SEMERAH TINTA®
SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.
Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan
Monday, 26 September 2011
Daftar Kata Huruf Y
Y simbol kimia bagi itrium.
Y2K (Komp) gangguan pd sistem komputer disebabkan oleh kegagalan
komputer mengenal pasti data menjelang tahun 2000 sehingga boleh
menimbulkan pelbagai masalah kpd pengguna komputer, pepijat
alaf.
ya I 1. huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10); 2. huruf ke-34
abjad Jawi.
ya II 1. sr kata utk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul: ~,
saya ada dua orang anak; ~kah engkau ini yg bernama Tuanku
Malim Deman?; ~ tak ~ (juga) bp memang benar (betul), benar
(betul) juga; 2. sr kata utk menyatakan sanggup (melakukan sesuatu
dll), baiklah: ~lah patik membawa Duli Yang Dipertuan lari; 3.
kata utk menyahut panggilan orang, saya: ~ pak cik;
mengeyakan mengatakan ya, membenarkan, menyungguhkan: lebih
baik engkau yakan saja akan kata-katanya; ia II.
ya III sr kata utk memanggil (menarik perhatian dll), hai, wahai: ~ Allah,
~ Rabbi, ~ Saidi.
ya IV 1. kata yg digunakan pd hujung ayat sbg bertanya atau utk
mendapatkan kepastian, ... bukan?: dia orang kaya ~? 2. kata
tambahan yg merupakan atau menguatkan pertanyaan kpd diri
sendiri, agaknya, gerangan, tah: siapa ~ yg berjalan itu? 3. kata utk
menguatkan maksud kata sebelumnya: besok kita jumpa lagi ~.
YA kep Yang Arif.
YAA kep Yang Amat Arif.
YAB kep Yang Amat Berhormat.
yad Ar 1. tangan (orang); 2. kaki yg di hadapan (bagi binatang yg berkaki
empat); 3. sayap (burung dll).
YADIM akronim bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Yahudi = orang ~ bangsa yg berasal dr Israel (keturunan Yuda); agama ~
agama yg dianuti oleh orang Israel;
meyahudikan menjadikan seseorang Yahudi: setiap anak yg
dilahirkan adalah suci, tetapi ibu bapalah yg mencorakkannya
sama ada ~nya atau menasranikannya;
memperyahudikan ki memandang hina (rendah, keji, dll),
mengejikan.
Yahudiah golongan Yahudi, orang-orang Yahudi.
yahum; angin ~ angin yg berpuput dr buritan kapal dll.
yais Id peringkat mulai tidak datang bulan lagi (bagi perempuan yg
berumur di antara 45 dgn 50 tahun), mati (habis, putus) haid.
Yakjuj wa Makjuj Ar dua suku bangsa yg dipercayai akan
membinasakan dunia apabila hampir kiamat.
yak I; belacak ~, melacak ~ terlalu banyak hingga bertimbun-timbun
(buah-buahan, ikan, dll);
beryak-yak, teryak-yak terlalu banyak.
yak II sj lembu yg bertanduk panjang, berbulu tebal dan berjumbaijumbai,
yg terdapat terutamanya di kawasan pergunungan Himalaya
dan di Tibet, Bos grunniens.
yakin betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu
atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia
masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg
salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan
berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguhsungguh;
meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benar-benar (akan): setelah
~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti
itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini
menyelidiki dsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd;
meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan
sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada
terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin:
mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah
bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang;
3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main,
serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak
sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng-dongeng daerah; 4.
menimbulkan keyakinan: hujah yg ~;
keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh,
kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula
kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan citacita
kita;
berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia
~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang;
ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~
terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg
mendapat pendidikan Inggeris.
yakis sj kera besar yg hidup di tanah.
yakni iaitu (diikuti oleh kalimat yg menjelaskan lagi maksud kalimat
sebelumnya): majlis itu berhak bertindak dgn sendirinya, ~ dia
tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa.
yakut sj batu permata.
yakuza 1. pertubuhan jenayah Jepun yg terlibat dlm perjudian haram,
peras ugut dsb; 2. ahli kegiatan haram atau samseng Jepun.
yakyung sj kumbang yg bertanduk, kumbang gajah, kumbang kelapa.
YAM kep Yang Amat Mulia.
Yamtuan Yang Dipertuan, baginda.
yamyuh sj unggas kacukan ayam dan puyuh.
yang I 1. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa kata keterangan
berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan: rumah ~ besar
itu; orang ~ sakit itu; 2. (Lin) kata penghubung utk menyatakan
bahawa kata-kata (ayat) berikutnya ialah penjelasan utk kata-kata
sebelumnya: banyak orang ~ ingin bersalam dengannya; 3. kata yg
digunakan sbg kata penyerta, kata yg menentukan kata benda, kata
sandang: ~ penting bagi kita ialah mengenai dasar; ~ kaya sama
kaya; 4. sl ada pun akan: ~ hutang tuan hamba sekati emas itu
halallah dunia akhirat; 5. bp kata penghubung utk menyatakan isi
atau huraian kata (ayat) sebelumnya, bahawa: mengertilah cikgu itu
~ pandangan itu bermaksud meminta nasihat;
Y~ Amat Arif rujukan kehormat utk Ketua Hakim Negara (dlm
situasi formal, spt di mahkamah dsb); Y~ Amat Berhormat rujukan
kehormat yg digunakan utk Perdana Menteri, Timbalan Perdana
Menteri dan Menteri Besar; Y~ Amat Berbahagia rujukan kehormat
yg digunakan utk mereka yg bergelar Tun dan Toh Puan; Y~ Amat
Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Undang (luak di Negeri
Sembilan); Y~ Arif rujukan kehormat yg digunakan utk Hakim (pd
situasi yg formal spt di mahkamah dsb); Y~ Berbahagia rujukan
kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri,
Datuk Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato', Datuk dan Datin
(yg bukan wakil rakyat); Y~ Berhormat rujukan kehormat yg
digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan
Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan
Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan
Undangan Negeri; Y~ Berhormat Mulia rujukan kehormat yg
digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan
Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan
Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan
Undangan Negeri yg berketurunan raja; Y~ Dipertua orang yg
dilantik menjadi ketua sesuatu persatuan (perkumpulan dll); Y~
Dipertua Negeri gelaran utk ketua negeri bagi Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak; Y~ Dipertuan gelaran utk raja yg
memerintah, sultan, tuanku; Y~ di-Pertuan Agong gelaran utk Ketua
Negara Malaysia; Y~ Maha Kuasa Tuhan, Allah; Y~ Maha Mulia
rujukan kehormat utk sultan atau raja yg memerintah; Y~ Mulia
rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed,
Engku (Ungku) dan Datu; Y~ Teramat Mulia rujukan kehormat utk
keluarga diraja yg terdekat.
yang II = yang-yang dewa;
beryang-yang membaca mantera memanggil dewa-dewa, memuja
dewa-dewa: maka tuan puteri pun mengambil gaharu cendana
janggi dibakarnya sambil ~; Tuanku Malim Deman pun
berangkatlah bersiram di dlm taman itu ~ mengamalkan sekalian
ilmu hikmat;
kayangan tempat kediaman segala dewa, keinderaan.
Yangki 1. orang Amerika umumnya; 2. bp pemuda yg terikut-ikut dgn
gaya (yakni pakaian, kelakuan, dsb) pemuda Amerika; seluar ~
seluar potongan seluar gembala lembu di Amerika.
yang-yang; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar asam riang, akar
kerayung, Vitis hastata.
yarmulka sj tutup kepala kecil bulat yg dipakai oleh lelaki Yahudi,
terutamanya apabila bersembahyang.
yas hias.
Yasin = surah (surat) ~ surah ke-27 di dlm Quran.
yatim 1. anak yg kematian ibu atau bapanya; 2. = ~ piatu anak yg
kematian kedua-dua ibu bapanya;
keyatiman keadaan yatim (kematian ibu atau bapa).
yaum Ar hari; ~uddin hari dipertimbangkan kebaikan dan kejahatan (dosa
dan pahala) seseorang; ~ ul-akhir hari yg kemudian; ~ ul-kiamati
hari kiamat; ~ ul-Mahsyar hari dikumpulkan segala manusia (utk
diperhitungkan segala dosa dan pahalanya).
yayasan 1. pertubuhan yg dibentuk utk mengusahakan sesuatu (spt
sekolah, badan penyelidikan, badan yg mengeluarkan biasiswa, dll):
Universiti Harvard dan Yale di Amerika dibiayai oleh satu ~; 2.
bangunan khas utk tujuan tertentu (spt rumah sakit, rumah anak
yatim, dll).
yayi Jw, sl adik, adinda.
Yb simbol kimia bagi iterbium.
YB kep Yang Berhormat.
YBhg kep Yang Berbahagia.
YBM kep Yang Berhormat Mulia.
ye huruf ke-35 abjad Jawi.
yen (yén) unit mata wang Jepun.
yeti (yéti) sj makhluk besar yg berbulu lebat, seakan-akan manusia, yg
dikatakan wujud di pergunungan Himalaya.
yg kep yang.
yis 1. sj kulat satu sel dlm kelas Ascomycetes yg dapat menapaikan gula
dan kaya dengan vitamin B kompleks; 2. sj bahan yg digunakan utk
menaikkan adunan roti dsb, dan utk menapaikan bir, wiski, dsb,
ragi.
YM kep Yang Mulia.
yoga 1. sistem falsafah Hindu yg bertujuan menyatukan diri dgn Tuhan
dgn mengheningkan fikiran (spt dgn bertafakur, dsb) melalui
beberapa senaman gerak badan dan fikiran; 2. = senaman ~
berbagai-bagai cara utk mengheningkan (menenangkan) fikiran, spt
dgn bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yg bertujuan
mewujudkan keadaan badan dan fikiran yg sihat;
beryoga melakukan (senaman) yoga.
yogi 1. orang yg mahir tentang yoga, ahli yoga, guru yoga.
yogia berpatutan, padan, layak;
seyogia sepatutnya, selayaknya, semestinya: jikalau tuan hendak
belayar, ~nya hamba dibawa.
yogurt makanan separa pejal yg disediakan melalui penapaian susu oleh
bakteria (biasanya dibubuh perisa buah dll).
yoi Kd tanah lembut.
yojana sl jarak (ukuran) jauh, jauh: beberapa ribu ~ jauhnya;
seyojana; ~ mata (memandang) sejauh mata memandang;
saujana.
yolka (Bio) bahan nutrien yg terdiri drpd protein dan lemak yg terdapat di
dlm ovum atau telur, dan merupakan simpanan makanan bagi
embrio yg akan berkembang.
yong 1. Pr nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk
ibu saudara yg tertua.
yongyat Kd, Pn terhuyung-hayang (perahu dll), olang-aling.
yop Pr nama timang-timangan utk abang yg sulung.
you (yu) bp ganti nama diri kedua, awak, kamu, engkau, anda: ~ hendak
ke mana?
yoyo sj mainan kanak-kanak yg berbentuk bulat pipih, menyerupai
gelendong benang yg mempunyai lilitan benang kasar pd alurnya,
dan jika dimainkan menyebabkan mainan itu berputar turun naik.
YPEIM kep Yayasan Pembangunan Ekonomi IslamMalaysia.
yu I sj ikan laut, jerung;
~ belak = ~ pokah = ~ rimau = ~ tembaga sj yu, Cheiloscyllium
indicum; ~ belangkas sj yu, Narke dypterygia; ~ bengkong a) = ~
mata jauh = ~ palang = ~ sanggul = ~ tanduk sj yu, Sphyrna
blochii; b) = ~ mata jauh = ~ palang = ~ sanggul = ~ tanduk sj yu,
Sphyrna zygaena; = ~ berui = ~ gergaji = ~ parang = ~ todak sj
yu, Pristis cuspidatus; ~ bodoh sj yu, Cheiloscyllium indicum; ~
cermangi = ~ kia = ~ pengajam sj yu, Rhonibatidae; ~ cercak = ~
cicak = ~ tokeh = ~ pendek sj yu, Atelomycterus marmoratus; ~
giling = ~ manis = ~ tenggiri sj yu, Galeocerda cuvieri; ~ jaras sj
yu, Mustelus manazo; ~ jerih = ~ pasir sj yu, Scoliodon
sorrakowah; ~ jerung = ~ mata jauh = ~ palang = ~ sambaran =
~ sanggul = ~ sanggul lintang = ~ tanduk sj yu, Sphyrnidae; ~
kabut sj yu, Stegostoma fasciatum; ~ kecil sj yu, Scyllium spp.; ~
kemejan (kemenyan, kumian) sj yu a) Rhinobatis djeddensis; b)
Rhinobatis granulatus; ~ kepak hitam = ~ nipah = ~ pulah = ~
punai = ~ sirip hitam sj yu, Eulamia melanoptera; ~ paus sj yu,
Rhinodon typicus; ~ putih sj yu, Carcharodon carcharias;
spt ~ kia-kia, kepala ~ ekor pari prb orang yg tidak teguh
memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah).
yu II Jw, bp kakak (perempuan).
yuan unit mata wang utama Republik Rakyat China.
yuda sl perang, peperangan.
yuk sr kata utk mengajak dll, ayuh: minum ~!
Yunani negara Greece (di Eropah); orang (bahasa, bangsa) ~ orang
(bahasa, bangsa) Greek.
yunda kekanda (utk menyebut orang perempuan); ayunda.
yuran wang yg dibayar tiap-tiap bulan atau pd waktu-waktu yg ditetapkan
(kpd persatuan, kesatuan, sekolah, dll), wang sokongan (kpd parti
politik dll): ahli persatuannya banyak yg tidak membayar ~.
yuyu Jk ketam.
* Rujuk Kamus Dewan
Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari
-
Contoh 1 Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah...
-
Seperti yang diketahui umum bidang pelancongan boleh menjadi salah satu sumber pendapatan negara. Selain itu kedatangan pelancong juga bole...
-
15. KARANGAN JENIS BERFORMAT: SURAT RASMI Soalan : Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang sakit d...
-
Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi...
-
LAPORAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 3 Pada 23 Januari 2010,Sekolah Kebangsaan Besout 3, telah mengadakan Temasya ...
-
Sebagai pelajar kita semestinya menghormati guru.Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang b...
-
(Sanggupkah kita biarkan alam kita tercemar begini?) Alam sekitar ialah alam sekeliling kita.Alam sekitar boleh tercemar dengan ...
-
Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Gotong royong bermaksud bekerjasama melakukan sesuatu tugasan.Terdapat banyak...
-
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamula...
-
SAMBUTAN HARI IBU 16. KARANGAN JENIS KEPERIHALAN Soalan : Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu. 1. Pada 8 Mei yang lalu...
Kumpulan Blog Kendalian Saya
-
Selamat Bertugas di Tempat Baharu Cikgu Erma - Tahniah daripada seluruh warga kerja dan murid SK Besout 3 atas penempatan dan jawatan baharu Cikgu Norhidatul Erma bt Kamaruddin. Bermula 20 Februari 20...4 years ago
-
Kuala Kurau, Pekan Kecil yang “Hidup” - Kuala Gula terletak di persisir pantai utara Perak, kira-kira 50 kilo meter (km) dari barat laut bandar Taiping dan 80km dari sempadan Pulau Pinang. Ke Ut...4 years ago
-
Tin oh Tin - Kembali menjenguk pohon-pohon tin yang tidak terurus. Bukan mudah menanam tumbuhan ini jika kurang ilmunya. Hanya orang yang sabar dan rajin dapat menjaga...5 years ago
-
Kejadian Ragut Melibatkan Warga TBS - Taman Bukit Slim - Belumpun hilang kerisauan terhadap kejadian pecah rumah yang kerap berlaku di kejiranan Taman Bukit Slim berlaku pula kejadian ragu...8 years ago
-
Instyle Langkawi Trade Fair - Giving Style to Lifestyle (2) - Tun Dr. Mahathir di Instyle Langkawi Trade Fair11 years ago
Blog List Ilmu Keguruan
-
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM Ambilan 2025 - Bagi pengambilan tahun 2025, tiga program seperti berikut ditawarkan: 1. Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/ Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Bia...2 weeks ago
-
PENGUMUMAN RASMI!! - Salam sejahtera, Semoga anda yang mengunjungi laman ini sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria. Semoga apa jua yang anda lakukan pada hari ini akan ...9 years ago
-
‘Sayalah guru itu!’ - MENJAWAB KERISAUAN GURU DI SELURUH NEGARA - Apabila kalimat ‘sayalah guru itu’ mula menjadi mainan di bibir para pendidik itu beerti benarlah kenyataan Syed Qutb bahawa *“satu peluru h...11 years ago
-
PENDIDIKAN INKLUSIF - Peraturan Pendidikan 1997 (Pendidikan Khas) menjelaskan makna pendidikan inklusif sebagai program; *“(c) an inclusive education programme for pupils with ...11 years ago
-
-
-
No comments:
Post a Comment