SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Thursday 29 September 2011

Daftar Kata Huruf N

n huruf ke-14 abjad Rumi.
N simbol kimia bagi nitrogen.
Na simbol kimia bagi natrium.
naas bp nahas.
nabat (Muz) sj seruling puak Jahut di Pahang.
nabatah Ar tumbuh-tumbuhan.
nabati Ar bkn tumbuh-tumbuhan;
lemak ~ lemak drpd tumbuh-tumbuhan; sakar ~ gula yg dibuat drpd
tumbuh-tumbuhan.
nabawi Ar bkn nabi: hadis ~.
nabi Ar 1. orang yg dipilih Allah utk menerima wahyu daripada-Nya utk
dirinya sendiri dan tidak diwajibkan menyampaikan wahyu itu kpd
orang lain: Muhammad ialah ~ yg terakhir; 2. = al-Nabi Nabi
Muhammad SAW;
kenabian yg berkaitan (berhubungan) dgn nabi: Nabi Muhammad
seorang manusia biasa yg diutus oleh Allah sbg pesuruh dgn mukjizat
~nya; sudah pasti tidak ada darjah yg lebih tinggi drpd darjah ~.
nabu 1. Mn biji (buah-buahan spt durian dll) berserta isinya; 2. (Bio) isi buah,
daging buah;
bernabu (Bio) mempunyai isi yg banyak (bkn buah).
nabung Pr hampa (putus) harapan.
nada I 1. bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll): ahliahli
pancaragam telah membetulkan semula alat muzik utk membaiki
tinggi rendah ~; ~ utama nada dasar; tangga ~ Id tingkatan bunyi (dlm
muzik dll); titi ~ Id tanda bunyi pd baluk, not; 2. ki bunyi suara (yg
melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan atau sikap), lagu atau
rentak suara (sewaktu bercakap dll): "Kenapa tak ikut sama?",
isterinya menyambut dgn ~ kasih; 3. aliran dan rentak (ucapan, sajak,
dll);
senada padan atau sesuai (dgn): warna di bilik anak-anak ~ dgn ruang
tamu;
bernada mempunyai (membawa, menunjukkan) nada: sajak itu ~
romantis dan mengandungi unsur mistik; penggunaan bahasa yg ~
ilmiah.
nada II Kl sj alat utk menangkap ikan.
nadi 1. denyutan tetap pd arteri disebabkan oleh kontraksi jantung, biasanya
boleh dirasa di pergelangan tangan: gerak ~nya semakin cepat; 2. =
urat ~ pembuluh darah pd pergelangan tangan (terasa berdenyutdenyut);
3. = urat ~ ki unsur atau faktor yg menjadi asas atau
penggerak utama kpd sesuatu (kegiatan, pergerakan, perkembangan,
dll), punca hidup, jiwa: kebanyakan negara membangun turut
mengikuti falsafah pembangunan yg berteraskan sektor perkilangan
sbg ~ pembangunan; masjid itu dlm erti kata sebenarnya menjadi
jantung dan ~ perkumpulan itu;
batang ~ pembuluh darah yg besar; pembuluh ~ pembuluh darah dr
jantung; tinggal ~ prb perihal orang yg sakit tenat;
bernadi ada nadi, berdenyut nadi; dia sudah tidak ~ lagi sudah mati.
nadim Ar orang kepercayaan, sahabat karib.
nadir I Ar jarang ada atau didapati ganjil; gas ~ gas yg tidak bertindak balas
dr segi kimia dan didapati dlm jumlah yg sangat sedikit dlm udara
atmosfera, spt neon dll;
kenadiran perihal jarang ada atau terdapat: satu cara yg sering
digunakan utk menilai ~ atau sifat antik sesuatu buku adalah dgn
mengenal pasti tera air pd kertas yg berkenaan.
nadir II titik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yg terletak
langsung di bawah kaki pemerhati, lwn zenith.
nadir III sj perahu (di Melaka).
nadirat Ar; barang ~ barang-barang yg ganjil (jarang terdapat).
nadwah Ar mesyuarat, perhimpunan, majlis: satu ~ tentang ilmu sosial Islam
telah diadakan di Brussel.
naf IB, bp bahagian roda yg di tengah-tengah, pusat roda, hab.
nafas 1. udara yg disedut ke dlm dan dihembuskan keluar dr paru-paru;
menarik ~ menyedut udara (ke dlm paru-paru); menghembuskan ~ yg
akhir (penghabisan) mati; 2. penyedutan dan pengeluaran udara dr
paru-paru: ~ pendek; ~nya Isnin Khamis Id, bp mengap-ngap (hampir
mati); sakit ~ sakit sesak nafas (bengik); ~ baru semangat baru atau
sumber baru kekuatan yg memulihkan sesuatu kegiatan dll atau
memberinya keupayaan baru: memberi ~ baru kpd perkembangan
dunia hiburan dan perkembangan bahasa Malaysia amnya;
senafas 1. sepanjang waktu yg diperlukan utk menarik dan
mengeluarkan nafas satu kali, dlm jangka waktu yg pendek sekali: tapi
angin mati, ~ pun tak bertiup; 2. ki sama keadaannya, selaras,
sepadan, sesuai: kalimat-kalimatnya sejenis dan ~;
bernafas 1. menyedut dan menghembuskan nafas dr paru-paru: ikan ~
melalui insangnya; 2. bernyawa, hidup; tiap-tiap yg ~ tiap-tiap yg
hidup; 3. mempunyai unsur, berunsur, berbau: puisi yg ~ keislaman spt
yg diasaskan oleh Hamzah Fansuri dan Amir Hamzah itu seolah-olah
tidak diteruskan lagi; ~ keluar badan prb lebih percaya kpd pendapat
orang lain drpd pendapat sendiri;
menafaskan mengeluarkan nafas;
pernafasan perihal bernafas: liang ~.
nafi Ar 1. penolakan, penyangkalan; 2. tidak mahu (mengaku, menurut, dll),
ingkar;
menafikan tidak mengakui (menerima dll), menidakkan, menyangkal:
beliau ~ ia telah menelefon bapa mentuanya; tidak ada orang yg
berani ~ pendapatnya itu; tidak ~ mengakui, menerima (kebenaran,
kenyataan, kewujudan, dsb sesuatu);
penafian perihal (perbuatan dsb) menafikan, penyangkalan: misalnya,
imbuhan awalan Inggeris a-, in-, im-, un-, ab-, an-, ir-, dis-, non,
semuanya membawa fungsi yg sama iaitu ~.
nafiri sj serunai (trompet) panjang.
nafkah 1. wang (makanan dll) yg diperlukan utk hidup, sara hidup: siapa yg
menanggung ~ anak yatim itu? 2. makanan dll sehari-hari, rezeki;
mencari ~ mencari rezeki (bekerja utk mendapatkan rezeki); 3.
perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya: suami
wajib menanggung ~ isterinya; ~ batin hak bersetubuh isteri; ~ zahir
belanja hidup isteri; 4. bp pendapatan, gaji;
menafkahi memberi nafkah, menyarai hidup seseorang;
menafkahkan mengeluarkan (wang dll) utk makanan sehari-hari,
membelanjakan (wang).
nafs Ar nyawa, diri.
nafsi I Ar 1. diri sendiri, orang seorang (tidak dgn yg lain); 2. mementingkan
diri sendiri, tidak mempedulikan orang lain;
nafsi-nafsi, bernafsi-nafsi mementingkan diri sendiri, bersendirisendiri,
bersendirian: di kota yg ramai dan besar, manusia hidup
bernafsi-nafsi, tidak peduli akan orang.
nafsi II Jk marah, kemarahan;  nafsu.
nafsu Ar 1. keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat,
dorongan hati: ~ belajarnya tidak padam-padam; terburu ~ = keburu
~ Id berbuat sesuatu dgn tergesa-gesa kerana nafsu (dgn tidak berfikir
panjang); 2. = hawa ~ kehendak hati yg kuat utk melakukan sesuatu yg
melampau atau kurang baik (spt berseronok antara laki-laki dgn
perempuan dll): perempuan tidak boleh melakukan sesuatu yg boleh
membangkitkan ~ dan perasaan laki-laki; 3. = ~ makan keinginan utk
makan, selera: fikiran yg tenang itu biasanya tidak mengganggu ~
makan; patah ~ hilang selera; ~ amarah a) dorongan hati utk
melakukan sesuatu yg kurang baik; b) kepanasan hati, kemarahan; ~
kuda hawa nafsu yg melampau; ~-nafsi berbagai-bagai jenis nafsu,
pelbagai nafsu; ~ tabiat ark kemahuan semula jadi, naluri; ~-nafsi, raja
di mata, sultan di hati prb melakukan sesuatu dgn sesuka hati sendiri;
bernafsu dgn penuh nafsu, ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu:
mereka tidak begitu ~ utk memakan kuih itu; matanya penuh ke muka
Nahidah, pandangannya ~.
nafta (Kim) sj minyak mudah terbakar yg diperoleh drpd petroleum dan tar
arang batu.
naftalena (naftaléna) sj hablur yg berwarna putih dan berbau rangsang yg
dibuat drpd tar arang batu dan digunakan utk membuat bahan ubat
gegat, racun kulat, sbg bahan pelarut, dsb.
naga I 1. sl makhluk rekaan berupa spt buaya atau ular tetapi bersayap dan
berkuku cekam, boleh menghembuskan api dr mulutnya; 2. Jw ular
besar penunggu mata angin;
~ antaboga a) sj binatang laut yg besar; b) ikan paus; ~ balun naga yg
tinggal di gunung-gunung (dan membunuh mangsa dgn ekornya); ~
berapi naga yg menyemburkan api; ~ bura naga yg menyemburkan
bisa; ~ gentala naga yg menyedut mangsanya (tidak dapat bergerakgerak);
~ hari naga penunggu mata angin yg tiap-tiap hari berpindah; ~
jadi-jadian orang atau hantu yg menjelma menjadi naga; ~ seknik
lukisan naga yg diberi berkepak (pd kain batik); ~ tahun naga
penunggu mata angin yg berpindah tiap-tiap tahun; ~ umban sj naga
besar yg diam di laut;
naga-naga 1. naga tiruan (spt yg diperbuat drpd kertas dll); 2. ukiran
kepala naga (biasanya dipasang di haluan perahu); 3. tempat yg tinggi
(di balai penghadapan).
naga II; ~ buana sj tumbuhan (pokok renek), Phyilanthus pulcher; ~ setu sj
tumbuhan (rumpai), akar wangi, narwastu, rumput wangi, Vetiveria
zizanioides; rumput sisik ~ sj tumbuhan (herba), Desmodium
heterophyllum.
naga III; ~ berjuang sj ukiran yg merupakan dua garisan yg hampir
bercantum; ~ berseru = ~ taru sj ukiran yg merupakan dua garisan yg
bertemu dan kemudian berkelok ke kiri dan ke kanan; ~ bertangkap sj
ukiran yg merupakan dua garisan yg bersilang.
naga-naga Jk keadaan yg menjadi alamat atau tanda (akan baik buruknya),
padah: kalau begini ~nya binasa kita semua.
nagam Ar karangan mutiara.
nagara I ark = ~ bukit sl puncak bukit: datang sekarang pun tanah ~ bukit
itu spt warna emas rupanya.
nagara II sj gendang besar;  nakara.
nagasari I sj tumbuhan (pokok), Messua ferrea.
nagasari II sj kuih spt lepat, dibuat drpd tepung beras dan dibubuh pisang di
dalamnya.
nah 1. kata utk menyudahi percakapan orang lain atau utk menukar perhatian,
sudahlah: ~, marilah kita lihat sendiri; 2. kata utk mempelawa
seseorang menerima sesuatu, ambillah, terimalah: ~, ini wang lima
puluh ringgit; ~ ini tuala, mari aku tunjukkan tempat mandi; 3. kata
utk menyatakan persetujuan, sungguh: ~, kalau begitu lebih baik lagi;
4. kata utk memulakan ayat yg mengandungi perhatian yg lain: ~,
sekarang begini sahaja.
nahak ark; ternahak bangkit atau terbit (perasaan, selera, dll).
nahas 1. sial (dikaitkan dgn hari, bulan, dsb yg dipercayai kurang baik): hari
Rabu akhir bulan ini biasanya hari ~; 2. kecelakaan, kemalangan:
memang dia sendiri yg memanggil ~nya, tidak boleh menyalahkan
orang lain; ~ jalan raya;
menahaskan menganggap nahas, menyialkan, mencelakakan;
kenahasan perihal nahas, kesialan, kecelakaan.
nahi Ar yg terlarang (oleh agama Islam), larangan; ~ Allah larangan Allah.
nahu cabang ilmu linguistik yg berkaitan dgn sintaksis, morfologi, dsb,
tatabahasa;
~ bentuk nahu yg mengkaji bentuk kata dan kata-kata terbitannya,
morfologi; ~ huraian nahu yg mengkaji bahasa dlm penggunaan yg
sebenarnya (pd lapisan masyarakat yg berlainan, membandingkan yg
formal dgn yg tidak, yg baku dgn yg tidak, yg bertulis dgn yg
digunakan dlm percakapan dll) dlm rangka ilmu bahasa; ~ sarwajagat
pengkajian bahasa secara umum (tidak terhad kpd sesuatu bahasa
sahaja); ilmu ~ ilmu jalan bahasa (penyusunan kata dan ayat);
nahuan bkn atau berkaitan dgn nahu: rangkai kata nahu yg hanya
menerbitkan makna ~.
naib 1. pengganti, wakil: ~ raja; ~ kadi wakil kadi di sesuatu tempat (utk
menjalankan tugasnya); 2. penolong kpd, timbalan, ... muda; ~ yg
dipertua penolong (timbalan) yg dipertua; ~ laksamana ark laksamana
muda; 3. Id kadi;
~ johan pemenang kedua (dlm pertandingan).
naif 1. bersahaja, terlalu mudah, tidak canggih atau kompleks dsb: beliau
mengatakan ceritanya terlalu ~ dan terlalu mudah utk mencapai
maksud simbolik itu; 2. ki lurus, tidak matang (pemikiran dll), keanakanakan;
kenaifan keadaan naif: kehidupanku terlalu setia dgn ~ku.
naik 1. bergerak ke atas: asap ~ ke udara; bulan ~ dr satu hari bulan hingga
lima belas hari bulan (bulan sabit hingga bulan penuh); tegak ~ a)
matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9.30 pagi); b) sudah mulai
besar (budak yg berumur lebih kurang 15 tahun); 2. bergerak ke tempat
yg lebih tinggi, mendaki, memanjat, masuk ke rumah (ikut tangga):
maka ia pun berjalanlah, ~ bukit turun bukit hingga ke suatu padang
yg luas; dgn segera pintu dibuka oleh isterinya, dan ia pun ~ cepatcepat;
3. mengenderai (kuda, kereta, dll), masuk ke kenderaan: ~
kereta ke Pulau Pinang; ~ lif ke tingkat empat; 4. bertambah tinggi
(mahal, besar, banyak, dll) drpd yg mula, bertambah, meningkat: ~ dan
turunnya jualan tuan pd tiap-tiap bulan terpulanglah kpd kecekapan
tuan mengurus perniagaan; semua harga barang ~; kalau pangkat ~
gaji pun akan ~; 5. tumbuh menjadi besar (tinggi dll): padi sedang ~;
6. menjadi, berubah menjadi: air mukanya dgn serta-merta ~ merah
padam, dgn itu aku ~ pelik pula; 7. kembang atau mengembang (bkn
adunan kuih): pukul telur sehingga ~; biarkan adunan roti itu ~ ;
~ angin = ~ kepala angin tidak dapat mengawal diri kerana sangat
marah dll; ~ apel = ~ banding Id memohon ke pengadilan yg lebih
tinggi; ~ basuh kaki tidak diperlukan mengongkosi perbelanjaan
kenduri kahwin (bkn pengantin laki-laki); ~ besar sudah mulai besar
(anak-anak); ~ darah (menjadi) marah; ~ darat naik ke darat (turun dr
kapal); ~ darjat menjadi tinggi darjatnya; ~ daun a) mendapat
(keuntungan atau kesenangan); b) bernasib baik atau beruntung (dlm
perjudian dll); ~ gaji mendapat gaji yg lebih tinggi; ~ gembira sl
menjadi gembira (berani, suka berkelahi, dll); ~ geram menjadi marah;
~ gila a) menjadi gila; b) terlalu asyik akan sesuatu; ~ haji pergi ke
Mekah menunaikan rukun Islam yg kelima; ~ harga menjadi mahal
(berharga lebih drpd biasa); ~ hati menjadi girang (sombong); ~ kapal
a) mula naik ke kapal; b) belayar dgn kapal, menumpang kapal; ~ kelas
Id meningkat ke darjah yg lebih tinggi; ~ (di, di atas) kepala berbuat
sesuatu yg melampaui batas; ~ lemak menjadi terlalu manja (dan
melampau perbuatannya); ~ marah bangkit marahnya, menjadi marah;
~ mempelai a) menjadi pengantin, berkahwin; b) pertama kali tidur dgn
isteri; ~ merik Id bertambah besar kehormatannya; ~ minyak menjadi
marah (dan mengganas atau menyerang), naik radang; ~ nobat Mn
menjadi pengantin, berkahwin; ~ palak a) menjadi panas hati,
meradang; b) berasa tidak senang, susah; ~ panas menjadi marah; ~
pangkat mendapat jawatan yg lebih tinggi; ~ pelamin Mn menjadi
pengantin; ~ pitam a) mendapat pitam (menjadi pening); b) menjadi
marah atau panas hati; ~ radang meradang; ~ raja sl menjadi raja; ~
saksi a) menjadi saksi (di pengadilan); b) mengaku (benar dll); ~
semangat bertambah semangat (bertambah berani dll); ~ seri kelihatan
manis, berseri dsb selepas disolek, diandam dsb; ~ setum Id bp
menjadi marah; ~ syeikh bp lupa diri, hilang pertimbangan; ~ takhta
ditabalkan menjadi raja; ~ tangan beruntung, bertuah; ~ tocang bp
besar kepala, lupa diri, menjadi manja dan melampau perbuatan;
bulan ~, matahari ~ prb mendapat untung dan bahagia kiri kanan; ~ dr
janjang, turun dr tangga prb membuat sesuatu pekerjaan menurut
aturannya; ~ melompat, turun terjun = ~ membilang anak tangga,
turun selangkah jejaklah ke bumi = ~ spt semut, turun spt ribut prb
hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh
mudah sekali;
menaik bergerak ke atas: kelok tersebut ~ semula;
menaik-naik bp makin naik, menjadi-jadi: kebosanannya itu mulai ~
apabila suaminya tidak pulang-pulang;
menaiki 1. memanjat, mendaki: ~ gunung; ~ takhta menjadi raja,
mulai memerintah sbg raja; 2. pergi dgn kenderaan, mengenderai,
menunggang: kenderaan apa yg akan engkau naiki utk ke Pulau
Pinang? 3. memasuki rumah (dgn menggunakan tangga): rumah itu
telah dinaiki pencuri; 4. mulai mendiami rumah (baru);
menaikkan 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layanglayang;
~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama
dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3.
meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar
dan Jemuras pun ~ perbekalannya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang
~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf
hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan,
dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangatnya utk belajar
bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah
menyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~
harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~
semangat membesarkan semangat (memberanikan, menggembirakan);
6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik
dicampurkan utk ~ adunan kuih itu;
naik-naikan Id, bp waktu murid naik darjah;
kenaikan 1. sesuatu yg dinaiki, kenderaan: apabila ~nya itu berhenti
di hadapannya, dia pun menaikinya; 2. perihal naik (pangkat, gaji,
hasil pertanian, dll), naiknya: bilangan pegawai akan ditambah dan ~
pangkat akan dimudahkan;
penaikan perihal atau perbuatan menaikkan;
penaik; bahan ~ bahan yg digunakan utk menaikkan adunan kuih (spt
serbuk penaik dsb); ~ darah orang yg lekas marah, pemarah.
naim Ar nikmat, nyaman, sedap.
naira unit mata wang Nigeria.
najam Ar bintang.
najasah, najasat Ar perihal najis, kenajisan, kecemaran, kekotoran;  najis.
najat ark  munajat.
najis 1. kotoran (spt air kencing, tahi) yg membatalkan sembahyang: orang
Islam tidak boleh kena air liur anjing, ~; 2. sesuatu yg mencemarkan:
awak semua selalu buat kotor dan suka menabur ~ di tengah jalan; ~
besar tahi; ~ kecil air kencing; 3. bp jijik: ~ melihat kelakuannya itu; ~
dadah dadah yg membahayakan orang yg menyalahgunakannya;
membasuh ~ dgn mala prb menutup kesalahan atau rasa malu dgn cara
yg lebih menghinakan lagi;
bernajis dinodai, dikotori atau dicemari najis: pakaian itu masih ~;
menajiskan 1. menjadikan kotor, mencemarkan, mengotorkan: ~ benda yg
suci; 2. menganggap najis (tidak suci, cemar): jangan dekati barang yg
dinajiskan agama;
ternajis menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak
dijaga supaya tidak ~ dan tercemar;
kenajisan perihal najis, kekotoran, kecemaran.
nak I kep hendak: apa ~ dimakan semua ada.
nak II kep anak: ambillah duit ini, ~ .
naka = bernaka-naka bersambut-sambutan (ketika berpantun, bernyanyi,
dll), bertingkah-tingkah.
nakal 1. suka melakukan sesuatu yg dilarang spt mengganggu dll (terutama
kanak-kanak), tidak menurut kata: Nadan memang ~, kadang-kadang
dia mencuri duit ayahnya; 2. buruk kelakuannya, jahat: isterinya yg ~;
menakal nakal atau jahat kelakuannya, berkelakuan nakal;
menakali membuat nakal kpd, mencerobohi, mengganggu (orang); ~
isteri orang mengganggu isteri orang;
kenakalan perihal nakal, kejahatan: risau ia melihat ~ anaknya.
nakara sj gendang besar, tabuh; nagara II.
nakhoda 1. pemimpin atau ketua perahu (kapal), juragan; 2. kapten kapal;
bagai ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb membuat pekerjaan
yg membawa kerugian (perbelanjaan yg berlebih-lebihan); belayar dgn
~, berjalan dgn yg tahu, berkata dgn yg pandai prb sebarang
pekerjaan yg besar itu hendaklah diketuai pelaksanaannya oleh orang
yg ahli supaya selamat;
menakhodai menjadikan nakhoda kpd, mengetuai: kapal yg
dinakhodai oleh orang Arab.
Nakir malaikat yg menyoal ahli kubur; Munkar dan ~ dua malaikat yg
menyoal ahli kubur.
nal penyumbat atau penyendal ubat bedil pd meriam dll (supaya lebih kuat
letupannya).
nala Mn; bernala-nala ark berfikir-fikir, timbang-menimbang.
nalak Kl; menalak menjerit dgn kuat, meraung.
nalam  nazam.
nalan Kl lima (sebutan dlm permainan).
nalar I selalu, sentiasa.
nalar II Ar pemikiran utk menilai buruk baiknya, fikiran yg sihat, akal budi,
intelek.
nalih I ukuran banyak beras dll yg sama dgn 16 gantang.
nalih II sj tumbuhan, (herba) lakum air, Jussiaea suffruticosa.
nalubendalu.
naluri 1. desakan hati utk melaksanakan sesuatu, tabiat semula jadi:
keinginan mahu tahu adalah suatu ~; 2. ark adat yg diwarisi turuntemurun,
tradisi;
kenalurian keadaan naluri.
naluriah berkaitan dgn atau berasaskan naluri: hasil drpd saduran dan
terjemahan itu, secara ~, masyarakat Arab menuntut lahirnya
penulis-penulis drpd kalangan mereka sendiri.
nam kep enam.
NAM akronim bagi Non-Aligned Movement (Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali).
nama 1. panggilan atau sebutan bagi orang (barang, tempat, pertubuhan, dll):
ia mencatat ~ orang yg menderma yg terdapat dlm senarai itu; apa ~
buku yg kaubaca itu?; ia mencatat ~ barang-barang yg diterimanya;
atas ~ dgn menggunakan nama, utk kepentingan, demi; 2. ark gelaran,
sebutan: kerana jasanya yg besar, ia diberi ~ Datuk; 3. kehormatan,
kebaikan, kemasyhuran, maruah, pujian; mencari ~ berikhtiar menjadi
masyhur (mendapat pujian); mendapat (beroleh) ~ masyhur (terkenal);
mengambil ~ a) mencari muka; b) memakai nama (drpd); telah rosak
~nya telah hilang kehormatannya (kemasyhurannya);
~ am kata nama yg merujuk kpd konsep atau benda yg umum, mis
rumah dan kecantikan; ~ baik kehormatan, maruah; ~ batang tubuh =
~ daging (tubuh) nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll); ~
benda (Lin) kata yg mengatakan nama sesuatu yg wujud atau yg
dianggap wujud, kata benda; ~ cembung = ~ timangan (timangtimangan)
nama yg dipakai utk menyatakan sayang atau manja; ~
julukan nama yg diberi sbg jolokan (ejekan, sindiran); ~ kecil a) nama
ketika masih kecil; b) nama depan (cara Barat); ~ keluarga nama yg
dikongsi bersama oleh semua ahli dlm sesuatu keluarga; ~ khas kata
nama yg merujuk kpd sesuatu yg khusus spt orang, haiwan, tempat atau
benda, mis Md. Nor, Sg. Rambai, dan Menara Kuala Lumpur; ~ pena
nama yg digunakan oleh penulis pd karya-karya (bukan namanya yg
sebenarnya); ~ samaran = ~ pedengan nama utk menyembunyikan
nama yg sebenarnya; pd ~ sahaja tidak wujud (berlaku) spt yg
diperikan: golongan Islam pd ~ sahaja;
bernama 1. memakai nama, mempunyai nama: pekannya ~ Simpang
Empat; 2. mendapat nama, masyhur, terkenal: penulis yg belum ~;
menamai membubuh (memberi) nama kpd, menggelari: ia ~ anaknya
itu Naziha; jabatan tersebut dinamai sedemikian utk mengajar orangorang
Mesir tentang dunia Timur;
menamakan 1. memberi sesuatu nama sbg menggelarkan,
menyebutkan: kami ~ bangsa kpd diri kami Magyar; 2. menganggap
(sbg), menyebut: kalau hendak dinamakan korban, itulah korban yg
sejati; 3. mencalonkan seseorang (utk memegang sesuatu jawatan dll),
mengemukakan nama seseorang sbg calon: Isnin, 5 April, ialah hari ~
calon utk pilihan raya;
ternama terkenal, termasyhur: Greenberg, seorang ahli bahasa yg ~;
kenamaan 1. terkenal, termasyhur: beberapa ahli bahasa yg ~ turut
menyumbangkan tenaga; 2. besar (orang, pegawai, dll), berpangkat
tinggi: anak orang besar-besar dan ~ dihantar ke sekolah Inggeris;
penamaan perihal menamakan, pencalonan; surat ~ waris itu
hendaklah dianggap sbg satu wasiat kpd seorang waris; kerajaan
telah menawarkan perjalanan kereta api percuma kpd rakyat dr
seluruh negeri utk menyaksikan peristiwa ~ calon di Kahirah;
penama 1. orang yg memberi nama (mencalonkan, melantik),
pencadang; 2. orang yg dinamakan (dikemukakan) sbg waris dll.
nambat Mn jangan, tidak usah; kok pahit ~ diluahkan prb jika pahit
janganlah diludahkan.
nambi sj penyakit puru (pd kaki).
nam-nam sj tumbuhan (pokok renek), Cynometra cauliflora.
nampak 1. dapat melihat (menengok): mereka tidak ~ siapa yg mengambil
surat itu tadi; 2. boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak: rumahnya
tidak ~ dr sini; tak ~ muka hidung tidak kelihatan langsung; ~ belang
diketahui hal (keadaan, maksud, dll) yg sebenarnya; ~ dekat hanya
dapat melihat dr dekat (tidak boleh melihat jauh);
nampaknya rupa-rupanya: ~ kita tidak terdaya lagi membebaskan diri
drpd semua ini;
menampak melihat, menengok: para pelakon di belakang cermin ini
boleh dinampak oleh penonton;
menampakkan menunjukkan, memperlihatkan: pandangan awal
mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~
diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya
dapat dilihat;
ternampak 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan;
2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah
kuala sungai;
ternampak-nampak seolah-olah nampak pd pandangan mata,
terpandang-pandang, terbayang-bayang;
ternampakkan terlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg
sedang berjalan;
kenampakan dapat dilihat, kelihatan, ketahuan: kemarahan ibu telah
~ ; tampak I.
nampan Jw sj dulang, talam;  tetampan I.
nampung sj tumbuhan (herba), Homalomena spp.
namun 1. asalkan (sahaja), kalau, sekadar: apa kehendakmu akan kuberikan,
~ jangan juga aku engkau bunuh; 2. akan (hal), berhubung dgn,
berkenaan, tentang; 3. biarpun, meskipun, sungguhpun, walaupun: ~
begitu, cerita yg berbeza-beza itu mempunyai dasar yg sama; 4.
tetapi: walaupun begitu ~ ia masih perlu mengetahui sebab-musabab
anak muridnya itu menangis.
nan Mn 1. yang; 2. kata yg disisipkan utk melengkapkan (menggenapkan)
baris sajak dll: hari pagi bunga ~ kembang, bunga yg merah mala
dahulu ....
nana (Tamil) abang.
nanah cecair pekat berwarna putih kekuningan yg keluar dr bisul, luka yg
terkena infeksi, dsb;
bernanah mengandungi nanah, mengeluarkan nanah: luka yg ~;
menanah menjadi nanah; lain bengkak lain ~ prb lain orang yg
bersalah lain pula orang yg dihukum;
pernanahan keadaan bernanah: jangkitan kuman boleh
mengakibatkan ~ pd luka.
nanai ark kera.
nanang Mn berfikir dalam-dalam, tafakur, termenung.
nanap ark terbuka lebar-lebar (mata), terbeliak.
nanar I 1. berasa agak pening (kerana kena pukul, tumbuk, dll), pening lalat:
budak itu ~ setelah kena tempeleng; 2. menjadi bingung (kerana
kesusahan dll), tercengang-cengang, terpinga-pinga, tidak tentu haluan;
berjalan cara ~ berjalan-jalan kebingungan; 3. sangat marah,
meradang.
nanar II Tr nakal (kelakuan).
nanas sj tumbuhan (buahnya boleh dimakan), Ananas sativus; ~ belanda = ~
kista = ~ seberang = ~ tali sj nanas yg serat daunnya boleh dibuat tali
dll, Agave cantala; ~ hijau sj nanas yg boleh dibuat ubat, Ananas
comosus.
nanda kep anakanda.
nandung I sj ikan laut, a) Dorosoma chacunda; b) Dorosoma nasus.
nandung II; tupai ~ sj tupai yg besar.
nanggal, nanggar Kl tenggala.
nanggung Kl sampai (begitu), hingga (begitu).
nangis bp menangis;  tangis I.
nangka I sj tumbuhan (pokok) yg buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan,
a) Artocarpus heterophyllus; b) Artocarpus integer; ~ belanda buah
nona; ~ pipit sj tumbuhan (pokok), Artocarpus scortechinii; bunga ~
pipit sj tumbuhan (pokok), mempoyan, Rhodamnia trinervia;
orang makan ~, awak kena getah prb orang lain yg berbuat salah, kita
yg mendapat kesusahan (menanggung akibatnya); siapa makan ~ maka
kena getahnya prb siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung
hukuman.
nangka II; burung ~ sj burung, burung kepudang, Oriolus maculatus.
nangko Mn yg ini: kami ~ menjunjung titah.
nangoi sj babi yg banyak anak, Sus barbatus; menggeriak bagai anak ~ prb
orang yg beranak banyak tetapi malas mencari nafkah.
naning sj tebuan (yg berwarna kuning), Apis dorsata.
nanjak Jk mendaki;  tanjak I.
nano Pr tidak tentu arah (fikiran).
nanometer (nanométer) satu perseribu juta meter.
nanoplankton (Bio) plankton yg saiznya lebih kecil drpd plankton biasa.
nanosaat tempoh masa 10-9 saat (biasanya digunakan utk menyatakan
kelajuan pemproses sesebuah komputer dll).
nantaboga sl sj naga.
nanti I 1. waktu yg akan datang, masa kemudian, kelak: bila hari raya ~,
pulanglah ke kampung; dia akan sampai pd pukul 1.30 ~ ; 2. akan,
bakal, tentu: kalau engkau adukan perkara itu kpd polis, ~ heboh
sedunia; 3. jika tidak begitu, seandainya tidak: baik engkau dengar
nasihatku, ~ engkau menyesal.
nanti II tunggu; ~ sebentar tunggu sebentar;
menanti 1. menunggu (ketibaan sesuatu): ia sedang ~ di sana; 2.
tersedia utk dihadiahkan (diberikan dsb): hadiah wang tunai RM100
000 ~ kampung yg dipilih sbg yg tercantik dan terbersih;
menanti-nanti sentiasa (lama) menanti, menunggu-nunggu: dinantinantilah
oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya
hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang;
menantikan menunggu ketibaan sesuatu (orang, waktu, dll), menunggu
akan: maka Radin Kelang pun berdiri menghunus keris ~ orang
mengamuk itu; ia ~ hari malam, sangat lama rasanya;
menanti-nantikan menunggu-nunggu ketibaan sesuatu, menunggununggu
akan: orang yg telah lama hilang dilarikan si pengayau
dinanti-nantikan;
ternanti-nanti, nanti-nantian menunggu-nunggu dgn penuh harapan,
selalu berharap: ibu tirinya memang ~ hendak mendengar buah
fikirannya; ibu telah ~ agaknya; ~ bagai berlakikan raja prb a) perihal
orang yg berhajat kpd seseorang yg tidak sangat berkehendak
kepadanya; b) menantikan pertolongan orang yg banyak pekerjaannya;
penantian 1. perihal menanti: ~ itu membingungkan dan
mencemaskan; Encik Ramli beku dlm ~; pertunangan selama enam
bulan bukanlah suatu ~ yg singkat bagi orang yg sedang mabuk cinta;
2. tempat menanti (menunggu);
penanti (orang) yg menanti, penunggu, penyambut tetamu.
nantiasa  sentiasa.
nanyan Pl gandar cangkul, taran cangkul.
napal sj tanah liat (yg boleh dimakan).
napalm (Kim) sj petrol berupa jeli yg digunakan dlm pembuatan bom api.
napan sj tumbuhan (pokok), serentang, terentang, Campnosperma
auriculata.
napkin 1. lampin kain atau lampin pakai buang; 2. kertas atau kain yg
digunakan semasa makan utk mengesat mulut atau tangan atau
melindungi bahagian depan pakaian.
napuh sj pelanduk besar, Tragulus napu.
naqli Ar nas yg diperoleh drpd al-Quran atau hadis (bukan berdasarkan
rasional fikiran).
naqliah (yg) berasaskan nas: bukan sedikit yg mencemuhkan pendekatan
rasional yg adil terhadap agama, memagarkan antara pendekatan
akliah dan ~.
nara I 1. laki-laki, perwira; 2. gelaran: Seri N~ Diraja.
nara II; ~ setu;  narwastu.
narapati sl raja.
narasetu narwastu.
naratif 1. cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman, dll: bolehlah
dikatakan bahawa sesuatu ~ spt cerpen, cereka dan sebagainya
adalah merupakan hasil drpd prestasi linguistik; 2. yg menceritakan
(mengisahkan): gaya ~nya juga mirip karangan biasa; puisi ~ puisi
(sajak) yg mengisahkan sesuatu.
narator orang yg mengisahkan sesuatu, pencerita, pengisah.
narawastu narwastu.
narestu narwastu.
naris (Bio) lubang hidung.
narkosis (Ubat) keadaan tidak sedar yg diakibatkan narkotik atau anestetik.
narkotik dadah yg melemahkan deria, melalikan, melegakan rasa sakit,
ketagihan, dsb, najis dadah.
narsisisme (Psi) perihal atau keadaan terlalu memuja atau mengagumi diri
sendiri.
narsisistik (Psi) cenderung memuja atau mengagumi diri sendiri dgn
berlebihan.
narung = ~ jantan (paya) sj tumbuhan (pokok renek), menarung, Trema
orientalis.
narwastu 1. sj tumbuhan (rumpai), akar wangi, serai wangi, Vetiveria
zizanioides; 2. sj bau-bauan yg harum (diperbuat drpd akar wangi):
maka diciumnya bau tubuhnya spt bau ~.
nas Ar ayat al-Quran atau hadis yg dipakai sbg pegangan dlm hukum syarak,
kutipan (petikan) drpd kitab suci sbg alasan dlm sesuatu perkara;
bernaskan berdasarkan atau menggunakan al-Quran atau hadis sbg
nas;
dinaskan ditentukan dgn nas (petikan) dlm al-Quran atau hadis.
nasab Ar pertalian keluarga, keturunan (terutama drpd sebelah bapa); ~ bapa
pertalian keluarga di sebelah bapa; ~ ibu pertalian keluarga di sebelah
ibu;
penasaban hal yg berkaitan dgn nasab: ini berkaitan dgn ~, pewalian,
pewarisan, dan pergaulan dlm keluarga; nisab I.
nasabah Ar perbandingan, perhubungan, pertalian.
NASAKOM Id akronim bagi Nasionalis, Agama dan Komunis (falsafah
kenegaraan berdasarkan kerjasama golongan-golongan ini).
nasar Ar sj burung pemangsa dan pemakan bangkai, burung reng.
nasi I 1. beras yg telah ditanak atau dikukus: telah lazim baginya setiap pagi
memakan ~; mencari ~ mencari rezeki; 2. isi jerawat yg berwarna
putih;
~ adap-adap = ~ adap-adapan = ~ damai nasi (biasanya nasi kunyit
berserta lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~
angkatan nasi utk menjamu orang besar-besar; ~ ayam nasi yg dimasak
dgn air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuningan) yg
dimakan bersama-sama dgn daging ayam, yg biasanya dihidangkan dgn
kicap, sup dan sambal cili; ~ berdetus nasi setengah masak; ~ beriani
nasi yg dimasak bersama-sama dgn daging atau ayam dan rempah; ~
besar nasi utk sesuatu upacara; ~ bungkus nasi yg dicampur dgn laukpauknya
dan dijual dlm bungkus; ~ campur nasi yg lauknya dibubuh
sekali dlm pinggan yg sama; ~ dagang nasi yg ditanak drpd beras
lembut; ~ damai-damai a) nasi yg dimakan oleh pengantin laki-laki dan
perempuan sbg tanda hidup mesra sesudah bersatu; b) nasi adap-adap;
~ datang = ~ lepat = ~ ketupat nasi yg dimasak dlm anyaman daun
kelapa; ~ goreng nasi yg digoreng bersama perencahnya (spt udang,
daging, sayur-sayuran, dsb); ~ hangit nasi yg hangit (kerana terlalu
besar apinya); ~ himpit = ~ kapit nasi yg ditanak dgn air yg berlebihan
dan kemudian dihimpit (dimakan dgn kuah sate dll); ~ kabuli nasi yg
bercampur lauk-pauk dan rempah-rempah; ~ kerabu = ~ ulam nasi yg
digaulkan dgn daun-daunan yg dihiris halus-halus; ~ kukus = ~
dandang nasi yg dikukus dlm dandang; ~ kunyit = ~ kuning pulut yg
dikuningkan dgn kunyit; ~ lecek nasi yg dilecek-lecek (utk makanan
bayi); ~ lemak nasi yg ditanak dgn santan; ~ lembik nasi yg ditanak
dgn berlebihan airnya; ~ lengat = ~ tim Id nasi yg dikukus lembik; ~
mentah nasi yg tidak cukup masaknya; ~ minyak nasi yg dimasak dlm
lemak atau minyak; ~ ramas Id nasi yg lengkap dgn lauk-pauknya; ~
ransum = ~ kawah nasi yg dimasak dlm kawah utk orang ramai; ~
rawan nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya; ~ sorok Kd nasi
yg dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pd kenduri); ~
suap-suap nasi kunyit yg disuapkan oleh pengantin laki-laki kpd
pengantin perempuan dan sebaliknya (ketika bersanding); ~ tambah a)
nasi utk tambahan; b) ki tambahan kpd pendapatan yg tetap; ~ tangas
= ~ kangkang nasi panas yg dikangkangi isteri diiringi dgn jampi
serapah, dan diberi makan kpd suami dgn tujuan utk memperbodoh
suami; ~ tomato nasi yg dimasak dgn tomato puri dan dicampur dgn
susu cair, biasanya dihidangkan bersama-sama dgn ayam atau daging;
~ tumpang Kl nasi yg bercampur dgn lauk-pauknya dan dibungkus; ~
wajar nasi biasa sahaja (tidak dgn santan dll);
~ habis, budi bersama prb sahabat yg ketahuan buruk lakunya; ~ sama
ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg bersekutu tetapi
keuntungan diambil seorang diri; ~ sudah menjadi bubur prb perbuatan
yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi); ~ tak dingin pinggan tak
retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak
kerja tetapi jarang yg rosak; apa boleh buat, ~ sedap menjadi tawar
prb seseorang itu apabila rosak hatinya akan berubahlah perangainya;
biar ~ terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal
ibunya selamat (ketika bersalin); buat ~ tambah prb penambah
penghasilan yg telah ada; membuangkan ~nya yg tersaji di lutut prb
seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg
lebih susah; menantikan ~ (disajikan) di mulut prb perihal orang yg
pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja;
bernasi ada (dimasak) nasi: hari ini tidak ~;
~ di balik kerak prb belum habis semuanya tentang sesuatu perkara
(masih ada lagi hal yg belum diperiksa); tidak ~ di balik kerak prb
orang yg sombong.
nasi II; jamur ~ sj cendawan yg boleh dimakan, Hydnum fragile.
nasi III; ~ dingin sj tumbuhan (pokok), buah sakur, Xerospermum spp.; ~
rendam sj tumbuhan (pokok kecil), kayu-kayu hantu, mata gajah,
Meliosma nitida; ~ sejuk sj tumbuhan (pokok renek), hempedal itik,
Salacia flavescens; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), membulu,
Tinomiscium petiolare;
nasi-nasi 1. sj tumbuhan (pokok), langsit, Prismatomeris malayana; 2.
= nenasi sj tumbuhan (pokok), Symplocos fasciculata; ~ bukit sj
tumbuhan (pokok renek), Mycetia malayana; pokok ~ sj tumbuhan
(pokok kecil), akar belalang puak, Pittosporum ferrugineum.
nasib sesuatu yg menimpa diri seseorang (dgn kehendak Allah), takdir,
untung: ia teringatkan ~nya sendiri yg hampir sama dgn ~ Mak Konah
ini; membawa ~ pergi merantau (mencari penghidupan) ke tempat lain;
mengadu ~ = mencuba ~ melakukan sesuatu untung-untungan,
bertaruh; ~ baik beruntung, mujur; ~ buruk malang (celaka, rugi);
senasib serupa nasibnya, sama penderitaannya: kalau begitu ~lah kita
ini;
nasib-nasiban dgn mengadu nasib sahaja, untung-untungan;
bernasib beruntung; ~ baik mendapat keuntungan (nasib yg baik).
nasihat ajaran, petunjuk yg baik, peringatan: tidak mahu mendengar ~ orang
tua-tua;
menasihati 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia
sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sembahyang; 2.
mengesyorkan kpd, menganjurkan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya
supaya berhenti menghisap rokok dan meminum minuman keras;
nasihat-menasihati saling memberi nasihat: ternyata Islam
memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama
Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg
berkesan;
menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar;
penasihat orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll);
~ ekonomi penasihat tentang pelbagai hal yg berkaitan dgn soal
ekonomi; ~ kerjaya penasihat tentang kerjaya; ~ pelaburan orang atau
pihak yg memberikan nasihat profesional tentang hal-hal pelaburan.
nasional berkaitan dgn bangsa, kebangsaan: kita harus mengikuti gerakan
atau cita-cita ~ kita itu sebaik-baiknya; pesta itu juga dimeriahkan
dgn tarian dan nyanyian ~ oleh bermacam-macam bangsa;
kenasionalan perihal sesuatu bangsa, kebangsaan.
nasionalis orang yg mencintai nusa dan bangsanya, pencinta bangsa, patriot:
dia memang seorang ~, dan sentiasa mengikuti perkembangan politik
di negeri ini.
nasionalisasi perihal menjadikan sesuatu (syarikat, industri, dsb) milik
negara, pemiliknegaraan;
menasionalisasikan menjadikan milik negara atau bangsa,
memiliknegarakan.
nasionalisir; menasionalisir IB menasionalisasikan.
nasionalisme 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam:
sekolah rakyat dlm cerita itu akan menjadi simbol ~; 2. pergerakan
utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik drpd kuasa asing,
semangat kebangsaan: kaum intelek yg berpendidikan Barat menjadi
pelopor ~, politik dan kebudayaan.
nasionalistik berkaitan dgn (berasaskan dsb) nasionalisme, (yg)
menunjukkan nasionalisme, (yg) mengutamakan bangsa dan negara: ia
menyenangi Shahnon Ahmad yg sekian lama telah memperlihatkan
sikap ~nya; ertinya Biro ini mahukan dasar belia itu mirip ke arah
kepentingan yg lebih ~.
naskhah 1. karangan dll yg bertulis tangan, manuskrip; 2. Id karangan asal
(yg akan dicetak atau diterbitkan), manuskrip, skrip; 3. penjodoh
bilangan utk buku (majalah, surat khabar, dll), buah: majalah itu
berharga RM1.50 se~; 4. rang (undang-undang, perlembagaan, dll),
rancangan.
Nasrani 1. Kristian; masuk ~ memeluk agama Kristian; 2. keturunan Portugis
dgn perempuan Asia;
menasranikan menjadikan seseorang Nasrani, mengkristiankan;
kenasranian bkn Nasrani, bersifat Nasrani; Serani II.
nasut Ar kemanusiaan; alam ~ alam manusia, seluruh manusia.
nasyid Ar lagu (biasanya dinyanyikan secara kumpulan) yg mengandungi seni
kata yg berunsur Islam: terdengarlah suara suci kudus melagukan ~
dan qasidah;
bernasyid menyampaikan nasyid: kumpulan nasyid ini ~ di majlismajlis
keramaian.
nat I gelang logam yg bahagian dalamnya berbenang, yg cocok dgn benang
skru.
nat II Kd, Pl pasar harian, pekan sari.
nata = sang ~ sl baginda, raja.
Natal = hari ~ hari raya orang Kristian kerana memperingati lahirnya Jesus
Christ (jatuh pd 25 Disember setiap tahun), hari Krismas.
natang sl tingkap (jendela) kecil.
natar warna dasar (pd kain), tanah kain: tatkala hamba berbaju putih
diikatnya dgn cindai ~ merah;
bernatarkan mempunyai atau menggunakan sesuatu warna sbg natar:
corak menjalar yg ~ putih tampak ceria bersama paduan daun hijau
berbunga lembayung;  latar.
nati si bodoh, si tolol: hai ~, akulah raja.
natijah Ar keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat: kadangkadang
apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd
perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd
masyarakat Melayu;
menatijahkan mendatangkan natijah, mengakibatkan: pembangunan
yg tertumpu pd aspek materialistik semata-mata hanya akan ~
kehancuran sesuatu peradaban; keadaan ini akan ~ perkembangan yg
tidak seimbang.
NATO akronim bagi North Atlantic Treaty Organisation (Pertubuhan
Perjanjian Atlantik Utara).
natrium (Kim) unsur logam yg mudah teroksida dlm udara dan sangat
reaktif;
~ hidrogen karbonat = ~ bikarbonat sj sebatian berbentuk serbuk atau
hablur berwarna putih yg digunakan utk membuat minuman bergas dan
serbuk penaik, soda penaik; ~ hidroksida sj sebatian yg berbentuk
pepejal putih, bersifat mengakis apabila berair, dan digunakan dlm
industri bahan kimia, kertas, dsb, soda kaustik; ~ karbonat sj sebatian
yg berwarna putih dan digunakan utk membuat kaca, kertas, sabun,
detergen, dsb, soda abu; ~ klorida sj sebatian berbentuk hablur, tidak
berwarna atau berwarna putih, dan digunakan dlm industri bahan
kimia, metalurgi, pengawetan makanan, dll, garam.
natural 1. (yg) bersifat semula jadi, alamiah: perkembangan yg sihat dan ~
dlm proses pembinaan bahasa; 2. (yg) menjadi kebiasaan, kelaziman.
naturalis (Sas) orang yg menyokong atau mendukung konsep naturalisme.
naturalisasi (Udg) pemberian hak warganegara kpd seseorang yg bukan
warganegara asal sesebuah negara setelah orang itu memenuhi syarat
permastautinan dan syarat lain;
menaturalisasikan memberikan hak sbg warganegara kpd orang asing
setelah orang itu memenuhi syarat permastautinan dan syarat lain,
mewarganegarakan.
naturalisme (Sas) aliran atau pandangan dlm seni dan sastera yg berusaha
utk menggambarkan sesuatu (manusia, objek dsb) dlm keadaan atau
sifatnya yg sebenarnya.
naturopati cara mengubati sesuatu penyakit dgn menggunakan sumbersumber
semula jadi spt herba, udara segar, cahaya matahari dsb.
nau Pl orang yg gila perempuan, orang yg gila urat.
nauli-nauli sj tumbuhan (pokok renek), Ardisia colorata.
naung, naungan 1. tempat teduh (di bawah pohon dll), lindungan: duduklah
dia di bawah ~ sebatang pokok cemara; panas di sini, tidak ada
naungan utk berteduh; 2. ki jagaan, asuhan, kawalan, perlindungan:
dia yakin benar bahawa negeri ini akan kekal di bawah naungan
orang putih;
bernaung 1. berlindung (di bawah pohon dll), berteduh: baginda
ketiga pun duduk ~ di bawah pohon kayu; 2. ki berlindung (pd
kerajaan lain), menerima perlindungan (dr negara lain), menjadi daerah
naungan: kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris;
bernaungkan bersandarkan (berharapkan) sesuatu sbg pernaungan:
hidup itu ~ penyerahan diri kpd Allah;
menaungi 1. melindungi, memayungi: maka gagak pun
mengembangkan sayapnya ~ segala orang yg duduk itu; 2. ki
memberi naungan (kpd negeri lain), menjaga, mengawali: dahulunya
negeri-negeri Melayu itu dinaungi oleh kerajaan Inggeris;
pernaungan 1. tempat bernaung, perlindungan; 2. perihal (perbuatan
dsb) menaungi: dgn cara paksaan, gesaan atau ~;
penaungan perbuatan menaungi seseorang: saya datang kepadamu utk
mendapatkan ~ dan perlindungan;
penaung orang yg memberi lindungan (bantuan, galakan, dll),
pelindung.
nautika berkaitan dgn pelaut, perkapalan atau pelayaran: batu ~; almanak ~.
nauzubillah, nauzubillahi Ar kita berlindung dgn bantuan Allah (mudahmudahan
Allah melindungi kita).
navigator orang yg bertugas menentukan arah perjalanan sesuatu kenderaan,
terutamanya kapal dan pesawat, pemandu arah.
nawa ark sembilan.
nawab Ar timbalan raja.
nawaitu Ar 1. aku berniat; 2. bp keinginan (kehendak dsb) yg terbit di dlm
hati utk melakukan sesuatu, niat: buatlah kerja masing-masing dgn ~
yg ikhlas demi perpaduan bangsa sendiri; Allah sahaja yg maha
mengetahui ~ kamu itu.
nawak Kl bohong, berbohong.
nayaka sl pembesar negeri, menteri.
nayam mata tenggala (bajak), pengunjam tenggala.
nayap Jw mencuri (siang-siang hari).
nayub = nayuban Jw menari (dgn gadis-gadis penari), mengebeng (dgn
tandak).
nazak Ar 1. keadaan orang yg hampir akan mati: tadi abang berada di rumah
sakit Bangsar di mana dua manusia sedang terbaring ~ ; 2. ki teruk
benar (keadaan sesuatu benda), hampir tidak boleh dipakai lagi.
nazam Ar sj gubahan puisi (spt sajak, syair);
bernazam bercerita dgn lagu, bersajak, bersyair;
menazamkan menceritakan dgn lagu, menggubah, menyajakkan.
nazar Ar janji utk berbuat sesuatu apabila tercapai hajat, kaul, niat;
membayar (melepaskan, menunaikan) ~ membuat atau menunaikan
apa yg telah dijanjikan;
bernazar berjanji akan membuat sesuatu (apabila tercapai hajat),
berkaul, berniat: ia ~ , jika ia lulus dlm peperiksaannya nanti ia akan
berpuasa tiga hari;
menazarkan menjanjikan utk berbuat sesuatu (jika hajat tercapai),
mengaulkan, meniatkan.
Nazi ahli Parti Pekerja Sosialis Kebangsaan Jerman yg diasaskan pd tahun
1919 dan mendapat kuasa politik negeri pd tahun 1933 di bawah
pimpinan Adolf Hitler.
nazim Ar penggubah sajak (syair dll), penyair, pengarang.
nazir Ar pelawat, pengawas, pemeriksa; ~ sekolah pemeriksa sekolah.
Nb simbol kimia bagi niobium.
Nd simbol kimia bagi neodimium.
ndak I bp tidak.
ndak II bp hendak.
ndeng (ndéng) Kl budak yg mengikuti sami Siam.
Ne simbol kimia bagi neon.
nebeng (nébéng) I Kl ketua kampung, tuk empat.
nebeng (nébéng) II turut makan (minum dll) tetapi tidak membayar.
nebula (nébula) kepulan gas dan zarah yg kelihatan spt tompokan cahaya yg
kabur di langit pd waktu malam.
necis IB bp bersih dan rapi.
nefologi (néfologi) kajian tentang awan.
nefralgia (néfralgia) (Ubat) rasa sakit pd buah pinggang.
nefrektomi (néfréktomi) (Ubat) pembuangan buah pinggang secara
pembedahan.
nefritis (néfritis) (Ubat) radang pd buah pinggang.
nefrolitiasis (néfrolitiasis) (Ubat) keadaan terdapatnya batu pd buah
pinggang.
nefrologi (néfrologi) kajian tentang buah pinggang dan penyakit yg berkaitan
dengannya.
nefron (néfron) (Bio) tiub halus dlm ginjal yg merembeskan air kencing.
nefropiosis (néfropiosis) (Ubat) pernanahan buah pinggang.
nefrosis (néfrosis) (Ubat) sj penyakit buah pinggang.
nefrotomi (néfrotomi) (Ubat) insisi buah pinggang secara pembedahan.
Neg kep negeri atau negara.
negara I 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah
oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan
tertentu, negeri: ~ China; 3. yg berkaitan dgn negara (masyarakat dan
kawasan di bawah suatu kerajaan);
ahli ~ pemerintah negara, negarawan; bank ~ bank kepunyaan negara;
tata ~ aturan dan susunan negara; ~ bahagian negara yg menjadi
anggota sesebuah negara persekutuan; ~ bangsa negara berdaulat yg
didiami oleh satu bangsa; ~ besar negara yg kuat dan berpengaruh; ~
dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara
kolektif yg dianggap masih mundur atau sedang membangun; ~ hukum
negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum; ~ jiran = ~
tetangga negara yg berjiran (mempunyai sempadan yg sama); ~
kebajikan negara yg mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup
rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt
elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; ~ kesatuan
negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan
persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan
wilayah di sekelilingnya; ~ maju negara kaya yg sebahagian terbesar
ekonominya bergantung pd industri dan penduduknya menikmati taraf
hidup yg tinggi; ~ matahari terbit negara Jepun; ~ membangun negara
yg sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dll; ~ mundur
negara(-negara) yg masih jauh ketinggalan terutamanya dlm kemajuan
ekonomi; ~ perindustrian negara yg kemajuan dan kekuatan
ekonominya berteraskan pelbagai industri; ~ pertanian negara yg
sebahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya
berdasarkan pertanian; ~ polis negara yg kebebasan dan pergerakan
rakyatnya dikawal oleh pemerintah dgn menggunakan kekuasaan
polis; ~ pulau negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; ~
Selatan nama lain bagi negara membangun; ~ Utara nama lain bagi
negara maju;
bernegara mempunyai negara;
kenegaraan perihal negara: hidup kemasyarakatan dan hidup ~ .
negara II puncak bukit yg agak rata, penara bukit: maka diikut baginda ke
atas bukit, bertemu di ~ bukit itu.
negarawan 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara,
orang yg memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan
sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg
ulung; 2. pemimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya
(spt kebijaksanaannya, kejujurannya, dll) yg unggul;
kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg negarawan.
negatif (négatif) 1. pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar: saya
menjawab ~, walaupun hati kecil saya mahu meletuskan simpati; 2.
tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti dsb yg membina (meyakinkan,
bersemangat, pasti dsb): mereka dianggap bersikap ~ terhadap
perubahan ataupun terhadap diri mereka sendiri; golongan yg putus
asa itu mempunyai sikap yg ~ terhadap hidupnya; 3. cenderung
membawa kesan atau pengaruh yg tidak elok (membahayakan,
merosakkan dsb): perubahan ~ biasanya lebih cepat mendapat reaksi
berbanding dgn perubahan positif; kita sedar akan bahaya drpd
penyebaran budaya ~ yg dianggap oleh penyebarnya sbg budaya
moden dan maju; 4. tidak menunjukkan sebarang tanda atau bukti
adanya sesuatu penyakit atau keadaan (bkn hasil ujian diagnosis dsb):
mereka yg disyaki menagih dadah itu telah dibebaskan oleh pihak
polis setelah hasil ujian air kencing mereka didapati ~; 5. = nombor ~
(Mat) nombor yg lebih kecil drpd sifar; 6. kurang drpd sifar: kayu
bergergaji diramalkan akan menunjukkan kadar pertumbuhan yg ~;
7. imej foto pd filem yg belum berupa gambar;
menegatifkan menjadikan negatif: tanggapan sendiri yg ~ sesuatu
akan menyebabkan kita menjadi kurang berani menghadapi realiti
dan cabaran;
kenegatifan perihal (keadaan) negatif.
negativisme (négativisme) sikap yg cenderung utk menafikan (menentang,
mengingkari) sesuatu,
Neger (négér) Id orang kulit hitam (di Afrika), Negro.
negeri 1. daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll): membuka ~; ia
berasal dr ~ China; anak ~ penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera;
2. daerah yg di bawah perintah seorang sultan atau gabenor: saya
berasal dr ~ Pahang; dewan ~ majlis perundangan negeri; tanah ~
tanah milik negeri; 3. kawasan bandar, bandar; ibu ~ bandar yg
dijadikan sbg kepala negeri, ibu kota; 4. kerajaan, pemerintah; S.M.A.
N~ Id Sekolah Menengah Atas Kerajaan; 5. bp, Id tanah asing
(terutama negara-negara Barat); 6. Mn sekumpulan kampung yg di
bawah seorang ketua, daerah; ~ akhirat alam sesudah kehidupan di
dunia ini;
~ angkat negeri yg dianggap sbg negeri sendiri; ~ as Id = ~ pasak
(Itali, Jepun dan Jerman dlm perang dunia kedua); ~ asing negeri
bukan negeri sendiri; ~ Cik Siti Wan Kembang panggilan bagi negeri
Kelantan; N~ Di Bawah Bayu panggilan bagi negeri Sabah; N~-N~
Selat negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yg
diperintah langsung oleh orang Inggeris pd zaman penjajahan; ~ yg
baka (kekal) akhirat; ~ yg fana dunia;
~ gedang, rumah gedang, berapa pun panjang perian tak akan
tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg
meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah;
alpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian
dan bencana juga yg menimpa; ibarat ~ berubah resam prb hal
manusia itu berubah-ubah fikirannya; ke ~ cacing prb mati; spt ~
dialahkan geroda prb negeri atau kampung yg menjadi sunyi kerana
penyakit atau malapetaka yg lain;
bernegeri 1. mempunyai negeri; 2. mempunyai tempat tinggal,
berkediaman: sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang
kpd hamba Seri Nara Wangsa;
kenegerian perihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri
negeri; faham ~ faham kedaerahan.
Negeri Sembilan negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 6643 km2,
Seremban sbg ibu negeri.
Negrito penduduk asli Semenanjung Malaysia, yg tinggal di pedalaman utara
Perak dan Kelantan.
Negro (négro) penduduk asli berkulit hitam di Afrika dan keturunan mereka
di tempat-tempat lain.
negun Pr ligat atau cepat (pusingan gasing).
negus (négus) gelaran Raja Habsyah.
nek Jw mual, muak.
nek (nék) singkatan bagi nenek.
neka (néka) Kl sj talam.
nekad (nékad) = menekad 1. keras atau kuat kemahuan, tabah serta cekal
hati: kebolehannya bercakap bahasa Melayu lebih drpd dahulu dan
semangatnya utk belajar lebih ~; 2. tidak berasa takut-takut lagi,
terlalu berani: apabila habis serangan udara, guni beras itu lesap
dibawa oleh orang yg ~; rompakan bank yg ~; 3. tidak mempedulikan
apa-apa lagi (utk melakukan sesuatu), tidak berfikir panjang lagi: ia
tidak mempunyai perhitungan apa-apa, ia sudah ~, dan sudah
berserah sepenuhnya kpd takdir; 4. tidak mahu mengalah dll, berkeras
kepala, berdegil: orang yg kalah itu tetap ~ saja;
kenekadan perihal nekad.
nekara (Muz) sj gendang satu muka berbentuk pasu yg dipalu dgn rotan dlm
permainan nobat.
nekat  nekad.
nekrosis (nékrosis) (Ubat) kematian sel yg berlaku pd sebahagian tisu atau
organ.
neksus (néksus) (Komp) pautan atau penyambung yg menghubungkan dua
talian.
nektai (néktai) bp tali leher.
nektar (néktar) (Bio) cecair manis yg terdapat pd bunga dan biasanya dihisap
oleh lebah dan serangga lain, madu bunga.
nekton (nékton) (Bio) organisma akuatik yg aktif berenang.
nelas Kl lecet (kulit), lelas.
nelayan penangkap ikan di laut: kebanyakan orang Melayu hidup dgn
bersawah, menjadi ~ atau tuan punya kebun kecil; ~ pantai nelayan
yg menangkap ikan di sepanjang perairan dekat pantai, biasanya
menggunakan bot kecil sahaja, peralatannya serba kekurangan, hasil
tangkapannya kecil dsb.
nempanjur sj tumbuhan (pokok), keranji betung, Dialum maingayi.
nenas nanas.
nen (nén) sl ini: jika dibunuh patik ~ mati, jikalau untung anak pulang.
nenasi sj tumbuhan (pokok), nasi-nasi, Symplocos fasciculata.
nenda (nénda) singkatan bagi nenenda.
nenek (nénék) 1. orang tua kpd emak atau ayah (umumnya emak kpd ibu atau
bapa); datuk ~ nenek moyang; saudara se~ saudara sepupu; 2. =
nenek-nenek panggilan umum kpd perempuan yg sudah tua: ~
kebayan.
nenekanda (nénékanda), nenenda (nénénda) bh nenek atau datuk (biasanya
digunakan dlm surat-menyurat).
nenek moyang keturunan kita yg dahulu-dahulu, orang-orang dahulu yg
menurunkan kita, leluhur;
bernenekmoyangkan mempunyai seseorang (keturunan atau golongan
tertentu) sbg nenek moyang: terdapat kahwin campur antara etnik yg
~ rumpun Melayu dr Kepulauan Melayu dgn etnik India.
neneri, nenering sj tumbuhan (pokok), nering, Parkia biglandulosa.
nenes (nénés); menenes meleleh sedikit-sedikit (spt nanah dr kudis dll).
neng (néng) I (Sunda) panggilan kpd anak perempuan yg orang tuanya patut
dihormati.
neng (néng) II bunyi spt bunyi loceng dll.
nengar Kl sangat, sungguh, benar; pedas ~ pedas sungguh.
nengun Kl (duduk) termenung.
nenram Pl sj pisau utk memotong padi.
nentiasa sl sentiasa, senantiasa.
nenyuar sj ikan darat, nyuar, Luciosoma setigerum.
neo- (néo) awalan asing baru, mis neokolonialisme.
neodimium (néodimium) (Kim) sj unsur logam yg lembut dan beracun.
neoklasik (néoklasik) berkaitan dgn penghidupan semula ciri-ciri klasik dlm
kesusasteraan, seni bina, dsb.
neoklasisme (néoklasisme) (S.Lukis) gaya seni lukis Eropah hujung abad
kelapan belas yg cenderung kpd unsur-unsur klasik Yunani dan
Rumawi.
neokolonialisme (néokolonialisme) peluasan pengaruh politik oleh sesebuah
kuasa besar ke atas negara lain yg baru merdeka, terutamanya melalui
tekanan ekonomi.
neolitik (néolitik) (Sej) (berkaitan dgn) peringkat akhir Zaman Batu apabila
manusia mula tinggal menetap, bercucuk tanam, berternak, dan
mengasah batu utk dijadikan alat kegunaan seharian.
neologisme (néologisme) (Lin) 1. kata (atau frasa) yg baru dibentuk, kata
baru; 2. pemakaian atau pembentukan kata baru.
neon (néon) (Kim) unsur gas nadir, tidak berwarna, tidak berbau, wujud dlm
atmosfera, digunakan dlm papan tanda dan lampu.
neonat (néonat) (Ubat) bayi yg baru lahir(kurang drpd empat minggu
umurnya).
neonatal (néonatal) (Ubat) bkn bayi yg baru lahir: kadar kematian ~ semakin
berkurangan di negara ini.
neoprena (néopréna) (Kim) sj getah tiruan.
nepotisme (népotisme) perbuatan atau amalan yg mementingkan atau
melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja.
Neptun (néptun) planet yg kelapan jauhnya dr matahari.
neptunium (néptunium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.
neraca 1. alat utk menimbang (yg lengannya sama panjang), sj dacing; 2.
timbangan, dacing: alat yg digunakan utk mencari beratnya sesuatu
benda itu dinamakan ~; ~ spring timbangan yg menggunakan spring;
3. Id catatan perbandingan wang masuk dan wang keluar (untung rugi
dll) oleh sesuatu badan perniagaan dll, timbangan kira-kira; 4.
perbandingan berat (kuat dll), pertimbangan: ~ kekuatan; ~
pembayaran Id perbandingan antara penerimaan dan pengeluaran wang
(dlm perniagaan antarabangsa); ~ perdagangan Id perbandingan antara
eksport dan import (oleh sesebuah negara);
~ palingan bungkal, hati palingan Tuhan prb fikiran atau pendirian
seseorang itu boleh berubah-ubah; ~ yg palingan, bungkal yg piawai
prb perihal hakim yg adil hukumannya.
neraka 1. alam akhirat tempat orang yg berdosa diseksa, lwn syurga; ~
jahanam neraka yg paling besar; 2. bp segala macam seksaan
(bencana, kesusahan): inilah yg disebut ~ dunia; 3. celaka, sial: ~ kau
ini; 4. ki tempat yg penuh dgn seksaan, kesusahan, dan bencana:
rumah itu bagaikan ~ baginya;
menerakakan mendatangkan bencana, mencelakakan;
kenerakaan perihal neraka, kecelakaan: apa yg ditemuinya di
Kampung Kambing itu ialah keduniaan belaka, kejasmanian belaka, ~
belaka.
neram sj tumbuhan (pokok), Dipterocarpus oblongifolius.
nerapi sj tumbuhan (pokok renek), terapi, Glycosmis puberula.
neri sj tumbuhan (pokok), nering, Parkia biglandulosa.
nerian sj tumbuhan (pokok), kenanga, Canangium odoratum.
nering sj tumbuhan (pokok), neneri, neri, Parkia biglandulosa.
neron Kl kotak peluru.
nescaya tidak boleh tidak, sudah tentu: sekiranya undang-undang tidak ada,
~ masyarakat akan menjadi kacau-bilau;
menescayakan menjadikan tidak boleh tidak;
kenescayaan perihal tidak boleh tidak.
nestapa = duka ~ sedih hati, susah hati, dukacita: air mata Arthur menitis
dan aku tenggelam dlm ~ memikirkan nasib kawan-kawan di dasar
laut;
kenestapaan perihal nestapa, kesedihan, kesusahan hati.
net (nét); kain ~ kain jarang (spt jaring).
neting Kl melompat, melenting.
netral (nétral) neutral.
netto (nétto) IB setelah ditolak segala yg harus dibuang atau diketepikan (bkn
pendapatan, gaji, berat sesuatu, dll), bersih; berat ~ berat bersih
(sesudah ditolak atau dibuang bungkusnya, kotaknya, dll).
netup Kl menggelembung dan berisi air (bkn kulit yg melecup, dll).
neuralgia (néuralgia) (Ubat) kesakitan yg teruk yg dirasai di sepanjang laluan
saraf.
neuritis (néuritis) (Ubat) radang pd saraf.
neurofarmakologi (néurofarmakologi) cabang perubatan yg mengkaji kesan
tindakan ubat terhadap sistem saraf.
neurofisiologi (néurofisiologi) kajian tentang fungsi sistem saraf.
neurologi (néurologi) kajian tentang anatomi, fisiologi, dan penyakit-penyakit
sistem saraf.
neuron (néuron) (Bio) sel saraf.
neuroparalisis (néuroparalisis) (Ubat) kelumpuhan yg disebabkan oleh
penyakit saraf.
neuropatologi (néuropatologi) cabang perubatan yg mengkaji struktur dan
bentuk sistem saraf dan segala penyakit yg berkaitan dengannya.
neuroplasti (néuroplasti) (Ubat) pembaikpulihan saraf secara pembedahan.
neurosis (néurosis) (Psi) gangguan emosi akibat konflik yg tidak dapat
diselesaikan, yg dicirikan dgn keresahan (sama ada melalui pertuturan
atau perlakuan tertentu).
neurosurgeri (néurosurgeri) (Ubat) 1. pembedahan yg dilakukan terhadap
sistem saraf, terutamanya otak dan saraf tunjang; 2. cabang ilmu
perubatan yg berkaitan dgn pembedahan saraf.
neurotik (néurotik) (Psi) mempunyai ciri neurosis.
neuter (néuter) (Lin) berkaitan dgn kata yg bersifat neutral, iaitu tidak
memiliki unsur maskulin atau feminin.
neutral (néutral) 1. tidak menyebelahi mana-mana pihak, berkecuali: aku
mengejar politik ~; 2. Id tidak jantan dan tidak betina (bkn kata-kata),
tidak aktif dan tidak pasif (bkn ayat); 3. (Kim) tidak berasid atau
berbes: larutan ~; 4. (Fiz) tidak bercas elektrik: zarah ~;
meneutralkan 1. menjadikan neutral (tidak berpihak ke mana-mana),
menjadikan berkecuali: ~ bandar Baitulmuqaddis; 2. ki menjadikan
tidak berbahaya atau berbisa (racun dll), menawarkan, melunturkan
(bisa dll): ~ tuduhan-tuduhan lawan; 3. (Kim) menjadikan larutan
neutral (dgn menambahkan asid pd larutan berbes dan menambahkan
bes kpd larutan berasid); 4. (Fiz) menjadikan sesuatu (zarah dll) tidak
bercas;
keneutralan perihal neutral: memelihara ~;
peneutralan perihal (proses) meneutralkan sesuatu;
peneutral bahan yg meneutralkan: bahan ~ asid.
neutralisme (néutralisme) dasar, sikap atau amalan tidak memihak kpd
mana-mana blok kuasa dsb, terutamanya dlm hubungan antarabangsa.
neutron (néutron) (Fiz) zarah yg tidak bercas (neutral) yg terdapat dlm
nukleus atom semua unsur, kecuali isotop hidrogen.
newar Tr merayau tanpa tujuan: kalau dia ~, hampir tengah hari, barulah
dia pulang.
nga huruf ke-21 abjad Jawi (mempunyai nilai 4000).
ngabehi (ngabéhi) Jw 1. panggilan kpd pegawai negeri; 2. ketua polis (di
kampung dll).
ngacir Jk berlari cepat-cepat.
ngaco = ~ belo Jk bercakap tidak tentu fasal, merepek.
ngadah bp menengadah;  tengadah.
ngadap sl mengadap;  hadap.
ngah I kep tengah; anak ~ anak yg kedua.
ngah II; terngah-ngah terengah-engah;  engah.
ngah III Jk; tidak ~ tidak tahu, entah.
ngajangan Kl pelaminan.
ngajat sj tarian tradisional suku kaum Iban Kenyah, Kayan, Dayak Darat,
dan Bidayuh di Sarawak.
ngaju Kl merajuk.
ngakah Jk terkakah-kakah.
ngakas Kl mengais ke sana ke mari (bkn ayam).
ngalau Mn gua.
ngalih Br penat, letih.
ngam bp cocok, sesuai, sepadan, sehati : dia tidak ~ dgn saya;
ngam-ngam cukup-cukup, genap-genap.
ngambek Jk marah;  ambek.
nganga terbuka luas-luas (mulut dll);
menganga 1. membuka mulut (lebar-lebar); 2. ki tidak dapat lagi (apa
yg dihajatkan dll), melepas: kalau saya bertanya, awak kata nanti,
apabila diambil orang kelak baru awak ~;
mengangai membuka mulut terhadap (kpd);
mengangakan membuka mulut lebar-lebar (luas-luas): maka
dingangakannya oleh Merah Silu mulutnya, maka diludahi Rasul
Allah;
ternganga 1. terbuka lebar-lebar (mulut dll), terbuka luas: maka
mulutnya yg ~ itu pun terkatuplah; ia memandang pintu yg ~ lebar; 2.
ki (hairan) tercengang: ia ~ mendengar ayahnya hendak berkahwin
lagi.
ngangut; mengangut menggerak-gerakkan mulut (spt mengunyah-ngunyah),
mengumat-ngamitkan mulut.
ngantuk bp mengantuk;  kantuk.
ngap I lelah, letih: kedua-duanya terbaring di atas tanah melepaskan ~
masing-masing;
ngap-ngap terbuka mulutnya (spt hendak menarik nafas), termengahmengah;
hungap.
ngap II; mengap Pr, bp mendiamkan diri, tidak bercakap-cakap.
ngap III bp mengambil atau mencakup dan sekali gus membaham, menggigit,
menelan, dsb sesuatu.
ngapa bp mengapa.
ngapal Kl mencari kayu hanyut ketika air bah.
ngapur Kl bercakap ketika tidak sedarkan diri, meracau, merepek.
ngarai I (Geog) lurah dalam yg bercerun tinggi dan curam, biasanya ada
sebatang sungai mengalir di sepanjang dasarnya, kanyon.
ngarai II Kl bermimpi, mengigau.
ngator Kl (bkn perangai kanak-kanak) serba tidak kena dan menyusahkan.
ngaum; ngauman bunyi mengaum;  aum I.
ngaung bunyi yg bergaung (berdengung);
mengaung berbunyi ngaung: bunyi jentera ~ di tengah jalan.
ngawur Jk berkata sembarangan (tidak difikirkan dahulu), asal berkata
sahaja, merawak rambang.
ngayau I; mengayau membunuh orang utk diambil kepalanya (adat beberapa
suku bangsa yg belum bertamadun): orang Dayak pd zaman dahulu
mempunyai adat ~;
pengayauan perihal (perbuatan) mengayau;
pengayau orang yg kerjanya mengayau: mereka menghormati ~ sbg
pahlawan.
ngeak (ngéak) Mn; mengeak menangis spt tangis anak yg baru dilahirkan.
ngebeng (ngébéng) mengebeng;  ebeng.
ngekek (ngékék) Jw ketawa panjang, mengilai (ketawa nyaring); kekek I.
ngelan Kl berlat-lat, berselang sehari.
ngelindur Jw mengigau.
ngeliur mengeluarkan liur, berliur.
ngelotok Jk mudah mengelupas, merekah, retak-retak.
ngeloyor Jw mengeluyur;  keluyur.
ngelu Jw berasa berat kepala, berasa pening sekali.
ngendon Jk menumpang (utk sementara) di tempat orang, menginap.
ngeng (ngéng) Ph, bp tidak berguna.
ngengap ngap-ngap; ngap I.
ngengat sj serangga yg merosakkan pakaian dll, gegat.
ngengek (ngéngék); mengengek menangis berpanjangan (bkn kanak-kanak).
ngengkang (ngéngkang) bp mengangkang.
ngening penuh berisi (hingga sering kulitnya), tegang sungguh, sering.
ngeong (ngéong); mengeong mengiau.
ngeram bp geram.
ngeran berasa marah, tidak senang hati, sugul: belum sempat habis kata
bonda, maka Tun Teja pun ~.
ngeri 1. berasa takut, meremang, seram: ~ dia melihat mayat itu
tergelimpang; 2. = mengerikan mendatangkan rasa takut (seram dll),
menakutkan: kerongkongnya tersumbat dan lidahnya kelu oleh
ingatan yg ~ itu; kematian itu sungguh-sungguh dahsyat dan
mengerikan;
kengerian 1. perihal ngeri, keseraman; 2. berasa ngeri: Hajah Bedah
mengerutkan muka spt orang ~;
pengeri orang yg mudah berasa ngeri.
ngeriap Jk mengeriap;  keriap.
ngering bunyi ring-ring.
ngerung; ~-ngering bunyi spt bunyi barang berhantukan yg dibaurkan dgn
bunyi dering: segala bunyi-bunyian dipalu oranglah ~-ngering
bunyinya.
ngga Kl gila, tolol.
ngiak Kl menggerakkan badan dlm air supaya tidak tenggelam.
ngiang I; mengiang, mengiang-ngiang, terngiang, terngiang-ngiang 1.
berbunyi mendenging (yg berpanjangan), berdenging-denging; 2.
terdengar-dengar (sesuatu yg telah didengar): wasiat itu masih
terngiang-ngiang di telinganya; terngiang-ngiang di telinga Mak Sum
kata-kata Ismail.
ngiang II; si ngiang-ngiang = ~ rimba sj hantu (puntianak).
ngiau bunyi spt bunyi kucing, ngeong;
mengiau berbunyi ngiau;
ngiauan bunyi ngiau: ~nya yg mengerikan.
ngidem; ~ gawe (Palembang) menyembunyikan bukti kejahatan.
ngih; mengih membuang (hingus), mengesang.
ngijo, ngijon mengijo;  ijo.
ngik-ngik selalu sahaja sakit, mengidap penyakit; ngukngik.
ngilas sj tumbuhan (pokok) dlm famili Rosaceae, nyalas, mendailas (Sabah),
Parastemon urophyllus.
ngiler Jk berliur, ingin sangat.
ngilu tidak enak pendengaran (kerana mendengar besi dikikir dll), tidak enak
perasaan (kerana gigi dikikir dll), singkil; ~-~ kuku agak panas (air),
suam-suam kuku;
mengilukan menyebabkan menjadi ngilu;
kengiluan 1. perihal ngilu; 2. berasa ngilu: gigiku mengancing ~
apabila terdengar bunyi gerudi itu.
ngiring sl mengiring.
ngiseng (ngiséng) Jw buang air besar.
NGO kep Non-Governmental Organization (Pertubuhan Bukan Kerajaan).
ngobrol mengobrol;  obrol.
ngombin; tak ~ Pr tidak bergerak-gerak.
ngomel (ngomél) mengomel;  omel.
ngomong mengomong;  omong.
ngompol Jw terkencing ketika tidur, mengompol;  ompol.
ngonek (ngonék) Kl mengikut dr belakang, mengekor.
ngong Kd bodoh benar, dungu, tolol.
ngongeng (ngongéng) Kl bunyi orang yg bercakap-cakap yg tidak jelas.
ngongoi; ngongoian 1. tangisan terisak-isak; 2. bunyi anjing merengek: ~
anjing-anjing itu bersahutan seakan-akan ingin mengadu kpd
pemburu;
mengongoi menangis teresak-esak : seorang gadis ~ sepanjang malam
akibat kesepian;
mengongoi-ngongoi berbunyi ngongoi: pd kebiasaannya, anjing itu ~
manja di kaki tuannya.
ngotot mengotot;  otot.
ngua Kl menjerit, melaung.
ngukngik selalu sahaja sakit-sakit, menghidap penyakit;  ngik-ngik.
ngumpet; mengumpet bersembunyi;  umpet.
ngung bunyi berdengung.
ngungap termengah-mengah, terngap-ngap.
ngutngit 1. bunyi spt bunyi barang digosok dll; 2. berkata yg bukan-bukan,
meracau, merepek.
ngutngut bergerak-gerak mulutnya (bkn orang mengunyah dll), berkumatkamit.
ni I singkatan bagi ini.
ni II singkatan bagi nini.
ni III Mn singkatan bagi uni (kakak perempuan).
ni IV Kd, bp engkau, awak, kamu.
Ni simbol kimia bagi nikel.
nia leher (baju).
niaga dagang, jual beli; kapal ~ kapal yg membawa dagangan;
berniaga, meniaga ark menjual barang sbg satu pekerjaan, berjual
beli, berdagang: aku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan;
memperniagakan menjual dan membeli sesuatu (utk mencari
keuntungan), memperdagangkan: antara barang yg diperniagakan
orang pd masa itu ialah kain, kulit binatang, dan barang-barang
permata;
perniagaan perihal berniaga, perdagangan: penjaga kedai itu
menceritakan sambil mengeluh akan kemunduran ~ kedainya;
peniaga 1. orang yg berniaga, pedagang; 2. (Eko) ejen firma broker yg
mempunyai lesen utk berjual beli saham, komoditi atau opsyen yg
mewakili pelanggannya dgn menerima gaji tetap.
nian 1. terlalu sangat, amat, benar, sungguh: bodoh ~ orang itu; 2. kata utk
menguatkan maksud kata sebelumnya: ada pun harta ayahanda sudah
tentu ~ tidak akan pulang lagi pd ayahanda; sebentar ~ sebentar
sahaja.
niasin (Bio) sj asid yg tergolong dlm kumpulan vitamin B kompleks, banyak
terdapat dlm daging, yis, hati, dll, dan penting dlm pemakanan kerana
asid ini dapat mencegah penyakit pelagra, asid nikotinik.
niat 1. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan: mematikan orang sakit dgn ~
hendak menamatkan penderitaannya ialah suatu kesalahan; 2. ingatan
(dlm hati): ~ kita hendak ke Kampar; ~ baik maksud yg baik; ~ hati
tujuan (kehendak) hati; 3. janji (dlm hati) utk melakukan sesuatu jika
terkabul sesuatu yg dihajati, kaul, nazar; melepas ~ membayar nazar;
berniat 1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi
hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta
ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati;
berniat-niat berharap-harap supaya, mengharapkan benar;
meniatkan 1. mengharapkan, memaksudkan: niat itu hendaklah
diniatkan dlm hati; 2. menjanjikan utk melakukan sesuatu (setelah
sampai hajat dll), mengaulkan, menazarkan; 3. Mn berdoa utk
memohon sesuatu, mengharapkan;
terniat telah diniatkan, datang niat, termaksud: Nahidah tidak ~
hendak mengkhabarkannya;
niatan niat.
nibel (Komp) unit data atau saiz daftar yg terdiri drpd perkataan atau
kedudukan yg panjangnya 4 bit.
nibung sj tumbuhan (palma yg batangnya berduri dan umbutnya boleh
dimakan), Oncosperma tigillaria.
nibus IB sj bas.
nidera sl terlena, nyedar, nyenyak.
nifak Ar sifat orang munafik.
nifas 1. = darah ~ darah yg keluar selepas bersalin (biasanya antara 40-60
hari); mandi ~ mandi yg diwajibkan selepas bersalin; 2. Id sedang
bersalin.
nihil tidak ada sesuatu apa, hampa, kosong;
kenihilan kekosongan, kehampaan.
nihilisme fahaman yg menolak semua nilai dan kepercayaan yg sedia ada.
nijas gelaran raja Habshah, negus.
nik Kl sj gelaran di Kelantan.
nika Id, bp pemerintahan Belanda sesudah Jepun menyerah (kep Netherlands
Indies Civil Administration).
nikah akad (perjanjian) yg mengandungi lafaz ijab dan kabul yg
menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan
persetubuhan, perkahwinan: telah sudah ~, maka nasi adap-adapan
pun dikeluarkan orang; akad ~ perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil
pengantin lelaki dlm upacara nikah;
~ batin perkahwinan Orang Laut yg tidak menurut agama Islam; ~
gantung perkahwinan yg sudah sah tetapi belum dirasmikan dgn
perayaan (suami isteri belum tinggal serumah); ~ taklik nikah dgn
syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dll); ~ turun
malim nikah utk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula); ~
zahir perkahwinan Orang Laut menurut agama Islam;
~ maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau
orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa; masam
bagai ~ tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin;
bernikah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan
perkahwinan: maka ~lah Tengku Kamariah itu dgn Raja Kecil;
menikah berkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir;
menikahi berkahwin dgn, mengahwini: ia tentu tak mahu ~nya dan
mengambilnya jadi isteri;
menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi
pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu;
nikah-nikahan bp selalu bernikah, suka bernikah;
pernikahan perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan.
nikdap Kl berjalan mundar-mandir (tanpa membuat sebarang pekerjaan).
nikel (Kim) sj unsur logam yg berwarna putih keperakan, mulur, tahan
kakisan, dan digunakan utk membuat aloi, duit syiling, dll.
nikmat Ar 1. anugerah Allah, kurnia: tidak ramai makhluk yg tahu
menghargai ~ Tuhan yg begini indah dan permai; 2. enak sekali,
sedap sekali, lazat: sedap? ...ah, lebih drpd sedap, inilah yg dikatakan
lazat, inilah dianya ~; 3. keenakan, kelazatan, kesedapan: manalah
akan dicari ~ yg sebegini lagi? 4. sl makanan (yg lazat-lazat), sedapsedapan:
telah sudah, maka segala halwa ~ pula diperedarkan oleh
orang tambul sekalian raja-raja dan orang besar-besar;
menikmati 1. mengecap (nikmat), mengalami atau merasai sesuatu yg
sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak,
dia dapat lelap sekejap; 2. mengalami, merasai: menjadi suatu
tanggungjawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan
halus dan ~ pengalaman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa;
kenikmatan perihal nikmat, keenakan, kesedapan, kesenangan: di
bandar-bandar itu boleh kita dapati segala ~ tamadun moden;
penikmatan perihal menikmati, pengecapan nikmat: kita juga harus
menentukan apakah bahan pembelajaran bahasa Melayu yg
memungkinkan ~ keindahan bahasa; kursus AB 211 ialah
pemahaman, ~ dan penilaian kesusasteraan I.
nikotin nikotina.
nikotina (Kim) sj bahan beracun yg terdapat dlm tembakau dan digunakan
sbg racun serangga dan pewasap.
nikrom (Kim) aloi yg terdiri sebahagian besarnya drpd nikel, ferum,
kromium, dan sedikit unsur-unsur lain, mempunyai rintangan elektrik
dan takat lebur yg tinggi dan digunakan sbg dawai elektrik dll.
nila 1. (warna) biru; ~kandi = batu ~ = permata ~ sj permata nilam; 2. sj
bahan pewarna biru (dibuat drpd daun tarum); sebab ~ setitik, rosak
susu sebelanga prb kerana yg sedikit, rosak yg banyak.
nilai 1. taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan
dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar,
nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti,
mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya;
5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan
yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan
tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah;
~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan
api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg
ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg
mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko)
harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham.
bernilai mempunyai nilai;
menilai 1. menentukan nilai, mentaksirkan, menghargai: kesucian saya
tidak boleh dinilai dgn wang ringgit; Haji Kasim ~ baik-baik stok
perniagaannya; 2. Id memberi markah;
ternilai dapat dinilai; tidak ~ sangat tinggi nilainya hingga tidak
mungkin dapat dikira: utk mendapatkan keampunan-Nya, keredaan-
Nya, dan rahmat-Nya yg tidak ~;
nilaian harga, taksiran: jika tuan tanah tidak bersetuju dgn ~ yg dibuat
oleh Pemungut Hasil Tanah itu, bolehlah ia meminta supaya
Pemungut Hasil Tanah tadi membentangkan hal itu ke Mahkamah
Tinggi;
penilaian perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya,
cerpennya yg terbaharu lebih berjaya;
penilai orang yg menilai, pentaksir.
nilakandi 1. sl permata nilam; 2. (warna) biru langit.
nilam I; ~ bukit a) sj tumbuhan (herba), rumput kuku, Pogostemon
heyneanus; b) sj tumbuhan (herba), Scutellaria discolor.
nilam II; burung ~ sj burung, ketilang.
nilam III; batu ~ sj batu permata yg biru warnanya.
nilau = ~ paya sj tumbuhan (pokok kecil), balik angin, Commersonia
bartramia.
nilik Kl berhias (diri).
nilon bahan tiruan yg kukuh dan kenyal yg boleh dibentuk menjadi bebenang
atau gentian dan digunakan utk membuat tali, tekstil, dll.
nilur; perisai ~ sj perisai yg berukir-ukir.
nimfa (Bio) serangga belum matang, terutamanya larva pepatung atau
serangga lain yg tidak lengkap metamorfosisnya.
nimfomania keinginan luar biasa yg ketara (pd wanita) utk melakukan
hubungan seks (terutamanya dgn ramai lelaki).
nin sl ini.
ninabobok 1. nyanyian utk menidurkan anak, dodoi; 2. ki sesuatu yg
melemahkan semangat (kegiatan dll);
meninabobokkan 1. menyanyi supaya tidur (anak dll), mendodoikan;
2. bp melemahkan semangat (kegiatan dll), menipu dgn sesuatu yg
muluk-muluk: pergaulan saya dgn mereka telah menghidupkan
semangat saya yg dininabobokkan selama ini.
ning I bunyi spt bunyi loceng kecil (giring dll).
ning II Pr hening (air), jernih.
ningrat = kaum ~ golongan orang mulia-mulia (besar-besar), kaum
bangsawan, kaum borjuis;
keningratan perihal (sifat) ningrat: janggut mereka sbg tanda ~.
ningsun Jw kekasih(ku), buah hati(ku): tuan emas juta aria ~, apalah
sudahnya demikian ini.
nini Jk nenek perempuan, (panggilan utk) perempuan tua.
ninja orang yg mahir dlm seni ninjutsu.
ninjutsu sj seni pertahanan diri orang Jepun yg dicirikan oleh perbuatanperbuatan
menyamar dan gerakan mencuri-curi.
niobit (Kim) mineral yg mengandungi ferum, mangan, niobium dan tantalum
dan lebih kurang 8% uranium.
niobium (Kim) sj unsur logam yg berwarna putih, mulur, dan digunakan utk
membuat aloi dsb.
nipah sj tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok), Nipa
fruticans.
nipis I tidak tebal, tipis;
menipis menjadi nipis;
menipiskan menjadikan nipis;
kenipisan keadaan atau sifat nipis: ~ cakera brek boleh mengeluarkan
bunyi bingit;
penipisan proses atau perbuatan menipis atau menipiskan: ~ ozon yg
disebabkan oleh pembakaran plastik secara terbuka adalah
membahayakan.
nipis II; ~ kulit sj tumbuhan (pokok), delek ayam, Ixora concinna; limau ~ sj
tumbuhan (pokok dan buahnya), Citrus mecia.
nipis III sj ikan laut, Opisthopterus tardoore.
nira air yg disadap dr mayang kelapa atau enau (boleh dibuat gula, tuak).
nirai Kd barisan (pokok padi dll), jajar.
nirmala sl tidak bernoda (cemar), bersih, suci.
nirwana dlm keadaan yg lenyap langsung dan aman sesudah mati (dlm
agama Buddha).
nisa Ar perempuan; ilmu ~ ilmu bkn perempuan (bagaimana boleh menawan
hatinya dll).
nisab I Ar keturunan keluarga; nasab.
nisab II Ar bilangan (jumlah) yg sekecil-kecilnya bagi benda yg dikenakan
zakat: harta yg kita peroleh itu wajib dikeluarkan zakat jika cukup
~nya.
nisan = batu ~ batu tanda pd kubur yg biasanya mempunyai nama, tarikh,
dsb orang yg dikebumikan.
nisbah I Ar nama yg menyatakan seketurunan (al-Attas, al-Habsyi, dll),
perhubungan keluarga.
nisbah II perbandingan, perimbangan, kadar: tujuh peratus ditulis 7%
menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dgn pecahan 7/100;
apabila asid dicampur dgn larutan alkali dgn ~nya yg tertentu,
larutan yg terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yg berlainan drpd asid
atau alkali.
nisbi bergantung pd bandingan dgn yg lain, tidak mutlak, relatif: kalau orang
mengatakan rumah itu besar, itu ~ sahaja, kerana
membandingkannya dgn rumah yg lebih kecil, kalau dibandingkan
dgn rumah yg lebih besar, rumah tersebut kecil;
kenisbian perihal (sifat dsb) tidak mutlak, sifat relatif: ~ nilai-nilai
moral.
nisfu Ar separuh, setengah; N~ Syaaban pertengahan bulan Syaaban (hari
kelima belas dlm bulan Syaaban), iaitu antara hari yg dimuliakan oleh
Allah dan digalakkan melakukan pelbagai ibadah (spt membaca al-
Quran, berzikir, berselawat, beristighfar dsb pd malamnya dan
berpuasa pd siangnya).
niskala tidak berwujud (berbenda), abstrak;
meniskalakan menyebabkan sesuatu menjadi tidak berwujud: unit
pengetahuan tidak boleh ~ perkara tersebut drpd pembawanya;
keniskalaan perihal (keadaan) tidak berwujud, keabstrakan: dia
memberi perincian ini pd suatu ketentuan atas ~;
peniskalaan perihal, proses atau perbuatan meniskalakan.
nista 1. aib, cacat, cela, rasa malu: bagiku, ini suatu ~ yg amat sangat; 2.
kata-kata menghina (mencemar dll), makian, penghinaan:
dikatainyalah isterinya di muka kawan-kawannya dgn segala ~ dan
penghinaan; 3. hina, keji, rendah: kata-kata ~ ; makhluk ~ makhluk yg
hina;
menista 1. memberi malu, mencela, mengaibkan: jika ia berdosa,
sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista
dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat:
kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan
kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh
saya;
nistaan celaan, cercaan, hinaan: dahulu ia mendengar hal Tante Lien
dr nyonya sebelah, tapi belum dipercayainya ~ itu;
kenistaan perihal nista, keaiban, kehinaan, kecelaan: beliau juga
menyebut tentang ~ bahasa yg perlu dihindari oleh penyair.
nistagmus (Ubat) pergerakan bola mata yg cepat dan luar kawal yg terjadi
dlm keadaan-keadaan tertentu.
nisyon Pl mabuk (kerana minum arak dll).
nitis Jw menjelma;  titis II.
nitrat (Kim) sebatian yg mengandungi nitrogen dan oksigen dan digunakan
sbg baja dlm aktiviti pertanian.
nitrida (Kim) sebatian nitrogen dgn unsur logam, mis kalisum nitrida.
nitrik (Kim) berkaitan dgn atau mengandungi nitrogen.
nitrit (Kim) garam yg diperoleh drpd asid nitrus.
nitrofuran (Ubat) bahan antibakteria yg amat berkesan utk menentang
pelbagai jenis bakteria.
nitrogen (Kim) sj unsur gas yg tidak berbau, tidak berwarna, wujud semula
jadi dlm dlm atmosfera (sebanyak 78%) dan digunakan dlm pembuatan
ammonia, asid nitrik, bahan kimia, dll; ~ dioksida sj gas yg berwarna
perang dan baunya menusuk hidung.
niur Mn nyiur.
nivenit (Kim) sj mineral yg mengandungi sedikit uranium.
no. kep nombor.
No simbol kimia bagi nobelium.
nobat 1. sl sj gendang besar: maka berbunyilah ~ nafiri, bersambutan pula
dgn bunyi-bunyian sekalian; 2. sj pancaragam Melayu yg bermain
ketika raja ditabalkan dll: setelah sujud tiga kali, maka ~ tabal pun
berhentilah; 3. sl duduk di penghadapan, dihadap orang (bkn raja):
maka tujuh hari baginda tiada ~ sebab bercintakan Bendahara; naik
~ a) ditabalkan menjadi raja; b) Mn menjadi pengantin (kahwin);
menobatkan menaikkan ke atas takhta kerajaan, menjadikan raja,
memahkotai, menabalkan: oleh Sultan Alauddin anakanda baginda itu
dirajakan baginda di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka;
penobatan perihal atau perbuatan menobatkan, penabalan.
nobelium (nobélium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.
nod (Komp) 1. titik tumpuan, temuan, atau sambungan dlm rajah, carta, graf,
litar, rangkaian, dll; 2. terminal komputer atau stesen perhubungan dlm
rangkaian perhubungan komputer; ~ saudara nod dlm struktur pokok
yg berada di bawah cabang yg sama.
noda 1. bintik, kotoran (pd baju dll): dibersihkannya ~ yg ada pd kainnya
itu; 2. aib, cacat, cela, nista: akan kukikis ~ ini dr diriku habis-habis;
bernoda 1. mempunyai noda (kotor): kain yg ~; 2. mendapat aib,
bercacat, bercela: sebab sekali dia orang ~, sampai bila-bila senang
sahaja orang kata dia orang tu ~ ;
menodai 1. menjadikan bernoda, mengotori: kelihatan bahagian
bawah baju gaunnya sudah dinodai lumpur; 2. memburukkan nama
baik dll, mengaibkan, mengejikan: ~ nama baik keluarganya; 3.
mencabuli, memperkosai: kehormatan Normah telah dinodai;
ternoda telah dinodai: niat yg suci itu menjadi ~ apabila disalurkan
melalui cara yg hina;
kenodaan keadaan ternoda: mereka akan bangun menentang ~ hidup;
penodaan perihal (perbuatan dsb) menodai, pencabulan: dlm cerpen
ini Ali melukiskan resah hati gadis yg malu setelah menerima akibat
~;
penoda orang yg menodai (seseorang gadis dsb), orang yg mencabuli
kehormatan seseorang (perempuan): gadis tersebut mengandung tetapi
~nya sudah lama melarikan diri.
nodul 1. (Ubat) bonjol atau bengkak yg kecil bulat yg terdapat pd tubuh,
biasanya sbg tanda sesuatu penyakit; 2. (Bio) bonjol yg terdapat pd
akar tumbuhan drpd famili Leguminosae, yg menjadi habitat bagi
bakteria pengikat nitrogen.
nodus (Bio) struktur berbentuk bujur spt kapsul; ~ limfa struktur yg
berbentuk bujur spt kapsul yg terdapat di sepanjang salur limfa,
berfungsi sbg jala utk memerangkap dan memusnahkan bendasing
semasa cecair limfa melalui salur tersebut.
noh Kd, Pn kata yg digunakan di akhir sesuatu pertanyaan.
noja sj tumbuhan (herba yg menghasilkan bahan utk mewarnai kain dll),
Peristrophe bivalis.
nokan (Muz) sj seruling yg berasal dr Jepun.
noktah Ar titik;
menoktahi ki mengakhiri: aku mencari jalan agar pertemuan petang
ini dinoktahi dgn perpisahan.
nokturnal aktif pd waktu malam (bkn binatang dsb): burung hantu ialah
burung ~.
nol IB 1. angka kosong, sifar; 2. tidak ada apa-apa, kosong, nihil.
nomad 1. suku kaum yg berpindah-pindah dari satu tempat ke tempat lain utk
mencari padang ternak, makanan, dsb; 2. orang yg suka berpindah dr
satu tempat ke tempat lain.
nomadik (yg) menunjukkan sifat atau corak hidup dsb kaum nomad, tidak
menetap lama pd sesuatu tempat tetapi selalu berpindah-randah:
masyarakat yg berbentuk ~ atau yg berburu utk hidup.
nombor tanda yg menyatakan bilangan, angka;
~ asas nombor dr 0 hingga 9; ~ atom (Kim) nombor yg menunjukkan
bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg
mengelilingi nukleus atom neutral; ~ Avogadro (Kim) bilangan
molekul, atom, ion, atau elektron dlm satu mol bahan; ~ bercampur
nombor yg mengandungi nombor penuh dgn angka pecahan; ~ bulat =
~ penuh nombor yg tidak ada angka pecahan; ~ ganjil nombor yg
berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ genap nombor yg tidak berlebih
apabila dibahagi dgn dua; ~ induk = ~ pokok Id bilangan daftar dlm
buku daftar; ~ lepas Id eceran (surat khabar, majalah); ~ neutron (Kim)
bilangan neutron dlm sesuatu nukleus atom; ~ pendaftaran satu siri
huruf dan nombor yg terdaftar dgn pihak yg berwajib, mis bagi kereta
dan syarikat; ~ pengenalan diri nombor rahsia yg diperuntukkan kpd
seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dgn kad bank utk
mengeluarkan wang tunai melalui ATM: ~ pengoksidaan (Kim)
bilangan elektron yg perlu ditambah kpd kation atau disingkirkan drpd
anion utk memperoleh atom neutral; ~ perduaan (Mat) nombor yg
menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0
dan 1; ~ perenambelasan (Mat) nombor dlm sistem angka yg
berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F; ~
perlapanan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan lapan
angka asas, iaitu 0 hingga 7; ~ plat nombor pendaftaran pd kenderaan
bermotor; ~ satu a) angka satu; b) = ~ wahid bp yg terbaik atau
terdahulu; ~ siri nombor yg menandakan satu-satu item atau butiran
dlm sesuatu siri, mis pd wang kertas; ~ tunggal nombor yg hanya boleh
dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih);
bernombor mempunyai nombor atau telah dinomborkan;
menombori memberi bernombor, memberikan nombor (bilangan) kpd;
penomboran perihal (perbuatan dsb) menombori (sesuatu): ~ bab
dibuat berdasarkan jenis dan kategori buku.
nominal 1. sangat kecil atau sedikit sahaja berbanding dgn nilai, kos, harga
dsb yg sebenarnya: kami hanya dikenakan sewa ~; 2. IB menurut apa
yg tertulis atau tercatat sahaja.
non I Id bp nona.
non II Id; kaum ~ bp orang yg tidak mahu bekerjasama dgn Belanda.
nona I Id panggilan utk gadis atau perempuan yg belum berkahwin (terutama
kpd perempuan asing).
nona II; buah ~ a) sj tumbuhan (pokok dan buahnya), serikaya, Annona
squamosa; b) sj tumbuhan (pokok dan buahnya), lonang, lonnek,
Annona reticulata; ~ burung sj tumbuhan (pokok dan buahnya),
petekat, sekendai, sekendal, Cordia dichotoma.
nonagon (Mat) poligon yg mempunyai sembilan sisi.
nonagresi (nonagrési) IB tidak serang-menyerang.
nonaktif IB tidak diberikan sesuatu tugas (pegawai kerajaan atau tentera);
dinonaktifkan digantungkan dr jawatannya, tidak diberi bertugas.
nondeng (nondéng); nondeng-nondeng Kl terbuai-buai, tergantung-gantung.
noneng (nonéng) Tr; menoneng bergantung.
nonet (nonét) (Muz) gubahan muzik utk sembilan suara atau alat.
nongkrong Jw duduk mencangkung (di tempat ketinggian).
noni Id panggilan utk gadis yg masih kecil (nona kecil).
nonius Id sj alat pengukur sudut dll (yg sangat tepat).
nonok bk kemaluan (perempuan).
nonol sj binatang kecil (merosakkan kopi), Zeazara coffiae.
nonong; menonong, ternonong-nonong berjalan dgn pantas tanpa
memandang kiri kanan lagi.
norak Jk kampung atau dusun (sbg lawan kota); orang ~ orang dusun, orang
kampung.
norik Kl sj kambing yg berjanggut panjang.
norma 1. ukuran utk menentukan sesuatu; 2. peraturan atau ketentuan yg
telah menjadi kebiasaan yg dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota
masyarakat dsb: dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan ~ yg telah
ditetapkan; tindakan mereka mengikut ~ dan peraturan kekeluargaan
mereka.
normal 1. menurut aturan, keadaan, atau pola yg lazim; 2. biasa: keadaan ~
keadaan biasa; guru ~ guru yg terlatih dgn cara menghadiri kursus
tertentu (tidak memasuki maktab latihan tertentu); 3. garisan (pancaran
cahaya dll) yg bertemu lurus dgn sesuatu permukaan;
menormalkan 1. menjadikan normal; 2. menjadikan akur dgn sesuatu
standard;
kenormalan keadaan normal: ~ fungsi jantung;
ketaknormalan keadaan tidak normal: sekiranya ~ berlaku, lawatan
ke klinik atau hospital adalah perlu;
penormalan proses menormalkan.
normatif yg menentukan atau berasaskan peraturan yg baku atau standard,
preskriptif: secara ~, perkembangan bahasa dibakukan dan
dikembangkan oleh suatu badan atau kelompok masyarakat yg
mewakili strata sosial tertentu; bahasa Malaysia ~; tatabahasa ~.
nostalgia kerinduan pd sesuatu yg pernah dialami (dinikmati dsb) pd masa
lalu, kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yg telah
berlalu;
bernostalgia mengenang atau mengingati nostalgia: zaman utk ~
sepatutnya sudah lama dilepaskan dan harus digantikan dgn tindakan
yg lebih praktikal.
nostalgik menimbulkan nostalgia: banyak peristiwa yg ~ masih segar dlm
ingatanku.
not I 1. bunyi muzik yg mempunyai nada dan panjang masa tertentu; 2.
lambang bertulis dlm muzik yg merupakan bunyi nada dan panjang
masa tertentu: segala macam bunyi alat muzik digambarkan dgn ~
atau angka.
not II wang kertas: dikeluarkannya sekeping ~ merah yg masih baharu.
not III  knot.
nota 1. surat rasmi (antara dua negara dll), surat keterangan yg rasmi:
kenyataan ini dibuat setelah diadakan pertukaran ~ antara Paris dan
Moscow; 2. surat peringatan (amaran, pemberitahuan, dll): setiausaha
gabenor mengirim ~ keras; 3. bahan berupa catatan-catatan bertulis
(tentang sesuatu tajuk, perkara yg dipelajari, dll) utk rujukan pd masa
hadapan: ~ kuliah; 4. catatan atau keterangan ringkas untuk
menjelaskan atau menghuraikan sesuatu;
~ bab nota (catatan) yg dirakamkan pd akhir bab; ~ hujungan nota
(catatan) yg dirakamkan selepas lampiran atau bahagian teks; ~ kaki
catatan (keterangan) ringkas yg ditulis atau terdapat pd kaki atau
bahagian bawah sesuatu halaman buku dll (pd ruang antara teks dan
jidar kaki); ~ kontrak dokumen yg mengesahkan urus niaga telah
dijalankan, yg mengandungi maklumat spt syarat penjualan dan
pembelian saham dan caj-caj lain; ~ tepi nota (catatan) yg dirakamkan
pd jidar luar dan jidar dalam.
nota bene (nota béné) (Latin) ambil perhatian.
notak Kl menggelupas kulit (di kepala).
notari; ~ awam (Udg) pegawai, terutamanya peguam, yg diberi kuasa utk
menyaksikan penandatanganan dokumen undang-undang, membuat
perjanjian kontrak dan mengesahkannya dsb.
notaris IB orang yg diberi kuasa oleh Kementerian Kehakiman utk
mengesahkan atau menyaksikan sesuatu perjanjian dll.
notasi satu set sistem lambang bertulis utk mewakili satu sistem pemikiran
spt muzik, matematik: dlm fonologi, /p/ ialah ~ yg digunakan utk
melambangkan konsonan yg bercirikan hambat, tidak bersuara,
bilabial.
notelun IB laporan yg pendek (drpd sesuatu perbicaraan, mesyuarat, dll).
notes (notés) Id; buku ~ buku peringatan (catatan).
notis 1. pengumuman tentang sesuatu yg akan berlaku, pemberitahuan,
kenyataan; ~ pilihan raya (Udg) notis utk mengadakan pilihan raya
selepas writ pilihan raya dikeluarkan; papan ~ papan kenyataan; 2.
pemberitahuan awal tentang niat utk menamatkan sesuatu urusan,
kontrak, kerja, dsb; dia kena ~ dia dibuang kerja.
nova (Ast) bintang yg secara tiba-tiba saja bersinar terang tetapi
kemudiannya beransur-ansur pudar semula.
novasekit (novasékit) (Kim) mineral sekunder nadir yg mengandungi lebih
kurang 52% uranium.
novel cerita dlm bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks, yg berkaitan
dgn pengalaman manusia dan kelakuan sosial; ~ murahan novel yg
rendah nilai kandungannya atau mutu fizikalnya;
bernovel bergiat dlm penulisan novel;
pernovelan perihal menulis novel.
novela (novéla) sj novel pendek.
novelet novel pendek.
novelis penulis (pengarang) novel.
November (novémber) bulan ke-11 dlm tahun Masihi yg mengandungi 30
hari.
novis orang yg baru dan tidak berpengalaman dlm sesuatu bidang, pekerjaan,
situasi dsb: dia menjuarai kategori ~ dgn memperoleh 70 mata.
Np simbol kimia bagi neptunium.
nr kep nombor.
NRI kep Negara Republik Indonesia.
nu huruf ke-13 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol ,.
NU Id kep Nahdatul Ulama (parti politik di Indonesia).
nuang Sr laluan binatang di dlm hutan: ~ binatang itu mudah dikesan kerana
keadaan tanah di kawasan itu lembut.
nuansa perbezaan atau kelainan yg halus dan sangat sedikit pd bunyi, makna,
perasaan, warna, rupa, dsb: penterjemah yg menguasai dua bahasa
atau lebih yg tahu akan peranannya dan tahu akan ~ segala makna
dlm karya yg diterjemahkan.
nubari ark sanubari.
nubuat Ar nubuwah.
nubuwah Ar sifat (hal) yg berhubungan dgn nabi, kenabian.
nugat sj gula-gula keras dan liat yg diperbuat drpd gula atau madu, kacang
dan putih telur.
nuget sj makanan drpd daging ayam dsb berempah dan berbentuk ketulan
leper yg digoreng sebelum dimakan.
nujum 1. bintang, bintang-bintang; 2. ilmu bintang utk mengetahui nasib
orang, perbintangan; 3. = kitab ~ kitab utk membuat ramalan, kitab
perbintangan; melihat ~ membuat ramalan dgn melihat kitab nujum; 4.
= ahli ~ = ahlulnujum orang yg ahli dlm membuat ramalan dgn melihat
bintang, tukang tilik, penilik; ~ Pak Belalang ki tukang tilik yg palsu
(pura-pura);
bernujum berjumpa nujum utk meramalkan sesuatu;
menujumkan membuat ramalan (dgn melihat kitab nujum),
meramalkan, menenung;
mempernujumkan melihat nujum utk, meramalkan utk;
nujuman ramalan;
pernujuman perbuatan atau hal bernujum;
penujuman perihal menujumkan.
nukil nukilan;
menukilkan memetik (cerita, karangan, dll), mengutip;
nukilan sesuatu yg dipetik (dipungut dll), kutipan, petikan, pungutan:
penelitian saya terhadap berbagai-bagai sumber spt ~ sejarah
terbitan-terbitan yg berkaitan;
penukilan perihal (perbuatan, usaha dsb) menukilkan: ~ hal ehwal
budaya masyarakat utk dijadikan sbg sumber penyelidikan dan
rujukan;
penukil orang yg memetik (cerita, karangan, dll).
nuklear (nukléar) berkaitan dgn nukleus atom; peperangan ~ peperangan yg
memakai senjata dgn tenaga atom; senjata ~ senjata yg menggunakan
tenaga atom.
nukleogenesis (nukléogénésis) (Fiz) proses pembentukan nukleus dlm alam
tabii secara hipotesis.
nukleolus (nukléolus) (Bio) jasad kecil yg berbentuk sfera dan mengandungi
protein dan RNA yg terdapat di dlm nukleus.
nukleon (nukléon) (Fiz) proton atau neutron.
nukleonik (nukléonik) cabang ilmu sains yg berkaitan dgn penggunaan sains
nuklear secara praktik.
nukleoplasma (nukléoplasma) (Bio) protoplasma yg terdapat di dlm nukleus
dan mengandungi nukleoprotein.
nukleoprotein (nukléoprotin) (Bio) sebatian di dlm nukleus sel yg terdiri
drpd asid nukleik dan protein.
nukleus (nukléus) 1. struktur berbentuk bujur atau sfera yg terdapat pd
kebanyakan sel haiwan dan tumbuhan; 2. bahagian tengah atom yg
terdiri drpd proton dan neutron; 3. ki inti (sesuatu perkara), pokok,
sari; ~ atom (Kim) pusat atom yg bercas positif dan terdiri drpd proton
dan neutron (kecuali hidrogen yg hanya mempunyai satu proton).
nuklid (Fiz) nukleus sesuatu atom yg dicirikan oleh nombor atom, nombor
jisim, dan keadaan tenaganya.
numerologi kajian tentang nombor-nombor yg dipercayai mempunyai
pengaruh atau erti tertentu dlm kehidupan seseorang individu dsb.
numismatik kajian atau koleksi tentang duit syiling, pingat dsb.
nun I; ikan ~ sj ikan yg besar (dlm cerita-cerita sahaja).
nun II sana, di sana: ~ di sana itu kilang getah.
nun III 1. huruf ke-25 abjad Arab (mempunyai nilai 50); 2. huruf ke-29 abjad
Jawi.
nung I (Riau) gelaran utk orang berdarah raja dr sebelah ibu, megat.
nung II bunyi spt bunyi canang dipukul.
nunggal Kl jualan satu dgn satu (satu sen satu, seringgit satu, dll).
nuntius IB duta besar Paus.
nur Ar cahaya, terang;
~ al-ain cahaya mata (kekasih); ~ Muhammad cahaya yg diberikan kpd
Muhammad SAW (dlm wahyu).
nuraga ark timbang rasa (belas kasihan dll), simpati.
nurani Ar bercahaya, terang: hati ~ a) hati yg telah mendapat cahaya drpd
Tuhan; b) perasaan hati murni yg sedalam-dalamnya.
nurbisa Id penawar bisa.
nuri I = burung ~ sj burung, perling, pialin, puling, serindit gajah, tanau; ~
kelabu, Psittacus erithacus; ~ kepala kelabu, Psittacula finschii; ~
merah, Domicella garulla.
nuri II sj ikan laut, Callyodon spp.
nuriah ark cahaya, terang.
nurseri 1. tempat anak-anak pokok disemai atau ditanam utk dijual dsb; 2. bp
taska.
nus; ikan ~ sj ikan sotong.
nusa 1. pulau: ~ Tenggara; 2. tanah air, tanah tumpah darah:
mempertahankan ~ dan bangsa.
Nusantara kepulauan Melayu;
kenusantaraan hal yg berkaitan dgn Nusantara: berpegang teguh pd
asas kebersamaan utk mempertahankan sifat ~ yg asasi.
nusuk Ar kerja yg dilakukan kerana Allah, ibadah: sembahyang dan ~nya,
nyawa dan hartanya adalah hak Allah.
nusus  nusyuz.
nusyuz Ar keingkaran isteri mentaati perintah (yg diharuskan Allah) suami.
nutfah Ar peringkat pertama kejadian manusia selepas persenyawaan antara
ovum dgn sperma.
nutrien (Bio) bahan makanan berkhasiat, zat makanan.
nutup Kl membubuh lilin di atas bunga kain batik.
nuwa Kl sj kereta tidak beroda yg ditarik oleh kerbau atau lembu, bentang.
nuzul Ar turun; (Hari) N~ Quran hari peringatan turunnya Quran (pd 17
Ramadan).
nya I huruf ke-36 (terakhir) abjad Jawi (mempunyai nilai 7000).
nya II 1. kata ganti nama diri orang ketiga spt, beliau, dia: pada~; jiwa~; 2.
oleh (yg tersebut terlebih dahulu), oleh beliau, oleh dia: dipilih~ buku;
3. kata utk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud: setelah esok
hari~, maka ...; dgn hormat~ dijemput encik hadir.
nyadik Jk menjadi gemar benar.
nyah bk pergi, berhambus, lari: sudahlah, ~lah kau semua balik;
mengenyahkan 1. menghalau supaya pergi, menyuruh pergi (lari):
penjarah ditembak, dinyahkan, diikat di ekor kuda dan seterusnya;
syaitan di dunia ini dapat dinyahkan dr kampung kita; 2.
menghilangkan, menghapuskan, melenyapkan: bahan peluntur itu ada
kuasa ~ bau;
ternyah telah disingkirkan (diketepikan, dihapuskan dsb), terhapus:
kanak-kanak didedahkan kpd watak-watak "hebat" yg ~ drpd kualiti
yg hendak dihasilkan oleh proses pendidikan;
pengenyahan perihal (proses, perbuatan) mengenyahkan, perihal
menghilangkan (melenyapkan), penghapusan: proses ~ asid bertujuan
membersihkan fiber kertas drpd unsur-unsur asid.
nyah- awalan asing buang atau hapus, mis nyahcas dan nyahwarna.
nyahasli; penyahaslian (Bio) perubahan rupa bentuk protein atau asid
nukleik dgn memanaskan atau menindakkannya dgn asid, alkali, atau
agen lain.
nyahcas; ~ elektrik (Fiz) pengaliran cas elektrik melalui gas atau udara.
nyahhutan; penyahhutanan (Hut) pemusnahan hutan secara kekal, mis utk
membuat jalan raya dan bangunan.
nyahkafeina (nyahkaféina) telah dikeluarkan atau dihapuskan seluruh atau
sebahagian kandungan kafeinanya drpd kopi, teh dsb: kopi ~;
menyahkafeinakan menghilangkan atau menyingkirkan sebahagian
atau kesemua kandungan kafeina drpd kopi, teh dsb: pengambilan teh
atau kopi yg telah dinyahkafeinakan juga tidak digalakkan.
nyahkod (Komp) 1. tindakan menukarkan data yg terkod kpd bentuk asalnya;
2. tindakan menentukan makna yg terkandung dlm sesuatu mesej yg
terkod.
nyah-nyah Kl berjalan cepat-cepat dgn tidak memandang kiri kanan.
nyahpepijat (Komp) tindakan mencari dan membasmi kesilapan yg terdapat
dlm perisian atau perkakasan komputer.
nyahtentera; menyahtenterakan menyingkirkan (mencegah) fungsi
ketenteraan di sesuatu kawasan, mendemiliterisasikan: perjanjian utk ~
kawasan Antartik pd tahun 1951.
nyahtoksik; menyahtoksikkan menghapuskan atau mengeluarkan racun
drpd sesuatu (badan dsb): ada banyak cara yg boleh digunakan utk ~
tubuh anda;
penyahtoksikan perihal (proses, tindakan dsb) menyahtoksikkan:
kesemua program ~ melibatkan pembebasan bahan toksik drpd
organ-organ dan sel.
nyahwarna; menyahwarnakan menghilangkan warna drpd sesuatu.
nyai 1. perempuan simpanan (terutama oleh orang Eropah), gundik, kendak;
2. panggilan kpd perempuan tua, mak cik; 3. sl adinda.
nyak Jk emak.
nyak-nyak Kl bergerak berulang-ulang, mengembut-embut.
nyala; ~ api lidah api: fosforus terbakar dlm oksigen dgn mengeluarkan ~
kuning; padam ~ tarik puntung prb di mana mati di situlah ditanam;
bernyala, menyala 1. ada nyalanya, hidup (api): jikalau tiada kayu di
manakan api itu ~?; lampu menyala dgn terang-benderang; merah ~
= merah menyala merah spt api; 2. ki bertambah hebat, makin menjadi,
berkobar-kobar: kemarahannya makin menyala;
menyalai memasang supaya menyala;
menyalakan 1. menjadikan bernyala, menghidupkan api, membiarkan
menyala: dgn perlahan-lahan dia ~ api; 2. ki mengorbankan,
menimbulkan: ~ peperangan;
penyalaan perbuatan atau hal menyala(kan);
penyala alat utk menyalakan sesuatu.
nyalang 1. terbuka (mata), celik; 2. dapat melihat, tidak buta;
menyalangkan membukakan (mencelikkan) mata, membelalakkan.
nyalar ark selalu, sering.
nyali Jk hempedu; ~ besar berani; ~ kecil penakut, pengecut; pecah ~nya
hilang keberaniannya.
nyalin sj tumbuhan (pokok) dlm famili Polygalaceae, minyak beruk,
mengkapas, Xanthophyllum spp.
nyam bp makan (kanak-kanak).
nyaman I 1. cergas, segar, sihat: badannya ~; 2. enak rasanya, sedap: air
limau ~ rasanya; lagu yg ~ didengar; udara yg ~;
menyamankan menjadikan nyaman (enak, segar), mengenakkan,
menyegarkan: udara di sini ~ badan;
kenyamanan perihal (keadaan dsb) nyaman, kesegaran, kesedapan:
kesejukan pagi bertukar terik, ~ senja diganti seram; udara senja di
Pekan Tualang memberikan ~ dan kedamaian spt udara menjelang
subuh di KL;
penyaman sesuatu yg menyamankan (menyegarkan); ~ udara alat yg
mengawal kelembapan dan suhu di dlm sesebuah bilik, bangunan,
kenderaan dsb utk menghasilkan udara yg kering, sejuk dan nyaman.
nyaman II Br; minyak ~ sj minyak wangi (diperbuat drpd beberapa jenis
bunga).
nyambing sj tumbuhan (herba), Lasia spinosa.
nyampang = senyampang, nyampang-nyampang, menyampang 1.
barangkali, jangan-jangan, kalau-kalau: jangan bercakap kuat,
senyampang ada orang mendengar; 2. jika, kalau, sekiranya: ~-~ lalu,
singgah di rumah aku; 3. sementara, kebetulan, selagi: mari kita pergi
senyampang ada orang di jalan; 4. mujur, untunglah: ia hampir mati
lemas, ~ ada orang menolongnya; 5. hanya kerana, mentang-mentang:
~ kaya hendak kahwin lagi; senyampang.
nyampelung sj tumbuhan (pokok), Calophyllum inophyllum.
nyamuk sj serangga kecil bersayap dua dan menghisap darah; ~ aedes
(rimau) sj nyamuk, Aedes aegypti; ~ biasa sj nyamuk, Culex fatigans;
~ tiruk (jenis nyamuk yg membawa penyakit malaria) a) Anopheles
maculatus; b) Anopheles sundaicus; c) Anopheles umbrosus; ~ pers Id
bp pemberita surat khabar, wartawan; tamparan ~ bahagian badan
antara tulang belikat dgn tulang leher; ~ mati gatal tak lepas prb
menaruh dendam terhadap orang yg berbuat jahat kpd kita walaupun ia
sudah dihukum.
nyamur Mn embun.
nyana agak, duga, kira, sangka; tidak ~ tidak tersangka (terduga);
menyana menduga, mengagak, mengira.
nyanat Br mengulangi kesalahan yg telah lalu (dgn sengaja).
nyanya Jk; menyanya menggoreng tanpa minyak, merendang.
nyanyah; menyanyah bercakap yg bukan-bukan, meracau, merepek.
nyanyang Mn tidak tenang hati, gelisah.
nyanyar 1. lunak pd sebelah luar (kulit), bonyor; 2. gambut, gembur (tanah
dll).
nyanyi gubahan muzik yg dilagukan dgn suara: dr jauh terdengar ~ seorang
gadis; peti ~ alat utk memainkan piring hitam;
bernyanyi, menyanyi melagukan nyanyi, berlagu: maka biduanda yg
baik suara pun ~lah; budak itu berlari-lari ke sekolah sambil
menyanyi;
menyanyikan melagukan (dgn nyanyi): Salmah ~ lagu itu;
nyanyian nyanyi;
penyanyi orang yg menyanyi, tukang nyanyi, biduan.
nyanyu ark; menyanyu bercakap yg bukan-bukan, meraban, merepek.
nyanyuk berkelakuan spt kanak-kanak (bkn orang yg sudah terlalu tua), tidak
berapa betul lagi (bkn fikiran orang yg sangat tua), raban: entahlah,
orang tua itu sudah ~ betul;
menyanyukkan menyebabkan nyanyuk;
kenyanyukan perihal (keadaan atau sifat) nyanyuk: mereka
menyaksikan ~ orang tua itu dgn rasa insaf.
nyapang ark kawan, sahabat, teman.
nyapnyap Jk bercakap mengikut suka hati sahaja, merepek.
nyapung Kl mencarut.
nyarang 1. sj tumbuhan (rumpai), Cythula prostrata; 2. = ~ songsang sj
tumbuhan (rumpai yg dibuat ubat), Achyranthes aspera.
nyarik ark keras suara;  nyaring.
nyaring 1. keras dan terang (bunyi, suara), lantang: telah genap tujuh kali
dinobat itu, maka bentara pun berseru dgn ~ suaranya; 2. elok
(tajam) pendengaran: telinga kanak-kanak ~ ;
menyaringkan menguatkan (suara, bunyi); ~ telinga mendengar baikbaik;
kenyaringan keadaan atau hal nyaring.
nyaris, nyaris-nyaris hampir (berlakunya sesuatu), cemas-cemas: barisan
pertahanan mereka menjadi huru-hara sehingga ~ keselamatan
panglima mereka terancam.
nyaru Jk menyamar sbg;  saru I.
nyarum sj tumbuhan (pokok renek), Psychotria rostrata.
nyarum-nyarum sj tumbuhan (pokok renek), pecah periuk jantan, Ixora
pendula.
nyata 1. jelas dan terang (pd pendengaran, pelihatan): dr jauh tampak ~
lembaga itu; 2. nampak dgn terang, ketara: makin aku perhatikan
orang itu, makin ~ tujuannya; 3. benar-benar ada, maujud, wujud:
alam yg ~ ;
menyatakan 1. menjadikan nyata, menerangkan, menjelaskan: di dlm
buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg
biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah
engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. memberitahu,
melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya
utk ~ ketibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar
kerja;
ternyata 1. sudah nyata (nampak dgn terang), terbukti, ketahuan,
ketara: bakal jodoh yg dipilihnya ~ sudah ada yg punya;
kesalahannya sudah ~ ; 2. sudah tersebut (tertulis, tercatat, dll),
tersiar;
kenyataan 1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah
menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata,
hakikat, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3.
sesuatu yg dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dll), penjelasan,
pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio
malam ini; papan ~; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata;
pernyataan 1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu,
pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian
arkeologi dan juga ~ kepercayaan dan pengetahuan tentang bercucuk
tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat,
isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~
bersama;
penyataan perbuatan menyatakan (melahirkan dll): kesusasteraan
bukanlah lahir drpd kekosongan, tetapi adalah ~ drpd pergolakan dan
perkembangan masyarakat;
penyata sesuatu yg dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi,
keterangan bertulis tentang sesuatu: setelah mengetahui untung rugi
perniagaan dlm sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu
~ ; ~ kira-kira penyata (keterangan) yg menjelaskan kedudukan kirakira;
~ tahunan laporan tahunan.
nyatuh 1. sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah
putih, Palaquium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan
(pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii.
nyawa 1. roh yg menghidupkan manusia (haiwan dll), jiwa, semangat:
janganlah berlengah hingga ~ sampai ke halkum; undang-undang itu
ialah ~ dan semangat manusia; ~nya sudah melayang ia sudah mati;
membuang ~ = menyabung ~ menentang bahaya maut; minta ~ minta
dihidupkan; ~-~ ikan hampir-hampir mati; 2. ki yg amat disayangi
(dikasihi), buah hati, jantung hati: aduhai adinda, ~ kekanda;
~ bergantung di hujung kuku prb dlm keadaan yg sulit dan berbahaya;
satu ~ dua badan prb sehidup semati (bkn dua orang sahabat atau
sepasang suami isteri);
senyawa sudah menjadi satu, berpadu benar, bersatu benar, bersebati;
bersenyawa menjadi satu (dgn), bersebati (dgn): hidrogen dan oksigen
kalau dicampurkan ~ menjadi air;
mensenyawakan menjadikan senyawa;
mempersenyawakan menjadikan bersenyawa, menyebatikan: kalau
unsur-unsur ini dipersenyawakan, terdapatlah benda-benda lain;
persenyawaan perihal bersenyawa, perpaduan, penyebatian:
percantuman antara sel jantan dgn sel telur ini dinamakan ~ ; ~
sendiri penswasenyawaan; ~ silang persenyawaan antara dua haiwan
atau tumbuhan drpd spesies yg sama;
bernyawa 1. mempunyai nyawa, hidup; 2. ki ada aktiviti yg
berlangsung, bergerak dgn pelbagai kegiatan (urus niaga dsb)
dijalankan, hidup: perut Dataran Merdeka kini ~ semula apabila
sebuah kompleks beli-belah wujud di situ.
nyedar nyenyak (tidur), lelap, lena: orang lain di rumahnya masih lagi
terlantar tidur dgn ~.
nyeding Kl berjalan dgn melentikkan belakang.
nyelap Pr tidak sedarkan diri.
nyelonong Jk datang (masuk, hadir, menyasar, dll) dgn tiba-tiba.
nyendih Kl menyandar (duduk).
nyengat Kl menghendaki sesuatu dgn tiba-tiba (mendadak).
nyenyai tidak kerap (tenunan, anyaman, dll), jarang.
nyenyak tidak sedar apa-apa (ketika tidur), lena, lelap, nyedar: setelah itu ia
pun tidur dgn ~nya;
menyenyakkan menjadikan (seseorang) nyenyak: dia tertidur semula
dinyenyakkan oleh dendang renyaian gerimis;
kenyenyakan perihal (sifat atau keadaan) nyenyak, kelenaan: lampin
yg direka dgn sempurna dpt memastikan keselesaan dan ~ tidur
seseorang bayi.
nyenyarum nyarum-nyarum.
nyenyat sunyi sepi.
nyenyeh (nyényéh); menyenyeh meminta (menyuruh) berulang-ulang,
meracau, merepek, nyinyir: semalam-malaman apabila suaminya terus
muntah dan ~ itu, Kintan menangis sendirian.
nyenyek (nyényék) Kl lembik (kuih, buah-buahan, dll), lunak.
nyenyen (nyényén); menyenyen mengajuk, mengejek.
nyenyulung sj ikan laut, Hemirhamphus spp.
nyerama Kd berebut-rebut (utk mencapai sesuatu).
nyeri sakit spt ditusuk-tusuk jarum dsb pd mana-mana bahagian tubuh,
terutamanya apabila disentuh, ditekan dsb: bola mata terasa sakit dan
~ apabila ditekan;
kenyerian rasa nyeri.
nyik Kl; menyik menindih atau menekan.
nyik-nyik lambat-lambat (berjalan).
nyilu ngilu.
nyinyir suka bercakap-cakap, banyak mulut, merepek.
nyirih = ~ bunga = ~ hudang sj tumbuhan (pokok), Carapa granatum; ~
batu sj tumbuhan (pokok), Carapa moluccensis.
nyiru sj alat (yg dianyam drpd bilah, rotan, dll) utk menampi beras dll; bak ~
bak tampian, bak guru bak anak sasian prb murid-murid umumnya
mencontohi kelakuan guru (terutama yg tidak baik).
nyit nyah, pergi, berhambus.
nyiur sj tumbuhan (palma dan buahnya), kelapa, Cocos nucifera; ~ bawang
= ~ manis kelapa yg boleh dimakan dgn sabut-sabutnya; ~ bisu Kl
orang tua yg pendiam tetapi berakal; ~ cungkilan = ~ sungkuran buah
kelapa yg isinya baru hendak keras; ~ dara pohon kelapa yg belum
berbuah; ~ gading a) pohon kelapa yg agak kekuning-kuningan warna
pelepah dan buahnya (biasanya ditanam sbg perhiasan), Cocos
plumosa; b) Kl anak gadis yg comel-comel (kesayangan ibu bapa); ~
ingusan buah kelapa yg baru hendak berisi; ~ kapal Kl nyiur yg
berbatang kecil dan rendah; ~ koman Kl, ki orang yg tidak berguna kpd
masyarakat; ~ masam Kl a) nyiur yg busuk kerana rosak; b) perempuan
yg tidak berguna;
apabila patah tumbuh ~ itu, tumbuh ~ juga akan gantinya prb ganti yg
hilang itu mestilah yg sama pula; laksana ~, mumbang dibuat pincuk
hendak menghilangkan kelat prb tidak boleh orang yg bukan
bangsawan itu disuruh mengatur kedudukan orang besar-besar dlm
sesuatu majlis; orang yg bertanam pokok ~, terkadang-kadang tiada
makan buahnya prb orang yg menghimpun harta atau berbuat sesuatu
itu adakalanya tidak mendapat faedah daripadanya; umpama memerah
~, santan diambil hampas dibuang prb mendengar perkataan orang
hendaklah dipilih mana-mana yg baik dan benar, dan yg buruk dibuang.
nyiur-nyiur 1. sj ikan laut, Monodactylus argenteus; 2. sj ikan laut, a)
Trachinotus bailloni; b) Trachinotus blochii.
nyokak Kl membongkokkan badan dan menyisihkan tangan (ketika berjalan
di hadapan orang).
nyolo sj alat tempat perasapan, pedupaan.
nyolong Jk mencuri;
nyolong-nyolong dgn diam-diam atau sembunyi-sembunyi (melakukan
sesuatu dll).
nyonya 1. panggilan kpd perempuan Cina yg sudah bersuami; 2. perempuan
Cina drpd golongan Baba; 3. Id panggilan kpd perempuan yg sudah
bersuami; ~ rumah perempuan tuan rumah, perempuan yg empunya
(memiliki) rumah.
nyonyeh (nyonyéh) sudah tua dan tidak bergigi.
nyonyong; menyonyong menganjur ke depan (muncung, bibir, dll).
nyoyang sj penyakit yg biasanya menyerang ibu yg baru melahirkan anak.
nyuar sj ikan darat, menyuar, Luciosoma setigerum.
nyunyut I; menyunyut menarik panjang-panjang, menjujut, menghela.
nyunyut II; menyunyut mengulum dan menghisap (puting, gula-gula, dll):
anak itu sedang ~ gula-gula.
nyunyut III Kl; menyunyut bergerak turun naik, mengembut.
nyut denyut.

No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama