SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Thursday 29 September 2011

Daftar Kata Huruf O

o I huruf ke-15 abjad Rumi.
o II 1. sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata
utk memanggil orang: Tipah, ~ Tipah!; ~ ya! sr kata utk
menyatakan teringat akan sesuatu.
o III; kopi (teh) ~ kopi (teh) yg tidak dibubuh susu; kopi (teh) ~ beng kopi
(teh) yg tidak dibubuh susu tetapi dibubuh ais.
O simbol kimia bagi oksigen.
oak sj pokok yg besar, kayunya yg keras dan kuat biasanya digunakan sbg
bahan binaan, perabot dsb.
oase Id oasis.
oasis kawasan yg subur dan mempunyai air di padang pasir, wahah.
oat bijirin drpd sj rumput, Avena sativa, yg dijadikan sbg bahan makanan.
obar (Sabah); ~ suluk sj tumbuhan, nemesu, Shorea pauciflora.
obeng (obéng) Id alat utk memutar skru dsb.
obes (obés) gemuk yg keterlaluan.
obesiti (obésiti) kegemukan yg disebabkan terdapatnya lemak yg
berlebihan.
obi (Jepun) sj kain lebar sbg ikat pinggang yg dipakai bersama dgn
kimono.
obituari pemberitahuan kematian seseorang yg biasanya disertai
maklumat ringkas tentang masa hayat dan pencapaiannya yg
disiarkan di dlm akhbar.
objek (objék) 1. sesuatu yg dapat disentuh atau dilihat, benda, barang; 2.
perkara yg menjadi tajuk atau pokok pembicaraan (tulisan, lukisan,
dll): mengapa hanya rupa wanita menjadi ~ lukisan? 3. matlamat,
sasaran, tujuan; ~ pembangunan sesuatu yg hendak (sedang)
dibangunkan; 4. (Lin) penyambut.
objektif (objéktif) 1. sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan;
2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar; 3. tidak dikuasai atau
dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri; ujian ~ ujian
(peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilihan dan
markah yg diberikan tidak bergantung pd penilaian pemeriksa;
berobjektifkan mempunyai sesuatu sbg objektif;
mengobjektifkan menjadikan objektif;
keobjektifan perihal objektif, objektiviti.
objektivisme (objéktivisme) faham atau kecenderungan yg menekankan
apa yg objektif.
objektiviti (objéktiviti) perihal atau keadaan objektif, sifat (sikap dsb)
tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka
sendiri: apakah ini yg dikatakan ~ dlm kritikan dan kajian.
oblak Jk lebar, luas.
obligasi I surat pinjaman oleh kerajaan dll, bon.
obligasi II sesuatu yg mesti dilaksanakan, kewajiban: penerbit
mempunyai ~ kpd dirinya sendiri dan kemudian kpd pembaca.
obligato (Muz) bahagian iringan sesuatu karya yg merupakan unsur yg
sangat penting dlm gubahan muzik.
obo sj alat muzik yg dibuat drpd kayu dll dan dimainkan dgn cara
meniupnya.
obor 1. jamung, suluh; ~ Olimpik obor yg dinyalakan ketika Olimpik
diadakan (dan menjadi lambangnya); 2. ki pemberi, penerangan,
penunjuk (jalan): betapa perlunya Islam dijadikan sbg ~ yg
menerangi liku-liku kehidupan;
mengobor 1. mengasapi dgn obor; 2. ki membuat orang berang,
membangkitkan kemarahan orang, menghasut;
mengobori menerangi, menyuluhi.
obral Id 1. menjual dgn harga murah (kerana hendak menghabiskan
barang-barangnya): tukang-tukang jual kain ~ sangat lucunya,
mulut mereka bersorak-sorak; 2. ki membuang (mengeluarkan,
memakai, dll) banyak-banyak; ~ pekerja membuang pekerja
banyak-banyak; ~ tenaga menggunakan tenaga banyak-banyak,
memboroskan tenaga;
mengobralkan 1. menjual secara obral; 2. mengeluarkan (memakai
dll) banyak-banyak, membualkan (perkataan dll), memboroskan
(barang-barang, tenaga, dll);
obralan barang-barang yg diobralkan;
pengobralan perihal atau perbuatan mengobralkan.
obrol Id; mengobrol bercakap-cakap mengenai hal yg tidak berfaedah,
berbual (bersembang) kosong, berborak-borak, beromong kosong:
ia ~ menggantang bersama kawannya;
mengobrolkan menceritakan yg bukan-bukan, membualkan hal yg
tidak berfaedah;
obrolan omong kosong, borak, kecek.
obros ark IB leftenan-kolonel.
obsesi (obsési) 1. sesuatu yg sentiasa mengganggu atau menghantui fikiran
seseorang: segera dapat saya tangkap semacam ~ dlm kepala
teman itu; 2. keadaan terlalu memikirkan sesuatu.
obsesif (obsésif) sentiasa atau asyik memikirkan, mengenangkan atau
dihantui sesuatu (bkn fikiran, perasaan dsb seseorang): keadaan ini
amat ketara di kalangan ibu bapa yg mudah murung atau terlalu ~
terhadap anak-anak mereka.
obstetrik (obstétrik) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn
pengendalian ibu semasa hamil, sewaktu bersalin dan selepas
bersalin.
ocak-ocak Pr sumber (air), mata(air); ~ air meleleh mata air.
oceh (océh) Jk; mengoceh 1. berbunyi (burung), berkicau; 2. bercakap yg
tidak keruan (bukan-bukan), berceloteh, mengobrol, merapik,
mericau: ia terkekeh-kekeh lalu berkata tidak keruan dan ~ ke
sana-sini;
mengocehkan mengatakan sesuatu dgn tidak tentu pokok
pangkalnya: Tarman yg tidak berpuas hati terus ~ hal itu lagi;
ocehan 1. kicauan: sukarlah baginya utk memahami ~ burung itu;
2. kata-kata tidak keruan (bukan-bukan), celoteh, ricauan.
ocok Kd, Pn; mengocok menghasut, mengacum.
OCR kep optical character recognition (pengecaman aksara optik).
oda (Sas) sajak panjang yg menyanjung atau memuji seseorang atau
sesuatu atau utk meraikan sesuatu peristiwa.
odeli orang suruhan di pejabat.
oder bp; mengoder memesan (makanan dll sewaktu di kedai makan dll).
odim IB sakit kerana pergumpalan air dlm tisu sel (kerana kurang makan
dll).
odol Id tepung dll penggosok gigi, tapal gigi, ubat gigi.
odometer (odométer) (Kej) alat yg merakamkan jarak perjalanan yg telah
dilalui oleh sesebuah kenderaan bermotor, spt kereta dan motosikal.
odontalgia (Ubat) sakit gigi.
odontologi kajian saintifik tentang anatomi, perkembangan dan penyakitpenyakit
gigi.
ofensif (ofénsif) bp 1. bersifat, cenderung atau digunakan utk menyerang
(bkn senjata, tindakan dsb): para penunjuk perasaan juga
dikatakan ada membawa senjata-senjata ~; 2. menyakitkan atau
memanaskan hati (bkn kata-kata, kenyataan dsb), menyelar,
menghina: jangan mengeluarkan kata-kata yg ~.
ofiologi cabang zoologi yg berkaitan dgn kajian tentang ular.
ofis bp pejabat.
ofsaid (Suk) berada di luar kawasan yg dibenarkan bermain sehingga
menjadi suatu kesalahan (bkn pemain bola sepak, hoki dsb).
ofset (ofsét) jarak terdekat dr suatu titik ke garis tertentu (dr garis lurus yg
menghubungi dua hujung sesuatu sempadan yg tidak lurus dgn suatu
titik di sempadan tersebut).
oftalmia (Ubat) radang pd mata.
oftalmologi kajian tentang mata dan penyakitnya.
oftalmoplegia (oftalmoplégia) (Ubat) kelumpuhan otot mata.
oftalmoskop (Ubat) alat utk memeriksa bahagian di dalam mata, spt retina
dsb.
oftalmoskopi (Ubat) pemeriksaan bahagian di dalam mata dgn
menggunakan oftalmoskop.
ogah I sj paip tembakau.
ogah II; mengogah menggoyang-goyangkan (gigi, pancang, pokok, dll)
supaya mudah tercabut, mengoyak-ngoyak (menggoncanggoncang).
ogah III Jk tidak suka berbuat sesuatu, enggan, segan: ~ membaca buku
sekolah;
ogah-ogahan berasa tidak suka (segan, enggan, dll).
ogak-ogak; pengogak-ogak sl tukang lawak (jenaka), alan-alan, badut;
berogak-ogak berjenaka, berkelakar, melawak.
ogoh; mengogoh menggoyang-goyangkan (dahan dll), mengogah.
ogok I Mn; mengogok-ogok berjalan lambat, berjalan bertatih (oleh sebab
baru sembuh drpd sakit dll).
ogok II Mn; mengogokkan menunjukkan sesuatu (barang dll) dgn tujuan
menawarkan (utk dijual).
Ogos bulan kelapan dlm tahun Masihi.
oh sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll): ~
! baru ini kau tahu; ~ ! kata Ros terkejut; o II.
ohm unit ukuran rintangan elektrik.
oi sr kata utk memanggil dll: ~, tak makan dulu!
OIC kep Organization of Islamic Conference (Pertubuhan Persidangan
Islam).
oja; mengoja 1. memberangsangkan (ayam dll) supaya menyerang
lawannya: baginda lalu mengoja-oja ayamnya; 2. ki
memberanikan, menghasut.
ojah ark oja.
ojok Mn; mengojok berjalan perlahan-lahan dan membongkok-bongkok.
ok I Kl 1. sabar: ~ dulu, nanti saya panggilkan doktor; 2. nanti, tunggu
(dahulu): ~ sebentar, saya nak mandi dulu.
ok II buluh.
O.K. bp ya, baiklah, akur, bersetuju: ~, kita pergi sekarang; ~lah yalah.
okarina (Muz) sj alat tiup yg bentuknya bujur telur, mempunyai lapan
lubang nada dan dua lubang ibu jari.
okb Id kep orang kaya baru (sbg ejekan).
oker IB sj cat yg dibuat drpd campuran sj tanah liat dgn tahi besi
(warnanya kuning).
okey (okéy) baiklah, yalah, O.K.: ~, ~, Zul. Kau yg lebih faham.
oknum Id orang seorang, peribadi, perseorangan: baik berupa kumpulan
mahupun berupa ~, yg salah harus dihukum;
keoknuman keperibadian.
okok ark bakhil, kedekut, kikir, lokek.
oksiasetilena (oksiasétiléna) (Kim) campuran oksigen dan asetilena yg
membakar dgn nyalaan terang yg sangat panas dan digunakan utk
memotong dan mengimpal logam.
oksida (Kim) sebatian oksigen dgn satu unsur kimia lain;
~ berasid sebatian oksigen dgn unsur bukan logam, yg
menghasilkan larutan berasid apabila bercampur dgn air; ~ berbes
sebatian oksigen dgn unsur logam, yg menghasilkan larutan berbes
apabila bercampur dgn air;
mengoksidakan menyebatikan dgn oksigen;
pengoksidaan perbuatan mengoksidakan.
oksigen (Kim) gas yg tidak berwarna dan tidak berbau yg merupakan kirakira
21% drpd atmosfera yg membantu pembakaran dan diperlukan
bagi pernafasan sebahagian besar benda hidup;
beroksigen mengandungi oksigen;
mengoksigenkan memberi oksigen;
pengoksigenan perihal mengoksigenkan.
oksigenator (oksigénator) (Ubat) alat utk membekalkan oksigen kpd
darah, terutamanya semasa pesakit sedang menjalani pembedahan.
oksihemoglobin (oksihémoglobin) (Ubat) bahan merah cerah yg terbentuk
hasil drpd tindakan oksigen dr paru-paru ke atas hemoglobin dlm
darah.
oksihidrogen (Kim) campuran hidrogen dan oksigen yg digunakan utk
menghasilkan nyalaan yg sangat panas bagi kerja kimpalan.
oksitosia (Ubat) pelahiran bayi yg terlalu cepat.
oksitosik (Ubat) agen yg mempercepat pelahiran bayi dgn merangsang
pengecutan otot rahim.
oktaf (Muz) bunyi yg dikeluarkan oleh dua kali atau setengah kadar
getaran drpd satu bunyi (not), kumpulan 8 bunyi (not) berturut-turut.
oktagon (Mat) poligon yg mempunyai lapan sisi.
oktahedron (oktahédron) (Mat) bongkah yg mempunyai lapan
permukaan.
oktana (Kim) hidrokarbon alkana cecair yg terdapat dlm petroleum.
oktavo (Cetak) saiz buku atau halaman yg terhasil drpd lipatan sehelai
kertas bersaiz standard sebanyak tiga kali utk menghasilkan lapan
helai kertas.
oktet (oktét) (Muz) 1. gubahan muzik utk sekumpulan lapan orang
penyanyi atau pemuzik; 2. kumpulan yg terdiri drpd lapan orang
penyanyi atau pemuzik.
Oktober bulan kesepuluh dlm tahun Masihi.
okulus (Bio) bkn mata.
okupasi IB penggunaan tanah secara haram (tanpa kebenaran dll).
olah I 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku,
tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2.
perbuatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~
bukan buatan, bukan main; 3. perbuatan yg aneh-aneh, canda,
tingkah: orang tua yg banyak ~nya;
olah-olah; bukan ~ bukan buatan, bukan mainan;
seolah-olah seakan-akan, selaku, seperti: melangkah indah, ringan,
cepat ~ tak berpijak di lantai;
berolah 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda,
bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat
sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll;
memperolahkan 1. mempermainkan, memperolok-olokkan,
mempersendakan; 2. memperdayakan, menipu;
olahan suka berperangai, suka bertingkah: seorang laki-laki yg
keterlaluan ~nya.
olah II; mengolah mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yg lain (yg
dapat digunakan, lebih sempurna, dll): getah dan bijih yg
dikeluarkan di negeri ini dihantar keluar utk diolah; cerpen yg
diolah drpd perbendaharaan lama;
~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi
barang yg boleh digunakan dll; ~ tanah mengerjakan tanah utk
ditanami;
olahan cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat
penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya;
pengolahan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda
memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit;
kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan
~nya yg segar;
pengolah orang yg mengolah, alat utk mengolah.
olahraga latihan atau sukan yg memerlukan kekuatan fizikal, ketangkasan
atau stamina (mis berlari, melompat, dll);
gedung ~ Id bangunan tempat diadakan olahraga; lapangan ~
medan tempat olahraga diadakan;
berolahraga bergiat (mengambil bahagian) dlm olahraga: ~
menyihatkan badan;
keolahragaan perihal olahraga;
pengolahraga orang yg suka berolahraga.
olahragam ark berbagai-bagai olah.
olahragawan orang lelaki yg terlatih, mahir atau mengambil bahagian dlm
olahraga; ~ Tahun 1988 olahragawan yg terpilih sbg olahragawan
yg terbaik bagi tahun 1988.
olahragawati orang perempuan yg terlatih, mahir atau mengambil
bahagian dlm olahraga; ~ Tahun 1987 olahragawati yg terpilih sbg
olahragawati yg terbaik bagi tahun 1987.
olak I 1. = olakan gerakan berpusing (berkisar, berputar), kisaran,
pusaran, putaran; ~ air pusaran air; ~ angin pusaran angin; arus ~
arus yg berpusing; 2. ombak kecil: ~-~ itu berkejar-kejaran
menumpu permatang;
berolak 1. berkisar, berpusing, berputar; 2. berombak kecil;
perolakan perihal berolak: lakukan penyemburan dan pendebuan
pd waktu pagi utk menghindari ~ angin menegak;
pengolak; ~ haba alat dll yg memutarkan haba.
olak II sj gelendong kayu yg berputar (pd alat tenun).
olak III Mn 1. hilir; sebelah ~ sebelah hilir (bawah); ke ~ ke hilir; 2.
kembali, ulang; membayar ~ membayar kembali;
berolak tidak kuat lagi, sudah agak lemah (badan dll), tidak
mujarab lagi (ubat dll);
mengolak 1. terpelanting kembali (kerana tidak lut dll); 2. enggan
atau tidak hendak lagi (makan sesuatu).
olak-alik berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah
pendirian, pegangan, percakapan, dll);
mengolak-alikkan 1. membolak-balikkan, memutar-balikkan; 2.
mempermain-mainkan, mempersenda-sendakan.
olak-olak sj burung, itik laut, dendang laut (air), Sula leucogaster plotus.
Olanda ark Belanda.
olang; ~-aling berolang-aling;
berolang-aling (bergoyang) ke kiri ke kanan (perahu dll), oleng:
sampannya ~ berkecipak-cipak;
terolang-aling terayun-ayun atau tergoyang-goyang;
olang-alingan perihal olang-aling.
oleander (oléander) sj tumbuhan (pokok berbunga), Nerium oleander.
oleh (oléh) 1. (kata sendi nama) utk menunjukkan pembuat dlm ayat-ayat
pasif: daerah yg ditawan ~ musuh; ditimbus ~ tanah longsor; 2.
sebab, akibat, kerana: ~ tiada jalan lain hendak menyelamatkan
dirinya, ia mencuba hendak terjun ke dlm air; mati ~ kerisnya
sendiri; 3. pada, bagi, untuk: tampak ~nya seorang tua berjalan di
tengah-tengah sawahnya; 4. (ke) pada (yg menyatakan hubungan
keluarga): ia pun sepupu juga ~ tuan; ia anak yg satu-satunya ~
pak cik saya; 5. dengan: pokok-pokok yg lebat ~ buah; dewan yg
penuh sesak ~ orang ramai; ~ itu = ~ sebab itu = ~ yg demikian
lantaran itu;
beroleh 1. mendapat, menerima: ~ anak lelaki; ~ kebajikan; ~
kesenangan; 2. sl boleh, dapat: ~ selamat sempurnalah anakanda
drpd sekalian bencana;
memperoleh mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dgn
ikhtiar atau usaha: sagu diperoleh drpd pokok rumbia; kanakkanak
~ kemahiran sedikit demi sedikit; keuntungan yg
diperolehnya berlipat ganda;
pemerolehan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) memperoleh;
pemeroleh pihak (orang, firma dsb) yg memperoleh sesuatu:
pindaan itu membolehkan pihak yg berkenaan memindahkan hak
milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak;
perolehan sesuatu (barang, hasil, dll) yg diperoleh: ~ padi tahun ini
lebih baik drpd tahun lalu.
oleh-oleh (oléh-oléh) pembawaan drpd berpergian, buah tangan.
olek (olék) I; mengolek mengulit, membobok, mendodoi: entah
mengantuk, entah diolek oleh nyanyian;
mengolekkan mengulitkan, membobokkan, mendodoikan;  ulit I.
olek (olék) II Kl; mengolek mengelecek (bola).
oleng (oléng) I berayun-ayun atau bergoyang-goyang ke kiri kanan
(perahu dll): ia terumbang-ambing dlm perahu yg makin lama
makin ~; kepalanya ~ ke kiri dan ke kanan;
beroleng-oleng berayun-ayun atau bergoyang-goyang (perahu yg
dipukul ombak dll): bebola itu berputar dan ~;
mengoleng mengayunkan (menggoyang, menggoncang),
menggelengkan (kepala): jong mereka dioleng oleh ombak besar;
mengoleng-oleng menyebabkan menjadi berayun-ayun, bergoyanggoyang,
atau berolang-aling: ombak kecil ~ perahunya;
teroleng-oleng tergoyang-goyang, terolang-aling: kayu bercabang
~ dlm air yg penuh; aku semakin lemah dan tubuhku terasa ~;
olengan gerakan mengoleng-oleng, ayunan, goyangan, goncangan:
kepala diteleng-telengkan, ~nya spt kapal.
oleng (oléng) II alat yg berbentuk L utk memutar mesin, pemutar.
oleo- (oléo) awalan asing minyak, mis oleometer.
oleograf (oléograf) gambar cetak yg dihasilkan menyerupai catan
(lukisan) minyak.
oleometer (oléométer) alat utk menentukan ketumpatan dan ketulenan
minyak.
oleoresin (oléorésin) campuran drpd minyak pati dgn resin, mis balsam.
oles (olés) Jk; mengoles melumur, melumas, menyapu: ~ badan dgn
minyak;
mengoleskan melumurkan, melumaskan, menyapukan: ia ~ minyak
itu pd tempat yg bengkak;
olesan lumuran, sapuan: ~ balsam ternyata tidak menolong Meiti.
olet (olét); mengolet menidurkan anak, mengulit;  ulit I.
olfaksi (Bio) 1. deria bau; 2. perbuatan atau proses menghidu, pembauan.
olfaktori (Bio) berkaitan dgn deria bau: saraf ~; organ ~.
oligarki 1. pemerintahan yg dijalankan oleh sekumpulan kecil orang yg
berkuasa sahaja; 2. sekumpulan kecil orang yg menguasai dan
mentadbir sesebuah negara atau organisasi.
oligopoli (Eko) keadaan pasaran yg bilangan penjualnya begitu kecil
sehinggakan tindakan salah seorang drpd mereka boleh
mempengaruhi harga dan dgn itu mempunyai kesan yg ketara ke
atas pesaing.
oligopolistik (Eko) bkn oligopoli.
oliguria (Ubat) kurangnya air kencing yg keluar, biasanya disebabkan
oleh gangguan buah pinggang.
olimpiad tempoh masa empat tahun antara dua Sukan Olimpik.
Olimpik; sukan ~ sukan antarabangsa yg diadakan empat tahun sekali;
api (obor) ~ api (obor) yg menjadi lambang sukan Olimpik.
oloh Pr, bp; beroloh tidur (banyak): ai, dah pukul 10 pun masih ~ lagi?
olok; olok-olok main-main, lawak-lawak: bangkangannya itu hanya ~
sahaja; bukan ~ bukan main-main, sungguh-sungguh; gambar ~
gambar sindiran, karikatur; masak ~ Mn selalu dipermainkan orang;
berolok-olok bermain-main, berlawak-lawak: ~ boleh, tak ada
halangannya, asal berketika dan pd tempatnya;
mengolok-olokkan, memperolok-olok, memperolok-olokkan,
memperolokkan mempermainkan dgn perkataan atau perbuatan
(spt mengejek dll): selalu orang ~ Pak Dolah; aku tidak suka
diperolok-olokkan spt ini; saudara telah memperolok-olok saya;
olok-olokan, olokan olok-olok;
perolok-olokan main-main: unsur-unsur sendaan, ~ dan sihir.
olong-olong sj ulat pd kayu jati, Duoitus cermaicus.
om ark (Sanskrit) sj seruan (pembukaan mantera); ong I.
ombak 1. gerakan air yg turun naik atau bergulung-gulung, gelombang
kecil: hanyut dibawa ~ ke tepi pantai; orang ~ ark orang yg gerakgerinya
sangat gelisah; mabuk ~ mabuk laut; 2. ki gerak fikiran atau
rasa hati yg tidak tetap (kacau): ia tak dapat lagi menahan ~ di
dadanya; ~ fikiran;
~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran
beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi; ~ yg kecil
jangan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkaraperkara
kecil yg boleh mendatangkan bahaya; bagai ~ Purus prb a)
deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai; menguap(-
nguap) bagai orang ~ prb perihal orang yg ketagihan candu dll;
payah-payah dilamun ~, tercapai juga tanah tepi prb setelah
beberapa lama menanggung susah akhirnya tercapai juga citacitanya
(terlepas juga drpd sengsara); spt ~ membanting diri prb
perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan; silih
berganti bagai ~ di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap
(sekali susah, sekali senang); yg ~ itu ~ jua, yg air itu air jua prb
serupa benar;
berombak, berombak-ombak 1. mempunyai ombak,
bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2.
berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar
belakang tambah mencantikkan rekaannya; rambutnya ~
rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang),
sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara
bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan;
mengombak 1. membuat ombak; 2. spt ombak; rambut pendek yg
diombak-ombak rambut yg dikeritingkan.
omboh cakera atau silinder padat yg bergerak turun naik di dlm silinder
bergeronggang di bawah tekanan bendalir, spt dlm enjin.
ombor-ombor orang-orangan.
ombudsman (Udg) pegawai atau badan rasmi ataupun separa rasmi yg
bertanggungjawab menerima dan menyiasat aduan drpd orang
ramai yg tidak berpuas hati dgn apa-apa perkara yg berkaitan dgn
jentera kerajaan.
omega (oméga) huruf ke-24 (terakhir) dlm abjad Yunani yg ditulis dgn
simbol , .
omel (omél); mengomel marah dan merepek, bersungut-sungut, meleter,
mencomel, menggerutu: jika aku mandi lebih drpd lima gayung,
induk semangku akan ~ panjang;
mengomeli memarahi, memberangi, menggusari;
mengomelkan mengomel tentang: sekali-sekala terdengar
isterinya ~ hawa panas;
omelan gerutu, comelan, leteran, sungutan;
pengomel orang yg suka mengomel, peleter.
omfalitis (Ubat) radang pd tali pusat.
omikron huruf ke-15 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
omnivor (Bio) organisma yg memakan haiwan dan juga tumbuhan, mis
manusia.
omong 1. bp bahasa, bicara: ~ Jawa; ~ Melayu; 2. cakap, kecek: banyak
~; ~ kosong (melompong) cakap angin; 3. berkata, bercakap: suka ~
kotor; lagak Padang, ~ Betawi prb cakap tinggi tetapi tidak berisi;
omong-omong, beromong-omong bercakap-cakap, berkata-kata;
mengomong bercakap, berkata;
mengomongkan memperkatakan, mengatakan;
omongan bicara, cakap, kecek: ia ngeri mendengar ~ itu; jadi ~
orang jadi buah mulut orang.
ompang-ompang oleh-oleh.
ompol Jk air kencing pd masa tidur;
mengompol terkencing pd masa tidur; ngompol.
ompong Jk tidak bergigi lagi, luruh giginya: sebenarnya dia sudah ~ sama
sekali.
ompreng (ompréng) Jk sj bakul kecil bertutup utk tempat nasi catu dll.
omslag IB kulit buku.
onak 1. = akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kait-kait, damaidamai,
dedamai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus
calophylla; 2. sj tumbuhan (pokok rotan yg berduri), Plectocomia
griffithii; 3. duri yg bengkok (spt kait).
onang; ~-aning Pr keturunan yg ketujuh.
onani perbuatan mengeluarkan mani dgn tangan;
beronani melakukan onani.
onar I gempar, huru-hara, kacau, rusuh: berita yg menimbulkan ~ ;
mengonarkan menggemparkan, mengacaukan, menghuru-harakan;
keonaran kegemparan, kehuru-haraan, kekacauan, kerusuhan.
onar II sl akal busuk, tipu daya.
oncom sj tempe yg bercendawan.
ondak; berondak-ondak bergelombang, mengombak (air): air ~;
terondak-ondak teroleng-oleng, tersentak-sentak (ke atas dan ke
bawah): ia berkayuh dgn cepat mendapatkan perahu yg ~ tiba .
onde-onde (ondé-ondé) 1. sj kuih Melayu (spt bola kecil yg dibuat drpd
tepung pulut dan berinti gula melaka dsb serta bersalut kelapa
parut), buah melaka; 2. Kd, Pn, Pl sj kuih Melayu (spt bola
bentuknya, kulitnya dibuat drpd tepung pulut dan bersalut bijan
serta berinti kelapa atau kacang hijau), kuih bom.
onderdil IB bp alat perkakas motokar (basikal dll).
onderneming (ondernéming) IB perkebunan, ladang.
ondoh; berondoh-ondoh berdesak-desak, bersesak-sesak (kerana ramai):
berjalan ~;
mengondoh menghanyutkan;
terondoh-ondoh terlanggar-langgar.
ondok; mengondokkan menyembunyikan.
oneng-oneng (onéng-onéng) anak piut (keturunan yg kelima).
ong I ark sj seruan (doa) kpd dewa.
ong II C bernasib baik, beruntung: "perniagaan Tan maju, cukup ~,"
jawab Puan Tan menabik dadanya.
ongah-angih goyah-goyah atau goyang-goyang (kerana tidak kuat).
ongek (ongék) Pr, bp; mengongek meminta-minta berulang-ulang (bkn
kanak-kanak), merengek.
onggak; mengonggak-onggak; berjalan ~ berjalan dgn kepala melonjaklonjak.
onggek (onggék); teronggek-onggek; menari ~ menari terlonjak-lonjak.
onggok longgok, timbun, tompok: se~ jerami; se~ jering;
beronggok-onggok berlonggok-longgok, bertimbun-timbun,
bertompok-tompok: ia mengerat kayu api ~ banyaknya; kanakkanak
mulai ~, berbisik-bisik sesama sendiri;
mengonggokkan melonggokkan, menimbunkan, menompokkan:
bermacam-macam jenis buah-buahan, ulam, dll dionggokkan di
atas meja di pasar itu; rezeki itu tidak akan dionggokkan di
hadapan kita tanpa bekerja;
teronggok terlonggok: kain yg ~ di atas katil;
onggokan longgokan, timbunan, tompokan.
ongji C izin, lesen.
ongkah-angkih berjalan terhoyong-hoyong.
ongkang I; ongkang-ongkang Jk 1. duduk dgn kaki terjuntai (terkulai); 2.
ki tidak ada kerja apa-apa.
ongkang II Mn; mengongkang-ongkang berjalan dgn langkah yg
panjang, melangkah panjang-panjang (ketika berjalan).
ongkok Mn; mengongkok-ongkok berjalan membongkok-bongkok;
mengongkoki menghampiri dgn membongkok-bongkok (utk
menyerang dll).
ongkos IB biaya, belanja: ~ cetak; ~ makan; berapa ~ utk kerja ini?
mengongkosi membayar ongkos, membiayai, membelanjai: mereka
dapat ~ aku belajar di universiti;
perongkosan bermacam-macam ongkos (belanja, biaya).
ongok Mn bodoh, dungu.
ongol-ongol sj penganan yg dibuat drpd tepung sagu dll.
oniks sj batu permata yg mempunyai lapisan-lapisan yg beraneka warna.
onkogenik (onkogénik) (Ubat) bkn sesuatu yg mengakibatkan
pembentukan tumor.
onkolisis (Ubat) pemusnahan sel tumor sama ada secara mekanikal atau
dgn menggunakan bahan kimia atau virus.
onkologi kajian tentang tumor.
onomasiologi kajian tentang hubungan makna antara lambang bahasa dgn
objek yg dilambangkan, mis kajian tentang sinonimi dan polisemi.
onomastik kajian tentang nama khas spt nama orang dan nama tempat,
terutamanya yg berkaitan dgn asal usul dan makna nama yg
berkenaan.
onomatopeia (onomatopéia) pembentukan (penggunaan) kata yg bunyinya
ditiru drpd bunyi alamiah spt bek, kuak, miau.
ons IB auns.
onslah IB; mengonslah bp memberhentikan (pekerja), melepaskan,
memecat.
ontogeni kajian tentang kebiasaan berbahasa seseorang sepanjang
hayatnya.
ontologi cabang ilmu falsafah atau metafizik yg berkaitan dgn fitrah
makhluk (manusia): setiap bentuk pemikiran manusia dapat
dikembalikan pd dasar ~.
onyah; ~-anyih = mengonyah-anyih tidak lekas-lekas membuat kerja,
malu-malu, segan-segan.
onyak; ~-anyik a) onyah-anyih; b) goyah (goyang, tidak teguh).
onyok; mengonyok, mengonyokkan mengunjukkan, menonjolkan,
menyodokkan, menyodorkan, memberikan, mendesakkan:
mengonyokkan surat.
oosperma (Ubat) ovum yg baru tersenyawa.
opah Pr nenek perempuan.
opak I; ~ angin = opak-opak sj penganan: ~ ubi.
opak II ark; mengopak menyalakan (membesarkan) api yg hampir padam
(dgn menghembus dll).
opal sj batu permata yg terdapat dlm pelbagai warna atau tanpa warna,
sama ada lut sinar atau legap, biasanya terdapat dlm batu igneus
atau kawasan kolam air panas, baiduri.
opan Pr panggilan kpd perempuan yg berpangkat nenek.
opas IB 1. tukang jaga; 2. penyelenggara pejabat, peon; ~ polisi matamata;
~ pos pembawa surat, posmen.
opau C sj kantung wang pd tali pinggang (drpd manik).
OPEC (opék) akronim bagi Organization of Petroleum Exporting
Countries (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum).
opelet (opelét) IB sj kereta sewa.
open IB bp dapur.
open (opén) Jk 1. suka memerhatikan segala-galanya, cermat, hemat; 2.
suka memungut barang-barang yg terlantar;
mengopeni memerhatikan, mengendahkan, memungut (mengutip)
apa-apa yg terlantar.
oper Id bp; mengambil ~ menggantikan pekerjaan (tanggungan, tugas, dll)
orang lain, mengambil alih; kerja ~ kerja luar masa, kerja lembur;
mengoper 1. mengambil oper: lebih dahulu, pelajarilah gerak
perempuan di Eropah dalam-dalam, sebelum kita ~ sahaja citacitanya;
2. memindahkan, mengalihkan; 3. = mengoperkan
memberikan kpd, menyerahkan: ~ bola;
pengoperan pemindahan, pengalihan, penyerahan.
opera sj drama yg disertai dgn nyanyian dan muzik.
operasi 1. pembedahan: ia sanggup menjalani suatu ~ asal sahaja
penyakitnya itu boleh hilang; 2. perjalanan (alat, pesawat, jentera,
dll): buku ini juga menjelaskan ~ beberapa alat berdasarkan
prinsip mekanik; 3. kegiatan (syarikat perniagaan, perusahaan,
dsb); 4. gerakan tentera, polis, dll: ~ jenayah dan keselamatan;
daerah ~ daerah yg sedang dijalankan gerakan tentera; kamar ~ a)
bilik tempat dilakukan pembedahan, bilik bedah; b) bilik tempat
dikawal atau dikendalikan sesuatu gerakan, bilik gerakan;
beroperasi 1. melakukan gerakan (tentera dll); 2. bergerak,
berjalan: menerangkan cara sistem itu ~ dlm situasi-situasi baru;
3. menjalankan kegiatan (perniagaan dsb): sehingga kini sebanyak
15 buah syarikat telah ~;
mengoperasi melakukan pembedahan (atas), membedah: ~ orang
yg sakit.
operasional 1. berkaitan dgn operasi: strategi dan program yg ~; 2.
berkeadaan baik dan sedia utk digunakan.
operator orang yg menjalankan atau mengendalikan sesuatu alat, mesin,
dsb: ~ telefon.
opereta (operéta) (Muz) sj komedi muzik yg pendek dan ringan.
operkomplit IB berlebih (pegawai).
opis bp pejabat.
opium candu.
opor sj masakan (ayam atau itik panggang dgn rempah-rempah).
oportunis orang yg suka mengambil kesempatan drpd sesuatu keadaan,
terutamanya utk kepentingan peribadi.
oportunisme sikap suka atau pandai mencari dan menggunakan
kesempatan drpd sesuatu keadaan, terutamanya utk kepentingan diri
sendiri.
oposisi 1. penentangan; 2. = parti ~ parti politik yg menentang parti
pemerintah (dlm parlimen dll), parti pembangkang.
opseter (opséter) IB pegawai yg mengawasi pekerjaan (membuat rumah
dll), penyelia.
opsiner, opsinder IB pengawas atau penyelia (sekolah, ladang, dll).
opsir pegawai yg bertauliah, perwira (dlm perkhidmatan tentera).
opsyen 1. hak (kebebasan) utk memilih, pilihan: mereka akan diberi ~
sama ada hendak terus berkhidmat atau sebaliknya; 2. (Eko) hak
utk membeli atau menjual sejumlah sekuriti dsb pd harga tertentu
dlm tempoh tertentu.
opsyenal terserah kpd pilihan sendiri.
optik 1. kajian saintifik tentang cahaya dan pelihatan; 2. berkaitan dgn
mata atau pelihatan; ~ gentian (Komp) teknik penghantaran data
digital dlm bentuk denyutan cahaya melalui berkas gentian kaca yg
panjang, lut sinar, dan halus.
optimis (orang yg) selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu
(perkembangan, kemungkinan, dll), (orang yg) selalu melihat
sesuatu masalah dll dgn jangkaan atau harapan baik: saya juga
seorang ~, tetapi lebih munasabah dan menguntungkan jika kita
mengambil sikap berhati-hati dan berjaga-jaga.
optimisme sikap (pandangan hidup atau pendirian) yg melihat segala hal
dr sudut kebaikannya sahaja atau yg menjangkakan perkembangan
(kemungkinan dsb) yg baik-baik sahaja.
optimistik penuh harapan baik dlm menghadapi sesuatu: dia berasa ~
tentang keputusan itu.
optimum 1. kedudukan (jumlah, paras, dll) yg terbaik atau paling
menguntungkan (bagi sesuatu keadaan, pengeluaran,
perkembangan, dll); 2. paling baik atau menguntungkan (bkn
pengeluaran dll): pengeluaran yg ~ dgn kos yg rendah serta efisien
hanya diperoleh melalui teknologi yg berintensif modal dan tidak
pd teknologi yg berintensif buruh;
mengoptimumkan merancang atau menjalankan kegiatan ekonomi
dll dgn kecekapan maksimum: ke arah ~ potensi ekonomi umat
Islam;
pengoptimuman perihal (perbuatan atau tindakan)
mengoptimumkan: ~ pengeluaran sangat penting dlm menentukan
keuntungan.
optometer (optométer) (Ubat) alat utk menguji kuasa pembiasan mata.
optometri (optométri) pengukuran ketajaman pelihatan dan penentuan
kaca mata yg sesuai (dr segi kuasa) utk memperbaik pelihatan.
opu gelaran bangsawan Bugis.
opus (Muz) gubahan muzik, mis simfoni, yg diberi nombor (utk
menunjukkan bila gubahan itu ditulis).
or Kl; habis ~;  habis.
orak I; mengorak 1. menguraikan, mengungkai, membuka (tali,
lingkaran, dll); 2. menghitung utk mencari angka pengisi bagi
sesuatu angka;
~ ikatan menguraikan ikatan; ~ langkah membuka langkah, mulai
melangkah (berjalan); ~ lingkar mulai bekerja; ~ pura membuka
pundi-pundi wang (membayar hutang); ~ selimut membuka selimut;
~ senyum tersenyum; ~ sila bangkit berdiri, pergi; segan ~ lingkar
sangat malas;
terorak terurai, terungkai, terbuka;
orakan cara atau kaedah menghitung utk mencari angka pengisi
bagi sesuatu angka.
orak II; ~-arik kacau-bilau.
oran; akar ~ merah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cina putih,
bunga jengkal, Neuropeltis racemosa.
orang 1. manusia (sbg peribadi): dr sini kami lihat ~ berkelahi; tadi ada ~
telefon awak; satukanlah ~ berdua ini; 2. salah satu manusia (ganti
diri ketiga yg umum): jangan suka dengar cakap ~ sangat;
dagingnya ~ buat lauk; dengar kata ~ terjun masuk lubuk; di aku
hak aku, di ~ hak ~ (yg) pd orang lain itu haknya; 3. diri manusia:
barangnya ada tetapi ~nya pergi ke mana; mana ~nya yg
memanggil aku tadi; ~ seorang orang sendiri; 4. penjodoh bilangan
bagi manusia: lima ~ pengganas telah ditembak mati oleh pasukan
keselamatan; 5. pengikut, anak buah: berapa ramaikah ~ awak?;
kalau engkau pandai mengasuh, engkau akan beroleh isteri
walaupun dia bukan ~ awak; 6. manusia yg berasal dr sesuatu
daerah tertentu, rakyat sesebuah negara: dia ~ Perak, bukan ~
Selangor; nampaknya dia itu spt ~ kampung; 7. bangsa, kaum,
suku: ~ Iban; ~ Kadazan; ~ Melayu; 8. = ~ lain lain drpd diri
sendiri, bukan kaum keluarga: itu motokar ~, bukan motokar kita; ~
sekali masuk membawa harta itu keluar, ia dua tiga kali masuk
keluar; negeri ~ negeri lain, bukan negeri sendiri; 9. Jk kerana,
lantaran (sebenarnya): mana dapat membayar, ~ belum gajian; 10.
bp diri sendiri dan sbg penguat utk kata ganti spt awak (kau) ~, dia
~, kita ~, lu ~;
~ asing a) (Udg) orang yg bukan warganegara bagi sesebuah
negara; b) orang luar; ~ asli penduduk asal sesebuah negeri; ~ atas
a) orang yg tinggal di sebelah atas; b) orang yg berpangkat tinggi,
orang besar-besar; ~ awam a) rakyat biasa, khalayak ramai; b)
orang preman, bukan anggota polis atau tentera; ~ banyak khalayak
ramai, orang biasa, orang awam; ~ Barat orang berkulit putih yg
berasal dr Eropah dan negara-negara spt Kanada, Amerika Syarikat,
Australia dan New Zealand; ~ baru (baharu) a) orang yg baru
bekerja; b) orang yg baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat;
c) orang yg baru berkahwin; d) anak yg akan atau baru dilahirkan; ~
bawah (bawahan) orang yg tidak berpangkat, orang yg berpangkat
rendah; ~ belakang a) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir)
kemudian; ~ (yg) berada orang yg berharta; ~ besar a) orang yg
besar tubuh badannya; b) orang yg sudah dewasa; c) orang yg
berpangkat tinggi; d) orang mulia (bangsawan); ~ biasa rakyat
biasa; ~ buangan orang yg diasingkan drpd masyarakat (kerana
kegiatan-kegiatan politik dll); ~ bukit orang yg tinggal di bukit; ~
bumi penduduk asli; ~ buruan orang yg diburu (dicari) oleh yg
berwajib kerana kesalahan jenayah dll; ~ dagang orang yg datang
dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri; ~
dalam a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di
dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana
menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa
jua, orang kesayangan orang ramai; ~ darat a) orang asli; b) orang
kampung (dusun); c) Kl ki orang yg tidak tahu akan perkara; d) Mn
orang bahagian pedalaman Minangkabau (lwn orang pesisir); ~
datang keturunan atau angkatan yg akan datang, orang belakang; ~
gaji(an) orang yg bekerja di rumah orang, babu, pembantu rumah,
amah; ~ galang orang yg menjadi pelindung kpd orang lain (spt
pembesar), orang yg bersedia menyabung nyawanya utk tuannya
dll; ~ halus a) jin, roh, orang bunian; b) orang yg pandai-pandai; ~
harapan orang yg diberi kepercayaan penuh atau yg amat
diharapkan utk melaksanakan sesuatu (projek, program dsb); ~ hilir
a) orang yg tinggal di sebelah hilir sungai; b) Kl orang yg tahu
segala-galanya (lwn orang darat); ~ hulu a) orang yg tinggal jauh di
pedalaman negeri; b) orang yg tidak tahu adat dll; ~ hobatan orang
yg pandai menjampi (bomoh); ~ hutan a) orang yg tinggal di hutan;
b) sj kera besar, mawas, Pongo pygmaeus; c) orang yg tidak tahu
sesuatu perkara (adat, tatatertib, dll); ~ jemputan orang yg
berbangsa, orang bangsawan (jika ia berkahwin menurut adat
kebiasaan, pihak perempuanlah yg menjemputnya dgn wang dll); ~
kalau orang yg memainkan nobat; ~ kampung a) orang yg tinggal di
kampung; b) bp orang yg tidak tahu suatu apa; ~ kanan orang yg
diharapkan, orang harapan, pembantu (penolong) yg utama; ~ kaya
a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg
berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rangkaya panggilan kpd
isteri orang yg berpangkat atau yg patut dihormati; ~ kebanyakan
orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat); ~
kecil a) orang yg kecil badannya; b) rakyat biasa (orang
kebanyakan); ~ keluaran a) orang yg di luar (yg tidak turut campur
dll); b) orang luar istana (lwn orang dalam); ~ kenamaan orang yg
terkenal, orang yg masyhur, orang besar; ~ kepercayaan orang yg
dipercayai, orang harapan; ~ lain bukan diri sendiri, manusia lain; ~
lama orang yg sudah lama (di sesuatu tempat, kerja, dll) dan banyak
pengalamannya; ~ laut suku bangsa yg hidup (tinggal) di laut; ~ liar
orang yg belum bertamadun (beradab), orang hutan; ~ luar (luaran)
orang yg di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dll); ~ mendatang
orang dagang; ~ minyak orang yg melumuri badannya dgn minyak
(supaya tidak mudah dapat ditangkap dll) dan biasanya mengganggu
orang perempuan dgn tujuan hendak mencabul kehormatan mereka;
~ muda a) orang yg masih muda; b) pemuda; c) Mn tukang salung
(tari dll); d) (biasanya) pelaku utama lelaki dlm bangsawan dll,
hero; ~ papak pondan; ~ perjuangan tokoh-tokoh politik; ~ preman
orang awam (bukan tentera); ~ putih orang Barat; ~ ramai khalayak
ramai, orang banyak, umum; ~ rantai orang hukuman; ~ rendah a)
orang yg tidak tinggi badannya; b) orang yg kedudukannya
(bangsanya dll) rendah, orang biasa; ~ rumah a) isteri; b) orang yg
tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah; ~ sabun orang
balar; ~ sakit a) orang yg menghidap penyakit, pesakit; b) orang yg
dirawat di hospital; ~ salah orang yg dihukum kerana melakukan
kesalahan; ~ setangga = ~ sebelah jiran, tetangga; O~ Sungai suku
kaum peribumi di Sabah termasuk dlm kumpulan kaum Kadazan
Dusun, yg kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai, aktiviti
utamanya ialah kerja yg berkaitan dgn laut dan sungai; ~ suruhan a)
orang gaji; b) wakil drpd satu pihak (sbg pembawa pesanan dll),
utusan; ~ tahanan orang yg ditahan oleh pihak yg berkuasa kerana
disyaki melakukan sesuatu jenayah, keganasan dsb; ~ tani
peladang, petani; ~ tebusan orang yg ditahan (biasanya orang yg
tidak bersalah) dan diugut akan dicederakan atau dibunuh jika
tuntutan pihak yg menahan itu tidak dipenuhi atau ditunaikan; ~
tengah a) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg berbalah;
b) orang yg menjadi pengantara antara pengeluar barang-barang dgn
pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara pihak-pihak dlm
rundingan kahwin dll; ~ timur orang Asia; ~ tua a) orang yg sudah
tua; b) ibu bapa; c) = ~ tua-tua orang yg dianggap tua (bijak dan
berpengalaman) dlm kampung; O~ Ulu suku kaum peribumi di
Sarawak yg terbahagi kpd banyak suku yg berbeza budaya dan
bahasa mengikut daerah, penempatan atau kawasan perkampungan
masing-masing, yg kebanyakannya tinggal di pedalaman, kuat
berpegang pd adat, dan mahir dgn kerja tangan; ~ upahan orang yg
diupah utk melakukan sesuatu, biasanya yg tidak baik;
~ berdendang di pentasnya, ~ beraja di hatinya prb mengikut rasa
hati masing-masing; ~ kaya suka dimakan, ~ elok selendang dunia
prb perihal orang kaya yg selalu berjamu dan menolong orang
miskin (satu pujian); ~ muda menanggung rindu, ~ tua
menanggung ragam prb tiap-tiap anak muda itu ada yg dirinduinya
(nasihat kpd orang tua); ~ tua diajar makan pisang (dadih) =
jangan diajar ~ tua makan dadih prb orang yg sudah tahu (pandai
dll) itu jangan diajar lagi; apabila ~ miskin menghendaki wang, dia
mendapat anak, apabila ~ kaya menghendaki anak, dia mendapat
wang prb perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yg
berkuasa Tuhan jua; bak ~ gombang di lebuh prb elok di luar sahaja
sedang di dlm tidak elok (tidak sempurna); lain ~, lain hati = makin
banyak ~ makin banyak niat prb kesukaan tiap-tiap orang itu tidak
sama (fikiran, kemahuan, dll); spt menanti ~ dahulu, mengejar ~
kemudian prb pekerjaan yg sia-sia; takkan dua kali ~ tua
kehilangan tongkat prb sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena
dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi);
seorang 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang (drpd yg
banyak); 2. sendiri; ~ diri sendiri sahaja; ~ budi-budian, ~ tabung
seruas prb perihal dua orang yg berlainan tabiatnya (iaitu seorang
suka berahsia dan yg satu lagi lurus);
seseorang seorang (drpd yg banyak) yg tidak dapat dipastikan: ~
calon itu hendaklah lulus ujian;
berseorangan, berseorang 1. dgn cara seorang-seorang;
pengajaran ~ pengajaran dgn cara seorang-seorang; 2. seorang diri:
soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi ~;
keseorangan terasing seorang diri, tinggal seorang diri, kesunyian:
dia betul-betul ~ jauh dr segalanya;
perseorangan dgn cara berseorang-seorang (tidak secara
berkumpulan dsb), satu-satu orang (tidak bersama atau dgn
pelibatan orang lain): usaha menulis bahasa Melayu dgn
menggunakan huruf-huruf Rumi telah dijalankan oleh beberapa
orang sarjana Eropah secara ~; johan ~ johan atau juara yg terdiri
drpd satu orang pemenang sahaja (bukan pasangan atau pasukan);
orang ~ orang bersendiri, individu;
orang-orangan, orang-orang 1. tiruan orang, boneka, patung:
kami dianggap ~; 2. sj patung yg dibuat utk menakutkan burung:
mereka buat ~ drpd kain baju yg buruk-buruk; ~ mata bahagian yg
hitam pd biji mata;
berorang ada orang: rumah itu sepi tidak ~;
berorang-orang Mn secara dgn orang lain (bukan secara sanaksaudara);
perorangan perihal orang seorang: sajak ini menyiarkan teknik ~
bagi menghidupkan perasaan manusia.
orang-aring 1. sj tumbuhan (rumpai), aring-aring, keremak jantan (hutan),
rumput migus (kunang putih), Eclipta alba; 2. sj tumbuhan (herba),
akar batu babi, daun balam, kica, kuda paya, pokok kedudu paya,
rubai, ubai-ubai, ubai itik, Pouzolzia zeylanica.
orbit (Fiz) 1. laluan yg diikuti oleh sesuatu planet, satelit, dsb dlm
pergerakannya mengelilingi jasad cakerawala yg lain di bawah
pengaruh graviti; ~ rendah orbit yg biasanya bulat, altitudnya
kurang drpd 1 000 km dan tempoh bergerak dlm orbit kira-kira 90
minit; 2. laluan elektron mengelilingi nukleus atom;
mengorbit 1. bergerak mengikut peredaran orbit: tempoh ~ kirakira
90 minit; 2. ki mencari jalan memburu kejayaan (nama) dlm
bidang tertentu: manusia hanya sekadar makhluk tidak bererti yg ~
dlm dunia yg maha luas.
orbital (Fiz) kawasan di sekitar nukleus sesuatu atom.
orde = order IB sistem, peraturan, susunan; ~ baru a) peraturan
(pemerintahan, dll) secara baru (sistem pemerintahan sesudah
jatuhnya Sukarno); b) peraturan (golongan, aliran, dsb) yg baru atau
yg muncul pd waktu-waktu kebelakangan; ~ lama a) sistem
pemerintahan pd zaman Sukarno; b) peraturan (golongan, aliran,
dsb) yg lama.
order salah satu kategori pengelasan benda hidup, sebelum famili.
ordi 1. perintah; 2. rodi; wardi.
ordinal; nombor ~ (Mat) nombor yg menunjukkan kedudukan relatif
(sesuatu benda) dlm satu urutan (kumpulan): pertama, ketujuh, dan
kesepuluh adalah contoh nombor ~.
ordinan perintah, peraturan, statut, dsb oleh sesuatu pihak berkuasa,
undang-undang.
ordinat garisan yg antara lain dipakai utk menentukan titik dlm suatu
ruang.
ordonan IB orang suruhan dlm perkhidmatan ketenteraan.
ordonansi IB peraturan kerajaan.
oregano (orégano) sj tumbuhan herba yg daunnya digunakan sbg perasa
dlm masakan Itali dan Mexico, Origanum vulgare.
oren (orén) 1. sj buah limau (kulitnya kuning kemerah-merahan) drpd
tumbuhan Citrus sinensis; 2. = air ~ air limau; 3. warna kuning
kemerah-merahan, jingga.
oreng (oréng) Mn alur antara hidung dgn bibir, uring.
organ I 1. alat dlm tubuh (manusia, binatang, tumbuhan) yg mempunyai
tugas yg penting; 2. institusi (badan dsb) yg melaksanakan sesuatu
bidang tugas dan tanggungjawab: tiga ~ asas negara – eksekutif,
legislatif dan kehakiman menjalankan tugas secara berasingan.
organ II IB majalah atau akhbar sesebuah parti politik dll.
organ III alat muzik yg mempunyai papan nada yg memerlukan kuasa
elektronik utk menghasilkan bunyi; ~ elektrik organ yg bunyinya
diubah suai secara elektronik.
organdi (Tks) sj fabrik kapas yg nipis dan agak keras.
organik; bahan ~ a) bkn bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber)
haiwan atau tumbuhan; b) bkn bahan kimia yg mengandungi unsur
karbon; c) bkn tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan
atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~;
kimia ~ cabang kimia yg berkaitan dgn sebatian karbon; penyakit ~
penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh.
organisasi kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian
(orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll)
utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan: ~
kaum wanita; ~ politik;
berorganisasi mempunyai organisasi, tersusun dgn baik dan rapi:
kaum tani mulai ~ dlm gerakan pertahanan rakyat; kejayaan hidup
berkeluarga bergantung pd kejayaan dirinya hidup ~; keganasan
yg dilakukan secara ~;
mengorganisasikan mengatur dlm organisasi, menyusun menjadi
kesatuan dsb yg teratur: ~ badan politik;
pengorganisasian perihal (proses) mengorganisasikan sesuatu:
institusi itu menitikberatkan ~ ilmu.
organisator IB orang yg mengorganisasikan, penyusun, pengatur.
organisir IB; mengorganisir mengorganisasikan.
organisma haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yg berupaya menjalani
proses kehidupan spt bernafas, makan, membesar, dan membiak.
organza (Tks) sj fabrik nipis, jarang dan keras yg diperbuat drpd benang
kapas, sutera, rayon dsb.
orgasma puncak kenikmatan syahwat.
orgel organ.
orgi pesta liar, biasanya disertai dgn minum minuman keras secara
berlebih-lebihan dan kegiatan seks.
ori bp singkatan bagi original.
ORI ark Id kep Oeang Repoeblik Indonesia, iaitu mata wang yg
digunakan pd zaman revolusi (1945 – 1955).
orientalis (oriéntalis) pakar dlm bahasa, kebudayaan, dll bangsa timur.
orientalisme (oriéntalisme) nilai (ciri, gaya, pandangan, tatalaku dsb) yg
berkaitan dgn atau berasaskan bangsa Timur.
orientalistik (oriéntalistik) berkaitan dgn (berasaskan dsb) orientalisme:
kita tidak harus terpengaruh oleh kecenderungan ~ dlm
menentukan pandangan kita tentang khazanah bangsa.
orientasi (oriéntasi) 1. arah aliran yg diikuti atau yg menjadi spt landasan
bagi sesuatu pergerakan (perkembangan dll): sikap atau ~
intelektual tidak dapat dicapai hanya melalui latihan yg
berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran tertentu; 2. kegiatan (peninjauan
dsb) yg menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan
diri dgn sesuatu keadaan baru (matlamat tertentu dll): pd hemat
saya, tidak perlu memberikan ~ baru kpd pelajar-pelajar kita
supaya tanggapan dan niat mereka belajar di universiti memenuhi
harapan yg kita letakkan pd mereka;
berorientasi melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih
kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn
sesuatu keadaan dll);
berorientasikan mempunyai sbg orientasi, berasaskan sesuatu
orientasi: industri-industri yg ~ eksport; sistem pendidikan yg ~
peperiksaan; sebuah karya Melayu yg ~ tradisi Arab; strategi
ekonomi yg ~ pertumbuhan;
mengorientasikan menyesuaikan (menyelaraskan dsb) kpd sesuatu
atau utk mencapai sesuatu: diperlukan latihan semula atau latihan
dlm perkhidmatan utk ~ semula pemikiran dan pengetahuan
mereka; keseluruhan sistem pendidikan mestilah diorientasikan utk
menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di
kalangan para pelajar.
origami (Jepun) seni lipat kertas utk membuat objek hiasan yg berbentuk
spt manusia, binatang dsb.
original bp bukan tiruan (bkn karya, produk, idea dsb), asli, tulen.
Orion nama sekumpulan bintang yg bercahaya terang, bintang belantik,
bintang tiga beradik.
orisinil IB asli, tulen.
orkes (orkés) 1. pasukan pancaragam yg kecil bilangan ahli muziknya
(biasanya setiap pemuzik memainkan hanya satu jenis alat muzik):
~ Ahmad Wan Yet; O~ Sinar Murni; 2. bunyi-bunyian, muzik.
orkestra (orkéstra) pasukan pancaragam yg besar bilangan ahli muziknya
dan sesuatu jenis alat muzik (terutama biola, trompet, saksofon,
dsb) dimainkan oleh beberapa orang pemuzik dgn seorang
memimpin pasukan ini: O~ RTM; ~ simfoni orkestra yg
mempersembahkan atau memainkan simfoni;
mengorkestrakan mempersembahkan atau menggubah (lagu atau
muzik) utk orkestra: dia ~ beberapa buah lagu rakyat.
orkid 1. tumbuhan daratan atau epifit dr famili Orchidaceae yg bunganya
berwarna terang dan cantik, anggerik; 2. bunga dr tumbuhan ini,
anggerik.
orkidektomi (orkidéktomi) (Ubat) pembuangan salah satu atau kedua-dua
testis secara pembedahan.
ormas Id kep organisasi massa.
orna ark warna.
ornamen sesuatu yg menghiasi, perhiasan (spt lukisan dll).
ornitologi kajian tentang burung, terutama aspek kelakuan, pengelasan,
dan kawasan tempat tinggalnya.
orogeni (orogéni) (Geog) proses pembentukan gunung.
orografi cabang geografi fizikal yg berkaitan dgn gunung.
orok I; anak ~ bayi.
orok II; mengorok mendengkur.
orok-orok Jw sj tumbuhan (pokok), kacang kayu, kacang riang-riang,
kacang sekucuk, Crotalaria striata; ~ cina sj tumbuhan (pokok),
giring landak, Crotalaria retusa.
orong-orong I Mn lubang sumbu meriam (senapang) kuno.
orong-orong II Jw anjing tanah.
orpol Id kep organisasi politik.
ortodoks berpegang teguh pd peraturan, pendapat, prinsip, dsb yg
diterima umum spt dlm agama, kelakuan atau sikap: begitu juga
beberapa ilmu kebatinan yg bertentangan dgn Islam yg ~;
keortodoksan perihal (keadaan) ortodoks: ~ tidak menolong masa
kesusahan dlm amalan sosial.
ortodoksi ketaatan kpd prinsip agama dan undang-undang (peraturan).
ortodontik cabang ilmu pergigian yg berkaitan dgn pengelakan
berlakunya pertumbuhan gigi yg tidak normal (tersusun) dan
perawatan gigi yg bermasalah.
ortografi 1. (sistem) ejaan; 2. ejaan yg betul atau standard.
ortopedik (ortopédik) subbidang ilmu pembedahan yg khususnya
berkaitan dgn pemulihan fungsi sistem rangka serta sendi dan
struktur yg berkaitan.
ortopnea (ortopnéa) (Ubat) keadaan sukar bernafas kecuali semasa duduk
tegak atau berdiri.
ortoptik (Ubat) rawatan atau teknik pemulihan pelihatan yg cacat, spt dgn
melakukan senaman mata utk memperkuat otot-otot mata yg lemah.
Os simbol kimia bagi osmium.
oseanarium (oséanarium) akuarium air laut yg besar tempat memelihara
binatang atau hidupan laut.
oseanografi (oséanografi) ilmu tentang segala aspek (termasuk fizik,
biologi, kimia, geologi) yg berkaitan dgn lautan.
osikel (Bio) tulang kecil.
osiloskop sj alat pengujian elektronik yg boleh memaparkan pelbagai rupa
bentuk gelombang pd tabir tiub sinar katod.
oskar hadiah berupa ukiran (patung dsb) yg diberikan kpd pemenang
sesuatu pertandingan (spt nyanyian, lakonan, dsb).
oskeoplasti (oskéoplasti) (Ubat) pembedahan plastik pd kerandut buah
zakar utk tujuan pemulihan atau pembaikan.
osmium (Kim) sj unsur logam yg berwarna putih dan keras.
osmosa Id osmosis.
osmosis (Kim) pengaliran molekul pelarut dr larutan yg kurang pekat ke
larutan yg lebih pekat melalui membran separuh telap.
oso; ~ sekata persetujuan penuh (sebulat suara).
osteofit (ostéofit) (Ubat) tunasan tidak normal pd tulang yg
mengakibatkan rasa sakit pd tulang.
osteologi (ostéologi) kajian tentang struktur dan penyakit tulang.
osteomalasia (ostéomalasia) (Ubat) keadaan tulang menjadi lembut akibat
gangguan proses pembentukan mineral, yg mengakibatkan rasa
sakit, nyeri, lemah otot, kekurangan berat badan, dll.
osteopati (ostéopati) (Ubat) 1. sebarang penyakit tulang; 2. cara
mengubati sesetengah penyakit dgn menggerak-gerakkan atau
memicit-micit tulang dan otot.
osteoplasti (ostéoplasti) (Ubat) pembedahan plastik pd tulang.
osteoporosis (ostéoporosis) (Ubat) kelampungan tulang (biasanya dialami
orang tua).
osteotomi (ostéotomi) (Ubat) pemotongan tulang secara pembedahan.
osteotrofi (ostéotrofi) (Ubat) hal yg berkaitan dgn nutrien yg diperlukan
utk pembentukan dan perkembangan tulang.
otak I 1. organ di bahagian atas kepala, yg mengawal pemikiran
(perasaan), benak; 2. alat berfikir, fikiran: terlintas di ~ku kejadiankejadian
ngeri itu;
~ ayam bodoh; ~ minyak pandai; ~ telur bodoh; ~ udang bodoh;
kepala ~ bk sj makian; kerja ~ kerja yg menggunakan fikiran; picik
~ sempit fikiran;
~ batu kepala sl kepala (dlm percakapan dgn raja dll); ~ telur,
bukan ~ minyak prb perihal seorang yg bodoh;
berotak 1. mempunyai fikiran, berakal, berfikiran: ia seorang yg ~;
tidak ~ tidak berfikiran (berakal); 2. mempunyai otak: ~ geliga; ~
udang.
otak II; otak-otakan Jk suka berbuat yg bukan-bukan (supaya dikatakan
berani dll), mengada-ngada, sombong.
otak III; ~ udang 1. sj tumbuhan (pokok), katak udang, pauh pipit,
Buchanania lucida; 2. sj tumbuhan (pokok), bengkaras, jangkal,
medang melukut, serapuh bukit, Norrisia malaccensis.
otak-otak sj lauk yg dibuat drpd ikan dll bercampur rempah (dibalut dgn
daun kelapa dan dipanggang).
otalgia (Ubat) sakit di bahagian tengah atau di dalam telinga.
otek (oték) I; ikan ~ 1. sj ikan laut, Arius utik; 2. sj ikan laut, Tachysurus
utik.
otek (oték) II Jk goyang, goyah;
mengotekkan menguit-guit: anjing itu ~ ekornya.
otek (oték) III Jw sj biji-bijian, sekoi.
otek (oték) IV; mengotek melakukan sesuatu dgn perlahan-lahan.
otitis (Ubat) radang di dalam telinga yg dicirikan oleh demam, gangguan
pendengaran dsb.
oto I Id motokar; ~ gerobak lori; ~ sedan motokar yg tertutup
bumbungnya (tidak dapat dibuka-buka spt pd motokar sport).
oto II pakaian penutup dada (utk kanak-kanak).
otobis IB bas sewaan.
otokoyok Kl sama kuat (perlawanan dll).
otologi cabang perubatan yg berkaitan dgn kajian tentang anatomi dan
penyakit telinga.
otoman sj tempat duduk yg panjang, rendah dan berkusyen tanpa
penyandar atau lengan, kadang-kadang digunakan sbg kotak utk
menyimpan barang spt cadar dsb.
otomat IB perkakas yg dapat berjalan atau bekerja sendiri.
otopet (otopét) IB sj basikal kanak-kanak yg tidak berpengayuh (ditolak
dgn kaki).
otorea (otoréa) (Ubat) lelehan dr telinga, terutamanya yg mengandungi
nanah.
otorinolaringologi kajian tentang penyakit telinga, hidung dan
kerongkong.
otoritet (otoritét) IB pembesar, penguasa.
otot (berkas) tisu yg terdiri drpd berkas sel-sel memanjang yg boleh
ditegangkan dan dikendurkan utk menghasilkan pergerakan pd
organ atau bahagian;
~ jalur = ~ kawal (Bio) otot di bawah kawalan otak, yg tisunya
terdiri drpd gentian otot yg jalur-jalur melintangnya kelihatan
melalui mikroskop, mis otot pd tulang rangka; ~ jantung (Bio) otot
jalur yg terdapat pd jantung, yg di luar kawalan otak; ~ licin (Bio)
otot di luar kawalan otak, yg tisunya terdiri drpd sel berbentuk
gelendong dan tanpa jalur melintang yg ketara, mis otot dinding
usus;
berotot mempunyai otot: tangan yg ~;
mengotot keras (tegar) hati.
output 1. hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran
semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil
pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd
litar elektronik;
~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~
grafik hasil janaan komputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik;
mengoutput mengeluarkan data dr sesuatu (sumber dsb): data
input dikawal, disemak, diproses dgn betul menurut tatacara yg
diperlukan, dan dioutput dgn tepat;
pengoutputan proses mengoutput sesuatu.
ovalbumin (Bio) albumin yg terdapat dlm putih telur.
ovari (Bio) 1. salah satu drpd dua organ pembiakan (pd perempuan dan
binatang betina) yg mengeluarkan ovum dan hormon estrogen; 2.
organ pembiakan pd tumbuhan betina yg mengeluarkan biji.
ovariotomi (Ubat) pembuangan ovari atau tumor ovari secara
pembedahan.
overdraf 1. pengambilan wang dr bank yg melebihi simpanan di bank; 2.
jumlah wang dikeluarkan dr bank yg melebihi simpanan.
overhed (overhéd) (Eko) kos bahan dan perkhidmatan yg diperlukan dlm
pengeluaran barang atau perkhidmatan, tetapi tidak boleh dikesan
secara langsung spt kos bahan mentah tak langsung (mis sewa atau
bayaran elektrik syarikat), buruh tak langsung (tukang sapu, penjaga
stor, dll), dsb.
overtur (Muz) gubahan muzik sbg pengenalan kpd persembahan opera,
balet dsb.
oviduktus (Bio) tiub yg menyalurkan ovum dr ovari, saluran ovum.
oviparus (Bio) bkn haiwan yg bertelur, dgn telur yg dikeluarkan itu
berkembang dan menetas di luar tubuh haiwan itu (spt ayam,
burung, dll).
ovoviviparus (Bio) bkn haiwan yg menghasilkan anak secara
perkembangan dan penetasan telur di dlm badan haiwan tersebut
(spt ular, ikan, dll).
ovul (Bio) struktur yg terdapat di dlm ovari angiosperma yg berkembang
menjadi biji setelah berlakunya persenyawaan.
ovum (Bio) sel telur haiwan betina yg belum tersenyawa yg dihasilkan
oleh ovari;
pengovuman (Bio) penghasilan telur oleh ovari.
oyak I Mn; mengoyak-oyak menggerakkan, menggoncangkan (supaya
lepas), mengogah.
oyak II Jw; mengoyak 1. berlari utk mendapatkan sesuatu atau seseorang
yg sedang bergerak, mis kucing menangkap tikus, polis menangkap
pencuri dsb; 2. berusaha dgn bersungguh-sungguh utk mendapatkan
sesuatu atau memenuhi tujuan.
oyod Jw ark akar.
oyok Jk; mengoyok memburu, mengejar, menghambat; oyak II.
oyong I berayun-ayun, bergerak-gerak, goyang;
mengoyongkan menggerakkan, menggoyangkan hingga condong;
huyung.
oyong II Jk sj tumbuhan (pokok menjalar yg buahnya spt peria), ketola
(hutan), petola sanding (segi), Luffa acutangula.
ozon (Kim) bentuk gas oksigen dgn tiga atom oksigen dlm satu molekul;
lapisan ~ lapisan atmosfera yg tinggi kandungan ozonnya dan
bertindak sbg perisai terhadap sinar ultralembayung matahari yg
memudaratkan kehidupan.
ozonosfera (ozonosféra) (Geog) lapisan atmosfera bumi, tempat yg
terletak di antara 15 - 30 km di atas permukaan bumi, tempat
terdapat ozon dlm jumlah yg paling banyak dan mampu menyerap
sinaran ultraungu.

No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama