SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Tuesday 27 September 2011

Daftar Kata Huruf X

x huruf ke-24 abjad Rumi.
xantina (Kim) hablur berwarna kekuning-kuningan yg larut dlm eter dan
larut sedikit dlm air dan alkohol, biasanya digunakan sbg racun
kulat dan bahan perantara utk bahan kimia lain.
Xe simbol kimia bagi xenon.
xenofobia (xénofobia) (Psi) perasaan sangat takut atau benci terhadap
orang asing.
xenolit (xénolit) (Geo) serpihan batuan yg berbeza dr segi asal usul,
komposisi, struktur, dsb drpd batu igneus yg melitupinya.
xenomorf (xénomorf) (Geo) (bkn batu igneus) tidak mempunyai ciri
bentuk hablur disebabkan tekanan drpd mineral yg berdekatan:
bentuk ~.
xenon (xénon) (Kim) sj unsur bukan logam yg berbentuk gas, sangat
stabil, dan digunakan dlm tiub pendar cahaya dan laser.
xerofit (xérofit) (Bio) tumbuhan yg dapat hidup atau tumbuh di
persekitaran yg kering.
xeroftalmia (xéroftalmia) (Ubat) kekeringan konjunktiva dan kornea
disebabkan oleh kekurangan vitamin A.
xerosis (xérosis) (Ubat) kekeringan tidak normal pd mata, kulit ataupun
mulut.
xerostomia (xérostomia) (Ubat) kekeringan pd mulut disebabkan
kekurangan rembesan air liur.
xi huruf ke-14 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
xilem (Bio) tisu tumbuhan yg membawa air dan garam mineral dr akar ke
bahagian lain tumbuhan dan merupakan tisu penyokong utama dlm
tumbuhan.
xilena (xiléna) (Kim) sebatian organik berbentuk cecair, tidak berwarna,
dan larut dlm alkohol dan eter tetapi tidak larut dlm air, biasanya
digunakan sbg pelarut, bahan api pesawat terbang dan bahan
perantara dlm penyediaan sebatian organik lain.
xilofaj (Bio) serangga pemakan kayu.
xilofon sj alat muzik yg terdiri drpd bar-bar kayu (biasanya dibunyikan
dgn menggunakan dua batang pemukul kayu yg kecil).
xilolarium koleksi sampel kayu zaman silam dan kayu yg masih wujud
dgn dinyatakan nama biasa, nama tempatan, nama saintifik dan asal
usul kayu tertentu, biasanya digunakan sbg bahan rujukan utk
pengecaman dan pemiawaian nama.
xilosa gula yg terdapat dlm tumbuhan, khususnya di bahagian yg berkayu.
X-ray 1. sinar elektromagnet yg dapat menembusi pepejal (gas berion dan
plat gambar foto yg terdedah), sinar-X; 2. pemeriksaan bahagian
dalam badan seseorang atau bahan legap dgn sj alat yg
menggunakan sinar-X: sudahkah ~ dibuat pd paru-paru kamu yg
sakit itu? 3. = gambar ~ gambar yg dihasilkan dgn mendedahkan
filem gambar foto kpd sinar-X (digunakan dlm perubatan sbg salah
satu cara utk mengesan keadaan bahagian tertentu dlm badan, spt
tulang yg dapat menyerap sinar-X dan kelihatan sbg kawasan yg
legap pd gambar);
mengx-ray 1. mengambil gambar X-ray (sebahagian drpd badan
dsb) dgn menggunakan sinar-X; 2. merawat atau memeriksa dgn
menggunakan sinar-X.

No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama