dan kereta; kemajuan
Proton yg menjadi pemangkin industri ~.
motoris Id pemandu trem.
motosikal sj kenderaan beroda dua yg dijalankan dgn enjin;
bermotosikal menunggang atau menaiki motosikal: dia ditembak
oleh penyerang yg ~ di luar kedai.
MoU kep Memorandum of Understanding (Memorandum Persefahaman).
moya sj tumbuhan, ludai paya.
moyang bapa atau ibu kpd datuk, nenek kpd bapa atau ibu; adat nenek ~
adat istiadat yg turun-temurun; nenek ~ datuk-datuk sebelum kita,
leluhur.
moyanganda bh moyang.
moyok tidak cergas (kerana sakit, tua, dll), lembap dan tidak bersemangat;
memoyokkan menyebabkan menjadi moyok: herdikannya terus ~
cucunya yg asyik bermain;
kemoyokan perihal (sifat atau keadaan) moyok: ~ wajahnya jelas
kelihatan.
moyot ibu atau bapa kpd moyang.
mozarela (mozaréla)  (ERT)  sj  keju  separuh  lembut  yg  berasal  dr  Itali,
biasanya digunakan dlm piza dan masakan lain.
mozek (mozék) kepingan kecil batu, gelas, dsb berwarna yg dipasang pd
lantai, tembok, dsb.
MPIK kep Maktab Perguruan Ilmu Khas.
MPM kep Majlis Perdagangan Malaysia.
MPSI kep Maktab Perguruan Sultan Idris.
MPV kep multipurpose vehicle (kenderaan serba guna, iaitu sj kenderaan
yg menyerupai van, yg tempat duduk penumpangnya boleh diubahubah).
Mr. Id kep Meester in de Rechten (peguam).
MRSM kep Maktab Rendah Sains Mara.
MSc kep Master of Science (Sarjana Sains).
MS-DOS kep Microsoft disk operating system (sistem pengendalian
cakera Microsoft, iaitu sj sistem pengendalian yg popular utk
mikrokomputer).
MSG kep monosodium glutamate (monosodium glutamat, iaitu sj bahan
utama yg digunakan dlm cecair atau serbuk perasa makanan spt
Ajinomoto).
MSSM kep Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.
MSN kep Majlis Sukan Negara.
MTC kep Malayan Teachers College (Maktab Perguruan Tanah Melayu).
MTUC kep Malaysian Trade Union Congress (Kongres Kesatuan
Sekerja Malaysia).
mu I huruf ke-12 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
mu II singkatan bagi kamu: rumah~; kereta~.
mua I 1. terlalu dimanjakan: anaknya itu sangat ~; 2. melampau (tingkah
laku, perbuatan): budak-budak sekarang ini kalau diberi muka,
~lah mereka;
memuakan memanjakan: ikutlah cakap dia, muakan, manjakan.
mua II Br muka.
mua III; ikan ~ belut.
muaddib Ar pengajar, pengasuh, pendidik.
muafakat 1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah
dgn kata Laksamana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, penyataan
setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ;
mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan,
pembicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka
sahaya sekalian pun belayarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4.
berunding (bermesyuarat) dgn: hendaklah engkau ~ segala menteri
orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan
isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~
dua bersaudara;
semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm
rombongan itu sendiri;
bermuafakat berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan),
bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin
terlalu keras;
memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu);
2. menyetujui;
memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu
dgn: hal ini perlu dimuafakatkan terlebih dahulu; 2. sl
mempersetujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara
hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja;
kemuafakatan 1. perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat),
kesepakatan: apabila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia
belayar mengembara; 2. persetujuan, perjanjian: dgn ~ segala
orang besar;
permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2.
persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn
kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan;
3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd
~ yg dibuat secara tidak rasmi.
muafik Ar makmum yg sempat menghabiskan bacaan fatihahnya pd
rakaat pertama bersama imam dlm solat.
muahad Ar; kafir ~ orang kafir yg mengikat perjanjian tidak melawan
umat Islam, tidak kira sama ada mereka berada di dlm atau di luar
kawasan takluk Islam.
muai = memuai menjadi kembang (bahan yg direbus, direndam, dimasak,
dll), bangun atau bangkit (kuih, adunan, dll); ~ panjang Id menjadi
besar menurut panjangnya;
permuaian; ilmu ~ Id pengetahuan bkn cara membuat arak dll.
muak 1. sudah jemu (kerana selalu benar memakan sesuatu), bosan; 2.
berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di
pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3.
berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu):
kami sudah ~ dgn taktiknya yg terlalu berhati-hati; 4. (Kim)
keadaan sesuatu benda (spt air, gas, dll) yg dicampuri dgn benda yg
lain sehingga benda yg pertama itu tidak dapat lagi menerima atau
bersebati dgn benda yg dicampurkan itu, tepu;
memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan,
meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan
jadi muak (dua benda yg dicampurkan), menepukan.
mual I 1. berasa hendak muntah, loya, muak: perutnya ~ hendak muntah;
2. ki berasa bosan sekali, jijik, meluat: Minah sudah mulai berasa ~
tentang kelakuan pemuda itu;
memualkan menjadikan (menyebabkan) mual, memuakkan: bau
hanyir yg keluar dr luka itu ~;
kemualan perihal mual: tingkah laku anak gadis yg serba gelisah
itu diteliti oleh mereka dgn penuh ~ .
mual II  muai.
muala sj burung, Psitinus cyanurus.
mualaf I Ar sudah diterbitkan (buku), penerbitan.
mualaf II Ar orang yg baru memeluk agama Islam, saudara baru.
mualamat Ar ilmu pengetahuan.
mualif Ar pengarang, penulis.
mualim Ar 1. orang yg ahli dlm agama, guru (agama); 2. (kapal) penunjuk
jalan; 3. = ~ kapal jurumudi.
muamalah, muamalat Ar segala perkara (hal) yg tergolong dlm atau yg
berkaitan dgn bidang kemasyarakatan: tradisi Islam dr segi syariat,
~, dan Usul al-Din wajarlah dikuasai dgn sebaik-baiknya.
muara tempat air sungai masuk ke sungai lain atau ke laut, kuala: adakah
tuan-tuan melihat dua buah perahu besar berlabuh di ~?; hidup
dua ~ prb hidup dgn dua pencarian atau penghidupan;
bermuara masuk atau mengalir ke sungai (laut dll): Sungai Kelang
~ di Selat Melaka.
muas ark menjadi cair, larut.
muasal = asal-~ asal mulanya, sejak dahulukala.
muassasah Ar badan yg ditubuhkan utk mengurus pelbagai perkara dsb
yg berhubung dgn jemaah haji (iaitu menggantikan syeikh haji di
Mekah).
muat 1. ada ruang utk diisi (diduduki, ditempati, dll), dapat berisi: Ramlan
tidak mahu membawa dia dan isterinya bersama dgn alasan
keretanya tidak ~; 2. ada (terkandung) di dalamnya, berisi;
~ naik (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer
pengguna ke stesen komputer utama melalui talian rangkaian; ~
turun (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer utama
ke stesen komputer pengguna melalui talian rangkaian;
bermuat 1. berisi atau diisi dgn: tiap-tiap perahu itu ~ dgn tiga
puluh orang; adapun kapal-kapal sekalian itu ~ askar dan Supai
orang Benggali; 2. sl mengisi atau memunggah barang (ke kapal,
perahu, dll);
bermuatan mempunyai atau berisi muatan: sebuah lori yg ~
beberapa batang kayu balak;
memuat 1. mengangkut (kapal, perahu, kereta, dll), berisi dgn:
besoknya Cina itu pasti datang, tiga empat buah lori ~ barangbarang;
2. mengandungi (mempunyai sbg isi): Sejarah Melayu
misalnya ~ kisah-kisah keturunan raja-raja Melayu Melaka;
memuati menaruh barang-barang (ke dlm perahu dll), mengisi:
pelangnya itu dimuatinya dgn pisang dan ubi keladi;
memuatkan 1. memasukkan barang-barang ke dlm (kapal, lori, dll),
mengisikan: kami pun ~ barang-barang itu di tempat duduk
belakang kereta; orang biasa enggan membuat kerja ~ barangbarang
ke dlm kapal atau memunggah barang-barang dr kapal; 2.
memasukkan ke dlm kandungan (majalah dsb), menempatkan (di
akhbar dll), menyiarkan (di majalah dll): apalah gunanya ~ perkara
yg kecil-kecil ini di akhbar; karanganku mengenai perjuangan
rakyat tanah jajahan dimuatkan dlm salah satu surat khabar;
termuat dimasukkan atau disiarkan (dlm akhbar dll): cerita jenaka
yg ~ dlm buku ini adalah sebahagian sahaja drpd cerita jenaka
rakyat;
muatan barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll):
sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu;
~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu
sesuatu bahan sebanyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi
padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau
kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan
sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal
dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg
dikirim dgn kapal dll;
pemuatan perihal (proses) memuatkan sesuatu, pengisian;
pemuat (Kej) kapasitor: satu lagi teknik pengesanan ialah
penggunaan sj ~ yg tidak mempunyai arus bocor.
muazam Ar yg mulia, yg besar (gelaran utk sultan-sultan).
muazin Ar tukang bang, bilal.
mubah Ar tidak ditegah dan tidak diwajibkan (dlm Islam), harus.
mubaligh 1. pengembang ajaran agama (Islam dll): komuniti Cina sbg ~
Islam di Pulau Jawa; 2. pengantara dlm sembahyang (antara imam
dgn makmum);
kemubalighan perihal mubaligh: barangkali disebabkan oleh
keghairahan tugas ~ paderi itu.
mubarak Ar beroleh berkat atau kebahagiaan.
mubarat Ar perceraian atas permintaan isteri (tidak mengembalikan mas
kahwin).
mubazir 1. terlampau banyak hingga terbuang-buang; 2. berlebih drpd yg
diperlukan, berlebih-lebihan; 3. orang yg membuang atau
menghabiskan sesuatu (waktu, wang, dll) dgn sia-sia, pemboros;
memubazirkan menggunakan (wang, barang-barang, dll) dgn
berlebih-lebihan, memboroskan: pekerjaan ini benar-benar ~
tenaga dan masa; bazir.
mubtadi Ar (orang) yg baru belajar atau menuntut ilmu.
mubut mudah putus (patah, sobek, dll);  mumut.
muda 1. belum tua (orang dll), masih remaja: sesetengah drpd mereka
masih ~ mentah; anak ~ gadis atau teruna; kaum ~ golongan orang
muda, generasi baru; 2. belum masak atau tua (buah-buahan, daundaunan,
dll), baru menjadi (parut, kulit, dll): kelapa ~; parut ~; 3.
masih baru (diadakan, diusahakan, dll), belum lama (wujudnya
sesuatu): kita juga telah diberi mandat utk memandu negeri ini dr
sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa; 4. masih awal (hari,
bulan, dll), belum menghujung (lewat): malam masih ~ tetapi jalan
raya telah mulai lengang; orang telah pulang ke rumah masingmasing
sebab telah menghabiskan wang di bulan ~; 5. tingkatan
(kedudukan, pangkat, dll) yg kedua: laksamana ~; leftenan ~;
menteri ~; raja ~ bakal raja; 6. yg terakhir atau baru (isteri): isteri
~; 7. kurang gelap atau tua (warna), agak pucat: merah ~; hijau ~;
~ belia muda sekali; ~ hati = ~ fikiran (orang tua) yg tingkah
lakunya spt orang muda; ~ jelita orang yg muda lagi jelita (gadis); ~
mentah bp sangat muda; ~-mudi; a) golongan orang muda; b) Id
tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); ~
remaja muda yg sudah hampir akan baligh; ~ terala orang muda yg
berpangkat tinggi; main ~ berseronok (bersuka-sukaan) dgn
perempuan;
bermuda Mn bermain muda, bermukah, berzina; ~ diri selalu benar
berkahwin;
bermuda-muda Mn berkelakuan spt orang muda;
memudakan membuat (menjadikan dll) muda, menganggap muda:
selesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher;
mempermuda menjadikan lebih muda: tentu sekarang ia
berkurang akan ~ kulitnya;
kemudaan perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu
~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan
bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg
lebih berumur;
kemuda-mudaan bertingkah laku spt anak muda;
pemuda orang yg masih muda (lelaki), anak (lelaki) yg masih
remaja.
mudah I 1. tidak susah atau sukar, gampang, senang: sajak baru,
bukanlah satu hasil seni yg ~ difahami; dgn takdir Allah Taala,
Manjung pun alah dgn ~nya; 2. cepat atau lekas sekali (menjadi
dll): ada setengah-setengah orang yg ~ menganggap bahawa
pengarang itu seorang manusia yg luar biasa; kalau angin
kencang, mungkin api yg meliuk-liuk lemah itu padam dgn ~nya; 3.
bp senang diperdaya (perempuan), tidak kuat imannya; ~ jua pd yg
ada, sukar jua pd yg tidak prb orang kaya dapat memenuhi adat apa
pun jua sedangkan orang miskin segalanya susah;
bermudah-mudah menganggap senang sahaja sesuatu pekerjaan,
mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh;
memudahkan 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll),
menyenangkan: utk ~ mendapat makan, mereka telah menyewakan
rumah mereka; 2. memandang atau menganggap tidak penting
(mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di
sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan
zakat;
memudah-mudahkan menganggap atau memandang ringan;
mempermudah menjadikan lebih mudah: tujuan logaritma ialah
hendak ~ kerja kira-mengira biasa;
mudah-mudahan; bukan ~ bukan perkara (hal dll) yg mudah;
kemudahan 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan
(senangnya atau mudahnya sesuatu); 2. kesenangan, keselesaan:
pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~
rakyat; 3. sesuatu yg memudahkan atau mempermudah sesuatu
usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam
perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa
atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik,
jambatan, jalan raya dsb;
pemudahan perihal (perbuatan dsb) memudahkan;
pemudah (orang) yg suka kpd perkara yg senang-senang sahaja; ~
cara orang (pihak) yg memudahkan sesuatu tindakan atau proses
(spt pemindahan ilmu): sektor awam akan bertindak sbg ~ cara kpd
perkembangan sektor swasta.
mudah II; mudah-mudahan 1. dgn harapan supaya (terhindar drpd
kemalangan dll), diharapkan supaya, moga-moga: ~ Tuhan akan
memberkati hidup engkau; 2. (biasanya pd akhir ayat dll)
demikianlah hendaknya: Tuhan akan memberi perlindungan kpd
kita, ~ .
mudarabah Ar pemberian modal (kpd orang, badan, institusi, dsb) utk
diperniagakan dgn pembahagian keuntungan menurut perjanjian.
mudarat 1. sesuatu yg merugikan atau membahayakan, kerugian, bahaya:
selain Allah, tiadalah kuasa yg mendatangkan manfaat atau ~ kpd
diri manusia; memberi ~ merugikan; 2. tidak berhasil (berjaya),
gagal; 3. berbahaya, merugikan: huraikan satu kaedah utk
membunuh kuman yg ~ yg ada di dlm susu; 4. melarat (penyakit
dll), bertambah payah: maka ~lah penyakit itu;
bermudarat membawa atau mendatangkan mudarat, ada
mudaratnya: ular dianggap sbg binatang yg ~ kpd manusia;
memudaratkan 1. mendatangkan mudarat, membahayakan,
merugikan: tiada sesiapa pun yg mahu ~ dirinya sendiri; 2.
mendatangkan bahaya (bencana), membahayakan: kita telah
membuat garam biasa yg tidak ~;
kemudaratan perihal atau keadaan mudarat, kerugian: dia tidak
suka menurut telatah kawan-kawan yg boleh membawa ~ bagi
dirinya.
mudasir; dasar ~ bp, Id memang sudah dasarnya begitu.
mudghah bakal anak (dlm rahim ibu); ilmu ~ Id pengetahuan tentang
kejadian bakal anak.
mudi I; juru~ orang yg mengemudikan perahu, pemegang kemudi; 
kemudi.
mudi II = pemudi perempuan muda; muda-~ orang-orang muda (lelaki
dan perempuan).
mudigah  mudghah.
mudik 1. (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik: marilah
kita ~ ke hulu sungai ini; 2. Jk pulang ke kampung (dusun dll);
sehilir se~ setuju, sepakat;
belum tentu hilir ~nya prb belum tentu keputusan atau kesudahan
sesuatu perkara; di ~ sebulakan, di hilir semuara prb persatuan yg
kukuh; ke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya prb sesuatu
maksud atau niat hendaklah tentu tujuannya; tiada dibawa orang
sehilir se~ prb dipulaukan drpd masyarakat;
bermudik belayar ke hulu sungai: di sungai Sarawak inilah tempat
~ kapal wap Royalist milik Brooke;
memudiki belayar mudik (sesuatu sungai): kapal boleh ~ Sungai
Irrawadi hingga ke Bhamo;
memudikkan menjalankan perahu ke hulu sungai: kerana arus yg
deras, ia tidak dapat ~ perahunya;
termudikkan dapat dimudiki: jikalau tidak ~ oleh sahaya,
bukanlah sahaya putera marhum yg mangkat di Buantan.
mudin I tukang sunat (khatan).
mudin II sj ikan laut, Trachinocephalus myops.
mudir guru besar (di sekolah Arab).
mudirah guru besar wanita (di sekolah Arab).
muesli (muésli)  (ERT)  makanan  sarapan  yg  berupa  campuran  bijiran,
buah-buahan kering, kacang dsb yg dimakan dgn susu.
mufaham Ar mengerti;  faham.
mufaraqah Ar 1. perbuatan berhenti drpd mengikut imam (dlm solat
berjemaah) dan meneruskan solat secara bersendirian kerana sebabsebab
yg dibolehkan; 2. keadaan tinggal berasingan antara suami
isteri sementara menunggu keputusan mahkamah syariah.
mufarik Ar berceraian, tercerai, terpisah.
mufasir Ar orang yg mentafsir al-Quran, pentafsir.
mufasirin Ar (jamak bagi mufasir) pentafsir al-Quran.
mufasirun  mufasirin.
muflis Ar tidak sanggup (berupaya) membayar hutang, bankrap;
memufliskan menyebabkan atau menjadikan muflis,
membankrapkan: mengapa bank tidak merampas sahaja harta
peminjam atau ~nya;
kemuflisan perihal muflis (bankrap), ketidakupayaan membayar
hutang, kebankrapan.
mufrad Ar hanya satu, tunggal.
mufti Ar orang yg dipertanggungjawabkan mengeluarkan fatwa.
mughallazah Ar = najis ~ najis yg berat (anjing dan babi).
muhajat Ar pertikaian, perbantahan, perselisihan.
muhajir Ar orang yg berhijrah bersama Nabi dr Mekah ke Madinah.
muhajirin Ar (jamak bagi muhajir) orang yg berhijrah bersama Nabi dr
Mekah ke Madinah.
muhal tidak masuk akal, mustahil.
muhalil Ar orang yg bernikah dgn perempuan yg telah ditalak tiga oleh
suaminya dan kemudian menceraikannya kembali, supaya
perempuan tersebut dapat bernikah dgn suaminya yg terdahulu.
muhami Ar peguam.
Muharam Ar bulan pertama tahun Hijrah.
muhasabah Ar perbuatan menilai diri (fikiran, pendirian, dsb) utk
pembaikan diri sendiri, introspeksi;
bermuhasabah membuat penilaian terhadap diri sendiri: kita harus
~ supaya dapat dibina keyakinan yg lebih kukuh.
Muhd. kep Muhammad.
muhib Ar yg mencintai, pencinta.
muhibah Ar 1. percintaan, kasih mesra: melahirkan ~ dan kasih mesra;
2. perasaan persahabatan dan kemesraan: bersedekah ialah satu
drpd amal kebajikan yg membawa kpd bertambah teguh rasa ~
antara satu sama lain.
muhit Ar; laut ~ ark laut yg melingkungi dunia.
muhrim Ar 1. orang yg dlm ihram semasa ibadah haji atau umrah; 2.
mahram.
muhsan Ar lelaki yg pernah berkahwin dgn nikah yg sah dan terpelihara
drpd zina.
muhsanah Ar perempuan yg pernah berkahwin dgn nikah yg sah dan
terpelihara drpd zina.
muhsin Ar (orang) yg banyak kebaikannya, (orang yg) suci hidupnya,
soleh.
muhsinat Ar perempuan yg baik hidupnya.
muhtasyam Ar mulia, patut dihormati (disegani, ditakuti): Seri Bija
Diraja juga yg tiada bergerak dr tempatnya, ~ lakunya, duduk
mengupam hulu kerisnya.
muih; kuih-~ berbagai-bagai jenis kuih.
mujaddid Ar orang yg menghidupkan kembali ajaran sunnah Rasulullah
SAW yg hampir luput (spt Imam asy-Syafie dan al-Asyhari) atau yg
menyimpang akibat perbuatan bidaah.
mujaddidin Ar jamak bagi mujaddid.
mujahadah, mujahadat Ar 1. perang atau perjuangan utk
mempertahankan agama Islam, perang sabil; 2. jihad atau
perjuangan melawan hawa nafsu: ilham di kalangan ahli sufi lahir
drpd kejernihan hati dan ~ jiwa;
bermujahadah berperang, berjuang (utk mempertahankan agama,
menentang hawa nafsu, dll): dlm ~ ini, terbukalah kpd mereka sifatsifat
terpuji;
kemujahadahan perihal bermujahadah: semangat ~.
mujahidin, mujahid Ar pejuang atau perajurit yg berperang kerana
membela agama Islam.
mujair sj ikan darat.
mujang ark abdi, hamba;  bujang I.
mujarab Ar telah terbukti keberkesanannya spt dapat menyembuhkan
penyakit dsb;
kemujaraban perihal mujarab, keupayaan menyembuhkan
(penyakit): yg dimaksudkan dgn mutu di sini bukan sahaja dr segi
~nya, tetapi termasuklah menjaga kebersihan dan keasliannya.
mujarad Ar tidak nampak dan tidak dapat dirasa, abstrak;
memujaradkan menjadikan sesuatu mujarad, mengabstrakkan:
sama-sama berfungsi ~ cerita, plot, dan watak;
kemujaradan keadaan mujarad: ~ yg mencerminkan pelbagai
rahsia alam.
mujari Mn sj tumbuhan (pokok yg daunnya berbau harum).
mujbir Ar yg memaksa; wali ~ wali (bapa atau datuk sebelah bapa) yg
boleh menikahkan anak atau cucu perempuannya yg masih dara
tanpa persetujuan anak atau cucu tersebut.
mujmal Ar tidak terperinci (secara umum).
mujtahid Ar orang yg berusaha utk mendapatkan sesuatu kesimpulan baru
melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yg
sah (dlm kaitannya dgn agama Islam).
mujtamak Ar masyarakat.
mujur 1. terletak menurut panjangnya (memanjang), membujur; 2. nasib
baik, beruntung: ~ aku telah balik ke rumah, kalau di sana entah
macam mana; ~lah bukan zaman Jepun; ~ malang untung nasib
(yg belum boleh ditentukan);
kemujuran perihal mujur, keuntungan;
pemujur orang yg selalu bernasib baik (beruntung).
muk Jk sj cawan atau mangkuk.
muka 1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia
memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah,
paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam
kepadanya; 3. sebelah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia
melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan
beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke)
pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh
pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat
ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan
surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7.
= permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll),
bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih
atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung):
kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan
kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling
mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang
~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan
(tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang;
~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg
baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi
bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong
melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan
diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~
pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama
ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu
jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~
tebal = ~ tembok tidak bermalu;
~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~
berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb
kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun
diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb
orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi sebenarnya banyak
hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri,
orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuat-buat laku baik
atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang
yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal;
di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan
di belakang tetapi ~ ; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak
ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa menjelang puasa; wang ~
cengkeram;
ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga
seterusnya;
mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2.
mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan),
memberi pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan
dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak
dibincangkan itu; 3. mencadangkan (supaya diterima),
mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg
dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan
(pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu
hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan,
mengisahkan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan
pengalamannya dlm kelima-lima cerpennya itu;
terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm
kampungnya dan disegani dlm daerahnya;
muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja;
semuka sama mukanya, berhadapan muka;
bersemuka berhadapan muka (dgn), bertemu muka (dgn): belum
pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; pertemuan
~ boleh menimbulkan masalah;
menyemukakan menemukan berhadap-hadapan, membuat supaya
berhadapan muka;
bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki
suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok)
orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis;
tidak ~ ki malu;
bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara
terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll);
3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri
mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat
belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~
panjangnya;
permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka,
paras; ~ laut muka laut;
berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit;
pengemukaan perihal (perbuatan dsb) mengemukakan: nama
beliau sering dihubungkan dgn ~ aspek kelemahan karya;
pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur.
mukabalah Ar perihal membandingkan;
memukabalahkan membandingkan (dgn).
mukaddam Ar muqaddam.
mukaddas Ar suci, kudus.
mukaddis Ar menyucikan.
mukadimah Ar kata pengantar, kata pendahuluan, prakata;
bermukadimah memberikan atau mengucapkan mukadimah (dlm
sesuatu pertemuan dsb): setelah ~ dgn ucapan alu-aluan oleh
pengerusi, perbincangan terus dimulakan.
mukah 1. perbuatan bersetubuh yg haram (bukan antara suami isteri),
zina; 2. teman berzina, kendak;
bermukah melakukan persetubuhan secara haram, berzina,
berkendak: jangan ~ dgn gundik raja dan jangan ~ dgn tunangan
orang.
mukalaf Ar orang yg telah cukup umur yg wajib melaksanakan perintah
Allah.
mukaram Ar yg terhormat, yg mulia.
mukenah Ar telekung.
mukhaffafah Ar = najis ~ najis ringan, iaitu air kencing kanak-kanak
lelaki yg belum berumur dua tahun (yg hanya menyusu pd ibunya).
mukhalaf Ar (penganut) ajaran yg menyalahi ajaran Islam yg sebenar.
mukhalafah Ar penentangan (terhadap ajaran Islam yg sebenarnya).
mukhlis Ar (orang yg) ikhlas, (orang yg) jujur.
mukhtasar Ar ringkasan;  ikhtisar.
mukim 1. penduduk tetap (di sesuatu tempat), tinggal tetap (lebih drpd
satu masa Haji di Mekah); 2. kawasan yg di dlm lingkungan sebuah
masjid; 3. kawasan (tempat tinggal) yg di bawah perintah seorang
penghulu: di salah satu tempat dlm ~ Batu sekarang ini, ada
sekumpulan kecil kaum Sakai;
bermukim berkediaman, bertempat tinggal: ada juga seorang dua
peranakan Bugis yg ~ di Melaka;
permukiman 1. kegiatan bermukim; 2. tempat (daerah, kawasan)
bermukim: ~ kumpulan pengakap di pinggir bukit itu telah pun
selesai;
pemukim orang yg bermukim (yg tinggal) di sesuatu mukim.
mukin I  mungkin.
mukin II makin.
mukir  mungkir.
mukjizat Ar kejadian luar biasa kurniaan Allah kpd para nabi dan rasul
utk membuktikan kebenaran mereka.
Mukmin Ar orang yg beriman kpd Allah.
Mukminat Ar jamak bagi Mukmin perempuan.
Mukminin Ar jamak bagi Mukmin lelaki.
mukosa (Bio) lapisan tisu yg mengandungi kelenjar mukus, yg melapik
saluran atau rongga tertentu dlm tubuh, mis rahim dan salur
makanan, membran mukus.
muksir orang yg memiliki makanan tidak lebih drpd utk dirinya sendiri
dan utk tanggungannya.
muktabar, muktabir Ar mulia, terhormat, terkenal: Saiyidina Othman
memberi persetujuannya setelah bermesyuarat dgn sahabatsahabatnya
yg ~.
muktamad Ar 1. (orang) yg dipercayai, (orang yg) boleh dipercayai,
kepercayaan; 2. tidak boleh dipinda-pinda lagi, pasti, tetap:
keputusan jawatankuasa dlm hal yg berhubung dgn peraduan ini
adalah ~ ;
memuktamadkan memutuskan atau menetapkan sesuatu cadangan
(rancangan, keputusan dsb) secara muktamad: kabinet ~ cadangan
eksport dlm usaha utk mewujudkan imbangan dagangan; Bank
Negara ~ garis panduan itu;
kemuktamadan keadaan muktamad.
muktamar Ar persidangan besar, kongres: salah satu drpd tujuan ibadat
haji adalah utk menyatupadukan umat Islam melalui sebuah ~
Islam tahunan yg berlangsung di tanah suci.
muktazilah Ar segolongan ahli ilmu kalam yg mengasingkan diri drpd
gurunya kerana perselisihan fahaman bkn hukum terhadap orang
Islam yg melakukan dosa-dosa besar.
mukun sj mangkuk atau bokor bertutup.
mukur sj kulat.
mukus I Kl sj tikus tanah.
mukus II (Bio) sj cecair berlendir yg dirembeskan dlm bahagian-bahagian
tertentu badan, mis dlm hidung;
bermukus mempunyai atau mengeluarkan mukus.
mukuti (Tamil) cincin hidung.
mula 1. = asal ~ asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke ~nya; 2. yg
paling awal, yg dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat,
waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang ~ wang
yg dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran,
fasal: apa ~nya dia datang ke mari?
mula-mula 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang
yg ~ sekali meninggalkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2.
sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi;
semula 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu
sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali:
pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr)
mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr
mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di
atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan
marah dan geramnya telah sejuk ~ ; membebaskan bandar itu ~
drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka;
bermula 1. mempunyai mula (awal): penyakit ini ~ dgn selesema;
2. berpunca, berpangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. =
bermula-mula terdahulu sekali, pertama-tama: bermula-mula yg
masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg
mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan
berpandang-pandangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk
sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb),
pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun;
sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg)
awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana,
dr ~ sampai kpd akhirnya;
kebermulaan perihal (keadaan) bermulanya: mustahillah utk
mempercayai ~ waktu;
mulai 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia
datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar
Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~
hari Khamis ini;
memulakan 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia
terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan
(mengerjakan) dr mula,mengasaskan: memang sukar hendak ~
sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara
perniagaan itu; 3. membiarkan mula melakukan sesuatu: orang
Parsi menunggu orang Islam ~ serangan;
termula bp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak
meninggalkan candu rokok ini;
permulaan 1. awal, yg awal (pertama) sekali, yg terdahulu: pd
peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2.
dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda
dan ialah yg membuat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3.
pendahuluan; ~ kata (kalam) kata pendahuluan: penyiasatan ~;
berpermulaan mempunyai permulaan: sesuatu perbuatan harus ~;
pemula 1. orang yg mula-mula membuat sesuatu; 2. sesuatu yg
dipakai utk memulakan sesuatu; 3. Id pasukan anak serigala
(sebelum pengakap).
mulakat Ar perjumpaan, pertemuan.
mulas I = ~ perut berasa sakit perut (seakan-akan diramas-ramas
rasanya): Mariam merasai bahawa seleranya telah berubah,
perutnya kerap kali ~;  pulas II.
mulas II; daun ~ sj tumbuhan (herba yg daunnya boleh dibuat ubat sakit
perut), Desmodium triflorum.
mulato orang peranakan yg mempunyai darah campuran orang kulit putih
dgn orang kulit hitam.
mulberi sj pokok yg daunnya dijadikan makanan ulat sutera, Morus alba,
kertau.
mulhid Ar rujukan kpd orang yg sesat kerana menganggap Tuhan itu
tiada;
kemulhidan keadaan mulhid: segala ciri kafir Musyrikin Mekah
menepati ciri-ciri ~ aliran kebendaan.
mulia 1. tinggi (kedudukan, pangkat, martabat, dsb), luhur, terhormat,
tertinggi; yg maha ~ panggilan utk sultan dan raja yg memerintah;
yg teramat ~ panggilan utk raja muda (bakal raja); yg amat ~
panggilan utk anak-anak raja (keluarga diraja yg dekat-dekat); yg ~
panggilan utk orang baik-baik; ~ raya yg besar lagi dihormati; 2.
tinggi mutunya, berharga (barang, logam, dll); logam ~ emas dan
perak;
memuliakan 1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, “Dan
sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam”; 2. menjunjung tinggi,
menghormati; ~ janji menepati janji;
mempermulia 1. menjadikan lebih mulia; 2. sl (sangat)
menghormati: hatta Raja Rekan pun datang mengadap ke Melaka,
sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad;
kemuliaan perihal mulia, kebesaran, kehormatan, keluhuran:
kehidupan raja, ~ dan kebesarannya sering dikaitkan dgn
peristiwa sejarah bangsa Melayu;
pemuliaan perihal (perbuatan) memuliakan.
muliawan sl mulia, luhur.
mulih Br balik, pulang; air ~ Kl air berpusing.
mulla (gelaran bagi) pemimpin atau pejuang agama Islam, terutamanya di
Afghanistan dan Pakistan.
multi- awalan asing banyak dan pelbagai, mis multinasional dan
multidisiplin.
multidimensi (multidiménsi) berbagai-bagai dimensi.
multidisiplin berbagai-bagai disiplin: pengajian Islam mestilah diajarkan
dan dikaji drpd perspektif ~.
multilateral (dlm sesuatu perjanjian dll) melibatkan penyertaan banyak
pihak atau negara.
multimedia (multimédia)  1. (berkaitan dgn) penggunaan pelbagai jenis
media spt slaid, televisyen dsb, terutamanya dlm membuat
persembahan (mengajar, menunjuk cara dsb); 2. berkaitan dgn
produk, program dsb yg melibatkan penggunaan grafik, filem,
bunyi, data dsb utk menyampaikan maklumat dsb: alat ~; 3. sistem
komputer yg menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan video;
memultimediakan menukarkan atau menyampaikan sesuatu
maklumat (bahan dsb) dlm bentuk multimedia: banyak bahan yg
sesuai utk pelajar yg boleh dimultimediakan.
multinasional 1. beroperasi di beberapa buah negara (bkn sesebuah
syarikat besar): syarikat ~ besar yg banyak terdapat di negara ini
lebih suka menggunakan perkhidmatan antarabangsa; 2. berkaitan
dgn, terdiri drpd atau melibatkan penyertaan (rakyat, pasukan, dsb)
drpd berbagai-bagai negara: pasukan tentera pengaman ~.
multivitamin pil yg mengandungi campuran beberapa jenis vitamin spt
vitamin A, B, dan C.
mulu; kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kayu-kayunya kuat), canjal,
pelawan, Tristania sumatrana.
mulud  Maulud.
muluk I raja-raja;  malik I.
muluk II 1. terbang tinggi-tinggi (burung merpati dsb); 2. tinggi lagi
merdu (suara), nyaring; 3. = muluk-muluk indah-indah (perkataan,
janji, dll), elok-elok: kutawarkan batu itu dgn perkataan yg ~;
kemulukan perihal muluk.
mulur 1. tidak rapuh dan dapat memanjang, dapat dijadikan panjang
(logam dsb): pokok ini perlu dipancang kerana mempunyai batang
dan dahan yg ~; 2. Id, ki tidak keras kepala, boleh bertolak ansur;
kemuluran perihal mulur.
mulus Id 1. putih bersih; 2. ki tulus ikhlas, suci murni.
mulut 1. bukaan tempat mengunyah makanan (tempat lidah dan gigi pd
manusia atau binatang): kuman itu masuk ke dlm tubuh melalui ~
bersama-sama makanan dan air yg diminum; 2. ki sesuatu yg
rupanya spt mulut (boleh dianggap sbg mulut), lubang, liang: ~
belanga; ~ kubur dll; 3. ki perkataan, percakapan; banyak ~
banyak cakap, cerewet;
~ bedil lubang laras bedil; ~ berus Kl a) suka membuka rahsia; b)
suka mengeluarkan kata-kata yg kesat; ~ bisa suka mengeluarkan
kata-kata yg pedas; ~ busuk nafas berbau busuk; ~ daun lubang
kecil-kecil (utk pernafasan) pd daun; ~ gatal gemar memperkatakan
apa sahaja; ~ gunung lubang kawah gunung berapi; ~ hebiak Kd
orang yg suka mengata orang; ~ hodoh Kl suka mencarut-carut; ~
kotor suka mengeluarkan kata-kata keji kata;~ kulit lubang kecil pd
kulit (utk perpeluhan); ~ manis lemah lembut dan baik tutur
katanya; ~ murai orang yg sangat suka bercakap-cakap; ~ sungai
kuala (muara) sungai; ~ tajam suka mengeluarkan kata yg pedaspedas;
~ bagai ekor ayam dihembus prb seseorang yg mulutnya tidak
berhenti-henti berkata-kata; ~ bau madu, pantat bawa sengat prb
orang yg manis mulutnya tetapi hatinya jahat; ~ disuapi pisang,
pantat dikait dgn onak prb bermuka-muka manis tetapi di belakang
diumpat atau dibuatkan pekerjaan yg mendatangkan bahaya dll; ~
hang lebih drpd gedembai = ~ kamu harimau kamu, mengerkah
(batu) kepala kamu prb perkataan kamu juga yg membinasakan diri
kamu; ~ manis jangan percaya, lepas dr tangan jangan diharap
prb jangan percaya kpd orang yg manis perkataannya dan barang
atau wang yg dipinjamkan kepadanya jangan diharap akan dapat
kembali; ~ manis mematahkan tulang prb jika seseorang disuruh
dgn lemah lembut nescaya sukalah hatinya dan pastilah ia bekerja
dgn sehabis-habis upayanya; ~ satu lidah bertopang prb orang yg
jahat hati itu perkataannya lain drpd hasrat hatinya; gula di dlm ~
prb sesuatu barang yg telah dlm milik kita; manis ~nya bercakap
spt santan manisan, di dlm bagai empedu prb perkataan yg lemak
manis biasanya berisi tipu semu di dalamnya; terlepas dr ~ buaya,
masuk ke ~ harimau prb terhindar drpd kemalangan kecil lalu
menghadapi kemalangan yg lebih besar;
bermulut 1. mempunyai mulut, berlubang spt mulut; 2. bk bertutur,
bercakap;
~ besar banyak cakap, angkuh, sombong; ~ keras berkeras kepala
(suka melawan); ~ manis bercakap-cakap dgn lemah lembut; ~ di
mulut orang prb selalu menurut kata orang;
bermulut-mulut bk bercakap-cakap, berkata-kata.
mumaiyiz Ar sudah dapat membezakan sesuatu yg baik dgn yg buruk
(bkn kanak-kanak yg lazimnya setelah berumur tujuh tahun tetapi
belum baligh).
mumbang putik kelapa (yg masih kecil);
~ jatuh, kelapa jatuh prb tiap-tiap yg bernyawa akan mati juga;
cuba-cuba menanam ~, jika hidup turus negeri prb tetap
meneruskan sesuatu pekerjaan mungkin akan mendatangkan hasil.
mumbu  mumbung.
mumbul Jk naik, membumbung.
mumbung berisi penuh-penuh sehingga melebihi bibir (perahu, gantang,
dll).
mumet Jw pening, pusing; tidak ambil ~ bp tidak peduli.
mumia mayat manusia atau bangkai binatang yg diawet sebelum
dikebumikan (spt yg diamalkan pd zaman Mesir kuno);
memumiakan mengawet mayat supaya tahan lama dan tidak reput
dgn cara melumurkan minyak khas dsb, dan membalutnya dgn kain,
menjadikan sbg mumia: orang-orang Mesir kuno ~ jasad raja-raja
mereka;
pemumiaan proses atau perbuatan memumiakan: ~ mayat.
mumifikasi pemumiaan.
mumkin Ar keadaan antara wajib dan mustahil;  mungkin.
mumuk Mn reput (kayu), buruk.
mumur; hancur ~ hancur lebur, remuk-redam.
mumut hampir rosak (putus dll), mudah putus (patah, sobek, dll), lapuk.
mun singkatan bagi lamun.
munafik Ar 1. orang yg pd zahirnya mengaku keesaan Tuhan dan
kerasulan Muhammad, tetapi sebenarnya tidak beriman; 2. orang yg
amalan dan hatinya bertentangan dgn apa yg diperkatakannya;
kemunafikan perihal munafik, sifat munafik.
munafikin Ar jamak bagi munafik.
munajat Ar zikir dan doa utk mengharapkan keredaan, hidayah,
pertolongan dsb drpd Allah: dlm ~, tiada rasa jarak pemisah
antara diri yg berdoa dgn yg didoakan;
bermunajat mendekati atau mendampingi Allah dgn cara berdoa
(berzikir dll).
munajim Ar ahli nujum.
munakahat hukum fikah bkn perkahwinan, spt pernikahan, perceraian,
kewajiban suami isteri, dll.
munang kendal.
munasabah 1. sedarah sedaging, (drpd) kerabat yg sama; 2. kesesuaian,
kesamaan; 3. sesuai, tepat benar, berpatutan: ada modal yg ~ utk
ditanam dlm perniagaan; 4. boleh diterima akal (boleh dipercayai),
tidak mustahil: cakap kita ini biar cukup dgn dalilnya, biar ~ oleh
akal;
memunasabahkan menjadikan munasabah: operasi perang yg
terhad tidak ~ penggunaan senjata nuklear;
kemunasabahan perihal munasabah (sesuai, berpatutan, masuk
akal, tidak mustahil):~ matlamat, ancaman, dan ugutan.
munasabat Ar 1. saudara sedarah sedaging, kerabat sejenis; 2. sesuai
(cocok, tepat) benar; 3. kesesuaian, kesamaan.
muncah banyak, berlimpah-limpah: rezekinya ~ bagai ditabur.
muncerat memercik (air dll).
munci 1. gundik; 2. pelacur.
muncih baki yg tinggal sedikit (wang, barang-barang, dll).
muncikari Mn barua, jaruman, pinang muda.
muncul keluar tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul: tibatiba
ketika itu ~ Dang Kenanga membawa sehidangan kopi;
bermunculan muncul dgn banyak: di langit bersih ~lah bintangbintang;
memunculkan menampakkan, menerbitkan, menimbulkan:
matahari belum ~ diri dr selimut mendung;
kemunculan perihal muncul: ~nya di dlm majlis itu memeranjatkan
mereka;
pemunculan proses menjadikan sesuatu, penjelmaan .
muncung 1. mulut yg panjang (spt mulut anjing, babi, dll): ~ ikan todak;
2. panjang lagi lancip (bentuk sesuatu); 3. mulut (pd cerek, kendi,
dll); mulutnya ~ = cabar ~ a) orang yg suka membuka rahsia orang;
b) orang yg suka berbual kosong;
bermuncung 1. mempunyai mulut yg panjang; 2. bk berkata,
bercakap;
memuncungkan menganjurkan mulut sehingga menjadi atau
kelihatan spt muncung: “Tak boleh”, jawab Pipi sambil ~
mulutnya.
muncus Mn tidak mujarab, tidak menyembuhkan (ubat dll).
mundam sl mangkuk atau bokor besar drpd logam.
mundar; ~-mandir pergi balik, berulang-alik, hilir mudik: dia berjalan ~
di dlm bilik itu.
munding (Sunda) kerbau.
mundu sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan dan kulitnya
dibuat cat hijau), Garcinia dulcis.
mundur 1. (berjalan, bergerak, dll) ke belakang, surut, undur, lwn mara:
dia ~ setapak dan kemudian mara lagi beberapa tapak apabila
polis itu beredar dr situ; 2. ki menjadi kurang (hasil pendapatan
dll), berkurang, merosot: perusahaannya mulai ~; 3. tidak maju,
terkebelakang, tertinggal, kolot: kebanyakan kaum perempuan
masih lagi dlm keadaan lemah, ~, dan terkongkong;
~ maju ki tidak tetap hati, ragu-ragu; ~ teratur a) berundur dgn
teratur (pasukan peperangan); b) mengundurkan diri dgn diam-diam;
memundurkan menjadikan mundur, mengundurkan,
memerosotkan, mengebelakangkan;
kemunduran perihal mundur, kemerosotan: pekedai itu, sambil
mengeluh, menceritakan ~ perniagaannya.
mung  mungmung.
munggu, mungguk timbunan tanah, busut, longgokan.
munggur I sj tumbuhan (pokok), Enterolobium saman.
munggur II  mungkur.
mungil mongel.
mungkar Ar ingkar atau menderhaka kpd Tuhan (melanggar perintah
Tuhan): Tuhan memelihara pesuruh-pesuruhnya drpd melakukan
perbuatan yg ~ dan pekerjaan maksiat; seorang yg mabuk
mungkin melakukan apa jua perbuatan yg ~ kerana ia telah hilang
akal;
memungkari tidak menurut (perintah Tuhan dll), memungkiri,
mengingkari;
kemungkaran perihal mungkar, penderhakaan: ~ anaknya
membantah segala cakapnya belum diketahui oleh mereka
sekalian.
mungkat Kd, bp mencari-cari (kemarahan orang dll).
mungkin tidak mustahil, boleh jadi, harus: apa yg dikatakan oleh orang
itu memang ~ terjadi; secepat (selekas) ~ (dgn) secepat yg boleh,
(dgn) secepat-cepatnya; sedapat ~ sedapat-dapatnya;
memungkinkan 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin,
mengharuskan: kematian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak
diingini oleh manusia; 2. memberi kesempatan (kpd),
membolehkan (melakukan sesuatu): ini tidak ~ si pengarang dapat
mengatakan dia sudah banyak membaca; 3. menganggap mungkin
(boleh jadi), memandang tidak mustahil;
kemungkinan perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar
sejarah sedang menyelidiki ~ agama Islam dibawa dr negeri
China;
berkemungkinan mempunyai kemungkinan, ada kemungkinannya:
dgn ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yg ~ lebih
tua usianya drpd planet bumi;
ketidakmungkinan perihal tidak boleh terjadi.
mungkir 1. tidak mengakui, tidak mengiakan, menafikan, menyangkal,
ingkar: ia tidak dapat ~ kerana perbuatannya diketahui orang; 2.
tidak setia, tidak patuh, tidak taat: ia tidak ~ dan tidak ingkar
perintah Mempawah; 3. tidak menepati (janji dll), menolak
perjanjian: sekali kita ~ janji maka orang tidak akan mudah
mempercayai kita lagi; 4. salah, keliru; tidak ~ a) tidak salah, tidak
keliru; b) manjur (ubat dll), mujarab;
memungkiri 1. tidak mengiakan, menyangkal, mengingkari: kalau
saya ~ nya maka saya akan menerima kutukan daripadanya; 2.
tidak mematuhi, tidak mentaati: maka teringat olehnya titah
permaisuri, maka takut ia ~nya; 3. tidak menepati (janji dll): kalau
roboh kota Melaka barulah aku ~ janji; 4. menjauhkan diri drpd
(perbuatan yg keji dll);
kemungkiran perihal (perbuatan) mungkir: ~ dlm menunaikan
janji-janjinya;
pemungkiran perihal atau perbuatan memungkiri;
pemungkir orang yg memungkiri janji.
mungkum 1. lengkung atau cembung (permukaan): hujung matanya
dicanai ~ sedikit supaya penjurunya tidak sumbing atau sompek;
2. jeluk (mangkuk dll).
mungkur sl sj usungan atau tandu: maka raja pun keluar, berbayangbayang
rupanya, kelihatan dr dlm ~ kaca dlm mulut naga.
mungmung = mungmungan sj canang atau gong kecil: maka Bendahara
pun menyuruh memalu ~ keliling negeri.
mungsang Br musang.
mungsi sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), Carum copticum.
mungut ark tidak teguh, goyah, terhuyung-hayang (orang mabuk dll).
munib ark janda.
munisi IB peluru dan bahan letupan lain (bagi senjata api).
munjung Jk penuh sekali, mumbung.
Munkar malaikat yg menyoal ahli kubur; ~ dan Nakir dua malaikat yg
menyoal ahli kubur.
muno Mn menjadi diam (bingung) dan termenung-menung (kerana
perbuatan orang), hilang ingatan.
munsyi Ar guru bahasa.
muntah 1. keluar kembali drpd mulut (barang yg dimakan dll): maka
terkadang-kadang ~lah ia sebab banyak meminum air masin itu; 2.
= muntahan apa-apa yg keluar kembali melalui mulut; 3. turun atau
luntur (warna kain); ~ belalah mengeluarkan muntah dgn banyak; ~
berak sering muntah-muntah dan berak (kerana penyakit taun); ~
darah mengeluarkan darah dr mulut; ~ kedarah bk makan; menjilat
~ sendiri prb apa yg telah ditolak (dicacat) diterima lagi;
memuntahi mengeluarkan muntah dan mengenai sesuatu: ia ~
katilnya;
memuntahkan 1. mengeluarkan muntah (apa yg sudah di dlm
perut): ia ~ kembali apa yg telah dimakannya; 2. mengeluarkan apa
yg ada di dlm mulut, meluahkan: setelah dikunyah-kunyah,
dimuntahkan kembali sirih itu; 3. ki mengeluarkan banyak-banyak:
kedua-dua kapal terbang itu ~ peluru dr mesingannya yg
menggerutup menuju sasarannya; ~ isi perut bk mengeluarkan
perasaan hati;
pemuntahan perihal (proses atau perbuatan) memuntahkan: di
Malaysia, kaedah ~ yg selamat bagi mengeluarkan racun yg
tertelan mungkin masih belum dapat dilakukan di rumah;
pemuntah (ubat dsb) yg menyebabkan muntah: agen ~ ialah ubat
yg sengaja diberikan supaya pesakit itu muntah.
muntaha Ar batas atau peringkat yg terakhir (dlm ilmu tasawuf).
muntahi Ar ahli suluk yg mencapai peringkat terakhir.
muntang Pr mati terkapar (ikan dll), buntang.
muntet (muntét) Pl buncit perut (kerana kekenyangan).
muntu Jw alat penggiling (lada dll), pelindas.
muntul Jk tidak tajam (pisau dll), majal, tumpul.
mupaham  mufaham.
muqaddam Ar 1. yg terdahulu, sesuatu yg mendahului, pendahuluan; 2.
juz Amma atau juz yg ke-30 dlm al-Quran (dipelajari dahulu).
mur sj damar yg berbau harum.
mura sj ular yg sangat berbisa; bertemu ~ dgn tedung prb sama pandai
(gagah dll).
murabbi Ar orang yg mendidik atau membimbing, pendidik, pembimbing:
tugas lain yg perlu ditangani ialah melatih imam dan khatib agar
mampu menjadi ~ yg berkesan dlm masyarakat.
murad Ar 1. maksud, kehendak, keinginan: telah sampailah hajat dan ~
masing-masing; 2. maksud yg lebih luas.
muradif Ar (kata) seerti.
murah 1. banyak, berlebih-lebih, limpah: mereka yg mempunyai sifat
kegembiraan ini selalu ~ rezekinya dan disukai ramai; 2. rendah
harganya, tidak mahal: makanan yg ~ dan senang sekali didapati
ialah karbohidrat; 3. tidak kedekut, suka memberi (sedekah dll):
setelah Sultan Muzaffar Shah di atas kerajaan, terlalulah baik fiil
baginda dgn adilnya dan ~ nya; 4. tidak susah atau tidak payah,
mudah, senang;
~ hati a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang;
~ mulut ramah mesra (tamah); ~ rezeki banyak rezeki; ~ tangan
suka memberi;
~ di mulut, mahal di timbangan prb banyak membuat janji tetapi
tidak menepatinya; makin ~ makin menawar prb seseorang yg telah
diturut orang sesuatu kehendaknya, ia berkehendak lebih lagi (telah
memperoleh kesenangan ia berkehendakkan kesenangan yg lebih);
bermurah; ~ hati tidak segan (memberi sedekah dll), bersifat
murah: beliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kpd
kami;
memurahkan menjadikan murah (harga dll), menyebabkan jadi
murah, menurunkan harga: kerana persaingan yg hebat terpaksa ia
~ harga dagangannya;
mempermurahkan ki menganggap mudah (senang dll): kalau
suami bukan bangsa penyabar dan suka ~ hidup diceraikannya
isteri itu dgn tidak semena-mena;
murahan rendah nilai diri, tidak bermutu, rendah nilainya: mereka
selalu dianggap sbg gadis ~; hanya bahan-bahan ~; hiburan ~;
kemurahan 1. perihal murah, kelimpahan: sangat-sangatlah ampun
periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kpd
keadilan dan ~mu; 2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang dan
pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati
engkau itu;
pemurah (orang yg) suka memberi, tidak kedekut: dia ialah
sahabat yg ~ dan sangat takut akan kemurkaan Allah.
murahik Ar anak yg sudah hampir kpd usia baligh.
murai sj burung yg berkicau (pagi-pagi hari), Copsychus saularis
musicus; bunyi ~ waktu pagi-pagi benar;
~ bakau sj burung, Pachycephala cinerea; ~ batu sj burung a) = ~
hutan sj burung, Copsychus malabaricus; b) burung kapas, Lalage
nigra; ~ belanda sj burung, Zoothera citrina; ~ belukar sj burung,
Tarsiger cyanurus; ~ gajah sj burung, Irena puella; ~ kampung sj
burung yg berkicau (pagi-pagi hari), Copsychus saularis; ~ rimba sj
burung, Pycnonotus plumosus; ~ sampah sj burung, a)
Acrocephalus arundinaceus; b) Alcippe cinerea; burung ~ bangau
= ~ ekor gading sj burung, merbah ekor gading, Tersiphone
paradisi;
bagai ~ dicabut ekor prb perempuan yg suka bercakap banyak; ~
berkicau hari siang prb sesuatu yg sudah terang dan nyata.
murajaah Ar mengulang kaji, merujuk.
murakab Ar bersusun, berganda, berlapis: jahil ~.
mural lukisan atau gambar yg besar pd dinding: ~ yg terpampang di
dinding luar Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka.
muram 1. tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram:
hari itu redup dan ~, matahari belum kelihatan sejak empat jam
tadi; 2. tidak berseri (air muka dll), tidak gembira: suatu hari
suamiku pulang dgn muka yg ~; 3. ki tidak bahagia (hidup dll),
tidak cerah (keadaan, kemungkinan, dsb), menderita: hidup akan
menjadi ~ dan masam kalau keadaan tidak berubah; keadaan
ekonomi antarabangsa yg ~ mempengaruhi ekonomi negara
sedang membangun spt Malaysia;
bermuram; ~ durja bermasam muka (kerana sedih dll), tidak jernih
air mukanya: seminggu lamanya Uda ~ durja, pedih benar hatinya
disindir orang;
memuramkan menjadikan muram, menyebabkan muram,
memudarkan: perkahwinan kita kelak ~ darjat martabat
keluargamu;
kemuraman perihal (keadaan dsb) muram, kesuraman: Rahman
memandang wajah isterinya yg masih cuba menyembunyikan ~nya.
murang sl sj tunam utk memasang meriam.
muraqabah Ar amalan menjaga ingatan hati semata-mata kpd Allah.
murba biasa sahaja, hina, jelata, rendah;
kaum ~ kaum rendah (bukan bangsawan atau hartawan), marhaen;
rakyat ~ rakyat jelata.
murca sl tidak sedarkan diri, pengsan;
memurcakan menyebabkan (menjadikan) pengsan: kemudian anak
ini dimurcakan oleh dukun ubatan di atas sebuah kerusi.
muri sl sj serunai atau suling.
murid = anak ~ orang atau anak yg sedang belajar atau berguru, pelajar,
penuntut; ~ tua bekas pelajar (dr sesebuah sekolah dll);
bermuridkan sl mengambil sbg murid, menjadi guru kpd: ia pun ~
Laksamana.
murih kl marah, meradang.
muring bersungut-sungut (kerana tidak puas hati dll), merengut-rengut.
muris I sj kain tenun; mores I.
muris II Jk haloba, rakus, tamak.
murka I bd marah, meradang: maka sultan pun terlalu ~ akan Hang
Tuah, disuruh bunuh pd Seri Nara Diraja;
memurkai marah kpd (akan), memarahi: jangan tuanku segan ~
anakanda;
memurkakan menyebabkan jadi marah, memarahkan: ~ raja;
termurkai sl dimurkai (dimarahi): Laksamana pd ketika itu ~, tiada
bekerja lagi;
kemurkaan perihal murka, kemarahan: dia ialah sahabat yg
pemurah dan sangat takut akan ~ Allah.
murka II; angkara ~ mementingkan diri sendiri, loba, tamak;
kemurkaan sifat kelobaan (ketamakan).
murni tidak mengandungi unsur-unsur asing (biasanya unsur-unsur yg
mencemarkan), bersih benar, suci, tulen: aku bekerja kuat dan rajin
dgn mendapat semangat dan perangsang drpd cita-cita yg ~ dlm
hatiku; kemanakan dia telah mengirim bingkisan permata ~;
memurnikan membersihkan benar-benar, menyucikan: agama itu
benar-benar dipergunakan utk ~ rohani manusia;
kemurnian perihal murni, kesucian, keaslian, ketulenan: ada
baiknya kalau diadakan aturan dan perubahan yg sesuai agar ~
agama Islam tidak tercabul; mereka mahu mengekalkan ~ bahasa
Melayu;
pemurnian perihal atau perbuatan memurnikan: ada baiknya
masalah ~ bahasa menjadi pokok perhatian dlm seminar ini;
pemurni orang yg sangat mementingkan ketelitian dan ketepatan,
terutamanya dlm cara hidup, adat istiadat, penggunaan bahasa yg
betul dsb.
mursal Ar 1. yg disuruh, pesuruh, rasul; 2. hadis yg diriwayatkan dgn
sanad tanpa disebut sahabat yg meriwayatkannya drpd Rasulullah
SAW secara langsung.
mursalin Ar jamak bagi mursal; anbia dan ~ sekalian nabi dan rasul.
mursyid Ar 1. guru agama, pemimpin (dlm hal rohani); 2. baik hidupnya,
taat kpd Allah.
mursyidul am Ar pembimbing utama di kalangan pemimpin, yg
berperanan utk memberikan panduan atau tunjuk ajar tentang agama
Islam kpd para ahli dlm sesebuah pertubuhan, persatuan dsb.
murtad Ar orang yg keluar drpd agama Islam, sama ada melalui
perbuatan, perkataan, atau niat: orang yg begitu adalah orang yg
kufur, yg ~, yg derhaka, kerana mahu menyamai Tuhan Maha
Pencipta;
memurtadkan menjadikan seseorang murtad: watak utama
bernama Kamil telah ~ ramai orang;
kemurtadan perihal murtad: setiap Muslim yg murtad tidak boleh
diakui ~nya, tetapi hendaklah disuruh kembali kpd Islam.
muruku sj makanan ringan yg diperbuat drpd tepung beras, tepung
kacang, dan dicampur dgn rempah (popular di kalangan kaum
India).
murung sedih, masyghul, pilu: sifat riang dapat berubah jadi ~ dgn tibatiba;
bermurung berasa murung, berdukacita, bersedih: apabila
kemarahannya tidak dapat diluahkan, dia ~ sepanjang hari;
kemurungan 1. perihal murung, kemuraman, kesuraman: kenangan
itu menjadikan ~nya bertambah-tambah dan bibirnya bergetargetar;
2. (Psi) keadaan apabila seseorang mengalami rasa kecewa
dan putus asa yg diiringi dgn gejala spt sukar tidur, lembap berfikir,
dan rasa bersalah yg keterlaluan yg tidak setimpal dgn kesalahan yg
dilakukan.
murup Jw menyala (cahaya, warna, dll), berkobar: maka Laksamana pun
memakai, berkain kesumba ~ antelas bertepi bersirat; merah ~
merah menyala.
murus Jw buang-buang air; ~ darah buang air yg berdarah.
Murut suku kaum peribumi di Sabah, yg tinggal di rumah panjang,
terutamanya di daerah Tenom, Keningau dan Nabawan, dan
kegiatan utamanya ialah menanam padi huma, berburu, dan
memungut rotan, madu lebah dan damar, biasanya tidak menetap di
satu tempat.
mus (ERT) pencuci mulut yg berbusa, diperbuat drpd krim, telur dsb,
biasanya berperisa coklat atau buah-buahan dan dihidangkan sejuk:
~ coklat.
musaadah Ar bantuan (yg diberikan), pertolongan, sokongan.
musabab Ar 1. kesan: drpd keadaan tersebut lahirlah suatu ~ yg
tertinggi, maka dgn itu alam dgn segala sesuatu pun diciptakan; 2.
sebab drpd segala sebab, sebab yg menjadi asas terjadinya sesuatu:
tiap-tiap satu kejadian dan peristiwa mempunyai asas dan ~ yg
mendorong terjadinya kejadian itu; sebab ~ yg menjadi sebab, yg
menyebabkan, sebab.
musabaqah Ar pertandingan: ~ tilawatil Quran pertandingan membaca
al-Quran.
musafir Ar orang yg masih dlm perjalanan, orang yg berpergian,
pengembara: jangan ada orang ~ yg tidur di bawah atap rumah
engkau dlm keadaan lapar;
bermusafir melakukan perjalanan atau pengembaraan: orang yg
sedang ~;
kemusafiran perihal (keadaan) hidup sbg musafir: sia-sia hidupmu,
sia-sia ~mu.
musakat Ar celaka, sengsara.
musala Ar tempat sembahyang; tikar ~ tikar sembahyang, sejadah.
musang 1. sj binatang liar (yg gemar memakan ayam); ~ akar sj musang,
Artogalidia trivirgata; ~ belang, Hemigalus debyanus; ~ buah sj
binatang spt musang, Prionodon sp.; ~ jebat = ~ kesturi sj musang,
Viverra zibetha; ~ lamri, Paguma larvata; ~ pandan = ~ pulut,
Paradoxurus hermaphroditus; ~ sebarau = ~ tebarau sj musang,
Paradoxurus spp.; ~ tenggalung, Viverra tangalunga; ~ turun sj
binatang spt musang, Arctictis binturong; 2. sj binatang liar spt
anjing, Vulpes spp.;
~ berbulu ayam prb orang jahat yg menyamar sbg orang baik; ~
terjun lantai terjungkat prb a) ada tanda-tanda yg boleh jadi
keterangan dlm sesuatu perkara; b) tempat yg dimasuki pencuri ada
juga sesuatu alamatnya.
musara wang bantuan, gaji, pencen: maka beberapa puluh bahara emas
patik beri ~ tiada juga pd;  sara I.
museologi (muséologi) kajian tentang organisasi muzium.
musibat, musibah Ar 1. bencana, celaka, malapetaka: janganlah kamu
mencari ~ dan bahaya bagi dirimu sendiri; 2. bk kata makian,
celaka, sial: ah, ~ betul mereka itu.
musikan IB 1. pemain muzik; 2. bermain muzik.
musikus IB ahli muzik.
musim 1. masa yg tetap atau khusus tiap tahun mengikut perubahan iklim:
dlm ~ bunga, salji menjadi cair dan meresap ke dlm tanah; 2.
ketika atau masa tertentu tiap tahun (ketika pokok berbuah, buah
mulai masak, dll): orang kita gemar memakan buah-buahan, tetapi
biasanya buah-buahan itu dimakan pd ~nya sahaja; 3. masa
berlakunya sesuatu atau beberapa peristiwa (kejadian dsb) yg
serupa: Karim kebingungan menghadapi ~ perang;
~ angin masa angin bertiup; ~ bah (banjir) musim selalu berlaku
banjir; ~ barat Id musim hujan di Sumatera dan Jawa; ~ buah
(buah-buahan) masa pokok berbuah; ~ bunga (semi) musim
tumbuh-tumbuhan kembali bertunas dan berbunga (pd akhir musim
sejuk); ~ dingin (sejuk) musim udara sejuk (di negeri-negeri
berhawa dingin); ~ haji masa orang menunaikan fardu haji; ~
kelambu menunggal (tutup kuala, utara) masa angin timur laut
bertiup (dr bulan November hingga bulan Januari); ~ kemarau
musim udara panas terik dan hujan tidak turun; ~ luruh (gugur,
rontok) musim tumbuh-tumbuhan meluruhkan atau menggugurkan
daun-daunan (kerana musim dingin hampir tiba); ~ menuai (panen)
masa menuai padi; ~ panas musim antara musim dingin dgn musim
luruh (ketika udara panas); ~ tenggara (jawa, selatan) masa angin
bertiup dr barat laut dan membawa hujan (dr bulan Jun hingga bulan
September); ~ tengkujuh musim hujan selalu turun;
semusim 1. sama musimnya; 2. masa kira-kira setahun (dr musim
tertentu hingga kembali musim itu lagi): ada ~ baginda duduk di
dlm negeri itu, beranak seorang laki-laki bernama Encik Tayan;
bermusim 1. sudah sampai atau tiba musimnya; belum ~ belum
sampai musim atau masanya; 2. mengikut musim: tanam-tanaman
~;
musiman mengikut musim (waktu) tertentu: acara ~ utk tujuantujuan
semasa.
musir Kd daging yg elok (pd kerbau, lembu), daging batang pinang.
muslihat Ar 1. daya upaya, ikhtiar: apakah ~ agar kesatuan itu benarbenar
boleh mewakili pelajar Melayu seluruhnya; 2. = tipu ~ tipu
daya, akal, helah: sekarang apa yg kita mahu ialah satu tipu ~ yg
licin spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam itu; beliau
menyeru supaya harta wakaf hendaklah digunakan utk ~ am; ~
perang siasat perang, taktik perang;
bermuslihat mempunyai muslihat: negara itu mencapai
matlamatnya dgn ~ dlm hal ehwal negara lain.
Muslim Ar orang (lelaki) yg beragama Islam;
memuslimkan 1. menjadikan sesuatu bercirikan Islam: serba-serbi
mesti dimuslimkan, dibersihkan di dalam dan di luar; 2.
menjadikan seseorang Muslim;
kemusliman ketinggian darjat seseorang sbg orang Muslim: ~
seseorang insan.
Muslimah Ar orang (perempuan) yg beragama Islam.
Muslimat Ar jamak bagi Muslimah: para Muslimin dan ~.
Muslimin Ar jamak bagi Muslim: para ~ dan Muslimat.
muslin sj kain yg nipis dan jarang.
musnah binasa sama sekali, hilang lenyap, rosak: sebanyak dua belas
buah rumah telah ~ dijilat api;
memusnahkan membinasakan langsung, menghilangkan,
melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di Filipina
telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja;
kemusnahan perihal musnah, kebinasaan, kelenyapan: semenjak
penduduknya diperintahkan berpindah, seluruh Kampung Beringin
itu terbiar menghadapi ~;
pemusnahan perihal atau perbuatan memusnahkan, pembinasaan:
penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia;
pemusnah yg memusnahkan (membinasakan): benarkah surat
layang suatu ejen ~ masyarakat?
mustahak penting, pantas, patut, perlu: segala pancaindera yg disebut ini
sangatlah ~ dijaga supaya tidak cacat cedera; maka ~lah mereka
itu diberi bantuan drpd pungutan zakat;
memustahakkan memerlukan, mementingkan, menghendaki: dlm
air susu terdapat zat yg sangat dimustahakkan oleh bayi;
kemustahakan perihal mustahak.
mustahil tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal: dahulu orang
memikirkan bahawa penyakit kusta ini ~ dapat diubati;
memustahilkan menganggap mustahil, menganggap tidak mungkin:
jangan ~ sesuatu kejadian yg belum kamu ketahui;
kemustahilan 1. perihal mustahil; 2. sesuatu yg tidak mungkin.
mustaid Ar sedia, lengkap, selesai, siap: setelah sudah ~ maka surat pun
diaraklah ke perahu;
memustaidkan menjadikan mustaid, melengkapkan, menyediakan.
mustajab Ar 1. berjawab atau dikabulkan (doa, permintaan, dll), makbul:
doa pun terlalu ~ dan barang pintanya pun dikabulkan Allah; 2. bp
mujarab: ubat yg amat ~ utk penyakit sengal;
memustajabkan menjadikan makbul (doa, permintaan dll),
memakbulkan, memperkenankan: pd hari raya juga kita digalakkan
memperbanyak doa kerana inilah harinya Allah ~nya; mudahmudahan
doanya itu dimustajabkan oleh Allah;
kemustajaban perihal mustajab, kemanjuran.
mustak Ar berasal dr, diturunkan dr.
mustakim Ar benar, jujur, lurus; siratal ~ jalan yg lurus (benar).
mustakmal Ar terpakai; air ~ air yg telah dipakai utk wuduk, mandi
hadas atau bersuci.
mustami ark pendengar (syarahan universiti).
mustard biji sawi yg dijadikan serbuk: gaulkan daging dgn garam, lada
sulah, dan ~.
musuh I 1. orang yg ditentang (dlm peperangan, perkelahian,
pertandingan, dll), lawan, seteru: tiada begitu banyak ~nya dan
tiada sesiapa membenci dia; 2. sesuatu yg mengancam (kesihatan,
jiwa, dll), sesuatu yg merosakkan: penyakit tibi ini ialah ~ yg besar
sekali kpd manusia; 3. ki bandingan, imbangan, tandingan; tidak
ada ~nya tidak ada bandingan atau tandingannya;
~ ketat musuh yg paling besar (kpd); ~-masah berbagai-bagai
musuh; ~ tradisi lawan (dlm pertandingan dsb) sejak dahulu hingga
masa kini; ~ tumbuhan segala yg merosakkan tumbuhan (spt
serangga dll);
~ dlm selimut prb musuh yg sangat dekat atau yg ada dlm
lingkungan sendiri; ~ jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan
prb musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan
pula takut;
bermusuh, bermusuhan bersikap sbg musuh (antara satu sama
lain), berlawanan, bertentangan: memang nafsu itu sentiasa ~ dgn
akal fikiran; dgn tiba-tiba sahaja kami ~ dgn mereka;
memusuhi menganggap musuh, melawan, membenci, menentang:
kami tidak ~ sesiapa;
musuh-memusuhi saling memusuhi: apabila kasih telah terjalin,
hilanglah rasa ~ antara satu sama lain;
permusuhan perihal bermusuh, perseteruan: dia bertindak
demikian kerana sikap dan rasa ~nya terhadap segala keadaan
sekeliling.
musuh II; ~ lebah sj burung, Indicator archipelagus.
musyahadah Ar hal menyaksikan hakikat-hakikat ghaib dlm kasyaf
(menurut ajaran sufi);
bermusyahadah melakukan musyahadah.
musyarakah, musyarakat Ar 1. ark persyarikatan perdagangan, syarikat
perniagaan, perkongsian; 2. ark masyarakat;  masyarakat.
musyarik Ar orang yg turut serta (melakukan sesuatu), peserta.
musyawarah Ar perundingan dgn pihak-pihak lain utk menyelesaikan
masalah atau mencapai persetujuan: MBIM boleh mengadakan
forum ~ kebahasaan antara Malaysia dgn Indonesia; kesediaan
menyelesaikan masalah secara ~ dgn perasaan terbuka dan
bertolak ansur;
bermusyawarah berunding, bermesyuarat: satu ciri yg ketara dlm
masyarakat timur ialah konsep gotong-royong dan ~ utk
menyelesaikan masalah.
musykil Ar 1. ragu-ragu, payah (difahami, dimengerti, dihuraikan, dll),
sukar, sulit: sekiranya dia menanyakan suatu perkara yg ~
baginya, hendaklah kita jawab; 2. tidak puas hati, kecewa, kesal:
Kamal berasa ~ apa sebabnya Wan Mahani tidak mahu mengikut
surat Wan Mustafa;
memusykilkan 1. menyebabkan jadi musykil, memayahkan,
menyukarkan, menyulitkan: dia menanya segala apa yg
dimusykilkannya, segala apa yg ada hubungannya dgn soal
agama; 2. tidak memuaskan hati, mengecewakan, mengesalkan:
hanya yg dimusykilkan sedikit ialah kerana ketiadaan tempat
belajar;
kemusykilan 1. perihal musykil, kesukaran, kesulitan: Tajurim
menjawab dgn tenang tiap-tiap ~ Maznah itu; 2. sesuatu yg tidak
memuaskan hati, kekecewaan, kekesalan: si Tenggang tidak berani
mengeluarkan ~nya kpd sesiapa pun.
Musyrik Ar orang menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan
ataupun perbuatan, mis percaya adanya kuasa ghaib selain Allah spt
memuja berhala, dewa dsb;
memusyrikkan menjadikan atau menyebabkan Musyrik: maka
orang tuanyalah yg akan mengislamkan, meyahudikan atau ~
putera atau puterinya;
kemusyrikan perihal Musyrik (kafir).
Musyrikah Ar perempuan yg menyekutukan Allah.
Musyrikin Ar jamak bagi Musyrik.
Musytari planet paling besar, yg kelima jauhnya dr matahari.
mutaah Ar pemberian suami yg diwajibkan kpd isteri setelah
diceraikannya; kahwin ~ kahwin kontrak atau sementara (yg
dibenarkan pd peringkat awal perkembangan Islam, tetapi
kemudiannya diharamkan).
mutagen (Bio) bahan yg boleh menyebabkan mutasi genetik
mutah sj tumbuhan (pokok).
mutai (muta.i) Ar taat kpd Allah, soleh.
mutakaddim, mutakaddimin Ar (yg) terdahulu, (yg) telah lalu, (yg)
sudah.
mutakalim Ar ahli ilmu kalam.
mutakhir terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan
puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti
perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahuntahun
~ ini.
mutalaah Ar perihal menyelidiki (mempelajari), perihal membaca;
memutalaah mempelajari, menyelidiki, membaca baik-baik: jauh
malam mereka berdua baru tidur kerana ~ pelajaran mereka; ~
kitab; telaah.
mutan (Bio) individu, haiwan atau tumbuhan yg mengalami mutasi.
mutanajis Ar bercampur dgn najis; air ~ air yg bercampur dgn najis yg
tidak boleh digunakan utk bersuci.
mutasi 1. (Bio) perubahan pd bahan genetik sesuatu organisma
(tumbuhan, haiwan, dsb) yg mengakibatkan perubahan ciri tertentu
organisma tersebut; 2. (Lin) pengubahsuaian bunyi dlm satu kata yg
dipengaruhi oleh bunyi-bunyi yg berhampiran; 3. IB perubahan atau
pergantian pegawai (kakitangan dll).
mutatis mutandis (Latin) (Udg) dgn membuat perubahan yg sewajarnya
tanpa menjejaskan fakta utama (dlm membandingkan kes).
mutawassitah Ar = najis ~ najis pertengahan (tidak perlu disamak, cukup
dgn membasuh hingga hilang bau, rasa, dan warnanya sahaja).
mutawatir Ar diturunkan drpd seorang ke seorang tanpa putus (bkn hadis,
berita, riwayat, khabar dll).
mutawif Ar pemandu orang yg mengerjakan tawaf (biasanya dirujuk juga
kpd mereka yg membuat kebajikan kpd orang yg mengerjakan haji).
mute (muté) Jk sj manik-manik.
mutia  mutiara.
mutiara 1. sj permata yg diperoleh dr sj tiram; indung ~ tiram yg
mengandungi mutiara; 2. ki sesuatu yg sangat berharga: ~
ketuhanan yg dianugerahi Allah kpd manusia, iaitu akal.
mutlak 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada
kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh,
umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~
serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan
mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak
~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~
wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air
hujan dll);
memutlakkan menyebabkan sesuatu menjadi mutlak: jangan
sampai ada orang yg menyangka bahawa Plato telah ~ undangundang;
kemutlakan perihal mutlak;
pemutlakan perihal (proses atau perbuatan) memutlakkan.
mutu I terdiam kerana terlalu sedih dll, termenung-menung; berhati ~
bersedih hati, masyghul.
mutu II dlm keadaan yg berbahaya (raja dlm permainan catur), tercepit.
mutu III mutiara; ratna ~ manikam berbagai-bagai jenis permata.
mutu IV 1. ukuran kemurnian emas (1 mutu = 2.4 karat); emas sepuluh ~
emas murni; 2. taraf (kebaikan, kecerdasan, kepandaian, dll),
kualiti, nilaian (utk sesuatu): di samping projek meninggikan
ekonomi negara, harus ada rancangan utk meninggikan ~
warganegara;
bermutu tinggi mutunya, bernilai tinggi: akan kucipta sebuah
lukisan yg benar-benar ~.
mutung I Jw patah hati.
mutung II (Lampung) ark musnah kerana terbakar, terbakar.
muwahid Ar orang yg mengesakan Allah (tidak menyekutukan Allah).
muwakal Ar orang yg diserahi tugas mengurus sesuatu perkara, wakil.
muwalat I Ar tidak berantara (dlm sembahyang), berturut-turut.
muwalat II Ar ark keturunan, baka, zuriat: Sultan Zainal anak Ghori kita
hantarkan kerajaan supaya jangan putus ~ takhta kerajaan Acheh
Darus Salam drpd nasab Syed al-Marhum.
muwarikh Ar ahli (penulis) sejarah.
muzakarah Ar perbincangan (pertukaran pendapat) tentang sesuatu
masalah dsb;
bermuzakarah berbincang (bertukar-tukar pendapat) tentang
sesuatu masalah dsb;
memuzakarahkan membincangkan dsb sesuatu perkara (isu,
masalah dsb) dlm muzakarah: mungkin perkara itu akan
dimuzakarahkan kelak; hal-hal yg ada kaitan dgn keluarga akan
dimuzakarahkan dlm majlis itu.
muzik gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan
menyenangkan, bunyi-bunyian;
pemuzik ahli muzik, pemain alat muzik, atau pengubah muzik.
muzikal berharmoni, merdu: keindahan bunyi yg ~.
muzikologi kajian tentang muzik.
muzium bangunan tempat menyimpan, memelihara, mengkaji, atau
mempamerkan objek-objek yg mempunyai nilai sejarah, seni,
saintifik, dsb.

No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama