SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Tuesday 27 September 2011

Daftar Kata Huruf S

s huruf yg ke-19 abjad Rumi.
sa I 1. huruf keempat abjad Arab (mempunyai nilai 500); 2. huruf keempat
abjad Jawi.
sa II Kd mentang-mentang, kerana ... maka ...: ~ dia kaya, bukan main
sombong lagi.
sa III Kl mencuri.
saadah, saadat Ar 1. bahagia, kebahagiaan; 2. yg berbahagia, yg mulia.
saat 1. masa yg sangat pendek: se~ duduk, baginda pun berangkat
masuk; 2. waktu yg panjangnya 1/60 drpd satu minit, detik: seorang
laki-laki berjalan dua meter se~; 3. ketika, waktu: kami menunggu
~ tibanya.
saba; bersaba sl bercampur, bergaul, berkunjung;
menyaba selalu mendatangi, melawat-lawat.
Sabah negeri di Malaysia yg terletak di timur laut Borneo, keluasan 73
711 km2, Kota Kinabalu sbg ibu negeri, Negeri Di Bawah Bayu;
kesabahan bkn sifat kenegerian seseorang yg berasal dr Sabah.
sabak I Mn 1. muram, suram (muka dll): menangis berbiji-biji ~; 2. redup
(hari atau cuaca), mendung;
menyabak menangis.
sabak II 1. dapur tempat memasak nasi ketika diadakan kenduri:
datanglah orang-orang negeri itu membuat ~, membuat balai,
berbagai-bagailah permainannya; 2. dapur tempat memasak nira;
menyabak memasak nira (utk membuat gula).
sabak III digenangi air, sebak.
sabak IV Jw batu utk membuat papan batu.
saban tiap-tiap: peraduan belia diadakan ~ minggu;
saban-saban setiap kali, sebentar-sebentar, sekejap-sekejap.
sabang; layar ~ layar kecil pd perahu yg kecil-kecil.
sabar 1. betah menahan penderitaan (kesakitan, kesusahan, dll): segala
seksaan diterimanya dgn ~; 2. tidak terburu-buru, tenang: ia
menanti dgn ~ ketibaan suaminya; ~ itu separuh drpd iman;
bersabar = ~ hati bertenang (fikiran, perasaan, dll), bersifat sabar:
“ceritalah segera,” desak Noor Hamidah seolah-olah tidak dapat
hendak ~ lagi;
menyabarkan 1. menahan kesusahan (kesedihan, kemarahan, dll)
dgn sabar, menenangkan perasaan (fikiran dll): maka marahlah ia,
akan tetapi masih disabarkannya lagi; ~ hati menahan hati (marah
dll); 2. menahan orang (lain) drpd marah dll, meredakan perasaan
orang yg sedang marah dll, membuat orang bersabar: Abang Mat ~
ibuku yg di kemuncak kemarahannya;
tersabar sanggup atau boleh bersabar: Mak Haji tidak ~ lagi
hendak mendengar berita itu;
kesabaran perihal sabar: mengajar membaca muzik
berkehendakkan ~, ketekunan, dan kepandaian guru;
penyabar 1. orang yg sabar; 2. sabar: isteri yg ~ itu hampir tidak
pernah kering air mata.
sabasani sl sj tumbuhan yg spt ular rupanya.
sabat I; menyabat memukul dgn tali atau cemeti, menyebat; sebat I.
Sabat II, Sabbat (hari) Sabtu bagi orang Yahudi.
sabatikal (di universiti-universiti tertentu dsb) tahun (penggal, jangka
masa) yg bebas drpd mengajar yg diberikan kpd pensyarah
(pengajar) utk tujuan melanjutkan pelajaran, membuat penyelidikan,
dsb.
sabayon (ERT) pencuci mulut yg pekat dan manis, yg mengandungi
kuning telur, wain putih, gula dan perisa.
sabda bh kata Allah (nabi, raja, orang besar-besar), titah: maka ~ rasul
Allah, adapun namamu Sultan Muhammad;
bersabda berkata, bertitah: undang tidak dua kali ~ , lembaga
tidak dua kali berkata;
mensabdakan mengucapkan, menitahkan: hadis yg disabdakan
oleh Rasulullah.
sabdu tanda utk menyatakan bunyi berangkap (dlm tulisan Arab), tasydid.
sabel I sj mamalia bertubuh kecil yg terdapat di kawasan Artik,
mempunyai bulu hitam atau perang gelap yg bernilai tinggi, dan
digunakan utk membuat pakaian spt kot dsb, Martes zibellina.
sabel II IB pedang.
saben Idsaban.
sabet Id sabat.
sabi sl sj baju kemeja.
sabil 1. = ~ Allah, sabilillah, sabilullah jalan kpd Allah; 2. = perang ~
perang utk mempertahankan agama Islam, jihad; mati ~ mati dlm
menunaikan tugas agama (naik haji, perang sabil, dll).
sabit I 1. sj pisau yg melengkung (utk memotong padi, rumput, dll); 2.
(bentuk) melengkung spt sabit; bulan ~ bulan sehari (bulan baru);
menyabit memotong (padi, rumput, dll) dgn sabit: orang tua itu
sedang ~ di bendang; ~ kelapa mengait kelapa dgn sabit;
menyabitkan menyabit utk: petang itu dia ~ ayahnya rumput utk
lembu ternakan mereka;
penyabit 1. pisau yg digunakan utk menyabit, sabit; 2. orang yg
kerjanya menyabit: ~ rumput.
sabit II Ar sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan
sesuatu kesalahan (jenayah dsb): apabila ~ kesalahannya di sisi
kadi, maka berhaklah isteri itu menuntut nafkahnya; jika ~
kesalahan, dia akan dipenjarakan;
bersabit berkaitan (dgn), berhubungan (dgn): segala hal ehwal yg ~
dgn tanah mestilah didaftarkan di dlm buku ini;
mensabitkan 1. menentukan dgn pasti berdasarkan bukti (atau
membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah: kesalahan itu telah
dapat disabitkan; 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas
seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu
kesalahan (jenayah dsb): keterangan saksi pendakwa adalah tidak
mencukupi utk ~ semua yg tertuduh;
sabitan (keputusan) hukuman bersalah ke atas seseorang setelah
didapati sah atau terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah
dsb): anak guamnya juga akan kehilangan jawatan sbg pengarah
syarikat berikutan ~ itu; Mahkamah Persekutuan hari ini meminda
~ kesalahan mereka drpd mengedar dadah kpd memiliki sejumlah
kecil kanabis.
sabitah ark bintang tetap.
sabot IB 1. perbuatan memusnahkan harta benda musuh dll (utk
mematahkan gerakan mereka); 2. perbuatan menggagalkan sesuatu
usaha dll;
menyabot 1. memusnahkan barang-barang musuh dll (utk
mematahkan usaha mereka); 2. menggagalkan sesuatu usaha dll;
penyabotan perbuatan menyabot;
penyabot orang yg menyabot.
sabotaj 1. perbuatan memusnahkan harta benda musuh dll semasa
pertelingkahan politik; 2. perbuatan menggagalkan sesuatu usaha
dsb, perbuatan khianat: syarikat itu terpaksa menghadapi pelbagai
~;
mensabotaj menggagalkan atau merosakkan aktiviti lawan dll,
mengkhianati: kita harus mengutamakan Bahasa Kebangsaan, dan
tidak sebaliknya cuba ~ Bahasa Kebangsaan itu dgn memperkukuh
bahasa Inggeris;
pensabotaj orang (pihak) yg melakukan sabotaj, pengkhianat:
akhirnya kegiatan ~ itu dapat dikesan.
sabotir IB; menyabotir menyabot, mensabotaj.
Sabtu hari ketujuh dlm seminggu, selepas hari Jumaat.
sabugalit mineral yg mengandungi kira-kira 54% uranium.
sabuk ikat pinggang yg dibuat drpd kain (sutera dll), bengkung: maka
diurainya ~nya, diikatkannya pd pinggang Tun Menida sekerat.
sabun I sj bahan pencuci pakaian (badan dll) yg diperbuat drpd lemak dan
soda;
~ basuh sabun yg digunakan utk membasuh (pakaian dll); ~ mandi
(wangi) sabun yg harum baunya utk mandi;
bersabun memakai sabun: kami mandi tidak ~;
menyabun 1. mencuci dgn sabun; 2. menjadi spt sabun;
penyabunan (Kim) proses penghasilan sabun drpd lemak melalui
pemanasan lemak dgn alkali.
sabun II (warna) putih atau putih kekuning-kuningan;
anjing ~ anjing yg putih bulunya; orang ~ orang yg balar kulitnya;
sakit ~ sakit kencing nanah.
sabun III; buah ~ sj tumbuhan (pokok), buah lerak, Sapindus rarak.
sabung adu, laga (ayam, lembu, dll): di gelanggang ~ terlalu gegak
gempita sorak tempik sekalian juara;
~ selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi prb berserah
kpd nasib (untung-untungan); biar alah ~ asalkan menang sorak
prb biar harta habis asalkan hati puas;
bersabung 1. beradu, berlaga (ayam dll), bertarungan, berlawan; ~
ayam mengadu ayam; ayam ~ ayam berlaga; 2. ki bertarung,
berlanggaran (ombak, kilat, petir, dll); kilat ~ kilat berlanggaran;
ombak ~ ombak berlanggaran; 3. ki bertemu (mata, pandangan):
kedua-duanya tersenyum manakala pandangan mereka ~; angin
berputar (bersiru) ombak ~ prb perkara yg amat sulit;
menyabung 1. mengadu, melaga (ayam): ia asyik dgn ~ dan
berjudi saja; 2. ki menggadai, mempertaruhkan (nyawa dll):
penghidupan yg berbahaya itu bererti ~ nyawa; ~ untung a)
menyerah pd nasib; b) membawa nasib;
sabung-menyabung berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak,
kilat, dll): maka berbunyilah guruh petir, kilat ~;
menyabungkan melagakan, mengadukan, mempertarungkan: beta
hendak ~ ayam biring nenek itu;
tersabung 1. selesai diadu, sudah diadu; 2. tidak sengaja diadu; ~
akan itik (induk ayam) prb tidak tepat dgn dugaan semula (kecewa);
sabungan yg disabung, yg diadu, aduan; ayam ~ ayam laga; spt
ayam ~ prb sangat dimanjakan;
persabungan 1. perihal bersabung, perlagaan, perlawanan; 2.
tempat menyabung, gelanggang;
penyabungan perbuatan menyabung;
penyabung orang yg menyabung: maka ~ pun terlalu ramai, bunyi
sorak orang pun bergemuruh.
sabur 1. = ~ limbur bercampur baur (kerana orang terlalu ramai dll), tidak
keruan, haru-biru: maka di dlm ~ itu disendal oleh kepetangan itu
keris Tun Bija Sura; 2. = ~ limbur tidak begitu terang, samarsamar;
menyabur 1. masuk di celah-celah orang banyak, masuk bercampur
dgn orang banyak; 2. menyamar diri di kalangan musuh;
sabur-menyabur kelam-kabut, serbu-menyerbu: maka Yamtuan
Muda pun mangkatlah di situ sebab kerana ~ orang beramukamuk
itu;
menyaburkan 1. menjadikan kelam-kabut (tidak keruan, berkacaubilau,
dll); 2. menjadikan samar-samar (kabur, tidak terang),
menyuramkan.
sabut I kulit yg berserat (kulit nyiur, pinang, dll);
bongkok ~ (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll);
tali ~ tali yg dibuat drpd sabut; untung ~ timbul untung batu
tenggelam prb kalau ada untung baik, diperoleh baik dan begitu
juga kebalikannya (untung-untungan).
sabut II; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput buah, rumput cicih,
Daemonorhops hystrix.
sad (sOd) 1. huruf ke-14 abjad Arab (mempunyai nilai 90); 2. huruf ke-15
abjad Jawi.
sad Ar ark tembok, alangan.
sadah Mn kapur sirih; termakan di ~ prb kesal hati kerana tertipu; sedah.
sadai; bersadai berbaring santai (orang di pantai, buaya di tebing sungai,
dll), terletak di tempat yg lebih tinggi (perahu yg tidak dipakai),
terdampar;
menyadaikan meletakkan perahu di tempat yg lebih tinggi;
tersadai 1. terbaring belunjur (orang sakit dll): sudah seminggu ia
~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yg datang; 2. terletak di
tempat yg lebih tinggi (perahu), terkandas, terdampar: tinggallah
perahu yg dua buah ~ di atas batu; 3. Mn tidak laku (barangbarang
jualan, anak dara yg tidak dipinang orang, dll).
sadak I condong (tiang dll), miring, senget.
sadak II 1. Jw sekapur sirih (yg akan dimakan); 2. Mn kapur sirih, sadah.
sadal IB  sadel.
sadang; pintu ~-sading pintu bertirai ke pelaminan.
sadap 1. Kd sj alat yg hulunya lebih panjang drpd hulu sabit, digunakan
utk memotong rumput; 2. = pisau ~ pisau pemotong (penoreh dll)
utk mengambil air atau getah drpd pokok: dikeluarkan ~nya,
disadapnya anggur itu;
menyadap 1. mengeluarkan air drpd pokok dgn memotong
(menoreh) bahagian-bahagian yg tertentu; ~ kelapa mengambil nira
dgn memotong mayangnya; 2. Id mengeluarkan darah dll dr badan
(dgn menggunakan pembuluh getah dll);
sadapan sesuatu yg disadap, hasil menyadap: ia sangat gembira
menerima hadiah ~ itu;
penyadapan perbuatan menyadap;
penyadap 1. orang yg menyadap: maka ada seorang ~ pergi
bermain ke laut; 2. alat atau perkakas utk menyadap (spt pisau
sadap dll); 3. Id pembuluh getah utk menampung air kencing.
sadar Ar 1. dada, depan; 2. pendahuluan.
sadariah Ar sj baju dalam (pakaian orang Arab).
sadarulkalam Ar pendahuluan (permulaan) cerita.
sadau I; menyadau menjolok sarang lebah.
sadau II ark; menyadau mendayung dgn tidak berhenti dgn dayung yg
panjang.
sadaya Jw sl semua(nya).
sadel IB tempat duduk pd basikal, pelana.
saderi sj tumbuhan yg daunnya boleh dimakan.
sadik I Ar benar, jujur (hati), lurus;
mensadikkan meluruskan.
sadik II Ar betul, benar: fajar ~.
sadin bp pura-pura tidak tahu, acuh tak acuh: gadis itu buat ~ apabila
ditegur.
sading I; pintu sadang-~; sadang.
sading II Mn sedang.
sadir sj garam ammonia (NH4Cl) berhablur (digunakan dlm bateri kering
dll).
sadis 1. suka atau bersifat menyakiti atau menyeksa orang dr segi fizikal
atau mental utk mendapat keseronokan atau kepuasan: memang ada
lelaki ~ yg mendapat kepuasan seks dgn mendera pasangannya;
jenaka itu begitu ~ bagi Zura; 2. tidak mengenal belas kasihan,
kejam: kelihatan penuh ~, burung hering itu menyiat-nyiat
mangsanya; 3. orang yg suka menyakiti atau menyeksa orang utk
mendapat keseronokan atau kepuasan, orang yg melakukan
sadisme.
sadisme perlakuan memuaskan nafsu dgn menyakiti (menyeksa) orang
lain.
sado Id sj kereta beroda dua (yg ditarik oleh kuda).
sadu I sl terbaik, termulia; ~ perdana sangat baik.
sadu II sj tumbuhan (pokok), rambu, Melia indica.
sadung; menyadung melanggar (merempuh dll) dgn kaki;
tersadung terlanggar (terempuh) dgn kaki, terhantuk.
sadur lapisan (salutan) logam yg nipis pd logam lain, sepuh;
~ elektrik sadur yg dibuat dgn elektrik; ~ timah sadur drpd timah;
sbg ~ menimbulkan senam prb kelihatan keadaan yg sebenarnya;
bersadur bersalut atau berlapis (logam);
menyadur 1. menyalut (melapis) dgn logam (emas, timah, dll),
menyepuh: kasa dawai dibuat drpd dawai besi yg disadur dgn
timah; 2. mengarang atau mengolah kembali cerita dll yg isinya
diambil drpd cerita lain: hingga sekarang pun masih ada
pengarang yg ~ cerita-cerita drpd bahasa asing; 3. mengolah
kembali (hasil penyelidikan dll), mengikhtisarkan; laksana barang
yg disadur prb tidak tahan uji;
saduran 1. sesuatu yg disadur (emas dll), sepuhan, lapisan (emas
dll); 2. ki cerita yg isinya (pokoknya) diambil drpd cerita lain:
terjemahan berbeza drpd ~; 3. hasil pengolahan (drpd penyelidikan
dll), ikhtisar;
penyaduran perbuatan menyadur;
penyadur 1. alat utk menyadur; 2. orang yg menyadur (meniru dll):
seringkali ~-~ dgn sengaja atau tidak sengaja menyimpang drpd
naskhah asalnya.
saf baris, lapis;
bersaf-saf berderet-deret, berlapis-lapis: maka segala orang yg
duduk di balai semuanya turun berdiri ~.
safa Ar bersih, putih: masjid Baitur-Rahman pun disalut oranglah dgn
kain putih ~.
safan Ar; ~-safa habis licin sama sekali, melawas: dgn sesaat itu juga
rimba yg besar itu habis ~-safa spt padang yg maha luas.
Safar Ar bulan yg kedua dlm tahun Hijrah; mandi ~ upacara mandi utk
menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah
tidak diamalkan lagi kerana amalan ini bertentangan dgn hukum
Islam).
safari ekspedisi utk melihat atau memburu binatang-binatang buas; taman
~ kawasan tanah yg luas dan berkepung tempat binatang buas hidup
berkeliaran bebas, dan boleh dikunjungi orang ramai yg menaiki
kenderaan dlm kawasan itu.
safi Ar bersih, murni, suci, tulus hati.
safih Ar bodoh, gila, pemboros.
safil, safilin keji (orang dll).
safron koma-koma.
safsaf Ar ark tandus (tanah, padang), tidak bertanaman.
saga I 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya merah bulat-bulat kecil), a)
Adenanthera pavonina; b) Adenanthera bicolor; ~ gajah sj
tumbuhan (pokok), jering tupai, Pithecellobium ellipticum; akar ~
sj tumbuhan (pokok memanjat), Abrus precatorius; akar ~ molek sj
tumbuhan (pokok memanjat), akar perah bentak, Lettsomia
maingayi; 2. penolong timbangan (emas);
spt ~ di atas talam prb kelakuan yg tidak tetap; yg merah ~ yg
kurik kundi prb yg indah dan yg baik ialah bahasa dan budi,
bukannya rupa; diuji timbang lebih se~ prb perbezaan yg amat
kecil.
saga II cerita rakyat (berdasarkan peristiwa sejarah) yg diceritakan turuntemurun
dan mengandungi fantasi.
sagai 1. sj ikan laut, cermin, Caroides armatus; 2. sj ikan laut, Ulua
mentalis.
sagang penyangga utk senapang (tombak dll), sandaran, topang;
menyagang 1. menyandarkan (senapang, tombak, dll) pd sagang; 2.
menopang dgn kayu dll yg dipasang condong;
tersagang tersandar pd sagang, tersandar dgn condong (senapang
dll).
sagar I ijuk kabung yg boleh dibuat kalam;
bersagar; anak ~ Mn anak yg selalu kena sakit, anak yg saudarasaudaranya
mati; orang ~ Mn orang yg tidak beranak (anaknya
selalu mati); ijuk tidak ~ prb keluarga yg tidak mempunyai laki-laki
yg disegani orang;
menyagar 1. melekatkan dgn sagar; 2. (menjadi) keras spt sagar.
sagar II ark sakar, gula.
sagat alat utk memarut kelapa, ubi kayu dsb, pemarut.
menyagat memarut (kelapa, ubi, dll);
penyagat sagat.
sage sej.
saghir Ar kecil atau muda (pangkat).
sagi segi.
Sagitarius lambang kesembilan dlm zodiak, yg berlambangkan sentora
sedang melepaskan anak panah.
sagu I 1. hati batang pokok palma (kabung, rumbia, dll); jika tak dipecah
ruyung di mana boleh mendapat ~ prb tidak akan tercapai sesuatu
maksud jika tidak mahu berusaha; 2. = tepung ~ tepung yg
diperbuat drpd pati hati batang rumbia dll; 3. = pokok ~ sj tumbuhan
(palma yg pati hatinya boleh dibuat tepung sagu), Metroxylon spp.;
~ belanda (betawi) sj tumbuhan (palma), Marantha arundinacea; ~
pisang hati batang pisang; ~ rendang (biji-biji) sagu yg kasar; ~
rumbia sagu yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia;~ tampin
pati sagu yg diperdagangkan; akar ~ paya sj tumbuhan (pokok
memanjat), akar urat-urat, bunga petaya, Dalbergia stercorea;
menyagu 1. membuat sagu; 2. bp menganji dgn sagu.
sagu II; ~ hati a) wang dll yg diberikan sbg ganti rugi: kerajaan telah
membayar ~ hati kpd tuan-tuan tanah yg membenarkan kerajaan
membina jalan raya di atas tanah mereka; b) ganjaran sbg
penghargaan: selama Din bekerja ini, pernahkah menerima bonus
atau ~ hati drpd syarikat?; hadiah ~ hati hadiah yg diberikan kpd
orang yg tidak menang (sbg penghargaan dlm sukan dll).
saguir Id tuak.
sagun sj makanan (kuih) yg diperbuat drpd tepung beras, kelapa, dan gula
(kadang-kadang dicampur telur).
sagun-sagun sagun.
sagur; perahu ~ perahu yg diperbuat drpd batang kayu.
sah 1. lulus pd sisi undang-undang (adat, hukum, dll), lwn batal (puasa,
sembahyang, dll): sudah berkali-kali ia meminta menjadi isteri yg
~; sembahyangnya tidak ~ kerana ia tidak bersuci; 2. benar, pasti,
nyata: jikalau ~ awan mengandung hujan, habislah basah
gerangan nenek; khabar yg ~ khabar yg benar;
mengesahkan 1. mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan:
beliau ~ ia akan berada di Tokyo selama empat hari; pembuangan
kamu telah disahkan oleh ketua pejabat; 2. memastikan,
menetapkan: kematian anak dlm kandungan itu dapat disahkan dgn
gambar X-ray; 3. mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn
menurunkan tandatangan dsb: Presiden Mahkamah Syariah boleh ~
saman itu utk disampaikan kpd pihak berkenaan;
kesahan perihal sah, sah tidaknya (sesuatu): negara-negara Islam
telah menjadikan persetujuan pihak yg berkahwin sbg syarat ~
sesuatu perkahwinan; ~ perbandingan ini tidak dapat dibuktikan;
pengesahan perbuatan atau hal mengesahkan: ~ tentang kehilangan
itu belum disiarkan lagi;
pengesah sesuatu (orang dsb) yg mengesahkan sesuatu.
sahabat 1. kawan, teman, taulan: drpd banyak seteru, lebih baik banyak
~; 2. pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi;
~ handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat
(baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena
sahabat menerusi surat sahaja;
bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, berkawan (dgn),
berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New
Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita;
bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat,
lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh,
baik berseteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat
dgn orang yg bodoh;
bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain;
mempersahabatkan memperkenalkan supaya bersahabat,
menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan);
persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu
erat sekali.
sahaja 1. yg satu-satunya, cuma, hanya, melainkan: tuan ~ yg dapat
menolong saya; 2. selalu (demikian), terus (demikian): ia mengeluh
~; 3. juga (demikian), juga (begitu): muzik sama ~ mustahaknya
dgn bahasa atau kesusasteraan; 4. barang ... pun, sebarang: apa ~;
siapa ~; di mana ~; bila ~; 5. dgn mudah, dgn senang:
disembelihnya ~ kijang yg tidak dapat berlari lagi itu; 6. -lah (sbg
anjuran), lebih baik: makan ~ apa yg ada; 7. sangat (utk
mengeraskan kata sebelumnya), sekali: mudah ~ mengalahkan
orang itu; 8. sememangnya, memang: ~ sebenarnyalah pekerjaan
spt titah duli tuanku itu; 9. sengaja, dgn niat sendiri: ~ aku
mengerjakan umrah dan ihram dengannya kerana Allah Taala; 10.
spt biasa (tidak ditambah-tambah): dgn mata ~ dapat dilihat
bintang itu; ~ bahasan prb sudah menjadi kebiasaan;
bersahaja, bersahaja-sahaja 1. sederhana (pakaian dll), tidak
ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa:
perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan
dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pengaruh
sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi
~ dan meyakinkan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat
hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan;
kebersahajaan sifat atau keadaan bersahaja: ~nya menyampaikan
ceramah itu menarik perhatian pendengar;
menyahaja sl melakukan sesuatu dgn sengaja: bukan disahaja
sebab akal budak;
menyahajakan 1. menyederhanakan, memudahkan; 2. melakukan
dgn sengaja;
kesahajaan perihal sahaja, kesederhanaan;
persahajaan perihal bersahaja; saja.
saham modal sah syarikat yg dicarumkan oleh pemilik, syer: ~ syarikat
telekomunikasi itu mendapat sambutan yg cukup besar drpd
seluruh pelabur;
~ mewah (Eko) saham bermutu tinggi yg dapat memberikan
pulangan dividen yg baik, biasanya saham syarikat yg besar dan
terkenal; pemegang ~ orang yg mempunyai saham sesuatu
perniagaan.
sahan sj pinggan besar.
sahang ark lada, merica.
sahap Mn penutup, penudung;
bersahap bertutup, bertudung;
menyahap menutup, menudungi.
sahara Ar padang pasir.
saharah ark sj peti.
sahaya 1. abdi, hamba; 2. kata ganti diri pertama, saya.
sahayanda sl yg diperhamba.
sahi I ark lalai.
sahi II ark sj air teh yg harum lagi keras.
sahib Ar 1. yg empunya; 2. kawan, sekutu.
Sahibul Fadilah Ar panggilan hormat bagi kadi besar atau orang yg
dihormati yg mempunyai kelebihan ilmu agama Islam.
sahibulhikayat Ar yg empunya cerita.
Sahibus Samahah Ar panggilan hormat bagi mufti: ~ Mufti Selangor.
sahifah Ar lembaran yg bertulis, muka surat (buku dll), naskhah bertulis,
dokumen; suhuf.
sahih pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima): rasa-rasa tu kenal juga,
tapi tak ~; diterima sbg bukti yg ~;
mensahihkan mengakui sahih, menjadikan sahih, memastikan;
kesahihan perihal sahih (benar, pasti, sah): mereka harus bersedia
menguji ~ semua rumusan dan pendapat mereka;
ketidaksahihan perihal atau keadaan tidak sahih;
pensahihan perihal mensahihkan sesuatu.
sahir Ar ahli sihir.
sahmura ark sl sj permata.
sahsiah Ar keperibadian, peribadi: yg utama ialah menuntut ilmu dan
melengkapkan proses pembinaan peribadi atau ~ sbg insan yg
terpuji.
sahur berjaga: makan ~ makan selepas waktu tengah malam sebelum
terbit fajar dlm bulan Ramadan (juga dlm bulan lain bagi orang yg
hendak berpuasa);
bersahur makan sahur: pagi itu saya tidak ~.
sahut balasan (kpd panggilan atau pertanyaan), jawab: “Apa, kak?” ~
perempuan itu;
bersahut berjawab, berbalas: laungan itu tiada juga ~;
bersahutan, bersahut-sahutan, sahut-menyahut berbalasan,
berjawab-jawaban: bunyi riang-riang rimba ~ dgn bunyi burung
hutan;
menyahut 1. menjawab (panggilan, pertanyaan, dll), membalas: ia
tidak ~ ketika disapa oleh temannya; saya ~ salamnya; 2. memberi
reaksi positif terhadap sesuatu (seruan, cabaran dsb): kita harus ~
seruan kerajaan itu demi kepentingan generasi kita yg akan
datang;
menyahuti menjawab akan, membalaskan: maka diam Tun Perak
tiada disahutinya kata Seri Amerta itu;
sahutan kata-kata utk menyahut, hasil perbuatan menyahut: ~nya
kedengaran begitu lemah;
penyahutan perbuatan menyahut.
sai (sa.i) Ar rukun dlm ibadat haji atau umrah, iaitu berjalan ulang-alik
menurut peraturan tertentu dr Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali;
bersai mengerjakan sai: orang yg uzur boleh ~ dgn diusung atau
berkereta sorong.
said lipatan pd pakaian (seluar, baju, dll) yg telah digosok (diseterika);
bersaid ada saidnya: sekarang dia memakai pakaian yg ~ .
saidani Ar ark Hassan dan Husain (kedua-dua cucu Nabi Muhammad
SAW).
saidi Ar tuanku; ya ~ ya tuanku.
saif Ar pedang.
saikad (Bio) tumbuh-tumbuhan tropika yg menyerupai palma, dan
mempunyai daun spt paku-pakis.
Sailan Sri Lanka, Ceylon.
sain bp 1. tandatangan; ~ terbang tandatangan tiruan (palsu); 2. kontrak:
abangnya bercakap tentang rancangannya selepas habis ~nya dgn
tentera;
menyain menurunkan tandatangan, menandatangani.
saing I 1. kawan, sahabat, teman: Wahilah ~ baik saya; 2. bersama-sama
(berjalan, bergerak, dll): angkat gelung yg ~ dgn gelung yg
ditinggalkan dahulu;
bersaing 1. = bersaing-saing berjalan (bergerak, dll) beriring-iring,
berjalan dgn arah yg sama: kedua-duanya pergi berdiri ~ di
hadapan sebuah cermin besar; 2. turut serta (dlm pekerjaan dll),
bersama-sama: berhentilah sebentar, aku hendak ~ berjalan; 3.
berdampingan: segeralah ia berangkat ke balai penghadapan,
setelah tiba naik duduk bersaing-saing dgn baginda; 4. sejajar,
selari: tiap-tiap mata jahitan ~ serong tidak bertentangan;
bersaingan bersamaan, bergandingan, beriringan: perindustrian
dan pembangunan kampung hendaklah berjalan ~;
menyaingi 1. mengiringi, menemani: kami sampai di lorong lain,
ramai orang yg ~ kami; 2. mengikuti, menyertai: perubahan drpd
pepejal kpd cecair dan gas disaingi oleh kesan-kesan haba yg
penting.
saing II banding, imbang, tanding: gadis yg hemat selalu mendalihkan
lamaran orang yg bukan ~nya dgn pelbagai helah;
sesaing Mn sebanding, sepadan, setanding;
bersaing, bersaingan atas-mengatasi, dahulu-mendahului,
berlawanan berlumba-lumba: orang-orang Melayu telah bergerak
hendak bangkit ~ dgn bangsa-bangsa yg maju;
menyaingi menandingi, melawan (atas-mengatasi dll): spt anak
dagang yg serba miskin cuba-cuba ~ orang terkenal;
saingan tandingan, lawan: Rusia dan China Komunis tidak lagi
mendapat ~ dr Amerika Syarikat dlm memberi bantuan ekonomi
kpd Yaman;
persaingan perihal bersaing, perlawanan (utk atas-mengatasi),
pertandingan: getah asli sekarang ini sedang menghadapi ~ yg kuat
drpd getah tiruan;
pesaing orang (pihak dll) yg bersaing(an): dlm era tersebut syarikat
perfileman Amerika telah menguasai hampir keseluruhan pasaran
dunia dan berjaya menangkis ~ lain.
saing III Mn taring;
saing-menyaing gigit-menggigit.
sains 1. ilmu pengetahuan yg teratur (sistematik) yg boleh diuji atau
dibuktikan kebenarannya; 2. cabang ilmu pengetahuan yg
berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia,
biologi, dll).
saintifik bkn sesuatu yg dilakukan menurut kaedah atau prinsip sains;
kesaintifikan keadaan saintifik: ~ sejarah hanyalah dlm aspek
penyelidikan dan pengamatan bukti sahaja.
saintis ahli sains.
sair I Ar  syair.
sair II Ar api neraka, neraka yg kelima.
sais pemandu, pengemudi; ~ pedati pengemudi pedati; ~ mobil Id ark
drebar;
menyais memandu, mengemudi.
sait sayat I.
saiz besarnya (kasut, baju, dll), ukuran besar (sesuatu);
bersaiz dgn saiz: dua keping gambar ~ poskad.
sajabp sahaja.
sajak I 1. persamaan bunyi pd suku kata (dlm syair, pantun, dll): ~nya
janggal, banyak yg tidak kena; 2. = sanjak ark puisi moden
(berbeza drpd pantun atau syair) yg digubah dlm bahasa yg indah
utk menyatakan fikiran (perasaan, pengalaman, dsb); ~ kabur sajak
yg tidak jelas maksud atau maknanya; 3. ark irama (lagu): ~
tarinya;
bersajak 1. bersesuaian bunyi suku kata (dlm pantun, syair, dll):
kata lengang ~ dgn kata awang; 2. berbentuk sajak (pantun, syair,
dll): cerita ~; 3. menyajak: sejak mula ~ dulu, sajaknya panjangpanjang;
4. mengungkapkan atau mendeklamasikan sajak: dlm
majlis itu, ada yg berpantun, ~ atau bersyair;
menyajak mengarang (menggubah) sajak: pengalaman ~;
menyajakkan 1. menjadikan bersajak (karangan), menyesuaikan
bunyi: kedua-dua rangkap itu dipilih utk ~ bunyi pepatah itu; 2.
mengarang dlm bentuk sajak;
persajakan perihal bersajak (menyajak), hal-hal yg berkaitan dgn
sajak: dia juga terkenal dlm bidang ~; ia membicarakan ~ Islam
benar-benar secara teoretis;
penyajak orang yg mengarang sajak, pengarang sajak, penyair:
seorang ~ menggunakan bunga-bunga bahasa utk mengindahkan
sajaknya.
sajak II segak (orang), bergaya, tampan (laki-laki), padan atau cocok:
sangat tampan Wan Derus dgn pakaian itu, nampak benar ~ Wan
Derus sbg seorang panglima; manis sikap dan ~;
bersajak ark padan, sesuai, cocok: mendapat isteri yg ~;
menyajak menghias (memakai dll) supaya kelihatan sajak: Norman
seorang pemuda Melayu yg sajak dan lawa, payah ditandingi dlm
~ badan;
penyajak orang yg suka menyajak (supaya kelihatan sajak).
sajang sl sj minuman keras, arak.
sajen (sajén)  Jw makanan dll yg dijamukan kpd hantu (orang halus dll),
semahan.
saji makanan yg telah dihidangkan (sedia utk dimakan): dibubuhnya ~ dan
dipasangkan setanggi; tudung ~ penutup hidangan;
bersaji sl menghidangkan makanan, menyediakan (mengatur)
makanan: maka Bendahara menyuruh ~ nasi akan memberi makan
segala orang banyak itu;
menyajikan 1. menghidangkan makanan: Mak Andeh masih sibuk
~ hidangan; 2. ki memberikan (karangan, hiburan, dll),
mempersembahkan, mengetengahkan: di samping cerpen-cerpen
asli, disajikan juga cerpen-cerpen terjemahan;
tersaji sedia disajikan, telah disajikan: mi yg ~ itu pun disudunya
dgn penuh selera; ini jelas terlihat pd sejumlah besar karya cerpen
yg ~ dlm antologi ini;
sajian 1. sesuatu yg disajikan, hidangan makanan; 2. persembahan
(cerita dll);
persajian perihal bersaji: upacara ~ korban;
penyajian 1. perihal (perbuatan dsb) menyajikan; 2. (ERT)
perkhidmatan membekalkan dan menyajikan makanan utk sesuatu
majlis;
penyaji orang yg menyajikan makanan dsb.
sajid Ar orang yg sujud.
sajidun Ar (jamak bagi sajid) mereka yg sujud.
sak IB 1. poket, saku; 2. karung, sumpit.
saka I pusaka.
saka II 1. leluhur drpd sebelah emak; ~ baka leluhur drpd kedua-dua
belah pihak (ibu dan bapa); 2. pangkat yg turun-temurun.
saka III tidak subur lagi (tanah), usang: padi tidak berapa jadi, tanahnya
pun sudah ~.
saka IV Jw 1. tiang seri (pd rumah), tiang ibu rumah; 2. ki penegak atau
pengukuh (negara dll).
saka V (Tani) jenis tumbuhan (kunyit dll) yg hidup semusim atau setahun
sahaja.
sakai 1. nama yg dipakai utk orang asli (pd umumnya); 2. nama utk suatu
kaum drpd orang asli, Senoi; penghulu ~ ketua orang sakai, tok
batin; 3. orang suruhan, hamba, pengikut: maka segala ~ biduanda
di perahu itu pun habis terjun.
sakal I; angin ~ angin yg bertiup dr haluan perahu.
sakal II pukul, bantai; kena ~ kena pukul; samun ~ menyamun serta
menganiaya;
menyakal memukul, membantai: aku mesti sakal kepala engkau
kali ini.
sakan Kd, Kl, Tr 1. banyak (barang dll); 2. teruk (penyakit), berat; 3.
lebat (hujan).
sakar I gula: nasi segantang, susu searai, dan ~ secupak.
sakar II  sakal II.
sakar III  saqar.
sakarat = sakaratulmaut Ar kesengsaraan yg dialami ketika menghadapi
maut.
sakarida (Bio) karbohidrat yg larut dlm air, berhablur, berasa manis, yg
terdapat dlm tisu hidup, mis glukosa dan sukrosa.
sakarin serbuk hablur putih, rasanya manis, digunakan sbg pengganti
gula.
sakat I sj tumbuhan (pokok menumpang), bendalu, pasilan;
~ batu sj tumbuhan (paku pakis), Cyclophorus adnascens; ~ bunga
sj tumbuhan (pokok menumpang), Agrostophyllum glumaceum; ~
hitam sj tumbuhan (paku pakis), paku wangi; ~ sarang langsuir sj
tumbuhan (paku pakis), Cyclophorus spp.; ~ tanduk rusa sj
tumbuhan (paku pakis), Platycerium spp.
sakat II; menyakat mengusik (supaya jadi takut, menangis, dll),
mengganggu: dulu suka juga saya ~ adik saya.
sakat III; menyakatkan meletakkan di tanah (perahu dll),
mendamparkan;
tersakat terletak di tempat yg tinggi (perahu dll), terdampar.
sakat IV Kl, Tr batas, had.
sakat V; suku-~ kaum kerabat.
sake (saké) (Jepun) sj arak yg diperbuat drpd beras.
sakhawat Ar kemurahan hati: dialah raja yg tinggi hematnya, dan amat
sangat pemurahnya dan ~nya.
sakhi Ar dermawan, murah hati.
sakhlat sj kain yg diperbuat drpd bulu domba (biri-biri dll); spt ~ bermuka
dua prb (orang yg) menduakan hati, tidak jujur.
sakhrat Ar batu (terutama yg terdapat di Baitulmuqaddis).
sakhsi Ar  syakhsi.
saki I sl kawan, teman.
saki II; ~-baki (segala) sisa.
saki III (Parsi) pelayan minuman.
sakin bp semakin.
sakinat Ar aman, damai, tempat yg aman dan damai.
saking Jk 1. oleh sebab, kerana: dia diam ~ bingungnya; 2. sebab sangat:
~ sengitnya tidak seorang pun berani masuk.
sakit 1. menderita sesuatu (spt demam, pening, dll) yg menyebabkan
seluruh tubuh atau sesuatu bahagiannya tidak segar, (berada dlm
keadaan) tidak sihat, uzur: tekaknya ~; adikku ~; 2. ki menderita
kesusahan (kesengsaraan, kesedihan, dll), sedih: kalau engkau
terlalu boros begini alamat ~lah hidup engkau nanti;
~ akal gila; ~ angau rindu akan kekasih (bkn orang dlm percintaan);
~ angin pasang-pasang sj sakit angin pasang-pasang yg
menyebabkan buah zakar laki-laki bengkak; ~ angin selenyap sj
sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan kemaluan laki-laki
tidak nampak; ~ angin taufan = ~ (maha)raja singa penyakit yg
berpunca drpd perhubungan seks (perhubungan kelamin) secara liar,
sifilis; ~ asabat sakit pd urat saraf; ~ baka beguk; ~ berat = ~ lasat
= ~ payah sakit yg teruk; ~ fikiran = ~ ingatan = ~ otak gila; ~
gajah = ~ gajah-gajahan elefantiasis, untut; ~ hati berasa sangat
tersinggung dan marah (kerana dihina dll); ~ jantung apa sahaja
penyakit yg ada kaitan dgn jantung; ~ jiwa a) sakit mental; b) bp
tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yg menekan jiwa; ~
kepala pening kepala; ~ kuning sakit yg menyebabkan tubuh
menjadi kuning; ~ mental tidak siuman fikirannya, sakit otak, gila;
~ menimpa sesal terlambat prb perbuatan yg terlanjur dan tidak
dapat diubah lagi; ~ perut, baharu tahu di liang lantai prb sesudah
mendapat kesusahan baru teringat akan yg perlu; ~ sama
mengaduh, luka sama menyiuk prb sama-sama bertanggungjawab;
apa boleh buat, biar ~ dahulu senang kemudian prb biarlah
bersusah-susah dahulu asalkan senang kemudiannya; lain ~, lain
diubat, lain luka, lain dibebat prb jawab yg bersalahan dgn soalan
(lain yg diminta, lain yg diberikan); tiada ~ makan ubat prb
menyusahkan diri sendiri;
bersakit, bersakit-sakit 1. berusaha benar-benar (utk memperoleh
sesuatu), bersusah payah: tidak akan dapat mencapai sesuatu dgn
tidak ~; 2. selalu sakit: sudah beberapa lama dia ~ sahaja; 3.
menderita kesusahan (kesukaran, kesulitan, dll): bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian;
menyakit mendatangkan sakit (sengsara, sedih dll): segala maki
hamun tidak ~ padanya;
menyakiti 1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll):
janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak
sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu
bininya sedang ~;
menyakitkan menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang,
dll), menyebabkan berasa sakit: hulu kikir yg bujur atau runcing
boleh ~ tangan ketika menggunakannya;
~ hati menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan
marah (kerana telah dihina dsb): Zarina ketawa seolah-olah
mengejeknya, ini ~ hatinya; ~ mata merupakan sesuatu yg sangat
buruk, tidak menyenangkan sesiapa yg melihatnya;
kesakitan 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun
terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup;
penyakitan, berpenyakitan selalu sakit-sakit, selalu menghidap
penyakit, sentiasa dihinggapi penyakit: anak yg berpenyakitan dan
tidak cerdas dan cerdik;
penyakit 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg
mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit
penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin
penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~
mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg
melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ sosial amalan atau
perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan
dadah dan tabiat melepak; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd
manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan
dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak
pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan
keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran,
rasuah, dll), sesuatu yg menyusahkan: pengangguran menjadi ~
dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg
berlaku dlm masyarakat; 3. ki, Id bangsat, sial (makian);
berpenyakit menghidap penyakit, selalu menghidap sesuatu
penyakit;
pesakitan Id 1. orang yg didakwa (dlm mahkamah): polis telah
menyilakan ~ masuk menerima hukumannya; 2. orang tahanan;
pesakit orang yg sakit, si sakit;
~ dalam pesakit yg dimasukkan ke dlm wad utk menjalani rawatan
penyakitnya; ~ luar pesakit yg hanya menerima rawatan di hospital
atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dlm wad.
sakral (Ant) berkaitan dgn atau utk upacara suci: unsur ~ atau magis
akan menyentuh jiwa atau semangat pendukungnya; kita harus
melihat bagaimana orang Barat menggunakan transformasi
bahasa seni bina ~ kpd seni bina lain di negaranya.
saksama 1. cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti: menjatuhkan hukuman
dgn ~; 2. tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil: inilah
raja yg adil lagi ~ pd zaman itu; mereka hendaklah menjalankan
pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dgn adil, ~, timbang
rasa, dan dgn tidak berperasaan pilih kasih; 3. berpatutan,
munasabah: sebilangan drpd majikan enggan membayar upah yg
~;
kesaksamaan perihal saksama (teliti, adil, dll), sifat saksama: ~,
kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim.
saksi orang yg mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh
memberi keterangan): siapa ~nya dlm perbicaraan tadi?; ada ~ku
yg kauambil barang itu; ~ ahli Id saksi yg dipilih kerana
keahliannya; ~ alibi Id saksi yg tidak melihat sesuatu peristiwa; ~
dusta Id = ~ palsu saksi yg diada-adakan (tidak benar);
bersaksi 1. mempunyai saksi, ada saksi: perbicaraan itu
dibatalkan kerana tidak ~; 2. menjadikan sbg saksi; ~ ke lutut prb
a) menjadikan sanak saudara sbg saksi; b) meminta pengadilan kpd
orang yg bodoh;
bersaksikan mempunyai seseorang sbg saksi: pernikahan itu ~ dua
orang saksi lelaki yg memenuhi syarat sbg saksi;
menyaksikan 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat
(menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu
bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~
permainan itu makin bertambah; konsep inilah yg telah
diterapkan, dan akibatnya
masih dapat disaksikan hingga ke masa kini;
mempersaksikan 1. memperlihatkan sbg bukti, membuktikan: dia
ingin ~ kebolehannya kpd rakan-rakannya; 2. memperlihatkan kpd
orang lain supaya menjadi saksi;
kesaksian keterangan yg diberikan oleh orang yg melihat
(mengetahui dll), bukti, kenyataan: sekiranya seseorang drpd saksisaksi
itu bertelingkah, maka ~ itu tidaklah sah;
penyaksian perbuatan menyaksikan;
penyaksi; ~ mata orang yg melihat sendiri.
saksofon sj alat muzik yg ditiup dan digunakan terutamanya dlm muzik
jaz.
saktah Ar tempat menghentikan bacaan (dlm al-Quran) seketika tanpa
menarik nafas, kemudian menyambung semula bacaan dgn nafas yg
sama.
sakti 1. = kesaktian kuasa yg di luar kemampuan manusia dll biasa (kebal
dll): masing-masing pun mencita ~nya pula lalu menjadi naga; 2.
menaruh hikmat, mempunyai kuasa ghaib, bertuah, keramat: keris
yg ~;
menyaktikan 1. menjadikan sakti; 2. melakukan sesuatu dgn sakti;
kesaktian, kesakti ark sakti: mereka mempunyai sifat-sifat ~ yg
tidak dapat ditandingi lagi.
saku I kocek (pd baju, seluar, dll), kantung; anak ~ kocek kecil; kamus ~
kamus yg dapat dimasukkan ke dlm saku;
menyakukan memasukkan ke dlm kocek (saku).
saku II Id ark; menyakukan mengasingkan;
tersaku terasing.
sakulus (Bio) struktur berbentuk kantung kecil bermembran yg
membentuk sebahagian telinga dalam.
sakur; buah ~ sj tumbuhan (pokok), nasi dingin, Xerospermum spp.
sakura sj bunga berwarna merah jambu atau putih yg mekar pd awal
musim panas di Jepun.
sal I 1. sj selendang (pembalut leher); 2. ark kain serban.
sal II Id, bp ruang (dlm rumah sakit, asrama, dll).
sala sj tumbuhan (pokok), Eurya japonica.
salad 1. sj tumbuhan (herba yg dibuat sayur), Lactuca sativa; 2. sj
makanan yg diperbuat drpd sayur-sayuran mentah (spt salad, timun,
tomato, dsb), selada; 3. = ~ buah-buahan campuran buah-buahan
yg dipotong-potong dan disejukkan.
salaf Ar generasi sahabat Nabi Muhammad SAW, tabiin dan tabi tabiin;
ulamak ~ satu drpd dua golongan Ahli Sunah Waljamaah yg hidup
300 tahun selepas Hijrah.
salafiah Ar mereka yg termasuk dlm golongan salaf.
salah I 1. tidak benar, tidak betul: dia boleh membezakan antara yg ~ dan
yg benar; jawaban kamu ~; 2. tidak tepat (sasaran, maksud, dll),
tidak kena: kakinya terkehel kerana ~ menendang bola; 3. tidak
baik, tidak layak, tidak patut, cacat, cela: Kolonel Farquhar itu
pergi ke Siak meminta tempat hendak membuat negeri di Tanjung
Jati, akan tetapi ~nya di sana apabila musim utara terlalu amat
besar ombaknya; ~ sedikit baginda tidak berputera sayang sedikit
baginda tidak berputera; 4. perbuatan yg menyalahi hukum (aturan
dll), perbuatan yg tidak patut (layak): itu ~nya sendiri; 5. =
bersalah berbuat sesuatu yg menyalahi hukum (aturan dll), berbuat
sesuatu yg tidak patut (tidak layak): lain yg ~, lain yg diseksa; dia
didapati ~ kerana bersubahat dgn musuh-musuh negara;
~ adat tidak mengikut adat, melanggar adat; ~ agak = ~ duga = ~
kira = ~ sangka tidak betul telahannya; ~ ambil silap mengambil; ~
ambilan silap mengerti; ~ anggapan keliru; ~ angkuh Mn tidak
patut pd pandangan orang; ~ asuhan tidak elok didikannya; ~
(sesat) air salah didikan (sukar utk diajar); ~ bantal berasa sakit pd
tengkuk atau leher selepas bangun drpd tidur; ~ bawa tidak betul
caranya mengamalkan sesuatu ajaran dsb; ~ bebal salah dan bebal,
kesilapan dan kekeliruan kerana kebodohan; ~ benang Mn a) silap
menenun sesuatu; b) sakit (badan); ~ besar kesilapan yg sangat
besar; ~ cakap kesilapan ketika bercakap (menyebabkan orang lain
sakit hati dll); ~ cerna sakit kerana tidak hadamnya makanan; ~
cetak kesilapan (yg dilakukan) pd waktu mencetak, ralat; ~ dengar
tidak mendengar mesej, berita dsb dgn betul; ~ dorong terlanjur
perbuatan; ~ duga silap menduga; ~ eja(an) silap mengeja; ~ faham
tidak mengerti hal yg sebenarnya (silap mengerti); ~ gamak salah
agak; ~ hati susah (sakit, mendongkol, dll) hati; ~ jalan tersesat; ~
kain terselak kain (sehingga mendedahkan kemaluan atau pangkal
paha); ~ kata tidak betul perkataannya; ~ kena tidak kena pd
tempatnya; ~ kira salah sangka, marah kerana salah mengerti; ~
laku kelakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika:
masalah ~ laku di kalangan pelajar yg merokok, menagih dadah,
mencuri dan bergaduh; politik wang merupakan suatu kegiatan ~
yg serius yg boleh merosakkan perjuangan parti; ~ langkah a)
silap melangkah; b) mendapat bencana dlm perjalanan kerana sial,
sial; c) silap (tidak dgn sepatutnya) memulakan sesuatu; d) buruk
perbuatan (maksud); ~ lihat = ~ mata = ~ pandang a) keliru
pelihatan; b) melihat dgn maksud buruk; ~ mengerti salah tafsir; ~
mulut terlajak kata, terlepas cakap; ~ orang a) bukan orang yg
dimaksudkan (kerana silap pandangan dll); b) bukan orang yg dapat
dipermain-mainkan orang lain; ~ paduk tidak sepadan (pasangan
suami isteri dll); ~ pakai silap memakai; ~ pandang menyangka
orang yg dilihat sbg orang yg dikenali (sebenarnya tidak demikian);
~ periksa a) silap memeriksa; b) berbuat sesuatu yg tidak layak; ~
piantan bukan waktunya; ~ pilih tersilap memilih; ~ raba a) tersilap
meraba; b) tuduhan (dakwaan) yg tidak tepat; ~ rasa a) perasaan yg
tidak menyenangkan (buruk), berfirasat buruk; b) tidak senang hati;
c) tidak tepat sangkaannya; ~ rupa (roman) Mn tidak layak pd
pandangan orang; ~ sedikit a) berbeza sedikit; b) = ~nya sedikit
sayang sedikit; ~ sangka tidak tepat sangkaannya, menyangka yg
tidak benar; ~ semat salah faham; ~ sendi tergeliat, terseliuh; ~-silih
bermacam-macam kesilapan; ~ tampa salah faham; ~ tanggap salah
mengerti, salah memahami (sesuatu); ~ tangkap a) silap menangkap
sesuatu atau seseorang; b) salah faham, salah mengerti; ~ tebak = ~
teka tidak benar telahan; ~ terima a) salah faham, salah mengerti; b)
berasa marah kpd; ~ timbang a) silap menimbang; b) berat sebelah
(menjatuhkan hukuman dll); ~ tingkah tidak senonoh (tingkah laku),
kurang sopan; ~ tubruk bp salah pegang; ~ urat terseliuh, tergeliat;
~ wisel Id, bp salah faham;
~ bunuh memberi balas, ~ cencang memberi pampas = ~ cencang
memberi pampas, ~ bunuh membangun = ~ cotok berkudung
paruh, ~ telan belah perut prb kesalahan mestilah dihukum menurut
kadarnya (menurut adat yg telah ditetapkan); ~ makan
memuntahkan, ~ tarik mengembalikan, ~ langkah surut kembali
prb kesilapan dlm sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera; jika
~ sebatang dicabut, ~ serumpun dibongkar, ~ separak dirambah
prb hukuman haruslah dijatuhkan setimpal dgn kesalahan; berani
kerana benar, takut kerana ~ prb bertindak kerana berada pd pihak
yg benar;
salah-salah 1. walaupun (sungguhpun, meskipun) salah: ~
dibebaskan juga; 2. jika tidak bernasib baik, jangan-jangan: ~
bersikap, takut akan tertuduh pula;
bersalah 1. melakukan sesuatu yg salah (spt melanggar hukum
dsb): jika aku yg ~, aku minta ampun; mereka menjatuhkan
hukuman bunuh ke atas orang yg ~; 2. ada salahnya, mempunyai
salah: sesiapa yg ~ lima, tidak akan lulus;
bersalahan 1. berbeza drpd, berlainan: tempat itu sungguh baik,
tiada ~ spt berita orang itu; 2. = bersalah-salahan bertentangan,
tidak sesuai, tidak bersefahaman, berbantah: jangan kamu beri
bercerai dan ~ ia dua bersaudara ini; menghukum seseorang
tanpa bukti yg nyata adalah ~ dgn hukum Allah; 3. Mn kurang
sihat (badan);
kebersalahan perihal (rasa, sikap dsb) bersalah: kadang-kadang
dlm penyaringan ini semacam terjadi ~;
menyalah 1. menyimpang (halanya), menyeleweng; 2. tidak
mengikut peraturan (undang-undang dll); 3. mengelak (tikaman dll),
menangkis: Raja Ngah pun memejamkan matanya lalu menerkam,
disalah oleh Bedurai; 4. Mn kurang sihat (badan);
menyalahi 1. tidak mematuhi peraturan (undang-undang dsb),
bersalahan dgn: adinda tiada mahu menyerangi tempat orang, ~
adat; unsur-unsur luar ini telah banyak ~ hukum morfologi; 2.
tidak menyetujui, membantah, menentang: Pateh itu orang besar,
siapa dapat akan ~ katanya; 3. tidak menepati (janji dll);
menyalahkan 1. menganggap salah: aku tidak mahu ~ sesiapa,
baik pun engkau; 2. menangkis (tikaman, pukulan, dll),
mengelakkan: ia pun melompat ~ tikaman orang itu; 3. menyangkal
(tuduhan dll), tidak mengakui;
mempersalahkan menimpakan kesalahan kpd, menyatakan
(seseorang dsb) bersalah: Kamallah yg harus dipersalahkan;
tersalah 1. tidak sengaja membuat salah, tersilap: jikalau ada apaapa
yg ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf;
menurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana
mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dlm sastera; 2. tidak tepat;
3. tertuduh (melakukan kesalahan dll), disalahkan;
ketersalahan perihal (atau keadaan) tersalah: ~ ini akan membunuh
seluruh generasi akan datang;
kesalahan 1. perihal salah (perbuatan salah, kesilapan): lebih baik
saudara mengaku sahaja ~ yg telah dilakukan itu; 2.
dipersalahkan, dianggap salah, mendapat salah;
pesalah orang yg didapati bersalah (kerana melanggar hukum dsb).
salah II; ~ satu (sebuah, seorang) satu antara dua atau banyak (buah,
orang, dll); ~ suatu = ~ sesuatu a) segala sesuatu; b) suatu antara
semuanya.
salah III; ~ nama sj tumbuhan (pokok), puki anjing, Cynometra
cauliflora;
akar ~ hutan sj tumbuhan (akar memanjat), akar larak, Fissistigma
fulgens; rumput ~ pemakai sj tumbuhan (rumpai), rumput janggut
kuau, Fimbristylis aestiralis.
salah ajar; menyalahajarkan mengajarkan sesuatu yg salah (tidak betul):
yg lebih malang lagi ialah bahasa Melayu disalahajarkan oleh
pihak yg tidak benar-benar mengetahui dan menguasai tatabahasa
bahasa Melayu.
salah faham tidak mengerti hal yg sebenarnya (silap mengerti);
menyalahfahamkan memberi pengertian yg salah, salah
mengertikan sesuatu, menyalahertikan: pihak-pihak yg tertentu
telah ~ pengumuman itu.
salah guna tidak menggunakan sesuatu (spt kuasa dll) sebagaimana yg
sepatutnya; ~ kuasa menggunakan kuasa dgn cara yg bertentangan
dgn undang-undang;
menyalahgunakan menggunakan sesuatu tidak spt yg sepatutnya
(dgn cara dll yg salah, tidak betul dll): kepercayaan yg diberikan
kepadanya telah disalahgunakan; ~ kuasa;
penyalahgunaan perihal (perbuatan dsb) menyalahgunakan
(sesuatu): ~ dadah; ~ kuasa; ~ tenaga dan kepakaran.
salah tafsir tidak betul atau silap tafsirannya, salah mengerti;
menyalahtafsirkan memberikan atau membuat tafsiran yg salah,
salah mentafsir: kebanyakan orang cenderung ~ kebudayaan sbg
kesenian dan adat resam;
penyalahtafsiran perihal (perbuatan dsb) menyalahtafsirkan: ~ dlm
hal agama Islam tidak sewajarnya berlaku.
salai; ikan ~ ikan yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; pisang
~ pisang yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api;
bersalai 1. sedang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; 2.
duduk di atas tempat yg agak tinggi dan di bawahnya terdapat bara
utk memanaskan badan (terutamanya bagi perempuan yg baru
bersalin): amalan ~ utk menghangatkan badan dan mempercepat
berkurangnya darah nifas dan mengecutkan rahim secara
perlahan-lahan telah hampir lenyap; bergantung tidak bertali, ~
tidak berapi prb perempuan yg mengandung di luar nikah;
menyalai 1. mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api:
ibunya sedang ~ daging tupai; getah itu dikerjakan terus sehingga
lahirlah getah yg berkeping-keping dan disalai di rumah asap; 2.
memanaskan badan dekat api (bagi perempuan yg baru bersalin); 3.
memasang lampu (damar dll): kemudian dian pula yg disalai;
tersalai (sedang) dikeringkan atau (diasapi) di atas api: ribuan
keping getah yg ~ di situ;
salaian 1. penyalai; 2. sesuatu yg disalai (diasapi) di atas api, hasil
menyalai (mengasapi) di atas api;
penyalaian perbuatan (kerja, proses) menyalai sesuatu (getah,
daging, dll);
penyalai perkakas (para-para dsb) yg digunakan utk menyalai:
dinyalakan apinya, dan ikan itu pun diaturnya di atas ~.
salajur Br (dgn) serta-merta, langsung: saya akan ~ menonton orang
bermain bola selepas kerja.
salak I bunyi (suara) anjing yg kuat: ~ anjing bersahut-sahutan di kiri
kanan rumah;
menyalak 1. berbunyi dgn keras (anjing), menggonggong: seekor
anjing akan ~ kalau ada musuh mendekatinya; 2. menggonggong
kpd: anjing itu ~ pencuri; 3. Mn tidak henti-henti meminta,
merenggek, merengek;
anjing ~, bukit takkan runtuh prb tidak akan rosak kebaikan
seseorang jika dicela oleh orang yg jahat; spt disalak anjing
bertuah prb tidak dapat ditolak (ditangguh) lagi;
salakan salak.
salak II sj tumbuhan (palma), Zalacca edulis;
~ hutan sj tumbuhan (palma), a) Zalacca affinis; b) Zalacca
conferta; c) Zalacca glaborescens; ~ kumbar = ~ ringan sj
tumbuhan (palma), Zalacca wallichiana; tinggal kelopak ~ prb
habis harta bendanya (tinggal yg ada di badan sahaja).
salam I 1. sejahtera (dlm kata majmuk), damai; 2. (pemberian) hormat,
(penyataan) hormat: baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai
membalas ~ rakyat baginda;
~ takzim salam dan hormat; berjabat ~ berjabat tangan; memberi ~
mengucapkan kata hormat (spt assalamualaikum dsb);
bersalam berjabat tangan: ia telah dikerumuni oleh orang-orang
yg ingin ~ dengannya;
bersalaman, bersalam-salaman saling bertukar salam (berjabat
tangan): kami ~ sambil bertukar senyum;
menyalami bersalam dgn: dia ~ lelaki tua itu;
persalaman perihal bersalam: ~ yg mesra.
salam II sj tumbuhan (pokok), jiwat, Eugenia cumini.
salam III Id salmon.
salamander 1. sj binatang amfibia drpd genus Salamandra yg rupanya
seakan-akan bengkarung yg hidup di darat dan juga di air; 2. sj
reptilia mitos yg dipercayai hidup di dlm api.
salambau Br sj alat utk menangkap ikan.
salami sj sosej yg berasal dr Itali, biasanya diberi perasa bawang putih.
salang I hukuman yg dilaksanakan dgn menikam (dgn keris) dr lekuk
tulang selangka kiri hingga ke hati: orang itu telah dikenakan
hukuman sula atau ~;
menyalang menikam orang (dgn keris) dr lekuk tulang selangka kiri
hingga ke hati: dgn keris jenis inilah, pekerjaan ~ dilakukan;
penyalang; keris ~ keris yg digunakan utk menyalang; tempat ~
bahagian di antara tulang selangka dgn leher (tempat menyalang).
salang II 1. sj bakul tergantung (tempat menaruh makanan dll); 2. sj
perkakas drpd buluh dll (tempat meletakkan bakul dll) yg diberi
bertali supaya boleh dipikul.
salang III Mn; salangkan sedangkan, meskipun.
salang IV; ~ rusa sj tumbuhan (pokok), medang biawak, Alangium
uniloculare.
salang V Br damar.
salangkir Br sj burung.
salap sj ubat (utk kudis, luka, lebam, dll) yg disapu: ~ pencegah kuman;
disalap diubati dgn salap.
salasal Ar ark penyakit kencing manis.
salasilah Ar daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan).;
kesalasilahan hal yg berkaitan dgn salasilah.
salat  solat.
salatin Ar ark (jamak bagi sultan) sultan-sultan, raja-raja.
salbi = tulang ~ tulang tongkeng; anak ~ anak sendiri.
saleit (saléit) (Kim) bijih uranium drpd kumpulan fosfat.
saldo IB selisih (wang masuk dan wang keluar), baki.
sali I sl kuat, kukuh, teguh; sama ~ sama kuat; bulang ~ kacak sama,
tinggal lagi mujur malang prb kalah menang dlm perlawanan yg
sama kuat itu bergantung pd nasib sahaja.
sali II; ~ hantu (penyakit) batuk kering.
salib 1. dua batang kayu yg bersilang spt tanda campur; 2. tanda yg
berupa garis yg bersilang spt tanda campur (lambang agama
Kristian, Palang Merah, dll);
menyalib menghukum mati dgn mengikat atau memaku orang yg
dihukum itu pd kayu salib;
penyaliban perihal (perbuatan dsb) menyalib.
salidak corak anyaman kaum Iranum di Sabah yg menggunakan motif siku
keluang, lazimnya terdapat pd anyaman tudung saji.
salih I  soleh I.
salih II sl datang atau pergi: silakan tuanku ~ kembali, paduka adinda
cintakan tuan; ~ berlancang pergi dgn perahu lancang.
salih III ganjil, lain drpd kebiasaan (balar, bangkut, dll); mat ~ panggilan
bagi orang berkulit putih (bangsa Eropah dan Amerika).
salin tukar (pakaian, nama, dll), ganti (kenaikan), tiru (tulisan, karangan,
dll); (se)~ tak tumpah prb dua orang yg serupa benar;
bersalin 1. bertukar (pakaian dll), berubah (warna, kulit, bulu, dll):
dia mahu ~ pakaian; 2. bh melahirkan anak, beranak: maka
permaisuri pun datanglah sakit hendak ~;
bersalin-salin bertukar-tukar, berganti-ganti;
menyalin 1. menukar (dgn yg lain), mengganti: pakaian hendaklah
selalu disalin; 2. memindahkan (ke bekas, tempat lain, dll): penjaga
kedai itu sedang ~ minyak ke dlm botol; 3. meniru, menulis (serupa
dgn yg ada): bapaku diupah utk ~ hikayat-hikayat yg tua itu; 4.
menterjemah: pd hari itu juga aku mulai ~ buku itu ke bahasa
Melayu;
menyalini, mempersalin, mempersalini sl memberi hadiah atau
anugerah (dgn selengkap pakaian): maka dipersalini oleh Raja
Iskandar akan Raja Kida Hindi spt pakaian dirinya; utusan hendak
bermohon diri, dipersalin oleh ratu Bestari;
mempersalinkan sl menghadiahkan selengkap pakaian,
menganugerahkan: baiklah kita suruh paduka bonda sambut Tun
Tuah supaya kita persalinkan dia;
salinan 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal,
tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg
perlu dihantar; 2. terjemahan;
persalinan, persalin 1. = pesalin sl selengkap pakaian (sbg
hadiah): segala orang yg datang itu semuanya dianugerahinya
pesalin; 2. pakaian utk bersalin: diambilnya pakaian dua ~, satu
pakaian laki-laki dan satu pakaian perempuan; 3. perihal bersalin:
~ kulit itu berlaku hanya sehingga lipas itu bersayap;
penyalinan perbuatan dsb menyalin (sesuatu naskhah dsb);
penyalin 1. orang yg menyalin (menterjemah dll): ~ hikayat
tersebut ialah seorang peranakan; 2. alat atau mesin yg digunakan
utk membuat salinan bahan bercetak dsb.
saling kata yg menunjukkan sesuatu perbuatan dilakukan oleh dua pihak
secara berbalas-balasan; ~ membantu bantu-membantu, bertolong
bantu;
kesalingan perihal (keadaan, sifat dsb) berbalas-balas antara dua
pihak: kebersamaan dan ~ ini sentiasa merupakan wajah
fungsionalisme dlm kehidupan manusia dan jalinan perwatakan
suatu karya.
salinometer (salinométer)  alat  utk  mengukur  kadar  garam  dlm  sesuatu
larutan, mis air laut.
salip sj tumbuhan (rumpai), senayan hutan, siamit hutan, Scleria
lithosperma.
salir; menyalir, menyalirkan mengalirkan atau menyalurkan keluar (air
dr sesuatu kawasan): di kawasan yg rendah, airnya agak susah utk
disalirkan; tanah ini kalau disalirkan airnya, akan menjadi tanah
ladang yg baik;
saliran sesuatu yg digunakan utk menyalir, saluran;
penyaliran perbuatan (kerja) menyalir(kan);
penyalir sesuatu (alat dsb) yg menyalirkan cecair.
salit bp calit.
salji hablur-hablur ais yg turun dr awan (rupanya putih spt kapas).
salju salji.
Sallallahualaihiwasallam Ar moga-moga Allah memberkati dan memberi
kesejahteraan ke atasnya (dikatakan setelah menyebut nama Nabi
Muhammad).
salmon = ikan ~ sj ikan laut, a) Salmo salar; b) Oncorhynchus spp.
salmonela (salmonéla) (Bio) sekumpulan bakteria drpd genus Salmonella
yg menyebabkan keracunan makanan atau demam tifoid.
salon IB bilik yg indah (utk menerima tetamu).
SALT akronim bagi Strategic Arms Limitation Talks.
saluir; bersaluir IB, bp mengangkat tangan sbg tanda hormat,
mengangkat tabik.
saluk Mn sj destar.
salun I ruang (bilik besar dsb) utk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya
sbg tempat berniaga), sj kedai atau tempat perniagaan: di
Singapura, dia mengusahakan ~ kecantikan.
salun II; kereta ~ kereta sedan.
salung Mn sj serunai pendek, seruling;
~ api buluh yg digunakan utk meniup api, teropong api, buluh solan;
~ asap corong lampu;
bersalung meniup seruling.
salur sesuatu (spt pembuluh, parit, dll) yg menjadi jalan atau laluan utk
mengalirkan air dsb;
~ buah pinggang saluran yg membawa air kencing dr buah
pinggang ke pundi-pundi kencing; ~ darah saluran (dlm badan) yg
menyalurkan darah; ~ halus salur darah dgn salur nadi yg halus,
jalan saraf, arteriol; ~ kencing saluran yg menyalirkan air kencing dr
pundi kencing ke luar tubuh, uretra; ~ makanan saluran yg
membawa makanan dr mulut ke perut; ~ mani saluran tempat mani
disimpan dan menjadi matang (dlm buah zakar); ~ nadi saluran yg
membawa darah dr jantung ke bahagian-bahagian lain badan, arteri;
menyalurkan 1. mengalirkan (sesuatu yg cair dll): air yg kotor itu
disalurkan ke laut; 2. menyampaikan (membawa dsb) melalui jalan
atau cara tertentu: segala surat-menyurat mesti disalurkan
menerusi syarikat kerjasama;
tersalur dapat disalurkan, (sudah) disalurkan;
saluran 1. salur; 2. ki jalan (perantaraan, cara, dsb) utk melakukan
sesuatu: kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan;
segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; 3.
jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi
utk menyiarkan sesuatu rancangan;
penyaluran perbuatan menyalurkan (air, pendapat, dll);
penyalur (sesuatu) yg menyalurkan, penyampai, pembawa: bahasa
yg berkesanggupan menjadi alat ~ ilmu dan kebudayaan.
saluru; menyalurukan memperolok-olokkan seseorang dgn perkataan
atau perbuatan.
salut I pembalut, pembungkus, sampul, sarung, selonsong; ~ bunga
kecubung yg terdapat pd bahagian luar kelopak bunga, kaliks
(bunga); ~ surat sampul surat;
bersalut 1. berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tongkat
kecil hitam dgn kepalanya ~ tembaga; bungkusan itu ~ kertas
minyak; 2. ki berselubung, berselindung: hadiah yg murah tetapi ~
ikhlas; seruku riang ~ jenaka;
menyalut membalut, membungkus, menyampul: gambar itu
hendaklah disalut supaya tidak pudar; ~ sarung keris dgn perak;
menyaluti menjadi sbg salut pd, membaluti: tepung ubi ~ kesemua
kepingan keladi;
salutan sesuatu yg digunakan utk menyalut;
penyalutan perihal (proses atau perbuatan) menyalut atau
menyaluti sesuatu.
salut II IB memberi hormat (dgn mengangkat tabik).
salvo tembakan yg serentak.
sama 1. tidak berbeza atau berlainan (rupa, keadaan, dll), serupa: bajunya
~ dgn baju saya; dua kali dua ~ dgn empat; pangkatnya ~ tinggi
dgn pangkat saya; 2. (turut) serta, bersaing (dgn orang lain)
melakukan sesuatu: penjaga kedai turut ketawa ~ apabila
mendengar cerita itu; 3. yg setanding (setaraf dsb) dgn, setanding,
seimbang, setara, setaraf: jikalau seorang raja tiada menaruh malu
sopan akan ~nya raja, bukanlah dia itu raja namanya; 4. = samasama
semua sekali, kesemuanya: mereka sama-sama ketawa; 5. =
sama-sama kata yg menunjukkan perbuatan dsb yg berbalasbalasan,
saling: memang laki bini itu ~ tidak suka; tahu ~ tahu
sama-sama tahu; 6. bp akan, kepada: aku mulai sebal ~ perempuan
itu; mengapa engkau mesti marah ~ dia? 7. bp dengan, berserta:
Ahmad sekarang sudah jarang bermain ~ kami; 8. sl sambil,
seraya: maka kata Raja Muhammad, “Cih! Jatuh destar kita oleh
Tun Besar,” ~ ia memandang penjawatnya;
~ ada apakah, ataukah; ~ ada ... atau baik ... mahupun; ~ bina
mempunyai nilai (kadar, keadaan, dll) yg sama; ~ dengan serupa
dengan; ~ kita antara kita sahaja; ~ nilai (mempunyai) sama nilaian
(ukuran dll); ~ sahaja tidak berbeza (berubah); ~ sahaja (juga
halnya) dgn tidak ubahnya spt; ~ segi (mempunyai) segi yg sama; ~
sekali seluruhnya, segenapnya; ~ sendap Kl berpadanan dan sesuai,
cocok; ~ sendiri = satu ~ lain antara mereka itu sendiri; ~ tengah a)
betul-betul di tengah; b) tidak memihak ke mana-mana, berkecuali;
~ ukur kesamaan dlm bentuk (saiz dll) antara dua bahagian; ~ unsur
(unsur-unsur yg) sama sifat kimia nya tetapi berlainan berat
atomnya, isotop;
air ~ air, sampah ke tepi juga prb jangan ikut campur perselisihan
orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali kita akan tersisih
juga; burung pipit ~ enggang prb jodoh yg tidak sepadan; tak ~
getah batang dgn getah daun prb kasih kpd anak sendiri itu tidak
sama dgn kasih kpd anak saudara; telentang ~ menadah embun,
tertiarap ~ memakan pasir = tertungkup ~ termakan tanah,
tertelentang ~ terminum embun prb orang yg seia sekata dlm
pergaulan;
sesama antara (mereka itu) sendiri: mereka pun asyik berbicara ~
mereka; ~ manusia;
sama-sama 1. semua sekali, kesemuanya (secara serentak atau sbg
satu kumpulan); 2. serta, bertepatan (dgn); 3. turut serta, bersaing
(melakukan sesuatu) dgn orang lain: saya mengajak saudara
saudari ~ melihat bahasa dlm konteksnya; 4. ungkapan yg lazim
digunakan utk membalas ucapan “terima  kasih”  drpd  orang  lain,
terima kasih kembali;
bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak
dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik
bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh
ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat perundingan itu
harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki
isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya,
utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan
hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami
apabila dia mahu ~;
bersamaan 1. bertepatan dgn, berbetulan dgn: hari Khamis ~ 20
September; ada dua orang ahli Tasawuf yg ~ waktunya di Acheh;
2. hampir sama, hampir serupa; 3. berbandingan (dgn), berimbangan
(dgn): 30 sentimeter salji ~ dgn 2.5 sentimeter hujan; skalanya 2
sentimeter ~ 1 kilometer; 4. berpadanan, sesuai: ~ dgn teori tadi,
kita buatlah suatu rumusan; 5. setara, sebanding, setingkat:
profesor madya di Amerika Syarikat ~ dgn pensyarah kanan di
sini;
kebersamaan keadaan atau hal bersama: rasa ~ dgn anggota
masyarakat;
menyama-nyama membuat diri spt, berlaku spt: tidak usahlah kita
hendak ~ orang kaya;
menyamai sama dgn, setaraf dgn, setanding dgn: pd zaman itu
sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru;
kuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang
ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Tertinggi di Amerika;
menyamakan 1. menjadikan sama (serupa, selaras, dll): arnab
dapat ~ warna dirinya dgn warna tanah; kerajaan Persekutuan
boleh ~ undang-undang antara sebuah negeri dgn negeri yg lain;
2. menganggap (memandang) sama sahaja (dgn sesuatu),
menganggap tidak berbeza drpd, menganggap serupa (setara,
setanding, dll): pendekatan formalistik sering disamakan dgn
pendekatan struktur; gadis Melayu tidak boleh disamakan dgn
gadis Barat; 3. mengumpamakan, mengibaratkan, menganggap
sama atau seolah-olah spt: manusia tidak boleh disamakan dengan
jentera; perbuatan serupa itu dapat disamakan dgn mengusik
anjing tidur;
mempersamakan menjadikan bersama-sama, memperikutkan,
mengembarkan, menyertakan;
mempersama-samakan melakukan sesuatu bersama-sama (dgn
orang banyak): tidak pernah kerja berat dilakukan oleh seorang
sahaja, melainkan sentiasa dipersama-samakan;
kesamaan perihal (sifat, keadaan) sama: manusia sangat sukar utk
memelihara ~ dan kesatuan dlm soal bahasa;
ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama: ~ antara
gambaran dan hakikat;
persamaan 1. perihal sama (sifat-sifatnya dll), persesuaian: yg
membentuk bangsa ialah ~ bahasa, ~ sejarah, dan ~ kebudayaan;
ada ~ antara orang asli di Filipina dgn orang asli di Semenanjung
Tanah Melayu; 2. perbandingan, perumpamaan, ibarat: ~ yg
diberikan dlm sajak-sajak itu banyak yg salah; 3. perbandingan
dua ungkapan yg sama nilainya (dlm ilmu hisab, fizik, kimia, dll); ~
kimia perlambangan tindak balas kimia dgn menggunakan simbol
unsur-unsur utk menandakan banyaknya bahan dan hasil tindak
balas;
penyamaan perbuatan menyamakan (menyelaraskan): perjanjian
tentang ~ ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia;
penyama sesuatu (orang, perkakas, dll) yg menyamakan.
samah; ~-samai sampah sarap.
samak I sj tumbuhan (pokok yg kulitnya digunakan utk menyamak kulit,
pukat, dll), a) = ~ terberau = ~ ubar = kelat ~ sj tumbuhan (pokok),
jambu air paya (laut), kelat lapis (seluang), Eugenia palembanica;
b) kelat balak (bising, lapis, merah), medang telur, Eugenia
griffithii.
samak II zat yg digunakan utk memasak dan mewarnai kulit binatang (utk
dibuat kasut dll); kulit ~ kulit yg sudah dimasak dan diwarnai;
bersamak disamak: kulit ~;
menyamak 1. memasak kulit (supaya berwarna dan lembut dll):
kulit bakau digunakan utk ~ kulit atau pukat; 2. menggelas
(menggosok dgn serbuk kaca) tali layang-layang; 3. menyucikan
anggota badan, tempat, dsb yg terkena najis mughallazah dgn air
bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali;
penyamakan 1. perbuatan menyamak: sampai ke akhir abad
kelapan belas ~ masih dilakukan dgn cara-cara lama; 2. tempat
menyamak kulit;
penyamak 1. orang yg kerjanya menyamak kulit; 2. bahan yg
digunakan utk menyamak kulit: bahan ~ kulit.
samampai tinggi lampai (orang).
saman I perintah rasmi yg menuntut seseorang hadir ke mahkamah utk
didakwa, (surat) panggilan utk diadili: hutang kajang belum habis
dibayar, ~ pula tiba;
menyaman mendakwa (menuntut) utk diadili: orang-orang yg
tidak membayar cukai akan disaman.
saman II Kl sj topi yg diperbuat drpd mengkuang.
saman III; ratib ~;  ratib.
samar = samar-samar 1. kurang jelas (pd pelihatan), agak kabur: ketika
itu wajah ayahnya terbayang samar-samar; di dlm cahaya yg
samar-samar itu mata mereka bertentang tepat; 2. kurang terang
(sesuatu kenyataan, keterangan, bukti, dll), masih tersembunyi,
tidak nyata: sebab-sebab mengapa ia dibunuh masih samar-samar
lagi; 3. tidak dgn terang-terang, tersembunyi: dia datang itu dgn
maksud yg ~; (waktu) ~ muka = (waktu) samar-samar daun waktu
petang benar (daun atau muka orang tidak jelas kelihatan lagi);
menyamar 1. mengubah rupa atau pakaian (supaya tidak dikenal
orang): kerja mereka ialah ~ spt nelayan biasa; 2. masuk ke dlm
kalangan musuh dll (dgn tidak dikenali): setelah ia datang ke mari
~, maka dibencanainya menteri hamba yg besar empat orang; 3.
tidak dgn memperlihatkan yg sebenarnya: terlalu elok barang
kelakuan, disamar dgn perkataan lain supaya jangan jadi
ketahuan;
menyamarkan 1. menjadikan kurang terang (cahaya),
mengaburkan: lampu-lampu merah dan biru yg sengaja
disamarkan sudah terpasang; 2. menjadikan diri tidak dikenal
orang (dgn menukar pakaian dll), masuk ke dlm kalangan tertentu
(utk mencari rahsia, melakukan pengkhianatan, dll): Wan Intan
sendiri telah keluar ~ dirinya utk mencari rahsia; 3.
menyembunyikan (melindungkan) sesuatu drpd yg sebenarnya: Raja
Harman Shah pun terlalu marah, maka disamarkan baginda dgn
tersenyum-senyum; ~ diri menyaru, merupakan diri sbg;
samaran sesuatu yg disamarkan atau disembunyikan (nama, rupa,
dll), sesuatu yg digunakan utk menyamarkan diri (pakaian dll):
rumah itu berbumbung zink yg ditutup dgn daun nipah dan lainlainnya
sbg ~ ; nama ~ nama yg bukan nama yg sebenarnya;
kesamaran perihal (keadaan dsb) samar: matanya masih juga
memerhatikan lembaga yg hampir hilang dlm ~ malam; namun pd
satu tahap mungkin nanti akan timbul ~ disebabkan oleh perkara ~
pentafsiran;
penyamaran perbuatan dsb menyamar;
penyamar orang yg menyamar.
samara buah yg berkepak (buah keruing dll).
sama rata 1. ratanya serupa; 2. = sama rasa semuanya sama;
menyamaratakan menjadikan atau menganggap sama atau sama
rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara
satu sama lain): engkau ~ sahaja manusia lain dgn Wim;
kesamarataan sifat (keadaan dsb) sama rata atau sama sahaja
(antara satu sama lain): anda mempersoalkan hak dan
tanggungjawab, keadilan dan ~ antara lelaki dgn perempuan;
penyamarataan proses menyamaratakan sesuatu.
samarium (Kim) sj unsur logam yg berwarna putih perak dan digunakan
utk membuat magnet dll.
samarskit (Kim) mineral yg mengandungi plumbum, niobium, tantalum
dan uranium.
samas Id ark penolong atau perawat orang miskin (dlm agama Kristian).
samawi Ar 1. berkaitan dgn langit (cakerawala); 2. berkaitan dgn
ketuhanan: solat adalah titik pertemuan antara agama ~ drpd
Adam hingga Muhammad.
samb. kep sambungan.
samba 1. sj tarian moden dan rancak yg berasal dr Brazil; 2. muzik yg
digubah utk mengiringi tarian 1. di atas: muzik ~;
bersamba menari samba.
sambah-sambah Br sj serangga, gegancung, mentadak-mentadu.
sambal sj lauk yg dibuat drpd lada serta garam dll: ~ belacan; ~ tumis;
gertak ~ kata-kata yg hanya menakut-nakutkankan sahaja; ulam
mencari ~ prb perempuan yg mencari laki-laki;
sambal-sambalan, sambalan berjenis-jenis sambal;
menyambal membuat sambal.
sambalewa (sambaléwa) = menyambalewa tidak sungguh-sungguh (dlm
melakukan sesuatu), sambil-sambilan, sambil lewa;
menyambalewakan melakukan sesuatu tidak dgn sungguhsungguh.
sambang I ronda (utk menjaga keselamatan);
bersambang berjalan dan berjaga-jaga, meronda: Raja Pangan dan
Raja Semang ~ berkeliling padang;
menyambangi 1. mengelilingi (utk menjaga keselamatan); 2. Jw
mengunjungi, menjenguk.
sambang II Jw bermacam-macam penyakit (yg disebabkan oleh sesuatu
yg ghaib).
sambang III sj tumbuhan (pokok renek), Excoecaria cochinchinensis.
sambang IV sarang lebah yg telah kosong.
sambang V Mn sj tabung atau kotak yg diperbuat drpd bilah (buluh); ~
tembakau tabung tempat menyimpan tembakau.
sambang VI; mempelai ~ Pr pengapit pengantin laki-laki.
sambangan Mn sj burung (sebesar gagak).
sambar; menyambar 1. menangkap (dgn paruh, cakar, dll) sambil
terbang, menangkap (mangsa) dgn cepat: helang ~ anak ayam;
haruan ~ anak; 2. menangkap (merampas, menyamun, menyerang,
dll) dgn cepat: disambarnya wang yg ada dlm genggaman saya;
baginda terkejut lalu disambarnya pedang panglima itu; 3.
menjilat dgn cepat (api), memanah atau mengenai (kilat, peluru, dll):
api itu dgn bengisnya ~ minyak, merosakkan harta benda; cepat
spt kilat ~; sebuah lori hampir ~ becanya dr belakang; 4. ark
mencelah atau menyampuk (orang sedang bercakap) dgn cepat:
“Tapi apa?” merinyu ~; 5. ki mengambil kesempatan tanpa
teragak-agak: yg penting ialah kemampuan utk ~ kesempatan;
ayam tambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang prb
nasib yg malang (buruk) sekali; bagai ayam disambar helang prb
mati tanpa sakit; pantang helang dgn ayam, lambat-laun disambar
juga prb mudah menimbulkan sesuatu yg tidak baik kalau
didekatkan;
menyambar-nyambar menyambar beberapa kali atau berulang
kali: kelihatan sekumpulan ikan ~ cebisan roti yg dicampakkannya;
sambar-menyambar menyambar (memanah) berturut-turutan: kilat
~ diikuti dgn bunyi petir yg sangat kuat;
sambaran tangkapan (yg cepat);
penyambar orang yg menyambar, pencuri, perampas.
sambarana Br tidak cermat (tidak teliti dll).
sambat I Id; bersambat bersambungan (dgn), bertambatan (dgn),
berhubungan;
menyambat menyambung (menambat, menghubungkan).
sambat II Jw; bersambat, menyambat meminta pertolongan (utk
mengerjakan sesuatu);
sambatan 1. pertolongan (utk mengerjakan sesuatu), bantuan; 2.
tolong-menolong; 3. orang yg menolong (mengerjakan sesuatu).
sambat III Jw mengeluh, mengaduh (kerana kesusahan dll).
sambat IV sembat, sebat;  sebat I.
sambat V Br awal (hari), pagi hari: Jamaliah terpaksa bangun ~ benar
kerana kebunnya agak jauh.
sambau I; ~ jangkang sj tumbuhan (pokok renek), gadu gajah,
Trigonosteman longifolius; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai),
Eleusina indica; bagai ~ di tengah jalan = bagai ~ di pintu
kandang prb kehidupan yg tidak tetap (sakit atau hidup melarat).
sambau II Mn gembung perut (kemasukan angin dll).
samben (sambén) Jw kerja sambilan.
samber Jk sambar.
sambet Jk sakit yg disebabkan oleh puaka (hantu dll); kesambet.
sambil dengan atau di samping (melakukan sesuatu yg lain), (semasa)
sedang, dan juga sementara, seraya: ia bertanya kpd gadis itu ~
tersenyum; ~ berniaga ~ mengajar;
sambil-sambil sambil lalu;
menyambil mengerjakan sesuatu kerja lain sambil membuat kerja
yg utama atau pokok: janganlah ~ sahaja apabila membuat kerja
itu; bersawah dan menoreh getah termasuk ~ memelihara ayam;
menyambilkan membuat bersama-sama dgn yg lain: dia pun ada
kerja istimewa agaknya yg boleh disambilkan apabila pergi ke
pasar; setelah sudah Mak Andeh menghidupkan api lalu ia
bertanak, dan disambilkannya juga membakar pisang;
tersambil dilakukan sambil membuat pekerjaan lain, tidak
menganggap penting;
sambilan 1. sesuatu yg dilakukan bersama-sama dgn yg lain; 2.
sesuatu yg kurang pentingnya; 3. alasan yg dibuat-buat, dalih.
sambil lalu 1.sepintas lalu (tidak secara terperinci atau secara khusus); 2.
tidak dgn sungguh-sungguh (melakukan sesuatu);
menyambillalukan melakukan sesuatu sambil lalu (dgn tidak
sungguh-sungguh).
sambit Jk; menyambit membaling, melempar (dgn kayu, batu, dll): dia ~
buah itu dgn kayu;
menyambitkan membalingkan: kulit jeruk itu disambitkannya kpd
aku.
sambuk I cambuk, cemeti;
menyambuk menyebat dgn cemeti.
sambuk II sl sj perahu kecil.
sambung; ~ tangan ki pertolongan, bantuan;
bersambung 1. berhubung dgn (tali dll), bercantum dgn, berkaitan
dgn: anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu; 2. berlanjutan,
berpanjangan, berturut-turut: ketawanya ~ lagi tanda benar-benar
geli hati; lari ~ Id lari berganti-ganti; 3. diberi tambahan: pita yg ~;
~ berulas tangan ki mendapat bantuan (pertolongan);
sambung-bersambung berlanjut-lanjutan, beruntun-runtun,
berganti-ganti;
menyambung 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali,
perbualan, cerita, dll), memanjangkan, meneruskan (perbualan,
permainan, dll): jalan raya itu akan disambung lagi pd tahun
depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2.
menghubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll):
ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan
(telefon yg mendapat panggilan dgn sambungan-sambungan lain);
sambung-menyambung 1. bersambung-sambung terus; 2.
sambung-bersambung;
menyambungkan 1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll),
meneruskan: apa yg saya usahakan selama ini ialah mencari wang
dan ~ pasport; dia ketawa, dan kemudian ~ semula
percakapannya; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (perkara yg
putus-putus dll): leher itu ~ kepala dgn badan; 3. menggunakan
sesuatu utk menyambung; 4. menyambung utk (orang lain): dia ~
anaknya tali itu;
sambungan 1. tambahan (utk memanjangkan sesuatu), lanjutan
(perbualan, cerita, dll): ada ~nya lagi; 2. sesuatu yg telah
disambung; ~ tangan penolong, pembantu; 3. talian telefon drpd
telefon utama, yg disambungkan ke beberapa bahagian lain dlm
sesebuah bangunan: ~ telefonnya di pejabat ialah 2751;
bersambungan mempunyai sambungan (tambahan, lanjutan); kata
~ Id kata terbitan;
persambungan perihal (keadaan dsb) bersambung atau berterusan,
kesinambungan, kelanjutan (kpd sesuatu yg sebelumnya): ~ istiadat
itu selepas zaman Melaka juga agak sukar dikesan; budaya
popular merupakan ~ budaya tradisi;
penyambungan perihal menyambung, penerusan: hari ~
pembicaraan itu telah pun ditetapkan;
penyambung 1.sesuatu (alat dll) yg menyambung atau meneruskan,
penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau
meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~
usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara.
sambur; ~-limbur bercampur baur (kerana terlalu ramai dll).
sambut; bersambut 1. ada balasan (jawaban dll): pertanyaan tadi tidak
~; 2. disertai (oleh): bunyi tapak sepatu berdentum-dentum
dihentakkan kuat-kuat pd anak tangga ~ dgn cakap-cakap kasar
dan bangga; 3. membeli sesuatu dgn membayar kemudian;
dagangan ~ yg dijualnya ki mengatakan sesuatu dgn hanya menurut
kata orang lain;
bersambutan 1. berpadanan, sesuai (dgn): rambutnya ikal terlalu
panjang ~ dgn lehernya jinjang; 2. = bersambut-sambutan,
sambut-menyambut berbalas-balasan, bersahut-sahutan: maka
berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dgn bunyi-bunyian sekalian; bunyi
jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya;
menyambut 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat
itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan
Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya;
2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (menunjukkan)
reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini
dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. =
menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan
(tetamu dll), menyongsong: maka pergilah segala bentara dan
biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll),
menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran,
tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu;
6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua
orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka
bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia
dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik,
berkenan, bersetuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur
hari ini ~ baik langkah Malaysia itu;
sambut-menyambut 1. berbalas-balasan (perbualan, nyanyian, dll):
mereka berpantun ~ ; 2. berturut-turut, berganti-ganti, sambungmenyambung;
sambutan 1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan
atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~
yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana?; 2. perhatian
(pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku
karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3.
jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan:
cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg
dibeli dgn bayarannya ditangguhkan, barang yg diamanahkan utk
dijual;
~ baik penerimaan baik, perkenanan, persetujuan; ~ permaidani
merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau
orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan
permaidani merah;
penyambutan perihal menyambut: sebuah senyum telah
diberikannya sbg salam ~;
penyambut 1. orang yg menyambut (tetamu dll), penerima: ~
tetamu; 2. kayu yg dipasang utk menyangga gelegar (pd rumah); 3.
angka pembahagi yg besar (dlm kira-kira pecahan); 4. pelengkap
(dlm sesuatu ayat).
samfu pakaian wanita Cina yg terdiri drpd blaus berpinggang dan seluar.
sami I pendeta (agama Buddha).
sami II Ar mulia, tinggi.
sami III Jw; ~ mawon sama sahaja.
samin; minyak ~ sj minyak sapi.
samir daun (nipah, rumbia, dll) yg dibuat atap atau pengalas muatan; ~ tak
habis, kajang pula prb hutang lama belum dibayar, sudah datang
pula orang menagih hutang baru.
samosa sj kuih berbentuk tiga segi yg berintikan daging atau sayursayuran
berempah.
sampa; ubi ~ ubi kayu.
sampah 1. benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertaskertas
kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2.
sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia
= ~ masyarakat orang yg hina;
~ itu di tepi juga prb orang yg hina (miskin) itu selalunya tidak
dipedulikan orang; ~ jangan ditendang sepak prb orang yg miskin
jangan dihinakan; spt ~ hanyut prb orang miskin yg hidup melarat;
teralang-alang bagai ~ dlm mata prb kemusykilan yg tidak dapat
dilahirkan;
menyampah 1. berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang),
meluat, jijik: Semah ~ bukan kepalang; 2. spt sampah (kerana
terlalu banyak dll); 3. bp mengganggu orang (mengacau dll);
persampahan tempat membuang (timbunan) sampah.
sampai I 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau;
2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati
sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan?
Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini
melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit
tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari
ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi;
~ ajal meninggal; ~ akal boleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil;
~ bulan(nya) a) tiba waktu utk melahirkan (anak dlm kandungan);
b) cukup tempoh (yg telah ditetapkan); ~ hati = ~ hemat berasa
tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; ~ tempoh tiba
waktunya atau masanya (yg telah dijanjikan); ~ umur a) sudah
dewasa; b) sudah lanjut umur; sudah ~ umurnya meninggal; nan
dimaksudkan, ~, nan diamalkan pecah prb sudah berlaku apa-apa
yg dimaksudkan atau yg dicita-citakan;
sesampai, sesampainya sebaik sahaja sampai, apabila sampai,
setibanya: ~ di halaman, terdengarlah olehnya bunyi orang
bertengkar di belakang;
sampai-sampai 1. bahkan, hingga(kan), malahan: ~ memulangkan
padi dr ladang pun diselenggarakannya dgn baik; 2. hingga
sampai: pd rambutnya bergantung lumpur ~ ke kening dan
telinganya;
menyampai 1. mencukupi, cukup: jumlah denda itu terkumpul,
kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit; 2. mendatangi (sesuatu
tempat): pulau ini jarang-jarang disampai orang;
menyampaikan 1. membawa dan menyerahkan, mengirimkan
(surat, khabar, dll), memberikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang
~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd
pemenang; 2. memberitahukan, melaporkan: mereka juga wajib ~
kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran,
dll), memanjangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi
alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi
(permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan:
jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan
patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup;
kesampaian 1. ketibaan, tibanya, sampainya: orang ramai di situ
tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll),
terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai;
penyampaian perihal menyampaikan sesuatu: adakah ~ pelajaran
itu dilakukan dgn tulus ikhlas?
penyampai 1. orang yg menyampaikan (surat, khabar, berita, dll);
2. (sesuatu) yg menyampaikan: namun begitu bahasa Malaysia
masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka.
sampai II; menyampai 1. menyelampaikan (kain di bahu),
menyampirkan, menyidaikan: di atas balai itu ada seorang
perempuan tua sedang ~ kain pendukung; 2. = bersampaian
tersampir, tersidai;
menyampaikan menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai
kara, semuanya disampaikan kpd galah;
tersampai tersampir, tersidai: dia menghilang ke dlm bilik dan
kemudian keluar dgn tuala mandi ~ di bahu;
sampaian tempat menyampirkan (menyidaikan) kain, ampaian.
sampak I simpai drpd logam (besi, emas, dll) yg dipasang pd hulu pisau
dll supaya jangan pecah;
menyampak mengenakan (memasang) sampak.
sampak II; main ~ ark sj permainan meneka gambar pd duit syiling (yg
dijatuhkan, dipusingkan, dll).
sampak III; seluar ~ sj seluar pendek, seluar katuk.
sampan sj perahu kecil; ~ kolek sj sampan yg tidak memakai layar; ~
kotak sampan yg mempunyai petak-petak; ~ ludang (seludang)
sampan yg bentuknya spt seludang (mancung); ~ payang sj sampan
yg bersama perahu besar dipakai utk meregangkan jaring;
~ ada pengayuh tidak prb kekurangan syarat utk melakukan
sesuatu; ada ~ hendak berenang prb ada perkara yg senang tetapi
sengaja hendak bersusah payah; air besar, ~ tak hanyut prb
harapan yg tidak dapat dipenuhi;
bersampan menaiki sampan: maka pergilah Bujang Selamat ~
datang ke tongkang;
bersampan-sampan bersuka ria dgn menaiki sampan.
sampang I sj varnis utk mengilatkan kayu: bersikat berminyak spt ~;
menyampang mengilatkan sesuatu (dgn sampang dll).
sampang II ark; menyampang mengayuh perahu dr haluan.
sampang III ark 1. masih ada masa, sempat; 2. sekiranya.
sampang IV Mn sj pasung (utk menahan kepala kerbau ketika mencucuk
hidungnya).
sampang V; tersampang tersangkut, terhenti.
sampanyi IB sj minuman keras.
sampar I sj penyakit yg menular (terutama pd haiwan), hawar; ~ ayam sj
penyakit ayam yg mudah menular.
sampar II Br sj hantu.
sampat ark; mandi ~ upacara bermandi-manda pd hari ketiga selepas hari
perkahwinan.
sampean (sampéan); ~ andika Jw sl paduka tuanku.
sampel bahagian (bilangan, kumpulan, dsb) yg kecil yg mewakili bahagian
dsb yg jauh lebih besar (biasanya dijadikan contoh utk penelitian,
kajian, dsb), contoh: Wan Hashim memilih nelayan Dinding di
Pulau Pangkor sbg ~ kajian kerana beberapa sebab;
pensampelan proses memilih sampel secara rawak.
samper Jk; menyamperi 1. mendekati, menghampiri; 2. menyinggahi.
sampi Jk sapi.
sampil I kulit pd pangkal pelepah pinang (kelapa dll).
sampil II Jw paha lembu (kerbau dll) yg sudah disembelih.
samping I sebelah (kiri atau kanan), rusuk, sisi: orang tua itu menolaknya
ke ~ dan membuka pintu kereta itu;
di samping 1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermainmain
di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama
dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~
saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya,
sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu;
ke samping ke sebelah, ke rusuk, ke sisi, ke tepi: ia menolak
adiknya ~;
mengesampingkan 1. meletakkan ke sisi (ke rusuk, ke sebelah),
menyisihkan ke tepi: pen dikenakan sarungnya dan buku
dikesampingkannya sahaja; 2. mengetepikan (menganggap kurang
penting), menyingkirkan: besar kemungkinan, berita itu akan
dikesampingkannya sahaja;
bersampingan 1. berdekat-dekat, berhampiran; 2. bersama-sama;
menyamping menyusur (di tepi jalan dll);
menyampingi 1. mendekatkan (diri) dgn, berdampingan dgn,
mendampingi; 2. ki menolong, membantu;
menyampingkan 1. menyisihkan (ke tepi), mengetepikan; 2.
menganggap tidak penting, menyingkirkan; 3. meletakkan bersamasama
dgn, mendampingkan;
tersamping terletak di samping (di tepi, di sisi), tersisih, tersingkir:
oleh sebab pengarang itu amat kontroversi, dgn sendirinya dia ~;
sampingan yg turut terdapat (timbul, digunakan, dll) selain yg asas
atau yg utama: masalah kecil dan ~ yg boleh diselesaikan; hasil ~
hasil yg turut diperoleh drpd usaha utk menghasilkan sesuatu, hasil
lain di samping hasil yg utama; kesan ~ kesan lain di samping kesan
yg utama.
samping II sj kain sarung yg dipakai selepas dipakai seluar (pd pakaian
Melayu) dan biasanya dr pinggang hingga ke paras lutut sahaja;
bersamping memakai kain di sebelah luar seluar (pd pakaian
Melayu), memakai samping.
sampir I bahagian sarung keris yg di atas sekali.
sampir II; menyampirkan menggantungkan (sesuatu) pd ampaian,
menyidaikan (kain dll);
tersampir tergantung;
sampiran 1. tempat menyidai (kain dll), ampaian, gantungan; 2.
pembayang maksud (pd pantun).
sampu I sj penyakit (yg berpanjangan dan boleh menguruskan badan); ~
pening penyakit selalu pening-pening;
menyampu menawarkan (menghentikan) penyakit yg dipesonakan
orang.
sampu II sj tumbuhan (pokok);
~ dingin sj tumbuhan (pokok), Vernonia chinensis; ~ pucat sj
tumbuhan (pokok), Hedyotis congesta; ~ tikus sj tumbuhan
(pokok), pecah payung, Ixora crassifolia.
sampuk = menyampuk 1. melanggar sesuatu (ketika berjalan); 2.
menangkis atau menepis (pukulan dll); 3. mengganggu kesihatan
(oleh hantu), merasuk (oleh hantu): kenapa budak itu terjerit-jerit
sahaja, disampuk hantu agaknya; 4. mencelah (percakapan orang),
memotong cakap, mencampuri (hal orang lain): Azlan tidak sedikit
pun menyampuk sehingga ayahnya habis bercakap;
menyampukkan melanggarkan, menghantukkan;
tersampuk 1. terlanggar atau terhantuk (ketika berjalan),
tersandung; 2. jatuh sakit (kerana diganggu hantu), keteguran:
anaknya ~ hantu petang tadi.
sampul sarung (surat, bantal, dll), pembungkus, penyalut; ~ bantal kain
pembungkus bantal; ~ buku penyalut buku (kertas, plastik, dll); ~
duit sarung drpd kertas berwarna yg digunakan utk mengisi duit yg
diberikan pd hari raya, perkahwinan dsb; ~ surat sarung drpd
kertas, biasanya berbentuk segi empat tepat, utk mengisi surat dsb
yg hendak diposkan dsb; ~ (surat) hari pertama (Pos) sampul surat
yg bersetem istimewa dan bercap tarikh keluaran hari pertama bagi
memperingati sesuatu peristiwa;
bersampul berbungkus, bersalut, bersarung; anak ~ anak yg
dilahirkan berbungkus dgn kulit tipis (dianggap kebal);
menyampul memasukkan ke dlm sampul, membungkus, menyalut.
sampun; menyampun membiarkan panjang (rambut).
sampur Jw sj selendang atau sabuk (yg dipakai ketika menari).
samsam Kd orang Melayu (Islam) yg bercakap Siam, peranakan Melayu
Siam.
samseng C, bp ark melawat (orang mati).
samseng (samséng)  C  penjahat  (suka  merompak,  menyamun,  dll):
lagaknya persis seorang ~ yg ganas;
kesamsengan hal (sifat, perilaku dsb) yg berkaitan dgn samseng:
ada juga yg menunjukkan kebiadaban dan ~ mereka dlm bilik
darjah.
samsu C sj minuman keras (arak).
samudera lautan: masing-masing melihat jauh ke tengah ~.
samum Ar angin panas (di padang pasir).
samun I = ~ sakal perampasan dgn paksa (aniaya); ~ sakal berdarah
tangan prb sesuatu yg diperiksa (disiasat) hendaklah ada buktinya;
menyamun merampas di tengah jalan dll (dgn paksa): lapan orang
lanun telah ~ sebuah perahu nelayan;
samunan hasil rampasan;
kesamunan kehilangan kerana disamun orang;
penyamunan perihal menyamun, perampasan;
penyamun orang yg menyamun.
samun II; ~ gurun tumbuh-tumbuhan (semak dan belukar) di kawasan yg
berhampiran dgn padang pasir; semak ~ semak dan belukar.
samurai (Jepun) 1. sj kasta bangsawan (ketenteraan) pd zaman feudal
Jepun; 2. anggota kasta ini.
sana I 1. tempat yg jauh atau yg dianggap jauh: di dlm kolam ~, ramai
orang yg sedang mandi; 2. bp dia, orang yg ketiga; pihak ~ pihak
lawan (dlm permainan dll);
di sana tempat yg jauh (dr orang yg bercakap): mereka telah
sampai ~ pukul tujuh pagi; ~ sini di merata-rata tempat;
ke sana menghala ke tempat yg jauh (lain): bawalah tong sampah
ini ~; ~ ke mari pergi balik, pulang balik;
kesanakan ark sebelah sana, jauh sedikit;
dikesanakan 1. dibawa (dialih, dianjak, dll) ke sana; 2. dikeluarkan
(drpd kumpulan, keluarga, dll).
sana II tempat, tempat duduk (dlm kata majmuk); singgah~ takhta
kerajaan.
sana III angsana.
sanad Ar rangkaian perawi dan lafaz-lafaz yg digunakannya utk sampai
kpd matan: hadis itu telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dgn ~
yg sama.
sanak 1. = ~ saudara orang-orang yg seketurunan (sekerabat), orangorang
yg sekaum keluarga: saya senang hati dapat berhadaphadapan
muka dgn ~ saudara; 2. NS saudara sebelah ibu,
kemanakan;
bersanak = ~ saudara mempunyai kaum kerabat, berkaum kerabat;
menyanak menganggap diri sbg sanak (dlm keluarga orang lain);
persanakan perihal hubungan kekeluargaan, kekerabatan: kajian
tentang ~ bermula hampir satu abad yg lalu.
sanan I Mn sana.
sanan II Kd sj bau yg busuk (bau badan pemanjat kelapa).
sanat Ar tahun, tarikh; ~ Hijrah tahun (tarikh) Hijrah.
sanatorium tempat utk rawatan perubatan dan pemulihan (terutamanya
bagi orang yg telah lama sakit) dlm keadaan persekitaran yg
nyaman dan selesa.
sanatu Br di sana, di situ.
sanatulhijrah Ar tahun (tarikh) Hijrah.
sanbal (Parsi) narwastu.
sanca sj ular sawa.
sanda I sl kep sahayanda, saya, hamba.
sanda II Mn gadai;
menyandakan menggadaikan.
sandak I; menyandak memendekkan tali kail, menyentak.
sandak II Br sj alat utk mengorek tanah.
sandal sj alas kaki yg bahagian tapaknya agak rendah dan bahagian
atasnya pula tidak menutupi bahagian kaki sepenuhnya;
bersandal memakai sandal: ada yg berkasut, ~ atau berterompah
sahaja.
sandang I tali dll yg diselendangkan di bahu (disilangkan di dada) utk
membawa sesuatu; sayap ~ selepang (rantai emas) yg disilangkan di
dada; kata ~ (Lin) kata penyerta;
menyandang 1. membawa sesuatu dgn tali dll yg diselendangkan di
bahu: ~ senapang; ketika bertanya itu, ia sedang ~ kameranya; 2.
memikul, memanggul: ~ pedang; orang yg membawa persalinan itu
semuanya ~ tetampan kekuningan; 3. ki menanggung atau
menderita sesuatu (kesusahan, kesakitan, dll): ~ derita; 4. ki
menjawat sesuatu pekerjaan (tugas dll), menjabat, memegang
gelaran (pangkat dll): jawatan Timbalan Perdana Menteri itu telah
lama benar disandangnya;
menyandangkan memikulkan, menyuruh memanggul;
penyandang 1. orang yg menyandang sesuatu (di bahu); 2. orang
yg menyandang (memikul, memanggul); 3. orang yg menyandang
(sesuatu jawatan dsb).
sandang II; ~ pangan Jw barang-barang berupa pakaian dan minuman.
sandang III; ~ gawai (Palembang) mengupah orang lain utk mengerjakan
tugas sendiri (rodi).
sandang IV; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Fimbristylis globulosa.
sandar I; bersandar 1. = menyandar meletakkan belakang (bahu, dada,
dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang
(bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar;
ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke,
atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka
terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri;
bersandarkan bersandar pd: baginda menjalankan pemerintahan
dgn bersandarkan apa yg telah dipelajarinya;
sandar-menyandar saling bersandar, tolong-menolong, bantumembantu:
kerjasama dan bantu-membantu dlm masyarakat orang
yg beriman itu, samalah spt hubungan yg rapat dan ~ yg erat
sesebuah bangunan;
menyandari mengadakan (memasang, mengenakan) tempat utk
bersandar, memberi tempat bersandar, menopang (menyangga,
menyokong, dll): maka Sultan Mahmud Shah pun minta sandari pd
Seri Nara Diraja;
menyandarkan 1. meletakkan (membiarkan dll) bersandar pd:
seorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu; 2.
mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dll) pd: ~
rezekinya pd orang yg dermawan; 3. meletakkan (mengasaskan) pd
sesuatu yg digunakan sbg dasar (alasan, bukti, dll), mendasarkan:
dlm soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pd agama; dia
tidak ~ tulisannya pd karya-karya sasterawan tanah air;
sandaran 1. = persandaran, penyandar tempat bersandar atau utk
menyandarkan sesuatu: akhirnya orang muda itu mengampai ke ~
kerusinya; 2. bantuan, sokongan: mereka berdoa memohon ~ drpd
Tuhan; ini semua hanya prasangka buruk dan tidak mempunyai ~
sejarah.
sandar II = sandaran sesuatu yg dijadikan cagaran atau jaminan (dlm
berhutang dll), gadai, petaruh;
menyandarkan memberikan sesuatu utk jaminan (dlm berhutang),
menggadaikan;
tersandar dijadikan cagaran (jaminan hutang), tergadai.
sandar III; ~ malam sj tumbuhan (herba), kerak nasi, Polianthes
tuberosa.
sandel; kuda ~ kuda dr Sumba.
sandera sl orang yg tertawan atau tergadai utk tanggungan hutang dll;
menyanderakan menjadikan hamba (kerana berhutang).
sandi (Lin) ubah suaian bunyi pd bentuk-bentuk tatabahasa yg
digandingkan, boleh berupa elipsis, pemendekan, dll (mis hala +
laju = halaju, se + orang = seorang).
sanding I dekat, damping, hampir;
bersanding 1. duduk bersebelah-sebelahan (berjajar, berdamping,
spt pengantin di atas pelamin, dll): mereka sedang ~ di atas
pelamin; 2. ki ark setanding, setaraf;
menyandingi 1. mendampingi; 2. menandingi;
menyandingkan, mempersandingkan mendudukkan bersanding
(pengantin dll), meletakkan bersebelah-sebelahan: nanti akan
datang waktunya kamu akan dipersandingkan pula;
sandingan 1. jodoh, pasangan; 2. imbangan, tandingan;
persandingan perihal bersanding: ~ kedua-dua pengantin itu akan
dilangsungkan esok.
sanding II sudut (penjuru, bucu) yg tajam pd sesuatu;
bersanding 1. berbucu (bersudut) tajam; 2. ki bisa atau tajam
(perkataan dll); bulat bersegi, ~ melukai prb orang yg nampaknya
lurus tetapi tidak dapat dipercayai.
sandiwara 1. pertunjukan cerita yg dilakonkan oleh orang, pementasan
cerita, setambul, tonil: mereka bersetuju utk mengadakan ~ pd Hari
Ibu Bapa nanti; bintang ~; 2. sesuatu kejadian yg tidak sungguhsungguh
(utk mengabui mata sahaja dll);
bersandiwara 1. bermain sandiwara: dia pandai ~, lakonannya
memberi kesan pd penonton; 2. berbuat sesuatu dgn tidak sungguhsungguh
(utk mengabui mata dll): ia selalu memancing-mancing
dulu reaksi, selalu ~ dulu, selalu berputar-putar dulu, berbohong
dulu;
menyandiwarakan 1. melakonkan sandiwara, mementaskan: cerita
itu pernah disandiwarakan di radio; 2. mengarang cerita sandiwara
drpd cerita biasa; 3. ki memainkan, mempermainkan;
persandiwaraan bidang, hal, dll yg berkaitan dgn sandiwara:
zaman sebelum perang adalah dianggap sbg zaman pembaharuan
atau pengenalan pengaruh Barat dlm ~ Indonesia.
sando Id sj alat (spring) utk melatih kekuatan.
sandung I = sandungan tempat menginjak pd perkakas tenun, injakinjak.
sandung II; menyandung melanggar sesuatu (dgn kaki);
tersandung 1. terlanggar atau terhantuk (kaki) pd sesuatu: kakiku ~
pd sebatang akar getah; 2. ki mendapat sesuatu rintangan
(kesusahan dll);
sandungan = batu ~ rintangan (galangan, halangan, dll); sadung.
sandung III ark; sandungan ayunan, buaian.
sandwic dua keping roti yg biasanya disapu mentega dan dibubuh sardin,
telur, dsb di antaranya.
sang I kata sandang yg lebih hormat drpd si, a) depan nama orang dll yg
dimuliakan: S~ Arjuna; S~ Samba; S~ Sepurba; S~ Nata; b) di
depan nama benda yg dimuliakan: S~ Saka Merah Putih; S~ Surya;
c) di depan nama binatang (dlm cerita-cerita): S~ Kancil; d) bp di
depan sesuatu yg dianggap sbg benda hidup: ~ api; e) bp sbg
ejekan: ~ menantu; ~ suami;
persangan sl orang-orang yg bergelar sang (sbg penghormatan):
maka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang kecil menjemput dia.
sang II; ~ serok sj burung, Arborophilla charltonii; ~ serok gunung sj
burung, Arborophila brunneopectus; ~ serok rimba sj burung,
Caloperdix oculea.
sanga I tahi leburan, buih berserta kotoran yg lain (drpd logam yg
dileburkan); ~ bes hasil sampingan (campuran beberapa sebatian
drpd pembuatan keluli) yg boleh dibuat baja.
sanga II; tersanga-sanga tergopoh-gopoh.
sangai I tudung saji.
sangai II Mn; bersangai berdiang, berjemur, berpanas: ia
memperlihatkan tangannya yg sudah kisut, sudah hitam ~ dgn
panas;
menyangai 1. memanaskan (menjemur, mendiang, dll); 2.
menggoreng tanpa minyak, merendang;
tersangai 1. (telah) disangai; 2. tidak diminta orang (gadis).
sangap Jh, Ml menguap: sekali-sekala dia ~ dan menggeliat di tempat
duduknya.
sangar I Jk mendatangkan bala (bencana dll).
sangar II Mn bau spt bau bawang.
sangat 1. terlalu, terlampau: bilangan murid yg mendapat sijil pertama
~lah sedikit; 2. hebat, kuat, menjadi teruk: susahnya amat ~;
penyakitnya bertambah ~; 3. benar-benar (sungguh-sungguh,
sememangnya, dll): mereka mahu ~ mendengar cerita itu; apalah ~
apa pentingnya (mustahaknya dll);
sangat-sangat 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin
itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2.
sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~
mengambil berat akan keselamatan anak mereka;
bersangatan amat (terlalu) sangat: seluruh anggotanya telah letih
lesu oleh ~ penat;
menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dll): dr sehari ke
sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu;
menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dll);
mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih
(hebat, kuat, teruk, dll);
tersangat terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah
berjangkit;
kesangatan 1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala
orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi
itu.
sangau sj tumbuhan (lumut di laut utk membuat agar-agar), Gelidiopsis
rigida.
sangga I benda yg digunakan utk menopang (menahan dll) dr bawah;
~ bunuh sl azimat atau tangkal (supaya tidak terbunuh dlm
peperangan dll); ~ galah cagak tempat meletakkan galah (di
perahu); ~ layar cagak tempat meletakkan layar (ketika berlabuh); ~
mara a) galah yg berkait utk menolak dan meraih perahu; b) ganja
atau besi melintang pd pangkal mata tombak; ~ payung besi dll yg
menahan payung supaya terbuka; ~ pedang besi palang di atas hulu
pedang; ~ penetap perkakas yg digunakan utk menetapkan
kedudukan benda kerja (ketika melarik dgn jentera); ~ tuas benda
yg menyangga tuas jika menuil sesuatu dgn tuas;
bersangga 1. ada sangganya, mempunyai atau memakai sangga,
ditopang atau ditahan dgn sesuatu; 2. ki mempunyai sesuatu sbg
sandaran, sokongan dsb, berpegang (pd): kita sepatutnya
melipatgandakan usaha, bukannya setakat ~ pd cakap-cakap
sahaja;
menyangga menopang (menahan) dr bawah, menyokong: tiub
teropong itu disangga oleh suatu kaki andas yg berat dan kejal;
penyangga benda yg digunakan utk menyangga (menopang, dll): ~
senapang.
sangga II; ~ berduri sj tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia.
sangga III Kl 1. balasan hantaran (pd hari perkahwinan); 2. menahan
(menepis, menangkis) serangan atau pukulan dgn tangan.
sangga IV Jw ukuran banyak padi (banyaknya lima ikat).
sangga V Kd; tak ~ terlalu, sangat: besar tak ~.
sanggah I; menyanggah 1. membantah, menyangkal: dia boleh bermulut
keras kepadaku dan ~ kataku; 2. melawan, menentang: raja adil,
raja disembah, raja zalim, raja disanggah;
menyanggahkan sl menyanggah: kapal armada itu tiada dapat kita
~ di laut;
sanggahan bantahan atau tentangan (terhadap sesuatu): lekas benar
dia mengalah apabila menerima ~ drpd isterinya;
penyanggahan perihal menyanggah, pembantahan, penentangan;
penyanggah orang yg menyanggah, pembantah, penentang: budak
itu tidak derhaka, tidak ~ orangnya.
sanggah II ark tempat pemujaan dlm rumah (di Bali).
sanggam ark; menyanggam meminjam (perahu, basikal, dll) sebentar
sahaja.
sanggama (Sanskrit) bersetubuh;
bersanggama melakukan hubungan jenis, bersetubuh;
persanggamaan persetubuhan.
sanggan 1. sj bokor berkaki (tempat membawa hantaran), cerana; 2. Mn
sj bakul drpd rotan atau lidi (tempat pinggan mangkuk).
sanggar Jw 1. sl tempat pemujaan (dlm rumah), sanggah; 2. rumah atau
bahagian drpd rumah yg kemas teratur (tempat mengerjakan
sesuatu).
sanggat = tersanggat terkandas (perahu, kapal, dll), terdampar.
sanggep Id ark; menyanggep menangkis (menepis dll) pukulan.
sanggerah pemantikan urat (utk mengeluarkan darah kotor);
menyanggerah mengeluarkan darah dgn memantik (urat darah).
sanggeraha sl; bersanggeraha berhenti beristirahat (berehat).
sanggit; bersanggit 1. bergeser atau bergesel (kereta dgn kereta, dahan
dgn dahan, dll); 2. ki bertentang (pendapat, fikiran, dll), berselisih;
menyanggit = ~ gigi menggesekkan (mengeritkan, mengetap) gigi.
sanggrah; pesanggrahan rumah persinggahan (rehat).
sanggul gelung atau simpul rambut perempuan, kundai; jenis-jenisnya: ~
ayam mengeram, ~ bulat, ~ kelung, ~ lintang, ~ miring, dll; ~
Fatimah sj azimat pelias;
hang tak kurang ~, aku tak kurang tenggek prb hilang yg satu
masih ada lagi gantinya yg lain (laki-laki dan perempuan);
terlintang oleh ~ prb suami yg selalu menurut kata isterinya;
bersanggul 1. memakai sanggul: rambutnya ~ lintang sangkut; 2.
sedang mengenakan sanggul;
menyanggul, menyanggulkan mengenakan (memasang) sanggul:
maka disanggulnya rambut yg terurai.
sanggup 1. bersedia (utk melakukan sesuatu dll), rela, sudi: tiada siapa yg
~ mendengar dongeng itu lebih lanjut; 2. boleh atau mampu
(melakukan sesuatu): bahasa Melayu ~ mengambil peranan sbg
Bahasa Kebangsaan di Tanah Melayu; pak ~ a) lelaki yg
mengahwini perempuan yg sedang hamil (tetapi bukan dia yg
menyebabkan kehamilan itu); b) cina buta;
menyanggup sanggup melakukan sesuatu: janganlah kamu ~ saja;
menyanggupi 1. menyatakan sanggup (utk melakukan sesuatu),
menerima dan bersedia, merelai: demikian sumpah ayahku ketika
permintaan itu diterima, dan engkau pun ~nya pula; 2. menyatakan
atau menjadikan boleh (kuasa, mampu): tidak seorang pun yg
berani ~ cabaran itu;
kesanggupan 1. kesediaan (kerelaan dll) utk melakukan sesuatu:
kalau ada ~ berunding, maka ada harapan baik utk
menyelesaikannya dgn damai; 2. kebolehan, kemampuan: kaum
wanita juga mempunyai ~ utk memegang jawatan sbg penyelia itu;
berkesanggupan mempunyai (menunjukkan) kesanggupan,
sanggup: pelajar di sekolah menengah sudah ~ utk menerima
pengajaran melalui penyampaian hukum-hukum bahasa yg
dipelajarinya.
sanggurdi tempat berpijak (pd kuda tunggang), rakap.
sangih Mn berasa penuh atau senak perut (kerana kekenyangan), segah,
senuh.
sangir taring, siung;
tersangir tersengih (menampakkan sangir).
sangit Jw hangit.
sangka I 1. pendapat yg hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira: pd ~nya
tuan hamba berani; mak cik ~ saya yg mencuri getah mak cik?;
tiada ~ sl tiada terkira (terperi, terkhabar, dll); 2. keraguan,
kekhuatiran, syak, waham: timbul syak dan ~ dlm hatinya;
bersangka 1. mengira, menaksir, menduga, mengagak: janganlah
sekali-kali tuan-tuan yg membaca surat ~ bahawa aku memuji
diriku; 2. menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, waswas: jangan
kita mudah ~ buruk terhadap orang lain;
menyangka 1. menduga, mengira: ada orang ~ bahawa kanakkanak
lebih senang mengingat sesuatu drpd orang dewasa; 2.
menaruh syak, mencurigai: biarlah orang lain ~ jahat akan ibu; 3.
menganggap spt, mengira sbg; yg disangka tidak menjadi, yg diam
boleh ke dia prb orang lain yg berikhtiar, orang lain pula yg
memungut hasilnya;
tersangka 1. diduga, dikira; 2. disyaki, dicurigai;
sangkaan, persangka, persangkaan apa yg disangka, dugaan,
kira-kiraan, curiga, syak: janganlah kamu menaruh ~ yg burukburuk;
apa dipedulikan pd persangkaan orang terhadap kita;
penyangka orang yg menyangka.
sangka II sj lokan yg besar (utk dibuat serunai atau tetuang).
sangkak I 1. = ~ kayu cabang kayu; 2. = ~ ayam sarang ayam (yg sedang
mengeram), petarangan, terak, sangkar ayam; menjunjung ~ ayam
prb mendapat malu besar;
menyangkak 1. = ~ bulu tegak bulu roma (kerana takut, seram,
dll); 2. = ~ hatinya marah, meradang.
sangkak II; menyangkak, menyangkaki 1. menggalangi, menyawar,
merintangi; 2. menentang, melawan.
sangkakala 1. sl sj serunai drpd kulit kerang; 2. trompet.
sangkal bantah: “Tidak, itu tidak benar sama sekali”, ~nya;
bersangkal 1. tidak menurut atau mengikut (perintah dll),
mengabaikan (pekerjaan, tugas, dll): mengapa maka engkau ~ pula
akan pekerjaanmu itu? 2. tidak mengaku, berdalih, berdusta:
walaupun bukti-buktinya sudah nyata, tetapi dia tetap juga ~ di
hadapan tuan hakim;
menyangkal 1. tidak mengakui (kebenaran, kenyataan, dll), tidak
mengiakan: pegawai itu telah ~ berita yg mengatakan ia akan
berhenti; 2. membantah, melawan, menentang, menolak,
menyanggah: selama ini tulisan-tulisan orientalis Barat tidak
pernah disangkal orang;
sangkalan bantahan, sanggahan: kerana tidak adanya ~ secara
ilmiah, maka kita mengikut sahaja apa yg dilakukan oleh mereka;
penyangkalan perihal menyangkal (membantah dll), penafian;
penyangkal orang yg menyangkal; ~ Allah orang yg tidak
mengakui akan wujudnya Allah (orang yg kufur).
sangkala ark masa, waktu.
sangkan laki-laki yg bertabiat perempuan, banci, papak.
sangkap I Mn genap atau cukup (bilangan dll).
sangkap II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Piper febrifugum.
sangkap III Br sj alat utk menangkap ikan (matanya bercabang dua tau
tiga), serampang;
menyangkap menikam ikan dgn sangkap.
sangkar I = sangkaran kurungan (burung dll); ~ ayam a) kurungan ayam;
b) sangkak, petarangan, terak, sarang;
menyangkarkan memasukkan ke dlm sangkar.
sangkar II; bujur ~ empat persegi; dua meter bujur ~ dua meter persegi.
sangkil I 1. sampai atau tercapai; 2. kena tepat, mengenai; 3. mujarab atau
serasi (ubat).
sangkil II Jh; tak ~ tidak disangka.
sangking  saking.
sangku mangkuk (drpd tembaga atau kuningan) tempat membasuh tangan.
sangkuh Br sj alat bermata satu (spt tombak) yg digunakan utk
menangkap ikan.
sangkur = mata ~ pisau yg dilekatkan pd hujung senapang, bayonet.
sangkut sl = tersangkut terpikat: lagi pula rasa hamba pun ~ melihat
muka tuan hamba;
bersangkut 1. bergantung, berpaut, berpegang: ilmu yg menjadi
tempat ~ kepercayaanku; 2. = bersangkutan bersangkut paut: sifat
mereka itu pun, pd umumnya, tiada memantangkan barang sesuatu
pekerjaan yg ~ dgn kewujudan dan maksudnya; 3. = bersangkutan
terlibat (dlm sesuatu perkara), berkenaan, berhubungan: hal besarbesar
yg ~ dgn pemerintahan dan kerajaan; orang yg
bersangkutan itu ayah dan abangku sendiri;
menyangkut 1. menggantung (pd kait dll), memaut, menggayut: dia
~ lampu itu di tengah-tengah ruang rumahnya; 2. bersangkutan
dgn, berkaitan (bertalian) dgn: empat drpd kriteria ini bersifat
ekstrinsik belaka, iaitu yg ~ soal kemanusiaan dan
kemasyarakatan;
sangkut-menyangkut hubungan, kaitan, kena-mengena;
menyangkutkan 1. menggantungkan (pd kait dll), memautkan,
menggayutkan: lempengnya itu pun disangkutkannya pd sigai
tempat ia memanjat pohon itu; 2. = mempersangkutkan
menjadikan kait-mengait, melibatkan, mengaitkan,
menyangkutpautkan: satu krisis besar pernah berlaku yg ~
menteri; ~ hati ki menumpukan cinta;
tersangkut 1. tergantung pd sesuatu, terletak pd sesuatu (seluar pd
duri dll): beg tangan putih yg ~ di jenjang kerusi; 2. terlibat sama,
terbawa masuk, terbawa-bawa: kelima-lima orang ini tidak ~ dgn
kejadian merompak itu; 3. tertumpu pd (pandangan), terlekat:
pandangannya ~ pd parut di bawah siku tangan kanannya; 4.
terhenti (perjalanan): di mana ~, di situlah singgah; 5. = ~ hati
jatuh hati kpd, terpikat;
tersangkut-sangkut terputus-putus, tertahan-tahan, gagap
(percakapan dll): aku bertanya dlm bahasa Inggeris dgn cara yg ~;
sangkutan 1. penyangkut; 2. gangguan (halangan dll);
persangkutan perhubungan, pertalian;
penyangkut tempat menyangkut sesuatu.
sangkut paut 1. hubungan atau kaitan (dlm beberapa perkara dll):
ceritanya itu ada ~ pautnya dgn sejarah; 2. kena-mengena (dlm hal
kekeluargaan dll), bertalian: orang itu tidak ada ~ paut dgn kita; 3.
kaitan hutang-piutang (bayar-membayar);
bersangkut paut ada kena-mengena, berkaitan (dgn), bertalian
(dgn): karangan hendaklah drpd perkara-perkara yg ~ dgn
pekerjaan yg dibuat;
menyangkutpautkan menjadikan kait-mengait, melibatkan,
mengaitkan: banyak tohmahan dan cerita karut yg ~nya dgn
projek-projek kerajaan.
sangling Jw; menyangling mengumpan, mengilapkan (emas, perak, dll).
sangluat Pr kandang kerbau jalang.
sanglur Kd gugur anak (pd binatang).
sangrai; menyangrai Id menggoreng sesuatu (kacang tanah dsb) tanpa
minyak, merendang, menyangai: padi pulut yg telah dibasuh itu
disangrai di dlm kuali tebal hingga menjadi bertih; dia ~ satu
camca ketumbar.
sangsai Mn melarat, sengsara.
sangsang Jk; menyangsang menyangkut;
tersangsang tersangkut.
sangsi I = bersangsi (berperasaan) ragu-ragu, syak: mereka berasa ~
adakah perubatan itu akan mendatangkan kebaikan atau
sebaliknya;
menyangsikan menaruh syak akan, meragu-ragui: mengapa pula
kita mesti ~ perhubungan mereka?
kesangsian perihal sangsi, keragu-raguan: tindakan masih belum
tegas, masih penuh diselubungi ~;
penyangsi (orang yg) selalu sangsi, (orang yg) tidak mudah
percaya.
sangsi II IB 1. pengakuan sudah sah (diluluskan dll), perbuatan
meluluskan, pengesahan (oleh parlimen dll); 2. tindakan (kuasa dll)
utk memaksa orang menepati perjanjian dll; 3. tindakan dlm hal
ekonomi dll sbg hukuman terhadap sesuatu negara (spt pemulauan
dll).
sangu Jw bekal.
sangulun sl (paduka) tuanku, tuan hamba.
sangyang sl sebutan kpd dewa: ~ dewata.
sani I Ar indah, mulia.
sani II Ar yg menjadikan.
sanitasi sistem kawalan kebersihan awam, termasuk bekalan air bersih,
pembuangan sampah dan pembuangan najis.
sanjai Mn tinggi lampai (bentuk badan).
sanjak  sajak I.
sanjung; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik,
berani, dll), meletakkan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji:
mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati,
memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disanjung
dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda
disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendaklah dgn
pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah
dgn perkara yg digemarinya;
menyanjung-nyanjung memuji dgn berlebih-lebihan, menghormati
sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula
majalah itu ~ namaku begitu sekali?
sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama
Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2.
suka dipuji-puji.
sano ark hilang akan (fikiran), lupa segala-galanya, bingung.
sanserif (sansérif)  (Cetak)  bentuk  huruf  (rupa  taip) yg  tidak mempunyai
serif.
Sanskerta Sanskrit.
Sanskrit bahasa kesusasteraan Hindu kuno.
santa Id gelaran bagi wanita yg keramat (dlm agama Kristian): S~ Maria.
santai dlm keadaan rehat dan bebas, bebas drpd tekanan (desakan,
ketegangan): sesuai benar utk tempat berbincang tentang perkaraperkara
yg rumit secara ~ tetapi mendalam;
bersantai, bersantai-santai berbuat apa sahaja dgn bebas tanpa
ketegangan, bersenang-senang (tidak mengalami tekanan atau
desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadangkadang
ada ~-santai juga, bermalas-malas juga;
menyantaikan menyebabkan atau menimbulkan rasa santai:
pemandangan di situ amat ~;
kesantaian keadaan santai, keadaan sedang berehat-rehat dan
bebas drpd tekanan: setiap kali anak mahu berbual mesra dgn
mereka, ini dianggap sbg gangguan terhadap ~ diri mereka itu.
santak I; menyantak meninju, menumbuk.
santak II hingga (sampai) ke: dr pagi ~ ke petang saya duduk
keseorangan di rumah; katil itu diletakkan berderet-deret hingga ~
ke dinding; ~ kanan bahan teks yg diatur huruf dan direka letak
sejajar dgn jidar kanan halaman sesebuah buku, majalah, dll; ~ kiri
bahan teks yg diatur huruf dan direka letak sejajar dgn jidar kiri
halaman sesebuah buku, majalah, dll.
santam sj tumbuhan (pokok renek), tarum akar, Marsdenia tinctoria.
santan air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur);
~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke
pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna disayangi,
sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kenakena
bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau
bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan;
meramas ~ di kuku prb meminta pd orang yg tidak mempunyai
sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan
benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik
itu akhirnya akan tua juga.
santap = bersantap bd makan, minum: ~ ia ~ beradat, dua suap ketiga
sudah; Seri Paduka kemudiannya telah bersantap tengah hari
bersama pegawai-pegawai tinggi;
menyantap memakan, meminum: diambil tuan puteri buah asam
itu disantapnya;
santapan, persantapan 1. makanan dan minuman, hidangan:
tengah baginda di penghadapan diangkat dayang nasi ~ ; 2. ki
bahan bacaan yg menarik dan mencetuskan pemikiran: akhbarakhbar
tempatan jarang benar dapat membekalkan ~ yg berfaedah
utk pembaca.
santau sj racun yg paling berbahaya (dibuat drpd berbagai-bagai ramuan);
menyantau memberi (seseorang) makan santau: ~ orang
sememangnya perbuatan yg keji.
santer Jk kuat (bunyi dll), nyaring.
santing Mn elok (bagus) sekali.
santir Mn = santiran 1. tandingan, tolok banding; 2. Id bayang (dlm
cermin).
santo Id gelaran bagi orang lelaki yg keramat (dlm agama Kristian).
santun 1. halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan: sungguh
tidak diduganya perempuan yg lemah lembut, sopan dan ~ itu
telah berubah sikap; pakaian yg ~ dan ranggi ini biasanya dipakai
ke majlis-majlis rasmi; 2. berasa kasihan (akan orang lain), suka
menolong; sudah merasa maka ~ prb setelah merasai sesuatu
kesusahan barulah berasa belas kasihan akan penderitaan orang
lain;
menyantun, menyantuni menaruh belas kasihan, suka menolong
(orang lain);
kesantunan perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi
bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~
itu sama pentingnya;
penyantunan 1. perihal menyantun(i); 2. pemberian pertolongan;
penyantun 1. (orang yg) halus budi bahasa, sopan: dia gadis
pemalu, pelajar dan ~; 2. menaruh belas kasihan (akan orang lain),
suka menolong, baik hati: engkau akan beroleh kemanakan yg ~,
yg tidak mengenal bosan dan jemu; 3. penolong, pembantu.
santung I Mn erat, rapat; ~ pelalai sj jampi utk menyekat perempuan drpd
bersuami.
santung II; sutera ~ sj sutera buatan China.
sanubar ark pokok-pokok yg berbentuk kon.
sanubari = hati ~ 1. jantung hati; 2. perasaan dlm hati atau batin: tidak
ada cara yg tertentu utk menyelami isi sajak yg lahir drpd ~
penyairnya.
sanuk; burung ~ sj burung, a) burung kerak, Rhinortha chlorpphaea; b)
burung cenuk besar, Rhopodyfes fristis longicandatus.
sanya sebenarnya, sesungguhnya: ~lah kata saudara hamba itu; bahawa~
bahawa sesungguhnya.
sap = kertas ~ kertas (kain) lembut dan tebal yg boleh menyerap dakwat
dan digunakan utk mengeringkan dakwat basah pd kertas selepas
menulis;
mengesap mengeringkan dakwat dgn kertas (kain) sap.
sapa 1. tegur: “Duduklah nona,” ~nya lembut; 2. ramah: raja itu murah
sekali serta dgn tegur ~nya kpd rakyatnya;
sapa-menyapa saling menyapa atau bertegur sapa, bersapa-sapaan:
banyak teman mulai ~; mereka sudah lama tidak ~;
bersapa keteguran (oleh hantu dll);
bersapaan, bersapa-sapaan saling bertegur (bercakap-cakap),
tegur-menegur;
menyapa mengajak bercakap-cakap, menegur: seorang pun tidak ~
atau mengendahkan dia;
tersapa 1. ark ditegur, diajak bercakap-cakap; 2. disapa, keteguran
(oleh hantu, orang halus, dll);
sapaan teguran, ajakan utk bercakap-cakap: tiba-tiba terdengar ~
di dapur rumah; ~ salam ucapan salam.
sapai Mn; angin si ~-~ angin sepoi-sepoi.
sapan bp habis rosak, lenyap, musnah sama sekali, binasa: semuanya
sudah musnah, habis kena lanyak, habis kena sodok, ~ licau.
sapar I pondok dlm hutan utk sementara sahaja (tidak teratur benar);
bersapar bermalam dlm sapar.
sapar II Br; bersapar-sapar bersekat-sekat (rumah dll): rumahnya ~
menjadikannya berupa sebuah stor.
sapat (Sunda) ark terpenggal.
sapau ark  sapar I.
sapenuh; daun ~ sj tumbuhan (herba), Eurycles amboinensis.
sapersi (sapérsi)  sj  tumbuhan  (herba  yg  dibuat  sayur),  Asparagus
officinalis.
sapi I 1. sj binatang yg rupanya spt lembu dan berwarna hitam, Bos
indicus; 2. Id lembu; lembu punya susu, ~ dapat nama = kerbau
sakit, ~ beroleh nama prb orang lain yg berbuat kebajikan orang
lain pula yg mendapat pujian.
sapi II; pohon ~ sj tumbuhan (pokok kecil), Otophora spectabilis.
sapih I ark lumpuh (mati) sebelah badan.
sapih II; menyapih menghentikan anak drpd menyusu;
sapihan = anak ~ anak yg baru sahaja dihentikan drpd menyusu.
sapir I IB bahagian tentera yg membuat jambatan (benteng dll).
sapir II IB penjaga penjara.
saprofagus (Bio) memakan bahan organik yg mati atau reput (bkn
haiwan).
saprofit (Bio) tumbuhan yg hidup dgn memakan benda-benda yg reput
(busuk).
saproplankton (Bio) plankton yg hidup dlm air yg tercemar.
saprozoit (Bio) haiwan atau tumbuhan yg bergantung hidup pd bahan
organik yg mati atau reput sbg sumber makanannya.
sapta (Sanskrit) tujuh (dlm kata majmuk).
saptadarma Id kewajiban yg tujuh.
saptamarga Id jalan yg tujuh (tujuh fasal yg mesti dipatuhi oleh anggota
tentera).
sapu I 1. alat (drpd lidi, sabut, roman, dll) utk membersihkan lantai dll:
dia membersihkan rumahnya dgn ~ lidi; 2. sesuatu yg digunakan
utk membersihkan (mengesat, menghapus, dll);
~ jagat a) sj meriam besar; b) sj hantu hutan; ~ tangan a) kain segi
empat (utk mengesat muka, peluh, dll); b) destar, setangan;
~ tangan menali ayam prb perihal kemiskinan yg amat sangat; spt ~
(penyapu) diikat dgn benang sutera prb sesuatu yg tidak kena pd
tempatnya;
bersapu 1. (sudah) dibersihkan (dikesat dll) dgn sapu: bilik saya
belum ~; 2. (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pd permukaannya):
bersama-sama susu lembu itu disediakannya juga tiga keping roti
bakar ~ mentega;
menyapu 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat,
menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air matanya; 3. =
menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusapusap:
dilucutkan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya;
4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur,
gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas
(dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan
disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan
sama sekali (wang dll), mengambil habis, membinasakan sama
sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin)
mengambil (memperoleh, memenangi, dsb) kesemuanya;
menyapukan 1. menyapu utk orang lain; 2. memakai sesuatu utk
menyapu, menyapu dgn; 3. melumurkan (melumaskan,
menggosokkan, dll) sesuatu pd (sesuatu permukaan dsb): maka oleh
si pelulut ubat guna drpd Hang Nadim itu disapukannya pd tubuh
Tun Teja; selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim
itu nipis-nipis pd muka dan leher;
tersapu 1. sudah disapu, sudah dibersihkan; 2. (telah) dibinasakan
(dirosakkan, dimusnahkan, dll): haluan dan buritan masih berada
di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~
seluruhnya;
sapuan 1. perihal (perbuatan dsb) menyapu: dia merasai sesuatu
drpd ~ hujung rambut perempuan itu; 2. hasil menyapu;
penyapu alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~
lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di
laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu
majlis kerana dibenci orang.
sapu II Jw; menyapu memukuli dgn rotan (sbg hukuman).
sapu III; ~ leman sj tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia.
sapu-sapu; ~ ringin sj permainan kanak-kanak (melunjurkan kaki dan
disapukan jari di atas kaki itu).
sapung; bunga ~ sj tumbuhan (pokok), akar belalang puak, Pittosporum
ferrugineum.
saput I lapisan yg tipis, selaput;
menyaput, menyaputi melitupi sesuatu dgn benda-benda yg tipis
(embun, awan, selaput, dll): masjid itu pun disaput orang dgn
berbagai-bagai warna; di tengah tasik itu ada sebuah pulau
sentiasa berasap spt disaput embun rupanya.
saput II; akar ~ tunggal sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kangkung
janing, Tylophora tenuis.
saqar Ar neraka (yg keempat).
sar I bunyi spt bunyi angin kencang.
sar II Kl lembing utk menikam kelapa.
sara I 1. = ~ hidup keperluan utk hidup (wang, makanan, dll), nafkah:
suamilah yg berkewajiban berusaha mencari ~ hidup; 2. = wang ~
wang bantuan, wang sokongan hidup: ia mendapat ~ drpd syarikat
itu;
bersara 1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur
tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab): biasanya
apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati; 2.
berhenti drpd bergiat dlm sesuatu lapangan (spt kegiatan sukan):
bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ drpd arena
badminton baru-baru ini;
membersarakan menyebabkan (membuat supaya) bersara:
langkah ini diambil utk memudahkan pemimpin parti ~ Ahli
Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yg difikirkan perlu
diganti;
menyara menanggung sara hidup, memberi sara kpd: harta itu
akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat; mereka terpaksa ~
keluarga masing-masing yg berbilang mulut;
saraan wang yg diberikan kpd seseorang utk membantu
kehidupannya: ~ ini akan berpanjangan sehingga ahli keluarga itu
mampu berdikari;
persaraan perihal (keadaan dsb) bersara, taraf atau kedudukan
sudah bersara: pengecualian cukai juga diberikan ke atas
pendapatan drpd~;
penyaraan perihal (perbuatan, usaha dsb) menyara: kos ~ keluarga
semakin meningkat sedangkan pendapatan mereka tidak
bertambah;
pesara orang yg sudah bersara (drpd bekerja atau berkhidmat);
penyara orang yg menyara: sbg anak sulung, dia terpaksa
mengambil alih tanggungjawab Almarhum ayahnya sbg ~ keluarga
mereka.
sara II; bersara turut serta (dlm sesuatu perkongsian dll).
sara III; ~-bara = tersara-bara kacau-bilau, kelam-kabut, tidak keruan:
maka orang pun larilah ~-bara.
sara IV Mn; minta ~ = bersara minta pertimbangan (bagaimana
baiknya).
sara V Kl pusar pd badan lembu.
sara VI Kl; tidak berapa ~ kurang waras (siuman).
saraf I Ar kajian tentang bentuk dan pembentukan kata (dlm bahasa
Arab), morfologi; ilmu ~ ilmu perubahan kata-kata; cucuku
sudahkah mengaji ~ dan nahu?
saraf II = urat ~ urat (tisu atau saraf) yg menghubungkan otak (atau
cabang-cabang darinya) dgn bahagian-bahagian lain dlm tubuh
badan: ~-~ itu mengalirkan rangsang dr alat perasa masuk ke
otak;
~ aferen (Bio) saraf yg mengalirkan impuls dr bahagian badan ke
sistem saraf pusat; ~ eferen (Bio) saraf yg mengalirkan impuls dr
sistem saraf pusat ke bahagian badan; ~ tunjang (Bio) bahagian
sistem saraf pusat yg terdapat dlm tulang belakang; penyakit ~ gila,
tidak siuman.
sarah I Br, Mn serah.
sarah II Br sj peti drpd kayu.
sarak I cerai, pisah;
bersarak bercerai, berpisah; ~ serasa hilang, bercerai serasa mati
prb seseorang yg terlalu rindu kerana bercerai dgn orang yg
dikasihi;
menyarak 1. menceraikan (isteri), memisahkan; 2. memberhentikan
anak drpd menyusu, menyapih.
sarak II isi ramuan (dimasukkan ke dlm ketam, ayam, dll) yg dimasak.
saran I cadangan (fikiran, pendapat, dsb) yg dikemukakan; memberi ~
mengemukakan cadangan;
menyarani mengemukakan cadangan (fikiran dll) kpd;
menyarankan 1. mengemukakan (pendapat dsb), mengemukakan
cadangan, memberi saran: dlm tulisannya itu, Nik Hasan ~ supaya
kerajaan bertindak menyelamatkan negeri Kelantan; 2.
menyebarkan di kalangan umum, menyiarkan, mempropagandakan:
dia pandai berpidato ~ cita-cita politiknya kpd rakyat;
saranan hal yg disarankan (dikemukakan dll): ~nya mendapat
sambutan drpd orang ramai;
penyaranan perihal menyarankan sesuatu, pencadangan,
pengutaraan: ~ kesamaan hak itu bukanlah semata-mata demi
kepentingan golongan tertentu;
penyaran pihak atau orang yg menyarankan sesuatu, pencadang,
pengusul.
saran II Kl pusar (pd tubuh manusia atau binatang).
sarana (segala) sesuatu yg dapat digunakan sbg alat dsb utk mencapai
atau melaksanakan sesuatu: bahasa Melayu hendaklah dibina agar
dapat berfungsi sbg ~ yg benar-benar dapat menyampaikan ilmu
secara berkesan; karya-karya sastera ialah wadah atau ~ utk
menyatakan dunia masyarakat dan zamannya.
sarang I 1. tempat diam burung dll (tempat berteduh, bertelur, memelihara
anak, dll): ~ tempua; ~ lebah; ~ tikus; 2. ki tempat persembunyian
(lanun, perompak, samseng, dll): di sini juga banyak ~ pengganas;
~ buaya a) tempat kediaman (banyak) buaya; b) blok kayu atau
tembaga utk mengecap kain batik; ~ gagak tempat melihat (pd tiang
seri kapal layar); ~ nanah tempat nanah dlm bisul; ~ pipit a) sarang
burung pipit; b) lesung pipit; umpama orang memelihara dirinya
dlm ~ lebah prb mempertahankan diri di tengah-tengah musuh;
bersarang 1. membuat sarang (burung, serangga, binatang kecil,
dll), mempunyai sarang: burung tiung ~ di hujung terap; 2.
bertempat utk bersembunyi (perompak, penyamun, dll): perompakperompak
itu ~ di dlm sebuah gua; 3. ki mengambil tempat di,
menetap di: penyakit malaria sudah ~ dlm tubuhnya; dia tidak
berani membiarkan perasaan yg buruk-buruk itu ~ dlm kepalanya;
4. ki duduk dgn senang di: ia ~ dgn leganya di atas sebuah kerusi;
5. kena (pukulan dll), masuk (tikaman, peluru, dll), tembus, lut:
kerisnya ~ dlm dada musuh yg menyerangnya; 6. Id masuk gol
(dlm permainan bola sepak); 7. = bersarang-sarang berlubanglubang,
banyak lubangnya: saya tengok ~ tengkoraknya bekas
peluru; betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak ~ prb anak bujang
yg bebas berjalan ke mana-mana;
bersarang-sarang 1. banyak sarangnya; 2. berlubang-lubang
(ditembusi peluru dll), berkerawang.
sarang II; akar ~ punai sj tumbuhan (akar memanjat), akar kacangkacang,
Dichapetalum deflexifolium; rumput ~ buaya sj tumbuhan
(rumpai), a) Ischaemum timorense; b) Ichnanthus vicinus; sakat ~
langsuir sj tumbuhan (pakis), Cyclophorus spp.
sarangan Jw buah berangan.
sarang-sarang Br rangka tudung saji.
sarap I sampah (daun-daun kering, debu, dll): dia mengibas-ngibas ~ ke
tepi dinding dgn kain; sampah ~ berbagai-bagai sampah; ~ sehelai
dituilkan, batu sebuah digulingkan prb memeriksa dan menyelidik
sesuatu dgn teliti;
menyarap 1. bertaburan (spt sarap): kartu bertaburan, wang
berserak-serak, rokok ~ di lantai; 2. ki tidak berguna, dianggap sbg
sampah.
sarap II; menyarap 1. = menyarapi memberi berlapik atau beralas dgn
barang-barang yg tipis (kain dll): katil itu disarapi dgn kain putih;
2. makan pagi: sampai sekarang ia belum ~ lagi;
sarapan 1. alas, lapik, lapisan; 2. a) makanan pagi (sbg alas perut);
b) makan pagi;
bersarapan mengambil sarapan.
sarap III sj penyakit kulit (pd kanak-kanak).
sarat 1. terlalu banyak (muatan, bebanan, buah, dll) hingga berat atau
penuh: maka pilu itu disuruh baginda isi dgn sagu rendang sampai
~; bagai pinang ~ berbuah; badannya sudah ~ dgn pakaian dan
perhiasan; 2. ki penuh berisi (dgn air, fikiran, harapan, kesusahan,
dll): lapisan atas tanah itu ~ dgn air; dadanya ~ dgn harapan
besar utk masa depan; 3. mengandung (hamil, bunting) dan hampir
akan bersalin: isterinya yg sudah ~ mengandung;
menyarat, menyarat-nyarat ark penuh sekali, sangat penuh;
menyarati menjadikan penuh berisi, memenuhi.
sarau I Mn sial, celaka, malang: sekali malang datang, dua tiga ~
menyusul;
menyaraukan menjadikan sial (celaka), mencelakakan.
sarau II Id sj bakul besar.
saraung Br sj tutup kepala (topi).
Sarawak negeri di Malaysia yg terletak di barat laut Borneo, keluasan
1,129,500 km2, Kuching sbg ibu negeri, Bumi Kenyalang.
saraya Jh; menyaraya menyuruh bekerja tanpa upah (hanya menanggung
makan sahaja).
sardin 1. sj ikan laut (biasanya ditinkan), a) Harengula fimbriata; b)
Harengula melanura; c) Amblygaster sirm, dll; 2. bp penuh sesak
(orang dlm kereta dll), penuh sekali, tumpat: orang dlm bas itu
penuh sesak macam ~.
sarean (saréan) 1. Id ark sarjan; 2. Jw ark kakitangan ketua kampung; 3.
= serang ketua kelasi.
sarer (sarér) Kl sj lumut laut.
sarhad sl batas, had.
sari I 1. pati drpd sesuatu (makanan, buah-buahan, dll): ~ susu; 2.
bahagian yg penting (drpd karangan, berita, pelajaran, dll), isi
pokok; ~ kata terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak
dgn tayangan filem berkenaan; inti ~ pokok, isi; 3. = serbuk
(tepung) ~ Id debunga (pd tumbuh-tumbuhan); ~ bunga kelopak
bunga;
menyarikan 1. menghisap madu dr sari bunga (kumbang, ramarama,
dll); 2. memetik pati sahaja (drpd karangan, berita, dll),
mengikhtisarkan;
penyarian perbuatan (proses) memetik isi drpd karangan, berita,
dll: ~ data.
sari II sl bunga: puspa~; sang lir ~ tuan yg spt bunga.
sari III sj pakaian tradisional wanita India;
bersari memakai sari: wanita India yg ~ biru itu ialah rakan
sekuliah saya dahulu.
sarih Ar jelas, nyata, atau terang (makna): ayat al-Quran itu adalah ~ dlm
menetapkan prinsip akidah Islam.
sarik sj buluh yg halus batangnya.
sarikan; akar ~ Id sj tumbuhan (pokok memanjat), akar guih,
Spatholobus ferrugineus.
saring I; menyaring 1. membersihkan sesuatu (menerusi benda yg
berlubang kecil-kecil), menapis: ~ minyak; 2. ki memilih (utk
mencari yg baik, elok, dll): ~ pemohon-pemohon yg akan diambil
bekerja;
saringan 1. = penyaring penapis, tapisan; 2. acara dsb utk memilih
(yg baik, elok dll): drpd jumlah ini, seramai 16 orang akan dipilih
utk menjalani ~ bagi memilih 6 orang peserta paling baik;
penyaringan 1. perihal (kerja, proses, dsb) menyaring, penapisan;
2. perbuatan atau proses memilih (yg baik, elok, dll); 3. yg telah
disaring.
saring II Mn ramping, langsing.
sari pati isi atau pokok (drpd karangan dll); inti sari.
sarira sl badan, tubuh.
sarirah sj tumbuhan (pokok), Acronychia laurifolia.
sari salut bahagian luar drpd bunga (termasuk sari bunga dan salut
bunga).
sarit Mn 1. susah (hidup), sulit; 2. ki miskin; 3. = sarit-sarit jarangjarang.
sarjan pangkat dlm tentera dan polis (lebih tinggi drpd koperal); ~ mejar
pegawai polis yg pangkatnya satu tingkat di atas sarjan.
sarjana 1. orang yg pandai-pandai (bijak), ahli dlm ilmu pengetahuan,
cendekiawan; 2. gelaran orang yg telah melengkapi pelajaran di
universiti (telah mendapat ijazah); ~ muda gelaran orang yg telah
mendapat ijazah pertama di universiti (sebelum ijazah sarjana);
kesarjanaan 1. pengetahuan dan kemampuan seseorang sarjana,
kepandaian, keahlian: ~ ini penting di universiti; 2. hal-hal yg
berkaitan dgn sarjana: nyatalah bahawa buku ini ialah sumbangan
besar dlm perkembangan dan ~ Melayu.
sarkas 1. sekumpulan penghibur yg terdiri drpd akrobat, badut, dsb serta
binatang terlatih, yg menjelajah dr satu tempat ke satu tempat utk
membuat pertunjukan; 2. persembahan hiburan oleh kumpulan ini.
sarkasme (Sas) kiasan atau ironi yg mengandungi unsur-unsur kata yg
pedas yg bertujuan utk menyakitkan hati seseorang, sindiran.
sarkastik bersifat menyindir (dgn kata yg tajam, pedas) yg boleh
menyakitkan hati seseorang: kata-katanya yg sangat ~ itu
menyebabkan kami terpaksa berfikir panjang.
saron sj alat bunyi-bunyian (dlm gamelan).
SARS kep Severe Acute Respiratory Syndrome (Sindrom Pernafasan
Akut yg Teruk, iaitu penyakit salur pernafasan yg boleh membawa
maut, dicirikan oleh demam panas, sukar bernafas dan batuk tanpa
kahak, akibat jangkitan koronavirus dan merebak melalui titisan air
yg keluar di udara semasa penghidap bersin atau batuk).
sarsaparila 1. sj minuman tanpa alkohol yg disediakan drpd akar
tumbuhan tropika genus Smilax, berwarna coklat dan mempunyai
aroma yg menyegarkan; 2. pokok yg mempunyai akar yg beraroma
yg digunakan utk minuman 1. di atas.
sarsi singkatan bagi sarsaparila, iaitu air yg dihasilkan drpd sarsaparila.
Sartan; bintang ~ bintang mengkara; garisan (balik) ~ garis lintang yg
letaknya 23° 26' di utara khatulistiwa.
saru I Jk tidak jelas pd pelihatan (pendengaran dll), tidak nyata, samar;
menyaru 1. menjadi saru (tidak jelas); 2. menyamar;
menyarukan menjadikan saru (tidak jelas, tidak nyata, dll),
menyamarkan;
penyaruan 1. perihal menyamar, penyamaran; 2. perbuatan dll utk
menutup maksud.
saru II Jw tidak senonoh (perbuatan, perkataan, dll).
saru III Kl tidak senang hati (kerana runsing, bosan, dll).
saru IV Ar ark sj pokok ru.
sarudung sj pondok yg didirikan di atas lantai rumah yg belum siap.
saruk; menyaruk 1. menyentuh atau melanggar sesuatu, menyandung; 2.
ark mujur (dlm perjudian);
tersaruk, tersaruk-saruk tersandung-sandung, terlanggar-langgar.
sarung I 1. salut (tempat menyimpan keris, pedang, dll) yg dibuat drpd
kayu dll: pedang yg sudah terhunus drpd ~nya; 2. sampul (bantal,
surat, dll), bungkus; 3. = kain ~ kain yg hujung pangkalnya dijahit
bersambung;
~ akar tisu yg menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah,
dll); ~ bantal kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor
dll); ~ bidal = ~ jari sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang
menjahit), jidal, didal; ~ kepompong lapisan yg menyaluti telur
(kepompong) serangga; ~ keris sarung tempat menyimpan keris; ~
surat sampul surat; ~ tangan kaus tangan; seberapa panjang ~,
begitulah panjang matanya prb perangai (perkataan) yg baik atau
jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang;
bersarung memakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan;
bersarungkan menggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil
goloknya yg berhulukan buluh dan ~ upih itu;
menyarung 1. memberi bersarung: ~ keris; 2. memakai atau
mengenakan (pakaian dll): dia terus ~ pakaian;
menyarungkan 1. memasukkan ke dlm sarung: kemudian
Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali; 2. mengenakan atau
memasukkan (pakaian, cincin, dll): dia terpaksa menahan nafas
ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu; ~ baju di badan maka
sesuai prb mengukur perbuatan orang dgn keadaan diri sendiri;
tersarung 1. terletak dlm sarung (keris, pedang, dll), dlm keadaan
bersarung; 2. terlekat atau terpakai (pakaian dll): cincin
pertunangan ~ di jarinya;
penyarung sl orang yg membuat sarung: maka oleh segala
perawangan itu dibawanya keris itu kpd segala ~ disuruh
sarungkan.
sarung II Mn; menyarung mencelah (perkataan orang), menyampuk.
sarut I; menyarut menggesel, bersanggit dgn: tayarnya hendaklah
jangan ~ rodanya;
sarutan geselan.
sarut II Mn kusut.
sarut III Br sj bakul yg dibawa di belakang tubuh.
sarwa sl segala, sekalian, seluruh: Tuhan ~ sekalian alam.
sarwajagat (bersifat) sejagat, universal, meliputi seluruh dunia, alam
semesta: unsur-unsur yg mendukung idea atau konsep keindahan
sastera ~; menghadapi teknologi komunikasi yg bersifat ~;
kesarwajagatan keadaan sejagat: kertas kerja yg membahaskan
ciri-ciri kebudayaan Islam dgn menitikberatkan ~.
sarwal sl seluar, celana.
sasa sl kuat, tegap: adapun Sang Guna itu baik sikapnya, tegap ~
tubuhnya;
kesasaan ketegasan (tubuh), kekuatan dan ketegapan (tubuh):
bangga juga Mek melihat ~ Awang Lekir itu.
sasak bilah yg dianyam (utk dinding rumah, pagar, dll): kota delapan
pagar ~ .
sasakala (Sunda) ark; dongeng ~ cerita-cerita dahulukala (cerita dewadewa
dll).
sasap I; menyasap 1. mencabut (rumput), merumput, menyiangi; 2.
menghapuskan, memadamkan (tulisan dll).
sasap II; susup-~; susup.
sasar I setengah gila, kurang siuman; ~ bahasa gila bahasa.
sasar II Jk; menyasar tidak mengikut arah yg sepatutnya, sesat;
kesasar, tersasar terpesong (drpd arah atau landasan yg
sewajarnya), tersesat (fikiran dll): oleh itu, yg salah harus
dibetulkan, yg ~ hendaklah ditepatkan dan yg kurang perlu
digenapkan; belut yg ~ di bawah permatang; anak ~ anak yg sudah
rosak fikirannya.
sasar III Jk; menyasar membidik, menghala, menuju;
menyasarkan 1. menghalakan, menujukan; 2. menetapkan sasaran
(hasil, perolehan dsb yg ingin dicapai): syarikat ~ jualan bagi
kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta
menjelang bulan Jun depan; negara kita ~ 14 pingat emas bagi
acara olahraga di temasya Sukan SEA itu;
sasaran 1. tujuan (menembak), bulan-bulan: ada yg menembak ~,
ada yg bercatur, ada yg bersepak raga; 2. tujuan (serangan politik,
marah, kritik, dll): Tijah sudah menjadi tempat ~ marah dan
hamun; 3. hasil drpd sesuatu usaha, tindakan dsb yg ingin dicapai,
matlamat: kami harus mencapai ~ kerja bulanan yg telah
ditetapkan.
sasar IV Mn; sasaran tempat belajar (menembak, bersilat, mengaji, dll):
apabila hari malam, ia pun pergi ke ~ silat; ~ tenis padang tenis;
sasarannya biasanya, akibatnya: banyak minum air dingin ~ sakit
perut.
sasar V Br; menyasar menolak atau menyorong sesuatu (barang, orang,
dll).
sasau I sasar I.
sasau II Mn ark; menyasau bk makan banyak-banyak.
sasi I Jw ark bulan.
sasi II Mn saksi.
sasian Mn; anak ~ (anak) murid.
saspens (saspéns)  keadaan  teruja,  tegang,  cemas,  bimbang,  dsb  ketika
menunggu sesuatu berita atau menghampiri sesuatu klimaks: di
samping itu, unsur-unsur ~ juga dimasukkan utk menjadikan novel
ini lebih menarik.
sastera 1. bahasa yg digunakan dlm kitab-kitab (bukan bahasa basahan);
2. = kesusasteraan hasil seni (karya tulisan) dlm bentuk prosa atau
puisi yg mempunyai ciri-ciri keistimewaan yg tertentu; ahli ~ (orang
yg) pakar dlm hal kesusasteraan; seni ~ seni karang-mengarang
(prosa, puisi, dll); 3. ark kitab suci Hindu; 4. sl kitab ilmu
pengetahuan pustaka, kitab yg mengandungi ramalan (perhitungan
dll); 5. sl tulisan, huruf;
~ bandingan kajian dan huraian tentang pertalian antara pelbagai
sastera dr berbagai-bagai negara dan bangsa; ~ hiburan bentuk
sastera yg bertujuan memberikan keseronokan atau hiburan, mis yg
bertemakan percintaan dsb; ~ lisan sastera rakyat; ~ rakyat sastera
yg berkembang di kalangan rakyat dan disebarkan melalui
pertuturan drpd satu generasi kpd satu generasi yg lain, mis mitos,
lagenda dan mantera.
sasterawan 1. orang yg menghasilkan karya sastera (spt prosa dan puisi),
ahli sastera, pengarang, pujangga: Asas 50 merupakan sebuah
gerakan ~ yg progresif; 2. orang yg cerdik pandai, cendekiawan:
memanggil segala ahli nujum dan ~;
kesasterawanan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn sasterawan:
pengarang harus memiliki keterampilan ~ yg menguasai teknik
penulisan dan peka terhadap hal-hal kemanusiaan.
sasul; tersasul terlajak (perbuatan, perkataan, dll), terlangsung, terlebih
(drpd sepatutnya): dia telah ~ memperkatakan soal itu;
ketersasulan keadaan tersasul: ~ ini beberapa kali dapat ditemui
dlm novel ini.
sasyimi sj makanan Jepun yg berupa filet ikan mentah.
sat I daun terup yg tertinggi nilainya.
sat II ark ukuran banyak beras dll; ~ besar sepuluh gantang; ~ kecil lima
gantang.
sat III bp saat, sesaat, sekejap, sebentar.
sat IV Kl; ~ patat jauh (benar).
satah permukaan yg rata, rataan.
satar Tr sj makanan yg dibuat drpd ikan yg dicampur dgn rempah serta
kelapa dan dibungkus dgn daun pisang, dicucuk dgn buluh dan
dibakar.
sate (saté)  sj makanan yg dibuat drpd potongan kecil daging yg dicucuk
dan dipanggang (dimakan dgn kuah); ~ ayam (kambing) sate drpd
daging ayam (kambing);
menyate 1. membuat sate; 2. = mempersate ki, bp melakukan
perpecahan (pd sesuatu persatuan dll);
persatean ki, bp perpecahan (pertubuhan dll).
satelit 1. bintang siarah yg beredar mengelilingi bintang siarah lain yg
lebih besar: dgn menggunakan teropong jauh yg lebih besar ia
menemui dua buah ~ utk Uranus; 2. pengikut, penganut; negara ~
negara yg mengikut negara lain yg lebih besar dan kuat; 3. sj alat
rekaan manusia yg dilancarkan mengedari bumi, bulan, atau planet
lain utk tujuan perhubungan, penyelidikan dsb.
sateriakesateria.
satih Mn ark; menyatih mendenda.
satin sj kain sutera, antelas.
satinet (satinét) sj kain yg ditenun drpd kapas dan nampaknya spt satin.
satir I makhluk dlm mitologi Rumawi dan Yunani lama yg berupa separuh
manusia dan separuh haiwan.
satir II Mn; sumpah ~ sumpah yg tidak dapat dimungkiri lagi, sumpah
setia.
satira karya (prosa atau puisi) yg mempersendakan atau menyindir orang
dll.
satirawan penulis satira.
satni 1. Kd, Pl, bp sebentar lagi; ~lah aku pergi sekejap lagi aku pergi; 2.
Kl, Tr baru sebentar; ~ sahaja dia pergi baru sebentar dia pergi.
sato Jw binatang, haiwan.
satron Jk; menyatroni bersikap memusuhi, mengganggu, menceroboh.
satsuma sj oren Jepun yg kulitnya lekang dan ulas-ulasnya mudah
dipisahkan.
satu 1. angka permulaan membilang bilangan (1), esa: cincin bermata ~; ~
sama lain sama sendiri (sesama mereka); tidak ada ~ pun tidak ada
langsung; 2. bp ganjil (dlm maksud mencemuh, marah, dll), lain
drpd yg lain, pelik: awak ni ~ juga; ~ per ~ = satu-satu; ~ detik
sepuluh rebah prb seorang yg disindir, semua yg hadir turut
tersinggung;
satu-satu 1. tiap kali satu, satu demi (lepas) satu: timbang benda itu
~; 2. bp apa-apa, sesuatu: banyak orang yg menyalahkan polis
apabila berlakunya ~ jenayah;
satu-satunya tidak ada yg lain, satu sahaja: dialah ~ orang Melayu
yg sanggup memikirkan masalah masyarakat Melayu;
bersatu 1. bergabung menjadi satu: Bangsa-Bangsa B~; enam
puluh orang pemuda dr kampung itu telah pun ~ utk menjaga
keamanan di situ; 2. bertaut atau bertemu (menjadi satu yg lebih
besar): saluran-saluran rerambut darah semuanya ~ semula
menjadi satu pembuluh besar; 3. bersebati (menjadi satu): zat
makanan itu ~ dgn oksigen di dalam sel; 4. = ~ hati bermuafakat
benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sbg suami isteri): mereka
sudah bernikah tetapi belum lagi ~; 6. bh melakukan hubungan
jenis, bersetubuh, bersama;
~ padu bersatu benar-benar, merupakan perikatan (permuafakatan)
yg kukuh: cinta laki-laki ~ padu dgn cinta perempuan sehingga
tidak dapat dipisah-pisahkan; sewajibnyalah mereka ~ padu dan
bekerjasama utk mencapai kemajuan;
menyatukan 1. mengumpulkan menjadi satu (supaya lebih kuat,
kukuh, teguh): bahasa ~ bangsa; 2. menyelaraskan (tujuan, tekad,
dll), memusatkan: sekarang marilah kita ~ tekad kita; 3. bh
mengahwinkan, menikahkan;
mempersatukan 1. menjadikan bersatu (bkn rakyat sesebuah
negara dsb); 2. mengahwinkan,menikahkan: maka muafakatlah
segala orang besar-besar Tempanak itu hendak dipersatukannya
kedua-dua raja itu jadi laki isteri;
satuan 1. angka yg kurang drpd 10 pd bilangan yg mempunyai lebih
drpd satu angka; 2. sesuatu yg digunakan sbg dasar sukatan (ukuran
dll), unit: gantang ialah ~ ukuran banyak; ringgit merupakan ~
wang di Malaysia;
kesatuan 1. keadaan yg satu (tunggal), keesaan: ~ Allah; 2.
keadaan yg satu (sama): manusia sangat sukar memelihara
kesamaan atau ~ linguistik atau “linguistic unity” itu; 3. = ~
sekerja pertubuhan atau persatuan pekerja-pekerja (utk menjaga
kepentingan mereka): K~ Pekerja-Pekerja Syarikat Bas; 4. Id
satuan, unit; 5. Id satu kumpulan (orang, perkakas, dll) yg
merupakan badan dll yg tersendiri, unit: ~ tentera payung;
persatuan 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa
P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak
Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal
bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata;
berpersatuan mempunyai persatuan, ada persatuannya:
memperbanyak aktiviti ~;
pemersatuan perihal mempersatukan sesuatu: ~ bahasa Melayu
bermakna kebangkitan semula kegemilangan Melayu;
penyatuan perihal menyatukan: ~ semula negeri Jerman masih
lagi merupakan satu masalah yg besar;
penyatu orang (faktor dll) yg menyatukan atau menyatupadukan:
ciri-ciri yg membezakan manusia tetapi yg juga menjadi unsur
~nya.
satu padu; bersatu padu bersatu benar-benar, merupakan perikatan
(permuafakatan) yg kukuh: cinta laki-laki ~ dgn cinta perempuan
sehingga tidak dapat dipisah-pisahkan; sewajibnyalah mereka ~
dan bekerjasama utk mencapai kemajuan;
menyatupadukan menjadikan bersatu padu (supaya lebih kuat,
kukuh, dll): salah satu tujuan ibadat haji ialah utk ~ umat Islam;
Bahasa Kebangsaan merupakan alat perhubungan utk ~ semua
rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini;
mempersatupadukan ark menjadikan bersatu padu;
penyatupaduan proses menyatupadukan.
satwa sl binatang.
sau I bunyi spt bunyi angin bertiup pd daun-daun kayu, desau.
sau II 1. sj tumbuhan (pokok dan buahnya), sawah, sawai, sawuh,
Manilkara kauki; 2. = ~ menila sj tumbuhan (pokok dan buahnya),
ciku, Achras zapota.
saudagar orang yg berniaga atau berdagang;
~ keliling penjual yg menjaja jualannya dr satu tempat ke satu
tempat; ~ minyak urat orang yg pembohong (orang yg berniaga utk
orang lain tetapi mengaku perniagaannya sendiri dll); ~ pengantara
Id orang tengah (dlm perniagaan), saudagar penghubung saudagar
besar dgn saudagar kecil.
saudara 1. orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg
sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas
kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan
kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3.
orang yg sama darjat (sekutu, segolongan, dll): ~ sekampung; 4.
kawan, sahabat, teman: ~ sepermainan; 5. bh kata ganti diri kedua
(spt awak, kamu, anda) yg digunakan terutamanya pd lelaki: ~,
boleh saya tumpang bertanya? 6. tembuni, uri (yg keluar
mengiringi bayi yg lahir); 7. ki sesuatu yg hampir sama (keadaan,
sifat, dll): menipu itu ~ mencuri;
~ angkat orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang atau yg
diakui sbg saudara sendiri; ~ anjing saudara seibu tetapi berlainan
bapa; ~ baru (panggilan yg ditujukan kpd) orang yg baru memeluk
agama Islam; ~ bau bacang (embacang) saudara yg telah jauh
pertaliannya; ~ belahan saudara yg sama nenek moyangnya; ~
daging semua kaum keluarga jauh dan dekat; ~ dekat = ~ rapat
saudara yg masih dekat; ~ dua pupu saudara yg datuk atau
neneknya adik-beradik; ~ jauh = ~ renggang saudara yg telah jauh;
~ kandung (sekandung) saudara sendiri, saudara seibu sebapa; ~
kembar adik-beradik yg dilahirkan sbg anak kembar; ~-mara semua
kaum keluarga (jauh dan dekat); ~ pungut saudara angkat; ~ pupu
saudara yg masih dekat; ~ sejalan sejadi saudara yg sama ibu
bapanya, saudara kandung; ~ seperjuangan teman yg sama-sama
berjuang (berusaha, berjerih payah) utk sesuatu; ~ sepupu saudara
yg datuk atau neneknya sama; ~ susu = ~ susuan = ~ setetek
saudara yg bukan saudara sendiri tetapi menyusu pd perempuan yg
sama; ~ tiri a) anak ibu atau bapa tiri; b) Id saudara drpd bapa (ibu)
yg sama tetapi ibu (bapa) yg berlainan;
bersaudara 1. mempunyai saudara: aku tidak ~ dan tidak
berkeluarga; 2. adik-beradik: maka datang pula raja beruk empat
~; 3. ki mempunyai sifat (keadaan dll) yg hampir serupa: bakteria
ialah sejenis tumbuhan yg ~ rapat dgn kulat; badan ~, emas takkan
~, kasih saudara sama ada prb bagaimana sekalipun orang
berkasih-kasihan tetapi dgn mudah juga dapat diceraikan kerana
orang lebih mengutamakan harta benda;
saudara-bersaudara sl sesama saudara, adik-beradik: apa kerja
kita berkelahi ~?
bersaudarakan mempunyai (seseorang) sbg saudara: dia lebih rela
~ orang miskin drpd saudara-saudaranya yg hidup mewah dan
angkuh itu;
mempersaudarakan menjadikan (spt) bersaudara: anakanda ini
ayahanda persaudarakan dgn anak ayahanda sekalian ini;
persaudaraan perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara,
pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg
menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum.
saudari bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yg digunakan pd
perempuan (terutama dlm surat-menyurat).
sauh I alat yg berkait dan berat, yg dilabuhkan ke dlm air supaya perahu
(kapal dll) tidak hanyut, jangkar; membongkar ~ mengangkat sauh
(kerana hendak belayar); membuang (melabuhkan) ~
mencampakkan sauh (supaya perahu tidak hanyut);
~ buji sauh kecil yg ada empat pengaitnya; ~ cemat = ~ kecil sauh
kecil yg dilemparkan ke perahu dll utk menariknya; ~ terbang sauh
yg dilemparkan (ke darat, ke tebing, dll);
bersauh 1. memakai (menggunakan) sauh; 2. berlabuh (kapal,
perahu).
sauh II; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), a) cana, Parinarium griffthianum;
b) merbatu layang, Parinarium corymbosum; ~ menila sj tumbuhan
(pokok), ciku, Achras zapota.
saujana sl luas, jarak yg jauh: berhimpun di padang ~; ~ mata
(memandang) sejauh pemandangan mata, sejauh mata memandang.
sauk I 1. benda yg digunakan utk mencedok sesuatu, pencedok; 2. =
sauk-sauk, sesauk bp sj jaring yg bertangkai utk menangkap ikan
(kupu-kupu dll); ~ air mandikan diri prb hidup dgn usaha sendiri;
menyauk 1. mencedok, menimba; 2. menangkap ikan (kupu-kupu,
belalang, dll) dgn sauk; 3. ki memaut dgn tangan (spt hendak
memeluk): ia ~ pasangan berdansa; 4. menahan kaki orang dgn
kaki sendiri (supaya ia jatuh); 5. mengambil tanpa kebenaran,
menyapu, menyerobot, menyikat: apabila rumah terbakar, adalah
orang yg datang hendak ~ barang-barang; 6. Mn meminjam wang
perkongsian;
~ kering-kering, membeli habis-habis prb a) menyelidiki sesuatu
hal biar sampai jelas; b) menuntut ilmu hendaklah sampai ke
penghabisannya;
menyaukkan mengenakan sesuatu utk menyauk, menjerutkan:
maka disaukkanlah jerat pd kaki gajah yg lepas itu;
tersauk, tersaukkan tertangkap (akan), terlingkup (akan), terperap
(akan); tersaukkan ikan, suka, tersaukkan batang, masam prb
ketika untung bersuka ria tetapi ketika rugi marah-marah;
saukan Mn sesuatu yg disauk (dipinjam drpd perkongsian dll):
barang yg diambil dan wang yg dipakai itu dinamakan ~, pd
hitungan perniagaan itu tidak rugi, tetapi pd keadaan, pokoklah yg
termakan.
sauk II ark keluh, erang.
saum Ar (ber)puasa;  siam III.
sauna 1. = mandi ~ mandi wap utk menyegarkan badan; 2. bilik atau
bangunan tempat mandi wap.
saung Mn gaung, gua, liang (dlm tanah).
saur I Mn; bersaur berbelit, berkait, berpautan;
menyaur 1. melemparkan tali dll ke kaki orang (binatang) utk
menjatuhkannya; 2. menyauk tali layang-layang lawan;
menyauri membelit-belit (pd);
tersaur terbelit, tersangkut.
saur II Kl; tidak ~ tidak masuk (diterima) akal.
saur III Br sahur.
saus IB kuah yg dimasak bersama makanan atau yg dibubuh pd makanan.
saut; akar ~ = akar sautan sj tumbuhan (pokok memanjat), Adenia
singaporeana.
saute (sauté)  (ERT)  1. kaedah memasak dgn menggoreng makanan dgn
cepat dlm minyak atau lemak panas yg sedikit di atas api bersuhu
tinggi; 2. yg digoreng dgn cepat dlm minyak atau lemak panas yg
sedikit di atas api bersuhu tinggi: kentang ~.
savana (Geog) kawasan padang rumput yg ditumbuhi oleh sedikit pohonpohonan
(di antara padang pasir dgn hutan khatulistiwa).
SAW kep Sallallahualaihiwasallam.
sawa I sj ular yg besar;
ular ~ cindai sj ular, Phyton reticulatus; ular ~ katak (batu) sj ular,
Phyton curtus; ular ~ rendam sj ular, Phyton molurus; ~
mengampai sj ukiran awan larat;
apa lagi ~ ia berkehendakkan ayamlah prb orang yg suka mencari
barang-barang yg digemarinya; pacat hendak menjadi ~ prb a)
orang miskin berlaku spt orang kaya; b) mengharapkan sesuatu yg
bukan-bukan.
sawa II Kl tidur selepas makan.
sawa III Kd buah ciku.
sawab I Ar yg benar, sebenarnya, sesungguhnya; ratap ~ ark ratap yg
bersungguh-sungguh; raung ~ ark raung dgn sekuat-kuatnya.
sawab II Ar pahala, balasan di akhirat.
sawah tanah yg bencah (digenangi air) tempat menanam padi, bendang;
turun ~ (mulai) mengerjakan sawah;
~ air sawah yg berair kerana hujan; ~ bencah sawah yg mendapat
airnya dr tali air; ~ rawang sawah di tanah yg berpaya-paya; ~
tadahan Jw sawah yg hanya mendapat air drpd air hujan;
~ berpermatang, ladang berbintalak prb sesuatu perkara itu ada
batasnya (hadnya); ~ luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak
prb jika ada orang yg meminjam wang, wajib ada orang yg
menjaminnya; ke ~ tidak berluluk, ke ladang tidak berarang prb
memperoleh keuntungan (dll) tidak dgn bersusah payah;
bersawah 1. mempunyai sawah: orang-orang kita yg tidak ~
biasanya membeli beras dr kedai; 2. = menyawah bekerja
menanam padi di sawah, mengerjakan sawah: kerja Tuk Mat
sehari-hari ialah menoreh getah dan ~;
~ seperempat piring, ke sawah sama dgn orang prb orang miskin
yg berlagak spt orang kaya-kaya; ~ sepiring tidak akan tempat
sepasin bertanya prb peri kemiskinan yg amat sangat;
persawahan 1. perihal bersawah (mengusahakan sawah): dlm
sejarah ~ di negeri ini, menanam padi dua kali setahun sudah
lama dilakukan; 2. kawasan yg dijadikan sawah;
pesawah orang yg kerjanya bersawah, petani: menantunya bukan
seorang ~ lagi, melainkan sudah bakal jadi saudagar.
sawai I sj tumbuhan (herba), Tricgosporum spp.
sawai II 1. sj burung, burung anting-anting, Dissemurus paradiseus
malayensis; 2. sj burung, burung hamba kera, Surniculus m.
malayanus.
sawai III; bersawai tidak sedarkan diri (kerana kemasukan orang halus),
menurun.
sawala perbahasan, perdebatan, pertengkaran;
bersawala berbahas, berdebat, bertengkar.
sawan sj penyakit yg datang dgn tiba-tiba (menyebabkan anggota menjadi
kaku, kejang, berbuih mulut, dll);
~ babi gila babi, ayan, epilepsi; ~ bangkai (terjun) pengsan dgn
tiba-tiba kerana darah masuk ke otak, apopleksi; ~ inja = ~ lenja
sawan dgn mulut berbuih.
sawang I = ~ langit = sawangan awang-awang, ruangan di antara langit
dgn bumi: fikirannya melayang jauh entah ke ~ mana.
sawang II sarang labah-labah, kotoran yg terdapat pd langit-langit (alang,
penjuru, dll) rumah: istana besar sudah penuh ~ dan balairung seri
sudah berlapuk.
sawang III Mn; rimba ~ rimba (hutan) yg besar atau luas;
persawangan, pesawangan tempat yg sunyi (tidak didiami orang):
ia di ~, rumah dan warung-warung tidak ada di tepi jalan.
sawang IV sj tumbuhan (yg boleh dibuat ubat kurap).
sawang V; punai ~ sj burung.
sawang VI Br lubang; ~ kumbang lubang di perut perahu (utk
mengeluarkan air);
bersawang-sawang berlubang-lubang, banyak lubangnya:
almarinya yg tua itu sudah ~.
sawanila Kl (buah) ciku.
sawar 1. penghalang yg dibuat drpd ranting kayu, duri, rotan, dll (utk
menutup jalan, supaya pokok tidak dipanjat orang, dll); 2. semacam
belat yg dibuat drpd ranting kayu, duri, dll (utk melorongkan
binatang masuk perangkap, ikan masuk lukah, dll);
menyawar memasang sawar, menghalang dgn sawar.
sawardi sl ark ; bersawardi telah diasah, berasah.
sawat I tali atau selendang yg diselepangkan ke bahu (utk
menggantungkan keris, pedang, dll); ~ sandang tali kulit (sabuk)
tempat menggantungkan keris (pedang).
sawat II pesawat (dlm kata majmuk): tenaga ~; kerja ~;
pesawat 1. alat perkakas, jentera, mesin: banyak ~ moden
digunakan utk membuat kerja itu; ilmu ~ ilmu mengenai alat jentera
(mesin); 2. alat (tali, rantai, bahagian jentera, dsb) yg menggerakkan
jentera dsb: jarum alat ini digerakkan oleh ~ tertentu; tali ~ tali utk
menggerakkan jentera atau roda; 3. = ~ terbang = ~ udara kapal
terbang: ~ PIA;
~ asap (wap) mesin yg dijalankan dgn tenaga wap; ~ capung Id
kapal terbang kecil (utk berlatih dsb); ~ jet kapal terbang jet
(digerakkan dgn semburan gas yg terbakar, tidak dgn kipas); ~
peluncur sj kapal terbang yg tidak bermotor (berjentera); ~
pengebom (pembuang bom, pelempar bom) Id kapal terbang yg
digunakan utk menggugurkan bom; ~ pemburu kapal terbang yg
dapat bergerak deras (digunakan utk mengejar kapal terbang musuh
dll); ~ penempur kapal terbang utk bertempur; ~ pengintai kapal
terbang utk mengintai di sesuatu kawasan dll; ~ radio radio (alat)
utk menerima siaran radio; ~ telefon alat utk berhubung dgn telefon;
berpesawat memakai pesawat (alat, mesin).
sawat III Kl alat kelamin binatang (kuda, lembu, dll).
sawer(sawér) Jk; menyawer mengutip wang drpd penonton.
sawi sj tumbuhan (herba) yg dibuat sayur, Brassica rugosa;
~ putih sj tumbuhan (herba), Brassica parachinensis: ~ tanah sj
tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), Ilysanthas antipoda;
rumput ~ air sj tumbuhan (herba), kerak-kerak (merah), Bonnaya
antipoda.
sawi-sawi sawi.
sawit I; kelapa ~ sj tumbuhan (palma yg buahnya menghasilkan minyak),
kelapa bali, Elaeis guineensis.
sawit II Jw; sawitan sepasang pakaian yg sama corak dan raginya,
pakaian sedondon.
sawo I, sawoh = buah ~ (menila) sj tumbuhan (pokok dan buahnya), ciku,
Achras zapota;
~ durian sj tumbuhan (pokok), Chrysophyllum cainito; ~ kecik sj
tumbuhan (pokok), sawai, Manilkara kauki; (warna) ~ matang
(warna) coklat kemerah-merahan, (warna) seakan-akan warna buah
ciku masak.
sawo II Mn  sawa I.
saya 1. ganti nama diri pertama (lebih halus drpd aku), hamba: nama ~
Ahmad; 2. ya, benar: ~ encik; sahaya.
sayak Mn tempurung (yg dikerat dua):
air yg jernih, ~ yg landai prb hukuman yg adil; berandam se~ air,
berpaut sejengkal tali prb peri penghidupan yg amat susah; biasa di
~ dibawa ke dulang, biasa di awak ke orang prb orang yg suka
mencela orang lain yg melakukan sesuatu yg tidak baik, tetapi diri
sendiri pun gemar melakukannya; dijual ~ dibeli tempurung prb
sama sahaja halnya (yg hilang sama dgn penggantinya).
sayang 1. mengasihi, mencintai: ~ benar Zalina kpd suaminya; ibu mana
yg tidak ~ kpd anaknya; 2. kasihan, berasa belas (akan): orangorang
India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka
membawa makanan utk kami; 3. kasih, cinta: dr mana datangnya
~, dr mata turun ke hati; kasih ~ a) kasih, cinta; b) belas kasihan; 4.
bp kekasih, jantung hati: kenapa ~ bercakap begitu? 5. terasa kesal
(rugi dll): ~nya Si Tuah tiada; ~, dia tidak datang;
~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan; sayangkan anak
tangan-tangankan, sayangkan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg
dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi
sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan
aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak
dilecuti, ~ di negeri ditinggalkan prb sayangkan anak dimarahi,
sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain;
bersayangan, bersayang-sayangan berkasih-kasihan, saling
mencurahkan kasih sayang: benci-membenci antara satu dgn lain
itu akhirnya akan ~ juga;
menyayangi 1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai: isteri yg
tua engkau kasihi tetapi yg muda engkau sayangi; dia sungguhsungguh
~ kedua-dua anaknya; 2. berasa gemar akan, suka akan:
sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yg sangat
disayanginya; 3. berasa kesal, menyesali;
menyayangkan 1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak
dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan
(sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian
itu berlaku;
tersayang 1. terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2.
terasa menyesal akan (sesuatu hal);
tersayang-sayang terasa kesal (rugi): raja itu pun menggosokgosok
tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang
yg diharapnya;
kesayangan 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak
Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu
memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai,
dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya
kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4.
perasaan kesal (rugi dll);
penyayangan perbuatan menyayangi: dr situ dibawa kpd ~ rumah,
kampung negeri , dan negara;
penyayang orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat
belas kasihan: dia induk semang kami yg pengasih lagi ~.
sayap 1. bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dll) yg digunakan utk
terbang, kepak: tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu
terbang; memperkembangkan ~ ki menggunakan (memperlihatkan)
kebolehan atau kekuatan; 2. ki sesuatu yg menyerupai sayap: ~
kapal terbang; ~ ikan sirip ikan; 3. bahagian sesuatu yg letaknya di
sebelah kanan dan kiri; 4. golongan atau puak dlm sesebuah parti
politik atau pertubuhan: mereka dianggap termasuk dlm ~ sosialis
parti itu;
~ kanan a) golongan politik yg tidak berhaluan sosialis; b) barisan
yg di sebelah kanan; c) pemain bola dr barisan penyerang yg di
kanan sekali; ~ kiri a) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi
bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri
sekali; ~ kelima (pergerakan) orang-orang yg mengkhianati negeri
sendiri kerana bersubahat dgn musuh; ~ roda Id bahagian yg
menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad; ~ sandang
sawat sandang; ~ senteng serba kekurangan; ~ singkat, terbang
hendak tinggi prb hendak berbuat sesuatu pekerjaan yg melebihi
kekuasaannya;
bersayap mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu
berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu
tetapi tidak berupaya.
sayarah, sayarat Ar  siarah.
sayat I potong nipis-nipis, hiris; dua ~ dua potong (kerat); kurang se~
sebelanga prb sesuatu yg hanya sedikit sahaja kurangnya;
menyayat memotong nipis-nipis, menghiris, meracik: ~ daging; ~
hati = ~ jantung menyakitkan hati, melukai hati, menyedihkan hati;
tersayat terhiris, terkoyak, terpotong: ~ hujung jarinya; ~ hati
tersinggung perasaan, berasa sakit hati, berasa sedih; siat I.
sayat II; benang ~ sj benang drpd bulu biri-biri dll.
sayembara pertandingan (perlumbaan, peraduan, dll) utk mendapat
hadiah: “Desa Pingitan” menggondol hadiah kedua dlm ~
mencipta novel Dewan.
sayid Ar gelaran orang yg berketurunan drpd Nabi Muhammad SAW.
sayidina Ar tuan kami (biasanya panggilan utk Nabi Muhammad SAW
serta khalifah-khalifah Ar-Rasyidin.
sayu 1. = ~ rawan = ~ rayu perasaan sedih (pilu, gundah, hiba, dll):
hatinya mengkal bercampur ~; ia selalu merindui anak itu dgn ~
rawan; 2. tidak berseri (mata), kuyu, muram atau suram (muka):
matanya layu, pemandangan ~; 3. tidak nyaring (suara), lembut dan
menyedihkan;
bersayu-sayu sedih (suara dll), sedih benar: dia merayu ~;
menyayu menjadi sayu (sedih dll): tangannya meraba-raba
perutnya yg sakit itu dan suaranya ~;
menyayukan menyebabkan jadi sayu (sedih, hiba, dll),
menyedihkan, menghibakan: Lamah memeluknya dgn ratapan yg ~,
suaranya hampir tidak dapat didengar;
kesayuan perihal sayu (sedih, pilu, dll), kesedihan, kepiluan: masa
utk berpisah sudah tiba, dan mereka pun berpeluk-peluk ~; aku
juga merasai ~ yg dirasai oleh mereka itu;
penyayu orang yg mudah berasa sayu: dia seorang gadis yg ~.
sayugia  yogia.
sayung serong, rencong, tirus; ~ tirus tirus yg tidak sama;
menyayung 1. memotong menyerong, merencong; 2. ki menyindir;
jangan disindir jangan disayung jangan mengias (menyindir).
sayup I 1. kurang jelas pd pelihatan (pendengaran dll) kerana jauh: ~
mata memandang; 2. sedikit sahaja kurangnya (kain, perbelanjaan,
dll), hampir cukup (sampai dll);
~ bulan a) hampir cukup bulan; b) sudah tidak ada wang lagi (sudah
habis wang gajinya); ~ hati belas (sedih) hati;
sayup-sayup 1. kurang jelas (pandangan, pendengaran, dll): dr jauh
kedengaran ~ bunyi guruh; 2. = sayup-menyayup hampir cukup,
kurang sedikit: belanja rumah tangga sudah ~;
~ ingat lupa-lupa ingat; ~ sampai a) hampir tercapai, kurang sedikit
lagi tercapai; b) kurang sedikit lagi sampai pd mata atau telinga
(kerana kurang nyata).
sayup II Pl lambat, lewat.
sayur 1. tumbuhan atau daun-daunan yg boleh dimakan (paku, sawi, dll):
Din pergi ke pasar membeli ~; 2. masakan drpd sayur (daundaunan,
buah, dsb, biasanya diberi berkuah): kegemaran patik
semua orang Melayu makan ~ kangkung; spt ~ dgn rumput prb hal
keadaan yg tidak sama (banyak perbezaannya);
menyayur 1. memasak sayur: Mak Andeh pun baliklah lalu
bertanak dan ~; 2. = menyayurkan memasak jadi sayur: Si
Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk
cemperai; disuruhnya sayurkan kangkung itu;
sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran bermacam-macam
(berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~.
sbg kep sebagai.
Sb simbol kimia bagi antimoni.
Sc simbol kimia bagi skandium.
SC kep Special Constable (mata-mata khas pd zaman darurat).
Sdn Bhd kep Sendirian Berhad: Syarikat ~.
sdr kep saudara.
sdri kep saudari.
se I 1. satu, esa, tunggal; 2. awalan yg bermaksud satu: ~buah, ~hari,
~kali, ~belas.
se II 1. awalan yg bermaksud sama (serupa): ~-begitu; ~kuat; ~pandai;
~tinggi; 2. awalan yg bermaksud seluruh (segenap): ~lama;
~panjang; ~kitar; 3. awalan yg bermaksud sedari (dari): ~mula; 4.
awalan yg bermaksud lepas, sudah, telah: ~habis; ~sudah; 5.
awalan yg bermaksud hingga (sampai): ~cukup; ~hingga; ~lanjut;
~takat; 6. awalan yg bermaksud dengan: ~benarnya; ~ patutnya;
~sungguhnya; ~wajarnya; 7. awalan yg bermaksud berapa
mungkin: ~boleh-bolehnya; ~dapat-dapatnya; 8. awalan yg
bermaksud kian (bertambah): ~makin; 9. awalan yg bermaksud
kalau (bila): ~andainya; ~kiranya; 10. awalan yg bermaksud yang:
~lain; ~nya adapun: ~nya baik dan jahat itu drpd engkau.
Se simbol kimia bagi selenium.
SEAMEO (séaméo) akronim bagi Southeast Asia Ministers of Education
Organization (Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia
Tenggara).
SEATO (séato) akronim bagi South-East Asia Treaty Organisation (iaitu
ikatan negara-negara utk menjaga keselamatan negara-negara di
Asia Tenggara).
seba (séba) Jw; berseba sl sedang menghadap (raja di balai);
menyeba sl mengadap (raja di balai);  peseban.
sebab yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor
dapat mencari ~ penyakit itu ; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana;
~-musabab berbagai-bagai sebab;
bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~;
polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~;
menyebabkan menjadikan sebab, mengakibatkan: hanya belas
kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu;
hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap;
tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala
kesalahan tidak ~ oleh orang lain;
penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd
sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt
penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia
tidak menyangka tindakannya yg menurut hati itu menjadi ~
dirinya tersadai dlm kancah kehinaan.
sebai kain yg dibelitkan di leher utk menutup bahu dgn kedua-dua
hujungnya tergantung di dada, selendang yg digantungkan di bahu;
menyebaikan membelitkan sebai di leher utk menutup bahu:
serbannya disebaikan, meninggalkan ketayapnya terserkup di
kepala.
sebak 1. hampir akan bah (sungai), penuh dan banyak airnya, digenangi
air: air sungai telah tenang tidak berarus lagi menandakan air
sudah ~ pasang; rupa darah spt air ~, bangkai berhantaran di
bumi; 2. ki digenangi air mata (mata), hampir akan menitik (air
mata); 3. ki sesak (dada dll): Maznah terhinggut-hinggut bahunya
menahan ~ di dada;
menyebakkan menyebabkan jadi sebak;
kesebakan keadaan sebak (digenangi air mata, sesak di dada dsb):
tidak pernah saya mengalami ~ sebegitu semasa tawaf.
sebak (sébak) kuak, belah (rambut), pisah (ke kanan ke kiri);
bersebak 1. berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal dll)
bercerai, berkuak; 2. berbelah (rambut): rambutnya ~ di tengahtengah;
3. menepi ke kiri atau ke kanan (utk memberi jalan),
menyisi; air besar, batu ~ prb saudara-mara atau sahabat handai
akan berpecah belah apabila timbul perselisihan;
menyebak 1. menguak ke kiri ke kanan, membelah (rambut ketika
bersikat dll), menyiah; 2. bp membuka (halaman buku dll),
menyingkap (kain dll);
menyebak-nyebak 1. menyingkap dan memisahkan ke kiri ke
kanan; 2. bp membuka-buka atau membalik-balik (muka surat dll);
tersebak 1. terkuak ke kiri ke kanan (air yg ditempuh kapal dll),
berbelah (sisiran rambut); 2. bp terbuka (bkn buku).
sebakang sj ikan laut, Pseudopristipoma nigra.
sebal I = ~ hati berasa dongkol atau marah dlm hati (kerana kecewa dll),
berasa kesal (kecewa), jengkel, mendongkol: melegakan hati yg ~;
dgn perasaan yg ~, kami bertujuh pulang hampa;
menyebal menjadi (berasa) sebal, menjadi jengkel (mendongkol);
kalau pujuk makin ~, kalau marah baharu ketawa prb kelakuan yg
tidak pd tempatnya;
menyebalkan menyebabkan sebal, menimbulkan rasa dongkol,
mengesalkan;
kesebalan perihal (perasaan dsb) sebal, kekesalan, kedongkolan:
penulis muda berani meluahkan tuduhan dan sekali gus
menyatakan ~ hati mereka secara terbuka;
penyebal orang yg mudah berasa sebal.
sebal II Jw tidak beruntung, malang, sial.
sebal III Jw; menyebal menyimpang (drpd yg sepatutnya), tidak menurut
peraturan, menyeleweng.
sebalai sj tumbuhan (pokok), Aralidium pinnatifidum.
sebam 1. sudah luntur warnanya, tidak berseri lagi, malis; 2. warna yg
suram (kelabu dll).
seban-seban Mn sebentar-sebentar kencing (tetapi sedikit sahaja).
sebar I sebar (bertabur atau berkembang).
sebar II 1. berasa kebas, kesemutan; 2. beriberi.
sebar (sébar); bersebar 1. bertabur (benih dll), berserak: tetamu ~ dlm
kelompok tunggal atau berdua, bertiga, pd satu meja; 2.
berkembang (ajaran, agama, dll), meluas: agama Islam ~ di negeri
itu;
bersebaran bertaburan (di merata tempat), berserakan;
menyebarkan menabur (benih dll), menghamburkan, menyerakkan:
cara pokok ~ buah berserta bijinya berlain-lain; mereka berani
mengorbankan apa saja utk ~ agama Islam;
tersebar terdapat di mana-mana, terserak, tersiar (ajaran, pendapat,
dll): berita angin mulai ~ mengenai kekalahan Jepun;
ketersebaran keadaan tersebar: ~ komoditi sejajar dgn ~ budaya;
sebaran (sesuatu) yg disebarkan, tebaran (cahaya dll); surat ~ surat
yg dibahagi-bahagikan kpd orang ramai; ~ am media massa (spt
surat khabar, radio, televisyen, dsb);
persebaran perihal bersebaran: ~ geografi dialek-dialek Melayu;
penyebaran perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan,
penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm
cara ~ agama Islam;
penyebar 1. orang yg menyebarkan (menaburkan,
mengembangkan, dll), penabur, pengembang (agama dll): para ~
agama; 2. alat utk menyebarkan.
sebarau sj ikan darat, barau-barau, kap, Hampala macrolepidota.
sebar luas; menyebarluaskan menyebarkan secara meluas, menyebarkan
dgn berbagai-bagai cara sehingga diketahui dsb di merata tempat:
jenama dan cap dagangan disebarluaskan melalui media massa
spt iklan di radio, televisyen, dan pawagam; ~ senarai istilah,
ejaan, dan maklumat bahasa kpd para pengguna bahasa di sektor
awam, institusi pengajian tinggi, dan sektor swasta;
tersebar luas tersebar dgn meluasnya, tersebar ke merata tempat
(sehingga diketahui ramai).
sebasah sj tumbuhan (pokok kecil), gambir hutan, Trigonopleura
malayana;
~ hitam (minyak) sj tumbuhan (pokok), pelangas, Aporosa aurea; ~
jantan sj tumbuhan (pokok renek), rukam hutan, Aporosa
pseudoficiofolia.
sebasuh; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), Coptosapelta tomentosa.
sebat I pukul (dgn rotan dll): hukum ~;
menyebat 1. memukul dgn benda yg halus dan lentur (rotan, lidi,
dll), merotan: orang salah itu bukan sahaja boleh dipenjarakan,
tetapi juga boleh disebat; 2. bp mengambil sesuatu tanpa
kebenaran, mencuri, menyerobot: barang-barang kemasnya habis
disebat pencuri;
sebatan pukulan.
sebat II susah bernafas (kerana kena selesema), tersumbat (hidung kerana
berhingus): dengkur yg kasar-kasar terlepas drpd hidung yg ~.
sebat (sébat) Jk cepat, pantas, tangkas;
kesebatan kecepatan, kepantasan.
sebatan sj tumbuhan (pokok kecil), lelimau, limau hutan, limau lelang
antan, limau-limau, pokok renjis, pokok temin, Taxotrophis
macrophylla.
sebatian bati.
sebekah sj ikan laut, seriding, a) Apogon aureas; b) Apogon fleurieu; c)
Apogon taeniatus; d) Cheilodipterus linentus;
~ karang sj ikan laut, Myripristis murjan; ~ laut sj ikan laut,
Diploprion bifasciatus.
sebelah pelbagai jenis ikan laut, sisa nabi, Arnoglossus spp., Pardachirus
spp., Samaris spp., Solea spp., dll.
sebeng (sébéng); layar ~ sj tabir (dlm panggung wayang dll).
seberang 1. sebelah sana sungai (jalan, laut, dll): kerana rumah ayahku di
~ jalan kereta api, maka kereta kami tidak sampai di hadapan
rumah; ~ laut luar negara, negara asing: Razman akan melanjutkan
pelajaran di ~ laut; tanah ~ a) tanah asing; b) Pulau Sumatera (bagi
orang di Tanah Melayu); c) Semenanjung Tanah Melayu (bagi
orang di Sumatera); 2. tempat yg bertentangan dgn, berhadapan
dgn: rumahnya di ~ rumah saya;
berseberangan, seberang-menyeberang 1. berhadapan letaknya
(duduknya), bertentangan: sampailah aku ke suatu tempat yg
bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dgn Kampung Laut; 2.
(terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dll) dan bertentang,
(terletak) saling di seberang: maka seberang-menyeberang sungai
itu kampung orang;
menyeberang 1. pergi ke seberang sana (sungai, jalan, dll),
melintas (jalan), mengharung: mari kita naik pelampung terap ini,
kita ~ ke seberang sungai itu; 2. ki memihak kpd musuh (lawan
dll), membelot: terdapat juga menteri-menteri kerajaan yg ~ ke
pihak pembangkang;
menyeberangi 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll,
melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki
menempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup,
apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah
kita;
menyeberangkan membawa ke seberang, membawa menyeberang;
terseberang 1. sudah diseberangkan (diseberangi); 2. terlepas drpd,
terhindar, terbias: tiga kali kita menyeberangi hidup, apabila ketiga
kalinya telah kita ~ dgn selamat, bahagialah kita;
keseberangan 1. sudah diseberangi; 2. ki telah diketahui (maksud,
tujuan, dll); dalam sudah keajukan, lebar sudah ~ prb telah
diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang;
penyeberangan 1. perbuatan menyeberang (sungai, jalan raya, dll);
2. tempat menyeberang (di sungai, jalan raya, dll).
seberetih 1. sj tumbuhan (pokok memanjat), Coptosapelta flavescens; 2.
= ~ kayu sj tumbuhan (pokok renek), Fagraea racemosa.
seberhana sl 1. selengkap (pakaian, perhiasan, dll): ~ pakaian, ~
perhiasan; 2. seluruh (anggota), segenap: maka cahaya itu
menyelubungi ~ tubuh hingga limpah cahayanya.
sebiak; akar ~ sj tumbuhan (herba), Gynura procumbens.
sebih ark; buah ~ sj tumbuhan (herba), buah tasbih, Canna orientalis.
sebik; menyebik 1. bermuka masam, mencebik: gadis itu bangun dan ~
kpd kami berdua; 2. mencebik (hendak menangis), menjebik: dia
mula ~ apabila dimarahi ibunya.
sebit; menyebit 1. mengoyakkan tipis-tipis (daging dll), mencarikkan
berkeping-keping; 2. mencabut sedikit-sedikit (kapas dll),
menjonjot.
sebokoh sj ikan laut, Pomadasys maculatus.
sebokok sj ikan laut, Ichthyoscopus lebeck.
sebrot Jw; menyebrot merebut, merampas, merenggut.
sebu 1. penuh berisi: perut saya ~ dan kenyang sebagaimana ~ dan
kenyangnya perut-perut Pak Menteri; 2. tersumbat (hidung,
saluran, dll), terkambus (parit, sungai, dll), sendat: parit yg ~
diperdalam; 3. ki sebak, sesak: Sharifah Aini tidak bersuara lagi,
dadanya terasa ~ benar;
menyebu mengisi penuh-penuh, memadatkan, mengambus,
menimbus: asap putih yg ~ tekaknya itu dihembusnya perlahanlahan;
menyebukan menjadikan sebu, menimbusi, menimbuni: serpihserpih
itu boleh ~ lubang, dan juga merosakkan mata alat
pemotong;
kesebuan perihal atau keadaan sebu: keupayaan parit dan sungai
yg sedia ada tidak mencukupi, tambah pula dgn ~ kelodak.
sebuih; ~ bukit sj tumbuhan (herba), Ophiorrhiza major; rumput ~ sj
tumbuhan (herba), Hedyotis grabra.
sebuk; menyebuk 1. masuk mencelah (ke dlm orang banyak dll); 2.
menyampuk (percakapan orang dll), menyelang.
sebum (sébum)  (Bio)  rembesan  berlemak  yg dihasilkan oleh kelenjar pd
kulit mamalia, yg mengawal dan melicinkan rambut, bulu, serta
kulit.
sebun I naik bengkak (bisul).
sebun II sebu.
sebura sj tumbuhan (pokok), Adinandra dumosa.
seburas sj tumbuhan (herba), pokok tebuk keluih, tampuk lilin, Pollia
sorzogonensis.
seburu sj tumbuhan (pokok), Ouratea sumatrana.
seburus; ~ hitam sj tumbuhan (pokok), akar kembang hutan, Urophyllam
trifurcum.
seburut sj tumbuhan (pokok kecil), geroboh, Thottea grandiflora.
sebusuk 1. sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk, Cassia nodosa; 2. sj
tumbuhan (pokok renek), beluntas padi, rumput turi, Clitoria
laurifolia; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek yg memanjat), melur
hutan, perual, Coptosapelta griffithii.
sebut bp = menyebut;
menyebut 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg
tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan
Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut
mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3.
melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkataan, kalimah, dll): guru
hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan
(menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak
~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi;
menyebut-nyebut selalu benar menyebut: mulutnya ~ ibunya;
tersebut 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka
saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2.
terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di
Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark
terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan
diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;
sebutan 1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan
spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau
menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung
pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg
telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya,
sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan
(dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak
komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya
menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan,
ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5.
(Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai
tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara;
penyebutan 1. perihal menyebut: ia berkehendakkan ~ dan
penggunaan perkataan dgn betul; 2. panggilan, gelaran, sebutan:
segala orang dalam, memanggilnya Dato’ Tun, sementara ~
segala anak cucunya Dato’ Putih;
penyebut 1. (orang) yg menyebut; 2. Id penyambut dlm angka
pecahan (angka 3 dlm angka pecahan 2/3).
sebut harga (Eko) pernyataan harga yg diberikan oleh pembekal kpd
bakal pembeli utk sesuatu barangan yg dipesan;
menyebut harga menyatakan atau memberikan sebut harga bagi
sesuatu barang atau perkhidmatan yg ditawarkan: kontraktor itu ~
RM 2000.00 bagi kerja membaiki longkang berkenaan.
secang Jw sepang.
secerek (secérék) sj tumbuhan (pokok renek), cama, Clausena excavata.
secina sj kumbang yg sesungutnya panjang.
sedah ark kapur sirih;  sadah.
sedak; tersedak, kesedakan terbelahak kerana salah menelan (tercekik,
kemasukan air dlm lubang pernafasan, dll): kadi ~ dan menyembur
sedikit air yg di dlm mulutnya.
sedak (sédak)  rotan  dll  yg  dipasang  berkeliling  gendang  dll  (utk
menegangkan kulit gendang);
menyedak menegangkan kulit gendang dll dgn sedak, memasang
sedak: ~ rebana.
sedakang sj ikan laut, Gerres setifer.
sedam sl bunyi letupan meriam: bedil kecil merendang garam, bedil
besar ~-~ .
sedan = sedu-~ = ~-sedu suara spt suara orang yg sudah lama menangis,
tangis yg terputus-putus (timbul tenggelam): Urip pun menangis ~-
~;
bersedan-sedan, tersedan-sedan menangis dgn suara yg terputusputus
(timbul tenggelam), tersedu-sedu, terisak-isak: ia menangis
tersedan-sedan sambil memeluk leher abangnya.
sedan (sédan) = kereta ~ kereta bertutup yg mempunyai dua atau empat
pintu, dan tempat duduk utk empat atau enam orang, termasuk
pemandu.
sedang I 1. tengah (ketika, masih) melakukan sesuatu lagi, masih: saya ~
mencuci tangan; ia ~ sakit; 2. sementara, dlm pada itu, dlm waktu
itu, ketika itu: matahari itu nampak berwarna merah walaupun ~
rembang.
sedang II 1. menengah, tidak besar (kaya, cantik, dll) dan tidak kecil
(miskin, buruk, dll), berpatutan: sejak pagi tadi angin bertiup ~;
pendapatannya ~ sahaja; 2. cukup, lumayan, pada: baju ini ~ utk
saya; 3. bersahaja, sederhana, tidak berlebih-lebihan:
kepintarannya ~ saja;
menyedang 1. memeriksa (menilik, mencuba) sedang atau tidak: ~
baju; 2. = sedang-menyedang Mn mencukupi, memadai;
menyedangkan, menyedang-nyedangkan menjadikan cukup
(pada), menjimatkan supaya cukup.
sedang III = sedangkan 1. sekalipun, walaupun, meskipun: belum
pernah ia merasai hidup senang spt perempuan lain ~ cinta
kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku; sedangkan binatang
yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia; 2. padahal,
walhal: dapatkah ia menolak kemungkinan itu sedangkan ia lemah.
sedang IV; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gegerip jantik,
akar gegerip putih, akar kesidang jantan, akar seraput, Parameria
polyneura.
sedap I enak (pd rasa, bau, dll), senang (pd perasaan dll), nyaman: tubuh
saya tidak ~; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan bersamasama
dgn ~nya; asal ada kata begitu alangkah ~ di dlm hati;
~ hati senang, tenteram; ~ keleh Kl indah (pd pandangan) dan
menarik; ~ manis a) sopan santun dan menarik hati (kelakuan); b)
enak (cita rasanya); ~ mulut sekehendak hati: jangan pakai cakap
ikut ~ mulut;
~ dahulu pahit kemudian prb melakukan sesuatu dgn tidak
difikirkan dahulu buruk baiknya akhirnya akan menyesal; ~ manis
jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb sebarang bicara
orang hendaklah ditimbangkan lebih dahulu sebelum diterima atau
ditolak;
menyedapkan menjadikan sedap (enak, senang, tenteram, dll),
menyamankan, menyenangkan (hati, perasaan): pengakuan doktor
itu ~ hati isterinya; Aji-no-moto ialah sj bahan utk ~ masakan;
sedap-sedapan, sedapan (hidangan) makanan yg sedap-sedap atau
enak;
kesedapan perihal sedap, rasa sedap, keenakan, kelazatan: mereka
semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur;
penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata itu menjadi ~
hatinya.
sedap II; ~ malam sj tumbuhan (herba), kerak nasi, Polianthes tuberosa.
sedapat sj tumbuhan (pokok memanjat), akar ulan, sampu paya,
Aspidopterys concara.
sedar 1. tahu dan ingat (akan keadaan yg sebenarnya), insaf, mengerti: ia
~ dirinya diancam dr luar dan dalam; kau pun ~ bahawa penduduk
kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dr sini;
2. ingat kembali, bangun atau jaga (drpd tidur), siuman semula: ~
drpd pengsan (tidur); ~ tak ~ antara sedar dan tidak; ~ (sedarkan)
diri a) tahu akan dirinya; b) siuman; tidak ~ (sedarkan) diri a) tidak
ingat akan diri; b) tidak tahu di untung;
menyedar = ~ arwah Mn kenduri mengingati arwah, kenduri pd
bulan Syaaban;
menyedari mengetahui (dgn rasa insaf), menginsafi: dia mula ~
bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa; kita ~ kelemahan
bangsa kita dlm lapangan sains;
menyedarkan menjadikan sedar, mengingatkan, menginsafkan: ~
bangsa sendiri supaya lebih maju; ~ orang drpd pengsan;
tersedar 1. teringat, ingat: maka Sultan Malikul-Tahir pun ~lah
akan saudara baginda; 2. terjaga (drpd tidur), sedar (drpd),
kembali sedar (drpd pengsan dll): tiba-tiba ~ daku drpd tidurku;
kesedaran perihal (keadaan dll) sedar (akan sesuatu), keinsafan,
ingatan: usaha ini dilakukan atas ~ bahawa manuskrip itu
mempunyai nilai yg amat tinggi; ~ ingin belajar juga telah timbul;
sentimen yg demikian memperlihatkan tiadanya ~ nasional dlm
dada Abdullah sendiri;
ketidaksedaran perihal (atau keadaan) tidak sedar akan sesuatu;
penyedaran perbuatan menyedarkan;
penyedar 1. yg menjadikan sedar, yg menyedarkan; 2. yg
menyedari atau menginsafi (sesuatu): Latiff merasakan sesuatu yg
diharapkannya itu mengajarnya menjadi seorang yg terlalu ~.
sedara bp saudara.
sedat susah utk berfikir, tidak tetap fikiran, bingung.
sedatif (sédatif)  (Ubat)  1. mempunyai kesan menenangkan saraf atau
melegakan ketegangan (bkn ubat): ubat ~; 2. ubat yg menenangkan
saraf atau melegakan ketegangan, ubat penenang.
sedawa Kd, Pl, Pn, Kl, Tr;  sendawa II.
sedawai sj tumbuhan (pokok renek), dawai-dawai, Smilax calophylla.
sedekah 1. pemberian kpd fakir miskin dll (dgn ikhlas): orang memberi ~
kpd fakir bukan utk mendapat pahala; teringat saya akan duit ~
tahlil arwah ayah; 2. kenduri (minta selamat dll): tujuh malam kami
membaca Kulhuwallah di madrasah sbg ~ kami kpd roh Ungku
Sahrin; 3. jamuan (makanan, bunga-bungaan, dll) utk orang halus
(penunggu, hantu, dll);
~ arwah kenduri utk memperingati arwah; ~ bumi kenduri (tanda
bersyukur) sesudah menuai; ~ kubur a) kenduri selepas
mengebumikan mayat; b) sedekah yg diberikan kpd orang-orang yg
ada di kubur (pembaca talkin, penggali kubur, dll);
bersedekah 1. memberi sedekah (hadiah, derma): ~ ialah satu drpd
amal kebajikan; 2. berkenduri serta berdoa (moga-moga selamat,
sentosa, dll): orang akan berdoa, ~ sedikit, akan melepaskan ia
berjalan ke perantauan;
menyedekahi 1. memberi sedekah kpd: aku tidak sudi ~ orang
pemalas; 2. mengadakan kenduri utk: ia ~ arwah anaknya;
menyedekahkan memberikan sesuatu utk sedekah, mendermakan:
maka sekalian harta itu disedekahkan kpd segala fakir dan miskin.
sedelinggam sj bahan cat yg merah; linggam.
sederam serentak (letupan dll), sekali gus: bedil kecil meredang garam,
bedil besar ~-~.
sederhana 1. tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang:
badannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah; pakaiannya yg ~; 2.
tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah: buat
satu ayat yg ~; dia menjelaskannya dgn kata-kata yg ~;
menyederhanakan menjadikan sederhana (sedang, mudah,
pertengahan, dll): kerajaan hendak ~ sistem pelajaran;
kesederhanaan perihal sederhana (sedang, pertengahan): suasana
kampung yg harmonis digambarkan oleh Othman dgn penuh ~;
penyederhanaan perbuatan menyederhanakan: Ejaan Suwandi
merupakan ~ dan penyempurnaan terhadap Ejaan van Ophuysen.
sedia 1. memang ada (sejak dr mula atau dahulu), yg asal (sudah-sudah,
dahulu), semula: Sang Rajuna Tapa gelarnya, asalnya ~ orang
Singapura; 2. memang begitu (halnya, keadaannya), begitulah
(biasanya): yg hidup itu ~ akan mati juga sudahnya; kegemarannya
tetap macam ~; 3. siap (utk berbuat sesuatu), mustaid: tetapi
sudahlah ~ kawannya memegang murang; 4. sanggup dan rela
(mahu), sudi: Amerika ~ mengirimkan rombongan itu pd bila-bila
masa sahaja; 5. telah sudah: Si Sirih telah ~ mengetahui perangai
Si Tenggang;
sedianya sememangnya, sebetulnya, sepatutnya, jangkanya: ~
hamba hendak ke rumah Tuan;
bersedia 1. bersiap (utk melakukan sesuatu, menanti, dll): ~ utk
menghadapi musuh; 2. = bersedia-sedia mempersiapkan diri: ia
sedang ~ utk berangkat; 3. rela dan sanggup: ~ menolong orang
miskin;
kebersediaan perihal (keadaan) bersedia: ~ utk tolong-menolong;
menyediakan 1. menyiapkan (makanan dll), melengkapkan (kapal,
kenaikan, dll), mencukupkan (wang dll): diperintahkanlah sekalian
menteri dan rakyat ~ pancapersada; ~ wang utk membeli kereta;
2. mengadakan (sesuatu utk), mengatur, menyusun: wakil itu ~
kenderaan utk membawa mereka ke asrama yg dikhaskan;
tersedia telah disediakan (dilengkapkan), ada: teman hidupmu yg
ibu idam-idamkan sudah~;
ketersediaan keadaan tersedia: ~ indeks;
kesediaan perihal sedia, kesanggupan, kerelaan: mereka
menampakkan ~ utk berjuang demi bangsa dan negara;
persediaan 1. perbuatan menyediakan, persiapan: perasaan gentar
semasa mengajar biasanya kerana kurang ~; 2. = sediaan sesuatu
yg telah disediakan (ada), cadangan; buku ~ mengajar buku yg
mengandungi butir-butir pelajaran yg akan diajarkan kpd murid
sehari-hari (disediakan oleh guru);
penyedia orang (institusi, badan, dsb) yg menyediakan sesuatu: ~
makanan.
sediakala 1. yg dahulu, yg semula, yg sudah-sudah: maka surat dr Johor
disuruh baginda jemput, spt adat yg ~; 2. sl sentiasa, selalu, setiap
waktu: adapun Seri Rama ~ duduk dgn percintaannya juga.
sedih I sedan, sedu: tangis dan ~;
tersedih-sedih tersedan-sedan, tersedu-sedu, teresak-esak.
sedih II 1. = ~ hati berasa pilu (susah, hiba) dlm hati: Ramli memandang
kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; 2. menyebabkan rasa pilu (susah,
hiba): Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya;
berita ~; cerita ~;
bersedih = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita: dia ~
apakala anaknya dihukum bunuh;
menyedihkan 1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati,
memilukan, mendukacitakan: apa yg ~ hati adik? 2. berasa sedih
kerana sesuatu: tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara
itu;
kesedihan perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan
hidungnya kembang-kempis menahan ~;
penyedih orang yg mudah berasa sedih (selalu berasa sedih).
sedik; tersedik terlintas (dlm hati): ketika perkataan itu ~ di hatinya, dia
mengangkat tangannya.
sedimen (sédimen) (Geo) bahan spt lumpur, pasir, kelikir dsb yg dibawa
dan ditinggalkan oleh air, angin atau ais di permukaan tanah,
endapan.
seding Kl; menyeding, terseding condong, meliuk.
sedingin sj tumbuhan (herba utk ubat sakit demam), Bryophyllum
calycinum.
sedok (sédok) Kl; menyedok menanduk (lembu dll).
sedot Jk; menyedot menghisap (rokok dll), menghirup.
sedu I sedan; ~-sedan suara yg terputus-putus atau timbul tenggelam
(kerana lama menangis dll): dgn tiba-tiba ~-sedannya bertambah
dan dia menjerit sekuat-kuat hatinya;
bersedu, bersedu-sedu, tersedu, tersedu-sedu menangis dgn
suara yg terputus-putus (timbul tenggelam dll), teresak-esak,
tersedan: ibunya masih ~ dgn kesedihan yg mendalam utk
meninggalkan rumahnya.
sedu II sl = ~ hati sedih, pilu, susah hati.
sedu III Jk  seduh.
sedu IV ark sl cantik, elok, manis (rupa dll); tingkah laku puteri itu ~
perdana sedap manis dipandang.
seduayah sj tumbuhan (pokok renek), Woodfordia fruticosa.
seduh; menyeduh mencampurkan (menghancurkan, merendam spt daun
teh, dll) dgn air panas: ~ kopi (teh);
seduhan (air dll) yg telah diseduh: air ~ daun-daunan.
sedut; menyedut 1. menarik masuk (ke dlm) dgn kekuatan udara (dgn
mulut, hidung, dll), menghirup, menghisap: dia mengesat-ngesat air
matanya dan ~ air yg keluar dr hidungnya; dia ~ rokoknya; 2. ki
memetik, mengambil, mendapatkan (dgn keras), memeras: di bawah
ini kita sedut sebahagian besar drpd surat-surat itu; mereka ~
wang drpd orang ramai;
tersedut terhisap (dgn kekuatan udara) masuk kerana disedut: maka
darah itu dgn serta-merta ~ masuk ke dlm tiga pembuluh besar;
sedutan 1. yg telah disedut, hasil menyedut: ~ pertamanya pd
rokok itu panjang sekali; 2. sebahagian kecil drpd sesuatu filem,
tulisan, ceramah, wawancara dsb yg dipetik dan disiarkan secara
berasingan, cabutan, petikan: sekarang ikutilah ~ wawancara
tersebut; tayangan ~ filem yg berkenaan menjadi sebahagian drpd
atur cara majlis;
penyedutan perbuatan menyedut (menghisap dll), penghisapan;
penyedut sesuatu (alat dll) yg menyedut; ~ air batu pembuluh utk
menyedut air batu, straw;
berpenyedut mempunyai penyedut: gelas ~.
seer (séér) Kl berasa jijik atau geli kerana kotor, berlendir, dsb.
seg (ség)  sek II.
sega licin berkilat (kulit rotan dll); rotan ~ sj tumbuhan (palma), Calamus
caesius.
segading; ~ jantan a) sj tumbuhan (pokok), pecah payung, Ixora
crassifolia; b) sj tumbuhan (pokok), jarum hutan, Ixora grandifolia.
segah 1. berasa penuh (kerana kekenyangan dll), senak; 2. terlalu penuh
berisi (pundi-pundi, karung, dll).
segak; menyegak menengking, membentak, mengherdik.
segak (ségak) 1. bergaya, gagah, kacak, tampan: Latif yg ~ tampan
sedang menukar bajunya; 2. sembuh drpd sakit, segar, sihat;
menyegakkan menyihatkan (menyegarkan) badan; ~ diri
menggayakan (menggagahkan) diri;
kesegakan perihal (sifat, keadaan) segak, kekacakan, ketampanan.
segala 1. semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh: ~ negeri yg bertamadun
mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, segenap: ~
badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba
salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki);
segalanya termasuk apa sahaja (tidak terkecuali), semua sekali,
semuanya, segala-galanya: ~ kabur dan dangkal; di kelab dangdut
itulah ~ bermula dan berakhir;
segala-galanya seluruhnya sekali, sekaliannya (tiada kecuali):
mereka itu menguasai ~;
disegalaapakan ark dilakukan dgn sekehendak hati (sewenangwenangnya);
kesegalaan keseluruhan: ~ yg wujud dlm masyarakat Malaysia.
segan I 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan,
malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-
silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~
kerana mengandung;
tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-
~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak
~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau =
~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak
mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan;
segan-segan malu-malu: janganlah ~, jemputlah masuk;
segan-menyegan saling berasa segan: rasa ~ antara jiran sebelahmenyebelah
rumah masih menebal di kalangan masyarakat kita;
menyegani berasa segan (hormat, malu, takut) kpd, memalui,
menghormati serta menakuti: ia sangat disegani oleh temantemannya;
pahlawan perang dan anggota dewan perwakilan
rakyat yg disegani;
segan-menyegani saling menghormati, malu-memalui, hargamenghargai
(antara satu dgn lain);
menyegankan berasa segan (hormat, malu, takut) akan: kalau
begitu apalagi yg kakak segankan;
keseganan 1. yg disegani (ditakutkan, dimalukan): tetapi ada
anaknya yg mulia dan gagah ~ orang banyak; 2. perihal segan
(malu, takut, malas, dll), keengganan, kemalasan;
penyegan orang yg segan (malas, malu, dll), pemalas, pemalu:
dahulunya saya perawan yg pendiam lagi ~.
segan II 1. sj burung, a) burung malas, Caprimulgus indicus; b) burung
kubur, Caprimulgus macrurus; 2. sj burung, burung cucur,
Batrachostomus auritus.
seganda sj tumbuhan.
segani ark jurumudi.
segar I 1. nyaman dan sihat (badan), tidak berpenyakit, cergas:
perjalanan darah menjadi bertambah kencang dan seluruh
anggota akan ~; 2. menimbulkan rasa nyaman (enak, tenteram):
angin yg berhembus sepoi-sepoi dr balik bukit itu ~ nyaman; 3.
tumbuh dgn suburnya (bkn tumbuh-tumbuhan), tidak layu: tumbuhtumbuhan
hidup ~ di taman ini; 4. rancak, cergas, hidup: gaya
pengucapan yg ~; ia juga mengharapkan novel Alias Ali yg akan
datang akan lebih ~ drpd novel ‘Gersang’ ini; 5. masih baru
(sesuatu barang, berlakunya sesuatu peristiwa dll), terlekat pd
ingatan: segala apa yg terjadi antara dia dan teman-temannya
masih ~ dlm ingatannya; tenaga-tenaga baru yg masih ~; ~-bugar
= ~-pugar a) sihat (cergas, subur, pantas) benar: menangis ibunya
melihat keadaan puteranya yg dahulunya ~-bugar, kini hanya sbg
rangka; b) masih baru benar (sesuatu benda, peristiwa, dll);
menyegar menjadi segar (kulit dsb): kulit boleh melembut dan ~
dgn menggunakan krim muka ini;
menyegarkan menjadikan segar (sihat), menyebabkan jadi segar:
bersenam dan bermain itu ~ otak; angin malam berhembus ~;
kesegaran perihal atau keadaan segar (sihat, cergas, dll),
kecergasan: ~ badannya dijaga sungguh-sungguh;
penyegaran proses menyegarkan sesuatu;
penyegar sesuatu yg menyegarkan (menyebabkan menjadi segar).
segar II lidi ijuk.
segara sl lautan, laut.
segari; ~ berdahan sj tumbuhan (pokok kecil), cindangan hutan, jolok
hantu, lupa dahan, malas berdahan, mempelai bukit, segan berdahan
hutan, telur obok, tumbuh nyiur, Arthrophyllum oralifolium.
segau; ~ petaling sj tumbuhan (pokok), akar kembang hutan, kayu
cenderus, seburas hitam, Trifurcum urophyllum.
segeh (ségéh) Mn siap sedia, kemas, teratur;
bersegeh berkemas, bersiap sedia;
menyegehi mengemasi, menyelesaikan (persiapan).
segel (ségél)  IB 1. cap (sbg tanda), tera, meterai; ~ tempel segel yg
dilekatkan pd surat tanda pembayaran dll; 2. kupon (utk membeli
barang-barang);
menyegel 1. mengecap (dgn tera, meterai); 2. membubuh cap (pd
surat-surat penting dll) dgn lak dll; 3. ki menutup kedai dll (oleh
polis kerana melanggar undang-undang dll);
penyegelan perbuatan menyegel.
segeli sj tumbuhan (di kawasan paya), geli-geli, Lasia spinosa.
segenap seluruh, setiap;  genap.
segenting I kawasan yg sempit yg menghubungkan dua kawasan daratan
yg besar: S~ Kra.
segenting II; daun ~ sj tumbuhan (pokok renek), adal-adal, puding,
puding mas, puding perak, Codiaeum variegatum.
segera tidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas: marilah
kita pergi ~ ;
segera-segera sl segera: pergilah engkau kembali ~ sampaikan
kataku ini;
bersegera cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~
menukar pakaian;
bersegera-segera sl bersegera;
menyegerakan 1. melekaskan, mencepatkan: Tunku meminta
Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; 2. menggesa
(meminta) supaya lekas-lekas: maka Bendahara dan Seri Nara
Diraja ~ orang membuat istana;
kesegeraan keadaan segera: ~ usaha di peringkat persekutuan utk
melaksanakan perubahan;
penyegeraan perihal (proses, perbuatan atau tindakan)
menyegerakan: kajian itu mengaitkan vitamin C dgn ~ pemulihan
serangan sakit jantung.
segerah sl segera.
segerang; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), a) akar tengkang merah,
akar tengkang putih, getah gerip putih, Willughbeia flavescens; b)
akar cerit murai, akar gerip relong, akar getah gerip, getah pucung
kapur, Willughbeia tenuiflora.
segi 1. garis pd tepi dadu (kotak dll), sanding: batang pensel yg enam
~nya; kikir tiga ~; 2. garis pd tepi bidang, garis-garis yg menjadi
pemidang (pd rajah, gambar rajah, dll), sisi: lukis sebuah rajah tiga
~ di dlm bulatan ini; 3. permukaan yg kecil-kecil (pd intan dll); 4.
Id ruangan yg memanjang pd kertas, lajur, kolum; 5. ki pandangan
terhadap sesuatu, sudut pandangan, aspek: dr ~ agama, suaminya
memang berhak beristeri lagi;
bersegi ada seginya (sanding, sisi); betung bulat tak ~, pipit jantan
tak bersarang prb orang yg bebas sekali hidupnya;
persegi 1. ada seginya, bersegi: ~ lima; 2. bidang yg mempunyai
empat sempadan garis lurus dan bersudut tepat; ~ panjang = empat
~ panjang empat persegi yg sisinya tidak sama panjang; 3. Id bujur
sangkar, ganda dua: daerah itu luasnya 12 batu ~.
segi empat (Mat) rajah satah yg mempunyai empat sudut;
~ sama segi empat yg setiap sisinya sama panjang dan setiap
sudutnya 90; ~ selari segi empat yg tiap-tiap sepasang sisinya yg
bertentangan adalah selari; ~ tepat segi empat yg mempunyai dua
pasang sisi bertentangan yg sama panjang dan setiap sudutnya 90.
segini bp sebanyak (sebesar, selama, dll) ini, begini.
segi tiga (Mat) rajah yg mempunyai tiga sempadan (sisi) atau tiga sudut;
~ cakah segi tiga yg satu drpd sudutnya sudut cakah (melebihi 90
bukanya); ~ dua sama segi tiga yg dua sempadannya sama panjang;
~ sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya sama panjang; ~
sebentuk (beberapa) segi tiga yg sama bentuk dan buka sudutnya
tetapi tidak sama sempadannya; ~ serba sama (beberapa) segi tiga
yg sama besar sempadan dan sudutnya; ~ tak sama segi tiga yg
mempunyai satu sudut tepat (90); ~ tirus segi tiga yg semua
sudutnya sudut tirus (kurang drpd 90).
segitu bp sebanyak (sebesar, selama, dll) itu, begitu.
segmen (ségmen) 1. bahagian (dr sesuatu), penggal; 2. (Bio) bahagian dr
binatang yg beruas-ruas (cacing, serangga, dll).
segok Tr menanduk.
segok (ségok) Kd, Pn segan, malu, janggal.
segok-segok seolah-olah berasa sangat segok, agak segok, malumalu,
segan-segan: agak ~ Pak Hamid duduk berlaga lutut dgn
teman lamanya itu.
segombang; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), pakau jantan, pokok
kelang tanduk, seriyan putih, susuh ayam, Kibra chartacea.
segondol; ~ hutan sj tumbuhan (pokok menumpang), Microstylis
congesta.
segoreh (segoréh); pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek), adap-adap, balik
adap, cagedi, daun puteri, Mussaenda glabra.
segregasi (ségrégasi)  pengasingan  (antara  satu  kelompok  dgn  kelompok
lainnya), pemisahan, pemencilan: ~ sosial.
seguih sj tumbuhan (pokok renek), Tarenna napieri.
segumbar; ~ urat sj tumbuhan (herba), lemba, Piper umbellatum.
segunja; akar ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), daun bajang,
Anadendrum montanum.
seh (séh); naik ~ bp naik angin, marah.
seharah sj peti besar yg bertutup (tempat menyimpan beras dll).
seih (séih) Kl terlampau kenyang.
seilometer (séilométer) alat utk mengukur ketinggian dasar lapisan awan.
seismograf (séismograf) alat utk merakam dan mengukur kekuatan gempa
bumi.
seismogram (séismogram)  bacaan  atau  rakaman  yg  dihasilkan  oleh
seismograf.
seismologi (séismologi) kajian saintifik tentang fenomena gempa bumi.
seismometer (séismométer)  alat  yg  merakam  dan  mengukur  kekuatan
gempa bumi.
seismonasti (séismonasti)  (Bio)  pergerakan  tumbuhan  sbg  gerak  balas
terhadap rangsangan getaran atau kejutan.
seismos (séismos) (Geo) berkaitan dgn atau disebabkan oleh gempa bumi:
peningkatan kegiatan ~ membayangkan gunung itu akan meletup
tidak lama lagi.
seismoskop (séismoskop)  alat  yg  menunjukkan  berlakunya  kejadian
gempa bumi.
seit (séit) Kl panas dan berpeluh (tubuh kerana demam).
sej (séj)  sj  tumbuhan  (herba)  yg  daunnya  wangi dan berwarna hijau
kekelabuan, digunakan sbg perasa dlm masakan daging, Salvia
officinalis.
sejadah tikar sembahyang.
sejahtera aman dan makmur, senang dan tenteram, terpelihara drpd
bencana (kesusahan, gangguan, dll): moga-moga kita dapat hidup
dlm ~; selamat ~;
menyejahterakan menjadikan sejahtera, mengamankan,
menyelamatkan: Ya Tuhanku, sejahterakanlah Laksamana itu;
kesejahteraan keselamatan, kesenangan (hidup dll), kesentosaan,
ketenteraman: manusia mesti bekerja keras utk mendapat ~ di
dunia dan di akhirat.
sejak bermula dr, mulai, dari: dia hampir bingung ~ dua tiga hari yg lalu;
 semenjak.
sejangat; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar guih, akar jangat,
akar sekuit, Spatholobus ferrugineus.
sejangkang sj tumbuhan (pokok), jangkang betina, Xylopia ferruginea.
sejarah 1. sl asal usul (keturunan), salasilah: ~ Melayu; 2. peristiwa yg
benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo:
cerita yg disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai
bukti-bukti yg mengesahkannya; 3. = ilmu ~ kajian atau
pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yg telah lalu, tawarikh: ~
Tanah Melayu; ahli ~; ~ umum sejarah mengenai seluruh dunia;
bersejarah 1. ark menanyakan asal usul, mengusul: sungguh, lebih
baik hamba ~ dgn dia; 2. mengandungi sejarah, termasuk dlm
sejarah: Melaka ialah sebuah bandar yg ~;
menyejarahkan meriwayatkan, mengisahkan;
kesejarahan perihal sejarah: watak perwira Hang Tuah dilukiskan
dgn amat terbatas sekali, sesuai dgn ~nya dlm Sejarah Melayu;
persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat
keilmuan dan ~ yg ditunjukkan oleh al-Quran;
penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu
unsur baru dlm ~ Melayu.
sejarang sj tumbuhan (pokok renek), lada-lada, (batang) lelada,
Ervatamia peduncularis.
sejarawan ahli sejarah.
sejarawi berkaitan dgn sejarah: pernyataan ini tentunya agak berlawanan
dgn pernyataan klasik ahli linguistik ~ tempatan; pendekatan ~
tidak dapat menerangkan fenomena demikian.
sejat hilang atau kering (air, minyak, dll) kerana menjadi wap dll: ada
seketika air pun ~lah; saya ada sepuluh gelen minyak petrol, tetapi
tiga gelen daripadanya telah ~ kerana panas;
menyejatkan mengeringkan air dll (dgn mengewapkan dll): air
bersih tidak meninggalkan apa-apa hampas apabila disejatkan;
tersejat telah hilang atau kering (air dll) kerana diwapkan dll:
garam akan menghablur di sekeliling pantai laut apabila airnya ~
oleh panas matahari;
penyejatan perihal menyejat (menjadi kering): utk menghindarkan
~, permukaan air itu hendaklah dilapisi dgn minyak;
penyejat alat (mangkuk dll) utk menyejatkan sesuatu: mangkuk ~ .
sejerit; ~ hitam sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perut lembu, secerek
(hitam), selempah, serepat jantan, Gnetum campestre.
sejingkat; bersejingkat berjalan dgn hujung kaki, berjengket, bertonjet.
sejoker (sejokér) Kl sebahagian kecil (kuih dll), secebis, sekelumit.
sejopok Kl setompok kecil, sejemput.
sejuk I 1. tidak panas atau hangat, rendah suhunya, dingin: peti ~; 2. segar
dan nyaman: apabila banyak udara keluar masuk dr sesebuah
bilik, maka bilik itu akan menjadi ~; 3. berasa dingin: kulit ini
memelihara tubuh drpd ~, basah, ...; 4. ki tenang dan tenteram
(fikiran), senang dan lega: berita yg hendak hamba nyatakan ini
elok didengar ketika fikiran sedang ~ dan nyaman;
~ hati tidak risau, lega, tenang; ~ paru-paru sj penyakit bengkak
paru-paru; ~ senyek Kl sejuk benar (macam air batu);
bersejuk terdedah kpd keadaan sejuk, kena sejuk: kenapa ayah
dibenarkan bangun pd pagi hari utk ke tandas sedangkan ia tidak
tahan ~?
menyejuki menjadikan sejuk oleh sesuatu: bilik itu disejuki oleh
sebuah kipas gantung;
menyejukkan 1. menjadikan sejuk (dingin, segar, dll),
mendinginkan: dia pergi merendamkan dirinya dlm sungai utk ~
badannya yg panas itu; 2. menenangkan (fikiran, perasaan, dll),
meredakan atau menghilangkan (kemarahan dll), menghiburkan,
menyenangkan: senyuman dan pandangan yg berisi itu ~ hatinya;
cinta sbg api membakar, cinta sbg air ~; 3. ki membaikkan
(keadaan), memulihkan: nilai mata wang sterling telah diturunkan
utk ~ ekonomi yg terlalu kucar-kacir;
kesejukan 1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg
menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena
(mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangannya menggeletar ~;
penyejukan perihal menyejukkan; ~ hawa perihal menyamankan
hawa (udara dlm bilik, kereta, dll);
penyejuk sesuatu yg menjadikan sejuk (kipas angin, dll): mesin ~.
sejuk II; daun ~ sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), Kalanchoe
laciniata.
sejuk beku diawet secara proses penyejukan sehingga berkeadaan beku
supaya tahan lama (bkn bahan makanan dsb): kesegaran dan mutu
ikan ~ juga sama dgn ikan segar biasa; sperma ~;
menyejukbekukan menyebabkan (bahan makanan dsb) sejuk beku:
peringkat pertama ialah langkah ~ makanan basah;
penyejukbekuan proses (perbuatan, tindakan dsb)
menyejukbekukan: buah itu boleh dimakan segar atau diawet
secara ~, pengetinan atau pengeringan; pektin digunakan utk
mengawal saiz hablur ais yg terbentuk semasa ~.
sejulung Kl beberapa ketika (bulan, tahun) yg lalu.
sejumbuk sj tumbuhan (herba), ekor angin, Plantago major.
sek (sék) I Kl koyak, carik.
sek (sék) II Id; tembakau ~ sj tembakau yg halus racikannya.
Sek. kep Sekolah: ~ Rendah.
seka (séka);  berseka menyapu-nyapu (menggosok-gosok) dgn kain dll:
maka ~lah ia di hadapan meja cuci muka, lalu berpakaianlah;
menyeka, menyekai menyapu (menggosok dll) supaya bersih atau
kering: disekanya air mata yg mengalir di pipinya yg cengkung itu;
peluh yg mengalir di muka diseka dgn tangan;
menyekakan menyapukan, menggosokkan.
sekaca; ~ lima jantan sj tumbuhan (pokok kecil), balung ayam, ceret
hutan, kayu sampu kelau, Clerodendron deflexum.
sekah patah dan jatuh (dahan kayu dll): dahan-dahan kayu yg sudah
lapuk itu mungkin akan ~ dan menimpa pondok mereka.
sekah (sékah) I sl lukisan (bunga) pd mata wang: maka disuruhlah Raja
Kida Hindi suratkan nama Raja Iskandar atas ~ dirhamnya.
sekah (sékah)  II sl segak dan pantas (sikap), sajak, bergaya: dia menari
terlalu ~.
sekak I Id, bp main catur.
sekak II Kl, bp 1. senak (kerana kekenyangan); 2. sesak, risau (kerana
dukacita dll).
Sekak III; orang (bangsa) ~ sj suku bangsa di Belitong.
sekakar Id, bp kedekut (bakhil, kikir, lokek) benar.
sekakelar IB, bp suis (elektrik).
sekaker sekakar.
sekala biasanya, ghalibnya, selalunya.
sekali kali I.
sekalian kali I.
sekali gus (melakukan sesuatu dll) dgn satu kali sahaja atau serentak:
mereka mahu membayar baki hutang mereka ~.
sekalipun meskipun, sungguhpun, walaupun.
sekam kulit padi (yg tertanggal setelah ditumbuk dll);
~ menjadi hampa berat prb (kehilangan yg) tidak merugikan sangat;
spt api di dlm ~ prb a) perbuatan jahat yg tersembunyi; b) cinta yg
terpendam; tiada terbawa ~ prb seseorang yg dungu rupanya tetapi
terlalu jahat perangainya; tiada terbawa ~ segantang prb keadaan
seseorang yg sangat lemah (kerana uzur dll).
sekan (sékan)  (Mat)  garisan  lurus  yg  memotong  suatu  bulatan  pd  dua
tempat yg berlainan.
Sekanak; orang ~ sj suku bangsa (orang Laut) di Kepulauan Riau.
sekang Mn sumbat;
menyekang menyumbat, mengganjal;
~ mata ki menyakitkan (tidak menyenangkan, merisaukan) hati; ~
perut bk makan, mengisi perut;
tersekang tersumbat, tersekat.
sekap Jk; menyekap 1. menyimpan di tempat yg tersembunyi (tertutup),
memeram (buah-buahan): ~ pisang; 2. mengurung (menahan,
memingit) dlm bilik (penjara dll): pencuri itu senang disekap di
penjara; ~ mulut menutup (mengunci) mulut;
sekapan 1. sesuatu yg diperam, (buah) peraman; 2. orang yg
disekap (ditahan, dipenjarakan, dikurung); 3. = penyekapan tempat
menyekap, penjara, kurungan;
penyekapan 1. perbuatan menyekap; 2. tempat menyekap, penjara.
sekapar sj ikan laut.
sekar Jw, sl bunga; ~ suhun sj kalung drpd emas.
sekarang waktu atau masa ini (bukan waktu yg telah lalu dan bukan yg
akan tiba), kini: kira-kira ini mesti dibuat ~ juga.
sekasap sj tumbuhan (pokok renek), daun bunga cina, daun sengsara,
daun telinga kerbau, terung belah raya, rembang, rimba, Solanum
verbascifolium.
sekat I 1. sesuatu (dinding, tabir, dll) yg membahagi-bahagikan ruangan:
di antara kedua-dua tempat tidur mereka dipasang ~; ~ hidung
bahagian antara kedua-dua lubang hidung; 2. = sekatan halangan,
galangan, rintangan;
bersekat 1. mempunyai (memakai) sekat: rumah itu tidak berbilik,
hanya ~ di antara bahagian dapur dgn bahagian depan; 2. ada had
atau batasnya (kuasa dll);
bersekat-sekat mempunyai banyak sekat, terbahagi-bahagi oleh
sekat (ruang bilik dll);
menyekat 1. = menyekati memisahkan (membahagi-bahagikan)
dgn sekat, memberi bersekat: ruang yg besar itu disekat menjadi
beberapa bilik kecil; 2. = menyekati menahan supaya tidak
merebak atau melimpah (penyakit, air, dll), membatasi,
membendung, menghalang: jika lekas diubati, penyakit itu akan
dapat disekat drpd melarat; pasukan keselamatan akan dapat ~
gerila-gerila itu drpd bermaharajalela; 3. membatasi (menyekap,
mengasingkan) diri;
tersekat kena sekat, disekati, terhalang: pandangannya ~ oleh
daun-daun pisang yg menghijau;
tersekat-sekat terputus-putus (suara dll), tersangkut-sangkut:
suaranya itu ~ sedikit keluarnya;
sekatan 1. benda (dinding dll) yg membahagikan sesuatu, sekat; 2.
rintangan, galangan: ~-~ ekonomi dan perdagangan hendaklah
dibatalkan dgn segera; 3. ruang (bilik dll) yg telah dibahagibahagikan
oleh sekat;
penyekatan perbuatan menyekat;
penyekat 1. sesuatu yg digunakan utk menyekat, tabir, tebeng: ~
kekisi; 2. sesuatu yg menyekat (menggalang, menghalang,
merintangi, dll).
sekat II IB, bp bermain melincir di atas air batu (dgn kasut yg berpisau).
sekaten (sekatén) Jw perayaan (pasar malam) pd bulan Maulud; gamelan
~ gamelan yg dipukul pd perayaan itu.
sekati I Jw gamelan sekaten.
sekati II sl sj alat bunyi-bunyian.
sekati III; ~ lima sl sj tumbuhan (pokok memanjat), akar ara tanah, akar
gerit putih, Aganosma marginata.
sekatuk; kayu ~ sj tumbuhan (pokok memanjat atau menjalar), pokok
kuku lang, Zanthoxylum hirtellum.
sekaut IB ark mata-mata, penyuluh.
sekebah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mambu, jemerah, lemak
pahit, mambu jantan, memambu, Millettia sericea.
sekeber (sekébér) sl petor.
sekedeng (sekédéng) IB, bp belah rambut, sebak rambut.
sekedim NS; saudara ~ adik-beradik seibu dan sebapa, adik-beradik
kandung.
sekeduduk sj tumbuhan (pokok renek), ke(n)duduk, Melastoma
malabathricum (polyanthum).
sekeduk; rumput ~ sj tumbuhan (herba), ara batu, daun misai kucing,
rumput jalang, rumput tali ayam, selasih dandi, Ageratum
conyzoides.
sekedup tempat duduk di atas belakang unta, pelana, sela; syakduf.
sekeh (sékéh); menyekeh memukul kepala dgn buku jari, meluku.
sekek (sékék) Kl, bk (makian) celaka, sial.
sekembang sj tumbuhan (herba), Hedyotis capitellata.
sekencong (sekéncong) sj tumbuhan (pokok renek), Desmos chinensis.
sekendai, sekendal sj tumbuhan (pokok), nona burung, Cordia
dichotoma.
sekendi sj burung, Threskiornis aethiopica.
sekenhen (sékénhén) bp  sudah  dipakai  (dimiliki  orang  dsb)  sebelumnya,
bukan baru atau pertama kali digunakan (dimiliki) oleh seseorang:
basikal ~.
sekentut sj tumbuhan (pokok renek), kentut-kentut, Saprosma
glomerulatum.
sekepet (seképét);  rumput ~ burit sj tumbuhan (herba), kancing baju
jantan, katup perenggang, rumput teki, Kyllinga brevifolia.
sekeram (sekéram) IB, bp sj dinding, sekat.
sekerap 1. bahan buangan atau barang yg telah digunakan, terutamanya
logam, yg dipungut dan diproses semula: logam ~; 2. sisa drpd
sesuatu; getah ~ getah buku drpd sisa lelehan susu getah yg telah
mengeras.
sekeras; daun ~ akar sj tumbuhan (herba), daun lipah, peparu hitam,
Polytrema vulgare.
sekeri engsel atau sendi (pd pintu dll).
sekering (sékering) IB fius (elektrik).
sekerja sama pekerjaannya, sejawat;  kerja.
sekesel (sekésél) IB sj sekat yg boleh dialih-alih, skrin.
seket (sékét) bagan, lakar, skema.
seketeng (sekéténg); lawang ~ sl sj pintu kota, pintu gerbang.
sekijang; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pelanduk, akar
perut kerbau (kijang), akar ulan jantan, jambul siul, Erycibe princei.
sekiki sj ikan laut, Leiognathus spp.
sekilwak IB penjaga (di istana dll), senteri.
sekin sj pisau.
sekip IB 1. sasaran atau matlamat menembak (utk berlatih), bulan-bulan;
2. tempat berlatih menembak.
sekjen (sékjen) Id akronim bagi sekretaris jenderal.
seko (séko)  I (S.Lukis) teknik membuat lukisan dinding atau mural yg
dibuat pd plaster kapur kering.
seko (séko) II Id penyuluh, mata-mata.
sekobang sj tumbuhan (pokok), bunga leraki, kekapur, pelir musang,
pokok guring, sesundo bukit, Anaxagorea scortechinii.
sekoci 1. sj kapal (perahu) kecil, perahu (potongan Eropah): tiga buah ~
diturunkan ke laut utk mencari Tahir; 2. tempat gelendong benang
yg di bawah jarum (pd mesin jahit).
sekoi sj tumbuhan (pokok drpd jenis padi dan buahnya), enjelai, jawawut,
menjelai, Panicum spp.
sekolah 1. tempat utk belajar dan mengajar, tempat menerima dan
memberi pelajaran: ~ Melayu; ~ menengah; 2. masa belajar di
sekolah: pukul berapa ~ dimulakan tiap-tiap hari? 3. penuntutan
ilmu, pengajaran atau pelajaran (yg diperoleh dr sekolah), ilmu
pengetahuan: saya ingin benar hendak melanjutkan ~ saya ke
peringkat yg lebih tinggi; 4. bp pergi ke sekolah, menuntut (di
sekolah): kenapa engkau tidak ~ hari ini?
~ atap sekolah kampung (biasanya beratap daun nipah dll); ~
bestari sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan
bantuan pembelajaran; ~ buta huruf = ~ dewasa sekolah utk orang
dewasa yg buta huruf; ~ liar Id sekolah persendirian yg tidak
menurut syarat-syarat yg ditentukan oleh kerajaan; ~ malam sekolah
yg diadakan pd waktu malam sahaja; ~ menengah sekolah peringkat
menengah yg penuntut-penuntutnya berumur antara 13 tahun hingga
19 tahun (selepas pendidikan awal di sekolah rendah); ~ partikelir
Id sekolah yg tidak didirikan oleh pemerintah; ~ pembaik akhlak
sekolah tempat membaiki akhlak kanak-kanak dll; ~ penerbangan
pusat yg melatih bakal juruterbang; ~ pondok sekolah agama di
kampung-kampung; ~ rakyat a) sekolah persendirian di kampungkampung;
b) Id = ~ rendah sekolah permulaan (utk kanak-kanak); ~
siswazah jabatan atau fakulti di sesebuah universiti yg menawarkan
kursus atau pengajian lanjutan kpd para siswazah; ~ subsidi Id
sekolah persendirian yg mendapat bantuan drpd pemerintah; ~
terbang sekolah yg mengajarkan pengetahuan dan kepandaian
memandu kapal terbang; ~ tinggi universiti; ~ wawasan gabungan
tiga jenis sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yg terletak di
dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan spt padang
permainan, dewan, kantin dsb dgn tujuan utk memupuk perpaduan
antara kaum;
bersekolah 1. (mulai) menuntut di sekolah, pergi ke sekolah:
kanak-kanak yg baru ~ terpaksa mengubah kebiasaan mereka; 2.
berpendidikan atau berpelajaran (kerana terlatih di sekolah): orangorang
yg ~;
menyekolahkan memasukkan ke sekolah, menyuruh bersekolah:
dia berjanji akan ~ adik perempuannya itu;
sekolahan Id ark rumah sekolah;
persekolahan perihal sekolah: ibunya meninggal dunia ketika
mengurus ~nya;
sepersekolahan bersama-sama menuntut di sekolah: kawan ~.
sekomin Pr sedikit.
sekon I Id saat, detik.
sekon II Tr tersadai (kereta, lori, bas, dsb.)
sekongkol 1. (orang yg) turut serta dlm sesuatu pergerakan jahat
(menyeludup, merompak, dll); 2. = bersekongkol berkomplot
(berpakat, bersubahat) dlm sesuatu pergerakan jahat: Ali telah
sungguh-sungguh ~ dgn bangsa asing; 3. = sekongkolan kumpulan
atau pakatan utk melakukan kejahatan (menyeludup, merompak,
dll);
persekongkolan perbuatan bersekongkol.
sekonyar skuner.
sekop IB penyodok tanah (pasir dll) drpd besi yg bergandar panjang.
sekopong daun terup yg bergambar dayung keling, sped;
main ~ main terup; menengok ~ menilik serasi dgn daun terup.
sekosol sekesel.
sekotah sl seluruhnya, semuanya.
sekoteng (sekoténg)  Id  sj minuman  yg manis  (diperbuat  drpd  air  panas,
tangkue, gula, dll).
sekoyah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar katup-katup, kekatup, akar
kait-kait rimba, Bauhinia flammifera.
sekretari (sékretari) bp setiausaha.
sekretariat (sékrétariat)  1. jawatan setiausaha; 2. pejabat setiausaha; 3.
pegawai-pegawai atau jabatan yg diamanahkan utk menjaga rekod
dan melaksanakan tugas-tugas kesetiausahaan, urus setia.
sekretaris (sékretaris) IB setiausaha;
~ peribadi setiausaha peribadi; ~ jenderal Id a) setiausaha agung
(sesebuah parti politik dll); b) setiausaha tetap (kementerian).
sekretin (sékrétin)  (Bio)  hormon  yg  dikeluarkan  oleh  duodenum dan
berfungsi utk merangsang pankreas supaya merembeskan jus
pankreas.
seks (séks) 1. sifat-sifat yg membezakan laki-laki dan perempuan, jantina;
2. keinginan syahwat;
~ bebas perbuatan melakukan hubungan seks tanpa ikatan
perkahwinan yg sah; ~ rambang perbuatan melakukan hubungan
seks tanpa ikatan perkahwinan yg sah dgn bertukar-tukar pasangan.
seksa (séksa) 1. kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) yg dideritai sbg
hukuman, hukuman yg menyakitkan (menyusahkan dll), aniaya,
azab: azab ~ Tuhan akan menimpa orang yg tidak jujur; 2. pedih,
sakit, sengsara, susah: hidup pun ~ benar;
menyeksa 1. memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara
(sakit, susah, dll), menganiaya: lain yg salah lain yg diseksa; 2.
menyakitkan, menyusahkan: ~ diri sendiri;
menyeksai menyeksa berkali-kali;
terseksa (telah) mengalami seksa (kesengsaraan, kesakitan dsb),
(telah diseksa): jiwa mana yg tidak ~; lebih baik mati di medan
perjuangan drpd hidup ~ di bawah cengkaman musuh;
seksaan 1. aniaya, penganiayaan: mereka menjadikan perkahwinan
bukan sbg syurga dunia melainkan sbg neraka ~; 2. kesakitan,
kesusahan: keluhannya keluar bagaikan satu ~ yg tidak
tertanggung lagi;
penyeksaan perihal menyeksa, penganiayaan: sekarang dia berasa
lapang kerana terlepas drpd ~ jiwa yg dihadapinya;
penyeksa orang yg menyeksa, sesuatu yg menyeksa (peperangan,
kebuluran, dll).
seksi (séksi) I 1. seksyen, bahagian: ~ penerbitan majalah; 2. Id
pembedahan mayat (utk menyiasat sebab-sebab kematian dll).
seksi (séksi) II bp menimbulkan nafsu syahwat, menggiurkan,
memberahikan, mengghairahkan: berbadan ~;
keseksian keadaan atau sifat seksi: rambut ikalnya yg hitam
mengurai masih menyerlahkan ~ dan kecantikannya.
seksionalisme (séksionalisme)  sikap  lebih  prihatin  terhadap  kepentingan
atau kesejahteraan sesuatu puak (kumpulan, golongan dsb) tertentu,
bukan terhadap kepentingan atau kesejahteraan masyarakat
seluruhnya.
seksisme (séksisme)  sikap  diskriminasi  yg  berdasarkan  jantina,
terutamanya sikap memandang rendah terhadap kaum wanita (oleh
kaum lelaki).
seksologi (séksologi) kajian tentang perlakuan seks manusia.
sekstan (sékstan) (Ast) sj alat optik yg digunakan utk mengukur sudut dlm
pandu arah, spt altitud jasad samawi.
sekstet (sékstét)  (Muz)  1. gubahan muzik utk sekumpulan enam orang
penyanyi atau pemuzik; 2. kumpulan muzik yg terdiri drpd enam
orang penyanyi atau pemuzik.
seksual (séksual)  1. bkn seks; 2. bkn persetubuhan antara lelaki dgn
perempuan;
keseksualan 1. ciri (sifat) atau peranan seks; 2. dorongan seks.
seksualiti sifat, tabii atau dorongan seks, keseksualan: masalah yg cuba
ditimbulkan ialah masalah ~ di kalangan remaja; ~ juga dianggap
sbg elemen penting bagi mengukuhkan kebahagiaan rumah
tangga.
seksuil (séksuil) IB yg bersangkutan dgn jantina (seks).
seksyen (séksyen)  1. bahagian kecil drpd badan yg lebih besar (jabatan,
kawasan, dll); 2. bahagian drpd karangan (undang-undang dll),
fasal, ceraian; 3. bahagian drpd platun (tentera); 4. bahagian tertentu
dlm sesuatu kawasan (bandar dsb): beliau tinggal di S~ 3, Bandar
Baru Bangi.
sekta (sékta) (Sos) sekumpulan orang yg mempunyai kepercayaan agama
tersendiri yg berbeza drpd kebanyakan orang lain.
sektarian (séktarian)  (Sos)  1. berkaitan dgn atau berdasarkan sekta:
pandangan politik ~; 2. berakibat drpd atau disebabkan oleh
perbezaan antara sekta: keganasan ~.
sektarianisme (séktarianisme)  (Sos)  kecenderungan  utk  berpecah
mengikut fahaman politik, agama dsb tertentu.
sektor (séktor) 1. bahagian bulatan yg letaknya di antara dua garisan lurus
dr pusat bulatan itu, tembereng tajam; 2. bahagian (daerah)
pertempuran (ketenteraan); 3. bidang sesuatu usaha (kegiatan
industri, pertanian, dll): ~ pertanian merupakan tulang belakang
ekonomi Malaysia;
~ awam bidang yg berkaitan dgn kerajaan dan orang ramai; ~
swasta bidang yg berkaitan dgn pihak swasta (spt syarikat-syarikat
perniagaan dsb).
sekuang sj tumbuhan (pokok), sengkuang, Dracontomelum mangiferum.
sekuas Id = limau ~ sj minuman yg masam dan menyegarkan.
sekubin; ~ air sj tumbuhan (pokok kecil), mahang, maya-maya, memaya,
tampin, Mallotus floribundus.
sekuit; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar (se)jangat,
Spatholobus ferrugineus.
sekul sj bekas air atau makanan (drpd tempurung yg ditebuk dll).
sekulan sj tumbuhan (pokok renek), Ochthocharis borneensis.
sekular (sékular) berkaitan dgn keduniaan, bersifat duniawi dan tidak
berkaitan dgn keagamaan: Islam tidak mengiktiraf pemisahan
kehidupan agama dgn kehidupan ~; pendidikan ~ pendidikan yg
memberikan pelajaran atau pengetahuan yg bukan bersifat atau
berkaitan dgn keagamaan;
mensekularkan menjadikan sesuatu (sistem, fahaman, dll) bersifat
sekular: orientalis Barat cenderung utk ~ sistem perundangan
Islam;
kesekularan keadaan sekular;
pensekularan proses mengubah nilai-nilai keluhuran keagamaan
kpd nilai kehidupan duniawi, sekularisasi.
sekularis (sékularis) orang yg menganut fahaman sekularisme.
sekularisasi (sékularisasi) pensekularan.
sekularisme (sékularisme)  faham  (doktrin,  pendirian  dsb)  yg  menolak
nilai-nilai keagamaan dlm kehidupan sosial manusia.
sekularistik (sékularistik) bersifat (mengamalkan) sekularisme: apa jua
bentuk pemisahan dan pembelaan, kedua-duanya akan melahirkan
sikap ~.
sekun Kl sesuai, serasi.
sekunder (sékunder)  yg  kedua  (pentingnya,  tingkatannya,  dll),  tidak  yg
utama, yg terbit atau terhasil drpd sesuatu yg asas atau utama:
manusia merupakan individu psikologikal yg wajib memenuhi
beberapa keperluan asas dan ~; fungsi yg ~ ini boleh ada, boleh
tidak; sumber-sumber ~.
sekunyit sj tumbuhan (pokok memanjat), kekunyit, mengkunyit,
merkunyit, Coscinium blumeanum.
sekuriti (sékuriti) 1. sijil saham, bon, dsb yg membolehkan pemegangnya
berhak mendapat bayaran faedah dan dividen; 2. keselamatan; 3.
jaminan, cagaran, sandaran.
sekut I pukau yg dikenakan oleh pencuri.
sekut II kedekut, kikir, lokek.
sekutu 1. kawan yg turut sama dlm sesuatu pakatan (perniagaan,
perusahaan, dll), teman yg turut dlm sesuatu pakatan (pergabungan
dll): kabilah banu Bakar ~ kaum Quraisy; negara-negara ~; 2.
turut terlibat atau bersalah (dlm kejahatan dll): orang yg menerima
rasuah itu dianggap ~ dgn pemberi rasuah; 3. gabungan (drpd
beberapa negeri, badan, dll), syarikat: Raja Sharif Hussain
menyatakan perlawanannya terhadap Turki dan menggabungkan
diri dgn pihak ~;
bersekutu 1. berkawan (utk melakukan sesuatu), bersahabat:
Vietnam dan Malaysia ~ dlm perjuangan mengekalkan kebebasan
dgn keperibadian sendiri; 2. bergabungan dgn (supaya lebih kuat,
besar, dll), bersatu, bersepakat: mereka telah ~ dgn kabilah-kabilah
Arab utk menyerang Madinah; negeri-negeri ~; 3. merupakan
pergabungan (perhimpunan), berkelompok: gajah ialah binatang yg
hidup ~;
menyekutui 1. mengawani (menemani) dlm sesuatu pakatan; 2.
bersekutu (bersahabat, bersubahat, dll) dgn;
menyekutukan menganggap sbg sekutu (bersekutu): jangan sekalikali
~ Allah dgn sesuatu yg lain;
mempersekutukan menjadikan bersekutu (bersahabat, bersatu):
perjanjian utk ~ negeri-negeri itu;
persekutuan 1. pergabungan (persatuan dll) utk kepentingan
bersama ahli-ahli; 2. pergabungan negara-negara dll: P~ Tanah
Melayu; 3. Id syarikat perdagangan (perusahaan dll), perkongsian;
penyekutuan proses (perbuatan) menyekutukan sesuatu.
sel (sél) 1. (Bio) unit terkecil sesuatu organisma yg terdiri drpd nukleus
dan sitoplasma yg dikelilingi membran sel; 2. bilik kecil dan sempit
tempat mengurung orang salah di penjara; 3. (Fiz) bahagian (pd
bateri) yg diisi bahan-bahan kimia utk mengeluarkan tenaga
elektrik;
~ elektrik = ~ elektrokimia sel yg digunakan utk menghasilkan
tenaga elektrik atau utk melakukan elektrolisis (terdiri drpd dua
elektrod yg terendam dlm elektrolit); ~ elektrolisis sel yg
menggunakan tenaga elektrik arus terus utk menguraikan elektrolit;
~ fotoelektrik peranti yg menghasilkan kesan elektrik apabila
terdedah pd cahaya; ~ kering bateri; ~ piawai sel primer yg
voltannya diketahui dengan tepat; ~ primer sel yg menghasilkan
arus elektrik melalui tindak balas elektrokimia yg tidak berbalik
(tidak dapat dicas semula); ~ sekunder sel yg menghasilkan arus
elektrik melalui tindak balas elektrokimia yg berbalik (dapat
dicaskan semula); ~ suria sj sel elektrik yg menukarkan tenaga
suria kpd tenaga elektrik.
sela 1. = sela-sela ruang di antara dua benda, celah: dr ~ daun-daun,
dipandangnya pemuda itu dgn terharu; 2. sesuatu yg terletak
(terselit dll) di antara dua benda; tanaman ~ tanaman (spt jagung,
kacang, dll) yg ditanam di antara pokok-pokok lain;
bersela 1. mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang:
maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi; 2. berseling dgn,
bersambut dgn (bunyi dll), bertingkah dgn: bunyi katil berkeriutan,
~ keluhan yg panjang;
bersela-sela berselang-seli, selang-menyelang: pondok itu terdiri di
bawah pohon-pohon kayu yg rendang yg ~ dgn pohon kerambil;
menyela 1. terletak di antara dua benda (rumah, kerusi, dll),
tersisip, terselit; 2. meletakkan sesuatu di antara dua benda,
menyelitkan, menyisipkan: gerak irama yg teratur rapi itu kadangkadang
disela oleh beberapa baris syair; 3. mencelah atau
menyampuk (percakapan orang): ia mendiamkan dirinya juga tidak
sepatah pun ia ~ perkataan ibunya itu;
sela-menyela saling menyela (mencelah), berselang-seli;
menyelakan meletakkan di celah-celah (di antara dua benda,
disela), menyelitkan, menyisipkan;
selaan sesuatu yg menyela (diselakan).
sela (séla) I sl tempat duduk di atas belakang kuda, pelana.
sela (séla) II sl batu;
menyelakan membaling (melontar) dgn batu.
sela (séla) III Mn juling (mata).
selabar ark penggosok lantai (drpd guni yg dibasahi).
selaberak bp (kain) pengalas pelana.
selada 1. sj tumbuhan (paku pakis), ribu-ribu, Lygodium scandens; 2. sj
tumbuhan (herba yg boleh dibuat sayur), salad, Lactuca sativa; 3. sj
makanan yg diperbuat drpd sayur-sayuran (daun-daun selada,
mentimun, tomato, dll);
~ air sj tumbuhan (herba), Nasturtium officinale; minyak ~ sj
minyak (drpd biji-bijian) utk memasak.
seladang I sj lembu hutan, Bos gaurus; kerbau tak berkandang ~ prb dua
bangsa yg tidak dapat bercampur kerana berlainan adat.
seladang II selantai dan rata (dua tiga buah rumah dll);
menyeladang menyeluruh dan merata; ~ bagai panas di padang
prb sesuatu yg menyeluruh jadinya (penyakit, bencana, dll).
seladang III sama besar (betis yg tidak berjantung dll), sama gadah.
seladeri sj tumbuhan (herba yg dibuat sayur), Apium graveolens.
selai IB jem.
selaju Id; berselaju bermain-main (meluncur) di atas air beku.
selak I = penyelak sj kayu palang (utk mengunci pintu), kancing pintu:
perlahan-lahan dia berdiri, bergerak ke pintu, dan mengenakan ~
pintu itu;
berselak terpasang selaknya, berkunci, berkancing: pintu itu ~ di
atas dan di bawah;
menyelak mengunci dgn selak, mengancing: daun pintu diselak
perlahan-lahan.
selak II Jk; menyelak mendesak (supaya lekas dll), menggesa.
selak III Jw; terselak, keselak tersedak, kesedakan.
selak IV; ~-selok selok-belok.
selak V Kl tidak boleh bernafas, pengsan; ~ kera pengsan dlm keadaan
spt orang mati.
selak (sélak); menyelak 1. menyingkap (tudung, selubung, dll), membuka,
menyingsingkan: kain yg menutupi betisnya diselak hingga ke
paras lutut; Tun Tuah pun segera ~ penduanya; 2. menyebak
(buku dll), membuka: buku itu diselaknya lepas semuka ke semuka;
menyelak-nyelak menyelak (buku, majalah, dll) dgn cepat tanpa
membaca atau melihatnya dgn teliti: dia masih asyik ~ majalah,
membaca tajuk, dan melihat gambar;
menyelakkan menyelak utk;
terselak tersingkap (kain, selubung, tudung, dll), terbuka, tersebak.
selaka I ark tempat mengukup pakaian (drpd buluh dll) supaya harum,
tempat perasap pakaian.
selaka II Jw, sl perak.
selakangan Jk celah kangkang.
selakarang (sélakarang) Jw sj penyakit kudis (pd kuda).
selalu I 1. sentiasa, selamanya, sepanjang masa: sayur-sayurnya ~ dijual
ke bandar; 2. kerap benar, acap kali: ibunya ~ sahaja sakit;
menyelalukan menjadikan (melakukan) selalu, membiasakan:
hendaklah dibiasakan dan diselalukan membaca buku;
keselaluan keadaan selalu, keseringan, kekerapan: ~ itu
menyebabkan tumpuan pd pekerjaan tidak berjalan lancar.
selalu II Mn seluruh, semua; ~ hari sepanjang hari; hitam ~ hitam
seluruhnya.
selalu III terus, langsung: maka menteri itu pun menangkap ~ budakbudak
itu lalu dibawa balik ke negerinya.
selam I; juru~ orang yg kerjanya masuk ke dlm air (utk mencari mutiara,
mengetahui ada tidaknya ikan, dll); kapal ~ kapal yg boleh bergerak
di dlm air (biasanya utk kegunaan peperangan);
berselam Pr menguji siapa yg akan memusingkan gasing dahulu
(dlm permainan gasing); ~ air bersumpah dgn menyelam (utk
membuktikan kebenaran);
menyelam 1. masuk ke dlm air (dgn seluruh badan): burung
penguin sangat pandai ~ dan berenang; 2. masuk ke dlm air utk
mencari sesuatu: dekat Mergui, perusahaan ~ mutiara ada
dijalankan; 3. ki masuk dalam-dalam, terbenam, menghilang dlm
sesuatu: keris itu ~ ke dlm belikatnya; kapal terbang itu ~ ke dlm
awan; 4. ki = menyelami mencari atau menduga (isi hati, perasaan,
dll orang lain), mengetahui, memeriksa: kebanyakannya cuba ~
kesusahan kami sbg nelayan; aku mesti ~ lubuk hati gadis bakal
isteriku;
pandai ~ di air dangkal prb pandai membawa diri; sambil ~ minum
air prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai;
menyelami 1. menyelam ke dlm air (laut dll); 2. menyelam utk
mencari sesuatu dll: engkau jatuh dia yg menyambut, engkau
karam dia yg ~; 3. ki menyelidiki atau menduga (isi hati, perasaan
orang lain), berusaha utk mengetahui sesuatu: dia seoranglah yg
pernah ~ hati Juliana; tugas saya bukan sahaja mengumpulkan
surat-surat itu tetapi juga ~ kandungannya; ~ air dlm tonggak prb
sukar sekali utk mengetahui isi hati orang lain;
menyelamkan memasukkan (sesuatu) ke dlm air, membenamkan,
mencelupkan: maka dibawanya timba, diselamkannya ke dlm air
yg keruh itu;
terselam dapat atau sudah menyelam, terbenam;
terselami boleh diselami, dapat difahami, terduga;
selaman hasil atau usaha menyelam, menyelami atau menyelamkan;
penyelaman perbuatan menyelam, menyelami atau menyelamkan;
penyelam 1. orang yg menyelam, juruselam: ~-~ yg memasuki
lautan dalam terpaksa membawa udara sendiri; 2. sesuatu yg
digunakan utk menyelam, sesuatu yg diselamkan.
Selam II Id, bp Islam; orang ~ a) orang yg beragama Islam; b) orang
Melayu (Indonesia).
selamat 1. terpelihara atau terhindar drpd bencana, terlepas drpd bahaya:
tidak ~ berdiri tegak di dlm perahu yg kecil; ~ dr nahas jalan
raya; 2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan:
si kecil berasa ~ di dlm pelukan ibunya; 3. ucapan atau doa dgn
harapan supaya sejahtera (terhindar drpd segala bencana, sampai
hajat, dll) atau sbg tanda bersyukur: ketiga-tiga ratu itu pun
menyuruh penggawanya membawa persembah dan memberi ~
akan baginda sesudah berputera; doa ~ ; kenduri ~; 4. harapan
supaya aman sentosa (sejahtera dll) yg diucapkan sbg tegur sapa
(salam): ~ datang; ~ jalan; ~ malam dll;
berselamat mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau
selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepadanya;
menyelamati ark mengadakan kenduri utk;
menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd
seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat:
berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masingmasing;
sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar
manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimatkan
wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah
dahulu sebelum melakukan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat
diselamatkan; 3. mengebumikan (mayat): mayat orang mati itu
telah diselamatkan; 4. mengadakan kenduri utk, menyelamati;
terselamat terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll),
(telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia perhambakan
diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu;
selamatan kenduri utk mendapat selamat: tidak lama lagi ia akan
mengadakan ~ di rumahnya;
berselamatan 1. mengadakan kenduri (selamatan); 2. ark saling
mengucap selamat;
keselamatan perihal selamat, kesejahteraan, keamanan: saya
memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~
dlm negeri;
penyelamatan perbuatan (usaha dsb) menyelamatkan;
penyelamat orang yg menyelamatkan: sekarang saya telah menjadi
isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak.
selamba 1. pd lahirnya macam biasa (sedangkan sebenarnya telah berlaku
sesuatu), berlagak seolah-olah tidak tahu, berpura-pura: kami pun
turunlah buat muka ~ macam orang ada tiket kelas satu; 2. kurang
ajar, tebal muka, tidak tahu malu.
selambut Kl sj permainan kanak-kanak (dgn anak batu).
selampai I 1. kain sutera yg dipakai di bahu atau dikalungkan di leher
(dlm istiadat kerajaan), tetampan; 2. Jk sapu tangan, selampik;
menyelampai memakai selampai (tetampan dll) di bahu, menyebai
selampai dll di bahu: hulubalang delapan di kiri, delapan di kanan
masing-masing ~ selendang kain kuning;
menyelampaikan menyebaikan (mengenakan) selampai (selendang
dll) di bahu;
terselampai tersebai, tergantung, tergayut: maka dgn tiba-tiba
terpandanglah olehnya tangan orang ~ di alang kedai itu.
selampai II 1. sj ikan laut, Pseudosciaena discanthus; 2. sj ikan laut,
Otolithoides biauritus.
selampik Jk sapu tangan;  selampai I.
selampit I dandan rambut (pintalan tali dll) yg pipih: maka ditambat
orang pd tali kail itu tunda, maka ditarik ke atas, maka
ditambatkan pula ~ yg seni.
selampit II cawat;
berselampit memakai selampit, bercawat: jika ingin melihat Orang
Asli masih ~, Kampung Peta bukan tempatnya;
berselampitkan memakai sesuatu sbg selampit;
menyelampitkan mengenakan cawat, mencawatkan (kain dll):
maka Pak Pandir pun ~ kainnya lalu berlari mengejar kawan
kambing itu.
selampit III persembahan cerita yg sangat terkenal di Kelantan, yg
diceritakan oleh pelipur lara atau tukang cerita dgn bahasa berirama
sambil menggesek rebab.
Selan (sélan)  Sailan.
selancak sj burung, Anthus rufulus.
selancang sj burung, burung kapas, Lalage nigra.
selancar; berselancar bermain dgn membaling batu merata di permukaan
air, bermain lancang-lancang.
selang I 1. lat (waktu, tempat, dll): ~ beberapa lama dr itu, permaisuri
pun hamillah pula; meriam ditembak ~-~ satu minit; 2. = selangan
sesuatu yg letaknya di antara benda lain: tanaman ~; ~ surup Jk
salah faham;
berselang 1. berantara (waktu), ada antaranya: tiap-tiap hari dia
menghantar susu kpd ibu dan bapanya dgn tidak pernah ~; 2. ada
selangnya (antaranya): temilang dua ~; sudut yg ~;
berselang-selang 1. saling berganti, berganti-ganti, lepas satu yg
lain pula: di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dgn bunyi
desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. tidak terus-menerus, ada
jarak atau antaranya, berlat: maka adalah pekerjaanku itu ~ hari,
pd sehari pergi menyalinkan kpd bahasa Melayu dan sehari pergi
mengarangkan dia dlm tempat cap;
berselangan menggunakan sesuatu sbg selang: kemahiran orang
Mesir menyusun tulang-tulang kecil yg ~ dgn pasak kayu utk
mengukuhkannya;
menyelang 1. mencelah dgn sesuatu (dlm membuat pekerjaan dll),
mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang: di muka pintu,
gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dgn bunyi suara
orang memanggil; ~ perkataan wazir menteri itu dgn perkataan yg
lemah lembut; 2. menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang;
menyelangi mencelah dgn sesuatu: bunyi guruh sayup-sayup dgn
diselangi angin menderu; kawasan yg tidak ramai penduduknya ini
kadang-kadang diselangi oleh kampung-kampung nelayan;
selangan 1. sesuatu yg letaknya di antara benda lain; 2. lat atau
jarak (bkn waktu): bunyi itu terdengar dgn ~ masa yg sama;
berselangan ada selangnya, tidak terus-menerus: sekalian
hulubalang memegang tombak benderang hingga tiada ~ lagi;
perselangan 1. perihal berselang; 2. selang: apabila kita mainkan
filem itu, ~ gelap di antara gambar-gambar tidak kelihatan pd
layar;
penyelangan perihal (perbuatan atau proses) menyelang atau
menyelangi;
penyelang sesuatu yg menyelang (mengantarai).
selang II bahagian di antara (yg menghubungkan) rumah ibu dgn rumah
dapur.
selang III Mn pinjam;
berselang; ~ tenggang pinjam-meminjam, bertolong bantu,
meminta pinjaman (pertolongan): rumahnya tempat orang ~
tenggang dlm kampung itu;
menyelang meminjam;
menyelangi, memperselangi meminjami;
menyelangkan, memperselangkan meminjamkan.
selang IV sedang;
selangkan sedangkan: ~ kpd orang lagi usaha belajar, kononlah
pula kpd ayah sendiri; salang III.
selangat sj ikan laut, Anodontostoma chacunda; ~ belau sj ikan laut,
Nematolosa nasus.
selangka; tulang ~ tulang yg menghubungkan tulang dada dgn pangkal
bahu.
selangkang = selangkangan Jk kangkang.
selangkom Pl bekerja dgn bersungguh-sungguh.
selangkup; menyelangkup menyelubungi, melingkupi;  lingkup I.
Selangor negeri di barat Semenanjung, keluasan 8184 km2, Shah Alam
sbg ibu negeri.
selang-seli; berselang-seli 1. berganti-ganti, celah-mencelah, selamenyela:
soljar India dan British yg ~ di atas kereta kebal
melambai-lambaikan tangan sambil gelak ketawa; 2. tidak ada
antaranya, terus-menerus: dgn seketika itu juga ~ suara paluan
gendang dan irama serunai memenuhi suasana;
menyelang-nyeli, menyelang-nyelikan, menyelang-nyelingi
menjadikan (mengaturkan, mendudukkan, membuat, dll) berselangseli:
kicau murai riuh rendah di atas pohon kerian, diselang-seling
oleh bunyi burung kelicap yg berdecit-decit.
selang-seling  selang-seli.
selanting sj burung, saulanting, Rhizothera l. longirostris.
selap I hilang akal (tidak sedarkan diri, pengsan, pitam, dll) kerana
kerasukan: ~ ia spt rupa dimasuki jin;
menyelap, menyelapi 1. merasuk, mengganggu (roh jahat dll):
diselap hantu; 2. menimpa, menyerang (penyakit dll);
keselapan 1. hilang akal (ingatan) kerana marah dll; 2. kerasukan.
selap II Pl, bp; selap-selap kadang-kadang.
selapan 1. Mn delapan; 2. (Sunda) sembilan.
selapanan kenduri (pesta) yg diadakan ketika bayi mencapai umur 35
hari.
selaput lapisan nipis tisu (pd benda-benda hidup) yg menyaluti sesuatu;
~ dara selaput yg menutup sebahagian bukaan faraj gadis atau
wanita (biasanya pecah apabila pertama kali mengadakan hubungan
seks); ~ jantung selaput yg membalut jantung; ~ mata selaput
pembungkus biji mata;
berselaput ada selaput, bersalut dgn kulit tipis, berlapis (bersalut)
dgn sesuatu: mukanya kotor ~ habuk; mata ~ mata yg disalut oleh
selaput putih (kerana berpenyakit), mata bular;
menyelaputi menyelubungi, melitupi, membungkusi: biji kacang yg
kering itu agak keras dan diselaputi kulit biji; bulu susuk yg ~
badan burung; tiap-tiap satu batang logam itu diselaputi lilin;
menyelaputkan memberi bersalut (berlapis) dgn, menyalutkan,
menyelubungkan;
selaputan benda yg menyelaputi (menyelubungi) sesuatu: matanya
masih lagi berbalam kerana ~ air matanya.
selar I; tanda ~ cap atau tanda (yg dibakar dahulu sebelum digunakan);
menyelar 1. membubuh tanda dgn besi panas: penternak itu ~
lembu peliharaan mereka; 2. ki mengecap (dgn kata-kata),
mengecam, membidas (dgn kerasnya): Munshi Abdullah ~
beberapa adat istiadat yg membazir dan pincang yg berlaku di
Pahang; 3. Mn menggoreng (ikan dll);
selar-menyelar tuduh-menuduh (kata-mengata dll);
menyelarkan membubuh (tanda) pd sesuatu: dia ~ tanda bintang
pd lembu itu;
selaran 1. hasil menyelar (dgn besi panas); ~ matahari keadaan
merah dan melecur pd kulit akibat terlalu lama berjemur di bawah
matahari yg panas terik; 2. ki tuduhan, kecaman, kritik: ~ ini
menyakitkan juga hati kita yg mendengarnya.
selar II sj ikan laut, Atule mate;
~ abu-abu (ubur-ubur) sj ikan laut, Carangoides praeustus; ~
batang (keledek, renceh) sj ikan laut, Carangoides djedabba; ~
gelek sj ikan laut, Atule mate; ~ kuning sj ikan laut, pelata kuning,
Selaroides leptolepis; ~ kuning jantan sj ikan laut, Selar boops; ~
letup-letup sj ikan laut, Carangoides oblongus; ~ papan sj ikan
laut, Alepes bari; ~ pucat a) sj ikan laut, pelata bulat, lolong putih,
Selar crumenophthalmus; b) sj ikan laut, Selar megalaspis.
selar III; ular tedung ~ sj ular, Ophiophagus hannah;
menyelar melata atau menjalar (ular, tumbuh-tumbuhan, dll).
selar IV Pr; ~-belar kucar-kacir, tidak tersusun (barang-barang dll).
selara I bulu halus (spt miang) pd tumbuh-tumbuhan.
selara II; anak ~ anak ikan sembilang.
selara III Mn daun-daun yg telah tua dan kering; sedangkan pucuk lagi
tak merah konon pula ~nya prb waktu lagi kaya tidak pernah
berderma apalagi waktu miskin;
menyelara menjadi kering (daun).
selarak Jw palang (selak) pengunci pintu dll.
selaru celaru.
selarung denai atau jejak binatang (gajah, babi, dll) dlm hutan.
Selasa hari ketiga dlm seminggu, selepas hari Isnin.
selasar sambungan pd ibu rumah (yg menganjung ke luar), sj serambi
(beratap atau tidak): segala anak tuan-tuan yg bersahaja-sahaja
duduk di ~ balai.
selasih = ~ putih sj tumbuhan (herba utk rempah dan ubat), ruku-ruku,
Ocimum basilicum;
~ dandi a) sj tumbuhan (herba), ara batu, daun misai kucing, rumput
tahi ayam, Ageratum conyzoides; b) = ~ hutan sj tumbuhan (pokok
renek), Stachytarpheta indica; buah ~ sj tumbuhan (herba dan
buah), Passiflora foetida; bunga ~ bunga pokok selasih putih.
selat I laut yg sempit yg menceraikan dua daratan atau pulau-pulau: S~
Melaka; S~ Teberau; Negeri-Negeri S~ negeri-negeri yg letaknya
di Selat Melaka (Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang pd zaman
kolonial).
selat II Mn celah, sela;
menyelat masuk di celah-celah: ~ di antara orang banyak;
menyelatkan meletakkan (mendudukkan) di celah-celah,
menyelitkan;
terselat termasuk di antara dua benda, terselit.
selat III Kl, bp jikalau, sekiranya.
selatan mata angin (arah) yg bertentangan dgn utara, daksina, kidul;
~ daya = ~ barat daya arah antara barat daya dgn selatan; ~
menenggara arah antara selatan dgn tenggara.
selawat doa kesejahteraan ke atas Nabi: setelah membaca ~, mereka pun
mulai berjalan;
berselawat membaca selawat, berdoa: kadi ~ tiga kali dgn nyaring
suaranya;
menyelawatkan berselawat utk memohon sesuatu.
selawe (selawé) Jw ark dua puluh lima.
selayah sj kain tudung (perempuan).
selayak sj burung, cenuk, kerak, sanuk, a) Rhamphococcyx curvirostris
erythrognathus; b) Rhinortha chlorophaea.
selayang sj ikan laut, Decapterus spp.
selayun tali tempat menggantungkan orang-orangan (kain, daun-daunan,
dll) utk menakutkan atau menghalau burung dll.
selayur ikan laut, a) Eupleurogrammus spp.; b) Tentoriops spp.; c)
Trichiurus spp.
selayut  selayun.
sele (selé) IB sj makanan drpd buah-buahan (dimakan dgn roti dll), jem.
selebar (selébar); daun ~ sj tumbuhan (palma), daun keruh, daun lat, daun
payung, daun sang, daun sar, daun segaluh, Teysmannia altifrons.
selebaran; surat ~ surat yg diberikan kpd orang banyak, surat sebaran.
selebele (sélébélé) Kl,  bp  tidak  teratur  atau  dijaga  (pakaian  dll),  kucar-
kacir, selekeh.
selebeng (selébéng) Kl berselisih faham, tidak secocok.
selebing Kl terlentang, terbaring.
selebriti (sélébriti)  orang  yg  terkenal  dan  menjadi  tumpuan  ramai,
terutamanya dlm bidang hiburan spt bintang filem, pelakon dan
penyanyi.
selebu; laut ~ lautan lepas (besar); ombak ~ ombak yg besar (di lautan
besar).
seleder (selédér) Jk tidak hati-hati, lengah, lalai, malas.
seleguri; ~ padang sj tumbuhan (pokok kecil), bunga padung, celeguri,
getangguri, jerun, lemak ketam, sedeguri, tapak leman, Sida
rhombifolia; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), Alysicarpus
vaginalis.
selek (sélék) I Kl angkat atau singsing (kain atau seluar).
selek (sélék) II Tr menyapu (syelek, minyak, dll).
selekeh (selékéh) 1. kotoran, palit, noda: gambar itu tidaklah ubahnya spt
satu ~ warna-warna yg bercampur aduk; 2. kotor, tidak senonoh
(pakaian dll), dipenuhi kotor: dia membetulkan gincunya yg agak ~
sedikit;
berselekeh penuh dgn kotoran (cemar, noda), berpalit (dgn bendabenda
kotor), tidak senonoh (pakaian): pakaian mereka ~, dan
rambut panjang tidak berbela;
menyelekehi mengenakan kotoran (noda), mengotori.
selekoh (selékoh)  lengkok,  kelok,  liku,  siku  (jalan,  sungai,  dll): mereka
telah menahan Sani di ~ jalan; ~ kota sudut atau penjuru benteng
yg menganjur keluar;
berselekoh 1. berbelok, berkelok, berliku (jalan raya, sungai, dll):
sungai Pahang ini ~ ke kanan lalu masuk ke Laut China; 2. =
menyelekoh membelok, membengkok, berganti arah: bas itu
terhuyung-hayang apabila ~; telengkoh.
selekor (selékor) sj ikan bawal.
seleksi (séléksi) IB pilihan, pemilihan (dlm olahraga dll);
menyeleksi memilih (utk mendapat yg terbaik), menapis,
menyaring.
selektif (séléktif)  1. berdasarkan pilihan, terpilih: ini bukan koleksi
terjemahan yg ~; 2. bersifat memilih: Baharuddin Zainal
berpendapat perlu adanya sikap yg terbuka, yg sanggup
mendedahkan dirinya kpd kebudayaan-kebudayaan luar dan
menerimanya secara ~.
selektir (séléktir) IB ark; menyelektir menyeleksi.
seleler (selélér); berseleler, berseleleran meleleh-leleh (air, darah, getah,
dll);  leler I.
selema (seléma) bp selesema.
selemah sj ikan laut, lelemah, selembu, serumbu, Lactarius lactarius.
selembada sj semut besar, selempada.
selembana; menyelembana menghalakan kapal (perahu dll) menentang
angin supaya berhenti.
selembat sj tumbuhan (pokok), Eugenia conglomerata.
selembu I sj ikan laut, Lactarius lactarius.
selembu II sj binatang hasil kacukan seladang dgn lembu.
selembubu pusaran (kisaran) angin, angin puting beliung.
selempada sj semut besar (merah atau hitam warnanya).
selempah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perut lembu, secerek,
secerek hitam, serapat jantan, Gnetum campestre.
selempang I Jk khuatir, cemas, bimbang, gelisah;
menyelempangkan mengkhuatirkan, membimbangkan,
mencemaskan, menggelisahkan.
selempang II ark; terselempang jatuh terkangkang.
selempang (selémpang)  sesuatu  yg  diselendangkan  dr  bahu  menyilang
dada (sbg tanda pangkat dll): kain cindai berambu kuning, ~ kain
Bugis Kembayat;
berselempang memakai selempang;
berselempangkan memakai sesuatu sbg selempang: petang itu dia
berbaju Melayu, berkopiah putih, dan ~ kain serban di bahu;
menyelempangkan mengenakan sesuatu dr bahu menyilang dada,
mengenakan selempang: memakai baju Melayu dan seluar warna
hitam serta berdestar, dan kainnya diselempangkan di bahunya;
terselempang tersandang di bahu dan menyilang dada: senapang
yg ~ di belakangnya tadi, sekarang dipegangnya.
selempar; akar ~ sj tumbuhan (pakis), Antrophyum recticulatum.
selempukau sj burung, kepudang.
selempuri; kain ~ sj kain tenunan India.
selencur, selencus sj tumbuhan (pokok), belucus, lenciu, mempat, sampat,
Cratoxylon lingustrinum (polyanthum).
selendang (seléndang)  kain  panjang  utk  menutup  kepala  (leher,  bahu):
kusebaikan ~ku di atas bahu; ~ dunia prb orang kaya yg dermawan
atau pemurah dan orang muda perhiasan dunia (utk pujian sahaja);
berselendang memakai selendang: seorang perempuan muda
bertocang dua dan ~ kain kasa kuning;
menyelendangi mengenakan (memakai) selendang pd;
menyelendangkan, memperselendang memakai atau
menggunakan sesuatu sbg selendang, menyibaikan di bahu sbg
selendang: ~ tuala ke bahu;
terselendang terletak, tergantung: beg yg ~ pd bahu Nani.
selendap sj tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bawang hutan, bunga
tembaga suasa, Crinum asiaticum.
selender (selénder) Id kereta penggelek jalan (supaya rata).
selendro (seléndro) Jw laras gamelan.
selenggara; menyelenggarakan 1. mengurus dan mengerjakan,
mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan
mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan
(rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken
Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. membela, memelihara,
menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum
sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus
(peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~
pameran buku agama Islam;
selenggaraan 1. peliharaan; 2. hasil drpd menyelenggarakan
(mengusahakan, mengelolakan, dll);
penyelenggaraan 1. perbuatan menyelenggarakan sesuatu,
pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2.
pemeliharaan, pengawasan: ia di rumah sakit dan dlm ~ tuan
doktor;
penyelenggara 1. pemelihara, penjaga: ~ kebun; 2. orang yg
menyelenggarakan (mengusahakan dll) sesuatu: ~ upacara; ~
pejabat budak suruhan di pejabat-pejabat, peon.
selengut seruling yg ditiup di hidung di kalangan kaum Kenyah dan Kayan
di Sarawak.
selenium (sélénium)  (Kim)  sj  unsur  bukan  logam  yg  berbentuk  serbuk
merah, dan digunakan utk membuat peranti elektronik, pewarna
kaca, dll.
selenografi (sélénografi)  cabang  astronomi yg berkaitan dgn kajian atau
pemetaan ciri-ciri permukaan bulan.
selenologi (sélénologi)  cabang  astronomi  yg  mengkaji  bulan,  spt  ciri
fizikal dan asal kejadian.
selentik Jw; menyelentik mencubit (menjepit) dgn ibu jari dan jari.
selenting Jw; menyelentingkan menyiarkan (menyebarkan) khabar angin;
selentingan = khabar ~ khabar angin, desas-desus.
selenyap; angin ~ sj penyakit pasang-pasang.
seleo (seléo)  keseleo.
selepa, selepah sj kotak (peti kecil, lokap) tempat menyimpan tembakau
(rokok dll): kemudian ia datang membawa ~ loyang lalu duduk
berlunjur di hadapan Wim; celepa.
selepang (selépang) selempang: ~ itu dipakai dgn pakaian kebangsaan.
selepat I; berselepat berpalit, berlumur (dgn cat, lumpur, dll).
selepat II; ~ tungau sj tumbuhan (herba), kangkung bulu, Ipomea triloba.
selepe (sélépé) Jk ikat pinggang (drpd emas, perak, dll).
selepetan (selepétan) Jk alat utk melantingkan batu dll, lastik.
selepi sj selepa yg dianyam drpd mengkuang dll.
selepoh (selépoh) Kl; berselepoh; duduk ~ duduk bertimpuh.
selepong (selépong) Kd; berselepong berlumuran, berselepat.
selepot (selépot); berselepot duduk bertimpuh (dgn diam): Satirah duduk
~ dgn senyum gelinya.
selepur; berselepur berlumuran dgn lumpur, berselepat dgn lumpur
(kerbau dll).
selera (seléra)  I 1. keinginan utk makan, nafsu makan: mi yg tersaji di
hadapannya itu disudunya dgn penuh ~; membuka ~ =
membangkitkan ~ menimbulkan nafsu makan; patah ~ hilang selera;
2. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa: siaran Radio terpaksa
mengimbangi ~ para pendengar; 3. nafsu, keinginan: rupanya
gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik
~ lelaki tersebut; ~ tajam sangat ingin hendak makan;
~ bagai cetus api prb orang yg sangat rakus (tamak); ~ bagai taji,
tulang bagai kanji prb orang yg bodoh dan malas bekerja tetapi
kuat makan;
berselera ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia
tidak ~ utk makan lagi;
menyelerakan memberikan (mendatangkan) selera (utk makan dll):
ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~ .
selera (seléra) II sl badan, tubuh.
selerak (selérak);  berselerak 1. bersebar, bersepah, berserak: dia
melangkah kembali dan mengutip pinggan-pinggan yg masih ~ itu;
jamuan ~ jamuan yg tetamunya mengambil sendiri makanan (dan
bebas ke sana ke mari); 2. ki terdapat di mana-mana, bertaburan:
syarikat penerbangan itu mempunyai wakil yg ~ di seluruh dunia;
3. tidak selari (cahaya), terurai (dlm pelbagai warna);
berselerakan bertaburan, bersebaran;
menyelerakkan menjadikan berselerak, menyebarkan (ke meratarata
tempat);
terselerak 1. tersebar (ke merata-rata tempat); 2. a) terbias ke sana
ke mari (cahaya); b) terurai kpd pelbagai warna (setelah terbias);
penyelerakan perihal menyelerakkan (benih dll), penyebaran.
selerang (selérang) I Mn kulit ari, kulit yg di luar sekali.
selerang (selérang ) II Mn; tenun ~ sj kain tenun.
seleret (selérét); rumah ~ rumah yg kecil panjang.
selesa (selésa) 1. tidak sempit, lega, luas: ketika mencari tempat berdiri
yg lebih ~, dia terpijak kaki seorang anak kecil; 2. kesempatan,
peluang; 3. (berasa) enak, sedap, senang: jika kita berdiri beberapa
lama, kita berasa tidak ~; pakaian itu sungguh tidak ~ bagi Si
Tenggang;
menyelesakan menjadikan selesa (enak, sedap);
keselesaan perihal selesa, keadaan (rasa dsb) selesa;
ketidakselesaan keadaan tidak selesa: Puan Sariah memaklumi
ibunya tentang ~ di asrama itu.
selesai 1. sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat): setelah ~ kota dan
paritnya baginda pun berangkat ke sana; 2. berakhir, habis, tamat:
setelah ~ drpd sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat
kediaman masing-masing; 3. tidak berbaki lagi (wang dll), habis,
jelas (hutang), langsai: dia tidak percaya wangnya telah ~ di meja
judi; 4. Mn tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur
kata);
berselesai mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll),
berdamai: perkara ini perkara dia dgn suaminya, biar mereka
sahaja yg ~;
menyelesaikan 1. menyudahkan, menyiapkan (kerja, tugas, dll):
sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir
(tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (persengketaan dll): pintu
masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara
damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~
hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4.
memecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan
mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu
gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll),
mengemasi;
terselesai dapat diselesaikan: masalah yg semakin ~ menerusi
dasar kebangsaan kita;
keselesaian perihal selesai, keputusan;
penyelesaian perbuatan menyelesaikan (membereskan dll) sesuatu:
mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan;
penyelesai orang atau sesuatu yg menyelesaikan sesuatu persoalan,
konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd beberapa
operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~
masalah ummah seluruh dunia.
selesema 1. sakit sejuk: demam ~; 2. berhingus, sentiasa keluar hingus.
selet (selét)  Pl,  Kd;  tak ~ tidak berhenti-henti, tidak berselang, terusmenerus.
Seletar (selétar) penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum
Melayu-Proto yg merupakan kumpulan pengembara persisiran
pantai dan laut, tinggal dlm perahu, di pulau yg berdekatan pantai
dan kuala sungai, terutamanya di selatan Johor dan utara Singapura.
seletuk Jk; menyeletuk mencelah (menyela, menyelang, menyampuk)
percakapan orang.
seleweng (seléwéng);  menyeleweng 1. menyimpang dr arah yg betul,
tidak menurut jalan yg betul: lembu yg kena rebuk itu ~ ke tengah
jalan; 2. ki menyimpang dr tujuan sebenarnya, tidak menurut
landasan-landasan (syarat, perintah, dll) yg telah ditetapkan,
mengkhianati, membelot: hadirin dibawa balik kpd tajuk
perbincangan kiranya mereka ~;
menyelewengkan 1. menjadikan menyeleweng (menyimpang dr
tujuan dll): saya melihat gerak hidup beberapa cabang kesenian yg
telah diselewengkan hingga menyalahi prinsip susila Timur; 2.
menggelapkan, mencuri: dan kemudian dia ditangkap terbukti ~
gula pasir;
terseleweng telah menyeleweng atau diselewengkan: rakaman dan
tafsirannya ~ drpd yg sebenarnya;
penyelewengan perbuatan menyeleweng(kan), penyimpangan; ~
drpd dasar, memisahkan kita drpd hakikat pengajaran agama;
penyeleweng orang yg menyeleweng, pembelot: aku yg berjuang
menentang penjajahan, sekarang dituduh sbg ~.
seli  selang-seli.
selia I elok, bersih dan bagus, rapi.
selia II; menyelia melihat, mengawas: dia berkhidmat sekurangkurangnya
tiga tahun dlm ~ penyelenggaraan dan membaiki
kereta-kereta yg berat;
seliaan hasil atau tindakan menyelia: memang menjadi
tanggungjawab usahawan utk memastikan inventori dikawal
melalui ~ yg rapi;
penyeliaan perbuatan menyelia, pengawasan: Marie telah belajar
di bawah ~ Pierre;
penyelia orang yg menyelia, pengawas: ~ Kelas Dewasa.
seliap sj ikan laut, talang, Chorinemustol (lysan, santipetri).
seliat I = menyeliat menguliti (binatang, pokok, dll).
seliat II Kl tali yg diikatkan pd kaki (utk menyenangkan memanjat
pokok).
selibah; berselibah berpakaian tidak senonoh (serbah-serbih).
selibu Mn; padi ~ padi yg tumbuh dr batangnya yg telah dipotong.
selibut; berselibut membuat kacau-bilau, membuat kucar-kacir.
selicin sj ikan laut, Anampses caerulopunctatus.
selidik teliti dan cermat: terlalu rajin ia belajar bahasa Melayu serta dgn
~nya;
menyelidik, menyelidiki 1. memeriksa sesuatu yg belum terang,
menyiasat utk mendapat keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa
orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri
China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk
mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali
fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai)
musuh, menyuluh;
penyelidikan perbuatan menyelidik, pemeriksaan: ~ telah pun
dijalankan tentang kanak-kanak;
penyelidik 1. orang yg menyelidiki (mempelajari dgn sungguhsungguh)
sesuatu: Raja Ali Haji dapat dikatakan seorang ~ yg
cermat; 2. pengintip, penyuluh, peluluk: komandan daerah gerila
telah mengirim ~ ke segenap kampung.
seligar Pl selubung.
seligi I sj senjata spt lembing (diperbuat drpd ruyung, buluh, dll yg
ditajamkan): oleh orang Melaka dilanggarnya sekali dijeraminya
dgn ~;~ tajam bertimbal, tak ujung pangkal mengena prb orang yg
mempunyai dua mata pencarian;
menyeligi melemparkan seligi.
seligi II sj ikan laut, Anacanthus barbatus.
seligit berkerumun banyak-banyak (semut dll), menyemut, mengerumut,
terbang berkeliaran (kelawar dll).
seligut seligit.
selikur sj ikan laut, Megalaspis cordyla.
selimang; ~ batang sj ikan darat, Epalzeorhynchos kalopterus; ~ batu sj
ikan darat, Crossocheilus oblongus.
selimbar sj tumbuhan (pokok), merbuluh merah, Jackia ornata.
selimbu selibu.
selimpang I; menyelimpang menyimpang (menyeleweng) dr jalan yg
betul;  simpang.
selimpang II sj tumbuhan (pokok memanjat), akar dani, redani,
Quisqualis densiflora.
selimpat I 1. nama sj anyaman (cara menganyam): ada di sisi gunung itu
kandang baginda, ... diukir pelbagai warna, dan nakas, dan ~; 2.
beberapa jenis jaringan saluran darah dll (dlm badan).
selimpat II; ular ~ sj ular laut (yg pipih kepalanya).
selimpat III; ~ air sj tumbuhan (herba), keladi bukit, mata udang,
senjuang hutan, Aglaonema pictum.
selimpat IV; menyelimpat menyembunyikan (menyorokkan) diri.
selimut 1. kain utk menutup tubuh (pd masa tidur), gebar: gebar atau ~
lebih cepat dan senang dibasuh dgn menggunakan mesin pencuci
kain; 2. ki sesuatu yg digunakan utk menutupi atau melindungi
pekerjaan jahat dll, sesuatu utk menyelubungi kejahatan; ~ elektrik
selimut yg dipanaskan dgn arus elektrik;
berselimut 1. memakai selimut, berselubung: ia minum air panas
dan ~ dgn kain yg tebal supaya keluar peluh; 2. ki berselindung di
belakang sesuatu, menggunakan sesuatu utk melindungi maksud
sendiri; malam ~ embun, siang bertudung awan prb orang yg
terlalu miskin (tidak mempunyai apa-apa pun);
berselimutkan mempunyai sesuatu sbg selimut: ibarat ~ sehelai
kain batik, ditarik ke atas di bawah lapang, ditarik ke bawah di
atas lapang;
menyelimuti 1. menutupi dgn selimut: sehelai gebar berbenang
kasar ~ tubuhnya yg kerdil; 2. menyelubungi, meliputi: lembah di
kaki kampung itu masih tetap diselimuti awan; 3. ki melindungi
(kejahatan dll), menutupi;
menyelimutkan 1. mengenakan (memakaikan) selimut, memberi
berselimut, menyelubungkan (tubuh): Maheran sedang ~ anaknya;
2. ki menyembunyikan (sesuatu perkara dll);
memperselimut menjadikan (menggunakan) sbg selimut: ia pun ~
kain sarungnya.
selinap I; menyelinap 1. bergerak dgn pantas (utk menyembunyikan diri),
menyorok, menyusup: tiga orang gerila berjalan kaki menuju
persawahan dan akhirnya ~ ke hutan tebal; mereka melompat
keluar dan ~ ke dlm lubang perlindungan; 2. bergerak dgn laju dan
tidak kedengaran (spt ular dll), melantas, meluncur: kereta-kereta
besar dan kecil ~ masuk ke pekarangan lapangan terbang itu; 3.
meresap (menyerap) masuk: hawa malam yg sejuk ~ ke segala
tulang sumsum; 4. timbul atau mendatang (fikiran, ingatan, dll): dan
sekarang ketakutan yg lain pula ~ di dlm kalbunya; 5.
menghilangkan diri dgn segera, menyembunyikan diri: berangkatlah
Raja Maulana ke muara dgn sembunyi-sembunyi ~-nyelinap dlm
gelap-gelita;
menyelinapkan 1. memasukkan pantas-pantas, meresapkan; 2.
menghilangkan (menyembunyikan, menyorokkan, dll) diri dgn
pantas: Kohlar ~ dirinya hilang di belakang diplomat negara
berkecuali tersebut;
penyelinapan proses atau perbuatan menyelinap (kan);
penyelinap orang yg menyelinap.
selinap II; menyelinap menguliti (ayam dll utk membersihkan),
menyiangi.
selinat sj tumbuhan (rumpai), serai bukit, Gahnia tristis.
selindit  serindit.
selindung; berselindung 1. bersembunyi, menyorok: ia terus lari ~ di
balik pohon kelapa; 2. ki tidak terang-terang (perbuatan dll):
Jamilah tidak ~ lagi bahkan terus mengaku akan perbuatannya;
berselindungkan sl menyembunyikan, menyorokkan: segala
monyet di dlm hutan itu pun berlarilah mencari tempat ~ dirinya;
terselindung tertutup (dr pemandangan), tersorok, tersembunyi.
seling I; berseling berselang (bersela) dgn, ada yg mengantarainya;
menyelingi menyela (menyelang) dgn, mengantarai: perempuan ini
~ kalimat-kalimatnya dgn ketawa kecil;
selingan sesuatu yg menyelingi (menyelang, menyela), sesuatu yg
mengantarai: lagu-lagu ~;
perselingan perihal berseling, perselangan;  selang I.
seling II sj anduhan utk memunggah muatan (ke kapal).
seling III tembikar.
selingar; menyelingar diam kerana hairan dll, terdiam kehairanan.
selingkit Mn; berselingkit berasak-asak, bersesak-sesak;
menyelingkit mendesak-desak (ke dlm orang ramai), mendorong.
selingkuh Jw tidak jujur, curang.
selingkup; menyelingkup menutupi, melingkupi, menudungi, meliputi,
menyelungkupi.
selingsing singsing.
selip I; menyelipkan memasukkan di celah-celah benda yg lain,
menyelitkan, menyisipkan;
terselip 1. termasuk di antara benda-benda lain, terselit, tersisip: ~
sebatang pensel di telinganya; 2. tesembunyi (di dalamnya),
terkandung (di dalamnya): di dlm surat itu ada ~ sebuah kalimat yg
menyirapkan darahnya;
selipan sesuatu yg diselipkan;  selit I.
selip II 1. tergelincir, terpeleset; 2. Id, bp berselisih jalan;
terselip = ~ keluar terlepas keluar dgn cepat, melecit keluar.
selipar sj alas kaki, capal, selop; ~ Jepun selipar drpd getah yg
mempunyai tali berbentuk ‘v’ dan hujungnya dikepit antara ibu jari
dgn jari kedua (ketika memakainya);
berselipar memakai selipar: kebanyakan kami lebih suka ~ sahaja
ketika berehat.
seliput; berseliput penuh (bersalut): jarinya yg ~ dgn nasi itu menunjuk
ke arah Halimah;
menyeliputi menyaluti, meliputi.
selir I Jw gundik.
selir II; menyelir berbunyi spt bunyi pasir ditabur ke air (daun-daun
bergeser dll).
selir III Id 1. kain cadar; 2. langsir (jendela dll).
selirat; berselirat 1.berjalin-jalin dan kusut (sarang labah, jaring, dll):
saluran-saluran darah yg halus ~ di dlm dinding usus; 2. ki
berkecamuk (fikiran dll), tidak tenteram: banyak benar perkara yg
~ dlm kepala saya;
menyeliratkan menjadikan atau menyebabkan berselirat: ~ fikiran
menyebabkan fikiran berkecamuk atau tidak tenteram;  sirat I.
seliri sl sj kerusi.
selisa; berselisa 1. bersisa; 2. = tidak ~ terlalu rapat, tidak ada antaranya:
peluru mesingan yg menembusinya itu tidak ~ di seluruh badan.
selisih 1. beza, perbezaan, kelainan: tidak jauh ~ umurnya dgn umur
kakaknya; 2. tidak sama (pendapat, fikiran, dll), berbeza atau
berlainan (pendapat dll);
~ basah simpang-siur (perahu dll); ~ faham (pendapat) berlainan
faham (pendapat);
berselisih 1. tidak sama (jumlah dll), berbeza: isi padu kedua-dua
benda itu ~ 20 cm padu; 2. berlainan pendapat (fikiran dll),
berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dgn yg lain): siapa
menyangka kedua-duanya akan ~ faham; mendamaikan orangorang
yg ~; ~ semat Mn salah faham; 3. bertemu di jalan dll (tetapi
berlainan hala), berpapasan: sekali-sekala kereta kami ~ dgn kereta
kenalan;
berselisihan saling berselisih: kehendak dan harapan pihak yg ~;
menyelisihkan, memperselisihkan 1. menimbulkan pendapat dll
yg berlainan mengenai, memperbantahkan, mempertikaikan: ~
kandungan surat; 2. menjadikan bertikai atau berlawan,
memperlawankan;
selisihan sesuatu (angka, jumlah, data, dsb) yg berselisih: tugas yg
asas ialah menyediakan standard dan arahan bagi menghitung
dan membuat ~ jadual data tersebut;
perselisihan 1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham
antara Dato’ Temenggung dgn Dato’ Perpatih; 2. perbalahan,
persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~.
selisik; menyelisik 1. membersihkan rambut (dgn mencari kutu),
mengutui: ia pun duduk bersandar ke tiang tengah sambil ~ rambut
yg panjang itu; 2. ki mencari bukti (keterangan dll), menyelidik,
menyiasat; pandai ~ sedang berlaga prb orang yg dapat mencari
kesenangan diri walaupun dlm bahaya atau kesusahan.
selisip; menyelisip memasukkan di celah-celah (disela-sela dll) benda yg
lain, menyelip, menyelit, menyisip;
menyelisipkan menyisipkan, menyelipkan, menyelitkan.
selisir; menyelisir berjalan (belayar dll) sepanjang tepi, menyusur; 
sisir II.
selit I; ~-belit berselok-belok;
berselit; ~ sepit ki berbelit-belit, berbelok-belok; pandai ~ sepit
pandai melepaskan diri drpd kesulitan;
menyelit masuk di celah-celah (orang banyak dll), menyisip: dia ~
di celah-celah penonton yg ramai itu;
menyelit-nyelit, selit-menyelit mencelah-celah (di antara orang
banyak dll), mencelah berliku-liku: ia menuju ke tempat orang
ramai itu ~ masuk mencari tempat; maka alahlah Raja Kecil itu,
lari dr Lingga selit-menyelit;
menyelitkan memasukkan sesuatu di celah, menyelakan,
menyisipkan: ia ~ kerisnya ke pinggang lalu berjalan;
terselit terletak di celah (benda lain dll), terselip, tersisip: sebatang
cerut ~ di bibirnya;
selitan sesuatu yg terselit di celah;
penyelitan perihal (perbuatan) menyelitkan: ~ kata-kata dan
ungkapan-ungkapan daerah.
selit II; batu ~ (Geo) sj batu jelma (berwarna kelabu kebiru-biruan) yg
berlapis-lapis.
seliuh; terseliuh salah urat, tergeliat, terpelecok, keseleo.
seliwir = berseliwiran, seliwiran berjalan ke sana ke mari, berulang-alik:
mereka berjalan berseliwiran sepanjang tempat tidur yg berbarisbaris
itu.
selo (sélo) sj alat bunyi-bunyian yg spt biola rupanya tetapi lebih besar.
selob IB, sl sj perahu.
selobok  sobok.
selodok; menyelodok merangkak (menyusup) di bawah sesuatu,
membongkok masuk (ke tempat-tempat yg rendah);
~ sama bongkok, melompat sama patah prb orang yg seia sekata;
biar ~ ke bawah rumah asal mendapat telur ayam prb biarlah
mengerjakan sesuatu yg kurang martabatnya asalkan mendapat
rezeki yg halal.
selofan (sélofan)  sj  bahan  seakan-akan kertas yg nipis dan lut sinar yg
digunakan sbg pembungkus, pembalut, dsb.
seloka sj puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll);
berseloka mengarang atau membawakan seloka: sambil itu ia
bersyair, berbait, bergurindam dan ~.
selokan I longkang, bandar, parit, serokan.
selokan II sj tumbuhan (pokok renek), seluk, Ochthocharis javanica.
selok-belok (sélok-bélok)  1. = selok jumbai ark perhubungan atau
pertalian antara satu dgn lain (kekeluargaan dll), kaitan, sangkutpaut:
antara saya dgn dia, tidak ada ~nya; 2. sesuatu yg ada
hubungannya dgn yg lain, hal yg berkaitan dgn sesuatu: Johan
mempelajari ~ berniaga; mereka sedang menghuraikan sesuatu
kepadanya tentang ~ pelayaran; 3. hal yg berselit-belit (berlikuliku):
mereka tahu benar akan segala ~ kerja-kerja yg sedang
dijalankan itu;
berselok-belok 1. berkaitan (kekeluargaan dll), bersangkut paut; 2.
ada hubungannya dgn, berkait-kait dgn, berbelit-belit dgn; 3.
banyak kesulitannya, sukar, sulit.
seloki IB, bp sj gelas kecil (utk minuman keras).
selom (sélom) sj tumbuhan (herba), piopo, syelum, Oenanthe javanica.
selomot Jw; menyelomoti 1. mencucuh-cucuh sesuatu (dgn api); 2. bp
memperdayakan, mengakali, dsb.
selompret (selomprét) Jk trompet.
Selon Sailan, Sri Lanka.
selongkang ark tidak tulen, palsu, tiruan.
selongkar; menyelongkar mencari (memeriksa dll) dgn membongkarbongkar,
membongkar-bongkar atau mengaduk-aduk utk mencari
(memeriksa dll) sesuatu: polis Thai baru-baru ini telah ~ satu
pangkalan komunis;
penyelongkaran perbuatan menyelongkar, pembongkaran: ~ polis
mencari barang-barang makanan;
penyelongkar orang atau binatang yg menyelongkar: ~ bilik tamu
itu sudah dapat dikenal pasti.
selongsong Jk 1. salut, kelubung, pembungkus, sarung; 2. simpai atau
berangus (pd mulut anjing);
menyelongsongi membungkus, mengelubungi, menyalut,
menyelubungi.
selonong Jk; menyelonong dgn tiba-tiba masuk (pergi dll), terus masuk
(pergi dll), dgn pantas menuju: perempuan itu ~ pergi ke arah jalan
besar.
selop I IB selipar.
selop II Kd menangis sehingga tidak keluar suara.
selopong; berselopong berpalit, berlumur: ketika pulang dr sawah,
kakinya penuh ~ dgn selut.
seloro seloroh.
seloroh 1. menggelikan hati, lucu; 2. gurau senda, kelakar, lawak, lelucon,
olok-olok: mereka tersenyum-senyum mendengar ~ itu;
berseloroh bergurau senda, berkelakar, berolok-olok: ada bunyi
gelak ketawa orang muda berborak sambil ~;
menyelorohkan, memperselorohkan mempermain-mainkan,
mempersendakan: Ramli ~ Kamal sambil tersenyum.
selot IB, bp (ibu) kunci; ~ gantung mangga (kunci), hempedal ayam;
diselot dikunci.
seloyak koyak, soyak.
seloyong Jk; berseloyongan, seloyongan terhuyung-hayang (hendak
jatuh), meliuk-liuk.
selu; ~-sela Kl bekerja dgn gopoh-gapah (tidak berhati-hati).
seluang I sj ikan darat, Rasbora spp.; jenis-jenisnya: ~ bada(ng), ~ bara,
~ juau, ~ nipis; tak sungguh ~ melaut akhirnya balik ke tepi juga
prb tidak betah merantau akhirnya balik semula ke kampungnya.
seluang II sj tumbuhan (pokok memanjat), Miquelia caudata;
~ mudik sj tumbuhan (herba), kekulut gajah, sesawi pasir, Artanema
anguistifolium; kayu ~ mudik sj tumbuhan (pokok renek), gurah
bukit, pokok tampang puteri, Pseuderanthemum graciliflorum.
seluar sj pakaian, celana; ~ dalam = ~ katuk seluar yg dipakai yg
terhampir sekali dgn bahagian kulit; ~ lemang seluar yg kecil
kakinya; ~ panjang seluar yg panjang kakinya; ~ pendek (pandak,
sampak) seluar yg pendek kakinya;
berseluar memakai seluar: ia ~ panjang warna kuning.
selubat sj tumbuhan (pokok), balai, hempedu buaya, sebelai (tinggal),
sebalat, senjuang gajah, tampung tulang, Aralidium pinnatifidum;
pokok ~ jantan sj tumbuhan (pokok), balau, gambir-gambir, kenar,
keranji, merlimau, pasak perahu, pokok rongga, temilang, Aglaia
odoratissima.
selubung 1. kain dll utk menutup badan (kepala dll), kelubung: sangka
mereka anaknya itu sudah tidur tetapi Salim dr dlm ~nya
mendengar perbualan mereka; 2. sesuatu yg digunakan sbg
penutup, pembungkus, pembalut; ~ air (Kej) air penyejuk yg
mengisi ruang di sekeliling silinder enjin;
berselubung memakai selubung, berselimut, bertudung (bertutup)
litup: maka diambilnya kain lalu ~ ia pd tempat tidur itu; seorang
perempuan muda yg ~ kain Bugis ungu halus dr kepala sampai ke
lututnya;
menyelubung, menyelubungi 1. menutup (menudung) litup dgn
selubung dll, memberi berselubung: dia menyelubungi kepalanya
dgn kain selimutnya; 2. membungkusi, membaluti: badan tikus
belanda diselubungi oleh rambut atau bulu; 3. ki menutupi sesuatu
(kejahatan dll), menyelimuti: mukanya yg manis itu ~ hatinya yg
jahat; 4. ki menyelaputi, melitupi: ketika itu alam sedang
diselubungi cuaca gelap-gelita; kebingungan yg ~ pemikiran orang
ramai;
menyelubungkan menutupkan (menudungkan) menyelimutkan.
seludang I 1. kelopak atau pembalut mayang (pd kelapa, pinang, dll); 2. =
sampan ~ sj sampan (perahu) yg berbentuk spt seludang; (spt) ~
menolakkan mayang prb menyombongkan diri.
seludang II; ~ pinang sj tumbuhan (herba), Peliosanthes spp.
seludu 1. sj ikan laut, Arius macronotacanthus; 2. sj ikan laut,
Tachysurus macronotacanthus (maculatus); 3. sj ikan laut, Silurus
maculatus.
seludup; menyeludup 1. masuk bersembunyi: ia ~ ke bawah rumah; 2.
masuk (sesuatu kawasan dll) secara haram: ada motobot yg secara
gelap ~ ke dlm perairan Malaysia; 3. masuk dgn diam-diam
(bersembunyi-sembunyi): bagaimana aku dapat ~ ke daerah
musuh? 4. (turun, terjun, terbang, dll) dgn kepala dahulu,
menjunam: kapal terbang itu ~ serta menjatuhkan bom;
menyeludupi masuk ke dlm tubuh manusia (roh jahat, orang halus,
dll), merasuk;
menyeludupkan 1. menyembunyikan, menyorokkan; 2.
memasukkan (barang dll) secara haram atau gelap: barang
dagangan itu akan diseludupkan ke Jepun atau ke Eropah; 3.
memasukkan sesuatu dgn diam-diam, menyusupkan: kadangkadang
penyair sengaja ~ ciri-ciri prosa dlm ciptaan mereka; CIA
juga ~ ejen-ejen Chile ke dlm kumpulan pimpinan atasan dlm parti
Allende; 4. menggerakkan (menerjunkan dll) arah ke bawah atau
menyerong ke bawah, menjunamkan: ~ kapal terbangnya ke
kawasan pertahanan musuh;
seludupan sesuatu yg diseludupkan: mereka telah lama
berlangganan dgn Wim tentang barang ~;
penyeludupan perihal menyeludup(kan);
penyeludup orang yg menyeludup(kan) sesuatu: Danil seorang
pembunuh dan ~ besar; pesawat ~ Id kapal terbang yg boleh
menyerang sambil menjunam.
selui sj burung puyuh.
seluk I; ~ saku perbuatan merogoh (saku);
menyeluk 1. memasukkan tangan (jari dll) ke dlm lubang (saku dll),
merogoh: dia ~ saku seluarnya; 2. ki menduga (isi hati, fikiran, dll),
menyelami: tidak dapat aku ~ akan maksudnya; ~ saku a)
memasukkan tangan ke dlm saku; b) ki mencuri dr saku orang lain,
mencopet, merogoh;
penyeluk; ~ saku orang jahat yg suka merogoh (mencopet): sudah
kerap kali didengarnya di bandar banyak ~ saku.
seluk II Mn belit, lilit, keluk; ~-semeluk belit-membelit, kait-berkait;
berseluk 1. berbelit antara satu dgn yg lain (akar dll), belitmembelit:
pucuk berhempas akar ~; 2. dibelitkan atau dililitkan dgn
(selendang dll); 3. berbelok, berkelok; 4. silang-menyilang tidak
keruan (jalan dll), simpang-siur; ~ tanda bertukar tanda (orang
bertunang);
memperselukkan membelitkan, menyilangkan (tangan dll).
seluk III sj tumbuhan (pokok renek), selokan, Ochthocharis javanica.
selukat sj alat bunyi-bunyian (saron kecil) yg diperbuat drpd logam;
menyelukat memukul selukat.
selukung sj perisai besar (melindungi seluruh tubuh).
selulase (sélulase)  (Bio)  enzim  yg  berfungsi  menguraikan  selulosa  dan
sangat penting dlm kitaran karbon, dihasilkan oleh bakteria, kulat
dan serangga yg menjadi perosak utama bahan kayu, kertas, pulpa,
kapas atau rayon.
selulit lemak yg berbonjol-bonjol di bawah kulit, terutamanya pd paha dan
pinggul orang perempuan.
seluloi Kd selalu.
seluloid (séluloid)  sj  benda  plastik  yg diperbuat  drpd  selulosa  nitrat  dan
dicampur kapur barus.
selulosa (sélulosa) (Bio) rangkaian unit glukosa yg terdapat pd dinding sel
tumbuh-tumbuhan (digunakan dlm perusahaan kertas, rayon, getah
tiruan, dll).
selulup Jw; berselulup menyelam (dlm air).
selulur ark; terselulur tergelincir, tergelongsor: apabila dirasainya akan
~ maka direntakkannya pinggang gajah itu dgn isyarat.
selumar 1. sj tumbuhan (pokok), merbuluh merah, Jackia ornata; 2. sj
tumbuhan (pokok), malabera (melabira) bukit, Mussaendopsis
beccariana.
selumbar I serpihan kayu (duri nibung, buluh, dll) yg halus dan tajam:
maka tubuhnya pun habis dipalut ~, tampak mata sahaja.
selumbar II sj tumbuhan (pokok renek), kecubung rimba, pecah
pinggang, Randia macrophylla.
selumbari Mn kelmarin dulu.
selumbat Jk sj alat (spt sula) utk mengopek kulit kelapa.
selumu Mn; berselumu 1. berlumur (berpalit) dgn kotoran; 2. berbulu
(tepi kain yg tidak berjahit).
selumur kulit ular yg telah tanggal (selepas bersalin kulit), kerosong ulat;
menyelumur bersalin kulit (ular).
selumus Pr berlumuran;  lumus.
selunang Tr benang yg terentang pd kayu sewaktu menenun.
seluncur 1. sj tumbuhan (pokok), cancal, kayu malu, pelawan, Tristania
sumatrana; 2. sj tumbuhan (pokok), keruntum, pelawan, Tristania
subauriculata.
selunda sj ikan laut.
selungkap tidak melekat lagi (kulit dll), terkelupas, tersungkap.
selungkup ark; menyelungkupi menutupi, melingkupi.
selungkur; menyelungkur 1. merempuh masuk utk mencari (mengambil
dll) sesuatu, membongkar: mereka bersedia mencari peluang utk ~
masuk ke dlm gedung makanan itu; 2. ki membongkar,
mendedahkan, memaparkan: kecenderungannya pula ialah ~ kisahkisah
penderitaan rakyat; selongkar.
selunsur  seluncur.
selup sj perahu; selob, sulup I.
selupan ark bunga melati.
selupat kulit tipis, kulit ari, selaput: ~ telur.
selurah ark seluruh.
selurai sj makanan drpd tepung gandum yg berjala-jala rupanya, roti kirai,
roti surai.
seluru sj tumbuhan (pokok memanjat yg daunnya dibuat ubat),
Pericampylus glaucus.
seluruh segenap, seantero, semuanya (dianggap satu): Mahkamah
Tertinggi telah ditubuhkan utk mentadbirkan keadilan di ~
Persekutuan; ~ perhatian mestilah diberikan kpd percakapan itu;
menyeluruh 1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat,
dll): pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi;
2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dll): satu sistem
yg ~ utk menyampaikan maklumat;
menyeluruhi meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang
bilik darjah itu;
keseluruhan 1. perihal semuanya (seluruhnya): baca rencana itu
berkali-kali dan fahamkan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan:
masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, melainkan harus
merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya.
selurut; menyeluruti 1. melurut (akan); 2. ki memandang dgn tajam,
menyoroti: mereka ~ tubuh gadis itu.
selusuh I; menyelusuh menggelongsor (meluncur, melorot, dll) turun.
selusuh II jampi (ubat) utk memudahkan orang bersalin;
~ anak jampi dll yg memudahkan anak keluar (ketika bersalin); ~
uri jampi dll yg memudahkan uri (tembuni) keluar.
selusuh III; ~ fatimah sj tumbuhan (pokok kecil), Labisia pothoina.
selusup; menyelusup 1. masuk ke dlm hutan (semak dll), masuk ke
bawah sesuatu; 2. masuk dgn diam-diam (ke kawasan musuh dll),
menyeludup;  susup.
selusur I; menyelusur menggelongsor (meluncur, melorot ) turun,
menggelincir;
menyelusurkan meluncurkan, melorotkan;
terselusur tergelincir, tergelongsor.
selusur II tempat berpegang atau pengadang pd titi (jambatan dll),
langkan.
selut lumpur: ia duduk di atas batas sambil menyapu-nyapu ~ di
betisnya; jejak ~ kaki terbenam prb membuat sesuatu hal yg tidak
diketahui benar-benar akhirnya akan mendapat kekecewaan;
berselut 1. penuh dgn selut: di sana sini terdapat kawasan yg
berlembah dan ~; sungai itu sudah tidak mampu menampung bot
atau kapal yg masuk kerana dasarnya semakin cetek dan ~; 2.
diselaputi atau dikotori selut, kena selut: basuh tayar yg ~ itu.
seluwit; burung ~ sj burung, burung takau, Calyptomena viridis viridis.
selva (sélva) (Sepanyol) kawasan hutan tebal di lembah Sungai Amazon.
sema bp semua.
sema-sema (séma-séma) sj cadik (perahu), katir.
semabur Kl hampir sama (serupa).
semadi = bersemadi 1. mengheningkan cipta dan memusatkan fikiran:
sedang ia bersemadi di gua Hira’ tiba-tiba datang seorang yg
tidak dikenalinya dan memberi salam kepadanya; 2. ki kekal:
perasaannya sudah masuk ke otaknya dan ~ di situ; di situlah
rupanya ~ Raja dan Rani dewa dewi percintaan;
menyemadikan mengebumikan, menguburkan: jenazahnya telah
selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam di situ;
persemadian perihal bersemadi.
semafor (sémafor)  1. sistem memberi isyarat dgn menggunakan tangan,
memegang dua bendera yg digerak-gerakkan dsb dlm kedudukan
tertentu utk melambangkan huruf yg berlainan dlm abjad; 2. alat dgn
lampu merah dan hijau yg digunakan utk memberi isyarat di
landasan keretapi.
semah-semah (sémah-sémah)  sema-sema.
semah (sémah)  jamuan makanan  dll  yg diberikan kpd hantu atau orang
halus (dgn sesuatu tujuan): kalau makyung itu akan dimulai,
ketuanya akan membuat ~, menanam azimat dan memotong ayam;
bersemah mengadakan upacara semah: dr sinilah timbulnya adat
memuja pantai dan ~;
menyemah menyediakan (menghidangkan) semah utk hantu atau
orang halus, menjamu: istiadat merenjis tepung tawar atau ~ pantai
adalah utk memujuk penunggu laut;
menyemahkan menyediakan (menghidangkan) sesuatu sbg semah,
mengadakan semah: aku cadangkan supaya disemahkan dahulu
tempat itu sebelum didirikan kelong;
semahan semah;
penyemahan perbuatan dsb menyemah(kan): ~ kali ini adalah kali
terakhir, kerana itulah adat kaumnya.
penyemah 1. semah, semahan; 2. orang yg menyemah.
semai I benih tumbuhan (yg telah bercambah) yg akan ditanam di tempat
lain: aku mencabut ~ dan ayah membajak di sawah;
menyemai menanam atau menabur benih di tempat yg tertentu (yg
akan dipindahkan ke tempat lain): dialah yg ~, membuang rumput,
dan menuai;
menyemaikan 1. menanam atau menabur benih di tempat yg
tertentu (dan akan dialih ke tempat lain): semaikan beberapa biji
kacang buncis dlm sebuah pasu tanah; 2. ki memupukkan,
menyebarkan: ~ semangat kebangsaan pd tiap-tiap warganegara;
tersemai 1. telah disemai(kan); 2. ki telah merebak atau tersebar
(sesuatu ideologi dll);
semaian 1. sesuatu yg disemai, semai; 2. = persemaian,
pesemaian tempat menyemai(kan): tapak ~;
penyemaian perbuatan dsb menyemai(kan): ~ tisu; perkembangan
moral yg berupa ~ nilai-nilai akhlak yg diperlukan.
penyemai 1. orang yg menyemai (benih dsb) atau menyemaikan
(rasa, semangat dsb): orang tua sbg ~ rasa akrab antara keluarga
berlainan bangsa; 2. alat utk menyemai: mesin ~ padi.
Semai II penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Senoi yg
tinggal di kawasan banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah,
Perak Selatan dan Pahang Barat.
semaja sl (se)memangnya, sesungguhnya, sahaja, tentu: jikalau terhunus
keris panjangnya itu, ~ berterjunlah segala raja di peseban ini.
semak I 1. = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendahrendah,
belukar: rumput dan ~ tumbuh di tebing-tebing sungai itu;
2. ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah: budak itu
diupahinya supaya membersihkan halaman rumahnya yg ~; 3. ki
kusut (perasaan, fikiran, dll), kacau: Muluk terasa ~ di dada;
~ hati = hati ~-~ tidak keruan fikiran (perasaan dll), berkecamuk
fikiran dll; ~ samun berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil;
~-~ disiangi, rimbun-rimbun ditutuh prb sesuatu benda hendaklah
dijaga dan dipelihara baik-baik; dr ~ ke belukar prb meninggalkan
sesuatu yg buruk, tetapi mendapat yg buruk juga;
menyemak 1. tumbuh menjadi semak (tumbuh-tumbuhan),
menyerupai semak: dia menyabit rumput, lalang, dan seberapa
banyak tumbuh-tumbuhan yg ~ di sekeliling rumahnya; 2. tidak
teratur (tersusun), herot-herot, kusut; 3. semak hati;
menyemakkan 1. membiarkan tumbuh semak; 2. merisaukan
(fikiran dll), mengusutkan.
semak II Id, bp sama emak (ibu).
semak (sémak);  menyemak 1. mendengarkan atau memerhatikan
(percakapan, bacaan orang) dgn teliti: murid mesti ~ kalau guru
mengajar; 2. mengkaji, meneliti: murid-murid hendaklah ~
jawaban yg ada di dlm jadual ini; 3. memeriksa atau meneliti
kembali (supaya tidak ada yg salah dll), memerhatikan baik-baik:
sukatan pelajaran yg digunakan pd zaman penjajah dahulu perlu
disemak semula;
semakan catatan (angka, kependekan, dll) utk dirujuk, rujukan:
sampul surat yg mengandungi permohonan hendaklah ditanda dgn
nombor ~ jawatan yg tertentu;
penyemakan perbuatan (kerja dsb) menyemak: setelah ia berpuas
hati dgn kebolehan orang-orang bawahnya, dia tidaklah
melakukan ~ lagi;
penyemak orang yg menyemak, peneliti, pemeriksa.
semakin makin.
semalakama sl malakamo.
semalam  malam I.
semalu sj pokok renek yg bunganya kecil, berwarna merah jambu, kuning
dsb dan berbau harum, puteri malu, Mimosa pudica.
semambu I sj rotan yg besar (biasanya dibuat tongkat), Calamus
scipionum.
semambu II = hantu ~ sj hantu.
semambu III sj ikan laut, Germo sibi.
semampai Mn tinggi dan lembut (tubuh), lampai, langsing: badannya
tinggi ~, matanya besar dan hitam, alisnya seraut jatuh; lemah ~
lemah gemalai (lenggang).
semampang ark sekiranya, kalaulah.
semampat sj tumbuhan (pokok), gerunggang betina, mempapit, mempat
(hitam), mempitis, mempoyan, sepedas bunga, Cratoxylon
cochinchinense.
seman (séman)  =  kesemanan 1. tidak jadi (tapai, apam, dll), gagal; 2.
hilang (ingatan): berubah fikiran ingatan ~; 3. tidak sempurna
(anak dlm kandungan dll), rosak.
semanah Ph; tak ~ tidak senonoh (pakaian dll), buruk.
semanda  semenda.
semandan ark pengiring (pengapit) pengantin.
semandarasa, semandarasah  semendarasa.
semandera (semandéra) sj bendera kecil yg dipasang di haluan perahu.
semang I; anak ~ a) orang yg menumpang makan dan bekerja pd orang
lain; b) orang yg bekerja dgn orang lain kerana terikat (oleh hutang
dll); c) orang yg menolong orang lain menjalankan perniagaan dll;
induk ~ a) orang yg memberi tumpangan (makan dan pekerjaan )
kpd orang lain; b) orang yg memberikan modal (dagangan dll) kpd
orang lain utk diperniagakan.
semang II sj tumbuhan (pokok), Quisqualis densiflora.
Semang III sj suku bangsa orang asli yg tinggal di Tanah Melayu, Pangan
(di Kelantan dan di Pahang).
semangat 1. roh yg terdapat dlm segala makhluk (dipercayai mempunyai
kuasa-kuasa tertentu): tepuk bantal panggil ~, ~ datang dlm mimpi;
~ padi semangat yg menyebabkan padi boleh tumbuh dan berbuah
dgn bernas; 2. perasaan hati, jiwa: kedua-duanya mempergunakan
~ perkauman utk memecahbelahkan rakyat; ~ kesukanan; 3.
maksud atau tujuan yg terkandung dlm sesuatu perjanjian (ucapan
dll): ~ perjanjian Asean; 4. kemahuan utk melakukan sesuatu,
nafsu: ~ bekerja; ~ waja kemahuan yg keras; mempertinggi ~
anjing prb bersusah payah memperbaiki nama yg jahat akhirnya
akan mengecewakan sahaja;
bersemangat 1. ada semangatnya (roh yg menjiwainya dll),
mempunyai semangat: hampir ia tidak ~ lagi kerana terpandang
akan kejadian yg ngeri itu; 2. berjiwa keras: suara mereka menjadi
semakin garang dan ~; 3. berkemahuan (utk melakukan sesuatu),
bernafsu, bergiat: mereka bersorak gembira mendengar ucapan
drpd guru silat mereka yg telah tua tetapi masih ~ itu;
menyemangati memberi semangat (kpd), membangkitkan semangat
(keberanian, kemahuan, dll).
semangga hanya: ~ sayalah tempat mereka
menggantungkan hidup.
semanggang alat (drpd bilah) utk memanggang ikan dll.
semanggi = ~ gunung sj tumbuhan (herba, daunnya boleh dimakan), karakara,
pegaga embun, ulam gunung, Hydrocotyle sibthorpioides.
semangka I sj tumbuhan (herba menjalar), mendelikai, mendikai,
tembikai, temikai, timun cina, Citrullus vulgaris; ~ belanda sj
tumbuhan (herba menjalar), Cucumis melo.
semangka II sj ikan laut, Apogon spp.
semangkin makin.
semangkuk; kembang ~ sj tumbuhan (pokok yg bijinya dibuat ubat),
selayar, Scaphium affine (linearicarpum).
semangsuk sj tumbuhan (pokok), balik angin bukit, cenderai (gajah),
kemesat, melokan, mengkucing, (se)mengkeh, Croton argyratum.
semanja  semaja.
semantah sj tumbuhan (pokok), Vitex clarkeana.
semantan I; nyiur ~ buah nyiur yg sudah cukup tua (boleh mengeluarkan
santan).
semantan II = biras ~ sj tumbuhan (pokok), Rinoria lanceolata.
semantik (Lin) kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna
sesuatu kata.
semantis IB bkn makna kata-kata, berhubungan dgn semantik.
semantung guruh dgn tiada hujan (cuaca yg kurang baik).
semaput Jw pengsan.
semar Kl 1. semaian padi yg belum dipindahkan ke sawah; 2. sj kuih.
semara (perasan) kasih, berahi, cinta;
kesemaran gila berahi;  asmara.
semarai I Mn berbelah, merekah, retak.
semarai II Mn; sorak -~ sorak-sorai.
semarak I 1. seri, cahaya; 2. ki kebanggaan, keelokan, kemegahan,
kemuliaan: menjadi ~ bangsa dan negara;
bersemarak 1. berseri, bercahaya, gilang-gemilang: lampu-lampu
neon bersemarak gilang-gemilang menerangi seluruh kota; 2. ki
mulia, megah, meriah, gembira, dll: malam semakin ~, pasanganpasangan
menari terus; sejak itu ~lah nama Pak Wir dan ~ pula
nama jawatannya; 3. bertambah besar, berkembang, menjadi-jadi:
sbg api itulah ~ cintanya kepadaku;
menyemarakkan 1.menjadikan bersemarak, menggembirakan,
menyerikan: kalau ada perayaan, Ramli pun dipanggil utk ~
perayaan tersebut; 2. membangkitkan semangat: bayangan citacita
yg indah akan ~ semangat;
kesemarakan keadaan semarak: ~nya meluap-luap tanpa sebarang
saluran utk diluahkan;
penyemarakan perihal (proses dll) menyemarakkan.
penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dsb) yg
menyemarakkan: kemenangan ini merupakan ~ semangat yg
sangat dicari-cari.
semarak II; ~ api sj tumbuhan (pokok), Delonix regia.
SEMARAK akronim bagi Setia Bersama Rakyat (suatu kempen yg
bertujuan mengeratkan lagi jalinan hubungan antara pemimpin dgn
rakyat).
semaram I sj tumbuhan (pokok), balam sundik, getah sundik, surin,
Payena leerii.
semaram II sj ikan laut, Centrogenys vaigiensis; ~ karang sj ikan laut,
Synanceja verrucosa.
semat benda (jarum peniti, peniti cantil, dll) yg digunakan utk mencucuk
dua benda yg hendak dicantumkan;
menyemat mencantumkan dua benda dgn semat, menusukkan
semat (supaya bercantum dll): ibu sedang ~ atap;
menyematkan 1. mencantumkan (dua benda) dgn semat: sematkan
tiap-tiap keping kertas tebal itu pd satu bongkah kayu; 2.
meletakkan dgn semat: Seri Paduka Baginda telah ~ pingat-pingat
itu ke dada mereka; 3. mencucukkan sesuatu sbg semat: lilitkan
benang ini pd kepala dan hujung peniti yg disematkan menegak; 4.
ki menyertakan, melampirkan: bersama surat ini disematkan
sekeping cek utk ayahanda;
tersemat 1. telah disemat atau disematkan, telah tercantum: di
dadanya ~ sebuah pingat yg menjadi kebanggaannya; 2. ki
terletak, terpateri (dlm hati, ingatan, dll), terasa: tidak seorang pun
antara kawan-kawannya yg mengetahui apa yg ~ di hatinya itu;
sematan 1. sesuatu yg disemat atau disematkan; 2. lampiran,
tambahan (yg disertakan);
penyematan perihal menyemat atau menyematkan;
penyemat alat utk menyemat: jarum ~.
semawa pelawa, ajak.
semawang  sembawang.
semawar sj dapur kecil (yg menggunakan minyak dan angin).
semayam; bersemayam bd 1. duduk (di atas takhta, singgahsana): pd
ketika itu, baginda kedua-dua laki isteri ada hadir ~ di atas
peterana yg keemasan; 2. tinggal, berkediaman di: maka akhirnya
istana itu terbakar, kemudian berpindah pula baginda itu ke Riau,
~ di Riau;
menyemayami bersemayam di, berkediaman di, mendiami: hari ini
hanya tinggal enam buah istana sahaja yg masih wujud dan tiada
sebuah pun yg disemayami oleh raja;
menyemayamkan mendudukkan (di atas takhta, singgahsana):
maka disambut oleh temenggung tangan baginda dan
disemayamkan ke atas singgahsana takhta kerajaan;
persemayaman tempat-tempat bersemayam (duduk, tinggal): Shah
Alam ialah tempat ~ Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
sembabat Jk cocok (sesuai, sama, pantas) benar.
sembada Jw, sl patut.
sembah 1. penghormatan kpd raja dll (dgn menangkupkan kedua-dua
tapak tangan serta menyusun jari dan mengangkat ke atas hingga ke
paras dagu ataupun hingga ke dahi): mengangkat ~; 2. kata-kata yg
ditujukan kpd raja (orang yg dimuliakan): setelah raja China
mendengar ~ tabib itu, maka raja China pun menitahkan utusan ke
Melaka minta air basuh kaki raja Melaka; berdatang ~ berkata
kpd raja (orang yg dimuliakan); ~ salam = ~ dan sujud hormat dan
khidmat (dlm surat-menyurat kpd orang yg dihormati dll); ~-simpuh
tertib sopan (kelakuan);
bersembah berkata dgn hormat dan takzim;
bersembahkan sl = mempersembahkan;
menyembah 1. memberi hormat dgn mengangkat sembah: maka
sekalian orang yg duduk di bawah itu pun ~; 2. memberi hormat
dgn mencium dll pd (lutut dll): anak Pangeran Mas Seri Negara itu
~ lutut paduka ayahandanya; 3. menghormati sesuatu sbg Tuhan
atau dewa, memuja: ~ berhala; ~ matahari; 4. mengaku diperintah
oleh (ditakluki oleh dll), tunduk kpd, mengaku taat kpd: Sultan
Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam; ~ bumi tumbang
tertiarap di bumi, roboh: dia tersungkur ~ bumi dgn kepalanya
berlumuran darah di hadapan orang ramai yg kegemparan;
kondominium yg sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi;
menyembahkan, mempersembahkan 1. menyampaikan (berita,
surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang
undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh
disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~
segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn
takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu
disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan
(pertunjukan dll), mempertunjukkan (permainan dll): malam ini
akan dipersembahkan filem Tiga Dara;
sembahan yg disembah (Tuhan), yg dipuja-puja atau dihormati,
pujaan: berhala yg menjadi ~ penganut agama Buddha;
persembahan 1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi
martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri,
masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan
atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan
yg diselingi lagu-lagu;
penyembahan 1. perihal menyembah atau memuja; 2. pemujaan;
penyembah orang yg menyembah, pemuja: ~ berhala.
sembahyang 1. perbuatan menyembah Allah, solat; ~ lima waktu (fardu,
wajib) sembahyang yg wajib dikerjakan dlm sehari semalam (iaitu
subuh, zuhur, asar, maghrib, dan isyak); air ~ air utk bersuci
sebelum sembahyang, wuduk; ada air ~ berada dlm keadaan yg
membolehkan seseorang mengerjakan ibadat spt sembahyang,
membaca al-Quran, dsb; 2. (bagi orang bukan Islam) permohonan
kpd Tuhan, doa;
~ berjemaah sembahyang beramai-ramai (dgn berimam); ~ fardu
sembahyang yg diwajibkan (bagi orang Islam yg sudah baligh)
mengerjakannya; ~ hajat sembahyang istimewa utk memohon (kpd
Allah) sesuatu; ~ Jumaat sembahyang berjemaah pd hari Jumaat
(waktu zohor); ~ mayat (orang mati) sembahyang utk orang mati; ~
(hari) raya sembahyang sunat pd hari raya; ~ sunat sembahyang yg
tidak diwajibkan mengerjakannya (sembahyang tahajud dll); ~
tahajud sembahyang sunat pd waktu tengah malam (hendaklah tidur
dahulu sebelumnya); ~ tarawih sembahyang sunat yg dilakukan pd
malam hari dlm bulan Ramadan; ~ mencari akal, rukuk mencari
kira-kira prb orang yg rupanya soleh tetapi hatinya cabul dan suka
mengerjakan perkara yg terlarang;
bersembahyang 1. melakukan sembahyang (solat): pd suatu hari
raya, Rasul Allah berjalan-jalan di Madinah selepas ~ raya; 2.
(Kristian) berdoa pd petang hari (agama Kristian), bermohon kpd
Tuhan; ~ pujian upacara berdoa pd petang hari (agama Kristian); 3.
(di kalangan orang Cina) upacara utk menghormati nenek moyang;
menyembahyangkan mengerjakan sembahyang utk (ditujukan
kpd): seorang akan merobekkan kafan dan seorang menjadi imam
ketika ~ dia.
sembai pasir halus (spt tahi lombong).
sembai (sémbai) Mn; menyembai menyambut dgn pantas, menyambar,
merengkuh, merenggut.
sembak 1. sj ikan laut, Euthynnus alleteratus; 2. sj ikan laut, Germo sibi.
sembam I; sungkur ~ = menyembam, tersembam jatuh tersungkur (ke
depan), terjerumus, tertiarap: seorang lagi kelihatan lesu, jatuh
melutut kemudian menyembam; batang-batang bulat, minyak gris
dan minyak-minyak lain semuanya boleh menyebabkan seseorang
itu tersembam;
menyembamkan menungkupkan muka pd sesuatu, membenamkan
muka: ia pun ~ muka ke bantal dgn tangis yg terus menggila.
sembam II sembap atau bengkak (muka).
sembam III Mn; menyembam membakar (memasak) dlm abu panas,
membembam.
sembang; akar meroyan ~ sj tumbuhan (bendalu), akar asam tebing darat,
akar (daun) ketam, akar segunja, daun bajang, serundang,
Anadendrum montanum.
sembang (sémbang)  perbualan,  percakapan:  bertali-tali borak dan ~
mereka menjelang waktu petang;
bersembang berbual, berborak, bercakap-cakap: kita sama-sama ~
tiap-tiap malam di tembok itu dahulu.
sembap bengkak, balut, gembung: mukanya ~ dan pucat;
kesembapan keadaan sembap: bahan ini bertindak menyusutkan ~
supaya kulit di sekeliling mata lebih berseri.
sembar  sabur.
sembar (sémbar) Mn sambar.
sembarang apa (asal, siapa, dll) sahaja, sebarang, asal sahaja: Hayati
orang bersuku, berhindu, berkaum kerabat, bukan ~ orang;
sembarangan dgn begitu sahaja, tidak menentu, tidak dgn usul
periksa, tidak memilih: abang tidak patut menuduh ~ spt itu; buku
itu agak ~ isinya dan agak liar gayanya;
menyembarangi melakukan dgn sembarangan (tidak dgn usul
periksa, ikut suka, dll).
sembari sambil, serta: Anuar berkata dgn senyum dibuat-buat ~
memandang kpd abangnya.
sembat; menyembat menyebat;  sebat I.
sembat (sémbat) I sj jerat yg menggunakan joran;
menyembat 1. menarik dgn pantas, menyendal (keris dll),
menyentak, merenggut, memiuh (kail, dll): maka disembatnya keris
Betara, dapat lalu dipakainya oleh Tun Bija Sura; 2. membingkas
(jerat dll), melenting, menganjal.
sembat (sémbat)  II sj jahitan (utk menetapkan tepi berlipat) yg
menyerong; ~ susup jahitan sembat yg tidak nampak benangnya;
menyembat membuat (menjahit) sembat: lipatkan lapik itu dan
sembat atas garisan jelujur halus.
sembawang sj tumbuhan (pokok), Kayea ferruginea.
sembayan Mn madu;
bersembayan bermadu.
sembelih; menyembelih memotong leher (binatang dll hingga putus
merihnya), menggorok, membantai: pd pagi-pagi esoknya Pak
Pandir pun merapus kerbau lalu disembelihnya; ~ ayam dgn pisau,
~ orang dgn kapas prb manusia harus diperlakukan dgn lemah
lembut;
sembelihan sesuatu yg disembelih (utk disembelih): kerbau ~;
penyembelihan 1. perbuatan menyembelih, pemotongan: dua ekor
kerbau itu ditambat di belakang rumahnya sementara menunggu
hari ~nya; 2. daging upah menyembelih; tidak usak kerbau oleh ~
prb tidak akan menjadi miskin bagi orang kaya yg berderma;
penyembelih 1. orang yg kerjanya menyembelih; 2. alat (spt pisau
dll) utk menyembelih.
sembelit I sukar buang air besar, sukar ke sungai besar.
sembelit II; ~ darah (putih) = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat),
akar kelentit kera, akar perejeb, Santaloides spp.; ~ jalan sj
tumbuhan (pokok renek yg memanjat), akar belimbing, akar kacang
inai, saga negeri, Abrus pulchellus; ~ jangka sj tumbuhan (pokok),
lorotan haji, Dalbergia tamarindifolia; ~ jantan (papan) sj
tumbuhan (pokok renek), akar merah, akar sekalat, bunga setebal,
Connarus ferrugineus; ~ jekok sj tumbuhan (pokok kecil), katut
selayer, saga monyet, Breynia discigera; ~ patung sj tumbuhan
(pokok renek), kayu putih, kelurut tanjung, naga buana (jimat), ubat
kelurut, Phyllanthus pulcher.
sember (sembér) pecah (bunyi, suara), menggeletar.
semberani I; kuda ~ sl kuda yg bersayap (boleh terbang).
semberani II; besi ~ besi berani; berani II.
semberap sl selengkapnya (persalinan, sirih, dll).
semberip dulang (talam) yg berkaki, pahar kecil, cerana.
semberono 1. tidak hati-hati (tidak difikirkan baik-baik), sembarangan
sahaja, kurang teliti: melakukan sesuatu dgn ~; 2. kurang sopan
(perkataan, perbuatan), kurang manis (dlm erti kiasan);
menyemberonokan melakukan sesuatu dgn kurang teliti (kurang
sopan, kurang manis, sembarangan, dll);
kesemberonoan 1. perihal semberono (sembarangan); 2. kelalaian,
kelengahan.
sembesi ark sl sj kuda.
sembeta (sembéta) kayu dll utk menahan atau menyokong perahu di darat
supaya jangan terguling, jermang.
sembiang ark sj tempuling kecil, seligi (utk menikam ikan).
sembih sembir III.
sembilan bilangan sepuluh kurang satu (9); ~ belas 19; ~ puluh 90; ~
ratus 900;
bersembilan sembilan (orang dsb) bersama-sama sekali, sembilan
(orang dsb) semuanya: kami ~ ditempatkan di sebuah rumah lain;
kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: banjir
ini adalah kali yg ~ berlaku di sini; dia merupakan anak yg ~ drpd
sebelas orang adik beradik;
kesembilan-sembilan semua seramai atau sebanyak sembilan
(orang dsb) sekali: ~ anaknya berhari raya di kampung pd tahun
ini.
sembilang 1. sj ikan darat yg bisa sengatnya, Paraplotosus anguillaris; 2.
= ~ karang sj ikan laut yg bisa sengatnya, gemang, kelara, (unsatunsat),
Plotosus spp..
sembilik; puru ~ penyakit buasir (kelepasan dubur).
sembilu kulit buluh yg nipis lagi tajam (digunakan utk mengerat tali pusat
bayi yg baru lahir dll), selumbar buluh: ia meraba ke dadanya
mencari kalau-kalau benar ada ~ yg tertusuk ke situ; serasa dihiris
dgn ~ a) pedih atau sakit sekali; b) (rasa hati) terlalu sedih, pedih
hati;
menyembilu ki tajam (perkataan);
sembiluan pedih atau sakit sekali (spt dihiris dgn sembilu).
sembir I 1. bahagian tepi atau pinggir (pinggan, dulang, surat, dll); 2.
sanding (pd buah belimbing dll);
sembiran perbatasan (negeri dll), sempadan.
sembir II = menyembir tidak tepat arahnya (jarum kompas dll).
sembir III sj ikan laut, Hemirhamphus marginatus.
semboja  kemboja.
sembor Mn sembul.
semboyan 1. alamat (bunyi tetuang, kibaran bendera, dll) utk
memberitahu, tanda, isyarat: setelah sampai ke pertengahan jalan,
kedengaranlah bunyi ~ lima das alamat raja besar telah mangkat;
2. kata rahsia (sbg alamat utk mengenal kawan sendiri dll):
katakanlah ~ pengenal itu dan kalian akan kuampuni; 3. kata atau
rangkaian kata yg dijadikan pegangan atau ikutan, cogan kata: taat
setia ialah ~ bagi pasukan Askar Melayu; ~ kita hanyalah satu,
Merdeka dan tetap Merdeka;
bersemboyan menggunakan (memakai) semboyan;
bersemboyankan menggunakan sesuatu sbg semboyan;
menyemboyankan 1. memberitahu (mengisyaratkan) dgn
semboyan; 2. menggunakan atau menjadikan sesuatu (rangkaian
kata dll) sbg semboyan.
sembuang I pancang yg besar-besar di laut (hujungnya dihubunghubungkan)
utk melindungi atau tempat menambat perahu dll.
sembuang II ancak (semah) yg dibuang ke hutan.
sembuh menjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (drpd sakit, penyakit),
baik, betah: orang-orang yg sakit itu akan ~ semula dgn segera;
maka apabila ~ lukanya, maka baliklah ia ke Pagar Ruyung;
menyembuhkan menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati
(supaya sembuh): janganlah pula kamu berharap doktor itu boleh
~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja;
kesembuhan perihal sembuh;
penyembuhan perihal menyembuhkan, pemulihan;
penyembuh (sesuatu) yg menyembuhkan: tiada ubat ~ utk penyakit
AIDS.
sembuku sj tumbuhan (pokok renek), periuk
hantu, perutak, Myrmecodia tuberosa.
sembul; menyembul, tersembul 1. menganjur atau menonjol keluar
(hujung atau kepala sesuatu drpd lubang, liang, permukaan, dll):
mata yg tersembul spt mata buaya; 2. menampakkan diri,
menjongol, timbul: kepala buaya yg tersembul di tepi air; sebelum
sedan itu meluncur, lelaki segak itu ~ keluar;
menyembulkan 1. menonjolkan atau mengeluarkan hujung (kepala
dll): Dollah ~ biji matanya; 2. = ~ diri menampakkan
(menjongolkan) diri, memperlihatkan diri.
sembulu bp berbulu, tidak licin (papan yg tidak berketam dll).
sembung sj tumbuhan (herba yg akarnya dibuat ubat), capa, capur,
sembang, sembing, sembuh, telinga kerbau, Blumea balsamifera;
~ gajah sj tumbuhan (herba), daun susu babi, pokok lokman alhakim,
rumput pasir, rumput tahi babi, Adenostemma lavenia; ~
hutan sj tumbuhan (rumpai), cenderung (cong-cong) hari, ekor
kuda, rumput sepagi, rumput tahi babi, seson daun, Vernonia
cinerea; ~ hutan jantan sj tumbuhan (pokok kecil), balung ayam,
ceret hutan, kelusam jantan, lemak beruk, merambung bukit,
Clerodendron deflexum; ~ jantan sj tumbuhan (herba), capa,
ketumbit, riang batik, sawi bulan, Erigeron sumatrensis.
sembunyi; main ~ sj permainan menyorok dan mencari, main cari-carian;
~ tuma kepala tersorok ekor kelihatan prb menutup perbuatan jahat
yg telah diketahui ramai; lempar batu ~ tangan prb berbuat sesuatu
kejahatan dan kemudian berpura-pura tidak tahu-menahu;
sembunyi-sembunyi dgn tidak diketahui orang, (secara) diamdiam,
(secara) senyap-senyap: dia masuk pertandingan nyanyian
secara ~ kerana tidak direstui oleh keluarganya; dgn ~ dgn diamdiam:
mereka meninggalkan tempat itu dgn ~; ~ puyuh prb a)
menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; b) tidak mahu
tahu akan perkara yg benar-benar berlaku;
sembunyi-sembunyian, bersembunyi-sembunyian bermain
menyorok dan mencari-cari;
bersembunyi 1. berlindung (diri) supaya tidak kelihatan, menyorok:
mereka masuk ~ di dlm rumah Menteri Besar yg telah kosong itu;
2. tidak mengatakan (memberitahukan) dgn sebenarnya, berahsia:
jangan kamu ~ lagi, katakan sahaja dgn terus terang;
menyembunyikan 1. melindungkan (menutup dll) supaya tidak
kelihatan, menyorokkan: maka Pak Lebai pun sampailah di tempat
anjing itu ~ dirinya; di situlah tempat ia ~ hartanya yg baik-baik;
2. tidak menceritakan (sesuatu), merahsiakan: ia tidak dapat ~
perasaan hatinya; kerani itu juga mungkin bersubahat ~ rahsia
ini; spt harimau ~ kukunya prb orang yg hendak menyoroknyorokkan
kelebihan dirinya;
tersembunyi tidak kelihatan, terlindung, dirahsiakan: apakah yg ~
di sebalik kebaikan hatinya itu?; tujuan yg ~ dan kemahuan nafsu
yg terpendam;
tersembunyi-sembunyi dgn diam-diam (berselindung), tersoroksorok;
persembunyian tempat bersembunyi (menyembunyikan): lima
bilah pedang telah dijumpai di tempat ~ samseng-samseng di
Lorong Pudu;
penyembunyian perbuatan menyembunyikan;
penyembunyi orang yg menyembunyikan sesuatu: ~ harta.
sembur 1. sesuatu (kunyahan sirih dll) yg dipancutkan dr mulut (utk
mengubat penyakit dll); ~ jampi (mantera) cara mengubat penyakit
dgn jampi dan sembur; 2. ki kata-kata yg kasar (dikeluarkan kerana
marah dll), makian, hamun: kelasi yg kena ~ ini kembali
membersihkan geladak spt biasa; spt polong kena ~ prb berlari
lekas-lekas kerana ketakutan;
bersembur-sembur keluar memancut atau memercik (darah, air,
dll), berpancaran: dr belakang lehernya darah ~ keluar;
bersembur-semburan saling memancarkan (air dll): mandi ~ di
sungai;
menyembur 1. keluar dgn memancut, memancar: sungai yg
arusnya kuat, airnya merecik dan ~ menyebabkan udara di
sekitarnya begitu nyaman; 2. = menyemburi mengubati (penyakit)
dgn jampi dan sembur: ibu hanya disembur dgn air sirih dan jampi
mantera; 3. = menyemburi memancarkan sesuatu (cat, air dll) pd:
~ dinding dgn cat berwarna biru; 4. ki mengeluarkan kata-kata dgn
kasar, menghamun, memaki: drpd mulutnya ~ entah beberapa ratus
perkataan yg tidak dapat difahami;
sembur-menyembur saling menyembur, bersembur-semburan;
menyemburkan 1. memancarkan atau memancutkan sesuatu
(kunyahan sirih, air, dll) drpd mulut: sambil itu ia ~ sepah-sepah
sirih itu ke sekelilingnya; 2. memancarkan sesuatu kpd (dgn
penyembur): Jamilah sedang ~ minyak wangi ke badan dan
tengkuknya;
tersembur 1. terpercik (terpancar) keluar: seorang berdua
berdekah gelak hingga ~ biji nasi yg masih belum terkunyah; 2.
kena sembur, disembur; 3. terkeluar atau terbit dgn tiba-tiba (katakata
dll): belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan
Hayati ~ keluar; ~ gelak Mn tiba-tiba ketawa;
semburan 1. sesuatu yg terpancar (terpancut) keluar, pancaran: ~
halus minyak bahan api itu terbakar dgn serta-merta; 2. ki makian,
marah: dgn ~ kata-kata itu, bapa berubah dr gelegar buluh ke
kepala bendul;
bersemburan keluar memancut atau memercik (darah, air, dll),
bersembur-sembur: darah ~ keluar dr rusuknya;
penyemburan perbuatan menyembur(kan);
penyembur 1. sesuatu (ubat-ubatan dll) yg disemburkan; 2. alat utk
menyemburkan sesuatu: ~ cat.
semburit bk persetubuhan sesama lelaki;
bersemburit bersetubuh sesama lelaki.
semecah sj permainan kanak-kanak (dgn buah keras).
semedang sentiasa, selalu: takkan di pejabat itu ~ kerja banyak.
semedera sl lautan;  samudera.
semejana sedang;  semenjana.
semek Jk demek.
Semelai penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-
Proto yg tinggal di Pahang Tengah (Tasik Bera, Sungai Teriang,
Paya Besar dan Paya Badak) dan sempadan Pahang menghala ke
Negeri Sembilan (Sungai Lui dan Ulu Muar).
sememeh (seméméh);  bersememeh berselekeh mulut (kerana terpalit
kuih dll), cemuas, comot: solekan ~ apabila kita berpeluh.
semen (sémen) (Bio) cecair beralkali yg mengandungi sperma dan bahan
bernutrien, yg dihasilkan oleh lelaki atau haiwan jantan, mani.
semenanjung tanah yg menganjur panjang ke laut, jazirah: S~ Tanah
Melayu; ~ Arab;
kesemenanjungan keadaan yg menunjukkan ciri-ciri semenanjung:
ciri-ciri ~.
semenda pertalian kekeluargaan menerusi perkahwinan;
keluarga ~ keluarga kerana perkahwinan; orang ~ orang yg
berkahwin dgn anggota drpd suku yg lain;
bersemenda berkahwin: setelah sampai idahnya, diminta orang
engkau akan ~ ke sana; si suami tidak mempunyai kuasa utk
mencampuri perkara-perkara besar yg timbul dlm suku tempat ia
~;
semenda-menyemenda saling mengahwini (antara dua keluarga);
persemendaan hal yg berkaitan dgn bersemenda: hubungan ~.
semendal ark abrak, batu cermin, mika.
semendarasa sl bunga cempaka; ~ Wilis cempaka biru.
semenggah patut, senonoh, layak; kelakuannya tidak ~ tidak senonoh
kelakuannya.
semengkih sj tumbuhan (pokok), balik angin bukit, ceret budak, cenderai
(gajah), kemesak, melokan, mengkucing, semangkuk, Croton
argyratum.
semenjak mulai dari, sejak: ia tidak pernah datang-datang lagi ~
lamarannya dahulu ditolak; sejak.
semenjana sl sedang; semejana.
semenjuh; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar
gadung tikus, akar kelona betina, banar (canar) babi, gadung jantan,
kijil, Smilax helferi.
sementah sj tumbuhan (pokok), manggis, Garcinia mangostana.
sementang 1. = ~ pun sungguhpun, walaupun, biarpun: ~ pun patik orang
Bugis tiada akan mengamuk; 2. = sementang-mentang,
sementangkan kerana ... maka, mentang-mentang.
sementara 1. utk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal: utk ~;
bantuan ~; 2. = sementaraan sl selama, selagi: telah sampai di
Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja;
marilah cucuku yg kedua ini kududukkan sai-sainya sementaraan
aku lagi hayat; 3. sedang (berlakunya sesuatu dll): pengetahuan
orang pd masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~
kepercayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun;
4. = ~ itu pd ketika itu, dlm pd itu: ~ itu kapal belayar juga, makin
lama makin laju; 5. di samping: ~ bertindak sbg Timbalan Perdana
Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya; ingat ~
belum kena, jimat ~ belum habis prb hendaklah sentiasa
berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dll);
kesementaraan perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak
kekal: kesedaran terhadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat
peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta.
sementelah = sementelahan sl lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi:
sudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam;
aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan
sementelahan pula hari hujan.
sementung bodoh, dungu, tolol.
semer (sémér) Kl 1. tidak sedap rasanya (makanan); 2. tidak bersemangat
(ucapan).
semerbak 1. merata (bau yg wangi), meruap: minyak yg ~ harum baunya
sudah disiramkan di dalamnya; 2. harum: bunga-bungaan yg ~
baunya; serbak.
semerdanta sl putih spt warna bunga serigading (gigi).
semerit  semberip.
semerta tanpa berlengah-lengah, serta-merta: mereka mesti bertindak
balas dgn ~; pemulihan boleh diadakan secara ~ dlm bilik darjah;
kontrak ~.
semesta sl seluruh, segenap, sekaliannya; ~ alam = alam ~ seluruh alam;
kesemestaan keadaan semesta: yg termuat di dalamnya bentukbentuk
intelektual dlm darjah ~ yg lebih kecil.
semester (séméster)  satu  drpd  dua  sesi  pengajian  dlm  sesuatu  tahun
akademik di pusat pengajian (universiti, kolej, sekolah, dsb): ~
pertama; ~ kedua.
semetik sj taut (yg berbingkas apabila mengena).
semi tunas, taruk; musim ~ musim bunga (selepas musim sejuk);
bersemi bertunas: tanah penimba belum spt semula, kayu kemboja
belum panjang ~.
semi- (sémi) awalan asing separuh atau setengah, mis semiparasit.
semiak Pr; tak ~ tidak sedap badan.
semiang = ~ kalam sedikit benar; ~ pun tak ada sedikit pun tidak ada.
semidra; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Acronychia laurifolia.
semifinal (sémifinal) Id (pertandingan) separuh akhir.
semikonduktor (sémikonduktor) (Fiz) bahan (mis silikon dan germanium)
yg kadar aliran elektriknya bertambah dgn bertambahnya suhu (nilai
kadar ini terletak antara kadar aliran logam dan penebat).
semilang bp sembilang.
semiliang sj tumbuhan (pokok), Aglaia spp.
semilir  silir I.
semilu  sembilu.
seminai sj tumbuhan (pokok), belian, betis, putat bukit, surin, Madhuca
utilis.
seminar sl bersinar-sinar;  sinar.
seminar (séminar)  perjumpaan  utk  berbincang  atau  bertukar-tukar
pendapat tentang perkara-perkara tertentu: pd tahun lepas, ia telah
pergi menghadiri ~ utk membincangkan kedudukan kaum wanita;
berseminar mengadakan seminar, menghadiri (menyertai) seminar:
janganlah kita asyik ~ tanpa usaha lanjutan;
menseminarkan membahaskan sesuatu perkara, isu, dsb dlm
seminar: perkara itu perlulah diseminarkan terlebih dahulu.
seminari (séminari) maktab (sekolah latihan) utk melatih bakal paderi.
seminaris (séminaris) IB pelajar atau penuntut di seminari.
seminau bercahaya, berkilau-kilau, bersinar;  sinau.
semingkin bp makin.
semiotik (sémiotik)  (Lin)  kajian  tentang  tanda  dan  lambang  terutamanya
hubungan antara tanda dan lambang dgn benda atau idea yg
dimaksudkan.
semiparasit (sémiparasit)  (Bio)  parasit,  khususnya  beberapa  jenis  kulat,
yg boleh juga menjalani hidup sbg saprofit.
semipro (sémipro) singkatan bagi semi-profesional: pemain skuad ~; liga
~ bermula Mei ini.
semi-profesional (sémiprofésional)  bkn orang yg mengambil bahagian
dlm sesuatu kegiatan utk mendapatkan bayaran tetapi bukan sbg
pekerja tetap.
semir IB 1. = ~ sepatu sj bahan (lemak, minyak) utk mengilatkan kulit
atau kasut kulit; 2. = minyak ~ sj minyak utk melincirkan
(melicinkan) mesin dll, minyak pelincir; 3. Id, bp wang suap;
menyemir 1. mengilatkan dgn semir; 2. membubuh minyak supaya
lincir atau licin (mesin); 3. bp memberi suap, menyogok.
semomah sj tumbuhan (pokok kecil), hujan panas, seruyan, Breynia
rhamnoides.
Semoq Beri (semoq béri) penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku
kaum Senoi yg tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu.
sempada; ketam ~ sj ketam.
sempadan 1. batas (negeri, daerah, kampung, dll), perbatasan:
pertempuran berlaku di ~ Thai-Malaysia; 2. tanda garisan,
(pancang dll) perbatasan atau batas; 3. (Mat) salah satu garisan
lurus yg membatasi sesuatu rajah (segi tiga, segi empat, dll): rajah
segi tiga ada tiga ~ dan tiga sudut; 4. ki had, takat: ia kasih kpd
anaknya, tetapi kasihnya itu ada ~nya;
bersempadan = ~ dgn berbatas dgn (sesuatu kawasan, daerah, dll):
negeri-negeri yg ~ dgn Lautan Atlantik;
bersempadankan mempunyai (sesuatu) sbg sempadan: kawasan
tersebut merupakan kawasan hutan simpan dan ~ ladang getah;
menyempadani menjadi (garis) sempadan bagi atau kpd,
membatasi, memisahkan, menceraikan: jalan sempit yg ~ Kampung
Kambing dgn bangunan-bangunan pekerja JKR;
persempadanan hal yg berkaitan dgn sempadan (spt penentuan
sempadan dll): sengketa ini jelas membayangkan bahawa
sebahagian besar masalah ~ antarabangsa khasnya di rantau ini
belum lagi dapat diatasi sepenuhnya; ~ bahagian pilihan raya
(Udg) perubahan yg dibuat dlm pembahagian kawasan persekutuan
dan negeri kpd bahagian pilihan raya selepas kajian semula
dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan
Perlembagaan Persekutuan dan syor yg dikemukakan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian
pilihan raya.
sempak; bersempak-sempak bersepak-sepakan (ayam yg disabung).
sempak (sémpak) sumbing (pinggan, mangkuk dll), sompek.
sempal I; menyempal, tersempal menyembul atau tersembul keluar
(pusat yg bujal, tembakau songel, dll).
sempal II; menyempal mengisi (lubang, mulut dll) penuh-penuh,
menyumbat, menjejal: buluh yg disempal dgn daun pisang; ~ lidah
(mulut) ki mendiamkan diri, tidak menyahut (panggilan orang dll);
tersempal 1. tersekat (di tekak dll), tersumbat; 2. ki tidak terasa
apa-apa, kelu.
sempal III Jk patah (dahan, cabang kayu, dll), sekah;
menyempal mematahkan (dahan kayu dll), menyentak hingga
(menyebabkan jadi) sekah.
sempalai; bersempalai, tersempalai terlantar (spt bangkai) kerana
terlalu letih dll.
sempang I = tanda ~ garis pendek melintang utk menceraikan suku kata,
tanda hubung;  sengkang.
sempang II; ~-sempung berolang-aling (perahu), terolek-olek: belalah
perahu buruk ~-sempung di pangkalan itu.
sempat masih ada peluang (waktu, masa) utk..., dan (bp): saya cuba lari
tetapi tak ~, saya hanya dapat berundur ke belakang;
menyempat menantikan peluang (waktu yg baik); tak ~ tidak mahu
menunggu-nunggu (bertangguh) lagi;
menyempati mendapat peluang (waktu) utk;
menyempatkan mengadakan peluang utk, meluangkan waktu utk;
kesempatan peluang utk, waktu yg terluang utk: Rejab mengambil
~ itu utk melarikan diri; hal ini tidak memberikan ~ kepadanya utk
membalas; pd ~ lain , kerajaan Amerika menunjukkan kuasa
kekerasan dan campur tangannya secara tentera;
berkesempatan ada kesempatan (peluang) utk: kadangkala apabila
~, dia pulang menjenguk ibunya di kampung.
sempayan; ~ pitu sj tumbuhan (pokok kecil), celeguri, guriam, kecolam,
lampin budak, puding, Clerodendron disparifolium; ~ ular sj
tumbuhan (pokok kecil), kelentit nyamuk (laut), medang putih,
pena-pena, senyamuk, Guioa pleuropteris; ~ ular sj tumbuhan
(pokok kecil), cendarah hantu, cungah putih, dada ruan, lengkuang,
Ostodes macrophylla.
sempelah 1. hampas, keladak, semperah: ~ kelapa; ~ tebu; 2. ki tidak
berguna (orang), sampah masyarakat; anak ~ anak yg tidak
berguna.
sempelat; bersempelat berlumur dgn kotoran, berselekeh.
sempena I berkat, tuah; mengambil ~ mengambil berkat; keris ~ keris yg
berlok tiga (lima, tujuh);
bersempena mengambil berkat (drpd): pertunjukan MAHA pd
tahun ini diadakan ~ dgn hari ulang tahun kemerdekaan yg
kesepuluh;
menyempenakan mendatangkan berkat (tuah) kpd.
sempena II sl mimpi; ~ hati ilham.
semperah hampas, keladak, tahi (kopi atau teh).
semperit sj kuih.
semperung 1. corong (lampu dll), cimni, serombong; ~ asap corong asap
(pembuluh tempat keluar asap); 2. buluh (besi dll) utk meniup api,
salung api; 3. teropong.
sempil; menyempil, tersempil menyelit, terselit (di antara dua benda).
sempilai = ikan ~ sj ikan darat (ikan pelaga), Betta spp.
sempilur sj tumbuhan (pokok), ru bukit, Dacrydium elatum.
semping (sémping) Kl tidak lengkap (bahagian badan), cacat;
kepala ~ kepala yg tidak berambut sebelah (sebahagian daripadanya
botak); telinga ~ telinga yg rabit (terpotong dll).
sempit 1. tidak luas atau tidak lebar (sesuatu ruang, jalan, dll), kecil, ketat
(pakaian): di kiri kanan lorong yg ~ itu terdiri beberapa buah
rumah; memakai seluar yg ~; 2. ki cetek atau picik (pandangan,
fikiran, dll), dangkal: fikirannya ~; 3. tidak luas liputannya atau
tafsirannya, (agak) khusus: perkataan agen dlm konteks racun kulat
mempunyai erti yg ~; 4. sesak (kedudukan, keadaan kewangan,
dll), susah (penghidupan dsb): semakin kurang pendapatannya,
menjadi semakin ~lah penghidupannya; sejak kampung itu
dihitamkan, kehidupan penduduknya semakin ~;
~ akal pendek (singkat) akal, tidak panjang fikiran; ~ alam Mn
pemarah; ~ dada lekas marah; ~ hati lekas marah, tidak sabar; ~
kening mudah tersinggung;
bersempit-sempit berasak-asak, bersesak-sesak: hidup ~ dlm
sebuah rumah kecil;
menyempit menjadi sempit, membuat jadi sempit: tak usahlah ~ di
sini, orang hendak bekerja;
menyempitkan 1. menjadikan sempit, mengurangkan keluasan
(sesuatu), mengecilkan: pintu disempitkan lagi kerana tidak
dipisahkan antara penumpang-penumpang dan bukan penumpang;
2. ki menjadikan sempit, mengurangkan (mengecilkan dsb),
menyusahkan, menyesakkan, membataskan: perkara ini tidak ~
perjalanan nafas; biarlah saya ~ daerah perbincangan ini
sedapat-dapatnya; secara tidak langsung suasana ini ~ peluang
tokoh-tokoh belia menimba pengalaman dan mendapat manfaat
drpd pergerakan belia;
mempersempit menjadikan lebih sempit;
kesempitan 1. perihal sempit (susah, sesak, dll): kita dlm ~,
kekurangan dan ketiadaan; kerana ~ ruangan maka berita itu
tidaklah dapat disiarkan; 2. dlm keadaan terdesak, tersesak: dia
tidak dapat bergerak lagi kerana ~;
penyempitan perbuatan menyempitkan.
sempoa sj alat utk menghitung (buatan Cina), dekak-dekak.
sempoh (sémpoh) Pr menanduk (kerbau).
semporong corong;  semperung.
sempoyongan Jk terhuyung-hayang (spt hendak jatuh).
semprit 1. sj wisel, peluit; 2. Id alat utk mencucukkan (menyuntikkan)
ubat ke dlm tubuh.
semprot Id 1. = semprotan sj pam utk menyemburkan sesuatu (spt air,
cat, dll); 2. alat utk mencucukkan (menyuntikkan) ubat ke dlm
tubuh;
menyemprot 1. menyembur: segenap ruang dan bilik mesti
disemprot dgn gas beracun; 2. memasukkan (ubat dll) ke dlm tubuh
dgn semprot; 3. bp mengeluarkan kata-kata yg keras, memarahi,
memaki: ia tidak berani keluar malam lagi kerana takut disemprot
isterinya;
menyemprotkan menyemburkan (cat, air, dll);
semprotan 1. = semprot alat utk menyemburkan sesuatu (air, cat
dll); 2. bp celaan, makian, cacian.
sempudal; bersempudal diselaputi kotoran yg kering (pd mulut).
sempuh; ~ baruh sj tumbuhan (pokok memanjat), akar darah, akar
kenanga, akar pisang-pisang, akar sesugi, merpisang, tepang,
Desmos chinensis; ~ padi sj tumbuhan (pokok kecil), jarum-jarum
rimba, kemenang, randa hutan, ulai-ulai, Randia scortechinii.
sempul ark; tersempul tersembul.
sempung  sempang II.
sempuras 1. = bersempuras penuh dgn kotoran (pd muka), berselekeh;
2. Mn hampas (kelapa, tebu, dll).
sempurna 1. tidak ada cacat celanya (kekurangannya): iman yg ~ dan
pekerti yg baik itulah yg kekal; hidup yg ~; 2. lengkap, tidak ada
kekurangan: tidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negerinegeri
Melayu jika buku itu tidak digunakan; anggota badannya
tidak ~; 3. baik lagi teratur (latihan dll): upacara itu dilangsungkan
dgn cukup ~; 4. sudah selesai (tamat) dgn selamat atau sebaikbaiknya:
~lah sudah tugasnya sbg seorang anak yg telah berjasa
kpd ibunya; 5. baik sekali, sesuai: saat yg ~;
menyempurnakan 1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak
ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil
ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerjakan) sesuatu hingga selesai
atau tamat, menguruskan hingga selesai segala-galanya dgn
sempurna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah
datang ~ perkahwinan anaknya; 3. menunaikan (perjanjian dll),
memenuhi (tugas, permintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala
kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan
izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat)
menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd:
sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10 y;
kesempurnaan perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa
dgn membuat kebajikan;
penyempurnaan perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan
(menyelesaikan, melengkapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan
Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van
Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu
situasi yg berhubungan dgn masa depan yg segala-galanya
memperlihatkan ~ kpd keinginannya;
penyempurna orang dll yg menyempurnakan (sesuatu): justeru itu
manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan
keperluan orang lain.
semput susah bernafas, sesak nafas, lelah (teruk);
kesemputan ki ketenatan: bagaimana kalau ~ syarikat tidak juga
pulih.
semu 1. bukan yg sebenarnya, tidak sesungguhnya, pura-pura: keadilan yg
hanya ~ sahaja; 2. = semu-semu lebih kurang, agak; ~ lengkung
agak lengkung; 3. = ~ daya tipu daya, muslihat: baiklah kita cari
jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa,
pujuk Melayu;
menyemu, menyemui mengakali, menipu;
menyemukan memperdayakan, mengenakan (tipu muslihat);
tersemu terpedaya: terlalu cerdik segala orang Melaka ini, tiada ~
oleh kita;
penyemu orang yg menyemu, penipu.
semua 1. sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. =
semuanya, kesemuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua
segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~;
semua-semuanya segala-galanya.
semucup kemuncup.
semugum sj tumbuhan (pokok kecil), Symplocos adenophylla.
semulut; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar bunga butang, akar
kelupas, akar terung-terung, akar ulan gajah, Lettsomia maingayi.
semun; ~ bidadari sj tumbuhan (paku pakis), Platycerium coronarium.
semuncup kemuncup.
semunding sj kera.
semunian; daun ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), segeger, Lycopodium
cernum.
semur IB sj masakan daging.
semut sj serangga yg merayap; jenis-jenisnya: ~ api sj semut,
Tetraponera rufonigra; ~ gajah sj semut, Camponotus gigas; ~
gula sj semut, Monomorium pharaonis; ~ kayu sj semut yg
besar dan hitam (yg mengorek kayu), Camponotus herculaneus; ~
kerengga sj semut, Oecophylla smaragdina dll;
~ dipijak tidak mati, gajah diharung bergelimpangan = ~ terpijak
tidak mati, alu terharung patah tiga prb perihal jalan seorang
perempuan yg baik lagi teratur (tidak terlalu lambat dan tidak terlalu
cepat); ~ gatal nak gonggong gunung bagaimana dunia takkan
sunyi prb perbuatan yg bukan-bukan; di mana ~ mati kalau tidak
dlm gula = mati ~ kerana gula prb manusia itu akan tertipu dgn
pujuk rayu; umpama ~ mempersembahkan paha belalang kpd raja
prb pemberian yg amat sedikit;
semut-semut berasa kebas kerana lama tertekan dll (bkn kaki dan
tangan), berasa senyar;
menyemut berkerumun dgn ramainya, mengelilingi sesuatu dgn
ramainya: ia tidak berkejar ke sana kerana orang telah ~ di sana;
semut-semutan, kesemut-semutan, kesemutan semut-semut:
sekejap-sekejap dia bangun berjalan kerana menghilangkan
kesemutan di kakinya.
semutar sj kain pelilit kepala (biasanya dipakai oleh orang lelaki);
bersemutar memakai semutar, berlilit kepala.
semutega (semutéga)  sj  tumbuhan  (pokok  memanjat), akar kait-kait,
belingun akar, beroyol, sebuih, sebusuk, Coptosapelta tomentosa.
sen (sén) mata wang yg bernilai 1/100 ringgit, duit.
sena sj tumbuhan (pokok), angsana, Pterocarpus indicus; ~ bima (hutan)
sj tumbuhan (pokok), Colubrina anomala.
sena (séna) sl (bala) tentera.
senagu sj tumbuhan (pokok kecil), cemama, cerek-cerek, daun cerek,
daun gelang, secerek, Micromelum hirsutum.
senaguri  seleguri.
senai; bersenai berehat (bagi cenayang yg sedang menurun).
senak 1. berasa sesak dlm perut (kerana terlalu kenyang, kerana ditumbuk
dll): dia mempercepat langkahnya sehingga terasa ~ pula
perutnya; 2. berasa sesak dada (kerana susah bernafas dll); 3. ki
berasa sesak (hati, fikiran, perasaan, dll); 4. tergenang dan menjadi
penuh (air);
menyenakkan 1. menjadikan senak (perut, dada, dll),
menyesakkan: waktu malam, minumlah yg saya perbanyak,
sehingga ~ perut; bau ikan bakar ~ hidungnya; 2. ki mendatangkan
rasa senak (pd fikiran, perasaan, dsb): timbullah rasa hiba ~
dadanya;
tersenak 1. = tersenak-senak tersesak (hingga tidak dapat
mengeluarkan kata-kata dsb), tersedu-sedu: maka ia pun
menangislah dgn teramat sangat tersenak-senak dan teresak-esak
sehingga bercucuran air matanya; 2. = ~ hati berasa penuh hiba,
terharu; 3. tersekat, tergenang dan menjadi penuh (air dll): lehernya
~ hendak menangis;
kesenakan, kesenak-senakan menderita senak (perut, dada,
perasaan, dll).
senalu Pr selalu.
senam I = senaman latihan gerak badan: jika seseorang tidak membuat
apa-apa senaman, maka darahnya tidak dapat berjalan dgn kuat
dan betul;
bersenam 1. melakukan latihan gerak badan; 2. ark menggeliat
(selepas tidur);
menyenamkan menggerakkan bahagian-bahagian badan secara
senaman: pd akhir pengurutan, Pak Hassan akan ~ orang yg
diurutnya itu.
senam II 1. warna biru tua atau biru kehitam-hitaman: airnya keruh bagai
air kerak, warnanya ~ alamat dalam; 2. ark biru pucat; 3. warna
asal (pd barang-barang yg disadur); hilang sepuh nampak ~ prb
sesudah terbuka rahsia, diketahui kejahatan (kekurangannya).
senamaki sj tumbuhan (pokok renek yg daunnya dibuat ubat), Cassia
angustifolia.
senamrobik latihan jasmani yg menggabungkan aerobik dan senaman
biasa (lazimnya dilakukan beramai-ramai sbg suatu acara).
senan Jk duit sen.
senandika (Sas) percakapan seorang diri oleh watak, biasanya dlm drama
atau bentuk karya sastera lain, yg ditujukan kpd dirinya sendiri atau
pendengar (penonton) utk mengungkapkan perasaan, konflik batin,
firasat dsb yg dihadapinya atau utk memberikan sesuatu maklumat
kpd pendengar (penonton) itu;
bersenandika mengungkapkan senandika.
senandung lagu atau nyanyian (yg dinyanyikan perlahan-lahan) utk
menghiburkan hati sendiri; ~ buaian lagu yg dinyanyikan perlahanlahan
utk menidurkan anak;
bersenandung bernyanyi dgn suara yg perlahan utk menghibur hati
sendiri: dlm sebuah pedati kerbau kedengaran suara seorang lakilaki
~ spt sedang menyedar untung.
senang 1. (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yg susah-susah),
tidak ada yg menyusahkan: kerja mereka ~ dan mudah; makanan
yg murah dan ~ mendapatnya utk memberikan tenaga ialah
karbohidrat; 2. suka, mesra: kalau begitu, saya tidak ~ kpd engkau
lagi; 3. berasa puas (enak, nyaman, gembira, dll), rehat: sehari-hari
disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~; belum pernah dia
tidur tengah hari, atau berbaring-baring dgn ~nya melainkan
sentiasa dlm pekerjaannya; 4. bahagia (hidupnya), tidak susah atau
melarat: susah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi
penghalang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. ki bersahaja
(percakapan dll), tenang: Lili meneruskan kata-katanya dgn tenang
dan ~;
~ cakap mudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya
(mengusahakannya) belum tentu; ~ hati berasa puas (gembira); ~-
lenang berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang; ~ sentosa
sentiasa dlm aman bahagia;
bersenang; ~ diri = bersenang-senang berbuat sesuatu dgn senang
hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka: kasihan,
sepatutnya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah
batu berlangkan; kita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang
sentiasa;
bersenangkan, bersenang-senangkan; ~ diri bersenang-senang; ~
lelah sl melepaskan lelah, berehat;
menyenangi berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai:
dlm memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi
oleh pihak kiri dan pihak kanan; saya lebih ~ teater; tidak ada
suatu pun yg kusenangi;
menyenangkan 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan,
melicinkan (perjalanan): utk ~ mengajar, guru boleh
membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. menggembirakan,
menyukakan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~
hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah,
pindah ke rumah baru itu sesungguhnya ~; 3. mendatangkan rasa
senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll),
memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~;
4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak
memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang
(bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga;
kesenangan perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan,
kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu
perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan
kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta
pusaka Mak Haji sendiri.
senangguri  seleguri.
senangin sj ikan laut, Polynemus tetradactylus; ~ buis sj ikan laut,
Polynemus sextarius.
senantan ark putih spt santan, kinantan.
senantiasa sepanjang masa, selalu(nya);  sentiasa.
senapang sj senjata yg berlaras dan berpeluru (lebih besar dan panjang
drpd pistol dan lebih kecil serta pendek drpd meriam), bedil;
~ angin senapang yg melepaskan penabur dgn tekanan udara; ~
bambu (buluh) a) sj senapang (bedil) yg dibuat drpd buluh utk
mainan kanak-kanak; b) prb rupanya sahaja berbahaya tetapi
sebenarnya tidak; ~ kampung = ~ kopak = ~ kulai = ~ patah
senapang yg patrumnya diisikan dr pangkal laras; ~ kembar = ~
pengantin senapang yg berlaras dua; ~ kep = ~ lantak = ~ lantakan
senapang yg pelurunya diisikan dr mulut: ~ mesin senapang yg
boleh melepaskan banyak peluru dgn sekali tarik picunya;
kalau tiada ~, baik berjalan lapang prb jikalau tidak bersenjata
atau bertenaga baiklah mengalah; mercun buluh ~ bambu kpd saya
jangan dituju prb tidak berguna menggertak orang yg berakal dan
berilmu dgn sesuatu yg tiada memberi erti;
bersenapang memakai senapang, bersenjatakan senapang.
senapati (sénapati) sl imam perang, ketua tentera, panglima perang.
senar tali biola.
senarai catatan (rakaman) nama, perkara, dll yg disusun berderet atau
mengikut urutan tertentu dr atas ke bawah, daftar: ~ harga barang;
menyenaraikan 1. menuliskan dlm bentuk daftar (mengikut
bilangan), menjadikan senarai: bukti-buktinya terlalu banyak utk
disenaraikan; 2. (Eko) memasukkan sesuatu saham sesebuah
syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh
diniagakan di bursa tersebut: saham syarikat itu telah disenaraikan
di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur;
tersenarai tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau
dlm senarai tertentu;
penyenaraian 1. perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan, perihal
(perbuatan dsb) memasukkan ke dlm senarai: ~ manuskrip dlm
bahasa Melayu; ~ kata kerja; 2. (Eko) proses memasukkan sesuatu
saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham
supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut.
senarai hitam senarai nama orang dll yg mempunyai rekod buruk (spt
telah melanggar peraturan atau undang-undang, mengingkari
perjanjian, dll);
menyenaraihitamkan merakamkan (memasukkan) dlm senarai
hitam: JPJ akan ~ pemandu teksi yg kerap melakukan kesalahan
lalu lintas dan yg menipu penumpang.
senario (sénario) 1. ringkasan plot sesuatu drama dll termasuk maklumat
tentang watak, adegan, dll; 2. urutan peristiwa serta
perkembangannya yg diramalkan berlaku: jikalau ini ~nya, maka
kesimpulannya boleh dibuat bahawa kehadiran Soviet di
Afghanistan akan berlarutan, malah mungkin berkekalan; Sukan
Olimpik mungkin akan mendatangkan ~ baru di Semenanjung
Korea.
senarung; ~ betina sj tumbuhan (herba), jelita, kancing baju, pokok
betung, Corchorus capsularis; ~ kambing sj tumbuhan (herba), ara
batu, selasih dandi, sianggit, tahi anjing, tambuk-tambak jantan,
Ageratum conyzoides.
senat sj jong Cina.
senat (sénat)  1. dewan perwakilan rakyat yg tertinggi (ahli-ahlinya
dilantik), dewan negara; 2. majlis atau badan pentadbir yg utama
dan tertinggi di sesetengah universiti: S~ Universiti Malaya; 3. Id
majlis mahasiswa.
senator (sénator) ahli dewan negara (senat).
senawan; ular tedung ~ sj ular yg berbisa.
senawar; pinang ~ sj tumbuhan (palma), Actinorhytis spp.
senawat sj cemeti drpd rotan (utk menyebat kerbau dll).
senawi penumpang perahu yg membayar tambang dgn bekerja (menolong
mengayuh dll).
Senayan (hari) Isnin.
senda I = ~ gurau = gurau ~ kelakar, jenaka, olok-olok, seloroh: sajak
dan ulangan suara banyak dipakai baik dlm ~ mahupun dlm
percakapan;
bersenda = ~ gurau = bersenda-senda 1. berkelakar, berseloroh,
berjenaka: mengapakah pula tuan hendak ~-senda dgn ayahanda
spt ini? 2. bergurau-gurau, bercumbu-cumbu: maka tuanku Malim
Deman pun lalu santap beradat serta ~ kedua-dua laki isteri;
menyenda-nyendakan mempermain-mainkan: mereka tidak lagi
menghormati prinsip keagamaan, sebaliknya ~ kewujudan neraka
dan syurga;
mempersendakan mempermainkan (dgn gurau senda),
memperolok-olokkan, mengejek-ejekkan: terasa oleh Aini yg
Kamal sengaja hendak ~nya;
sendaan sesuatu (bahan dsb) yg dipersendakan: ibu tidak mahu kau
jadi ~ orang;
persendaan hal yg berkaitan dgn perbuatan bersenda: bahan ~.
senda II sl saya (kep sahayanda), hamba: ~lah bercakap mengamuk di
dlm kampung Bendahara Paduka Raja; sanda I.
sendaguri  seleguri.
sendak I; menyendak menegangkan (kulit gendang dll).
sendak II; menyendak mengunci dgn palang (pintu dll): pintu pondoknya
dikunci dr dalam, disendaknya dgn kayu palang;
penyendak kayu palang utk menutup pintu, selak.
sendal I = penyendal 1. lapik (alas dll) yg disisipkan ke bawah sesuatu
benda supaya tidak goyah atau goyang; 2. sesuatu (baji dll) yg
disisipkan utk mengetatkan benda-benda yg longgar;
menyendal mengenakan (membubuh, memasang) sendal.
sendal II; menyendal sl, menyendalkan mencuri dgn pantas, menyentak
dgn cepat (dgn tidak disedari), merenggut: apa daya kula ~ dia
kerana Melayu berkeris di hadapan, jika ia berkeris dr belakang
dapat juga kula sendal;
kesendalan terkena curi (copet), kecurian: ~ aku oleh Jawa ini.
sendalu; angin ~ angin yg sedang (sederhana) kencangnya.
sendam; tersendam sl jatuh menjunam (lurus ke bawah).
sendang Jw mata air.
sendar; bersendar berdengkur (tidak kuat), berkeruh: Tamin sudah ~-
sendar kecil di sisinya.
sendarat sj ikan laut, Lutjanus argentimaculatus.
sendat 1. tidak longgar (cincin dll), ketat, sempit: sampai di rumah, dia
melucutkan segala pakaiannya yg serba ~ dan terus merebahkan
tubuh ke katil; 2. tidak dapat diisi lagi (karung dll), penuh betul,
tumpat: pondok tempat kami berlindung itu terlalu ~ dgn manusia;
menyendati memenuhi ruang hingga padat, memadati: dia hilang di
celah-celah orang ramai yg ~ lorong itu;
menyendatkan menjadikan sendat, menyumbatkan;
tersendat 1. tersumbat (saluran dll), terketat, tersekat: negaranegara
maju mengalami keadaan ~ disebabkan birokrasi
pentadbiran yg berlebih-lebihan; 2. = tersendat-sendat;
tersendat-sendat ki tersekat(-sekat), tidak lancar: mereka harus
dilatih berbicara dgn tenang, jelas, gramatis, tidak ~ dan tidak
berbelit-belit;
kesendatan keadaan sendat.
sendawa I 1. bahan kimia kalium nitrat (KNO3) yg digunakan sbg
campuran dlm ubat bedil; asam ~ Id asid nitrik; baja ~ baja yg
mengandungi nitrat; zat ~ Id gas nitrogen; 2. = ubat ~ mesiu, ubat
bedil: maka lakulah ~ di dlm Riau.
sendawa II bunyi (spt bunyi meneguk) yg keluar dr kerongkongan kerana
kekenyangan dll: ~ perlahan melonjak dr kerongkongan Leman;
bersendawa mengeluarkan bunyi dr kerongkongan (kerana
kekenyangan dll): apabila ia ~, yg keluar hanya bau durian sahaja.
sendayan sj tumbuhan (rumpai), rumput sendarayan, senayan batu, seratit,
Thoracostachyum bancanum;
~ masin sj tumbuhan (rumpai), mengkuang tikus, pandan tikus,
pokok selangsang, Pandanus oratus; ~ piah = rumput ~ sj
tumbuhan (rumpai), rumput pepara, Rhynchospora corymbosa.
sendel (séndél);  bersendel bersandar; ~ bahu a) saling menyandarkan
bahu; b) bekerja bersama-sama, saling membantu, saling menolong:
pahlawan itu sedang berjuang ~ bahu dgn kawan-kawannya
menggempur barisan musuh.
sendeng (séndéng) 1. tidak tegak letaknya, senget, miring, tidak seimbang
(bahu), rendah sebelah; 2. (Mat) sempadan (pd sesebuah segi tiga
tepat) yg letaknya bertentangan dgn sudut tepat; 3. bp agak kurang
siuman, kurang ingatannya; ~-mendeng terhuyung-huyung (spt
hendak jatuh);
bersendeng bersandar: dia tidak duduk terus melainkan ~ pd
tempat pegangannya sahaja;
bersendengan agak miring (condong, senget) letaknya: kalau angin
kencang, layar perahu ~;
menyendeng senget atau condong letaknya, miring: seseorang
penunggang motosikal ~ arah ke dalam apabila menempuh
selekoh;
menyendengkan meletakkan condong (senget, miring) sedikit,
menyengetkan (letak sesuatu);
tersendeng-sendeng terhuyung-hayang (spt hendak jatuh).
sendeng (séndeng)  IB  1. usaha mubaligh agama Kristian (Protestan); 2.
mubaligh agama Kristian (Protestan); rumah sakit (sekolah dll) ~
rumah sakit (sekolah dll) yg diselenggarakan oleh mubaligh agama
Kristian.
sender (séndér); bersender, menyender bersandar (pd);
menyenderkan menyandarkan (pd).
sender (sénder) IB, bp pemancar radio.
senderayan; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), sendayan,
Thoracostachyum bancanum.
senderik sj keris pendek.
senderung 1. sj ikan laut, Plectropoma maculatum; 2. sj ikan laut,
Epinephelus fasciatus.
sendi I 1. = ~ tulang = tulang ~ = persendian tempat ruas tulang
(bahagian anggota) berhubung, perhubungan tulang-tulang: takut
dan dahsyatlah ia, menggeletar segala ~ anggotanya; 2. =
persendian tempat bersambungnya dua benda (spt pintu dll),
sambungan yg boleh dilipat-lipatkan, engsel; 3. simpai (bingkai,
ikatan, dll) pd sesuatu, salut;
~ bahu tempat berhubungnya tulang pangkal lengan dgn tulang
belikat; ~ engsel sendi yg bertindak spt engsel, yg hanya
membolehkan pergerakan pd satu satah, mis sendi siku; ~ kata kata
yg menghubungkan dua kata atau ayat, kata penghubung; ~ lesung
sendi yg terbentuk di antara hujung tulang yg berbentuk separuh
bulat dgn hujung tulang yg berbentuk lesung, yg membolehkan
anggota digerakkan dgn bebas, mis sendi bahu dan sendi pinggul; ~
lutut sendi yg menghubungkan tulang betis dgn tulang paha;
bersendi, bersendi-sendi 1. ada sendinya, berhubungan antara satu
dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan
perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn,
bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa,
berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg
tidak sepadan;
menyendi 1. memberikan bersendi; 2. = menyendi-nyendi
memotong (mengerat) kaki-kaki binatang yg disembelih; 3.
menyalut: pakaiannya drpd baldu dan drpd timah, disendi dgn
perak, rupanya spt sisik naga.
sendi II 1. = batu ~ batu pengalas tiang rumah dll, batu pengganjal; 2. ki
dasar, asas, lunas, pegangan;
bersendi memakai batu sendi (alas, pengganjal);
bersendikan 1. memakai (menggunakan) sesuatu sbg batu sendi; 2.
berdasarkan, berasaskan, berpegang pd (sbg pedoman): tuntutan
adat yg ~ hukum; kita patut insaf bahawa masing-masing bahasa
moden di dunia ini ~ suatu sistem yg tertentu;
menyendi membubuh batu sendi (di bawah tiang dll);
menyendikan, mempersendikan mendasarkan sesuatu pd,
mengasaskan;
persendian asas, dasar.
sendiri 1. tubuh diri yg sebenarnya (bukan wakil dll), diri: tidak ada masa
utk memikirkan hal-hal orang lain, hal-hal ~ lebih penting; 2. tidak
dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain, tidak berhubungan dgn
orang lain: apabila sudah ada wang besok, sudah mampu hidup ~,
bolehlah dibayar semuanya; berkerajaan ~ merdeka; 3. seorang
diri, tidak berkawan: pd hari ulang tahunku, aku lebih suka tinggal
~-~ di kamarku; 4. = sendiri-sendiri masing-masing: keduaduanya
sedang tenggelam dlm bacaan ~-~; 5. tidak berkaitan dgn
orang lain, bukan (kepunyaan, hak, dll) orang lain; tinggal di rumah
~ bukan di rumah orang lain; 6. tidak termasuk yg lain, dlm
kumpulan tertentu sahaja; berbunuh sama ~nya berbunuh sesama
mereka (tidak dgn orang lain); 7. terpisah (tersisih) drpd yg lain,
tidak bersama yg lain, berasingan; 8. Id, bp yg paling (belakang,
depan, dll);
sendirinya = dgn ~ 1. tidak bercampur (berteman dll) dgn yg lain,
seorang diri; 2. secara automatik;
bersendiri tidak berteman (berkawan dll), tidak berkaitan dgn ygn
lain, tersisih (terpisah) drpd yg lain: ejaan bukanlah suatu
pelajaran yg ~ atau tidak berkait dgn pelajaran-pelajaran yg lain;
terdapat kecenderungan utk ~;
menyendiri duduk seorang diri, mengasingkan (memencilkan,
menyisihkan) diri: ia hendak ~ lalu lari dgn diam-diam;
menyendirikan mengasingkan drpd yg lain: kemeja yg tanggal
butang lebih baik disendirikan dahulu;
tersendiri 1. tidak sama dgn ygn lain, terasing: esei memerlukan
satu gaya bahasa yg ~ iaitu gaya yg mudah dan sederhana; 2.
tersisih (terpisah dll) drpd yg lain: pekerjaannya dapat dijalankan
dlm suasana aman, senyap dan ~, sama spt bekerja di rumah;
ketersendirian keadaan tersendiri, keunggulan : banyak teori
sastera cenderung utk mewujudkan ~ sastera sbg satu kategori yg
berasingan;
sendirian 1. seorang diri, tidak berteman: pd suatu petang aku
berjalan-jalan ~ di sekitar danau; ia tersenyum ~; 2. tidak dgn
bantuan (pertolongan dll) orang lain: pondok kecil itu roboh ~ dan
terus tidak dibaiki lagi;
bersendirian 1. berlainan drpd yg umumnya, tersendiri:
keistimewaannya di dlm bidang penulisan cerpen ialah tentang
gaya dia mengolah cerpen secara ~; 2. tidak bersekutu (berkaitan
dll) dgn yg lain, tidak bersama (dgn pelibatan dsb) orang atau pihak
lain, berasingan: kebanyakan tuan punya kedai mengurus kedainya
~ ataupun dibantu oleh anak isterinya; 3. tidak menerima bantuan
(pertolongan dll) drpd mana-mana pihak pun: penuntut-penuntut
boleh dibahagikan kpd penuntut ~ dan penuntut berbiasiswa; 4.
tidak berkahwin, membujang: biarlah saya ~;
kebersendirian perihal, keadaan atau sifat bersendiri, privasi: isu
tentang ~ dlm internet juga penting dan perlu diberi pertimbangan
serius oleh undang-undang siber;
kesendirian 1. perihal sendiri (terpencil, tersisih drpd yg lain); 2.
perihal lain drpd yg lain, keistimewaan;
persendirian perihal bersendiri (tidak ditolong bantu oleh pihakpihak
lain), perseorangan: sumbangan terbesar kpd perkhidmatan
sosial datang drpd sumber-sumber ~ dan bukan drpd kerajaan;
penyendirian perbuatan mengasingkan (menyisihkan,
memencilkan) diri, perihal menyendirikan sesuatu;
penyendiri (orang) yg suka menyendiri, (orang) yg suka
mengasingkan diri: seniman bagi Freud adalah seorang ~ yg amat
suka mencipta fantasi.
sendocong sj ikan darat.
sendok (séndok); menyendok bp menyondol, menanduk; senggok.
sendong (séndong)  1. sj kandang atau pasung tempat memerah (susu)
kerbau; 2. = ~ gajah sj kandang gajah.
sendorong Mn; bersendorongan menggelincir (ke hadapan);
tersendorong tergelincir ke hadapan, terdorong ke hadapan.
sendu sl 1. sedih dan pilu: dgn hati yg ~, kutulis surat kepadanya; 2.
sedu: Lajos mengeluh dlm ~ yg menyayat;
bersendu bersedih hati: ~ diri;
kesenduan perihal sedih dan pilu: kpd siapakah lagi hendak
dicurahkan kerinduan dan ~ hatinya?
senduduk 1. sj tumbuhan (pokok renek), Melastoma malabathricum
(imbricatum, molle, muticum, sanguineum); 2. sj tumbuhan (pokok
renek yg berasal dr Brazil), Tibouchina semidecandra; akar ~ sj
tumbuhan (pokok memanjat), kemunting akar, Marumia nemorosa.
senduk I 1. segala jenis alat yg digunakan utk mencedok nasi (menimbuk
gulai dll), centong, sudip: ~ nasi (gulai dll); 2. sudu, camca: ~
makan (teh, sup, dll);
~ dan periuk (belanga) lagi berhantuk (berlaga) prb suami isteri
(kaum keluarga dll) ada kalanya berselisih juga; ~ berdegar-degar
nasi habis budi dapat prb kalau membuat pekerjaan kurang hatihati
akhirnya akan mendapat malu; ~ besar tak mengenyang prb
janji sahaja yg banyak dibuat tetapi tidak ditepati; berani ~
pengedang, air hangat direnanginya prb berani yg membuta tuli;
kulai-balai bagai ~ didukung prb orang yg lemah lembut gerakgerinya;
menyenduk mencedok dgn senduk: ia terus ~ nasi ke pinggan
suaminya, kemudian ke pinggannya sendiri;
menyendukkan mencedok (mengaut dll) sesuatu utk
membubuhkan;
tersenduk sudah disenduk, tercedok; nasi ~ tidak termakan prb
tidak dapat merasainya walaupun sudah diperoleh, belum menjadi
rezeki.
senduk II; ular (tedung) ~ sj ular (yg berwarna hitam dan bertampuk
kuning pd lehernya), Naja trupudians.
senduk-senduk sj tumbuhan (pokok), bebulan, bulan-bulan, membulan,
sesenduk, Endospermum malaccense; daun ~ sj tumbuhan (herba),
Plantago major.
senduri  seleguri.
senel (senél) IB; separ ~ bp kereta api mel.
Senen (senén) → Senin.
senencing sj ikan laut, ikan pelanduk, Lethrinus miniatus.
senerih Kd, Pl; tersenerih tersentuh, tergesel.
senewen (senéwen)  IB,  bp  1. sakit urat saraf, agak gila; 2. bingung,
gugup.
seng (séng)  Id  zink;  kepalanya sudah beratap ~ ki rambutnya sudah
beruban.
sengah; tersengah-sengah termengah-mengah.
sengai I sj tumbuhan (pokok), sungi (berrang), Santiria wrayi.
sengai II sj damar yg didapati drpd sj pokok Canarium spp.
sengaja = dgn ~ 1. memang diniatkan (dimaksudkan dll) lebih dahulu,
memang diniatkan begitu: penyair ~ ingin berbeza drpd orang
biasa; bukan sahaya ~ ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 2.
= bersengaja dibuat-buat, sahaja: geli benar hatinya melihat
tingkah laku Iskandar yg ~ itu;
menyengaja berbuat sesuatu dgn sengaja;
menyengajakan melakukan sesuatu dgn sengaja: Zainal
menyambut pertanyaan itu dgn senyum yg disengajakan;
kesengajaan perihal (perbuatan) sengaja, sesuatu yg disengajakan:
soal ~ watak-watak dlm ‘Salina’ melakukan dosa tidak pernah
dibicarakan oleh pengulas-pengulas lain sebelum Shahnon Ahmad.
sengal I 1. berasa sakit-sakit pd sendi (kerana perjalanan darah tertahan
dll), kaku, kebas, pegal: ~ kaki (tangan); 2. = ~ tulang sj penyakit
tulang (reumatisme); ~ pinggang sakit (pegal) pinggang.
sengal II; sengal-sengal = ~ nafas susah bernafas, sesak nafas: dgn nafas
~, diberikannya wang lima puluh sen kpd perempuan tua itu;
tersengal-sengal termengah-mengah (nafas).
sengam; menyengam bk memakan sampai habis, membaham.
sengangar Mn; ~ petir (pancaran) kilat, petir; panas ~ panas terik.
sengap tidak berbunyi (berkata-kata), diam, senyap: akhirnya dia ~,
memerhatikan tiap-tiap inci gerak-geri suaminya;
menyengap diam membisu, membatu;
menyengapkan 1. menyuruh diam, menengking supaya diam,
mendiamkan; 2. merahsiakan, menyorokkan;
penyengap pendiam.
sengarat sj ikan darat (biasa terdapat di paya-paya).
sengaring sj ikan darat, garing, tambra, Labeobarbus tambra.
sengat sj alat yg tajam lagi berbisa yg terdapat pd beberapa jenis serangga
dan binatang-binatang lain (labah-labah, lipan, kala, ikan keli, dsb),
antup; spt lebah, mulut membawa madu, pantat membawa ~ prb
perempuan yg elok parasnya dan manis tutur bahasanya tetapi buruk
dan jahat kelakuannya;
bersengat 1. ada sengatnya; 2. ki disegani (ditakuti dll) orang;
menyengat 1. menikam dgn sengat (lipan dll), mengetip dgn sengat:
seekor kala jengking tanah ~ tapak tanganku; 2. ki tajam (bkn
kata-kata, sindiran, dsb), berbisa: kata-katanya ~;
sengatan hasil (akibat) drpd perbuatan menyengat: tekanan darah
mangsa ~ menurun secara mendadak;
penyengat sj serangga yg bersengat; jenis-jenis: Ropalidia spp.,
Vespa auraria, Provespa anomala dll; memelihara ~ dlm baju prb
menaruh musuh dlm rumah tangga sendiri akhirnya tentu akan
mendapat kecelakaan.
sengau dgn bunyi suara yg keluar melalui hidung apabila bercakap; huruf
~ huruf (spt n, ng) yg dilafazkan dgn mengeluarkan udara melalui
rongga hidung;
menyengaukan melafazkan (huruf dll) dgn bunyi yg keluar melalui
hidung: vokal i yg berlaku selepas atau sebelum konsonan n spt pd
perkataan ‘ini’, disengaukan;
sengauan bunyi sengau, sebutan sengau;
kesengauan sifat (keadaan atau bunyi) sengau: ~ yg sengaja
dibuat-buat utk menyindir seseorang;
sengau-sengauan bercakap-cakap spt orang sengau;
penyengauan perbuatan menyengaukan sebutan (sesuatu huruf).
sengelat (sengélat)  orang  yg  banyak  helahnya  (tidak  jujur,  curang,  dll),
pengelat;  helah.
sengeleng (sengeléng) Kl, Tr sengaja (melakukan sesuatu).
senget (séngét) tinggi sebelah (letak atau duduk sesuatu benda), condong,
miring, sendeng: ketika perahu itu ~ dipukul ombak, badannya ikut
bergolek ke tepi; ~-menget tinggi rendah, tidak sama (permukaan);
biar ~ jangan tertiarap prb lebih baik rugi sedikit drpd rugi banyak;
menyenget menjadi senget (tidak seimbang dll), menyendeng:
motokar yg mempunyai spring lembut itu ~ apabila mematah
selekoh;
menyengetkan meletakkan senget, menyendengkan, memiringkan;
tersenget miring, sendeng (letak sesuatu).
senggah  sanggah II.
senggak I Jw sorak (dlm nyanyian), tingkah.
senggak II; menyenggak menengking, mengherdik.
senggama  sanggama.
senggang I tidak sibuk, lapang (waktu), lega, terluang: waktu ~
dipergunakannya utk membaca buku;
menyenggangkan menjadikan lapang (waktu), melapangkan;
kesenggangan perihal senggang.
senggang II Kl, Tr antara, jarak, lat, selang (waktu atau tempat).
senggang III Mn keras kepala, degil.
senggara; menyenggarakan mengurus, mengendalikan,
menyelenggarakan;
penyenggaraan perbuatan menyenggarakan, pengendalian,
pengurusan; selenggara.
senggat = senggatan had atau takat, tanda yg menunjukkan tingkatan
sukatan (pd kayu pembaris dll);
bersenggat mempunyai tanda-tanda yg menunjukkan tingkatan
sukatan: kayu pembaris ialah sekeping kayu yg diberi ~ dgn unitunit
sesuatu ukuran;
menyenggat memberi bertanda dgn senggat.
senggau; menyenggau 1. mencapai (dr jauh), menjangkau; 2. menjilat
(api), membakar: rumahnya disenggau api.
senggayut; bersenggayut, bersenggayutan bergayut (kera, keluang, dll),
bergayutan, bergantung, bergantungan: bas-bas penuh sesak dan
ramai penumpang yg tidak dapat tempat duduk, hanya ~ sbg
keluang kesiangan;
menyenggayuti bergayut (bergantung) pd;  gayut.
senggeng (sénggéng) Tr senget (perahu dll);
menyenggengkan menjadikan senggeng, menyengetkan: ikan-ikan
itu ~ badan tatkala melalui air yg cetek.
senggerah; senggerahan rumah rehat (tempat beristirahat, menginap, dll),
pasanggrahan: maka Pateh Adam pun kembalilah pd ~nya.
senggeruk Jw 1. sj tumbuhan utk dihidu-hidu (dicium-cium); 2. sj ubat
bius.
sengget (sénggét) I  sanggit.
sengget (sénggét)  II Jk; menyengget menjolok (mengait) dgn galah:
bunyi galah Sumi ~ buah nangka bertambah nyata terdengar.
senggiling  tenggiling.
sengging; sengging-sengging memakai (pakaian) dgn berlebih-lebihan.
senggok (sénggok);  menyenggok menyondol dgn kepala, menanduk
(kerbau dll); jangan buat kerbau tanduk panjang ~ ke mana-mana
prb jangan ikut campur dlm urusan orang lain; sendok.
senggol (sénggol) Jw; bersenggol, bersenggolan bersentuhan, bergesel;
menyenggol menyentuh, menggesel: sebuah lori telah ~ bahagian
depan kereta Suryono;
tersenggol tersentuh, tergesel;
senggolan hasil menyenggol, sentuhan.
senggora; kucing ~ sj kucing yg cantik bulunya, kucing siam.
senggugu I  senggugur.
senggugu II udang yg kecil-kecil, geragau.
senggugur sj tumbuhan (pokok kecil), lampin budak, mata kesang, sunga
(taman, tenjal, timba), tasik, Clerodendron serratum.
senggugut sj penyakit orang perempuan ketika haid (selepas bersalin dll);
jenis-jenis: ~ bangkai, ~ bunga, ~ darah, ~ kulit, ~ lintah, ~ tanduk,
dll.
sengguk I; menyengguk 1. mengangguk, mengangguk-angguk; 2.
menghantukkan (kepala dll): dipegangnya kepala budak itu dan
disengguk-sengguknya di tanah;
tersengguk 1. terangguk: brek menjerit dan mereka agak ~ ke
muka; 2. terhantuk (ke depan);
tersengguk-sengguk terangguk-angguk (orang mengantuk dll):
malam telah begitu tua dan ada antara kami yg sudah ~.
sengguk II = sesengukan tersedu-sedu, tersedan-sedan.
senggulung I sj binatang spt lipan (bergulung apabila disentuh), pinang
kotai bukit (Kl), pinang gusi (Ph), Oniscomorpha spp..
senggulung II alas kepala (dibuat drpd kain yg digulung, sabut, dll) yg
digunakan ketika menjunjung sesuatu;
bersenggulung memakai senggulung (ketika menjunjung);
mencencang berlandasan, melompat bersetumpu, menjunjung ~
prb jika hendak mengerjakan sesuatu sediakanlah segala
alat dan syaratnya dahulu.
senggulung III; ~ hati penyakit memulas (hati, perut).
sengiang Pl marah (kpd).
sengih; menyengih tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (sehingga
menampakkan gigi);
menyengihkan = ~ gigi membuka mulut sedikit dan menampakkan
gigi: ~ gigi putihnya yg panjang-panjang;
tersengih tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (dan menampakkan
gigi): anak-anaknya ~ kegelian melihat telatah emak mereka;
tersengih-sengih tersenyum-senyum dgn terbuka mulut dan
menampakkan gigi sedikit: Noorain ~ melihat gelagat Kamarul;
dilihatnya Azman ~ kesukaan;
sengihan hasil perbuatan menyengih.
senging Kd herdik, pekik.
sengingih sengih.
sengir I Jw rasa (bau) spt rasa (bau) kulit limau; mangga ~ sj mangga yg
baunya spt bau limau.
sengir II; menyengir mengangkat hidung (kerana tidak suka dll).
sengiring sj ikan darat, Mystus carasius.
sengit I 1. hangit (bkn bau sesuatu spt makanan dan rambut terbakar); 2.
tajam dan menusuk hidung (bkn bau bahan kimia, gas dsb).
sengit II 1. keras dan menyakitkan hati (perkataan), pedas: tidaklah adat
istiadatnya sampai seburuk yg engkau katakan itu, engkau belum
kenal akan dia, tuduhanmu telah ~ sahaja; 2. hebat atau hangat
(perkelahian, pertempuran, perdebatan, dll): larut tengah malam
pertempuran bertambah ~, peluru bersiung-siungan membelah
kesunyian; 3. bengis (perbuatan, muka, dll): ia tetap menentang
saran itu dgn tegas, bahkan dgn ~ dan berangnya;
menyengit menjadi sengit, menghangat, menghebat;
kesengitan perihal sengit.
sengkak I berasa kenyang sekali, segah (perut).
sengkak II; menyengkak mengurut perut ke atas (utk mengeluarkan
angin dll).
sengkak III Mn; menyengkak seram (ngeri).
sengkal kayu palang (baluk) yg dipasang melintang perahu.
sengkalan papan tempat menggiling lada (rempah dll); anak ~ penggiling
lada dll di atas sengkalan; spt ~ tak sudah prb sesuatu yg terlalu
buruk rupanya.
sengkang 1. palang drpd kayu dll (pd pintu, penyokong tiang, kekang,
dll): apabila ada ~-~ bangku itu yg galir atau longgar hendaklah
segera diketatkan segala pasaknya; 2. ark garisan pusat (pd
sesuatu bulatan); 3. = tanda ~ tanda yg menceraikan suku kata dll,
sempang;
~ bajang palang yg hujung tiap-tiap balaknya berbentuk ekor ikan;
~ merah Id palang merah;
menyengkang 1. membubuh palang (pd pintu, tiang, dll),
menyokong dgn palang; 2. meletakkan sesuatu pd mulut dll supaya
terus ternganga (terbuka): kelopak matanya spt disengkangsengkang
dgn kayu agar terus celik;
bersengkang; ~ mata menahan diri drpd tidur, berjaga (tidak tidur)
hingga larut malam;
tersengkang 1. terbuka sentiasa kerana disengkang (mulut dll); 2.
terletak atau terhenti melintang (pd kerongkongan dll),
menyengkang: penuh di dlm mulutnya dgn nasi dan daging serta
sekerat tulang kerbau ~ di mulutnya;
penyengkang kuda-kuda (pd biola).
sengkang (séngkang);  menyengkang (berjalan, berdiri, dll) dgn kaki
terbuka, mengangkang: duduk ~;
tersengkang terangkat sebelah (kaki).
sengkar papan (tempat duduk) yg letaknya melintang perahu.
sengkarut; bersengkarut 1. berbelit-belit dan berjalin-jalin (akar, tali,
dll); 2. ki banyak selok-beloknya, berkait-kait, bersangkut-paut; 3.
ki tidak menentu (percakapan dll), tidak keruan, karut.
sengkawang sj tumbuhan (pokok), damar laut, membatu, tengkawas ijuk,
Isoptera sumtrana; ~ air = meranti ~ sj tumbuhan (pokok), Shorea
lepidota.
sengkawas sj tumbuhan (pokok), medan beluluk, taring pelanduk, tuba
buah, Diospyros wallichii.
sengkayan air yg berpusing dan terangkat ke atas (kerana dipuput angin
puting beliung dll).
sengkek (séngkék) 1. orang Cina totok (yg baru datang dr negeri China);
2. ki bangsat, papa, miskin.
sengkela I sengkang kaki, belenggu, pasung; spt gajah dgn ~nya prb a)
sesuatu hal yg menyusahkan; b) orang besar-besar sekalipun ada
juga mendapat kesusahan;
bersengkela dikenakan sengkela (pd kakinya), dipasung: ~
kakinya;
menyengkela mengenakan sengkela (pd kaki), memasung,
membelenggu, menyengkang.
sengkela II Kd penyakit kudis atau gatal-gatal pd buah kemaluan
sengkelang I sengkela (penyakit kudis).
sengkelang II bersilang (kaki atau tangan spt waktu berpeluk tubuh dll);
menyengkelangkan menyilangkan (kaki, tangan).
sengkelat  sakhlat.
sengkelat (sengkélat) tidak bersuci (selepas buang air).
sengkeling bersengkeling;
bersengkeling tindih-menindih (kaki tangan), bersilang;
menyengkelingkan menyilangkan (kaki, tangan): tangannya tidak
pernah disengkelingkan ke belakang; cengkeling.
sengkelit I tali yg bersilang tempat melekatkan kaki (sewaktu memanjat
pohon dll);
bersengkelit menggunakan sengkelit (utk memanjat).
sengkelit II; bersengkelit berasak-asak, berdesak-desak;
menyengkelit mengasak-asak (masuk), mendesak.
sengkelit III Jw; menyengkelit menyelitkan (menyisipkan) keris di
belakang.
sengkenit sj kutu (pd binatang), cengkenit.
sengker I Jw; disengker tidak dibenarkan keluar, dikurung, dipingit;
sengkeran kurungan, pingitan.
sengker II (Sunda) = sengkeran batas.
sengketa (sengkéta)  1. = persengketaan pertelingkahan, pergaduhan,
perselisihan, pertentangan, pertikaian: Amerika diingatkan supaya
jangan campur tangan dlm ~ Arab-Israel; halangan-halangan ini
mungkin disebabkan oleh ~ sesama sendiri di kalangan pemimpin
Perikatan; 2. hal atau perkara (dr segi pengadilan): tidak ada ~ yg
tidak dapat diselesaikan;
bersengketa bergaduh, berkelahi, berselisih faham, bertelagah
(pendapat dll): pihak-pihak yg ~ bersedia menghadapi persoalan
itu dgn fikiran tenang dan terbuka;
mempersengketakan memperbantahkan, mempertikaikan: Bahasa
Kebangsaanlah yg menjadi soal yg dipersengketakan oleh keduadua
pihak itu;
persengketaan 1. perselisihan, pertelagahan, pertikaian,
perbalahan: ~ antara dua orang adik-beradik itu berpanjangan kpd
anak masing-masing; 2. perebutan (terhadap sesuatu): maka ~ itu
diselesaikan dan sempadan kedua-dua buah negeri itu pun
ditentukan.
sengkil; duduk ~ duduk di jendela atau di pintu utk memperlihatkan diri
(perempuan).
sengkilit Jk; menyengkilit 1. menjatuhkan orang dgn mengangkat kakinya
(menahan kaki orang ketika berjalan dll); 2. ki menipu.
sengkit sj tumbuhan (pokok), mempatuh, pala hutan, pianggu, samban,
sungkit, Myristica elliptica.
sengkok (séngkok)  bengkok  (kaki,  tangan),  berpiuh  (kerana  pernah
patah), cengkok, riuk.
sengkokol mengerekot kerana sejuk, mengokol;  kokol I.
sengkol (séngkol); bersengkol berpulas-pulas (urat dll).
sengkuang 1. = ubi ~ sj tumbuhan (pokok memanjat yg berumbi),
bengkuang, mengkuang, singkuang, Pachyrrhizus erosus; 2. sj
tumbuhan (pokok), bengkuang, cengkuang, sakal, sekuang, sepul
surgan, Dracontomelum mangiferum; 3. sj tumbuhan (pokok),
bekak, rambutan pacat, Mischocarpus sumatranus.
sengkurat sj tumbuhan (pokok) dlm famili Elaeocarpaceae, sanga burung,
medang, kungkurad dan parius-parius (Sabah), empedu, perdoh dan
sanga (Sarawak), Elaeocarpus spp.
sengkuap atap yg dipasang di rusuk atau di belakang rumah (sbg
tambahan sahaja): malam hari, bukan tidur di lepau atau di dlm
rumah, melainkan di bawah ~ atap rumah orang; ~ gantung cetera
(payung) di atas singgahsana.
sengkul sakit kerongkong dan susah menelan, sakit kail-kail.
sengokol sengkokol;  kokol I.
sengoti Kl sungguh, benar, betul.
sengsai sedih benar, menderita (kesusahan, kepiluan, dll), sengsara:
sesungguhnya Marah Adil sudah ~; sangsai.
sengsam Mn; kesengsaman, tersengsam tercocok (dgn sesuatu),
tertusuk, terkeluani.
sengsara 1. kesusahan (kesulitan dll), penderitaan: berbagai-bagai ~ dan
kesusahan yg ditanggungnya; azab ~ berbagai-bagai penderitaan;
2. menderita kesusahan (kesukaran dll): buat seorang bapa tentulah
tidak suka melihatkan diri anaknya dlm keadaan hidup ~;
menyengsarakan menjadikan (menyebabkan, mendatangkan)
sengsara, menganiaya, menyusahkan: ~ rakyat jelata;
kesengsaraan perihal sengsara: ibu kandungku telah mati dlm ~.
sengsem Jw; kesengsem terlalu asyik (berahi), jatuh cinta (kpd).
sengseng (séngséng)  singsing.
sengsurit sj burung, Caloperdix oculea.
senguk; ~-sengak tersedu-sedu, terisak-isak;
menyenguk menghidu, mencium bau.
sengun sj tumbuhan (pokok), batai, jinjing, Albizzia falcata.
sengungut sj ikan darat.
sengut; tersengut-sengut tersedu-sedu, tersedan-sedan;  senguk.
seni I halus (kecil, elok), tipis dan halus, enak didengar (suara), comel
(bentuk badan): maka Perdana Menteri pun menyuruh melengkapi
sebuah pilu diisinya dgn jarum yg ~-~ yg berkarat; bercelak ~
menggunakan celak yg halus; air ~ bh air kencing; hajat ~ rasa
hendak ke sungai; hidupan ~ benda-benda hidup yg halus (bakteria,
ameba, dll); peluh ~ peluh yg keluar dr badan orang yg sedang
ketakutan dll; puteri yg ~ puteri yg halus kulitnya; suara yg terlalu
~ suara yg lembut dan tinggi;
menyeni ark halus, lembut.
seni II 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yg dicipta dgn bakat
(kecekapan), hasil drpd sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik
dan sastera, ilmu pengetahuan dan ~ tidak akan menarik perhatian
orang yg paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta
sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yg indah-indah;
~ bahasa keindahan (susunan kata-kata) bahasa; ~ bina = ~
bangunan Id seni mengenai bangunan (penyediaan reka bentuk dan
penyeliaan pembinaan bangunan dsb); ~ drama seni mengenai
lakonan pentas (sandiwara); ~ foto seni tentang pengambilan
gambar dgn kamera dan penghasilan gambar; ~ halus cabang dan
karya seni yg mempunyai nilai keindahan dan memberikan
kepuasan cita rasa kpd peminatnya, spt lukisan, muzik, puisi dan
ukiran; ~ jarum kecekapan atau seni tekat-menekat (sulammenyulam,
jahit-menjahit); ~ kata susunan kata-kata yg indah (utk
lagu dll); ~ khat seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau tulisan
Jawi dgn gaya yg khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan yg
indah-indah; ~ kraf tangan seni kemahiran pekerjaan tangan (spt
ukir-mengukir, membuat barang-barang dgn kemahiran tangan,
dsb); ~ kreatif apa sahaja seni yg dapat mencipta sesuatu; ~ lakon
seni drama; ~ lukis seni mengenai lukis-melukis; ~ murni seni
mengenai penciptaan barang yg indah-indah (seni lukis, seni pahat,
dll); ~ muzik seni mengenai muzik termasuk lagu; ~ pahat (ukir)
seni mengenai pahat-memahat (spt membuat patung dll), kemahiran
menghasilkan (mencipta) sesuatu dgn pahat; ~ rupa seni pahat dan
seni lukis; ~ sastera seni mengenai karang-mengarang (prosa dan
puisi); ~ silat seni mengenai bersilat atau berpencak; ~ suara seni
mengenai suara atau bunyi (nyanyian, muzik, dll); ~ tari seni
mengenai tari-menari; ~ ukir(an) seni atau kemahiran ukirmengukir;
berseni mempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni: tidak
pula bermakna ia menghargai tulisan yg tidak ~;
kesenian perihal seni, yg berkaitan dgn seni, keindahan
(kehalusan): kaulah seorang seniman yg tahu menikmati ~ alam.
seni III IB (orang yg mempunyai) kebolehan utk mencipta sesuatu yg luar
biasa.
seni IV IB bahagian kejuruteraan dlm tentera.
seniah sj tumbuhan (pokok), Ficus hispida.
senigai; tangga ~ sigai.
seniman 1. orang yg mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni
serta dapat memperagakan hasil seninya itu (spt pelukis, penyair,
penyanyi, dll); 2. bintang filem (lelaki) yg telah lama melibatkan diri
dlm perfileman dan telah mencapai tahap yg tertentu: ~ Mustafa
Maarof; S~ Agung seniman yg paling tinggi kedudukannya: S~
Agung P. Ramlee;
kesenimanan hal (sifat, ciri, dll) yg berkaitan dgn seniman.
Senin 1. bp Isnin; 2. Id hari Isnin; ~ Kamis ki sesak nafas (spt akan mati),
mengap-ngap.
senior (sénior) 1. lebih tinggi dr segi pangkat, kedudukan (dlm sesebuah
organisasi), kanan; 2. lebih tua dr segi umur.
senioriti (sénioriti) kekananan: prinsip ~ tidak berlaku tetapi berdasarkan
prinsip kemampuan dan kecekapan.
seniwan ark seniman.
seniwati bintang filem (wanita).
senja waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam),
ketika hampir akan malam: ~ hampir tiba, ayam dan itiknya
kedengaran riuh rendah masuk ke reban; berebut ~ Mn hari mulai
malam; ~ buta = ~ raya senja yg sudak agak larut (lebih kurang
pukul 8.00 malam);
kesenjaan sudah terlalu petang (hampir benar akan malam),
kepetangan.
senjah Kl; menyenjah menarik (merentap) dgn kuat.
senjakala waktu senja.
senjang (sénjang) Mn 1. tidak sama yg di kiri dgn yg di kanan (sulaman,
ukiran, dll), tidak seimbang, genjang; 2. berlainan sekali, berbeza;
kesenjangan keadaan senjang, ketidakseimbangan, kelainan,
perbezaan;
persenjangan perihal tidak seimbang (serupa), perbezaan.
senjarang sj tumbuhan (herba yg menjalar), angkup merah, bayam pasir
(rusa), ekor kucing, jarang-jarang, keremak, nyarang (putih),
penjarang (ayam), Cyathula prostrata.
senjata 1. alat yg digunakan utk berperang atau berkelahi (keris, lembing,
senapang, dll): keris Majapahit dikatakan tidaklah digunakan sbg ~
tetapi hanya disimpan sbg azimat; alat ~ berbagai-bagai senjata;
meletakkan ~ berhenti berperang; mengangkat ~ mulai berperang;
2. ki sesuatu (surat, kejadian, dll) yg digunakan utk mencapai
sesuatu maksud: ~ yg besar yg digunakan oleh mereka utk
memancing undi
ialah dgn menimbulkan persoalan hidup petani; 3. tanda bunyi
atau baris pd tulisan Arab (fatahah, kasrah, dll);
~ api senjata yg menggunakan ubat peledak (spt senapang, meriam,
bom, dll); ~ berat senjata api yg besar-besar (spt meriam dll); ~
biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan
virus, yg boleh memudaratkan manusia, binatang dan tumbuhtumbuhan;
~ gelap senjata api yg digunakan (disimpan) tanpa
kebenaran pihak berkuasa; ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan
kimia yg bukan bahan ledakan (mis gas beracun dll); ~
konvensional senjata api yg tidak melibatkan penggunaan bahan
nuklear (kimia dsb); ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga
nuklear; ~ ringan senjata api yg kecil-kecil (pistol dll); ~ tajam
senjata yg tajam (keris, lembing, dll); ~ makan tuan prb senjata yg
dipakai utk mengenai orang lain tetapi mengenai diri sendiri;
bersenjata memakai (berlengkap dgn) senjata: maka bertemu dlm
kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut
berkanjar-kanjar; angkatan ~ tentera, askar;
bersenjatakan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg
senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang;
mempersenjatai melengkapi dgn senjata: Malaysia akan ~ kirakira
40 000 orang ahli Pasukan Pertahanan Tempatan;
kesenjataan perihal senjata;
persenjataan 1. perihal melengkapi dgn senjata; 2. segala alat dan
perlengkapan senjata.
senjelai  enjelai.
senjolong sj ikan laut, jolong-jolong, pupu, sembir, Hemirhamphus spp.
senjong (sénjong) sj talam kecil drpd logam yg berkaki, semberip.
senjuang sj tumbuhan (pokok), anjiluang, lenjuang, Cordyline terminalis.
senjung lengan neraca, batang dacing.
senohong sj ikan laut, Polynemus spp.
Senoi penduduk asli Semenanjung Malaysia, yg tinggal di lereng
Titiwangsa di pedalaman negeri Perak, Kelantan dan Pahang.
senoncong sj ikan laut, Lethrinus miniatus.
senonoh; tidak ~ = kurang ~ tidak patut atau tidak sopan (perkataan,
perbuatan, dll), tidak menentu (pakaian), tidak manis dipandang: ia
tidak suka aku bercampur dgn orang yg tidak ~.
senonya sj tumbuhan (pokok renek), api-api hutan, delik-delik jambu,
kelat batu, pantat ulat, Memecylon coeruleum.
senoyong; bersenoyong terhuyung-huyung (spt hendak jatuh).
sensagun sj makanan yg dibuat drpd tepung beras yg digoreng dgn kelapa
parut dan digaul dgn gula, sagun.
sensasi (sénsasi)  1. sesuatu (kejadian, keadaan, dll) yg menggemparkan
atau yg membangkitkan perasaan (menarik perhatian ramai,
menimbulkan rasa ingin tahu yg kuat, dsb): ~ dicarinya, ~
dilakukannya dan disebarkannya ke seluruh masyarakat; 2.
menimbulkan kegemparan (menjolok atau membangkitkan perasaan
dll): berita-berita itu kebanyakannya tersiar di kota Medan oleh
beberapa buah majalah yg ingin menyiarkan berita-berita ~;
mensensasikan menyebabkan sesuatu perkara (keadaan, peristiwa
dsb) terutama laporan akhbar menjadi sensasi: akhbar memang
gemar ~ tajuk sesuatu berita.
sensitif (sénsitif)  1. mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas
(memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah
tersinggung (perasaan, peribadi, dll); 2. boleh memperlihatkan
perubahan yg sekecil-kecilnya (alat yg menyukat spt jangka suhu,
neraca, dll), mudah (lekas) bergerak balas (bkn alat, mesin, dsb);
kesensitifan perihal (keadaan) sensitif, kepekaan, sensitiviti: ~
pihak ibu bapa terhadap kegiatan sosial anak-anak mereka,
perlulah disertai dgn iltizam yg bersungguh-sungguh.
sensitiviti (sénsitiviti)  keadaan  sensitif,  kepekaan:  pihak pengurusan
percetakan dan penerbitan mestilah mengambil kira ~ kaum-kaum
yg bermastautin di negara ini; mereka telah meletakkan segalagalanya
kpd mesin dan melupakan kemampuan daya fikir dan ~
serta rangsangan seorang insan.
sensitometer (sénsitométer)  (Fiz)  alat  utk  mengukur  kepekaan  bahan
fotografi terhadap cahaya.
sensor (sénsor)  I alat yg dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba,
tekanan dsb, penderia: kipas akan hidup sebaik sahaja ~ mengesan
bahang berlebihan dlm hidup enjin terutamanya ketika dlm
kesesakan lalu lintas yg teruk.
sensor (sénsor)  II IB badan atau orang yg bertugas menapis atau
memeriksa sesuatu yg akan disiarkan (buku, majalah, filem, dsb)
utk kepentingan umum atau kerana sesuatu sebab tertentu: pihak
Jepun mengawasi penerbitan ini dan setiap karangan yg tersiar
sudah melalui ~ Jepun;
disensor ditapis atau diperiksa oleh pihak yg berkenaan (sesuatu yg
akan disiarkan).
sensual (sénsual)  membangkitkan  nafsu  syahwat, penuh ghairah,
mengghairahkan, bernafsu.
sensualisme (sénsualisme)  1. ajaran (fahaman) yg menganggap bahawa
segala pengetahuan manusia itu didasarkan pd cerapan pancaindera;
2. keadaan sensual.
senta baluk penyangga geladak (dipasang membujur perahu).
senta (sénta); menyenta menolak (permohonan, permintaan, dll).
sentada I 1. sj tumbuhan (pokok), jati laut, Podocarpus polystachyus; 2.
sj tumbuhan (pokok), kayu cina, Podocarpus neriifolius.
sentada II; semut ~ sj semut; ketam ~ sj ketam.
sentadu = belalang ~ sj belalang berwarna hijau dan panjang kakinya,
belalang kacung, cengkadak, mentadak-mentadu, Tenodera
aridifolia; ulat ~ sj ulat yg besar berwarna hijau.
sentagi 1. sj tali; 2. sj bengkung (ikat pinggang) perempuan, setagen.
sentak I Jw; menyentak kuat dan keras (suara orang marah dll):
walaupun suaranya itu ~, tetapi saya tidak begitu terkejut;
menyentakkan menengking, mengherdik: tiba-tiba suara bapa dlm
kamar menyentakkan kami.
sentak II PI sj penyakit (kaku kaki tangan dgn tiba-tiba dll).
sentak (séntak); menyentak 1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut:
disentaknya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2.
menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal:
maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya
naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba:
mestilah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau
besi;
tersentak 1. tertarik dgn kuat, terpiuh; 2. tersedar (drpd tidur,
lamunan, dll) dgn tiba-tiba, terperanjat: laki-laki bermuka cengkung
itu ~ drpd khayalannya; sentap.
sental; menyental 1. menggosok dgn kuat (supaya bersih), mengganyah:
dia sudah ~ badannya dgn sabun lebih dua kali sewaktu mandi
tadi; 2. bk, ki makan (hingga habis); 3. ki mengambil hak orang lain
(tanpa kebenaran), mencuri, mencopet: semalam pencuri telah
masuk kampung dan ~ tiga buah basikal;
menyentalkan menggosokkan keras-keras, mengganyahkan;
sentalan hasil atau tindakan menyental: ~ ini menanggalkan sel
kulit yg telah mati;
penyental alat utk menyental: batu ~.
sentali sj burung, burung tukang besi, Megalaima haemacephala indica.
sentana I Jw, sl kaum keluarga diraja (orang bangsawan).
sentana II Mn; kalau ~ sekiranya, seandainya.
sentana III Mn; bersentana ark dgn sepertinya (selayaknya, sepatutnya):
malunya timbul kerana pakaiannya yg tidak ~ itu.
sentang 1. sj tumbuhan (pokok), setan, setang, Melia excelsa; 2. sj
tumbuhan (pokok) dlm famili Meliaceae, limpaga (Sabah),
Azadirachta excelsa.
sentap; menyentap menarik kuat-kuat (dgn tiba-tiba), meragut: pd ketika
ini Wan Jamil ~ tali lehernya; ~ nyawa mencabut nyawa,
menyebabkan mati (dgn serta-merta)
sentapan hasil atau tindakan menyentap: mata terasa amat pedih
kerana mengantuk, namun ~ demi ~ ikan baung pd mata kailnya
menjernihkan semula mata yg layu.
sentausa sl sentosa.
senteng (sénténg)  I 1. pendek atau singkat (baju, kelambu, dll): spt kain
pendek, tarik ke atas, singkat, tarik ke bawah , ~; 2. kekurangan
(wang dll), tidak mencukupi: ~ wang; 3. bp sudah tidak menentu
lagi ingatannya, cacau;
menyentengkan 1. menjadikan senteng (pendek, singkat) sedikit,
memendekkan; 2. menjadikan kurang (tidak cukup), mengurangkan;
kesentengan perihal senteng.
senteng (sénténg) II (Bali) kain kemban.
senter (sénter,  séntér)  I Id 1. = lampu ~ lampu picit; 2. lampu yg boleh
menyinarkan cahaya jauh-jauh, lampu corong; gambar ~ gambar
bayangan di atas layar (spt wayang) tetapi tidak bergerak;
menyenter, menyenteri menerangi dgn lampu picit.
senter (sénter)  II bp; ~ haf pemain barisan kedua yg di tengah (dlm
permainan bola sepak, hoki); ~ por pemain barisan penyerang yg di
tengah (dlm permainan bola sepak, hoki); tak ~ bp agak gila, tiga
suku.
senteri 1. orang yg mendalami pengajiannya dlm agama Islam dgn
merantau jauh-jauh (berguru di tempat yg jauh-jauh); 2. orang yg
kuat beribadat (soleh).
senti (sénti) IB 1. singkatan bagi sentimeter; 2. seperseratus.
sentiabu benet, bayonet, sangkur;  setiabu.
sentiare (séntiare)  satuan  ukuran  luas  yg  bersamaan  dgn  satu  meter
persegi.
sentiasa sepanjang masa, selalu; senantiasa.
sentigram (séntigram) satuan sukatan berat yg bersamaan dgn 0.01 gram.
sentigred (séntigréd) skala suhu yg bersimbol C dgn takat sejuk beku pd
0 dan takat didih pd 100 (unit lama bagi Celsius).
sentil I; ~ tembakau songel drpd tembakau, sugi;
tersentil tersembul (tersempil) sedikit: songel yg ~ di bibirnya itu
ditenyeh-tenyehkannya terus tanpa menghiraukan pertanyaan
suaminya.
sentil II Jk; menyentil 1. memukul dgn jari yg dibidaskan dgn ibu jari,
menjentik; 2. ki menegur (dlm erti mencaci, mencerca, dll),
mengkritik;
sentilan 1. jentikan; 2. celaan, kritikan.
sentiliter (séntiliter) satuan ukuran isi padu yg bersamaan dgn 0.01 liter.
sentimen (séntimen) 1. perasaan yg berlebih-lebihan dan menurutkan kata
hati terhadap sesuatu; 2. emosi atau perasaan yg lembut dan halus
yg mudah mengusik jiwa; 3. pandangan atau pendapat tentang
sesuatu: kau yg mengapi-apikan ~ perkauman; kau terlalu lekas
tersinggung, terlalu lekas mengeluarkan perasaan ~mu.
sentimental (séntiméntal) 1. berkaitan dgn atau dicirikan oleh sentimen; 2.
bersifat lembut, romantis, atau mudah terusik perasaan: lagu~;
gadis ~.
sentimentalis (séntiméntalis)  orang  yg  sentimental: Ishak Haji
Muhammad seorang ~.
sentimeter (séntiméter)  satuan  ukuran  panjang  yg  bersamaan  dgn  0.01
meter.
senting I Mn ark susah, sukar.
senting II Mn ark bagus (baik) sekali.
sentiung C jirat (kubur) Cina.
sentosa aman dan tenteram, bebas drpd segala bencana, sejahtera,
selamat: pd masa itu negeri Melaka pun dlm ~nya, dan dagang pun
terlalu banyak keluar masuk;
bersentosa berada dlm keadaan aman dan tenteram (sejahtera,
mewah, dll), berbahagia;
menyentosakan menjadikan sentosa (sejahtera), mengamankan;
kesentosaan perihal sentosa, keamanan, kesejahteraan,
ketenteraman: mereka menyanjung tinggi Presiden mereka yg telah
memimpin negara mereka ke arah ~ itu.
sentral (séntral)  1. di tengah atau pusat; pasar ~ pasar yg terletak di
tengah bandar; 2. (pejabat dll) yg menjadi pusat (pejabat-pejabat
lain dll), ibu (pejabat dll); pemerintah ~ pemerintah pusat.
sentralisasi (séntralisasi) perihal menyerahkan atau meletakkan
kekuasaan (pemerintahan dll) kpd pihak berkuasa pusat, pemusatan
(pemerintahan, pentadbiran, dsb);
menyentralisasikan menyerahkan atau meletakkan kekuasaan dll
kpd pihak pusat, memusatkan (pentadbiran dsb): beberapa aspek
pentadbiran dan pengurusan pendidikan kini harus
disentralisasikan utk menggalakkan kreativiti dan kepelbagaian
dlm pendidikan di negara ini.
sentri (séntri) penjaga, pengawal.
sentroid (séntroid) (Mat) pusat bagi sesuatu rajah.
sentrum (séntrum) 1. Id tempat yg terletak di tengah-tengah (bandar dsb),
pusat bandar; 2. titik pd pusat bidang (bulatan, dsb), titik pusat; 3.
(Bio) bahagian atau badan utama tulang ruas.
sentuang buluh dll utk meniup api, salung api.
sentuh I; bersentuh 1. kena sedikit pd, berhantuk sedikit dgn, mengenai
(antara dua benda), bersenggol: penyakit ini berjangkit kerana ~
dgn badan orang yg berpenyakit; 2. bh bersetubuh;
bersentuhan 1. berhantukan, bersenggolan, bersinggungan sedikit:
kerana disesak orang, ~lah aku dgn gadis itu; 2. ki bersangkutpaut
(dgn), berkaitan (dgn);
menyentuh 1. mengenai (menyinggung) sedikit, menjamah: dia
berasa pipinya disentuh orang;
2. melanggar sedikit, terkena pd, terhantuk pd: lengannya luka
kerana ~ dawai berduri; 3. memperkatakan secara sepintas lalu
sahaja (tidak secara terperinci), menyebut (sesuatu hal): kali ini
saya ~ kedudukan syarikat-syarikat kilang padi di luar bandar; 4.
menyinggung (perasaan), mengganggu (perasaan), menimbulkan
sedikit (perasaan terharu, sedih, dsb);
menyentuhi mengenai, mencecah: langit menjadi gelap-gelita
seketika sewaktu tirai benang halus itu mulai ~ bumi;
tersentuh 1. terkena (tersinggung) sedikit, terjamah; 2. terlanggar
(terhantuk, terkena, tersandung) pd: kakiku ~ batu; 3. diperkatakan
secara sepintas lalu sahaja, tersebut (dlm sesuatu ucapan dll): sudah
tentu ada ibu bapa yg menghadapi soal-soal yg tidak ~ langsung
dlm buku ini; 4. ki tersinggung (perasaan), terganggu (perasaan),
terharu: dia lekas ~;
sentuhan senggolan, singgungan: ~ tangan yg takut-takut;
kesentuhan 1. kena sentuh, disentuh; 2. dirasuki (dimasuki) orang
halus;
persentuhan perihal bersentuh (bersenggol, bergesel);
penyentuhan perbuatan menyentuh;
penyentuh sesuatu yg digunakan utk menyentuh (sesungut pd
serangga dll).
sentuh II sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kepayang, akar lokan,
Trichosanthes tricuspidata.
sentuk; tersentuk terhantuk (tersentuh) pd.
sentul sj tumbuhan (pokok dan buahnya) kecapi, Sandoricum koetjape.
sentulang sj tumbuhan (pokok), medang gembut, medang tanduk,
mentagur paya, pokok segan selumbar, Jackia ornata.
sentung I bulatan, lingkaran, lingkungan; kain ~ kain sarung.
sentung II Mn 1. erat, rapat; ~ pintu palang pintu; ~ pelalai sj ubat gunaguna
yg menyebabkan perempuan tidak mahu berkahwin atau
beroleh jodoh; 2. sj baji utk menegangkan kulit rebana (gendang);
menyentung mengenakan (memasang) sentung.
senu sj tumbuhan (pokok renek), terembesi, tutup awu, Pipturus incanus.
senuh berasa senak perut (kerana kekenyangan dll).
senuhun ark sl sinuhun.
senumpul sj tumbuhan (pokok) dlm famili Flacourtiaceae, setumpul,
karpus (Sabah), Hydnocarpus spp.
senun bp sana.
senunggang sj ikan laut.
senyak senyap.
senyampang 1. kebetulan, untunglah, mujurlah: ~ hari masih pagi, jika
tidak, tidak dapat kita kembali; 2. kalau-kalau, jika sekiranya: ~
balik esok, jemputlah singgah; 3. selagi, sementara: ~ ada peluang
tuan ziarahi kubur; 4. mentang-mentang, masakan: ~ dia
berpangkat, bukan main sombong lagi.
senyamuk sj tumbuhan (pokok renek), nyamuk, penyamuk, sugi damar,
Guioa pleuropteris.
senyap 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi;
2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap
(berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3.
tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak bersuara, diam;
4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6.
tidak diperkatakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~
dgn sendiri;
senyap-senyap tidak dgn berkata-kata, secara rahsia: perasaan
kecewa itu tersimpan ~;
bersenyap-senyap dgn diam-diam (tidak bising, tidak bersuara,
dll);
menyenyapkan menyebabkan senyap (tidak mengeluarkan bunyi,
tidak kedengaran suara, tidak diperkatakan lagi dsb): makanan yg
diberikan itu ~ salakan anjing jirannya;
kesenyapan perihal (keadaan dsb) senyap: penuturan perkataan itu
dlm dua ujaran yg dipisahkan oleh ~; seseorang pengerusi yg
putar belit akan menganggap bahawa ~ peserta adalah sbg tanda
bersetuju;
penyenyap alat utk mengurangkan bunyi bising (pd ekzos enjin,
senapang, piano, dll).
senyar rasa menggelenyar atau geranyam di tangan (apabila siku
terhantuk pd benda-benda yg keras dll).
senyek (senyék)  Kl  1. = sejuk ~ terlalu sejuk; 2. lembap (melakukan
sesuatu kerja), lemah.
senyonyong; minyak ~ sj ubat guna-guna, minyak pengasih.
senyum 1. gerak bibir yg ternaik pd hujungnya yg membayangkan rasa
suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara: perempuan
muda itu kelihatan memberikan ~ manisnya kpd laki-laki itu; 2.
menggerakkan bibir hingga ternaik sedikit hujungnya bagi
membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa
mengeluarkan suara: “~, ~,” kata ayah sebelum memetik kamera;
~(-senyum) kambing senyum yg dibuat-buat utk mengejek; ~
kanyur senyum yg dibuat-buat (ketika marah); ~ kucing Kl senyum
yg mengandungi sesuatu muslihat; ~ manis senyum yg menarik
sekali (menampakkan kejelitaan seseorang); ~ mesra a) senyum yg
menunjukkan rasa mesra; b) sj kuih drpd tepung yg dicampur dgn
berbagai-bagai ramuan; ~ raja senyum yg dibuat-buat (tidak
mengandungi apa-apa makna); ~ serong-serong bahasa senyum
sedikit sahaja; simpul senyum yg menandakan gembira (geli hati,
dll); ~ sinis senyum yg dibuat-buat kerana mengejek (menyindir); ~
sumbing senyum sedikit sahaja; ~ tawar senyum yg dibuat-buat
ketika berdukacita (dlm kecewa dll);
senyum-menyenyum saling tersenyum: sudah luput segala tundukmenunduk,
~ serta tegur-menegur;
menyenyumi melahirkan senyuman kpd: dia ~ si pelacur tua
secara sinis;
tersenyum melahirkan senyum: Wan Intan ~ berkulum melihat
temasya yg berlaku di hadapannya itu;
tersenyum-senyum mengeluarkan senyum yg berulang-ulang dan
agak berpanjangan, tersenyum berulang-ulang atau dgn agak
berpanjangan: beberapa orang mahasiswa kelihatan ~ memandang
gelagat kami; dia ~ mendengar segala janjiku itu;
senyuman hasil tersenyum: ~nya menyejukkan hati.
senyur sj ikan laut, Monodactylus falciformis.
senyur (sényur)  I (Portugis) kata sapaan atau panggilan utk orang lelaki
yg bererti tuan atau encik.
senyur (sényur) II IB, bp jurutera.
sep (sép) IB ketua di sesuatu pejabat (stesen dll): saya ~ di sini, engkau
boleh angkat kaki sekarang juga, saya tidak dapat menunggu lama
lagi;
bersep bp menghamba (kpd), bertuankan (kpd).
sepa (sépa) I Pr; tersepa terlalu letih, keletihan.
sepa (sépa) II Kd, Pn kami semua.
sepada Jk kep siapa ada (di rumah).
sepadan 1. sj tumbuhan (palma), pinang boreng, pinang buring, pinang
bohong, pinang burung, pinang hutan, pinang kelasak, pinang pacat,
pinang (palas) tikus, Iguanura geonomiformis; 2. = pinang ~ sj
tumbuhan (palma), Iguanura wallichiana.
sepagi; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput tahi babi, Vernonia
cinerea.
sepah I hampas benda yg telah dikunyah dan dihisap airnya (spt tebu,
sirih, dll): maka ia pun segeralah santap sirih maka ~nya itu pun
diberikan kpd tuan puteri Kuntum Ratna Sari; sepelontar ~ sirih
jarak yg dekat sekali; ~ tembakau Kl a) sesuatu yg tidak berguna
lagi; b) sampah masyarakat; habis manis ~ dibuang prb digunakan
sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan;
menyepah mengambil sari atau air drpd sesuatu (spt sirih, tebu, dll)
dgn mengunyah: apa yg disepah oleh budak itu?
sepah II; ~ puteri a) sj burung, Dicaeum cruentatum ignitum; b) sj
burung, Dicaeum t. trigonostigmum; ~ puteri gunung sj burung,
Dicaceum sanguinolentum dolichorhynchum; ~ puteri kecil sj
burung, Dicaeum concolor borneanum; ~ raja sj burung, kelicap
merah, Aethopyga siparaja siparaja.
sepah III; ~ bulan sj binatang kecil spt lipan (tetapi banyak kakinya dan
mudah bergulung apabila tersentuh), gengulung, gonggok,
mentibang, ulat monggok, Trigoniulus lumbricinus.
sepah IV sj batu permata (ada gambar akar atau kayu di dalamnya).
sepah (sépah); bersepah, bersepah-sepah 1. = tersepah berserak-serak
(dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan
habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh
dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm
kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan;
bersepahan bertaburan (berserakan) di merata-rata tempat, tidak
teratur atau tersusun (pakaian, pinggan mangkuk, dll): pinggan
mangkuk sisa makanan petang tadi masih ~;
menyepahkan menaburkan (menyerakkan) ke merata-rata tempat:
majalah-majalah itu disepahkan di hujung gulungan tikarnya.
sepai I; bersepai 1. bersepah menjadi kecil dan terserak ke merata,
berkecai: maka bergegarlah rumah itu seluruhnya bagai akan
pecah ~; 2. berserak-serak, bertabur ke merata-rata tempat: air liur
~ ke muka Lebai Dusin;
bersepaian berserakan, bertaburan: ~ kaca.
sepai II bp penyuluh (pencari) rahsia, perisik, pengintip.
sepak I bunyi spt bunyi tamparan dll: menampar dgn amat keras ~nya;
menyepak menampar, menempeleng: ia ~ tengkuknya yg
dihinggapi nyamuk.
sepak II IB, bp jari-jari pd roda.
sepak (sépak) pukulan dgn kaki, depak, tendangan;
~ raga jaring = ~ takraw sj permainan dgn bola raga yg memakai
jaring di tengah gelanggang; ~ sila tendangan dgn bahagian kaki di
sebelah dalam; ~ singkar tendangan dgn bahagian kaki sebelar luar;
~ terajang a) tendangan dan pukulan dgn kaki (kerana marah, dlm
perkelahian, dll); b) tingkah laku, gerak-geri, sikap; bola ~ sj
permainan bola di padang dgn cara menyepak;
bersepak bermain sepak; ~ raga bermain sepak raga;
menyepak memukul dgn kaki, menendang, mendepak: ia ~
punggung temannya; ~ bola; ~ raga;
bunga disunting perdu disepak buang prb a) seseorang yg gemar
akan hak orang tetapi benci akan tuannya; b) perihal anak menantu
yg membenci mentuanya;
menyepakkan memukulkan dgn kaki, menendangkan;
sepakan hasil menyepak, tendangan; ~ sudut tendangan penjuru.
sepam 1. Jh, Ph sj tumbuhan (pokok), kolah, topah, Mangifera
longipetiolata; 2. sj tumbuhan (pokok), Mangifera maingayi.
sepan I 1. sj tumbuhan (pokok menjalar), Gymnopetalum
cochinchinensis; 2. sj tumbuhan (pokok), keranji, kuran, Dialium
spp.
sepan II Id, bp 1. secukup-cukup sahaja (tidak berlebih); 2. sempit, ketat;
disepan 1. dihadkan (sehingga cukup sahaja); 2. diregangkan
supaya tegang, menegangkan.
sepana sj alat utk mencengkam dan mengetatkan atau melonggarkan nat
(bolt dll); ~ hidup sepana yg satu bahagian pencengkamnya dapat
digerak-gerakkan utk menyesuaikannya dgn saiz nat, bolt, dll.
sepandri IB sj pangkat dlm tentera (tinggi sedikit drpd prebet).
sepanduk kain dll bertulis yg dibawa dlm perarakan dll utk menyatakan
sesuatu kpd orang ramai dll.
sepang I sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat bahan pencelup),
Caesalpinia sappan; merah ~ merah tua.
sepang II; ~ kederang Kl orang yg tidak boleh diharap (kerana malas dll).
sepanggil sj tumbuhan (pokok renek), bunga mara, bunga tinggal, panggilpanggil,
pemanggil, pengkilai, pepanggil, Clerodendron
paniculatum.
separa sebahagian sahaja, tidak sepenuhnya, separuh: ragum boleh
diperbuat drpd keluli, ~ keluli atau besi tuang.
separbang IB bank simpanan wang.
separo Jw separuh.
sepasan sepesan.
sepasin Mn kepompong sibur-sibur;
~ dapat bersiang prb mendapat keuntungan dgn tidak disangkasangka;
bersurih bak ~, berjejak bak berkik, berbau bak embacang
prb mempunyai bukti (tanda) yg sahih bkn sesuatu kejahatan
(kesalahan dll).
sepat I rasa kelat (buah-buahan dll).
sepat II 1. = ~ karang = ~ laut sj ikan laut, Pempheris spp.; 2. = ~ siam
sj ikan darat, Trichogaster pectoralis; ~ padi = ~ ronggeng sj ikan
darat, Trichogaster trichopterus;
bagai anak ~ ketohoran prb seseorang yg menunjukkan
kemalasannya ketika di rumah orang; bodoh-bodoh ~, tak makan
pancing emas prb a) orang bodoh sekalipun tahu juga memilih apa
yg baik utk dirinya; b) orang bodoh yg mendapat kecelakaan kerana
berpura-pura bersikap spt orang tahu; tersendeng-sendeng spt ~ di
bawah mengkuang prb orang kecil yg takut dan malu hendak
menghampiri orang yg lebih besar dan mulia.
sepat III; kacang ~ sj tumbuhan (herba yg memanjat), kacang kara,
kacang kedele, kacang keriji, kacang monyet, kekora, Dolichos
lablab; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Macaranga triloba; rumput ~
sj tumbuhan (rumput), rumput minyak, Daemonorhops
angustifolius.
sepat IV Kl; menyepat mengoyak atau menyiat kulit (dr batang kayu).
sepati sj tumbuhan (pokok renek), jarum merah, kepayang air, mata
pelanduk, Ixora arguta.
sepatu I 1. sj pakaian (diperbuat drpd getah, kulit, dll), kasut, kaus; 2.
sesuatu yg menyerupai sepatu (spt alas kaki meja dll);
~ besi Id = ~ kuda ladam; ~ luncur kasut luncur; ~ roda kasut roda;
bersepatu memakai sepatu: dia ~ kilat.
sepatu II; bunga (kembang) ~ Id sj tumbuhan (pokok kecil), bunga raya,
Hibiscus rosasinensis.
sepatung sibur-sibur: bagai ~ mandi = selama ~ cebok prb menyatakan
waktu yg sebentar sekali.
sepeda (sepéda)  Id basikal, kereta angin  (lereng); ~ kumbang basikal yg
bermotor; ~ motor motosikal.
sepedas 1. sj tumbuhan (rizom), halia, jahe, Zingiber officinale; 2. sj
tumbuhan (pokok kecil), banik, cia kubit, kubang, kubin,
mengkubung, sekubin, telinga gajah, selaru, Macaranga gigantea:
3. sj tumbuhan (pokok kecil), landas bukit, mahang bulan, mahang
kukur, mahang serindit, mahang tekukur, tutup cangur, Macaranga
triloba; ~ bunga sj tumbuhan (pokok), geronggong betina, mempat,
mempat hitam, mempapit, mempitis, semempat, Cratoxylon
cochinchinensis.
sepedih 1. sj tumbuhan (bendalu), akar landang putih, ara kesinai, Ficus
parietalis; 2. sj tumbuhan (pokok memanjat), akar beringin, Ficus
ramentacea; 3. sj tumbuhan (pokok), ara nasi, pulut-pulut, tampang
burung, Ficus vasculosa; 4. = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek),
ara perak, akar semelit dadih, cementung, kelumpung air,
kelumpung burung, kelumpung jantan, Ficus alba; 5. sj tumbuhan
(pokok renek), gading-gading, langsit, nasi-nasi, susun kelapa
hutan, tulang-tulang, Prismatomeris malayana.
sepekang sj tumbuhan (pokok renek), kait-kait tajam, kuku lang, mata
pelanduk, siantan jantan, Randia longiflora.
sepekuk (sepékuk) IB sj kuih.
sepel (sepél) I IB, bp; menyepel mengeja;
sepelan ejaan.
sepel (sepél) II IB, bp berlatih (bermain bola, muzik, dll).
sepeling (sepéling) IB 1. bp peruntukan (wang dll) yg sengaja dilebihkan
sedikit drpd yg semestinya, kelebihan; 2. bp longgar (roda dll).
sepen (sepén) IB almari (bilik) tempat menyimpan barang makanan.
sepenah sl berkat, sempena, tuah.
sepeng (sépéng) bahagian yg tidak berambut (pd kepala), bahagian kepala
yg botak.
sepenuh 1. = daun ~ sj tumbuhan (pokok), babi kurus, berangan babi,
giring-giring minyak beruk, Quercus lucida.
sepera Pr; (orang) gila ~ orang yg bebal akal (bodoh benar).
seperadian  adi III.
seperah kain yg digunakan utk mengalas makanan yg disajikan;
menyeperah mengalasi dgn (kain) seperah.
seperai IB kain alas tilam, kain cadar: selembar-lembar dibukanya
sarung bantal dan ~.
seperantu sj bahan ubat yg berasal drpd pokok Sindora sumatrana.
seperti 1. sama (serupa) dgn, sebagai, semacam: rambutnya ~ rambut
perempuan; laki-laki itu memejamkan matanya sejurus ~ orang
kegelisahan benar; 2. sesuai dgn, sebagaimana: keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia ~ yg tersiar dlm akhbar ini; 3. seolah-olah,
macam: ~ tidak ada orang lain yg pandai; 4. = sepertinya
misalnya, contohnya, umpamanya: akhbar-akhbar Melayu ~
Utusan Melayu, Berita Harian, dll banyak dibaca di kampungkampung;
bukan ~ bukan main;
sepertinya 1. jikalau, seandainya, sekiranya: ~ engkau diajak
mahukah engkau pergi? 2. selayaknya, semestinya: maka oleh
Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu dan disuruhnya
arak dgn ~; 3. umpamanya;
sepertikan tidak ubahnya, bagaikan: ia berjalan itu sangat
perlahan ~ tiada berdaya lakunya;
menyepertikan sl 1. menjadikan sbg sepatutnya, menjadikan sbg
yg sepantasnya; 2. menyamakan dgn, menganggap seperti.
sepertimana sebagaimana, seperti.
sepesan 1. sj serangga (spt belalang) yg berbisa, pesan-pesan, Gryllacris
spp.; 2. Id lipan; mengaki ~ menyerupai kaki lipan, bertiras; ~ anak
beranak, anaknya beranak (menggigit) pula prb cepat sekali
berkembang biak.
sepet Jk 1. sepat, kelat; 2. rasa tidak enak (mata), rasa sakit.
sepet (sépét)  kuyu,  kecil  sedikit  (mata):  matanya ~ juga, macam mata
orang Cina;
menyepetkan menjadikan kelihatan sepet, menguyukan (mata).
sepetang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sepucat, balik adap (bukit),
bunga bintang kuning (merah), cempaka hutan, pokok beruas hutan,
puding belacan, Mussaenda mutabilis.
sepetir 1. sj tumbuhan (pokok), kedondong hutan, saga, Ormosia
parviflora; 2. sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, tampar
hantu (Sabah), petir (Sarawak), Sindora spp.;
~ hantu = ~ senduk sj tumbuhan (pokok), Sindora wallichii; ~
jantan sj tumbuhan (pokok), Sindora velutina; ~ minyak sj
tumbuhan (pokok), Sindora coriacea.
sepi 1. tidak riuh, senyap, sunyi: kedua-duanya diam sejenak, seluruhnya
~ kecuali bunyi deru jentera yg tidak putus-putus; 2. tidak banyak
orang, tidak ramai (pembeli di kedai dll), lengang: awak pernah
gambarkan ~nya orang tua kalau dia sakit dan tidak ada orang di
sampingnya; 3. ki tidak meriah (sambutan bkn sesuatu dll), dingin:
kunjungannya ke sana telah mendapat sambutan yg ~ sekali;
memandang (menganggap) ~ ki tidak menghiraukan atau
mempedulikan sangat;
menyepi 1. = bersepi-sepi pergi ke tempat yg sunyi (utk
menenteramkan diri dll); 2. menghindarkan diri drpd orang banyak,
mengasingkan diri, menyendiri; 3. menjadi sepi: keriuhan ayam itik
juga turut ~;
menyepikan menjadikan sepi: Allah tidak ~ alam ini drpd mereka;
~ diri menghindarkan diri drpd orang banyak, menyepi;
kesepian 1. perihal keadan sepi, kesunyian: hanya bunyi gobek
itulah sahaja yg memecahkan ~; 2. berasa sepi (kerana
keseorangan dll): dia ~ apabila ditinggalkan seorang diri;
penyepian perbuatan menyepi atau menyepikan diri: selama ~nya
itu dia telah dapat menyelesaikan karyanya yg paling penting.
sepiding sj tumbuhan (rumpai), rumput giring-giring, selensing, selising,
Hypolytrum latifolium.
sepih Mn serpih.
sepilai I sj ikan darat, belanga, pelaga, Betta splendens.
sepilai II Kd sj alat yg diperbuat drpd kayu, rotan, digunakan utk
menangkap ikan.
sepina (Udg) surat yg meminta seseorang hadir (utk memberikan
keterangan sbg saksi dsb) di mahkamah;
disepina diminta menghadirkan diri di mahkamah.
sepincang Jk satu sen setengah.
seping; ~ kederam Kl bodoh benar.
sepion IB mata-mata (gelap);
menyepion mengintip (utk mendapatkan rahsia dll), memata-matai.
sepit I 1. alat utk menjepit atau mengapit (spt jari ketam); 2. alat makan
orang Cina; ~ (penyepit) api alat (drpd besi dll) utk menjepit bara
api; ~ baju a) sepit yg digunakan utk menyepit pakaian di ampaian;
b) pin baju; ~ bara alat penjepit spt yg digunakan oleh tukang emas;
~ ketam a) jari ketam dll yg boleh menjepit; b) sj jahitan utk
bahagian tepi benda yg dijahit; ~ rambut alat utk menyepit rambut
(supaya tidak ditiup angin); kuih ~ sj penganan yg tipis drpd tepung
gandum (telur, santan dan gula putih); kuat ~ kerana kempa prb
orang yg menjadi kuat dlm sesuatu perkara kerana ada yg menolong
atau menyokongnya dr belakang;
menyepit 1. memegang (mencengkam dll) dgn sepit, menjepit dgn
sepit: ular mematuk, ketam ~; 2. mengapit atau menekan sesuatu di
antara dua benda (spt dgn kaki, jari, dll);
tersepit 1. sudah disepit (diapit, dijepit, dll): cerut cap ayam yg ~
di bibirnya itu, dipasangnya; 2. ki terhimpit, tertekan: seluruh
kehidupan mereka ~ antara dua pihak yg mengadu kekuatan
senjata dan tenaga;
penyepit sepit.
sepit II 1. = sepit-sepit sj tumbuhan (herba yg menjalar), gelang laut,
sesepit, Sesuvium portulacastrum; 2. sj tumbuhan (pokok), bangsa
jantan, hal(e)ban, leban, leban bunga (hitam, kunyit, nasi, pelanduk,
tanduk), tampang besi, Vitex vestita; 3. sj tumbuhan (pokok),
Ormosia microsperma.
sepoa  sempoa.
sepoi sl askar India.
sepoi-sepoi = ~ bahasa perlahan-lahan atau lemah lembut (tiupan angin),
silir-semilir: angin yg tadinya bertiup dgn ~ bahasa telah berubah
menjadi ganas.
Sept kep September.
September (Séptémber)  bulan  kesembilan  dlm  tahun  Masihi  yg
mengandungi 30 hari.
septet (séptét)  (Muz)  1. gubahan muzik utk sekumpulan tujuh orang
penyanyi atau pemuzik; 2. kumpulan muzik yg terdiri drpd tujuh
orang penyanyi atau pemuzik.
septisemia (séptisémia)  (Ubat)  keracunan  darah  yg  berpunca  drpd
mikroorganisma penyebab penyakit dan toksinnya dlm darah.
septum (séptum) (Bio) dinding atau membran yg memisahkan dua rongga
atau tisu.
sepucat sj tumbuhan (pokok renek), geharu badak, gembadak,
Phyllochiamys wallichii.
sepuh I 1. campuran (drpd tawas, sendawa, garam, dll) utk menuakan
warna emas; 2. lapisan logam (yg nipis) pd logam yg lain, sadur: ~
emas; 3. cara mengeraskan besi (pisau, cangkul, dll) dgn
membakarnya dan kemudian mencelupkannya ke dlm air; 4. Jk
pewarna (pencelup) kuih; hilang ~ tampak senam prb ketahuan
kejahatannya (sesudah terbuka rahsianya); 5. bahan yg disapukan
pd seramik dll utk menjadikannya licin dan berkilat;
bersepuh berlapis atau bersadur dgn: di kepalanya ada bunga
sanggul drpd perak ~ emas;
menyepuh 1. menuakan warna emas dgn mencelupkannya ke dlm
cairan tertentu (spt campuran sendawa, tawas, garam, dll); 2.
melapiskan sesuatu logam dgn logam yg lain, menyadur; 3.
mengeraskan besi dll dgn membakar dan kemudian
mencelupkannya ke dlm air; 4. Jk mewarnai kuih (dgn pencelup);
spt emas baharu disepuh prb peri keelokan seseorang perempuan;
tersepuh sudah disepuh atau disadur: maka turun dewa dr
keinderaan merupakan dirinya seekor lembu putih spt perak yg
sudah ~; spt emas yg sudah ~ prb paras yg elok;
sepuhan sesuatu yg telah disepuh, saduran;
penyepuh air dll utk mencelupkan barang yg hendak disepuh.
sepuh II 1. sj tumbuhan (pokok kecil yg biasa dijadikan kayu api), kecapi,
tumbit kayu, Allophylus fulvinervis; 2. = ~ puteri sj tumbuhan
(pokok), kedi, leban condong, melampai bukit, mengkedi,
Engelhardtia nudiflora; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), derumun babi
(hitam), medang keli (manih, musang, tanjung), Elaeocarpus
petiolatus.
sepuh lindap (Kej) proses pemanasan dan penyejukan utk mengaruh
pelembutan bahan;
menyepuh lindap mengukuhkan (melegakan) tekanan dalaman pd
keluli, kaca dll dgn pemanasan dan penyejukan beransur-ansur.
sepuit IB, bp alat utk menyemburkan air (ubat nyamuk, cat, dll), semprot.
sepuk; menyepuk 1. mencampak dgn sewenang-wenang (dgn tidak
mengendahkan apa-apa): mengapa disepuk kain baju engkau di
situ? 2. mengambil dgn sewenang-wenang, menyerobot;
tersepuk 1. terbuang atau terhantar (pakaian, barang-barang, dll),
tercampak dgn sewenang-wenangnya; 2. jatuh, terjerembap
(binatang, orang).
sepulih 1. sj tumbuhan (pokok renek), kopi (kahwa) hutan, mengkudu
hutan, sepulis, Fragracea racemosa; 2. sj tumbuhan (pokok renek),
pokok batu pelir kambing, Rauwolfia perakensis; 3. = daun ~
duduk sj tumbuhan (herba), Plocoglottis porphyrophylla.
sepulis  sepulih.
sepuluh bilangan sembilan dgn satu;  puluh.
sepulut sj tumbuhan (rumpai), lerkuing, malbar hutan, pokok-pokok
hutan, pokok kemangi, ruku-ruku, selasih hutan, Hyptis suaveolens.
sepur Id kereta api.
seput I Id, bp cepat, pantas, lekas, deras: kereta api ~ tidak berhenti di
bandar itu.
seput II Ph; menyeput melapikkan tangan dgn kain dll utk memegang
(mengangkat) benda-benda yg panas.
seput III Tr hampir tamat: pergilah sembahyang zuhur cepat sedikit.
Waktu sembahyang zuhur sudah ~.
seputih; daun ~ tulang sj tumbuhan (bendalu), anggerik merpati,
Dendrobium crumenatum.
sera; tersera-sera tergopoh-gopoh atau tergesa-gesa (berjalan, berlari,
dll), berjalan dll spt orang dlm kecemasan: penat berkejar tidak
terkira ke sana ke mari ~; serah II.
serabai sj kuih yg bersarang-sarang diperbuat drpd tepung beras.
serabi serabai.
serabut 1. serat spt yg terdapat pd sabut (kulit kayu dll), sesuatu yg
berupa serat; akar ~ akar pokok yg tidak mempunyai akar tunjang
(buluh dll), akar yg berambu-rambu; 2. berambu-rambu, berbulubulu
(tali, benang, dll); 3. = ~ perut Kl terharu (fikiran), risau,
runsing;
berserabut 1. berambu-rambu (tali, benang, dll), tidak kemas,
berserat-serat, kusut: pakaiannya semua kain yg mahal-mahal,
tetapi pd setengah-setengah tempat, telah ~ benangnya; 2. ki tidak
menentu, kucar-kacir (fikiran dll): setelah selesai ia membaca buku
itu, fikirannya jadi ~ utk mencari pertimbangan;
menyerabuti ki menyelubungi atau menyusahkan (fikiran):
persoalan yg ~ kepalanya kini akan terjawab juga akhirnya;
menyerabutkan menjadikan (fikiran) kusut: persoalan itu ~
fikirannya;
keserabutan 1. keadaan berserabut atau berambu-rambu; 2. ki
keadaan kucar-kacir, keadaan tidak menentu, kekusutan: plot
tragedi moden dgn adegan-adegan kesedihan, kompleksiti dan
penuh ~; tragedi konvensional Greek yg dimulai dgn kegembiraan
dan diakhiri dgn ~ dan pembunuhan.
seradung  sandung II.
seraga; bantal ~ sj bantal besar (yg hujung dan pangkalnya dihiasi
sulaman, cermin-cermin kecil, dll) utk perhiasan.
serah I; berserah 1. bergantung nasib diri kpd, memulangkan nasib kpd:
sudah takdir, apa hendak dikatakan, ~ sahaja; 2. = ~ diri
memberikan diri kpd yg berkuasa spt kpd polis (orang salah dll);
menyerah 1. menggantungkan nasib kpd, bertawakal kpd, berserah:
jangan lekas ~ kpd takdir; 2. = ~ kalah tidak melawan atau
menentang lagi, mengaku kalah: biarlah darahnya dihirup drpd ~
kalah; 3. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa (orang salah,
orang yg ditewaskan dlm peperangan, dll): beberapa orang
pengganas telah ditembak mati atau ~ diri; 4. tidak membantah
atau menentang, menurut (mengikut) sahaja: akhirnya ia ~ kpd
kehendak Raden Menteri;
menyerahi memberikan (mengamanahkan) sesuatu kpd: beliau
telah diserahi tugas yg serupa;
menyerahkan 1. memberikan (melepaskan, menyampaikan, dsb)
sesuatu kpd: ayahnya telah ~ wang yg diminta itu; tempat ini dan
orangnya sudah diserahkan oleh Raja Kelantan kpd sahaya; ~
kehormatan membiarkan diri dinodai (dicabuli); 2. mempercayakan
(kpd), mengamanahkan sesuatu (kpd): mana pekerjaan yg
diserahkannya kerjakan olehmu; 3. = ~ diri menyerah diri: ia ~
dirinya kpd aku; 4. ~ diri menggantungkan (mempertaruhkan) nasib
dll kpd, bertawakal kpd: hendaklah engkau sangat-sangat ~ ke
hadrat Allah Taala;
terserah 1. diserahkan (diberikan) kpd: dan lagi ada pula kuasa yg
besar ~ ke dlm tangannya; 2. bergantung kpd, terpulang kpd
(pertimbangan, pemikiran, dll): bagi mentafsirkan undang-undang
itu sudah tentu ~ kpd aliran fikiran orang yg mentafsirkan itu;
serahan apa-apa yg diserahkan: anakku, aku serahkan ke dlm
tanganmu, ~ yg bulat-mulat;
penyerahan perbuatan menyerahkan (mempercayakan,
mengamanahkan, dll): kekalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong
kpd British.
penyerah orang atau pihak yg menyerahkan sesuatu.
serah II; terserah-serah tergopoh-gopoh, tergesa-gesa: ~ benar engkau
datang sekali ini;  sera.
serah III; ~ beruk sj penyakit (bengkak di leher), beguk, bengkak cantik.
serah (sérah)  sirah I.
serah hak; ~ mutlak (Udg) kesemua hak pemilikan yg diserahkan kpd
pemilik baru (pihak ketiga);
penyerahhakan proses memindahkan hak, harta, tanggungan dsb
mengikut undang-undang;
penyerah hak orang yg memindahkan hak, harta, tanggungan dsb
mengikut undang-undang.
serahi sj botol yg panjang lehernya.
serai 1. = ~ betul = ~ makan = ~ sayur sj tumbuhan (rumput yg daunnya
berbau harum), Cymbopogon citratus; 2. = ~ wangi sj tumbuhan
(rumput yg lebih rimbun dan wangi drpd serai betul), Cymbopogon
nardus; ~ kayu sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat perencah
masakan), jambu hutan, kelat merah, kelat putih, kelat samak,
pokok palung, samak, Eugenia polyantha; ~ kemangi ki kerabat yg
jauh;
gulai lampau ~, tentu maung prb sesuatu yg berlebihan (perbuatan,
percakapan, dll) itu akan mendatangkan keburukan; serumpun
bagai ~, selubang bagai tebu prb muafakat sekali, seia sekata.
serai (sérai); terserai terserak, tersebar.
serai-serai sj burung, Melanochlora sultanea flavoctistata.
serak I 1. parau atau garau (suara): makin lama suaranya makin ~ dan
akhirnya hilang antara beberapa patah perkataan yg akhir; ~-~
basah agak serak suaranya (tetapi sedap didengar); 2. tersendat
jalan pernafasannya (spt orang kena selesema, berdahak, dll).
serak II; burung ~ sj burung hantu.
serak III; ~-serik = ~-seruk bunyi spt bunyi orang menggosok lantai dll.
serak IV Kl sj bakul (diperbuat drpd mengkuang), bujam; ~ tak sudah a)
anak baru lahir yg subur; b) gadis yg tidak berpinggang (kerana
terlalu gemuk).
serak (sérak);  berserak, berserak-serak, terserak, terserak-serak
bertabur (tersebar dll) ke merata-rata tempat, tidak tersusun,
bersepah: segala barang di dlm rumahnya ~; kartu bertaburan,
wang ~-serak, rokok menyarap di lantai;
berserakan tidak tersusun atau tidak kemas, bertaburan: puntung
rokok, abu rokok dan kulit kacang ~ di meja dan di atas
permaidani;
menyerak merebak (memencar, berserak) ke mana-mana;
menyerakkan menaburkan (supaya berserak), menyebarkan,
memencarkan: kipas bersambung kiri kanan, beras kunyit
diserakkan di cerpu kaki masing-masing;
penyerakan proses menyerak(kan).
serakah loba, rakus, tamak: ia sekarang mengetahui apa yg diidamkan
oleh kedua-dua orang yg tamak dan ~ itu;
keserakahan perihal serakah (tamak, loba), kelobaan, ketamakan:
tatahukum itu sebenarnya suatu tindakan nafsu ~ kaum imperialis
dan kapitalis; ~ utk memperoleh keuntungan yg tidak terhingga.
seram I 1. berdiri bulu roma (kerana ketakutan dll), meremang: kecutlah
hati dan ~lah bulu romanya tatkala tiba-tiba terlintas di dlm
ingatannya bahaya yg mungkin datang; 2. berasa berkerut dan
senyar kulit tubuh (kerana kecemasan atau ketakutan): hutan-hutan
di sini agak asing untuknya, dia berasa agak ~ juga; 3. tampak
menakutkan (rupa yg bengis, kejam, dll): di mana-mana terdapat
slogan yg ~, berapi-api dan pedas; nampak ~ mukanya; ~ sejuk a)
berasa sejuk dan berdiri bulu roma kerana ketakutan, ngeri dsb; b)
berasa sejuk spt hendak demam;
menyeramkan menjadikan seram, menakutkan, mengerikan:
“Tolong!” pekiknya dgn suara yg ~;
keseraman perihal (keadaan atau rasa) seram: dia tersentak juga,
tetapi cuba menyembunyikan ~nya.
seram II PI makan dgn cepat-cepat.
serama; gendang ~ sl gendang dua muka (yg sebelah dipukul dgn tangan
dan sebelah lagi dipukul dgn pemukul);
berserama sl 1. bermain gendang serama; 2. bersilat atau
berpencak: maka orang bermain pun terlalu ramai, ada yg
menapak, ..., ada yg ~, ada yg main wayang.
seraman sj tumbuhan (sakat), Bromheadia finlaysoniana.
seramba ark sl serambi.
serambab; menyerambab merebahkan atau menjatuhkan badan ke
hadapan: akhirnya ia pun ~ ke badan suaminya dan berteriak kuatkuat.
serambi 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya
rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron;
~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan
(muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau
ruang jantung yg di sebelah atas.
seramik (séramik)  1. bahan keras dan rapuh yg dibuat dgn membakar
tanah liat dll; 2. barang, spt kepingan lantai, yg dihasilkan drpd
tanah liat, tembikar, dll; 3. seni dan teknik membuat barang-barang
drpd tanah liat, tembikar, dsb.
serampang I 1. sj tombak yg bercabang hujungnya (utk senjata,
menangkap ikan, dll); 2. garpu makan;
~ dua mata a) ki sesuatu dasar, program, dsb yg mempunyai dua
matlamat, kepentingan, objektif, dsb; b) prb orang yg menyebelahi
dua pihak yg berlawanan; ikan biar dapat, ~ jangan pokah prb
maksud biar tercapai tetapi jangan kerugian;
menyerampang menikam dgn serampang (kpd musuh, ikan, dll);
terserampang tertikam dgn serampang, kena serampang.
serampang II Mn; terserampang 1. tersangkut (terlekat, tertahan) pd,
terkait; 2. ki tersekat, terhenti, tertahan.
serampang III; menyerampang 1. membaling sesuatu (spt kayu dll)
hampir dgn paras tanah; 2. bp menyerang (melanggar, merempuh)
dgn sesuka hati sahaja, melakukan sesuatu dgn membabi buta
sahaja, merambang; 3. bp mengambil dgn sewenang-wenang,
mencuri, menyerobot;
serampangan dgn sewenang-wenang sahaja, tidak berfikir panjang
lagi (melakukan sesuatu dll), membabi buta: antara penulis-penulis
kita, terdapat sikap yg melulu dan ~ sahaja dlm mempergunakan
bahasa.
serampang IV; ~ dua belas = ~ laut sj tarian dan lagunya.
serampat ark tali yg diikatkan pd kedua-dua belah kaki utk memudahkan
memanjat, sengkelit.
serampin ark 1. sj tikar pengalas tempat membuat sagu (utk
mengumpulkan sagu); 2. sisa sagu yg tinggal di atas tikar (setelah
yg baik diambil).
serampu; sumpah-~ bermacam-macam sumpah dan kutuk.
seran (séran) jalur-jalur yg miring, loreng;
berseran berjalur-jalur miring, berloreng.
serana I; menyerana sl merana, melarat: lemahlah badan akal pun ~.
serana II Jw ark segala sesuatu yg perlu utk menyampaikan maksud, alat,
syarat.
seranah kata-kata yg mengutuk (menista dll), serapah; sumpah ~
berbagai-bagai kutuk dan nista;
menyeranah mengutuki, menyumpahi: Hajah Kadiah ~ dan
menyumpah babi-babi yg memakan ubinya.
seranam sj tumbuhan (herba), akar keremak, daun patuk tuau, deras
malam, rumput halyur, Ruellia repens.
serandang dua batang kayu yg bersilang (sama ada diikat atau dipasak)
utk menyangga sesuatu, kuda-kuda tukang kayu;
menyerandang menyangga (menopang, mengalas, dll) dgn
serandang.
serandau sj burung, pucung, Ardea purpurea manilensis.
Serandib sl Pulau Ceylon, Sri Lanka.
seranduk; terseranduk tersampuk (kaki pd akar dll ketika berjalan),
tersandung: ada antara kami yg tersungkur kerana kakinya ~ pd
akar-akar kayu.
serandung; terserandung terhantuk pd (kaki), tersampuk, tersandung:
ada yg berlari berhambat-hambatan, ~ jatuh rebah-rempah drpd
sangat sukanya itu.
serang I langgar, serbuan;
menyerang 1. mendatangi utk melawan (mengalahkan,
menaklukkan, dll), melanggar, menyerbu: maka Sultan Mansor
Shah pun menitahkan Bendahara Paduka Raja ~ Pahang; 2.
menimpa (penyakit dll), menyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dll):
penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatannya sendiri;
3. ki menentang (spt mengkritik dll), mencela, mencerca: pihak
pembangkang telah ~ pihak kerajaan dgn kata-kata yg pedas;
serang-menyerang saling membalas serangan, saling menyerang
antara satu dgn yg lain: kedua-dua pihak terus ~;
serangan 1. perbuatan menyerang (melanggar, menyerbu,
merosakkan, dll): Iskandariah diancam oleh ~ tentera Afrika Korps
yg dipimpin oleh Jenderal Rommel; 2. kecaman keras secara lisan
atau bertulis: dlm buku ini kami hanya melakukan ~ ke atas doktrin
mereka; ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara,
terutamanya ke sasaran musuh di bumi;
penyerangan perihal menyerang (melanggar, menyerbu),
penyerbuan: Jepun telah melakukan ~nya utk menakluki Malaya;
penyerang 1. orang (pihak, pasukan, dll) yg menyerang: pasukan ~
yg dipimpin oleh Panglima Awang telah berjaya mendapat
beberapa kemenangan; 2. pemain bola sepak dsb yg menyerang utk
menjaringkan gol: ~ pasukan bola sepak itu sentiasa diekori para
pemain pertahanan pasukan lawan.
serang II Mn; berserang bertambah, makin.
serang III ketua kelasi (yg mengawasi kelasi-kelasi lain).
serang (sérang) I Mn silau;
keserangan kesilauan.
serang (sérang) II jarang (mata keranjang, jala, dll).
serang balas serangan yg dilancarkan sbg tindak balas terhadap serangan
pihak musuh atau lawan: dia juga melatih askar utk melakukan ~;
menyerang balas menyerang balik (pihak musuh, penentang dsb)
yg telah melakukan serangan (kecaman dsb): pasukan keselamatan
telah bersedia utk ~ serangan musuh itu;
serangan balas serang balas: dua orang anggota tentera kita
cedera dlm ~ pihak musuh itu.
serangga sj binatang kecil yg badannya bertekung tiga dan kakinya enam
serta beruas-ruas (spt nyamuk, lalat, belalang, dll); ~ perosak (Tani)
serangga (spt belalang, pianggang, dll) yg merosakkan tanamtanaman.
seranggah  ceranggah.
serangguh; menyerangguh duduk bertopang dagu dgn siku tertekan ke
lutut; sudah bongkok jangan ~ prb jangan dibesar-besarkan sesuatu
yg buruk.
seranggung; berseranggung, menyeranggung duduk membongkok
(dgn tangan menopang dagu dan siku tertekan ke lutut),
menyerangguh: aku menyeranggung di muka pintu.
serang hendap tindakan menyerang atau menyerbu secara tiba-tiba
terhadap musuh setelah menunggu dan menghendapnya di tempat
yg tersembunyi: lanun itu tidak menyangka sama sekali ia terkena
~;
menyerang hendap menyerang seseorang (musuh, lawan dsb) dgn
tiba-tiba setelah menghendap dan menunggu beberapa ketika di
tempat tersembunyi: pasukan keselamatan telah mengatur
rancangan utk ~ pihak musuh;
serangan hendap serang hendap;
penyerang hendap pihak (orang atau kumpulan) yg melakukan
serang hendap.
serangkak I duri-duri (ranting, kawat, dll) yg dililitkan pd batang kayu
supaya jangan dipanjat orang, sawar; ~ payung jari-jari payung.
serangkak II Mn sj ketam (kepiting);
bagai ~ tertimbakan prb orang yg miring jalannya (kerana cacat
dll); hati bak ~ dibungkus prb sangat berharap-harap akan
mendapat sesuatu yg diingini.
serangsang; menyerangsang naik marah, marah benar, memberang; 
rangsang I.
serani I; rumput ~ = paku ~ sj tumbuhan (herba), rumput kenarus,
Lycopodium cernum.
Serani II Kristian;
air ~ air suci (dlm agama Kristian utk pembaptisan); masuk ~
memeluk agama Kristian; orang ~ a) orang yg beragama Kristian;
b) orang peranakan drpd bangsa Eropah dgn bangsa Asia
(Eurasian); c) sl orang Portugis;
menyeranikan 1. menjadikan Kristian, membaptis(kan),
memandikan (dgn air Serani); 2. Id mengahwini dgn sah (orang
Eropah yg memperisteri orang Indonesia);
keseranian hal (sifat, keadaan dsb) yg berkaitan dgn Serani;
penyeranian perihal atau perbuatan menjadikan seseorang Serani,
pengkristianan.
seranjung Kl, bp menyambar sesuatu (spt buah dll) sambil melompat.
seranta; pegawai ~ pegawai yg tugasnya mewujudkan dan memelihara
hubungan baik antara organisasi (institusi dsb) yg dianggotainya
dgn orang ramai serta meningkatkan dan memelihara imej
organisasi (institusi dsb) yg berkenaan (dgn menyebarkan maklumat
dll); penulis ~ penulis yg memberitahukan (hal-hal yg tertentu spt
iklan dll) kpd orang ramai;
menyerantakan memberitahukan kpd khalayak ramai,
memaklumkan, mengumumkan: maka bentara pun menyuruh orang
~ maklumat supaya orang bersuka-sukaan empat puluh hari empat
malam kpd segala daerah Acheh;
serantaan yg berkaitan dgn hubungan antara organisasi (institusi
dsb) dgn orang ramai.
serantan; ~ tua sj tumbuhan (pokok), medang gatal (hakat, keladi,
layang), putut paya, Hilicia javanica.
serap masuk melalui liang-liang kecil; ~ mesra mesra atau mendalam
benar (perasaan); makan ~ menumpang hidup (makan) pd orang
lain;
menyerap 1. masuk ke dlm melalui liang-liang kecil (benda-benda
cair spt air dll), meresap: makanan yg telah hadam itu bersebati
dgn air dan ~ masuk ke dlm saluran darah; 2. ki meresap benar (ke
dlm badan, hati, dll), menjadi mesra sekali (perasaan): kemesraan
itu sudah ~ pd kedua-dua orang itu; 3. ki merasuk (orang halus,
hantu, dll), masuk mengganggu (roh yg jahat); 4. menghisap bendabenda
cair (kain, kertas, dll): batu kapur dan kapur sangat kuat ~
air; 5. mengambil dan memasukkan ke dlm sesuatu, menerima
(sehingga menjadi sebahagian drpd sesuatu): kata-kata yg sudah
diserap ke dlm sistem fonologi dan morfologi Melayu;
menyerapi meresapi: sistem pendidikan Islam jalan terakhir ~
kehidupan dan pemikirannya;
menyerapkan menyebabkan atau menjadikan terserap: anggota
persatuan telah diserapkan ke dlm badan sukarela itu;
kebanyakannya mengambil kesempatan berkahwin dan ~ diri sbg
anggota masyarakat pribumi itu;
terserap 1. telah (boleh, dapat) menyerap atau diserapkan:
pembukaan kawasan yg pesat menyebabkan jumlah air yg ~ ke
bumi berkurang; 2. diterima sbg sebahagian drpd sesuatu, sebati:
fungsi negeri bertambah luas dan menjadi ~ dlm kehidupan
rakyat;
serapan 1. hasil menyerap, (sesuatu) yg diserap; 2. lubang (yg
biasanya ditutup dgn ijuk dll) tempat air yg kotor; 3. alat utk
menyerap, alat penyerap (sesuatu);
keterserapan keadaan atau sifat boleh diserapkan: penggolongan
kata pinjaman dapat dilakukan berdasarkan darjah ~ kata
tersebut dlm bahasa Melayu;
penyerapan 1. proses (perbuatan dsb) menyerap, penghisapan
melalui liang-liang kecil; 2. pengambilan dan pemasukan ke dlm
(sesuatu sistem, fikiran, dll), penerimaan (dan penyebatian): ~
budaya yg begitu cepat di kalangan orang Jepun adalah
disebabkan faktor motivasi; ini adalah satu strategi bahasa
Melayu sendiri dlm ~ bunyi-bunyi ini; ~ ilmu pengetahuan;
penyerap sesuatu yg menyerap (menghisap dll) benda yg lain.
serap (sérap)  Id  peruntukan  yg  disediakan  (utk  mengganti  jika  ada  yg
rosak, hilang, dll), cadangan;
menyerapkan menyediakan atau menguntukkan sesuatu (utk
serap), mencadangkan; serep I.
serapah kutuk, sumpah: baharulah diketahuinya naga itu dewa kena ~
juga;
menyerapah 1. mengutuk, menyeranah, menyumpahi; 2.
mengucapkan jampi atau mantera (utk menghalau hantu dll):
pawang dan bomoh sibuk menjampi, ~ di kaki, di kepala si sakit.
serapat sj tumbuhan (pokok renek), hempedal itik, ketibung, nasi sejuk,
pokok sedang, Salacia flavescens; akar ~ sj tumbuhan (pokok
memanjat), Streptocaulon wallichii.
serapuh; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), bengkaras, jangkal, kayu karkaras,
kayu tankat, medang melukut, Norrisia malaccensis; akar ~ sj
tumbuhan (pokok), gerugum, Ceiba malayensis.
serasa sj sirih: mukanya spt bujur ~.
serasah I segala jenis kotoran (sampah, tahi binatang, ikan busuk, dll) yg
boleh dijadikan baja, pupuk.
serasah II; kain ~ sj kain tenunan India.
serasah III Mn air terjun, jeram.
serat I tidak licin (lancar, lincir), susah dicabut atau dikeluarkan (paku
dll), ketat, sendat: kata-kata itu ~ keluar dr mulutnya;
menyeratkan menyebabkan jadi serat (sendat, tidak licin, dll),
menyendatkan, mengetatkan;
terserat terhenti, tersendat (perjalanan, pergerakan sesuatu).
serat II Jw 1. serabut yg spt benang (terdapat pd daun nanas, batang
pisang, dsb) yg boleh dijadikan tali dll: dr ~ pokok Corchorus
capsularis ini dibuat orang guni; ~ saraf urat saraf; 2. bahan
makanan yg tidak tercerna oleh enzim gaster usus makanan.
seratah sj tumbuhan spt keladi, birah ratah.
serati I gembala gajah.
serati II; itik ~ sj itik yg besar badannya, itik nila (manila), Anas
moschata;  surati.
seratung; ~ padi sj tumbuhan (pokok renek), pecah periuk jantan, Ixora
pendula.
serau I tidak rapat (barang tenunan), kurang kedap, jarang.
serau II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gerip putih, akar
putar angin, akar serpat putih, Parameria barbata.
seraunometer (séraunométer) alat yg digunakan utk mengira luahan kilat
dlm satu radius tertentu.
seraut pisau raut; siraut;  raut I.
serawa 1. sj makanan (pulut yg dimasak dgn santan dan gula); 2. pengat.
serawak I; nanas ~ sj nanas yg manis rasanya; manis laksana gula ~ prb
sesuai benar dlm serba-serbi, cocok benar.
serawak II; batu ~ sj galian (bijih) yg mengandungi belerang dan
antimoni.
serawal Mn seluar, celana.
serawan I sj penyakit yg berbintik-bintik memerah, ruam.
serawan II; pokok ~ kubang sj tumbuhan (herba), Staurogyne
malaccensis.
serawas sj tumbuhan (pokok), dada kura, kahwa (kopi) hutan, lidah rusa,
mempulih, mengkudu badak, riang-riang gelugur, rumpo-rumpo,
Fagraea racemosa.
seraya I sambil, serta: Pak Kaduk pun membabarkan layarnya ~
menujukan haluan perahunya ke kuala.
seraya II Mn; wang ~ wang yg dipungut drpd penduduk (utk keperluan
tempatan spt membayar gaji ketua kampung dll);
menyeraya, menyerayakan meminta pertolongan atau bantuan
(utk mengerjakan sesuatu): Asmah ~ membeli sehelai kain sutera
utk jirannya;
seraya-menyeraya tolong-menolong (bertolong bantu)
mengerjakan sesuatu, berderau.
seraya III 1. sj tumbuhan (pokok), Shorea curfisii; 2. = ~ putih sj
tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, urat mata (Sabah
dan Sarawak), Parashorea spp.
serayu; bunga ~ sl sj bunga.
serayut Kl; berserayut bergantungan (bkn kain baju dll);  gayut.
serba 1. semua(nya), segala(-galanya), seluruhnya: ia berpakaian ~ hijau;
2. dlm apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun; keadaannya yg ~
lemah keadaannya lemah dlm segala hal; pd masa ~ maju ini pd
masa maju dlm segala hal; 3. = ~-serbi bermacam-macam (hal,
perkara, dll), berbagai-bagai: dilihat oleh Tun Mamat ~ bungabungaan
dan pelbagai buah-buahan ada dlm taman itu; 4. sl
(segala jenis) alat perkakas; ~ kapal alat perkakas kapal; ~ rumah
perabot rumah;
~ aneka (jenis) pelbagai aneka, bermacam jenis; ~ dua a) bagi tiaptiap
jenis dua (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); b) Id dualisme; ~
guna berbagai-bagai gunanya: dewan ~ guna; periuk ~ guna; ~
sama (Mat) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih);
~ satu bagi tiap-tiap jenis satu (bkn hantaran dlm perkahwinan dll);
~ sedikit hanya sedikit drpd tiap-tiap jenis; ~-serbi segala macam,
segala-galanya; ~ zat Id materialisme.
serbah; ~-serbih tidak kemas (pakaian dll).
serbak; menyerbak merebak ke merata-rata tempat (bau-bauan),
semerbak;
menyerbakkan menyerakkan ke merata-rata tempat (bau-bauan);
 semerbak.
serban I kain yg diikatkan di kepala (spt yg dipakai oleh haji dll);
berserban memakai serban; sudah ~ sudah menjadi haji.
serban II Kl 1. sakit sengal-sengal tulang; 2. Kl, Tr kebas, semut-semut.
serbaneka (serbanéka) bermacam jenis, berbagai-bagai.
serbang kusut-masai (rambut), berterbangan.
serbarasa sj tumbuhan (pokok dan buah).
serba salah salah dlm segala hal, bagaimanapun salah juga;
keserbasalahan keadaan serba salah: pandangan ini
menggambarkan ~ di kalangan pengarang Afrika.
serbat 1. minuman drpd air gula (biasanya dimerahkan) yg menyegarkan
(menyamankan), sirap; 2. minuman drpd halia dll (biasanya manis).
serbet (serbét)  IB  sj  kain  linen  dll utk menyapu  tangan  (mulut)  sesudah
makan.
serbi; serba-~;  serba.
serbih serbah.
serbu; menyerbu 1. (datang, pergi) melanggar (menyerang): tentera
Jepun sudah mulai ~ Siam; 2. masuk (datang, pergi) beramai-ramai
dgn meluru: selesai sahaja imam memberi salam, anak-anak ~
keluar; 3. merempuh, meluru: seorang laki-laki yg besar badannya
~ ke dlm kamar kerjanya;
menyerbui menyerbu ke, menyerang;
menyerbukan menyebabkan (menjadikan) menyerbu: pasukan itu
diserbukan ke tempat-tempat yg tidak kuat pertahanannya; ~ diri
menghamburkan (menceburkan, melurukan) diri kpd atau ke dlm;
serbuan hasil menyerbu, serangan: dia dapat melepaskan diri drpd
~ polis;
penyerbuan perbuatan menyerbu, penyerangan: ~ itu , apabila
sampai ke dlm istana, sudah tidak dapat dikawal lagi;
penyerbu orang (pihak) yg menyerbu, penyerang: aku berharap ~-
~ itu mempunyai rasa kasihan kpd seorang bayi.
serbuk benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll),
bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar;
kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd
besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg
diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan
campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg
menghasilkan letupan kuat apabila dinyalakan; ~ peluntur campuran
garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium
hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat
ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn
bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg digunakan utk membuat roti
dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk;
menyerbuk menjadi (spt) serbuk;
menyerbukkan menghancurkan (menumbuk, mengisar, dll)
menjadi serbuk;
menyerbuki Id memindahkan (mengenakan) debunga pd stigma;
penyerbukan 1. proses membuat sesuatu menjadi serbuk; 2. Id
pemindahan debunga.
serdadu I anggota tentera, askar, perajurit: tidak lama kemudian,
turunlah dua orang ~ dr atas gunung itu; bagai ~ pulang baris prb
orang yg kelihatan selalu bergaya tetapi berada dlm pekerjaan berat
dan bahaya.
serdadu II; ikan ~ sj ikan laut, Arius macronotacanthus.
serdadu III; kembang ~ sj tumbuhan (herba), Lochnera rosea.
serdak debu halus (yg melekat pd barang-barang di rumah dll), habuk.
serdam sj seruling drpd buluh;
berserdam meniup serdam.
serdang sj tumbuhan (palma yg daunnya boleh dibuat atap), Livistona
saribus.
serdi sj penyakit selesema (pd kuda).
serdih menonjol atau menganjur ke depan (bkn perut, dada).
sere (séré) Kl, Tr sj rumput laut yg boleh dimakan.
serebeh (serébéh) = berserebeh tidak kemas atau teratur (bkn pakaian),
serbah-serbih: pakaiannya pula berserebeh macam lanun.
serebelum (sérébélum)  (Bio) bahagian otak vertebrat yg berperanan
menyelaraskan pergerakan otot dan menyeimbangkan badan.
serebrum (sérébrum)  (Bio) bahagian depan otak vertebrat yg mengawal
pemikiran, persepsi, dsb.
seregai Kd, Pl,Pn tidak licin (papan, tapak tangan, dll), kesat.
seregum Kd, Pn kusut-masai (bkn rambut), tidak teratur.
seregut Pr tidak hati-hati, gopoh.
serek (sérék);  menyerek menyendengkan badan serta mengembangkan
kepak spt hendak berlaga (bkn ayam).
sereke (seréké) sj ikan laut, Triacanthus spp.
serelum Kd, Pn menyarungkan dr atas (spt baju Melayu, songkok, dll);
terserelum tersarung, tersungkup: di kepala botaknya itu ~ sebuah
songkok.
serem Jk menakutkan (cerita dll), dahsyat, ngeri, tampak bengis; 
seram I.
serembab; menyerembab rebah atau jatuh ke hadapan (badan, muka):
Suriati tiada diam, melainkan ~ ke dadanya;
menyerembabkan 1. merebahkan ke hadapan; 2. ki menjatuhkan
(ke taraf yg rendah): laki-lakilah yg telah ~ dia jatuh serendah dan
sehina itu; serambab.
serembah; ~-serembih a) berlebihan atau bercucuran (air mata): Pak Mat
yg sedang sakit itu dihadapi oleh anak-anaknya dgn air mata yg ~-
serembih; b) tidak kemas (pakaian dll), selekeh, serbah-serbih:
mereka datang dgn memakai pakaian yg ~-serembih dan
bertampal-tampal.
seremban (serémban)  sj permainan kanak-kanak (dgn batu-batu kecil yg
dilambung-lambung).
serempak pd ketika atau waktu yg sama (melakukan sesuatu dll),
serentak: dgn ~ semuanya menjawab “tidak! tidak!”
menyerempak menyerang (menyerbu, menyergap) bersama-sama
dgn serentak;
terserempak 1. diserang (diserbu dll) dgn tiba-tiba; 2. bertemu
(bersua) dgn tidak disangka-sangka: sesekali dia ~ dgn orang yg
hendak ke kampung tempat dia berguru.
serempet (serémpét)  Jk;  menyerempet menyentuh (menggesel dll)
sedikit, tidak tepat kenanya (tembakan dll), menyipi;
terserempet, keserempet terkena (tergesel, tersentuh) sedikit.
serempu 1. = lunas ~ lunas panjang dan lekuk; 2. = biduk (jalur) ~ sj
perahu yg dibuat dgn lunas panjang dan lekuk; ada biduk, ~ pula
prb tidak puas dgn apa yg ada.
serendah 1. sj pinang; 2. sj padi.
serendeng (seréndéng)  tinggi  sebelah  (sesuatu  permukaan  dll),  miring,
sendeng, senget;
menyerendeng miring, sendeng, senget;
menyerendengkan menjadikan (meletakkan) menyerendeng,
memiringkan, menyengetkan.
sereng (seréng) Jw sj panah bunga api.
serengam I makan hingga habis (dgn tamak).
serengam II; berserengam 1. banyak benar, berkerumun (semut dll); 2.
tumbuh dgn tebal (bulu hidung dll).
serengan 1. sj tumbuhan (pokok renek), Flemingia strobilifera; 2. sj
tumbuhan (pokok renek); Desmodium gangeticum;
~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Uraria crinita; ~ jantan sj
tumbuhan (pokok renek), Flemingia macrophylla; ~ kerbau sj
tumbuhan (herba), kacit fatimah, Sonerila nidularia.
serengeh (seréngéh) Mn; menyerengeh menggerenyotkan muka (mulut,
bibir, dll) menandakan marah dll, menyeringai.
serenging Kd tengking, herdik.
serengit ark seringai.
serengkung sj tumbuhan (pokok renek), Apama tomentosa.
serenjak sj perangkap tikus.
serenjang sl tegak lurus (orang berdiri, tiang, dll); garis ~ (Mat) garis yg
tegak lurus terhadap garis lain;
berserenjang berdiri tegak lurus.
serenta Jk apabila (sebaik) sahaja, demi, serta.
serentak pd waktu yg sama (melakukan sesuatu dll), bersama-sama,
serempak: lima orang anak kita boleh dihantar ~ ke sekolah tinggi;
menyerentakkan menyebabkan berlaku atau berjalan serentak;
keserentakan perihal (keadaan) serentak.
serentang 1. sj tumbuhan (pokok), terentang, Campnosperma auriculata;
2. sj tumbuhan (pokok), terentang, Campnosperma macrophylla.
serep I Id  serap.
serep II Jk; menyerepi menanyai utk mengetahui (keadaan yg sebenarnya
dll).
serep (sérep, sérép) Id cadangan (utk mengganti yg lain), persediaan.
serepuh Pl pukul, godam.
seresah I bermacam-macam sampah, baja, pupuk;  serasah I.
seresah II pukul, belasah.
seresari sl sj kain.
seret bp tidak lancar (licin), serat.
seret (sérét) I; kasut ~ kasut yg dipakai di dlm rumah, cenela;
menyeret 1. menarik sesuatu (dgn bergeser di tanah), menghela,
mengheret: kemudian diseretnya sebuah kerusi dr kamarnya
sampai ke ambang pintu; 2. membawa dgn paksa (orang dll),
memaksa (orang dll) supaya menurut: mereka berdua telah diseret
balik ke tempat persembunyian mereka; 3. = menyeret-nyeret
membawa-bawa (ke dlm sesuatu perkara), melibatkan, menyebutnyebut:
ia berharap benar-benar agar ibunya tidak akan ~-nyeret
perkara yg telah berlaku; namanya diseret-seret dlm lagu-lagu yg
disukai oleh penuntut di sekolahnya;
terseret (telah) diseret, terikut-ikut (melakukan sesuatu), turut
terlibat (dlm sesuatu perkara dll), dipaksa mengikut (melakukan
sesuatu dll): Mas Reso ~ ke dlm dunia main judi;
seretan hasil atau tindakan menyeret: ketika itu terdengarlah bunyi
~ selipar menuju ke bilik itu.
seret (sérét) II Jw jalur (pd tepi kain dll), coreng, loreng.
sereyat Kd berhenti (hujan), reda.
serga sj tumbuhan (pokok renek), penluruh, Lepidagathis longifolia.
sergah kata-kata atau suara yg kuat (utk memeranjatkan orang dll);
menyergah memeranjatkan orang dgn suara yg keras, membentak,
mengherdik: Mak Limah dan Bedah selalu ~ Ani kerana leternya;
sergahan suara (bunyi) menyergah: dia tersentak mendengar ~ itu;
 sergap.
sergai Kd tidak licin atau sama (papan tidak berketam dll), bergerigih.
sergam; tersergam kelihatan tinggi dan besar drpd yg lain-lain (rumah,
gunung, dll): bangunan itu ~ megah.
sergap; menyergap 1. menyerang (menyerbu, menerpa, dll) dgn tiba-tiba
dan memeranjatkan: musuh yg hendak ~; 2. mendatangi dgn tibatiba
dan memeranjatkan (utk menangkap dll), menyerbu: tempat
judi itu disergap polis; 3. menyergah;
penyergapan perbuatan menyergap.
seri I 1. cahaya semarak: nila gunanya utk menghilangkan warna perang
pd kain putih dan menambah ~ pd warna biru; 2. kemuliaan,
keindahan, kemegahan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ;
~ balai sl balai penghadapan (tempat raja dihadapi rakyat); ~ gadus
sj kuih pipih dan bulat yg diperbuat drpd tepung gandum; ~ gunung
kelihatan cantik (elok, bagus); ~ kaya sj makanan (drpd telur, gula,
santan, dan tepung) yg biasanya dimakan dgn roti; ~ muka a) air
(cahaya) muka; b) = berseri muka kelihatan bercahaya mukanya
(kerana kegirangan dll); c) sj penganan drpd pulut berlapis dgn seri
kaya; ~ panggung orang bintang bangsawan (sandiwara dll);
berseri 1. bercahaya, bersemarak; 2. kelihatan cantik, berupa mulia
(megah dll): maka negeri Melaka pun tiada ~ lagi; 3. = berseriseri
kelihatan bercahaya mukanya dll (kerana kegirangan,
keriangan, dll): dgn wajah yg ~-seri, dibukalah surat itu dan
dibacanya;
menyerikan menjadikan berseri, menyinarkan, menyemarakkan
(majlis dll): majlis itu diserikan dgn pencak silat; pohon rendang
yg sedang diserikan oleh bunga yg memerah cerah;
keserian keadaan yg (ber)seri: ~ pakaian baginda terserlah dgn
selendang kuning yg dipakainya;
penyeri seseorang atau sesuatu yg menyerikan: anak-anak itulah yg
menjadi ~ rumah tangga mereka.
seri II panggilan utk memuliakan (raja, orang besar, dll): S~ Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong; S~ Nara Diraja;
perserian sl orang besar-besar (raja dll) yg mendapat gelaran
penghormatan Seri (Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, dll): maka
disuruh jemput orang itu, jika ~ orang besar-besar menjemput dia.
seri III; menyeri menghisap (madu) drpd bunga: laksana kumbang ~
bunga, kumbang terbang bunga pun layu; sari I.
seri IV 1. tidak ada yg menang dan tidak ada yg kalah (dlm permainan,
perlawanan, dll), balui: perlawanan bola sepak itu berakhir dgn ~;
2. Id, bp tidak untung dan tidak rugi (dlm perniagaan), pulang
pokok, sama sahaja (malu dll) bagi kedua-dua belah pihak.
seri V; ~ pancar sj burung, pipit padang, Anrhus novaeseean diae
malayensis.
seri VI; ~ sebulan sj tumbuhan (pokok menumpang), api-api, dedalu
umping, selarapi, Viscum orientale.
seri (séri) I  siri.
seri (séri) II Id; pohon (bunga) ~ sj tumbuhan (pokok dan bunga).
seriap sj burung, pucung, a) Ardea cinerea rectitostris; b) Ardea
sumatrana.
seriat Pn berhenti (hujan), teduh, sidang.
seriau 1. perasaan ngeri atau seram (kerana melihat luka yg besar dll); 2.
Kd ngilu (rasa yg tidak enak kerana gigi dikikir dsb).
seriawan I sj penyakit pd mulut atau lidah (kelihatan merah seolah-olah
melepuh); ~ usus a) sj penyakit lemah badan (kerana kurang makan
buah-buahan, atau sayur-sayuran tetapi banyak makan daging); b) sj
penyakit perut yg menyebabkan selalu buang-buang air (biasanya
pd kanak-kanak).
seriawan II; daun ~ daun drpd sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat
ubat sakit seriawan), Elaecarpus obtusa.
seribu sibu.
seribulan sj tumbuhan (pokok kecil), akar serau malam, bawal hutan,
Phyllagathis rotundifolia.
seribumi sj tumbuhan (herba), rumput ekor kucing, rumput kala jengking,
rumput oleh, Heliotropium indicum.
seridanta serigading.
seriding I  serendeng, sendeng.
seriding II 1. sj ikan laut, sebekah, Apogon fleurieu; 2. sj ikan laut,
sebekah, Apogon taeniatus.
serif (sérif)  (Cetak)  unjuran  kecil  yg  menjulur  dr  hujung  coret  sesuatu
huruf (rupa taip) sama ada di bawah atau di atas: huruf tanpa ~;
berserif mempunyai serif (bkn huruf): huruf ~.
serigading sj tumbuhan (pokok renek), Nyctanthes arbortristis.
serigala sj binatang liar (rupanya spt anjing dan berwarna kuning
kekelabu-kelabuan), Canis lupus; anjing ~ sj anjing hutan, Cyon
rutilans;
~ berbulu domba prb orang yg kelihatan bodoh dan penurut tetapi
sebenarnya culas, jahat lagi curang; ~ dgn buah anggur prb orang
yg mencela sesuatu yg diingininya kerana ia tidak berupaya utk
mendapatkan benda itu.
serigrafi (sérigrafi) seni, teknik atau proses mencetak corak yg
melibatkan cat atau dakwat yg disaring ke atas kertas atau tekstil
melalui saring yg dibuat drpd sutera.
serigunting sj burung (berbulu hitam dan ekornya spt gunting).
serik I tidak mahu melakukan lagi (kerana sudah menderita atau sudah
melihat orang lain yg menderita akibat perbuatan itu), jera, takut:
kehendak hati hamba bunuh dia, supaya yg lain ~;
menyerikkan menyebabkan seseorang berasa serik: hukuman yg
ringan itu tidak akan ~ mereka utk mengulangi kesalahan yg sama.
serik II Kl teduh atau berhenti (bkn hujan), reda.
serik III  serak III.
serika  seterika.
serikandi ark  srikandi.
serikaya sj tumbuhan (pokok dan buah), buah nona, Anona squamosa.
serikultur (sérikultur)  penternakan  ulat  sutera  utk  menghasilkan  sutera
mentah.
serimala sl tukang kayu, tukang ukir: ada seorang ~ bersahabat dgn
seorang pandai emas.
serimbung; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), julang jantan, rabu
kumbang, Alchornea rugosa.
sermet (sermét) bahan  tahan panas yg diperbuat drpd  campuran seramik
dan logam.
serimpet Jw; keserimpet tersampuk (tersangkut, tersaur) kaki.
serimpi Jw gadis penari (di istana): dgn gerak tangan spt ~, dia
mempersilakan aku duduk di atas kerusi; tari ~ tarian oleh gadisgadis
(hanya di istana sahaja).
serindai 1. sj hantu air (yg suka mengganggu orang perempuan); 2. merdu
dan enak didengar (suara).
serindit sj burung (bulunya berwarna hijau), Loriculus galgulus galgulus;
~ gajah sj burung, nuri, Psittinus cyanurus cyanurus.
sering I 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg
dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll),
kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan
tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi
liat;
bersering; ~ urat leher ki bertengkar: Itam dan Baki sedang ~ urat
leher membincangkan sesuatu;
menyering 1. memintal (tali, benang dll) hingga sering; 2.
menegangkan sesuatu yg ditenun (dianyam dll).
sering II 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~
sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadangkadang:
Ali dan Azman sering-sering bertengkar;
keseringan perihal sering (selalu), kekerapan, acap kalinya: ~
penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita.
sering III Mn langsing (badan), ramping.
sering IV Mn; menyering menyeri (bunga).
sering V; ~ lanting sl sj burung.
sering VI Kl kering (air dlm nasi yg hampir akan masak).
seringai 1. gerak bibir atau muka (utk mengejek, mengeji, dll), kenyih,
gerenyot; 2. senyuman lebar (yg menampakkan gigi);
menyeringai menggerenyotkan bibir atau mulut (utk mencebik,
mengeji, mengejek, dll): gadis itu cuma tersenyum ~;
menyeringaikan; ~ gigi menampakkan gigi (ketika menyeringai):
nenek Tempe ~ gigi hitamnya;
terseringai 1. terbuka sedikit mulutnya (spt orang tersenyum) dan
tergerenyot bibir atau muka: kawannya itu ~ kesakitan; bahagian
kepala Razak terasa sakit dan dia ~ menahannya; 2. tersengih dan
kelihatan giginya, terkernyih, tergerenyot.
seringan = ~ laut sj tumbuhan (pokok renek), Dodonaea viscosa.
sering kali acap kali, kerap kali.
seriosa (sériosa) sj irama atau rentak muzik.
seripit; menyeripit masuk dgn mencelah-celah: beca Ahmad ~ sangat
lincah di antara kenderaan lain.
serium (sérium) (Kim) sj unsur logam yg berwarna kelabu, sangat reaktif,
dan digunakan utk membuat aloi dll.
serit sj sikat rambut (yg kerap dan halus giginya utk mencari kutu);
menyerit menyikat rambut dengan serit.
serius (sérius) 1. sungguh-sungguh, benar-benar, tegas dan bukan mainmain:
ini suatu usaha yg murni dan sewajarnya diberi perhatian
dan pemikiran secara ~; dia termenung seolah-olah berfikir dgn ~;
kita hendaklah bekerja dgn ~; 2. genting, berat, dan parah
kesannya: keruntuhan moral merupakan satu perkara yg ~ yg
perlu diatasi; 3. (bkn penyakit, dsb) tenat, berat, teruk, parah:
penyakit kansernya semakin ~;
keseriusan keadaan serius, kesungguhan: ~ menghadapi sebarang
kemungkinan.
serkah  sekah.
serkai; menyerkai memulas sesuatu (adunan yg dibungkus dgn kain dll)
utk mengeluarkan airnya, memulas (memerah) kain utk
mengeluarkan airnya, mengayak (menapis) sesuatu.
serkap 1. sj alat utk menangkap ikan (diperbuat drpd buluh, rotan atau
bemban) yg berbentuk spt kelongsong dan terbuka hujungnya; 2. sj
alat utk menyungkup ayam (diperbuat drpd buluh dll); ~ jarang ki
menuduh (meneka dll) dgn sembarangan sahaja;
menyerkap 1. menangkap ikan dgn menggunakan serkap: tiap-tiap
petang Ani mengikut bapa angkatnya ~ ikan di sawah; 2. =
menyerkapi menyungkup atau mengurung dgn serkap (ayam dll);
3. menyerang (menyerbu, memerangkap) dgn tiba-tiba: ia diserkap
secara tiba-tiba oleh musuhnya;
terserkap sl dgn tiba-tiba atau mengejut (serangan dll): maka
datanglah ia dgn ~, tiada sempat Yang diPertuan Muda berbuat
kubu lagi.
serkat Kl galah yg bersangkak di hujungnya (utk mengambil buah-buahan
supaya jangan jatuh).
serkup sesuatu benda yg jeluk yg digunakan utk menyungkup (menutup
dll) sesuatu yg lain:~ kaca;
menyerkup 1. menyungkup (menutup dll) dgn sesuatu yg jeluk:
tuanku Malim Deman pun disembunyikan olehnya di bawah dapur
diserkup dgn kawah; 2. menutup (menudung) dgn sesuatu: ia
membetul-betulkan rambutnya yg ~ dahi; 3. ki menyelubungi,
meliputi: kelam malam ~ seluruh kampung itu;
menyerkupkan memakai sesuatu utk menyerkup: Long mengambil
songkoknya dan ~nya ke atas kepalanya.
serlah; menyerlah 1. kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa
dll), kelihatan bercahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dll):
di kala langit itu cerah, bintang nampaknya ~; 2. (kelihatan)
terkemuka, (kelihatan) menonjol: di samping beberapa nama,
Baharuddin Zainal ialah penulis esei yg ~ bakatnya;
menyerlahkan 1. menjadikan terserlah, menjadikan terang
bercahaya (berseri dsb): setiap satunya merupakan cantuman
berlian-berlian bermutu yg ~ cahaya dan kilauan dgn sepenuhnya;
2. mengemukakan (dgn nyatanya), menonjolkan: tulisan-tulisan
Muhammad Haji Salleh, walaupun tidak banyak tetapi cukup utk ~
pandangan tentang nilai estetika Sastera Melayu;
terserlah menyerlah;
keterserlahan perihal (keadaan) terserlah;
serlahan sesuatu yg menyerlah (terserlah);
penyerlahan perihal (usaha, proses, dsb) menyerlahkan sesuatu,
penonjolan: amanat yg mengarah kpd ~ permasalahan itu.
serling lubang (sbg jerat) utk menangkap binatang, pelubang;
terserling terjatuh ke dlm serling.
sermangin gendang serama.
sernak; menyernak menjadi senak (hati), menyesak (hati);  senak.
sero (séro)  I Id pancang-pancang spt pagar (drpd kayu, buluh, dll) yg
dipasang di tepi laut utk menghalau ikan ke tempat yg dikehendaki,
kelung, belat betawi.
sero (séro)  II Id syer, saham; untung ~ keuntungan yg diperoleh drpd
perniagaan dll dan dibahagi-bahagikan kpd pemegang-pemegang
syer;
perseroan persyarikatan dlm hal perdagangan (perniagaan),
perkongsian; ~ terbatas Id syarikat berhad;
pesero orang yg mempunyai syer dlm sesuatu badan perniagaan,
pemegang syer.
serobeh (serobéh) tidak teratur atau tidak kemas (pakaian, rambut, dll).
serobok; berserobok, terserobok bertemu (bersua, berjumpa) dgn; 
sobok.
serobot Jk; tukang ~ orang yg suka merampas (merebut, mencuri, dll) hak
orang lain; main ~ berbuat perbuatan yg melanggar peraturan (tidak
sah);
menyerobot 1. mengambil sesuatu dgn melanggar hukum atau
peraturan (mencuri, merampas, menyerang, dll): basikal itu
diserobot orang; tunangannya diserobot orang; 2. mengerjakan
sesuatu dgn nekad (dgn diam-diam): ia akan ~ sahaja masuk ke dlm
tempat siaran itu; bola itu diserobot oleh lawannya dr belakang; 3.
menggunakan jalan dgn tidak mengendahkan orang lain (peraturan
jalan raya dll): jangan suka ~ jalan;
penyerobotan perbuatan menyerobot;
penyerobot orang yg menyerobot.
seroda duri dll yg dibelitkan pd batang pokok (utk mencegah drpd
dipanjat orang dll), serangkak;
spt memanjat terkena ~ prb perihal orang yg mendapat bahaya
kerana nafsunya sendiri.
serodi; menyerodi sl mencanai (mengasah) batu-batu permata.
serodok; menyerodok 1. menyusup di bawah sesuatu (belukar, pagar,
dll), menyeluduk, menyorok; 2. menyondol dgn kepala (orang,
binatang, dll), menyudu dgn paruh (itik dll): itik telah keluar dan
berebut-rebut ~ ke dlm pelimbahan; ~ galas lalu prb menyesuaikan
diri dgn pekerjaan.
serografi (sérografi) seni atau teknik membuat ukiran atau reka bentuk pd
lilin.
seroi Kd peroi.
seroja 1. sj tumbuhan (herba dan bunga), bunga pukul empat, bunga pecah
empat, kembang pukul empat, Mirabilis jalapa; 2. = ~ biru sj
tumbuhan (herba), kelepok, telepuk, teratai kecil, tunjung biru,
Nymphaea stella; 3. = ~ merah sj tumbuhan (herba), bunga padma,
bunga telepok, teratai, Nelumbium nelumbo.
serok (sérok) I  sero I.
serok (sérok) II Jw sj alat utk mencedok, pencedok;
menyerok mengaut, mencedok.
serok (sérok)  III teluk kecil (yg terdapat di sungai atau pantai laut); 
serokan.
seroka; menyeroka membuka tanah baru (utk dijadikan sawah dll); 
teroka.
serokan (sérokan)  1. teluk kecil (yg terdapat di sungai-sungai atau di
pantai laut); 2. aliran air (di sawah), parit; serok III.
serologi (sérologi) kajian tentang serum darah.
serolok Pr terperlus (ke dlm lubang, lumpur, dll).
serombong 1. benda spt corong yg kembang ke hujung dan disambungkan
pd hujung serunai (alat pembesar suara dll); 2. = ~ asap corong yg
menyalurkan asap pd kapal (dapur, lampu, dll), cerobong,
semperung.
serompok ark; terserompok tidak dapat bergerak lagi, tersesak
(tersuntuk) benar.
seron (séron) I Kd sangkak dll tempat ayam bertelur.
seron (séron)  II Kd; bujang ~ perempuan yg telah ditingalkan oleh
suaminya tetapi tidak diceraikan (cerai gantung).
serondeng (serondéng) 1. sj makanan (yg dibuat drpd kelapa yg dikukur);
2. sj makanan (yg tahan lama) drpd siatan daging (udang atau ikan
yg dihancurkan dsb) yg dimasak bersama santan dan rempahrempah
sehingga kering.
serondok; terserondok mencuar atau menjulang ke atas (ke hadapan).
serondol; menyerondol menyondol (dgn kepala dll).
serondong; menyerondong (mendorong) membongkok ke hadapan,
menyondol, menyorok;
terserondong terdorong (terlangsung, terlanjur) ke hadapan.
serong (sérong) I 1. menyimpang dr arah yg lurus (garis dll), tidak tepat
atau tidak lurus (letak, potongan sesuatu, dll): letak rumahnya ~;
batang itu mestilah dikerat melintang, tidak dipotong ~; jalan yg ~
a) jalan yg tidak lurus (ke barat, ke timur, dll); b) perbuatan yg salah
(tidak sbg semestinya); kain ~ (bugis) sj cara memakai kain;
memandang ~ a) memandang ke samping; b) menganggap tidak
wajar; 2. ki tidak lurus hati, tidak jujur, curang: berlaku ~;
menyerong tidak lurus arahnya (berjalan, memotong, dll),
mencong: masukkan jarum ~ dr belakang;
menyerongkan 1. menjadikan serong (letak, bentuk, dll),
memencongkan: ~ jarum ke kiri; 2. ki menjadikan curang,
memesongkan: kekayaan boleh ~ kebenaran;
keserongan ki perihal serong (curang dll), kecurangan;
penyerongan perihal menyerongkan sesuatu.
serong (sérong) II; ~ ekor sj ikan laut, Mugil dussumierii.
serongeh (serongéh) Kl tidak teratur (gigi, spt berlapis-lapis, jongang, dll).
serongkong; menyerongkong merebahkan diri ke hadapan dan bahagian
punggung ditinggikan dgn mendirikan lutut: Zabidi sedang ~ minum
air dr tasik itu.
seronok perasaan yg menyenangkan (menyukakan) atau menyedapkan
hati, sedap didengar (dilihat dll): mereka berasa ~ membuat lukisan
atau pekerjaan tangan; sangat ~ melihat mereka menari;
berseronok-seronok bersuka ria, bersenang-senang, bergembira,
berfoya-foya: sampai hati dia ~ dgn perempuan lain sedangkan
isterinya sedang terlantar sakit di rumah;
menyeronokkan menimbulkan rasa seronok (nyaman, enak, dll):
bagi orang yg sabar, bunga ini sungguh ~ dan menenteramkan
hati;
keseronokan perihal (keadaan, rasa, dsb) seronok, kesedapan
sesuatu yg menyebabkan seseorang dsb berasa seronok: kanakkanak
mempunyai kecenderungan dlm pelajaran yg mendatangkan
~ kpd mereka;
ketidakseronokan perihal (keadaan, rasa, dsb) tidak seronok.
seronot; menyeronot merangkak dll di bawah sesuatu (semak, kawat,
dll), menyusup.
seronyeh (seronyéh) 1. tidak teratur atau tidak tersusun (dan tidak sedap
dipandang); 2. koyak rabak (pakaian dll); 3. tercerai-cerai (buku
dll).
seropot; menyeropot bp menghirup (air), menghisap, menyedut: Bung
Parta sedang ~ kopi manisnya.
serosoh Mn; menyerosoh menggelongsor, menggeluncur, menyelusur.
serot Jw; menyerot menghirup, menghisap, menyedut.
seroyong, seroyongan Jk terhuyung-hayang (berjalan).
serpa ark serapah.
serpai 1. serpih; 2. (Hut) kepingan kecil kayu yg dihasilkan drpd kayu
balak dll yg digunakan utk membuat papan serpai, pulpa, tepung
kayu, dll;
penyerpai mesin utk memotong balak, reja kayu, dll, menjadi
serpai yg agak sekata saiznya.
serpih 1. sumbing atau pecah sedikit (pinggan mangkuk, batu, dll): tiang
batu itu kelihatan ~ sedikit; 2. = serpihan;
menyerpih 1. menyerupai serpih; 2. menjadi serpih, pecah-pecah;
3. menjadikan serpih, memecahkan kecil-kecil;
serpihan kepingan-kepingan kecil (drpd sesuatu spt batu, kayu,
dll), sobekan: di samping novel itu, kelihatan sekeping ~ cermin
muka; jangan dimasukkan ~-~ kaca ke dlm laci kamu.
serpuk; terserpuk tertiarap (kerana jatuh), tersembam: ia menerkam
anaknya yg ~ di kaki tangga.
sersan Id sarjan.
sersi (sérsi) I Id polis rahsia, mata-mata gelap.
sersi (sérsi) II Id sj kain tipis yg diperbuat drpd bulu biri-biri.
serta 1. turut, bersama, ikut, mengikut: Australia telah menyatakan
hasratnya utk ~ dlm persidangan itu; jikalau datang kpd had
nyawa sekalipun yg pekerjaan tuan hamba ~lah hamba; apabila
Tuan Raffles datang memukul tanah Jawa, maka ia hendaklah ~
bersama-sama dr darat; 2. = berserta bersama-sama (dgn): maka
dipilihnya empat puluh anak peria yg baik-baik, dibawanya ~; 3.
dan juga, juga: Encik Ramli dan Encik Ghani, ~ ketua pejabat di
kementerian itu tidak datang bekerja; 4. sebaik sahaja, demi,
apabila: maka baginda diam pd suatu tempat, ~ hari malam maka
datanglah biawak terlalu banyak; 5. sambil, seraya: “Benar pula
itu,” kata Datok Raja di Langit, ~ memandang kpd Sutan Baginda;
6. baharu sahaja, sesudah: ~ didengar Ramli ratap sedemikian,
sekonyong-konyong ia pun berpaling kpd ibunya;
serta-serta = serta-menyertai;
berserta bersama-sama (dgn), mengikut, menurut: orang kaya-kaya
yg ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; jika
engkau mati dgn pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dgn kamu;
menyertai 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap
pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan
mereka kali ini disertai dgn ugutan yg lebih hebat; 2. bersamasama
dgn, menemani, mengawani (utk menolong dll): Tuhan ~
orang yg sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu
bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu?
serta-menyertai turut serta (dlm hal orang dll), ikut mencampuri;
menyertakan, mempersertakan 1. membiarkan menyertai,
memperikutkan; 2. mengembarkan bersama (surat dll), mengirimkan
bersama (dgn);
pesertaan perihal berserta;
penyertaan perbuatan menyertai (menyertakan): ~ negara-negara
anggota dlm rancangan-rancangan PBB;
peserta orang yg mengikut serta (dlm sesuatu perkara spt
pertandingan, pergerakan, dll), pengambil bahagian: seminar
antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dr Asia Tenggara, Australia
dan New Zealand;
penyerta; kata ~ Id kata yg menyatakan ketentuan atau
ketidaktentuan sesuatu kata nama (spt “the”,  “a”  dan“an”  dlm
bahasa Inggeris, atau “der”,  “die” dan  “das”  dlm  bahasa  Jerman),
kata sandang.
serta-merta pd ketika itu juga, tanpa berlengah-lengah, segera: arahan itu
berkuat kuasa dgn ~;
keserta-mertaan keadaan serta-merta.
sertipikat (sértipikat)  IB  surat  keterangan,  surat  tanda,  surat  akuan;  ~
doktor surat akuan drpd doktor.
sertu; menyertu menyucikan mana-mana bahagian badan yg terkena najis
mughallazah (anjing dan babi) dgn air bercampur tanah sekali dan
air mutlak enam kali, menyamak.
seru I; kata ~ a) kata utk memanggil; b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba
(kerana kesakitan, terperanjat, dll);
berseru 1. memanggil dgn berteriak (dgn suara nyaring): Mariam ~
dgn suara tinggi; 2. mempelawa, mengajak, menganjurkan:
Presiden Park telah ~ kpd semua rakyat supaya bekerja dgn lebih
kuat lagi;
berserukan sl = menyerukan;
menyeru memanggil, meneriak: pegawai itu ~ nama Salim;
pesuruh Allah ~ manusia supaya mengenal Allah dan taat kpd
Allah;
menyerukan 1. meneriakkan atau mengucapkan sesuatu dgn
nyaring: seorang pegawai yg berpakaian hebat telah ~ suatu titah
drpd yg maha mulia; 2. menghebahkan, mengkhabarkan,
mengumumkan: keputusannya akan diserukan kemudian; 3.
menganjurkan atau mengusulkan (supaya): rencana yg ~ supaya
ada kerjasama antara sasterawan, wartawan, dan ahli sains
Melayu sangat menarik perhatian; 4. = menyeru-nyerukan
mengheboh-hebohkan, menggembar-gemburkan;
seruan 1. sesuatu yg diserukan, panggilan (dgn suara yg nyaring): ~
yg berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apaapa
manfaat; 2. anjuran, ajakan: Nabi mula-mula menyampaikan ~
Islam kpd orang yg hampir sekali dengannya;
penyeruan perbuatan menyeru (menyerukan): Abu Talib telah
memberi sepenuh-penuh sokongan kpd Rasulullah dlm ~nya itu;
penyeru 1. ark seruan; 2. orang yg menyeru atau menyerukan,
juruhebah.
seru II sengit (pertempuran, peperangan, dll), hebat: peperangan di Asia
dan di Pasifik masih berjalan dgn ~.
seru III sl serba, sarwa: dgn pertolongan Tuhan ~ sekalian alam,
sudahlah selamat kami kembali dgn sejahteranya.
seru IV sj tumbuhan (pokok), Schima bancana.
SERU akronim bagi Socioeonomic Research Unit (Unit Penyelidikan
Sosioekonomi).
seruak Mn; menyeruak membuka jalan ( di antara orang banyak), masuk
melalui tempat yg sempit, berjalan serta menguak-nguakkan
(tumbuh-tumbuhan, orang, dll) supaya dapat dilalui: Uda Patah dgn
termengah-mengah berlari dan ~ ke tengah orang banyak itu.
serual sl seluar.
seruas sj tumbuhan (pokok renek), dada kura, kahwa (kopi) hutan, lidah
rusa, mempulih, riang-riang gelugur, rumpu-rumpu, seberutut,
tembusu paya, Fagraea racemosa.
serugat sj tumbuhan (anggerik), rancung hantu, Tropidia curculigoides.
seruh I 1. kecut atau kempis (bisul, bengkak, dll), susut kerana mendap
dll (beras dlm karung dll); 2. Kd pucat lesi (spt orang baru betah
drpd demam).
seruh II; ~-serah bunyi spt bunyi orang berjalan dgn mengheretkan
kakinya.
seruh III ark seru, sengit.
seruit sj tombak yg digunakan utk menikam kura-kura, tempuling bermata
satu.
seruk Jw sj tempat menyimpan beras drpd mengkuang dll (boleh memuat
10 gantang); bagai ~ dihentak ki orang yg terlalu gemuk.
serul tidak melekat (butir-butir nasi, ketul-ketul tanah, dll), gembur.
seruling sj alat bunyi-bunyian yg ditiup (drpd buluh dll).
serum (sérum) 1. = ~ darah cecair jernih yg terpisah drpd bekuan darah
dlm penggumpalan darah; 2. bahan antitoksin yg diperoleh drpd
serum darah binatang yg dilalikan dgn bakteria penyebab penyakit;
3. cecair jernih yg dirembes oleh selaput tertentu;
menyerum Id menyuntik dgn serum.
serumat; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar tapak rimau, bulang
pelanduk, kelurai, melur hutan, Canthium aciculatum.
serumpu; ~ telinga badak sj tumbuhan (pokok), kelat tampoi, sempuh
telinga badak, Crypteronia griffithii.
serunai I sj alat bunyi-bunyian yg ditiup (diperbuat drpd kayu dll).
serunai II; ~ laut = pokok ~ sj tumbuhan (herba), bunga butang, seremai,
Wedelia biflora.
serunci sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kelupas, akar kirai, dedalu
bukit, pepina, Hiptage sericea.
serunda I; menyerunda menarik perahu di darat (utk dipindahkan ke
sungai lain dll).
serunda II; berserunda, terserunda berjuntai (bergayut, bersenggayut)
sampai ke tanah.
serundang I; menyerundang menyungkur tanah dll dgn muncung (babi
dll).
serundang II sj tumbuhan (pokok menumpang), akar asam tebing darat,
akar ketam (meroyan, sembang, segunja), daun bajang (ketam),
Anodendrum montanum.
serungkup I sj tumbuhan (pokok), mesekang putih, pokok lemos, putat
gajah, rambai ayam, talan, Ryparosa fasciculata.
serungkup II; menyerungkupi menutupi rapat-rapat, melindungi,
menutupi: seorang drpd mereka berambut panjang ~ dahi;
selungkup.
seruni; ~ laut Id sj tumbuhan, Wedelia biflora;  serunai II.
serunjang sj tombak drpd kayu.
seruntun; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), batang wali, gasinggasing,
petawali, Tinospora tuberculata.
serupih Mn serpih.
seruput sj tumbuhan (herba), Justicia uber.
seruras; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), akar belalang puak,
Pittosporum ferrugineum.
seruru sj tumbuhan (pokok memanjat), Pericamphylus glaucus.
serusah sj kain.
serut Jk ketam (kayu);
menyerut melicinkan kayu, mengetam;
serutan = tahi ~ tahi ketam, tatal (drpd barang yg diserut).
serutu cerutu, lisong.
seruyan sj tumbuhan (pokok kecil), hujan panas, semomah, Breynia
rhamnoides.
server (Komp) bp pelayan.
serviks (Bio) salur pd bahagian bawah rahim yg membuka ke faraj.
servis 1. hantaran (pukulan atau tamparan) pertama bola dlm permainan
badminton, tenis, skuasy, dsb; 2. bp khidmat, perkhidmatan: ~
mereka akan ditamatkan tidak berapa lama lagi; 3. tindakan
memeriksa, mencuci, memperbaiki, menyenggara dsb sesebuah
jentera, kereta, dsb supaya dapat beroperasi dgn baik dan selamat:
pusat ~ kereta; syarikat itu akan memberikan ~ percuma utk ~
pertama bagi kereta-kereta yg dibeli drpd syarikatnya;
~ kilas servis yg dilakukan dlm permainan badminton, pingpong dsb
dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket atau pemukul
menghala ke pemain lawan; ~ kuda teknik hantaran (sepakan)
pertama bola dlm permainan sepak takraw dgn menggunakan
bahagian atas kaki;
menservis membaiki keadaan sesuatu (spt perkakas elektrik,
jentera, kenderaan, dsb) dgn mencuci bahagian-bahagiannya
(menukar bahagian yg perlu, mengganti minyak, dsb): keretanya
sudah perlu diservis.
servo (Kej) peranti dlm sistem hidraulik yg menukarkan tekanan hidraulik
menjadi pergerakan mekanikal.
serwa  serba.
ses (sés) sj cukai khas yg dikenakan bagi maksud tertentu: ~ penyelidikan
dikenakan kpd eksport getah; pekebun kecil memohon wang ~
tanam semula dikembalikan kpd mereka.
sesagun sagun.
sesah; bersesah; ~ bertinju berpukul-pukul atau tinju-meninju (bergaduh
dll);
menyesah 1. memukul dgn benda yg melenting (rotan dll),
menyebat, membelasah: dikejarnya budak itu dan disesahnya; 2.
mencuci (pakaian dll) dgn membanting-bantingkannya;
bagai ~ kain dapat prb memakai barang (biasanya barang
pinjaman) dgn sekehendak hati sahaja; bagai cendawan disesah prb
perihal pucat lesi (muka dll).
sesai; wang ~ wang hantaran atau mas kahwin yg belum dibayar.
sesajen (sesajén) Jw jamuan yg disajikan utk orang halus dll, semahan.
sesak 1. tidak lapang (lega, longgar), sempit: bilik itu ~; 2. terlalu penuh
(hingga tidak terluang lagi), tumpat (penumpang dlm kenderaan dll):
syahadan maka pelabuhan Singapura pun ~lah dgn kapal; 3.
tersumbat atau tersekat (perjalanan nafas dll), sendat, senak:
nafasnya ~-~ macam dikejar anjing; 4. susah (kehidupan), sempit:
ia sentiasa mengambil berat akan ~ sukar dan sakit pening
sekalian anak buah;
~ dada (nafas) susah bernafas (kerana sakit, marah, dll), mengahmengah;
~ kencing berasa hendak membuang air kecil; ~ padat =
penuh ~ penuh benar (hingga tidak ada ruangan lagi); ~ berundurundur,
hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu prb perihal
orang yg tidak dapat melawan seseorang tetapi kerana malunya
dilawannya juga;
bersesak, bersesak-sesak berasak-asak, berhimpit-himpit,
bersempit-sempit: para penonton ramai ~-sesak; ~ bagai ular tidur
prb perihal orang yg dlm kesempitan (kerana ditagih hutang dll);
menyesak = menyesak-nyesak mengasak, merempuh (di tengahtengah
orang banyak): mata-mata mencuba menyuraikan orang yg
~ di depan rumah; orang itu menyeru kpd seorang pemuda yg
sedang ~-nyesak dlm orang banyak;
menyesakkan 1. menjadikan sesak (sempit), menyempitkan: tiada
ia ~ tempat kita; 2. meminta dgn sangat (supaya mengerjakan
sesuatu dll), mendesak: orang kampung ~ dia agar kahwin seorang
lagi; 3. menyendatkan (perjalanan nafas dll): hawa terkurung dan
lembap di dlm bilik yg kecil itu ~ hidung mereka; 4. menjadikan
susah atau sukar (penghidupan), menyukarkan, menyulitkan:
jangkanya belum ~, ada lagi harta benda yg boleh dijual atau
digadai;
tersesak 1. tidak lapang atau tidak lega lagi, terasak, terdesak; 2.
dlm kesulitan atau kepayahan: telur biasanya menjadi lauk
tambahan apabila kita ~ hendak menjamu rakan-rakan; ~ hidup
hidup dlm kesukaran; 3. tersekat-sekat (perjalanan nafas dll),
teresak-esak (kerana menangis), tersedu-sedu: dia menangis ~-
sesak spt budak-budak; ~ padang ke tebing (ke rimba) = ~ undang
kpd yg runcing, tak dapat bertenggang lagi prb habis akal bicara
hingga tidak ada daya upaya lagi;
kesesakan 1. perihal sesak, kesempitan, kesukaran; 2. sangat sesak
(sukar, sulit, dll): apabila Datuk Bendahara mendengar perkataan
kapitan kapal itu, ~lah ia.
sesal perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik
(dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat
perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~
kemudian tiada berguna prb sebelum mengerjakan atau melakukan
sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis;
bersesal = ~ hati = menyesal;
bersesalan, bersesal-sesalan salah-menyalahkan; ~ bagai Batak
lari prb tuduh-menuduh sesama sendiri;
menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu
kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~
nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak
~ atas perbuatannya;
menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata
demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd,
mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakan-akan
tidak tahu menjalankan tugasnya;
sesal-menyesali bersesalan;
menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu,
menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg
harus disesalkan, manusia juga yg mengajar manusia jadi begini;
2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya;
sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg disesalkan: jikalau datang
sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan
menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2.
penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari
ini;
kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk membuktikan ~ saya itu,
saya sudi bekerjasama dgn pemerintah;
penyesalan perihal menyesal(i).
sesalang sj tumbuhan (pokok renek), julung-julung (bukit), meroyan
sakat, pokok sebertih, salung(-salung), Psychotria stipulacea.
sesap I; menyesap 1. menghisap air dll (burung, binatang, dll), menyedut:
lebah ~ madu bunga; 2. menyusu (anak kecil): budak itu sedang ~;
sesapan = ~ burung bekas tempat minuman burung;
penyesapan perihal menyesap, penghisapan.
sesap II Mn = sesapan ladang atau huma yg telah ditinggalkan; dikatakan
berhuma, lebar sesapan di halaman prb kekayaan (keberanian,
kegagahan, dll) seseorang itu tentulah ada bukti-buktinya (tidak
boleh dipercayai khabar sahaja).
sesar; menyesar 1. beralih (sedikit-sedikit), berganjak, bergeser; 2.
mendesak supaya beralih (cecair oleh benda padu dll);
jangan disesar gunung berlari, hilang kabut tampaklah dia = ke
mana gunung disesar hilang kabus tampak juga prb sesuatu
perkara yg telah tentu itu tidak perlu digopoh-gopohkan sangat
(hendaklah sabar mengerjakannya);
menyesarkan 1. mengalihkan, menggeserkan (menguakkan dan
menutup spt kelambu dll); 2. mendesak supaya keluar atau bebas; 3.
(Kim) membebaskan sesuatu unsur drpd sebatian kimia (spt
hidrogen drpd asid dll);
penyesaran perbuatan menyesar(kan).
sesari bp sehari-hari, sekarang.
sesat 1. tidak mengikut jalan yg betul, tersalah (tersilap) jalan: ~ di jalan;
2. ki tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan, dll), menyimpang
dr jalan yg benar: lama-kelamaan mereka menjadi ~ lalu
menyembah berhala;
~ akal tidak siuman, gila; ~ barat salah sekali (jalan yg diikuti); ~
fikiran salah pegangan (pendirian, pendapat); ~ lalu mengikut jalan
yg salah; ~ langkah a) melakukan perbuatan yg salah; b) mendapat
bencana (sial) dlm perjalanan; ~ pusat bingung;
~ di hujung jalan, balik ke pangkal jalan prb jika tidak boleh
dicapai persetujuan dlm sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki
kembali pokok persoalannya; ~ surut, terlangkah kembali prb
membaiki kesalahan yg telah dilakukan; kelarai ~ taja prb sesuatu
kesilapan yg memang salah dr mulanya lagi;
bersesat tersalah jalan yg diikuti, dlm keadaan yg sesat
(perjalanan);
menyesatkan 1. menyebabkan jadi sesat (perjalanan), membawa ke
jalan yg salah: permatang yg panjang ini tidak akan ~ perjalanan
kita; 2. ki menjadikan keliru atau tersalah: hidup tanpa penjelasan
dan tanpa mengetahui selok-belok agama yg benar-benar akan ~
semata-mata;
tersesat 1. tersalah jalan yg diikuti: semenjak suami saya masuk
hutan, entah masuk komunis, entah ~ jalan, saya tetap dianggap
serong; 2. ki terpesong drpd kebenaran (fikiran, fahaman, dll): dia
mengingatkan kita supaya jangan ~ dan jangan melupakan Tuhan;
kesesatan 1. perihal sesat (perjalanan dll): dlm ~ yg menyesakkan
ini, aku masuki beberapa buah rumah dan menanyakan rumah
keluarga Van Hogenstra; 2. ki kekeliruan (bkn fahaman, pegangan,
dll), kesilapan: agama menunjukkan jalan yg benar dan
menyelamatkan manusia drpd ~;
penyesatan perbuatan mendatangkan kesesatan: soal ~ memang
sukar diselesaikan.
sesawat; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar carik puteri, akar
puding rimba, daun pakan, gadung samak, selantung, Vitis
cinnamomea.
sesawi sawi-sawi; spt suatu biji ~ dlm rumput prb a) orang yg hina sekali;
b) benda kecil yg disembunyikan di tempat yg pelik;  sawi.
sesekat (Kej) alat spt plat, papan dsb yg digunakan utk mengawal atau
menyekat aliran udara, cecair atau bunyi melalui salur masuk atau
keluar.
sesenap sj tumbuhan (herba), akar seleguri, Alysicarpus vaginalis.
sesenduk sj tumbuhan (pokok), bulan-bulan, Endospermum malaccense.
sesentuh (Kej) alat yg menghubungkan sesuatu pengalir elektrik dgn yg
lain (utk meneruskan pengaliran elektrik).
seser (sésér) Jw sj alat utk menangkap ikan (diperbuat drpd bilah).
sesi (sési)  1. tempoh (penggal, semester, atau tahun) pengajian di
universiti dll: ~ pertama bermula pd bulan Jun; 2. suatu jangka
masa berlangsungnya atau berlakunya sesuatu aktiviti: ~ temu duga;
3. perjumpaan sekumpulan pegawai (mahkamah, parlimen, dsb) utk
sesuatu tujuan, sidang: ~ parlimen.
sesia tidak mendatangkan apa-apa hasil atau faedah, tidak ada gunanya,
sia-sia: usahanya utk menjayakan projek itu ~ sahaja;
mensesiakan mensia-siakan: janganlah kamu ~ peluang utk
melanjutkan pelajaran ini;
kesesiaan perihal (keadaan, sifat dsb) sesia: berilah aku
kesempatan yg panjang utk menebus ~ hidupku.
sesibar sibar-sibar (serangga).
sesibur sibur-sibur.
sesium (sésium) (Kim) sj unsur logam yg sangat reaktif, mudah terbakar,
dan digunakan utk membuat sel elektrik dan sbg mangkin.
sesira sj tumbuhan (pokok), Acronychia laurifolia.
sesoca Jw intan.
sesondol (Kej) bahagian yg menonjol keluar dr roda atau aci utk
mengubah pergerakan (dr yg berpusing kpd yg turun naik dll).
sesorok sj serangga, Gymnogryllus elegans.
sesuai 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~
dgn saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yg lebih ~ utk
dijadikan isteri kamu; 2. berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): bunyi
besi itu ~ dgn bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman
itu telah difikirkan sbg hukuman yg paling ~ utk kampung itu; 4.
sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat
dll), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ utk makanan kuda
kerana kekurangan zat kalsium;
bersesuaian cocok benar dgn, berpadanan, berpatutan: saya rasa
tugas ini ~ benar utk kaum wanita;
menyesuaikan menjadikan sesuai, menyelaraskan, memadankan:
bukanlah mudah ~ diri dgn orang-orang di tempat yg baru;
peraturan dan adat istiadat ini akan diubah utk ~ dgn keadaan dan
adat resam di sini;
tersesuai (telah) disesuaikan, menjadi sesuai: nyatakan dua cara
bagaimana katak itu ~ utk hidup di dlm air;
kesesuaian perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan;
ketidaksesuaian perihal (keadaan dsb) tidak sesuai: masalah spt
kekurangan bahan bacaan dan ~ bahan bacaan merupakan
masalah yg dihadapi oleh negara ini;
berkesesuaian cocok (padan, layak) benar, sesuai;
persesuaian perihal bersesuaian (cocok, sama, dll), persamaan,
persetujuan: lelaki itu menarik hatinya kerana ada rasa simpati
dan ~ faham;
penyesuaian perihal (perbuatan, proses, dsb) menyesuaikan,
perbuatan menjadikan sesuatu dsb sesuai (dgn sesuatu yg lain):
bahasa Melayu maju dgn pesat sekali sehingga ~ diri dgn
kemajuan itu perlu dilakukan;
penyesuai alat dll yg menyesuaikan.
sesuat; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis cinnamomea.
sesumbar Jw bercakap besar (takbur).
sesup sj tumbuhan (pokok di kawasan yg berpaya), Lumnitzera coccinea.
set (sét) I 1. sekumpulan barang yg merupakan suatu kesatuan, beberapa
benda yg digunakan bersama-sama sehingga yg satu merupakan
pelengkap yg lainnya (spt pinggan mangkuk, kerusi meja, dll),
peranggu: terdapat dua ~ kutipan yg terdiri drpd terjemahan tahun
tujuh puluhan dan lapan puluhan; 2. sesuatu pusingan dlm
permainan (tenis, bola tangkis, dll): marilah kita bermain satu ~
lagi.
set (sét) II; mengeset menggubah, membentuk (rambut), mengatur (huruf
dlm mesin cetak, dll): setiap satunya merupakan cantuman berlianberlian
bermutu yg diset dgn begitu kemas.
seta bp hasta.
setabelan Id, bp pasukan meriam.
setada 1. sj tumbuhan (pokok), kayu cina, Podocarpus neriifolius; 2. sj
tumbuhan (pokok), jati laut, Podocarpus polystachyus.
setagen (setagén) sj ikat pinggang perempuan, sabuk.
setagi setagen.
setai; bersetai-setai, tersetai-setai koyak rabak (pakaian), compangcamping,
bersepai: pakaiannya yg ~ itu terketar-ketar ditiup angin.
setak Ph sj perahu kecil.
setaka  astaka.
setaking IB, bp mogok, pemogokan.
setakona  astakona.
setal I IB, bp kandang kuda; ~ kereta rumah tempat menyimpan kereta.
setal II IB, bp besi baja.
setambuk IB buku daftar yg di dalamnya terdapat nama orang (buku dll)
secara berurutan yg masuk suatu perkumpulan (kumpulan dll);
nombor ~ nombor bilangan (yg terdapat dlm setambuk).
setambul Istanbul; kopiah ~ terbus; komedi ~ sj sandiwara yg berpindahpindah,
komedi bangsawan.
setambun sj tumbuhan (pokok kecil), Baccaurea parviflora.
setampin sj tumbuhan (pokok renek), merepuh, pulut-pulut bukit, tampin
hutan, Mallotus griffithianus.
setan (sétan)  1. bp makhluk halus yg jahat (menggalakkan membuat
kejahatan), syaitan: di sini tempat ~ dan iblis bermain; 2. ki (orang
yg) jahat lagi buruk perangainya: pelajar-pelajar itu ada juga yg ~-
~; 3. bp kata makian;
mempersetan, mempersetankan tidak mempedulikan
(mengendahkan): rakyat mempersetankan seruan pengkhianatpengkhianat
itu;
kesetanan dirasuk (diganggu) setan;
persetan bk jahanam: ~lah dgn mesyuarat; syaitan.
setana bp istana.
setandang; rumput ~ sj tumbuhan (herba), ketumbit akar, rumput anak
temot, rumput setawar, rumput sumpu, rumput susur, Borreria
articularis.
setang IB bahagian yg dipegang utk mengemudikan basikal (kereta),
stereng.
setangan bp sapu tangan; ~ kepala kain ikat kepala, destar.
setanggi sj kemenyan (yg berbau harum apabila dibakar).
setanjak tengkolok;  tanjak I.
setapak serambi atau langkan yg di rusuk rumah;  tapak I.
setapuh sj tumbuhan (pokok), beras-beras, buah punai mengantuk, gading
betina, menubung, pelangas, sebasah hitam, (minyak, nipis kulit),
Aporosa aurea.
setar sj tumbuhan (pokok), kundang, rumia, Bouea macrophylla.
setarek (setarék) Kl sejak, semenjak.
setat I bp; menyetat menghidupkan enjin kereta dll: drebar telah masuk
hendak ~ kereta;
penyetat alat atau pesawat yg digunakan utk menghidupkan enjin.
setat II IB daftar serta catatan-catatan ringkas bkn sesuatu (pegawai,
murid, dll).
setatar bp alat utk menghidupkan enjin;
disetatar dihidupkan (dijalankan) enjin.
setatuten IB peraturan dasar (syarikat, pertubuhan, dll).
setawar 1. sj tumbuhan (pokok), tawar-tawar, Costus speciosus; 2. sj
tumbuhan (pokok renek), bayam beralih, Cyrtandromoea grandis;
3. sj tumbuhan (pokok renek), bayam beralah, Cyrtandromoea
grandis;
~ betina = ~ gajah = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (herba),
Forrestia spp.; ~ bukit = ~ gunung sj tumbuhan (pokok kecil),
Pseuderanthemum crenulatum; ~ kampung sj tumbuhan (herba),
cakar bebek (itik), tapak itik, Kalanchoe laciniata; ~ padang sj
tumbuhan (herba), ganti batang, kerencung, raja bangun, sedingin,
seringin, tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum; ~ ular sj tumbuhan
(herba), bunga kuau cermin, paha ayam, pokok tangkai jerami,
rumput lidah jin, Peristrophe acuminata.
setebal sj tumbuhan (pokok), kalung, medang biawak, Alangium nobile;
akar ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), akar berenas, akar
kecubung air, akar rambai daun, Trichosporum radicans.
seteger (setégér) IB para-para tempat orang membuat kerja (spt membuat
rumah dll), aram-aram.
seteheng (setéhéng) Id, bp setengah gila, tiga suku (dlm erti kiasan).
setek (seték) IB potongan batang kayu (dahan dll) utk ditanam, turus.
seteker (setékér) IB suis lampu elektrik.
setel (setél)  I Id selengkap (pakaian, pinggan mangkuk, dll), peranggu,
set: dia selalu memanggil “pak” pd orang yg punya pakaian lebih
drpd satu ~;
setelan 1. selengkap (pakaian, pinggan mangkuk, dll); 2. bp
pasangan atau jodoh (piring dgn cawan dll).
setel (setél)  II IB; menyetel 1. mengunci jam atau membetulkan jarum
jam; 2. memasang atau membunyikan radio (dgn mendapatkan
stesennya): tidak ubahnya seakan kita ini pesawat radio yg selalu
disetel pd gelombang bernama Barat; 3. memasang roda (mesin
dll);
setelan 1. alat pengunci jam, pemutar radio (utk mencari stesen); 2.
cara memasang (roda, mesin, dll).
setela (setéla); ubi ~ ubi keledek.
seteleng (sétéleng)  IB,  bp  pameran:  atas usaha perkumpulan ini,
diadakan beberapa ~ lukis;
menyetelengkan bp mempamerkan (barang-barang, lukisan, dll).
seteling (setéling)  IB,  bp  1. kedudukan pertahanan (tentera), tempat
bertahan dan melancarkan gerakan, segala kelengkapan pertahanan
dlm gerakan tentera; 2. menyusun kedudukan utk melancarkan
gerakan dll;
menyeteling bp 1. mengatur kedudukan pertahanan (tentera),
bertahan pd suatu tempat; 2. melakukan serangan dll, mengepong.
setem (setém)  I kertas kecil bergam, bergambar, dan mempunyai nilai
(mata wang) tertentu yg digunakan sbg tanda bayaran pos, bayaran
cukai surat perjanjian, dll;
bersetem mempunyai setem: surat permohonan hendaklah disertai
dgn satu sampul surat yg beralamat sendiri dan ~.
setem (setém) II IB, bp 1. suara pengundi (dlm pilihan raya dll); 2. sama
nadanya, selaras, setala; tidak ~ a) tidak sama nadanya; b) tidak
sesuai (cocok);
menyetem bp 1. membuang undi, mengundi; 2. menyamakan nada
(dlm permainan muzik), menala;
seteman bp pemungutan suara, pengundian.
setemi sl surat, warkah.
setenggar (seténggar) sl, bp sj senapang;  istinggar.
setepek (setépék) sj ikan laut, Cynoglossus spp.
seter (setér) IB bintang (tanda pangkat dll).
seter (sétér) IB = tukang ~ bp orang yg menyusun huruf (dlm percetakan),
penyusun huruf.
seterika sj alat (diperbuat drpd besi) yg dipanaskan utk menggosok kain
baju dll supaya licin;
~ arang seterika yg dipanaskan dgn arang; ~ elektrik seterika yg
dipanaskan dgn tenaga elektrik;
berseterika telah digosok atau dilicinkan dgn seterika (kain baju
dll): seluar biru panjang yg dipakainya itu keras berkanji dan licin
~;
menyeterika menggosok (melicinkan) dgn seterika: bangku ini
berguna utk ~ baju kanak-kanak atau lengan baju;
seterikaan 1. barang-barang yg (hendak dan sudah) diseterika; 2.
Jk seterika.
seteru musuh atau lawan (orang perseorangan): drpd banyak ~, baik
banyak sahabat;
berseteru mempunyai seteru, bermusuh: barangkali kerajaan akan
melancarkan tindakan ~ di luar negara; drpd bersahabat dgn
orang yg bodoh, baik ~ dgn orang yg berakal prb tidak ada sesuatu
pun yg boleh didapati drpd orang bodoh tetapi drpd orang cerdik
kita boleh mempelajari walaupun dia musuh kita;
menyeterui memusuhi;
memperseterukan menjadikan seteru, menganggap musuh;
perseteruan perihal berseteru, permusuhan: umat Arab sebelum
Islam sentiasa dlm huru-hara, pertelingakahan dan ~.
setewel (setéwel) Id ark  setiwal.
seti ark sj kain sutera.
seti (séti)  sj  kerusi  panjang  dgn  tempat  duduk  dan  tempat  sandar  yg
berkusyen, boleh diduduki dua orang atau lebih.
setia 1. teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), tetap hati: ia
sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana
~; sumpah ~ a) sumpah utk tetap setia selama-lamanya; b) sumpah
yg tidak akan diubah lagi; 2. berpegang teguh (pd janji dll), patuh,
taat: anak-anak mudanya menuruti langkah bapanya dgn rajin dan
tekun dan para gadisnya menuruti cara ibunya dgn patuh dan ~;
tidaklah diragui lagi bahawa dia orang yg ~ kpd ketuanya;
~ lencana Id pingat tanda kesetiaan (dlm tentera); S~ Mahkota
Johor nama bintang kehormatan yg dianugerahkan oleh Sultan
Johor; ~ rahsia pembantu yg mengurus hal-hal peribadi dan urusanurusan
sulit, pembantu khas;
bersetia mengaku setia, bermuafakat: lalu ~ dan berjanji penghulu
Linggi itu dgn Bugis;
kesetiaan perihal setia, keteguhan hati (dlm hal perkahwinan,
persahabatan, dll), ketaatan: Pahang yg dahulunya menjadi
sebahagian drpd kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kpd
Sultan Johor;
persetiaan perjanjian mengaku setia: jika akan mungkir drpd
sumpah dan drpd ~ itu , janganlah bersembunyi-sembunyi;
Matelieff menandatangani satu ~ baharu dgn Sultan Johor.
setiabu sl sj ular; pedang ~ a) sj pedang yg bermata tiga; b) sangkur
senapang, benet, bayonet.
setia kawan berasaskan (memperlihatkan dsb) perasaan bersatu
(bersefahaman, bersepakat dll), mempunyai (membayangkan dsb)
pendirian dan kepentingan yg serupa: menandatangani perjanjian
kerjasama dan ~; semangat ~ adalah penting bagi menjamin
kestabilan rantau ini;
kesetiakawanan sikap (pendirian, perasaan, dll) setia kawan:
semangat kebangsaan dan ~ menjadi tenaga pendorong utk
ketahanan dan kegigihan dlm persaingan yg hebat.
setiar Jw, bp ikhtiar.
setiausaha 1. orang yg diambil bekerja utk mengurus urusan suratmenyurat
(menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian,
dsb) utk orang perseorangan atau utk sesebuah pertubuhan; 2.
pegawai yg mengendalikan pentadbiran dll sesuatu kementerian
(jabatan dsb), orang yg mengendalikan pentadbiran sesuatu
pertubuhan dsb: Ketua S~ Kementerian Luar Negeri; ~ Persatuan
Sejarah Malaysia;
~ akhbar setiausaha kpd menteri yg tugasnya menyediakan draf
ucapan menteri dan seterusnya mengurus penyiarannya dlm akhbar;
~ kehormat setiausaha yg menjalankan tugas atau berkhidmat
secara sukarela (tidak diberi gaji atau upah); ~ parlimen setiausaha
kpd menteri dlm urusan yg bersangkutan dgn parlimen; ~ peribadi
setiausaha yg mengurus hal-hal peribadi seseorang di samping
tugas-tugas rasminya; ~ politik setiausaha kpd menteri dlm urusan
yg bersangkutan dgn politik; ~ sulit setiausaha yg mengurus urusan
peribadi atau urusan sulit dsb seseorang atau sesebuah pertubuhan,
syarikat, dsb; ~ syarikat pegawai kanan syarikat korporat yg
bertanggungjawab terhadap hal-hal perundangan, pengurusan dsb
syarikat;
kesetiausahaan (segala urusan) yg berkaitan dgn tugas atau
profesion setiausaha: dia berjaya dipilih memegang jawatan
penolong setiausaha kerana mempunyai diploma ~; kerja-kerja ~.
setiawan sl setia sekali.
setiga Id ark sj puisi yg mempunyai tiga baris tiap-tiap serangkap.
setik I IB jahitan; ~ balik jahitan kembar yg dibalikkan.
setik II Jk jengkal;
setikan sj permainan guli (dgn jengkal).
setina (Bio) bunga yg tidak mempunyai stamen.
seting (séting)  pemandangan,  persekitaran,  atau  latar belakang yg dibuat
utk mewujudkan lokasi bagi drama pentas, filem, dsb.
setinggan orang yg menempati tanah kerajaan secara haram.
setinggar  istinggar.
setinggi bahagian layar yg boleh digulung (utk mengurangi angin).
setinja  istinjak.
setip I IB getah pemadam tulisan.
setip II IB kekejangan (anggota badan), kena sawan.
setir Id stereng (kereta), kemudi; memegang ~ menyetir;
menyetir memandu (kereta): aku kira aku sudah tidak boleh lagi ~
sendiri;
penyetir pemandu (kereta).
setirman IB jurumudi.
setiwal IB pembalut kaki (kulit), bengkap, but yg tinggi.
setoi; ~ tupai sj tumbuhan (pokok), sangah, Elaeocarpus robustus.
setoka; ikan ~ sj ikan pari kecil, Trygon spp.;
niat hati nak pancing temenung, sudah terpancing ikan ~ prb lain
yg dikehendaki, lain yg didapati.
setokin bp stoking.
setolop IB 1. semperung (cimni) kaca; 2. lampu yg memakai semperung.
setom NS; ~ lampu corong lampu.
seton Jw sj buyung, guci.
setonggang sj ikan laut, jepun, Monocentris japonicus.
setop bp 1. tempat berhenti (bas dll): dr satu ~ ke satu ~, semakin banyak
penumpang turun; 2. berhenti, terhenti;
menyetop menahan (supaya berhenti), menyuruh berhenti: mereka
~ dua buah beca yg lain di hadapan mereka;
tersetop tidak diteruskan (perjalanan, percakapan, dll), terhenti;
setopan Id tempat berhenti (bas dll), perhentian;
penyetopan perihal atau perbuatan menyetop (menahan supaya
berhenti).
setori Id, bp bising (orang bergaduh dll).
setoter Id bermain daun terup.
setrap IB, bp hukuman atau denda (di sekolah), dera;
setrapan hukuman, denda.
setrat ark IB, bp jalan raya, lebuh.
setrik IB, bp pita sutera (utk mengikat rambut dll).
setrimin Id sj jaring kawat (halus).
setrip IB 1. garis yg lebar-lebar, jalur (perhiasan, tanda, dll), senggatan
(pd alat pengukur); 2. tanda, pangkat di lengan;
menyetrip membubuh (memasang) setrip.
setrum IB, bp aliran elektrik;
menyetrum 1. mengalirkan elektrik kpd sesuatu; 2. ki
mempengaruhi orang dgn kuasa batin.
setrup IB air sirap.
setu I Jw, sl berkat, pesona, restu;
menyetui memberi restu (berkat), mempesona (dgn kata-kata
hikmat dll): disetui baginda semoga Jayeng Kesoma tiada makan
oleh senjata; maka Raden Galoh pun disetui oleh Betara Kala,
maka berubahlah rupanya laki-laki;
penyetu orang (binatang) yg telah direstui.
setu II sj tumbuhan (herba di laut), deringan (jerangau, jeringan) laut,
setul, Enhalus spp.
setu III; ular ~ sj ular yg biasa terdapat di tempat yg banyak pokok setu.
setubuh tubuh.
setui 1. sj tumbuhan (pokok renek yg menjalar), ketuai, melapari, salang,
Derris trifoliata; 2. sj tumbuhan (pokok), sentul, setul, Sandoricum
indicum.
setuju tuju I.
setul  sentul.
setulang sj tumbuhan (pokok renek), leban nasi (pacat), pelong, selong
cong, Vitex gamosepala.
setum IB wap (air); naik ~ bp naik darah, marah;
menyetum memasak dgn wap, mengukus.
setumpuk sj tumbuhan (pokok renek), melur jawa, pokok rabu kembang,
rompok, Clerodendron fragrans.
setumpul sj tumbuhan (pokok), Hydnocarpus spp.
setunduk 1. sj tumbuhan (pokok), asam tunduk, belimbing besi (hutan),
tetinduk, Connaropsis macrophylla; 2. sj tumbuhan (pokok),
belimbing akar (besi, burung, kera, keris, penjuru, pipit), pupoi,
Connaropsis monophylla; 3. sj tumbuhan (pokok), belimbing
cercak (hutan), gerigi, Connaropsis sericea.
setung I  restung I.
setung II; ~ jundur sj tumbuhan (pokok), Henslowia buxifolia.
setup IB buah-buahan yg dimasak (direbus atau dikukus).
seturi  kesturi I.
seturu Jk sekumpulan, sekawan, segerombolan.
sewa (séwa)  1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang:
segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai-menggadai, ~,
dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh
digunakan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3.
wang yg dibayarkan utk menggunakan sesuatu, tambang (bkn
kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus
niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh
atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya
membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian
menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran;
menyewa menggunakan (meminjam) dgn membayar sewa:
sekarang mereka ~ sebuah bilik kecil;
menyewakan = mempersewakan memberi orang lain
menggunakan sesuatu dgn mengutip sewa: tuan rumah itu juga
turut tertangkap kerana ~ rumahnya utk tempat berjudi; rumahrumah
petak itu didirikannya utk dipersewakan;
tersewa berupaya (mampu) membayar sewanya: saya berpindah dr
sebuah kedai ke rumah petak kecil, disewa berkongsi-kongsi,
sebab tidak ~ sendiri;
sewaan sesuatu yg disewa (disewakan): selepas perang mereka
tinggal di sebuah bilik ~ kepunyaan seorang saudagar India;
penyewaan perbuatan menyewa(kan);
penyewa 1. orang yg menyewa: di serambi rumah itu memang
banyak disediakan kerusi utk ~ duduk-duduk mengambil angin
waktu petang; 2. wang dll utk membayar sewa: wang ~ rumah; ~
kecil orang lain yg menyewa tanah, rumah dsb drpd penyewa
utamanya.
sewah (séwah) I; ~ tekukur sj burung, Cuculus vagans.
sewah (séwah) II Kl; menyewah 1. terbang melayang rendah (spt helang
dll); 2. menyambar (bkn helang).
sewah (séwah) III  sewar.
sewaka (séwaka) ark; bersewaka sl duduk menghambakan diri (kpd raja,
orang-orang besar, dll), duduk menumpang di rumah orang (dgn
menolong tuan rumah bekerja dll).
sewal (séwal) ark sial.
sewar (séwar) sl senjata yg menyerupai tumbuk lada tetapi matanya lebih
melengkung.
sewat (séwat); menyewat mengambil sesuatu benda dgn pantas, mencuri,
menyambar: ia pun berlari, disewatnya suatu benda yg terletak di
atas meja itu.
sewel (séwél) bp tidak begitu waras atau siuman, kegila-gilaan, kemamar.
sewu (séwu) Jw seribu.
seyek (séyék) Kl; menyeyek mencarik (kertas dll), mengoyak.
seyogia  yogia.
sfera (sféra) objek (benda) atau rajah yg berbentuk spt bola.
sferometer (sférométer)  (Fiz)  alat  utk  mengukur  kelengkungan  sesuatu
permukaan kanta atau cermin.
Sg. kep Sungai: ~ Pahang.
Sherpa suku kaum di pergunungan Himalaya yg tinggal di sempadan
Nepal dan Tibet, yg berkemahiran mendaki gunung, sering menjadi
pengiring, pemandu arah, pembawa barang dsb utk pendaki gunung.
si I 1. kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timangtimangan,
panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~
bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg
digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah
tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk
menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~
penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh.
si II awalan pd berbagai-bagai nama binatang atau tumbuhan, se: ~dingin;
~kedidi; ~tawar.
si III 1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- utk menyatakan diri
membuat sesuatu; bersibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat
bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung
dgn imbuhan ber- dan -an utk menyatakan saling berbuat sesuatu;
bersipandangan berpandang-pandangan.
si IV Jk, bp 1. agaknya, gerangan: siapa ~ yg bertanya ke mari tadi? 2.
memang, benar, sungguh; sih.
Si simbol kimia bagi silikon.
SI kep Systéme International (d’Unités) (Sistem Unit Antarabangsa, iaitu
set unit ukuran, mis meter, kilogram dan liter, utk kegunaan saintifik
dan teknikal di seluruh dunia).
sia; ikan ~ sj ikan darat, Mystacoleusus marginatus.
siaga Jw = siap ~ siap sedia;
kesiagaan keadaan siap sedia: ~ orang Melayu utk menarik
kerisnya dlm membela diri.
siah I; ~ layah tergoyang-goyang (daun lalang ditiup angin dll),
terhuyung-hayang (orang mabuk berjalan dll).
siah II; ~ palis sj mantera utk menjauhkan (menolak) bahaya;
bersiah 1. berganjak ke tepi (utk mengelakkan sesuatu), menepi
(utk memberi jalan dll): waktu berpapasan jalan denganku, dia
akan ~ seolah-olah takut terkena najis; 2. ark berlari dgn tidak
tentu arah, berlari tunggang-langgang;
menyiah, menyiahkan 1. mengganjakkan ke tepi, mengetepikan; 2.
menguakkan (menolakkan) ke tepi: ~ rambut; 3. ki mengelakkan
bahaya dll: apabila hari hendak hujan, disiahkan pula hujan itu ke
tempat lain dgn isyarat dan ilmu.
siak 1. orang yg hidup miskin (biasanya tinggal di masjid dan mendapat
rezeki drpd sedekah orang); 2. orang yg kerjanya menjaga masjid,
pengawal masjid: lepas gendang maghrib ditabuh ~, dia cabut
pulang; gentar ~ prb sifat orang siak jika terkejut lalu gaduh
(gempar atau kecoh).
siak-siak; ~ basyal = ~ jantan sj tumbuhan (herba), benjuang, lenjuang
benar, meroyan bakai (bungkus), senjuang, setagit, Dianella
ensifolia; ~ rimba sj tumbuhan (rumpai), Mapanis humilis.
siakap 1. = ~ putih sj ikan laut, kakap (putih), Lates calcarifer; 2. = ~
merah sj ikan laut, jenahak, kakap (merah), sendarat, ungar,
Lutjanus argentimaculatus.
sial I 1. tidak beruntung (selalu gagal dlm mendapat sesuatu dll), tidak
bernasib baik (selalu ditimpa kemalangan, selalu susah, dll), celaka,
malang: kami juga mengisahkan tentang tuah ~ masa hadapan
anak-anak kami; ~ benar nasib mereka; ~ dangkalan sial benar; 2.
(yg) mendatangkan kecelakaan (kemalangan dll), (yg) tidak
mendatangkan keuntungan (kebahagiaan dll): menurut kepercayaan
Inggeris, nombor 13 ialah suatu angka yg ~; besok mari ikut aku,
kita tinggalkan tempat ~ ini; 3. jahanam, si celaka (kata makian):
jangan sebut-sebut lagi nama perempuan ~ itu!
~ bercampur malang prb kehidupan orang yg sangat sengsara
(segala yg dihajati tidak diperoleh); bagai menjenguk jerat ~ prb
pergi ke sesuatu tempat tetapi utk sebentar sahaja, orang yg gemar
berjalan-jalan;
menyialkan mendatangkan sial: tidak cukup engkau dgn sial
dirikau, kausialkan orang lain pula;
sialan 1. orang yg (mendatangkan) sial; 2. Id jahanam, celaka (kata
makian): ~ lu!
kesialan perihal sial, kecelakaan: tetapi Bidin berasa takut kalaukalau
~ wang loteri itu akan membuatkan kapal yg ditumpanginya
jadi kacau.
sial II; ~ menahun a) sj tumbuhan (pokok), Pternandra capitellata; b) sj
tumbuhan (pokok), lidah katak, Pternandra coerulescens.
sialang I sarang lebah;
bersialang 1. berterbangan banyak-banyak atau berkerumun
(lebah); 2. Mn mengambil manisan dr sarang lebah.
sialang II = pokok ~ sj tumbuhan (pokok tempat lebah suka bersarang),
tualang, Koompassia excelsa.
sialit sj tumbuhan (rumpai utk ubat kencing nanah), Scleria sumatrensis.
siam I; bunga ~ sj tumbuhan (pokok renek), pokok lasana, Acacia
farnesiana.
siam II; burung ~ sj burung, burung kuning, Pyconotus a. atriceps; punai
~ sj burung, Treron b. bicinta.
siam III Ar puasa;  saum.
Siam IV nama negara yg letaknya di utara Tanah Melayu, Muang Thai.
siamang I sj beruk yg besar (bertangan panjang dan tidak berekor),
Hylobates syndactylus; bagai ~ kurang kayu prb bersusah hati
kerana ketiadaan keperluan sehari-hari.
siamang II sj logam berwarna kelabu, tungsten.
sian bp sedemikian.
sianang sj ikan darat.
siang I 1. = ~ hari waktu dr matahari terbit hingga matahari terbenam,
waktu matahari masih bersinar, lwn malam: mereka berjanji akan
berjumpa pd waktu ~; buta ~ kurang pelihatan pd waktu siang;
maharaja ~ matahari; 2. = siang-siang lebih awal (drpd yg
sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas: wah, ~nya dapat kad
jemputan!; kedai telah ditutup ~-~ lagi; ~ malam siang dan malam;
~ berpanas malam berembun = malam berselimut embun, ~
bertudung awan prb perihal orang yg melarat dan miskin, tidak
mempunyai rumah tangga; murai berkicau hari ~ prb sesuatu yg
sudah terang dan nyata; takkan sebab ayam seekor mengetahui hari
~ prb sesuatu pekerjaan yg dikerjakan oleh orang banyak itu tidak
akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yg tidak suka;
kesiangan terlewat (bangun drpd tidur dll) hingga siang: mereka
semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur; spt bulan ~ hari
prb muka yg pucat benar.
siang II terang (halaman, kawasan, dll), bersih;
menyiang 1. = menyiangi mencabut rumput (semak dll) supaya
bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan
dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa
hasil lagi, padi masih disiangi; 2. = mempersiang membersihkan
ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka
~ dua ekor ikan cencaru;
menyiangkan menyiang (ikan, ayam dsb) utk: selain membasuh
pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd
pagi itu.
sianggit sj tumbuhan (rumpai), ara batu, daun misai kucing, rumput jalang
(pereh jarang, sekeduk, tahi ayam) selasih dandi, senorang kambing,
tahi asu (anjing), Ageratum conyzoides.
sianida sj sebatian kimia yg sangat beracun.
sianogen (Kim) gas yg tidak berwarna, berbau sengit, sangat beracun dan
larut dlm air, alkohol dan eter, digunakan dlm sintesis bahan
organik yg lain dan juga sbg bahan pewasap.
sianometri (sianométri)  kajian  tentang  langit  dan  pengukuran
kebiruannya.
siantan; ~ hutan a) = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), jarum-jarum merah,
pecah periuk, penujuh, Ixora chinensis; b) sj tumbuhan (pokok),
delak ayam, jarum-jarum (jejarum, menjarum) merah, nipis kulit,
Ixora concinna.
siap 1. sudah sedia (pakaian, makanan, dll), sudah disediakan, mustaid:
makanan sudah ~; 2. selesai (dibuat dll): ibuku sudah ~ bertanak
dan menggulai; 3. = ~ sedia = ~ siaga sudah bersedia utk
(melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas; 4.
= bersiap Id jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dlm tentera);
bersiap 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk
menghadapi sesuatu, berwaspada: setelah kelihatan itu, maka
masing-masing pun ~lah menghadapi perahu perompak itu; 2.
berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah
menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id
siap (perintah dlm tentera);
bersiap-siap, bersiap-siapan membuat persediaan, berlengkaplengkap,
bersedia-sedia: negeri Kuripan sedang ~ utk perkahwinan
tuan puteri;
bersiapkan sl = mempersiapkan: Yang Di-pertuan Muda pun
menyuruh ~ segala kelengkapannya;
menyiapkan, mempersiapkan 1. menyediakan, mengadakan:
isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu
pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3.
melengkapkan (mengemaskan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah
perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat:
mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan
mencegah perbuatan rasuah;
persiapan 1. perihal bersiap-siap (mempersiapkan): empat pasukan
bola sepak sedang giat menjalani latihan sbg ~ utk merebut
gelaran johan; 2. segala sesuatu yg disiapkan, kelengkapan,
persediaan: ia pun pulang utk membuat ~ belayar; beberapa hari
sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat;
penyiapan perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu
(bangunan dll).
siapa 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2.
kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk
menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan
cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada
~ tiada seorang pun;
~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya
(suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing
membuat hal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a)
barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga;
sesiapa siapa-siapa: ~ sahaja boleh menyertai peraduan ini;
siapa-siapa 1. orang yg tertentu: kakak tidak menunggu ~; 2. siapa
juga, siapa pun: aku tidak mahu menyalahkan ~, sekalipun engkau;
3. barang siapa, seseorang (orang yg tidak tentu): ~ yg didapati
bersalah, akan dihukum.
siapuh bp kata utk menyelang nyanyian keroncong.
siar I; menyiarkan 1. menghebahkan kpd orang ramai (melalui radio,
televisyen, surat khabar, dll), mengumumkan: berita itu telah
disiarkan melalui radio; 2. memasukkan (gambar dll ke dlm
majalah, surat khabar, dll) dan menerbitkannya: memang sudah
biasa majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah; 3.
memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dll); 4.
memancarkan (cahaya dll); 5. membawa ke serata tempat,
menyebarkan, menyeratakan; ~ raya alat utk membuat
pengumuman, mis pembesar suara, dlm sesuatu majlis, perayaan
dsb;
tersiar 1. telah dihebahkan (diumumkan, dikhabarkan ke meratarata),
tersebar ke mana-mana: khabar telah ~ bahawa peperangan
telah berakhir; 2. telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dll):
kesemua cerpen dlm kumpulan ini telah ~ dlm mingguan Utusan
Zaman;
siaran sesuatu yg disiarkan atau diterbitkan (pengumuman, berita,
dll): aku hendak mendengar semua ~ radio hari ini; surat ~ surat
yg disebarkan kpd orang ramai;
persiaran ark pengumuman, pemberitahuan;
penyiaran 1. perbuatan menyiarkan: ~ agama Islam di Tanah
Melayu; 2. (Kom) aktiviti mengadun dan memancarkan rancangan
radio dan televisyen kpd khalayak di sekitar kawasan yg dapat
diliputi oleh alat penerima siaran dgn menggunakan sistem analog,
satelit atau kabel;
penyiar 1. orang yg menyiarkan, pengembang (agama); 2. alat
pemancar (radio dll); 3. penerbit dan penjual (buku dll); 4. petugas
radio dan televisyen yg terlibat secara langsung dlm aktiviti
penyiaran rancangan media elektronik.
siar II; bersiar, bersiar-siar ark berjalan-jalan (mengambil angin dll),
bertemasya: malam itu, Maskam membawanya ~ ke taman bunga;
persiaran 1. hal atau perbuatan bersiar-siar: bas ~; 2. tempat
(kawasan, jalan dsb) bersiar atau bersiar-siar;
persiar; kapal ~ kapal utk bertemasya (bersuka-suka) di laut.
siar III Mn; ~ bakar perihal membakar dgn sesuka hati (rumah dll); ~
bakar berpuntung suluh prb sesuatu perkara itu boleh diputuskan
setelah cukup bukti dan keterangannya;
menyiar membakar, menunu;
tersiar terbakar.
siar IV perekat (drpd simen dll) batu bata, turap;
menyiar merekatkan bata dgn bata, menurap.
siar V; daun ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), segeger, Lycopodium
cernum.
siar VI Kl, Ph, Tr sembuh (penyakit).
siar VII Br; udang ~ sj udang kecil.
siarah, siarat; bintang ~ planet yg beredar mengelilingi matahari
(Marikh, Musytari, Zuhrah, dll), kaukab.
siarawan (Kom) orang yg terlibat secara langsung dlm aktiviti merancang,
menyediakan dan menyiarkan rancangan utk disalurkan melalui
media elektronik: kebebasan ini sudah disalahgunakan oleh ~
stesen radio swasta.
siasah 1. pengetahuan yg bersangkutan dgn hal-hal kenegaraan
(pemerintahan dll), politik: orang asing yg tinggal di negeri ini
telah diingatkan supaya jangan mencampuri hal-hal ~ negeri kita;
parti ~ parti politik; 2. kebijaksanaan (kebolehan, muslihat) utk
mencapai sesuatu maksud: sekarang ia sedang mengatur ~ hendak
membalas sakit hatinya; ~ perang muslihat (tipu helah)
peperangan;  siasat I.
siasat I 1. pemeriksaan (yg teliti), penyelidikan: mereka bersidang utk
menjalankan ~ ber hubung dgn keselamatan dlm negeri, sama ada
perkara itu benar atau tidak; terlalu sangat periksa dan ~nya;
badan ~ badan penyelidik (mencari keterangan); 2. teguran, celaan,
kecaman, kritik; 3. segala sesuatu yg bersangkutan dgn kenegaraan
(pemerintahan negeri), siasah, politik: campur tangan Belanda dan
Inggeris dlm ~ Alam Melayu juga dikisahkan dlm buku tersebut; 4.
kebijaksanaan (kebolehan, kecekapan, dll) mengerjakan sesuatu
(mencapai sesuatu maksud), muslihat, taktik: ahli negara
Byzantium telah menjalankan suatu ~ licin utk melemahkan kaum
Muslimin di Timur dan orang Kristian di Eropah Barat;
~ bumi hangus tindakan memusnahkan segala yg dianggap penting
bagi musuh; ~ dunia politik dunia; ~ kura-kura bp tindakan yg
diambil mengikut keadaan; ~ luar negeri politik luar negeri; ~
perang muslihat dlm peperangan; ~ perniagaan hal (ilmu
pengetahuan, putar belit) dlm perniagaan;
bersiasat 1. membuat penyelidikan (pemeriksaan) dgn bertanya dll;
2. menggunakan siasat (taktik, kebijaksanaan, muslihat, dll) utk
mencapai sesuatu maksud, berdiplomasi;
menyiasat, menyiasati 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara
yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara,
mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau
disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuhpembunuh
itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki
(utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa
jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg mereka
dengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau
menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah
dibawa ke Ipoh utk disiasat;
siasatan 1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun
dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal
menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya
kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan
itu;
penyiasatan perbuatan menyiasat (menyelidik), pemeriksaan,
penyelidikan: pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang
harta, tanggungan, dan pendapatan ahli-ahli yg hendak
meminjam;
penyiasat orang yg menyiasat, penyelidik.
siasat II sl hukuman, aniaya, seksa;
menyiasat, menyiasatkan menghukum, menganiaya, menyeksa.
sia-sia 1. tidak berguna, tidak bermanfaat, tidak mendapat apa-apa hasil,
percuma, sesia: membuang wang dgn ~; ~ berbuat baik kpd orang
yg tidak berbudi; dia tidak membuang masanya dgn ~; 2. kurang
berhati-hati (ketika melakukan sesuatu), dgn sembarangan sahaja:
menuduh orang dgn ~ sahaja;
~ hutang tumbuh prb jika terlalu berani membuat sesuatu, akhirnya
hutang akan bertimbun; ~ negeri alah prb pekerjaan yg dilakukan
dgn kurang hati-hati itu akan mendatangkan bahaya dan kerugian;
bersia-sia tidak berguna, percuma;
mensia-siakan 1. menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu
mempergunakan, menganggap enteng, membuang-buang (wang,
tenaga, dll) dgn percuma: sayang hari mudamu kausia-siakan dgn
menunggu orang yg telah meninggalkan engkau; mereka sanggup
~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yg maksum; 2. tidak
mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dll),
mengecewakan (harapan dll), mengabaikan: aku tidak akan ~ kau
apabila kau jadi isteriku;
~ hidup merosakkan hidup; ~ nyawa a) membuang nyawa dgn siasia;
b) merosakkan hidup; ~ umur menjadi tua dgn tidak
menghasilkan apa-apa;
tersia-sia tidak berguna: kerana tidak mendapat pelajaran dan
latihan yg sempurna, banyak anak muda kita yg ~ hidup mereka;
kesia-siaan hal yg sia-sia: sudah ngeri hamba mengira-ngirakan ~
hamba.
siat I; menyiat mencarik halus-halus (dgn tangan, gigi, paruh, dll),
mencarik (kertas), mengoyak (kulit drpd daging, kertas, dll),
menguliti: gigi yg berjenis-jenis itu digunakan utk memotong, ~,
mengisar, dan menghancurkan makanan; kadang-kadang majalah
ayahnya disiatnya dan dibuatnya kapal atau layang-layang;
menyiat-nyiatkan ki menghancurkan sesuatu hingga berkecai: aku
merasakan pertengkaran kali ini spt ~ hatiku;
tersiat terpisah kulit drpd daging, terkelupas (kulit), tercarik:
rambutnya direntap-rentap spt hendak ~ kulit kepala;  sayat I.
siat II Kl tak usah, jangan.
siau sejuk semula (air panas, besi panas, dll), tidak panas lagi (tubuh
orang demam).
sibar = sibar-sibar 1. tambahan atau lapisan pd tepi baju dll; 2. binaan
tambahan (anjung, serambi, dll) pd rumah besar.
sibar-sibar sj serangga (Crocothemis servilia, Neurothemis fluctuans,
Thyothemis Phyllis, Nannophya pygmaea dll); sibur-sibur.
siber berkaitan dgn komputer dan Internet: Internet ibarat pasar raksasa
yg menemukan pembeli dgn penjual dlm ruang ~; ibu bapa kini
menghadapi cabaran yg lebih besar dlm mendidik anak-anak yg
membesar dlm dunia ~.
siberfobia perasaan cemas atau takut terhadap komputer.
sibernetik (sibernétik)  kajian  yg  berkaitan  dgn  kawalan  dan  komunikasi
pd sistem elektronik yg kompleks, serta pd sistem saraf dan otak
haiwan, khususnya manusia.
sibir Mn kerat, cabik, potong;
sesibir secarik, secabik, sekerat;
sibiran serpihan, keratan, pecahan; ~ tulang ki anak, kekasih, buah
hati.
sibu sj tumbuhan (herba), pokok telur belangkas, siku dengan, siku-siku,
Oldenlandia corymbosa.
sibuk I 1. banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu,
giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk: di rumah, ibu sedang ~
memasak, menyediakan makan tengah hari; 2. banyak kenderaan
lalu-lalang (bkn jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar
masuk (mendarat dan berlepas) (bkn pelabuhan, lapangan terbang):
jalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dr pejabat;
kenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir; 3. suka mengambil
tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain: dia ~
bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut;
bersibuk sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu: mereka
berpura-pura ~ dgn benda-benda di atas meja;
menyibukkan 1. menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk,
menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar;
kesibukan 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb)
menghadapi atau dibebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu
terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal
keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin
jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pulalah ~ yg
menggila itu;
penyibuk orang yg suka mengambil tahu, mencampuri atau
mengganggu hal orang lain: jangan suka jadi ~.
sibuk II Mn; menyibuk mengintai, mengintip.
sibur sj pencedok air (drpd tempurung), gayung;
menyibur mencedok dgn sibur.
sibur-sibur sj serangga, capung;  sibar-sibar.
sibusuk sebusuk.
sice IB, bp satu set kerusi meja (satu meja dan empat kerusi), selengkap
kerusi meja.
sida sl gelaran orang drpd keturunan bangsawan;
sida-sida sl 1. pegawai dlm istana (semacam pendeta); 2. pegawai
dlm istana yg telah dikasi (dikembiri);
menyidai sl mengasi, mengembiri.
sidaguri  seleguri.
sidai; bersidai 1. bergantung pd sesuatu yg lebih tinggi dr tanah, lantai dll
(bkn kain baju dll): kain yg basah itu kelihatan ~ di ampaian; 2. ki
duduk-duduk di sesuatu tempat (biasanya di tembok dsb) tanpa
tujuan: mereka memilih utk ~ di pusat membeli-belah dan di
tembok-tembok bangunan;
bersidaian bersidai di sana sini (kain baju dll), bergantungan,
bersangkutan: kain-kain buruk ~ di dinding;
menyidai menggantung (kain baju dll) supaya kering, mengampai,
menjemur: kain-kain yg bergulung tadi hendaklah disidai semula;
menyidaikan menyidai utk: dia ~ ibunya kain-kain yg baru
dibasuh itu di ampaian;
tersidai tersangkut (kain baju dll), tergantung: di ampaian kain,
masih ada ~ sehelai baju tidur;
sidaian tempat menyidai (pakaian dsb), ampaian: aku menyusup
melalui ~ kain;
penyidai tempat menyidai (drpd tali, dawai, dll), ampaian: ~
hendaklah dibuat di tempat lapang yg mendapat cahaya matahari.
sidang I 1. seluruh ahli (majlis, badan, dewan mesyuarat, dll), sekalian
anggota: ~ mesyuarat; ~ majlis semua orang yg hadir dlm majlis; 2.
sekalian, para, segala (utk menyatakan banyak): ~ pendengar; 3. =
persidangan perjumpaan (utk membincangkan sesuatu), mesyuarat,
rapat: masing-masing yg hadir dlm ~ tersebut mempunyai
tafsirannya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan
Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yg sedang
membahaskan krisis di Timur Tengah; 4. ark dewan, majlis; ~
perang majlis perang;
~ (persidangan) akhbar penerangan atau penjelasan yg diberi oleh
seseorang (menteri, pegawai kerajaan, dll) kpd pemberita akhbar; ~
jemaah a) = ~ Jumaat orang yg bersembahyang Jumaat; b) Id
segolongan drpd masyarakat Kristian; ~ kemuncak persidangan atau
mesyuarat yg diadakan pd peringkat tertinggi (oleh ketua-ketua
negara dll); ~ pembaca segala orang yg membaca, para pembaca; ~
pengarang setiap anggota pengarang (pd sesebuah penerbitan dll),
anggota redaksi; ~ pengurus a) badan atau majlis yg mengurus
sesuatu perniagaan (penerbitan dll); b) setiap anggota pengurus; ~
pleno sidang lengkap (drpd seluruh ahli); ~ ramai orang ramai,
masyarakat seluruhnya; ~ tergempar mesyuarat yg diadakan secara
tergempar (utk menyelesaikan sesuatu); ~ tertutup sidang utk para
ahli sahaja; ~ video perbincangan dsb yg menggunakan alat
komunikasi yg membolehkan dua individu atau lebih dr tempat yg
berlainan berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain;
bersidang mengadakan sidang atau persidangan, bertemu utk
berunding, bermesyuarat: pahlawan-pahlawan Melayu sedang ~ utk
menyusun langkah menyerang musuh.
sidang II ketua kampung.
sidang III 1. berhenti (hujan dll), reda; 2. Kl berkurang (sakit dll),
beransur pulih.
siddi ark; purnama ~ bulan penuh purnama.
siddiq Ar sifat benar dlm pertuturan (salah satu sifat Rasulullah yg wajib
dipercayai).
sidi I sl sj gelaran pd pangkal nama: S~ Ali Hishamuddin.
sidi II 1. sl makbul atau diterima (doa, jampi, dll), sah: sah ~ pengajaran
guruku; 2. Id anggota yg sah (dr gereja Kristian Protestan).
sidik I; ~ jari Id a) pemeriksaan bekas garis-garis atau retak pd jari (utk
mengetahui atau membeza-bezakan orang); b) cap (ibu) jari, cap
jempol; ~-midik siasatan (pemeriksaan yg teliti sekali);
menyidik sl memeriksa (menyelidik) dgn hati-hati;  selidik.
sidik II Ar; fajar ~ menjelang pagi, dinihari.
siding 1. sj jerat drpd rotan (utk menangkap burung, kijang, dll); 2. Id segi
yg tajam.
sidingin . sedingin.
Sidratulmuntaha Ar suatu tempat yg paling tinggi di langit ketujuh yg
telah dikunjungi Nabi Muhammad SAW semasa Mikraj.
siduga Mn; bersiduga berlari berdahulu-dahuluan, berlumba.
siena (siéna) sj tanah liat yg digunakan sbg bahan pewarna.
siera (siéra)  (Geog)  banjaran  gunung  yg  panjang  dgn  puncak  yg
bercerancang dan lereng yg curam, terutamanya di Sepanyol dan
Amerika Selatan.
sifar (angka) kosong.
sifat 1. keadaan atau rupa sesuatu benda yg dapat dilihat: adapun ~nya itu
kulihat tinggi besar, mukanya bujur sirih; kekurangan ~ cacat pd
badan; 2. keadaan yg dipunyai oleh sesuatu (benda, orang dll),
tanda-tanda yg khas utk mengenal sesuatu benda: puisi mempunyai
~ yg berlainan drpd prosa; ~ kimia sesuatu asid; 3. (dasar)
pembawaan seseorang, perangai, tabiat, watak: itu sudah ~ seorang
perempuan;
bersifat mempunyai sifat: seni ~ universal; manusia ~ lemah;
menyifatkan 1. menggambarkan, mengisahkan, menceritakan:
dapatkah kamu ~ bagaimana rupa haiwan ini ketika ia masih
hidup? 2. menganggap sesuatu sbg: beliau ~ mereka sbg musuh
dlm selimut;
tersifatkan terperikan, terkatakan, terkhabarkan: maka hairanlah
hati Raja Iskandar, tiada dapat ~ lagi.
sifatekun ark inersia.
sifatullah Ar sifat Allah.
sifilis sj penyakit kelamin yg kronik dan berjangkit, penyakit raja singa.
sifir daftar bilangan yg dipergandakan berturut-turut (spt 2 1,  2 2, 2
3, dll), daftar kalian, kali-kali.
sifon I sj bahan (kain) yg lembut, nipis, halus, dan jarang.
sifon II 1. tiub yg digunakan utk mengeluarkan cecair dr sesuatu bekas
dgn menggunakan tekanan udara apabila satu hujung tiub berada di
dlm bekas dan hujung yg satu lagi berada pd kedudukan yg lebih
rendah; 2. organ bertiub pd haiwan spt moluska, tempat lalunya air.
sigai I 1. pasak yg dipasang pd tiang (buluh dll) tempat berpijak apabila
memanjat; 2. = tangga ~ tangga yg dibuat drpd batang kayu (buluh
dll) yg mempunyai pasak-pasak tempat berpijak;
~ dua segeragai prb perkara yg ada sangkut pautnya dgn perkara yg
lain; enau mencari ~ prb perempuan mencari lelaki;
menyigai memanjat (pokok dll) dgn menggunakan sigai; disigai
sampai ke langit = tinggi di sigai besar diterbang prb dicari atau
diselidiki dgn sedaya upaya; senigai.
sigai II Kd, bk pukul, hentam.
sigak sr pergi, nyah (utk menghalau anjing).
sigando ark sj tumbuhan (bebawang), Allium odorum.
siganjur  ganjur II.
sigap pantas, cepat, cergas, tangkas (bkn gerak-geri): memang gadisgadis
itu ~ dan cekatan;
bersigap bersiap sedia (utk melakukan sesuatu), bersikap: ia pun ~
memegang senjata;
kesigapan perihal sigap, kecekapan, ketangkasan: dlm kejadian ini,
kelihatan betapa ~ doktor-doktor, berjuang membasmi penyakit.
sigar sj kain penutup kepala perempuan (ketika turun ke sawah dll).
sigaret (sigarét) bp rokok.
sigasir sj cengkerik, Gymnogryllus elegans.
sigenting sj tebuan (yg genting pinggangnya), Sceliphron
madraspatanum.
sigi I sj suluh (drpd kayu yg berdamar atau bilah buluh);
menyigi 1. menyuluh dgn sigi, menerangi: maka diambilnya sebuah
lampu minyak tanah, lalu disiginya ketiduran anaknya; 2. ki
menyelidiki dgn teliti.
sigi II gelang-gelang drpd besi dll (utk menguatkan pegangan hulu pd
puting keris dll), temin.
sigi III; menyigi mencungkil (lubang), mengorek.
sigma huruf ke-18 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
signal tanda utk menyatakan sesuatu, isyarat, semboyan.
signifikan bermakna, penting: hal-hal yg ~.
siguh sj tumbuhan (pokok kecil), buah catung, cerek rimba, kenidai
badak, Microdesmis caseariifolia.
sigun sj tumbuhan (pokok), Crytocarya friffithiana.
sigung I; menyigung menyentuh (menghentak) dgn siku, menyiku;
tersigung menyigung dgn tidak sengaja: dia ~ gelas yg terletak di
atas meja itu;  singgung I;
sigung II sj musang yg berbau busuk, musang jebat, Mydaus meliceps.
sigup Br tembakau;
bersigup menghisap rokok, merokok.
sih Jk, sr memang, tentu;  si IV.
sihat 1. tidak kena (menghidap) sebarang penyakit, tidak sakit-sakit, afiat,
segar: anak-anaknya ~-~ sahaja; 2. sembuh drpd sakit, pulih,
betah: aku ingin menolong engkau sampai anak engkau ~ spt
sediakala; 3. ki dlm keadaan yg baik (elok, biasa, dll), berjalan dgn
lancar (rancangan dll), masuk akal (pendapat dll), dapat diterima:
walaupun kami miskin tetapi rakyat kami ~ fikirannya; 4. berjalan
(dilakukan dsb) dgn baik, tidak menimbulkan keburukan
(persengketaan dsb): mereka haruslah mengendalikan proses
pembelian dgn berkesan agar wujud pertandingan yg ~ dlm
pasaran;
menyihatkan 1. menjadikan sihat: makanan itu tidak sedap tetapi
mesti dimakan utk ~ badan; 2. memulihkan (spt sediakala atau lebih
baik): mereka didapati menghidap penyakit yg susah hendak
disihatkan; cita-citanya ialah hendak ~ masyarakat yg telah rosak
moral itu; 3. mendatangkan kebaikan kpd tubuh badan, berkhasiat:
makanan yg ~;
penyihatan perihal menyihatkan;
kesihatan perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll):
Kementerian K~.
sihir perbuatan (atau kejadian) luar biasa yg dilakukan oleh manusia
secara tersembunyi (ghaib) yg melibatkan makhluk halus;
menyihir 1. menggunakan sihir: dia pandai ~; 2. mengenakan sihir
pd, mempesona: mengapakah jadi begini, adakah saudara telah ~
saya?;
menyihiri menjadikan seseorang seolah-olah terpukau (oleh seni,
kecantikan dsb): manusia pd zaman itu disihiri oleh seni;
menyihirkan menjadikan sesuatu sbg bahan utk membuat
seseorang terpukau: di sinilah ketakutan atau kengerian disihirkan
kpd penonton;
tersihir kena sihir atau disihir, terpesona, terpukau: suasana dlm
bilik itu kaku, seolah-olah ~ menyaksikan drama kehidupan yg tak
terduga itu; jari-jarinya tidak bergerak lagi, seakan-akan ~ , lalu
kaku di mata mesin taip;
penyihiran perihal atau perbuatan menyihir, menyihiri atau
menyihirkan;
penyihir orang yg mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain.
sijil 1. surat gulungan, daftar: disuruh suratkan pd suatu ~ segala nama
yg mengikrarkan tauhidnya; 2. surat akuan (dr sekolah, pihak
berkuasa, dll), surat tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan dll: S~
Rendah Pelajaran;
pensijilan pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang
atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg
dikehendaki atau ditetapkan: ~ itu melambangkan kualiti kereta
Proton sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna
antarabangsa; sistem ~ terbuka Sijil Pelajaran Malaysia.
sika I sini; di ~ di sini.
sika II; baju ~ sj baju Melayu.
sikah; rupiah ~ sl sj mata wang di India.
sikai sj rotan yg daunnya dibuat atap.
sikak C sebatang besi (digunakan sbg senjata).
sikang sj ikan darat, Barilius guttatus.
sikap I 1. = ~ tubuh bentuk tubuh, potongan badan, tokoh: dgn takjubnya
ia melihat rupa orang muda itu, terlalu amat baik parasnya dan
~nya; 2. gaya berdiri (bergerak, berpakai, dll): hebat ~ lakunya; 3.
perbuatan atau pandangan yg berdasarkan pd sesuatu pendapat
(fikiran dll): dlm hatinya, dia mengutuk ~nya yg kurang adil itu; ~
wanita Pakistan terhadap perancangan keluarga telah berubah;
bersikap 1. berdiri tegak; 2. berpegang pd pendapat (pendirian dll),
berkelakuan, berlagak: dia tidak sanggup melihat suaminya ~
begitu.
sikap II  sigap.
sikap III; ~ malam = burung (lang) ~ sj burung helang, Acupititer
virgatus.
sikap IV; baju ~ sj baju Melayu.
sikap V Br siap (berpakaian);
bersikap bersiap (berpakaian).
sikap VI Br; ~ kiri selalu menggunakan tangan kiri, kidal.
sikap VII; ~ dada sj tumbuhan (herba), Oxalis corniculata.
sikari sl sj tombak.
sikat I 1. alat utk menyisir rambut, sisir; 2. sj alat utk membersihkan
sesuatu (diperbuat drpd bulu dll), berus: ~ gigi; ~ pakaian; 3. sj alat
yg bergigi utk menggemburkan dan membersihkan tanah, pencakar,
penggaruk, garu; 4. tangkai (bahagian dr tandan) pisang: berapa
harga pisang ini se~?
bersikat telah (sudah) disisir: rambutnya ~ kemas;
menyikat 1. menyisir (rambut) supaya kemas: ia mengeluarkan
sisir lalu ~ rambutnya yg agak kusut itu; 2. membersihkan dgn
sikat, memberus: gentian kapas itu disikat, dipintal dan
disambung-sambungkan jadi benang; 3. menggembur dan
membersihkan tanah dgn sikat (cakar): tanah itu dibajak dan
disikat; 4. Id, bp menghabiskan semua sekali (memakan hingga
habis, mencuri, dll);
menyikatkan menyikat utk: si ibu sedang ~ anaknya rambut.
sikat II; pohon ~ sj tumbuhan (pokok renek), Alchornea rugosa.
sikedempung sj buah.
sikedidi sj burung;  kedidi.
sikeduduk  senduduk.
sikeras; bersikeras bertindak (berlaku) dgn keras, berkeras hati:
Pendekar Sutan ~ hendak menggadaikan setumpak sawah;  
keras.
siketumbak  sikudomba.
Sikh orang (golongan) yg menganut agama Sikhisme.
Sikhisme agama yg diasaskan oleh Guru Nanak (pd abad ke-16 di India)
dgn berteraskan kepercayaan pd satu Tuhan dan kitab Granth sbg
pegangan utama.
sikik sj tumbuhan (pokok), Dodonaea viscosa.
sikikih sj burung.
sikin sj pisau kecil.
sikit bp sedikit;  dikit.
sikjut sj tumbuhan (pokok kecil), tado ikan, Aglaia salicifolia.
siklik (Kim) bkn sebatian yg atom-atomnya tersusun dlm struktur gelang.
siklomorfosis (Bio) perubahan bentuk badan, mis serangga, yg
disebabkan oleh pengaruh suhu.
siklon angin puting beliung.
siklostil sj mesin pendua yg menggunakan stensil;
mensiklostil menghasilkan banyak salinan dgn menggunakan
siklostil.
siklotron (Fiz) alat yg digunakan utk memecutkan zarah bercas supaya
mencapai tenaga yg tinggi.
sikoi Br tembikai.
siku I 1. persendian di antara lengan atas dgn lengan bawah; 2. selekoh
atau kelok (pd sungai, jalan, dll); 3. = siku-siku = ~ bedil pangkal
atau gagang senapang, popor;
~ bersimpai orang yg malas bekerja; ~ jalan selekoh atau kelok
jalan; ~ keluang a) garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut; b)
selekoh jalan yg tajam; c) motif batik, anyaman, tembikar dsb yg
berbentuk jalur runcing yg bersudut dan bertingkat-tingkat;
siku-siku, sesiku 1. sudut tepat, sudut 90° ; 2. a) sj alat berbentuk
‘L’ atau ‘T’ (utk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); b) sj
alat segi tiga drpd kayu dll (dan bersudut 90°,  60°,  dan  30°  atau
90°,  45°,  dan  45°  );  3. gagang senapang, siku bedil; 4. = kayu ~
gading-gading;
bersiku ada sikunya;
menyiku 1. merupakan sudut 90°; 2. menyinggung dgn siku;
menyikukan menyinggung (dgn siku);
penyiku pukulan dgn siku.
siku II; ~ dangan (dengan) sj tumbuhan (herba), kerak nasi, sandar
malam, sedap malam, sundal malam, Polianthes tuberosa; ~
dengan sj tumbuhan (herba), pokok telur belangkas, Oldenlandia
corymbosa;
siku-siku 1. = ~ dengan sj tumbuhan (herba), pokok telur
belangkas, Oldenlandia corymbosa; 2. = rumput ~ sj tumbuhan
(herba), Striga asiatica.
sikudidi burung kedidi;
bersikudidi berjengket-jengket.
sikudomba sj ikan laut yg besar.
sikut I Jw siku; main ~ = main sikut-sikutan bp a) menyinggung dgn siku
(dlm permainan dll); b) berlaku curang, mencuri, menipu, dll;
menyikut 1. menyinggung (memukul) dgn siku; 2. bp bermain
sikut.
sikut II Br; menyikut membawa sesuatu atau seseorang (di belakang
tubuh).
sil I lapisan mendatar batuan igneus intrusif yg merentang di antara
lapisan-lapisan batuan lain.
sil II anjing laut.
sila I = silalah, silakan, silakanlah minta dgn hormat supaya ...,
jemputlah, sudilah: ~lah, kekanda;
menyilakan, mempersilakan meminta (menjemput, mengajak) dgn
hormat supaya ...: ibu telah ~ perempuan yg datang itu duduk
dekatnya; dia menuangkan air lalu mempersilakan abang
sepupunya minum; semua yg berbakat dlm memasak dipersilakan
menghantar resepi asli mereka, bersama kupon yg disediakan;
tersila terserah (terpulang) kpd.
sila II duduk dgn kaki berlipat dan bersilang: orang tua itu membetulkan
~nya sambil mengapur sirih; mengalih ~ beralih tempat duduk;
mengorak ~ bangkit dr duduk;
bersila duduk dgn melipatkan dan menyilangkan kaki: seumur
hidupnya tidak pernah dia makan ~;
~ angkat duduk dgn melapiskan kaki ke atas paha yg lain; ~
panggung duduk dgn bertindih kaki (tidak menyilangkan kaki);
menyilakan; ~ kaki menyilangkan kaki (spt bersila).
sila III (Sanskrit) perbuatan yg mengikut peraturan, budi pekerti, adab; 
pancasila, susila.
silabik (Lin) berkaitan dgn suku kata: lambang ~.
silah sj senjata.
silah-silah salasilah.
silaj (Tani) makanan ternakan berupa tanaman spt rumput dan jagung yg
masih hijau yg disimpan di dlm silo, biasanya digunakan sbg
makanan lembu pd musim sejuk.
silalatu (Sunda) barang-barang kecil yg terbakar dan berterbangan ketika
kebakaran.
silam I 1. gelap (cuaca), kelam, suram: ~ tidak lagi nampaknya terang; 2.
sudah terbenam (matahari); 3. telah lampau (lalu): semuanya itu
adalah cerita dahulu, kisah zaman ~ yg hanya dapat dikenangkenang
sahaja;
menyilamkan 1. menggelapkan, mengelamkan, menyuramkan; 2.
menenggelamkan, membenamkan;
tersilam kemalaman;
kesilaman keadaan (zaman silam).
silam II; kapal ~ kapal selam.
silambam sj seni mempertahankan diri dgn menggunakan sebatang kayu,
buluh dsb di kalangan masyarakat India.
silampukau  selempukau.
silang 1. bentuk spt salib (pangkah, palang) yg miring letaknya, bentuk spt
tanda darab; 2. = kayu ~ kayu palang, salib;
~ empat simpang empat (jalan); ~ gunting bentuk atau rajah yg
bersengkelang; ~ kata sj teka-teki utk mencari perkataan (dgn
mengisi huruf-huruf dlm petak-petak yg disediakan); ~ keris
bahagian hujung ganja (keris) yg tajam, kepit; ~ pukang tidak
tersusun (letaknya), lintang-pukang; ~-seli selang-seli; ~ selimpat
kusut tidak menentu, kacau sekali; ~ selisih a) = ~ sengketa tidak
sesuai (fikiran, pendapat, dll), bertikaian; b) berlawanan arah,
simpang-menyimpang;
~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ berpangkal, kerakap berjumpa
junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau
kepalanya supaya selamat;
bersilang 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua
kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua
tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur
(jalan, motokar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk
sesuatu, palang-memalang;~ selisih berlawanan arah;
menyilangkan, mempersilangkan menjadikan atau meletakkan
bersilang: ia pergi berbaring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya;
kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan
bagai ekor ikan;
silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang,
keris, dll), bersimpang-siur, berpapasan: awan di langit ~;
tersilang disilangkan: ia berjalan mundar-mandir dgn tangan ~ ke
belakang;
silangan sesuatu yg letaknya (bentuknya dll) bersilang, silang:
mereka bersandar pd ~-~ papan yg sedang dikeringkan;
persilangan 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya
dll), persimpangan;
penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau
menyilangkan sesuatu.
silang-siur 1. bersimpang-siur (jalan raya dll), simpang-menyimpang,
saling merintangi; 2. hilir mudik (kenderaan dll), bersimpang-siur;
bersilang-siur bersimpang-siur.
silap 1. salah pandangan atau perasaan (dgn yg sebenarnya); ~ faham
tidak memahami apa yg sebenarnya; 2. sl sulap, sunglap: tukang ~;
3. = ~ hati tidak ingat apa-apa (kerana terlalu marah dll); 4. salah yg
tidak disengajakan, khilaf: kalau saya tidak ~, umurnya baru tiga
puluh tahun;
~ gayung Kl telah melakukan sesuatu yg salah; ~ langkah tidak
mengambil tindakan, keputusan dsb yg betul sehingga boleh
mendatangkan kesan yg buruk; ~ mata a) sj permainan yg
mengelirukan pandangan orang lain (membuat sesuatu yg aneh-aneh
dll), sulap, sunglap; b) salah pandangan; c) silau; d) agak lupa, tidak
sedar;
~ cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja prb memperkatakan
sesuatu perkara hendaklah hati-hati benar kerana buruk padahnya; ~
mata, pecah kepala prb kalau kurang hati-hati tentu akan mendapat
bencana;
menyilap menjadikan silap (pandangan dll), mengelirukan, menipu;
tersilap (telah) melakukan kesalahan dgn tidak sengaja, tersalah,
terkhilaf;
kesilapan perihal silap, kekeliruan, kekhilafan;
penyilap 1. tukang silap mata, tukang sunglap; 2. penipu.
silara rimbunan daun pd bahagian atas pokok.
silat sj seni (permainan dsb) atau kepandaian berjuang dgn menggunakan
ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri, pencak; jenisjenisnya:
~ cekak, ~ gayung, ~ pulut; ahli ~ orang yg cekap (mahir)
tentang silat;
bersilat bermain silat (pencak), berjuang dgn silat: sebelah kanan
orang memencak, sebelah kiri orang ~; ~ lidah (kata) ki pandai
memutarbalikkan perkataan, pandai berdalih (berhelah);
menyilat mengelak (pukulan, serangan, dll) dgn gerak silat,
menangkis;
persilatan yg berkaitan dgn silat: gimnasium itu akan dilengkapi
pusat riadah, tempat latihan ~ dll; pertarungan silat yg
menunjukkan kaedah ~; ~ lidah (kata) ki perbahasan dll dgn
menguji kepandaian berkata-kata (memainkan kata-kata);
pesilat orang yg bersilat: ~ sedang bersedia utk memulakan
pertandingan.
silaturahim Ar = hubungan ~ = tali ~ hubungan persaudaraan
(kekeluargaan, persahabatan);
bersilaturahim mengadakan hubungan silaturahim: ada waktu yg
lama utk mereka ~ selepas makan.
silaturahmi Ar persaudaraan, persahabatan: perjumpaan ~.
silau I kabur mata (kerana kena cahaya yg sangat terang): ~ mata kena
sinar matahari;
menyilaukan menyebabkan menjadi silau: sinar matahari itu
sungguh ~ mataku;
tersilau menjadi silau;
kesilauan 1. perihal silau; 2. tersilau, menjadi silau: mereka duduk
itu diterangi oleh sorotan lampu kereta sehingga mata mereka ~.
silau II; menyilau sl memandang (sesuatu yg jauh), meninjau: mata datuk
~ ke seluruh ruang rumah.
silengah (siléngah)  Mn;  bersilengah tidak mengendahkan apa-apa,
bersikap tidak tahu: ia tahu apa yg merawankan hati anaknya,
tetapi ia pura-pura ~ saja; lengah.
silet (silét) Id; pisau ~ sj pisau cukur (drpd besi nipis dan bermata dua).
silia (Bio) bulu yg halus-halus yg terdapat pd bahagian-bahagian tertentu
tumbuhan atau binatang.
silih I = ~ ganti = ~ sambut saling berganti;
~ berganti berganti-ganti, bertukar-tukar; ~ mata sesuatu yg
digunakan utk mata sahaja (memberi banyak mas kahwin yg
kemudiannya akan dikembalikan secara diam-diam dll); ~-semilih
berturut-turut, ganti-berganti;
bersilih 1. berubah menjadi ..., berganti, bertukar; ~ lapik
berkahwin dgn sanak atau dgn saudara isteri yg telah meninggal,
bersalin tikar; 2. = ~ ganti bergilir-giliran, berganti-ganti;
menyilih 1. memberi ganti (spt rugi dll), menggantikan, menukar; ~
rugi menggantikan kerugian (orang); 2. = ~ jadi bertukar menjadi;
3. bersalin kulit (ular dll); 4. Mn ark meminjam (wang dll);
silihan benda yg digunakan utk mengganti; ~ perang ark ganti rugi
perang, pampasan perang.
silih II; salah-~;  salah I.
silik Mn; menyilik mengintai, mengintip.
silika (Geo) bahan yg terdapat dlm pasir, batu api, kuarza, dsb, dan
digunakan utk membuat kaca.
silikat (Kim) sebatian yg mengandungi silika, yg digunakan utk membuat
simen dan kaca.
silikon (Kim) sj unsur bukan logam yg terdapat dlm pasir, kuarza, dan
granit, dan digunakan utk membuat komponen komputer, peralatan
elektronik, kaca, dll.
silikone (Kim) sj bahan buatan yg rintang terhadap air, suhu, dll, dan
digunakan utk membuat pelekat, pelincir, penyalut, penebat
elektrik, dll.
silikosis (Ubat) sj penyakit yg menyerang paru-paru akibat tersedut udara
yg mengandungi silika, terutamanya di kalangan mereka yg bekerja
di lombong arang batu.
silinder 1. bulat torak; 2. sesuatu yg berbentuk bulat torak.
siling langit-langit rumah (drpd papan dll).
silir I angin yg lemah lembut; ~-semilir bertiup perlahan-lahan (angin dll);
bersilir-silir bertiup perlahan-lahan, atau sepoi-sepoi bahasa
(angin), silir-semilir;
siliran tiupan angin yg lemah lembut; angin ~ angin yg lemah
lembut.
silir II; kemeja ~ sj kemeja yg berbelah leher depannya, kemeja sport.
silir III; ~ bawang kulit yg tipis, selaput.
silo 1. (Tani) lubang, parit atau silinder tinggi (drpd kayu atau konkrit)
tempat membuat (menyimpan) makanan ternakan; 2. binaan bawah
tanah yg menyimpan peluru berpandu.
silogisme skema atau analisis logik yg dibuat berdasarkan premis umum
dan khusus utk mendapatkan sesuatu kesimpulan (mis perempuan
beranak, Aminah adalah perempuan, maka Aminah akan beranak).
silok Mn ark belum celik benar (mata orang yg baru terjaga dr tidur).
silu 1. berasa segan, malu, takut-takut: dgn tidak ~-~ lagi, dia
mendapatkan orang itu dan memeluknya; 2. berasa sedih (pilu,
rawan, dll) hati; 3. tidak senang mendengar (bunyi benda bergeser
dll), ngilu;
menyilukan 1. = ~ diri berlaku sopan sekali (gadis); 2. memilukan
(menyedihkan, merawankan) hati; 3. menimbulkan ngilu.
siluet (siluét)  imej  atau  gambar  seseorang  atau  sesuatu  dlm  bentuk
bayang.
siluk sj tumbuhan (pokok), kayu gambir, tapis kunyit, Gironniera subae
qualis.
siluman 1. orang halus, orang bunian; 2. ki tidak kelihatan, tersembunyi,
ghaib.
silungkang sj tenunan (dr Silungkang).
silvik kajian terhadap sejarah hidup dan ciri am pokok hutan serta
kepadatan pokok sbg asas bagi silvikultur.
silvikultur cabang perhutanan yg berkaitan dgn sistem pembangunan,
pemeliharaan dan penghutanan semula kawasan balak berdasarkan
pengetahuan silvik.
simaung Mn kepayang.
simbah I; bersimbah 1. basah (kerana disirami air, peluh, dll), kuyup:
mukanya kian lama semakin pucat penuh ~ peluh dingin; 2.
berlumuran (darah);
menyimbah 1. menyiram (dgn air dll hingga basah), memerciki,
menyimbur: kadang-kadang disimbahnya air ke perahu kawan yg
berselisih; sanggupkah kau melihat darah merah ~ bumi? 2. keluar
dgn banyaknya (peluh): keringat dinginnya juga telah ~ di dahinya;
simbahan curahan.
simbah II Mn; bersimbah ditarik ke atas supaya pendek (kain, lengan
baju, dll), disiah(kan), disingsingkan: ada yg berlari sambil ~ kain;
menyimbah, menyimbahkan 1. menyingsingkan (kain, baju, dll);
2. menyelak, menyingkap: ~ kelambu;
tersimbah tersingsing, terselak, tersingkap.
simbai sl baik tingkah laku, sopan, tertib.
simbal alat muzik yg terbentuk drpd sepasang piring loyang yg dihantuk
bersama atau dipalu dgn kayu utk menghasilkan bunyi: alat-alat
muzik Thai spt gendang, gong, dan ~.
simbang I sj burung laut, Fregata andrewsi.
simbang II Mn; bersimbang bermain melambung-lambungkan batu dll
ke atas dan menyambutnya kembali, seremban;
menyimbang melambungkan sesuatu ke atas dan kemudian
menyambutnya kembali.
simbar sj tumbuhan (pakis yg daunnya dibuat ubat), Drynaria sparsisora;
~ gadang sj tumbuhan (pakis), kumpai lubang, Ophioglossum
pendulum; ~ watu sj tumbuhan (pokok menjalar), rumput (paku)
serani, rumput kenarus, Lycopodium cernum.
simbat sj jerat (perangkap).
simbion (Bio) organisma yg hidup secara simbiosis: ada ~ yg hidup di
dlm rongga badan perumah.
simbiosis (Bio) perkaitan hidup antara dua spesies yg berlainan: bakteria
dan ikan buntal ini hidup secara ~.
simbiotik (bkn hubungan erat) saling bergantung pd satu sama lain demi
faedah dan kebaikan bersama: jelas sekali wujudnya hubungan ~
antara kegiatan pertanian dgn perindustrian di Malaysia.
simbol 1. sesuatu yg mewakili sesuatu yg lain, lambang, tanda: raja
berketurunan tidak dibuang tetapi dijadikan kepala negara sbg ~
kenegaraan; 2. ark contoh: hiduplah dgn rukun dan damai supaya
menjadi ~ kpd orang di dlm masyarakatmu;
bersimbolkan menggunakan sesuatu sbg simbol, berlambangkan:
garisan lurus yg bercerun positif, ~ x dan y.
simbolik berkaitan dgn lambang, sbg lambang, menjadi lambang: ia
terkenal dgn rumah adat bergonjong berwarna-warni, ~ drpd seni
bangunan Minangkabau; hadiah itu disampaikan secara ~ kpd
menteri; cerita ~.
simbolis IB simbolik.
simbolisme 1. penggunaan simbol (lambang) utk melahirkan atau
menyampaikan sesuatu; 2. simbol(-simbol) atau lambang(-lambang)
utk melahirkan sesuatu: seperkara yg begitu menonjol dlm tiga
buah sajaknya yg lain ialah unsur ~, meskipun lambang-lambang
yg diterapkan bukanlah baru.
simbukan 1. sj tumbuhan (pokok renek), kesimbek, kesimbukan,
merbuluh paya, sekentut, Saprosma ternatum; 2. sj tumbuhan
(pokok memanjat), Tylophora asthmatica.
simbur; bersimbur 1. = menyimbur menyimbah air dll dgn tangan,
menyembur ke atas (air dll); 2. ki disaput (oleh malam, gelap),
diselubungi;
bersimbur-simbur, bersimbur-simburan saling menyimbah dgn
air (ketika mandi bersama dll), saling memercik: sambil mandi dan
berkejar-kejar itu kami ~-simburan air pula;
menyimbur menyimbah (memercik, menyiram) dgn air;
menyimburi memerciki, menyirami;
tersimbur 1. tersimbah (tersembur) dgn tiba-tiba, tiba-tiba
menyimbur, terpercik: tergeger kena rebas, ~ kena percik; 2. ki
tersirap (darah), naik marah, dll.
simen (simén) 1. sj serbuk (drpd batu kapur, tanah liat, dll) utk perekat
bata atau membuat tembok; 2. campuran serbuk simen dgn pasir
dan air utk membuat atau melapisi tembok dll; 3. bahan utk
menampal gigi yg berlubang; 4. zat kapur yg membentuk lapisan
luar gigi;
bersimen dibubuh plaster Paris pd kaki tangan atau bahagian tubuh
yg lain utk melindungi tulang yg retak atau patah supaya pulih:
kutemui ayah yg terbaring dgn kaki kanannya ~;
menyimen membubuh simen pd: pekerja-pekerja yg sedang sibuk
~ lantai rumah banglo itu.
simetri (simétri) kedua-dua belahnya sama, setangkup.
simfoni 1. sj gubahan muzik yg panjang utk dimainkan oleh orkestra; 2.
kumpulan pancaragam yg berpemimpin, mempunyai peralatan
lengkap dan bilangan ahli muzik yg ramai.
simile (similé)  perumpamaan yg secara jelas mengungkapkan
perbandingan atau persamaan antara sesuatu (orang, benda, dsb)
dan yg lain, mis bodoh macam lembu.
simis I (Bio) kelopak bunga (yg berwarna), sari bunga.
simis II kain dalam wanita (dipakai di bawah skirt, kain kembang, dsb).
simpai I gelang-gelang (lingkar, bingkai) drpd rotan dll utk mengikat
penyapu (meneguhkan sarung parang dll): ia berkata sambil
membetul-betulkan ~ penyapunya;
bersimpai diikat dgn simpai; siku ~ ki pemalas;
bersimpaikan menggunakan sesuatu atau diikat dsb dgn, sesuatu
sbg simpai: sebilah parang panjang ~ rotan;
menyimpai memasang (membubuh) simpai;
tersimpai 1. telah diikat dgn simpai (penyapu dll); 2. ki terikat dgn
ketat dan kemas.
simpai II Mn sj kera, cipai, Semnopithecus melalophos.
simpan 1. sl singkat (cerita, kisah, dll), ringkas; mengambil ~
meringkaskan (cerita dll), menyingkatkan; 2. cadangan; hutan ~
hutan yg dipelihara sbg cadangan; tayar ~ tayar cadangan;
bersimpan sl berkemas-kemas, bersiap sedia: maka saudagar pun
~lah hendak membawa saudaranya; pandai makan tak pandai ~
prb orang yg tidak pandai menaruh rahsia;
menyimpan 1. menaruh di tempat yg selamat (supaya tidak rosak,
tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun
(wang), menabung: seorang biasanya ~ sebanyak 15 peratus drpd
pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya
teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang,
membiarkan, mengekalkan: beliau telah menyingkirkan beberapa
orang tokoh antikomunis dan ~ serta menambah lagi bilangan
tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~
rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau
tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati terhadap
Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh
(memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang
gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu
batin), mempunyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai
khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kirakira;
menyimpankan 1. menyimpan utk; 2. menyuruh simpan kpd;
tersimpan 1. (sudah) disimpan, terkandung: kekayaan yg ~ dlm
perbendaharaan bahasa; 2. sl terserah (terpulang) kpd: kami
sekalian pun tiada akan dapat kami mengubat, ~ pelihara tuan
kita;
simpanan 1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll):
wang ~ wang yg disimpan; 2. sesuatu yg disimpan dan digunakan
apabila diperlukan (pemain, tentera, dll), cadangan; tentera ~
tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila
diperlukan; 3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan;
penyimpanan 1. perihal menyimpan; 2. tempat menyimpan
(mengumpulkan);
penyimpan orang dll yg menyimpan: akar ~ makanan dinamakan
akar cepuk; ~ kira-kira orang yg memegang kira-kira (perniagaan
dll).
simpang sesuatu yg melencong atau bercabang dr yg lurus, tempat jalan
(sungai dll) bercabang atau berpisah dr yg lurus: sebuah lori
berhenti tidak jauh dr ~ empat di pekan itu;
~ belahan Mn sebahagian drpd sesuatu kaum atau cabang kaum (yg
berpindah ke tempat lain, yg berjauhan tempatnya); ~ jalan cabang
jalan; ~-perenang porak-peranda;
bersimpang 1. bercabang (jalan, sungai, dll), berbelah: di tempat
itu jalan tadi ~; 2. Mn tidak sehaluan, berlainan (pembawaan dll),
berbeza (pendapat dll);
bersimpangan bertemu tetapi masing-masing dgn haluan sendiri,
berselisih jalan;
menyimpang 1. melencong dr arah yg asal, membelok ke jalan lain:
ia tidak terus pulang, tetapi ~ ke rumah kawan-kawannya; 2.
membelok (supaya jangan terlanggar), mengelak (dlm perjalanan),
menghindar (ke tepi dll): jika ia bertahan kamu sekalian ~; 3. tidak
menurut yg betul (ajaran dll), menyeleweng (drpd yg ditentukan),
sesat: cara ahli hukum bekerja tidak ~ drpd ketentuan hukum;
istilah yg dibentuk tidak terlalu jauh ~ drpd istilah asal;
menyimpangkan menjadikan menyimpang, membawa
menyimpang, memesongkan, menyesatkan;
simpangan (jalan, sungai, dll) yg menyimpang, cabang kpd sesuatu
(jalan, sungai, dll) yg lebih besar;
persimpangan = ~ jalan tempat jalan menyimpang atau bercabang:
kebetulan pd ketika itu saya telah sampai ke ~ jalan balik ke
rumah saya;
penyimpangan perihal (perbuatan dsb) menyimpang (drpd
sesuatu): ~ drpd tatabahasa baku bahasa Melayu.
simpang-siur 1. terlalu banyak dan silang-menyilang (jalan raya, kawat
telefon, dll); 2. terlalu banyak liku-likunya (jalan), berliku-liku; 3.
terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana berliku-liku, libatmelibat,
sangkut-menyangkut, dll); 4. bergerak ke sana ke mari
(kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir mudik.
bersimpang-siur bergerak ke sana ke mari, sibuk benar, hilir
mudik;
simpasi Id ark  simpati.
simpat Jk; kesimpatan tersangkut (makanan) di kerongkong,
termengkelan.
simpatetik (simpatétik)  mempunyai  atau  menunjukkan  belas  kasihan,
bersimpati: ia melihat Aziz yg sihat, kuat dgn wajah yg ~.
simpati 1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang
atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan: bencana spt
itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2.
perasaan bersetuju dgn satu menyokong sesuatu idea, pendapat, dsb
bagi tujuan tertentu;
bersimpati menunjukkan simpati, menaruh simpati: saya sangat ~
dgn nasib malang pelajar dr Bagan Serai itu.
simpatisan IB orang yg menaruh simpati (terhadap sesuatu perkara dll).
simpir; merak ~ sj langkan (serambi) di perahu;
menyimpirkan mengembangkan atau membentangkan (sayap dll);
~ sayap mengembangkan sayap (burung merak).
simposium pertemuan antara para cendekiawan, pakar, dsb utk
membincangkan sesuatu persoalan, perkara, dsb;
bersimposium menghadiri, menyertai atau mengadakan simposium:
memang ada orang yg suka berseminar, berbengkel, ~ dsb di sana
sini.
simptom bp gejala penyakit.
simptomatologi cabang perubatan yg berkaitan dgn kajian dan pengelasan
gejala penyakit.
simpuh I timpuh; sembah ~ dgn hormat dan takzim;
bersimpuh = duduk ~ duduk bertelut, bertimpuh (spt perempuan
duduk): dia duduk ~ di antara ibunya dgn Mak Sinah;
menyimpuh; menyembah ~ duduk berlutut serta berdatang sembah;
tersimpuh (dlm keadaan) bersimpuh atau bertelut: dia dgn hormat
~ meletakkan hidangan itu sambil tersenyum manis; jatuh ~ jatuh
berlutut (bertelut).
simpuh II 1. sj tumbuhan (pokok), Dillenia aurea; 2. sj tumbuhan
(pokok), peradun, Dillenia indica; 3. sj tumbuhan (pokok), Dillenia
eximia; 4. sj tumbuhan (pokok), Dillenia ovata; 5. sj tumbuhan
(pokok), Wormia spp.
simpuk ark; menyimpuk menyentuh (melanggar, merempuh) ketika
berjalan; sampuk.
simpul = simpulan ikatan pd tali (benang dll); tersenyum ~ tersenyum
sedikit;
~ anjing berhimpit = ~ pengail ikatan utk menyambung dua tali yg
licin; ~ belit ikatan utk mengikatkan tali pd batang; ~ buku sila
simpul utk mengikat bungkusan; ~ bunga geti simpul utk
menghubungkan dua tali; ~ hidup sj simpul yg mudah diurai; ~
kerusi simpul utk menurunkan orang dr tempat yg tinggi; ~ manuk
simpul utk mengikatkan tali pd balak; ~ mati ikatan yg susah diurai;
~ pulih simpul utk memendekkan tali (mudah diurai); ~ sentak sj
simpul yg mudah diurai (dgn menyentak); ~ tindih kasih simpul utk
membuat tanjul;
menyimpul 1. mengikat (hingga menjadi simpul): ~ tali kasut; 2.
merupakan simpul; senyum ~ di bibir tersenyum; 3. ki memberi
pendapat secara ringkas (dr apa yg telah dibicarakan), menggulung:
ketika ~ pendapatnya ia menegaskan bahawa masa depan Islam
tidak banyak berbeza drpd keadaannya sekarang;
menyimpulkan 1. mengikatkan sesuatu sehingga menjadi simpul
(supaya tidak terurai), menyimpul; 2. membentangkan (pendapat
dsb) dgn ringkas (drpd apa yg telah dibicarakan), memberikan inti
atau isi perbincangan (drpd apa yg telah dibincangkan) dgn ringkas,
mengikhtisarkan: kita mengkaji catatan penulis-penulis semasa dan
cuba ~nya; 3. ki memuat, mengandungi: perkataan yg penuh ~ apa
yg terasa dlm hatinya;
tersimpul 1. telah disimpulkan (tali, benang, dll); 2. ki terdapat atau
termuat (dlm), terkandung di dlm: puas rasa hatinya mencurahkan
segala yg ~ di dlm hatinya selama ini; 3. ki terjalin, terikat:
pertunangan mereka telah ~ juga pd hari itu; lalu ~lah semacam
persahabatan antara kami;
simpulan sesuatu yg disimpulkan, ikatan, simpul: buat satu ~ di
hujung sehelai benang; ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua
perkataan atau lebih dan mempunyai makna yg berlainan drpd erti
perkataan-perkataan yg membentuknya (spt kaki ayam dll);
kesimpulan 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi
dr keseluruhannya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pendapat,
ikhtisar: boleh pula disuruh kanak-kanak membuat satu-satu ~ dr
bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~
mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara;
penyimpulan proses menggulung pendapat.
simulasi perbuatan (latihan dll) yg berasaskan atau menggunakan sesuatu
yg direka atau dibuat-buat tetapi yg mirip kpd atau hampir dgn yg
sebenarnya;
mensimulasikan menghasilkan semula keadaan tertentu utk tujuan
kajian atau latihan: program komputer ~ proses kognitif manusia.
simulator sistem atau alat yg direka bentuk utk meniru keadaan tertentu
atau ciri-ciri sesuatu proses (utk tujuan kajian atau latihan):
Malaysia dan Brunei mungkin dapat berkongsi ~ utk melatih
juruterbang pesawat pengebom Hawk.
simuntu, simuntus Mn kanak-kanak yg bertopeng atau yg berconteng
muka dgn arang (dlm perarakan tabut).
sin 1. huruf ke-12 abjad Arab (mempunyai nilai 60); 2. huruf ke-13 abjad
Jawi.
sinaga sj penyakit kulit (kulit menggelembung dan berisi air), Herpes
zoster.
sinai; ~ anjing sj tumbuhan (rumpai), getah puyuh, lancung, pepinang,
rumput babi, sayung tikus, tampuk gelang (kelang, relang),
Leptaspis urceolata.
sinalinkawang motif anyaman kaum Murut di Sarawak yg berunsurkan
tumbuhan berbentuk daun resam.
sinambalas corak tenunan kaum Dusun dan Kadazan di Sabah yg
berunsurkan geometri berbentuk jalur tanpa ruang.
sinambung; bersinambung, bersinambungan berlanjutan, berterusan,
berpanjangan: bahasa Melayu sudah melalui proses perubahan yg
panjang dan bersinambungan sehingga mencapai taraf
kemantapan;
kesinambungan perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan,
persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu
Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad
ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan
yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya;
ketidaksinambungan perihal (keadaan dsb) tidak bersinambungan
(tidak berterusan dsb).
sinampipin corak anyaman kaum Murut di Sarawak yg berunsurkan
geometri berbentuk segi tiga tepat yg condong.
Sinansari Mn ark Dewi Seri.
sinar pancaran cahaya (sesuatu yg berkilau): pagi pun tibalah bersama ~
matahari;
~ alfa (Fiz) sj sinar bercas positif yg terdiri drpd nukleus helium; ~
beta (Fiz) sj sinar bercas negatif yg terdiri drpd elektron; ~ gama
(Fiz) sj sinar yg bertenaga tinggi; ~ kosmos (Fiz) sinar dr ruang
angkasa yg bertenaga tinggi (lazimnya terdiri drpd proton, elektron,
dll); ~ mata a) cahaya yg tajam dr mata (ketika marah dll); b)
kelipan mata; ~-seminar mengeluarkan cahaya yg gilang-gemilang,
memancar-mancar;
bersinar, menyinar 1. mengeluarkan sinar, memancarkan (cahaya):
matahari ~ menerangi alam; ~ titisan air matanya di pipi; 2. ki
berseri atau harum namanya dll: kali ini pasti ucapannya akan
disiarkan dan akan ~lah tokohnya kelak;
bersinar-sinar memancarkan sinar yg gilang-gemilang, memancarmancar,
sinar-seminar: lampu yg ~ bergemerlapan menghiasi
malam;
menyinari 1.memancarkan cahaya kpd, menerangi, menyuluhi:
tubuh badannya terang-benderang kerana disinari oleh cahaya
bulan itu; 2. ki mengajar makhluk Allah (manusia, dll) supaya dapat
melihat kebenaran-Nya: al-Quran itu ~ alam ini supaya tidak
kegelapan;
menyinarkan memancarkan (menghamburkan) sinar: matahari
telah pun ~ cahayanya;
sinaran 1. sinar; 2. (Fiz) pancaran dan rambatan gelombang, spt
cahaya atau bunyi, yg menghantar tenaga melalui ruang atau
medium lain; ~ elektromagnet rambatan tenaga yg dihasilkan oleh
getaran medan elektrik dan medan magnet, mis gelombang radio
dan X-ray; 3. (Fiz) aliran zarah, spt zarah alfa, beta, gama, elektron
dan neutron;
penyinaran perbuatan menyinarkan atau menyinari;
penyinar ki yg memberikan harapan, semangat dsb: ibu tua itulah
yg menjadi pembimbing, teman dan ~ hidupnya.
sinar-X X-ray.
sinau; ~-seminau = bersinau-sinau bersinar-sinar (cahaya), berkilaukilau.
sinawar Mn sj tumbuhan (palma), Phychosperma silverstris (kuhlii).
sinda sl  senda II.
sindaktili (Bio) keadaan apabila beberapa jari, sama ada jari tangan atau
jari kaki, bercantum.
sindap Jw daki di kepala, kelemumur.
sindau; bersindau Sb terbang melayang atau bergerak berpusing-pusing
di udara: burung helang itu ~ sebelum menyambar mangsanya.
sinder IB 1. orang yg mengawas orang bekerja (di ladang dll); 2. ark
pelawat (pemeriksa) sekolah, nazir.
sindiket (sindikét)  1. kumpulan orang yg bersatu menjalankan kegiatankegiatan
haram (spt menjual barang-barang secara haram,
menyeludupkan sesuatu, dsb): ~ membuat wang palsu; 2. kumpulan
ahli atau syarikat perniagaan (institusi kewangan dll) yg bersatu utk
melaksanakan sesuatu projek dsb secara bersama; 3. kumpulan atau
persatuan yg menjalankan sesuatu usaha atau kegiatan utk
kepentingan bersama anggota-anggotanya;
bersindiket mempunyai (melibatkan, menggunakan, dsb) sindiket.
sindir = sindiran perkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji,
mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan:
banyaknya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar
percakapanku yg mengandungi sindiran itu; ~ kiasan = sindirsindiran
bermacam-macam sindir (sindiran): tiap-tiap kali balik dr
situ, ada-ada sahaja pembawaannya, baik barang-barang
mahupun ~ kiasan kpd Ramlah dan suaminya;
menyindir mengatakan sesuatu (utk mencela, mengejek, mengeji)
tidak dgn terus terang: dia selalu ~ anak-anak dara yg mandi
berkemban di situ; pukul anak sindir menantu prb mengata-ngatai
orang tetapi perkataan-perkataan itu ditujukan kpd orang lain;
sindir-menyindir saling membalas sindiran, saling menyindir:
mereka mengambil kesempatan utk ~ antara satu sama lain;
tersindir (sudah) disindir (diejek): aku cukup berasa ~ oleh katakata
Normah itu;
penyindir orang yg (suka) menyindir.
sindrom kumpulan gejala atau tanda-tanda yg menunjukkan terdapatnya
sesuatu penyakit atau keadaan tertentu (spt sesuatu keburukan,
masalah, dll): tiga kes ~ kekurangan daya tahan penyakit
dilaporkan sehingga akhir bulan Mac ini; Menteri Pendidikan
telah bercakap tentang ~ malas membaca di kalangan golongan
profesional; ~ Down (Ubat) kecacatan sejak lahir yg dicirikan oleh
kepala dan muka yg lebar, mata yg sepet, hidung yg kemek, tangan
dan kaki yg pendek dan daya berfikir yg lembap.
sinekologi (sinékologi)  kajian  ekologi  tentang  komuniti  tumbuhan  atau
haiwan.
sinematograf (sinématograf) peralatan utk menayangkan wayang gambar.
sinematografi (sinématografi)  teknik  membuat filem (wayang gambar),
seni perfileman.
sinergi 1. tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan
tindakan paduan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut
secara berasingan; 2. usaha sama antara individu atau organisasi yg
hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian.
sinergisme keadaan apabila kesan tindakan gabungan dua komponen atau
lebih menghasilkan nilai yg lebih baik dibandingkan dgn tindakan
komponen tersebut secara bersendirian.
sineresis (sinerésis)  (Kim)  proses pengecutan bahan bergel, spt gelatin
dan agar-agar, yg disertai dgn pengeluaran cecair.
sing bunyi mendesing.
singa I sj binatang buas, Panthera leo;
~ laut sj anjing laut, Zalophus californiasus; (penyakit) raja ~ sj
penyakit yg berbahaya, sifilis; hendak ~ di tengah padang lagi,
drpd ular di dlm rumput = lebih baik seekor ~ di padang yg luas,
drpd seekor ular di dlm rumput prb lebih baik berdepan dgn musuh
besar di tempat terang drpd musuh kecil di dlm sulit;
menyinga ki memberang, meradang: ia memandangnya dgn muka
~.
singa II sj tumbuhan (pokok kecil), Melochia umbellata.
singahak Mn ark; tersingahak terkejut, terperanjat.
singas (Kim) gas tiruan yg mengandungi karbon monoksida dan hidrogen,
digunakan sbg bahan mentah asas utk pemprosesan bahan kima.
Singh sebahagian drpd nama orang Sikh, yg menandakan ia seorang
lelaki.
singga bp sehingga.
singgah berhenti sebentar di suatu tempat (dlm perjalanan), mampir:
barang di mana pasir yg baik, di sana ia ~ bermain sambil
menjala dan memukat;
singgah-menyinggah kerap benar singgah (dlm perjalanan): lekaslekas
kembali, jangan lengah di laut dan lagi jangan ~ di manamana;
menyinggahi 1. berhenti atau singgah di (dlm perjalanan): negaranegara
Arab yg disinggahi oleh Tun itu adalah negara-negara yg
penting dlm pergolakan politik di Timur Tengah; tiga buah
pelabuhan telah disinggahinya; 2. (berhenti di suatu tempat utk)
mengambil atau menjemput sesuatu: maka mudiklah ia lalu
disinggahinya sampan Gusti itu; 3. mengambil semula sesuatu yg
telah diamanahkan (disuruh baiki dll);
menyinggahkan 1. menghentikan perjalanan di sesuatu tempat,
melabuhkan (kapal), mendaratkan (kapal terbang); 2. menurunkan
atau meninggalkan sesuatu (ketika singgah dlm perjalanan); 3.
menyilakan singgah (naik ke rumah dll);
mempersinggah Mn mempersilakan singgah (mampir);
persinggahan tempat singgah (berlabuh, berhenti, mendarat):
Colombo telah menjadi tempat ~ yg penting bagi kapal laut dan
juga kapal terbang.
singgahsana kerusi kerajaan (tempat raja bersemayam), takhta: maka
sultan pun duduk di atas ~ kerajaan di atas peterana yg
bertatahkan permata.
singgan Mn sehingga, sampai.
singgang I 1. sj masakan (ikan, daging, dll) yg direbus dan digarami dll;
2. Mn panggang, salai;
menyinggang Mn memanggang, menyalai.
singgang II sl memegang telinga dgn menyilangkan tangan dan duduk
bangun berulang-ulang (sbg denda atau hukuman), ketuk ketampi.
singgir; menyinggir 1. membuka dan menampakkan sesuatu,
menyingkap; 2. ki memperlihatkan, menunjuk-nunjukkan.
singgit ark sanggit.
singguh; bersingguh bersentuh bahu (kerana terlalu rapat), bertempuh;
sigung I, singgung I.
singgul; menyinggul menyondol ke tepi.
singgung I; bersinggungan bersentuhan dgn siku, berhantukan;
menyinggung 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku,
menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku;
2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm
ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan
cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan
orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau
melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg
kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang
dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya
dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati
orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll);
tersinggung 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina
dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah
~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati.
singgung II Jw sj musang yg berbau busuk, sigung, Mydaus meliceps.
singit Mn; menyingit 1. menyelak (membuka, menyingkap) sedikit; 2.
tampak (kelihatan) sedikit;
tersingit 1. terselak sedikit (kain selimut dll), terbuka, tersingkap;
2. kelihatan sedikit (bulan dll), terserlah.
singkak Mn singkap.
singkal  sungkal.
singkap; menyingkap, menyingkapkan 1. membuka (selubung, pakaian,
penutup, dll), menyelak: ia ~ selimut yg menutup kepala anaknya;
ada yg menengok dr kisi-kisi, ada yg menengok dr tingkap, ada yg
~ atap; 2. ki membongkar atau membuka (rahsia dll), mendedahkan
(sesuatu): beliau telah ~ rahsia menteri-menteri pusat yg tidak
disukai; sajak-sajak A. Wahab Ali ada yg boleh diterima sbg
panduan hidup kerana ia telah menyingkapkan rahsia hidup yg
sebenarnya;3. ki menceritakan kembali (perkara yg telah lalu,
sejarah, dll): perbuatan mereka kali ini tidak lagi setakat ~-
nyingkap sejarah pendek yg telah lalu; singkap daun, ambil isi prb
berkata-kata dgn terus terang (tidak berbelit-belit);
tersingkap 1. terbuka, terselak: maka tirai pedati Sumirah pun ~;
2. ki terbongkar (rahsia dll); ~ hati ki suka (senang) hati;
penyingkapan perbuatan menyingkap(kan), pendedahan: ~ dgn
bersandarkan pengetahuan yg lalu.
singkar NS sj sikat bajak (utk membajak sawah).
singkat 1. tidak panjang (waktu, umur, dll), pendek: kunjungannya sangat
~; kain pendek, tarik ke atas ~, tarik ke bawah senteng; 2. ringkas
(berita, cerita, percakapan, dll): “Besok aku ke mari lagi,” katanya
~, lalu melangkah hendak pergi; 3. ki picik atau cetek (fikiran dll):
orang-orang yg ~ pemikirannya dan yg sangat tamak terlalu
ramai;
~ akal (faham, fikiran) tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik; ~
bayang alamat tidak panjang umur; ~ kata = ~nya pendek kata,
pendeknya; ~ pengetahuan lekas mati; ~ sungu Mn (orang yg)
pemarah; ~ tangan orang yg kedekut (kikir); ~ umur (usia) tidak
panjang umurnya, lekas mati;
~ diulas, panjang dikerat prb yg kurang hendaklah ditambah
sedangkan yg lebih hendaklah dikurangkan; ~ tidak terulas,
panjang tidak terkerat prb tiap-tiap orang akan mati apabila telah
sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati; senteng
dibilai, ~ diulas prb yg kurang ditambah dan yg pendek disambung;
menyingkatkan 1. menjadikan singkat (pendek dll), memendekkan
(waktu dll): kerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan
saya itu; 2. meringkaskan (karangan dll), mengikhtisarkan;
mempersingkat menjadikan lebih singkat;
singkatan, kesingkatan sesuatu yg disingkatkan, kependekan,
ringkasan: ~ spt pak dr bapak, bu dr ibu, merupakan gejala umum
dlm pemakaian bahasa;
penyingkatan perihal menyingkatkan.
singkawang  tengkawang.
singke (singké) Kd ngilu.
singki penadah air paip tempat membasuh pinggan mangkuk dll (drpd
tembikar, aluminium, dll)
singkil I ark; tali ~ sj tali pinggang (dipakai oleh perempuan yg sedang
mengandung).
singkil II berasa tidak enak bagi pendengaran (spt mendengar batang
buluh bersanggit, besi dikikir, dll), berasa tidak enak kerana terlalu
masam (hingga mengilukan gigi), ngilu.
singkir; menyingkir 1. mengelak, menghindar, menepi, menyisi: setiap
orang ~ dariku; orang berbadan gemuk yg berdiri di tengah jalan
itu, nampaknya tidak mahu ~ ke tepi; 2. menyelamatkan diri (ke
tempat yg lebih aman), mengungsi; 3. ki tidak memakainya lagi
(adat lama), membuang: akhirnya kelak, hendaklah kita ~ semua
sistem upah yg berlainan dan aneh itu; 4. = menyingkirkan
mengelilingi atau mengedari sambil berjengkek-jengkek (spt ayam
jantan ketika hendak mengawan);
menyingkiri 1. menjauhkan (menghindarkan) diri dr: ~ bahaya; 2.
ki tidak memakainya atau menggunakannya lagi (dlm berbagaibagai
erti), membuangi: segala ungkapan yg dapat melukai
perasaan orang lain hendaklah disingkiri;
menyingkirkan 1. menjauhkan (menghindarkan) dr: pergaulan di
sekolah dan di tempat kerja lazimnya tidaklah dapat disingkirkan;
~ diri dr keindahan dan kelazatan hidup di kota; 2. membuangkan,
mengesampingkan, menyisihkan: utk mengolah sebuah berita
secara jujur, pemberita harus ~ pendapat dan fikiran sendiri;
sekularisme ~ nilai-nilai yg diperoleh dlm usaha-usaha utk
mencari objektiviti dan ilmu yg dapat dimanfaatkan; 3.
menyelamatkan ke tempat yg lebih aman, mengungsikan; 4. ki
menjatuhkan (orang dr jawatannya), mengeluarkan (orang sbg ahli
sesuatu badan dll): parti tersebut sedang mengambil langkah ~
anggota-anggota yg terlibat dlm perarakan haram itu; 5. ki
menghilangkan (jiwa orang), melenyapkan, menghabisi: setiap
orang yg menentang Hitler disingkirkan; 6. mengelilingi sambil
berjengkek-jengkek (spt ayam jantan mengedari ayam betina);
tersingkir 1. sudah disingkirkan (diberhentikan, ditolak, dll),
terbuang: setelah ~ dr parti politik, ia cuba bergiat dlm badan
kebudayaan; 2. terluput (terhindar) dr, dijauhkan (dipisahkan) dr:
kepercayaan kuno mereka tidak ~ oleh agama Islam; 3. terasing
(terpisah) dr, terbuang: dia tidak mahu melihat Murad ~ dr
keluarganya; selagi tidak ~ kuasa asing dr bumi kita ini, kita
tidaklah patut berpuas hati;
penyingkiran 1. perbuatan menyingkiri atau menyingkirkan: dlm
rampasan kuasa dan ~ Jeneral Khan ini, Amerika mungkin campur
tangan; 2. pengungsian;
penyingkir = kaum ~ pengungsi.
singkong Id ubi kayu.
singkur; menyepak ~ = menyingkur menyepak ke tepi.
singlet (singlét) sj baju dalam tanpa lengan (utk lelaki).
singsat I (Sunda); menyingsat, menyingsatkan menggulung (kain dll),
menyingsing.
singsat II Jw erat, rapat;
menyingsatkan mengeratkan, merapatkan.
singse (singsé) C tabib (dukun) Cina.
singsing; menyingsing 1. = menyingsingkan menarik ke atas (kain,
lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek): ~
lengan baju; 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih: kabus
mulai ~; 3. mulai terbit (fajar), mulai terang: kadang-kadang ia
melanjutkan tidurnya sehingga fajar ~; 4. menyingkap,
mendedahkan: al-Quran yg ~ makrifat yg betul;
tersingsing sudah disingsingkan (lengan baju, kaki seluar, kain,
dll), terbuka atau terselak sedikit (kelambu, langsir, dll), tersisih
(awan dll).
Sinhala bangsa yg berasal dr negara Sri Lanka.
sini 1. = di sini di tempat ini: Mahkamah Tinggi di ~ telah menjatuhkan
hukuman penjara seumur hidup ke atas dua orang pemuda; 2. bp
saya, aku: ~ tidak setuju dgn cadangan itu;
ke sini ke mari: ia berlari ke sana dan ~;
dikesinikan dibawa ke mari, dikemarikan.
sinis 1. cenderung utk mempersoalkan kebaikan (kejujuran dll) orang: ia
mempunyai perasaan yg sensitif dan sikap yg ~ terhadap hal-hal
yg diceritakannya; 2. suka mengejek-ejek (memerli,
mempersendakan, dll), mengandungi ejekan (cemuhan dsb), bersifat
mengejek atau memandang rendah: cerpen-cerpen yg lebih banyak
~nya drpd menggambarkan keadaan yg sebenar; tersenyum ~;
kesinisan sikap (pandangan, pernyataan dsb) sinis.
sinisisme pandangan atau sikap yg cenderung untuk mempersoalkan
kebaikan (kejujuran, kebolehan dsb) seseorang.
sinisme  sinisisme.
sink singki.
sinkope (sinkopé) (Lin) pemendekan sesuatu kata dgn menggugurkan satu
atau lebih huruf atau suku kata dr tengah-tengah kata itu, mis
pengguguran ha dlm sahaja menjadi saja, dan id dlm tidak menjadi
tak.
sinkronik bkn peristiwa atau fenomena yg terjadi dlm tempoh waktu
tertentu, tanpa mengambil kira perkembangannya.
sinkronisasi penyelarasan antara dua perkara: ~ antara Kongres Ilmu
Pengetahuan dgn penyusunan GBHN.
sinkroskop (Kej) peranti elektrik yg digunakan utk menguji komponen
sistem pencucuh.
sinologi ilmu pengetahuan tentang bahasa dan kebudayaan Cina.
sinoman Jw 1. kumpulan anak muda yg membawa hidangan dan melayani
tetamu makan dlm sesuatu majlis perkahwinan; 2. usaha gotongroyong
bagi mengumpulkan wang tiap-tiap bulan dan menentukan
giliran orang yg mendapatnya dgn cara mengundi.
sinonim (Lin) kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain,
mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti;
bersinonim mempunyai kata-kata yg sama atau hampir sama
maknanya: perkataan cantik ~ dgn perkataan indah;
mensinonimkan menganggap sama antara dua perkara atau benda:
orang Melayu disinonimkan dgn agama ini;
kesinoniman keadaan bersinonim.
sinonimi (Lin) hubungan antara sinonim.
sinopsis ringkasan yg memberikan gambaran umum tentang sesuatu
perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar.
sintaksis pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang
susunan kata dlm ayat.
sintal gemuk padat (badan), gempal.
sintar I Mn sintal.
sintar II sj burung;
~ dada kelabu, Rallus striatus; ~ api, Rallina fasciata; ~ merah,
Rallus eurizonoides; ~ kecil sj burung, Porzana pusilla.
sintesis (sintésis) 1. proses menyatukan pelbagai unsur, bahagian, bahan,
dsb menjadi suatu kesatuan atau keseluruhan yg kompleks,
penyatuan, penggabungan, pemaduan; 2. suatu keseluruhan yg
kompleks yg terdiri drpd pelbagai unsur, bahan, dsb; 3. cara
mencari prinsip yg umum drpd prinsip-prinsip yg khusus;
mensintesiskan melakukan sintesis, menyatukan, menggabungkan,
memadukan: dlm beberapa banyak hal, novel ini padat dgn ideaidea
dan gagasan-gagasan falsafah yg masih mentah, tidak
diperhalus serta disintesiskan ke dlm perwatakan atau suasana
keseluruhan novel.
sintetik (sintétik) bkn bahan yg disediakan drpd bahan kimia atau bahan
tiruan (bukan drpd sumber semula jadi).
sintetis (sintétis) IB yg berkaitan dgn (mengenai) sintesis, yg dipadu-padu.
sintigrafi kaedah utk melihat organ tubuh dgn mengimbas bahagian
berkenaan dgn pengesan kelipan selepas suntikan sebatian berlabel
radioaktif.
sinting I  senteng I.
sinting II 1. senget (sendeng) sedikit letaknya, miring; 2. bp agak gila,
kurang siuman.
sintir Jk sj permainan dgn buah dadu.
sintua ark ketua (sesuatu puak dll), kepala.
sintuk sj tumbuhan (pokok, dan kulit batangnya boleh dibuat ubat),
Cinnamomum spp.;
bersintuk bergosok (badan) ketika mandi: maka isteri Khoja
Maimun pun bangun lalu pergi mandi, ~ berlimau;
menyintuk menggosok, menggonyoh;
menyintukkan menggosokkan, menggonyohkan;
penyintuk sesuatu yg digunakan utk menyintuk: dibunuhnya Tok
Wak jurubahasanya, utk diambil darah, dibuat ~ meriam itu.
sintulang sj tumbuhan (pokok), Jackia ornata.
sintung Mn; menyintung menyinggung (dgn siku).
sinu IB, bp urat saraf; sakit ~ sakit urat saraf.
sinuhun sl baginda.
sinus I (Mat) fungsi trigonometri bagi sudut tirus pd segi tiga bersudut
tegak, iaitu nisbah panjang sisi yg bertentangan dgn sudut terhadap
panjang hipotenus.
sinus II (Ubat) rongga yg dipenuhi udara dlm tulang tengkorak yg
bersambung dgn (rongga) hidung.
sinusitis (Ubat) radang pd selaput sinus hidung.
sinyal IB tanda alamat (lampu dll), tanda isyarat.
sinyalir IB; mensinyalir memperingatkan supaya memerhatikan (sesuatu)
atau beringat-ingat (terhadap sesuatu).
sinyo anak lelaki (bangsa Eropah).
sioca, siociah C ark anak perempuan.
siongka C sj damar.
sipahi, sipai sl askar India.
sipak I Mn sepak.
sipak II Br jari yg lebih (keenam) pd tangan.
sipat I arah; ~ kuping Jw berlari lintang-pukang; tali ~ tali utk mengetahui
lurus tidaknya (sesuatu), tali pengukur;
menyipat, menyipatkan mengukur (utk mengetahui lurus tidaknya)
dgn tali sipat.
sipat II = ~ mata celak mata: ia jarang sekali memakai bedak, ~ mata
atau gincu bibir;
menyipat membubuh sipat (pd mata): bibir matanya disipat hitam
dan alisnya dicukur melecut.
sipat III; daun ~ sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), Eclipta alba.
sipedas Mn halia.
sipesan  sepesan.
sipi tidak tepat kenanya (pukulan, tembakan, dll), tidak kena betul,
menyerempet: penumbuk itu singgah ~ ke pipi Malek; biar ~ asal
jangan tepat (sesat) prb a) biarlah rugi sedikit asalkan jangan rugi
banyak; b) jika sudah mengalami susah (rugi dll) hendaklah
diikhtiarkan supaya jangan terlampau sangat;
menyipi mengenai tepi (pinggir) sahaja.
sipil IB orang awam (bukan tentera): ia datang ke baris depan, tempat
duduk para pembesar dr pihak ~, polisi dan militer; hukum ~
undang-undang mengenai orang awam, undang-undang awam;
pemerintahan ~ pemerintahan oleh orang-orang awam (bukan
tentera); perang ~ perang saudara; perkara ~ perkara dlm
mahkamah mengenai hal-hal umum (bukan perkara jenayah dll).
sipir IB penjaga penjara; sapir II.
sipoa  sempoa.
sipon IB; kain ~ sj kain (cita).
sipongang Mn gaung, gema;
bersipongang bergaung, bergema: bunyi itu ~ ke setiap penjuru
perkebunan.
sipu I; tersipu-sipu = malu ~ = kesipuan, kesipu-sipuan malu sekali:
Hasnah ~ tunduk kemalu-maluan; mereka itu pun kesipu-sipuan
malu.
sipu II Jk; tersipu-sipu (dgn) pantas, lekas, segera.
sipulut beras pulut, beras ketan, Oryzasativa japonica.
siput I sj kerang-kerangan (binatang lunak) yg berkulit keras; jenisjenisnya:
~ akik sj siput yg dibuat perhiasan; ~ asin sj siput yg telah
diasinkan; ~ babi sj siput, Achatina; ~ kemudi, Atrina spp.; ~ mutia
ibu mutiara; ~ pahat, Cultellus spp.; ~ piring, Placuna plasenta; ~
sudu, Chromytilus chorus;
~ memuji buntut prb sifat memuji diri sendiri; tak tahu akan ~
empuk prb orang yg terlalu bodoh.
siput II sj sanggul (rambut perempuan);
bersiput memakai siput (sbg perhiasan rambut): kawan saya tidak
pernah memakai gincu atau bedak dan rambutnya ~ sahaja;
menyiput (sedang) menggulung rambut utk membuat siput:
rambutnya yg panjang sampai ke punggung itu segera disiputnya.
siput III; burung ~ sj burung, burung gua, Myophones falvirostris
dicrorhyncus.
sir I Ar 1. rahsia, tersembunyi (dlm ilmu tasawuf); 2. keinginan
(kemahuan) hati, ingin (mahu) akan sesuatu: tiadalah ia ~ kpd
perempuan itu; tak ~ Kl tidak mahu (ingin);
kalau tak ~ berdegak, ~ melayang prb jika barang yg diinginkan
tidak diperoleh maka hilanglah daya upaya.
sir II bunyi spt bunyi desir.
sira I sl beliau, engkau.
sira II = gula ~ gula yg telah dicairkan (utk digaulkan atau disalut pd kuih
dsb);
bersira sudah (telah) disira: dia menghidangkan kerepek ubi
goreng yg ~ dgn gula;
menyira menggaul atau menyalut kuih dsb dgn gula yg telah
dicairkan.
sira III Br garam.
sirah I Mn merah: matanya itu ~ spt bunga raya; tanah ~ kubur yg
baharu;
tersirah; mendapat tanah ~ ki a) mati; b) menjumpai mayat yg
telah ditanam.
sirah II Ar kisah, riwayat atau perjalanan hidup seseorang nabi atau rasul;
~ Nabi kisah atau riwayat hidup Nabi Muhammad SAW sejak kecil
hinggalah baginda wafat.
siram; bersiram bd mandi: silakan tuanku dua laki isteri berangkat ~;
menyiram 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus: seorang
perempuan muda ~ bunga dlm taman; 2. menjirus dgn air dll
(supaya bersih);
menyirami menyiram pd: Kadir masuk ke kamar mandi lalu ~
Ratna dgn air;
menyiramkan 1. menyiram dgn, menjiruskan, mencurahkan: maka
kedua-duanya terkejut spt orang mengantuk disiramkan air; 2. sl,
bd memandikan: maka bidan ketujuh pun lalu ~ putera baginda,
dilimau dan dibedak;
persiraman sl tempat mandi, permandian;
penyiraman perbuatan menyiram (menyiramkan).
penyiram 1. orang yg menyiram: tugas utamanya hanya sbg ~
pokok bunga setiap pagi; 2. alat yg digunakan utk menyiramkan air
dsb: dia menyiram sayur-sayuran dgn menggunakan ~.
sirampang Mn  serampang II.
sirap I; menyirap menyorok, menyusup: darahnya ~ ke telinganya; ~
darahnya berdebar-debar hatinya (kerana takut dll);
menyirapkan 1. Id menyelakkan (menyingkapkan) sedikit; 2.
menyebabkan jadi marah, menaikkan darah (dlm erti kiasan); 3. = ~
darah menjadikan terkejut (berdebar-debar dll), memeranjatkan:
ada sesuatu dlm semak yg ~ darah Melayunya;
tersirap; ~ darah berdebar-debar (kerana terkejut, terperanjat, dll);
~ hati marah.
sirap II sj atap drpd keping-keping papan;
menyirap memasang sirap; timah disirap timah yg dipasang sbg
sirap.
sirap III 1. larutan gula dan air yg agak pekat dan biasanya berwarna
merah dan berperisa; 2. = air ~ minuman yg diperbuat drpd sirap;
(air) ~ bandung air sirap yg dicampur dgn susu; ~ batuk ubat batuk
yg berupa sirap.
sirap IV Jk 1. senyap, sunyi; 2. tidak berpanjangan atau berlarutan, kebah
(demam), padam (api), reda; 3. pukau (sj mantera utk menidurkan
orang);
menyirap 1. meredakan, memadamkan; 2. memukau (supaya orang
tertidur atau terus tidur).
sirat I mata jala (jaring dll); ~-~ gigi celah-celah gigi;
bersirat berjalin-jalin, berjala-jala, berselirat: kain ungu bertepi
merah, berair mas dipahat, ~ benang mas bertatah pudi manikam;
menyirat membuat jala dll, menganyam, menjalin, merajut: ia
sedang ~ jala ikannya di dapur;
tersirat 1. telah disirat (jala, rajut, dll), terjalin; 2. ki terkandung
atau tersembunyi (di dalam sesuatu): rahsia besar yg ~ di hatinya
tidak ada seorang pun yg mengetahuinya;
siratan 1.jalinan; 2. sesuatu yg tersembunyi: dgn melihat ~ dlm
suratan.
sirat II Ar 1. jambatan, titian; 2. titian (yg halus) yg melintasi neraka utk
ke syurga.
siratulmustakim Ar jalan yg benar.
siraung, saraung Br sj tutup kepala, terendak.
siraut sj pisau raut (yg tajam); seraut  raut I.
siren 1. alat yg mengeluarkan bunyi raungan yg kuat, biasanya sbg
semboyan amaran; 2. bunyi raungan siren.
sirene (siréne) IB siren.
sirep pukau utk menidurkan orang; sirap IV.
siri rangkaian sesuatu yg sama (spt cerita, buku, peristiwa, dll) yg
dikeluarkan (diadakan, disiarkan, dll) berturut-turut: inilah ceramah
yg kedelapan dlm ~ ceramah ilmiah;
~ aktinid (Kim) siri unsur radioaktif dlm jadual berkala, bermula
dgn aktinium dan berakhir dgn lawrensium; ~ homolog (Kim) siri
sebatian karbon drpd jenis yg sama dan diwakili satu formula am
(mis alkana dan alkena; ~ lantanid (Kim) siri lima belas unsur
logam dlm jadual berkala, bermula dgn lantanum dan berakhir dgn
lutetium; nombor ~ nombor (bilangan) yg berturut-turut.
sirih I sj tumbuhan (pokok renek yg memanjat dan daunnya dimakan dgn
pinang, gambir, kapur, dll), Piper spp.;
bujur ~ bentuk spt bentuk daun sirih (muka), lonjong lancip ke
bawah; menghantar ~ sl menghantar berbagai-bagai barang kpd
bakal besan; wang ~ wang upah;
~ air sj sirih, Piper miniatum; ~ berbunga Kl alat perlengkapan utk
meminang; ~ carang daun sirih yg muda; ~ duduk sj sirih, Piper
sarmentosum; ~ hantu sj sirih, Piper caninum; ~ hutan sj sirih,
Piper caninum (curtisii); ~ kaduk sj sirih, Piper caba; ~ kerakap
daun sirih yg di bawahnya kasar dan keras; ~ masak sirih
selengkapnya (utk dikunyah); ~ Melayu = ~ Cina = ~ hudang sj
sirih, Piper betle; ~ murai sj sirih, Piper ribesioides; ~ pinang
barang-barang yg dibawa kpd seseorang (sbg tanda penghormatan);
~ rakit Kl susunan daun sirih yg ada seratus dua puluh helai; ~
rimau sj sirih, Piper porphyrophyllum; ~ rimau putih sj sirih, Piper
argyrites; ~ seberkas Kl susunan daun sirih yg seratus helai
banyaknya; ~ sekapur (setampin) sirih segulung (selengkapnya); ~
sesusun Kd susunan daun sirih yg dua puluh helai banyaknya; ~
tanya sirih selengkapnya yg diberikan kpd ibu bapa anak gadis yg
dipinang;
~ naik, junjungan naik prb mendapat untung dan bahagia silih
berganti; ~ naik, junjungan patah prb baru hendak mendapat
kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula; ~ pulang ke gagang
prb kena pd tempatnya; ~ berlipat datang sendiri prb a) beroleh
keuntungan dgn mudah; b) mendapat orang yg dicintai dgn tidak
bersusah payah; ada ~ hendak makan sepah prb ada yg baik
hendakkan yg buruk; seikat bagai ~, serumpun bagai serai prb
orang yg bermuafakat benar-benar (seia sekata); umpama ~,
menjalar dulu kemudian melilit barulah memanjat ke pucuk
junjung prb tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut
aturannya;
penyirih orang yg suka makan sirih.
sirih II; menyirih Mn mengunjukkan atau memberikan (sirih, rokok, dll):
orang itu mengeluarkan tempat rokok dr dlm sakunya dan ~ kpd
sekalian orang itu;
menyirihi mengunjukkan atau memberikan sirih, rokok, dll kpd:
aku disirihi rokok daun;
menyirihkan Mn mengunjukkan atau memberikan sirih (rokok dll):
sekali-sekali pernah juga dia ~ rokoknya kalau bertemu.
sirik I Jk iri hati, dengki.
sirik II Br ridip ikan, sirip.
SIRIM akronim bagi Standards & Industrial Research Institute of
Malaysia (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian
Malaysia).
siring I sj tangguk drpd rotan utk menangkap udang dll.
siring II ark terusan (air), bendar, parit, tali air.
siring III Mn tepi (kain dll) yg berlainan warnanya.
siring IV; menyiring mencurahkan (air dll) dgn menyerendengkan
bekasnya, menuang dr satu bekas ke satu bekas yg lain;
penyiringan perihal (proses atau perbuatan) menyiring: loji itu
akan dilengkapi peralatan spt alat pengudaraan automatik dan
mekanisme ~.
siring V Kl habuk (gergaji), reja-reja kayu (setelah digergaji).
siring VI Br (bahagian) tepi atau pinggir.
sirip 1. sayap ikan (utk berenang), ridip; 2. (Kej) struktur tetap yg
menegak pd ekor pesawat udara utk meningkatkan kestabilannya;
bersirip bertindih-tindih atau berlapis-lapis (atap genting dll):
atapnya tembaga dan timah ~ .
sirkam IB sj ikat utk perhiasan.
sirkol IB, bp kubis putih yg diracik halus-halus dan dijeruk.
sirkuit siri atau rangkaian pertandingan yg disertai sering kalinya oleh
pemain (peserta, petanding) yg sama: sebelum ini Indonesia telah
memiliki Piala Thomas yg menjadi rebutan setiap negara yg
menyertai pertandingan ~ antarabangsa.
sirkulasi IB peredaran.
sirkuler (sirkulér) IB surat pekeliling, surat edaran.
sirkumfleks (sirkumfléks)  (Lin)  tanda  (^) yg diletakkan di atas huruf
vokal bahasa tertentu, mis bahasa Perancis, utk menunjukkan
bagaimana vokal itu dibunyikan.
sirna Jw hilang, lenyap, musnah;
menyirnakan menghilangkan, memusnahkan;
penyirnaan pemusnahan, penghapusan, penghilangan.
siroko (Geog) angin selatan yg panas di kawasan Mediterranean.
sirop Id sirap (air gula).
sirosis (Ubat) penyakit hati yg dicirikan oleh matinya sel-sel hati dsb (yg
terjadi akibat jangkitan kronik, terlalu banyak minum minuman
keras, dsb)
sirsak IB durian belanda, Annona muricata.
siru Mn; bersiru berputar (angin), beralih haluan.
sirung Br serong.
sirup  sirop.
sisa apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll), baki (wang dll),
lebihnya, reja: ~ makanan; ~ wang;
~ nabi a) lebih makanan nabi; b) ikan sebelah; ~ remeh sisa yg
tidak berharga langsung; ~ radioaktif sisa atau bahan buangan yg
dapat mengeluarkan pancaran radioaktif;
kulai-balai bagai petai ~ pengait prb orang yg lemah lembut gerakgerinya;
bersisa ada sisanya (bakinya, lebihnya), berbaki, berlebih: gaji
suaminya tiap-tiap bulan tiada ~ sedikit juga;
menyisakan menjadikan bersisa, membiarkan berlebih sedikit,
meninggalkan sedikit: isteri hulubalang yg mengidam nangka itu
telah ~ nangka baginda;
tersisa (dapat, sudah) disisakan sedikit: tidak ~ waktunya utk
membuka buku sekolah.
sisal serat dr daun sj tumbuhan Agave sisalana utk dijadikan tali dll.
sisalak Mn; bersisalak berbantah, bertengkar.
sisi 1. bahagian yg di kiri atau di kanan sesuatu benda, rusuk, samping,
tepi: dia lari dr ~ku; lukisan badan ikan itu dilihat dr ~; 2. garisan
lurus yg menyempadani (membatasi) sesuatu bidang, penjuru, segi:
di tiga ~, dia dikelilingi oleh air; 3. segi, sudut, pihak (pandangan
dll): mereka memandang dr ~ mereka sahaja;
di sisi 1. di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu, berhampiran (dekat)
dgn: ia duduk ~ suaminya; 2. di samping (bersama-sama): ibu Ema
yg telah tua itu dapat jua menghibur-hiburkan hatinya ~ suami,
anak, menantu, dan cucunya; 3. di samping (selain): ~ itu,
kemungkinan perkembangan bahasa itu pun menjadi lebih besar
sebab lebih banyaknya jumlah manusia yg memakainya; 4. dr segi
(pandangan dll): tiap-tiap rakyat itu mempunyai hak-hak yg sama
antara satu dgn lain ~ undang-undang; 5. di kalangan: ajaran
Rousseau telah berkembang dan amat besar pengaruhnya ~
rakyat;
ke sisi ke tepi, ke samping;
dikesisikan diketepikan, dikesampingkan;
bersisi, bersisi-sisian berdampingan, berdekatan (berjalan, duduk,
dll): telah menjadi kesenangan baginya berjalan ~-sisian dgn dia
ke mana-mana;
menyisi 1. pergi ke sisi (ke tepi, ke samping), menepi; 2. berjalan
dll di sepanjang tepi (birai, pinggir), menyusur;
menyisikan 1. membawa dll ke sisi (ke tepi); 2. mengetepikan
(kerana tidak penting dll), mengesampingkan.
sisih; bersisih berpisah, berasing; ~ antah dgn beras prb berasingan
orang kaya dr orang miskin;
menyisih 1. beralih ke samping atau ke tepi (utk memberi jalan lalu
dll), menepi, menyamping: dia ~ ke tepi memberi jalan kpd ibunya
mendapatkan adiknya; 2. mengasingkan atau menjauhkan (diri) dr,
menghindar, menyendiri: selesai sahaja majlis khatam, Bidin ~
hampir ke tangga; 3. = menyisihkan mengasingkan, memisahkan,
menceraikan, memencilkan; disisih bagai antah prb a) diasingkan
dr yg lain kerana tidak disukai; b) tidak boleh ikut campur kerana
miskin;
menyisihkan 1. mengasingkan (diri dll), memencilkan,
menjauhkan: perasaannya yg berkecamuk itu hanya dapat
ditenangkan jika ia ~ diri ke tempat yg sunyi; 2. memisahkan,
mengetepikan: pentingnya bahasa sbg alat dlm sastera memang
tidak dapat disisihkan kerana kalau tidak ada bahasa, sastera juga
tidak ada; 3. Id menyebabkan lawannya tidak dapat memasuki
pertandingan selanjutnya kerana sudah kalah (dlm permainan dll),
menyingkirkan (lawan);
tersisih (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah: dia
berasa dirinya ~ dr kawan-kawan yg telah lama bekerja di sana;
hidupnya ~ dr kaum keluarga;
sisihan (Mat) perbezaan antara nilai keputusan sesuatu uji kaji
dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji;
penyisihan perbuatan menyisihkan: ~ diri dan perasaan kecewa
terhadap penderitaan manusia.
sisik I 1. lapisan kulit yg berkeping-keping (pd ikan, ular, kaki ayam, dll):
memang tuah ayam dan burung dapat dilihat drpd ~nya, tetapi
tuah manusia siapa tahu; 2. ki corak atau ragam: engkau semua
masih mentah, tidak mengenal ~ manusia;
kurang ~, tinggal lidi di buku, kurang selidik tinggal kaji di guru
prb kalau kurang hati-hati bekerja atau berusaha tidak ada hasilnya;
minta ~ pd limbat prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin
dapat;
bersisik ada sisiknya, mempunyai sisik: dgn takdir Allah, dapatlah
seekor ikan ~ emas bermatakan intan;
menyisik, menyisiki 1. membuang sisik (dr ikan dll); 2. meraut
buluh (lidi dll) supaya licin; 3. melihat tuah ayam sabungan pd sisik
di kakinya.
sisik II; ~ keli = ~ naga bukit = ~ tenggiling sj tumbuhan (pokok kecil),
Polychroa repens; ~ naga = ~ tenggiling sj tumbuhan (herba),
Desmodium triflorum; ~ penyu = ~ puyuh sj tumbuhan (pokok),
Caralia suffruticosa; rumput ~ naga sj tumbuhan (herba),
Desmodium heterophyllum.
sisip; bersisip terletak dll di celah-celah (di sela-sela), terselit: sepucuk
pistol ~ di pinggangnya; ~ keris a) memakai keris dgn
menyelitkannya di pinggang; b) ki masih muda atau belum keluar
mayangnya (pohon kelapa), dara;
bersisipkan memakai sesuatu (keris dll) dgn menyelitkannya di
pinggang: di dlm andung itu duduk seorang bangsawan dgn
pakaian yg indah, ~ keris;
menyisip 1. masuk di celah-celah (di sela-sela): ditikamnya Raja
Suran, kena baluhan gajah, sejengkal ~ ke sebelah; 2. = menyisipi
memasang atap baru (menggantikan atap lama), menutup atap yg
bocor: Kamal telah ~ bahagian-bahagian atap yg bocor dgn daun
pisang atau dgn upih pinang; 3. = menyisipi menyirat (jala, jaring,
dll): sentiasa baldu itu disisipnya; 4. = menyisipi (Lin) membubuh
sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata-kata: perkataan “gilang” apabila
disisipi dgn “em” menjadi “gemilang”; 5. = menyisipi menukar
tanaman yg mati (yg kurang baik) dgn tanaman yg elok dan lebih
segar: ~ padi;
menyisipkan, mempersisipkan 1. memasukkan di antara dua
benda (di celah-celah, di sela-sela), menyelitkan: bunga itu
disisipkannya ke lubang kancing baju tentang dadanya; pura ialah
sj pundi-pundi tempat menyimpan wang yg disisipkan di pinggang;
2. memasukkan (ke dlm cerita, buku, dll), memuatkan: bahagianbahagian
lucu disisipkan di sana sini; 3. menggunakan sesuatu utk
menyisip (atap, jala, dll); 4. (Lin) memasukkan sisipan (em, el, er,
dsb) dlm kata-kata: ~ “em” dlm kata “guruh” menjadi
“gemuruh”;
tersisip 1. sudah disisip, terselit: sebilah keris ~ di pinggangnya; 2.
terkandung (termasuk) dlm;
sisipan 1. sesuatu yg disisipkan; 2. (Lin) imbuhan (el, em, er, dsb)
yg disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok;
kesisipan termasuk (tertikam) sesuatu ke dlm daging, kemasukan;
penyisipan (Lin) perihal membubuh sisipan pd kata-kata pokok;
penyisip alat utk menyisipkan sesuatu: proses ini memerlukan ~ utk
menegangkan anyaman.
sisir I 1. alat utk mengemaskan rambut, sikat; 2. alat utk menggemburkan
dan membersihkan tanah, pencakar, penggaruk, sikat; 3. tangkai
atau gugus pisang (sebahagian drpd tandan), sikat; 4. sikat pd alat
tenun, suri; 5. injap (pd pintu lukah, bubu, dll) utk menahan ikan
keluar; ~ insang bahagian insang ikan yg berupa spt sikat (utk
menyekat air, kumin-kumin makanan drpd terkeluar); spt gerup dgn
~ prb perihal dua orang yg sangat mesra pergaulannya (tidak boleh
diceraikan);
bersisir 1. memakai sisir, bersikat; 2. (sudah) disisir, bersikat:
pakaiannya selekeh, rambutnya tidak ~; 3. sedang menyikat
rambut;
menyisir 1. menyikat (rambut): ia memakai baju, ~ rambutnya,
dan duduk menghadapi hidangan itu; 2. membersihkan (tanah) dgn
sisir, menggaru, menyikat (tanah): tanah bendang yg berselut itu
akan disisir pula; 3. memotong daun kelapa dr pelepahnya.
sisir II; menyisir berjalan atau lalu di tepi (sesuatu), menyusur (pantai
dll): kami mengambil masa lebih kurang sejam ~ sungai, baru
sampai ke tempat yg ditujui; ~ pantai menyusur pantai;
persisiran daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai:
kawasan ~.
sisir III Mn; kesisiran termasuk duri dll dlm daging, kesisipan; terbuang
~ berasa senang atau lega.
sista (Ubat) ketumbuhan di dlm tubuh atau di bawah kulit yg mengandungi
cecair.
sistem 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: menurut ~
tulisan yg dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dgn cara
menggunakan sempang; 2. kumpulan beberapa bahagian (alat dll)
yg sama-sama bekerja utk satu tujuan: ~ penghadaman; ~ saraf; 3.
kumpulan pendapat (prinsip, teori, dll) yg teratur dan tersusun baikbaik
(biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk
melakukan sesuatu: ~ pendidikan; ~ pemerintahan;
bersistem ada sistemnya, menurut sistem, sistematik;
mensistemkan menjadikan bersistem;
pensisteman proses menjadikan bersistem.
sistematik 1. berasaskan atau menurut sistem: ekonomi ialah satu cabang
ilmu pengetahuan yg ~; 2. pengetahuan mengenai sesuatu sistem.
sistematis IB menurut sistem, berasaskan sesuatu sistem, sistematik.
sistina (Bio) asid amino bersulfur yg merupakan komponen kebanyakan
protein.
sistisis (Ubat) radang pd pundi kencing, terutamanya pd perempuan, yg
disebabkan oleh jangkitan.
sistole (sistolé)  (Ubat)  tempoh  pengecutan  jantung  apabila  darah  dipam
keluar ke sistem peredaran darah.
sistrum (Muz) alat muzik Mesir kuno yg dimainkan dgn
menggoncangnya.
sisurut Mn; bersisurut mengundurkan diri, mundur;  surut.
siswa penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi.
siswazah orang yg telah lulus dlm peperiksaan terakhir universiti dll,
orang lulusan universiti;
pensiswazahan perihal (program, proses, usaha dsb) menjadikan
seseorang sbg siswazah atau berkelulusan ijazah: ~ guru besar
boleh meningkatkan tahap profesionalisme dan maruah diri
pentadbir di sekolah rendah.
siswi siswa perempuan.
sit bunyi desit.
sita I ark 1. tuntutan mahkamah; 2. = penyitaan perihal mengambil
(menahan, merampas) barang-barang dll dgn perintah mahkamah
atau oleh polis;
menyita merampas (mengambil, menahan) barang-barang dll dgn
perintah mahkamah atau oleh polis: sekalian barang itu telah disita
dan dijaga baik-baik oleh tentera;
sitaan (barang dll) yg disita;
penyita orang yg tugasnya menyita.
sita II sl putih bersih.
sitak sj pundi-pundi (tempat mengisi barang-barang), sj uncang.
sitar sj alat muzik bertali orang India yg rupa bentuknya seakan-akan gitar
dan dimainkan dgn memetik talinya: alunan lagu drpd petikan ~
dan pukulan gendang amat mengasyikkan penonton.
sitat IB sesuatu yg dikutip (dipetik), kutipan, nukilan.
sitegang; bersitegang = ~ urat leher mempertahankan (sesuatu pendapat
dll) dgn bersungguh-sungguh, tidak mahu mengaku kalah (dlm
pertengkaran dll), berkeras hati: jangan bonda selalu ~ pd adat yg
buruk itu;  tegang.
sitekan ark; bersitekan; ~ lutut menekankan (menopangkan,
menumpukan) tangan di lutut;  tekan.
siti I 1. Ar sebutan kpd wanita yg mulia: S~ Hawa; S~ Fatimah; 2.
sebutan kpd anak-anak perempuan yg tinggi martabatnya: malu
sangat rasanya aku apabila kuingat saudaraku tidak laku kpd
puteri-puteri dan ~-~ di Padang ini.
siti II sj wisel.
siting sj binatang lunak (siput), Placuna sella.
sitir IB ark; menyitir mengutip ayat (kata-kata dll), menyebut atau
menulis kembali kata-kata yg telah disebut (ditulis) oleh orang lain.
sitkom siri komedi televisyen atau radio yg menampilkan sekumpulan
watak yg sama dlm setiap episod, biasanya mempunyai tema dan
jalan cerita yg berkisar pd kisah kehidupan sehari-hari.
sitokar  stoker.
sitokinin (Bio) sekumpulan hormon tumbuhan yg mengawal pembahagian
sel.
sitolisis (Bio) pelarutan sel apabila musnahnya membran sel.
sitologi kajian tentang sel haiwan dan tumbuhan.
sitoplasma (Bio) bahan di dlm sel kecuali nukleus dan dinding sel.
sitrat (Kim) garam asid sitrik.
sitrik berkaitan dgn atau diperoleh drpd buah-buahan sitrus, spt lemon dan
oren: asid ~.
sitrus bkn tumbuhan (pokok dan pokok renek) dlm genus Citrus, spt
pokok limau, oren, lemon, dll.
sitti Ar  siti I.
situ I (kata yg menunjukkan) tempat yg tidak jauh dr orang yg berbicara:
kedai-kedai Cina yg ada dekat-dekat ~ telah menurunkan harga
barang-barang jualan mereka;
di situ 1. di tempat itu: ia duduk dan menyandarkan badannya ~;
2. bp awak, engkau, kamu; 3. pd waktu (ketika, masa) itu;
ke situ ke tempat itu.
situ II (Sunda) ark danau, tasik, telaga.
situasi 1. keadaan, kedudukan, atau suasana sesuatu perkara: besok ~
mungkin semakin buruk; 2. letaknya sesuatu, kedudukan.
siuh sr kata utk menghalau ayam dll.
siuk Mn; menyiuk menyedut atau menarik nafas dgn mulut (kerana
kesakitan, kepedasan, dll);
siapa luka siapa ~, siapa sakit siapa mengaduh = siapa sakit siapa
~ prb siapa yg terasa apabila disindir, maka dialah yg bersalah.
siul I = siulan 1. bunyi (spt bunyi suling) yg dibuat dgn menghembuskan
angin melalui mulut yg disempitkan; 2. bunyi burung, desis ular: aku
terdengar ~ burung dara yg menyanyikan lagu bahagia;
bersiul 1. membuat bunyi (spt bunyi suling) dgn mulut: kemudian
didengarnya bunyi orang ~; 2. berbunyi (burung), mendesit (ular):
unggas-unggas berterbangan dr dahan ke dahan serta ~-siul;
bersiul-siul bersiul berulang kali: kadang-kadang dia ~ kecil; dia
kelihatan gembira sambil ~ menuruni tangga;
menyiulkan bersiul membawakan (menyanyikan dsb) sesuatu lagu:
ia ~ lagu Seri Mersing.
siul II sj burung;
~ bertam, Melanoperdix nigra; ~ bukit, Arborophila torquelo; ~
jambul, Rollulus roulroul.
siuman 1. ingat atau sedar kembali (dr pengsan, mabuk, terperanjat, dll):
dia masih belum ~ drpd terperanjatnya; 2. waras (fikiran, ingatan),
tidak gila: orang yg tidak ~;
kesiuman keadaan siuman;
ketidaksiuman keadaan tidak siuman.
siung I (gigi) taring: gementarlah segala anggotanya melihat ~nya bota
dan raksasa itu;
bersiung bertaring.
siung II seulas atau sebiji (bawang).
siung III bunyi spt bunyi lebah terbang (peluru melayang dll), dengung;
bersiung, bersiung-siung, bersiung-siungan berbunyi siung (spt
lebah terbang dll): di udara ~-siung peluru; peluru ~-siungan,
meriam dan bom tangan berdentuman membelah kesunyian.
siur I; silang-~, simpang-~; silang, simpang.
siur II; berkesiuran bertiup kencang (angin), mendesir.
siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang
menyiuk (kerana kepedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll
disebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api disiram dgn air;
bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana
kepedasan dll);
siutan bunyi siut yg berkali-kali.
siut II Br sj alat utk menangkap udang, ikan, dll.
sivik 1. ilmu tatarakyat; 2. hak, perasaan tanggungjawab, dsb seseorang
terhadap masyarakatnya.
sivil 1. berkaitan dgn orang awam atau orang biasa, berkaitan dgn rakyat
sbg orang perseorangan: para pemimpin autoritarian gemar
mencari alasan utk mengurangkan hak ~ dan politik; pentadbiran
kehakiman ~ yg kita warisi drpd sistem kehakiman Inggeris; 2.
(Udg) berkaitan dgn yg bukan jenayah: mahkamah ~; kes ~.
siwalan Jw lontar.
siya sj bekas yg bertingkat-tingkat tempat menaruh barang-barang
makanan (bekalan dll), mangkuk tingkat, mangkuk tepen.
skabies (skabiés)  (Ubat) penyakit kulit berjangkit yg ditandai rasa gatal
dan kudis, kudis buta.
skala 1. tanda-tanda yg terdapat pd alat pengukur (jangka suhu dsb) utk
menentukan besarnya satuan ukuran: ~ Centigrade; kayu ~ kayu
pembaris; 2. tingkatan (gaji dll); 3. nisbah atau kadar jarak (dlm
peta, pelan, dll) sbg ganti yg sebenarnya: pelan sebuah rumah
dilukis dgn ~ satu sentimeter bagi satu meter;
~ Celsius skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 0)
dan takat didih air (diberi nilai 100); ~ Fahrenheit skala suhu yg
berdasarkan takat beku air (diberi nilai 32) dan takat didih air
(diberi nilai 212); ~ Richter skala yg digunakan utk mengukur
kekuatan gempa bumi, bernilai dr 0 hingga 8 atau lebih;
penskalaan penghasilan skala.
skalogram (Sos) teknik berbentuk jadual tentang hierarki petempatan yg
digunakan dlm analisis.
skalop hiasan berkelok-kelok berbentuk spt kulit kerang pd tepi kain,
langsir, pastri dll.
skalpel sj pisau kecil yg tajam yg digunakan dlm pembedahan.
skandal perkara atau perbuatan keji (malu, aib, hina, dsb yg biasanya
menimbulkan kemarahan orang ramai): ~ itu melibatkan beberapa
orang ternama.
skandium (Kim) sj unsur logam yg lembut dan berwarna perak.
skapula (Bio) tulang belikat.
skarf kain berbentuk segi empat, segi tiga, atau panjang yg dipakai di
kepala (sbg tudung) atau pd leher atau bahu sbg perhiasan dll.
skarlatina (Ubat) demam merah.
skema (skéma)  rajah  (rancangan dsb) yg perlu diikuti, rancangan atau
garis-garis yg teratur: ~ tatacara pembentukan istilah.
skeptikal (sképtikal) waswas, kurang percaya, ragu-ragu.
skeptis (sképtis)  IB  berasa  waswas,  kurang  percaya,  ragu-ragu:
penderitaan dan pengalaman menjadikan orang bersifat sinis dan
~.
skeptisisme (sképtisisme)  keraguan,  kesangsian:  apakah darjah ~ yg
sesuai dlm pemeriksaan data selanjutnya?
sketsa (skétsa)  1. lukisan yg dibuat secara kasar dan cepat, lakaran; 2.
karangan atau lakonan pendek yg menggelikan hati.
ski papan peluncur di atas salji, papan tongkah;
berski bermain ski.
skil bp kemahiran (dlm sesuatu bidang pekerjaan): pekerjaan itu
memerlukan ~ yg khusus.
skim rancangan; ~ cepat kaya skim pelaburan yg kononnya boleh
memberikan pulangan (keuntungan) yg segera dan sangat lumayan.
skion (Bio) tunas pokok yg dipotong utk dicantumkan dgn pokok yg lain.
skirt sj pakaian luar perempuan (cara Barat) yg dilekatkan di pinggang
dan labuhnya berbeza-beza, rok;
berskirt memakai skirt: semalam gadis itu kelihatan ~ biru.
skirting 1. bp kambi; 2. (ERT) fabrik utk hiasan pd tepi keliling meja,
pentas dsb yg biasanya berlisu.
skizofrenia (skizofrénia)  (Psi)  penyakit  jiwa  yg  dicirikan  dgn  fikiran  yg
bercelaru, halusinasi, pemencilan diri, dan emosi yg tidak stabil.
skizoid (Psi) mengalami atau menghidapi skizofrenia.
sklerenkima (sklerénkima) (Bio) tisu tumbuhan yg mempunyai dinding
sel yg tebal utk memberikan sokongan pd bahagian-bahagian
tumbuhan.
sklerosis (sklérosis)  (Ubat)  keadaan  apabila  organ,  tisu,  salur  darah dsb
menjadi keras.
skon sj roti kecil yg dibuat drpd tepung gandum, lemak dan susu, biasanya
disapu dgn mentega.
skop I IB penyodok tanah (pasir dll) drpd besi yg bergandar panjang.
skop II bidang yg diliputi, ruang liputan, ruang lingkup,: prakata
mengandungi penerangan tentang tujuan buku itu ditulis, ~
kandungan buku, dan sejarah penulisan buku itu.
skor (mata, gol, jaringan, dsb) jumlah angka kemenangan dlm perlawanan.
Skorpio lambang kelapan dlm zodiak, yg berlambangkan kala.
skors IB; diskors 1. dihentikan utk sementara sahaja (mesyuarat,
perjumpaan, dll); 2. digantung (jawatan, pangkat, dll) utk
sementara.
skrabel sj permainan utk membentuk perkataan drpd huruf-huruf yg
berasingan.
skrin 1. sekat (tabir dll); 2. permukaan yg rata berupa kaca dsb (pd
televisyen, monitor komputer dsb) tempat memaparkan gambar,
teks, grafik dsb.
skrip I cerita dll yg bertulis (bertaip dsb); ~ filem skrip yg disediakan utk
sesebuah filem, termasuk arahan kerja kamera dsb, lakon layar;
penskripan hal (proses) penulisan skrip: memanglah drama
Melayu sebelum ini tidak ada tradisi ~.
skrip II sijil sementara (dlm urusan saham) yg membolehkan pemiliknya
menukarkannya menjadi wang atau sijil saham biasa.
skriptorium bilik utk menulis atau menyalin manuskrip.
skrol gulungan kertas, kertas kulit dsb yg di atasnya tertera tulisan,
lukisan dsb.
skrotum (Bio) kantung buah zakar.
skru sj pasak atau paku besi yg berbenang atau beralur badannya (yg
diputar utk memasang); ~ gila skru yg tidak sekata benangnya
(alurnya);
menskru 1. memasang skru; 2. membuat benang atau alur pd
batang besi supaya menjadi skru, membuat skru;
menskrukan memasang (melekatkan dll) sesuatu dgn skru;
penskru alat utk membuat (membenang) skru.
skuad 1. suatu kumpulan orang yg bekerja (melakukan sesuatu) sbg suatu
pasukan: ~ bola sepak Malaysia; 2. suatu pasukan kecil polis
(tentera) yg bertanggungjawab menjalankan tugas khas: S~ Polis
Khas; ~ penembak sekumpulan askar yg ditugaskan utk menembak
seseorang yg dijatuhi hukuman mati.
skuadron 1. unit tentera udara yg terdiri drpd 10 hingga 18 buah pesawat
terbang; 2. pasukan tentera darat yg terdiri drpd lebih kurang 100
orang anggota, merupakan sebahagian drpd rejimen, dan biasanya
dibahagikan kpd tiga trup; 3. unit tentera laut yg terdiri drpd dua
buah kapal atau lebih yg sama jenisnya.
skuasy I sj permainan memukul bola ke dinding dgn raket (dimainkan di
dlm gelanggang yg berdinding).
skuasy II minuman yg diperbuat drpd jus buah-buahan yg ditambah air
atau gula: ~ oren; ~ lemon.
skuba alat yg terdiri drpd set pernafasan dan silinder udara mampat, yg
digunakan oleh penyelam utk membantunya bernafas semasa berada
di bawah permukaan air (laut dsb).
skuner sj kapal layar yg bertiang dua.
skup I bp pencedok.
skup II berita penting atau eksklusif yg diterbitkan atau disiarkan lebih
awal oleh sesebuah akhbar atau televisyen sebelum disiarkan oleh
mana-mana akhbar atau televisyen lain.
skurvi (Ubat) penyakit yg disebabkan oleh kekurangan vitamin C dlm
makanan (ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, perdarahan di
bawah kulit, dll).
skuter sj kenderaan spt motosikal (yg rodanya lebih kecil).
slaid 1. kepingan kaca yg kecil utk memeriksa spesimen di bawah
mikroskop, sisip kaca; 2. gambar pd kepingan seluloid yg lut sinar
(ditayangkan pd skrin atau layar).
slalom 1. perlumbaan ski yg melalui laluan yg bengkang-bengkok serta
pelbagai halangan yg sukar; 2. perlumbaan yg serupa, mis dgn
menaiki kayak.
slander (Udg) kenyataan secara lisan yg tidak benar, biasanya bertujuan
utk memburuk-burukkan atau merosakkan nama baik seseorang.
slang IB pembuluh yg diperbuat drpd getah.
slanga kata-kata (ungkapan dsb) yg tidak tergolong dlm bahasa baku
(biasa digunakan dlm percakapan tidak rasmi).
slek (slék)  seluar  panjang  kasual  yg  dipakai  oleh  orang  lelaki  dan
perempuan.
slendro (sléndro) nada muzik gamelan Jawa.
slip kepingan kertas yg kecil panjang: elakkan menampal ~ pindaan pd
manuskrip; ~ gaji; ~ gaji kertas yg mengandungi butiran gaji
bulanan, termasuk elaun, potongan gaji dsb.
slogan kata-kata keramat yg dijadikan pegangan (panduan, dll) sesuatu
organisasi (kempen dsb), cogan kata, kata semboyan: beramairamailah
mereka tumpang sama meneriakkan ~, meneriakkan
merdeka;
berslogankan menggunakan (sesuatu) sbg slogan: pertubuhan itu
~‘Seni Untuk Seni’.
slot ruang waktu yg diperuntukkan oleh media massa untuk membolehkan
sesuatu maklumat (berita, dll) disiarkan: ~ berita telah
diperkenalkan oleh TV3 sejak tarikh penubuhannya.
Sm simbol kimia bagi samarium.
SM kep SebelumMasihi.
SMA Id kep Sekolah Menengah Atas.
SMK kep Seri Mahkota Kelantan (pingat yg dianugerahkan oleh Sultan
Kelantan kpd rakyat yg berjasa kpd negeri).
smalt kaca yg diwarnai biru dgn kobalt oksida.
SMN kep Seri Maharaja Mangku Negara (pingat kelas satu dlm Darjah
Yang Mulia Pangkuan Negara, pemegangnya bergelar Tun dan
isterinya Toh Puan).
SMS kep short message service (khidmat pesanan ringkas, iaitu khidmat
yg membolehkan teks ringkas dsb dihantar dan diterima dgn
menggunakan telefon bimbit, komputer peribadi dsb).
SmSa kep Sarjana Muda Sastera.
SmSn kep Sarjana Muda Sains.
smokel Id, bp pemasukan barang-barang secara gelap, penyeludupan;
dismokel diseludupkan (barang-barang).
smoking sj perhiasan pd pakaian dgn mengedutkan kain (dan dimatikan
kedut itu dgn jahitan).
SMP Id kep Sekolah Menengah Pertama.
Sn simbol kimia bagi stanum.
snek (snék) makanan ringan (yg selalunya dimakan dlm masa yg singkat).
snekbar (snékbar) tempat menjual makanan ringan.
snorkel alat yg terdiri drpd gogal, penutup hidung dan tiub yg hujungnya
dimasukkan ke dlm mulut dan menganjur ke atas permukaan air utk
membolehkan perenang bernafas ketika mukanya menangkup di
dlm air;
bersnorkel berenang(-renang) dgn memakai snorkel: saya dan
rakan-rakan dibawa ~ utk melihat keindahan batu karang di
perairan pulau itu.
snuker sj permainan yg pemain-pemainnya bergilir-gilir memukul bolabola
berwarna di atas meja utk dimasukkan ke dlm lubang pd
penjuru meja.
soak bp tidak kuat lagi, lemah.
soal 1. soalan: ~ semacam itu tidak perlu dijawab; 2. hal atau perkara (yg
sulit atau rumit), masalah: ~ wang perlu difikirkan sedalamdalamnya;
~ tarian dan pelajaran mendapat tempat istimewa dlm
perbualan kami;
~ pokok hal (perkara) yg penting atau utama; ~ selidik sejumlah
soalan yg dikemukakan secara berterusan dlm borang tertentu utk
dijawab oleh sebilangan orang dlm usaha mencari dan
mengumpulkan maklumat tertentu;
bersoal mengemukakan soal, bertanya;
menyoal mengemukakan pertanyaan, memberi soalan, menanya:
Siti ~ lagi apabila didapatinya soalan tadi tidak mendapat
jawaban; ~ balas menyoal seseorang yg memberi keterangan utk
sesuatu pihak (pihak lawan dll) utk memastikan kesahihan
keterangan yg diberikannya;
menyoalkan menanyakan sesuatu kpd;
mempersoalkan mengemukakan sesuatu sbg soal, menjadikan soal,
membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula
~ mutu hasil-hasil sastera sekarang;
soalan sesuatu yg ditanyakan (dlm peperiksaan dll), pertanyaan:
jawab lima drpd tujuh soalan yg di bawah ini; ~ bocor soalan
(peperiksaan, ujian dsb) yg sudah diketahui sebelum peperiksaan,
ujian dsb dijalankan: mereka mendapat ~ bocor SPM drpd pemuda
itu; ~ ramalan soalan yg diramalkan akan keluar atau ditanyakan
dlm peperiksaan, ujian dsb: dlm saat-saat akhir ini, Siti mahu
memberi perhatian kpd ~ ramalan serta tip yg diberi oleh guru.
persoalan 1. sesuatu yg dipersoalkan, masalah: semakin hari ~
wanita semakin menjadi bertambah menarik; 2. pembicaraan,
perbahasan, perbincangan;
penyoalan perihal atau perbuatan menyoal atau menyoalkan:
cerpen ini berakhir dgn ~ terhadap dirinya;
penyoal orang yg menyoal atau mengemukakan soalan: soalan yg
dikemukakan oleh ~ itu sukar difahami oleh responden.
soal jawab 1. tanya jawab (dlm surat khabar, majalah, dll); 2. perbahasan,
perdebatan; 3. temu ramah, temu bual, wawancara; 4. temuduga;
bersoal jawab bertanya jawab, berbahas, bertengkar.
soal siasat kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll utk
mendapatkan maklumat;
menyoal siasat menyoal dlm usaha menyiasat sesuatu;
penyoal siasat orang yg menyoal siasat.
soang Jk angsa.
sobai Pr tidak kemas (pakaian), serbah-serbih.
sobat bp sahabat (yg rapat), kawan, teman;
bersobat bersahabat, berkawan;
menyobat, menyobati 1. menjadikan sahabat yg baik; 2. ki
mengambil hati orang;
persobatan perihal bersobat, persahabatan.
sobek (sobék) I koyak (pakaian dll), cabik, carik, robek: kemejanya telah
~;
menyobek mengoyakkan (pakaian, kertas, dll), mencabik, merobek:
cepat-cepat sampul surat tadi disobeknya dan kandungannya
dikeluarkannya;
sobekan sesuatu yg disobek, cabikan, carikan: ~ drpd sebuah buku.
sobek (sobék) II Kl; menyobek mengukir.
sobok Mn campuran dua logam dll (yg sama banyaknya);
bersobok, tersobok bertemu (dgn), berjumpa (dgn), bertembung
(dgn): tetapi di tengah laut ~ dgn bala bantuan yg dikirim dr
Acheh; ~ musuh di jalan; serobok.
SOBSI Id akronim bagi Sentral Organisasi Buruh Seluruh Indonesia.
soda 1. pelbagai jenis sebatian natrium (terutamanya karbonat) dlm bentuk
hablur atau serbuk yg digunakan utk masakan atau cucian; ~ abu =
~ basuh (pencuci) natrium karbonat; ~ kapur campuran natrium
hidroksida dgn kalsium hidroksida; ~ kaustik = ~ api natrium
hidroksida; ~ penaik natrium hidrogen karbonat; 2. = air ~ sj
minuman yg berbusa.
sodek (sodék)  Kl  sj  alat  utk  mengaut  nasi  (drpd  kayu dll), senduk; 
sudip I.
sodit (Kim) mineral sekunder yg mengandungi 71% uranium.
sodok I = penyodok alat utk menggali tanah dll, sekop;
menyodok menggali (membalikkan dll) tanah dgn sodok.
sodok II; (main) bola ~ Jk main biliard;
menyodok 1. menolak, menyorong; 2. ki melanggar, merempuh:
motosikalnya ~ buntut lori; 3. menumbuk (di perut), menggocoh; 4.
bk menyetubuhi, mengamput.
sodomi hubungan jenis melalui dubur, terutamanya antara lelaki dgn
lelaki.
sodor I Jk; menyodorkan 1. menyorongkan ke depan, menganjurkan:
ketika aku masuk, ada yg berdiri hendak ~ kerusi, ada yg duduk
sahaja; 2. menghulurkan (tangan dll), mengunjukkan, memberikan:
Kartini ~ tangannya utk berjabatan; ia ~ gelas berisi air limau kpd
temannya; 3. memaksakan, mendesak, menonjol-nonjolkan,
menuntut: kami para pemuda tidak mahu menerima syarat yg
disodorkan oleh Jepun.
sodor II Jw sj tombak panjang.
soek (soék); menyoek, menyoekkan menyobek(kan), mencabik(kan).
sofa sj kerusi panjang yg bertilam empuk dan mempunyai tempat sandar
dan alas lengan.
sofbol sj permainan besbol yg menggunakan bola yg lebih besar dan lebih
lembut.
sofis orang yg bijak menggunakan hujah yg menarik dan meyakinkan
tetapi palsu dgn tujuan utk menipu atau memperdayakan seseorang.
sofisme hujah atau alasan yg nampaknya menarik dan meyakinkan tetapi
sebenarnya palsu, biasanya bertujuan utk menipu atau
memperdayakan seseorang.
sofistikasi sifat dsb yg kompleks dan halus (tidak bersahaja dan
sederhana), kecanggihan: tahap kematangan dan ~ tertinggi yg
pernah dicapai oleh manusia.
sofistikated 1. mempunyai cita rasa (perangai, tingkah laku, pandangan,
dll) yg tinggi dan halus, bersifat kompleks dan halus (tidak
bersahaja dan sederhana), canggih: keadaan kehidupan berubah
dgn cepat dan pengalaman menjadi bertambah kaya, ~, dan
menimbulkan cita-cita dan harapan baru; dia sudah berubah drpd
seorang gadis yg sederhana kpd seorang gadis yg begitu ~ sekali;
2. mempunyai atau menunjukkan ciri-ciri dsb yag kompleks
(moden, rumit, pelbagai, dsb), tidak ringkas atau sederhana,
canggih: puisi Melayu moden mula mempunyai variasi dgn
persoalan yg kompleks dan ~; muzik yg ~; mesin jahit model baru
yg ~.
soga sj tumbuhan (pokok yg kulit batangnya dibuat pencelup batik),
Peltophorum pterocarpum.
sogang Id pagar (yg turusnya dipacak miring), pancang yg dipacak
berderetan dan diberi berpalang (dijadikan pagar).
sogek (sogék) Kd songel drpd tembakau, lebihan cerut.
sogok I Jh kayu panjang di haluan perahu.
sogok II = wang ~ = sogokan wang rasuah (suap); makan ~ ki menerima
rasuah, makan suap;
menyogok 1. merodok (ke dlm), menjolok: ia mengambil gelasnya,
~ mulut kawannya dgn gelas itu; 2. ki memberi rasuah, menyuap;
menyogokkan 1. ki memberi rasuah kpd, menyuapi: mereka
bertindak, tetapi setelah disogokkan beberapa keping kertas
merah, mereka segera diam; 2. menghulurkan, mengunjurkan,
mengunjukkan: tangannya ~ dua cawan berisi arak kpd kami;
sogokkan sebatang rokok kepadanya; 3. ki mengemukakan (utk
diterima, digunakan, dsb), menyorongkan, menonjolkan: sebelum
murid-murid disogokkan dgn bahan-bahan pelajaran yg lebih
formal, beberapa kemahiran persediaan haruslah dikuasainya;
penyogok orang yg memberikan sogokan: ~ juga mesti didakwa di
mahkamah.
soh Pr senyap sunyi.
sohor = kesohor, tersohor bp termasyhur, terkenal: dialah yg paling
kesohor antara mereka;
kesohoran keadaan (sifat) sohor.
soja C tunduk (memberi hormat), membongkok;
tersoja-soja berkali-kali membongkok (utk menghormati),
tertunduk-tunduk.
sojah C soja.
sojar bp askar, serdadu, tentera.
sok IB 1. sarung kaki (panjang), stoking panjang; 2. penyambung paip
(besi).
soka angsoka.
sokah Mn ark suka mengeluarkan wang, boros, pemboros.
sokak sj tumbuhan (pokok), Gnetum gnemon.
soket (sokét) lubang pd sesuatu bahagian alat atau bahagian tubuh tempat
melekat sesuatu: ~ elektrik; ~ mata rongga bertulang yg
mengandungi biji mata.
sokmo Kl, Ph, Tr, bp selalu, sentiasa.
sokoguru Jw 1. tiang tengah (seri); 2. ki turus (negeri).
sokom; bersokom sl dilumur dgn arang (muka), dilumas (dilabur,
diconteng);
menyokom, menyokomkan melumur (melumas, melabur) muka
dgn arang dll.
sokong tiang yg dipasang condong utk menyangga sesuatu (supaya jangan
rebah dll), junjungan, penjalaran (utk tumbuh-tumbuhan spt kacang
panjang dll); ~ membawa rebah prb orang yg dipercayai itu sendiri
yg berkhianat kpd kita;
menyokong 1. menyangga (menopang) sesuatu supaya jangan
rebah atau roboh: beberapa orang ~ dan memapah dia supaya
jangan rebah; 2. menyatakan persetujuan dan memberi perangsang
dgn atau tanpa bantuan kebendaan dll, memberi bantuan (tenaga,
wang, dll), membantu: saya ~ penuh fikiran penulis itu; gerila kami
~ pemberontakan mereka;
sokongan 1. sesuatu yg dijadikan sokong (tiang dll), tunjangan; 2.
perbuatan menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn
atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan (wang dll), pertolongan:
tidak ada sebuah parti politik yg boleh kekal berkuasa tanpa ~
orang Melayu; ~ moral sokongan yg tidak berupa bantuan
kebendaan tetapi yg memberikan perangsang (mengukuhkan
semangat dsb);
penyokong 1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong
(membantu, menolong), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum
orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka.
soksek-soksek (soksék-soksék) bp berbual, merungut, dsb dgn suara
perlahan hingga tidak jelas biji butirnya: biar semuanya berpuas
hati, jangan ada yg ~ di sana sini.
sol IB tapak kasut (selipar dll);
mengesol memasang sol (pd kasut dll).
solak I suka: tuan tak ~, saya tak sudi.
solak II Kl sj makanan (diperbuat drpd kelapa).
solang Mn; menyolang membantah (perintah dll), menyangkal.
solar Id; minyak ~ sj minyak yg pekat (utk enjin diesel).
solarimeter (solariméter)  alat  yg  digunakan  utk  mengukur  sinaran
matahari.
solarium 1. bilik drpd kaca sbg tempat menikmati cahaya matahari,
terutamanya utk tujuan merawat sesuatu penyakit; 2. tempat yg
dilengkapi katil berserta lampu khas utk menjadikan kulit seseorang
berwarna perang.
solat sembahyang (dlm agama Islam).
soldadu serdadu I.
solder (soldér) IB pateri;
menyolder memateri, mematerikan.
soleh (soléh) I Ar taat dan patuh kpd perintah Allah: sbg seorang yg ~,
baginda mempunyai akhlak dan peribadi yg mulia; semoga kita
dikurniai anak-anak yg ~ dan solehah;
kesolehan perihal soleh (ketaatan kpd agama, kesucian hidup).
soleh (soléh) II Pr lemah.
solehah (soléhah) Ar taat dan patuh kpd perintah Allah (digunakan khusus
bagi perempuan): doa saya semoga puan menjadi isteri yg ~; itulah
hasil didikan drpd seorang ibu yg ~.
solek (solék)  1. serba elok (pakaian, hiasan, dll); 2. cara menghias diri
(dlm berbagai-bagai erti): ~nya sederhana sekali; maka dikenakan
~ helang terbang menyongsong angin; alat ~ segala yg digunakan
utk menghias diri (bedak, gincu, celak, dll);
bersolek 1. berhias diri (memakai bedak, mengenakan gincu, dll):
Aida sedang ~ di dlm biliknya; 2. berhias dgn, menggunakan
sesuatu sbg hiasan;
menyolekkan mengenakan alat solek pd seseorang: mereka samasama
mendandan dan ~ model pengantin itu;
solekan hasil bersolek atau menyolekkan: gadis itu mengenakan ~
yg nipis saja;
persolekan perihal bersolek: sudah ramai wanita Melayu yg
mendapat ijazah dlm ilmu ~;
pesolek (orang yg) suka bersolek: dia ~ benar orangnya.
solenoid gulungan dawai tembaga yg menjadi magnet apabila
dihubungkan dgn aliran elektrik.
solider (solidér) IB (perasaan) bersatu atau bersepakat: sbg pemuda tentu
sahaja ~ dgn pemuda-pemuda lainnya;
kesolideran keadaan yg bersatu (bersepakat).
solihin Ar 1. jamak bagi orang yg soleh: tugas berdakwah ini adalah
lanjutan drpd tugas rasul dan nabi, sahabat, aulia dan ~; 2. taat
dan patuh kpd perintah Allah: insya-Allah kita akan tergolong ke
dlm golongan hamba-hamba Allah yg ~.
solilokui (Sas) senandika.
soljar bp askar, tentera, serdadu, sojar.
solipsisme (Sos) teori yg menafikan sebarang pengetahuan kecuali tentang
dirinya sendiri.
solo 1. nyanyian atau lagu muzik yg dinyanyikan (dimainkan) oleh seorang
sahaja; 2. (tugas, persembahan, dsb) dilakukan secara
berseorangan: penerbangan ~; nyanyian ~; 3. sendirian (spt
melakukan sesuatu seorang diri): dia membuat larian ~
meninggalkan lawannya jauh di belakang.
solok I = pesolok, penyolok pemberian atau sumbangan (barang-barang
makanan utk orang yg mengadakan majlis perkahwinan dll).
solok II Mn ark lembah (antara gunung).
solokan bp selokan, parit.
solstis (Geog) waktu (ketika) matahari berada paling jauh ke selatan atau
ke utara dr khatulistiwa;
~ musim panas 21 Jun; ~ musim sejuk 22 Disember.
som IB, bp lipatan pd tepi kain, kelim;
disom dikelim (bkn kain).
sombok Id, bp alat pembesar suara.
sombol; menyombol menyuapkan makanan dgn menjejal-jejal (ke dlm
mulut kanak-kanak).
sombong tinggi hati, angkuh, bongkak, congkak, pongah: hanya orang yg
~ dan bongkak sahaja yg suka berkata begitu; hendak ~ berbini
banyak, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak
memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran;
menyombong berlaku sombong, membesar-besarkan diri: drpd
gayanya yg ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dr kampung
itu;
menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan,
membanggakan: jangan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan
(meninggi-ninggikan) diri;
kesombongan perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~
dan keangkuhanmu pd hari ini;
penyombong orang yg sombong (suka menyombong).
sombrero (sombréro)  sj  topi  lelaki  yg  tepinya  lebar,  seperti  yg  dipakai
oleh orang Mexico.
someng (soméng) ark tidak sedap dilihat (didengar dll), janggal, memberi
malu, menyakiti hati, sumbang.
somet Sr misai.
somnambulis (Ubat) orang yg berjalan semasa dlm keadaan tidur.
somnambulisme (Ubat) perbuatan berjalan semasa dlm keadaan tidur.
sompek (sompék)  sobek tepinya  (pengayuh dll),  sumbing besar: sampan
rempung, kayuhnya ~ ;
tersompek menjadi sompek: ia diuji bagi menjamin ketahanan
drpd ~, tergaris, dan pecah.
sompeng (sompéng) sompek.
somplak Jk sompek.
somplok Jk; tersomplok = ~ dgn = kesomplokan = ~ dgn tiba-tiba
bersua dgn, terjerempak dgn.
sompoh ark; menyompoh menjulang (di atas bahu).
sompok I; tersompok bertemu (berjumpa) dgn tiba-tiba, terjerempak.
sompok II sj tumbuhan (pokok memanjat), Jasminum bifarium.
sompong berlubang (karung, buah kelapa, dll).
sonar sistem atau peranti utk mengesan kedudukan sesuatu sasaran
(objek) di dlm air melalui pantulan gelombang bunyi.
sonata sj muzik instrumental, terutamanya yg digubah utk dimainkan pd
piano (sama ada tanpa alat muzik lain ataupun bersama-sama dgn
satu alat muzik lain spt viola).
sonatina (Muz) sonata pendek atau ringkas.
sondai I Mn miring (tanah, pantai, dll), landai.
sondai II sj tumbuhan (pokok), sondek, Payena leerii.
sondang Mn; menyondang memanggul barang-barang berat, memikul; 
sandang I.
sondek (sondék)  Jk;  mayang ~ sj tumbuhan (pokok), sondai, Payena
leerii.
sonder IB, bp dgn tidak, tanpa: dia pergi ~ memberitahu aku.
sondok Mn rambut di dahi, gombak, jambul, surai (kuda).
sondol; menyondol 1. menolak (merempuh, melanggar dsb) dgn
menundukkan kepala atau dgn muncung (bahagian hadapan sesuatu,
tanduk dsb): lembu itu ~ budak yg sedang bermain-main; tanpa
disengajakan, keretanya telah ~ kereta Adam sehingga kemek
teruk di bahagian belakangnya; 2. menangkis bola dgn kepala,
menanduk bola;
bersondol-sondolan saling menyondol antara satu sama lain;
tersondol menyondol atau disondol dgn tidak sengaja;
sondolan hasil atau gerakan menyondol: dia tidak dapat mengawal
keretanya akibat ~ kereta yg sangat kuat dr belakang.
sondong sj jaring utk menangkap udang;
menyondong mencari (menangkap) udang;
penyondong sj alat utk menyondong udang.
sondor Jk  sodor I.
sonet (sonét) soneta.
soneta (sonéta)  sj  sajak  yg  terdiri  drpd  empat  belas  baris  dan  tiap-tiap
baris pula mengandungi sepuluh suku kata dan mempunyai corak
irama yg sama.
songar Jk sombong, congkak, takbur.
songeh (songéh) bp kehendak yg agak menyusahkan orang lain; banyak ~
banyak kehendak atau ragam yg menyusahkan orang lain.
songel (songél)  gumpalan  tembakau  yg  dikemam dlm mulut, biasanya
tersentil atau digerak-gerakkan di antara bibir atas dgn gusi:
tangannya memainkan ~ tembakau yg tersentil di bibirnya;
menyongel meletakkan atau menggerak-gerakkan songel di antara
bibir atas dgn gusi supaya tersentil: beberapa orang perempuan
sedang duduk-duduk makan sirih dan ~; begitulah kata orang tua
yg asyik ~ itu;
tersongel tersembul sedikit.
songgak Mn tampan, kacak.
songgeng (songgéng) I  sungging I.
songgeng (songgéng)  II 1. tegak dada, terkedik, melentok sedikit ke
belakang (dada); 2. punggung ternaik sedikit ke atas, tonggek.
songket (songkét) = kain ~ kain tenun yg bersulam dgn benang emas atau
benang perak: ibu membelikan ayah ~ berwarna biru;
bersongket 1. bersulam dgn benang emas atau benang perak: kain
~; 2. memakai songket: kedua-dua mempelai itu ~ hijau yg
ditempah khas di Terengganu;
menyongket menyulam dgn benang emas (perak): wanita itu
mewarisi kehandalan menenun, menyulam, ~, menekat dan
mengarang manik.
songkok I sj tutup kepala utk lelaki (biasanya diperbuat drpd baldu),
kopiah.
songkok II sj tumbuhan (pokok), Gnetum gnemon; ~ rimau sj tumbuhan
(pokok), merbatu (layang), sauh hutan, Parinarium corymbosum.
songkong ark bp sokong.
songlap  sulap I.
songong Jk tidak tahu adat.
songor I Pr sombong, bongkak.
songor II Tr kelihatan bodoh, berpura-pura tidak tahu: Ali ~ sahaja, tetapi
di sekolah dia selalu mendapat nombor satu.
songsang I 1. terbalik letaknya atau duduknya (yg di atas menjadi di
bawah, yg di depan menjadi di belakang, dsb), terbalik keadaannya
dsb (yg sepatutnya didahulukan dikemudiankan dsb): kerbau
bertanduk ~; berjalan ~ berjalan di atas tangan (kaki ke atas); letak
~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir
akan dilahirkan); 2. ki berlawanan drpd biasa (bkn ajaran,
kepercayaan, amalan, dsb): ajaran ~; spt aur ditarik ~ prb
pekerjaan atau perkara yg sukar diselesaikan kerana sudah salah
jalan;
menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dll);
menyongsangkan menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di
bawah, yg sepatutnya didahulukan dikemudiankan, dll),
membalikkan, menterbalikkan;
tersongsang terbalik;
songsangan sesuatu yg tersongsang, kebalikan;
kesongsangan keadaan yg terbalik drpd kebiasaan: selama ini telah
wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air;
penyongsangan perihal (perbuatan dsb) menyongsangkan;
penyongsang alat yg menyongsangkan arus terus kpd arus ulangalik.
songsang II; kembang ~ Id sj tumbuhan (herba), Gloriosa superba.
songsering Pl selesema, lemas hidung.
songsong I berlawanan (bertentangan) arah; ~ arus belayar bertentangan
dgn arah arus;
bersongsong berjalan (dll) bertentangan arah, bertembung di jalan
(tetapi berlainan arah), berpapasan dgn: pemandu kereta dan
penunggang basikal itu ~ di jalan;
menyongsong 1. menempuh sesuatu yg bertentangan arahnya
(ketika belayar menentang arus air dll): pelayarannya tiada berapa
laju sebab ~ angin barat; menyeberang lautan ~ gelombang; 2.
menyambut kedatangan orang (tetamu dll), mengalu-alukan: budakbudak
berkejaran ke pintu jalan ~ bapanya balik dr kerja; 3.
melawan (utk membasmi), menentang; 4. menyambut (hari jadi, hari
raya, dll) dgn perayaan; 5. membayar ganti rugi, menyilih; 6.
memenuhi (harapan dll); 7. mengembalikan wang yg berlebih; 8.
pergi (ke), datang: tak malukah abang ~ ke tempat yg lengang sepi
ini?
songsong II; ~ arus sj ikan laut, betung, selar papan, Caranax malam.
songsong III; ~ arus sj siput.
songsong IV Jw payung kebesaran.
sono I Jk sana.
sono II Jw ark tempat (dlm kata majmuk).
sonometer (sonométer) sj alat utk menyukat tegasan batuan.
sonor I Id merdu (bunyi), nyaring.
sonor II 1. sj ikan laut, Saurus myops; 2. sj ikan laut, Saurida tumbil.
sontak I Jk serpih tepinya (pinggan mangkuk dll), sompek, sumbing.
sontak II; mendadak ~ dgn tiba-tiba, dgn sekonyong-konyong.
sontek (sonték); menyontek melanggar, meninju, menolak, menyorong.
sontok I Mn pendek, singkat; ~ akal (fikiran) picik akal; suntuk.
sontok II Jw ark; menyontok menumbuk, meninju.
sontoloyo Id, bp kata utk menyatakan sesuatu tidak baik (buruk, tolol, dll).
sooh Kl panas badan (kerana memakai pakaian tebal dll).
sopak sj penyakit kulit (berbelang-belang putih pd tangan atau kaki).
sopan 1. hormat (segan, takzim) dgn tatatertib: jangan kurang ~ di
hadapannya; 2. baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab:
suaranya lembut dan ~; kau memang kasar dan tidak ~; 3. baik
perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur): perempuan
hendaklah sepanjang masa ~ dr segenap segi; 4. sl berasa segan
(takut, gentar, ngeri) akan: tiada hamba peduli dan ~ akan raksasa
itu; bukanlah Raja itu besar namanya dan segala seteru pun tiada
~ akan dia;
bersopan berbudi bahasa, beradab: orang kampung memang ~ kpd
orang luar;
menyopani 1. berlaku sopan terhadap, menghormati; 2. =
mengesopani sl berasa takut (gentar, segan) akan: tiada siapa yg
dikesopaninya dan dibilangkannya hanya Belia Raja;
menyopankan mendidik (mengajar, mengasuh, dll) supaya menjadi
sopan, mengadabkan;
kesopanan 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar
yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun,
tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah
melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban;
ketaksopanan keadaan tidak sopan: nilai-nilai ~.
sopan santun 1. sikap lemah lembut, baik budi pekerti, beradab, hormat
dsb: ia menjadi bertambah indah apabila dikaitkan dgn kehalusan
dan ~ wanita; jaga ~ anda ketika menghadiri temu duga; 2. adat
istiadat yg baik, tatasusila: takkanlah dia tidak mengetahui ~
kehidupan orang Islam;
bersopan santun mempunyai atau menunjukkan sopan santun,
berkelakuan sopan: orangnya kecil molek dan ~; sejak kecil lagi,
anak-anak harus diajar ~ dan berdisplin;
kesopansantunan hal yg berkaitan dgn sikap (sifat, tutur kata,
tingkah laku dsb) yg bersopan santun: terselit nilai keislaman dan ~
dlm berbahasa dan juga dlm penyelesaian masalah.
sopeng (sopéng) Kl sumbing.
sopi Id sj minuman keras; ~ manis sj minuman keras yg harum dan manis.
soprano (Muz) nada suara perempuan atau kanak-kanak yg tertinggi (dlm
nyanyian).
sora bp suara.
sorai; sorak-~;  sorak I.
sorak I = ~-sorai bunyi teriak dan pekik orang ramai (kerana gembira,
mengejek, dll): gemuruh bunyi tempik ~ segala hulubalang; di
sekeliling terdengar bunyi petasan berletusan disela oleh ~ kawankawanku
kerana kegirangan;
biarlah alah sabung, menang ~ prb biarlah harta habis asal hati
puas; dulu ~ kemudian tohok prb menggembar-gemburkan sesuatu
pekerjaan yg belum pasti (terjadi, terbukti);
bersorak = ~-sorai berteriak-teriak (kerana bersuka-suka,
bergembira, dll): semuanya ~ ria; ramai orang yg ~ dgn gegakgempita;
menyoraki bersorak kpd (utk memberangsang, mengejek, dll),
bersorak-sorak akan: dr kanan dan kiri, teman-temannya ~
keburukan emaknya;
menyorakkan meneriakkan atau menyerukan dgn suara yg nyaring
(kerana kesukaan, mengejek, dll): orang ramai ~ setuju;
sorakan teriakan yg nyaring, sorak: ~ mereka masih berlanjutlanjut;
penyorak orang yg menyoraki (dlm sesuatu pertandingan,
permainan, dll).
sorak II Kl laci meja.
sorang bp seorang.
sordel (sordél)  solder.
sore (soré) Id petang: pd suatu ~, aku bersiar-siar naik sepeda; ~nya (pd
sebelah) petangnya.
sorek (sorék) sj buluh (boleh dibuat tali).
soren (sorén)  I; disoren, tersoren disisip atau tersisip (keris dll di
pinggang).
soren (sorén) II Id tanah yg terjadi drpd daun-daunan yg lama terpendam,
humus.
sorga  syurga.
sorjan; baju ~ sj potongan baju lelaki.
sorogan Jw; durian ~ buah durian yg dijolok (bukan yg gugur kerana
masak).
sorok I; menyorok 1. masuk ke dlm sesuatu dgn merangkak
(membongkok), menyusup atau menyeluduk dgn membongkok; 2.
ki menyembunyikan diri, bersembunyi;
~ di balik lumbung prb menyembunyikan sesuatu hal yg mudah atau
sudah diketahui orang; ~ hilang-hilang, memakan habis-habis prb
jika mengerjakan sesuatu pekerjaan rahsia hendaklah pandai-pandai
benar menyimpannya; sementara ~, ekor habis prb perihal
seseorang yg malang nasibnya;
menyoroki menyusup (menyeluduk) ke, menyorok ke;
menyorokkan 1. memasukkan ke bawah (ke dlm, ke belakang)
sesuatu, menyusupkan (menyeludukkan): ia masih lagi ~ mukanya
di bawah bantal; 2. ki menyimpan (menutup dll) supaya tidak
kelihatan, menyembunyikan: tak usahlah engkau ~ perkara yg
seharusnya ibu tahu itu;
tersorok 1. tersembunyi: buku itu kuletakkan di atas rak kopiah ~
ke sebelah dalam; 2. ki jauh dr yg lain, terpencil: tentera Jepun dan
Siam selalu sahaja sampai ke kampung yg ~ spt Kampung Sulung
itu;
sorokan 1. sesuatu yg disembunyikan atau disorokkan; 2. tempat
bersembunyi (menyembunyikan), persembunyian;
sorok-sorokan, bersorok-sorokan bermain sembunyi, bermain
cari-carian.
sorok II ark; pintu ~ pintu sorong.
sorok III; menyorok Kd bersarapan.
sorong 1. = sorongan gerakan (bergeser) ke hadapan; kotak ~ (sorongsorong,
sorongan) laci meja; 2. tolak (ke hadapan), dorong: maka
disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn
dayung, melais; air ~ buih air pasang turun; angin ~ buritan angin
yg bertiup dr belakang perahu; kereta ~ kereta yg beroda dan
ditolak dr belakang; 3. rasuah, sogok; kena ~ menerima rasuah;
tahan jerat ~ kepala prb hendak mencelakakan orang, tetapi diri
sendiri yg mendapat celaka;
menyorong, menyorongkan 1. menolak (menolakkan) ke hadapan,
mendorong: terdengar kerusi disorong tarik; maka disuruh
baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn dayung,
melais; 2. memberikan, mengunjukkan, menghulurkan: Wan Derus
mengajak gurunya duduk sambil ~ tepak sirih; ~ tangan
menghulurkan; 3. memberi rasuah, menyogok: segala saudagar itu
~ , ada yg seratus, ada yg dua ratus; 4. mengajak, mempelawa,
menganjurkan: ~ damai; 5. memberikan dgn paksa, memaksamaksakan,
menyodorkan; 6. bk menyetubuhi; 7. mulai (pasang atau
surut): air telah mulai ~ pasang;
tersorong 1. dapat disorong, terdorong, tertolak: maka disuruh
baginda sorong, empat lima puluh orang tiada ~; 2. Mn terlanjur
atau terlepas (kata dll); bajak sudah ~ ke bencah prb sudah tidak
dapat ditarik kembali;
tersorong-sorong tersua-sua, terdorong-dorong, tersodor-sodor
(diri dll); hidung tak mancung pipi ~ prb a) suka ikut campur dlm
urusan orang lain; b) suka menonjol-nonjolkan diri;
sorongan 1. dorongan, tolakan: di satu selekoh, ia terpaksa
melambatkan ~ basikalnya; 2. yg disorong (disorongkan); 3.
pemberian, hadiah: pengemis itu menyambut ~ itu dgn penuh
syukur.
sorot cahaya, seri, sinar: sebentar-sebentar cincinnya berkilat-kilat kena
~ matahari; gambar ~ Id a) gambar hidup; b) projektor (gambar
sisip dll);
menyorot 1. memancar (cahaya, sinar), bercahaya, bersinar: nyala
lampu minyak ~ keluar; matahari masih condong ~ dr belakang
daun-daun kelapa yg mengilap-ngilap hijau; 2. = menyoroti
memancarkan cahaya pd, menerangi (dgn cahaya), menyuluhi:
biliknya hanya disoroti dgn lampu minyak yg samar-samar; 3. =
menyoroti memandang dgn tajam: dia ~ muka anak muda itu; 4. ki
menghuraikan atau membicarakan (peristiwa, pendapat, dll) dgn
teliti: beliau telah ~ kembali sejarah kemasukan Islam ke tanah air
kita ini; akan tetapi ada bahagiannya Kassim Ahmad ~ aspek isi
dan bentuk karya-karya tertentu;
sorotan 1. pancaran cahaya, sinaran: ~ lampu kereta menyilaukan
mata mereka; 2. ki huraian (sesuatu perkara), pembicaraan: ia cuba
membuat analisa atau ~ cerpen itu;
penyorotan perihal (perbuatan) menyorot: ini disebabkan Zaid
menyorot secara kritikal terhadap protagonisnya seperti mana yg
lazim kita dapati dr ~ hikayat-hikayat lama terhadap tokoh
utamanya;
penyorot; lampu ~ a) lampu picit; b) lampu cari.
sorti penerbangan yg dilakukan oleh pesawat udara tentera utk misi
tertentu.
sortir IB; tukang ~ orang yg memilih;
menyortir memilih, mengasing-asingkan (dlm kelompok, jenis, dll).
soru bp makan.
sos bahan (cair atau pekat) utk menyedapkan makanan: ~ tomato.
SOS kep save our souls, iaitu isyarat kecemasan yg dihantar dr kapal,
kapal terbang dsb yg sedang menghadapi bahaya melalui radio dsb
utk meminta pertolongan segera: kapal itu sempat menghantar ~
kpd pusat kawalan pantai sebelum tenggelam.
soseh-soseh (soséh-soséh) bp bunyi percakapan yg tidak jelas kedengaran
(bisikan dll).
sosej (soséj)  sj makanan drpd daging kisar yg diisi dlm usus atau sarung
tiruan.
sosial 1. segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat,
kemasyarakatan: kedudukan ekonomi dan ~nya pd masa ini belum
begitu kuat; 2. berkaitan dgn persahabatan, pergaulan, dan aktiviti
masa lapang: kelab ~; aktiviti ~; 3. suka bergaul dan bermesra:
gadis yg ~; 4. bkn hal-hal kemasyarakatan: pemimpin yg ~;
perjumpaan ~ keramaian;
~ demokrasi faham atau ajaran yg bertujuan membangunkan
masyarakat secara damai utk mencapai masyarakat sosialis; ~
demokrat penganut atau penganjur faham sosial demokrasi;
bersosial bercampur gaul (biasanya dimaksudkan antara lelaki dgn
perempuan): pemuda pemudi yg pandai ~ dan menyesuaikan diri
dgn kehendak-kehendak zaman;
kesosialan perihal sosial: kerana perasaan ~nya, beliau selalu
disukai orang dlm pergaulan.
sosialis 1. orang yg menyokong sosialisme; 2. berkaitan dgn sosialisme.
sosialisasi 1. IB usaha utk memindahkan hak milik seseorang menjadi
milik negara (umum); 2. perihal (perbuatan) bergaul dan bermesra
(antara satu sama lain), pergaulan: Tunstall telah menekankan
pentingnya kajian media massa dlm konteks kehidupan dan proses
~ sesuatu masyarakat; ~ yg dialami para siswa berjalan tanpa
sekatan, apalagi mereka jauh dr perhatian ibu bapa; 3. proses
mendidik seseorang utk menyesuaikan diri dgn suasana (sikap, nilai
dsb) yg dapat diterima dlm masyarakat: anak-anak hari ini mudah
terdedah kpd pelbagai agen ~ bukan sahaja drpd ibu bapa; ~
manusia berlaku melalui pendidikan formal dan tidak formal sejak
kecil hingga sepanjang hayat;
bersosialisasi melakukan sosialisasi: antara tujuan menghantar
anak ke tadika adalah utk mengajarnya ~;
mensosialisasikan 1. IB menjadikan milik negara,
memiliknegarakan; 2. mendidik seseorang utk menyesuaikan diri
dgn suasana (sikap, nilai dsb) yg dapat diterima dlm masyarakat:
komunikasi memainkan peranan yg penting dlm ~ ahli-ahli
masyarakat; terdapat beberapa faktor yg mempengaruhi cara ibu
bapa ~ anak-anak mereka.
sosialisme teori atau sistem organisasi sosial yg menganjurkan supaya
sumber-sumber kekayaan spt pengeluaran, tanah, modal, dsb
dijadikan milik negara utk dinikmati oleh setiap rakyat dgn sama
rata.
sosialit orang yg terkenal dlm golongan orang ternama atau masyarakat
golongan atasan.
sosiawan Id orang yg bekerja utk kepentingan masyarakat.
sosio- awalan asing berkaitan dgn faktor sosial (kemasyarakatan), mis
sosioekonomi dan sosiopolitik.
sosiobiologi kajian tentang aspek tingkah laku sosial manusia atau haiwan
dr segi biologi.
sosiobudaya hubungan masyarakat dgn budaya (spt cara hidup, adat
istiadat, dll): Malaysia mengalami perkembangan pesat dlm ~,
ekonomi, dsb.
sosiodrama drama yg memaparkan pelbagai masalah sosial dan politik yg
berlaku dlm masyarakat.
sosioekonomi (sosioékonomi) berkaitan dgn, melibatkan unsur-unsur atau
faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi: kajian-kajian ~.
sosiolek (sosiolék) (Lin) dialek sosial.
sosiolinguistik kajian bahasa dlm hubungannya dgn struktur dan sikap
masyarakat.
sosiologi kajian tentang perkembangan, organisasi, kehidupan, dsb
masyarakat manusia.
sosiologis IB mengenai sosiologi.
sosiometri (sosiométri)  kaedah  penelitian  yg  umumnya  bertujuan  utk
meneliti hubungan sosial dan psikologi antara individu di dlm
sesuatu kelompok.
sosiopolitik berkaitan dgn atau melibatkan faktor-faktor kemasyarakatan
dan politik.
sositet (sositét) IB, bp rumah (balai) tempat bersenang-senang.
sosoh I; menyosoh memutihkan atau membersihkan beras dll dgn
menumbuknya perlahan-lahan, menceruh;
penyosohan 1. perbuatan menyosoh (beras dll); 2. mesin utk
memutihkan (menceruh) beras; 3. tempat menyosoh beras.
sosoh II Mn; bersosoh = berperang ~ = perang ~ berperang serangmenyerang
(langgar-melanggar) dgn hebatnya;
menyosoh 1. menyerang atau melanggar serentak (bersama-sama);
2. melakukan sesuatu dgn banyak (berlebih-lebih); ~ makan makan
dgn banyak.
sosok I lubang (pd jerat dll), lubang butang baju.
sosok II Mn yg akan dijadikan (negeri, ladang, dll), bakal, permulaan;
bersosok beransur-ansur mula;
menyosok memulai mengerjakan (melakukan) sesuatu; ~ negeri
memulai membuka negeri.
soto sj makanan spt sup yg dicampur dgn daging ayam bersama nasi
himpit (mi, tauge, dll) .
sotong = ikan ~ sj ikan gurita (ikan tinta, cumi-cumi);
~ gurita sj sotong, Octopus spp.; ~ katak sj sotong, Sepia spp.; ~
mengabang, Sepioteuthis lessoniana; ~ kering a) sotong yg
dikeringkan; b) ki orang yg kurus benar; c) ki orang yg penakut,
pengecut.
sotor ark langit-langit, loteng.
sowan soang.
sowang  soang.
sowek (sowék)  sobek I.
soya; kacang ~ sj tumbuhan (herba yg buahnya boleh dimakan), Glycine
soja.
soyak koyak, cabik, sobek;
menyoyak, menyoyak-nyoyak mengoyak, menyobek, mencabikcabik:
disoyaknya kain songkok itu sebelah dalam.
soyok ruang tambahan yg berbumbung, bertiang, ada kalanya berdinding,
biasanya tidak berlantai, dan bersambung dgn rumah ibu, sama ada
di depan, di rusuk atau di belakang.
SP kep Seri Paduka.
spa 1. tempat atau kolam mata air mineral yg mengandungi khasiat ubatubatan
yg baik utk kesihatan: konsep penjagaan kesihatan dan ~
semakin popular dan membudaya di kalangan golongan korporat;
2. tempat yg menawarkan rawatan kesihatan dan kecantikan dgn
cara mandi wap, khidmat urut dsb; 3. jakuzi.
SPA kep Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
spageti (spagéti) sj makanan spt mi yg berasal dr Itali.
span 1. sj binatang laut yg tubuh badannya berliang-liang (ringan dan
mudah menyerap air); 2. benda yg berliang-liang halus (drpd getah
dll) yg boleh menyerap air atau benda cair dan digunakan utk
mencuci dsb.
spasi 1. IB jarak antara huruf-huruf atau antara baris huruf: hendak ditaip
dgn ~ rangkap; 2. kepingan timah yg kecil-kecil utk
merenggangkan huruf atau baris (dlm percetakan).
spasma (Ubat) pengecutan otot luar kawal, terutamanya yg menyebabkan
kekejangan.
spasmodik (Ubat) berkaitan dgn atau disebabkan oleh kekejangan otot:
asma ~.
spastik bkn kecacatan anggota akibat kekejangan otot hingga
menyebabkan sesetengah bahagian tubuh pesakit tidak boleh
bergerak.
spatbor IB, bp madgad.
Speaker (spéaker) orang yg mempengerusikan sidang mesyuarat (Dewan
Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri), Yang Dipertua
(Dewan Rakyat, Dewan Negara).
sped (spéd) satu drpd corak pd daun terup yg berbentuk hati berkaki dan
berwarna hitam.
spektrofotometer (spéktrofotométer) alat utk menghasilkan atau merakam
spektrum dan mengukur keamatan cahaya.
spektrograf (spéktrograf)  (Fiz) spektrometer atau spektroskop yg
menghasilkan rakaman fotograf.
spektrografi (spéktrografi) teknik merakam sesuatu spektrum.
spektrometer (spéktrométer) (Fiz) alat utk mengukur panjang gelombang
pelbagai jenis sinar; ~ jisim sj spektrometer yg digunakan utk
menentukan jisim atom atau molekul dan bilangan relatif isotop yg
berlainan.
spektroskop (spéktroskop)  (Fiz) alat optik utk menghasilkan dan
memeriksa spektrum cahaya atau sinaran drpd sebarang sumber.
spektroskopi (spéktroskopi) kajian tentang  spektrum,  terutamanya aspek
penghasilan, penyukatan, dan pentafsiran spektrum;
~ inframerah kaedah analisis yg mengukur julat panjang gelombang
inframerah yg diserap oleh sesuatu bahan sampel utk membolehkan
atom atau kumpulan atom dlm molekul sampel dikenal pasti; ~ jisim
kaedah analisis utk menentukan jisim atom atau molekul dgn
menggunakan spektroskop.
spektrum (spéktrum)  1. paparan cahaya yg berwarna-warni (spt warna
pelangi) yg terjadi apabila sinar cahaya diuraikan menerusi kaca
prisma; 2. julat atau lingkungan sesuatu perkara tertentu: proses
pendidikan hendaklah berakarkan ilmu pengetahuan dan teknologi
dlm apa juga ~; perkembangan bahasa kanak-kanak berbeza-beza
dlm satu ~ yg luas;
~ garis spektrum pemancaran atau penyerapan yg terdiri drpd garisgaris
(setiap garis terbit akibat perbezaan aras tenaga elektron); ~
jalur spektrum yg terdiri drpd satu siri jalur sinaran yg dipancarkan
atau diserap; ~ jisim spektrum yg terhasil drpd spektrometer atau
spektrograf; ~ pemancaran spektrum yg terhasil akibat pemancaran
sinaran elektromagnet drpd sesuatu jisim; ~ penyerapan spektrum
yg terhasil drpd penyerapan sinaran elektromagnet oleh sesuatu
jirim.
spekulan (spékulan)  IB  orang  yg  mencari  keuntungan  besar  (dlm
perniagaan).
spekulasi (spékulasi)  1. perenungan, tafakur; 2. pendapat (kesimpulan,
dugaan, dll) yg tidak berdasarkan kenyataan atau fakta-fakta; 3.
perihal (perbuatan) membeli dan menjual sesuatu (saham dll) dgn
harapan utk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko besar
pula;
berspekulasi membuat spekulasi: saya tidak ingin ~ lebih lanjut
lagi;
penspekulasi orang yg membuat spekulasi.
spekulatif (spékulatif)  1. dgn pemikiran semata-mata, secara teori,
berdasarkan atau bersifat spekulasi (tidak berasaskan fakta-fakta);
2. bersifat spekulasi (dgn mengadu untung sahaja), berasaskan
harapan akan memperoleh keuntungan besar walaupun terpaksa
menanggung risiko (bkn kegiatan jual beli).
spekulator (spékulator) orang yg membuat spekulasi (dlm pasaran saham
dsb) dgn harapan dapat membuat keuntungan walaupun terpaksa
menghadapi risiko.
spekulum (spékulum) (Ubat) alat yg dimasukkan ke dlm rongga tubuh utk
tujuan pemeriksaan.
speleologi (spéléologi) 1. kajian saintifik tentang gua, terutamanya dr segi
pembentukan geologi dan juga flora dan fauna yg terdapat di
dalamnya; 2. rekreasi meneroka gua.
sperma (Bio) benih (haiwan) jantan, sel pembiakan (haiwan) jantan.
spermatozoon (Bio) gamet jantan yg matang.
spesial (spésial) bp istimewa, khas, khusus.
spesialis (spésialis)  bp  ahli  dlm  sesuatu  bidang  (istimewa  dlm  ilmu
perubatan), pakar: seorang ~ dlm pekerjaan jalan raya dan
pengairan.
spesialisasi (spésialisasi) kepakaran dlm sesuatu cabang ilmu dll.
spesies (spésiés)  golongan  benda  (binatang,  tumbuh-tumbuhan, dll) yg
mempunyai sifat yg sama atau bersamaan bangsa, jenis.
spesifik (spésifik)  khas,  khusus,  tertentu:  karangannya biasa menjadi
bahan bagi para guru utk menerangkan istilah-istilah yg ~ bagi
dunia keagamaan Islam;
kespesifikan perihal (keadaan atau sifat) spesifik.
spesifikasi (spésifikasi)  butiran  terperinci  yg ditentukan  (dinyatakan) utk
sesuatu, perincian (tentang sesuatu): juga terdapat keadaan apabila
pelanggan-pelanggan memohon warna model dan ~ yg sukar
dibekalkan.
spesimen (spésimen)  contoh,  sampel:  berdasarkan ~ darah yg akan
dianalisis.
spidometer (spidométer) bp meter laju.
spinet (spinét) sj alat muzik lama (abad ke-16 hingga ke-18) yg dimainkan
spt piano.
spion IB penyuluh rahsia.
spirilum (Bio) bakteria yg bentuknya berlingkar.
spirit cairan yg mengandungi alkohol yg mudah menyejat atau terbakar; ~
bermetil campuran etanol dan metanol, dgn sedikit bahan lain
(digunakan sbg bahan api dan pelarut).
spiritisme 1. pemujaan roh (orang yg telah meninggal); 2. kepercayaan
bahawa roh dapat berhubungan dgn manusia; 3. ajaran dan caracara
memanggil roh.
spiritual 1. berkaitan dgn atau bersifat rohani atau jiwa (bukan bersifat
fizikal), rohaniah: kegiatan pembangunan ~ juga akan diteruskan
bagi memastikan artis menjadi golongan yg dihormati;
pembangunan yg berimbang antara aspek material dgn aspek ~.
spiritualisme kepercayaan bahawa roh orang yg mati boleh
berkomunikasi dgn orang yg hidup (terutamanya melalui
perantaraan).
spirituil IB spiritual.
spirogira (Bio) beberapa jenis tumbuhan (rumpair) yg halus spt benang,
Spirogyra spp.
spirograf alat utk merakamkan pergerakan pernafasan dan isi padu udara
yg disedut dan dihembuskan semasa pernafasan.
spiroket (spirokét) (Bio) sekumpulan bakteria berbentuk pilin yg bergerak
dgn membengkok-bengkokkan selnya, termasuklah jenis yg
menyebabkan penyakit sifilis pd manusia.
spirometer (spirométer) alat utk menyukat isian udara dlm paru-paru.
spirulina sj alga yg berkhasiat utk kesihatan.
splenektomi (splénéktomi) (Ubat) pembuangan limpa secara pembedahan.
splenitis (splénitis) (Ubat) radang pd limpa.
SPM kep Sijil Pelajaran Malaysia.
spoiler aksesori yg biasanya dipasang di atas penutup ruang barang
belakang kereta utk meningkatkan kestabilan semasa kereta
bergerak laju.
spondilitis (Ubat) radang pd ruas tulang belakang.
spondilosis (Ubat) penyakit sendi pd tulang belakang yg menyebabkan
sendi tersebut tidak dapat bergerak.
spontan tidak dgn paksaan, dgn desakan atau gerak hati sendiri sahaja,
berlaku atau tercetus dgn sendiri (tidak dgn dipaksa-paksa atau
setelah dirancang-rancang): kita ingin melihat penyair-penyair
secara ~ menyuarakan sesuatu yg berfaedah utk insan sejagat;
penerimaan dan pengertian masyarakat terhadap sesuatu yg baru
tidak selalunya ~;
kespontanan keadaan spontan.
spora (Bio) biji-biji sel yg menjadi benih bagi tumbuh-tumbuhan yg tidak
berbunga (spt paku pakis, cendawan, dll).
sporangium (Bio) struktur pd kulat yg menghasilkan spora.
sporozoa (Bio) kumpulan protozoa parasit yg membiak dgn menghasilkan
spora dan biasanya tidak mempunyai organ gerak alih atau organ
pemakanan.
sport bp sukan.
sportif IB 1. mempunyai semangat sport (jujur dll); 2. cergas, tangkas,
gagah: ada pemuda-pemuda ~ yg berlatih berlari dgn hanya
memakai pakaian dalam.
sporting bp berfikiran terbuka dan memenuhi kehendak seseorang:
ayahku memang rasional dan ~ orangnya; sikap ~ ibu bapa
terhadap anak-anak adalah keterlaluan sehingga pelibatan mereka
dgn dadah tidak dipedulikan.
SPR kep Suruhanjaya Pilihan Raya.
spring objek drpd jalur logam yg berpilin, bergelung-gelung, dan
menganjal, pegas: ~ jam.
springbok sj binatang seakan-akan rusa kecil di Afrika Selatan yg dapat
berlari pantas dgn melompat-lompat tinggi ke udara, Antidorcas
marsupialis.
spt kep seperti.
S’pura kep Singapura.
sputnik sj satelit rekaan yg dilancarkan ke angkasa lepas oleh Soviet
Union.
sputum (Ubat) kahak.
SPVM kep Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia.
Sr simbol kimia bagi strontium.
SR Id kep 1. Sekolah Rendah; 2. Sekolah Rakyat.
srikandi 1. isteri Arjuna yg gagah berani; 2. ki wanita yg gagah berani,
pahlawan wanita: kalau perempuan biarlah mewarisi sifat Tun
Fatimah, ~ yg bersemangat nasional sejati.
SRJK kep Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.
SRP kep Sijil Rendah Pelajaran.
SS kep Sarjana Sastera.
SSB kep Sistem Saraan Baru, iaitu sistem perkhidmatan awam bagi
kakitangan kerajaan Malaysia yg diguna pakai dr 1992 hingga
Oktober 2002 yg berasaskan penilaian prestasi individu.
SSM I kep Seri Setia Mahkota (pingat kelas satu dlm Darjah Yang Mulia
Seri Mahkota Malaysia, pemegangnya disebut Tun dan isterinya
Toh Puan).
SSM II kep Sistem Saraan Malaysia, iaitu sistem perkhidmatan awam
bagi kakitangan kerajaan, yg menggantikan Sistem Saraan Baru
mulai 1 November 2002, yg berteraskan kompetensi dlm
pengurusan sumber manusia, penilaian tahap kecekapan, serta
menggalakkan pembelajaran secara berterusan di kalangan staf.
st I kep ston.
st II Id kep sutan.
stabil I 1. tidak berubah-ubah atau turun naik dsb dgn kerapnya (bkn
harga dll); 2. tidak bergoyang ( bkn kenderaan dll); 3. mantap,
kukuh, tenang, tidak bergolak (bkn keadaan politik dsb): politik yg
~;
menstabilkan menjadikan stabil (tidak berubah-ubah, tenang,
mantap), memantapkan; menjual sedikit-sedikit utk ~ harga, jangan
membanjiri pasar dgn sekali gus;
kestabilan perihal atau keadaan stabil (ekonomi dll) kemantapan,
stabiliti: kerajaan perlu sekali mengawal dasar kewangannya bagi
menjaga ~ kewangan negara;
ketidakstabilan perihal atau keadaan tidak stabil: salah satu punca
utama masalah ekonomi yg dihadapi oleh negara adalah akibat ~
sistem ekonomi dunia;
penstabilan proses (usaha, tindakan) menstabilkan (ekonomi,
harga, dll), stabilisasi, pemantapan;
penstabil alat (faktor dll) utk menstabilkan (ekonomi, harga, dll),
pemantap.
stabil II (S.Lukis) arca pegun berbentuk abstrak yg biasanya diperbuat
drpd dawai, kepingan logam dsb.
stabilisasi IB usaha utk menjadikan stabil (tetap), penstabilan.
stabiliti keadaan stabil, kestabilan, kemantapan: utk menjamin ~ negara,
perancangan keluarga mesti dijalankan.
stadion IB stadium (gelanggang olahraga).
stadium I gelanggang olahraga yg besar dikelilingi oleh tempat duduk
bertingkat-tingkat: ~ bola sepak; ~ hoki.
stadium II IB tingkatan atau tempoh masa (bkn penyakit).
staf 1. kumpulan pekerja yg bekerja bersama-sama (di bawah ketua dll yg
sama), kakitangan; 2. kumpulan pegawai kanan tentera yg
memimpin (mengatur dll) tentera: S~ Angkatan Darat; ~ sarjan
pegawai tentera yg pangkatnya setingkat di atas sarjan.
stafaj tambahan bentuk manusia dan haiwan pd lukisan, khususnya
lukisan landskap.
stag (Eko) orang yg membeli syer baru dgn harapan utk menjualnya
semula apabila disenaraikan bagi memperoleh keuntungan dgn
segera.
stagflasi (Eko) keadaan ekonomi yg tidak mengalami pertumbuhan dan
disertai dgn kadar inflasi yg tinggi.
stagnasi IB kelambatan, terhambat, terhenti.
stail 1. cara atau gaya melakukan sesuatu (mengarang, bercakap, dll): ia
adalah seorang tokoh sastera yg mempunyai ~, gaya bawa yg
tersendiri; 2. bentuk, potongan, atau fesyen (pakaian dll).
stalagmit (Geo) batu kapur yg bercerancang dlm gua (terjadi drpd titisan
air yg mengandungi sebatian kalsium).
stalaktit (Geo) batu kapur yg meruncing ke bawah di dlm gua (terjadi
drpd titisan air yg mengandungi sebatian kalsium).
stamen (stamén) (Bio) bunga jantan yg menghasilkan debunga.
stamina daya tahan (keupayaan utk) membolehkan seseorang itu bekerja
kuat (berlari laju dsb): dia berlari setiap pagi utk menambah ~nya.
standard I 1. Id panji-panji; 2. Id penopang yg berkaki (pd tiang bendera
dll);
standard II 1. sesuatu yg diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar utk
mengukur (menilai dsb) sesuatu yg lain (spt berat, isi padu, nilaian
wang, mutu, dll), piawai: supaya tinggi mutu barangnya, tiap-tiap
pengilang cuba menentukan supaya barang keluarannya itu
memenuhi ~ yg tertentu; 2. taraf (kehidupan); 3. sesuatu yg
dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sbg ukuran nilai
(harga): ~ emas; 4. (bentuk bahasa, ejaan, dsb) yg betul (selaras)
dan diterima oleh semua penuturnya, baku: bahasa (ejaan) ~;
menstandardkan menjadikan standard (bahasa, ejaan, dsb),
membakukan: usaha-usaha utk ~ bahasa Melayu telah lama
dijalankan oleh DBP;
penstandardan perihal menstandardkan, standardisasi, pembakuan:
~ tatabahasa bahasa Melayu.
standardisasi (standadisasi) perihal (tindakan dsb) menjadikan standard,
penstandardan, pembakuan: ejaan baru berusaha mencapai ~ yg
lebih rasional dlm penggunaan huruf-huruf itu; pembakuan atau ~
bahasa Melayu meliputi segala aspek bahasa.
stanum (Kim) sj unsur logam, timah.
stanza rangkap (sajak) yg terdiri drpd sebilangan tertentu baris, bait
(sajak).
stapler sj alat utk mencantum kepingan-kepingan kertas, pengokot.
stasion, stasiun IB stesen.
statik berada dlm keadaan tidak aktif (tidak bergerak-gerak, tidak
berubah), tidak berubah (tingkatan kemajuan dll): dasar pemerintah
zaman itu ialah mengekalkan satu masyarakat yg ~; pasaran
saham menjadi ~ apabila keadaan politik tidak stabil;
menstatikkan menyebabkan statik;
kestatikan perihal, keadaan atau sifat statik.
statis Id statik.
statistik 1. catatan angka-angka atau bilangan, butir-butir (keterangan) yg
ditunjukkan dgn angka, perangkaan; 2. cabang ilmu pengetahuan yg
berkaitan dgn sesuatu yg didasarkan kpd bukti-bukti dlm bentuk
angka atau bilangan.
stator (Kej) bahagian jana kuasa yg tidak bergerak.
status taraf atau kedudukan (negara, orang, dll): guru-guru mestilah
mengenal pasti matlamat kurikulum tidak formal yg boleh memberi
kesan kpd ~ dan pencapaian pelajar;
berstatus mempunyai atau ada status: pengunjung pusat spa
terdiri drpd golongan ~ tinggi yg ingin mendapatkan kesegaran
mental dan fizikal;
berstatuskan mempunyai sesuatu sbg status: bangunan itu dibina
di atas tanah yg masih ~ tanah pertanian.
status quo (Latin) keadaan sebagaimana yg sedia ada tanpa dibuat
sebarang perubahan.
statut undang-undang bertulis yg diluluskan oleh Parlimen atau badan lain
yg berkuasa membuat undang-undang.
statutori mengikut statut (undang-undang atau peraturan) tertentu yg telah
ditetapkan, berkanun: terdapat peruntukan ~ khusus yg hanya
terpakai kpd jurubank apabila mereka memungut dan membayar
cek.
STB kep Suhu Tekanan Biasa.
STD kep Sistem Terus Dail: panggilan ~.
stearin (stéarin)  (Kim)  sebatian  organik  yg  diperoleh drpd penyabunan
lemak, digunakan utk membuat sabun, lilin, gula-gula, pelekat dsb.
stelsel (stélsél) IB sistem.
stempel (stémpél) IB cap, tera;
menstempel mengecap, menera.
sten (stén) I  stengan.
sten (stén)  II (Ubat) sj alat atau acuan yg digunakan utk menetapkan
cantuman kulit pd tempatnya.
stengan (stén.gan) sj senapang automatik yg pendek.
steno (sténo) bp jurutrengkas.
stenografi (sténografi)  kemahiran  atau  seni  menulis  trengkas,  ilmu
trengkas.
stenogram (sténogram) laporan dll yg ditulis dgn trengkas.
stenosis (sténosis)  (Ubat)  penyempitan  yg  tidak  normal  pd  laluan  atau
saluran dlm tubuh.
stensil (sténsil)  1. helaian kertas atau kepingan nipis plastik, logam, dsb
yg ditebuk utk menghasilkan huruf, reka bentuk, dsb apabila dakwat
atau warna disapukan padanya; 2. helaian kertas berlilin yg
digunakan pd mesin taip utk membuat stensil bagi mencetak huruf
dsb;
menstensil mencetak semula dgn stensil;
stensilan rakaman yg dibuat dgn stensil.
steppe (stép) (Geog) kawasan padang rumput yg luas dan biasanya tidak
ditumbuhi pokok.
stereng (stéréng) alat yg berbentuk spt roda utk mengemudikan kereta dll.
stereo (stéréo)  sistem,  peralatan,  dsb  yg  digunakan  utk  menghasilkan
bunyi stereofonik; ~ hi-fi sistem audio dua saluran dgn bunyi yg
tinggi mutunya.
stereofonik (stéréofonik) bkn dgn bunyi yg dirakam dan disiarkan melalui
pembesar suara dan berbunyi spt datang dr beberapa hala.
stereometri (stéréométri)  (Fiz) ilmu ukur ruang atau isi padu (benda
pejal).
stereoskop (stéréoskop)  (Fiz)  alat  yg  dengannya dua keping gambar yg
diambil dr sudut yg berlainan sedikit kelihatan seolah-olah bersatu
dan timbul, teropong stereo.
stereoskopi (stéréoskopi) pandangan atau rupa objek dlm atau seolah-olah
dlm tiga demensi.
stereotaip (stéréotaip) tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dsb
yg baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yg sering kali kedapatan
(kedengaran dsb): pendekatan dan kaedah pengajaran amat ~,
terkongkong, dan konvensional; temanya ~ tetapi perutusannya itu
dipentingkan;
menstereotaipkan membuat tanggapan stereotaip tentang
seseorang atau sesuatu: bahasa yg ~ golongan wanita sbg golongan
lemah, sbg suri rumah dsb.
steril (stéril)  1. terpelihara (bebas, bersih) drpd kuman atau hama; 2. Id
tidak subur, tidak dapat beranak atau berbuah, mandul;
mensteril menjadikan steril (bebas drpd kuman): gunakan jarum
atau pin yg sudah disteril;
kesterilan perihal atau keadaan steril;
pensterilan perihal (perbuatan dsb) menjadikan steril, sterilisasi;
pensteril alat utk mensteril: ~ alat-alat bedah dsb.
sterilisasi (stérilisasi)  perihal  (perbuatan  dsb)  menjadikan  steril,
pensterilan.
sterling 1. piawai (wang, logam murni); 2. mata wang Inggeris yg piawai;
wang (paun) ~ sj mata wang Inggeris.
sternum (Bio) tulang yg terletak pd garis tengah dada vertebrat (pd
vertebrat peringkat tinggi, spt mamalia, tulang ini merupakan tempat
bersambungnya tulang rusuk).
steroid (stéroid)  (Kim)  sebatian  organik  yg  mempunyai  struktur  gelang
tertentu dan terdapat semula jadi dlm tumbuhan dan haiwan,
termasuk sesetengah hormon dan vitamin: Ben Johnson didapati
positif menggunakan ~ dlm acara 100 meter di Sukan Olimpik
Seoul.
sterol (stérol) (Bio) sekumpulan alkohol steroid semula jadi spt kolesterol
dan ergosterol.
stesen (stésén) 1. bangunan perhentian kereta api atau bas: apabila turun
di ~ Singapura, aku menaiki teksi pula; 2. tempat (bangunan dsb)
yg mempunyai peralatan khas utk memberikan sesuatu
perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu: ~ radio; ~
hidroelektrik; ~ jana kuasa; 3. saluran gelombang radio.
stet (stét) perkataan yg mengarahkan supaya kata atau frasa asal yg telah
dipotong atau dipinda (yg digarisi garis putus-putus) itu dikekalkan,
biasanya ditulis di sebelah baris letaknya kata atau frasa berkenaan;
menstetkan menandakan atau membubuh stet sbg arahan
mengekalkan kata atau frasa asal yg telah dipotong atau dipinda:
semasa penyuntingan, perkataan-perkataan itu distetkan kerana
penggunaannya didapati tepat dan betul.
stetoskop (stétoskop) (Ubat) alat yg digunakan oleh doktor utk mendengar
bunyi dlm tubuh (bunyi degupan jantung, pernafasan, dll).
stew → stu.
stigma 1. (Bio) bahagian hujung benang sari yg menerima debunga
(tepung sari); 2. sifat atau sesuatu yg menjatuhkan maruah,
kecelaan, keaiban: wanita kita juga tidak menghadapi ~ sosial
seburuk yg dihadapi wanita banyak negara lain.
stik 1. sepotong daging tebal utk dipanggang atau digoreng; 2. hidangan
yg merupakan sepotong daging yg dipanggang dan dihidangkan dgn
sos lada hitam, salad dsb.
stiker bp pelekat: kegemarannya adalah mengumpul pelbagai ~; ~
kereta.
stil (Bio) struktur (pd bunga) yg panjang dan halus, dan pd hujungnya
terdapat stigma.
stilistik 1. kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan
dlm penulisan; 2. berkaitan dgn stail atau gaya, terutamanya gaya
bahasa penulisan: demikian juga, Umar Yunus dgn tegas
mengatakan bahawa unsur ~ yg utama ialah ayat; saya tidak
bermaksud menutup penerokaan ~ penulis.
stilistika  stilistik.
stim wap yg terjadi apabila air dipanaskan ke takat didih; naik ~ ki, bp a)
marah, naik darah; b) naik syahwat.
stimulus dorongan, rangsangan.
stirena (stiréna)  (Kim)  sj hidrokarbon cecair yg digunakan utk membuat
plastik dan getah.
STM Id kep Sekolah Teknik Menengah.
STMB kep Syarikat Telekom Malaysia Berhad.
stok 1. barang dagangan (tersimpan di kedai-kedai) utk dijual; 2.
himpunan barang yg tersimpan di stor dll; 3. saham; ~ penimbal
simpanan sesuatu komoditi oleh pihak berkuasa dsb utk mengatasi
masalah turun naik penawaran dan harga yg tidak menentu; 4. (Bio)
bahagian batang sesuatu tumbuhan yg menerima tunas drpd
tumbuhan lain dlm pencantuman.
stoker IB juruapi (di kereta api yg menggunakan arang dll).
stoking sj pakaian yg dibuat drpd benang sutera (kapas, bulu, dll) utk
membalut kaki, kaus kaki; ~ panjang stoking yg panjangnya hampir
ke paras lutut atau lebih;
berstoking memakai stoking.
stokis orang atau syarikat yg menyimpan sejumlah stok barang atau
produk tertentu utk dijual atau diedarkan kpd penjual lain.
stoma (Bio) liang-liang seni terutamanya pd epidermis daun utk
pernafasan.
stomata  stoma.
stomatitis (Ubat) radang pd membran mukus mulut.
ston unit berat yg bersamaan dgn 14 paun atau 6.35 kilogram.
stopkeran IB, bp kepala paip, pili air.
stopkontak IB, bp alat penghubung aliran elektrik, palam.
stoples (stoplés) IB sj balang bertutup yg dibuat drpd kaca.
stor I IB memasukkan (menyerahkan, membayarkan) wang dll;
menstor, menstorkan memasukkan (menyerahkan, membayarkan)
wang dll kpd;
storan sesuatu yg distorkan (dibayarkan);
penstoran perihal menstor(kan).
stor II (rumah, ruang, bilik, dsb) tempat menyimpan barang: karbida dan
mercun yg disimpan dlm ~;
storan 1. simpanan barang dsb (dlm sesuatu tempat utk digunakan
apabila diperlukan); 2. (Komp) peranti ingatan yg digunakan utk
menyimpan data komputer.
stout (staut) sj bir yg berwarna hitam.
STP 1. kep Suhu dan Tekanan Piawai; 2. kep Sijil Tinggi Persekolahan.
STPM kep Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
strata 1. lapisan (bumi dsb); 2. tingkat kedudukan, peringkat taraf (dlm
susunan atau hierarki tertentu): novel-novel yg menyentuh soal
keruntuhan akhlak, perbezaan ~, perbezaan kaum, penyelewengan
persahabatan, dsb;
berstrata terbahagi kpd beberapa kelas, golongan, tingkat dsb,
bersusun lapis: sebuah masyarakat yg ~;
penstrataan proses pembentukan tanah atau batuan yg bersusun
lapis: beberapa muara tertentu akan mengalami percampuran
sekata manakala pd masa-masa lain pula akan mengalami ~ atau
menjadi berlapis.
strategi (stratégi) 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan
tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang,
taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud;
4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk
mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi
yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg
dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.
strategik (stratégik) 1. berdasarkan strategi: letaknya ~ dan hanya dapat
dicapai drpd tiga jurusan; 2. bp baik (elok) letaknya.
strategis (stratégis) IB strategik.
stratifikasi = ~ sosial pembahagian masyarakat kpd beberapa lapisan atau
kelas yg berlainan, susun lapis masyarakat, pembahagian kpd atau
pembentukan strata.
stratigrafi (Geo) kajian tentang ciri-ciri lapisan batu batan (spt kandungan
dan kedudukan relatif) utk menentukan sejarah geologi lapisan
tersebut.
stratokrasi (Sos) pemerintahan atau kerajaan tentera.
stratopaus (Geog) sempadan di antara stratosfera dgn mesosfera yg
altitudnya kira-kira 50 - 55 km.
stratosfera (stratosféra)  (Geog)  lapisan  atmosfera  bumi yg terletak di
antara 10 - 50 km di atas permukaan bumi.
straw tiub yg diperbuat drpd plastik, kertas, dsb utk menyedut minuman.
strawberi (strawbéri)  1. sj tumbuhan (pokok renek), Fragaria spp.; 2.
buah drpd pokok strawberi yg berwarna merah dan mempunyai bijibiji
kecil berwarna kuning di bahagian luarnya (dimakan mentah
atau dibuat jem).
strecer (strécer) bp usungan utk orang sakit dsb.
streptokokus (stréptokokus) (Ubat) bakteria drpd genus Streptococcus yg
boleh menyebabkan jangkitan dan penyakit, mis sakit tekak, demam
merah dan pneumonia.
streptomisin (stréptomisin)  (Ubat)  sj  ubat  antibiotik  yg  diperoleh  drpd
bakteria Streptomyces griseus, digunakan utk merawat beberapa
penyakit tertentu.
stres (strés) keadaan resah, cemas, tegang dsb akibat tekanan mental atau
fizikal: banyakkan sembahyang sunat dan zikir terutamanya pd
waktu malam jika anda mengalami ~ dlm rumah tangga.
striknina (Ubat) bahan yg sangat beracun drpd sejenis tumbuhan, yg
digunakan dlm jumlah yg sangat sedikit sbg ubat utk
merangsangkan saraf.
stroboskop alat yg mengeluarkan cahaya terang yg berkelip-kelip dgn
pantas, digunakan utk menentukan kelajuan putaran atau getaran
atau utk melaraskan gerakan sesuatu objek.
strok (Ubat) keadaan yg berlaku tiba-tiba akibat rosaknya atau pecahnya
salur darah otak yg boleh menjadikan seseorang tidak sedar diri,
(biasanya) diikuti oleh kelumpuhan, dan penyekatan salur darah
oleh gumpalan darah.
strontium (Kim) unsur logam berbentuk pepejal lembut berwarna putih
perak dan sangat reaktif, digunakan utk membuat aloi.
strudel pastri drpd doh lembut yg nipis, berinti dan digulung spt baulu
gulung, terkenal di Austria dan Jerman.
struktur 1. cara sesuatu terbina atau terbentuk drpd pelbagai bahagian,
unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem, atau bentuk
tertentu: ~ bahasa Melayu; 2. sesuatu yg dibina atau didirikan,
binaan, bangunan, rangka bangunan; 3. pola sesuatu (organisasi,
masyarakat, dsb) yg terbentuk atau tersusun drpd pelbagai unsur yg
mempunyai hubung kait antara satu dgn lain: ~ organisasi Jabatan
yg baru;
berstruktur mempunyai struktur, ada strukturnya;
menstrukturkan menjadikan berstruktur, mewujudkan struktur pd:
masyarakat kapitalis metropolis distrukturkan secara politik dan
ekonomi oleh proses perjuangan kelas;
penstrukturan perihal (perbuatan dsb) menstrukturkan.
struktural berkaitan dgn struktur: penyatuan tanah sering dianggap sbg
satu bentuk reformasi ~ di peringkat ekonomi mikro; teori-teori ini
bagaimanapun sengaja menekankan unsur kelas dlm analisis ~.
strukturalisme (Lin) satu kaedah kajian bahasa yg mengkaji dan
menghuraikan struktur bahasa (berbeza drpd kaedah yg berdasarkan
perspektif perbandingan, sejarah mahupun fungsi).
stu rendidih;
menstu memasak daging, sayur dsb secara rendidih.
studen bp pelajar di universiti, mahasiswa.
studi kajian, pelajaran: otakku sudah terlalu penuh dgn soal-soal politik,
sehingga tidak mungkin memusatkan perhatian pd ~.
studio 1. bilik tempat pelukis, pengukir, jurugambar, dsb bekerja; 2. bilik
yg dilengkapi pelbagai peralatan utk siaran program radio atau
televisyen, atau rakaman piring hitam; 3. bangunan yg digunakan
oleh sesebuah syarikat penerbitan sbg tempat pembuatan filem.
stuko (S.bina) plaster berkualiti tinggi utk membentuk corak pd sesuatu
permukaan spt dinding atau siling.
stupa bangunan drpd batu yg berbentuk loceng.
stupor (Ubat) keadaan hampir pengsan atau tidak sedar.
sturgeon sj ikan besar drpd famili Acipenseridae yg telurnya dijadikan
kaviar.
su singkatan bagi bongsu; mak ~ mak bongsu.
SU 1. kep Setiausaha; 2. Id kep Sekretaris Umum.
sua I; pagar ~ pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu;
bersua 1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah
pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa,
terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor
harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn
barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua
boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam,
daunnya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5.
= tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat
(ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan;
menyua 1. mempersemukakan (ayam yg akan dilagakan); 2.
memberi sesuatu kpd, mengunjuk: dia ~ bakul yg berisi udang kpd
Bedah; 3. menghulur (tangan); 4. menemui, menjumpai: apa yg
disua itu ialah sesuatu yg luar biasa baginya;
menyuakan 1. menyogokkan, memberikan, menyodorkan: Karim ~
sepiring kuih; 2. menghulurkan (tangan dll);
mempersuakan menjadikan bersua (bertemu, berjumpa),
mempertemukan, menyemukakan: apalagi sekarang bulan tabut,
tiap-tiap orang bebas keluar, jadi di tabut kita persuakan;
tersua bertemu dgn, terjumpa;
persuaan pertemuan.
sua II; bulu ~ bulu di leher ayam; suak I.
suah ark bp pernah, sudah; belum ~ belum pernah (sudah).
suai I; ~ kenal menyesuaikan diri (dgn sesuatu keadaan yg baru) serta
berkenal-kenalan dgn rakan sejawat dll, orientasi: minggu ~ kenal
sudah menjadi program tradisi yg diamalkan di pusat-pusat
pengajian tinggi;
bersuai bersesuaian;  sesuai.
suai II; tali ~ tali penarik dr puncak tiang ke hujung haluan (pd kapal
layar); lampu ~ Br lampu pd puncak tiang kapal.
suak I; bulu ~ bulu di leher ayam; sua II.
suak II teluk kecil (di sungai, di laut), serokan.
suak III ark tidak jadi, tidak berhasil, batal, gagal, urung; minta ~ Mn a)
minta dibatalkan atau dibebaskan drpd denda yg dijatuhkan; b)
minta dikembalikan sedikit drpd wang denda yg dijatuhkan; belum
pernah ~ a) belum pernah batal; b) selalu.
suak IV = ~ rambut belah rambut yg disikat atau disiah ke kiri atau ke
kanan: dia membuat ~ rambut isterinya dgn menggunakan duri
landak;
menyuak membelah atau menyiah (rambut).
suaka sl tempat berlindung atau menumpang (hidup); ~ politik (Udg)
perlindungan drpd tekanan politik atau kezaliman yg diberikan oleh
sesebuah negara kpd rakyat asing yg lari dr negaranya;
bersuaka berlindung (menumpang) hidup pd: jika demikian, baik
aku ~ pd Bendahara Seri Buana.
sualak ark suka;  solak I.
suam tidak terlalu panas, hangat: tuang sedikit air ~ supaya semua garam
itu larut; ~-~ kuku tidak berapa panas (air); badannya ~-~
badannya agak panas (kerana demam), dedar;
kesuaman rasa hangat: kasih sayang, dakapan mesra sambil
merasai ~ tubuh ibu.
suami orang (lelaki) yg dikahwini seseorang perempuan, laki, lwn isteri:
banyak lagi orang muda di kampung ini yg padan menjadi ~nya; ~
isteri laki bini;
bersuami mempunyai suami, sudah berkahwin (perempuan):
jikalau begitu sudah patutlah engkau ~;
bersuamikan mempunyai seseorang sbg suami, berkahwin dgn
(perempuan): anak jarahan itu tidak patut ~ tuan; dia yg ~ ahli
perniagaan juga terpaksa berdepan dgn masalah keluarga;
mempersuami menjadikan suami;
mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan): sekarang
ayahanda hendak ~ anakanda dgn orang ini.
suang mudah, senang, lekas; ~ pecah mudah (senang) pecah; tak ~ = tak ~
-~ a) tidak mudah, tidak lekas; b) tidak putus-putus, sentiasa.
suangi I 1. sj hantu yg jahat; burung ~ burung hantu; 2. pawang (dukun)
yg mendapat pertolongan drpd hantu.
suangi II bomoh yg bekerja dgn bantuan orang halus.
suangi III; ikan ~ = ~ batu sj ikan laut, Holocentrum rubrum.
suap 1. sebanyak yg dijemput dan dimasukkan ke mulut (nasi dll): boleh
kita kendurikan anak kita barang se~ nasi dan seteguk air; 2. =
wang ~ wang sogok, rasuah; makan ~ menerima rasuah;
bersuap makan dgn tangan;
bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, bertukar suap
(pengantin yg sedang bersanding dll): setelah sudah ~, maka ia pun
memimpin tangan isterinya;
menyuap 1. makan dgn tangan (tidak dgn sepit atau dgn sudu dll);
2. = menyuapi memasukkan makanan ke dlm mulut orang,
memberi makan dgn tangan: ia terus ~ anaknya; 3. = menyuapi
memberi wang suap kpd, memberi rasuah, menyogok: mana-mana
yg boleh diugut telah diugut, dan mana-mana yg boleh disuap
telah juga disuap;
menyuapkan memasukkan (makanan dll) ke dlm mulut seseorang:
ia ~ pulut kacau ke dlm mulut anaknya;
mempersuapkan sl menyuruh atau meminta bersuap-suapan
(pengantin yg sedang bersanding): pengantin itu dibawa naik ke
dlm istana dipersandingkan dan dipersuap-suapkan makan nasi
kunyit;
suapan 1. apa-apa yg disuapkan: tiap-tiap ~ itu harus dipaksapaksa
utk ditelan; 2. wang rasuah, sogokan; 3. (Kej) bahan yg
dimasukkan ke dlm sesuatu peralatan unit operasi utk diproses bagi
mendapatkan hasil;
penyuapan perbuatan menyuap(i) atau menyuapkan.
suar 1. cahaya lampu (nyala api dll) yg digunakan sbg isyarat; memberi ~
memberi isyarat dgn api; mercu ~ Id rumah api; 2. suluh atau obor
yg digunakan utk memikat ikan;
bersuar memakai suar, memberi isyarat dgn nyala api (cahaya
lampu dll);
menyuar menyinari, menyuluhi;
~ ikan memikat ikan dgn suluh, menyuluhi ikan; ~ lebah mengusir
lebah dgn suluh utk mendapatkan madunya;
tersuar dinyalakan, terpasang.
suara 1. bunyi manusia (bercakap dll): ~ itu nyatalah ~ perempuan; 2.
bunyi binatang: ia sangat hairan mendengar ~ burung itu; 3. bunyi
alat perkakas (radio dll); 4. apa yg dikatakan (diucapkan),
perkataan, ucapan: ~ menentang Presiden Filipina makin lama
makin lantang kedengaran; membuka ~ memberi pendapat; 5.
bunyi yg dikeluarkan oleh manusia dlm sesuatu bahasa, bunyi
bahasa; 6. sesuatu yg menjadi jurucakap atau lidah rasmi (utk
melahirkan perasaan, pendapat, dll): akhbar itu mewakili ~
kerajaan; 7. pernyataan bersetuju atau tidak (dlm mesyuarat,
perundingan, pemilihan, dll): cadangannya itu telah mendapat
sokongan sebulat ~;
~ bulat persetujuan drpd semua pihak; ~ hati perasaan hati (utk
membezakan antara baik dgn buruk); ~ latar ulasan atau
penerangan dlm sesebuah filem dsb oleh penutur yg tidak dapat
dilihat; ~ pemutus kuasa utk membuat sesuatu keputusan (dlm
pembicaraan dll); ~ ramai pendapat orang ramai; ~ sumbang
pendapat yg bertentangan dgn pendapat umum; kalah ~ kalah undi;
memberikan ~ menyatakan setuju atau tidak, turut membuang undi;
mendapat ~ dipilih dlm pengundian;
bersuara mengeluarkan suara, bercakap, berkata, berucap: tiada
seorang pun yg ~ mengatakan saya tidak mahu pergi bekerja;
menyuarakan 1. mengatakan, mengucapkan: ahli-ahli politik
hendaknya janganlah ~ soal-soal perkauman dlm perjumpaanperjumpaan
umum; 2. menyanyikan (lagu);
penyuaraan perihal mengeluarkan suara.
suarang Mn harta yg diperoleh oleh suami isteri selama dlm perkahwinan,
milik bersama (syarikat dll);
~ diagih, sekutu dibelah prb jika dua orang suami isteri bersetuju
bercerai harta pencarian bersama dibagi dua dan harta pembawaan
dipulangkan kpd kaum masing-masing;
bersuarang NS bermesyuarat antara pihak lelaki dan pihak
perempuan utk bercerai dan membahagi harta pencarian bersama;
menyuarangkan bersama-sama mencari harta, menjadikan milik
bersama.
suargaloka sl syurga utk dewa-dewa.
suari I kasuari.
suari II; bantal ~ bantal seraga.
suasa sj pancalogam (campuran emas dan tembaga).
suasana 1. sl hawa, udara; 2. keadaan yg melingkungi atau meliputi
sesuatu: kesulitan yg menyelubungi ~ hidup mereka akan dapat
diatasi; ~ tenang telah berubah;
menyuasanai memberi suasana kpd, menyelaputi, menyelubungi.
suatu 1. hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap
satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh
perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm
dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm
bumi;
sesuatu perkara (hal, barang, dll) yg kurang atau belum tentu:
kepalanya tunduk ke bumi spt orang mencari ~ yg hilang; segala ~
segala apa, apa-apa;
bersuatu bergabung menjadi satu, bersatu: kita berdua ini ~
perasaan, ~ peringatan, ~ tujuan;
mempersuatukan menjadikan bersuatu, mempersatukan;  satu.
sub- awalan asing di bawah (bawahan, bahagian yg kecil, separuh), mis
subinspektor dan subtropika.
subahat 1. syak, ragu-ragu, keragu-raguan; ~ hati syak hati; 2. orang yg
bekerjasama dgn musuh dll, kolaborator;
bersubahat 1. menaruh syak wasangka (buruk sangka), ragu-ragu,
sangsi; 2. bekerjasama dgn musuh dll: pejuang-pejuang
kebangsaan Korea bersama-sama dgn komunis-komunis Jepun
telah ~ hendak mendirikan satu kerajaan pemberontakan;
persubahatan perbuatan bersubahat.
subak ark Id (majlis) kawasan pengairan (di Bali).
subakua (sub.akua) berkaitan dgn sukan di bawah permukaan air: kelab~.
subal I ark kurang baik (buatannya dll), kasar.
subal II Jw ark sesuatu yg dicampurkan (supaya kelihatan banyak,
menjadi lebih berat dll).
subam ark tidak berkilat (logam dll), kusam, suram.
suban serpih kayu, selumbar.
subang I sj perhiasan cuping telinga perempuan yg berbentuk bulat dll;
telinga rabit dipasangkan ~, kaki untut dipakaikan gelang, jari
kudung dimasukkan cincin prb canggung sekali;
bersubang memakai subang (di telinga);
bak gadis baru (jolong) ~ prb orang hina papa atau miskin yg
menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan atau kekayaan;
sungguh ~ tidak berdara prb wanita yg sungguhpun berpakaian
elok tetapi buruk juga kelakuannya;
menyubang memotong nipis-nipis dan bulat; ~ tebu mengeratngerat
tebu.
subang II; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek yg menjalar), Sphenodesma
pentandra.
subantartik berkaitan dgn kawasan berhampiran dgn Garisan Antartik, yg
terletak di sebelah utaranya.
subartik berkaitan dgn kawasan berhampiran dgn Garisan Artik, yg
terletak di sebelah selatannya.
subbahagian bahagian kecil drpd sesuatu bahagian utama (induk) yg telah
dibahagikan.
subbidang bidang kecil drpd bidang induk: geomorfologi adalah ~ kpd
bidang geografi; rancangan membentuk kira-kira 300 000 istilah
dlm pelbagai bidang dan ~ ilmu pengetahuan.
subbudaya amalan, cara hidup, sikap dsb sekumpulan orang yg berbeza
drpd masyarakat seluruhnya: pelajar Melayu yg baru tinggal dlm
masyarakat Indonesia sudah tentu mengalami masalah ~.
subeditor (subéditor) penolong editor.
subentri (subéntri) kata masukan atau entri kamus yg merupakan turunan
drpd entri utama (pokok), mis memasak yg terbit drpd entri utama
masak.
subfamili 1. kategori di antara famili dan genus; 2. (Lin) pembahagian
bahasa-bahasa yg diletakkan lebih rendah drpd famili tetapi lebih
tinggi drpd cabang.
subgenus (subgénus) bahagian yg lebih kecil drpd genus.
subgolongan golongan yg lebih kecil (sbg pecahan drpd golongan induk).
subhana Ar yg maha suci.
Subhanahuwataala Ar maha suci dan maha tinggi; Allah ~ Allah Yang
Maha Suci dan Maha Tinggi.
Subhanallah Ar 1. Maha Suci Allah; 2. ungkapan menandakan rasa
takjub atas kebesaran dan keagungan Allah.
subinspektor (subinspéktor)  (pangkat)  pegawai polis  setingkat di bawah
inspektor dlm kumpulan pegawai rendah polis.
subjek (subjék)  1. pokok perbincangan, perkara, tajuk; 2. (Lin) pokok
kalimat, perkara (dlm ayat dll); 3. mata pelajaran.
subjektif (subjéktif) terbit drpd atau berasaskan pandangan (perasaan dsb)
orang atau pihak yg melihat atau menilai (tidak pd ciri-ciri sebenar
sesuatu yg dilihat atau dinilai), melihat (menilai dll) drpd pandangan
(perasaan sendiri), lwn objektif: buku-buku sejarah yg ada masih
penuh dgn unsur-unsur ~ yg kurang penting;
kesubjektifan keadaan yg subjektif: kita mengalami pelbagai
dilema dan ~ yg ada kalanya tidak mampu mencapai nilai-nilai
estetik.
subjektiviti (subjéktiviti) (sifat, sikap, dsb) yg subjektif.
subjektivitisme (subjéktivitisme) faham atau kecenderungan yg
menekankan bahawa pengetahuan, moral, persepsi dsb adalah
subjektif dan relatif.
sub judice (Udg) sedang dipertimbangkan oleh mahkamah dan oleh itu
tidak boleh diperkatakan di khalayak ramai.
subjudul judul kecil atau judul tambahan kpd sesuatu judul, kata-kata atau
frasa yg menjelaskan atau menjadi pelengkap kepada sesuatu judul.
subkelas bahagian (pecahan) kecil drpd kelas.
subkontrak kontrak yg dipertangunggjawabkan kpd sesuatu kontraktor
oleh sesuatu kontraktor lain (asal) utk menjalankan sesuatu projek
(tugasan);
mensubkontrakkan menjalankan kerja secara subkontrak: sesuatu
kontrak itu mungkin disubkontrakkan kpd pengusaha lain.
subkontraktor orang (syarikat) yg bertanggungjawab menjalankan
subkontrak.
subkultur (Bio) kultur mikroorganisma yg diperoleh drpd kultur lain yg
sedia wujud.
subkumpulan bahagian drpd sesuatu kumpulan.
sublema (subléma) subentri.
sublimat IB sj benda beracun (utk membunuh kuman dll).
submesingan (submésin.gan) sj mesingan mudah alih dan ringan.
subnormal tidak mencapai tahap normal, terutamanya kecerdasan atau
perkembangan: pendidikan kanak-kanak ~.
suborder (Bio) kumpulan taksonomi yg merupakan subbahagian drpd satu
order.
subordinat pekerja (pegawai) yg bekerja di bawah orang lain atau pekerja
bawahan seseorang: ketua mestilah bersikap terbuka dgn ~nya utk
memudahkan penyelesaian sesuatu masalah kerja.
subplot plot sampingan bagi sesuatu cerita dlm sesebuah drama, novel,
filem dsb yg berasingan tetapi berkaitan dgn plot cerita utamanya.
subrutin (Komp) bahagian atur cara yg disimpan hanya sekali dan boleh
digunakan oleh atur cara, apabila perlu.
subseksyen (subséksyen)  bahagian  kecil  drpd  seksyen  (dlm  undang-
undang dll).
subsektor (subséktor)  bidang  (kegiatan  dll)  kecil  drpd  bidang  (kegiatan
dll) induk, spt ekonomi: ~ tanaman dagangan menguasai sektor
pertanian keseluruhannya.
subsidi bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya drpd kerajaan) yg
diberi kpd sesuatu pihak tertentu (spt perbadanan, kumpulan petani,
dll): BP ialah sebuah perbadanan yg mendapat ~ drpd pemerintah
pd masa itu;
bersubsidi mendapat atau diberi subsidi: bas disediakan dgn
tambang yg ~;
mensubsidi memberikan subsidi supaya sesuatu lebih rendah
harganya: sebenarnya kerajaan juga telah ~ harga minyak di
negara ini;
pensubsidi pihak (orang, badan dsb) yg memberikan subsidi,
pemberi subsidi.
subsidiari 1. (peringkat) yg lebih rendah, kelulusan pd atau lulus
sebahagian drpd sesuatu mata pelajaran (dlm peperiksaan Sijil
Tinggi Persekolahan): mendapat kelulusan peringkat ~ dlm mata
pelajaran Ekonomi; 2. = syarikat ~ anak syarikat.
subsistem sistem kecil yg membentuk sebahagian drpd sistem yg lebih
besar (utama): dlm seluruh organisasi yg separuh bersistem itu,
terdapat banyak ~.
subskrip aksara (angka, huruf, pecahan, atau simbol) yg dicetak di suatu
sisi aksara lain, dgn kedudukan yg ke bawah sedikit (mis dlm x3, 3
ialah subskrip).
subsonik berupaya bergerak dgn kelajuan yg lebih rendah drpd kelajuan
bunyi: jet ~
subspesies (subspésiés)  kumpulan  taksonomi  tumbuhan  atau haiwan yg
merupakan subbahagian di bawah sesuatu spesies.
substandard 1. lebih rendah drpd standard yg ditetapkan atau yg
dikehendaki; 2. berkaitan dgn dialek atau ciri penggunaan bahasa yg
berbeza drpd bahasa standard (sehinggakan penggunaannya
dipandang rendah oleh masyarakat): penggunaan dialek dianggap
sbg ~ oleh sesetengah ahli bahasa.
substantif 1. (Udg) bkn peruntukan hak dr segi undang-undang (berbeza
drpd prosedur undang-undang): undang-undang ~ memberikan hak,
kewajiban, kebebasan, dan kuasa kpd orang ramai; 2. (Cetak) bkn
kerja mengedit aspek isi sesebuah manuskrip.
substantiva IB kata benda, nama.
substesen (substésén) pencawang.
substruktur (Kej) struktur yg mendasari atau menyokong struktur, binaan
dsb.
subtajuk tajuk bagi sesuatu pecahan bab atau bibliografi, tajuk kecil.
subtanah (Bio) lapisan tanah yg kurang subur yg terletak di antara bunga
tanah dgn batuan induk.
subtropika kawasan yg terletak di antara kawasan tropika dgn kawasan
beriklim sederhana.
subuh 1. = waktu ~ waktu terbit fajar hingga terbit matahari; bada ~
waktu sesudah waktu subuh (pukul tujuh hingga pukul tujuh
setengah pagi); 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu
subuh;
~ buta = ~ sepei = ~ syafii pagi-pagi benar; ~ gajah waktu sesudah
subuh.
subuk Br 1. intai; 2. tilik;
menyubuk 1. mengintai; 2. menilik.
subur 1. tumbuh dgn baik (tumbuh-tumbuhan), lekas besar dan sihat: anak
getahnya ~ macam anak getah estet; 2. sihat dan berisi (badan):
anak itu kurang ~ kerana tidak mendapat susu yg cukup; 3. banyak
mengandungi zat utk tumbuhan-tumbuhan (tanah), gemuk:
pertanian menghendaki bukan sahaja tanah yg ~ tetapi juga iklim
yg sesuai; 4. berkembang dgn baik, bertambah maju dan besar (luas
dsb), berkembang biak: agama Islam pun berkembanglah dgn ~nya
di negeri-negeri tersebut; 5. bp mudah mendapat rezeki, murah
rezeki, senang hidup; 6. berupaya menjalani persenyawaan (antara
benih lelaki dgn benih perempuan): puan boleh tentukan waktu ~
dgn menggunakan carta khas;
menyubur tumbuh dgn subur;
menyuburkan 1. menjadikan subur (tanah, tumbuh-tumbuhan, dll):
di bahagian barat Tanah Melayu, tanah lateritnya disuburkan
semula utk penanaman getah; pupuk itu ~ tanaman; 2. memajukan
(perniagaan dll), membesarkan, memperkembangkan: guru
berpeluang menolong ~ sifat pemimpin pd setengah-setengah
murid;
mempersubur menjadikan lebih subur;
kesuburan 1. perihal subur: kerana hawanya dan ~ tanahnya,
kawasan ini amat sesuai utk pokok kopi; 2. keupayaan membiak
(manusia, haiwan, tumbuhan): suami juga perlu menjalani
pemeriksaan ~;
ketidaksuburan keadaan tidak subur;
penyuburan perihal (perbuatan dsb) menyuburkan, pemupukan: ~
akal;
penyubur sesuatu yg menyuburkan: mereka mendekatkan diri pd
kebenaran sbg ~ iman utk menjamin kebahagiaan dan ketenangan
yg hakiki.
subversi kegiatan (gerakan, usaha, tindakan dsb) yg bertujuan utk
melemahkan, meruntuhkan atau menggulingkan sistem
pemerintahan, politik dsb yg sedia ada.
subversif bertujuan utk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem
politik, kerajaan, agama, dll, dgn menjalankan aktiviti-aktiviti
tertentu secara sulit: kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga
mencegah gerakan ~.
subversifisme fahaman subversif: memperjuangkan Islam sbg
fundamentalisme juga dikelirukan dan ditonjolkan bersama ciriciri
militerisme dan ~.
subyek (subyék) Id subjek.
subyektif (subyéktif) Id subjektif.
suci 1. bersih (dr segi agama): makanan yg ~; 2. tidak berdosa, tidak
bernoda, kudus, nirmala, soleh: orang yg ~; 3. bersifat keagamaan
(ketuhanan): ayat ~; Kitab S~; Tanah S~ Mekah; 4. bersih drpd
sebarang kejahatan atau keburukan (niat, perasaan, dll), murni:
Tuhan hendak menyampaikan hajat hamba-Nya yg berniat ~ itu;
hati yg ~; 5. bersih atau bebas (drpd kotoran dll): wajib baginya
menggantikan kembali puasa yg tertinggal itu apabila ~ drpd haid;
6. sl tidak kotor (semak), bersih;
bersuci 1. membersihkan diri sebelum mengerjakan sembahyang,
wuduk; 2. membersihkan diri (drpd kekotoran): ~ drpd najis; 3.
hidup suci; 4. bp berkhatan, bersunat;
menyucikan 1. membersihkan diri (dr segi agama); 2. sl
membersihkan diri drpd kekotoran (semak samun dll): maka
Bendahara dan Laksamana pun menyuruh orang pergi ~ tanah itu;
3. membersihkan drpd segala yg keji (hati, fikiran, perasaan),
memurnikan, menguduskan: hari ini orang meluhurkan jiwa, ~ hati
selepas melalui percubaan Tuhan; 4. menganggap suci (mulia): ada
orang yg ~ anjing;
kesucian perihal suci;
persucian perihal bersuci;
penyucian perihal menyucikan, pembersihan;
penyuci sesuatu yg digunakan ketika bersuci atau utk menyucikan
sesuatu.
suda ranjau drpd buluh atau bilah buluh yg diruncingkan (dipasang
berkeliling kubu dll).
sudagar bp saudagar.
sudah 1. telah siap sedia, lengkap, selesai: surat itu pun ~lah; 2. habis,
berakhir; 3. = sudah-sudah telah lalu (lampau): bulan ~ keting
lembu Dogol ditakik orang; 4. telah berlaku (terjadi), telah: dan
lagi sekarang segala sampan pukat itu pun ~ keluar, tiada tinggal
lagi dlm sungai; 5. = sudahlah cukuplah (dgn yg demikian itu),
padalah: ~lah, jangan bertengkar-tengkar lagi! 6. memang begitu
(keadaannya, halnya, dll), sememangnya: bagaimana boleh
kapalnya lalu, kalau ~ dilingkungi karang; 7. = sudahnya, sudahsudahnya
akhirnya, kemudiannya: yg hidup itu sedia akan mati
juga ~nya;
sesudah, sesudahnya setelah sudah, sehabis, selepas, setelah: ~
minum mereka pun berpisah;
sesudah-sudah, sesudah-sudahnya sehabis-habisnya (melakukan
sesuatu), sekehendak hatinya, semahu-mahunya;
bersudah ada sudahnya (akhirnya, penghabisan);
bersudah-sudah telah putus atau habis (persahabatan,
perhubungan, keluarga, perkahwinan, dll);
menyudahi 1. mengakhiri (percakapan, pekerjaan, dll), menghabisi:
ia ~ nasihatnya dgn umpatan; 2. menunaikan (permintaan,
keinginan, dll), memenuhi; 3. ki menamatkan riwayat, membunuh;
ikhtiar menjalani, untung ~ prb utk mencapai sesuatu maksud
mestilah berusaha tetapi berhasil atau tidaknya terserahlah kpd
nasib;
menyudahkan, mempersudahkan 1. mengerjakan hingga habis
(pekerjaan, tugas, dll), menyempurnakan, menyiapkan: mereka
akan berlumba-lumba utk ~ sesuatu kerja; 2. menjadikan berakhir,
menamatkan: patik hendak pergi ke Inderapura, supaya patik
persudahkan pekerjaan Megat Panji Alam itu; 3. mencari
penyelesaian (masalah dll), menyelesaikan: salin dan sudahkan
kira-kira di bawah ini;
kesudahan 1. penghabisan, akhir, akibat: maka diceritakannya dr
mula perbuatannya membunuh itu hingga sampai ~nya; 2.
keputusan (drpd sesuatu), kesempurnaan, keselesaian; 3. akhirnya,
kemudiannya: ~nya rumah di kawasan itu habis musnah;
berkesudahan berakhir (dgn), berkeputusan, berakibat: Ramlah
sakit keras, kerana sedih, rindu, dan sesal tidak ~;
kesudah-sudahan akhir-akhirnya, kemudiannya: maka ~ iaitu kelak
memberi mudarat kpd nyawa;
penyudahan perihal menyudahkan, penyelesaian, penyempurnaan;
penyudah yg akhir sekali, penutup (percakapan dll): barangkali
keluhan itu sampai juga ke telinganya sebab pd ~ cakapnya ia
kelihatan marah-marah.
sudang bp seludang.
sudara bp saudara.
sudera sl golongan atau kasta yg terendah (dlm masyarakat Hindu).
sudi I 1. tidak keberatan (utk melakukan sesuatu), bersedia, rela: jikalau
cendawan ~ tumbuh masakan bumi tidak terima; 2. suka (akan),
berkenan, mahu: kalau tiap-tiap kali pelawaan orang ditolak, boleh
jadi dikatanya tidak ~;
bersudikan berkenan akan, suka akan;
menyudikan, mempersudikan 1. menjadikan sudi (mahu, suka),
memahukan; 2. meminta supaya sudi (melakukan sesuatu),
mengajak supaya mahu, mempersilakan: tamu-tamu dipersudikan
masuk; sudikanlah masuk ke rumah saya; 3. menarik (memancing)
supaya mahu dll (melakukan sesuatu);
kesudian perihal sudi, kemahuan, kerelaan.
sudi II; ~ siasat Mn bertanya-tanya utk menyelidiki (menyiasat dll);
menyudi memeriksai, menyelidiki, menyiasat.
sudi III Kl; menyudi mencuba, menguji.
sudip I alat spt sudu (drpd kayu dll) utk mencedok; ~ sepatu sj alat utk
memudahkan kaki masuk ke dlm kasut;
menyudip mencedok dgn sudip.
sudip II; ~ bekang sj lembing yg matanya lebar.
sudip III sj ikan laut, Chirocentrus dorab.
sudu I 1. paruh yg lebar (paruh itik dll); 2. alat (drpd tempurung,
tembikar, logam, dll) utk mencedok gulai dll, camca, senduk, alat
pencedok (drpd daun pisang dll); 3. = ~ hati tulang hulu hati (tulang
dada yg di bawah sekali);
menyudu 1. mematuk dgn sudu (itik dll): bunyi hirupannya macam
bunyi itik ~; 2. mencedok dgn sudu;
tersudu sudah disudu, dapat disudu; sudah tidak ~ oleh angsa,
baharu diberikan kpd itik prb barang yg tiada berguna kpd orang
kaya (mulia) itu barulah diperoleh orang miskin (hina).
sudu II = sudu-sudu 1. sj tumbuhan (pokok renek), Euphorbia
antiquorum; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Euphorbia nerifolia; ~
itik Kd sj tumbuhan (pokok jenis lembut) yg tumbuh dlm belukar
dan boleh dibuat ulam; ~ di tepi jalan, dipanjat kena durinya,
disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya prb orang cerdik
atau pendekar yg tidak dapat ditewaskan.
suduayah sj tumbuhan (pokok renek yg bunganya boleh dibuat ubat),
Nerium oleander.
suduk Jw ark tikam.
sudung 1. atap (pisang sesikat), kapa-kapa, sengkuap; 2. = sudungsudung
pondok kecil (di ladang dll), dangau, gubuk; 3. ki rumah
(utk merendahkan diri).
sudur rimbunan daun yg paling atas pd pokok-pokok yg hampir sama
tinggi, kanopi.
sudut 1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah
dll): sesudah sembahyang maghrib, sesetengah orang berangkat
pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba
waktu isyak; 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan
yg bertemu: satuan ukuran ~ ialah darjah; ~ 90°; 3. = sudutan
tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut
tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk
melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar
pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi:
beliau telah mengkritik mahaguru itu dr ~ agama bukan dr ~
sastera;
~ bersebelahan sudut yg berada di sebelah sudut yg lain; ~
bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg
bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; ~
bucu sudut bertentangan; ~ cakah sudut yg besarnya lebih drpd 900
tetapi kurang drpd 1800; ~ hati = ~ jantung ki jantung hati, hati
sanubari; ~ lurus sudut yg besarnya 1800, spt yg terbentuk pd garis
lurus; ~ mata ekor (hujung) mata; ~ pelengkap sudut yg apabila
ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 900; ~
refleks sudut yg besarnya lebih drpd 1800; ~ sama sudut-sudut yg
sama besarnya dlm sebuah rajah satah; ~ sepadan sudut yg sama
besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; ~
tegak sudut yg besarnya 900; ~ tirus sudut yg besarnya kurang drpd
900;
menyudut 1. merupakan sebuah sudut; 2. pergi ke sudut, duduk di
sudut.
sueh (suéh) bp malang, sial.
suf (pakaian drpd) bulu domba.
sufal ark sl takik pd busur: maka ditambatkannya pd ~ panah itu tali kail
seni.
sufi Ar = ahli ~ ahli ilmu suluk (tasawuf); ilmu ~ ilmu suluk (tasawuf);
kesufian tingkat pencapaian menjadi ahli sufi: rahsia ~.
sufisme doktrin ahli ilmu suluk (tasawuf): rubai juga digunakan dlm puisi
Melayu utk menulis tema ~ dan falsafah Islam.
sufistik bersifat spt orang tasawuf: puisi-puisi ~ Abdul Hadi W.M.
sufle (suflé)  hidangan yg dibuat drpd telur, susu dll, dipukul hingga
menjadi buih dan dibubuh keju, dll lalu dibakar.
sugar I; menyugar menyikat rambut dgn jari, menggeragas.
sugar II (Parsi) gula.
sugesti (sugésti)  IB 1. pendapat yg dikemukakan (utk dipertimbangkan),
anjuran, cadangan, saran; 2. sesuatu (pengaruh dll) yg dapat
menggerakkkan hati orang dll, dorongan, galakan; 3. bayangan,
gambaran: barang-barang ini hanya memberi ~ kpd kita tentang
kenyataan yg sebenarnya.
sugestif (sugéstif)  menyarankan  tanggapan,  idea, fikiran, dsb tentang
sesuatu: caranya mengarang ~, dipaksanya pembaca berfikir
sendiri; mungkin juga dgn kedudukan set yg tidak ~, beberapa
simbol menjadi keliru.
sugi I 1. = pesugi bilah kayu dll utk mencungkil gigi, kayu yg (dititik
hujungnya) digunakan sbg berus gigi; 2. = ~ landak Mn duri landak;
3. Mn tembakau yg dikemam di dlm mulut, songel: ibunya
meneruskan percakapannya sambil memindah-mindahkan ~nya ke
kiri ke kanan;
bersugi 1. membersihkan (menggosok) gigi dgn sugi: Karim
membasuh muka, ~, dan kemudian menghadapi sarapannya; 2.
mengemam tembakau sambil makan sirih;
menyugi 1. menggosok gigi dgn sugi; 2. mencungkil gigi (sumbu
lampu yg pendek dll): ibu tua itu meletakkan anyamannya dan ~
sumbu pelita yg sudah kian malap nyalanya; 3. mengemam atau
mengulum sugi (ketika makan sirih).
sugi II 1. sj tumbuhan (pokok renek), Mischocarpus sumatranus; 2. sj
tumbuhan (pokok renek), Mischocarpus sundaicus.
sugih Jw kaya, berada.
suguh Jw; menyuguhi 1. memberi makanan kpd (tetamu), menjamu,
memperjamu: ia disilakan singgah ke dlm toko dan disuguhi
minuman yg mahal dan lazat; 2. ki mengemukakan (sesuatu) kpd,
menonjolkan (sesuatu) kpd;
menyuguhkan 1. menyediakan (menghidangkan, menyajikan)
makanan: sementara pembicaraan itu berlangsung, seorang
perajurit Jepun berengsot ~ air teh; 2. ki menyediakan,
memaparkan (karangan dlm akhbar dll), mengemukakan atau
menonjolkan (sesuatu), memperdengarkan (lagu dll): sesudah
beberapa orang kawan ~ lagunya masing-masing, tibalah
giliranku pula; hari-hari yg dilaluinya selepas itu lebih banyak ~
kengerian tentang pembunuhan kejam itu;
suguhan sesuatu yg disuguhkan, hidangan, sajian;
penyuguhan perihal (perbuatan) menyuguhi atau menyuguhkan.
sugul masyghul, (berasa) dukacita, susah hati;
kesugulan kemasyghulan, perasaan dukacita, kesusahan hati.
sugun I; ~ hantu kusut benar (rambut), tidak rapi;
menyugun, menyugunkan menarik rambut (dan menghelakan
kepalanya); disugun hantu kusut benar (rambut).
sugun II Tr tersungkum.
suh panas badan;  suhu.
Suhakam akronim bagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (badan
bebas yg memperjuangkan hak asasi manusia).
suhad sl tidak dapat tidur.
suhian C rumah tempat bersenang-senang (rumah pelacuran dll).
suhu panas sejuknya sesuatu benda (badan, hawa, dll); ~ bilik suhu
normal dlm sesebuah bilik, biasanya pd sekitar 200C.
suhuf Ar (jamak bagi sahifah) 1. kitab suci (yg diturunkan oleh Tuhan kpd
beberapa orang rasul); 2. lembaran yg bertulis, halaman (buku); 
sahifah.
suhun; sekar ~ sj kalung emas.
sui generis (sui généris) (Latin) tersendiri, unggul: Durkheim menegaskan
bahawa fakta sosial adalah ~;
suing bp memukul (dgn menghayunkan tangan), menumbuk.
suir I langsuir.
suir II bp sial, celaka, sueh.
suis alat penghubung atau pemutus litar elektrik, alat (yg dipetik) utk
menyalakan atau memadamkan lampu elektrik; ~ lampu pemetik
lampu;
pensuisan proses atau kaedah memasang suis sesuatu: litar ~.
suit bunyi spt bunyi wisel (orang bersiul dll);
bersuit mengadakan bunyi spt wisel, bersiul;
suitan siulan.
sujana sl orang yg baik budi (bijaksana, mulia, pandai).
sujen (sujén) Jw (lidi dll) pencucuk sate.
suji I = sujian sj jahitan (utk membuat bunga pd kain), sulam, tekat;
bersuji yg disuji, bersulam, bertekat;
menyuji menyulam, menekat: dlm keagungan kerajaan Melayu
Melaka pd abad ke-15 Masihi, teknik menyulam atau ~ benang
emas telah dihasilkan oleh tukang tempatan utk hiasan peterana
dan pakaian raja.
suji II sj tepung yg kasar.
suji III 1. sj ikan laut, Tetrapferus brevirostris; 2. sj ikan laut, Makaira
indica.
sujud Ar 1. berlutut sambil meletakkan dahi ke lantai dlm sembahyang dll:
perbuatan rukuk dan ~ itu merupakan penghormatan drpd seorang
hamba kpd Allah; 2. = sembah ~ memberi hormat dgn bertelut
sambil menundukkan kepala ke tanah (kpd raja, orang yg ditakuti,
dll): ia ~ pd kaki baginda dgn takutnya; 3. ki menghormati akan,
patuh kpd: habis, dia tak ~ pd agama Islam sebelum mati?; ~
sahwi sujud sebanyak dua kali yg sunat dilakukan selepas tahiyat
akhir sebelum salam kerana terlupa melakukan perbuatan spt
membaca doa qunut, tahiyat awal dan ragu tentang bilangan rakaat;
bersujud melakukan sujud: ingin ia cepat-cepat ~ menyembah di
hadapannya;
tersujud duduk membongkok spt bersujud.
suka 1. perasaan girang dlm hati: maka sangatlah sukacitanya ia serta
ditunjukkannya ~nya itu; 2. girang hati, senang hati: semua orang ~
melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela,
sudi: aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~; 4. gemar akan:
orang di sini tidak ~ memakan daging; 5. setuju (dgn), cocok,
sesuai: ayahku tidak ~ duduk di sini; 6. kehendak (kemahuan) hati:
mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh
air; 7. menaruh kasih (kpd), cinta (akan), sayang (akan): dia tidak ~
pd budak-budak; 8. berkenan akan, mahu akan: aku tak ~ engkau
mengganggu mereka; 9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering
kali: kereta ini ~ rosak;
~ hati a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan)
hati; ~ ramai (yg) digemari ramai, popular: lagu-lagu (majalahmajalah)
~ ramai; ~ duka kegembiraan dan kesedihan;
sesuka = ~ hati = sesuka-suka (dgn) sekehendak hati, (dgn)
semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~
mereka;
suka-suka seronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu
projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~;
bersuka = ~ hati = ~ ria bersenang-senang, bergembira;
bersuka-suka bersenang-senang, bergembira, berfoya-foya: tua
muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~;
bersuka-sukaan 1. bersuka-suka: setelah duduk lalu turun pula
memetik bunga mengarang kuntum ~; 2. bh bercinta-cintaan,
berseronok-seronok (berkendak dll): dia pun memimpin tangan
isterinya masuk ke dlm pelaminan ~;
menyukai 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah
itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan
(makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi
atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia
disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa;
4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah
boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka;
menyukakan 1. menjadikan suka, menggembirakan,
menggirangkan: berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang
tuaku; 2. bp menyukai: ibu tidak memaksa kau beristeri dgn orang
yg tidak kausukakan;
sukaan bp 1. segala apa yg disukai, sesuatu yg menyukakan; 2.
orang yg dikasihi, kekasih, kendak;
kesukaan 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan:
tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg
dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar
itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara
memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg
disukai (disayangi, dicintai, dikehendaki).
sukacita senang hati, suka hati, kegembiraan, kegirangan: kanak-kanak yg
pandai akan berasa ~; mereka dgn ~ mengambil peluang ini;
bersukacita bergirang (bersenang) hati, beriang hati, bergembira:
sampaikan aku ke karang cinta, di sanalah tempat ~;
menyukacitakan menyebabkan jadi sukacita, menjadikan sukacita,
menggirangkan, menggembirakan: Rasulullah sentiasa mencari
jalan yg ~nya.
sukai sj tumbuhan (pokok), medang air (hitam, keladi, lebar daun,
sangkak), Nothaphoebe panduriformis.
sukamandi Jk sj kain belacu (berwarna hitam dll).
sukan I segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta
tenaga ( spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll)
yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk
menyihatkan badan, dll);
~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis
memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg
berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll);
S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~
orang yg giat bermain dlm sukan;
bersukan melakukan atau menyertai aktiviti sukan: Andy sering
mengajaknya ~ di kawasan itu;
kesukanan perihal sukan: semangat ~.
sukan II sj tumbuhan (herba), Coleus amboinicus.
sukaneka (sukanéka) sukan yg pelbagai jenis.
sukar 1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah: perkara yg ~; sangat
~ membuat pekerjaan ini; 2. sl serba kekurangan, daif, miskin:
mereka hidup dlm ~; 3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat,
teruk: penyakitnya terlalu ~; 4. tidak mudah mendapat, jarang ada:
wang ~ pd masa ini;
mahal dibeli, ~ dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh; orang
~ baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana
memperoleh kemuliaan (kekayaan);
menyukarkan menjadikan sukar, menyulitkan, menyusahkan:
meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah
maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju;
mempersukar menjadikan lebih sukar;
kesukaran 1. perihal sukar, kesulitan, kesusahan: ~nya makin
bertambah; 2. menderita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~.
sukarela (sukaréla) = dgn (secara) ~ dgn kehendak sendiri, tidak dipaksapaksa,
tidak dikerah, dgn rela hati: mereka dgn ~ membantu petanipetani;
pekerja ~ pekerja yg tidak digaji atau diupah;
bersukarela dgn sukarela (melakukan sesuatu): mereka telah ~
membuat karangan bunga utk diletakkan di tugu peringatan
perang;
kesukarelaan sikap sukarela: sistem kredit itu dapat
menambahkan semangat ~.
sukarelawan (sukarélawan)  orang  lelaki  yg  melakukan  sesuatu  dgn
sukarela: ~ yg ingin memberikan khidmat mereka kpd golongan ini
tidak diperlukan mempunyai kelayakan tertentu;
kesukarelawanan segala hal (sifat, kegiatan dsb) yg berkaitan dgn
sukarelawan: semangat ~ sudah mendarah daging dlm dirinya;
majlis pelancaran pertandingan menulis esei ~ peringkat
kebangsaan.
sukarelawati (sukarélawati) orang perempuan yg melakukan sesuatu dgn
sukarela.
suka ria riang gembira, girang hati, suka hati;
bersuka ria bersuka-suka, bergembira, bergirang-girang: orang
ramai juga turut ~.
sukat I 1. takaran yg besarnya empat gantang; 2. = sukatan ukuran
(panjang, luas, dan isi padu); 3. bp = menyukat mengukur
(menakar dll); tukang ~ bp orang yg mengukur tanah; yg se~ tak
akan jadi segantang prb untung nasib tidak dapat diubah-ubah;
bersukat 1. mengukur (menakar) dgn sukat; 2. diukur (dikira) dgn
satuan tertentu: makanan itu ~ betul-betul; ~ dgn rah sl membunuh
orang;
~ darah, bertimbang daging prb berlawan bermati-matian; telah
penuh sbg ~ prb sudah habis kesabarannya;
menyukat 1. mengukur dgn sukat; 2. mengukur (panjang, luas, isi):
selepas itu aku bekerja di hutan ~ tanah;
sukatan 1. satuan yg digunakan utk menyukat, ukuran: berapakah
luasnya dlm ~ hektar?; sebutkan isinya dlm ~ liter; 2. sesuatu hasil
drpd menyukat (setelah disukat), catuan: di bawah ini diberikan
lagi satu ~ makanan yg memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram
kalori; 3. sesuatu yg digunakan utk menyukat (menentukan,
menilai, dll): sudut itu diukur dgn ~ darjah; ~ pelajaran butir-butir
ringkas drpd mata pelajaran yg diberikan (di sekolah dll);
penyukatan perbuatan menyukat;
penyukat 1. alat yg digunakan utk menyukat (mengukur dll): ~
suhu; 2. orang yg menyukat.
sukat II sl asalkan, jikalau, kalau: ~ aku buraikan perutnya barulah puas
hatiku.
sukduf tempat duduk di atas belakang unta.
suki Mn cukup banyaknya (makanan), limpah mewah.
sukiyaki sj masakan Jepun drpd hirisan daging yg digoreng cepat-cepat
dgn sayur-sayuran dan sos.
sukma sl jiwa, nyawa: ia menahan gelora sedih pilu ~nya.
sukrase (Bio) enzim yg menghidrolisis sukrosa menjadi glukosa dan
fruktosa.
sukrosa (Kim) gula yg banyak terdapat dlm tebu.
sukses (suksés) IB 1. hasil drpd sesuatu (kegiatan, usaha, dll), terhasilnya
(sesuatu), kejayaan: apabila bung menulis buku dan saya
menerbitkannya, kita berdua akan mendapat ~ yg luar biasa; 2.
mendapat kejayaan (kerana melakukan sesuatu), berhasil, berjaya,
beruntung: ayah ~ dlm membela perkara Si Ali yg dituduh
menerima rasuah itu.
suku 1. sl kaki; ~ lembu kaki lembu; 2. tiga bulan; 3. Kd, Pl seperempat
ringgit (25 sen); 4. Id setengah rupiah; 5. = ~ emas sj wang emas yg
digunakan juga sbg ukuran berat emas; 6. sebahagian drpd,
bahagian; ~ kata satuan bunyi yg diucapkan sekali dlm sesuatu kata,
bahagian kata; 7. satu drpd empat bahagian, seperempat (dlm
matematik); 8. = suku-sakat; 9. Mn, NS golongan orang yg
seketurunan (drpd sebelah ibu), kaum keluarga yg seketurunan
(drpd sebelah ibu): maka menyembahlah penghulu yg empat ~
serta lembaga yg dua belas ~; 10. = ~ bangsa golongan bangsa yg
menjadi bahagian kpd bangsa yg besar: mereka ialah orang asli
drpd Kacir dan ~ Shan; ~ Jawa; 11. Kl, Ph, Tr terpisah,
berasingan; duduk ~ duduk berasingan (di rumah dll);
~ abad dua puluh lima tahun; ~ batu seperempat batu yg bersamaan
dgn 440 ela atau 402 meter; ~ jam lima belas minit; ~ kalimat
bahagian drpd sesuatu kalimat; ~ tahun tiga bulan dlm setahun;
~ tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih prb orang sesuku sehina
semalu (hina seorang hina semuanya, malu seorang malu
semuanya); dekat mencari ~, jauh mencari hindu prb mencari
pertalian keluarga, menyusur-galur;
bersuku 1. sl berkaki; 2. mempunyai suku (bahagian-bahagiannya),
berbahagian; 3. berkeluarga (berwaris), berkaum, masuk dlm salah
satu suku; tidak ~ a) tidak termasuk dlm sesuatu suku; b) tidak tahu
adat, biadab;
bersuku-suku berkelompok (berkumpul dll) mengikut suku masingmasing,
berkelompok-kelompok, berpuak-puak: mereka hidup dgn
~ atau berpuak-puak;
sukuan 1. (Mat) bahagian yg besarnya suku drpd bulatan; 2.
menunjukkan atau mengandungi unsur-unsur (ciri-ciri dsb) yg
berkaitan dgn sesuatu suku bangsa, yg ada kaitannya atau
hubungannya dgn sesuatu suku bangsa: bahasa ~; sastera ~;
kesukuan perihal suku, bersifat suku: kadangkala kita terbaca pujipujian
yg ditujukan khas kpd orang Bugis, sekali lagi menunjukkan
sikap ~nya;
persukuan perihal hidup bersuku-suku, berpuak-puak menurut
suku, adat bersuku-suku: akan ditegakkan rumah utk isteri di atas
tanah kepunyaan ~ sendiri;
sepersukuan sama asal keturunannya, sama sukunya, seketurunan:
yg seorang mengatakan Leman adalah ~, yg lain mengatakan
bertali darah.
sukubanyak ark polinomial.
sukudua ark binomial.
sukulen (Bio) mempunyai batang dan daun tebal yg mengandungi banyak
air: tumbuh-tumbuhan ~.
sukulometer (sukulométer) sj alat utk mengukur banyaknya jus dlm buah,
daun atau batang tumbuhan.
sukun I Jw tidak bergigi, rompong.
sukun II sj tumbuhan (pokok), kulur, Artocarpus incisus.
suku-sakat golongan orang yg seketerunan;
bersuku-sakat mempunyai suku-sakat, mempunyai hubungan sukusakat.
sukutiga ark trinomial.
sula 1. = penyula, sulaan sj pancang yg runcing lagi tajam hujungnya (utk
mengopek kelapa, menghukum orang, dll); 2. = hukum ~ =
hukuman ~ hukuman bunuh dgn menikam dr dubur hingga ke perut
dgn sula: kedua-dua orang yg melakukan durjana itu kemudian
dihukum ~; ~ laut sakit perut dgn cirit-birit;
menyula 1. mengopek buah kelapa dgn sula: ~ kelapa; 2. =
menyulakan menikam drpd dubur hingga ke perut dgn sula,
membunuh dgn sula: beberapa orang ketua mereka disula tetapi yg
lain diampunkan.
sulah 1. berdahi luas: yg lelaki sederhana besar badannya, separuh
umur, dan ~ kepalanya; 2. botak, gondol; bangau ~ sj bangau yg
botak kepalanya; gunung ~ gunung yg gondol; lada ~ lada putih.
sulak Kl; menyulak menanam semula (utk menggantikan tanaman yg
telah mati).
sulalah, sulalat Ar keturunan keluarga, asal usul, susur galur; Sulalatus
Salatin asal usul raja-raja (tajuk buku).
sulam I jahitan pd kain (sbg bunga), suji, tekat: sapu tangan yg cantik
dan banyak ~nya; ~ padu sj jahitan yg berselari dan rapat-rapat;
bersulam bersuji atau bertekat dgn: bantal peluknya ~ dgn gambar
rama-rama besar;
bersulamkan bersulam dgn: bantal baldu ~ benang emas;
menyulam menjahit sulam, menekat, menyuji: Aini sedang ~ kain
alas meja ketika sahabatnya datang;
sulam-menyulam pekerjaan menyulam;
sulaman hasil drpd menyulam, sujian, tekatan: diangkatnya barang
~ isterinya;
penyulaman perihal menyulam.
sulam II; menyulam 1. mengganti tanaman yg mati dgn yg baru,
menyilih: benih yg baru ditabur terpaksa ditengok selalu, yg tidak
tumbuh disulam lagi; 2. ki menyelangi atau mencelahi sesuatu
(perbuatan, percakapan, dll) dgn yg lain, menyelitkan sesuatu dgn
yg lain (biasanya utk mengindahkan, menyeronokkan, dll): dia
begitu pandai ~ ceritanya dgn hal yg lucu-lucu;
menyulami ki menyelang dgn, menyelingi: dlm sesuatu pelajaran
hendaklah guru ~ percakapannya dgn memberikan kerja yg
senang-senang; cerita-cerita ini memberi peluang utk disulami dgn
tarian;
sulaman ki sesuatu yg diselingi, selingan: segala adunan dan ~ yg
terkandung dlm cerita ini dapat memuaskan selera.
sulang I; bersulang, bersulang-sulangan, sulang-menyulang 1. saling
memberikan minuman (makanan dll): minum sulang-menyulang; 2.
beradu paruh (burung dll), berlaga;
menyulang, menyulangi memberi minuman dll, mengajak minum;
menyulangkan memberikan minuman dll.
sulang II = ~ asap celaga (jelaga) asap.
sulang III Br 1. sj bekas tembaga utk menyimpan air; 2. sj bekas tembikar
utk menyimpan minyak kemenyan.
sulap I = sulapan permainan silap mata, sunglap;
tukang ~ orang yg bermain sulap; main ~ = bermain ~ memberi
pertunjukan silap mata;
bersulap main sulap;
menyulap 1. bermain sulap, bermain silap mata; 2. ki, bp
menggelapkan (wang dll), menyelewengkan: ~ gaji pekerja; 3. ki,
bp memalsukan (surat dll); 4. ki, bp mengubah dgn cepat (keadaan
yg buruk menjadi baik dll);
penyulapan perihal menyulap;
penyulap orang yg menyulap, pemain silap mata, tukang sulap;
sunglap.
sulap II Jk salah tenunan, silap menenun.
sulap III Br pondok (biasanya didirikan di sawah dll) yg digunakan utk
sementara sahaja.
sulap IV Kl; menyulap mengganti atap yg tua dgn yg baru.
sulat; ~-salit tidak tersusun rapi (gigi), jerongkah.
sulfat (Kim) garam atau ester asid sulfurik.
sulfida (Kim) sebatian sulfur dgn unsur logam.
sulfit (Kim) garam atau ester asid sulfurus.
sulfur (Kim) sj unsur bukan logam, belerang; ~ dioksida (Kim) sj gas yg
tidak berwarna (terdapat apabila sulfur terbakar dlm udara).
sulfurik; asid ~ (Kim) sj cecair tidak berwarna, sangat mengakis, larut
dlm air, dan digunakan utk membuat bahan letupan, baja, dan
penghasilan asid lain.
suli I (Sunda) sl cucu, anak cucu: ~ku nyawa nenenda.
suli II  gandasuli.
sulih Jw ganti, pengganti, wakil;
menyulih, menyulihi mengganti, mewakili.
suling I 1. sj serunai, bangsi, salung, seruling: memetik kecapi dan meniup
~ pd waktu malam; 2. = ~ kapal (kereta api) peluit (wisel) utk
memberi semboyan (pd kapal, kereta api);
meniup ~ berbunyi bangsi, maka bangsi itu patah-patah prb lain yg
dihajati, lain yg diperoleh;
menyuling meniup suling: Panji ~ Sri menari.
suling II 1. = sulingan cairan yg diperoleh drpd wap (sesuatu yg direbus,
dikukus, dll); air ~ = air sulingan air drpd wap air yg disejukkan; 2.
Br alat drpd tanah liat utk mendapatkan suling;
menyuling mengewapkan sesuatu (minyak dll) dan kemudian
menyejukkannya hingga menjadi cairan, membuat wap jadi cairan:
di negeri Arab, air minum disuling drpd air laut;
sulingan cairan yg diperoleh dgn cara menyuling, suling;
penyulingan perbuatan menyuling;
~ berperingkat (Kim) penyulingan utk mengasingkan campuran
cecair yg mempunyai pelbagai takat didih yg berbeza (dgn
menggunakan turus pemeringkatan); ~ stim (Kim) penyulingan yg
dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal
mudah meruap atau cecair mudah meruap utk mengasingkannya
drpd bahan yg tidak meruap;
penyuling alat utk menyuling.
suling III Mn kepala ke bawah dan kaki (buntut dll) ke atas, jungkir,
tunggang; ~-daling = ~-paling tunggang-langgang, tunggang-balik;
menyulingkan meletakkan kepala ke bawah dan kaki ke atas,
membalikkan, menjungkirkan, menunggangkan;
tersuling terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), tertunggang.
suling IV Kl; menyuling menggigit serta menarik (atau mengoyak) dgn
gigi.
sulit 1. dirahsiakan, tersembunyi, rahsia: segala perkara yg didapati drpd
penyiasatan itu dianggap sbg perkara ~; 2. tidak terang-terangan,
tersembunyi, gelap: pembunuhan itu terjadi dgn pertolongan
secara ~ seorang menteri Jepun; 3. gelap (perkumpulan dll),
haram; kumpulan ~ kumpulan penjahat (secara gelap); pasar ~
pasar haram (di sisi undang-undang); 4. jarang terdapat atau
diketemui, susah dicari; perkataan yg ~-~ perkataan yg jarangjarang
ditemui; 5. sukar, payah, susah: pertanyaan itu ~ utk
dijawab; 6. sukar, gawat, rumit, ruwet: perkara ini menjadi
bertambah ~ lagi kerana adanya dlm sastera Melayu kebiasaan
menyalin atau menyadur;
menyulitkan 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan,
menyusahkan: soal wang selalu ~; 2. menjadikan sulit
(tersembunyi), merahsiakan;
mempersulit menjadikan lebih sulit;
kesulitan perihal sulit, kesukaran, kesusahan, kerumitan: saudara
harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang,
kesukaran mendapatkan wang.
suloi sj tumbuhan (paku-pakis), Cyclophorus acrostichoides.
sultan Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di
mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan
sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran
atau nasihat orang lain);
kesultanan 1. kawasan (wilayah) yg diperintah oleh sultan,
kerajaan, negeri (di bawah pemerintahan sultan); 2. istana sultan; 3.
kedudukan (taraf) dan kekuasaan atau pemerintahan sultan:
makyung terus-menerus mendapat semacam naungan dr istana
Perbaungan sehingga tahun 1946, tahun berlakunya kemusnahan
~ dan kemangkatan Sultan Sulaiman sendiri.
sultana sj kismis drpd anggur berwarna hijau jernih, yg biasanya
digunakan dlm membuat kek, puding dsb: kek ~.
sultanah Ar raja perempuan, tengku ampuan, permaisuri.
sultanat Ar kerajaan (di bawah seorang sultan), kesultanan.
sultani Ar perihal sultan, kesultanan.
sulu I ark  suluh I.
Sulu II suku kaum peribumi yg berasal dr Kepulauan Sulu, Filipina.
sulub  salbi.
suluh I 1. sesuatu yg digunakan utk menerangi (daun kelapa kering yg
dibakar dll), jamung, obor: di sana sini kelihatan ~ terkelip-kelip;
lampu ~ sj lampu yg menggunakan bateri, lampu picit; 2. =
penyuluh sl orang yg mencari rahsia, mata-mata gelap, pengintip,
perisik;
bersuluh menggunakan suluh (utk menerangi): sudah terang lagi ~;
bersuluhkan menggunakan (sesuatu) sebagai suluh; ~ bulan tidur
di bawah langit (tidak berumah);
bagai ~ tengah hari prb a) = lagi terang lagi bersuluh perkara yg
sudah terang dan nyata (sehingga diketahui umum); b) mensiasiakan
wang (tenaga dll); bukannya ~ batang pisang, ~ bulan
matahari prb sudah terang dan nyata sekali (perbuatan, kejahatan,
dll);
menyuluh, menyuluhi 1. menerangi dgn suluh: sinar neon yg
benderang ~ sekitar bandar raya itu; di bawah bantalku ada
lampu picit, aku ambil utk ~ jalan keluar; 2. mencari ikan (berburu
dll) dgn suluh: ~ burung; 3. mencari-cari rahsia (keterangan dll),
menyelidiki, merisik: kawan-kawannya pergi ~ gerakan lanun yg
dikatakan sedang bergerak ke utara Tanah Melayu; 4. ki
menerangi (memberi penerangan), memberi petunjuk: ~ manusia
supaya mengikuti jalan yg benar;
penyuluhan 1. perihal menyuluh (mengintip, mengintai, dll),
pengintaian, penyelidikan; 2. ki penerangan;
penyuluh 1. orang yg tugasnya mencari rahsia, pengintip, perisik,
suluh: ia akan dibicarakan atas tuduhan menjadi ~ musuh; 2. ki
pemberi penerangan (petunjuk dll): ibu memberi pelajaran utk ~
kehidupanmu.
suluh II; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar montek
(serepat), Urceola torulosa.
suluk I 1. jalan ke arah atau utk mencapai kesempurnaan batin, mistik,
tarekat, tasawuf; ilmu ~ ilmu utk mencapai kesempurnaan batin,
ilmu tasawuf; ahli ~ ahli tasawuf; 2. pengasingan diri, khalwat;
masuk ~ = bersuluk;
bersuluk mengasingkan diri, berkhalwat (utk bertafakur,
menenangkan fikiran, dll).
suluk II Jw sj nyanyian (dlm pertunjukan wayang).
Suluk III suku kaum peribumi yg tinggal di pesisiran pantai timur Sabah,
terutamanya di daerah Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan
Semporna.
sulung I yg terdahulu (mula-mula sekali), yg tertua;
anak ~ anak yg pertama (tertua); bahasa ~ perkataan kanak-kanak
(ketika mulai bercakap); buah ~ buah yg pertama (drpd pohon); gigi
~ gigi yg mula-mula tumbuh.
sulung II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Gynochthodes
sublanceolata.
sulup I sj perahu;  selup.
sulup II Br tempat berteduh (di tepi jalan dll), pondok.
sulur I 1. pucuk ranting drpd tumbuhan yg melata atau melilit, carang,
julai; 2. akar yg tumbuh drpd cabang dll (pokok beringin, ara, dll);
3. (Bio) tunas yg menjulur (drpd tumbuhan spt bawang dll); 4. Id
garisan (dawai dll) yg berlingkar-lingkar spt spring; ~ batang
berbentuk melingkar-lingkar spt spring;
~ bayung sj ukiran yg berupa tunas (pd bumbung dll); ~-bulur a)
berbelit-belit tidak keruan; b) tidak menentu (percakapan dll); ~
paut sj julai yg tidak berdaun drpd beberapa jenis tumbuhan (utk
berpegang atau berpaut pd batang lain); ~ tiang sambungan pd
puncak tiang;
bersulur ada sulurnya, tumbuh sulurnya;
menyulur keluar memanjang (tunas drpd beberapa jenis tumbuhan),
menjalar, menjulur;
sulur-suluran tumbuh-tumbuhan yg menjalar (rotan, sirih, dll).
sulur II sl penyuluh, perisik;  suluh I.
sulur III Pl alas sirih utk pengantin.
sulut Jk; menyulut memasang api, menyalakan: orang itu memberikan
sebatang rokok yg kemudian disulutnya;  sundut III.
sum sl = perahu ~ sj perahu (kapal) Siam.
sumazau sj tarian tradisional kaum Kadazan di Sabah.
sumba Kd duri atau serpihan kayu yg tajam.
sumbang I 1. tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan, dll), melanggar
adat, tidak sopan: dia telah melakukan sesuatu yg ~ pd mata dan
pengertian masyarakat kampung; kalau kita tidak suka lagi
mematuhi adat ini tidakkah kita dipandang ~ oleh orang ramai?;
anak ~ anak luar nikah, anak haram; 2. salah atau silap (sesuatu
perbuatan dll), keliru; langkah ~ tersilap langkahnya (dlm silat);
tegak ~ terkeliru tegaknya (dlm silat); 3. tidak sedap didengar atau
dilihat (bunyi-bunyian, perbuatan, kelakuan, dll), tidak seimbang
atau tidak setara, janggal, palsu, sember; suara ~ a) suara yg tidak
sedap didengar, sember; b) ki percakapan bermusuh-musuhan;
~ balai melintang berzina dgn orang yg tidak boleh dikahwini (pd
agama atau adat); ~ kadim bermukah dgn keluarga yg rapat; ~
kelakuannya buruk lagi keji kelakuannya; ~ langkah a) = langkah ~
tersilap langkah (dlm silat); b) tersalah perbuatan atau gerak-geri,
tidak senonoh (perbuatan); ~ mahram perlakuan zina yg berlaku
antara dua orang anggota terdekat dlm sesebuah keluarga, mis
antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak
perempuannya; ~ melangsi lebih tinggi drpd yg seharusnya (nada
suara); ~ pati sl bermukah dgn saudara sendiri; ~ salah melakukan
zina;
menyumbangkan; ~ langkah a) sengaja membuat langkah
sumbang dlm silat (utk mengumpan lawan); b) melakukan sesuatu
yg bertentangan dgn adat, melanggar adat;
menyumbang-nyumbangkan memburuk-burukkan atau menghinahinakan
orang (dgn menuduhnya melakukan perbuatan sumbang):
orang lain sudah biasa ~ Hanafi dgn nona pos itu;
kesumbangan perihal sumbang (bkn perbuatan dll), keadaan dsb
sumbang.
sumbang II; ~ saran perbincangan intensif utk menyelesaikan masalah
tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dsb.
menyumbang 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan
keramaian (sbg bantuan, sokongan), memberi solok: banyak orang
yg ~ ketika ia mengadakan kenduri; 2. turut membantu atau
menyokong (dgn tenaga, wang, dll): mereka ~ ke arah penubuhan
Universiti Kebangsaan dgn masa dan tenaga;
menyumbangkan memberikan sesuatu (tenaga, wang, dll) sbg
sokongan atau bantuan, memberikan bantuan (pertolongan):
beberapa orang anak muda kami masuk hutan ~ tenaga dlm
gerakan gerila melawan Jepun; namun Islamlah yg ~ ciri-ciri yg
dominan dlm kebudayaan Islam;
sumbangan 1. sesuatu yg diberikan sbg bantuan (kpd keramaian
dll); 2. bantuan atau pertolongan yg diberikan, sokongan:
mahasiswa kita masih sedikit sekali memberi ~ kpd tanah air;
senarainya telah digunakan di peringkat antarabangsa dan telah
memberi ~ yg besar terhadap kajian cerita rakyat;
penyumbangan perihal memberikan sumbangan;
penyumbang orang yg memberikan sumbangan, orang yg
menyumbang.
sumbangsih sesuatu (tenaga, wang, dll) yg diberikan sbg bantuan,
sokongan, sumbangan.
sumbar Jw; bersumbar, menyumbar bercakap besar, menyombong:
mereka sama ~ sahut-menyahut.
sumbat = penyumbat sesuatu yg digunakan utk menutup lubang (liang,
mulut botol, dll), pemalam, penutup; ~ botol penutup botol (drpd
gabus dll);
menyumbat 1. menutup (lubang, liang, mulut botol, dll) dgn
sumbat, menyumpal: ~ telinga dgn kapas; 2. memasukkan sesuatu
(padat-padat) ke dlm, mengisi: mereka sedang ~ guni-guni tadi dgn
barang-barang itu;
menyumbatkan 1. menggunakan sesuatu utk menyumbat: dicari
kayu hendak disumbatkan pd lubang itu; 2. memasukkan sesuatu
ke dlm, mengisikan: bapanya sedang diikat dan kemudian
disumbatkan ke dlm guni;
tersumbat 1. tertutup (dgn sumbat dll), tersumpal: rongga-rongga
ini ~ dgn biji-biji gabus; 2. terisi, termasuk: nasi yg ~ dlm mulutnya
menyebabkan dia membisu; 3. seolah-olah tertutup atau tersekat
kerongkongan (kerana termengkelan dll);
sumbatan hal tersumbat (tertutup atau tersumpal): gejala yg
terakhir ini merupakan tanda bahawa radang sudah
mengakibatkan bengkak dan ~ pd saluran nafas; ~ salur itu
memerlukan suatu rawatan yg khusus.
sumbel; songsang ~ Jk pontang-panting, jungkir-balik, tungganglanggang.
sumber 1. mata air, perigi, sumur; ~ minyak telaga minyak; 2. asal, mula,
punca: cukai eksport merupakan ~ kewangan negara yg penting;
bahasa ~ sesuatu perkataan bahasa asal sesuatu perkataan (yg telah
menyerap ke dlm bahasa yg lain);
bersumber berasas (pd), bersandar (pd): konsep sejarah ~ pd
peristiwa-peristiwa yg berunsurkan kebenaran hakiki;
bersumberkan mempunyai sesuatu sbg sumber: buku yg ditulis ~
falsafah Yunani; kita tidak dapat menafikan lagi bahawa undangundang
akhlak yg semulia-mulianya haruslah ~ al-Quran dan
Sunah.
sumbi I sj kayu peregang kain (pd alat tenun).
sumbi II = gigi ~ a) gigi yg ditampal; b) gigi tambahan atau buatan
(biasanya diselit di celah-celah gigi yg jarang): empat pasang ~
emas terserlah di antara dua bibirnya;
bersumbi memakai atau mempunyai sumbi: dia ~ emas;
menyumbi 1. membaiki bahagian tepi sesuatu yg rosak; 2.
menampal gigi (periuk dll) yg berlubang; 3. mengganti papan
perahu dgn papan baru dll.
sumbing 1. serpih pd tepi (pinggan mangkuk dll), rompes sedikit pd
bahagian yg tajam (mata pisau dll), sompek: pahat itu hendaklah
cukup keras supaya tidak mudah ~ matanya; 2. cabik yg dalam
(bibir dll), terbelah: alangkah baik berbini ~, sungguh marah
tertawa juga; 3. ki dibuat-buat (ketawa, senyum, dll): kemudian ia
tertawa ~ mengejek;
~ melalui, retak melampaui garis prb kesalahan yg amat besar; ~
menitik patah mengimpal prb barang yg dipinjam kalau rosak
hendaklah dibaiki;
menyumbingkan menyebabkan sumbing (pecah sedikit di bibir
pinggan, mata parang dsb): cara membasuh yg kasar boleh ~
pinggan dan cawan kaca yg dibasuh itu.
sumbu I 1. kain (benang, kapas, dll) pd lampu yg dinyalakan, benang dll
dlm lilin: anak mancis itu lambat-lambat dicucuk ke ~ pelita; 2. tali
api-api (pd mercun, meriam kuno, dll), murang, tunam: ~ meriam;
menyumbui 1. memasang sumbu pd, memberi bersumbu; 2. ki
mengapi-apikan (supaya orang marah dll);
persumbuan lubang tempat sumbu (pd meriam kuno).
sumbu II 1. gandar roda; 2. garisan lurus dr kutub utara terus ke kutub
selatan, paku alam.
sumbu III = ~ badak cula badak; badak ~ sj badak yg besar culanya,
Rhinoceros sondaicus.
sumbu IV sj ikan laut, Lactarius lactarius.
sumbuk sl sj perahu.
sumbul I Jw sj bakul yg bertutup.
sumbul II Mn sembul.
sumbur Mn; menyumbur keluar menonjol, menyembul;  sembul.
sumbut Jw ark berpadanan atau berpatutan (dgn tenaganya, wangnya,
dll).
sumengit sj tumbuhan (herba), Nyptis suaveolens.
sumin; ~ bukit = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), malam petai, rami
bukit (bulan, hutan, jantan), rom baharu bukit, Alchornea villosa.
sumir bp pendek, ringkas;
menyumirkan memendekkan (karangan, perkara, dll),
meringkaskan.
sumo sj perlawanan gusti cara Jepun.
sumpah I 1. pengakuan yg dibuat (dgn bersaksikan Tuhan atau sesuatu yg
dianggap suci) utk menguatkan apa yg dikatakan dll: berani aku
katakan ini dgn ~; dimakan ~ menderita (sakit dll) kerana membuat
sumpah bohong; makan ~ a) sudah mengucapkan sumpah; b)
membuat sumpah bohong; mengambil ~ menyuruh membuat
sumpah; 2. pengakuan bahawa apa yg dikatakan itu memang benar
(berani melakukan sesuatu dan berani menderita sesuatu jika
pengakuannya itu tidak benar); ~ potong ayam sumpah dgn
menyembelih ayam (bagi orang Cina sahaja); 3. kata-kata yg
mengutuk (maki hamun dll), kutuk, tulah: Si Tenggang menjadi
batu kena ~ ibunya; 4. janji yg teguh utk melakukan sesuatu, ikrar:
baginda telah mengangkat ~ utk memerintah negeri ini dgn adil;
~ besi kawi sumpah dgn meminum air yg di dalamnya telah
direndam besi kawi; ~ celur (celup) sumpah dgn mencelupkan
tangan dlm air (minyak) yg mendidih; ~ jabatan Id sumpah yg
dibuat pd waktu memegang jawatan; ~ jilat besi sumpah yg dibuat
dgn menjilat besi panas; ~ keramat sumpah yg dibuat di tempat yg
dianggap keramat; ~ menyelam sumpah yg dibuat oleh dua orang yg
menyelam (siapa yg lebih lama dlm air dialah yg benar); ~ minum
air keris sumpah dgn meminum air keris (yg dianggap sakti); ~
palsu sumpah bohong; ~ Quran sumpah yg dibuat dgn memakai
Quran; ~ seranah = ~ serapah berbagai-bagai sumpah; ~ setia
sumpah utk menyatakan kesetiaan; ~ uji api sumpah dgn
menggunakan api;
bersumpah 1. menyatakan kebenaran dll sesuatu perkara dgn
sumpah, menyatakan kesetiaan dll dgn sumpah, mengangkat
sumpah: jikalau tuan kurang percaya mari ~ kalam Allah; ia ~
akan setia kpd janjinya; 2. berjanji sungguh-sungguh (akan
melakukan atau mematuhi sesuatu), berikrar: ia berazam, ~, tidak
akan beristeri dua;
bersumpah-sumpahan sl saling melakukan sumpah (bersumpah),
berteguh-teguhan janji: maka kedua-duanya pun ~lah;
menyumpah 1. mengucapkan sumpah, mengangkat sumpah,
bersumpah: maka ~ Tuanku Datuk Nakhoda Tua titahnya, “Jikalau
selamat geliung panjang ini tiba di Tanah Jawa, beta
kahwinkanlah anakanda dgn barang siapa yg menyelamatkan
beta”; 2. = menyumpahi menghamburkan kata-kata yg tidak baik
kpd, mengutuki, menyeranah: puteri itu ~ Pulau Langkawi menjadi
daerah kering tandus hingga tujuh keturunan; dulu dia
menyumpahi dirinya, disangkanya tidak menurunkan baka;
menyumpah-nyumpah mengeluarkan kata-kata yg kesat terhadap
seseorang atau sesuatu berulang kali atau berturut-turut: beberapa
orang ~ apabila tayar basikal mereka tidak mahu berpusing
disumbat tanah;
mempersumpahkan 1. membenarkan membuat sumpah, menyuruh
bersumpah; 2. membuat sesuatu kenyataan dgn sumpah, bersumpah;
sumpahan sesuatu yg disumpah, sumpah: begitulah ~ ayahnya sbg
ganjaran dosanya;
persumpahan perihal bersumpah, akuan, ikrar.
sumpah II; balik ~ = sumpah-sumpah sj binatang kecil yg seakan-akan
cicak, kulitnya berwarna hijau dan boleh bertukar warna mengikut
keadaan sekeliling, Calotes cristatellus.
sumpah bohong sumpah yg bersalahan dgn kebenaran;
bersumpah bohong berbohong setelah mengangkat sumpah utk
memberikan keterangan yg benar.
sumpal padat, sumbat;
menyumpal menyumbat: kemudian ia mengambil kain-kain buruk,
~ kedua-dua tumit sepatunya;
menyumpalkan menyumbatkan;
tersumpal tersumbat.
sumpel Jk sumpal.
sumping Jk sj perhiasan yg dilekatkan di telinga (berbentuk sayap); 
sunting.
sumpit I 1. = sumpitan alat yg merupakan pembuluh (drpd buluh dll) utk
melepaskan damak dgn meniup, temiang; 2. alat (yg berupa
pembuluh drpd kaca dll) yg berlubang halus utk memancutkan air
dgn kuat;
menyumpit meniup sumpitan utk melepaskan damak, melepaskan
damak pd sesuatu (dgn sumpitan): kalau terlihat tupai melompat dr
dahan ke dahan habis disumpitnya;
sumpitan sumpit; lurus ~ hendak mengena = lurus-lurus ~ prb tipu
muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri;
penyumpit orang yg menyumpit.
sumpit II; ikan ~ = sumpit-sumpit 1. sj ikan laut, Toxotes jacula; 2. sj
ikan darat, Toxotes jaculatrix.
sumpit III = sumpit-sumpit sj karung yg dianyam drpd mengkuang dll
(bekas beras dll): bukunya sudah dimasukkan ke dlm ~ mengkuang;
menegakkan ~ tak berisi prb a) orang bodoh (miskin) yg berlagak
pandai (kaya); b) perbuatan yg sia-sia sahaja; spt ~ (abu)
ditegakkan = bagai ~ dihentakkan prb ejekan utk orang yg gemuk
dan lembam.
sumpit IV alat utk menyuap makanan (orang Cina), sepit.
sumpu sj tumbuhan (herba), kerak-kerak, Bonnaya antipoda.
sumpuh; ~ bulan = ~ kering sj tumbuhan (herba), penggahir, penggeheh,
penggeli, sagut, Aglaonema angustifolium.
sumsum isi dlm tulang panjang yg berwarna merah kehitaman, tulang
hitam, benak; meresapi tulang ~ = sampai ke tulang ~ ki mendalam
sekali (rasa sejuk dll); bubur ~ sj bubur yg diperbuat drpd tepung
beras.
sumur perigi, telaga: mandi di ~;
~ bor Id sj perigi yg airnya memancut dr tanah (tidak perlu dipam
ke atas); ~ buta = ~ mati perigi yg telah kering (tidak dipakai lagi);
~ minyak telaga minyak; ~ pantik Jk pancuran air yg dibuat dgn
memasukkan paip ke dlm tanah;
~ digali air terbit prb hasil yg didapati lebih drpd yg diharapharapkan;
~ (di) tepi jalan prb perempuan yg tidak senonoh
kelakuannya (perempuan lacur); bagai ~ (di) tepi rawa = bagai
bersumur (di) tepi rawa prb orang yg selalu cemburu.
sumurung ark melebihi yg lain (kedudukan, pangkat, dll), terutama
(terbaik), unggul.
sun C; tembakau ~ sj tembakau yg baik.
sunah Ar peraturan atau adat yg berdasarkan perbuatan dan perkataan
Nabi Muhammad SAW yg digalakkan amalannya; Ahli S~
Waljamaah golongan yg berpegang teguh pd perbuatan dan
perkataan Nabi Muhammad SAW.
sunai; ~ laut sj tumbuhan (herba), bunga butang, seremai, serenah laut,
serunai (laut), Wedelia biflora.
sunam; menyunam terbang (terjun dll) ke bawah dgn kepala dahulu,
menjunam, menukik;
menyunamkan menggerakkan dll ke arah bawah, menjunamkan,
menukikkan.
sunan Jw raja (di Solo dll);
kesunanan daerah kekuasaan sunan.
sunat I hukum menggalakkan sesuatu perbuatan (dlm Islam) yg
menjanjikan ganjaran pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika
ditinggalkan: berpuasa pd setiap hari Isnin dan Khamis atau pada
hari Isnin, Khamis dan Jumaat hukumnya ~;
puasa ~ puasa yg tidak diwajibkan (mis puasa enam dlm bulan
Syawal dll); sembahyang ~ sembahyang yg tidak diwajibkan (selain
sembahyang lima waktu);
disunatkan dianjurkan mengerjakan sesuatu (tidak diwajibkan):
sebelum ihram, ~ mandi dan sembahyang ihram dua rakaat.
sunat II = ~ rasul khatan; tukang ~ orang yg mengkhatankan, bengkong,
mudim;
bersunat = ~ rasul dikhatankan, masuk Jawi, bersuci: kata kawankawannya
yg telah ~ di rumah sakit, doktor pakai ubat pelali dan
tentunya tidak terasa apa-apa;
menyunat memotong kulup, mengkhatankan;
menyunati Jk = menyunatkan;
menyunatkan, menyunatrasulkan mengkhatankan: aku
menjalankan segala tugas orang tua sampai kpd ~nya;
sunatan majlis (kenduri) berkhatan: pagi itu pagi ~ anak yg ketiga
seorang kaya; anak ~ anak yg disunatkan.
sunbulat Ar nama segugusan bintang (Virgo).
sundae aiskrim yg di atasnya dibubuhi sos manis, kacang, krim putih dsb.
sundai Mn; limau ~ sj limau purut (utk menggulai).
sundak I Mn; menyundak 1. = tersundak terhantuk (terlanggar,
tertumbuk) pd, membentur, menyondol: ia bangkit berdiri, hampirhampir
tersundak pd lampu gantung; 2. naik (air), pasang: kolek itu
tidak dapat dilajukan sangat kerana pasang sudah ~ .
sundak II ark hujung (duri dll) yg tajam, sengat.
sundal I 1. tidak elok kelakuannya (bkn perempuan), jahat, lacur: kau
memang gatal, ~; 2. perempuan lacur, perempuan jalang; ~ bolong
sj hantu puntianak, langsuir;
bersundal, menyundal menjadi sundal (bkn perempuan), menjadi
pelacur, melacur;
mempersundalkan menyebabkan atau memaksa (seseorang)
menjadi sundal atau perempuan lacur;
persundalan perihal bersundal (menyundal), pelacuran.
sundal II; ~ malam sj tumbuhan (herba yg berbunga), kerak nasi, sandar
malam, sedap malam, siku dangan (dengan), Polianthes tuberosa.
sundang 1. = keris ~ sj keris yg lebar bilahnya spt bilah pedang; 2. Jh
senjata.
sundari sj alat (dipasang pd layang-layang) yg berbunyi apabila ditiup
angin.
sundatang sj alat bunyi-bunyian bertali dua yg dipetik, biasanya terdapat
di Sabah.
sundusi, sundusin ark sl kain sutera yg berpakankan benang emas.
sundut I Mn ark anak cucu, keturunan; ~-bersundut sampai ke anak cucu,
turun-temurun.
sundut II Mn; menyundut membawa dgn tandu dll, mengusung.
sundut III Jk bakar, cucuh, sulut; bedil (meriam, senapang) ~ bedil
(meriam, senapang) yg dicucuh dgn api apabila hendak diletupkan;
menyundut mencucuh, menyulut.
sungai tali air yg semula jadi, batang air, kali: ~ Pahang;
anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian
sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai,
udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi
jangan dipagut oleh ikan kecil-kecil prb jikalau kita membuat
sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur
oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil;
ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb
sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan.
sungga 1. benda yg tajam atau roda bergerigi utk memacu kuda, pacu; 2.
buluh atau bilah yg ditajamkan dan dipacakkan di tanah, ranjau,
suda;
menyungga menggertak (kuda) dgn sungga supaya kencang
larinya, memacu.
sunggi Jw; menyunggi menjunjung.
sungging I lukisan atau perhiasan (berwarna-warni); juru~ pelukis
sungging; seni ~ seni membuat gambar perhiasan;
menyungging melukis dgn warna-warni (cat dll), mewarnai
(lukisan dll);
tersungging 1. sudah disungging (lukisan); 2. ki terlukis
(senyuman): akhirnya ~lah di bibirnya sebuah senyuman.
sungging II Mn; menyungging menungging.
sunggit  sungkit.
sungguh 1. tidak bohong, tidak lancung, benar, betul: ~ demikianlah yg
sebenar-benarnya kejadian; 2. = ~ hati = sungguh-sungguh tidak
main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus
diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya;
3. amat, sangat, terlalu: bising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar;
letih ~ rasa badan saya; 4. memang, sebenarnya, sebetulnya: ~ ada
bapamu meninggalkan engkau emas;
sesungguhnya 1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari
yg telah lalu, laki-laki perempuan banyak datang menemui dia; 2.
memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang,
matahari sudah condong benar ke barat;
bersungguh-sungguh (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn
penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu
pengakuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan?
menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi Mn
mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (tidak main-main, dgn
sedaya upaya): maka diangkat tiada terangkat, maka disungguhi,
terangkat sehingga lutut;
menyungguhkan 1. mengakui, membenarkan, mengesahkan:
sekalian yg mendengar itu ~; 2. = mempersungguhkan
mengusahakan benar-benar (dgn segenap hati): segala amalan
mengutamakan penggunaan bahasa Kebangsaan akan dimajukan
terus, bahkan mustahak dipersungguhkan lagi; 3. = ~ diri menjaga
diri supaya selamat (drpd musuh dll);
kesungguhan perihal (sikap dsb) sungguh-sungguh, kebulatan hati,
minat serta ketekunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia
mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat
amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm
usahanya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu;
penyungguhan perihal menyungguhkan (membenarkan,
mengiakan), pembenaran, pengesahan.
sungguhpun meskipun, kendati, walaupun: ~ tidak dipelawa masuk,
orang itu naik juga.
sungkah Mn; menyungkah, menyungkahkan memakan hingga habis,
memakan dgn rakus.
sungkai I sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat ubat sakit gigi),
Peronema canescens.
sungkai II Br 1. berbuka puasa; 2. tidak berpuasa.
sungkal; ~ bajak mata bajak, nayam;
menyungkal membalikkan tanah dgn sungkal bajak, membajak,
menenggala.
sungkan Jw tidak mahu (mengerjakan sesuatu), enggan, segan.
sungkap; tersungkap tidak melekat lagi (kertas yg ditampal ke dinding
dll), terlepas, tertanggal.
sungkawa Jw sedih hati, susah hati, gundah;
bersungkawa bersedih hati, berdukacita, berkabung; 
belasungkawa.
sungkit; menyungkit 1. mencungkil, mengungkit, mengumpil: pekerja itu
~ batang pokok yg tumbang; 2. menguis bola ke atas dgn pantas
menggunakan kaki dlm bola sepak atau pemukul dlm hoki dsb:
pemain itu ~ bola dr sebelah kanan pintu gol;
sungkitan perihal (perbuatan atau hasil) menyungkit: beliau juga
memegang tugas tetapnya selaku penyudah pukulan sudut penalti
negara menerusi gaya ~.
sungkuk ark; tersungkuk, tersungkuk-sungkuk menunduk dgn
melengkungkan belakang, membongkok-bongkok.
sungkum ark; menyungkum meniarap dgn muka mencecah atau kena pd
tanah dll, menekapkan muka pd (ribaan ibu dll); ~ tanah sujud;
tersungkum tersembam (muka ke tanah dll).
sungkup = penyungkup sesuatu (barang yg berongga di dalamnya spt
tudung saji dll) yg digunakan utk menutup, tudung;
bersungkup ditutup dgn sungkup, bertudung: nasi yg telah lama
dihidangkan di meja makan masih ~ dgn tudung saji;
menyungkup, menyungkupi menutup dgn sungkup, menudung,
menutup: ~ makanan dgn tudung saji;
menyungkupkan menutupkan sesuatu pd, menudungkan;
tersungkup tertutup dgn sungkup dll, tertudung;
sungkupan sj bakul utk menyungkup pakaian (yg dikeringkan dll).
sungkur I; ~-sangkar tertiarap (dgn tangan dan kaki terdepang); ~
sembam tersembam (muka mencium tanah); sang ~ babi (yg
merosakkan tanaman);
bersungkuran tersembam (jatuh dsb) dgn kepala tertunduk rendahrendah:
sekalian rakyat tentera menghadap baginda sujud
kepalanya masing-masing lalu ke tanah ~;
menyungkur 1. menundukkan kepala rendah-rendah (spt kerbau
hendak berlaga dll): budak itu ~ di hadapannya meminta ampun; 2.
menggali-gali tanah dll dgn muncung (babi dll): mereka ~ tanah dgn
hidungnya mencari akar utk dimakan;
tersungkur jatuh dan mukanya terkena tanah, jatuh tersembam,
jatuh tertiarap: dgn sekali panah, kijang itu pun ~lah lalu mati;
sungkuran; nyiur ~ nyiur yg masih muda (boleh dicungkil isinya).
sungkur II Mn alat utk mencedok atau menggali tanah dll, penyodok
(tanah dll), skop;
menyungkur menyodok tanah dll dgn sungkur.
sunglap silap mata;  sulap I.
sungu I Jw tanduk.
sungu II Mn muncung yg panjang, jongor; ~ badak cula (sumbu) badak;
singkat ~ ki lekas marah, pemarah.
sungul; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan, kedondong pasir,
kerat telunjuk, tiup, Canarium rufum.
sungut I 1. = sungut-sungut, sesungut alat perasa yg menyerupai rambut
dan terdapat pd beberapa jenis serangga dll: lipas mempunyai
sayap dan ~ yg panjang; 2. kumis, misai: ~ kucing.
sungut II = ~ leter gerutu, omel, rungut, comel: muka masam dan ~ pd
tiap-tiap hari;
bersungut, bersungut-sungut mengomel, menggerutu, merungut,
mencomel: sbg melepaskan perasaan, mereka ~ dan menyumpahnyumpah
dr belakang;
menyungutkan bersungut tentang (sesuatu): mereka akan terasa
kehilangan kalau tidak ada peraturan utk disungutkan;
sungutan kata-kata dsb yg melahirkan perasaan tidak puas hati
(tidak suka dsb), omelan.
suni Mn sunyi.
sunjam ark; tersunjam jatuh kepala dahulu, jatuh menjunam, jatuh
terjungkir; hunjam.
sunnah sunah.
sunni Ar ahli sunah.
suntang; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Brucea amarissima.
sunti I = ~ halia sj tumbuhan (rizom yg boleh dibuat ubat), halia,
Zingeber officianale; asam ~ halia jeruk.
sunti II; anak dara ~ = gadis ~ anak perempuan yg mulai jadi gadis.
suntih Mn; menyuntih mengoyak-ngoyakkan menjadi carik-carik kecil
(daging dll), mencarik-carik, menyayat-nyayat.
suntik 1. pemasukan ubat ke dlm badan dgn menggunakan jarum, cucuk:
~ utk mencegah penyakit; jarum ~ jarum yg digunakan utk
memasukkan ubat ke dlm badan; ubat ~ ubat yg dimasukkan ke dlm
badan dgn jarum; 2. tanam cacar;
menyuntik 1. mengorek keluar (duri dr dlm kulit dll) dgn jarum,
mencungkil, mencucuk; 2. mengukir dgn benda tajam (pd logam
dll); 3. memasukkan ubat ke dlm badan dgn jarum: kemudian
jururawat memanggil doktor, doktor datang ~nya; 4. = ~ cacar
memasukkan benih penyakit cacar ke dlm badan (utk mencegah
penyakit cacar), menanam cacar; 5. bp mengapi-apikan, mengacum,
menghasut: mereka akan disuntik dgn fikiran-fikiran anti-Barat; 6.
memberikan, menyediakan;
menyuntikkan memasukkan (ubat, cairan, dll) ke dlm badan dgn
jarum: ~ serum;
suntikan 1. pemasukan ubat ke dlm badan dgn jarum, cucuk:
jururawat datang lagi memberi ubat dan ~; 2. penanaman cacar; 3.
bp hasutan;
penyuntikan perihal menyuntik: memasukkan ubat ke dlm tubuh
dgn jalan ~ tidak membatalkan puasa;
penyuntik alat utk menyuntik: jarum ~.
sunting perhiasan berupa bunga dll yg dicucukkan di rambut atau di
belakang telinga: di kepalanya terhias ~ emas;
~ hati ki anak kesayangan; ~ malai sj perhiasan rambut yg dipakai
di belakang telinga;
bersunting, bersuntingkan memakai sunting (drpd bunga dll);
menyunting 1. memetik bunga (utk dijadikan sunting dll): ia
bermain di taman ramai sambil ~ bunga hati, memetik kembang
murni; 2. memperkemas dan menyiapkan karangan (makalah dll)
utk dicetak; 3. menyusun filem dll (sebelum ditayangkan);
menyuntingkan 1. meletakkan bunga dll di kepala atau di belakang
telinga (sbg perhiasan), memakai sunting (drpd bunga dll): ia ~
bunga mawar di sanggulnya; 2. memasukkan kata pendahuluan dll
(dlm buku dll), mencantumkan;
mempersunting 1. memakai bunga dll sbg sunting, menyuntingkan:
bunga dipersunting sudahnya akan layu; 2. mengambil gadis utk
dijadikan isteri, memperisteri: timbullah keinginan dlm dadanya utk
~ gadis itu; 3. ark mendapat sesuatu yg berguna;
suntingan 1. sesuatu yg disunting (bunga dll); 2. pembetulan atau
pembaikan karangan (buku, makalah, dll);
penyuntingan perbuatan menyunting (buku, makalah, dll);
penyunting orang yg menyunting (karangan, filem, dll).
suntuk 1. sampai hadnya, telah habis waktunya (tempohnya), terlambat,
terlewat: sia-sia sahajalah kalau ia singgah, tambahan pula masa
telah ~, hampir pukul lima; tua ~ tidak mengaku dirinya tua; 2.
selama, sepanjang, seluruh (hari, malam, dll); sehari ~ sepanjang
hari; semalam ~ sepanjang malam; 3. Mn tidak panjang, pendek,
picik, singkat; ~ akal pendek (singkat) akalnya; fikirannya ~ cetek
pengetahuannya;
tersuntuk tidak dapat bergerak (maju dll) lagi, terhalang, tertahan,
tertumbuk atau tersundak kpd;
kesuntukan perihal suntuk, kehabisan, kekurangan (wang dll),
kesempitan.
sunu Mn; menyunu mencucuh, membakar, menunu, menyulut;  tunu.
sunyata Jw; kesunyataan kenyataan (dlm agama atau ilmu tasawuf);
alam ~ alam mistik (suluk, tasawuf); ilmu ~ ilmu tasawuf (suluk).
sunyi 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap:
suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat
sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya
rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd,
jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak
dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn
lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada
~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa; 4. Ph rindu (akan);
bersunyi, bersunyi-sunyi menjauhkan diri drpd orang ramai,
mengasingkan diri, menyendiri: sengaja mereka pilih itu kerana
mereka hendak ~-sunyi dan boleh berlama-lama di situ;
menyunyi ark menjadi sunyi (senyap, sepi);
kesunyian 1. perihal sunyi, keheningan, kelengangan, kesenyapan,
kesepian: bunyi air yg mencurah dr cucuran atap menimpa daundaun
kering kedengaran membelah ~ malam; 2. berasa sunyi
(kerana keseorangan dll): segala yg berlaku di sekelilingnya ketika
itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan.
sup sj masakan yg banyak kuahnya (dibuat drpd ramuan-ramuan tertentu
spt daging, ikan, sayur, dsb): ~ ayam; ~ kambing.
supai  sipahi.
supaya kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, agar,
hendaknya: ia berpesan ~ kami pandai-pandai membawa untung;
makan ~ kenyang; ~ jangan janganlah hendaknya.
super- awalan asing lebih baik, lebih bermutu, lebih berkuasa dsb, mis
superkomputer dan supersonik.
superego (superégo)  (Psi) bahagian fikiran bawah sedar yg sentiasa
menyedarkan kita tentang kebaikan atau keburukan sesuatu, dan yg
membuatkan kita terasa bersalah sekiranya kita melakukan sesuatu
kesalahan.
superfisial tidak mendalam, hanya pd permukaan, cetek: penulis-penulis
itu menuduh bahawa akhbar popular tidak serius dlm
pendekatannya, sebaliknya hanya menyentuh isu-isu ~ dan
menimbulkan gambaran palsu tentang keadaan yg sebenarnya.
superfosfat baja yg dihasilkan secara mengolah batuan fosfat dgn asid
fosforik atau asid sulfurik.
superintenden (superinténden);  ~ polis jawatan pegawai dlm pasukan
polis tiga tingkat lebih tinggi drpd jawatan inspektor.
superior (supérior)  1. lebih tinggi (atau baik) mutu, darjat, taraf
kedudukan, dsb, unggul; 2. lebih tinggi letaknya atau kedudukan
sesuatu; 3. pegawai yg lebih tinggi taraf jawatannya, pegawai
atasan.
superioritas (supérioritas) IB superioriti.
superioriti (supérioriti) kedudukan taraf, darjat, dsb yg lebih tinggi.
superkomputer (Komp) sistem komputer kerangka utama yg paling
besar, paling berkuasa dan paling laju.
supernova (Ast) bintang yg menjadi sangat terang disebabkan berlakunya
ledakan yg menghamburkan jisimnya.
superordinat 1. (Lin) perkataan yg maknanya merangkumi makna
perkataan(-perkataan) lain, mis bunga ialah superordinat bagi
melur, mawar dan orkid; 2. berkedudukan atau berkeadaan lebih
tinggi atau besar (berkuasa, berpengaruh dsb): masyarakat
kapitalis, terbahagi kpd dua kelompok atau kelas, iaitu kelompok
dominan atau ~, dan kelompok subordinat.
superskrip aksara (angka, huruf, pecahan, atau simbol) yg dicetak ke
suatu sisi aksara lain, dgn kedudukan yg ke atas sedikit (mis dlm
Y2, 2 ialah superskrip).
superlatif (Lin) bentuk kata yg menggambarkan yg paling atau ter-, darjah
(tingkatan) yg tertinggi.
supersonik berupaya bergerak dgn kelajuan yg lebih cepat drpd kelajuan
bunyi.
superstruktur 1. struktur atau binaan yg dibina di atas bahagian utama
sesuatu bangunan; 2. (Layar) bahagian atas geladak utama kapal.
supir Id pemandu kereta; ~ beca pengayuh beca;
menyupir memandu kereta.
supit  sumpit I.
suplemen (suplémén) IB 1. sesuatu yg ditambah kemudian (pd buku dll),
tambahan, pelengkap; 2. sesuatu yg dijadikan tambahan (pd akhbar,
majalah, dll), tambahan istimewa, lampiran.
supletoar IB sesuatu yg digunakan utk menambah, penambah.
supositori (Ubat) ubat pejal berbentuk silinder atau kon yg dimasukkan ke
dlm dubur atau faraj supaya larut dan melepaskan bahan aktifnya.
supra- awalan asing melebihi atau melewati sesuatu batas, sempadan dsb,
melampaui, melangkaui, mis supranasional.
supranasional melangkaui sempadan atau kepentingan negara: umat
Islam ~; bahasa dunia yg cerah masa depannya ialah bahasa yg
bersifat ~; institusi ~.
supransionalisme nasionalisme yg melampaui atau melangkaui batas,
sempadan dsb negara.
supremasi (suprémasi) IB kekuasaan yg tertinggi: utk menjaga ~ mereka
di bidang politik, mereka telah membentuk sistem keturunan
mengikut kasta.
Supt kep Superintenden: ~ Yahya.
Sura; bulan ~ bulan yg pertama dlm tahun Islam, bulan Muharam; 
Asyura.
suraga Br seraga.
surah Ar bahagian atau bab (yg mengesahkan sesuatu) dr Quran; surat II.
surahi Ar berkaitan dgn surah (dlm Quran); ilmu ~ pengetahuan bkn
Quran.
surai I 1. bd rambut (di kepala); 2. bulu atau rambut pd tengkuk kuda
(singa dll).
surai II; bersurai berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya
ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masingmasing;
menyurai, menyuraikan menjadikan bersurai, membubarkan
(perkumpulan dll), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan: polis
terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata utk
menyuraikan perkumpulan haram itu.
surai III; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Fimbristylis aestivalis.
suralaya sl tempat kediaman dewa-dewa, kayangan.
suraloka sl suralaya.
suram 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya,
redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja
yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak
berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening
(batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta
itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu,
muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn
pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~;
matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia,
susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat,
di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~;
suram-suram; ~ gelap sedikit gelap (sehingga tidak kelihatan
nyata), samar-samar, sabur-limbur;
menyuram bertukar menjadi suram, menjadi muram (buram,
pudar);
menyuramkan menjadikan suram (buram, pudar, dll),
memuramkan, memudarkan: jalan ke rumahnya yg gelap makin ~
pandangannya;
kesuraman perihal suram, kemuraman, kepudaran: di wajahnya,
terbayang kesulitan hidup serta ~ masa hadapan anak-anak itu.
surat I 1. kertas yg ditulis, segala sesuatu yg tertulis (tercetak dll): maka
dikeluarkannya dua gulung ~; juru~ orang yg menulis surat
(penulis); 2. = ~ kiriman kertas yg ditulis (mengandungi khabar dll)
dan dikirim kpd orang lain: dia baru menerima ~ drpd ayahnya;
peti ~ peti (di tepi jalan, di pejabat pos) tempat mengepos surat;
sampul ~ = sarung ~ selongsong drpd kertas (tempat memasukkan
surat yg hendak dikirim); tukang ~ Id tukang pos; 3. sesuatu yg
ditulis, tulisan: dlm zaman itu, belumlah ada seorang pun yg
terlebih pandai bahasa dan ~ Cina daripadanya;
~ akuan surat yg ditulis utk memperakukan sesuatu (spt barang
jualan, kelayakan seseorang, dsb); ~ anggota Id surat tanda ahli
sesuatu pertubuhan dll; ~ angkatan Id surat rasmi utk menjabat
sesuatu jawatan; ~ anonim surat yg tidak diketahui penulisnya; ~
azimat kertas yg bertulis dgn ayat tertentu sbg tangkal dll; ~ bahari
ark surat yg mengesahkan penerimaan, resit; ~ beranak = ~ jadi = ~
lahir surat keterangan mengenai kelahiran dll; ~ berdaftar surat
kiriman yg didaftarkan di pejabat pos (supaya tidak hilang); ~
berhenti a) surat pengesahan berhenti (dr sekolah) yg diberi oleh
guru besar; b) surat memohon berhenti drpd jawatan; c) surat
dipecat drpd jawatan; ~ belasungkawa surat utk menyatakan turut
berdukacita; ~ buta = ~ gelap = ~ kaling = ~ mentega surat yg tidak
diketahui penulisnya (khas utk mengkritik dll); ~ cap surat yg rasmi;
~ cara dokumen undang-undang spt geran, kontrak, dsb; ~ cepat Id
surat (penting) yg mesti disampaikan lekas-lekas; ~ cerai = ~ talak
surat yg menyatakan bahawa si isteri telah diceraikan oleh
suaminya; ~ dakwa surat yg mengandungi tuduhan yg dibacakan di
hadapan hakim; ~ daftar senarai; ~ dinas Id = ~ jawatan surat
urusan kerajaan (tidak dikenakan bayaran pos); ~ doktor surat
pengesahan drpd doktor (menyatakan seseorang itu uzur dan tidak
dapat bekerja); ~ edaran = ~ keliling = ~ pekeliling surat yg
diedarkan (utk pengetahuan umum); ~ gadai a) surat tanda
meminjam wang dgn menggadaikan barang; b) Id surat penetapan
cukai; c) Id surat izin (senjata api dll); ~ hasrat (Eko) surat yg
menyatakan keinginan seseorang atau sesuatu pihak utk
melaksanakan kontrak, projek dsb; ~ hutang surat pengakuan telah
meminjam wang drpd orang; ~ ikatan (Eko) dokumen yg sah bagi
perjanjian atau persetujuan antara pihak yg terlibat; ~ insurans surat
perjanjian mengenai insurans, polisi; ~ iringan surat penjelasan yg
dihantar bersama-sama dgn dokumen, barang dsb; ~ isian Id surat
yg harus diisi, borang; ~ izin = ~ kebenaran surat yg menyatakan
bahawa pemegangnya diberi izin atau kebenaran utk melakukan
(memiliki) sesuatu; ~ jaminan surat utk menjamin sesuatu (kelakuan
baik orang dll); ~ jemputan = ~ undangan surat utk menjemput
orang datang (ke majlis perkahwinan dll); ~ kahwin = ~ nikah surat
pengesahan perkahwinan; ~ kawat telegram; ~ keberatan Id surat
yg menyatakan berkeberatan; ~ kenalan surat utk memperkenalkan
seseorang dll; ~ kepercayaan Id surat yg menyatakan bahawa
pemegang surat itu telah dilantik menjadi wakil dll; ~ keterangan
surat yg memberi keterangan bkn sesuatu; ~ kiriman surat yg
dikirimkan dgn pos; ~ kredit (Eko) dokumen drpd sebuah bank kpd
bank lain yg membenarkan pembayaran dibuat kpd penamanya
apabila syarat telah dipenuhi, biasanya diperlukan oleh pengeksport
sbg bukti kemampuan pengimport membayar beliannya; ~ kuasa
surat yg memberi kuasa kpd orang tertentu utk mengurus sesuatu; ~
layang = ~ terbang surat yg tidak diketahui penulisnya (biasanya
surat yg mengecam, menyebarkan berita buruk atau berita palsu,
dll); ~ lepas a) surat cerai; b) surat yg menyatakan sudah
diberhentikan drpd jawatan; ~ mati surat keterangan tentang
kematian; ~ nujum surat yg mengandungi hal bintang raksi (bintang
dua belas); ~ paksa Id surat amaran yg diberikan kpd orang yg tidak
membayar cukai; ~ partikelir Id surat yg bukan surat urusan
kerajaan (bukan surat jawatan); ~ pas surat yg mengizinkan
pembawanya lalu (membawa sesuatu dll); ~ pelekat surat iklan dll
yg ditampalkan di mana-mana; ~ pemberitahuan surat utk
memberitahukan sesuatu kpd orang; ~ pemilih = ~ suara Id surat
utk memilih (wakil rakyat dll); ~ pengantar Id surat yg dikirim
bersama barang yg dihantar; ~ perintah = ~ tugas Id surat yg
menerangkan bahawa pembawanya ditugaskan (diperintahkan) utk
melakukan sesuatu; ~ perjanjian surat yg menyatakan perjanjian yg
telah dibuat; ~ permintaan = ~ permohonan a) surat utk meminta
sesuatu drpd pembesar dll; b) surat utk melamar pekerjaan; ~ pujian
= ~ puji-pujian a) surat yg menyatakan kebaikan sesuatu; b) surat
yg mengandungi puji-pujian terhadap jasa orang dll; ~ rantai = ~
berantai surat yg dikirimkan kpd orang dan mesti disalin dan
dikirimkan pula kpd orang lain; ~ rayuan surat yg mengandungi
rayuan (supaya diringankan hukuman, diperkenankan permohonan,
dll) kpd pembesar-pembesar dll; ~ salinan surat yg disalin dr surat
asal; ~ saman = ~ sita surat yg mewajibkan orang hadir di muka
hakim (di mahkamah); ~ sebaran = ~ selebaran surat yg dibahagibahagikan
kpd orang ramai (mengandungi pengumuman utk orang
ramai dll); ~ segel Id surat yg bercap (utk perjanjian dll); ~ sembah
sl surat tanda tunduk (kpd raja lain); ~ sumpah a) surat pengganti
surat beranak yg hilang (dikeluarkan oleh kerajaan); b) surat ikrar
atau janji yg teguh; ~ syer surat yg menandakan seseorang memiliki
syer (dlm sesuatu syarikat perdagangan dll); ~ tanda surat bukti
atau pengakuan (resit, sijil, dll); ~ tempelan Id surat pelekat; ~
terbuka a) surat yg tidak dimasukkan ke dlm sampul surat; b) surat
kpd orang tertentu yg disiarkan di dlm akhbar dll (sbg menyatakan
bantahan dll); ~ tercatat = ~ terdaftar Id surat berdaftar; ~ titah
surat yg mengandungi titah raja; ~ tuduhan surat yg mengandungi
tuduhan; ~ tukar nama surat yg mengesahkan pertukaran milik
(tanah, syer, dll); ~ ugutan surat yg mengugut atau mengancam; ~
ukur Id surat yg mengandungi pelan tanah serta pelan rumahnya
sekali; ~ uleman Id surat jemputan; ~ undi (undian) a) surat yg
berisi nombor utk mengundi; b) tiket loteri; ~ wakil surat yg
membenarkan pembawanya bertindak sbg ganti orang yg
mengeluarkan surat itu; ~ wasiat surat yg mengandungi pesanan
orang yg meninggal; ~ atas batu prb sesuatu adat yg terus dipakai
selama-lamanya;
bersurat 1. memakai surat; para jemputan yg tidak ~ para
jemputan yg dijemput dgn mulut (tidak dgn surat); 2. ditulis,
bertulis; batu ~ prasasti;
menyurat 1. membuat surat: ia pun mengambil upah ~; 2. menulis:
kerjanya ~; sebagai ~ di atas air prb pekerjaan yg sia-sia;
surat-menyurat 1. saling berkirim surat, berkirim-kiriman surat:
selepas banyak ~ antara London, Calcutta dan Singapura, Tengku
Ali pun diberi wang sara; 2. perihal tulis-menulis surat, karangmengarang
surat; kerani ~ kerani yg mengurus hal surat (di pejabat
dll);
menyurati 1. menulis pd, menulisi; 2. menulis (mengirim) surat
kpd;
menyuratkan 1. menulis utk: suratkan hamba cerita ini; 2. menulis
sesuatu pd: dirham itu disuratkan nama Raja Iskandar; 3. menulis,
mencatatkan: dan hutang hamba suratkan saja dahulu, nanti
diselesaikan semuanya;
tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat: pembaca tidak tahu akan
maksud yg ~ itu; 2. telah ditakdirkan: kalau gerak takdir telah ~,
entah hilang anakanda di laut lepas;
suratan 1. sesuatu yg disurat, tulisan: apabila aku lihat akan ~
kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat
surat Melayu yg dibubuh cap; 2. = ~ takdir sesuatu yg telah
ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang: ia datang ke
mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~; ~
tangan a) garis-garis (retak) pd tapak tangan; b) suratan takdir;
persuratan perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan,
perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah
lama tersiar di dlm ~ Melayu.
surat II ark bahagian (bab) dlm Quran; surah.
surati dr kota Surate (di India); itik ~ sj itik, itik nila (manila), Anas
moschata; serati II.
surat khabar kertas bercetak yg menyiarkan berita dll (umumnya
diterbitkan hari-hari), harian;
persuratkhabaran perihal surat khabar, kewartawanan.
surau tempat beribadat (sembahyang, belajar agama, dll), langgar,
madrasah; bagai bertandang ke ~ prb perihal bertandang ke rumah
orang yg tidak memberi apa-apa kpd tetamunya, tidak mendapat
apa-apa.
suraya; bintang ~ bintang ketika, bintang tujuh.
surcaj (Eko) bayaran tambahan sbg cukai atau denda yg dikenakan di
samping bayaran atau harga biasa.
surd (Mat) angka orakan yg tidak boleh dihitung dgn angka genap (hanya
lebih kurang sahaja, spt √11, √5, dll).
surealis (suréalis) 1. penulis atau pelukis yg karyanya berunsurkan konsep
atau idea surealisme; 2. berfahaman surealisme: penulis ~.
surealisme (suréalisme)  aliran  atau  gerakan  dlm bidang  seni dan  sastera
(dlm 1920-an) yg mementingkan atau memberi tempat kpd unsurunsur
bawah sedar manusia (di luar kenyataan atau realiti).
surealistik (suréalistik)  1. berkaitan dgn atau mengikut gaya surealisme:
arca itu bersifat ~ dan mengandungi unsur seni fantasi; 2. di luar
alam nyata: drama yg pertamanya ialah ‘Bukan Lalang Ditiup
Angin’ yg menjadikan latarnya ~.
suren (surén) Jk sj tumbuhan (pokok), surian.
surgeri 1. cabang (ilmu) perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit
atau kecederaan dgn cara memotong atau membuang sesuatu
bahagian (organ, sel dsb) badan yg berkenaan, ilmu bedah; 2.
rawatan kecederaan atau penyakit dgn memotong atau membuang
bahagian badan berkenaan: beberapa jenis ~ dilakukan di dlm
bidang obstetrik, pergigian dan urologi.
suri I sj sisir pd alat tenun; ~ teladan contoh yg baik (yg patut ditiru).
suri II; mati ~ kelihatannya sahaja mati (sebenarnya tidak); air ~ Mn air
nira yg belum jadi tuak.
suri III raja perempuan, rani; ibu ~ ibunda raja; ~ rumah (tangga) isteri.
suria = sang ~ matahari: sinar ~ menerangi sekitar alam; cakera ~
matahari berserta cakerawala yg beredar mengelilinginya.
surian I 1. sj tumbuhan (pokok), Parishia insignis; 2. sj tumbuhan
(pokok), buah kayu, geronggang semut, kedondong kerut, kerantai
(merah), Santiria laevigata; 3. sj tumbuhan (pokok), kerantai
(merah), kerati, Santiria tomentosa; ~ batu sj tumbuhan (pokok)
dlm famili Meliaceae, cerana putih, repuh, suntang, Chukrassia
tabularis.
surian II IB ark sarjan.
surih 1. coret panjang (lurus, bengkok atau melengkung), jalur kecil,
garis, gores; 2. kesan atau jalan yg telah dilalui oleh sesuatu, bekas;
~ gelombang jalan yg diikuti oleh sesuatu gelombang; kertas ~
kertas nipis yg digunakan utk meniru peta dll yg diletakkan di
bawahnya;
bersurih ada garisnya (bekasnya), bergaris, bergores;
menyurih 1. melukis garisan, menggaris, menggores; 2. melukis
peta dgn menggunakan kertas surih (peta asal diletakkan di
bawahnya);
menyurihkan membuat garisan, menggariskan, menggaritkan,
menggoreskan; ~ api-api menggores mancis api; ~ jalan a) mencari
akal (daya upaya); b) memberi petunjuk (petua); ~ percakapan
memesongkan perbualan;
penyurihan (Kim) penggunaan bahan (biasanya radioaktif) utk
mengesan taburan, perjalanan, atau kedudukan sesuatu unsur,
sebatian, struktur, dll dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh;
penyurih 1. orang yg melukis peta dll (dgn meniru dr peta yg sedia
ada); 2. (Kim) bahan (biasanya radioaktif) yg digunakan utk
mengenal pasti atau mengesan struktur tertentu dlm sesuatu sistem
atau dlm tubuh.
surih-surih Pr perhitungan keturunan, salasilah, susur galur.
surin 1. sj tumbuhan (pokok), bengku, ketiau, mayang (medang) ketur,
mitis, nyatuh tanjung, pujang, Ganua motleyana; 2. sj tumbuhan
(pokok), betis mitis, putat bukit, seminai, Madhuca utilis; 3. sj
tumbuhan (pokok), getah sundik, nyatuh, semaram, Payena
havilandii; 4. sj tumbuhan (pokok), balam sundik, getah sundik,
semaram, Payena leerii; 5. sj tumbuhan (pokok), Payena obscura.
suris surih.
surplus IB kelebihan (hasil dll), lebih, sisa; daerah ~ daerah yg berlebih
hasilnya.
sursak ark sirsak.
suruh I perintah (firman, titah) supaya melakukan sesuatu, lwn larangan:
hendaklah kita selalu mengerjakan ~ dan meninggalkan tegah
Allah;
bersuruh-suruhan sl utus-mengutus, berkirim-kiriman (utusan,
wakil, dll);
menyuruh 1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu,
meminta supaya (dilakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang
apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~
saya melanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke),
meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah
disuruh ke sekolah;
disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh
menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil,
sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin;
menyuruh-nyuruh menyuruh berkali-kali (berulang kali),
mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu): dia
menjawab itu spt disuruh-suruh oleh kuasa yg dia tidak tahu dr
mana datangnya;
menyuruhkan 1. menyuruh mengerjakan, memerintahkan: ada
kira-kira pukul dua belas malam, bangunlah mualim ~ segala
kelasi membongkar sauh; 2. sl mengirimkan (menghantarkan) ke,
menyuruh pergi ke, mengutus: sultan pun ~ utusan kpd segala raja
yg di bawah angin ini;
tersuruh sudah disuruh; ~ pd orang yg akan pergi, terimbau
(terpanggil) pd orang yg akan datang prb menyuruh seseorang
mengerjakan sesuatu yg sangat diingininya;
suruhan 1. sesuatu yg disuruh, perintah: orang yg rajin
mengerjakan ~ Tuhan itu akan terus ke syurga; 2. = pesuruh
orang yg disuruh; budak ~ = orang ~ orang yg disuruh-suruh,
pembantu rumah, dll; 3. = penyuruh sl perihal menyuruh, perbuatan
menyuruh: adapun kami ke mari dgn ~ keramat wali Allah;
suruh-suruhan hamba yg disuruh-suruh;
penyuruhan sl orang yg disuruh: maka ~ Pangeran Depati itu pun
datanglah menyambut Gusti itu;
pesuruh orang yg disuruh: wakil seorang ~ telah diutus utk
memanggil Pak Amat; ~ Allah Rasulullah, utusan Allah;
penyuruh 1. orang yg menyuruh; 2. sl perbuatan menyuruh.
suruh II ark sirih II.
suruhanjaya badan yg terdiri drpd beberapa orang (yg dilantik oleh
kerajaan dll) utk melakukan tugas tertentu;
~ bebas badan yg ditubuhkan oleh kerajaan atau Parlimen yg
dianggotai oleh orang yg bukan pegawai kerajaan; S~ Diraja badan
yg ditubuhkan dgn perkenan Yang di-Pertuan Agong utk menyiasat
sesuatu perkara, peristiwa dsb secara bebas tanpa pengaruh pihak
atasan; S~ Perkhidmatan Awam badan yg bertanggungjawab dlm
urusan pengambilan, kenaikan pangkat dsb utk kakitangan kerajaan;
S~ Perkhidmatan Pendidikan badan yg bertanggungjawab dlm
urusan pengambilan, kenaikan pangkat dsb utk pegawai pendidikan;
S~ Pilihan Raya badan yg mentadbirkan pilihan raya; S~ Sekuriti
(Eko) badan berkanun yg mengawasi pertumbuhan dan perjalanan
pasaran modal di Malaysia.
suruk-suruk Br sj serangga (biasanya terdapat di kawasan sawah).
surup I Jk sepadan, layak, patut.
surup II Jw; kesurupan dirasuk (hantu dll), kemasukan, kerasukan.
surut 1. kembali (ke asal dll), balik (ke belakang), mundur: kemudian
mereka ~ ke belakang beberapa langkah; ~ kpd bekas isterinya
telah rujuk; berlaku ~ dr dihitung kembali dr; pantang ~ pantang
mundur; 2. menjadi berkurang, reda (kemarahan dll), susut:
marahnya yg memuncak-muncak tadi telah ~ dlm sekejap mata;
kian larut malam, kian ~ pula pertempuran itu; 3. = air ~ = pasang
~ air turun (selepas pasang atau naik): mereka berjalan-jalan di tepi
sungai yg kebetulan sedang ~; akan ~ airlah gedang, akan lalu
jalanlah semak prb sesuatu perkara yg serba susah (akan diteruskan
susah dan akan ditarik kembali pun susah);
menyuruti 1. menjadikan berkurang, mengurangi, menyusuti; 2.
rujuk dgn isteri (yg telah diceraikan), memulangi;
menyurutkan 1. menjadikan surut, menarik kembali,
memundurkan, mengembalikan, mengundurkan: pinang akan
disurutkan ke tampuk, sirih akan dipulangkan ke gagang; 2.
menjadikan berkurang, mengurangkan, menyusutkan: hendaklah
disurutkan airnya dahulu barulah boleh dirapah; 3. mengurangkan
(nyala api dll), meredakan (marah, nafsu, dll): air yg
dijerangkannya tadi sudah menggelegak, lantas disurutkan apinya;
~ darah menenangkan fikiran (hati, perasaan);
tersurut berbalik ke belakang, mundur (undur) ke belakang:
sebentar itu juga ia ~ ke belakang lalu jatuh;
~ fikiran melepaskan niat; ~ hati tawar hati.
suryakanta kaca bulat utk melihat sesuatu supaya kelihatan lebih besar
drpd yg sebenarnya, kanta, lensa.
susah 1. perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dll), perasaan tidak
senang: pekerjaan makan gaji itu memang ~ pd mulanya, tetapi
kalau sudah biasa kelak menjadi senang; 2. tidak mudah
(mendapat, mencari, dll sesuatu), sukar, sulit: masa itu memang ~
hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal;
3. = ~ hati tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia
akan kembali lagi; 4. serba kekurangan, miskin, papa: ~ dan
senang kehidupan kaum keluarga, tidaklah menjadi penghalang
kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. kesukaran, kesulitan: adalah
suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu;
bersusah 1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dgn
susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal
Abdul Nasir telah ~ payah benar memberitahu dunia luar bahawa
dunia Arab bersatu dlm hal itu; 2. = ~ hati berasa susah hati,
berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi;
menyusahi menjadikan (mendatangkan) susah, mengganggui: tak
usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja
sedikit;
menyusahkan 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan,
menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak
kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan
yg kompleks; 2. menjadikan susah (sedih, risau, dll),
mendukacitakan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg
disusahkan;
mempersusah menjadikan lebih susah: jangan dibiarkan hati
tersandung duka, jangan fikiran dipersusah;
kesusahan 1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan:
separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari
makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu
biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran.
susastera; kesusasteraan 1. seni yg menggambarkan keindahan dgn
bahasa (novel, sajak, dll), karang-mengarang, persuratan, seni
sastera; 2. hasil drpd mengarang (menyajak dll); 3. pengetahuan dlm
hal sastera; 4. karya-karya yg tergolong dlm seni sastera.
susila 1. baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib; 2. = kesusilaan a)
adat istiadat yg baik, keadaban, kesopanan: pergaulan aku dgn kau
pd ~ bangsaku tidak menjadi kesalahan; b) pengetahuan bkn adab:
pendidikan kemasyarakatan dan pendidikan kesusilaan amat erat
hubungannya;
bersusila bersopan santun, beradab, berakhlak.
susilat Jk sj sakit bengkak bernanah pd leher.
suspek (suspék)  bp  orang  yg  disyaki melakukan  jenayah:  ~ itu berjaya
ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota cawangan trafik.
suspens (suspéns)  saspens.
suspensi (suspénsi)  IB  1. penangguhan (sesuatu) utk sementara waktu,
penundaan; 2. pemecatan drpd jawatan utk sementara,
pergantungan jawatan (seseorang); 3. cairan yg mengandungi
hancuran drpd benda-benda keras, ampaian.
suster IB 1. perempuan dr badan kerohanian (Roman Katolik) dan tinggal
di biara; 2. bp jururawat.
susu I 1. buah dada, tetek, kopek; hujung ~ = mata ~ = pentil ~ = puting
~ bahagian hujung susu; ruang ~ ruang di antara dua buah dada; 2.
= air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada; binatang ~
binatang yg dipelihara utk mendapat susu; kepala ~ lemak yg kental
pd air susu; kilang ~ a) kilang tempat memproses susu; b) bahagian
badan yg menghasilkan susu; lapar ~ mahu susu (anak kecil); 3.
cairan yg menyerupai air susu yg diperoleh dr tumbuhan (pokok
getah, tuba, dll): selepas pokok getah berumur 30 tahun ~nya akan
berkurang;
~ badan susu ibu; ~ (ber)formula susu tepung yg disediakan
mengikut formula khusus utk golongan tertentu spt bayi, ibu
mengandung dsb; ~ bundar buah dada (perempuan) yg bulat dan
cekang; ~ berlemak susu asli yg tidak diproses (masih mengandungi
lemak aslinya); ~ bubuk susu tepung; ~ cair sj susu yg agak kental
yg dibuat dgn jalan pengewapan dgn tekanan dan suhu tinggi; ~ ibu
susu dr buah dada; ~ kaleng = ~ kalengan Id susu yg telah diproses
dan diisikan dlm tin; ~ kopek = ~ lanjut buah dada yg labuh; ~
macan bp sj minuman drpd air susu yg dicampur dgn minuman
keras; ~ pekat susu yg dipekatkan dan dibubuh gula; ~ tanpa lemak
susu yg lemaknya telah dikeluarkan; ~ tepung sj susu yg diproses
menjadi tepung; ~ tin susu dlm tin;
~ di dada tak dapat dielakkan prb nasib seseorang itu tidak boleh
ditolak (baik atau jahat); air ~ dibalas dgn air tuba prb kebaikan
dibalas dgn kejahatan; spt ~ dgn sakar prb a) dua hal yg
bersetujuan benar; b) aturan yg masih tetap berlaku dan dipakai;
menyusu menghisap susu: budak itu sudah tidak mahu ~;
gajah ~ (binaan) atap atau sengkuap yg bersambung dgn rumah;
menyusui memberi minum susu kpd: binatang mamalia ~ anaknya
yg masih kecil;
menyusukan 1. menyusui: mereka menyerahkan kanak-kanak yg
baru lahir kpd perempuan lain utk disusukan; 2. membiarkan
menghisap susu (menyusu);
susuan 1. yg diberi susu, yg disusui; anak ~ a) anak yg masih
menyusu; b) anak orang yg disusui; saudara ~ saudara kerana
menyusu dr perempuan yg sama; 2. puting susu yg dibuat drpd
getah (sbg ganti susu ibu): yg seorang masih lekat ~ di mulutnya;
penyusuan perihal (perbuatan) menyusui: pemendekan tempoh ~
bayi boleh membahayakan kesihatannya;
penyusu orang yg menyusui, pengasuh, inang: Muhammad besar di
bawah peliharaan ~nya itu.
susu II; ~ rimau sj kulat, Polystictus rhinocerotis.
susu III; ~ kubung sj tumbuhan (benalu), Desmotrichum spp.; ~ lopek sj
tumbuhan (rumpai laut yg boleh dimakan), berembang bukit,
Longetia malayana; buah ~ a) sj tumbuhan (pokok),
Chrysophyllum monopyrenum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat),
buah belewar, buah selasih, Passiflora laurifolia; bunga ~ a) sj
tumbuhan (pokok renek), bunga cina, susuk ayam, susun kelapa,
Ervatamia coronaria; b) sj tumbuhan (pokok renek), bunga cina,
Gardenia augusta.
susuh I 1. duri yg besar (pd tumbuh-tumbuhan); 2. = ~ ayam bahagian yg
keras lagi tajam pd kaki ayam jantan, jalu; 3. sj pasak atau baji (utk
mengetatkan rasuk, pelancar, dll); 4. pacu atau taji pd tumit kasut
(utk memacu kuda); 5. sj pengait (dr kayu); 6. rabung bukit
(gunung) yg menganjur.
susuh II; ~ ayam sj tumbuhan (pokok renek), susun kelapa,
Tabernaemontata divaricata.
susuh III; ~ batu sj ikan darat, puting beliung, Hamaloptera spp.
susuk I 1. bentuk (rupa, wujud), lembaga: jauh di hadapannya dlm
samar-samar ternampak suatu ~ tubuh yg berjalan dgn tergesagesa;
~ badan (tubuh) a) bentuk rupa, bangun tubuh; b) bayangan
badan; ~ jijak sikap dan perawakan; bulu ~ bulu yg lembut lagi
halus (terdapat pd seluruh badan burung dsb atau di celah-celah
bulu yg lebih besar; ~ ayat (Lin) bentuk atau susunan ayat; ~
bahasa bentuk (gaya) bahasa; 2. rangka (perahu dll);
menyusuk 1. memasang rangka (rumah perahu dll); 2. memulai
membuat (sesuatu dll).
susuk II 1. sj pasak atau baji (utk mengetatkan rasuk dll), penyemat (baju
dll), susuh, tusuk; ~ igu pasak utk melekatkan igu; ~ kondai = ~
sanggul penyemat sanggul; 2. jarum emas dll yg dimasukkan ke dlm
kulit muka dll utk memaniskan rupa; 3. lubang tempat memasukkan
sesuatu (butang dll); ~ baju lubang tempat kancing baju; ~ pelipit
tempat meletakkan geligin (pd alat tenun);
bersusuk 1. memakai susuk, berpasak; 2. memakai susuk utk
pemanis;
bersusuk-susuk, bersusuk-susukan berasak-asakan (kerana terlalu
ramai dll);
menyusuk 1. mencucuk, menusuk; 2. memasukkan jarum emas dll
dlm kulit utk memaniskan.
susuk III; susukan Jw sungai buatan, terusan.
susuk IV Jw wang lebih drpd pembayaran (yg dikembalikan), wang
kembali, wang penyongsong.
susul; menyusul 1. mengikuti (mengejar) sesuatu yg terdahulu (utk
menyaingi atau mendahuluinya): ia dapat diselamatkan kalau lekas
disusul; 2. mengikut di belakang, mengekori: dia masuk ke dlm
rumah disusul dr belakang oleh anaknya; 3. ikuti (datang)
kemudian: biarlah aku pergi sendirian dahulu, nanti kau dapat ~;
4. mengekori, mengikuti jejak: ia mengambil teksi utk ~ dr
belakang supaya dapat mengetahui ke mana abangnya pergi; 5.
mengikuti, melanjutkan, menyambung, menyertai: setelah selesai
segala pelajarannya Awang Sulung pun dikhatankan, disusul pula
dgn mengasah gigi; 6. (yg) akan datang, (yg) akan muncul: dalam
musim panas yg ~, batang itu tumbuh memanjang dan
mengeluarkan daun; 7. menyelidiki atau mengusuli sesuatu (supaya
dapat menjumpai sesuatu dll): kebudayaan orang Thai dapat
disusul ke zaman permulaannnya; 8. menyambung (surat yg
terdahulu): kerana surat yg pertama tidak berbalas, lalu disusul
pula dgn surat yg kedua; 9. keluar menyambut kedatangan orang,
mengalu-alukan, menyongsong: dia berlari-lari anak turun tangga
~ ibunya yg sedang masuk ke halaman;
menyusuli 1. menuruti sesuatu yg terdahulu, mengikuti, mengiringi:
tidak lama kemudian kedengaran ia mengangkat takbir yg disusuli
dgn bacaan Fatihah; 2. mendatangi (mengikuti) kemudian,
mengekori: kata ‘ku’ dan ‘kau’ tidak ditulis terpisah drpd kata
dasar pasif yg ~nya; 3. memberi tambahan, menambahi;
menyusulkan 1. menjadikan (membiarkan) menyusul, membawa
pergi dll kemudian, membawa menyusul: kuminta kpd ayah supaya
ayah ~ aku bekerja di kantor residen Ambon ini; 2.
memperikutkan, memasukkan (dlm surat dll) supaya turut,
melampirkan (surat dll), menambahkan (sbg keterangan, lanjutan,
dll);
susulan 1. sesuatu yg menyusul (datang kemudian dll): kemudian
terdengar ~ siulan bom jatuh bertubi-tubi; 2. sesuatu yg
disusulkan, lampiran, tambahan; 3. = angin ~ ark angin yg
berlawanan dgn arah perahu dll, angin sakal;
penyusulan perbuatan menyusul.
susun I 1. longgok yg teratur (berlapis-lapis, bertindih-tindih); 2. tingkat,
(se)perangkat barang yg bertingkat-tingkat (pinggan, mangkuk,
tepen, dll): ia membeli pinggan se~; 3. rangkai, untai (sajak); se~
sajak; 4. rangkap berlapis (kelopak bunga mawar dll); ~ atur cara
menyusun dan mengatur sesuatu spt perabot, hiasan dsb dlm sesuatu
ruang, taman dsb mengikut pelan yg dikehendaki;
bersusun 1. berlonggok bertindih-tindih (yg satu di atas yg lain):
beberapa keping atap zink masih ~ di bawah rumahnya; 2. terletak
atau teratur baik-baik (berbaris-baris, berturut-turut, dll): namanama
itu harus dicatat ~ menurut abjad; 3. kalimat ~ Id (Lin) dua
tiga ayat yg dipadukan menjadi satu; 4. sl berikut, bersusul: Ahad ~
dgn Isnin;
bersusun-susun terletak dlm beberapa banyak susun, berlapislapis,
bertingkat-tingkat: kereta kelihatan ~ di perkarangan rumah
itu; maka segala perahu hulubalang pun tampil, ~ rupanya;
menyusun 1. meletakkan berlapis-lapis (bertindih-tindih, yg satu di
atas yg lain), menaruh berlapis-lapis: ia sedang ~ buku di atas
meja; 2. mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan:
sekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yg kedua; 3.
mengatur (karangan dll), menggubah: Antologi Cerita Pendek
Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata
pengantar oleh Ali Hj. Ahmad;
~ acara mengatur acara; ~ barisan (pasukan dll) mempersiapkan
barisan (pasukan dll); ~ huruf mengatur huruf (dlm percetakan); ~
jari = ~ jari sepuluh menangkupkan kedua-dua belah tapak tangan
spt hendak menyembah; ~ kalimat Id mengatur kata-kata utk
dijadikan ayat; ~ kamus membuat (mengarang) kamus; ~ laporan
(rancangan, undang-undang, dll) membuat laporan (rancangan,
undang-undang, dll);
menyusunkan menyusun sesuatu utk, mengaturkan;
tersusun sudah disusun (diatur, disiapkan) baik-baik atau dgn
teratur: beberapa buah buku ~ rapi di atas meja; kata-katanya ~
indah;
susunan 1. timbunan (barang) yg bertindih-tindih, longgok yg
bertindih-tindih: ~ batu bata; 2. sesuatu yg disusun (diatur dll),
sesuatu yg letaknya bersusun: nama mereka ditulis dlm daftar itu
mengikut ~ abjad; jari bagai ~ sirih; ~ buku-buku di dlm almari itu
kelihatan kemas dan rapi;
penyusunan perihal menyusun: suatu kesempatan utk para peserta
mengkaji sendiri tentang ~ dan peranan Bangsa-Bangsa Bersatu;
~ kembali sejarah Malaysia;
penyusun 1. orang yg menyusun (mengatur, menyediakan sesuatu,
dll): Wilkinson dan ~ kamus lainnya ikut menggunakan perkataan
utas dgn pengertian pandai atau tukang dlm kamus mereka; ~
huruf orang yg kerjanya menyusun huruf (dlm percetakan); 2. alat
utk menyusun.
susun II; ~ kelapa a) sj tumbuhan (pokok renek), susuh ayam,
Tabernaemontata divaricata; b) sj tumbuhan (pokok renek), ladalada,
Tabernaemontata malaccensis; c) sj tumbuhan (pokok renek),
lada-lada, Tabernaemontata peduncularis.
susung I ark songsong I.
susung II Kl dekat benar, hampir sekali.
susun lapis pembahagian sesuatu kpd beberapa peringkat kelas, golongan,
lapisan dsb: ~ sosial;
bersusun lapis terbahagi kpd beberapa kelas, golongan, lapisan dsb
yg berlainan: orang Melayu di peringkat tempatan telah ~, sama
ada dr segi status ataupun kelas.
susup; ~-sasap menyorok (masuk) ke sana ke mari: pengganas yg
ditembak itu lari ~ -sasap dlm hutan senduduk;
menyusup 1. menyorok ke bawah, merayap-rayap di bawah
sesuatu: mereka bergilir-gilir membongkok ~ di antara dua dawai
pagar berduri itu; diparang ke bawah melompat ke atas, diparang
ke atas ~ ke bawah; 2. masuk ke dlm (semak samun, belukar,
hutan, orang ramai, dll), merempuh ke dlm: ia cuba ~ di celahcelah
orang ramai yg berpusu-pusu di kaki lima; 3. meresap masuk
(sampai ke dalam), menyerap: dingin malam ~ sampai ke tulang; 4.
masuk dgn bersembunyi-sembunyi atau diam-diam (dlm kalangan
musuh dll), menyeludup masuk: ia ~ sampai ke dlm pertahanan
musuh;
menyusupi 1. masuk dgn cara menyusup: kerajaan boleh
melakukan tindakan ~ pertubuhan sukarela di seberang laut; 2.
meresap masuk ke, meresapi: di luar, angin malam bertiup berat, ~
celah-celah dinding;
menyusupkan 1. memasukkan (menyorokkan) ke bawah atau di
celah-celah sesuatu: ia ~ surat itu ke bawah tilam; 2. menyorokkan,
menyeludupkan: salah seorang drpd mereka berhasil ~ surat
kepadaku; 3. ki memasukkan sesuatu (ke dlm sesuatu) secara tidak
ketara: maka agak sukar bagi orang itu ~ ajaran agamanya;
kesusupan kemasukan sesuatu ke dlm (daging dll), kesisipan,
kesisiran;
penyusupan perbuatan menyusup atau menyusupkan,
penyeludupan: percubaan mereka dgn melakukan ~ dan seranganserangan
dlm gerombolan-gerombolan kecil ternyata tidak
memberi bekas sama sekali; ~ kebudayaan Barat dlm Islam;
penyusup orang yg menyusup masuk (secara diam-diam),
penyeludup: kedua-dua ~ itu tidak bersenjata apabila ditangkap.
susur I tepi, pinggir;
~ bantal tepi bantal pd lintangnya; ~ daratan = ~ pantai bahagian
tepi pantai atau dataran; ~ kota tembok kota yg di luar sekali; ~
tangan tempat berpegang pd titian dll, selusur; ~ tangga tempat
berpegang pd tangga, langkan;
menyusur 1. berjalan (belayar dll) mengikut tepi, berjalan (belayar)
sepanjang tepi: mereka belayar dgn perahu ~ pantai Pahang; 2.
lalu sepanjang (jalan dll), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dll): ia ~
jalan kampung menuju rumah Dewi; kajian seterusnya akan ~
arah-arah yg berbeza;
menyusuri 1. menyusur: mereka berjalan lambat-lambat ~ pantai;
mereka berjalan ~ kaki lima; 2. ki mengikuti, meneliti: saya susuri
ceramah beliau dgn hati-hati;
susuran; ~ tangga susur tangga;
penyusur; kapal ~ kapal yg menyusur pantai (singgah di pelabuhan
kecil sahaja).
susur II Jw sugi tembakau, songel, sentil.
susur III ark; penyusur; ~ bayar pembayaran hutang secara beransuransur.
susur IV Kl tidak jauh, dekat, hampir benar.
susur V; ~ batang sj ikan darat, Rasbora einthoveni.
susur galur salasilah keturunan, asal usul (seseorang atau sesuatu);
menyusur galur menyelidiki asal usul (hal dll), mengusul;
menyusurgalurkan menyusun salasilah keturunan (asal usul
seseorang atau sesuatu): saya akan ~ sejarah pembakuan bahasa
Melayu.
susut I 1. semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dll sesuatu): harga
jentera ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak 10 peratus; 2. menjadi lebih
pendek (kecil dll), mengecut (kain dll), mengerut: kain jenis ini
kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh; 3. turun paras
permukaannya (air dll), surut: berapa ~nya paras muka air itu
apakala dikeluarkan pelampung dr baldi itu? 4. menjadi kurus
(badan dll): anak yg begitu subur badannya sekarang mulai ~;
agung ~, pongah masih prb orang berbangsa yg telah turun
darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga;
menyusut menjadi susut, berkurang;
menyusuti menjadikan berkurang, mengurangi: sejak bercerai dgn
Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yg nyata, melainkan ~
yg telah ada;
menyusutkan menjadikan susut, mengecilkan, mengurangkan:
jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung;
susutan (Eko) kemerosotan nilai barang (yg dipergunakan dlm
perusahaan atau perniagaan);
kesusutan perihal susut, kekurangan, kemerosotan;
penyusutan perihal menyusutkan (mengurangkan, mengecilkan),
pengecilan, pengurangan.
susut II Kl; menyusut menyembunyikan, menyorokkan.
susut nilai 1. (Eko) turunnya nilai barang modal spt mesin dan bangunan
kerana telah usang, rosak atau haus; 2. (Eko) jatuhnya nilai suatu
mata wang dlm sebutan mata wang lain; 3. berkurang atau merosot
nilainya (bkn barang, modal dsb): mesin itu akan ~ setelah
digunakan selama beberapa tahun;
menyusutnilaikan menyebabkan barang, modal dsb susut nilai:
mereka perlu menganggarkan berapa tahun utk ~ harta syarikat.
susyi sj makanan Jepun berupa nasi bersalut dan diletakkan lauk,
terutamanya ikan mentah di bahagian atas atau di dalamnya.
sut I 1. bunyi spt bunyi daun buluh ditiup angin; 2. sr (seakan-akan siulan)
utk menyuruh orang diam.
sut II Id, bp kep suten.
sut III 1. Kd, Kl hujung, penghabisan; 2. yg penghabisan (terakhir) sekali.
sut IV 1. satu set pakaian luar drpd bahan (kain) yg sama, utk lelaki terdiri
drpd seluar dan jaket atau weskot dan utk perempuan terdiri drpd
skirt atau seluar dan jaket; 2. selengkap pakaian Melayu (lelaki dan
perempuan) yg sedondon.
sutan Mn 1. gelaran kaum bangsawan: berapa banyaknya orang Darat yg
berbini di sini, jadi menantu S~-S~ dan Marah-Marah; 2. awal
nama gelaran: sebenarnya ia bergelar S~ Baginda;
bersutan; ~ di mata, beraja di hati membuat sekehendak hati;
bersutan-sutan berasa megah atau sombong kerana
kebangsawanannya.
suten; bersuten Id, bp mengundi (dgn mengadu jari beramai-ramai) utk
menentukan siapa yg akan bermain dll dahulu; sut II.
sutera 1. sj benang yg lembut dan halus yg didapati drpd sj ulat; ulat ~ sj
ulat rama-rama Bombyx mori yg mengeluarkan benang sutera; 2.
kain atau cita yg dibuat drpd benang sutera;
~ kembang sutera yg bersulam; ~ buatan = ~ tiruan sutera yg dibuat
secara kimia;
jual ~, beli mastuli prb kehilangan yg berharga, mendapat yg lebih
baik (lebih berharga); spt ~ dlm lukisan prb sesuatu yg sudah bagus
beroleh darjat atau tempat yg bagus pula.
sutil Jw sj sudip utk membalik-balikkan benda yg digoreng dll.
sutradara Id pemimpin (pengatur) sesuatu lakonan (filem dll), pengarah;
menyutradarakan memimpin (mengatur) sesuatu lakonan (filem
dll), mengarah;
penyutradaraan perihal (proses) menyutradarakan (mengarah)
sesuatu lakonan, filem, dsb.
sutuh Ar atap rumah yg rata yg diperbuat drpd batu dan dilapisi dgn
tanah.
sutur (Ubat) 1. benang, dawai halus dsb yg digunakan utk menjahit luka
atau insisi pd bahagian tubuh; 2. jahitan pd bahagian luka atau insisi
selepas pembedahan.
suun C sj makanan spt mihun tetapi lebih halus (biasanya sbg perencah
sayur).
suwer (suwér) Kl gelap dan sunyi senyap (kerana ketakutan).
suwir; menyuwir mengoyak halus-halus.
swa- (Sanskrit) awalan asing sendiri, mis swakarya dan swalayan.
swadaya kekuatan sendiri, tenaga (daya) sendiri.
swadesi (swadési) Id gerakan yg menganjurkan atau menggalakkan orang
ramai supaya menggunakan barang-barang buatan negeri sendiri.
swakarya hasil kerja atau usaha sendiri.
swalayan perihal (perbuatan) melayan diri sendiri kerana pihak penjual
tidak menyediakan atau memberikan khidmat melayan para
pelanggan, layan diri.
swapraja Id daerah yg berpemerintahan sendiri.
swasambada Id mencukupi utk keperluan sendiri.
swasenyawa; penswasenyawaan (Bio) penyatuan gamet jantan dgn
gamet betina drpd individu yg sama, spt pd sesetengah protozoa,
kulat, dll, autogami.
swasraya Id melayani diri sendiri.
swasta yg mengendalikan kegiatan (perusahaan dsb) sendiri, bukan milik
kerajaan: penerbit ~; sekolah ~; syarikat ~;
menswastakan memindahkan perkhidmatan dan perusahaan yg
diurus oleh kerajaan kpd pengendalian pihak swasta (dgn kerajaan
memungut cukai drpd keuntungan yg diperoleh), menjadikan swasta
(bukan lagi milik kerajaan): ada rancangan utk ~ beberapa jenis
perkhidmatan yg kini dikendalikan oleh kerajaan;
penswastaan perihal (tindakan) menswastakan (perkhidmatan dan
perusahaan kerajaan).
swastika lambang pihak atau kaum Nazi di Jerman.
swatantra Id memerintah sendiri, autonomi.
sweater (swéter)  (Tks)  pakaian  bahagian  atas  badan  yg  dibuat  drpd
benang bulu, gentian buatan dsb yg boleh dipakai di luar sbg jaket,
atau dipakai bersama kot.
swiper (dlm perlawanan bola sepak) pemain yg kedudukannya di
belakang pemain pertahanan dan membantu pemain barisan
pertahanan dan kadang-kadang membuat serangan, libero.
SWT kep Subhanahuwataala: Allah ~.
Syaaban bulan yg kelapan dlm tahun Hijrah.
syabah Ar 1. tidak terang, samar-samar; 2. iras-iras, hampir serupa.
syabas sr kata utk menyatakan bagus (baik dll): masing-masing bangun
menjongkok menghulurkan tangan mengucapkan ~.
syabi Ar (baju) kemeja.
syabu sj dadah berbahaya berbentuk kristal yg digunakan terutamanya sbg
perangsang (menyebabkan pengambilnya bertenaga, agresif, tahan
berjaga dsb) dan boleh menyebabkan ketagihan sehingga boleh
merosakkan sistem saraf pusat.
syaddah Ar tanda utk menyatakan bunyi berangkap (dlm tulisan Arab),
sabdu.
syafaat Ar kelebihan yg dikurniakan Allah kpd Rasulullah SAW utk
menolong umatnya di padang mahsyar kelak: barang pintanya
dikabulkan Allah SWT dgn berkat ~ Nabi Muhammad SAW.
syafak Ar awan-awan merah di langit (waktu maghrib).
syafakat Ar belas kasihan, simpati.
Syafii; mazhab ~ satu drpd empat mazhab yg teraku dlm agama Islam
(didirikan oleh Imam Syafii).
syagar ark gula;  sakar I.
syah 1. raja, baginda; ~ alam sl raja segala alam; ~ alam di rimba gelaran
kpd pelanduk; 2. raja (dlm permainan catur).
syahadah Ar 1. ark (surat) pengakuan, sijil, ijazah: Shafik Afandi
mempunyai ~ Al-Bakaluria; 2. syahadat.
syahadan kata yg biasa dipakai pd permulaan cerita atau bab, selanjutnya
..., lalu ...: ~ datanglah kpd suatu hari, maka gajah itu pun
sampailah.
syahadat Ar 1. kesaksian, pengakuan; 2. = kalimah ~ kalimah pengakuan
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-
Nya; 3. sijil, ijazah, syahadah;
bersyahadat 1. mengucapkan kalimah syahadat: Ali mesti
bertaubat atas kesalahannya dan ~ semula; 2. = anak tidak ~ anak
di luar nikah, anak haram;
pensyahadatan perbuatan bersyahadat: upacara ~ beramai-ramai.
syahbandar pegawai yg mengetuai pentadbiran pelabuhan, ketua
pelabuhan; Datuk S~ gelaran salah seorang Orang Besar Berempat
di Pahang.
syahda Ar  syahdu.
syahdu elok, cantik, manis, (yg) mulia atau terutama: malam yg ~;
kesyahduan keadaan (sifat) syahdu, kemuliaan: ~ malam itu begitu
mendamaikan hatinya.
syahid Ar 1. saksi (yg menegakkan atau mempertahankan kebenaran
agama Islam), orang yg mati kerana agama Islam, mati dlm perang
sabil: perlawanan itu berakhir dgn ketiga-tiga orang pihak Quraisy
telah terbunuh dan seorang drpd pihak Islam telah ~; 2. ark mati
berdarah (terbunuh): setelah Raja Rekan merasai luka itu maka
ditikamnya Sultan Abu Shahid, maka baginda pun mati ~lah;
kesyahidan keadaan syahid: ~ al-Hallaj yg luar biasa apabila
melukiskan mistik.
syahmat raja telah terkepung (dlm permainan catur).
syahmura sl sj senjata.
syahwat Ar keinginan (utk melakukan persetubuhan), nafsu bersetubuh,
keberahian.
syair 1. sj karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri drpd empat baris yg
sama bunyi hujungnya): ~ Burung Pungguk; 2. sajak, puisi;
bersyair 1. (sedang) menggubah syair; 2. membaca syair dgn
berlagu: ramai orang yg mengambil bahagian dlm peraduan
bersyarah, bersajak, dll;
mensyairkan ark 1. mengarang syair; 2. membaca syair dgn
berlagu, melagukan syair;
pensyair penyair;
penyair orang yg mengarang syair (sajak), pujangga.
kepenyairan segala hal yg berhubungan dgn penyair: nilai tradisi
yg teguh dgn keagamaan dlm tingkat-tingkat ~.
syairi sj karangan bersajak, puisi.
syaitan sj makhluk halus yg jahat (menggalakkan orang membuat
kejahatan dsb);
kesyaitanan spt syaitan: ia bersifat menghina manusia yg korup
dan bersifat ~; setan.
syajar; ~ khuldi Ar sj pokok di syurga (siapa yg memakan buahnya akan
hidup kekal).
syajarat Ar pokok.
syak rasa kurang percaya (kurang yakin), curiga, sangsi, waswas, dsb;
menaruh ~ tidak mempercayai, mencurigai; tidak ~ lagi yakin
benar, tentu;
~ hati kurang percaya, curiga; ~ sangka = ~ wasangka rasa tidak
percaya, sangsi; ~ walang susah hati, khuatir;
~ fasik, yakin soleh, batu jadi juadah prb jangan banyak sangka,
bekerja dgn yakin kerana dgn keyakinan sahaja maksud akan
tercapai;
mengesyaki 1. menaruh syak pd, berasa sangsi pd, mencurigai: ia
mula ~ Marina; Hilmi ~ sesuatu yg buruk sedang berlaku; 2.
menyangka, menduga: Kamal disyaki lari mengikut Komunis.
syakar sl gula;  sakar I.
syakduf Ar tempat duduk (di belakang unta), pelana unta; sekedup.
syakhsi Ar ark perseorangan, peribadi (sendiri).
syal I 1. sj jubah yg tidak berlengan; 2. sj selendang, mafela.
syal II (Geo) sj batu lembut yg terjadi drpd tanah lumpur dll yg
mengendap.
syala (Sanskrit); pohon ~ sj tumbuhan (pokok), Artocarpus spp.
Syam negeri Syria.
syamali Ar utara; kutub ~ kutub utara.
syampu 1. cecair bersabun utk mencuci rambut: ~ berubat; 2. sj bahan
pencuci khas utk mencuci permaidani dsb;
mensyampu mencuci sesuatu (rambut, permaidani, dsb) dgn
syampu: dia sedang ~ rambutnya;
pensyampuan kerja-kerja mensyampu.
syamsi Ar matahari; syamsu.
syamsiah, syamsiat Ar; tahun ~ tahun yg dihitung dgn berdasarkan
matahari.
syamsir sl sj pedang.
syamsu Ar matahari; syamsi.
syandi sj minuman keras drpd bir yg dicampurkan dgn air halia atau
lemoned.
syantung (Tks) sj kain sutera tebal yg permukaannya tidak rata atau
berkedut-kedut: sutera ~.
syar Ar kejahatan.
syarab Ar sl minuman keras, air anggur.
syarah I Ar keinginan yg kuat terhadap sesuatu (terutama kpd makanan),
selera.
syarah II 1. keterangan, huraian, penjelasan, ulasan; 2. = syarahan
ceramah, pidato;
bersyarah memberi ceramah, berpidato, berucap: ia hendak ~ kpd
pengundi-pengundi pd masa pilihan raya;
mensyarahkan membicarakan sesuatu perkara (dlm bentuk
syarahan), menceramahkan: beliau juga meneliti pemikiranpemikiran
lama Yunani dan ~nya;
syarahan 1. ceramah, pidato, ucapan: ia mendengar ~ gurunya dgn
tekun; 2. pelajaran yg diberikan di universiti, kuliah;
pensyarah 1. orang yg memberikan syarahan (ceramah),
penceramah; 2. guru di universiti, orang yg memberikan kuliah:
saya temui empat orang ~ dan penolong ~ di Jabatan Pengajian
Melayu.
syarah III; syarahan ark penerbitan (surat khabar, majalah, dll), terbitan:
akhbar ~ pagi.
syarak Ar hukum yg bersandarkan ajaran agama Islam, hukum Islam:
pakaian yg bersih dan suci sebagaimana yg dikehendaki ~;
berbuatlah ia suatu pekerjaan yg tidak patut pd ~ dan pd adat iaitu
bermain muda.
syarat 1. tuntutan (permintaan) yg mesti dipenuhi, jaminan, janji: jika
orang yg meminang itu tidak dapat menunaikan tanda bertunang
itu, maka segala ~-~ yg telah dipersetujui dahulu dibatalkan; 2.
segala yg diperlukan (utk mencapai sesuatu yg dimaksudkan dll): ~
yg paling mustahak utk menamatkan perselisihan itu ialah
kemahuan dan kesediaan utk berselesai; 3. ketentuan (rukun,
peraturan, dll) yg mesti dipatuhi: Islamkah engkau kalau engkau
tidak mengikut ~-~ dan undang-undang yg diwajibkan atas
seorang Islam? 4. bayaran (barang dll) yg perlu kpd guru silat
(bomoh dll); ~ mutlak syarat yg tidak boleh tidak dipenuhi;
bersyarat ada syaratnya, dgn syarat, (dgn) disertai sesuatu syarat,
menjadikan (sbg) syarat: dia sendiri terasa betapa bodohnya dia
mengaku kalah tanpa ~ itu;
mensyaratkan menuntut (meminta) sbg syarat, mengenakan syarat,
menjadikan (sbg) syarat: PBB telah ~ bahawa negara anggota yg
tidak membayar hutang sampai tiga tahun dgn sendirinya akan
gugur haknya utk mengundi;
pensyaratan proses mengenakan syarat: pelbagai disiplin
memerlukan ~ yg lain pd ciri sosiologi sastera.
syarbat Ar  serbat.
syariah Ar hukum Islam; mahkamah ~ mahkamah yg mengurus perkaraperkara
yg bersangkutan dgn hukum Islam; syariat.
syariat Ar hukum Islam: al-Quran ialah sumber pertama drpd ~ Islam;
mensyariatkan menjadikan sbg syariat, memerintahkan:
disyariatkan azan supaya menyedarkan orang-orang yg lalai
supaya berhimpun di masjid bagi menunaikan sembahyang; beliau
haruslah mengabdikan diri semata-mata kpd Allah melalui ibadatibadat
yg telah disyariatkan Allah.
syarie (syarié) → syarii.
syarif Ar bangsawan atau mulia (sebutan utk keturunan Nabi Muhammad
SAW yg langsung drpd Husain).
syarifah Ar perempuan keturunan Nabi Muhammad SAW.
syarii Ar 1. berkaitan dgn syariah: peguam ~; hakim ~; 2. bersandar pd
atau mengikut hukum Islam: mereka tidak boleh menunaikan ibadat
puasa atas sebab uzur ~.
syarik Ar kawan, sahabat.
syarikat 1. persekutuan, perkumpulan, gabungan; Amerika S~ negara
persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi perusahaan
atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan
orang), perkongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama
memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah~;
anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd modalnya
dimiliki oleh syarikat lain; 3. persekutuan negara-negara yg menjadi
sahabat (dlm peperangan), sekutu;
~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau
tanggungjawab pemilik-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat
berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm
syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian
kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi
= ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa
buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan
syarikat yg memberikan kemudahan pinjaman kewangan dgn kadar
faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, terutamanya utk urus
niaga sewa beli; ~ multinasional syarikat yg beroperasi di beberapa
buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan
mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham
berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat
atau menghasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg
kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan
syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa perusahaan (spt
pembuatan barang, pengendalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa
syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya,
penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko)
syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh
itu boleh diperniagakan;
bersyarikat 1. bersama-sama (bersatu, bermuafakat, bergabung)
mengerjakan sesuatu (mendirikan pertubuhan dll); 2. bersekutu,
berkawan, bersahabat;
mensyarikati ark bersyarikat dgn, ikut serta, bersama-sama (dlm
kesusahan dll);
mensyarikatkan; ~ Allah menganggap Allah tidak esa (lebih drpd
satu);
persyarikatan 1. persekutuan, perhimpunan, perkumpulan,
persatuan: p~ Bangsa-Bangsa Bersatu; 2. = ~ dagang Id
perkongsian (dlm perniagaan); ~ Malaysia konsep kerjasama antara
kerajaan dan swasta supaya pihak swasta akan berjaya dan
memberi lebih banyak sumbangan kpd pembangunan negara.
syarpit (Kim) mineral yg mengandungi kira-kira 68.5% uranium.
syatar Ar halaman (buku dll), muka surat.
syaulam sl sj jampi (utk membius).
Syawal bulan yg kesepuluh dlm tahun Hijrah.
syed  sayid.
syeikh (syéikh)  1. sebutan kpd orang yg berketurunan sahabat-sahabat
Nabi; 2. sebutan kpd orang Arab (yg berasal dr Hadramaut); 3.
sebutan kpd alim ulama; 4. = ~ haji = ~ jemaah orang-orang yg
mengurus orang naik haji.
syelek (syélék)  1. sj bahan berdamar yg berbentuk kepingan nipis dan
digunakan utk membuat varnis bagi mengilatkan kayu dll; 2. varnis
yg dibuat dgn melarutkan syelek dlm etanol atau lain-lain yg
seumpamanya;
mensyelek menyapu syelek pd sesuatu;
syer (syér) bahagian dlm modal sesuatu perniagaan, saham, sero: syarikat
itu mengeluarkan ~ utk mendapat modal; ~ kosong bp syer yg
diberikan kpd seseorang dgn tidak membayar harganya.
syeri (syéri) sj wain berwarna kuning atau perang yg berasal dr Sepanyol.
Syiah Ar salah satu drpd dua mazhab terpenting dlm Islam yg menolak
tiga khalifah ar-Rasyidin yg awal dan menganggap Saidina Ali sbg
pengganti Nabi Muhammad yg sah; kaum ~ kaum yg mengasingkan
diri drpd kaum Sunah (dlm agama Islam).
syiar Ar lambang kebesaran, keagungan, atau kemuliaan: hingga
sekarang ini, sentiasalah kedengaran suara azan pd tiap-tiap
waktu sembahyang, yg menandakan ~ Islam.
syif 1. kumpulan yg bekerja (mis di kilang) bergilir-gilir dgn kumpulan
lain; 2. tempoh kerja yg dijadualkan: minggu depan saya bekerja ~
malam.
syifa Ar sesuatu yg menyembuhkan penyakit (kerunsingan dsb), penawar:
selawat ~.
syiling 1. unit mata wang Inggeris yg bernilai 1/20 paun atau 5 peni; 2. =
duit (wang) ~ mata wang yg dibuat drpd logam.
syim kepingan logam, kayu, getah, dsb yg nipis utk memalam sesuatu,
sesendal.
syin 1. huruf ke-13 abjad Arab (mempunyai nilai 300); 2. huruf ke-14
abjad Jawi.
Syinto agama tradisional masyarakat Jepun.
syirik Ar perbuatan menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan
atau perbuatan, mis percaya adanya kuasa ghaib selain Allah,
memuja berhala dsb;
mensyirikkan menganggap Allah itu banyak, menyekutukan
(menduakan) Allah;
kesyirikan tahap (darjah) berada dlm keadaan syirik.
syiuh siuh.
syogun (Jepun) panglima tertinggi tentera Jepun yg menjadi pemerintah
dan lebih berkuasa drpd Maharaja (sehingga tahun 1867).
syok bp 1. sangat menarik hati (seronok, suka dsb): ~ juga dengar cerita
dia; 2. sangat tertarik hati: kata kawan-kawannya Azhar tu ~ pd
dia; ~ sendiri berasa seronok, puas dsb dgn apa yg dilakukan oleh
diri sendiri sahaja tanpa mengira tanggapan, perasaan dsb orang
lain; 3. Id berlagak, berpura-pura.
syor cadangan, anjuran, nasihat, petunjuk, saran: cadangan atau ~ yg
terbaik akan dikira menang;
mengesyorkan mengemukakan cadangan, mencadangkan,
menganjurkan, menyarankan: dia ~ kpd peguam supaya
menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sahaja.
syot foto (gambar) yg diambil dgn kamera sinematograf.
syubhah Ar kesamaran (kerana tidak jelas hukumnya antara halal dan
haram).
syuhada Ar (jamak bagi syahid) saksi (tentang kebenaran agama Islam).
syukur 1. terima kasih: kalau abang dapat sembahyang sahaja, aku
mengucapkan ~ kpd Tuhan; 2. sr untunglah, mujurlah; 3. beruntung,
mujur, bertuah: saya berasa ~ dapat berjumpa dgn datuk;
bersyukur berasa syukur, berterima kasih: sekarang telah nampak
kejayaan, ~ aku kpd Tuhan; perempuan dan laki-laki tidak pernah
berasa puas dgn apa yg ada, tidak pernah ~;
mensyukuri mengucapkan syukur (terima kasih) kpd, melakukan
sesuatu (berkenduri dll) sbg tanda bersyukur: orang sudah sibuk di
rumah Engku Besar memasak-masak utk kenduri, kerana ~
pernikahannya;
kesyukuran rasa syukur: tidak dapat digambarkan lagi kesukaan
dan ~ mereka pd ketika itu.
syumul Ar bersifat menyeluruh dan sempurna: undang-undang Islam yg
bersifat ~ dan universal;
kesyumulan perihal (sifat) syumul, kesejagatan: apakah kurikulum
yg berjalan telah benar-benar menggambarkan ~ Islam?
syura mesyuarat (utk mencapai keputusan menurut suara terbanyak):
peranan masjid yg ketiga adalah sbg tempat ~ masyarakat
setempat.
syurah huraian, keterangan, penjelasan;
mensyurahkan menghuraikan, menjelaskan; syarah II.
syurga = ~ jannah = ~ jannat alam akhirat (tempat roh manusia yg baikbaik
dan banyak membuat pahala ketika di dunia), tempat balasan
pahala dan tempat mengecap nikmat Tuhan yg kekal; ~ dunia
segala rupa kenikmatan (kesenangan, kebahagiaan) di dunia;
kesyurgaan segala yg berkaitan dgn syurga.
syurgaloka sl alam kayangan tempat kediaman Betara Guru.
syuruk Ar waktu terbit matahari.

No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama