SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Tuesday 27 September 2011

Daftar Kata Huruf R

r I huruf yg ke-18 abjad Rumi.
R II Id kep Raden.
ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~.
ra (rO) 1. huruf ke-10 abjad Arab (mempunyai nilai 200); 2. huruf ke-11
abjad Jawi.
Ra simbol kimia bagi radium.
Rab Ar yg empunya segala sesuatu (Allah).
RAB kep Republik Arab Bersatu.
raba I tekaan, agakan, dugaan, taksiran; salah ~ salah dugaan;
meraba, meraba-raba 1. menyentuh (memegang-megang,
menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dgn tidak
melihat): serangga menggunakan sesungutnya utk ~ jalan; tuan
Sutan meraba-raba mukanya kalau sungguh-sungguh ada lumpur
terpalit; 2. mencari sesuatu pd tubuh orang (dlm saku dll),
memeriksa orang utk mencari sesuatu: susahlah sedikit memeriksa
perempuan yg lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya; Amir ~
saku seluarnya dan mengeluarkan rokok; 3. meneka, mengagak (yg
tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan sesuatu: ia mencuba
meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya; ia mencari-cari
jawabannya sendiri, meraba-raba sendiri;
merabai meraba berkali-kali atau merata-rata: dia membiarkan
dirinya diciumi dan dirabai;
teraba-raba 1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari
(sesuatu yg terselindung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka
tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakaiannya;
rabaan 1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan, taksiran,
tekaan;
peraba; alat ~ pancaindera utk merasa (dgn kulit), perasaan kulit,
perasa.
raba II Mn; meraba marah;
peraba pemarah.
raba III; ~-rabu tergesa-gesa (ke sana ke mari).
raba IV Kd, bp getah pemadam.
rabab ark  rebab.
rabah I sj burung yg biasa terdapat di hutan kecil, Criniger tephrogenys.
rabah II Br rebah, tumbang.
rabak koyak panjang atau besar, cabik-cabik; koyak ~ = rabik ~ banyak
koyaknya;
merabak mengoyakkan, mencabik-cabikkan: oleh terlalu panas
hatinya, maka dirabaknya baju orang itu.
raban; bahasa ~ ark bahasa (cakap) yg tidak tentu (tidak keruan), bahasa
yg bercampur aduk;
meraban 1. mengigau, merepek; 2. berkelakuan (berperangai) tak
tentu arah: ia pun berjalanlah ~ dgn tiada tentu arah tujuannya;
jangan engkau ~ dlm kampung ini, nanti kepala engkau diketuk
orang.
raba-raba; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), rawa, Mangifera
macrophylla.
rabas Mn 1. air yg menitik dr daun sesudah hujan; hari ~ hari gerimis;
hujan ~-~ hujan rintik-rintik, gerimis; 2. bertitikan (air, air mata,
dll), berjatuhan, berguguran, berluruhan (buah-buahan dll).
rabat IB potongan drpd jumlah bayaran yg mesti dibuat, potongan
kemudian.
Rabbana Ar Tuhan kami; ya ~ ya Tuhan kami.
rabbani Ar yg berkaitan dgn Tuhan, ketuhanan: generasi ~.
Rabbi Ar Tuhan yg memiliki diriku: ya Allah, ya ~.
Rabbulalamin Ar Tuhan empunya seluruh alam, Tuan (pemilik dan
penguasa) seluruh alam.
Rabbulghafur Ar Tuan segala ampun, Tuhan Yang Maha Pengampun.
Rabbulizzati Ar Tuan segala kemuliaan (Allah).
Rabbuljalil Ar Tuan Yang Maha Mulia (Allah).
rabies (rabis) penyakit berjangkit (lazimnya menjangkiti manusia melalui
gigitan anjing yg menghidapnya) yg mengakibatkan kelumpuhan
pernafasan yg akhirnya membawa maut, penyakit anjing gila.
rabik pecah, robek (di tepi), cabik-cabik, rabak; carik ~ = robak-~
koyak-koyak (pecah-pecah); rabit.
rabit koyak, robek (memanjang): bibirnya ~; robat-~ koyak-koyak;
telinga ~ dipasang subang, kaki untut dipakaikan gelang, jari
kudung dimasukkan cincin prb pemuliaan kpd yg tidak patut
dimuliakan;
merabit mencabik panjang, merabik panjang: ~ muncung Mn
berteriak keras-keras;
merabitkan menyebabkan rabit: ditariknya baju yg tersangkut pd
cangkuk itu kuat-kuat sehingga ~ bahagian kolarnya; rabik.
rabitah, rabitat Ar 1. (per)ikatan, perkumpulan; 2. terikat (kpd guru).
Rabiulakhir Ar bulan keempat dlm tahun Hijrah yg mengandungi 30 hari.
Rabiulawal Ar bulan ketiga dlm tahun Hijrah yg mengandungi 29 hari.
rabu I Mn paru-paru; besar ~ Mn bodoh, dungu; dendeng ~ sj makanan
drpd paru-paru; sakit ~ sakit paru-paru.
rabu II; ~ kembang a) sj tumbuhan (pokok renek), akar serimbung, julung
jantan, Alchonea rugosa (javenis); b) sj tumbuhan (pokok renek),
melur jawa, rompok setumpuk, Clerodendron fragrans.
Rabu III hari keempat dlm seminggu, selepas hari Selasa.
rabub (Muz) sj alat bunyi-bunyian bertali satu yg digesek, yg terdapat di
kalangan kaum Kenyah di Sarawak.
rabuk I 1. sj cendawan (jamur); 2. bulu halus-halus yg terdapat pd pokok
kabung (utk menghidupkan api dgn pemantik), kaul; 3. sesuatu yg
menjadi bibit perselisihan dll;
sehabis ~ sehabis putaran prb kerja selesai wang pun habis; spt ~
dgn api prb mudah terjadi perkara yg kurang baik kalau didekatkan
(jika gadis didekatkan dgn teruna).
rabuk II Jw baja, pupuk; ~ buatan = ~ garam baja (pupuk) buatan; ~
hijau pupuk hijau;
merabuk, merabuki memupuk, membaja: laksana tanaman yg
sudah jadi, tidak perlu dirabuk-rabuk, tidak perlu disiram.
rabun I asap (drpd daun-daun, dupa, dll) utk mengasapi rumah
(menghalau nyamuk, mengubati orang sakit, dll);
merabuni mengasapi (rumah, orang sakit, dll);
merabunkan membakar (daun-daun, dupa, dll) utk merabuni;
perabun daun-daun dll yg dibakar utk mengusir hantu syaitan dll.
rabun II kabur (kurang terang, kurang jelas): orang tua itu sudah ~
matanya; ~ ayam = ~ senja Mn a) buta ayam; b) samar muka;
~ dekat kabur melihat benda-benda yg dekat, hipermetropia; ~ jauh
kabur melihat benda-benda yg jauh, miopia; ~ malam kabur pd
waktu malam; ~ tua rabun kerana sudah tua;
berabun-rabun bermain tutup mata;
merabunkan menjadikan (menyebabkan) rabun, mengaburkan:
serangan penyakit itu telah ~ matanya;
kerabunan perihal rabun, kekaburan: dia tidak diterima sbg
juruterbang kerana ~ matanya.
rabung 1. puncak bumbung rumah; air pasang ~ pasang yg naik tinggitinggi;
bercakap ~ bercakap besar (banyak); 2. jalur tanah tinggi yg
panjang, barisan bukit, kemuncak bukit; 3. Kd terlalu ramah,
bercakap banyak;
merabung membumbung tinggi, memuncak, meninggi; air pasang
~ air pasang rabung;
perabung, perabungan puncak atap rumah, puncak bumbung
rumah; ~ limas (panjang) Id bumbungan rumah yg berbentuk limas
(panjang);
berperabungkan mempunyai perabung: ruang tetamu bersiling
tinggi yg berhiaskan kayu dan ~ konkrit.
rabut I lepas (lulus) kerana diragut;
merabut meragut, mencabut, merenggut.
rabut II; berabut Br tergesa-gesa, lekas, pantas.
racak Mn ark; meracak mengenderai, menunggang: aku ~ basikalku
hendak pergi ke kedai.
racau I; meracau, meracau-racau bercakap dgn tidak tentu fasal (tidak
keruan) ketika demam dll, mengigau: sepanjang sakitnya dia ~;
kemeracauan perihal meracau.
racau II Mn selalu bergerak-gerak, lincah, rencah.
racik I sj jerat utk menangkap burung;
tahan ~ burung tak masuk, burung biasa makan di tangan prb
orang yg biasa bercampur dgn orang yg berakal itu susah hendak
dikalahkan;
meracik menangkap burung dgn menggunakan racik;
peracik orang yg meracik burung: bapanya bukanlah ~ burung
sepenuh masa.
racik II; meracik menghiris, memotong atau mengerat (timun, pinang,
dll) tipis-tipis, menyayat (merajang) tipis-tipis;
racikan sesuatu yg sudah dihiris (dipotong dll) tipis-tipis, hirisan yg
tipis-tipis;
peracik alat, spt pisau dsb, yg digunakan utk meracik sesuatu:
kilang-kilang papan ini dilengkapi dgn peralatan spt gergaji
gelung, pembelah dan ~.
racit  racik II.
racun 1. bahan yg berbisa dan boleh mematikan atau membawa maut
(kalau dimakan dll): ia pun makan ~ lalu mati; ~ herba racun
perosak yg digunakan utk menghapuskan atau mengawal
pertumbuhan rumpai atau tumbuhan lain yg tidak dikehendaki; ~
kulat racun perosak yg digunakan utk membunuh atau menghalang
pertumbuhan kulat; ~ perosak racun drpd bahan kimia yg digunakan
utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai; ~ serangga racun
perosak yg digunakan utk membunuh serangga yg berbahaya pd
manusia; 2. bahan yg berbisa dan boleh menyebabkan sakit: kuman
tetanus ini berkembang biak dan mengeluarkan sj ~ yg
menyebabkan tegang urat leher dan tulang rahang; 3. ki sesuatu
yg merosakkan batin (fikiran dll): kerisauan menjadi ~ kpd
kehidupan; perbuatan spt ini akan menjadi ~ kpd syarikat dan juga
kpd ahli yg berkenaan; jikalau air ~, rembesnya pun ~ juga prb
jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga;
beracun ada racunnya, mengandungi racun: gas yg ~; makanan yg
~;
meracun memberi makan racun (supaya mati): ia dituduh ~ anjing
jirannya;
meracuni 1. membubuh racun pd: dia berteriak mengatakan aku ~
makanan itu; 2. mengganggu, mengusik, menggiurkan (hati):
senyumnya ~ hati; 3. merosakkan, membinasakan: dia dikatakan ~
fikiran rakyat;
meracunkan meracun utk: dia ~ ibunya lalang yg tumbuh terbiar
di sekeliling rumah;
keracunan kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan
makanan yg mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap
penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg
mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan
penyakit;
peracunan perihal meracun (meracuni);
peracun 1. orang yg meracun atau meracuni: perempuan boleh
menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi ~; 2. orang
yg membuat racun.
racut; peracut bp sj penyakit spt bisul.
rad IB ark dewan, majlis; ~ agama ark mahkamah yg mengurus hal ehwal
yg bersangkutan dgn hukum Islam (di Indonesia pd zaman
penjajahan).
rada = rada-rada Jk agak, sedikit; ~ gila agak gila; kain-kain yg ~
halusan kain-kain yg agak halus.
radai I Mn kepak pd ikan, sirip.
radai II Mn ark; meradai 1. mengarak tabut; 2. meminta derma
(sedekah).
radak I; beradak (berperang, berlawan, dll) tusuk-menusuk, tohokmenohok,
tombak-menombak;
meradak 1. menusuk (menohok, menombak) dgn lembing dll (dr
bawah dll): sakit meradak-radak; 2. bk makan dgn lahap;
meradakkan menusukkan tombak dll: keris itu dapat juga
diradakkan ke dadanya; ~ diri merempuh, menyerbu.
radak II; meradak 1. berjalan melanggar; 2. menyerang, menyerbu.
radang 1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh,
panas hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau
organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat
jangkitan atau kecederaan: ~ paru-paru;
~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan
vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia;
~ tenggorok bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg
disebabkan oleh bengkak;
meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh,
panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila
menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa
Inggeris;
meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg kauradangkan?
keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya
nanti, dia akan dapat melepaskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat)
(keadaan) radang: jangkitan kuman pd saluran pernafasan
mengakibatkan ~ dan kebengkakan di saluran telinga tengah;
kemeradangan perihal meradang;
peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung
menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di
bahagian hati;
peradang orang yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~
benar orangnya.
radar alat utk mengesan arah dan jarak jauh kapal (kapal terbang dll) dgn
gelombang radio.
radas alat, perkakas: makmal merupakan woksyop yg istimewa dan di
dalamnya ada perkakas sains atau ~;
beradas menggunakan radas, ada radas: permanian ~ dijalankan
terhadap binatang utk mendapatkan baka yg lebih baik.
raden (radén) Jw 1. gelaran putera dan puteri raja; 2. panggilan atau
sebutan keturunan raja (yg sudah jauh);
~ ajeng gelaran anak perempuan bangsawan; ~ ayu gelaran wanita
bangsawan (yg telah bersuami); ~ mas gelaran anak laki-laki
bangsawan.
rades (radés) IB sj lobak, lobak cina (putih), Raphanus sativus radicula.
radi Ar; sudi dan ~ sudi dan rela hati.
radiallahuanhu Ar moga-moga Allah memberi keredaan kepadanya
(disebut sesudah menyebutkan nama khalifah Abu Bakar, Umar,
Othman, dan Ali).
radian unit ukuran sudut satah pd bulatan (satu radian = 57.296 darjah).
radiator alat utk menyejukkan enjin kereta dll dgn menggunakan air yg
beredar dan kipas.
radif Ar, sl sajak (persesuaian bunyi).
radikal 1. secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara
yg menjejaskan (mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu:
perubahan yg ~ dlm adat resam sosial, politik, ekonomi, dan
estetik; manusia boleh berubah dgn ~; 2. memperjuangkan
(menyokong atau cenderung kpd) perubahan-perubahan dasar pd
bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dll):
parti yg akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri drpd UMNO
sekira-kira dapat mempengaruhi golongan ~ dlm parti itu; 3. = ~
bebas (Kim) atom atau kumpulan atom yg mempunyai elektron luar
yg tidak berpasangan, lazimnya sangat reaktif;
meradikalkan menjadikan sesuatu radikal: proses ~ garis
perjuangan pragmatis kesatuan sekerja yg tradisional;
keradikalan perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg
melebihi pengalamannya dan tidak ada pula yg melebihi ~nya.
radikalisme 1. fahaman (kepercayaan) yg radikal dlm politik; 2. fahaman
(aliran) yg menginginkan perubahan yg mendadak dlm arena politik
dan sosial.
radikel (Bio) bahagian embrio biji benih yg akan berkembang menjadi
akar utama.
radin ark padi ~ sj padi (ringan), padi cere, Oryza sativa.
radio 1. pemancaran (penghantaran, pengiriman, siaran) bunyi dll
menerusi udara: baginda akan berucap kpd rakyat melalui ~ ; 2. =
pemancar ~ tempat memancarkan bunyi dll menerusi udara, tetuang
udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn perantaraan ~nya
beberapa kali memberitakan kapal itu tenggelam; 3. = pesawat ~
= peti ~ alat perkakas utk menerima (menangkap) siaran menerusi
udara: dr ~nya terdengar lagu-lagu instrumental yg lembut;
kereta ~ kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~
transistor radio kecil yg mudah dibawa ke mana-mana;
meradiokan menghebahkan (mengumumkan, menyiarkan) melalui
radio.
radioaktif berkaitan dgn atau mengandungi bahan (mis uranium, radium,
dll) yg menghasilkan sinar (alfa, beta, dan gama) yg sangat kuat dan
berbahaya;
keradioaktifan sifat nuklid yg secara spontan memancarkan
sinaran yg mengion.
radiobiologi cabang biologi yg berkaitan dgn kajian tentang kesan sinaran
terhadap organisma dan penerapan teknik radiologi dlm proses
biologi.
radioekologi kajian tentang kesan sinaran terhadap spesies tumbuhan dan
haiwan dlm komuniti semula jadi.
radiogenik (radiogénik) (Fiz) bkn sesuatu yg terhasil drpd pereputan
radioaktif: haba ~.
radiograf gambar X-ray.
radiografi (Ubat) penggambaran struktur dlm tubuh pd filem dgn
menggunakan sinar-X atau sinar lain.
radiogram 1. = peti ~ peti nyanyian yg digabungkan dgn radio utk
memainkan piring hitam; 2. Id telegram yg dihantar melalui radio,
berita melalui radio.
radioimunologi penggunaan unsur radioaktif spt sinar-X dlm proses
imunologi.
radiokarbon sj karbon yg radioaktif yg terdapat dlm bahan organik,
biasanya digunakan sbg penyurih utk menentukan struktur dalaman,
mis sistem dlm tubuh, atau menentukan usia sesuatu bahan organik
kuno.
radiokardiografi pengukuran aliran darah berlabel radioaktif yg melalui
jantung dgn menggunakan pengesan Geiger-Muller.
radiokimia bidang kimia yg berkaitan dgn bahan radioaktif.
radiokoloid bahan radioaktif dlm keadaan koloid.
radiologi cabang ilmu perubatan yg melibatkan penggunaan unsur
(tenaga) radioaktif dlm pemeriksaan dan perawatan sesuatu
penyakit.
radiometer (radiométer) alat utk mengukur atau mengesan tenaga sinaran.
radiometri (radiométri) kaedah analisis yg berdasarkan pengukuran
sinaran.
radionuklid (Fiz) nuklid yg tidak stabil dan mengalami pereputan
radioaktif semula jadi.
radiosond alat yg dibawa ke angkasa dgn belon khas yg digunakan utk
menentukan suhu, tekanan, kelembapan bandingan dsb yg berlaku
dlm lapisan atmosfera atas dan menghantar balik data ke stesen
pencerapan di bumi.
radiotelegrafi (radiotélégrafi) sistem komunikasi telegraf yg
menggunakan pemancaran gelombang radio.
radioterapi (radiotérapi) kaedah rawatan penyakit dgn menggunakan
pancaran sinar spt sinar-X dll.
radiotermi (Ubat) rawatan penyakit dgn menggunakan haba yg dihasilkan
oleh sinaran elektromagnet.
radiotropisme tindak balas tumbuhan atau organisma terhadap sinaran
elektromagnet.
radium (Kim) sj unsur logam yg radioaktif yg terdapat semula jadi dlm
bijih uranium dan digunakan dlm bidang perubatan, radiografi, cat
berkilau, dll.
radius IB 1. sinar; 2. garis dr pusat ke keliling lingkaran, jejari (jari-jari).
radom (Fiz) penutup atau pelindung antena radar, terutamanya pd
bahagian muncung pesawat udara, yg diperbuat drpd bahan yg
boleh ditembusi oleh gelombang radio.
radon (Kim) sj unsur gas yg radioaktif.
radu Br bajak, tenggala.
radung; meradung melanggar, merempuh (dawai, pagar, dll);
teradung terlanggar.
radup; jahit ~ sj jahitan pd lipatan, jahit sembat.
rafak Ar naik;
merafakkan mengangkat: ~ sembah.
rafidi Ar ajaran agama yg terkeluar drpd dasar asalnya (kaum Syiah dll).
rafia 1. sj pokok palma, Raphia ruffia, yg pelepah daunnya menghasilkan
serat yg boleh dibuat tali, tikar dsb; 2. serat drpd pelepah (daun)
pokok rafia yg digunakan utk membuat tali, tikar, bakul, dsb.
rafik I Ar tinggi, mulia.
rafik II Ar kawan, sahabat, taulan (yg karib).
raga I 1. sj bakul yg diperbuat drpd bilah (rotan dll) utk mengisi barang
dll: ia pergi ke pasar, tangannya membimbit ~; 2. buah ~ sj bola yg
dianyam drpd rotan; bermain sepak ~ bermain raga dgn
menyepaknya dan menjaga supaya jangan jatuh ke tanah; (bermain)
sepak ~ jaring bermain raga dgn menggunakan jaring;
meraga sbg raga, kasap, berserabut.
raga II Jw badan: seolah-olah jiwa seni yg ada pd ~ Abdul Aziz dulu
sungguh-sungguh telah bertukar; jiwa dan ~.
raga III; raga-raga sl, beraga, meraga memperlihat-lihatkan
(menunjukkan) diri, berlagak, sombong, menyombongkan dirinya:
akan kita ~ dgn bermain;
memperagakan 1. mempamerkan (kpd bakal pembeli dll),
menunjukkan (barang dagangan) kpd orang ramai: peruncit harus
menggunakan segala ruang dlm kedainya dgn sebaik-baiknya utk ~
barangannya; 2. memperlihat-lihatkan kebagusan diri (pakaian dll),
mempamerkan, menunjuk-nunjukkan, melagakkan: gadis-gadis
berjalan ke sana ke mari ~ pakaian mereka; 3. menunjuknunjukkan
(kekayaan dll);
peragaan perbuatan memperagakan sesuatu;
peraga orang yg suka memperagakan diri, pesolek.
ragah I; beragah-agah agah I.
ragah II Pr tegap badan (manusia).
ragam I 1. tingkah, cara, laku, olah: aku menjunjung sekotak pinggan
dan kawan-kawan yg lain masing-masing dgn ~nya; 2. jenis,
macam: dlm masyarakat ada berbagai-bagai ~ manusia; aneka ~
berbagai-bagai jenis; serba ~ serba macam; 3. lagu, langgam: maka
gendang pun dipukul oranglah tujuh ~, dan pd se~ sekali
nafiri berbunyi; ahli ~ ark ahli muzik; 4. corak, ragi, warna: kain yg
cantik ~nya; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan penggunaannya,
yg berkaitan dgn situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dll) yg tertentu;
banyak orang banyak ~nya prb banyak orang banyak tingkahnya
(fiilnya, lakunya);
seragam 1. sama potongan dan warnanya (bkn pakaian dll), sama
sahaja (ciri-cirinya, peraturannya, dll): pakaian ~; 2. sesuai,
sepakat; ~ sebau sehati (suami isteri dll);
menyeragamkan menjadikan seragam: ~ ejaan Rumi bahasa
Malaysia-Indonesia;
keseragaman perihal (keadaan dsb) seragam: ~ bentuk; ~ warna;
penyeragaman perbuatan menyeragamkan: ia akan dapat
berusaha ke arah ~ bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia;
beragam; beragam-ragam berbagai-bagai, bermacam-macam,
berwarna-warna: masyarakat yg digaulinya jauh lebih ~ dan luas
drpd masyarakat zaman ayahnya; ramai ~, rimbun menyelara prb
setiap orang ada kemahuan (fikiran, kegemaran, dll) sendiri;
meragam 1. menyanyi (bernyanyi, berlagu); 2. mewarnai; 3. bp
berkelakuan (berperangai) tidak tentu hala (tidak dapat diteka):
kereta buruk yg ~; gadis itu terus-menerus ~;
meragamkan menjadikan beragam, membuat (mengubah dsb)
supaya menjadi berbagai-bagai atau tidak serupa sahaja: mereka
tahu ~ masakan utk hidangan sehari-hari;
keragaman 1. perihal berjenis-jenis ragam: orang yg begini
membawa sekali ~ yg beraneka juga; 2. = ~ jiwa keadaan (jiwa).
ragam II Jw bersatu hati, rukun;
meragamkan mengeratkan persaudaraan (persahabatan dll),
merukunkan;
keragaman kedamaian, kerukunan.
ragan Kd ark tujuh.
ragang I; meragang 1. memanjat (dgn memegang): ia jatuh ~ pagar;
pokok ~ pokok yg memanjat pd benda-benda lain; 2. menyerang
dan menyerbu (kota dll), merangsang; ~ gawe (Palembang)
menggunakan kekerasan terhadap perempuan, memperkosa
perempuan.
ragang II; ragangan Jk rangka bangunan dll, tulang-tulangan.
ragas I; meragas 1. sl menyentak (rambut, rumput, dll); 2. ark memotong
rambut, memangkas tanaman, dll.
ragas II; meragas 1. melata naik, memanjat (tumbuh-tumbuhan): batang
semalu diliputi duri-duri dan ~ naik ke atas rumpun-rumpun pokok
yg tidak begitu tinggi; 2. bp memanjat-manjat (kerana bermainmain
spt yg biasa dilakukan oleh kanak-kanak): jangan suka ~,
nanti jatuh.
ragbi sj permainan bola yg para pemainnya (antara dua pasukan yg
berlawan) boleh membawa bola dgn tangan; bola ~ bola bujur utk
permainan ini.
ragbol IB, bp sj sikat (sapu) bulat yg bertangkai panjang utk
membersihkan sawang dll.
ragem Jw  ragam II.
ragi I 1. sj bahan yg dibuat drpd beras dll utk menapai (tapai, arak, dll); 2.
berjenis-jenis zat yg mengandungi ragi;
beragi 1. menggunakan ragi: roti yg tidak ~; 2. berbuih, berbusa
(kerana ragi), muai;
meragi membubuh ragi (pd): utk membuat tapai, ubi kayu itu
diragi dahulu;
meragikan menjadikan ragi.
ragi II warna (kain), corak (anyaman, batik, dll): kain tenunan ~ jawa;
cantiknya ~ tikar ini;
meragi mewarnai (kain dll).
ragi III; meragi 1. mengadun (rempah dll), mencampur: minta tolong dia
~ rempah kambing; 2. Kl mencampur sesuatu utk dibahagi sama
rata.
raghib Ar asyik, gemar, suka sekali: membaca kitab dgn ~.
ragin sl tumbuhan (pokok memanjat), Microglossa volubilis.
rago Sr; udah ~ sudah sibuk.
ragu; ~ hati = ragu-ragu syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas:
ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu
hendak menjawab;
meragu Mn mengganggu, mengacau, membingungkan: jangan ~
engkau di sini, mari pulang;
meragui menaruh syak pd, bimbang terhadap, sangsi terhadap,
waswas terhadap, mengesyaki: kedudukan persoalan sudah jelas,
tidak ada suatu yg diragui lagi; kejujuran orang itu masih diragui
lagi;
meragukan menjadikan ragu-ragu: jadi, apakah yg ~ hatimu lagi?
keraguan, keragu-raguan 1. perihal ragu, kesangsian,
kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~ dan
sangkaan yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu
timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm
keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~.
raguk  reguk.
ragum sj alat (drpd besi) utk menyepit atau memegang benda yg hendak
dikikir dll.
meragum mencabut (menyepit dsb) dgn ragum: ~ paku.
ragung ark; teragung terlanggar, tertumbuk;  agung II.
ragus rabut.
ragut; meragut 1. menarik (menyentak, merabut, mencabut) dgn paksa
atau dgn kekuatan: tas tangannya diragut perompak; 2. memakan
rumput hidup dsb (bkn lembu, kambing, dll): yg meragut-ragut
rumput, itulah kerbau; 3. ki mencabut, merampas, menyebabkan
kehilangan (sesuatu) secara paksa (tiba-tiba dsb): dia berasa
dirinya diperlakukan secara tidak adil apabila kebahagiaannya yg
tinggal secebis itu diragut dgn tiba-tiba; ~ nyawa menyebabkan
mati dgn tiba-tiba: kemalangan itu telah ~ nyawa pemandu
tersebut;
ragutan hasil meragut;
peragut orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu barang
yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: pelancong asing
juga sering menjadi sasaran ~ bermotosikal; dlm kejadian itu, ~
melarikan beg tangan seorang wanita yg sedang membeli-belah.
rahak I Mn dahak.
rahak II Kl, Tr pekerjaan yg berat lagi rumit, pekerjaan yg teruk benar.
rahak III Sl roboh, runtuh (rumah dll yg sudah buruk).
raham  rahim I.
rahang I bahagian kepala di sebelah depan yg terdiri drpd dua tulang
(tulang rahang) yg membolehkan mulut dibuka dan ditutup;
~ atas tulang rahang sebelah atas; ~ bawah tulang rahang sebelah
bawah; keras ~ tidak mahu mengalah (tidak mahu menurut,
ketegar); tali ~ tali kekang (yg diikat pd rahang kuda dll); tulang ~
tulang pd rahang.
rahang II Ph rasa spt rasa jering.
rahap I; kain ~ = tudung ~ kain (tudung) utk menutup mayat;
merahap 1. menutup mayat dgn kain (rahap): ia ~ mayat ibunya; 2.
menutup (badan dgn kain): ia dapat ditenteramkan, diletakkan di
tempat tidur, dan dirahap dgn kain batik lepas;
merahapkan menggunakan kain utk menutup;
perahap kain rahap.
rahap II; merahap 1. = terbang ~ terbang turun (hinggap): burung punai
berkawan-kawan terbang ~ hinggap di dahan ara; 2. bertelut di
samping orang yg berbaring dll, meniarap, menyerahap: Mokhtar ~
di kaki ibunya dan menangis tersedu-sedu;
bagai dirahap kain basah prb dingin sejuk badan kerana melihat
(mendengar khabar mengenai) kejadian sedih dan ngeri;
terahap tertelungkup (jatuh).
rahat I roda (jentera) utk menggulung benang pd alat memintal benang.
rahat II gugur dgn banyak (durian): buah durian dlm kampung itu sudah
cukup ~ atau memuncak gugurnya; gugur ~ gugur dgn banyaknya.
rahat III Ar istirahat, rehat.
rahi berahi.
rahib Ar orang yg bertapa dlm biara Kristian.
rahim I Ar 1. belas kasihan: belas ~; kasihan ~; ia hidup mengikut ~ dan
belas kasihan orang lain; 2. pengasih, penyayang; Allah yg ~ Allah
Yang Maha Pengasih;
merahimi menaruh belas kasihan pd, mengasihi, menyayangi;
kerahiman perihal rahim (belas kasihan); rahman.
rahim II Ar organ pd perempuan dll utk mengandung anak, kandung(an),
peranakan: ayahnya meninggal ketika ia masih dlm ~ ibunya; ~
bunga ovari.
rahimahullah Ar Allah menaruh belas kasihan padanya.
rahman, rahmani Ar belas kasihan, pengasih: Tuhan yg bersifat ~ dan
rahim; rahim I.
rahmat Ar 1. belas kasihan: moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atas
hakim; dipohonkan ~ drpd Yang Maha Kuasa; 2. kurnia, berkat: ~
Allah; mudah-mudahan Allah limpahkan ~ dan nikmat hidup
padanya; 3. bahagia: malam itu mereka berjumpa lagi, alangkah
~nya; 4. kelebihan, hikmah, faedah, kegunaan: dia teringat kpd ~-~
puasa yg diamalkannya selama ini;
kata yg benar ditidakkan, ~ Tuhan dilarikan prb ingkar drpd
mengakui kebenaran;
merahmati 1. mengasihani; 2. memberkati, menganugerahi,
mengurniai.
rahmatullah Ar; kembali (pulang) ke ~ meninggal dunia, mati.
rahsia 1. benda yg tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang
sahaja): ia cuba mencungkil ~ yg tersurat di hati Noor; membuka
(memecahkan, membongkar) ~ menceritakan sesuatu rahsia;
memegang (menyimpan) ~ tetap tidak mahu menceritakan sesuatu
rahsia; 2. sesuatu (benda, akal, dll) yg sengaja disembunyikan
supaya orang lain tidak mengetahuinya: kalau tidak mengetahui ~
musuh, bagaimana hendak mengalahkannya; dlm kitab ini
diterangkan segala ~ utk mencapai keredaan Allah; pintu ~; surat
~ surat yg isinya khusus utk orang yg tertentu sahaja; 3. secara tidak
disiarkan (tidak diketahui orang), diam-diam, gelap, sulit:
perempuan ~ menteri-menteri di Cameron Highland;
(per)hubungan ~ (per)hubungan yg senyap-senyap (diam-diam) dgn
tidak diketahui orang;
~ alam bahagian (keadaan dll) alam yg belum diketahui orang; ~
jabatan Id rahsia bkn urusan pejabat;
berahsia 1. mempunyai rahsia, menaruh rahsia; bilik ~ bilik yg ada
rahsianya; 2. menyembunyikan sesuatu drpd: tidak perlu ~ lagi dgn
aku; 3. memberitahukan sesuatu rahsia kpd: ia telah berjaya
membawa Awang Putat ~ ke tepi Sungai Pahang;
berahsia-rahsia menyembunyikan sesuatu dgn sungguh-sungguh
supaya tidak diketahui oleh orang lain: beliau lebih suka bersendiri,
lebih banyak ~ dlm tindakannya; aku tidak suka ~ dan
mengecewakan orang lain, apatah lagi engkau rakan akrab dan
jiran terdekat aku;
merahsiakan tidak memperlihatkan (memberitahukan), menyimpan
sbg rahsia: kenapa kakak masih mahu ~ hal kakak itu kpd saya?
kerahsiaan perihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban
dan ~;
perahsiaan perbuatan merahsiakan sesuatu;
perahsia suka berahsia: anak muda itu pendiam dan ~.
Rahu raksasa (kononnya ada kepalanya sahaja) yg menelan bulan atau
matahari dan menyebabkan gerhana.
rai I bunyi biji-biji (butir-butir) kecil jatuh.
rai II sj tumbuhan bijirin yg bijiannya dijadikan tepung, makanan ternak,
wiski dsb, Secale cereale.
rai (ra.i); meraikan 1. menjamu (utk memuliakan, menghormati): tujuan
kenduri ini ialah melepaskan orang yg hendak berjalan dan
meletakkan orang yg tinggal, yakni ~ orang yg pergi dan memberi
gembira dan sokongan bagi orang yg tinggal; 2. mengadakan
keramaian, merayakan: sekalian tertunggu-tunggu hendak ~
temasya bersuka ria; kaum Sakai dlm hutan itu sibuk bersiap-siap
kerana hendak ~ perkahwinan anak batin mereka;
keraian 1. jamuan (utk memuliakan dll): suatu majlis ~ diadakan di
Istana Negara; 2. keramaian, perayaan: ~ menyambut Maulud
Nabi.
raiat  rakyat.
raifal sj senapang berlaras panjang yg bahagian dalamnya mempunyai alur
berpilin supaya pelurunya berpusing apabila ditembakkan; ~ angin
raifal yg menembakkan peluru dgn tekanan udara, senapang angin.
raih tarik, lwn tolak (dorong, sorong); tolak (menolak) ~ a) beri-memberi
serta ambil-mengambil; b) tawar-menawar (berjual beli);
meraih 1. menarik kpd diri sendiri: Sufian diraihnya ke dadanya;
ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya; ~ dayung; 2. ki menarik (hati),
memikat (orang dll); ~ hati menarik hati; 3. memborong utk menjual
lagi (barang dagangan): kerjanya ~ ikan utk dibawa ke kampungkampung;
4. memperoleh, mendapatkan, mengumpulkan: memang
benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di
sungai itu; dia hanya berjaya ~ pingat perak dlm acara 200 meter;
~ pekung ke dada prb sengaja mencari malu atau bencana; ~
pangkur ke dada prb insaf akan diri sendiri; malang tak boleh
ditolak, mujur tak boleh diraih prb segala-galanya terserah kpd
untung (nasib);
peraih 1. pedagang yg membeli barang dgn jumlah yg banyak dan
kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah; 2. sampan utk
berdagang (memborong barang-barang dan menjualnya); berjagal ~
Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong.
rairat ark ghairah.
rais; merais menyapu dan menghimpunkan (sampah, sisa makanan, dll).
rait bp tanda (√ ) utk menandai sesuatu yg betul, sudah dikerjakan, dsb:
jawaban yg betul ditandakan dgn ~ dan jawaban yg salah
ditandakan dgn pangkah.
raja I 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa),
kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang
wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd
raja-rajanya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa
Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan
sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni
Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm
kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh
menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi
kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu
lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~
minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~
getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7.
binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~
rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama
kad (terup) besar yg bergambar raja;
~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar
sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk
pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa
(berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing
orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm
penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera
mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~
muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg
memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal
mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah
negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang
di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari)
pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg
sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja;
~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil
disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku
ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~
dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~
menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati;
beraja 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di
hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masingmasing;
2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~,
batin sahaja penghulunya; baiklah raja ini kita rajakan di sini
kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (menghambakan) diri
kpd;
beraja-raja sl bercampur (bergaul) dgn raja, hidup bersama-sama
raja (tahu adat-istiadat di dlm istana): baiklah anakku, supaya
engkau tahu ~;
berajakan mengabdikan diri kpd, beraja kpd: segala orang Melaka
terlalu sangat kasih dan setuju ~ beliau;
meraja 1. spt raja, berbuat (berlaku, berlagak) spt raja; 2. ki
merajalela: penyeksaan telah ~ di kampung itu;
merajai 1. menjadi raja di (atas), memerintah: Sultan Muzaffar
Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak; 2. ki menguasai,
mempengaruhi: hati akan ~ seluruh jiwa; ia terlalu banyak dirajai
oleh perasaan; apabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah
indah belaka; ~ diri menguasai diri;
merajakan 1. menjadikan raja, menobat jadi raja: maka anakanda
baginda yg tua itulah dirajakan menggantikan ayahanda baginda;
2. menganggap atau memandang sbg raja: ~ pangkat;
kerajaan 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja : ~ Malaysia;
~ Arab Saudi; 2. pemerintahan, negara: ~ Indonesia berparlimen;
3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda
Badanul menggantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat
kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja:
jika tiada diketahuinya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan
tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~,
tiada akan sempurna negeri ini;
~ buangan pemerintahan yg dijalankan di luar negara (kerana
negara ditawan musuh dll); ~ campuran pemerintahan yg anggotaanggota
kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai golongan parti
politik; ~ negeri pemerintahan negeri yg menjadi sebahagian drpd
kerajaan kebangsaan atau pusat; ~ pusat pemerintahan yg bersifat
kebangsaan (tidak dr negeri bahagian); ~ sementara kerajaan yg
dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara sehingga terbentuk
kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut perlembagaan dsb; ~
sendiri pemerintahan yg setengah merdeka (pemerintahan yg
mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh);
~ tempatan (Udg) sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal
ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran
dan majlis daerah;
berkerajaan mempunyai kerajaan, ada kerajaannya: perubahanperubahan
yg patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri.
raja II; ~ udang sj burung, binti-binti, Alcedo meninting verrauxii;
burung ~ udang sj burung, pekaka cicit, Alcedo atthis bengalensis.
raja III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok) Cassia fistula; rumput ~ sari sj
anggerik, anggerik raja sari, Dendrobium calcaratum.
rajah I 1. tulisan (gambaran, suratan, tanda-tanda, dll) yg dibuat sbg
azimat (ubat penghalau hantu dll); 2. garis-garis pd tapak tangan,
suratan tangan; 3. coreng-coreng pd tubuh yg dibuat dgn barang
tajam dll, cacahan; 4. gambar dgn garis-garis, bagan;
merajah 1. membuat rajah (dgn kapur dll) sbg mengubat orang
sakit dll; 2. mencoreng (badan), mencacah; 3. sl merodok, menusuk
dgn tombak (lembing dll): dirajahnya dgn tombaknya;
merajahkan membuat rajah sesuatu, melukis sesuatu dgn rajah:
rajahkan sebuah bilik rehat.
rajah II; ~ bangun sj tumbuhan (herba), kerencong, setawar padang,
tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum (calcynum); ~ kayu a) sj
tumbuhan (pokok), dulang, tengguli, Cassiafistula; b) sj tumbuhan
(herba), juang-juang, jenjuang, lenjuang bukit, tapak leman, tapuh,
Dracaena congesta; c) sj tumbuhan (pokok renek), Dracaena
porteri (congesta).
rajalela (rajaléla); merajalela 1. melakukan sesuatu dgn sesuka hati,
berbuat sesuka hati (sewenang-wenang); 2. timbul menular-nular,
bercabul (penyakit dll); 3. menjadi-jadi, berkecamuk: Paris telah
dikepung, kelaparan ~; dia cuba utk menghilangkan fikiran yg ~
dlm otaknya;
bermerajalela merajalela.
rajan keluar darah yg berlebihan (pd perempuan yg datang bulan).
rajang Jw; merajang menghiris tipis-tipis, menyayat tipis-tipis, meracik:
~ daun nasi ulam;
rajangan hirisan, racikan; tembakau ~ tembakau racikan.
rajastali; pisang ~ sj pisang, pisang keling; rastali.
rajau Pr padi (pokok dan buah) yg ditinggalkan ketika dituai pertama kali
(kerana kurang masak);
merajau menuai padi yg dahulunya ditinggalkan.
rajawali 1. sj burung, Accipiter badius poliopsis; 2. sj burung, lang
belalang, Microhierax fringillarius.
raji (raj.i); talak ~ talak (cerai) pertama dan kedua, talak (cerai) yg boleh
dirujuk semula.
rajim Ar yg dilempari dgn batu, yg disumpahi (syaitan).
rajin 1. suka bekerja (belajar dll), giat, bersungguh-sungguh, tekun: dia ~
belajar; dia ~ bekerja utk menambah pendapatan keluarga; 2.
kerap kali, selalu (berbuat sesuatu, melakukan sesuatu): ia ~ ke
masjid; tak ~ Kl, bp tidak pernah;
rajin-rajin dgn sungguh-sungguh rajin, dgn rajin betul: kita mesti
belajar ~ supaya tidak menyesal bila dewasa kelak; Is mesti
berjanji akan ~ minum ubat dan susu supaya lekas sembuh;
merajinkan; ~ diri berusaha benar-benar, mengusahakan diri;
kerajinan 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah
mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~
dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil
keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat
(menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat;
~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan
pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin).
rajok Mn pancang drpd kayu hidup (utk batas dll).
rajuk; merajuk 1. menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap,
enggan bekerjasama, enggan bergaul, dll): isterinya yg ~ itu
dijemput kembali; 2. bersungut-sungut, merungut-rungut (kerana
tidak senang hati dll): kenapa ia ~ petang semalam?; ~ pd yg kasih
(sayang) prb barang kehendak janganlah yg mustahil (hendaklah
mana yg mungkin);
merajuki merajuk terhadap (kpd): kalau lambat pulang ia akan
dirajuki isterinya;
perajuk (orang yg) suka merajuk.
rajungan sj ketam yg sedap dimakan.
rajut 1. jala-jala, jaring-jaring; 2. siratan benang dll yg berupa jaring utk
membuat pundi-pundi (dipakai pd sanggul dll); 3. pundi-pundi
(pura, kantung) yg dibuat drpd siratan benang (rami dll): walaupun
meregas rumput dan menjualnya tiga sen se ~ , atau membuka
toko yg bertingkat-tingkat.... ;
merajut 1. menyirat jaring-jaring (jala-jala), membuat rajut: gentian
bulu itu dipintal menjadi benang, kemudiannya ditenun menjadi
kain, ataupun dirajut menjadi pakaian; 2. memasang rajut;
~ badan menyusahkan diri; ~ burung menangkap burung dgn
menggunakan rajut (jaring); ~ perut menahan lapar, menahan
(mengurangkan) makan;
rajutan sesuatu (jala, jaring, dll) yg dirajut: ~ yg kemas;
perajutan perihal (perbuatan dsb) merajut;
perajut 1. orang yg merajut (jaring, jala dsb); 2. alat utk merajut
(menyirat).
rak I 1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah
dll; ~-rok bunyi pokok yg patah;  derak.
rak II sj para-para drpd kayu atau logam utk meletakkan pinggan
mangkuk, buku, dll; ~ buku para atau tempat meletakkan buku.
rak III Kl semak-samun (tipis).
rak IV Kl larat.
raka retak dan hampir pecah atau patah (kayu, pinggan, dll): pinggan itu
~, hanya menanti pecah.
rakaat Ar bahagian dlm sembahyang (satu kali berdiri, satu kali rukuk dan
dua kali sujud): sembahyang asar terdiri drpd empat ~ .
rakah; merakah = gelak ~ ketawa terkakah-kakah (terdekah-dekah); 
dekah.
rakak ark  rangkak.
rakam 1. hasil mengecap (bunga-bunga pd kain, huruf atau tanda yg
dicetak, dll); 2. garis-garis berwarna pd kain tenun, suji atau sulam
yg berwarna lain; 3. alur bunyi atau suara pd piring hitam atau pd
pita (perakam pita);
berakam dirakamkan: muzik yg sudah ~;
merakam 1. mengecap, mencetak, mencorakkan (kain dll); 2.
memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn benang
emas atau berwarna), menyuji, menyulam; 3. mengekalkan suara
(bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun bergetar
menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan getaran
semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak merakam
secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); 4. Mn
melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll);
merakamkan 1. mengecapkan, mencetakkan, menerakan,
mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan;
3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan)
pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4.
melekatkan (menyematkan) dlm hati, menyimpan dlm hati; 5.
melakukan dgn mencatatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk
kegunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa
sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~
kehidupan masyarakat secara keseluruhannya;
terakam 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian,
dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat
dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah
~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan,
dsb pd waktu kemudian);
rakaman sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll);
perakaman proses merakamkan sesuatu, perekodan: ~ data;
perakam sesuatu yg merakamkan, alat merakam: akhbar dan
majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yg
berlaku di negara kita; ~ pita alat merakam yg menggunakan pita.
rakan I = rakanan 1. sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan,
sekerja, dll): kanak-kanak yg menjadi ~ sepermainan anaknya; 2.
kawan dlm sebuah perkongsian (persatuan, persekutuan, jabatan,
dll) atau sesuatu kegiatan: ~ sejawat; ~ niaga;
~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn
perniagaan dsb); ~ masjid program yg bertujuan utk melibatkan
orang ramai dlm pelbagai aktiviti peribadatan dan pendidikan
keagamaan yg dijalankan di masjid; ~ muda program utk
membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji
spt berdisplin, bertanggungjawab, amanah, bermotivasi dan berdaya
maju; ~ sejawat = ~ sejawatan orang yg sejajar kedudukan,
jawatan, fungsi, atau tugasnya dgn orang lain (di tempat kerja,
antara kementerian, antara negara, dsb); ~ sekerja orang yg bekerja
setempat dgn seseorang, spt dlm sesuatu bahagian, jabatan, dsb; ~
sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu
permainan;
berakan, merakan 1. bersahabat, berteman: Ahmad Fuad
menjenguk di ambang pintu tanpa disedari dua ~ itu; 2. bersamasama
berusaha, berkongsi, bersekutu.
rakan II Kl ark 1. bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacaubilau.
rakap I 1. besi tempat memijak (meletakkan kaki) ketika menunggang
kuda, sanggurdi; 2. pengayuh basikal.
rakap II penyangkut pd palang senjung neraca kimia dll.
rakat sl sj pertunjukan tari-menari dgn lawak jenaka (dgn memakai
topeng);
merakat bermain tari-menari dgn memakai topeng, mengadakan
pertunjukan tari-menari dgn topeng: gemuruh bunyi orang bermain
itu terlalu ramai, ada yg bertandak, ada yg berwayang, ada yg ~.
rakbi Ar sj lagu Arab.
raket (rakét) alat utk memukul bola dlm permainan tenis (badminton dll),
penangkis: ~ tenis.
rakit I beberapa batang buluh (kayu dll) yg diikat berangkai (digunakan
utk mengangkut orang, barang, dsb menyeberangi sungai dsb);
~ balai gambang sj rumah di atas rakit; ~ pisang Mn sj penganan
yg dibuat drpd pisang muda yg disayat dan diatur spt rakit;
berakit bergerak di air di atas rakit, menggunakan rakit: perjalanan
~ hanya memakan masa kira-kira tiga jam;
berakit-rakit bergerak ke sana sini di air dgn menggunakan rakit:
biarlah kita semua ~ ke hulu sebelum berenang-renang ke tepian;
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian prb bersusah payah dahulu
kemudian baru bersenang-senang;
merakit 1. membuat rakit; 2. ki mengatur atau menyusun rapi-rapi;
3. mereka-reka, mencari akal;
perakit pengatur, penyusun.
rakit II Jw; serakit sepasang (kuda dll).
rakit III; burung ~ sj burung, burung hujan-hujan, Cymbirhyncus
macrorhyncos malaccensis.
rakmo Kl dapur tempat memasak manisan kelapa dll.
rakna ark sl  ratna.
raksa = air ~ sj logam cair berwarna putih perak (utk mengisi jangka suhu
dll), merkuri.
raksamala = pokok ~ sj tumbuhan (pokok besar yg kayunya berbau
harum), Altingia excelsa.
raksasa 1. sj makhluk spt manusia yg sangat besar dan tinggi badannya
(dlm cerita-cerita), bota, gergasi; 2. ki tersangat besar, besar sekali;
kemajuan ~ kemajuan yg tersangat besar; kekuatan ~ kekuatan yg
besar sekali; rancangan ~ rancangan yg besar sekali; rapat ~ rapat
umum yg besar (biasanya di tanah lapang);
raksasa-raksasaan banyak raksasa, secara besar-besaran: kini
tinggal badan-badan monopoli sahaja, ~ yg maha besar
berhadapan satu dgn lain;
keraksasaan (Bio) 1. keadaan tubuh yg terlalu besar akibat perembesan
hormon pertumbuhan yg berlebihan sehingga penderita menjadi
sangat tinggi (dgn kemampuan mental dan seks yg sangat rendah);
2. pertumbuhan yg berlebihan pd tumbuhan akibat perembesan
hormon pertumbuhan yg berlebihan.
raksi I 1. sesuatu yg harum, bau-bauan; 2. harum, wangi; minyak (di) ~
minyak wangi;
meraksi mewangikan dgn bunga-bungaan (minyak wangi dll);
peraksi sesuatu yg harum (bunga-bungaan dll) utk meraksi.
raksi II  rasi.
rakuk Mn takik, takuk;
berakuk bertakik, bertakuk; membuat titian ~ prb mencelakakan
orang dgn tipu muslihat;
merakuk-rakuk membuat takik atau takuk beberapa kali: Azman
sampai di hadapan ibunya, lalu ~ sekeping papan dgn sebilah
pisau yg dipegangnya.
rakun sj binatang kecil pemakan daging yg bermuncung panjang dan bulu
ekornya kembang berbelang putih dan hitam, biasanya terdapat di
kawasan hutan Amerika Utara dan Selatan, Procyon lotor.
rakung I Kl, Tr; merakung mengambil semua, membeli semua.
rakung II; rakungan Mn kerongkongan.
rakus 1. gelojoh, lahap: alangkah ~nya ia memakan juadah itu; 2. ki
selalu hendak banyak-banyak, loba, serakah, tamak: ~ akan
kekayaan; sangat ~ dan loba terhadap bahan-bahan hidup;
kerakusan 1. kegelojohan, kelahapan: ia tahu benar akan perangai
pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya, kelemahannya,
~nya, dll; 2. kelobaan, ketamakan: utk mengubah sikap dan ~
peribadi kpd sikap berbudi bahasa dan berkasih sayang;
perakus orang yg sangat rakus (gelojoh, loba, tamak, dll).
rakut; merakut 1. memasang jaring, memasang sarang (labah-labah); 2.
ki memperdayakan, mengakali, menipu.
rakyat 1. seluruh penduduk sesebuah negara (sbg syarat mendirikan
sesuatu pemerintahan): ~ Malaysia terdiri drpd berbagai-bagai
kaum; dewan ~ dewan yg mewakili suara rakyat dlm sistem
pemerintahan demokrasi; wakil ~ ahli dewan rakyat; 2. anak buah,
orang-orang sebawahan: setahun sekali penghulu menjamu ~nya;
3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa: padang permainan
utk ~; ia keturunan ~, bukan keturunan raja; cerita ~ cerita yg
diceritakan utk orang biasa; 4. pasukan perang, bala tentera: maka
baginda pun berangkat diiringi oleh seluruh ~ lengkap dgn
senjatanya; 5. Ph, bp orang asli; ~ jelata (jembel, marhaen, murba)
orang kebanyakan (bukan golongan bangsawan);
merakyat tersebar luas kpd rakyat: budaya ilmu dan tradisi
pengajian telah meluas dan ~, lalu dgn itu pecahlah monopoli
pujangga istana sbg elit ilmuwan;
merakyatkan menyebarluaskan ilmu, amalan dsb kpd rakyat: ilmu
kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan
sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata;
kerakyatan 1. perihal rakyat; 2. demokrasi; 3. ark
kewarganegaraan: ~ akan diberikan kpd orang dagang di negeri
ini.
ralat I 1. tidak betul, keliru, salah, silap; 2. kesalahan cetakan (tulisan dll).
ralat II bp berat hati, tidak sedap hati, kesal (kerana tidak dapat membuat
sesuatu yg baik atau terpaksa membuat sesuatu yg tidak baik): tidak
~ aku mati apabila telah kulihat anak aku memegang dan
membaca buku ini.
rali 1. perlumbaan kenderaan bermotor di tempat tertentu, spt di estet,
jalan raya dsb: dia pernah menyertai ~ kereta klasik antarabangsa
Bejing-Paris; 2. (Eko) kenaikan harga saham dsb secara
keseluruhan selepas mengalami suatu kejatuhan; ~ teknikal
kenaikan secara menyeluruh sesuatu saham atau sekumpulan saham
utk jangka masa pendek dlm pasaran semasa pasaran menurun; 3.
(Suk) pertukaran pukulan antara pemain dlm beberapa siri sehingga
satu mata diperoleh spt dlm permainan badminton dan skuasy.
ralik Kl, Tr ralip, ralit.
ralip = meralip sangat mengantuk, setengah tidur;
peralip orang yg (tabiatnya) selalu mengantuk, pengantuk.
ralit Kd, Ph, Pn asyik, leka (suka benar): dia ~ membaca buku kini;
meralitkan menyebabkan ralit, mengasyikkan, melekakan: warna
merah, kuning, biru, jingga serta liuk lentok rumput-rampai yg
menyelit di celah-celahnya sungguh ~ mata yg memandangnya.
ram I bunyi deram.
ram II IB 1. jendela, tingkap; 2. bingkai utk dibentangkan kain dll utk
disulam dll, pemidang(an).
ram III  eram.
ram IV bilah-bilah yg berpusing pd baling-baling (kipas angin dll).
rama Jw, sl ayah(anda), bapa.
rama-rama 1. sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai
warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni
sayapnya).
Ramadan Ar bulan kesembilan dlm tahun Hijrah, bulan puasa.
Ramadan al-Mubarak Ar bulan Ramadan yg diberkati.
ramah 1. elok dan menarik budi bahasanya (terhadap sesiapa):
perempuan yg berbudi itu mempelawa lagi dgn ~nya; mereka
menyambutku dgn ~nya; 2. suka bercampur (bergaul, bercakapcakap,
dll) dgn mesra: gadis yg dahulunya ~, sekarang menjadi
pendiam pula; umumnya kaum lelaki ~-~ benar;
~ lidah suka bercakap-cakap; ~ mesra sangat karib (pergaulan);
beramah-ramahan bergaul (bercakap-cakap, berkenalan) dgn
ramah: serta ~lah aku dgn segala supai-supai itu;
meramahi bersikap ramah-tamah kpd, mengambil hati: siapa pun
diramahinya;
keramahan sifat atau sikap ramah, kemesraan (dlm pergaulan dsb):
kecantikan dan ~ gadis-gadisnya memang tidak dapat dinafikan; ~
beliau membuatkan kami terasa seolah-olah sudah lama
berkenalan;
peramah orang yg ramah, bersifat ramah: penumpangnya itu ~
orangnya; bahawa dia sebetulnya lebih ~ dan lebih periang drpd
kawannya.
ramah-tamah sangat ramah; perjumpaan ~ perjumpaan selaku sahabat yg
karib (secara kekeluargaan);
beramah-tamah berbual-bual (bercakap-cakap, bergaul) dgn
ramah: mereka tidak ada masa langsung utk ~;
keramah-tamahan sifat atau sikap ramah-tamah: semuanya manismanis
dan ~ mereka sangat menyenangkan hati para tetamu.
ramai 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung
terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat,
dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah
Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat
gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~
dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa
lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar
perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman
itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang
berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di
muka ~ di depan orang banyak (umum); khalayak ~ orang banyak,
umum; kegemaran ~ kesukaan umum; kemahuan ~ kemahuan
umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak
(umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum;
~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap
seorang tidak sama;
seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: pendudukpenduduk
yg ~ sejuta orang itu;
beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk):
mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn
bertengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak
(tidak berseorang): selepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api;
mari kita kerjakan ~;
meramai-ramai anak buah Bendahara pun pergilah mengambil
peti itu, diramai-ramainya dibawanya ke hadapan Bendahara;
beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali
persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn
riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku
melihatkan orang menyabung ~ itu;
meramaikan 1. menjadikan ramai, menyebabkan ramai (riuhrendah,
hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpangpenumpangnya;
2. menjadikan banyak, membanyakkan: ~ kaum
keluarga; 3. menjadikan gembira, memeriahkan: ia mengucapkan
terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari
jadinya;
memperamai, memperamaikan menyerang beramai-ramai,
membanyaki: malangnya tok guru diperamaikan dan mati ditikam;
ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai
oleh Peringgi;
keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku
lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing,
melihat ~ kota dan pemandangan di perdesaan; 2. perayaan, pesta:
~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar;
satu ~ telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan.
ramal I Ar 1. pasir; negeri ~ negeri Arab; 2. pasir utk menengok nasib,
sesuatu yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg
akan berlaku dll (kitab nujum dll); membaca (membilang,
membuka) ~ melihat nasib orang dll (dgn menengok kitab nujum
dll);
meramal menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya
bola kristal utk ~;
meramalkan 1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab
nujum (pustaka), menenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib
orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan
(mengatakan, menceritakan) sesuatu yg akan berlaku, menerka,
menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pendapatan akan
dinaikkan lagi; ia menjeling ke muka orang itu, menduga, dan
meramalkan apa yg difikirkannya;
teramal dapat diramalkan: kehidupan yg tidak ~ dan tidak
terkawal;
ramalan sesuatu yg diramalkan, dugaan, telahan, tekaan: Karl
Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancanganrancangan
bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat;
kitab ~ kitab nujum, pustaka;
keteramalan perihal dapat diramalkan;
peramalan perbuatan meramal (meramalkan);
peramal orang yg meramal atau meramalkan sesuatu: sbg seorang
~ yg selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi
kenyataan.
ramal II sj sapu tangan: sehelai ~ sutera yg bertaburkan benang emas
disampaikan di hulu keris itu; rumal.
Ramalan Id  Ramadan.
ramanda ark  rama.
ramas I; meramas 1. menggumpal-gumpal dan memeras-meras (adunan,
kelapa, nasi, dll): tepung gandum digaul dan diramas dgn lemak; ~
kelapa; 2. memegang-megang dan memicit-micit, memijit-mijit,
mengurut: lapan orang yg ~ kaki Yang Dipertuan; 3. memulas dan
memeras (kain basah), memerah: dia ~ kain yg baru dibasuhnya
itu; perut ~ perut memulas; 4. merenyukkan, mengumalkan: dia ~
surat layang yg baru diterimanya;
~ api memadamkan api; ~ bibir (mulut) ki menggasak, mengajar; ~
jantung (perut) ki marah dlm hati, mendongkol, sebal, sangat
menyesal;
meramas-ramas memicit, memeras, merenyukkan dsb berulang
kali dgn jari-jari tangan: bunga itu diramas-ramasnya dgn sebelah
tangannya; tangannya ~ tangan ibunya;
ramasan pegangan atau picitan utk meramas: ia berasa satu ~ yg
mesra di bahunya.
ramas II; nasi ~ nasi yg dicampurkan lauknya sekali.
rambah; merambah 1. menebas, menebang; (pokok, tumbuh-tumbuhan),
membabat: mereka ~ pokok-pokok kecil; 2. membuka (meneroka)
hutan, merintis (jalan): biar sedikit benih yg ditanam dan sedikit
rimba yg dirambah, asal tanaman itu dijaga dan rumputnya
disiangi; ~ hutan; ~ jalan; 3. merampat (memarang, memukul,
menembaki, menyebat, dll) semuanya sekali gus: pasukan yg
menceroboh itu dirambah dgn mesingan;
rambahan daun-daunan (pokok dll) yg sudah dirambah, sisa
merambah;
perambah orang yg merambah; ~ jalan perintis jalan.
rambahan; ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), rami bukit (bulan, hutan,
jantan), sumin bukit (jantan), malam petai, Alchornea villosa.
rambai I sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), Baccaurea
motleyana;
~ ayam = ~ bukit = ~ burung = ~ tikus = ~ hutan sj tumbuhan
(pokok renek), Baccaurea brevipes; ~ cengkuang sj tumbuhan
(pokok), pasak lingga, Dysoxylon densiflorum; ~ hutan a) sj
tumbuhan (pokok), setambun, Baccaurea parviflora; b) sj
tumbuhan (pokok), mempaung, Baccaurea lanceolata; c) = ~
puntianak sj tumbuhan (pokok), pokok bantun, kelap, Symplocos
rubiginosa; ~ kera sj tumbuhan (pokok), jintik-jintik, mesekam,
Baccaurea kingii; ~ padang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar
daldaru, Psychotria sarmentosa; ~ puntianak sj tumbuhan (pokok),
kelat jambu putih, Symplocos rigida; akar ~ daun sj tumbuhan
(pokok memanjat), berenas, Trichosporum radicans.
rambai II 1. bulu yg halus-halus lagi panjang (pd leher dan ekor ayam
dll), bulu yg panjang-panjang pd janggut kambing dll; 2. akar yg
halus dan panjang-panjang serta berumbai-rumbai pd beberapa jenis
pokok;
rambaian berambut, berbulu halus-halus (pd buah dll), berbulu
panjang-panjang (ayam dll).
rambai III sj ikan laut, Caranx armatus; ~ landih sj ikan laut, Alectis
indica.
rambak I; merambak 1. menjalar-jalar, merayap ke mana-mana
(tumbuh-tumbuhan yg menjalar); 2. bertambah-tambah bilangannya,
bertambah-tambah luasnya;
merambakkan 1. menjadikan merambak; 2. menjadikan banyak
(luas); ~ wang memperbanyak wang (dgn diperbungakan dll).
rambak II Jw sj keropok yg dibuat drpd kulit lembu atau kerbau.
rambak III; ~ cina sj burung.
ramban, rambanan Jk (mencari) daun-daun utk makanan kambing.
rambang 1. tidak tetap (hati, tujuan, dll); ~ mata a) mata keranjang (suka
bermain perempuan, suka kahwin); b) tidak tahu yg mana satu yg
hendak dipilih (kerana banyak pilihan); jala ~ jala yg lebar-lebar
matanya; mulut ~ banyak cakap, cerewet; merawak ~ = rambangrambang;
2. tidak atau tanpa ditentukan (diatur, dirancang, dsb)
terlebih dahulu, diambil (dipetik dsb) secara sembarangan sahaja,
rawak: sbg contoh penggunaan sebenar, saya petik sebuah ayat
secara ~ drpd Kamus Dewan;
rambang-rambang secara sembarangan sahaja, merambang:
Karim menembak ke arah tempat bunyi tembakan itu ~;
merambang berbuat sesuatu (berkata dll) dgn membabi buta sahaja
(dgn mengagak-agak sahaja): tangannya dirambang bagaikan
mencari sesuatu dlm gelap;
kerambangan keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang
sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~.
rambas; merambas Pr 1. mengibas-ngibas kain dll; 2. mengibaskan kain
(utk menghalau hantu ketika mengubati orang sakit): maka tok
bidan yg tua pun lalu ~ dgn kain tujuh warna.
rambat I; merambat 1. merambak, merayap ke mana-mana, bertambah
banyak (tumbuh-tumbuhan); 2. menjalar (api dll), menular (penyakit
dll), tersebar ke mana-mana (khabar, berita), berpanjang-panjangan
(pertengkaran, perselisihan, dll); 3. Id menjalar atau meluas (panas
dll); 4. Jw merayap atau melata naik: permukaan tanah itu hampir
hilang ditutupi tumbuh-tumbuhan yg ~ dan melata;
rambatan (Fiz) gerakan gelombang tenaga yg berlaku pd
gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal
dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, sebahagian sfera
atau satah;
perambatan 1. perihal (proses atau perbuatan) merambat,
penyebaran; 2. (Fiz) pergerakan gelombang tenaga yg berlaku pd
gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal
dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, sebahagian sfera
atau satah.
rambat II ark tempat yg tinggi sedikit (dlm rumah dll), tempat menerima
tetamu yg dihormati dll.
rambat III 1. Br, Pr jala; 2. Kd rantai (batu) jala;
merambat Pr membubul jala.
rambih; berambih, merambih pergi (berziarah, berkelah, dll) beramairamai.
rambu I = rambu-rambu rumbai-rumbai, jumbai-jumbai, jerambat (pd
tepi kain, tuai, dll); tombak ~ tombak yg diberi berjumbai;
berambu-rambu 1. = berambu berjerambai; tirai ~ tirai yg
berjerambai; 2. Kd tidak kemas, sangat remeh: ia benci akan
pakaian Melayu yg ~ itu.
rambu II sj pancang, patuk, tiang (utk tanda dll).
rambu III; kaki ~ bp orang yg suka merayau-rayau ke sana sini (tanpa
tujuan);
merambu berjalan ke mana-mana (tanpa tujuan), merayau-rayau ke
sana sini, berkeliaran: ~ siang dan malam itulah kerjanya.
rambun semak yg masih belum menjadi belukar.
rambung I sj tumbuhan (pokok), Ficus elastica.
rambung II sj tarian Siam.
rambuni sl sj kayu.
rambustan ark rambutan.
rambut I 1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~
kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal pd
dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di pinggir
atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan di ~
sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala; 2.
sesuatu yg spt rambut;
~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut
yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung
bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-kecil;
~ palsu rambut buatan;
~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing
orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai
~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt
bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat
sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus,
tepung jangan terserak prb menghukum hendaklah dgn seadiladilnya;
serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu
kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau
~ jua;
berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut dgn
pemuda yg ~ hitam berkilat itu; kepalanya hampir botak tidak ~
lagi;
merambut berhelai-helai spt rambut;
perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail.
rambut II; akar ~ cambang sj tumbuhan (pokok memanjat), Cynanchum
spp.; cendawan ~ ali sj tumbuhan (cendawan), Marasmius
gordipes.
rambutan sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Nephelium lappaceum; ~
hutan a) = ~ kabung = ~ kahang sj tumbuhan (pokok), gumpuh,
gerik, Nephelium eriopetalum; b) = ~ pacat sj tumbuhan (pokok),
redan (tumu), Nephelium glabrum; c) sj tumbuhan (pokok),
mertajam, Erioglossum edule; ~ kapri sj tumbuhan (pokok),
pulasan, mutan reba, sanggul lotong, Nephelium mutabile; ~ pacat
a) sj tumbuhan (pokok), sanggul lotong, gumpal benang, arang para,
Nephelium hamulatun; b) = ~ hutan sj tumbuhan (pokok),
Nephelium glabrum; c) sj tumbuhan (pokok), Xerospermum spp.;
~ cantum(an) (pokok) rambutan hasil drpd percantuman kulit tunas
yg baik kpd pokok yg kurang baik; ~ jantan pokok rambutan yg
berbunga sahaja (tidak berbuah); ~ kahwin bp rambutan cantuman;
~ lekang buah rambutan yg longkah isinya (dr biji); gelagah boreh
~ jantan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak
prb perihal nasib yg malang seseorang yg berbuat spt orang lain
tetapi tidak beroleh faedah (spt orang lain).
rambuti ark; kain ~ sj kain tenun drpd bulu kambing biri-biri (domba).
rami sj tumbuhan (pokok renek yg seratnya dibuat tali), rami-rami,
Boehmeria nivea; kain ~ sj kain tenun yg kasar; tali ~ tali drpd
serat rami;
~ buah sj tumbuhan (herba), dukung anak, Phyllanthus niruri; ~
bukit = ~ bulan = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek),
Alchornea villosa; ~ hantu = ~ bukit = ~ hutan sj tumbuhan
(pokok kecil), Ficus chartacea; ~ sengat sj tumbuhan (pokok),
rebung pengayuh, Abroma augusta.
ramin I sj anyaman yg berlilit-lilit (berjalin-jalin);
meraminkan menganyam berlilit-lilit (berjalin-jalin).
ramin II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Gonystylaceae, dara eluk,
melawis, pinang baik, pinang muda, Gonystylus spp.
ramis Br remis.
rampai 1. campuran berbagai-bagai, gabungan bermacam-macam; bunga
~ a) campuran berbagai-bagai bunga dan daun-daun yg harum; b)
himpunan berbagai-bagai cerita (petikan drpd cerita dll); minyak ~
campuran berbagai-bagai minyak wangi; rumput ~ berbagai-bagai
rumput; 2. bp bahan utk dijadikan campuran, bahan utk
dicampurkan, perencah: jagung muda pun ada utk dijadikan ~
sayur;
rampai-rampai campuran berbagai-bagai macam: cerita ~ ;
merampai 1. membuat berbagai-bagai (bermacam-macam) latihan
sekolah: bila sudah ~ dan semua jawaban diperiksa, cikgu memujimuji
murid yg banyak betul; 2. mencampur bahan-bahan dlm
masakan (lauk, gulai, dll), merencah: sambal tumis yg dirampai dgn
kacang panjang; gulai ikan yg dirampai dgn terung;
merampaikan mencampur berbagai-bagai bunga; ~ khabar
menyiarkan (menyebarkan) berbagai-bagai khabar;
rampaian 1. campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai:
jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; 2. latihan berbagaibagai
pelajaran sekolah: kanak-kanak akan lebih mundur dlm ~nya
jika mereka dipaksa menulis sambung;
~ sains berbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am); buku
~ buku yg digunakan utk menulis (menjawab) latihan di sekolah;
kerja ~ berbagai-bagai kerja (latihan).
rampak I = berampak 1. bercabang atau berdahan banyak dan panjangpanjang,
memapar (spt pokok ketapang, hujan-hujan): sepohon
kayu yg amat ~ dahannya; ~ rendang = rimbun ~ rampak lagi lebat
daunnya; 2. ki banyak pakaian atau perhiasan yg dipakai: pakaian
pengantin perempuan ~.
rampak II Mn jatuh rebah, rebah, runtuh, tumbang (kerana dilanggar dll);
rebah ~ rebah;
serampak serentak, bersama-sama, serempak: "betul," kata mereka
~;
merampak melanda, melanggar (hingga roboh, jatuh, dll),
menyerang.
rampang ark merampang berang, marah, meradang;
perampang pemarah.
rampas; berampas-rampasan saling merampas, bertarik-tarikan: maka
Dewa Perkasa pun meronta, lalulah ~lah dgn panglima itu;
merampas 1. mengambil dgn kekerasan, merebut: pergerakan sulit
utk ~ kekuasaan negara; ~ kuasa mengambil alih kekuasaan
(negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan; 2.
menyamun, membegal, menjabal: wang gajinya habis dirampas
penyamun di jalan; 3. menyita: jika ia enggan membayar
hutangnya itu, hartanya akan dirampas;
rampasan sesuatu yg dirampas, hasil merampas: banyak beroleh
barang ~ ; ~ kuasa;
perampasan perihal merampas (perebutan, penyamunan,
penyitaan); ~ kuasa perebutan kuasa;
perampas orang yg merampas.
rampat; merampat 1. memarang (memukul, menyebat, dll) semuanya
dgn serentak, membabat (merambah, memangkas, menebang) dgn
serentak: segera diparangkan baginda kenalah leher penyamun yg
ketujuh itu putus ketujuhnya bagai dirampat; ~ tanaman; 2. = ~
papan menganggap semuanya salah (jahat dll), menganggap sama,
menyamaratakan: kita semua dirampat, dikatakan malas.
ramping I 1. kecil menggenting (bkn pinggang): pinggangnya ~; 2. kecil
panjang (tidak gemuk), langsing:
merampingkan menjadikan ramping: herba ubatan yg berkesan
sbg sejenis minuman ~ badan;
kerampingan perihal (keadaan atau sifat) ramping: ~ pinggang.
ramping II; meramping cabik-cabik (koyak-koyak) pd tepinya; 
rompang.
rampis ark ramping.
rampok ark kumpulan yg memecah rumah orang: ukuran hidup makin
hari makin naik dan bersama itu makin naik pula jumlah ~,
pengemis, dan kupu-kupu malam;
merampok mencuri dgn memecah rumah, mengambil barang orang
dgn paksa, menjarah: maka turunlah Badwi dr gunung datang ~
dan menyamun;
rampokan (barang) yg dirampok, hasil merampok: barang-barang
~;
kerampokan kemasukan perampok;
perampokan perihal merampok, perbuatan merampok: ia dihukum
15 tahun penjara kerana ~ bersenjata;
perampok orang yg merampok, penjarah.
rampung Jw selesai, beres: pekerjaan kita sudah ~; telah ~ segala
permuafakatan;
merampungkan menyelesaikan, membereskan: tahap pertama
harus dirampungkan dulu.
rampus tidak lemah lembut, tidak sopan, kasar (perkataan dll): mulut ~
kotor mulut (suka memaki-maki dll);
berampus, merampus 1. mengeluarkan kata-kata kasar, memakimaki,
sangat marah: tenang dan sabar ia menjalankan kerjanya,
tidak sedikit pun tanda merampus atau menyesali untung; lamakelamaan
datang bebal hatinya serta merampus lalu ia
menurunkan layar dan melabuhkan sauhnya; 2. membuat sesuatu
dgn kasar, membuat sembarangan sahaja (semahu-mahunya).
ramput ark rampus.
ramu; meramu mencari bahan-bahan (kayu, ubat, dll) utk dipakai
(digunakan): ~ akar-akaran dan daun-daunan utk membuat ubat; ~
rumah mencari kayu yg baik utk rumah;
ramuan 1. bahan-bahan yg diperlukan utk membuat sesuatu (kayukayan
utk rumah, daun-daun dan akar-akar utk ubat dll): melainkan
diubatilah Tunku dgn ilmu dan ~ ; 2. rempah-rempah yg dipakai
utk menyedapkan gulai, bumbu, rampai: lepas itu gorenglah ~ - ~
yg lain kecuali telur yg sudah digoreng dan tauhu; 3. ki bendabenda
yg perlu utk digunakan: bahawa jiwa Islam dan Quran itulah
yg memberikan ~ istimewa.
ramunia sj tumbuhan (pokok), pohon gandaria.
ramus = beramus berbulu sangat tebal dan panjang-panjang (misai,
janggut): seorang yg bermisai dan berjanggut terlalu ~nya;
pemuda itu merenung muka d' Albuquerque yg beramus dgn
janggut dan misai.
ran pondok yg dibuat di atas pokok (tempat kediaman orang asli atau
tempat pemburu berteduh).
rana I; merana 1. menderita penyakit yg lama: sakit ~; 2. sentiasa sakitsakit,
makin lama makin kurus: badan ~ kerana dia; 3. sentiasa
menanggung susah (sedih dll): hati ~ ; hidupnya ~.
rana II ark sl 1. peperangan; 2. medan perang.
rana III ark  ratna.
ranah I 1. tanah datar, dataran rendah, lembah; 2. kawasan yg berpayapaya;
3. ruang lingkup, lingkungan bidang atau lapangan sesuatu
(aktiviti, ilmu pengetahuan dsb), domain: dialek Melayu sesuai
digunakan dlm ~ tak formal; perlu diperkuat dasar dan strategi
pembangunan negara yg berteraskan bahasa Kebangsaan dlm
semua ~ kehidupan.
ranah II; punah-~ habis rosak sama sekali;  punah.
ranai Mn 1. basah (oleh air mata, peluh, dll); 2. = meranai keluar
berderai-derai, bertitik-titik, menitis-nitis (air mata, hujan, dll);
renai.
ranap I 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh,
tumbang, dll): rumah Pak Dollah ~ ditimpa pohon kelapa yg
tumbang; 2. ki rosak binasa, jahanam, musnah: motokarnya habis ~
ditimpa pohon kayu; apabila cinta sudah tidak ada lagi, maka
kebahagiaan hidup berumah tangga turut ~; ~ petulang, ijuk
penebal prb pencarian tambahan selain gaji (tetap);
meranapkan menjadikan ranap, meratakan sehingga sama dgn
tanah (memukul kayu ke dlm tanah sehingga sama dgn permukaan
tanah dll), memusnahkan: angin sekencang itu boleh ~ rumah
papan beratap nipah di kampung-kampung di Malaysia;
keranapan perihal ranap, keadaan ranap, keruntuhan, kebinasaan.
ranap II Mn sunyi (senyap).
ranca ark; meranca menganggap ringan (gampang, mudah).
rancah (tanah yg) berpaya-paya;  rencah I.
rancak I 1. Mn bagus, baik, cantik, elok, molek; ~ di lebuh suka
berpakaian yg bagus-bagus (cantik), pesolek; 2. cepat dan riang
(irama muzik, rentak tarian, dll): Masri suka menyanyikan lagulagu
~; murai melagukan irama ria dan ~ memanggil petani
bekerja; 3. aktif, bersungguh-sungguh, giat, tangkas: dia berjalan
dgn ~ menghala ke kampungnya; persatuan itu sekarang sedang ~
dan bersungguh-sungguh menjalankan projek membantu pelajarpelajar
miskin; degup jantungnya bertambah ~; kedengaran suara
tembakan yg ~ dr suatu arah; perjuangan begitu ~, begitu tangkas;
merancak menjadi rancak: perlumbaan senjata yg semakin ~;
merancakkan menjadikan rancak: banyak rancangan yg diatur utk
~ kerjasama antara kedua-dua buah negara;
kerancakan perihal rancak;
kerancak-rancakan sombong kerana cantiknya.
rancak II Jw; merancak menetak(-netak), memenggal(-menggal),
mengerat(-ngerat).
rancak III Jw; serancak seperangkat gamelan;
rancakan sj alat gamelan (sj para-para yg dibuat drpd kayu utk
menaruh bonang dll).
rancang I sj pancang yg ditajamkan di hujungnya supaya dapat
dicucukkan ke tanah (utk menandai, turus pagar, dll);
merancang 1. memacakkan rancang ke dlm tanah (utk menentukan
sempadan dll); 2. tegak menganjur ke atas runcing-runcing
(mencuar runcing-runcing).
rancang II; berancang 1. dgn diatur (difikirkan masak-masak,
direncanakan) lebih dahulu: pembunuhan ~; 2. ada atau tersedia
rancangan atau rencananya, diatur dan diawasi (berdasarkan asasasas
tertentu): sistem laissez-faire digantikan dgn sistem ~;
merancang 1. mengatur lebih dahulu, mempersiapkan,
merencanakan: antara beberapa kemajuan yg dicapai oleh ilmu
perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; seorang daimio ~ suatu
pemberontakan; 2. menganggarkan: negara ~ jumlah penghasilan
yg mesti dicapai, menentukan apa yg penting dan tidak...; 3.
bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mempertimbangkan:
kerajaan Indonesia ~ hendak memutuskan hubungan diplomatik
dgn China Komunis;
terancang sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya,
mengikut asas-asas dsb yg telah ditentukan;
rancangan 1. sesuatu yg dirancang, persediaan, persiapan,
program, rencana; ~ lima tahun rencana pembangunan negara utk
jangka masa lima tahun; 2. = tanah ~ tanah yg diusahakan oleh
peneroka-peneroka FELDA (FELCRA dsb);
perancangan perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu: ~
ekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya; ~ bahasa;
perancang orang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka
telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas
membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga
lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahankemudahan
bagi orang awam utk merancang keluarga.
rancang III; ~ besi a) sj tumbuhan (pokok renek), tongkat ali, dedawai,
sedawai, Smilax calophylla; b) sj tumbuhan (pokok memanjat),
pudak tikus, Freycinetia malaccensis; ~ hantu sj tumbuhan (sakat),
serugut, Tropidia curculigoides.
rancang usaha projek.
rancap I Id perihal memuaskan nafsu syahwat dgn cara yg tidak wajar
(dgn tangan dll);
merancap memuaskan nafsu syahwat dgn cara yg tidak wajar.
rancap II Jw rancung, runcing, sangat tajam (senjata); tukang ~ ark
tukang mengasah senjata.
rancu tidak teratur, campur aduk, kacau (bahasa);
merancukan menjadikan tidak teratur, mencampuradukkan,
mengacaukan;
kerancuan keadaan rancu (tidak teratur dsb), kekacauan:
kekeliruan penggunaannya hanya akan meningkatkan kadar ~ kita
berbahasa.
rancung berhujung lancip, runcing dan tajam (pensel dll);
merancung 1. meraut (memotong, mengasah) supaya rancung; 2.
semakin ke hujung semakin rancung: hujung kayu yg ~ .
rand unit mata wang utama Afrika Selatan dan Namibia.
randa I perempuan yg tidak ada suami lagi, janda: lebih baik ~ spt ini,
bebas sbg burung di udara; ingatlah keluh-kesah ~-~ miskin yg
menangis dgn sedih di atas kuburan suaminya; ~ tua perempuan
atau lelaki yg sudah tua tetapi masih belum berkahwin;
meranda hidup sbg randa (janda), menjanda: sebab memikirkan
nasib anaknya maka ibu Hanafi tetap ~ ; ~ tua (gadis yg) hingga
tua tidak mahu berkahwin.
randa II sj tumbuhan (pokok), cempaka hutan, Gardenia carinata; ~
hutan sj tumbuhan (pokok), bongkal mempulur rimba, Randia
anisophylla.
randah; berpindah-~ selalu berpindah.
randai I; merandai mengharungi air, paya, rumput, dll), meranduk.
randai II Mn ark sj tarian yg ditarikan oleh sekumpulan orang yg berdiri
melengkung yg bernyanyi-nyanyi dan bertepuk tangan;
berandai-randai ki bersambung-sambung, berturut-turut.
randajawa ark jawawut, sekoi.
randau I; merandau memasukkan benda-benda lain dlm makanan supaya
menjadi lebih sedap atau lebih banyak;
merandaukan memasukkan benda-benda lain dlm makanan
(supaya lebih sedap atau banyak): biarlah hamba randaukan
dahulu sayur-mayur, nantilah hamba cari anak-anak ikan.
randau II Sr pertukaran pendapat tentang isu-isu tertentu, dialog:
Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan akan mengadakan majlis ~
dgn kakitangan bagi membincangkan isu kenaikan pangkat.
randek Jk; jam ~ jam yg digunakan utk mencatat waktu dlm pertandingan
sukan dll, jam detik, jam sukat, jam randik;
merandek terhenti.
randi; kain ~ sj kain sutera yg bergaris-garis.
randih; rondah-~;  rondah.
randu I sj tumbuhan (pokok), kabu-kabu, kapuk, Ceiba pentandra.
randu II; merandukan mengacaukan, mengaduk, mengarau.
randuk I; meranduk mengharungi (air, rumput, dll), menempuh,
merandai: mereka ~ air itu menuju ke sawah; Budin ~ rumput tebal
di tepi jalan.
randuk II; kambing ~ kambing jantan (yg berjanggut dan berbulu
banyak); bapa ~ a) ki kambing randuk; b) ki lelaki yg suka bermain
muda; c) Kd harimau.
randung ark; terserandung terhantuk pd (kaki), tersampuk, tersandung:
ada yg lari berhambat-hambat ~ jatuh rebah-rempah drpd sangat
sukanya itu;
merandungkan melanggarkan, memijakkan.
raneh (ranéh), rane (rané) (Sunda) 1. sj tumbuhan (paku-pakis), paku
serani, paku kawat, Lycopodium cernum; 2. sj tumbuhan (pakupakis),
paku merak, paku lumut, Selaginella willdenovii.
rang I barang apa (tulisan, gambar, dll) yg dibuat sbg contoh (teladan,
pola), buram, rancangan; ~ undang-undang draf undang-undang (yg
akan dibincangkan di parlimen dan apabila diluluskan dinamakan
'Akta');  rangrangan.
rang II bunyi spt bunyi gendang dll;  derang I.
rang III IB pangkat, tingkatan.
rang IV Mn kep drpd kata orang; ~ kaya orang kaya.
rang V; tanah ~ Kd tanah bendang (sawah) yg terbiar atau tidak ditanami.
rang VI Kl 1. tempat duduk yg dibuat di perdu kayu besar supaya senang
menebangnya; 2. Tr (spt) para drpd buluh utk menjemur ikan.
rangah = merangah angkuh, congkak, pongah, sombong.
rangai; merangai membersihkan sawah drpd rumput, membuang rumput,
menyiangi.
rangak I; siput ~ sj siput.
rangak II Mn gaduh, hingar, kacau, recok, rusuh;
merangak membuat gaduh (kacau, recok, dll).
rangam sj tumbuhan (pokok dan buahnya), tomato, Solanum spp.
rangan sj tumbuhan (pokok), geresek, medang kuning, kunyit, lasa,
Cryptocarya caesia (scortechinii).
rangas Jk sj anai-anai (yg suka makan tikar dll).
rangga I; runggu-~ = berangga bercabang-cabang (tanduk rusa); 
runggu I.
rangga II Jw sebutan atau pangkat: rakyat bala, temenggung, dan ~ jaksa
kita hendak bawa bersama-sama.
ranggah I; meranggah menjolok (memetik) habis buah-buahan pd
pokok, meradak (dgn tongkat dll).
ranggah II Mn balung, jengger.
ranggah III; meranggah bk 1. makan dgn gelojoh: semua buah-buahan
habis diranggah oleh mereka; 2. Kd tertawa (dgn kuat).
ranggak I; meranggakkan menaikkan ke darat (perahu).
ranggak II Tr; meranggak melanggar, menyerang, melanda.
ranggas 1. luruh daunnya, tidak ada daunnya lagi: pokok papaya itu ~
daunnya; 2. ranting-ranting kayu yg mati;
tampak ~ tak akan meleting prb perihal mengetahui bahawa
seseorang itu tidak akan dapat berbuat apa-apa sebab bodoh atau
penakut;
meranggas 1. gugur daunnya: pohon-pohon yg sedang subur
menghijau tiba-tiba layu ~; 2. luruh bulu (buahnya): ayam ~;
meranggaskan menyebabkan tidak ada daun: cuaca panas dan
musim kemarau yg berpanjangan itu telah ~ banyak pohon yg
dahulunya subur dan rendang;
peranggasan perihal (proses atau perbuatan) meranggas atau
meranggaskan;
peranggas sesuatu (bahan, faktor dsb) yg menyebabkan pokok
ranggas: ulat beluncas disifatkan sbg ~.
ranggeh (ranggéh) Jk; meranggeh menghulurkan tangan utk mencapai,
mencapai, menjengkau.
ranggi I 1. elok, gagah, tampan (sikap dll): pemuda itu ~ dan lawa; tahun
1985, muda-mudi lebih senang dgn gaya ~; pakaian yg santun dan
~ ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. bp angkuh, lagak,
sombong: anak kurang ajar, nak tunjuk ~; sengaja ia hendak
tunjukkan ~nya saja, boleh meminang anak orang dgn ringgitnya;
meranggikan menunjukkan angkuh (sombong, lagak, dll) dgn,
melagakkan, menyombongkan: ia hendak ~ wang ringgit orang
tuanya;
keranggian sikap angkuh (sombong, bermegah), kesombongan,
kemegahan: berpindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik
kpd sesuatu pengiktirafan berbagai-bagai jenis pencapaian
cemerlang.
ranggi II kelopak bunga.
ranggit ark kait;
meranggitkan mengaitkan, menggantungkan.
ranggoi; meranggoi membuang atau menyisikkan duri dr batang nibung.
ranggu I; meranggu mencampurkan, merencamkan.
ranggu II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Anacardiaceae,
Koordersiodendron pinnatum.
ranggul ark; meranggul terangkat ke atas (muncung meriam dll yg
dinaikkan), mendongak, anggul.
ranggung I terkangkang (kaki, dua kayu yg membuat sudut, dll);
meranggung 1. membongkok dgn bertopang pd kedua-dua belah
kaki dan tangan; 2. duduk di atas lutut dgn kaki terkangkang dan
tangan tertumpu ke depan;
meranggungkan mencapai sesuatu dan meraih: ambil puan dr
daraji, pandan di Jawa diranggangkan;  rangkung I.
ranggung II sj pengait pancing yg diperbuat drpd tanduk yg berlubang
(tempat memasukkan perambut), pelampung kail; (pandai)
memainkan ~ (pandai) mencari peluang baik.
ranggung III; burung ~ sj burung bangau yg jinak.
rangin sj perisai panjang: segala yg memegang ~ terus dgn ~nya, segala
yg memegang perisai terus dgn perisainya.
rangit Br rengit.
rangka I 1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal;
badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2.
buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci): guru
hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah utk mendapat
kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah panduan
sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia akan
membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan intelekintelek;
~ pembangunan rang (rencana) pembangunan; ~ lawatan rancangan
menyeluruh lawatan atau kunjungan;
berangka mempunyai rangka, ada bentuknya (bangunnya dll):
binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap;
merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll)
utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan
membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan
diisinya kelak; ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti;
merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg
akan dipercakapkan nanti;
perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan
drpd data, menganalisis data dan mentafsir data, statistik;
perangka orang yg merangka (program, rancangan dsb),
perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai
di Kementerian Pendidikan.
rangka II ark tempat duduk di atas belakang gajah: Raja Melaka pun naik
ke atas gajah yg berangka emas;  rengga.
rangkai beberapa benda yg dihubungkan (dikaitkan, dipautkan): lampu
tiga se~; bentuk-bentuk penambah yg ditulis se~ dgn kata-kata
dasar; se~ pantun serangkap pantun;
~ hati Mn kekasih; ~ kata kelompok beberapa kata;
berangkai dirangkaikan (antara satu dgn yg lain), bersambung:
Pasar Besar mempunyai kedai-kedai ~ yg menjual pelbagai jenis
barangan;
berangkai-rangkai bersambung-sambung, berkait-kait, berpautpaut:
huruf Rumi dituliskan ~; banjaran gunung yg ~;
berangkaian mempunyai rangkaian: misi yg dimaksudkan itu
menawarkan rumusan perniagaan ~ bersama rakan niaga yg lain;
merangkaikan menghubungkan berangkai-rangkai, memautkan,
mengaitkan: tulang belakang terjadi drpd beberapa kerat tulang yg
dirangkaikan oleh urat tendon; Indonesia sedang ~ kerjasama dgn
dua lagi anggota OPEC;
menyerangkaikan menjadikan serangkai;
rangkaian 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas
penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambungsambung
(berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih
sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian
(kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang
Melayu menganggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah
lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan
(huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tugas penuh dlm ~nya
masing-masing; ~ kata ungkapan; 5. (Mat) kumpulan atau untaian
lambang atau angka yg menyatakan suatu jumlah, spt a(p + 2q) +
3b(4x + 2y); 6. sebilangan benda, peristiwa, dll yg bertalian : se~
harapan; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7.
kumpulan atau sistem yg berhubungan antara satu sama lain: satu ~
kedai; satu ~ pemasaran yg dapat menyelaraskan keluaran;
perangkaian perihal (proses, perbuatan dsb) merangkaikan sesuatu
(spt sistem dsb);
perangkai yg merangkaikan (menghubungkan); kata ~ (Lin) kata
depan, mis dari, di dan ke.
rangkak; merangkak 1. berjalan dgn bertumpu di atas tangan dan lutut:
dia terpaksa ~ perlahan-lahan apabila sampai di tempat yg curam;
baru pandai ~ a) baru pandai bergerak di atas tangan dan lutut
(kanak-kanak); b) ki baru mulai, baru mencuba-cuba (melakukan
sesuatu dll); 2. ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan
(bkn masa dll), menyusup: malam ~ dr senja ke Maghrib dan terus
masuk waktu Isyak; pengaruh Barat ~ masuk ke dlm alam fikiran
kita;
merangkak-rangkak maju dgn lambat, tidak lancar, terhenti-henti
(belajar, membaca, bercakap, dll): ada yg tidak dapat membaca
sekali-kali, ada yg ~ membaca; ia menanyai Hilmy dgn bahasa
Melayu pasar yg terlalu ~; memang dia masih ~ utk mengenal
dunia;
merangkaki 1. mendekati atau menghampiri dgn merangkak:
Hanira perlahan-lahan ~ tangga flat; 2. ki menghampiri waktu
(masa) dgn perlahan-lahan: hari kian ~ tepi petang;
merangkakkan membuat (membiarkan) merangkak: ~ anak;
terangkak-rangkak tidak lancar dan agak kekok dlm membuat
sesuatu: semakin parah lagi apabila mereka ~ menggunakan
komputer.
rangkam Mn; merangkam memegang dgn semua jari tangan,
mencengkam.
rangkang Jk; merangkang merangkak.
rangkap I; merangkap 1. menelungkup dgn tapak tangan yg
dilengkungkan; 2. menangkap dgn kedua-dua belah tapak tangan;
perangkap perkakas utk menangkap binatang (kandang yg
pintunya boleh tertutup dgn sendirinya apabila dimasuki binatang).
rangkap II 1. lipat dua (tiga dll), dua tiga helai melekat menjadi satu,
kembar; huruf ~ dua huruf yg melambangkan satu bunyi, mis gh, kh
dan ng, digraf, dwihuruf, dwilambang; kelas ~ dua tiga kelas yg
sedarjah; pintu ~ a) pintu dua lapis (deret, saf); b) pintu yg daun
pintunya dua lapis; 2. beberapa baris (dlm pantun, sajak, dll) yg
merupakan satu kesatuan: beberapa ~ ayat Quran; ~ pantun dua
bait atau empat baris; 3. (Mat) rangkaian ilmu hisab yg
mengandungi lambang-lambang dan boleh ditentukan nilainya (spt
y = 3x4 – 4x3 + 12x2 + 6);
serangkap 1. sepasang: lembing ~; 2. satu rangkap (pantun, sajak,
dll); ~ pantun empat baris pantun;
berangkap 1. berkembar, berpasangan; 2. bersajak: hendaklah
kanak-kanak itu tertarik kpd karangan-karangan yg baik, sama
ada drpd karangan natar atau ~;
berangkap-rangkap berdua-dua, berpasang-pasang: berdansa ~ ;
merangkap 1. memakai dua atau tiga lapis (baju dll),
mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: dua helai kain
dirangkap utk penutup motokar ini; kuliah-kuliah itu boleh
dirangkap beberapa kuliah disatukan; 2. yg juga (memegang dua
atau tiga tugas sekali gus, atau mempunyai dua atau tiga fungsi
sekali): Timbalan Perdana Menteri ~ Menteri Pertahanan;
pengarah baru Proton ~ pengurus besar bahagian korporat; bilik
tidur ~ bilik makan; bilang ~ Pr membilang dua-dua sekali (sekali
sepasang);
merangkapkan 1. menjadikan berangkap: cadar yg lama nipis itu
dirangkapkan pd kain tebal; 2. menyuruh (membiarkan) orang
mengerjakan dua atau tiga pekerjaan: waktu ketiadaan Tun,
Kementerian Pertahanan dirangkapkan kpd Timbalan Menteri
Dalam Negeri;
rangkapan sesuatu yg dirangkap(kan): ~ syair itu adalah petikan
drpd naskhah Syair Panji Semirang; ayat ~ beberapa ayat yg
dijadikan satu.
rangkaya orang kaya (gelaran).
rangkayo Mn rangkaya.
rangkik sj siput, angkek, Canus spp.
rangking sj bakul besar yg bertutup.
rangkit; merangkit menyebat dgn rotan dll.
rangkuk Jw burung enggang.
rangkul; merangkul 1. memeluk, merangkum: dia melonjak keriangan
dan meluru ~ anak kecil itu; bantal guling ini bagi kami gunanya
dirangkul sepanjang malam; 2. mencapai (kemenangan dsb),
memenangi, menggondol: kedua-dua pemain dr China itu pernah ~
kejayaan acara perseorangan dlm pertandingan-pertandingan
antarabangsa; pasukan PDRM ~ 11 pingat emas;
rangkulan pelukan: ia meraih anak itu ke dlm ~nya;
seperangkul sepemeluk.
rangkum I; serangkum sebanyak yg terbawa (terangkat) dlm pelukan: ~
kain kotor;
merangkum 1. membawa (mengangkat) dlm pelukan tangan:
longgokan kain kotor itu dirangkumnya lalu dibawa ke
pembasuhan; 2. memeluk: kedua-dua belah tangannya ~ gadis itu;
3. ki mengambil (memiliki, menguasai) hak orang dll, membolot:
Sofia ~ wang itu kesemuanya; 4. = merangkumi melingkupi,
melingkungi, mencakupi, mencangkum: sistem insurans
kebangsaan amnya ~ semua orang antara umur bersekolah dan
umur bersara; siaran berita harus ~ peristiwa-peristiwa penting di
dunia;
merangkumkan 1. merangkum sesuatu utk (dengan); 2.
memasukkan ke dlm (lingkungan) bersama-sama, mengumpulkan
menjadi satu: sembahyang lima waktu boleh dirangkumkan atau
dipendekkan ketika dlm pelayaran; 3. meringkaskan,
mengikhtisarkan;
terangkum termasuk dlm lingkungan sesuatu, tercakup: ~ dlm
konsep mendengar ialah beberapa aspek lain lagi, antaranya
menangkap sesuatu yg didengar;
rangkuman 1. ki pelukan, lingkungan: menyatukan manusia dlm
suatu ~ kehidupan cinta kasih dan saling mengerti; 2. ringkasan,
ikhtisar (dr huraian dll);
perangkuman perbuatan merangkumkan sesuatu.
rangkum II sj alat utk menyepit dan mencabut (paku dll), kakaktua;
merangkum 1. menyepit dan mencabut (paku dll): ~ paku; 2. ki
menyepit, menjepit: tangannya ~ gelas.
rangkun ark; menyerangkunkan mengumpulkan (menghimpunkan)
menjadi satu: pantun-pantun dlm sejarah Melayu telah
diserangkunkan dlm sebuah daftar;  rangkum I.
rangkung I; merangkung bercanggung, berjangkuh, bertinggung,
mencangkung;  ranggung I.
rangkung II; rangkungan kerongkongan.
rangkup I lubang (antara dua tapak tangan yg dikatupkan dll);
merangkup merupakan lekuk (spt dua tapak tangan apabila meraup
beras dll).
rangkup II; merangkup 1. merangkum, memeluk; 2. menudungi,
menutupi, melingkupi: malam ~ sekitar lorong belakang;
terangkup dapat dirangkup, dapat dilingkungi: malangnya
pandangan tersebut adalah hasil drpd pendapat yg ~ di bawah
tempurung sahaja;
rangkupan rangkuman, cakupan, lingkungan: mereka menumpukan
perhatian pd penyelesaian masalah dlm ~ paradigma tertentu
rango-rango sj tumbuhan (pokok yg selalu bengkok), Voacanga foetida.
rangrang I Jw kerengga.
rangrang II sj tumbuhan (herba), kacang kayu (riang-riang), Crotalaria
atriata.
rangrangan buram surat, draf, rancangan.
rangsa Kd angsa.
rangsang I 1. amat kuat menimbulkan rasa pencium (bau); 2. amat kuat
menimbulkan perasaan (marah, gembira, dll): saya sendiri harus
mengakui bahawa kadang-kadang terbit ~ saya membaca
pemandangan-pemandangannya ...; 3. minuman dll yg
menimbulkan kegembiraan (keseronokan, keberanian, dll); 4. (Bio)
= perangsang: saraf itu mengalirkan ~ dr alat perasa masuk ke
otak;
berangsang marah;
merangsang 1. menyebabkan berasa rangsang: di dapur bau
daging ~ hidungnya; 2. membangkitkan sesuatu perasaan (spt
keghairahan, keberanian, kemarahan, dll), menimbulkan sesuatu
perkembangan dll: kami diberi minuman utk ~ diri; larangan drpd
mengadakan pembicaraan terbuka takut akan ~ rakyat utk bangkit
memberontak; cerpen-cerpen beragam macam dgn hiasan ilustrasi
yg cukup ~ selera; promosi yg ~ minat pengguna; 3. = ~ hati panas
hati, marah: Sutan Ameh ~; ~ hatinya melihat tingkah lakunya itu;
terangsang tertarik hati atau timbul minat (keinginan, semangat
dsb) terhadap sesuatu atau seseorang kerana didorong oleh sesuatu
faktor, ciri, keistimewaan dsb, bersemangat: dia kelihatan ~ dan
ingin membacanya selepas itu; sememangnya remaja mudah ~ dan
terpengaruh oleh paparan spt itu;
rangsangan sesuatu yg merangsang, faktor (sumber dsb) yg
menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi: Skinner juga berpegang
pd teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku kalau ada ~ dan
gerak balas;
perangsangan perihal merangsang;
perangsang 1. sesuatu yg digunakan utk menimbulkan rangsang
(perasaan marah, gembira, dll); memberi ~ memberi galakan; ubat ~
ubat yg membangkitkan rangsang; 2. kegusaran, kemarahan: ~
hasratnya begitu besar sehingga seluruh sarafnya menjadi
gempar; naik ~ menjadi marah (gusar); berangsang; serangsang.
rangsang II Jw; merangsang 1. menyerang, menyerbu: Peringgi banyak
mati ~ ke laut, dibunuh orang Melayu; ~ musuh; 2. membantah
perkataan (pendapat dll), menyanggah: kalau disuruh ia ~ ;
perangsang pasukan yg menyerang, penggempur, penyerbu.
rangsang III Mn 1. ranting kering (mati) yg telah gugur; 2. ranting-ranting
kayu berduri yg dipasang pd batang kayu (supaya tidak dapat
dipanjat orang).
rangsuk Jk rasuk.
rangsum catuan (makanan dll), pelabur: biarlah kau makan ~ penjara;
merangsum memberi makan (kpd askar, orang tahanan, dll),
mencatu.
rangu; cendawan ~ sj kulat (yg boleh dimakan), cendawan tekukur, kulat
sisir, Schizophyllum spp.
rangum ark; merangum menyentak (merebut, menarik) dgn paksa,
merenggut.
rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh: dinding zink minyak tar itu
akan ~ dilanyak traktor; 2. pecahan: ~-~ tulang pecahan tulang;
merangupkan menjadikan rangup (mudah pecah atau patah);
kerangupan perihal (keadaan dsb) rangup: biskut yg dibakar
sempurna utk ~ sejati.
rani I raja perempuan, permaisuri, ratu.
rani II  ghani.
rani III ark (tinggi rendah) nada suara, laras, lagu: ~ gambus.
ranjah Jk; meranjah merompak.
ranjang sj tempat tidur (drpd besi dsb), katil: berbaring di atas ~; ~
spring ranjang besi yg memakai spring.
ranjau 1. benda tajam (drpd besi, buluh, dll) yg dipasang di tanah dll utk
melukai orang: jalan yg akan ditempuhinya itu penuh dgn duri dan
~; 2. sj alat letupan (peledak) yg ditanam di darat (dipasang di laut):
~ darat; ~ laut; banyak kapal yg tenggelam kerana melanggar ~
laut; kapal penyapu ~ kapal yg mengesan dan memusnahkan ranjau
laut; 3. ki sesuatu yg dibuat utk mencelakakan orang, tipu daya; ~
lapuk tipu muslihat yg tersembunyi; 4. ki = ~ hidup kesukaran
(percubaan dll) yg harus ditempuh oleh seseorang dlm hidupnya:
Hendon lebih lama berumah tangga, lebih lama kenal dunia, lebih
lama tahu ~ dan jurang hidup;
~ cacak ranjau yg dipasang tegak; ~ pers Id undang-undang yg
menyekat kebebasan akhbar;
duduk meraut ~, berdiri melihat musuh = duduk meraut ~, tegak
meninjau jarah prb sentiasa berusaha (berwaspada dll);
meranjau 1. memasang ranjau: ~ jalan; 2. melukai (kaki dll): anak
duri ~ tapak.
ranjing; keranjingan 1. kemasukan hantu; 2. ki berkemahuan (bercitacita)
keras.
ranju Jk ranjau.
ranjungan rajungan.
ranking bp kedudukan atau tempat (individu atau pasukan) dlm senarai
pemain (pasukan dsb) berdasarkan skala pencapaian dlm sesuatu
bidang sukan: lebih banyak pingat emas lebih tinggi kedudukan
kita dlm ~ negara yg terbabit; pasukan itu masih menduduki ~
kedua dlm liga bola sepak.
ransel IB sj beg besar yg digalas di belakang.
rantai 1. sj tali drpd cincin-cincin logam yg berkaitan: ~ emas; ~ leher; ~
basikal rantai yg menghubungkan pendayung basikal dgn roda
belakang (utk menjalankannya); orang ~ orang hukuman yg
dikenakan rantai; 2. = rantaian untaian, deretan, rangkaian,
rentetan, deretan memanjang, leretan: konfrontasi, putusnya
hubungan diplomatik dgn Filipina, Indonesia, dll merupakan ~
drpd beberapa peristiwa penting dlm sejarah Malaysia; 3. ikatan,
kaitan, pertalian: ~ kasih dan tulus mesra; 4. ki sesuatu yg
mengikat (tidak bebas): dgn pinjaman yg murah bunganya dan
lanjut masa pembayarannya, terselamatlah penduduk-penduduk
luar bandar drpd ~ orang tengah; 5. ukuran panjang yg panjangnya
22 ela atau 20.117 meter: rumahnya terletak kira-kira empat ~ dr
situ; ~ kangkang rantai yg dikenakan pd kaki orang salah,
belenggu;
berantai 1. memakai rantai: masakan orang laki-laki ~ leher; maka
ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; 2. = berantai-rantai
berangkai-rangkai (berangkaian), berturut-turut, bersambungsambung:
peristiwa sejarah yg ~ ini diikuti pula oleh peristiwa
perang Naning; lari ~ lari berganti-ganti (bersambung-sambung);
reaksi ~ reaksi yg berangkai-rangkai (bersambung-sambung);
merantai 1. mengikat dgn rantai, membelenggu: panglima Hitam
dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; 2. ki menghambat,
menyekat: kau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu
telah dirantai kota;
rantaian untaian, rangkaian, rentetan, runtunan; orang ~ orang
rantai;
perantaian orang hukuman yg dirantai, orang rantai.
rantaka  rentaka.
rantam; berantam bersama-sama (beramai-ramai) membuat sesuatu
pekerjaan (membeli barang bersama-sama, membahagi-bahagikan,
dll).
rantang 1. sj bakul bertutup (tempat makanan dll); 2. mangkuk tingkat
(utk membawa makanan), siya, mangkuk tepen: sebuah ~ berisi
makanan.
rantas Jw putus sama sekali;
merantas menebas, memotong, mengerat (rumput dll): rumput
dirantas dgn tajak; ~ angin menetak angin (mencuba parang dll dgn
menghayun-hayunkannya); ~ permatang menebas rumput di
permatang.
rantau I 1. = rantauan pantai sejauh teluk (sungai), pesisir: berkelana
sepanjang ~; anak (orang) ~ a) orang pesisir; b) orang dagang,
orang asing; ceruk ~ segala pelosok (daerah); teluk ~ = teluk dan ~
= daerah ~ daerah dan takluknya; 2. daerah (negeri) di luar daerah
(negeri) sendiri, negeri asing, negeri tempat mencari penghidupan:
ia telah meninggalkan kampung halaman dan membawa hidup di ~
orang dgn berserah kpd suratan takdir; siapa gerangan yg pulang
dr ~?; tanah ~ negeri lain (asing); 3. daerah, kawasan (yg luas):
penambahan tentera negeri itu boleh membahayakan keamanan di
~ ini; yg ia tahu ia masih dlm lingkungan bandar London, tetapi di
mana ~ nya dan apa nama tempatnya, tidak ia ketahui;
~ jauh diulangi, ~ dekat dikendanai prb harta benda (jauh mahupun
dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat; ~ jauh tidak terulangi,
~ dekat tidak terkendanai prb perihal seseorang yg sangat tua yg
tidak terturutkan lagi oleh sanak saudaranya; segan bergalah
hanyut se~ prb kalau malas berusaha bencanalah akibatnya;
teluknya dalam, ~nya sakti prb sukar dialahkan;
serantau dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir
pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn
negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~;
keserantauan perihal berada dlm keadaan serantau: semangat ~;
merantau 1. berjalan, belayar, atau mengembara (mencari
penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok
subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari
penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak
bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb
pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh;
perantauan 1. negeri lain tempat mencari penghidupan, daerah
(negeri) yg didiami oleh orang luar (orang yg datang dr negeri lain):
kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~; orang ~ a)
orang yg mencari penghidupan ke negeri lain, orang asing (luar); b)
pengembara, kelana; 2. perjalanan: moga-moga engkau akan
selamat dlm ~mu; ia berpesan juga supaya anak muda itu memberi
khabar dlm ~nya;
perantau 1. orang asing, pengembara, kelana; 2. orang yg pergi ke
negeri lain, orang yg mencari penghidupan di negeri lain (negeri
orang): kira-kira tujuh puluh tahun yg lalu, tibalah di negeri ini
sekumpulan orang ~ dr Minangkabau.
rantau II Br sj pukat (pukat hanyut).
ranti sj tumbuhan (herba yg buahnya spt buah tomato kecil-kecil),
kelampung puyuh, terung meranti, terung perat, Solanum nigrum.
ranting 1. bahagian cabang yg kecil-kecil, cabang drpd cabang:
dibukanya baju, disangkutnya pd ~ kayu mati; 2. cawangan, anak
cabang (pertubuhan, perkumpulan, dll); ~ Bank Rakyat cawangan
Bank Rakyat; Partai Rakyat R~ Johor Baharu; 3. bukan utama
(tidak penting): perkara-perkara ~ dlm agama Islam;
di mana ~ dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus
menurut adat resam negeri yg didiaminya; ingat ~ yg akan
melenting, dahan yg akan mencucuk, duri yg akan mengait prb dlm
sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya
atau kesusahan;
beranting ada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~ ; lari ~
lari berangkai;
meranting 1. spt ranting, tegak menganjur ke atas: kakinya naik ~
ke atas; 2. kering, meranggas (tidak berdaun lagi): pohon-pohon
mulai ~; kurus ~ kurus kering; 3. memangkas (menggunting atau
memotong hujung) ranting tanam-tanaman: ~ pokok pagar; 4.
menjadi cabang yg kecil-kecil: kritikan yg berpusat pd teks ini ~
dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme.
rantuk; merantuk melanggar, membentur, menumbuk;
merantukkan melanggarkan, membenturkan, menumbukkan; 
hantuk.
rantus I ark putus sama sekali, rantas.
rantus II Mn ketularan, kejangkitan (penyakit).
ranum 1. cukup masak (bkn buah-buahan): rambutan yg ~; 2. ki segar
dan menarik (nampaknya): kekasihnya yg bertubuh mongel ~;
meranum menjadi ranum;
meranumkan menjadikan ranum: karbaid digunakan utk ~ pisang;
keranuman perihal atau keadaan ranum: ~ mangga itu
menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula;
peranuman proses meranum atau meranumkan: betik mesti dipetik
pd peringkat yg sesuai utk mengelakkan terjadinya ~ yg tidak
sempurna.
ranya Kl; meranya 1. menggagau benda (ikan dll) dlm air: gunakan
senduk, jangan ~, nanti basi pula gulai itu; 2. mencuci
(membersihkan) telaga dll (dgn membuang lumpur dll): air telaga
itu keruh, mesti diranya dulu; 3. mengambil semua sekali (pencuri
dll), menyapu bersih: pencuri ~ habis barang-barang dlm almari
itu.
ranyah I ark; meranyah mendahului makan (memakai, mengambil, dll).
ranyah II Mn gelisah;
meranyah gelisah, selalu menangis (anak kecil), selalu merengek.
ranyang Mn selalu bergerak-gerak (tidak dapat diam), lincah, tidak tetap
hati.
ranyau I ark meranyau mengigau, meracau.
ranyau II  ranya.
ranyuk radang: pintu itu dibuka oleh Saniah dgn kuat dan ~;
meranyuk meradang.
rap I bunyi spt bunyi dua kayu bergesel (tembakau dihiris dll).
rap II; sama ~ sama padan: dua salur yg sama ~, satu menyelaputi akar
biji dan yg satu lagi menyelaputi batang biji.
rap III Kd 1. sudah boleh dikerjakan atau disiapkan utk ditanami (tanah
sawah); 2. cekap, cekatan (manusia dan binatang): ~ sungguh
budak ini, ke dapur dan ke majlis boleh diharap.
rap IV; sekali ~ sekali gus: sekali ~ setengah gelas.
RAP Id kep Republik Arab Persatuan;  RAB.
rapah; merapah 1. berjalan atau berlari memijak-mijak (tanaman dll):
mereka mara ke hadapan ~ lalang; pokok padi habis dirapah; 2.
ark pergi ke mana-mana, menjelajah, mengembara: beberapa bulan
lamanya sudah ia ~; 3. ark membuang (mencabut) rumput,
menyiang, merumput (sawah dll): rumput di sawah sudah selesai
dirapah.
rapai ark; merapai menghulurkan tangan kerana hendak mencapai
(mencari pegangan dll), mencapai, menggapai: anak montel yg
merapai-rapai tangannya hendak memegang pipi ayahnya; 
gerapai.
rapak Kd, Kl, Ph, Pn; merapak berbunyi riuh-rendah, rancak (rebana
dll), berbunyi kuat (pokok tumbang dll).
rapana, rampana Br rebana.
rapang sj ikan laut, Mungil bleekeri.
rapat I 1. hampir bertemu, hampir tidak bercelah: duduk ~ dlm masjid;
kampung yg rumah-rumahnya ~ sekali; padi yg ditanam ~ tidak
dapat beranak banyak; 2. tidak renggang, kerap (anyaman,
pertukangan, tanaman, dll), padat (penduduk); 3. penuh sesak,
padat (penduduk): kawasan yg ~ penduduknya; 4. tertutup dgn
tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat
ditembusi lagi): tabung itu ditutup ~; kawasan itu telah terkepung
~; pinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~; 5. dekat sangat
(dgn), berhampiran sungguh (dgn): hatta sampailah ke negeri lalu ~
ke jambatan; 6. erat, karib, kuat, teguh (persahabatan, pertalian,
dll): perhubungan antara Malaysia dgn kedua-dua negara jirannya
sangat ~; ada kerjasama yg ~ antara pengarang-pengarang
Melayu dgn ahli-ahli sains Melayu;
rapat-rapat dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat:
tutup pintu itu ~; jemaah diminta meluruskan saf dan berdiri ~;
berapat 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat):
lalu berperang berbedil-bedil senapang dan pemburas sebelahmenyebelah
... maka, apabila ~ lalulah beramuk; maka
berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan,
bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3.
bersama-sama, bersekali: orang-orang dlm negeri itu telah
berselisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca
khutbah, tetapi kemudian ~ zuhur;
merapat 1. menjadi rapat, mendekat; dia melangkah surut dan
seorang lagi datang ~; 2. menutup (mata): lari ~ tiada memandang
ke belakang lagi; 3. berlabuh atau berhenti dekat dgn (pangkalan
dll): kapal pun ~, tangga pun diturunkan orang, penumpang telah
siap dgn barang-barangnya; ~ sambil belayar prb sekali
melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai;
merapati 1. menghampiri, mendekati: ia berjalan perlahan-lahan
dan berhati-hati ~ rumah itu; 2. datang (utk memperbaiki hubungan
persahabatan dll), selalu mengunjungi (mendatangi): dia mesti ~
setiap orang kampung ini jikalau dia ingin mendapat kerjasama
drpd mereka;
merapatkan 1. menjadikan rapat, mendekatkan (pd sesuatu): muka
dirapatkan pd cermin; ~
kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2.
menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapatrapat;
3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan
(perhubungan): tentu ada sesuatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn
menggabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengukuhkan tali
persahabatan;
memperapat menjadikan lebih atau makin rapat, merapatkan lagi;
~ sila bersila baik-baik;
rapatan sesuatu yg menyebabkan rapat (sambungan dll), sesuatu yg
dirapatkan: drpd pandainya utus berbuat itu, tiadalah kelihatan
~nya lagi;
kerapatan perihal atau keadaan rapat: pelabur Britain akan
menjadikan Malaysia sbg pusat pelaburan yg paling menarik
memandangkan ~ hubungan sejarah antara kedua-dua negara;
perapatan Br (bahagian tepi sampan dll) yg hampir bertemu: ~
perahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke
dalamnya.
rapat II = kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan
sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg
diduga;
~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar
Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba
(mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang
yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa
(samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di
padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi
oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat
yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang;
berapat berhimpunan (dlm sidang), mengadakan rapat,
bermesyuarat, bersidang;
merapatkan 1. menjemput berapat (bersidang): banyak ahli yg
meminta supaya jawatankuasa segera dirapatkan; 2.
mengemukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm
sidang: soal ini dapat saya putuskan sendiri, tidak perlu
dirapatkan.
rapat III; ~ bukit sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat rumah),
rengas, kayu paruh-paruh, Melanochyla angustifolia; kayu ~ sj
tumbuhan (pokok menjalar yg kulitnya dibuat ubat), akar serapat
putih, akar gerip putih, Parameria bata.
rapel (rapél) IB 1. bayaran (wang) kebelakangan, tunggakan: ia telah
menerima sebahagian wang ~ kenaikan pangkatnya; 2. kenaikan
pangkat atau gaji yg dinanti masa pelaksanaannya kerana sesuatu
sebab (spt terlupa dll): dua kali ~ pangkat dan dua kali kenaikan
gaji.
rapet Kl rapik II.
rapi 1. bersih dan elok, apas, apik: wajahnya ~ dan manis; seorang lelaki
berpakaian ~ turun; 2. teratur baik, tertib: buku-buku tersusun ~
dlm almari; semua pegawai bekerjasama dgn ~; 3. serba beres,
serba selesai, habis: semua kerja diselenggarakan dgn ~ dan
memuaskan; 4. siap sedia, ketat, siaga: kawasan itu dikawal dgn ~;
5. kemas, kukuh, teguh: pintu bertutup dan berkunci ~; perpaduan
yg teguh dan ~; 6. cermat, saksama, teliti: buku-buku resit dikawal
dgn ~ utk mencegah drpd digunakan oleh orang yg tidak
bertanggungjawab; ubat ini dibuat dgn cukup ~ dan cermat; suatu
penyelidikan yg ~ harus dijalankan;
merapi menjadikan (rambut, kulit, dll) sihat dgn menggunakan
perapi: ia bukan sahaja ~ kulit tetapi menjadikannya kelihatan
segar dan bermaya;
merapikan menjadikan rapi, membereskan, mengemaskan,
menyelesaikan, menyempurnakan: dirapikannya pakaian suaminya;
ia membantu isterinya ~ dapur; Aristotles yg ~ kaedah-kaedah
sains;
kerapian perihal rapi: sajak itu dimaksudkan sbg anasir yg
menambah ~ bentuk dan mempertinggi tingkatan muzik bahasa;
disusun bantal-bantal itu dgn penuh ~;
perapian proses merapikan sesuatu: dgn kesan ~, Kao Merit baru
meninggalkan suatu sensasi yg menyegarkan;
perapi cecair pekat yg dibubuh pd rambut selepas dicuci utk
menjadikannya lebih lembut.
rapih I  rapi.
rapih II Pr; merapih mencabut (membuang) anak-anak padi yg mati
(selepas ditanam): sambil ~ sambil menyulam.
rapik I; merapik berkata yg bukan-bukan, beromong, mengobrol,
merapik: sudalah, jangan ~ lagi.
rapik II rapat, dekat, bersahabat (berkawan) benar-benar: di maktab dulu
dia terlalu ~ dgn Hamsiah;
berapik selalu rapat (dekat), berkawan: dihiburkan hatinya dgn ~
dgn kawan-kawannya.
rapit  rapik II.
rapor, rapot IB 1. laporan (rasmi): sekarang aku harus membuat ~
perjalanan; 2. = buku ~ buku yg berisi keterangan (markah dll)
mengenai murid sekolah, buku laporan;
meraporkan melaporkan, memberitahukan;
raporan laporan; repot I;  lapor.
rapsodi 1. pengungkapan perasaan gembira dgn berlebih-lebihan dlm
pertuturan atau penulisan; 2. karya sastera yg ditulis dgn gaya yg
sangat gembira atau penuh perasaan; 3. gubahan (muzik) yg bebas
dan tidak sekata bentuknya.
raptai persembahan percubaan atau latihan besar-besaran sebelum
persembahan atau pertunjukan sebenar.
rapu ark; merapu 1. memunguti (barang-barang yg terbuang atau tidak
berguna), meminta sedekah; 2. Pr mengambil semuanya,
memenangi semuanya (dlm permainan), menyapu; 3. melakukan
sesuatu (berkata-kata, berkelakuan, dll) dgn tidak menentu,
merapik: jangan ~ sangat, cakap betul sedikit.
rapuh 1. mudah patah (cabik, pecah, putus, robek, sobek): keropok yg ~;
daun-daun musim buah yg telah ~ dan reput; 2. ki tidak teguh,
tidak kuat, lemah: tubuh yg kecil ~; betapa lemahnya dan betapa
~nya jiwa pemuda-pemuda kita apabila berdepan dgn pengaruh dr
luar; pertelingkahan tentang beberapa isu membayangkan betapa
~nya hubungan yg terjalin antara kita; hidupnya (nyawanya) ~
lekas mati;
~ hati a) lemah hati (semangat), lunak; b) mudah tersinggung
perasaannya; ~ iman tidak kuat (teguh) iman; ~ jiwa (semangat)
lemah jiwa (semangat); ~ mulut tidak dapat menyimpan rahsia, suka
sangat bercakap;
merapuhkan menjadikan (menyebabkan) rapuh;
kerapuhan 1. perihal rapuh; 2. kelemahan (hati dll);
perapuh 1. sesuatu yg merapuhkan; ilmu ~ jampi (mantera) utk
melembutkan musuh (senjata dll); 2. (orang yg) mudah rapuh (hati
dll): peguam muda yg ~ hati.
rapun I Mn hancur, pecah, remuk;
merapunkan menghancurkan, memecahkan, meremukkan:
menolak serangan musuh dan ~ seteru yg durjana.
rapun II Kd, Pn kelim yg berkerut, ropol;
berapun 1. ada rapunnya; 2. Pn, ki tua: dia dah ~.
rapung; merapung mengapung (di air);
merapungkan mengapungkan;  apung.
rapus I; merapus mengikat keempat-empat kaki binatang (yg akan
disembelih): Pak Pandir pun ~ kerbau itu lalu disembelihnya.
rapus II; merapus merajuk.
Raqib malaikat yg menulis segala kebaikan seseorang.
rar Kl kutu, arisan, senoman.
rarai ark; merarai melarai, melerai.
rarak; berarakan berantakan;  lerak I, rerak.
raras Mn gugur, luruh;
merarasi gugur (luruh) daun semuanya (pohon); laras V.
ras I bunyi spt bunyi daun kering yg digosokkan dll.
ras II; tali ~ tali kekang.
ras III kaum, keturunan.
rasa 1. perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh
bahagian tubuh (kulit dll apabila kena sesuatu): ~ manis (tawar,
masam, masin, dll); ~ pedih (sakit, ngilu, dll); ~ badanku spt
dibakar dgn api; 2. tabiat sesuatu benda yg menimbulkan rasa: gula
manis ~nya; 3. = ~ hati keadaan hati terhadap sesuatu: ~ sedih
(kecewa, pilu, senang, dll); ~ hormat (cinta, sayang, takut, dll);
mengikut ~, binasa; 4. anggapan tentang baik buruk (salah benar
dll), pendapat, fikiran: ~ adil dan saksama; pd ~ saya pd pendapat
saya; 5. = rasa-rasa, rasanya, rasa-rasanya agaknya, barangkali,
gerangan, kalau-kalau, kira-kira, rupa-rupanya: rasanya sedikit
benar orang yg mengetahuinya; 6. = rasanya, serasa, rasa-rasa,
serasa-rasa, rasakan sama rasanya dgn, seakan-akan, seolah-olah,
selaku: dia sendiri serasa mengalami semula pengalaman Hilmy di
sekolahnya; biadab di hadapan Bendahara itu rasa-rasa di
hadapan kita; Amran rasa-rasa mendidih darahnya mendengar
ucapan itu; rasakan lebih enak drpd rokok kita pasak kampung;
serasa bayang hilang semangat; 7. = rasa-rasa ada ingatan, ada
terlintas di hati (bagi menyatakan bimbang, ragu-ragu): ~ hendak
dipukulnya pencuri itu habis-habisan; 8. memikir, mengagak,
menganggap: saya ~ dia belum pulang lagi; dia ~ tidak ada
gunanya mengamuk;
~ akan rasakan, bagaikan, seolah-olah oleh; turutkan ~ binasa,
turutkan hati mati prb perihal orang yg menurutkan kemahuan hawa
nafsunya, akhirnya binasa juga; yg dimakan ~, yg dilihat rupa, yg
didengar bunyi prb melihat sesuatu menurut keadaannya yg terbukti
dan sudah dipersaksikan;
berasa 1. mendapat rasa (yg dialami oleh bahagian-bahagian
badan): kakinya ~ sengal; seluruh badannya ~ sakit; 2. mempunyai
rasa (manis, masam, pahit, dll): kerana banyak sangat garam,
masakan itu ~ sangat masin; air ialah suatu cecair yg tidak
berwarna, ~, atau berbau; 3. mengalami rasa di dlm hati (batin):
orang Melayu lekas ~ tersinggung; ~ suka; ~ takut; 4. = dirasa,
dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka ~ kpd
dadanya spt kena panah;
~ berat berasa tidak sanggup, berasa di luar kekuasaan
(kesanggupan); ~ hati a) ingin akan sesuatu, tertarik kpd; b) berasa
kecewa, tidak senang hati, agak marah; c) tersinggung;
merasa 1. mengalami rasa dgn lidah: air itu dirasanya masin; 2.
mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh: setelah Raja Zainal ~ luka,
maka baginda pun meraba keris; nanti setelah lepas Pulau
Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; 3. =
merasa-rasa mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam
(pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun sampai
dan ~ air kopi itu; 4. = merasa-rasa meraba-raba (menjamah dll)
utk mengetahui kasar halusnya (berat tidaknya dll): licin tidaknya
dapat dirasa sendiri dgn tangan;
merasai 1. mengecap (makanan, minuman, dll), mencicip:
alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; rasai dulu
kopi itu sebelum dihidangkan; 2. menikmati (kesenangan,
kemewahan, kebahagiaan, dll): kesenangan dan kemewahan hidup
yg dirasainya itu ialah drpd harta isterinya; belum pernah ia ~
hidup senang spt orang-orang lain; 3. menderita (kesusahan,
sengsara, dll): barulah hamba ~ sengsara hidup di dlm penjara;
mereka akan ~ duka nestapa yg tidak terkira-kira lagi; rasai
olehmu balasan kekasaran tingkahmu; 4. = merasa-rasai merabarabai
(menjamah-jamah) hendak mengetahui dgn tangan dll: rasarasai
dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; 5.
ki menduga (mengajuk, mengkaji, meninjau, dll) hati orang dll: drpd
air mukanya, kita dapat ~ apa yg terkandung dlm hati perutnya;
syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat
keputusan; 6. mengalami rasa dlm hati (batin): dirasainya cintanya
pd wanita itu kian lumpuh; 7. sl menyedari, menginsafi: duduk di
Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh
Laksamana;
merasakan 1. = memperasakan membiarkan (menjadikan,
menyuruh) berasa atau merasai: ia mencuba sungguh-sungguh utk ~
fahamnya kpd seluruh pendengarnya; 2. merasai, menginsafi,
memikirkan, mengendahkan: beliau masih dirasakan penting utk
memimpin Jabatan itu; utk memberikan nilai kpd sesuatu
keindahan, seseorang mestilah faham dan dapat ~ keindahan itu;
dan dirasakannya sekali bahawa tugasnya utk menjaga dirinya
sudah semakin bertambah; 3. merasai, menderita: saya rasakan
benar-benar kemesraan perhubungan kami; air matanya berderai
menahan pedih yg dirasakannya;
terasa dapat dirasa(i), sudah dirasa(i), merasa (berasa) dgn tibatiba:
penat membawa barang-barang itu semakin ~; ~ sekarang
belanja kita berlebihan drpd biasa; akhirnya ~ senang juga
hatinya;
terasakan terasa akan: dia ~ sesuatu yg memilukan hatinya;
kerasaan mendapat rasa, dapat dirasa;
perasaan 1. perihal merasa(i) dgn badan atau kulit dll, hasil atau
perbuatan merasa dgn badan atau kulit dll: makanan yg lama
tinggal dlm perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yg tidak
menyenangkan; 2. perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil atau
perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang gadis yg
sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan
menyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi; 3. kemampuan
(kecekapan, kekuatan) utk merasa(i): seekor tikus menangkap
mangsanya dgn ~; tajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala
menghadapi musuh; 4. fikiran, pendapat, pertimbangan: bagaimana
~ tuan berkenaan dgn masalah ini?; ~ perkauman sentimen yg
berdasarkan kaum;
berperasaan 1. ada atau mempunyai perasaan: orang yg tidak ~;
mereka ~ mulia dan tinggi budi; 2. penuh dgn perasaan:
pelukannya menjadi semakin kuat dan ~;
perasa 1. = alat ~ alat atau bahagian badan utk merasa(i); organ ~
lidah dll; 2. mudah (berasa): ia seorang tua ~ yg sering
mengeluarkan air mata apabila berhadapan dgn anak-anak yatim;
~ angin lekas tersinggung; 3. benda yg memberi rasa (pd masakan
dll); serbuk ~ serbuk yg dipakai utk menyedapkan rasa masakan;
berperasa mempunyai perasa (bkn makanan): biskut krim ~ buahbuahan.
rasai Mn; merasai, merasaikan selalu menderita (kesusahan dll),
mengalami kesedihan: ~ kesengsaraan hidup;
perasaian perihal merasai(kan), penanggungan (kesedihan,
kesusahan, dll): ia sudah dihanyutkan untung ~.
rasak Kd; merasak sesak; penuh ~ penuh sesak; asak, sesak.
rasam I sup berperisa kari yg berasal drpd Inggeris-India (dibuat dgn air
rebusan daging).
rasam II adat, aturan, kebiasaan, sifat; ~ minyak ke minyak, ~ air ke air
prb setiap orang mencari (pulang kpd) golongannya sendiri; tidak
se~ (dgn) tidak sesuai (dgn).
rasamala  raksamala.
rasan I  rasam II.
rasan II ark; berasan bermesyuarat (dgn sulit atau antara dua orang
sahaja);
perasanan permesyuaratan, perundingan.
rasan III  resan.
rasan IV Mn basi: nasi sudah ~.
rasau = rasau-rasau sj tumbuhan (pokok yg bunganya harum), selensing,
Pandanus helicopus.
rasdung  resdung.
rase (rasé) Jw musang bulan.
rasi 1. sekumpulan bintang dlm zodiak (mintakulburuj) terbahagi kpd dua
belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus,
Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur); 2. ilmu melihat nasib (yg dianggap
ada hubungan dgn bintang-bintang), ilmu perbintangan, ilmu
bintang; tinggi ~ a) baik bintangnya, beruntung; b) bertuah,
berbahagia, sakti; 3. = serasi (se)cocok, sepadan, sesuai: si Banu
itu pun nampaknya memang ~ benar dgn kau; ubat yg ~;
merasi, merasikan 1. mengetahui jodoh orang dgn menilik bintang
(mimpi dll); 2. meramalkan nasib orang dgn membuka kitab tib;
menyerasikan menjadikan serasi (secocok, sesuai): kedua-duanya
perlu diselaraskan dan diserasikan;
keserasian perihal serasi (sepadan, secocok, sesuai);
perasian ilmu perbintangan utk membuat ramalan, nujum.
rasialis 1. bersifat atau bersikap perkauman; 2. orang yg menganut atau
mengamalkan faham rasialisme.
rasialisme 1. layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap
seseorang berasaskan keturunan bangsanya, mis satu kaum
mendapat layanan yg lebih istimewa drpd kaum yg lain; 2. fahaman
yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yg paling unggul.
rasian Mn mimpi (terutama yg memberi alamat);
berasian bermimpi;
merasian memimpikan.
rasional 1. alasan munasabah yg mendasari sesuatu tindakan, perbuatan,
atau pegangan: apakah ~ kamu utk menolak permintaannya? 2.
berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar,
waras: di manakah ada kejadian atau fakta yg hanya dapat
difahami secara ~?
merasionalkan menjadikan atau membuat sesuatu (sbg) rasional,
menganggap rasional, menjadikan (supaya) bersifat rasional: kami
berasa cukup payah untuk mencari sebab dan alasan utk ~
ketidakwujudan sukatan pelajaran tersebut; jika ia, bagaimana
pula seseorang itu ~ dirinya dlm situasi begini?
kerasionalan sifat (keadaan) rasional: pengarang berhasil
memaparkan kejujuran dan ~ watak Mahmud;
perasionalan proses merasionalkan sesuatu: ~ retorik.
rasionalis orang yg menganut fahaman rasionalisme.
rasionalisasi IB penghematan tenaga buruh dlm perusahaan dll dgn tujuan
memperbanyak hasil: rencana pembangunan dan ~ dlm
ketenteraan dan perindustrian menemui kesulitan-kesulitan dlm
pelaksanaannya;
merasionalisasikan mengatur perusahaan dll dgn menghematkan
tenaga supaya memperoleh hasil yg setinggi-tingginya.
rasionalisme fahaman bahawa taakulan adalah asas yg paling baik dlm
melakukan sesuatu tindakan, menyelesaikan masalah, dsb.
rasionalistik bkn fikiran yg berasaskan logik, bukan berasaskan emosi
atau ajaran (kepercayaan) agama: pemikiran ~; jawaban yg cukup
~.
rasis rasialis.
rasisme rasialisme.
rasmi disahkan oleh kerajaan atau yg berkuasa, (yg) diisytiharkan
(ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll: bahasa ~;
ejaan ~; kenyataan ~; pakaian ~; resit ~; tugas ~; upacara ~;
merasmikan mengisytiharkan (melantik, menentukan, menetapkan,
mengesahkan, dll) dgn rasminya: ~ pameran lukisan; ~ pembukaan
sekolah;
rasmi-rasmian bersifat rasmi: majlis yg ~;
kerasmian perihal rasmi: bahasa Melayu akan sanggup
menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~ dan
keilmuan;
perasmian pengisytiharan (pelantikan, penentuan, penetapan,
pengangkatan, pengumuman, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah ~
ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~
lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia.
raspberi (raspbéri) sj tumbuhan renek yg buahnya lembut, kecil, berwarna
merah dan boleh dimakan, Rubus idaeus.
rastali; pisang ~ sj pisang; rajastali.
rasuah pemberian utk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang)
tumbuk rusuk (sogok, suap): Jabatan Pencegah R~;
merasuahi memberi rasuah kpd: dia dituduh ~ pegawai itu;
perasuah orang yg memberi rasuah: Allah mengutuk ~, orang yg
menerima rasuah dan perantara rasuah antara kedua-duanya.
rasuk I kayu yg dipasang di antara tiang-tiang rumah (utk menyangga
gelegar tempat dipasang lantai);
gar-gar kata pelantar, ~ juga yg menahannya prb kita tidak boleh
mendengar cakap orang yg tidak bertanggungjawab.
rasuk II; kena ~ = dirasuk hantu kemasukan hantu syaitan dll;
merasuk 1. masuk ke dlm tubuh manusia (hantu, jin, dll): tiba-tiba
keempat-empat mereka ketawa terbahak-bahak bagaikan dirasuk
jin tanah; 2. mendalam, menyerap atau meresap benar: apabila
melihat orangnya, tambah ~ lagi keyakinanku kpd ajarannya; ~
hati (jiwa) mengganggu atau mengusik (hati), menggodai,
menggiurkan (hati): berbagai-bagai fikiran datang ~ hatinya
terutama fikiran hendak menceraikan isterinya;
rasukan hasil perbuatan merasuk: maka al Bidaah pun menyebarnyebarkan
~ syaitan ini;
kerasukan kemasukan (hantu, jin, dll).
rasul = ~ Allah utusan atau pesuruh Allah yg dipilih-Nya utk menerima
wahyu daripada-Nya utk dirinya sendiri dan diwajibkan
menyampaikan wahyu itu kpd orang lain: Nabi Isa ialah seorang ~;
R~ Allah gelaran khas bagi Nabi Muhammad SAW; sunah ~
perbuatan, perkataan, pengakuan dan sifat Nabi Muhammad SAW
yg digalakkan diikuti oleh orang Islam;
kerasulan perihal rasul (sifat, martabat, dll).
rasuli Ar ark perihal rasul.
Rasulullah Ar gelaran khas bagi Nabi Muhammad SAW.
rasyid Ar orang yg mengikut jalan yg benar (agama).
rat I Jw ark alam, dunia, jagat.
rat II Kl jinak.
rata I 1. tidak tinggi rendah, datar, papak, papar: bahagian atas meja itu
~; padang bola yg menghijau ~; pukul (hitung) ~ semuanya
dianggap sama (tidak dibeza-bezakan), hitung panjang; sama ~ a)
sama tinggi dan sama rendah (semuanya); b) = sama ~ sama rasa
sama hak dan kewajibannya (sama tarafnya); 2. seluruh bidang
(permukaan) sama diliputi, menyeluruh: hendaknya lantai itu
disapu ~; kurang ~ ditutup lantai itu dgn tikar; 3. seluruhnya
beroleh bahagian yg sama, tersebar ke merata tempat (berita dll),
terdapat (terkena dll) di mana-mana: pusaka itu dibahagi ~; telah ~
lukisannya ditunjukkan; pd masa itu orang Melaka ~lah berkapal
belaka; ~-riti Kl ke mana-mana;
serata seantero, segenap, seluruh: getah dieksport ke ~ dunia;
poster-poster tertampal di tembok-tembok di ~ kampung;
keserataan perihal (keadaan) serata: tahap ~ penggunaan bahasa
itu masih rendah;
menyeratakan menyebarkan ke mana-mana, menyeluruh;
rata-rata 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja
itu hendaklah ditaburkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~
dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya,
dihitung panjang, pd umumnya: keistimewaannya ialah orangorang
bawahannya ~ segan dan hormat kepadanya; ~ mereka
tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus
sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengahtengah,
dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400
gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm
lingkungan RM80 dan RM100 sebulan;
merata 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg
sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning,
dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi
ke mana-mana, merebak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke
seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = meratarata
serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok
memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~
tempat di negeri panas;
meratai merata ke segenap..., meliputi (memasuki, melindungi,
mengenai, dll) kesemuanya: mata profesor itu ~ semua muka
mahasiswa; tidak mungkin rasanya peraturan itu ~ seluruh lapisan
rakyat;
meratakan 1. menjadikan (menyebabkan) rata, memapakkan,
mendatarkan: seluruh kawasan bukit itu diratakan utk dijadikan
tapak kawasan perumahan rakyat; 2. membahagi-bahagikan rata,
menyebarkan ke merata tempat: ~ kemakmuran ke seluruh negara
ialah tujuan utama kerajaan sekarang; bantuan kecemasan
diratakan kpd segenap mangsa bah;
rataan ark dataran;
kerataan perihal rata: semua permukaan cecair adalah rata dan
selari dgn ~ tanah;
perataan perihal (proses) meratakan sesuatu: ~ permukaan jalan
itu telah selesai;
perata alat utk meratakan (mendatarkan dll).
rata II sl sj kenderaan, kereta; ~ terbang (melayang) sl kereta yg dapat
terbang.
ratah tidak bercampur dgn benda lain (lauk-pauk);
meratah 1. makan lauk sahaja (tidak dgn nasi): habis lauk itu
diratahnya; 2. ki mengalahkan, menundukkan: malam gerhana
bagi Malaysia apabila diratah oleh China dlm pusingan akhir
perlawanan bola sepak Piala Asia;
ratahan sesuatu yg diratah.
ratan Kl, Tr; beratan bersama-sama, berserta;
meratan membantu, menolong, turut campur: kalau mereka
bertumbuk kau jangan ~.
ratap I = ratapan rintihan kerana kesedihan (dgn mengeluh, menangis,
menjerit, dll): ~ anak-anak yg kehilangan kedua-dua ibu bapa itu
sungguh menyayat hati; ~ tangis ratap dan tangis; ~ petolong ijuk
penebal prb penghasilan tambahan (bukan penghasilan sbg pokok
penghidupan);
meratap menangis sambil mengeluarkan kata-kata, mengeluh
(sambil menjerit, menangis, dll): sudah beberapa lama Khairil
meninggal, masih ada sahaja orang ~;
meratapi meratap kerana menangisi: hatinya ~ nasibnya.
ratap II; meratap berbunyi sebiji-biji dgn banyak, berbunyi berulangulang
(mesingan dll).
ratap III Pr; meratap penuh dgn barang hiasan (cincin dll): jarinya ~ dgn
cincin.
ratas Mn retas.
ratau Kl rantau.
rati; merati, meratikan memerhatikan;  hati-hati I.
ratib sj zikir, puji-pujian yg diucapkan berulang-ulang (lailahaillallah dll);
~ bang azan yg dilaung berkali-kali; ~ saman sj ratib amalan tarekat
Saman (ajaran Abd. Karim al-Saman);
beratib, meratib melakukan ratib, berzikir: ia pernah ~ tiap-tiap
malam di surau;
meratibkan meratib atau mendoa utk (orang meninggal dll),
menzikirkan: mayat pun dikebumikan, diratibkan, dan ditahlilkan.
ratifikasi IB pengesahan perjanjian oleh parlimen dll: tinggal saja ~
pembubaran Universiti itu oleh Dewan Perwakilan Rakyat;
meratifikasi, meratifikasikan mengesahkan (perjanjian dll): lalu
diteruskan ke D.P.R. utk diratifikasi.
rating bp kadar kepopularan sesuatu rancangan radio atau televisyen yg
diukur berdasarkan jumlah pendengar, penonton dsb: tayangan klip
video Barat menarik minat penonton remaja dan menaikkan ~
rancangan dan keuntungan hasil iklan.
ratna 1. sl intan; 2. ark puteri (gadis) yg cantik; ~ cempaka manikam
kuning; ~ mutu manikam berbagai-bagai intan permata; ~ pakaja a)
jantung hati, yg tercinta, kekasih; b) sj tumbuhan (herba yg daunnya
dibuat sayur), Gomphrena globosa.
ratu 1. raja (perempuan): ~ Elizabeth; 2. permaisuri; 3. sl raja: ~
Majapahit; 4. ki gelaran kpd pemenang wanita dlm peraduan
kecantikan dll: ~ cantik; ~ fesyen; ~ kebaya; ~ sanggul;
beratukan mengabdikan diri kpd ratu, beratu kpd: anak buah
Patrik Aria Gajah Mada yg ~ Raden Galuh Wi Kesuma.
ratus I bilangan sepuluh kali sepuluh;
seratus satu ratus (100);
beratus-ratus beberapa ratus: ~ rakyat mati;
meratus 1. sl beratus-ratus; 2. = menyeratus; ~ hari mengadakan
kenduri utk memperingati orang mati pd hari yg keseratus sesudah
meninggal;
ratusan 1. bilangan seratus: kalau bilangan-bilangan besar
dicampur, satuan dikumpulkan dgn satuan, puluhan dgn puluhan
,dan ~ dgn ~; 2. beratus-ratus: dentuman-dentuman meriam saling
berganti dgn dengungan ~ pesawat udara sekutu;
peratus 1. = perseratus, seperatus satu dibahagi dgn seratus
(1/100); 2. persen: sepuluh ~ 10%; seratus ~ a) 100%; b) ki
seluruhnya, semuanya (tanpa kekecualian lagi): kekotoran dan
kedurjanaannya sudah seratus ~ terdedah;
peratusan 1. bilangan (dgn kiraan) peratus: ~ rakyat yg sudah
berumur juga kian meningkat; 2. persen.
ratus II ark; meratus 1. berkicau (burung); 2. berkata yg bukan-bukan
(kerana kecewa, sedih, dll), mengoceh.
ratus III Jw ark sj dupa.
ratus IV; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Justicia bracteata.
rau I bunyi spt bunyi hujan lebat yg kedengaran dr jauh dll;  derau I.
rau II; kayu (pohon) ~ sj tumbuhan (pokok), pokok rawa, kedondong
bulan, kedondong bulu, Santiria laxa.
rauk Kl; merauk meraup, menyapu.
raum; meraum mengaum, menderum;  raung.
raun bp 1. = meraun berjalan berkeliling, berkeliling, meronda; 2.
sepusingan (permainan, tarian, dll), sekali tamat;
meraun berjalan dll berkeliling, berjalan berputar-putar: mereka ~
dgn jip.
raung bunyi (suara) nyaring lagi panjang, teriak panjang: ~ tangis yg amat
sedih juga yg kedengaran di keliling rumah itu; ~ harimau;
meraung 1. berbunyi (bersuara) nyaring dan panjang (anjing,
serigala, dll), menggeru: harimau ~; 2. = meraung-raung menangis
serta menjerit keras-keras, menggerung: dia ~ apabila saja dia
melihat mayat anaknya terbujur; orang sakit itu meraung-raung
sambil berlari ke sana sini;
meraungkan meraung akan: jangan diraungkan mayat itu;
meraung-raungkan menggembar-gemburkan, melaung-laungkan:
ke mana-mana pun ia pergi, ia tetap ~ cita-cita politiknya;
raungan raung: ~ dan tangisan bercampur-campur.
raup; seraup sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan (yg
dikembarkan): ~ beras;
meraup 1. rapat kedua-dua belah tangan ketika mencedok: beras
itu disukatnya dgn tangan ~; 2. mencedok (mengambil,
mengumpulkan) dgn kedua-dua belah tangan (yg dikembarkan): ~
beras; ~ kaki mengampu kaki dgn kedua-dua belah tangan ketika
sujud kpd raja dll;
harap hendak ~, tidak boleh menggenggam prb kerana hendak
hidup dgn kemewahan habis harta benda.
raut I; pisau ~ sj pisau khas yg tajam utk melicinkan (menajamkan,
menghaluskan) rotan dll, seraut, siraut;
beraut sudah dilicinkan (dihaluskan dll); lidi ~ lidi yg sudah
dilicinkan (dibersihkan drpd daun);
meraut meratakan (menghaluskan, melicinkan, meruncingkan, dll)
dgn pisau: ~ rotan penjalin lukah; ~ pensel dgn pisau.
raut II = rautan bentuk, potongan, roman, tampang; ~ badan bentuk
(sikap) tubuh; ~ muka (wajah) tampang muka, roman.
raut III; burung ~ sj burung, burung kendi, Numenius arquata orientalis;
burung pisau ~ sj burung, burung kendi, Numenius phaeopus
variegatus.
rauvit (Kim) mineral yg mengandungi kalsium, uranium dan vanadium.
rawa I; kain ~ sj kain pelangi (kain yg bermacam-macam warnanya).
rawa II paya, rawang: suatu daerah ~ yg luas;
berawa berpaya, berawang: keadaan buminya ~ dan berlebaklebak.
rawa III; burung ~ sj burung (merpati liar), Ducula bicolor; cucak ~ Jw
burung barau-barau.
rawa IV 1. sj tumbuhan (pokok kecil), raba-raba, Mangifera microphylla;
2. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok besar), Diacontomelum
mangiferum.
rawa V Kl, Tr sj alat utk menangkap ikan (udang).
rawa VI Kl, Tr; merawa mengacau barang-barang makanan dlm periuk
dgn tangan, mengambil
(isi) makanan sahaja.
rawah I Mn sj kuali (belanga) besar: telinga ~ pekak, enggan menerima
nasihat orang.
rawah II ark sj persekutuan dagang yg setengah ahlinya memberi modal
dan yg lainnya memberi tenaga sahaja.
rawai I sj alat utk menangkap ikan yg terdiri drpd beberapa bentuk kail yg
digantungkan pd tali atau rotan yg terentang;
merawai menangkap ikan dgn rawai.
rawai II sj tumbuhan (pokok), dedali paya, lima beruk, minyak beruk,
Xanthophyllum griffithii.
rawai-rawai Br sj ukiran lama yg biasanya terdapat pd bahagian tertentu
rumah.
rawak tidak ditentukan atau diatur lebih dahulu, rambang; menembak ~
menembak rambang (untung-untungan); secara ~ secara rambang
(sesuka saja), diambil (dicabut dsb) secara sembarangan; ~
rambang merambang, mengawur;
merawak merambang, mengawur (menabur), kena tak kena;
kerawakan keadaan rawak: kajiannya penuh dgn ~; ~ sampel.
rawan I = ~ hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu,
terharu: beberapa hari ini dia sangat ~ bercampur sedih;
dengarkan lagu itu, betapa sayu, pilu, ~ , dan menghiris sumsum
kita; sayu ~ sayu dan rawan;
berawan = ~ hati berasa rawan;
merawan, merawani berasa rawan terhadap (kpd);
merawankan = ~ hati menimbulkan (membangkitkan,
mendatangkan) rasa rawan: suara yg sangat sedih dan ~ hati;
kerawanan = ~ hati perihal (keadaan) rawan hati, keadaan gundah
gulana, kesayuan, keharuan: ~ hati seseorang anak muda mudah
terusik oleh persekitaran yg dilihat dan dirasainya terlalu
pincang;
perawan yg merawankan hati: ~ hati.
rawan II; tulang ~ a) tulang yg lembut, tulang muda; b) tulang dada.
rawan III penjodoh bilangan yg menyatakan selengkap (jala, jaring,
kancing baju, dll); se~ jala satu jala.
rawan IV; nasi ~ nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya.
rawan V ark sl sj kenderaan, kenaikan; takhta ~ sj tandu.
rawan VI ark merawan berawan;  awan.
rawan VII; (pokok) ~ hantu sj tumbuhan (palma), pinang biring padi,
pinang legung, pinang penawar, Pinanga disticha.
rawang I hutan yg berpaya-paya, rawa.
rawang II Mn; merawang merambang, merawak: janganlah kamu
fikirkan perkara-perkara itu ~ saja; matanya liar ~ ke sana ke
mari.
rawat I; juru~ orang yg menjaga orang sakit (di hospital dll);
merawat memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga
(orang sakit dll) dgn memberi ubat dsb: isterinya dirawat di rumah
sakit umum; ia dirawat di hospital; dlm buku ini dihuraikan
arahan-arahan utk memelihara, ~, dan membaja lebih drpd 50
jenis pokok buah-buahan;
terawat dirawat: keadaannya ~ baik;
rawatan hasil merawat; ~ muka rawatan utk memelihara kesihatan
dan kecantikan muka (dgn membubuh krim dan mengurut bahagian
muka, dll); ~ rapi rawatan dan penjagaan yg intensif dan berterusan
terhadap seseorang pesakit yg berada dlm keadaan tenat, biasanya
ditempatkan dlm bilik khas;
perawatan perihal (perbuatan dsb) merawat, pemeliharaan,
penyelenggaraan, pembelaan, penjagaan: orang yg berwang saja yg
menghendaki ~ yg luar biasa; ~ muka rawatan utk memelihara
kesihatan dan kecantikan muka (dgn membubuh krim dan mengurut
bahagian muka, dll);
perawat orang yg merawat, bahan utk merawat (tumbuh-tumbuhan
dsb).
rawat II Pl pulih kembali spt sediakala, kembali kpd keadaan asal.
rawi I Ar 1 . = perawi orang yg meriwayatkan hadis Nabi, periwayat: ~
hadis; 2. orang yg bercerita, pengarang cerita: kata ~ bahawa
Sultan Muhammad Shah itu di atas kerajaan terlalu sekali adil;
merawi beriwayat, bercerita;
merawikan meriwayatkan, menceritakan;
perawian perihal menceritakan riwayat hidup: ~ teks HS;
perawi orang yg meriwayatkan hadis.
rawi II sl matahari.
rawit I; cabai ~ cabai kecil yg pedas, cabai burung (Melaka), lada api:
kecil-kecil cabai ~, biarpun kecil tetapi berani.
rawit II Jw; rawitan, kerawitan 1. sj lagu (gending) permulaan
pertunjukan wayang; 2. seni suara (gamelan).
rawit III; merawit membabit (menyangkut, melibatkan) dlm sesuatu
perkara.
rawon Id; nasi ~ nasi rawan.
raya I 1. besar (terbatas pemakaiannya); alam ~ dunia sejagat; badak ~ sj
badak yg besar; bandar ~ bandar yg besar; gendang ~ gendang
besar; hari ~ = hari ~ puasa hari utk meraikan berakhirnya puasa,
lebaran; hari ~ besar a) hari raya puasa; b) hari raya haji; hari ~
haji (korban, adha) hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah
(selepas berhenti di Arafah); Indonesia ~ lagu kebangsaan
Indonesia; jalan ~ jalan besar; kaya ~ kaya sekali; bulan purnama
~ bulan purnama yg penuh; 2. bp hari besar; ~ haji hari raya haji;
kuih ~ kuih hari raya; 3. umum, awam (dipakai dlm beberapa
ungkapan sahaja); balai ~ balai utk orang ramai; Jabatan Kerja R~
jabatan yg mengurus kerja-kerja umum spt membina jalan dll;
pendakwa ~ pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan; pilihan ~
pilihan umum; rimba ~ rimba luas;
beraya bp berhari raya;
merayakan memuliakan (memperingati, meramaikan) hari besar
(hari peringatan, peristiwa penting, dll): ~ hari kemerdekaan
negara; ~ hari jadinya;
perayaan pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian,
perjamuan, dll: ~ maulud Nabi SAW; ~ hari kemerdekaan.
raya II; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga sepatu,
Hibiscus rosasinensis (bunga kebangsaan Malaysia).
rayah; merayah merebut dan merampas, menjarah, merompak: harta
benda habis dirayah dan rumah-rumah dibakar.
rayan; rayan-rayan Mn 1. = merayan mengigau, meracau: ~ kerana
demam panas; 2. mimpi yg berhubungan dgn pengalaman siang
hari, memikir-mikirkan peristiwa yg lalu: pd waktu siang menjadi
angan-angan yg menindih dan pd waktu malam menjadi ~ yg
mengganggu;
terayan-rayan (berada) antara tidur dan jaga, termimpi-mimpi,
teringat-ingat, terbayang-bayang.
rayang; merayang berasa agak pening, pusing kerana kena pukul.
rayap I 1. anai-anai: papan-papan kayu yg sana sini sudah lapuk
dimakan ~; 2. bp orang yg suka mengaruk saku orang, orang yg
suka melakukan rasuah;
merayap spt rayap, berkeriapan, berkerumun banyak-banyak.
rayap II; merayap 1. berjalan (bkn binatang kecil spt semut dll): semut
dan anai-anai ~ di tanah; 2. melata (tumbuh-tumbuhan yg
menjalar): batangnya bercabang-cabang ~ di atas tanah; 3. ki
bergerak dgn perlahan-lahan dan arah yg berubah-ubah (pandangan,
fikiran, dll), bergerak dgn perlahan-lahan: matanya ~ ke sekujur
badan orang itu; beberapa buah kereta lembu kelihatan ~
perlahan-lahan; tangan yg terkembang rapat itu merayap-rayap
menyapu daun pintu; 4. bp berjalan-jalan membuang masa dgn
tidak tentu hala (tidak bertujuan dll), merayau: kadang-kadang ia ~
sampai subuh; beberapa hari di Singapura ia mulai ~, mula-mula
dipandu oleh anak tukang kebun;
merayapi 1. merayap pd (di): semut ~ gula; matanya ~ seluruh
bangunan itu; 2. mengerumuni, mengelubungi: perlahan-lahan
bumi pasar minggu itu dirayapi semut manusia; Kuala Lumpur
sedang dirayapi malam;
merayapkan menjadikan merayap: dirayapkan sayapnya melata
bumi;
terayap-rayap sedang merayap(-rayap): ~ bergerak perlahanlahan
orang menuai di tengah bendang;
rayapan pergerakan yg perlahan-lahan: ia mengikuti ~ suluhan
lampu itu.
rayau; merayau, merayau-rayau 1. meraba-raba (kerana mencari atau
mengambil sesuatu): gadis itu menyandarkan badannya pd tubuh
Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~; tangan kanannya
merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh;
2. pergi ke mana-mana utk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari
mangsa dll), mengembara: ia ~ di bandar Melaka; saya tak
kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip apa
yg dibuat orang; 3. tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah:
matanya merayau-rayau memerhatikan keadaan di dlm rumah;
maka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan;
perayau orang yg suka merayau, kutu rayau.
rayon bahan (kain) seakan-akan sutera yg diperbuat drpd selulosa.
rayu I 1. = sayu ~ pilu hati, rawan hati, terharu; 2. = merayu berasa pilu,
terharu (sedih, hiba, dll).
rayu II = rayuan pujukan atau hiburan (janji yg muluk-muluk dll) utk
menyenangkan hati: tertidurlah oleh ~ irama merdu; pujuk dan
~nya sudah tidak bermakna lagi;
merayu 1. menyedapkan hati (menawan hati, mempersenang hati)
dgn hiburan dll: irama lagu Melayu ~ hati; 2. memikat hati,
memujuk: ia menulis surat ~ gadis itu supaya menerimanya sbg
suami; 3. memajukan permohonan, mengemukakan permintaan
(pertimbangan): jika seseorang tidak puas hati dgn keputusan
Mahkamah Tinggi, maka bolehlah ia ~ kpd Mahkamah Ulang
Bicara; mereka ~ kpd kerajaan supaya bertindak segera
membasmi nyamuk dan lalat;
merayu-rayu merayu dgn sungguh-sungguh: dia ~ kpd perompak
itu agar keluarganya tidak diapa-apakan; bunyi muzik yg beralun
lembut bagaikan ~ memanggil mereka berdua masuk;
merayukan memajukan permohonan (permintaan, pertimbangan)
kpd: perkara yg dirayukan oleh keluarga itu ialah suatu perkara
keluarga mereka sendiri;
rayuan 1. rayu; 2. permohonan, permintaan (yg dimajukan): ~ kpd
pemaju perumahan; 3. (Udg) permohonan kpd mahkamah atau
pihak berkuasa yg lebih tinggi supaya mengkaji semula keputusan
mahkamah atau pihak berkuasa yg lebih rendah: membuat ~ bagi
meringankan hukuman;
perayu orang (pihak) yg merayu.
rayun ark rayu.
rayu undi; merayu undi meminta atau memujuk pengundi supaya
mengundi seseorang calon parti yg bertanding dlm sesuatu pilihan
raya dsb;
perayu undi orang yg merayu undi.
razia IB penangkapan beramai-ramai, penggerebekan (penjahat, orang yg
berbahaya, dll): polis mengadakan ~ antara pelacur-pelacur yg
melacurkan dirinya di pinggir-pinggir jalan;
merazia menangkap beramai-ramai, menggerebek.
Rb simbol kimia bagi rubidium.
R&D kep Research and Development (Penyelidikan dan Pembangunan,
iaitu suatu aktiviti penyelidikan yg dijalankan oleh sesuatu industri
dsb utk menghasilkan ciptaan baru, inovasi, perbaikan dsb produk,
proses dsb).
Re simbol kimia bagi renium.
reagen (réagen) (Kim) bahan (molekul, ion, radikal bebas, dll) yg terlibat
dlm tindak balas kimia.
reaksi (réaksi) 1. gerakan atau aksi yg lahir kerana sesuatu pengaruh
(tindakan dll): sistem sosialis merupakan ~ kpd sistem liberal
demokrasi; 2. penentangan (perlawanan) yg timbul kerana sesuatu
tindakan (aksi): kecaman-kecamannya telah menimbulkan suatu ~
yg hebat dlm akhbar-akhbar; 3. Id akibat (hasil) drpd ubat dll yg
digunakan;
bereaksi memberi reaksi (pertentangan, perubahan, dll): aku ~
lebih baik terhadap wanita;
mereaksi Id mengadakan reaksi;
pereaksi Id utk mengadakan reaksi dlm kimia (kertas litmus utk
mengetahui barang yg mengandungi asid atau alkali dll).
reaksioner (réaksionér) IB 1. orang (puak) yg berfaham kolot atau hendak
mengembalikan keadaan yg lama (dlm politik); 2. orang yg
menghalang kemajuan, orang yg kolot; 3. kolot: ia menjalankan
politik yg ~.
reaksionis (réaksionis) 1. cenderung menentang perubahan atau
pembaharuan yg radikal, terutamanya dlm sistem politik atau sosial;
2. pihak (orang atau kumpulan) yg menentang perubahan atau
pembaharuan dlm sistem politik atau sosial negaranya.
reaktif (réaktif) 1. cenderung menunjukkan reaksi atau mengambil
tindakan setelah berlakunya sesuatu terhadap seseorang, sesuatu
situasi dsb: mereka bertindak secara proaktif, bukannya ~, utk
mendampingi keseluruhan masyarakat setempat; dgn demikian,
perencanaan kita lebih bersikap ~ kpd keadaan krisis yg
mendadak; 2. (Kim) dapat atau cenderung bertindak balas secara
kimia dgn berbagai-bagai bahan: litium adalah kurang ~ drpd
logam-logam lain; metana adalah stabil dan tidak ~ di dlm udara.
reaktor (réaktor) = ~ nuklear (Fiz) alat yg digunakan utk mengawal dan
mengekalkan tindak balas nukleus dlm menghasilkan tenaga
nuklear.
realis (réalis) 1. orang yg berpegang pd kenyataan; 2. penganut (pengikut)
faham realisme (dlm kesenian dll).
realisasi (réalisasi) perihal menjadikan kenyataan, perwujudan: hal itu
menjadi satu ~ cita-citanya;
merealisasi, merealisasikan menjadikan kenyataan, mewujudkan:
kami masih dlm proses ~ cita-cita kami; gerakan Islam yg
dimaksudkan di sini bertujuan utk ~ Islam sbg satu sistem
kehidupan yg unggul lagi serba sempurna.
realisir (réalisir) IB; merealisir, merealisirkan merealisasi(kan):
gagasan persatuan nasional tidak bisa dgn begitu sahaja
direalisir.
realisme (réalisme) 1. fahaman atau ajaran yg berdasarkan kenyataan; 2.
aliran sastera dan seni lukis yg menggambarkan kisah hidup sebenar
(bukan khayalan): Kala Dewata dgn Atap Genting Atap Rumbia
dianggap sbg pelopor drama ~.
realistik (réalistik) 1. berhubungan dgn fahaman realisme. 2. bersifat atau
menunjukkan keadaan yg sebenarnya: gambaran yg diberikan
dapat dikatakan ~.
realitet (réalitét) IB kenyataan.
realiti (réaliti) keadaan yg nyata (bukan khayalan), kenyataan, hakikat:
mereka berjumpa Oliver Twist utk mengikuti ~ hidup kanak-kanak
yg sebenarnya.
realpolitik (réalpolitik) aliran politik yg berdasarkan kenyataankenyataan,
politik yg praktikal.
reba 1. tompokan pohon-pohonan (ranting-ranting dll) sesudah ditebang,
semak-semak kecil. 2. Kd, bp halangan, bala, malapetaka; jangan
cari ~ jangan cari bala (fasal); 3. Kd ranting kayu yg sudah
dipotong dan dilonggokkan di satu tempat.
rebab sj alat bunyi-bunyian (spt biola) yg bertali dua atau tiga;
berebab menggesek rebab.
rebah I jatuh terbaring (orang dll), terletak berbaring atau bertiduran
(pokok dll), tumbang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~
terlentang di atas lantai; membawa (memberi) ~ menjatuhkan
(menggagalkan);
~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl,
bp berehat (menghilangkan penat); ~-rempah rebah tergulingguling;
dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb
dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri;
rebah-rebah, rebah-rebahan berbaring-baring (kerana
menghilangkan penat dll): dia sedang ~ di anjung rumahnya;
merebahkan 1. menjatuhkan, menumbangkan: ~ tiang rumah; 2.
membaringkan, menidurkan: ~ diri di atas pangkin; 3. menyembelih
(binatang besar): tahun itu juga perkahwinan berlangsung, ayah ~
seekor kerbau jantan besar; 4. ki menumbangkan (pemerintah dll),
menggagalkan: ~ pemerintah;
rebahan 1. robohan, tumbangan; 2. tempat berbaring, pembaringan.
rebah II; ~ bangun sj tumbuhan (pokok renek), malu-malu, memalu,
puteri malu, semalu, Mimosa pudica.
rebak I Pr runtuh (tebing sungai dll): di mana-mana sahaja ada sungai
mengalir, tanah tetap ~;
merebak, merebakkan memecahkan dan meruntuhkan (batu,
tanah): di mana-mana sahaja sungai air batu itu mengalir, maka
bahagian gunung itu direbakkannya.
rebak II; merebak meleleh air matanya.
rebak (rébak) I 1. carik atau sobek panjang (kain, layar, dll); 2. luka yg
dalam (kerana kena pisau dll).
rebak (rébak) II; merebak 1. menjalar-jalar, menular-nular (penyakit),
tersebar atau tersiar merata-rata (berita dll): penyakit cacar ~ di
seluruh negeri; berita itu sudah ~ sampai ke mana-mana; 2.
menjangkit, meluas, merembet (api dll): dlm beberapa ketika
sahaja api itu ~ sampai ke mana-mana; perang ini lebih dahsyat
dan nanti ~ ke sini;
merebakkan menyebabkan sesuatu merebak, menularkan,
menjangkitkan, menyebarkan: zina boleh ~ penyakit;
kemerebakan keadaan merebak: ~ ilmu pengetahuan nuklear;
pemerebakan perihal (proses, perbuatan dsb) merebak atau
merebakkan, penularan: tujuannya adalah utk mencegah atau
mengawal ~ sesuatu penyakit.
reban I kandang utk ayam (itik);
merebankan; ~ ayam (itik); memasukkan ayam (itik) ke dlm reban,
mengandangkan ayam (itik).
reban II Kd, Pn runtuh (terutama pokok, rumah);
merebankan meruntuhkan: ~ rumah.
reban (réban) ark; tereban terhempas (terbanting, terpelanting) ke kiri
atau ke kanan.
rebana I sj gendang yg di sebelah sahaja dipasang kulit;
berebana bermain rebana.
rebana II = rebanar; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar,
akar kelona, Smilax megacarpa.
rebang kucir (kuncit, taucang) yg terlepas drpd anyaman (ikatan)nya;
merebang terlepas drpd ikatannya (rambut);
merebangkan melepaskan (rambut), menggerbangkan.
rebas bertitikan, berjatuhan (air dll); hujan ~-~ hujan rintik-rintik
(gerimis);
merebas menitik (air mata): air matanya ~ turun;
merebaskan menitikkan (air mata): ia ~ air matanya kerana
terlalu gembira;  rabas.
rebat; merebat menyekat jalan dgn rintangan (kayu, duri, dll), memagar
atau menyekat dgn pokok-pokok dll (supaya tidak dapat dimasuki
orang, binatang, dll).
rebat (rébat) potongan drpd sejumlah bayaran yg kena dibayar atau
pemulangan sebahagian drpd amaun yg telah dibuat sbg bayaran.
rebeh (rébéh) I tergantung terkulai (sayap yg patah atau layar robek dll),
tidak kaku lagi, berlekut, melentur (tepi topi dll);
merebeh Pr tidak kemas (kain).
rebeh (rébéh) II, rebek (rébék) Jw 1. compang-camping, rompangramping
(pakaian dll); 2. buruk, usang.
reben (rébén) 1. jalur kain, kertas, dsb yg panjang, nipis, dan biasanya
dlm pelbagai warna yg digunakan sbg pengikat bungkusan, hiasan,
dsb, pita; 2. jalur kain yg panjang, nipis, dan mengandungi dakwat
khas yg digunakan dlm mesin taip.
rebet (rébét) ark  rembet II.
rebewes (rébewés), rebewis (rébewis) IB lesen memandu kereta.
Rebo Id  Rabu.
rebon Jk; udang ~ sj udang yg halus-halus, udang geragau.
rebu ark; merebu datang masuk banyak-banyak, menyerbu masuk.
rebuk; merebuk berisi nanah (luka dll), bernanah.
rebung anak buluh (yg akan menjadi batang);
~ tidak jauh dr rumpun prb perangai anak hampir sama dgn
perangai orang tuanya; ~ tak miang, bemban pula miang prb orang
yg bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar pula ikut
campur; tatkala lagi ~ tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa
gunanya prb mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih
muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi;
merebung tumbuh rebungnya, (tumbuh) spt rebung (janggut dll).
rebus; kacang (telur, ubi) ~ kacang (telur, ubi) yg dimasak dlm air
(sehingga empuk, keras, dsb);
merebus memasak sesuatu dlm air, menggodok: ~ keledek; ~ air
menjerang air;
merebuskan merebus utk: dia sempat ~ ibunya beberapa biji telur
pd pagi itu;
rebusan barang apa yg direbus, sesuatu yg direbus: air ~ air yg
sudah dipakai utk merebus;
perebusan proses atau perbuatan merebus: ~ pelbagai jenis akar
kayu.
rebut; ~ rampas bermacam-macam perampasan (perompakan,
penyamunan);
berebut berlumba-lumba (berdahuluan) utk mengambil sesuatu: ~
kuasa; ~ tempat;
~ (dgn) malam sudah mulai malam; ~ mulut bertengkar, berbantah;
~ nama berlumba-lumba utk mendapat kemasyhuran; ~ (dgn) senja
sudah mulai senja; ~ tinggi atas-mengatasi; ~ rampas bertanda beti
prb semua perkara baharu boleh diputuskan sesudah cukup
buktinya;
berebut-rebut berbuat banyak kali, berebut antara orang banyak,
berlumba-lumba (memperoleh, mengambil, dll): orang ramai ~
hendak pulang; beberapa ekor ayam sedang ~ makan; mereka ~
menghendakkan hadiah itu;
berebut-rebutan, berebutan saling mengambil atau mendapatkan
sesuatu dgn paksa (susah payah): Majid dgn kawan-kawannya ~
macam anak kecil merebut gula-gula;
merebut 1. mengambil (mendapatkan, memperoleh) sesuatu dgn
kekerasan: dgn cepat ia ~ senjata itu drpd penjahat; yg muda
hendak ~ kerajaan abangnya; 2. mengambil (negeri, tempat, dll)
dgn kekuatan senjata, merampas: beberapa tempat penting sudah
dapat direbut kembali oleh pasukan kita; 3. mendapat sesuatu dgn
susah payah (spt dlm perlumbaan dll): pasukan kita dapat ~
kembali Piala Thomas; 4. ki mengambil, memikat, menarik: sastera
itu mendapat kesempatan ~ kedudukannya lebih drpd semasa
zaman klasik; nama Hamka pd masa ini telah dapat ~ hati para
pembaca dgn cerita-cerita pendek;
merebutkan, memperebutkan mengusahakan sungguh-sungguh
(memperjuangkan) utk merebut sesuatu: India dan China
berperang ~ Himalaya; anakku inilah yg kelak akan diperebutkan
oleh segala perempuan di seluruh Tanah Jawa;
rebutan 1. sesuatu yg direbutkan (diperebutkan): sebuah piala
besar menjadi ~ antara pasukan-pasukan yg bertanding; 2. =
sedekah ~ Id a) sj perayaan orang Cina dgn memberi sedekah yg
diperebutkan oleh orang ramai; b) perlumbaan memanjat buluh
(batang pinang) yg dilumur dgn minyak dll (utk mengambil barangbarang
yg diletakkan di puncaknya); 3. bp = berebutan;
perebutan 1. perihal berebut sesuatu: ~ pangkat; ~ kedudukan; ~
kekuasaan; 2. = perihal merebut (memperebutkan), perampasan,
dll.
reca arca.
recak I Jw borek (bopeng) yg tidak dalam;  bercak.
recak II ark; beras ~-~ beras yg pecah-pecah, manir, melukut.
recak III Mn; merecak duduk mengangkang di atas (kuda dll),
menunggang; ~ kuda menunggang kuda.
recak IV; ~ anjing Kl berlari perlahan-lahan, berlari-lari anak.
receh (récéh); wang ~ = recehan wang kecil, wang pecah; renceh I.
receng (récéng) hirisan (keratan, potongan) kecil-kecil.
recik percik;
merecik memercik; ~ peluh bertitik peluhnya, terkeluar (terpancur)
peluhnya: di dahi kami ~ peluh kepanasan;
mereciki memerciki, merenjis: kain yg dipakainya direciki lumpur;
merecikkan menjadikan merecik, memercikkan: panas di dadanya
~ peluh di dahinya;
recikan percikan: ~ air yg naik ke atas;
perecik alat utk mereciki.
recok (récok) gaduh, honar, ramai, rewel, ribut: surat khabar Filipina
membuat ~ tentang rundingan di Bangkok;
merecokkan menggemparkan, meributkan;
kerecokan perihal recok, kegemparan, kehonaran, keributan.
recup; merecup 1. mulai tumbuh dan keluar banyak-banyak (spt biji-biji
padi dll), berkecambah banyak-banyak, mulai keluar daun: pucukpucuk
muda ~ memayungi ranting-ranting yg telanjang; 2. timbul
dan berloncatan banyak-banyak (ikan kecil-kecil dll); 3. timbul atau
lahir dgn tiba-tiba (idea, ilham, dsb): drpd kesibukan inilah
mungkin ~ ilham utk terbang.
reda 1. mulai berkurang, hampir berhenti (angin ribut, hujan, dll):
sebentar sahaja angin dan hujan pun ~; ledakan peluru dan bom
boleh dikatakan ~; 2. semakin kurang (kemarahan, kerusuhan,
panas, penyakit, dll), berkurang, tidak menghebat lagi (hawa nafsu
dll), mulai tenang kembali: kebisingan masih belum ~;
kemarahannya sudah mulai ~; tangisannya masih belum ~-~ lagi;
perbincangan mengenai soal itu belum juga ~; demamnya sudah
mulai ~; 3. hampir habis, hampir hilang, kurang: kereta-kereta
sudah ~ melintasi jalan; maka dgn hal yg demikian, ~lah sedikit
tikus itu;
bereda Mn berlindung, bernaung, berteduh;
mereda menjadi reda: tangisannya agak ~ sedikit; pd masa ~nya
gelora peperangan, kami berusaha membangun;
meredakan menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan,
mengamankan, mengurangkan (kemarahan dll): mereka berjaya ~
ketegangan-ketegangan dlm parti; ia ~ sedikit ketawanya;
keredaan perihal reda, ketenangan, keamanan, kekurangan: rasa
hormat yg demikian itu dgn sendirinya membawa ketenangan
suasana, ~ suara.
reda (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di
dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg
manusia;
meredai merelai: jalan yg diredai Allah itu jalan Islam yg akan
menenteramkan hidup;
meredakan merelakan;
keredaan kerelaan: terhasil sebuah masyarakat yg berdisiplin,
sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah.
redah I Mn; meredah menebang (menebas) banyak-banyak: ~ buluh; ~
belukar.
redah II; meredah 1. menempuh (bahaya, hutan, padang pasir, dll),
mengharung: ~ hutan semak samun; ~ hujan; ~ padang pasir
bergunung batu; belayar ~ samudera; perempuan ini ~ jalan raya
berpuluh batu dgn hanya menunggang sebuah basikal; 2. ki
merempuh (masuk dll), melantasi, menembusi: pemuda yg berbaju
hitam itu ~ masuk bilik; suara halus merdu itu terbang keluar dr
kamarnya ~ kesunyian malam;  rejah.
redai Kd 1. tempat menjemur ikan (tembakau dll); 2. jaringan besi yg
digunakan utk meletakkan kuih (biskut, kek, dsb) yg masih panas: ~
kuih.
redaih Kd  daih.
redak I; meredak meledak;  ledak.
redak II Kd 1. kelebihan makanan (lauk, kuih, dll); 2. butir-butir kecil,
habuk;
beredak 1. ada redaknya; 2. hancur.
redaksi (rédaksi) 1. sidang pengarang (pd persuratkhabaran, majalah, dll):
~ majalah Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat; cerpen terus
sampai ke meja ~ setiap hari; 2. gaya penyusunan kata dan ayat
dlm sesuatu pengumuman (undang-undang dll): ~ resolusi itu masih
harus dibaiki.
redam I = redam-redam, meredam kurang terang terdengar (terlihat),
tidak jelas, kabur-kabur, sayup-sayup: nampak meredam pokok
ribut dr sebelah utara; ~ padam padam (rosak, musnah) sama
sekali;
meredamkan menjadikan redam;
peredaman perihal meredamkan;
peredam; ~ bunyi alat utk meredamkan bunyi.
redam II; remuk-~ remuk semuanya, hancur lebur;
meredamkan menghancurkan, meremukkan.
redam III bunyi spt bunyi kayu dipukul (pintu ditumbuk dll).
redan (rédan) 1. sj tumbuhan (pokok), ludai bulan, medang serai, mutan
riba, ridan, Mischocarpus lessertianus; 2. sj tumbuhan (pokok),
Nephelium glabrum; 3. sj tumbuhan (pokok), kusip bukit, Aglaia
cordata.
redang (rédang) ark paya (rawa, rawang) yg dalam; paya dan ~
bermacam-macam tanah paya; ~ bakau paya yg ditumbuhi bakau;
kawasan ~ kawasan atau daerah yg berpaya-paya.
redang ark radang.
redani sj tumbuhan (pokok memanjat), akar dani, selimpas, Quisqualis
densiflora.
redap I sj gendang (rebana) kecil;  dap.
redap II; meredap 1. makan di dlm sahaja (api), marah di dlm hati
sahaja; rindu-~ rindu yg bersangatan dlm hati; 2. berlarut-larut
(penyakit), merana.
redas I Kl; meredas melontar dgn kayu dll (utk menjatuhkan buah dll),
membaling: buah mempelamnya habis diredas budak-budak jahat.
redas II Kl celaan, kejian, makian.
redih semaian (padi dll); tapak ~ tapak semaian;
meredih menanam semaian padi dll;
peredih Kd tempat meredih.
redik (rédik) herdik;
meredik mengherdik.
redip; ~ pepuyuh sj tumbuhan (pokok atau pokok renek), sisih puyuh,
sisik puyu, meransi, Carallia suffruticosa.
redoks (rédoks) (Kim) gabungan proses penurunan dan pengoksidaan.
reduksi (réduksi) IB potongan (harga barang-barang dll), pengurangan:
utk barang ini boleh diberi ~ 15%.
reduksionis (réduksionis) penyokong reduksionisme.
reduksionisme (réduksionisme) 1. mencerakin data yg kompleks menjadi
juzuk yg kurang kompleks; 2. teori yg menyatakan bahawa idea,
sistem, dll yg kompleks boleh difahami melalui bahagian atau
komponennya yg kurang kompleks.
redum I bunyi spt bunyi barang besar jatuh dlm air.
redum II ark mendung, redup, suram (gelap);  redam I.
redum III Kd; meredum menutup (jalan dll) dgn daun-daunan dll (utk
menyembunyikan sesuatu dll).
redup 1. berawan (langit), tidak terang (cuaca), mendung: hari pun ~,
tiadalah tampak akan cahaya matahari; 2. agak gelap kerana
dilindungi awan, tidak panas terik: matahari ~; 3. berasa panas
(kerana cuaca mendung); 4. ki kurang cahayanya, suram (mata,
wajah, dll), kurang terang atau hampir padam (nyala api); 5.
berkurang, merosot (kemegahan, kemuliaan, dll); 6. mulai berhenti,
tenang kembali, reda (angin, hujan, kasih, dll): ribut itu pun ~; 7.
sayup-sayup (bunyi-bunyi): gemercik air sayup-sayup dan desau
angin ~; 8. tidak gembira, susah hati (perasaan dll): ia menyahut
dgn ~; ~-~ alang
= ~-~ bahasa agak redup (gelap, suram) sedikit;
meredup menjadi redup (tidak terang);
meredupkan menjadikan redup, menyuramkan, dll;
keredupan perihal redup: ~ petang menambahkan kesunyian di
ladang itu.
redut Mn ark; meredut; hatinya ~ ia berasa tersinggung (kecil hati).
referendaris (réferéndaris) IB pegawai tinggi dlm jabatan-jabatan
kerajaan atau daerah.
referendum (réferéndum) pemungutan suara rakyat berhubung dgn
sesuatu dasar politik, dsb yg penting, pungutan suara: dgn ~ ini,
semua rakyat ditanyai buah fikiran mereka berkenaan sesuatu
masalah yg besar.
referi (réferi) 1. bp pengadil; 2. orang yg dirujuk utk memberikan
maklumat, sokongan dsb tentang watak, kebolehan, kelayakan dsb
seseorang, terutamanya yg memohon sesuatu pekerjaan.
reflasi (réflasi) 1. (Eko) tindakan memulihkan semula ekonomi dgn cara
meningkatkan penawaran wang dan kredit utk merangsang kegiatan
dan pertumbuhan ekonomi dsb; 2. IB ikhtiar utk membaiki nilai
wang menjadi nilai sebelum inflasi.
refleksi (réfléksi) bayangan, gambaran (dlm cermin, fikiran, dll): inilah ~
mutlak drpd keperibadian Indonesia; puisi boleh menimbulkan
sesuatu reaksi tertentu sbg ~ drpd kehidupan masyarakat.
refleksologi (réfléksologi) sj terapi yg mengamalkan pengurutan tapak
kaki utk merangsang saraf dan dgn itu melegakan rasa tegang.
reflektor (réfléktor) IB alat yg mengembalikan cahaya (suara, haba, dll).
reformasi (réformasi) perubahan atau pembaharuan yg mengarah kpd
keadaan yg lebih baik, mis dlm sistem sosial, politik, dan
kebudayaan sesebuah masyarakat: maka lahirlah ~ gereja
Protestan yg memisahkan diri dr gereja Katolik; bahasa Melayu
sedang mengalami ~;
mereformasi membuat reformasi pd: keperluan utk ~ sistem
pendidikan agama yg ada.
reformis (réformis) orang (golongan dsb) yg menganjurkan atau
mengusahakan supaya berlaku perbaikan atau pembaharuan (dlm
bidang kebudayaan, sosial, keagamaan, dll).
rega ark harga.
regan (régan) Mn bahagian atas dan bawah rangka jendela.
regang tidak kendur, kencang, tegang (tali yg ditarik, kain yg
direntangkan, dll);
beregang-regang 1. merentang-rentangkan anggota badan utk
bersiap-siap (hendak bertumbuk dll); 2. = berseregang,
bersiregang berkeras-kerasan, bertegang-tegangan, berkelahi;
berseregang mulut bertengkar, berbantah keras;
meregang 1. menjadi tegang (tidak kendur): dawai telefon
mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk; bengkak ~; 2.
merebut dgn paksa, menarik, menyentak, merenggut; merebut ~
merebut dgn paksa;
~ badan menarik-narik badan (hampir mati); ~ diri menegangnegangkan
diri (kerana kesakitan dll); ~ hidupnya sengsara
hidupnya; ~ jiwa (nyawa) hampir-hampir mati; ~ telinga menarik
(memilin) telinga;
meregangkan menjadikan regang, menarik supaya regang,
menegangkan (tali dll), membentangkan (kain dll) tegang-tegang,
menghulurkan (kaki, tangan) tegang-tegang: dia ~ kedua-dua belah
tangannya;
teregang diregangkan, menjadi regang: dawai yg ~ di dlm kamar;
regangan sesuatu yg regang, tegangan;
keregangan keadaan regang, ketegangan;
peregangan perihal (perbuatan) meregangkan sesuatu.
regas; meregas memotong, mengerat (bulu, rumput, dll).
regat; meregat 1. menyeberangi (jalan, sungai, dll) dgn lurus; 2.
memotong perjalanan, memintas.
regata (régata) perlumbaan perahu kayuh, perahu layar, dsb.
rege (régé) sj muzik (atau tarian) berirama rancak yg popular di Hindia
Barat.
regek (régék) Pr; beregek bergaya, berhias, bersolek.
regel (régél) IB papan pd tembok, belebas.
regen (régén) IB ark kepala daerah (bahagian dr keresidenan), bupati;
keregenan kabupaten.
reges (régés) Jk luruh daunnya, meranggas.
reggae (réggaé)  rege.
regi IB (pengurus) perusahaan monopoli pemerintah: ~ candu; ~ garam.
regio (régio) (Ast) kawasan yg luas yg kelihatan spt berlorek-lorek di
permukaan planet atau satelit.
regionalisme (régionalisme) faham (semangat) keserantauan.
regis I Kl bahagian, cabang, cawangan; se~ satu bahagian.
regis II Kd lidi; ~ nyiur;
beregis, beregis-regis bercabang-cabang, bercawang-cawang
(tanpa daunnya lagi).
regisir IB pemimpin atau pengatur permainan sandiwara atau filem,
sutradara.
register (régister) rekod atau senarai yg mengandungi butir-butir spt
nama, alamat, dan aktiviti yg disediakan secara teratur, buku daftar.
beregister berdaftar; surat yg ~ surat yg berdaftar;
meregisterkan memasukkan (mendaftarkan) nama dll ke dlm
register.
registrasi (régistrasi) IB pendaftaran, pencatatan (nama dll dlm register).
reglemen (réglémen) IB aturan, peraturan.
regmografi (régmografi) (Fiz) teknik sinematografi sinar-X yg
menghasilkan gambar dgn masa dedahan yg amat singkat.
regol (régol) Jw pintu gerbang.
regresi (régrési) IB gerakan dll mundur.
regresif (régrésif) cenderung bergerak ke belakang atau mengundur,
mundur: ekonomi pekebun berkenaan bersifat ~.
regu 1. pasukan (rombongan) orang bekerja: buruh di perkebunan itu
dibahagi atas beberapa ~; 2. pasukan (kesatuan) tentera yg terkecil
(12 atau 14 orang): sepuluh perajurit gerila di suatu desa
merupakan satu ~, tiga buah desa membentuk satu platun; 3. satu
pasukan pemain dlm olahraga: empat pemain, iaitu satu ~ dan
seorang pemain simpanan, akan bertolak dgn kereta; 4. Id
golongan, jenis (tumbuh-tumbuhan dll);
beregu berpasangan (dua orang dlm satu pasukan yg bertanding):
pertandingan perseorangan dan ~ lelaki;
meregukan membahagi-bahagikan atas beberapa regu;  gu I.
reguk Mn teguk: minum se~ air;
mereguk 1. meneguk, minum; 2. ki merasai (nikmat dll): hendak ~
nikmat hidup sepuas-puasnya.
rehabilitasi (réhabilitasi) IB pemulihan kpd keadaan yg dahulu, pemulihan
kehormatan;
merehabilitasikan memulihkan kpd keadaan yg dahulu,
memulihkan kehormatan (nama baik).
rehal (réhal) sj bangku kecil sbg tempat meletak Quran yg hendak dibaca.
rehat (réhat) melepaskan lelah, mengaso: ~ yg terbaik sekali ialah tidur
nyenyak; ubat letih ialah ~; bilik ~ bilik utk melepaskan lelah;
kerusi ~ kerusi tempat duduk dgn mengunjurkan kaki; masa ~
waktu utk bersenang-senang melepaskan lelah;
berehat melepaskan lelah, bercuti utk mengaso, bersenang-senang:
tiap-tiap petang saya ~ di kebun bunga;
merehatkan membiarkan supaya berehat, membiarkan mengaso:
duduk bersandar ~ diri; seminggu di Adelaide, walaupun bekerja
tetapi bagaikan ~ fikiran;
kerehatan keadaan rehat: jika tidak ada ~ maka mudahlah
datangnya penyakit;  istirahat
rehek (réhék) Pr; merehek; kurus ~ kurus kering.
reinkarnasi (réinkarnasi) penjelmaan kembali makhluk yg telah mati
(mengikut sesetengah kepercayaan).
reja (réja) buangan, lebihan, lebihnya sesuatu setelah dipotong (dikerat
dll);
~-~ ayam bahagian ayam (spt kaki, isi perut, dll) yg dibuang; ~-~
kain potongan-potongan kain yg lebih; ~-~ kayu potongan-potongan
kayu yg lebih; ~-~ sabun potongan-potongan kecil sabun; ~ sayung
(Hut) bahagian luar kayu balak yg digergaji, dgn satu permukaannya
rata dan yg satu laginya melengkung; ~ tepi (Hut) jaluran kayu
(biasanya masih berkulit) yg terhasil drpd pemotongan tepi kayu.
Rejab Ar bulan ketujuh dlm tahun Hijrah, bulan Mikraj.
rejah; merejah berjalan menempuh (melanda, merempuh) dgn tidak
mempedulikan apa-apa, melanggar;
merejahkan melanggarkan, melandakan;
perejah pelanggar (adat dll).
rejam I; merejam 1. melempari dgn batu: orang itu dipukul dan direjam
hingga mati; 2. melempari dgn sesuatu (botol, telur busuk, dll):
polis melepaskan tembakan gas pemedih mata kpd kumpulan
orang ramai yg ~ batu;
rejaman hasil merejam;
perejam orang yg melakukan rejaman (lembing, tombak dsb): dia
menjadi ~ lembing pertama yg mengekalkan kejuaraan dlm sukan
Olimpik.
rejam II sl seksaan, aniaya: alamat ~ dan azab atas diriku akan terus
berlaku;
merejam 1. menyeksa atau menyakiti (mengikat kaki tangan dan
meletakkan di panas terik dll); 2. menolak kepala dll ke dlm air
(kerana menyeksa);
merejamkan memasukkan sesuatu ke dlm air sehingga tenggelam,
merendam: ambil sebarang bekas kosong dan rejamkan ke dlm air.
rejan I; batuk ~ sj penyakit batuk yg keras dan berjangkit (terutama pd
anak-anak kecil); sakit ~ sakit perut dgn buang-buang air;
merejan meneran, mengejan.
rejan II Kl; merejan menghentak-hentakkan kaki (kanak-kanak) kerana
marah dll.
rejang I cara perkiraan baik buruk utk tiap-tiap hari bulan biasanya
dilambangkan oleh binatang, spt 1 hari bulan oleh kuda, 2 hari bulan
oleh kijang, 3 hari bulan oleh harimau, dll (perkiraan ahli nujum).
rejang II; merejang memecahkan, membelahkan, membongkar;
perejang alabangka, linggis.
rejang III; serejang; ~ kuda berlari sejauh kuda melompat (berlari).
rejang IV 1. sj tumbuhan (pokok), jelutung, pulai, Alstonia scholaris; 2.
= pokok ~ sj tumbuhan (pokok), pulai paya, pulai putih, Alstonia
spathulaa; 3. sj tumbuhan (pokok), babi kurus, ketiak, limau hutan,
Acronychia laurifolia.
rejap Tr bocor, tiris (kecil): tempayan itu ~.
rejasa timah.
rejat Kl rejap.
rejeh (réjéh) merah dan berair pd pelupuk mata sebelah dalam, belengset.
rejeng Jk; direjeng ditangkap atau dipegang oleh orang ramai.
rejim (réjim) sistem kerajaan, pemerintahan, atau pentadbiran: ~
penjajahan.
rejimen (réjimen) satu pasukan tentera yg besar yg biasanya diperintah
oleh seorang kolonel, resimen.
rejuk; merejuk melompat ke hadapan dan ke atas (spt harimau, kucing,
dll).
rek (rék) I bunyi spt bunyi pisau yg digoreskan pd papan dll.
rek (rék) II  rak II.
reka (réka) 1. = reka-reka ark aturan, tindakan: mengambil ~ utk
menyelamatkan dirinya; 2. = rekaan (sesuatu) yg dibuat-buat
(diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita tumpukan
perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita; cerita
seumpama ini adalah semata-mata rekaan; 3. daya upaya (tipu
muslihat), akal ikhtiar: ia seorang yg banyak ~nya; ~ letak susunan
bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pd iklan atau halaman buku,
surat khabar, dll;
mereka, mereka-reka 1. menyusun (memasang, mengatur,
mengarang) baik-baik: perlembagaan itu telah direka oleh orang
yg bijak pandai; sedikit sekali pengarang kita yg dapat ~ ceritacerita
yg bermutu tinggi; siapa tahu kalau cerita itu direka-reka;
2. mencari akal (daya, upaya, ikhtiar): sepanjang minggu, ia
mereka-reka keputusan yg akan diambilnya nanti; 3. memikirkan
(sesuatu), merancang, merencanakan: seorang ahli sains telah ~
sepasang jangka suhu; dia ~ jawaban yg akan diberikan esok; 4.
membayangkan (dlm angan-angan), mencita-citakan: ia merekareka
siapa yg patut menjadi suaminya; 5. menduga, mengagakagakkan,
mengira-ngirakan: tidak ada orang yg ~ bahawa ia akan
terpilih sbg wakil rakyat;
rekaan, reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita
ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg
dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. anganangan,
fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan;
perekaan perbuatan mereka: ~ mesingan menyebabkan perang
menjadi perkara yg usang;
pereka orang yg mereka (mereka-reka).
reka bentuk (réka bentuk) rancangan (corak, bentuk, dsb) yg
menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan
dsb): pengetahuannya tentang penerbangan dibuktikan oleh ~
kapal terbangnya yg pertama;
mereka bentuk membuat reka bentuk (gambaran, lukisan, dll);
pereka bentuk orang yg mereka bentuk.
reka cipta (réka cipta) barang yg pertama kali dicipta, ciptaan baharu;
mereka cipta membuat ciptaan baharu: Alexander Graham Bell
ialah orang Amerika yg ~ telefon;
perekaciptaan perihal (proses, perbuatan dsb) mereka cipta;
pereka cipta orang yg mencipta sesuatu yg baharu: John Baird
ialah ~ bangsa Scot.
rekah = merekah;
merekah 1. meretak memanjang dan terbuka (kulit buah-buahan,
bibir, tanah, dll): apabila air tidak ada, tanah sawah menjadi kaku
dan ~; 2. mulai mekar (kuntum bunga), mulai berkembang; 3. mulai
terbit (fajar); fajar ~ mulai terbit fajar; spt delima ~ prb perihal
mulut serta gigi yg bagus;
rekahan pecahan, retakan, belahan: diintai menerusi ~ dinding;
kerekahan keadaan rekah (merekah); rengkah.
rekal (rékal) rehal.
rekam Kd; merekam hati ~ marah sangat tetapi dlm diam-diam.
rekan Id = rekanan I 1. kawan atau teman (sekerja, seperjuangan, dll):
tiga kamar lainnya dihuni ~ sekerja; 2. kawan bersyarikat, kawan
bersekutu, dll: ia pun sudah menjadi ~ Si Karim dlm perniagaan
batik;
berekan, merekan bersama-sama berusaha (berdagang dll),
bersekutu, bersyarikat.
rekan II ark tempat tumpuan barang dagangan, pekan.
rekat; merekat melekat, menampal: gambar itu tidak mahu ~ di dinding;
merekatkan melekatkan, menampalkan: dlm buku itu
direkatkannya gambar ibunya;
perekatan perihal (proses atau perbuatan) merekat atau
merekatkan: ~ batuan itu menghasilkan permukaan baru yg luas;
perekat gam, lem;
berperekat disaluti perekat: pita ~.
rekat (rékat) Kl rengkat.
rekata ark sj rasi, kala.
rekayasa (rékayasa) penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dsb dlm
perancangan, mekanisme kerja, dll sbg asas melaksanakan sesuatu;
merekayasa melakukan rekayasa: DBP harus lebih serius ~
bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta;
perekayasaan proses merekayasa: MABBIM akan mengusahakan
kegiatan kebahasaan melalui ~ bahasa ilmiah dan kreatif serta
penerbitan.
reke (réké) I sj ikan laut, Triacanthus spp.
reke (réké) II Kl rengkel.
reken (réken) IB; mereken 1. bp menghitung, memperhitungkan,
memperkirakan; 2. bp memasukkan dlm bilangan, membilang;
rekenan bp hitungan, perhitungan.
rekening (rékening) IB, bp perkiraan (wang langganan, wang sewa, dll),
bil: dgn apa akan dibayarnya ~ doktor itu; ~ hotel sewa hotel;
membuka ~ membuka perkiraan (di bank dll); meminta (menarik) ~
menagih pembayaran (wang langganan, sewa, dll); tukang ~ orang
(pesuruh) yg menagih rekening.
rekes (rékés) IB 1. (surat) permohonan (lamaran, permintaan, rayuan):
buat ~ malam ini dan hantarkan esok pagi; 2. (surat) permohonan
(lamaran dll) pekerjaan; 3. = merekes memasukkan surat
permohonan (pekerjaan dll), memohon pekerjaan dll.
reket (rékét) Jh; mereket tidak mahu membesar atau segar (bkn badan
atau tumbuh-tumbuhan).
reklame (réklame) IB pengumuman kpd orang ramai tentang barang
dagangan;
mereklamekan membuat (pengumuman dll) dgn reklame,
mengiklankan: tukang ubat berpidato ~ ubat-ubatnya.
reklasering (réklaséring) IB pengembalian ke dlm masyarakat atau kpd
kehidupan yg biasa (memberi bantuan kpd orang yg dibebaskan dr
penjara supaya dapat pekerjaan, memerhati orang yg kena hukum
dgn syarat, dll).
rekod (rékod) I 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan: ~ baharu
400 meter telah dicipta oleh Kaufman; memegang ~ mencapai
prestasi yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi prestasi terbaik yg
pernah dicapai; 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll,
keterangan dll yg tercatat: memberi ~ yg lebih lengkap;
mengumpulkan ~ dan dokumen lama; ~ pelajaran (pekerjaan)
catatan mengenai pelajaran (pekerjaan); ~ drpd catatan orangorang
Cina tentang negeri Melaka; 3. butir-butir mengenai latar
belakang peribadi seseorang: ia mempunyai ~ yg baik;
merekodkan mencatat: ~ hasil kerja; ~ pergerakan kapal.
rekod (rékod) II piring hitam: ~-~ lagu Melayu.
rekoder (rékoder) alat muzik yg terdiri drpd tiub yg agak runcing di
hujungnya, mempunyai lapan lubang utk jari, dan bahagian
mulutnya spt wisel.
rekok (rékok) Kd ringkuk.
rekomen (rékomén) merekomen, merekomenkan menyokong,
memperakukan, atau mencadangkan: saya boleh ~ dia bekerja di
sini.
rekomendasi (rékoméndasi) perakuan.
rekonsiliasi (rékonsiliasi) IB perdamaian, perbaikan: ia ingkar, tidak
mahu mengetahui kompromi dan ~.
rekonstruksi (rékonstruksi) perbuatan membentuk gambaran, mis tentang
sesuatu peristiwa lalu dgn mengumpulkan dan menjalinkan
maklumat yg (dapat) diperoleh;
merekonstruksi membuat rekonstruksi: satu usaha sedang dibuat
utk ~ syair.
rekor (rékor) Id rekod.
rekot (rékot); merekot 1. menjadi keriting (rambut); 2. menjadi bengkok
(badan, dawai, dll);  ringkuk.
rekreasi (rékréasi) kegiatan yg menyeronokkan yg boleh menyegarkan
kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran, spt beristirahat
dan menghiburkan hati, riadah;
berekreasi beristirahat serta menghiburkan hati (utk menyegarkan
badan dan akal fikiran): rombongan memburu yg ~ sambil
menjalankan tugas.
rekrut (rékrut) 1. anggota yg baru sahaja memasuki perkhidmatan tentera
atau polis dan sedang menjalani latihan; 2. anggota baru bagi
sesebuah pertubuhan atau badan;
merekrut memasukkan (mengambil) ahli baru: kolej latihan guru
dan akademik teologi juga lebih banyak ~ anak-anak drpd kelas
pekerja pertanian.
reksa 1. sl menjaga; 2. Id ark polis.
rektifier (réktifier) (Fiz) peranti elektrik yg dapat menukarkan arus ulangalik
menjadi arus terus dgn membenarkan arus mengalir mengikut
satu arah sahaja.
rekto (rékto) halaman (buku) yg di sebelah kanan.
rektor (réktor) 1. ketua universiti (maktab dll); 2. ketua dlm biara
(Kristian).
rektum (réktum) (Bio) bahagian usus besar yg paling bawah.
rel (rél) 1. besi landasan kereta api dll, landasan kereta api (trem); keluar
~ a) terlepas (terkeluar) dr rel; b) bp terkeluar drpd pokok
pembicaraan, menyimpang drpd jalan yg benar, melampaui had; 2.
palang lintang utk menggantung sesuatu: ~ langsir palang yg
digunakan utk menggantung langsir.
rela (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi:
maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin,
persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta
~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati),
melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan
perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati:
keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau
ugutan;
merelai memberikan (membiarkan, melepaskan, dll) dgn hati yg
ikhlas, mengizinkan, memperkenankan: jalan yg direlai Allah;
merelakan 1. menerima (menderita dll) dgn hati yg ikhlas; 2.
memberikan (melepaskan, menyerahkan, dll) dgn senang hati; 3.
mengizinkan, menyetujui;
kerelaan keikhlasan (hati), keizinan, kesudian, perkenanan,
persetujuan: mencari ~ Allah; reda.
RELA (réla) akronim bagi Ikatan Relawan Rakyat.
relah Kd, Pn 1. putus (jahitan): kain engkau tu dah ~, jaga baik-baik
sedikit; 2. pecah atau terkoyak (kain, kulit, dll).
relai I sj siput mutiara.
relai II berpisah-pisah, hancur, remuk: mencedok padi yg sudah ~; reput
~ rosak berpisah-pisah (kerana lapuk atau buruk);
merelaikan memisahkan (orang berkelahi, biji-biji padi dr
tangkainya, dll): ~ orang berkelahi; ~ biji kacang dr kulitnya.
relai (rélai) Id ark; merelai memancarkan semula (siaran radio dll dr
studio lain): berita itu disiarkan oleh RRI Jakarta dan direlai oleh
studio Medan.
relak Tr pamor (pd keris dll), urat (pd kayu).
relaks (rélaks) tenang (bebas drpd tekanan atau desakan), santai: temu
ramah yg berlangsung dlm suasana ~ dan ketawa;
merelakskan menjadikan relaks: senaman utk merangsang reaksi
fizikal sambil ~ tubuh badan.
relaksasi (rélaksasi) bp istirahat: ~ dapat mengawal rasa resah dlm
jiwanya.
relang I; merelang cemerlang, gilap, kilau-kilauan.
relang II Kd, Pn 1. lingkaran (drpd rotan dll) spt yg dipasang di tengkuk
kambing; 2. kesan atau cat pd batang dll yg melingkari batang itu;
merelang membuat relang (dgn cat dll): ia ~ tiang rumahnya dgn
cat yg beraneka warna.
relap; merelap berkilau, berkilat;
merelap-relap berkilau-kilau, berkilat-kilat.
relaps (rélaps) (Ubat) kemunculan semula gejala penyakit sesudah
kelihatan hampir sembuh (dlm beberapa minggu atau bulan).
relas; merelas 1. sl membuang kulitnya, menguliti, mengupas; 2. Kd
mengambil seluruhnya (terutama buah-buahan): rambutan saya
habis direlas pencuri malam tadi.
relasi (rélasi) IB hubungan, perhubungan, pertalian: setiap orang
menempuh jalannya sendiri-sendiri melalui ~nya; banyak ~
banyak hubungannya (dgn orang lain).
relatif (rélatif) bkn sesuatu yg berdasarkan perbandingan atau saling
berkait dgn sesuatu yg lain, tidak mutlak, nisbi, bandingan:
sebenarnya kesopanan itu satu konsep ~; kini usia kemerdekaan
telah memberikan pengalaman kehidupan yg secara ~ boleh
dikatakan memadai sehingga pd satu peringkat;
kerelatifan perihal (keadaan dsb) relatif.
relativisme (rélativisme) faham bahawa kebenaran nilai moral dsb tidak
semestinya mutlak tetapi mungkin berbeza antara individu atau
kebudayaan.
relau sj dapur utk meleburkan timah dll; ~ bagas relau yg (menggunakan
aliran udara panas sbg sumber haba) memanaskan campuran bijih
besi dan arang batu utk memperoleh besi lebur; ~ elektrik relau yg
menggunakan kuasa elektrik sbg sumber haba utk memanaskannya.
relban (rélban) IB, bp jalan kereta api.
relbas (rélbas) sj kenderaan yg menggunakan landasan (spt kereta api) yg
terdiri drpd beberapa buah gerabak sahaja (tidak sepanjang kereta
api biasa).
relevan (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan,
apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans
wajib;
merelevankan menjadikan relevan: ada cubaan utk ~ perkaraperkara
yg tidak ada kena-mengena dgn kes itu;
kerelevanan perihal atau keadaan relevan, pertalian, hubungan,
relevansi: hakim mempersoalkan ~ soalan itu dlm kes yg sedang
dibicarakan.
relevansi (rélevansi) kerelevanan.
religi IB agama.
reluh; mereluh, menereluh, tereluh bp 1. tidur; 2. berdengkur.
relung I = relungan lekuk atau jeluk (di tanah dll);
~ hati lubuk hati (dlm hati); ~ langit ruang langit, kolong langit;
merelung berlekuk, berbentuk spt kubah.
relung II ukuran luas tanah (Id lebih kurang 5300 m2 atau 2800 m2, Kd
satu relung lebih kurang 0.71 ekar atau 0.29 hektar).
relus; terperelus 1. terjatuh dlm lubang dll; 2. Kd terbuka (terkoyak dll)
sehingga dapat dilihat dll barang yg ditutup, relah.
rem (rém) IB 1. brek: ~ sepeda; ~ angin brek yg menggunakan kekuatan
tekanan udara; 2. ki sesuatu (faktor dll) yg menghambat
(menghalang) kemajuan dll: Islam sejati mahu mengangkat darjat
perempuan, tetapi kekolotan menjadi ~ besar bagi evolusinya;
~ kaki brek yg dipijak dgn kaki; ~ tangan brek yg diputar (ditekan)
dgn tangan; ~ teromel (teromol) rem sepeda yg berupa piringan yg
dipasang pd poros gandar roda;
mengerem 1. mengenakan brek supaya berhenti; 2. bp menahan,
mengekang (hawa nafsu, kemahuan, perasaan, dll).
rema (réma) Jw rambut.
remah (rémah) I = remah-remah cebisan-cebisan roti dll, sisa-sisa atau
lebih-lebihan makanan dll: ia makan dr ~-~ orang; ia tidak makan
nasi se~ pun;
meremah-remah, meremah-remahkan merepih-repih: ~ roti.
remah (rémah) II Mn berkerut-kerut, bergumal, berkeremut.
remai berasa sakit (nyeri) di tulang: tulang tangannya ~-~ sahaja.
remaja 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk
berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah
mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg
sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa
mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda;
meremaja menjadi remaja: Amnah ~;
meremajakan menjadikan muda, memudakan; ~ pegawai negeri
menggantikan pegawai-pegawai tua dgn pegawai-pegawai muda;
keremajaan perihal (keadaan) remaja: seorang gadis yg sedang
dlm ~;
peremajaan perihal meremajakan.
remak sl lebih baik, biarlah: ~lah aku mati drpd berkhianat kpd kawanku.
reman Pr kayu atau buluh kecil (spt jarum) yg diikat pd tali dan
menyebabkan perangkap tertutup.
reman (réman); tahanan ~ a) tindakan menahan seseorang selepas
mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm
tempoh tertentu: sebelum ini dia pernah ditahan utk siasatan
berhubung dgn pembunuhan itu tetapi dibebaskan selepas tempoh
tahanan ~ tamat; b) seseorang yg ditahan selepas mendapat
perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu;
mereman menahan seseorang yg dituduh melakukan jenayah ke
dlm tahanan (penjara atau lokap) utk siasatan lanjut sementara
menunggu perbicaraan dsb: mereka tidak dibenarkan ikat jamin
dan direman sehingga kes mereka disebut semula di mahkamah;
semua lelaki berkenaan direman di lokap Ibu Pejabat Polis
Daerah itu.
remang I bulu halus-halus di badan, roma; kacang ~ sj kacang yg kulitnya
berbulu;
meremang tegak atau berdiri (bulu badan atau roma), seram: ~
bulu suak di tengkuknya;
meremangkan menegakkan (bulu roma): Ramlah diharu-birukan
fikiran yg mengerikan diri dan ~ bulu romanya.
remang II ark; meremang mengalir perlahan-lahan, meleleh, bersimbah
(peluh).
remang III; remang-remang agak gelap (kelam), kabur, samar muka,
redup: apabila sampai di kampung, hari telah ~ malam;
keremangan suasana (keadaan) yg remang (kelam, kabur): mereka
bertolak-tolakan dlm ~; pinggir pantai yg diserkup ~ senja.
remang IV; ~ panas sj tumbuhan (pokok renek), Breynia coronata.
remayung sj tumbuhan (herba), gendola, Basella spp.
remba Kd, Pn; beremba, beremba-remba; berjalan ~ berjalan
bersaing(-saingan).
rembah; ~-rembih a) bercucuran (air mata); b) tidak rapi (memakai kain
dll);
merembah meleleh (air mata); rembih.
rembak Kl, Tr; ~ itulah agak-agak itulah, seakan-akan itulah, tempat
itulah (agaknya).
remban Kd batang kayu kecil (buluh dll) yg dipasang pd titi dll sbg
pemegang ketika meniti.
remban (rémban) Pr; meremban merembat: nanti kuremban kakinya dgn
parang;
teremban terbuang (benda);  rembat.
rembang I 1. titik di langit yg betul-betul di atas kepala kita, kedudukan
yg setingginya (matahari, bulan); matahari ~ = ~ tengah hari waktu
tengah hari tepat (benar); sebelum ~ tengah hari sebelum tengah
hari; ~ petang sudah mulai petang, lewat pukul tiga petang; 2. sl
tepat sungguh (waktunya): segala takwim kitab dibuka, ~lah saat
dgn ketika;
berembang merembang;
merembang; hari sudah ~ rembang petang;
perembang Kd, bp mengarahkan (senapang dll ketika hendak
menembak dll) dgn setepat-tepatnya.
rembang II; ~ panas sj tumbuhan (pokok sederhana), ceremai burung,
mengkirai gajah, ubah kecil, Glochidion laevigatum.
rembas I ark; habis ~ habis semuanya, rosak semuanya.
rembas II; merembas bercucuran (air mata): air matanya ~ gugur.
rembas III; merembas menghumban (ke bumi), meletakkan dgn kasar
(kerana marah dll), menghempas: lalu dicekik pinggang jin itu dan
dirembas ke muka bumi; guni beras itu dirembas ke lantai dgn
marahnya.
rembat (rémbat) pukulan dr kanan ke kiri atau sebaliknya dgn rotan yg
panjang dll;
merembat 1. memukul dr kanan ke kiri atau sebaliknya dgn rotan
yg panjang dll; 2. (dlm permainan bola sepak) menendang (dgn
mengayunkan kaki);
rembatan 1. pukul (dgn rotan), rembat; 2. tendangan (dgn
mengayunkan kaki).
rembega (rembéga) sj tumbuhan (herba), Calotropis gigantea.
rembes Jk rembes (meresap masuk atau keluar).
rembes (rémbés) I; merembes 1. meresap masuk atau keluar (barang cair
spt air dll), menitis, tiris: air matanya masih ~ keluar dgn tidak
berhenti-hentinya; 2. menyeludup (dgn diam-diam), menyusup: ia
kagum melihat aliran sosialisme radikal mulai ~ ke tanah airnya;
pasukan gerila ~ masuk kota;
merembeskan mengalirkan keluar (air mata, hormon, enzim dsb);
rembesan 1. aliran (air mata dll), titisan: dia berusaha memahami
~ air matanya, dia tidak mahu mengalah pd emosinya; 2. (Bio)
sebarang bahan spt peluh, enzim, dan air liur yg dihasilkan oleh sel
atau kelenjar tubuh utk melakukan fungsi tertentu;
perembesen 1. (Bio) proses menghasilkan rembesan; 2.
penyusupan: buku dan surat khabar, idea, dll yg telah menerobos
atau dlm proses ~ masuk ke dlm negara.
rembes (rémbés) II Jw sj penyakit mata (tepi mata merah dan berair).
rembet (rémbét) I tidak bebas bergerak atau berjalan (kerana banyak
pekerjaan atau diekori orang dll), terganggu;
merembet menyebabkan tidak boleh bergerak (berjalan) dgn bebas,
mengganggu, menghalangi, merintangi.
rembet (rémbét) II; merembet 1. menjalar, merambat (api, penyakit,
percakapan, dll): perbualan itu akhirnya ~ kpd hal-hal peribadi;
sekejap sahaja api itu ~ ke estet yg berhampiran; 2. = merembetrembet
melibat-libat yg lain, sangkut-menyangkut: perkara rasuah
ini merembet-rembet melibatkan beberapa orang pegawai tinggi;
merembetkan melibatkan, menyangkut (perkara dll), membawabawa:
perbincangan kita biarlah terhad kpd soal pokok sahaja,
jangan rembet-rembetkan soal peribadi.
rembih; merembih meleleh (air mata);  rembah.
rembik; berembik bergoyang (spt galah atau kayu yg panjang).
rembuh; ~-rembai Pr meleleh (air mata);  rembih, rembah.
rembuk bicara, muafakat, nasihat, runding;
berembuk berbicara, bermuafakat, berunding: itulah sebabnya adik
diundang, dipinta datang sama ~, memilih berat ringannya;
merembukkan membicarakan, memuafakatkan, merundingkan:
kami berkumpul ~ siasat yg akan dipakai;
rembukan pembicaraan, permuafakatan, perundingan: kalau dia
sudi maka ~ itu biarlah disempurnakan di belakang; kami orang di
rumah menyempurnakan ~ itu sematang-matangnya;
perembukan perbuatan atau hal berembuk atau merembukkan.
rembulan Jw bulan.
rembunai sl sedang (besarnya atau tingginya), sederhana: tubuh kecil
rendah ~.
rembung Kl dubur yg terkeluar pd pesakit buasir.
rembut I; terembut-rembut berkelip-kelip, berkedip-kedip (nyala api
dll): pelita-pelita itu menyala ~.
rembut II Jw; berembut-rembut berdahulu-dahuluan hendak melihat dll,
berebut-rebut.
rembut III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), janggut baung, jintikjintik,
rambutan siamang, Rinorea anguifera (Alsodeia
enchinocarpa).
remedi (rémédi) (Udg) cara bagaimana pelanggaran hak dicegah,
ditangani dan dipampasi.
remeh (réméh) tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga: masalah itu
tidak boleh dipandang ~; ~-cemek ark remeh-temeh;
meremehkan menganggap remeh (tidak penting, kecil, dll),
mengabaikan, menghinakan: kita tidak mengatakan bahawa kita
harus ~ kekuatan musuh;
keremehan perihal remeh (kecil, tidak berharga, tidak penting, dll):
seorang rahib dr Najran berkhutbah-khutbah memperkatakan ~
hidup dunia serta kebesaran hidup akhirat.
remeh-temeh tidak mustahak, tidak penting, tidak berharga: orang yg
tidak suka kpd segala perkara yg ~;
meremeh-temehkan meremehkan: kecenderungannya memegahmegahkan
satu pihak dan ~ pihak lain;
remenia sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg boleh dimakan), gondongan,
kondongan, kundang(an), rembunia, rumia, setar, Bouea
macrophylla.
remet (rémét); meremet bercakap tidak menentu, merepek.
remia  remenia, rumia.
remiak; riak-~;  riak I.
remis I sj kepah (kijing) yg boleh dimakan (biasanya dikorek dr dlm pasir
di tepi pantai).
remis II IB, bp tidak ada yg kalah atau yg menang (dlm permainan catur),
seri.
remisier (rémisier) orang yg bekerja di firma broker utk menjual dan
membeli saham di pasaran saham bagi pihak pelabur dgn
memperoleh komisen.
remoh (rémoh) Mn renyuk, kepang-kepot.
remos (rémos) sj potongan rambut lelaki (yg disikat dan dibentuk spt
ombak atau balung);
beremos mempunyai rambut potongan remos.
rempa ark; merempa melanggar, menempuh, merempuh: beberapa pun
dipasang orang meriam, dirempa juga lalu masuk ke dlm.
rempah I bahan perisa makanan yg terdiri drpd kulit kayu manis, cengkih,
buah pelaga, jintan manis, dll.
rempah II benda yg dimasukkan dlm masakan (gulai dll), bumbu: gulai
ini cukup ~nya; ~-pawah = ~-perawis = ~-piah berbagai-bagai
macam rempah; ~-ratus a) berbagai-bagai macam rempah; b) sj
jamu drpd bermacam-macam campuran; c) ki berbagai-bagai
pengalaman hidup (pahit manis, suka duka);
rempah-rempah berbagai-bagai macam rempah;
merempahi, merempah-rempahi 1. memasukkan rempah,
mencampuri dgn rempah: ia pandai ~ berbagai-bagai masakan; 2.
ark mengharumkan dgn bau-bauan, meraksi: ~ mayat melumur
mayat dgn minyak dll supaya tidak lekas hancur;
perempah barang-barang yg dipakai utk merempahi: lada hitam ~
daging.
rempah III; ~ gunung sj tumbuhan (pokok renek), cucur atap, Baeckia
frutescens.
rempah (rémpah); rebah-~ jatuh berguling-guling, rebah terguling-guling.
rempak I; berempak bersama-sama maju atau bergerak, berderet sejajar;
serempak bersama-sama, serentak: berlaku ~; datang ~; ketawa ~;
~ dgn itu serentak dgn itu;
menyerempak melanggar (mengerjakan dll) serentak (bersamasama);
keserempakan perihal (keadaan) serempak, keserentakan.
rempak II  rampak II.
rempak (rémpak) sumbing, sompek (pisau dll).
rempang Kd, Pn; ~ bahasa gila-gila bahasa, tiga suku.
rempang (rémpang); ~-rempong luka-luka (badan), koyak-rabak
(pakaian).
rempat (rémpat); merempat 1. terhempas ke batu karang (perahu); 2.
membawa (diri) ke mana-mana, melarat: akhirnya dia ~ ke
Singapura; ~lah dia entah ke mana.
rempelas empelas; akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar yg daunnya boleh
digunakan sbg penggosok kayu dll), Tetracera scandens.
rempelu Jw empedu.
rempenai sj tumbuhan (pokok kecil yg daunnya dibuat ubat kudis),
Ardisia humalis (coriacea).
rempenang; akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar pahit, akar terung
kemang, akar terung kemar, Cyclea peltata (laxiflora).
rempeyek (rempéyék) sj makanan yg dibuat drpd tepung beras dan
kacang tanah, dan digoreng berkeping-keping.
rempit Pr; merempit menyebat dgn rotan dll, menyesah.
rempoh (rémpoh) Ph; merempoh menjatuhkan orang dll dgn menggalangi
kakinya.
rempong (rémpong) terikat kakinya;
merempong, merempongkan mengikat kedua-dua belah kakinya:
maka Terung Pipit pun segeralah berlari-lari, dirempongkan kaki
Tak Rancang Besi itu; rimpung.
rempuh; berempuh-rempuh, berempuh-rempuhan berasak-asakan
(berebut-rebut) hendak mendahului: ~ membeli tiket; Pak Mat
berempuh-rempuhan dgn penumpang-penumpang yg berebut
tempat duduk;
merempuh menempuh (mencari jalan dll) dgn paksa, mengharung,
menyerbu: kami ~ masuk; kami berjalan ~ orang ramai; ~
rintangan kawat berduri; ~ maut tidak mempedulikan keselamatan
jiwa;
rempuhan desakan, langgaran, serbuan: semuanya lari bercempera
kerana menghindarkan diri drpd ~ lembu; rambutnya kusut kerana
~ di pintu bas.
rempung; se~ seberkas, seikat, setangkai (buah-buahan).
rempus; merempus mengikat keempat-empat kaki binatang (yg akan
disembelih);  rapus I.
remujung sj tumbuhan (herba yg digunakan sbg ubat kencing manis),
kumis kucing, misai kucing, Orthosiphon grandiflorus.
remuk = ~-redam hancur (pecah) menjadi kecil-kecil, hancur luluh (larut),
hancur berkecai-kecai: gelas itu dihempaskannya ke lantai, ~;
kereta itu ~ di bahagian tepinya; ~ hati (perasaan) hancur luluh
rasa hati, sedih sekali;
meremukkan, meremuk-redamkan menghancurkan, merosakkan:
tekanan udara yg ~ dinding tin itu; berita sedih itu ~ hatinya;
keremukan perihal atau keadaan remuk.
remung sj ikan laut, Lutianus lineolatus.
remunggai lemunggai.
remut; meremut bp tersangat banyak: ~ manusia di padang itu; ~ semut
makan gula.
Ren. kep Rendah: Sek. ~ Hulu Kelang.
rena ark rona, warna.
renai Mn; hujan ~-~ gerimis, hujan renyai-renyai, hujan rintik-rintik; 
renyai.
renaisans (rénaisans) kelahiran semula sesuatu, terutamanya yg berkaitan
dgn bidang seni: ~ kebudayaan.
renak Pr; pepak ~ bersepah-sepah, terserak-serak (barang, sampah, dll).
renal (rénal) (Ubat) berkaitan dgn buah pinggang: arteri ~.
renang I; kolam ~ kolam utk berenang; lumba ~ perlumbaan berenang
(sukan);
berenang bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air;
acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan,
menembak, ~;
~ kodok Id suatu cara berenang, gaya dada; ~ menelentang berenang
dgn badan yg menelentang; mengajar itik ~ prb perihal membuat
sesuatu pekerjaan yg sia-sia;
berenang-renang berenang ke sana sini: beberapa ekor anak itik
kelihatan sedang ~ di dlm kolam itu;
merenangi berenang di (ke): ~ orang lemas; ~ laut lepas prb
perihal pergi ke negeri lain dgn tiada tentu tujuan;
merenangkan membawa berenang, membiarkan berenang:
Benderang dititahkan baginda ~ rantai terlalu besar, maka
direnangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu;
renangan gerakan (perbuatan, gaya dsb) berenang: Si Hitam
mengikut ~ ikan itu yg bergerak dgn kepayahan pd tempat yg cetek
itu;
perenang ahli sukan renang, ahli renang.
renang II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), ubah paya, ubah merah, samat
tebangau, Glochidion brunneum.
renardit (rénardit) (Kim) mineral yg mengandungi plumbum, uranium dan
fosforus.
rencah I; merencah 1. berjalan menempuh lumpur (becak dll),
menginjak-injak: ia terhuyung-huyung ~ air sawah; 2. ki
menempuh atau mengharungi (bahaya dll): sepanjang hidupnya ia ~
kesusahan; 3. = ~ sawah menyuruh kerbau menginjak-injak tanah
di sawah hingga jadi gembur, melunyah sawah: tanah sawahnya
direncah oleh berpuluh-puluh ekor kerbau yg ditambat di situ;
terencah 1. terlangkahkan; 2. sudah direncah, terinjak.
rencah II = perencah campuran berbagai-bagai barang atau rempah
supaya masakan menjadi lebih sedap: ~-~ utk membuat rendang
hati; terung panjat buat perencah gulai ikan kering;
merencah mencampur lauk dll.
rencah III; merencah 1. tidak tetap pendirian (pekerjaan, fikiran, dll),
selalu bertukar-tukar (pendirian, fikiran, dll), lincah; 2. mengerjakan
bermacam-macam pekerjaan serentak (tetapi tidak ada yg selesai
atau sempurna).
rencak Kd giat, tangkas;  rancak I.
rencam I; merencam tidak terang atau tidak jelas kelihatan,
mengaburkan mata (kerana terlalu
halus dll).
rencam II 1. = rencaman campuran drpd pelbagai macam; 2. (terdiri)
drpd pelbagai macam; kecekapan Pak Mustafa ~ juga; makanan yg
~ makanan yg terdiri drpd pelbagai macam bahan;
kerencaman perihal rencam (terdiri drpd pelbagai macam),
kepelbagaian: ~ dan kepelbagaian corak bahan cerita rakyat.
rencana 1. sl cerita, karangan, kisah: ia giat dlm menulis esei-esei dan ~-
~ ringan; ~ pengarang = tajuk ~ karangan (terutama dlm surat
khabar, majalah, dll) yg merupakan pendapat suratkhabar atau
majalah itu; 2. catatan mengenai perbincangan dlm mesyuarat dll,
laporan, minit: dia sedang menyiapkan ~ mesyuarat yg lalu; 3.
rangka sesuatu yg akan dikerjakan, buram, pelan, rancangan: kami
membuat ~ kota teladan; pemerintah telah tahu tentang ~
pemberontakan; 4. acara (pembicaraan), agenda, jadual, program:
perkara ini termasuk dlm ~ yg akan kita rundingkan kemudian;
kami berangkat kembali ke Acheh menurut ~ yg telah diatur
terlebih dahulu; 5. buram (surat), konsep, naskhah (surat), draf,
rang: beri saya ~ surat itu sekarang juga; 6. perkataan (ayat dll) yg
dibacakan oleh seseorang supaya ditulis oleh yg lain, imlak: semasa
latihan ~ dijalankan, pelajar-pelajar mestilah mendengar dgn baik
dan menulis apa yg sedang guru bacakan;
~ Colombo rancangan bantuan teknik antarabangsa; ~ kerja
rancangan pekerjaan yg akan dilaksanakan; ~ lima tahun Id
rancangan pembangunan yg harus dilaksanakan dlm masa lima
tahun;
berencana dgn rencana, berancang;
merencana sl bercerita;
merencanakan 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan,
menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman
moyangku sampai ke masa aku; tidak dapat kurencanakan
bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua
kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2.
menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang
kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh
rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd
U Thant, diterima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau
membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta
kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan
penggempuran direncanakan, pasukan Amerika mendarat di
Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan
(ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh
pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas;
terencana terancang: skim ini bertujuan utk mengendalikan
program terjemahan secara ~;
perencanaan perihal merencanakan, perancangan: pelajaran yg
menjadi kegemaranku ialah ~ kota; namun begitu hasilnya kurang
memuaskan dr segi keaktifan dan ~;
perencana 1. sl penyusun cerita (kisah, huraian, dll); 2. orang dll yg
merencanakan, perancang.
rencang bunyi yg keras (spt gerencang).
rencang (réncang) Jw kawan, pembantu, pengikut, pengiring.
rencat; merencatkan menyebabkan terbantut atau terhenti,
membantutkan: racun kulat boleh ~ pertumbuhan miselium,
percambahan spora, dan pembiakan seks kulat;
terencat terbantut, terhenti, tertahan: kerjanya ~ kerana air
pasang; ~ akal tidak normal keupayaan atau perkembangan
mentalnya disebabkan faktor tertentu (bkn seseorang, terutamanya
kanak-kanak); ~ otak terencat akal;
keterencatan perihal atau keadaan terencat;
kerencatan perihal (keadaan dsb) terencat (terbantut dsb),
kebantutan: kanak-kanak itu biasanya dilahirkan tidak cukup bulan
dan mengalami ~ pertumbuhan; ~ akal keadaan atau keupayaan
mental seseorang yg tidak berkembang dan berfungsi secara normal,
yg biasanya ditandai ciri-ciri tertentu.
perencatan perihal merencatkan, perihal terencat (terbantut): ~
pertumbuhan jika berterusan lambat-laun akan membunuh kulat
juga;
perencat sesuatu yg merencatkan sesuatu yg lain;bencat, gencat.
renceh (réncéh) I kecil (dipakai utk beberapa perkataan sahaja); selar ~
ikan selar yg kecil; receh.
renceh (réncéh) II kelebihan, sisa.
rencek (réncék) Jh mengada-ada.
renceng (réncéng) I panjang lampai, tinggi kurus, tidak berlabu betis (pd
kaki): potongan badannya kecil ~.
renceng (réncéng) II Jk; serenceng, serencengan seuntai (manik,
mercun, dll), serenting;
rencengan rentengan, untaian (mercun dll).
renceng (réncéng) III ark; ~ mulut sangat mudah bercakap-cakap, ramah.
rencet (réncét) I Jh; terencet-rencet terkinja-kinja, terloncat-loncat.
rencet (réncét) II ark; berencetan berangkaian, berentetan, beruntunruntun;
 rentet.
rencik recik.
rencing bunyi berdencing-dencing;
merencing berbunyi berdencing-dencing: Laidin bertanya dr atas
basikalnya yg ~ itu;  gemerencing.
rencis renjis.
rencong (réncong) I sj badik (Acheh).
rencong (réncong) II rancung (keratan atau potongan), serong; pepat di
luar ~ di dalam prb orang yg lahirnya baik tetapi di hatinya jahat;
merencong 1. memotong (mengerat, membuat) rencong: dahandahan
yg besar hendaklah direncong supaya pangkalnya serong
dan tajam, dan mudah hendak dipacakkan; 2. meruncing: menara
yg indah ukirannya dan bumbung yg ~ ke atas;
kerencongan perihal (keadaan, potongan dsb) rencong: ~ itulah yg
menyebabkan ia tahu bahawa sebenarnya di situlah tempat benda
yg dicarinya disimpan.
renda (rénda) sj kerawang yg biasa dipasang di tepi baju (bantal dll);
merenda membuat (mengait, menekat) renda: lepas sekolah ia
dipingit, lalu diajar ke dapur, menjahit, dan ~.
rendah I 1. tidak jauh jaraknya dr bawah, tidak tinggi (lwn tinggi):
bangunan yg ~; pokok yg ~; ~ rembunai sedang (saja) rendahnya
(badan orang); 2. tidak nyaring, lembut, perlahan (suara dll): suara
yg ~; 3. = ~ hati suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong,
bongkak), baik hatinya: dia orang kaya yg ~ hatinya; 4. tidak mulia
(budi hati), hina, aib, nista: ~ budi; ~ akhlak; 5. tidak mahal (harga),
murah: harga getah terlalu ~ sekarang; 6. tidak banyak, kecil,
sedikit (pendapatan dll): golongan yg berpendapatan ~; 7. (taraf)
permulaan; sekolah (pendidikan) ~ sekolah (pendidikan) permulaan;
mahkamah ~ mahkamah permulaan; 8. tidak tinggi atau tidak
penting (kedudukan, pangkat, dll), tidak istimewa, kecil: bagi
remaja yg sentiasa dipandang ~ dan dianggap tidak berguna,
mereka tidak nampak sebarang kebaikan dlm diri mereka sendiri;
pegawai ~ pegawai kecil (tidak penting, tidak tinggi); ~ pangkatnya
(darjatnya, mutunya) tidak tinggi pangkatnya (darjatnya, mutunya);
orang ~ orang biasa yg tidak berpangkat; berpangkat ~ berpangkat
kecil; 9. kurang baik (mutu dll): barang-barang yg bermutu ~; 10.
tidak maju lagi: keadaan hidup (ekonomi) yg masih ~ di negara itu;
~ di anjung tinggi, kecil di ombak besar prb perihal sifat raja di
Minangkabau yg diangkat dan ditinggikan oleh rakyat dgn kata
muafakat;
merendah 1. menjadi rendah, menurun: bulan separuh sudah ~ di
kaki langit; ayahnya sedang tidur, dengkurnya ~; suara yg ~; ~
benar rezeki Marah sangat menguntungkan (dr segala yg
dikerjakan); 2. rendah hati, tidak angkuh (sombong, bongkak):
sifatnya yg selalu ~ itu mendatangkan kawan yg banyak
kepadanya;
merendahkan 1. menjadikan rendah, menurunkan: badannya
direndahkan supaya tidak dilihat orang; ~ suara menurunkan
(melembutkan) suara; 2. memandang atau menganggap rendah
(hina, tidak penting, dll), mengecil-ngecilkan: ia tidak suka ~ orang
lain; ia berasa tidak senang dgn perkataan-perkataan yg ~
Malaysia;
~ diri a) membongkok supaya rendah; b) = ~ hati memandang
(menganggap) diri sendiri rendah, tidak menyombongkan diri; ~
mutu mengurangkan mutu (nilai); ~ rezeki menurunkan (memberi)
rezeki;
merendah-rendahkan memandang atau menganggap rendah (hina,
tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak berkualiti
dsb) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-ngecilkan:
menangkis sikap suka ~ kemampuan wanita;
rendahan yg rendah (tidak penting) pangkatnya atau
kedudukannya, bawahan: dia pegawai ~ di jabatan itu;
kerendahan 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal
rendah; ~ budi kehinaan, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak
sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~;
perendahan perihal (perbuatan dsb) merendahkan, perihal (proses
dsb) merendah.
rendah II; riuh-~ riuh gemuruh, sangat riuh.
rendam; berendam 1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~
lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam
(dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah
ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki
tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu
hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata
tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut
sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba
kekurangan);
merendam 1. menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya:
padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan
dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air;
merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu
direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin (tidak
mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya
(perkara); c) orang yg degil atau kikir;
terendam 1. sudah direndam; 2. terbenam dlm air, tergenang; 3. ki
tinggal lama di rumah (di suatu tempat dll); ~ sama basah, terampil
sama kering prb sama-sama mahu mengerjakan sesuatu pekerjaan
(baik ringan mahupun berat), sangat setia;
rendaman (Kim) bekas yg dipenuhi air (pasir, minyak, dll) utk
memindahkan haba secara seragam kpd objek yg diletakkan ke
dalamnya;
perendaman perbuatan dsb merendam (menaruh dlm air).
rendang 1. goreng; pisang ~ pisang goreng; ~ kasturi kuih kasturi, kuih
rengas; 2. sj lauk yg dibuat drpd daging dll yg dirempah-rempahi
(dibubuh santan dan dimasak sampai kering): ~ Johor; ~ Padang;
berendang yg direndang; termakan cirit ~ prb termakan ubat gunaguna
maka dikuasai orang;
merendang 1. menggoreng: ~ ikan; 2. memasak hingga kering dgn
santan, memasak rendang; 3. menggoreng tanpa minyak: ~ bertih; ~
biji kopi;
perendangan periuk (belanga dll) yg dipakai utk merendang.
rendang (réndang) I rendah dan banyak daun serta cabangnya: di bawah
pokok kayu yg ~ kelihatan sepasang manusia;
merendang menjadi rendang: pokok itu tidak mungkin tumbuh ~
sepenuhnya;
merendangkan menjadikan rendang: dahan-dahan tertentu perlu
dicantas utk ~ pokok itu;
rendangan daun yg rendang: ia dilindungi oleh ~ pokok ceri;
kerendangan perihal, keadaan atau sifat rendang: ~ pohon-pohon
di situ dapat dijadikan tempat berteduh drpd pancaran matahari
yg terik.
rendang (réndang) II Kd; merendang meratib saman.
rendang (réndang) III Kd sj perahu yg sempit lagi rendah.
rendap Pr; merendap menenggelamkan sebahagian badannya dlm air.
rendeng Jw musim hujan, musim tengkujuh.
rendeng (réndéng) Jk; berendeng, berendeng-rendeng berderet(-deret),
berturut-turut, beruntun(-runtun): berjalan ~.
rendet Jw tidak lancar (licin), sempit, sendat.
rendidih 1. (hidangan) daging, sayur dsb yg direbus perlahan-lahan di dlm
periuk yg bertutup; 2. kaedah memasak dgn merebus daging, sayur,
buah dsb dgn api yg perlahan di dlm periuk yg bertutup;
merendidih merebus daging, sayur, buah dsb dgn api yg perlahan
di dlm periuk yg bertutup.
rendong (réndong) Mn; terbawa ~ = terendong tersangkut (terbabit) dlm
perkara dll, terbawa-bawa: namanya terbawa ~ dlm perkara
rasuah itu.
renduh; merenduh 1. terlalu banyak barang (barang perhiasan yg dipakai
dll); 2. terlalu lebat (buahnya).
reneh (rénéh) I; mereneh mendidih.
reneh (rénéh) II; mereneh meleleh (air mata dll): matanya ~;
renehan lelehan (air mata, peluh).
renek (rénék) I pendek, rendah: budak ~; anjing itu jenis ~; pokok ~
pokok yg kecil dan berbatang keras.
renek (rénék) II; merenek gementar, menggeletar (suara).
renet (rénét) bahan yg digunakan utk mengentalkan susu, terutamanya dlm
pembuatan keju.
reng (réng) I Jw bilah (buluh, kayu) yg dipasang pd kasau; 
rengrengan.
reng (réng) II sj burung;  hering.
reng (réng) III Kd, Kl kudrat, tenaga; ada ~ ada tenaga, larat; tidak ada ~
tidak ada tenaga, tidak larat; riang III.
renga ulat kecil-kecil yg putih (dan akan menjadi lalat dll);
berenga sudah dihinggapi renga, ada renga padanya: daging itu
sudah ~.
rengadean (rengadéan) Id sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat
bahan rumah dll), Ploiarum alternifolium.
rengah engah.
rengak sl; merengak berbau keras (sehingga menusuk hidung).
rengan sj tumbuhan (palma), salak hutan, Zalacca glaborescens.
rengap ark; berengap, merengap (ter)mengah-mengah (kerana lelah,
penat, dll);
perengap jampi (mantera) utk menundukkan lawan;
memperengap membuat (dgn menggunakan jampi dll) supaya
lawan atau musuh tunduk kpd kita.
rengas I 1. = ~ api sj tumbuhan (pokok), kembal benang, pokok laga,
Melanochyla tomentosa; 2. = ~ ayam sj tumbuhan (pokok), Gluta
elegan; 3. = ~ air = ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), Gluta
renghas; 4. = ~ air sj tumbuhan (pokok), Gluta velutina; 5. = ~
kerbau jantan sj tumbuhan (pokok), Gluta wrangi; 6. = ~ manuk =
~ air = ~ paya sj tumbuhan (pokok) sumpah biawak, Melanorrhoea
wallichii;
~ ayam = ~ pasir sj tumbuhan (pokok), pauh hutan, Buchanania
sessilifolia; ~ lanjut sj tumbuhan (pokok), Buchanania lucida;
minyak ~ varnis (diperoleh drpd pokok rengas);
merengas memvarnis, menggilapkan (dgn varnis).
rengas II; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd kacang hijau (yg telah dimasak,
dikepal, dicelup tepung, dan digoreng), kuih kasturi.
rengat I retak; ~ hati sakit hati.
rengat II Mn; merengat keluar peluh (lahar dll), meleleh, menitik: ~
peluh di keningnya.
rengat III; merengat-rengat rasa sakit di dlm perut yg mencerut-cerut
(sebelum dan sesudah melahirkan bayi).
rengau I  perengau.
rengau II Kd mencakar: kucing ~ budak itu.
rengeh (réngéh) I; merengeh meringkik (kuda).
rengeh (réngéh) II; tua ~ = tua merengeh tua amat.
rengek (réngék), rengekan tangis (sungut, gerutu, dll) yg meleret-leret
(oleh kanak-kanak yg menghendaki sesuatu dll): tak sanggup ia
mendengar ~ adiknya meminta-minta; rengekan anaknya tidak
henti-henti;
merengek, merengek-rengek selalu menangis, merungut-rungut,
menggerutu: anaknya yg berumur tiga tahun merengek-rengek
meminta makan.
rengga (réngga) sl tempat duduk di belakang gajah; rangka II, rengka.
renggah Kd besar (ketawa dll), banyak, sangat; dia ~ gelak dia gelak
besar; ~ makan makan banyak.
renggam sj tuai; berhenti ~ hari berehat masa sedang menuai (perayaan).
renggang I 1. tidak berapa rapat, tidak tertutup benar, ada sela-selanya,
dll: apabila panas terik, papan-papan dinding rumah menjadi ~; 2.
agak berjauhan, kurang erat (persahabatan dll), kurang karib: maka
timbullah suatu pertengkaran yg membuat mereka semakin ~;
anak kecil itu sudah tidak hendak ~ dr ayahnya lagi; 3. antara,
selang: ada kira-kira ~nya setahun dr perang Kedah itu maka Raja
Kecil datang pula melanggar Riau; 4. jarak(nya), jauh(nya),
beza(nya): lain pula keadaannya di negeri kami, ~nya hampirhampir
sebelah dunia; kehidupan anak-anakku dibandingkan dgn
kehidupanku macam bumi dgn langit ~nya;
berenggang berantara, berjauh, berpisah: kedua-duanya tidak
pernah ~; biar masa ~ sedikit utk pergi memujuk isteriku pulang ke
rumah;
merenggang menjadi renggang (jauh dll): perhubungan antara dua
manusia itu sudah ~;
merenggangi menjauhi (supaya renggang): kenalan-kenalannya
makin lama makin ~ dia;
merenggangkan menjadikan renggang: ~ persahabatan; ~ tulisan;
ia ~ tangannya melepaskan budak itu; ia mencuba ~ dirinya dr
budak-budak yg ramai itu; tidak ada sesuatu yg dapat ~
silaturrahim kedua-dua belah pihak;
memperenggang menjadikan lebih renggang;
terenggang terbuka: pintu itu ~ sedikit;
kerenggangan perihal renggang: aku mengerti kenapa antara dua
teman itu timbul ~ dan ketegangan;
perenggangan perbuatan (proses) merenggangkan sesuatu;
perenggang; ~ waktu ark perintang waktu.
renggang II; merenggang; ~ gawai (Palembang) ark memperkosa
perempuan, merogol.
renggat garis-garis berlingkar pd tanduk atau batang kayu.
renggeh (rénggéh) Kl tinggal sedikit sahaja lagi (buah-buahan di pokok):
buah rambutan itu dah ~ direlas budak-budak jahat;
kerenggehan keadaan renggeh: yg terpampang jelas hanya ~.
renggek (rénggék); merenggek, merenggek-renggek merengek-rengek,
meminta-minta dgn mendesak, menangis-nangis kerana
menghendaki sesuatu; rengek.
rengges (rénggés) ark  ranggas.
renggut; merenggut 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak,
merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr
tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca
Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik
kaki, hampir mati;
merenggut-renggut merenggut beberapa atau berulang kali,
menarik-narik: dia ~ rambutnya spt orang kemasukan syaitan;
renggutan sentakan (tarikan) yg keras atau kuat, rampasan.
rengit sj nyamuk kecil, agas, gegat.
rengka sl tempat duduk di belakang gajah;  rengga.
rengkah rekah, belah, retak: dinding rumahnya telah ~; rerak ~ rosak
dan pecah-pecah;
merengkah menjadi retak, merekah, (ber)belah: tanah sawah ~
kerana kemarau kuat;
rengkahan belahan, rekahan, tetakan: ada kelipan api yg spt mahu
menyelinap keluar dr ~ dinding-dinding buluh.
rengkam sj tumbuhan (rumpai yg biasanya terdapat pd batu karang),
rumput karang, Sargassum spp.
rengkat (réngkat) Kd, Pn pincang, tempang (kakinya); kaki ~ kaki pendek
sebelah (maka jalannya pincang); berjalan ~ berjalan pincang
(tempang).
rengkau Pr; merengkau menangis, meratap.
rengkeh (réngkéh) ark; merengkeh bengkok belakang (kerana beban yg
berat dll), membongkok, meliuk;
terengkeh-rengkeh terbongkok-bongkok (kerana memikul beban):
~ adik mendukung Shan.
rengkek (réngkék) I Kd  rengkeh.
rengkek (réngkék) II tidak subur tumbuhnya (orang, tanaman).
rengkel (réngkél) ikatan atau rangkaian (buah-buahan dll) yg kecil: se~
manggis;
berengkel, berengkel-rengkel berangkai-rangkai (buah-buahan),
berekoran (orang berjalan): berengkel-rengkel manggis itu
digantung; mereka berjalan berengkel-rengkel;
merengkel membuat (mengikat, berjalan) berengkel-rengkel.
rengket (réngkét) Jk; merengket menggigil, menggeletar ketakutan.
rengkiang tempat menyimpan padi, baluh, jelapang, kepuk, lumbung;
kerengkiang.
rengkinang sj tumbuhan (pokok), kemesu, medang biawak (teja, telur),
sepah puteri, Elaeocarpus floribundus.
rengkit Mn berasa kaku atau pegal (tulang sendi dll).
rengkuh; merengkuh menarik (mendekatkan) ke arah diri sendiri,
meraih, merenggut: direngkuhnya anak itu, diusap kepalanya lalu
dibawa pergi mandi; direngkuhnya besi palang itu hendak
digoncangnya;
~ orang membujuk-bujuk orang; ~ untung mencari untung;
rengkuhan tarikan (yg kuat): agaknya lebih kuat lagi ~ yg menarik
manusia membelakangkan Allah SWT;
perengkuh alat utk merengkuh (merenggut).
rengkuk sj tumbuhan (pokok renek atau pokok kecil), medang gambut
(kertau, pacat), Rinorea anguifera.
rengkung I sj tumbuhan (pokok yg agak besar), mentasawa, mersawa,
Anisoptera curtisii.
rengkung II 1. pembuluh (pd leher) yg menyalurkan makanan masuk ke
dlm usus besar: ~nya bergerak ke bawah menolak ubat-ubat yg
baru ditelan; 2. lekum, tenggorokan;  kerongkong.
rengrengan (réngréngan) Jw buram, konsep, rangsangan, rencana.
rengsa (réngsa) I 1. lemah badan, tidak bertenaga, berasa malas, segan
(tidak bernafsu dll); 2. gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dsb pd
sesuatu bahagian tubuh: kadangkala mata mungkin menjadi ~;
hemoroid menyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan
~; 3. (Bio) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan spt
sentuhan, cahaya dan haba (bkn organisma hidup): nyamuk itu ~
terhadap DDT yg disembur di dlm rumah hingga menyebabkan ia
tidak hinggap lama pd dinding;
merengsa bermalas-malas, berasa malas (utk bekerja dll);
merengsakan menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih,
panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak
jika ia tidak serasi dengannya; pendedahan dlm jangka masa
pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong;
kerengsaan 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2.
keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu
bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit;
tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3.
mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi
sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah
kpd kerosakan;
perengsa bahan atau unsur yg merengsakan: semut yg menggigit
mengeluarkan cecair ~ pd tempat gigitannya; asap rokok sbg
bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali drpd lingkungan pesakit
asma.
rengsa (réngsa) II; ~ sengsara = remuk ~ menderita kesusahan hidup,
berasa sangat sengsara.
renguh; merenguh 1. berdengkur; 2. Kd berbunyi spt bunyi lembu,
mengeboh; 3. Kd, bp menangis (agak kuat): budak ini asyik ~
sahaja, bagi makan tak hendak; dah besar gajah pun nak ~ lagi.
rengus; merengus bersungut atau berbuat sesuatu dgn keras dan kasar
serta muka yg masam kerana marah, tidak senang hati dsb: "Celaka
budak ini," Bidin ~ sambil mengheret Bujal naik; kami rasa, dia
tidak suka bergaul dan suka ~;
merengus-rengus bersungut-sungut atau berbuat sesuatu kerana
marah (tidak puas hati dsb), merungut-rungut: dia ~ sambil berjalan
pergi dr situ; sambil ~ aku balik juga, meninggalkan radio Pak
Mat dgn lakonan bangsawan seterusnya;
perengus orang yg suka merengus (masam muka, keras dan kasar,
dll).
rengut I gerutu, omelan: Aida melepaskan ~; "Tak usah cakap pasal itu
lagi", ~ Haji Maun;
merengut, merengut-rengut 1. bersunggut-sungut, mengomel: ia
menggelengkan kepala sambil ~; 2. tampak keruh atau masam
mukanya, merengus;
perengut pengomel, perengus;  rungut.
rengut II sj tumbuhan (pokok memanjat), Epipremnum giganteum.
renik halus, kecil; hujan ~-~ hujan rintik-rintik; liang ~ Id liang (rongga)
yg kecil-kecil; neraca ~ Id timbang utk mengukur barang yg halushalus;
padi ~ padi yg halus bijinya;
merenik-renik bertitik-titik (gerimis dll).
renin (rénin) (Bio) enzim yg memangkinkan penukaran kaseinogen susu
menjadi kasein yg tak larut, terdapat dlm jus gaster dan biasanya
diekstrak drpd perut lembu utk membuat keju.
renium (rénium) (Kim) sj unsur logam yg digunakan utk membuat aloi dll.
rening; merening, rening-rening bengkak, cekang, kaku, kejal, tegang
(badan dll).
renjana rasa berahi (cinta, kasih, rindu, dll) yg kuat: banyak antara anak
dara dan remaja puteri yg tertuna rindu dan ~ kerana perwira yg
muda belia ini.
renjas Pn; merenjas melompat bangun dgn marah, menunjukkan
marahnya (dgn bangun dr tempat duduk dll): maka Tuan Puteri Sita
Dewi pun terlalu marah di dlm hatinya, lalu bangkit ~ masuk ke
dalam peraduannya.
renjat; renjatan 1. = ~ elektrik rasa sakit apabila bahagian tubuh terkena
arus elektrik; 2. perasaan amat terperanjat spt seketika selepas
mengalami sesuatu kemalangan;
kerenjatan, terenjat (berada dlm keadaan) terperanjat dan
kebingunan.
renjer (rénjer) 1. orang yg tugasnya meronda atau mengawasi hutan,
taman negara, dsb; 2. unit tentera yg terlatih khas utk melakukan
serangan terhadap kawasan musuh.
renjis I percik, recik;
merenjis mengenakan air dgn memercikkannya: kain-kain direnjis
dgn air sebelum diseterika;
merenjis-renjis merenjis beberapa kali atau berulang kali: dgn
cermat, dia ~ pokok bunga itu dgn air;
merenjiskan memercikkan, merecikkan: istiadat ~ tepung tawar
dan menabur beras kunyit;
merenjis-renjiskan merenjiskan beberapa atau berulang kali:
seorang wanita kelihatan sedang ~ air pd mempelai lelaki yg baru
tiba itu;
renjisan bahan yg direnjiskan, percikan: ~ air mawar;
perenjisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) merenjis, merenjiskan
atau merenjis-renjiskan (air dsb): ~ air mawar pd kedua-dua
mempelai;
perenjis 1. alat utk merenjiskan; 2. orang yg merenjis.
renjis II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), lelimau, limau-limau, pokok
temin, semantan, Taxotrophis macrophylla.
renjong (rénjong) ark tinggi: seorang yg ~; tinggi ~ tinggi;
merenjong 1. mengangkat, meninggikan; 2. renjong: tinggi ~; ~
lidah berkata.
renminbi (rénminbi) unit mata wang Republik Rakyat China.
renta ark; merenta-renta membentak-bentak, menengking, mengherdikherdik:
demi didengarnya kata-kata itu, ia pun marah ~ .
renta (rénta); tua ~ sl sangat tua.
rentak I 1. hentaman kaki, hentak: ia menjawab dgn ~ dan marahnya; 2.
= ~ lagu (muzik) gerakan yg teratur (dlm lagu), irama, tingkah:
bertepuk tangan, berhentak kaki mengikut ~ lagu; 3. ki gaya,
kelakuan, tingkah: ia mencelah mengikut ~ langkah pak menteri; ~
sedegam, langkah sepijak prb Mn setuju, semuafakat;
berentak mengikut, mempunyai atau memakai rentak (lagu atau
muzik), berirama: sebuah lagu Melayu asli ~ perlahan
didendangkan dlm majlis itu;
merentak, merentak-rentak menghentak-hentakkan kaki (kerana
marah dll): ia bangun sambil ~ dan menengking;
merentakkan; ~ kaki menghentakkan (menghentamkan) kaki.
perentak = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk
memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg
lemah.
rentak II renggut, sentak;
merentak menyentak, merenggut: anjing itu ~ rantainya lalu
putus; kemejanya sobek-sobek direntak-rentak orang;
terentak tersentak, tergoncang, dll.
rentak III; serentak bersama-sama (melakukan sesuatu), sekali gus,
serempak: kerja hendaklah dijalankan berselang-selang atau ~;
bangun ~; lawatan tuan itu ~ dgn ketibaan pasukan tentera
tambahan.
rentak (réntak)  rentak II.
rentaka sl meriam yg boleh dipusing-pusingkan;  lela II.
rentan mudah dihinggapi penyakit, jatuh sakit lagi; (me)~ hati ki lekas
marah (sakit hati, kecewa);
kerentanan perihal (keadaan atau sifat) rentan: ~ organ berbeza
antara satu dgn yg lain.
rentang terhulur panjang, terhulur memanjang;
se~ perjalanan Mn beberapa lamanya (jauhnya) berjalan; se~ ayam
selama (sepusing) menyabung ayam;
merentang 1. membentang panjang, terletak memanjang: satu
banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu;
dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di
depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll);
~ antap ark memotong (memintas) jalan; ~ jalan membuat jalan; ~
jambatan membuat jambatan; ~ panjang menghuraikan
(menceritakan) panjang lebar;
merentangi 1. merentang pd: mereka membina sebuah jambatan
gantung yg ~ sungai; jalan kereta api Trans-Siberia yg lurus ~
kawasan ini; 2. menghalangi, merintangi: beberapa banyak
kesukaran yg ~ usahanya telah dapat diatasi;
merentangkan 1. menarik atau memasang kawat (benang, tali, dll)
tegang-tegang, meregangkan: ~ kawat; ~ tali; maka diregangkan
oleh Benderang dgn Badang rantai itu dan direntangkannya; 2.
menghulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dll: ia mulai bergerak, ~
tangan, dan menganjurkan kaki; 3. menerangkan dgn panjang
lebar, menghuraikan: pandai ~ cerita;
terentang 1. sudah direntangkan, terbentang: gunung itu ~ dr utara
ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang,
terhalang;
perentangan perbuatan dsb merentangkan: kegiatan pengedaran
dan penampalan poster dan ~ sepanduk di merata-rata tempat;
perentang sesuatu (benda atau orang) yg merentang (menghalang),
penghalang: rantai ~ itu dapat diputuskan; kenangan hitam itu
berjaya menjadi ~ utama bagi Babu drpd berkahwin.
rentang (réntang) ark; merentang-rentang membentak-bentak,
menengking, menggerantang.
rentap; berentap beradu pengaruh, kebolehan, kekuatan dsb dgn
hebatnya utk mencapai kemenangan dsb: empat belas orang
peserta akan ~ utk merebut gelaran juara itu;
berentap-rentap 1. tarik-menarik (dgn paksa), bertarik-tarikan; 2.
ki beradu pengaruh atau kekuatan dsb (dgn hebatnya): akhirnya
suatu pemilihan Ketua Kampung yg baru terpaksa dibuat, setelah
Munir dan Suif ~;
berentap-rentapan 1. saling merentap, tarik-menarik dgn paksa,
bertarik-tarikan; 2. saling berlawan atau beradu pengaruh,
kehebatan dsb: menjelang tahun 1957, cogan kata spt “Merdeka
dgn Darah” dan “Biar Lambat Asalkan Selamat” ~ dgn “Merdeka
secara Damai dgn Bertolak Ansur”;
merentap menarik dgn paksa atau kekerasan, menyentak,
merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;
merentap-rentap menarik-narik dgn kuat atau paksa, merentap
berulang kali: dia ~ kain yg tersangkut pd paku di dinding itu
hingga koyak; dia segera ~ tali sbg isyarat;
terentap terenggut, tersentak: siku dan umbi lengan dan umbi paha
sudah tidak ~ spt muda-muda dulu;
rentapan hasil merentap, sentapan: akhirnya dgn ~ kuat, beg itu
terlepas juga dr pinggang.
rentas lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg
melintang;
merentas 1. meretas, membuka, memutuskan: kena balung ayam
kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau
menempuh (sesuatu kawasan), memintas, melintasi, menjalani:
jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh
dgn lalang; berlari ~ desa; 3. merintis; ~ jalan a) merintis
(membuka) jalan; b) memintas jalan; 4. ki mencakup atau
merangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu;
rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~
graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara
yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~;
perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan
lurus;  retas.
rente (rénte)  renten.
renten (réntén) IB bunga wang: pinjaman dikenakan ~ sebanyak 13%;
merenteni memberi bunga wang;
merentenkan membungakan wang (yg dipinjamkan), meminjamkan
wang dgn dikenakan bunga.
renteng (rénténg) Jk; serenteng serangkai, seuntai (mercun dll);
berenteng-renteng 1. beruntai-untai; 2. berendeng-rendeng,
berganding-ganding, beruntun-runtun;
merenteng; ~ mercun membakar mercun seuntai (tidak satu-satu).
rentenir IB orang yg meminjamkan wang dgn mengenakan bunga: ia
dipaksa berkahwin oleh ibunya dgn seorang ~ yg kaya.
rentet (réntét) 1. berhubungan satu dgn yg lain, sambung-menyambung,
berangkaian; 2. berturut-turut, beruntun-runtun, berekor-ekor;
rentetan 1. rangkaian, untaian: ~ kata; rondo ialah satu ~ bunyi yg
berulang-ulang dimainkan; ~ peristiwa beberapa peristiwa yg
berlaku berturutan (satu demi satu); 2. deretan, runtunan, siri: se~
dgn itu ia melengking sambil berdiri; 3. bunyi senapang dll yg
berturut-turut;
berentetan berangkaian, berturut-turut, beruntun-runtun: tembakan
kedengaran ~ di luar.
renti; merentikan menghentikan;
serenti; pusat ~ tempat pemulihan orang yg bermasalah,
terutamanya yg berkaitan dgn penagihan dadah;  henti.
rentik Jw; merentik berasa sakit (bahagian tubuh), nyeri.
rentung 1. terbakar hingga jadi abu (hangus): rumah dan harta benda
habis ~; 2. terbakar hingga hitam: membakar ikan sampai ~; benda
~ benda yg (sudah) terbakar hangus;
merentungkan menyebabkan rentung: kebakaran kali kedua yg
berlaku tujuh tahun kemudian telah ~ beberapa buah bangunan
lagi.
renung I; merenung 1. memerhatikan dgn teliti, menatap: direnungnya
muka anaknya lama-lama; 2. menjenguk, menjengul: ia ~ ke luar
jendela;
merenungi 1. memandang baik-baik, mengamat-amati dgn
saksama, menatap(i): direnunginya wajah Siti Salina; lama juga ia
~ kitab itu; 2. memikirkan (sesuatu masalah dll), dgn mendalam;
renungan 1. hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan:
malu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu; drpd air muka dan ~
matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk;
perenungan perbuatan dsb merenung(i): ~ tentang hubungan
antara manusia sbg peribadi yg berdaulat.
renung II; merenung diam memikirkan sesuatu, termenung memikirkan
sesuatu: beberapa lama ia tinggal ~ di dlm biliknya; ~ hari depan
memikir-mikirkan masa depannya;
merenungkan memikirkan dalam-dalam (masak-masak, sungguhsungguh),
memenungkan: ia mengambil masa yg lama utk ~
nasihat-nasihat yg diberikan oleh ibunya;
renungan sesuatu yg direnungkan.
renut Kd; tali ~ tali yg mengikat rengga ke badan gajah.
renyah I leceh, rumit, susah (kerana memerlukan tenaga, benda, dll yg
banyak): antara ketupat dgn lemang, maka lemang lebih
menyelerakan tetapi amat ~ mengerjakannya;
berenyah, berenyah-renyah 1. bersusah(-susah), bersusah payah,
bersibuk-sibuk: saya orang tua, tentulah tidak dapat berenyahrenyah
spt orang muda; 2. = merenyah membuat (mengerjakan)
sesuatu dgn teliti (saksama).
renyah II tidak senang, gelisah, risau, was-was: ia berasa sangat ~;
merenyahkan menggelisahkan (merisaukan dll): apa yg hendak
direnyahkan, beras ada dan wang pun banyak.
renyah III Jk keras tetapi senang menghancurkannya (mentimun dll),
rapuh.
renyai; hujan ~ (renyai-renyai) hujan rintik-rintik, rebas, gerimis;
berenyaian keluar sedikit-sedikit (peluh), bertitik-titik;
merenyai menjadi sedikit (kurang): hujan yg mulanya lebat sudah
~;
merenyai-renyai; sakit ~ berasa sakit sedikit-sedikit.
renyak; merenyak 1. menginjak-injak sesuatu dgn kaki; 2. menyumbat
sesuatu ke dlm bekas (peti dll) hingga padat; 3. ki memperlakukan
secara keras (orang yg sudah lemah.)
renyam I; merenyam, merenyam-renyam 1. berasa gatal, miang:
badannya berasa merenyam apabila tersentuh ulat bulu; 2. bk
galak, gatal (perempuan): tidak boleh nampak lelaki, nak
ditegurnya, ~ sangat!
merenyamkan menyebabkan berasa merenyam.
renyam II; merenyam bp tersangat banyak, tidak terbilang banyaknya: ~
semut memakan gula.
renyang Mn 1. tidak tetap hati, gelisah, lincah; 2. tidak rapi, tidak selesai;
3. tidak sedap badan: badannya ~ dan lesu;  renyah II.
renyap ark lenyap, nyenyak: waktu semua orang ~ dlm tidur.
renyau sj ikan laut, Atherina spp.
renyeh (rényéh) I; merenyeh 1. merengek: ah, engkau spt anak yg
merenyeh-renyeh; 2. berkata-kata (berkelakuan dll) yg berlebihlebihan
(antara lelaki dan perempuan): meluat aku melihat lelaki
perempuan merenyeh-renyeh di pasar minggu; amboi, janda muda
itu ~ sangat!;  ronyeh I.
renyeh (rényéh) II; terenyeh-renyeh Kd gatal, miang.
renyek Jk kumal, renyuk.
renyem Jk 1. bp tidak tentu hala (rasa hatinya), tidak beres, tidak selesai
dll: ia menjadi ~ memikirkan hal anaknya; 2. (Sunda) bp gatalgatal
tubuhnya, renyam.
renyih Kd; merenyih merangsang (kerana marah dll), merenjas.
renyik renyuk.
renyuh; merenyuh 1. Pn menyentuh dgn hujung jari, menonyoh,
mengetuk dgn buku jari; 2. Kd menolak atau melanggar orang dgn
kasar (dlm perkelahian atau perlanggaran), menggocoh.
renyuk I 1. kumal, berkerumuk (kain, kertas): nanti ~ pula pakaian yg
sudah diseterika itu; 2. remuk: pondok buruk itu habis ~ dihempap
batang kelapa yg tumbang;
merenyukkan mengumalkan, meremukkan: bunga itu
direnyukkannya; mahu rasanya kepala Si Sudin itu
direnyukkannya;
kerenyukan perihal atau keadaan renyuk; ronyok.
renyuk II Mn rajuk;
merenyuk merajuk.
renyuk III Mn rentak, sentak;
serenyuk serentakan: tidak semena-mena ribut datang ~;
merenyuk 1. = dgn ~ dgn serta-merta berdiri (kerana marah dll); 2.
= merenyukkan menyentakkan, merentak (merenggut, merengkah)
dgn kuat-kuat (cepat-cepat): jangan direnyukkan tali kekang kuda
itu; 3. = merenyukkan mengunjukkan (memberikan) dgn marah.
renyut I denyut;
merenyut berdenyut;
merenyutkan mendenyutkan (kening dll), menggerakkan: kita
cuma dapat ~ kening saja.
renyut II; merenyut 1. bergerak perlahan-lahan dan banyak-banyak
(semut, ulat, dll), merayap; 2. Kd, Pn, ki terlalu banyak
(bilangannya): ~ ikan dlm kolam; ~ manusia di padang.
renyut III; ubat ~ sj tumbuhan (herba), Hedyotis capitellata.
reofit (réofit) (Bio) sj tumbuhan yg hidup di tepi atau di dlm sungai,
mempunyai akar yg mencengkam atau menjalar di celah batu, serta
berdaun kecil dan sempit.
reok (réok) Jk berketuk.
reorganisasi (réorganisasi) IB penyusunan semula, pembetulan aturan
(susunan, perjalanan): diadakan ~ dlm sistem pentadbiran sesuai
dgn sebuah negara yg membangun.
reorganisir (réorganisir); mereorganisir IB menyusun semula,
membetulkan susunan perjalanan sesuatu.
reorientasi (réoriéntasi) orientasi semula, penyesuaian semula: semua ini
memerlukan ~ dlm cara bekerja.
reostat (réostat) (Fiz) alat (dlm barang-barang elektrik) utk mengawal
aliran arus elektrik.
reot (réot)  reyot I.
rep (rép) (Muz) gaya muzik yg seni kata lagunya tidak dinyanyikan, tetapi
dituturkan secara cepat dan berirama, yg berasal dr masyarakat
berkulit hitam di Amerika: muzik ~.
repak repas.
repang papak atau rata (dipangkas), pepat: cucur atap yg ~; gigi yg ~;
berepang (telah) direpang: rambutnya yg ~ pendek memang
senang diurus;
merepang memangkas rata-rata, memepat rata-rata, meratakan,
menyamakan (hujungnya): buluh itu direpang supaya rata;
merepangkan merepang utk: dia ~ ibunya tepi kain yg berumbairumbai
itu agar kelihatan lebih kemas;
perepangan perihal (perbuatan, proses dsb) merepang.
reparasi (réparasi) IB perbaikan (pembetulan) apa yg rosak: ~ kereta;
mereparasi membaiki, membetulkan: motokarnya terpaksa
direparasi.
repas mudah pecah (rosak), rapuh.
repatriasi (répatriasi) IB pengembalian (penghantaran kembali) ke tanah
air;
merepatriasikan memulangkan (mengembalikan) ke tanah air.
repek (répék); merepek bercakap terus-menerus dan yg bukan-bukan,
berleter, mengoceh, meracau: apa yg kau cakapkan ini? M~ sahaja
tidak menentu, macam orang gila.
repertoir (répertoir) 1. semua drama, muzik, nyanyian, cerita dsb yg sedia
utk dinyanyikan (dilakonkan, dipersembahkan dsb) oleh penyanyi,
pelakon, pemuzik dsb; 2. (Komp) set arahan lengkap yg dimiliki
oleh komputer tertentu.
repertori (répertori) persembahan teater yg terdiri drpd beberapa lakonan
(drama) oleh satu kumpulan teater utk tempoh masa yg singkat.
repes (répés); merepes berbuat sesuatu yg tidak ada faedahnya atau utk
menghabiskan masa sahaja.
repet (répét); merepet 1. berleter, mengoceh, meracau: sejak tadi lagi
perempuan tua itu ~; 2. mengigau, meracau;
perepet (orang yg) suka merepet;  repek.
repeten (répetén) IB angka yg selalu berulang dlm pecahan perpuluhan;
pecahan ~ pecahan persepuluhan yg mempunyai angka yg selalu
berulang.
repetir IB; senapang ~ senapang yg sekali diisi boleh digunakan utk
menembak berulang kali.
repetisi (répetisi) IB ulangan (pelajaran), latihan ulangan (lakonan dll):
seorang bintang filem berkali-kali mengadakan ~ utk
menyesuaikan dirinya dgn lakonan yg akan dijalankan.
repih I mudah dipatahkan atau dipecahkan (spt roti kering dll), rapuh;
merepih menggetas (mematahkan, memecahkan, dll) kecil-kecil: ~
roti;
repihan pecahan (sobekan, potongan, dll) yg kecil-kecil, serpih:
banyak orang yg terbunuh terkena ~ bom.
repih II Ph, Pr; merepih menebas semak (rumput dll), mencuci ladang
(halaman), merumput.
repis  repih I.
replika (réplika) 1. model sesuatu objek, spt bangunan, jentera, catan, dll,
yg hampir atau betul-betul menyerupai objek yg asli: ~ sebuah
meriam zaman kesultanan Melaka akan dipamerkan di Muzium
Melaka; 2. seseorang atau sesuatu yg sifat-sifatnya hampir-hampir
menyamai sifat-sifat seseorang atau sesuatu yg lain: malangnya
media di dunia Islam adalah semata-mata ~ media Barat;
mereplikakan membuat atau meniru sesuatu objek (spt bangunan
dsb) dlm bentuk replika: kerja ~ Menara Berkembar Kuala Lumpur
juga memerlukan kreativiti pembuatnya.
repolper IB pistol.
repot (répot) I bp lapor; kena ~ dilaporkan;
merepotkan melaporkan, memberitahukan: kehilangan motokarnya
itu dgn segera direpotkan ke balai polis;
repotan kenyataan yg dibuat (ditulis) ketika merepotkan, laporan.
repot (répot) II IB 1. banyak kerja, sibuk: ia begitu ~ mengurus dan
melayani orang-orang yg datang di rumahnya; mereka akan
membenarkan kita lewat tanpa ~; 2. dlm kesukaran, berabai, kalut,
kelam-kabut: orang ramai mulai ~ kerana harga beras telah
meningkat naik;
merepotkan menyebabkan repot;
kerepotan kesibukan, kekalutan.
representasi (répréséntasi) 1. sesuatu yg melambangkan,
menggambarkan, atau menyatakan sesuatu yg lain, perlambangan,
gambaran, pernyataan; 2. perihal (perbuatan dsb) mewakili,
perwakilan.
representatif (répréséntatif) mewakili (golongan dll), sesuai utk mewakili.
represif (réprésif) bersifat menekan (menindas): langkah-langkah ~ perlu
diambil utk mencegah kegiatan jenayah.
reproduksi (réproduksi) tiruan lukisan (lukisan yg diambil gambar dgn
kamera).
reproduktif (réproduktif) bkn dgn pembiakan: organ ~.
reprografi (réprografi) (Cetak) proses, seni atau amalan membuat salinan
atau mencetak semula bahan bercetak dsb.
reptilia (réptilia) haiwan berdarah sejuk, spt buaya, ular, cicak, dan kurakura,
yg bernafas dgn paru-paru, bertelur, dan badannya diliputi
kulit keras atau bersisik.
repu Pr; merepu 1. menimbun sampah dll utk dibakar (utk menghalau
nyamuk, hantu, dll); 2. tersangat banyak, berlambak-lambak.
republik (républik) negara yg sistem pemerintahannya berdasarkan kuasa
rakyat melalui wakil yg mereka pilih dan diketuai oleh seorang
presiden;
kerepublikan yg mempunyai ciri-ciri republik: doktrin ~ revolusi
Perancis.
republikan (républikan) orang (parti politik) yg menganut faham
ketatanegaraan yg berbentuk republik.
republikanisme (républikanisme) faham (aliran, kepercayaan, doktrin
dsb) yg menganjurkan bahawa sistem kerajaan yg terbaik adalah
sebuah republik.
repuh I ark 1. = ~ muda = repuhan hutan muda atau belukar; 2. Kd sisasisa
(spt ranting-ranting dll) pokok-pokok yg ditebang dan terbiar
(kadang-kadang dilindungi oleh anak-anak kayu).
repuh II Pr; merepuh penuh (dgn bunga): pokok-pokok durian sedang ~.
repuh-repuh mangga, induk kunci gantung, kura-kura, pedal ayam.
repui ark repas, repih, reput.
reput buruk atau lapuk (kayu, kain, dll): pokok itu direndam dlm air
sehingga ~ dan tanggal segala bahagian yg lembut dan isi
batangnya;
~ fros kemusnahan tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki,
hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg
pernah dialami oleh pendaki gunung); ~ relai rosak berpisah-pisah
kerana busuk atau lapuk (kain, kayu, dll);
mereput menjadi reput;
mereputkan menyebabkan menjadi reput: hidupan seni memakan
dan ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg mati;
reputan benda yg reput: tumbuhan itu hidup di tanah yg kaya dgn
~ benda-benda organik;
kereputan perihal (keadaan) reput;
pereputan perihal (proses dsb) menjadi reput: karbon dioksida
terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yg mati dll.
reputasi (réputasi) 1. nama baik: aku mempunyai pengikut, aku
mempunyai ~, aku sudah menjadi tokoh politik; 2. perbuatan dll yg
menyebabkan nama baik.
rerak = bererakan rosak bercerai-cerai, berantakan, terserak-serak;
mererak menjadikan bercerai-cerai kerana mengambil bahagianbahagiannya
dll; ~ rengkah rosak dan pecah-pecah;  lerak I.
rerambut 1. sesuatu yg halus spt rambut: tiub ~; 2. (Bio) kapilari;
kererambutan (Fiz) kecenderungan cecair di dlm bahan penyerap
atau tiub rerambut naik atau turun disebabkan oleh tegangan
permukaan.
reras Mn ark gugur, luruh.
reriang I riang-riang (sj serangga).
reriang II riang-riang (sj tumbuhan).
reribu ribu-ribu (sj tumbuhan).
rerot (rérot) Jk; bererot, bererot-rerot berjalan beriring-iring (berduyunduyun);
mererot berderet-deret, berduyun-duyun, berjejer, beruntun-runtun;
rerotan deretan, runtunan.
reruku ruku-ruku.
reruntuh runtuhan, reruntuk.
reruntuk runtuhan, barang-barang yg sudah rosak (buruk), runtuh: ~
rumah; ~ dunia ark sampah dunia, sundal.
resa 1. gerakan yg terasa di dlm perut (badan dll, spt gerak bayi yg akan
lahir dll): perempuan itu makin bertambah sakit, datang ~nya
bertubi-tubi; 2. dorongan (hati), gerak (hati): biarkanlah ia
mengikut ~ hatinya, biarlah kita berpegang pd yg benar.
resah tidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup: ia kelihatan ~ dan
serba salah; mereka telah ~ menanti; ~ gelisah resah;
beresah, beresah-resah berada dlm keadaan resah, berusuh hati:
sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya;
meresah menjadi resah: sebentar kemudian ia ~ lagi;
meresahkan menyebabkan resah: panas yg ~ badan;
keresahan 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan
langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2.
mengalami resah: “teruk betulkah?” Karim ~.
resak 1. sj tumbuhan (pokok), Vatica spp.; 2. sj tumbuhan (pokok),
Shorea spp.; 3. sj tumbuhan (pokok), Cotylelobium spp.
resam I sj tumbuhan (paku-pakis yg batangnya keras dan biasa dibuat
kalam), bengkawang, Gleichenia linearis;
~ lumut = ~ padi sj tumbuhan (paku-pakis), paku telur belangkas,
temangah, Cheilanthes tenuifolia.
resam II 1. adat kebiasaan, aturan-aturan yg menjadi adat; adat ~ adat
(aturan) yg biasa; hukum ~ ark hukum adat; 2. pembawaan,
kebiasaan, sifat, tabiat: dlm pantun banyaklah terdapat perasaan,
fikiran, ~, dan tabiat orang Melayu; ~ tubuh Id keadaan tubuh;
seresam sesuai; ~ dgn sesuai dgn;
resaman resam;  resmi.
resam III; burung ~ sj burung, Pnoepyga pusilla harterti.
resan = meresan 1. berasa sakit hati oleh kata-kata dll orang lain, berasa
tersindir: ~ benar ia apabila orang-orang itu menoleh kepadanya
tatkala ia lalu di situ; ~ hatinya kerana diejek; 2. Kd berasa tidak
senang hati terhadap (kelebihan) orang lain, berasa cemburu
(dengki, iri hati).
resap hilang, lenyap, lesap: timol itu ~ cepat dan kesannya tidak lama;
tuan puteri pun ~lah tiada ketahuan halanya;
meresap 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair),
menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke
tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya
hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masukmasuk
ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes
(peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang,
lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk
ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di
dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia
berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm
sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak
kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu;
meresapi meresap ke dlm, memasuki rata-rata: lantai hendaklah
dibuat drpd bahan yg tidak boleh diresapi air; seluruh alat negara
telah diresapi oleh pengaruh samurai;
meresapkan menyerapkan, memasukkan rata-rata: aku berbaringbaring
di tanah utk ~ khasiat drpd sinar matahari yg membakar ke
dlm tubuhku;
teresap sudah diresapkan (diserapkan), termasuk dalam-dalam
(rata-rata);
resapan perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian
(sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu
dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pengaruh dan ~ nilai-nilai
keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian
bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah
penting di Nusantara;
keresapan perihal atau keadaan resap atau teresap;
peresapan perihal (proses dsb) meresap: ~ gas; ~ unsur-unsur
budaya material.
resbang IB sj bangku panjang tempat berbaring utk berehat.
resdung sj penyakit hidung yg disebabkan oleh radang pd membran sinus.
resen (résén) bp catuan.
resensi (résénsi) pertimbangan atau pembicaraan mengenai buku dll,
ulasan buku: ~-~ terhadap buku ini telah terbit dlm surat khabar
setempat.
resep (resép) IB 1. keterangan bkn ramuan-ramuan dan cara memasak
sesuatu makanan, resipi; 2. penentuan ubat (yg diberi oleh doktor).
resepsi (resépsi) IB majlis perjamuan yg diadakan utk menerima tetamu
(yg datang utk mengucapkan selamat dll).
reseptif (réséptif) mudah, bersedia atau terbuka utk menerima (idea baru,
cadangan, dsb): mereka begitu ~ terhadap rancangan baru itu;
minda yg ~ kpd ilmu-ilmu moden.
reseptor (réséptor) (Bio) tisu khusus (biasanya pd organ deria) yg sensitif
terhadap rangsangan tertentu.
reserse (resérsé) IB mata-mata gelap.
resesi (résési) keadaan ekonomi yg meleset, kemelesetan.
resesif (résésif) (Bio) bkn gen yg hanya ketara pengaruhnya apabila
pasangannya juga sama (tidak dominan).
resi I sl orang pertapa, orang suci.
resi II = surat ~ Id surat pengakuan penerimaan, tanda penerimaan, resit.
resi III 1. harum, wangi; 2. bau-bauan;  raksi I.
residen (résiden) wakil kerajaan British di tanah jajahan atau negeri
naungan British: ~ bagi keempat-empat buah negeri itu tertakluk
kpd ~ jeneral; ~ jeneral residen besar (ketua bagi seluruh residen);
keresidenan 1. kediaman (pejabat) residen; 2. daerah yg diketuai
oleh residen.
residu (résidu) sesuatu yg tinggal setelah yg lain digunakan, sisa, baki,
kerdak.
resik I; meresik 1. nyaring kedengaran, lantang; 2. berdesir, berkersik; 3.
desas-desus, kasak-kisik (suara berbisik).
resik II Jk bersih.
resimen (resimén) IB pasukan tentera yg biasanya diperintah oleh kolonel
atau leftenan-kolonel, rejimen.
resin (résin) 1. bahan lekit berwarna kuning atau coklat yg diperoleh drpd
pokok tertentu, spt pain dan fir, dan digunakan utk membuat varnis,
ubat dsb, damar; 2. damar yg dibuat secara sintetik, yg digunakan
sbg bahan asas dlm membuat barangan plastik dsb.
resipi 1. senarai bahan (ramuan) dan peraturan yg diperlukan dlm
menyediakan sesuatu masakan atau makanan; 2. cara atau kaedah
mencapai sesuatu tujuan; ~ kecantikan cara menjadikan diri
(seseorang) cantik.
resit sepotongan kertas bertulis yg mengesahkan atau mengakui
penerimaan sesuatu bayaran atau barangan; buku ~ buku yg
mengandungi helai-helai resit.
resital (résital) (Muz) persembahan muzik dsb oleh pemain, penyanyi dsb
solo atau oleh kumpulan kecil: ~ piano.
resmi sifat semula jadi, sifat khas (benda, adat, perangai, tabiat): kanakkanak
dr kecil lagi telah memiliki ~ atau kelakuan serta
pembawaan yg tersendiri; apabila menerangkan sifat-sifat sesuatu
benda, eloklah dikumpulkan sifat-sifat atau ~-~nya ke dlm dua
kategori; baik membawa ~ ayam betina prb lebih baik
merendahkan diri (supaya selamat dlm hidup), resam.
resolusi (résolusi) 1. keputusan rasmi yg dicapai dlm sesuatu mesyuarat,
persidangan, dsb, ketetapan; sebanyak 16 ~ telah diambil dlm
perjumpaan itu; 2. azam, tekad: ~ tahun baru.
respek (réspék) IB hormat, kehormatan.
respirasi (réspirasi) 1. pernafasan: sistem ~ bermula dr hidung dan
mulut; 2. (Bio) proses penguraian kimia yg berlaku dlm sel
organisma, dgn penghasilan tenaga dan karbon dioksida.
respirator (réspirator) 1. alat utk membantu pernafasan seseorang,
terutamanya kerana sakit atau mengalami kecederaan; 2. alat yg
dilekapkan di hidung dan mulut utk mencegah penyedutan asap atau
gas beracun.
responden (résponden) 1. orang yg memberikan maklumat (menjawab
soalan-soalan yg dikemukakan dsb) dlm sesuatu kegiatan kaji
selidik: kerja menemu bual memerlukan kemahiran, membuat
penyelidikan, dan mengadakan hubungan mesra dgn ~ atau
pengisah; 2. orang atau pihak yg didakwa dlm aduan atau rayuan yg
dikemukakan ke mahkamah.
respons (réspons) sambutan, reaksi, jawaban: tentu sekali kami
mengharapkan ~ drpd pembaca.
responsif (résponsif) segera atau mudah memberikan kerjasama atau
reaksi yg bersifat membantu terhadap sesuatu usaha dsb.
restan (réstan) IB kelebihan (makanan dll), sisa: di mulutku masih terasa
jua adanya ~ gelak tadi.
reston Jw ark; merestoni memberi berkat, mendoakan;  restu.
restoran (réstoran) kedai makan.
restorasi (réstorasi) IB pemulihan kpd kedudukan yg asal (terutama bkn
takhta kerajaan, negara, dll).
restriksi (réstriksi) IB pembatasan.
restu 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd
seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan
itu hanyalah dgn ~ Allah; 2. persetujuan drpd seseorang atau
sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk
membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan
sesuatu, kebenaran, keizinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya;
baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan
tidak akan sempurna; 3. sl pengaruh baik atau buruk, guna-guna,
jampi, mentera;
merestui 1. mengurniakan kebaikan, kesejahteraan atau rahmat
kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg terbabit
dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si
suami berdoa semoga Allah ~ rumah tangga yg baru dibinanya
itu; 2. memberikan persetujuan, kebenaran atau keizinan kpd
seseorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju
dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh
kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl
mengenakan pengaruh (guna-guna, jampi).
restung I resdung.
restung II 1. sj tumbuhan (pokok renek), jelutung badak, susuk ayam,
susun kelapa, Ervatamia corymbosa; 2. sj tumbuhan (pokok renek),
lada-lada (hutan, jantan, padi), lelada, puding hutan, susun kelapa,
Ervatamia malaccensis;
~ badak sj tumbuhan (pokok renek), jantung badak, jelutung badak,
Ervatamia hirta; akar ~ a) sj tumbuhan (rizom), gadung seberang,
ubat raya, Smilax china; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar
tongkat ali, Smilax myosotiflora.
resuk; meresukkan memasukkan ke dlm lubang (kotak dll),
memeresukkan.
resume (résumé) 1. IB ringkasan (ikhtisar); 2. keterangan ringkas tentang
maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya, dsb seseorang,
biasanya disertakan utk memohon sesuatu pekerjaan;
meresumekan meringkaskan, mengikhtisarkan.
resusitasi (résusitasi) (Ubat) kaedah memulihkan seseorang yg hampir
maut secara tiba-tiba, mis kerana lemas atau serangan jantung.
reta (réta); mereta-reta beromong kosong, berborak, mengobrol,
merepek.
retai; retak-~ banyak retaknya, retak-retak;  retak.
retak 1. garis yg nampak pd benda keras (pinggan dll) yg menunjukkan ia
akan pecah atau belah: ~ pd pinggan itu makin menjadi besar; 2.
mempunyai garis yg menunjukkan akan pecah atau belah: pingganpinggan
yg sudah ~ itulah yg digunakan setiap hari; 3. ki ada
kekurangannya (tidak sempurna), cacat cela: kerja-kerja yg
dibuatnya itu terlalu banyak ~nya; 4. ki ada perbalahan
(perselisihan dll) yg boleh menimbulkan perpecahan (perceraian
dll), sudah tidak semuafakat lagi: dia tidak mahu kasih sayang
mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu; 5. = ~ tangan a) rajah
tangan, suratan tangan; b) nasib badan: manusia ini dilahirkan dgn
cara yg sama tapi ~ tangannya berlainan;
~-~ mentimun Mn retak halus-halus hanya di luar sahaja (barang
pecah belah); ~-retai banyak retaknya; ~ seribu a) banyak retaknya;
b) sj corak kain batik moden Malaysia;
~ batu prb tidak didamaikan lagi (perselisihan dll); ~-~ bulu ayam
prb mudah didamaikan (perselisihan dll); ~ menanti (mencari,
tanda akan) pecah (belah) prb a) perkara kecil yg akan menjadi
besar; b) hanya tinggal menantikan timbulnya malapetaka yg lebih
besar (pergaduhan, kematian, dll); ~ pertujuh Mn prb perasaan hati
yg hancur (kerana tersangat merindu); bukan di ~ panas prb Mn
bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan);
meretak menjadi retak, mulai retak;
meretakkan menjadikan retak, menyebabkan retak: cahaya
matahari ~ genting-genting atap; isu Cyprus telah lama ~
hubungan antara Greek dgn Turki;
retakan garis yg menunjukkan akan pecah, retak;
keretakan perihal retak: ~ pd dinding bangunan itu semakin hari
semakin melebar; telah berlaku ~ dlm rumah tangga itu;
peretakan perihal (proses, perbuatan dsb) meretak atau
meretakkan: lekukan gerak bumi berlaku disebabkan oleh proses
pelendutan, pelenturan dan ~ kerak bumi.
retas terputus benang jahitannya, terbuka jahitannya (kelimnya);
meretas 1. memutuskan (mengerat, memotong) benang-benang pd
jahitan; 2. membuka dgn pisau (surat dll), membelah kulit (karung
dll); ~ bisul membedah bisul; ~ perut membedah perut; 3.
menebang pokok dll utk membuat jalan, merentas, merintis; ~ jalan
membuat jalan dgn menebang pokok-pokok dll; 4. merosakkan
(membuka pagar dll), menembusi rintangan;
peretasan perihal (proses, perbuatan dsb) meretas: ~ benang pd
jahitan yg silap itu masih dilakukan;
peretas orang yg meretas, alat utk meretas.
retat Kl; meretat memukul dgn belakang tangan.
retek (réték) I Mn; meretek gementar, menggigil.
retek (réték) II Kl, Tr bersama, getek, juga; saya nak pergi ~ saya nak
pergi bersama (juga).
retet (rétét) Jk; beretetan 1. berderet, beruntun-runtun; 2. berbunyi
mendedas (mesingan);  rentet.
reti bp mengerti, tahu: dia tak ~ bercakap Melayu;  erti.
retih I; meretih berbunyi spt bertih direndang (daun-daun basah dibakar
dll), mendedas.
retih II; meretih berbintik-bintik pd kulit (peluh dll), berbutir-butir.
retik I Kd; meretik; tak ~ tidak berani bergerak (berbuat apa-apa), takut
benar.
retik II Kl; meretik merecik (air dll).
retikulasi (rétikulasi) susunan, corak dsb yg berjalin-jalin spt jaring:
sistem perparitan ~.
retikulum (rétikulum) (Bio) 1. jalinan halus protoplasma sel; 2. perut
kedua pd haiwan ruminan yg banyak menyimpan air utk digunakan
dlm pencernaan.
retin daun terup yg bergambar potongan wajik, daiman.
retina (rétina) (Bio) lapisan mata paling dalam yg peka kpd cahaya.
retok (rétok) recok.
retorik (rétorik) 1. (Lin) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara
berkesan dlm penulisan atau pertuturan; 2. seni menggunakan atau
memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau
mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. pertuturan
atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau
muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar; 4. berkaitan
dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah
atau muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar: kita
tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan hanya bercakap
tentang cabang tanpa menyedari pokok sebenarnya sudah reput;
dia menyifatkan ucapan Belanjawan itu penuh isi dan tidak ~
selain bahasa mudah yg digunakan; soalan ~;
beretorik berpidato, berbicara dsb dgn menggunakan bahasa yg
muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguhsungguh)
yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi
pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh
bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn
teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh
rakyat.
retorsi (rétorsi) Id perbuatan membalas oleh sebuah negara (terhadap
negara yg menyusahkan perdagangan).
retort (rétort) bekas kaca yg bulat, dgn leher yg panjang tirus yg
membengkok ke bawah dan digunakan dlm makmal utk
penyulingan; kaki ~ sj tiang besi tempat radas-radas disokong dgn sj
penyepit berskru.
retribusi (rétribusi) hukuman atau balasan kerana sesuatu kesalahan,
dosa, dsb.
retroaktif (rétroaktif) mulai berkuat kuasa dr tarikh yg lalu, yg diundurkan
tarikh berkuat kuasanya (bkn undang-undang dsb): seseorang tidak
boleh didakwa mengikut undang-undang yg belum wujud ketika
jenayah itu dilakukan walaupun ada peruntukan ~ dlm undangundang.
retrogresif (rétrogrésif) bersifat berbalik kpd keadaan sebelumnya yg
lebih buruk (kurang maju, menurun dsb): langkah ~ yg boleh
menjejaskan kedudukan ekonomi negara bagi jangka panjang;
pandangannya yg ~ itu menimbulkan kebimbangan kpd
pergerakan wanita di negara ini.
retrospeksi (rétrospéksi) tinjauan kembali pengalaman atau peristiwa yg
lalu: golongan pertama menyelongkar semula nostalgia serta ~
lama.
retrospektif (rétrospéktif) meninjau atau mengenang kembali peristiwa,
dsb yg lalu.
retur IB, bp kembali; karcis ~ Id tiket kereta api dll utk pergi dan balik;
meretur mengembalikan, mengirim kembali: surat itu diretur kpd
pengirimnya.
retus Tr memetik (bunga, daun, dll): jangan ~ tangkai mempelam tu.
reumatik (réumatik) berkaitan dgn atau disebabkan oleh reumatisme:
demam ~.
reumatisme (réumatisme) (Ubat) penyakit yg dicirikan oleh radang dan
rasa sakit, terutamanya pd otot dan sendi.
reumatologi (réumatologi) cabang perubatan yg berkaitan dgn
reumatisme, artritis dsb, termasuklah punca, diagnosis dan
perawatannya.
revivalisme (révivalisme) gerakan atau kecenderungan utk menghidupkan
kembali adat (idea, gaya dsb) yg lampau: pendekatan ~
menghidupkan kembali gaya rupa silam dlm konteks reka bentuk
kontemporari.
revolusi (révolusi) 1. perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau
sistem sosial yg dilakukan secara radikal dan kekerasan, spt
rusuhan dan pemberontakan bersenjata: Angkatan 45 lahir sbg
pernyataan ~ Indonesia; 2. perubahan yg menyeluruh dan
mendadak, terutamanya dr segi cara berfikir, bertindak, dsb;
R~ Hijau gerakan utk meningkatkan hasil tanaman di negara-negara
sedang membangun melalui teknik pertanian moden, spt kesuburan
tanah, penggunaan jentera, kawalan penyakit dsb; ~ mental revolusi
fikiran, perubahan pemikiran secara menyeluruh;
berevolusi mengadakan revolusi;
merevolusikan mengubah sistem pemerintahan (sosial dll) dgn
kekerasan (cepat dll), membawa perubahan kpd sesuatu atau dlm
sesuatu bidang secara radikal (meluas, menyeluruh, dan cepat).
revolusioner (révolusionér) 1. bkn atau bersifat revolusi; 2. benar-benar
baru dan berlainan: kaedah ~ membuat kereta; idea-idea ~; 3.
orang yg menyokong revolusi;
kerevolusioneran perihal revolusioner.
revolver (révolver) sj pistol yg beberapa butir pelurunya disimpan di dlm
silinder yg berputar setiap kali tembakan dilepaskan.
rewak (réwak) I; merewak meluas, merata (khabar dll), menjalar,
merebak, merembet (kerusuhan, penyakit, dll).
rewak (réwak) II ark ada perkara yg hendak dikatakan (dikhabarkan).
rewan (réwan) ark pilu, rawan: terbang mengawan segala ~.
rewang (réwang) I; merewang 1. tidak tetap atau selalu berubah-ubah
(tempat, fikiran, dll): di sebelah petang ~lah cikgu singgah ke
mana-mana; angan-angan dan jalan fikirannya panjang ~; 2.
oleng (perahu dll).
rewang (réwang) II; merewang merambang, merawak;  rawak.
rewang (réwang) III gotong-royong sbg persiapan menjayakan sesuatu
majlis (terutamanya majlis kenduri perkahwinan).
rewel (réwél) Jw 1. ada-ada sahaja yg dikatakan (diminta dll), suka
membantah, susah menurut, banyak mulut (bicara): orang tua yg ~;
tukang ~ orang yg banyak mulut (cakap); 2. susah mengerjakan dll
sesuatu, tidak berjalan dgn lancar (mesin dll), berabai, recok;
kerewelan perihal rewel (kerecokan, kerusuhan, kesukaran,
percecokan).
rewet (réwét) ark; merewet merembet.
reyok (réyok) Kl tidak betul kedudukan (sesuatu benda), senget.
reyot (réyot) I Jk sudah rosak benar dan hampir roboh: kerusi tua yg
sudah ~.
reyot (réyot) II  reyok.
rezeki Ar 1. segala sesuatu yg dikurniakan oleh Allah utk keperluan
rohani dan jasmani, mis makanan, ilmu dsb; ada nyawa (umur) ada
~ selama masih hidup tentu mendapat makanan; itu bukan ~ saya
itu bukan utk saya (makanan dll); memberi ~ a) memberi makanan
(nafkah); b) membawa keuntungan (kemujuran); 2. ki pendapatan,
penghasilan, pencarian (wang dll utk sara hidup); kehilangan ~
kehilangan mata pencarian; mencari ~ mencari makan, mencari
penghidupan (dgn berusaha dll); mendapat ~ a) mendapat makanan
(penghidupan dll); b) mendapat untung (laba), mujur; putus ~
kehilangan pencarian; 3. peluang utk beroleh makanan dll,
keuntungan, perolehan; bukan ~ bukan habuan (untung) seseorang;
dekat ~nya cepat (mudah) mendapat untung; jauh ~nya sulit (susah)
mencari untung; kalau ada ~ kalau ada wang (habuan, kemudahan,
untung); mudah-mudahan dimurahkan ~nya mudah-mudahan
banyak (mudah) mendapat keuntungan dll; naik ~nya semakin
bertambah keuntungannya; orang makan gaji, umur panjang ~
beragakkan Mn orang makan gaji, umur panjang tetapi
perolehannya terhad; pembahagian ~ pembahagian keuntungan dll;
perebutan ~ perebutan keuntungan dll;
~ batin sesuatu yg berfaedah utk batin, makanan rohani (jiwa); ~
harimau ki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis; ~
jangan ditolak untung jangan dibuang (dibiarkan terlepas); ~ mahal
susah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan; ~ mata
sesuatu yg sedap dipandang; ~nya meninggi mendapat keuntungan
tidak dgn bersusah payah; ~ merendah semua yg diusahakannya itu
menguntungkannya; ~ murah selalu mendapat keuntungan tidak dgn
bersusah payah; ~ yg halal pendapatan dll yg halal (bukan dgn
penipuan dll); ~ elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang
(burung pipit) prb semua orang ada kemujurannya masing-masing,
keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain;
merezekikan memberikan rezeki: mereka tidak direzekikan dgn
gugur syahid di medan jihad.
Rh simbol kimia bagi rodium.
RI kep Republik Indonesia.
ria I 1. gembira, girang, riang, sukacita: ia cukup ~ menerima ijazahnya;
bersuka ~ berseronok-seronok, bersuka-suka; 2. ramai atau riuh
(oleh suara orang bersuka-suka, berseronok-seronok, dll);
~ gembira tersangat ria; ~ riuh ramai bersuka-suka;
beria-ria bergembira, bersenang-senang, berseronok-seronok,
bersuka-suka;
meriakan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan,
menyukakan: mengapa pula dia tidak dapat ~ hatinya?
keriaan perihal ria (kegembiraan, kegirangan, keseronokan,
kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan
kepedihan.
ria II Ar  riyak.
ria III (Geog) sj teluk kecik (serokan) yg panjang yg terbentuk akibat
drpd penenggelaman lembah di pinggir laut yg disebabkan oleh
kenaikan aras laut: ada sebuah pinggir laut yg mengandungi ~,
teluk dan tanjung tinggi.
riadah I Ar amalan kerohanian utk mengawal hawa nafsu, mis berpuasa,
mengamalkan amalan sunat dsb.
riadah II Ar 1. gerak badan, senaman; 2. segala kegiatan yg dilakukan pd
waktu lapang utk menyihatkan badan dan fikiran (spt bersenam,
bermain, dsb), rekreasi;
beriadah 1. melakukan latihan gerak badan (senaman), bersenam;
2. melakukan riadah (rekreasi), berekreasi.
riadiah, riadiat ark; ilmu ~ ilmu pasti.
riah riyak.
riak I 1. gerakan air yg mengombak (di permukaannya), gerakan air yg
merupakan bulatan (kerana batu jatuh di air dll), ombak kecil: dia
merenung ~-~ air tempat jatuhnya batu itu; angin laut bertiup
sepoi-sepoi bahasa, pohon-pohon kelapa melambai-lambai riang,
~-~ kecil berlari di gigi air; 2. getaran (gerakan) udara: ketika hari
terang dan panas terik ternampaklah ~-~ udara; 3. ki gerak-geri
yg menandakan ada sesuatu yg terkandung dlm hati, gelagat: maka
Hitam terentap ke muka Deraman, sinar matanya tidak
menimbulkan ~; ada ~-~ yg menunjukkan kedua-dua orang itu
mempercayai kata-kataku; ~ gelombang gelombang radio; ~ ikan
kocakan air yg disebabkan oleh ikan; ~ mua Kl a) gelombang kecilkecil;
b) tingkah laku yg kebudak-budakan (bersifat kebudakbudakan);
~-remiak beriak-riak (air);
beriak, beriak-riak, meriak 1. bergerak-gerak mengombak (air,
udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun
menerima hukuman itu, ia tenang, setenang air danau yg tidak ~;
udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata
memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita
itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki
ada gelagatnya (yg menunjukkan kandungan hatinya): perasaan
benci ~ di mukanya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak
penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya
kosong (kepalanya).
riak II dahak.
riak III ark  riyak.
rial 1. = ~ batu sl sj mata wang: baginda bertitah menyuruh ambil tiga ~
batu diberikan kpd tok mudim; 2. wang: maka oleh Bendahara
apabila Tun Biajid bersalam, disuruhnya ikut pd seorang
hambanya iring jauh-jauh membawa ~; 3. ukuran berat yg
besarnya 1/2 tahil (kira-kira 20 gram): emas tiga ~; 4. Kl ringgit; 5.
unit mata wang utama Iran dan Oman;
bak kambing rega se~ prb perihal orang yg tidak senonoh
kelakuannya (tidak tentu kedudukannya, bercakap ke sana sini dgn
cakap yg tidak ada ertinya); jikalau tiada ~ di pinggang, saudara
yg rapat menjadi renggang prb jikalau sudah miskin, orang pun
tidak menyukai kita lagi.
riam air terjun yg rendah, cegar;  jeram I.
rian ukuran benang yg besarnya 1/16 tukal.
riang I sangat gembira, girang hati, suka hati: anak-anak sedang menari
dan menyanyi dgn ~; ~ gembira suka dan gembira; ~ hati girang
(senang) hati, suka hati, sukacita; ~ ria riang gembira;
beriang; ~ hati = beriang-riang bersuka-suka, bergembiragembira,
bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan
bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap sesuatu ada
hingga batasnya;
meriangkan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan
hati;
keriangan 1. = ~ hati perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan; 2.
berasa riang, berasa sangat gembira: Salina ~ melihat gelagat Si
Bulat;
periang (orang yg) selalu riang: ia seorang yg ~ dan peramah.
riang II = meriang; ~ semangat berasa pening-pening, berasa gamang;
badannya meriang dia agak demam;  meriang I.
riang III Kd, Pn tenaga, kuasa; tak ada ~ lagi tidak ada tenaga lagi (tidak
larat lagi), sudah lemah; reng III.
riang IV Kl, Tr senget sedikit, reyok.
riang V; ~ batu sj tumbuhan (herba), Begonia isoptera; pokok ~ hutan sj
tumbuhan (pokok memanjat), carik merah, Vitis japonica; akar
asam ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang, akar yangyang,
akar kerayang, Vitis hastata.
riang-riang I; biawak ~ sj biawak yg besar, Varanus salvator.
riang-riang II sj serangga yg sayapnya lut sinar (yg jantannya berbunyi
bising dan nyaring pd waktu senja).
riang-riang III 1. sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras), Ploiarum
alternifolium Melch; 2. sj tumbuhan (pokok renek), iang-iang, kayu
kuat, keriang, Archytae vahlii; ~ gelugur sj tumbuhan (pokok
renek), pakan paya, Fagraea racemosa; rumput ~ sj tumbuhan
(rumpai), Themeda gigantea Hack.
riap perihal bertambah-tambah besar (binatang, kanak-kanak, dll);
meriap menjadi bertambah besar (bertambah banyak): ~ anak-anak
kayu di kebunnya.
rias I hati batang pisang: maka baginda pun mengerahkan rakyat
berkotakan ~.
rias II Jk hias; kaca ~ cermin utk berhias; kamar (ruang) ~ bilik tempat
berhias diri; tukang ~ tukang menghias (pengantin);
berias berhias (diri), berdandan, bersolek;
merias menghiasi; ~ mata menghiasi mata (dgn celak dll); ~ rambut
mengandam rambut;
riasan hiasan.
riayah Ar naungan, penjagaan: kekuatan rohani, iaitu rakyat beriman kpd
Allah, rakyat di bawah pemerhatian Allah, dan di bawah ~-Nya.
riba I = ribaan pangkuan: anak yg kecil itu
duduk di atas ~ ibunya;
beriba duduk di atas riba (pangkuan);
meriba memangku: isterinya ~ anaknya.
riba II Ar 1. bunga berganda yg membebankan, yg diharamkan oleh
Islam; makan ~ a) hidup dgn membungakan wang; b)
membungakan wang dgn bunga yg tinggi, menghisap darah; 2. ark
pelepas wang, ceti; tukang ~ ceti.
ribak riba (bunga wang).
ribang ark rindu.
ribatat Ar pertalian (keluarga dll).
riboflavin sj vitamin B kompleks yg terdapat di dlm sayur-sayuran hijau,
ikan, susu, hati, ginjal, telur dsb dan kekurangannya boleh
menyebabkan penyakit pelagra.
ribu bilangan sepuluh kali seratus; empat ~ 4000;
seribu 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; dgn ~ daya
dgn bermacam-macam daya; diam (membisu) ~ bahasa diam sama
sekali; membuat (mengangkat) langkah ~ lari dgn bersungguhsungguh
(kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; retak ~ a) retak yg
banyak lagi kecil-kecil (pd pinggan dll); b) sj corak batik Malaysia;
menyeribu; ~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu
hari seseorang meninggal;
perseribu dibahagi seribu; satu ~ satu dibahagi seribu 1/1000;
beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang;
meribu sl beribu-ribu: meratus cermin di kaki, ~ cermin di
pinggang;
ribuan 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin
mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~
manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan
pertunjukan kebudayaan.
ribu-ribu sj tumbuhan (paku-pakis), selada, Lygodium scandens;
~ besar = ~ gajah sj tumbuhan (paku-pakis), Lygodium flexuosum;
~ bukit = ~ duduk sj tumbuhan (paku-pakis), akar sidin, paku jari
merah, Lygadium circinnatum; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek),
Anisophylla scortechinii.
ribut I 1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg
merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan kerpasan,
yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado;
hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin
ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak
terkawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan
bom; ~ pasir angin kencang di padang pasir yg menyebabkan
kepulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg disertai guruh
dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin kencang yg
sangat sejuk dan disertai salji; ~ tenggara ribut dr arah tenggara; ~
taufan angin ribut;
tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebabnya maka
terjadi sesuatu perkara;
beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~.
ribut II 1. banyak yg harus dikerjakan, sibuk sekali, hibuk: entah apa yg
diserukan, ia tidak mengerti, kerana ia terlalu ~ utk menangkapi
kata-kata itu; buat ~ buat sibuk, pura-pura sibuk; 2. bising, gaduh,
hingar, huru-hara, ramai, recok, rusuh: mereka ~ malam kelmarin
kerana kehilangan wang; di pelabuhan sangat ~ bunyi berbagaibagai
gerobak dan sorak pekerja; 3. marah-marah, mengamuk: ~,
kelam-kabut, bertunda-tunda, sedang sepak terajang, tinju tampar
berdambun-dambun bunyinya;
meributkan 1. menjadikan ribut, mengacaukan, menggemparkan;
2. menimbulkan huru-hara (gaduh dll), merusuhkan;
keributan 1. kesibukan, kegiatan (kerja): ~ di jalan raya sungguh
memeningkan kepala; 2. kegemparan, kekacauan, kekecohan,
kekecokan, kerusuhan: soal yg ditimbulkannya itu telah
mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda;
peribut pengacau, pengganggu (keamanan), perusuh.
ricau; mericau 1. berkicau (burung dll), menggericau; 2. banyak mulut,
cerewet, berleter, berceloteh, mengoceh, meracau;
pericau orang yg suka mericau (berleter, berceloteh, dsb).
ricetit (ricétit) (Kim) bijih yg mengandungi plumbum dan uranium.
ricih; mericih menghiris, menyayat;  rincih.
ricis; mericis meracik;  rincis.
ricu campur aduk, kacau, kalut, kusut;
kericuan perihal ricu, kekacauan, kekalutan.
RIDA akronim bagi Rural and Industrial Development Authority
(Lembaga Kemajuan Perusahaan dan Kampung).
ridan sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat papan dll), Nephelium
maingayi.
ridap; meridap Sb (dlm keadaan) tertidur atau terlelap dgn mata terpejam
dan tidak sedarkan diri buat seketika kerana penat.
riddah Ar perbuatan keluar drpd agama Islam, sama ada melalui
perbuatan, perkataan, atau niat.
Ridhwan malaikat yg menjaga pintu syurga.
riding 1. sl sj jaring besar (utk menangkap kijang dll); 2. sl kayu-kayu
kecil (anak-anak kayu) di pinggir-pinggir hutan dll: maka diintai
oleh Badang dr balik ~.
ridip sirip di belakang ikan.
ridwan Ar 1. rela; 2. berpuas hati.
riel unit mata wang Kampuchea.
rigai Mn tinggi lampai, tinggi kurus, panjang dan ramping.
rigap I Pr cekap dan pantas (kerja): ~ spt lipas kudung.
rigap II, rigat Kl tangkap, igap, igat.
rigi-rigi Mn gerigi;
berigi-rigi bergigi tajam pd tepinya (spt gergaji), bergerigi,
beringgit-ringgit: ia mempunyai rahang-rahang yg ~.
rih Ar angin.
rihal  rehal.
rijalulghaib Ar wali Allah yg tidak kelihatan pd mata kasar manusia
biasa.
rijil IB, bp nyata, sungguh: dlm renungan, bisa dilukiskan kejadiankejadian
yg ~ dgn tidak merosakkan suasana renungan.
rikaz Ar bahan galian spt bijih emas, perak dan minyak: zakat ~; undangundang
~ undang-undang mengenai bahan-bahan galian (spt minyak
dan bijih).
riket (rikét) sj penyakit yg disebabkan kekurangan vitamin D (biasanya
dialami semasa bayi dan kanak-kanak) yg mengakibatkan tulang
menjadi lembut dan seterusnya bengkok (spt pd kaki pengkar).
riketsia (rikétsia) sj mikroorganisma parasit drpd genus Rickettsia yg
hidup dlm tisu tungau, sengkenit dan artropod lain, dan boleh
menyebabkan penyakit tifus dsb pd manusia.
rikuh Jw malu-malu, canggung, segan-segan.
rim I kuantiti kertas yg berjumlah 480 helai (biasanya kertas tulis) atau
500 helai (biasanya kertas cetak).
rim II IB, bp tali pinggang drpd kulit.
rim III bingkai (drpd besi) tempat memasang tayar motokar (basikal dll).
rima I bunyi yg sama pd huruf akhir atau kata akhir dlm sesuatu rangkap
(spt dlm gurindam).
rima II (Ast) rekahan yg kelihatan di permukaan planet atau satelit.
rimas 1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dll:
kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai
pakaian kebangsaan, ~ kata mereka; 2. tidak senang hati, gelisah
hati: perkataan itu seolah-olah utk menyenangkan hatinya sendiri
yg berasa ~ bergelap begitu;
merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang,
dll), mengganggu (fikiran), merunsingkan: ia disuruh memakai
pakaian yg ~; berita buruk yg diterimanya itu ~ kepalanya;
kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati.
rimau I bp harimau.
rimau II; rumput ~ sj tumbuhan (pokok renek), keman, Mimosa pudica;
susu ~ sj tumbuhan (kulat), Polystictus rhinocerotis.
rimba hutan besar (yg belum pernah dibuka manusia); hutan ~ berbagaibagai
hutan;
~ dara rimba (hutan) yg masih terpelihara spt keadaannya yg asli
(tidak terganggu oleh kerja-kerja pembangunan dsb); ~ raya
(belantara) hutan yg sangat besar;
merimba menjadi rimba, spt rimba: jelatang yg ~ kecil di tepi
tubir.
rimbas 1. sj alat utk menarah kayu, penarah kayu, beliung, patil; 2. sj alat
utk menyiangi tanaman dll, tajak;
merimbas 1. menarah kayu dgn rimbas; 2. menyiangi rumput dll
dgn rimbas.
rimbat 1. kayu panjang pd bibir perahu, kayu palang pd pintu; 2. galah
kayu (buluh) panjang yg diikat pd turus (pancang).
rimbu ark rimba.
rimbuk Kd, bp tamparan, pukulan (yg kuat); kena ~ kena tampar (yg
kuat);
merimbuk menampar (dgn kuat).
rimbun 1. lebat daunnya, berdaun dan bercabang-cabang banyak: pokok
yg ~; pokok getah itu ~ semula; 2. lebat (rambut, bulu, dll), tebal
(rambut, bulu, dll); kepala ~ berambut banyak; 3. memakai atau
mempunyai banyak (alat, pakaian, dll): pakaian dan perhiasan
gadis itu telah ~; perahu yg ~ layarnya; suaminya itu tidaklah
orang terbuang melainkan ~ rampak dlm kaumnya, ada beradik
kakak;
merimbun 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu
yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~;
merimbunkan 1. menjadikan rimbun; 2. menjadikan banyak: dia
tidak akan berusaha ~ peninggalan ayahnya; didirikannya suatu
besi penghalang dan dirimbunkan bara api di bawahnya;
rimbunan 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm
~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah
itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon
rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ,
tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternampak;
kerimbunan perihal atau keadaan rimbun: ~ pohon-pohon di situ
tentunya menyediakan tempat berteduh yg sangat nyaman.
rimis Mn wang tembaga yg bernilai setengah sen, peser;
serimis setengah sen, sepeser: tidak berharga ~ tidak berharga
langsung.
rimpai C gimpal.
rimpang batang pokok dlm tanah (yg tumbuh mendatar dan bercabangcabang,
spt halia, kunyit, dll); jari ~ jari tangan (kaki) yg renggang
dan tidak teratur (searah).
rimpi pisang dll yg dikeringkan (dijemur atau disalai).
rimping; perimping yg di hujung sekali (orang, barang-barang).
rimpuh tidak ada tenaga lagi, kehabisan tenaga (lelah, letih, penat);
merimpuhkan menjadikan rimpuh, memenatkan.
rimpung terikat kakinya;
merimpung mengikat kedua-dua belah kakinya.
rimpus Pl mengikat keempat-empat kaki binatang (yg akan disembelih);
 rapus I.
rinai I Mn renai, renyai (hujan); hari ~ hari renyai, hujan rintik-rintik
(gerimis, rebas).
rinai II ark; merinai menyanyi kecil, bersenandung;
merinaikan menyanyikan atau melagukan (nyanyi dll).
rinci; merinci 1. memecahkan (membahagi-bahagikan) kecil-kecil,
menghuraikan kecil-kecil; soal yg rumit itu telah dapat dirinci telah
dapat dipecahkan; 2. menerangkan (memperkatakan, merancang,
dll) dgn menyebut bahagian yg kecil-kecil, menerangkan dll sampai
kpd perkara-perkara yg sekecil-kecilnya, memperincikan: ~
masalah negara;
perincian 1. pembahagian (pemecahan) dlm bahagian yg kecilkecil,
perincisan: jadual yg menunjukkan ~ perolehan dan
perbelanjaan dlm setahun; 2. huraian (tafsiran) sesuatu rancangan
dll: ~ rancangan pembangunan yg diterima oleh kabinet;
perinci orang yg merinci, alat utk merinci; jawatankuasa ~
jawatankuasa perancang.
rincih keratan (potongan, sayatan) kecil; ~-rancah segala maklumat
(terutamanya yg kecil-kecil) tentang sesuatu: semoga Midah
menemukan ~-rancah sejarah nenek moyangmu, selapis demi
selapis; harga ~ harga jualan sedikit-sedikit, eceran; perniagaan ~
ark perniagaan kecil (lwn perniagaan secara borongan);
merincih menghiris (memotong, mengerat, dll) kecil-kecil,
menyayat, meracik.
rincik 1. keratan (potongan, sayatan) kecil-kecil; wang belanja ~ wang
utk belanja perkara-perkara kecil (yg bermacam-macam); daging ~
daging yg dipotong halus-halus atau yg kecil-kecil; 2. baki, pinjul;
merincik memotong (mengerat) halus-halus (kecil-kecil): ~ pinang.
rincin  rincih.
rincis ark; merincis menghiris tipis-tipis, menyayat kecil-kecil, meracik,
merajang;
perincisan perihal merincis.
rincu, rincuh kacau;  rancu, ricu.
rinding I Jw sj alat bunyi-bunyian, genggong.
rinding II; merinding seram bulu roma, ngeri; merindingkan
menyeramkan bulu roma, mengerikan.
rindu I 1. ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dgn seseorang: ia
selalu ~ akan pakaian yg indah-indah; terlalu sangat ~ baginda
akan anakanda baginda; ~ akan kampung halaman; 2. = ~ berahi
= ~ dendam = ~ rawan perasaan sangat cinta atau berahi pd
seseorang: sayang sekali ~ dendam itu telah menyeksa hatinya;
melepaskan ~ mencurahkan perasaan cinta kasih; menanggung ~
menaruh cinta kasih;
merindu 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja
lagaknya; 2. bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana
rindu;
merindui mempunyai keinginan yg sangat kuat utk bertemu dgn
seseorang atau mendapatkan sesuatu dsb, yg sentiasa berada dlm
ingatan, kenangan dsb: orang tua itu ~ anak cucunya; saat itu aku
begitu ~ belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yg tidak
akan kutemui lagi di dunia ini; yg pastinya, mereka tetap ~
masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga;
rindu-merindui saling berasa rindu: tentunya mereka ~ ketika
berjauhan;
merindukan 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu,
menjadikan rindu: nyanyian yg merawankan dan ~ hati; 2. menaruh
rindu akan: spt pungguk ~ bulan;
rinduan 1. sesuatu yg dirindukan; 2. orang yg dirindukan, kekasih:
gadis tunggal ~nya dirampas orang;
kerinduan perihal rindu (rasa rindu, keinginan dan harapan akan
berjumpa, dll): ~ tidak akan ada lagi apabila mata bertentangan;
perindu orang yg menanggung rindu.
rindu II; perindu; buluh ~ a) sj tumbuhan (buluh), Bambusa magica; b)
sj seruling.
rindu III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok besar), Millettia albiflora.
ring I bunyi spt bunyi loceng (riang-riang dll);  dering I.
ring II IB, bp cincin, gelang-gelang; gelang ~ Id gelang tangan yg agak
tebal.
ringan 1. tidak berat, enteng: kayu ~; bungkusan yg ~ diangkat dgn
sebelah tangan; 2. senang dilakukan atau dijalankan (pekerjaan,
pembayaran, dll), mudah: pekerjaan guru bahasa bukanlah
pekerjaan yg ~; 3. tidak mendalam (kandungannya dsb), tidak
menimbulkan kerumitan atau kesulitan (kpd pembaca, pelajar, dsb):
akhbar dan majalah yg popular sering memuatkan cerpen-cerpen
yg bersifat ~; bahan-bahan bacaan ~; 4. tidak penting, tidak
mustahak, enteng, kecil, remeh (perkara dll): sikap permusuhan
antara kedua-dua negara itu tidak boleh dipandang ~; dikenakan
cukai yg ~; kesalahan ~ kesalahan yg kecil sahaja; perbualan ~
perbualan mengenai perkara-perkara remeh; najis ~ najis yg
memadai disucikan dgn hanya menjirus air sahaja (kencing anak
laki-laki di bawah umur dua tahun yg meminum susu ibunya
sahaja); 5. tidak terlalu (sangat), tidak berbahaya (penyakit dll),
tidak berat: akibat drpd pertempuran itu, beberapa orang
mendapat luka ~; 6. tidak memabukkan (minuman, tembakau, dll):
mereka menyajikan minuman ~; 7. ringkas dan tidak
mengenyangkan (bkn makanan), hidangan makanan yg tidak begitu
mengenyangkan (bkn jamuan): jamuan ~; 8. mudah, ringkas
(pakaian): ia berpakaian ~; 9. perlahan, rendah (suara dll): kalimat
itu diikuti oleh keluhan ~; ia melenggang ~ menuju ke daun pintu;
10. kecil-kecil, halus-halus, tidak lebat (hujan): kadang-kadang
rintik-rintik hujan yg berpanjangan itu turun dgn kasarnya,
kadang-kadang ~ pula; 11. cepat mengeluarkan buah (tanaman):
padi ~; pisang ~;
~ kaki suka berkunjung (melawat dll); ~ kepala mudah memahami
(mengerti) ajaran; ~ mulut (lidah) a) peramah, lancar, dan fasih
tutur katanya, suka bercakap; b) suka cerewet (banyak mulut); ~
tangan a) suka menolong, cepat berbuat sesuatu; b) suka
mengambil hak orang, gemar mencuri; ~ tulang rajin bekerja,
tangkas;
~ sama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ~ sejinjing
prb bersama-sama dlm suka dan duka atau sama-sama mengerjakan
sesuatu; ~ tulang berat perut prb siapa yg rajin bekerja, ia banyak
beroleh rezeki;
beringan-ringan sl meringankan;
meringani Mn; ~ datang dgn suka hati datang, sudi datang;
meringankan 1. menjadikan ringan, mengentengkan, memudahkan:
~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya keaslian
penulisannya dikekalkan; 2. = meringan-ringankan menganggap
ringan (mudah dll): ia sangat ~ agamanya; ia sengaja meringanringankan
hukum; penyakit yg berjangkit tidak boleh diringanringankan;
sembahyang tidak sekali-kali boleh diringanringankan;
3. ki mengurangkan (hukuman): merayu supaya
hukuman mati itu diringankan kpd penjara seumur hidup sahaja; ~
kaki sudi datang;
memperingan menganggap lebih ringan (lebih mudah, lebih tidak
bererti, dll): jangan engkau peringan ibadatmu kpd Allah;
keringanan 1. perihal ringan: ia meminta ~, meminta dikurangkan
bebannya; 2. terlampau ringan;
peringanan perihal meringankan.
ringga  rengga.
ringgi emping drpd padi yg masih lembut isinya;
beringgi, meringgi Kd buah padi yg sedang berisi (masih lembut
isinya).
ringgin; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Corex cryptostachys.
ringgis ranggas.
ringgit I 1. mata wang yg bernilai 100 sen: wang ~; R~ Malaysia (dgn
simbol RM) unit mata wang Malaysia, mis RM20.00 dan
RM320.00; 2. Id mata wang atau wang drpd perak yg bernilai 2.5
rupiah, digunakan pd zaman penjajahan Belanda;
beringgit-ringgit beberapa ringgit, banyak ringgit.
ringgit II gerigi atau rigi-rigi (pd tepi roda pemetik api dll);
beringgit, beringgit-ringgit bergerigi, berigi-rigi;
meringgiti membuat ringgit-ringgit (pd besi dll);
besi baik diringgiti prb perihal sesuatu yg sudah baik dibaiki lagi.
ringih; meringih meringkik.
ringin; sapu-sapu ~ sl sj permainan anak-anak.
ringis; meringis 1. menyeringai, mengernyih: ia ~ memandang kepadaku;
2. geronyot mukanya (kerana kesakitan dll); 3. bermuka masam
(kerana kecewa dll).
ringkai I kering benar (daun dll); ~ ringan kering serta ringan;
meringkai menjadi kering benar;
meringkaikan mengeringkan.
ringkai II; (pokok) ~ jernang sj tumbuhan (pokok kecil), kiru, pisangpisang
bukit, Mitrephora reticulata.
ringkas 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya
~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan
yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg
singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pendeknya; ~ tegas
= tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak
olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah
diajak berunding;
meringkaskan 1. menjadikan ringkas, menjadikan kecil supaya
tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke
dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan,
pembicaraan, dll), mengikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan;
ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan;
keringkasan perihal, keadaan atau sifat ringkas: pentingnya bahan
ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya;
peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~
barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil.
ringkat Br mangkuk tingkat, mangkuk tepen, siya.
ringkik bunyi kuda yg bunyinya kuat, langsing dan panjang, biasanya
apabila dlm keadaan ketakutan atau teruja;
meringkik berbunyi ringkik (kuda dll): seekor kuda ~ diiringi
uakan beberapa ekor lembu;
ringkikan bunyi kuda meringkik, ringkik: beliau berangkat
sendirian sambil menajamkan pendengaran kalau-kalau terdengar
bunyi ~ kuda.
ringking; meringking 1. mendengking, menyalak; 2. menengking,
memekik.
ringkuk; meringkuk 1. duduk (tidur dll) meromok: anaknya tidur ~ di
atas lantai; 2. mendekam (dlm penjara), terkurung, terpenjara:
setidak-tidaknya pembunuh itu akan ~ sepuluh tahun dlm penjara;
ringkukan; dlm ~ dlm tahanan (penjara).
ringkus Jk; meringkus 1. mengikat kaki dan tangan, mengikat kaki
binatang yg hendak disembelih; 2. bp menangkap, menahan,
membekuk (penjahat dll): tugas polis ialah memelihara keamanan,
~ penjahat, menangkap pencuri; 3. ki memakai (mencuri) barang
yg diamanahkan, menggelapkan.
ringsek Jk rosak dan kemik.
ringsing ark; meringsing berkerut-kerut: umur sudah lewat dan kulit pun
mulai ~.
rini Id setengah sen, peser, cepeng.
rinitis (Ubat) radang pd membran mukus hidung.
rinjing Jw sj bakul.
rinologi cabang perubatan yg berkaitan dgn hidung serta penyakitpenyakitnya.
rinoplasti (Ubat) pembentukan semula hidung, sama ada utk membaik
pulih kecacatan atau utk tujuan kecantikan secara pembedahan
plastik.
rinorea (rinoréa) (Ubat) lelehan mukus cair dr hidung.
rinoskop (Ubat) alat utk memeriksa struktur dalaman hidung.
rinoskopi pemeriksaan bahagian dalaman hidung utk mengesan penyakit
dsb dgn menggunakan rinoskop.
rinovirus (Bio) kumpulan virus yg mengakibatkan selesema dan beberapa
penyakit saluran pernafasan.
rintang I; merintang terletak melintang: batang kelapa ~ di jalan itu;
merintangi 1. menggalang: Sungai Kelantan yg dirintangi betingbeting;
ada sebatang batang pinang yg ~ parit itu digunakan sbg
titi; 2. menghalang-halangi, menyukarkan (perjalanan dll): beberapa
faktor sosial yg ~ kemajuan kaum tani kita; 3. mengacau,
mengganggu, mengusik: usaha-usahanya digagalkan oleh
pemerintah kolonial, segala kerjanya dirintangi;
merintangkan meletakkan merintang, merintangi sesuatu dgn: polis
~ sekatan-sekatan di jalan;
terintang terhalang, terganggu;
rintangan sesuatu yg merintangi, halangan, gangguan: tiadanya
pendidikan yg mustahak ini akan menjadi ~ besar utk kanak-kanak
melanjutkan pelajaran;
perintang 1. sesuatu yg digunakan utk merintangi; 2. orang yg
merintangi.
rintang II 1. sedang melakukan sesuatu, asyik atau sibuk (melakukan
sesuatu): sekalian orang telah ~ dgn pekerjaan masing-masing; 2.
sangat suka (melakukan sesuatu, bermain, dll): ~ main; ~ madat;
merintang, merintang-rintang berbuat sesuatu utk menyenangkan
hati (menghilangkan susah, menghabiskan waktu, dll): mujur ada
pekerjaan penting yg ~ dia drpd fikiran kacau itu; dgn bekerja
berat, kesusahan dlm rumah dapat jua dirintang-rintang;
~ anak menghiburkan anak supaya jangan menangis dll; ~(-rintang)
fikiran menghilangkan rasa susah (dgn mengalih fikirannya kpd
perkara lain spt bekerja, bermain, dll); ~(-rintang) hati
menghiburkan hati; ~(-rintang) lelah (payah, penat) menghilangkan
lelah (dgn berbuat sesuatu); ~ (-rintang) mata menjamu mata (dgn
melihat benda yg indah-indah dll); ~(-rintang) waktu mengisi waktu
lapang dgn berbuat sesuatu;
perintang, perintang-rintang sesuatu yg dilakukan bagi
merintang-rintang (hati, fikiran, dll): mari kita menyanyi utk ~; ~
fikiran; ~ hati; ~ waktu (masa).
rintas; merintas melintas, memintas.
rintih I = rintihan 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan,
keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isterinya; 2.
kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan:
rintihan anggota kesatuan itu terhadap penindasan setengahsetengah
pihak majikan; 3. kesusahan hati, kesedihan: rintihan yg
dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan;
merintih 1. mengerang (kerana kesakitan dll), mengaduh,
mengeluh: di atas sebuah bangku, berbaring seorang laki-laki yg
sedang ~ kesakitan; 2. melahirkan perasaan susah (sedih),
mengeluh, mengesah: mereka selalu ~ kerana kesusahan; 3. sedih,
pilu (suara): janganlah ketawa hai anakku, katanya dgn suara ~;
merintihi melahirkan perasaan susah (sedih, kesal, kecewa,
dsb) terhadap sesuatu: ~ nasib malang yg menimpanya.
rintih II Kd; merintih memotong daun kelapa dgn menggunakan pisau,
parang, dll supaya daun terpisah drpd pelepah: ~ daun kelapa.
rintik 1. titik-titik pd dasar yg lain warnanya, bintik, korek: ~-~ putih pd
kulit; anak singa mempunyai belang serta ~-~ yg samar; kuda ~
kuda yg bulunya ada rintik-rintik; 2. titik (percik air dll), titis: ~
embun; ~ hujan; hujan ~(-~) hujan renyai, gerimis; bapa borek
anak ~ prb anak itu mengikuti kelakuan dll orang tuanya;
berintik, berintik-rintik berbelang kecil-kecil, berbintik-bintik,
kurik: kain tapak biru ~ hijau; merintik-rintik bertitik-titik,
menitis: embun mulai ~; peluh ~ di keningnya; air hujan masih
juga ~.
rinting sj tumbuhan (palma), kerinting, Ptychoraphis singaporensis.
rintis = rintisan jalan kecil dlm hutan (yg baru sahaja dibuat);
merintis 1. menerangi hutan (dgn menebangi kayu-kayuan dll) utk
membuat jalan: mereka dgn segera mengukur, ~, dan menebas
anak-anak kayu membuat lorong jalan; 2. memancang tanah yg
akan dibuat jalan: pekerjaan ~ jalan raya ke pedalaman itu eloklah
dilakukan oleh tenaga rakyat sendiri; 3. = ~ jalan pertama-tama
mengerjakan sesuatu, membuka jalan, mempelopori: galakan harus
diberikan kpd ahli-ahli sains Melayu utk ~ jalan supaya dapat
dilalui oleh anak-anak Melayu; perubahan-perubahan besar yg
dirintis oleh penghapusan faham feudal; 4. Kd menyiangi daun
drpd pelepah (batang dll): ~ daun rumbia;
rintisan 1. rintis; 2. jalan kecil yg merupakan sempadan antara
hutan yg sudah ditebas; 3. usaha yg pertama sekali (yg mula-mula);
perintisan perbuatan merintis: pengamatan tentang perwatakan
orang Melayu yg dilakukan oleh Raffles adalah satu ~ yg penting;
perintis 1. = ~ jalan orang dll yg pertama sekali mengusahakan
(mengerjakan) sesuatu, pembuka jalan, pemuka, penganjur: ~
kemerdekaan; ~ kemajuan sains dan teknologi; perusahaan yg
diberi taraf ~ perusahaan yg mendapat keutamaan dan perlindungan
kerajaan (tidak dikenakan cukai utk beberapa waktu) kerana
merupakan yg pertama dlm lapangannya; 2. Id pasukan polis
(tentera) yg bergerak dahulu atau yg membuat serangan yg mulamula.
rinyai Mn renai, renyai.
ripai Pr wang yg diturunkan secara berdikit-dikit oleh beberapa orang utk
membeli sesuatu benda yg mahal, wang pakatan;
meripai (berpakat) mengumpulkan wang berdikit-dikit utk membeli
sesuatu benda yg mahal.
riparian (Udg) 1. berkaitan dgn hak pemilik tanah yg sah di sisi undangundang
ke atas kawasan tebing sungai, mis hak utk menangkap ikan
dsb: hak-hak ~; 2. orang yg tanahnya terletak di tebing sungai.
ripau Br hampas sagu, tahi sagu.
riping Kl sepet.
ripit Mn kerepek pisang (keladi).
ripu, ripuh Jk 1. mengalami kesusahan (kerana sakit, ketiadaan wang,
dll); 2. banyak kerja, sibuk, repot; 3. kacau-bilau, tidak keruan,
ribut.
ripuk patah, pecah-pecah (remuk), rosak; runtuh ~ hancur sama sekali.
riri sr utk memanggil itik.
ririt Mn ark deret, leret.
risa 1. sj bincul pd kulit (spt kutil atau jerawat); 2. belulang (kulit yg
keras) pd tapak tangan dll.
risak ark; merisak mengacau, mengganggu, mengusik.
risalah Ar 1. surat edaran (siaran): siaran itu dikeluarkan dgn rasmi
melalui akhbar-akhbar dan beribu-ribu ~ yg ditaburkan; 2.
karangan (rencana) ringkas mengenai sesuatu perkara: diusahakan
buku-buku kecil atau ~-~ pengenalan tentang PBB; ~ ujian Id
karangan utk peperiksaan, disertasi; 3. sl yg diutuskan (surat,
utusan, dll), yg dikirimkan; menyebarkan (menyampaikan) ~
menyebarkan (menyampaikan) seruan agama (rasul-rasul);
risau I jahat perangai (suka berbuat honar dll); orang ~ orang yg jahat;
merisau hidup tanpa aturan, hidup liar, berkeliaran, bertualang:
iaitu asalnya juak Yang Dipertuan Muda jua, kemudian pergi
meninggalkan dia lalu pergi merisau-risau mengikut raja lanun
itu;
perisau orang risau, orang jahat (buruk perangai atau kelakuannya).
risau II 1. = ~ hati rusuh hati, cemas, gelisah: jangan ~ dan bimbang;
jangan-jangan mereka ~ saya lambat balik ni; 2. huru-hara, tidak
aman, gaduh, kacau, ribut, rusuh: pembangunan negara tidak dapat
berjalan lancar selagi masih ada ~ dan kacau;
merisaukan 1. mengacau (keamanan, ketenangan, dll),
mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan
(hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran):
beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg
mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang
sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh
bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan;
risauan sesuatu yg merisaukan, gangguan (keamanan dll);
kerisauan perihal risau, kekacauan, kerusuhan (hati), kecemasan,
kegelisahan: perkara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi punca
~ fikiran kita;
perisau 1. orang yg selalu risau, pencemas, perusuh; 2. pengacau,
pengganggu (keamanan dll).
RISDA akronim bagi Rubber Industry Small Holders Development
Authority (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan
Getah).
risi Jk 1. berasa geli (tidak senang); 2. ki berasa tersinggung
(perasaannya).
risik I; merisik meraba-raba atau mencari-cari sesuatu: dlm gelap itu, ia
~ suis lampu.
risik II = risikan 1. usaha (dgn diam-diam) utk mengetahui sesuatu,
penyiasatan yg dilakukan dgn sembunyi-sembunyi, pengusutan: ~-~
damai telah dibuat melalui Bangkok; drpd ~ yg dibuat, ternyata
kekuatan musuh lebih besar drpd yg dijangka semula; 2.
keterangan (bukti) yg diperoleh secara rahsia: ia mendapat ~
bahawa rancangannya telah diketahui orang;
merisik 1. menyelidiki atau menyiasat dgn sembunyi-sembunyi
(bersulit-sulit): setelah beberapa lama ~, ia mendapat kepastian
bahawa orang yg dirisik itu hanya seorang musafir; 2. (mengirim
orang) menyiasat berjaya atau tidak pinangan, mengirim orang utk
meminang: dia menyuruh saya ~ Wan Mahani anak Pak Haji...;
maka ~lah ibunya di kampung mencari gadis yg baik utk menjadi
isterinya;
perisikan perihal (kegiatan dsb) merisik: pengarah ~;
perisik orang atau jabatan yg tugasnya merisik (mencari
keterangan, dll dgn sembunyi-sembunyi): pegawai ~; polis ~.
risik III 1. gerisik; 2. bisik: ada pula ~-~ yg mengatakan ia sudah
berkahwin semula;
berisik berbisik-bisik;
merisikkan 1. menggerakkan (daun dll) hingga menggerisik; 2.
membisikkan (memberitahukan dgn berbisik-bisik): kononnya
ketua-ketua tentera itu merisik-risikkan hendak perempuan muda.
risik IV; berisik bising, riuh;  berisik.
risiko 1. kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat
bahaya atau kerugian: seorang sahaja yg menanggung ~
perniagaan ini; mengambil ~ melakukan sesuatu tanpa
mempedulikan kemungkinan-kemungkinan bahaya; 2. akibat atau
hasil yg kurang menyenangkan (drpd sesuatu tindakan dll), padah:
mogok itu senang tetapi ~nya besar;
berisiko mempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan,
pelaburan, dll).
risoto (ERT) sj masakan Itali drpd nasi yg dimasak dgn bahan-bahan spt
daging, ikan dan tomato.
ritau ricau, racau.
riti Kl; rata-~ ke mana-mana;  rata I.
ritma 1. urutan proses semula jadi yg berulang dlm sela masa yg tetap:
kiraan ~ dapat membantu jika pusingan haid anda tetap, namun
kaedah ini tidak boleh diamalkan jika anda mengalami pusingan
haid yg tidak dapat diduga; ~ denyutan jantung; 2. IB irama: salah
satu hasilnya ialah ~ drama yg teratur dan agak halus; manakala
~ pula merupakan alunan yg teratur dan berulang-ulang sehingga
menghasilkan kepuitisan puisi itu;
beritma berirama: gerak-geri yg ~.
ritual 1. tatacara dlm upacara keagamaan, adat, dsb; 2. bkn tatacara dlm
upacara keagamaan, adat, dsb.
ritualisme amalan menggunakan ritual dlm majlis keagamaan dsb.
ritul Id pemindahan (pegawai dll) kerana tidak sesuai dgn tugas dll.
ritus IB upacara agama.
riu = riu-riu sj ikan darat, Laides hexanema.
riuh I bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dll): suara di dapur orang
sebelah masih ~; mulut ~ bp bercakap banyak (kuat), suka
bercakap; ~-rendah sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk;
meriuhkan menjadikan riuh, membisingkan, menggemparkan:
suara kanak-kanak menjerit lebih ~ lagi suasana;
keriuhan perihal riuh, kebisingan, kegemparan: orang dapat
merasakan kehadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan
parti-parti kerana ~nya mengganggu orang sebelah; tiba-tiba
berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja.
riuh II sj tumbuhan (pokok kecil), berombong, kurau, merombong, tulang,
Timonius penducularis.
riuk terpulas, tergeliat, terpelecok, terpelekok: capik ~; patah ~.
riung sj tumbuhan (rumput), buluh terberau, tebu salah, Saccharum
arundinaceum; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput perimping
(tempayang), Themeda villosa.
rivet (rivét) (Kej) pasak (paku) utk menyambung dua keping logam
(bahagian yg tidak berkepala dimasukkan melalui lubang dlm
kepingan-kepingan itu dan kemudian diketuk);
merivet menyambungkan kepingan-kepingan logam dll dgn
menggunakan rivet.
riwayat Ar 1. cerita (berita, kisah) yg turun-temurun: pd suatu ~, orang
tua yg berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang; 2. keterangan
atau berita tentang perbuatan (perkataan dll) Nabi yg disampaikan
oleh isterinya (sahabat-sahabatnya dll) sbg satu nas: mendahulukan
yg kanan drpd yg kiri tidak diwajibkan dlm mengerjakan wuduk,
mengikut ~ Ibni Umar; disunatkan berwuduk terlebih dahulu
sebelum mandi wajib kerana sunah Nabi, menurut ~ drpd Aishah;
3. sejarah (kejadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku), tambo:
buku ~ perjuangan Nabi; 4. = ~ hidup keterangan (huraian,
penjelasan) segala sesuatu yg telah dialami oleh seseorang, biografi;
menamatkan (menghabiskan) ~nya a) menghabiskan kisahnya
(sejarahnya); b) bp membunuh atau membinasakan; 5. Id (dlm
agama Kristian) khutbah;
beriwayat 1. bercerita, berkisah; 2. mengandungi ciri-ciri sejarah,
bersejarah, sangat penting (peristiwa, kejadian, tempat, dll yg harus
diingat dll); hari ~ hari bersejarah (hari sesuatu peristiwa penting
terjadi); 3. Id (dlm agama Kristian) berkhutbah;
meriwayatkan 1. menceritakan, mengisahkan: dgn novel, diertikan
karangan panjang yg ~ kehidupan sesuatu watak atau beberapa
watak dlm masyarakat; 2. memberitahukan, menerangkan,
menyampaikan: hadis yg diriwayatkan oleh Muslim;
periwayat 1. orang yg meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita;
2. orang yg meriwayatkan hadis;
periwayatan perbuatan (proses) menghuraikan riwayat hidup
seseorang: ~ hidup Raja Kecil.
riyak (sifat atau sikap) suka menunjuk-nunjukkan amal ibadah atau
sesuatu kebaikan dgn tujuan mendapat pujian atau sanjungan drpd
orang lain, bukan kerana Allah;
meriyakkan menjadikan riyak.
riyal unit mata wang utama Arab Saudi, Qatar dan Yaman.
rizab sesuatu yg diperuntukkan atau disimpan khas bagi sesuatu tujuan
tertentu pd masa yg akan datang, simpanan; hutan ~ hutan simpanan
(yg dikawal); tanah (kawasan) ~ tanah simpanan (yg dikhaskan) utk
satu-satu tujuan (golongan) yg tertentu;
~ kerbau lembu kawasan yg ditentukan oleh kerajaan hanya utk

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama