SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Saturday 1 October 2011

Daftar Kata Huruf E

e huruf kelima abjad Rumi.
e (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~ , tengok
rumah terbakar di sana!; ~, jaga baik-baik titi itu licin!; ~, tak
malu budak telanjang!
EAEC kep East Asia Economic Caucus (Perundingan Ekonomi Asia
Timur).
ebam (ébam) ark sj bekas air drpd tembikar yg panjang bulat dan
bertutup.
ebek (ébék) I penudung jendela (spt bidai dll) utk melindungi sesuatu
ruang drpd panas matahari.
ebek (ébék) II sj ikan laut, Alectis spp.
ebeng (ébéng); mengebeng menari berhadap-hadapan dgn atau bersamasama
dgn wanita joget yg diberi bayaran.
eber (ébér) Kl 1. gelambir, pial (ayam); 2. kain dll tudung jendela atau
pintu, langsir; 3. bahagian dinding yg menganjur keluar.
ebi (ébi) C udang kering.
Ebola = demam ~ sj penyakit bawaan virus yg dicirikan oleh perdarahan
yg teruk dr rongga tubuh dan pemusnahan tisu dalaman yg
akhirnya boleh menyebabkan kematian.
ebonit (ébonit) getah hitam (biasanya keras) yg terhasil dgn
mencampurkan getah asli dgn sulfur pd suhu dan tekanan tinggi.
ebro (ébro) sj kenderaan sewa (dua atau empat rodanya).
ece (écé) Jw; mengece mengejek, mempersendakan.
ecek (écék) bp pura-pura;
ecek-ecek bukan sungguh-sungguh (betul-betul), olok-olok;
perang ~ perang olok-olok.
eceng (écéng) Jk sj tumbuhan (herba yg boleh dimakan bunganya),
Limnocharis flava.
ecer (écér) I Kl; mengecer 1. menjelejehkan (air, minyak, dll),
menaburkan di sana sini; 2. ki menyebarkan atau menceritakan
(rahsia dll) ke sana ke mari, mengheboh-hebohkan. 3. meratakan
sesuatu: Pak Man sedang ~ simen di hadapan rumahnya.
ecer (écér) II Jw; mengecerkan menjual sedikit-sedikit, menjual (secara)
runcit;
eceran perihal menjual barang sedikit-sedikit: pedagang ~ di
pinggir jalan; harga ~ harga menjual barang sedikit-sedikit, harga
(jualan) runcit.
ECG kep electrocardiogram (elektrokardiogram).
edafologi (édafologi) kajian tentang pengaruh tanah terhadap benda
hidup, terutamanya tumbuhan, termasuklah penggunaan baja dan
pemuliharaan taraf kesuburan tanah.
e-dagang proses menjalankan urusan perniagaan (membeli atau menjual
barangan atau perkhidmatan) melalui rangkaian komputer atau
internet: manfaat ~ ini boleh dinikmati oleh semua golongan
pedagang dan orang biasa selaku pengguna.
edah (édah)  idah II.
edan (édan) Jw gila: entah gadis itu telah ~ entah sekadar berkelakar, ia
tidak tahu; ~ kesmaran sl gila cinta (berahi), mabuk cinta.
edar (édar); beredar, mengedar ark 1. bergerak berkeliling hingga
sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar: bumi kita ini ~
mengikut garis perjalanannya yg tertentu; bintang ~ bintang
siarah, planet; 2. berpindah-pindah dr tangan ke tangan: surat
pekeliling itu sudah ~ beberapa hari dahulu; 3. berundur dr tempat
seseorang itu berada (utk pulang, pergi ke tempat lain, dll),
berpindah (beralih) tempat: tamat sahaja pertandingan itu, maka
penonton pun ~ pulang; ~ dr meja makan ke tempat rehat; zaman
~ musim berubah prb keadaan sesuatu itu berubah-ubah dr masa ke
masa;
mengedari 1. (bergerak) mengelilingi, melegari: bumi ~ matahari;
2. menjelajahi: ~ dunia dgn basikal; 3. menjalani sekitar:
dibawanya saya ~ jalan-jalan raya di Kuala Lumpur;
mengedarkan, memperedarkan menyampaikan sesuatu drpd
seorang kpd seorang lain dan seterusnya, mengelilingkan,
menyebarkan: setiausaha kami telah ~ surat undangan mesyuarat
kpd semua ahli; pelayan dlm jamuan itu ~ pinggan berisi kuih kpd
tetamu sekalian; borang yg diperedarkan dahulu mesti
dikembalikan pd hujung bulan ini; ~ wang mengeluarkan wang utk
digunakan oleh rakyat;
edaran 1. = peredaran sesuatu siri perubahan (bkn keadaan,
benda, dll) yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan
asalnya; ~ air edaran air menjadi wap, wap menjadi awan, awan
menjadi hujan (air); ~ melambung meleset (Eko) perubahan
keadaan ekonomi drpd keadaan makmur menjadi meleset,
kemudian makmur kembali; 2. (sesuatu) yg diedarkan: surat ~;
peredaran 1. perihal beredar, gerakan yg berkeliling: ~ matahari;
2. perjalanan dr satu tempat ke tempat lain; 3. perpindahan (wang)
dr tangan ke tangan (dlm masyarakat); 4. perkembangan drpd suatu
keadaan kpd yg lain: ~ hidup; ~ dunia = ~ zaman perkembangan
atau perubahan dunia (masa);
pengedaran perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengedarkan: ~
risalah;
pengedar 1. (Kej) alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam
penyala silinder; 2. penjual barang-barang kpd penjual runcit atau
pembeli: ~ buku.
edema (édema) (Ubat) kewujudan air yg berlebihan pd ruang antara tisu
tubuh sehingga menyebabkan bahagian yg berkenaan kelihatan
bengkak.
edik (édik) perintah, pengisytiharan, dll yg formal oleh pihak yg
berkuasa.
edisi (édisi) 1. versi tertentu buku yg dicetak pd satu-satu masa: ~ Dewan
Bahasa dan Pustaka; 2. bentuk teks yg diterbitkan: ~ kulit keras;
3. keluaran surat khabar atau majalah berkala utk masa atau tempat
tertentu: surat khabar ~ pagi.
edit (édit); mengedit menyunting (karangan, buku, dsb);
pengeditan proses (kerja dsb) mengedit, penyuntingan;
pengedit orang yg mengedit, editor.
editor (éditor) orang yg memperbaik (memperkemas) dan menyediakan
karangan (makalah, buku, dsb) utk dicetak, penyunting, pengedit:
mereka berbicara tentang tanggungjawab ~, penulis, dan
pembaca; ~ kopi editor yg menyunting manuskrip dr segi
ketepatan dan keselarasan ejaan, istilah, tatabahasa, gaya bahasa,
dan gaya penulisan sesuai dgn gaya penerbit.
editorial (éditorial) 1. bkn dgn editor (dr segi tugas, tanggungjawab dsb):
jawatankuasa ~; 2. rencana khas dlm akhbar dsb yg ditulis oleh
editor, pengarang, atau penerbitnya utk mengutarakan pandangan
atau ulasan tentang sesuatu persoalan semasa, lidah pengarang,
rencana pengarang.
EDP kep electronic data processing (pemprosesan data elektronik).
ee (éé), eeh (ééh) sr kata utk menarik perhatian (kerana hairan, terkejut,
dll): ~ , jaga-jaga sikit ya!; ~, kalau tak silap, itu Encik Nasir!
EEC kep European Economic Community (Komuniti Ekonomi Eropah).
efek I (éfék) kesan: rancangan luar bandar jelas kelihatan ~nya di
kampung-kampung.
efek II (éfék) IB surat yg boleh dicagarkan (spt bon, surat saham, dll).
efektif (éféktif) ada kesannya (pengaruhnya), berkesan, mujarab (bkn
ubat): satu sistem perkhidmatan awam yg ~ tidak akan wujud
semata-mata kerana pelaksanaan disiplin yg kuat sahaja.
efemeral (éfemeral) (Bio) bkn tumbuhan yg menyelesaikan kitar
hidupnya dlm jangka masa yg pendek, terutama tumbuhan di
padang pasir.
efendi (éféndi) (Turki) tuan (sebutan bagi golongan bangsawan).
efisien (éfisien) bkn individu, organisasi, mesin, dll yg boleh
menjalankan tugas dgn cekap (tanpa pembaziran waktu dan
tenaga);
keefisienan perihal atau keadaan efisien, kecekapan, keterampilan:
rasuah mengakibatkan turunnya ~ dlm pentadbiran.
efloresens (éflorésens) (Bio) proses berbunga atau tempoh berbunga.
efluen (éfluen) (Kim) sisa buangan cecair (spt bahan kimia, kumuhan,
dsb) dr kilang, atau kumbahan yg mengalir keluar ke dlm sungai
atau laut.
EGA kep enhanced graphics adapter (penyesuai grafik tertingkat).
egah mulia;
mengegahkan; ~ diri memuliakan diri.
egah (égah); mengegah berjalan dgn mengangkat bahu ke depan (kiri
dan kanan berganti-ganti).
egalitarian (égalitarian) 1. bkn egalitarianisme; 2. orang yg mendukung
atau menganut egalitarianisme.
egalitarianisme (égalitarianisme) fahaman bahawa semua orang sama
rata, dan dgn itu mestilah mendapat hak dan peluang yg sama: dlm
keluarga Melayu amnya dan keluarga Islam khususnya, terdapat
ciri-ciri ~ yg mendasari bentuk keluarga demokratik.
egat ark; mengegatkan mengeratkan.
egerang (égerang) Jw jangkungan, kaki kayu.
ego (égo) persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya
mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sbg hamba yg sudah bebas
kembali, ~nya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sbg
manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui
bahawa perasaan ~nya sangat kuat;
keegoan perihal mementingkan diri sendiri: ia menceritakan
segala kesenangannya, dan lebih jauh drpd itu memperlihatkan
~nya.
egois (égois) 1. orang yg suka mengutamakan (menonjolkan) diri serta
bermegah-megah: sbg ~, kita tidak suka dikritik.
egoisme (égoisme) (Psi) sikap (kelakuan) yg mementingkan diri sendiri
atau menganggap diri sendiri lebih penting drpd orang lain.
egoistik (égoistik) bkn orang yg mementingkan diri sendiri.
egol (égol) Jk; mengegol mengungkit, mengumpil.
egomania (égomania) sifat atau perasaan terlalu sayang akan diri sendiri
dan mementingkan segala kemahuan diri sendiri sahaja.
egos (égos) Jk; mengegosi mengelak sesuatu, menghindari (dgn
berbelok, menyisir, dll);
mengegoskan 1. membelokkan utk mengelakkan sesuatu (kereta
dll); 2. mengelakkan (pukulan, tikaman, dll).
egosentrik (égosentrik) (Psi) bersifat mementingkan keperluan sendiri
sahaja (tanpa mengendahkan keperluan orang lain).
egosentrisisme (égoséntrisisme) sifat atau sikap mementingkan diri
sendiri sahaja tanpa mengendahkan kepentingan orang lain.
egotisme (égotisme) (Psi) perihal mementingkan diri sendiri.
eh (éh) sr kata utk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll): “~,
dulu di sinilah dia tinggal! Sudah dipindahkan dia agaknya?”
ehem (éhém) 1. bunyi batuk kecil; 2. sr kata utk menyatakan tahu akan
sesuatu (rahsia dll): ~, aku tahulah!
ehwal (éhwal) hal, kejadian: ~ semasa.
einsteinium (éinstéinium) (Kim) unsur radioaktif bersimbol Es dan
bernombor atom 99.
eja (éja); mengeja membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturutturut
dlm sesuatu perkataan: ~ perkataan sama ialah s-a-m-a;
ejaan kaedah atau cara menulis perkataan dgn huruf: penyelarasan
~ khususnya tertumpu pd kata-kata pinjaman (tatanama ubat,
bahan kimia, batu, bakteria, virus, kulat, dll);
pengejaan perihal mengeja.
ejan I; mengejan meneran (apabila membuang air besar, ketika
perempuan hendak bersalin, dll); rejan I.
ejan II Mn; mengejan, mengejan-ejan memaksa (-maksa), mencaricari.
ejek (éjék); mengejek mempersendakan (mempermainkan,
mentertawakan) orang (dgn mengajuk, mengeluarkan kata-kata yg
memarahkan dll), memperolok-olokkan, mencemuh, menghina,
menyindir: engkau yg ~ dia tadi, sebab itulah ditempelengnya
engkau;
ejek-mengejek saling mengejek antara satu sama lain;
berejekan ejek-mengejek: antara mereka saling ~;
ejekan perbuatan mengejek, cemuhan, olok-olok (utk menghina),
sindiran: saya sudah lali dgn ~ mereka semua.
ejen (éjén) 1. orang (syarikat dsb) yg menjalankan perniagaan utk orang
lain, wakil penjual: barang-barang gudang kalau dibeli drpd ~nya
tentu lebih murah; 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan
sesuatu utk orang lain (pemerintah dll): beberapa orang ~ musuh
telah ditangkap sebelum mereka sempat melakukan kerja
menyerobot; ~ provokasi ejen rahsia yg digaji utk memprovokasi
orang yg disyaki melakukan perbuatan salah.
ejing sj permainan.
ek (ék) bp berlagak (menunjukkan kemegahan, keangkuhan, dsb):
walaupun dia tidak mempunyai kerja, dia selalu ~.
eka- (éka) (Sanskrit) awalan asing esa, satu, tunggal, mis ekabahasa.
ekaatom (ékaatom) (Kim) mempunyai satu atom.
ekabahasa (ékabahasa) 1. (bkn kamus) dlm satu bahasa (keseluruhan
kandungannya, iaitu perkataan dll yg ditakrif, takrif, serta
maklumat lain yg diberikan): Kamus Dewan ialah kamus ~; 2.
(bkn orang) mengetahui atau boleh bertutur dsb dlm satu bahasa
sahaja (biasanya bahasa ibundanya);
berekabahasa dapat bertutur dlm satu bahasa sahaja: kelas
peralihan utk murid-murid yg ~ Melayu.
ekafungsi (ékafungsi) mempunyai satu fungsi.
ekahala (ékahala) mempunyai atau mengikut satu hala sahaja.
ekamatra (ékamatra) 1. mempunyai satu dimensi, berukuran satu; 2.
baris puisi yg mempunyai satu kaki matra sahaja.
ekapaksi (ékapaksi) mempunyai satu paksi.
ekar (ékar) ukuran luas yg bersamaan dgn 4840 ela persegi atau 4046.86
meter persegi.
ekasuku (ékasuku) (Lin) mempunyai satu suku kata (bkn perkataan).
ekawarna (ékawarna) mempunyai satu warna.
ekeh (ékéh) Mn; terekeh-ekeh terngap-ngap, termengah-mengah.
ekistik (ékistik) (Geog) kajian tentang petempatan manusia.
eklektik (ékléktik) dipilih atau diperoleh yg terbaik drpd berbagai-bagai
sumber yg berlainan (bkn idea, gaya, kepercayaan, objek dsb):
pendekatan ~; kaedah ~.
eklektisisme (ékléktisisme) amalan atau prinsip memilih sesuatu (objek,
idea, gaya, kepercayaan, sistem dsb) drpd berbagai-bagai sumber
agar memperoleh pilihan yg terbaik.
ekografi (ékografi) pemeriksaan struktur (organ atau tisu) dalaman tubuh
dgn teknik ultrabunyi.
ekogram (ékogram) rakaman yg dibuat secara ekografi.
ekokardiografi (ékokardiografi) pemeriksaan jantung dgn menggunakan
teknik ultrabunyi.
ekokardiogram (ékokardiogram) rakaman yg dihasilkan secara
ekokardiografi.
ekolalia (ékolalia) 1. (Psi) kecenderungan seseorang mengulangi atau
meniru kata-kata yg baru sahaja dituturkan oleh orang lain secara
spontan disebabkan faktor spt kerosakan otak dan penyakit mental;
2. perbuatan meniru kata-kata orang lain oleh kanak-kanak yg baru
belajar bercakap.
ekologi (ékologi) 1. kajian tentang hubungan antara organisma hidup dgn
persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan
manusia dgn persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami
kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana.
ekonometri (ékonométri) penerapan ilmu matematik dan statistik bagi
menyelesaikan masalah dan teori ekonomi.
ekonomi (ékonomi) 1. ilmu bkn pengeluaran, pengagihan, penggunaan
barang-barang, dan perkhidmatan: beberapa orang penuntut ~
sedang membantu Kementerian Buruh menyelidiki keadaan
pengangguran sekarang ini; ahli ~ orang yg pakar dlm bidang
ekonomi; 2. sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan,
perindustrian, perdagangan, dll) sesebuah negara: langkah-langkah
perlu diambil dgn segera utk mewujudkan ~ yg lebih
menguntungkan rakyat jelata; 3. keadaan kekayaan atau
kebendaan: pertentangan kaum pasti menghancurkan ~ negara yg
maju ini; 4. bp urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan
barang-barang, dll) dlm rumah tangga; 5. bp hemat, kehematan;
~ campuran sistem ekonomi yg sebahagian sumbernya dikawal
oleh sektor awam dan sebahagian lagi oleh sektor swasta; ~
kebajikan cabang ekonomi yg memperhitungkan asas-asas
ekonomi dr segi kebajikan masyarakat; ~ kewangan cabang
ekonomi yg membincangkan soal kewangan dan peranannya dlm
ekonomi; ~ makro makroekonomi; ~ mikro mikroekonomi; ~
pertanian cabang ekonomi mengenai pengeluaran (pembahagian
dll) hasil pertanian; ~ politik cabang ekonomi yg menganalisis
ekonomi berdasarkan pendekatan politik; ~ tak stabil ekonomi yg
tidak tetap (pengeluarannya dll); ~ terbuka ekonomi yg melibatkan
perdagangan sesebuah negara dgn negara yg lain; ~ tertutup
ekonomi yg tidak melibatkan perdagangan antarabangsa, iaitu
tidak wujud aktiviti import dan eksport barang dan faktor
pengeluaran;
berekonomi 1. mengerjakan sesuatu dgn berdasarkan asas-asas
ekonomi; 2. berhati-hati (menggunakan wang dll), berjimat,
berhemat, bercermat;
berekonomikan berdasarkan sesuatu sbg sumber ekonomi: sistem
politik yg berideologikan nasionalisme dan ~ kapitalisme;
keekonomian 1. keadaan berekonomi; 2. bp kecermatan,
kehematan;
perekonomian hal atau kegiatan ekonomi.
ekonomik (ékonomik) bkn sesuatu yg menghasilkan keuntungan atau
tidak merugikan, atau yg tidak melibatkan atau tidak menggunakan
perbelanjaan, dsb yg membazir: usaha yg dijalankan setakat ini
masih menghadapi banyak masalah, spt saiz ladang yg tidak ~.
ekonomis (ékonomis) Id, bp tidak boros, jimat, tidak menggunakan
sesuatu dgn membazir atau berlebihan.
ekopelancongan (ékopelancongan) pelancongan yg berasaskan sumber
dan pemeliharaan alam semula jadi (spt flora, fauna, pantai, tasik,
sungai dll): pelbagai kajian dijalankan utk menjadikan Tasik Bera
sbg pusat penyelidikan dan ~.
ekopraksia (ékopraksia) (Psi) kecenderungan meniru gerak-geri
seseorang secara spontan.
ekor (ékor) I 1. bahagian yg di belakang sekali pd tubuh binatang
(biasanya spt menganjur keluar dr tulang punggung dan boleh
digerak-gerakkan): ~ ikan pari panjang dan tirus ke hujung;
burung merak mempunyai ~ yg cantik; 2. a) penjodoh bilangan utk
binatang: dua ~ burung punai; empat ~ lembu; b) bk penjodoh
bilangan utk anak: anak empat ~ tu, siapa yg menjaganya? 3.
sesuatu yg menyerupai ekor: ~ layang-layang itu gunanya ialah
supaya layang-layang itu tidak terjal; 4. bahagian yg paling
belakang (pd perarakan dll): ~ perarakan itu baru saja lalu di sini;
5. bk pengikut, penganut; 6. = ekoran akibat (perkembangan dsb)
drpd sesuatu peristiwa dll, lanjutan: perbincangan kali ini
sebenarnya ialah ekoran drpd ceramah yg kita dengar dahulu;
tindakan yg buruk spt itu takkanlah tidak ada ~nya nanti;
~ belangkas a) bayonet yg rupanya spt ekor belangkas; b) cucuk
sanggul yg rupanya spt ekor belangkas; ~ buaya sj alat yg
digunakan utk membuat keris; ~ cicak rambut yg berjuntai di
antara telinga dan pipi; ~ kuda (fesyen) rambut perempuan yg
diikat dan berjuntai di belakang spt ekor kuda; ~ lipas rambut pd
lubang tengkuk; ~ lotong sj meriam kecil yg hujungnya (pd
bahagian belakangnya) spt ekor lotong; ~ mata sudut mata kiri
(kanan) yg di sebelah luar; ~ negeri hujung kampung yg di sebelah
hilir; ~ pipi bahagian pipi yg di bawah sekali; ~ pulau hujung
pulau yg di sebelah hilir; ~ tikus kikir yg panjang dan bulat (tidak
bersegi);
~ anjing beberapa pun diurut akan dia, tiada juga betul = luruslurus
~ anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya = habis
sepasu minyak ~ anjing, tidak akan lurus = hendak meluruskan ~
anjing prb orang yg bertabiat jahat itu bagaimanapun hendak
diperbaiki tetap jahat juga; bagai lintah dipotong ~ prb sesuatu yg
dilakukan dgn pantas; tiada tentu ~ kepala prb rupa orang yg
gemuk dan buruk;
berekor 1. mempunyai ekor, ada ekor; 2. ki berterusan akibatnya
(kesannya dsb), berpanjangan, berlanjutan: baik awak mengaku
saja, supaya perkara ini tidak ~ ke dlm mahkamah;
berekor-ekor berikut-ikut (berturut-turut) memanjang, berlarutlarut:
kesal yg dirasa di hatinya ~ pula;
berekoran; ~ drpd terbit atau berlaku sbg perkembangan drpd
sesuatu peristiwa, perkembangan, dsb yg telah berlaku, lanjutan
drpd;
mengekor 1. bergayut (bergantung) spt ekor; 2. mengikut: Cikgu
Midah ~ di belakangnya; 3. mengikut atau menurut(i) sahaja
(sesuatu yg dilakukan oleh seseorang), meniru: penulis kita ~
sahaja, menurut jalan yg sudah ditebang dan ditebas oleh tokohtokoh
sastera yg lain; kami angkatan baru pantang ~;
mengekori mengikut(i) atau menyertai dr belakang: Leman hanya
membuntut orang tua itu spt anak manja ~ ibunya;
ekoran akibat atau perkembangan seterusnya yg timbul drpd
sesuatu peristiwa dll, lanjutan (drpd sesuatu yg telah berlaku);
pengekoran perbuatan dsb mengekori (menerima dan mengikuti
sahaja): dia tidak dapat menerima realiti begitu sahaja, dia
membantah ~ tersebut;
pengekor pengikut, penganut.
ekor (ékor) II; ~ angin sj tumbuhan (herba), daun sejumbuk, Plantago
major; ~ kucing sj tumbuhan (herba), Dysophylla auricularia; ~
kuda a) sj tumbuhan (pokok), jati bukit, Dacrydium beccarii; b) sj
tumbuhan (rumpai), rumput tahi babi, Cernonia cinerea; ~ kuning
sj tumbuhan (herba), Utricularia flexuosa; ~ landak sj tumbuhan
(herba), Staurogyne comosa; ~ tupai sj tumbuhan (pokok), Justicia
betonica; pokok ~ anis = pokok ~ anjing = pokok ~ kucing sj
tumbuhan (pokok), Uraria crinita; (pokok) ~ anjing sj tumbuhan
(pokok renek), pokok korat tanah, Uraria lagopoides.
ekor (ékor) III; murai (merbah) ~ gading sj burung, Terpsiphone
paradisi.
ekor (ékor) IV; ~ pedang, sj ikan laut, Xiphophorous spp.
ekosistem (ékosistem) sistem yg melibatkan interaksi antara suatu
komuniti (haiwan, tumbuhan, dsb) dgn alam persekitarannya yg
tidak bernyawa.
ekotip (ékotip) (Bio) kumpulan tumbuhan atau haiwan dlm sesuatu
spesies, yg menyesuaikan diri utk hidup dlm keadaan persekitaran
tertentu.
eksais (éksais) cukai atas barang-barang yg dikeluarkan dan digunakan di
dlm negeri; jabatan (pegawai) ~ jabatan (pegawai) yg mengurus
dan menjaga pemungutan eksais.
eksantema (éksantéma) (Ubat) demam yg dicirikan dgn letusan pd kulit,
mis demam campak.
eksekutif (éksékutif) (orang atau golongan) yg mempunyai kuasa dan
tanggungjawab berkaitan dgn pentadbiran atau pengurusan sesuatu
organisasi (syarikat perniagaan dll).
eksemplar (éksemplar) IB helai, (se)buah buku: beri saya buku itu satu
~.
eksentrik (ékséntrik) aneh (bkn perlakuan, idea dll): orang yg ~;
keeksentrikan perihal (sifat atau keadaan) eksentrik.
ekshibit (ékshibit) (Udg) barang kes.
eksisi (éksisi) (Ubat) pembuangan sesuatu organ (struktur, tisu dsb)
badan secara pemotongan semasa pembedahan.
eksistensi (éksisténsi) kewujudan: mereka ketika itu menghadapi
penyerbuan buruh asing dan mengetepikan ~ penduduk tempatan.
eksistensialis (éksisténsialis) orang yg menganut falsafah
eksistensialisme.
eksistensialisme (éksisténsialisme) fahaman (falsafah) moden yg
menekankan pentingnya pengalaman manusia, dan bahawa setiap
manusia (pd akhirnya) bertanggungjawab atas segala tindaktanduknya:
drama tragedi menggarap persoalan yg serius spt soalsoal
prinsip hidup yg berhubung dgn takdir, dan mempersoalkan
~.
ekskavasi (ékskavasi) kegiatan penggalian yg dilakukan utk
mendapatkan maklumat tentang benda zaman purbakala.
eksklusif (éksklusif) bkn (tempat, orang, dll) yg bertaraf tinggi (dlm
masyarakat): restoran ~;
keeksklusifan keadaan eksklusif: karya reka yg lebih halus dan
indah yg menggambarkan keunikan, ~, dan keaslian usaha seni
pertukangan.
ekskursi (ékskursi) perjalanan beramai-ramai ke tempat yg tidak jauh
(utk beristirahat, meninjau-ninjau, dll), darmawisata;
berekskursi berjalan atau berpergian beramai-ramai ke tempat yg
tidak jauh (utk melihat-lihat tempat dll), berdarmawisata.
eksodus (éksodus) perpindahan penduduk (meninggalkan kampung
halaman, negeri, kota, dsb) secara beramai-ramai.
eksogami (éksogami) 1. (Ant) adat atau perbuatan mengahwini
seseorang drpd suku kaum lain; 2. (Bio) penyatuan dua gamet yg
berasal drpd dua induk yg mempunyai hubungan kekeluargaan yg
jauh atau tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.
eksokarpa (éksokarpa) (Bio) epikarpa.
eksosfera (éksosféra) lapisan paling luar atmosfera bumi yg letaknya
kira-kira 400 km di atas permukaan bumi.
eksoterma (éksoterma) (Kim) bkn proses atau tindak balas kimia yg
membebaskan haba.
eksotik (éksotik) 1. berasal dr luar negeri, asing; 2. luar biasa
keistimewaannya (fesyen, masakan, dll): restoran itu kerap
menghidangkan masakan yg ~;
keeksotikan keadaan eksotik: hasil sastera itu mendapat
perhatian dunia kerana ~nya yg berhubungan dgn penikmatan.
eksotika (éksotika) (sesuatu spt fesyen, makanan dll yg) luar biasa
keistimewaannya: filem mereka selalu memberikan gambaran klise
tentang ~ Dunia Ketiga; kereta ~.
eksotisisme (éksotisisme) (Sas) keanehan yg tergambar pd aspek latar,
peristiwa dan watak yg mempesonakan atau mengasyikkan.
ekspatriat (ékspatriat) (orang) yg tinggal di negara asing: pegawai ~.
ekspedisi (ékspédisi) 1. penghantaran atau pengiriman tentera utk
sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu
tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll).
eksperimen (ékspérimen) 1. ujian atau penyelidikan, terutamanya yg
dirancang utk membuktikan sesuatu hipotesis; 2. percubaan pd
sesuatu yg baru dan berbeza;
bereksperimen membuat eksperimen: dia merupakan dramatis yg
terus ~;
mengeksperimenkan melakukan eksperimen (terhadap seseorang
atau sesuatu): keupayaan Adi ~nya dlm sajak-sajaknya amat
berkesan.
eksperimental (ékspérimental) bkn (berasaskan, bersifat) eksperimen,
bersifat percubaan.
eksperimentalis (ékspérimentalis) orang yg menjalankan eksperimen:
Galileo ialah seorang ~ besar dan juga seorang ahli matematik.
eksperimentasi (ékspérimentasi) perihal (proses, perbuatan, tindakan
dsb) membuat atau melakukan eksperimen, biasanya dlm bidang
seni spt seni lukis, seni teater dsb: fesyen ini merupakan ~
terhadap keupayaan pereka fesyen tempatan.
eksplisit (éksplisit) (dinyatakan) dgn tepat dan jelas, tanpa dikias-kias,
tersurat: arahan yg ~; Kemala secara implisit dan ~
mempertentangkan unsur kesetiaan dgn pengkhianatan dan
ketidakjujuran;
mengeksplisitkan menjadikan eksplisit: semua pembicara adat
berusaha ~ konsep ini.
eksploit (éksploit); mengeksploit mengambil kesempatan utk
mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan dsb secara tidak
adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri;
pengeksploit orang yg mengeksploit seseorang atau sesuatu.
eksploitasi (éksploitasi); 1. perbuatan (tindakan dsb) mengambil
kesempatan utk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan
dsb secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri
sendiri: sememangnya sudah ada peraturan tertentu utk
mengelakkan ~ terhadap pekerja asing; langkah tertentu mestilah
diambil dgn segera utk memastikan gejala rasuah dan ~ harga
rumah tidak terus berleluasa; 2. perbuatan (tindakan, usaha dsb)
mengerjakan, memajukan dsb sumber-sumber alam dsb dgn
sebaik-baiknya utk mendatangkan keuntungan, faedah dsb: projek
ini dianggap sbg suatu ~ lombong-lombong terbiar utk dijadikan
tempat menternak ikan air tawar secara besar-besaran yg
menguntungkan;
mengeksploitasi melakukan eksploitasi: pastikan tiada majikan yg
mengambil kesempatan utk ~ pekerja berikutan kemelut ekonomi
yg melanda negara kini; penduduk luar bandar harus pandai ~
peluang perniagaan yg sedia ada;
mengeksploitasikan mengeksploitasi;
pengeksploitasian perihal (perbuatan, tindakan dsb)
mengeksploitasi: ~ wanita dapat dilihat menerusi iklan yg
menjatuhkan martabat wanita secara halus; maklumat yg terkini
dapat diperoleh melalui ~ segala kemudahan teknologi maklumat
yg tersedia di pasaran;
pengeksploitasi pihak (orang, badan dsb) yg mengeksploitasi.
eksplorasi (éksplorasi) penjelajahan ke lapangan utk memperoleh
sesuatu: melalui pengamatannya, semua jenis ~ itu merupakan
cara utk belajar.
ekspo (ékspo) singkatan bagi eksposisi.
eksponen (éksponen) (Mat) simbol yg ditulis di atas dan di kanan simbol
lain utk menunjukkan setakat mana simbol yg terkemudian itu
dinaikkan nilainya, spt dlm x3.
eksport (éksport) 1. penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke
luar negeri utk tujuan perdagangan: ekonomi negara ini akan
merosot kiranya ~ getah dan bijih timah beransur-ansur kurang;
dlm hal ~ kita banyak bergantung pd bahan-bahan mentah; 2.
barang-barang atau perkhidmatan yg dihantar ke luar negeri: hasil
drpd buah-buahan adalah ~ utama negeri itu; ~ berkembang (Eko)
eksport yg semakin bertambah; ~ semasa (Eko) eksport yg sedang
berjalan pd masa ini (sekarang); 3. (Komp) menghantar keluar
maklumat atau data daripada suatu atur cara dlm bentuk yg boleh
dibaca oleh atur cara lain;
mengeksport, mengeksportkan mengirimkan barang-barang dll
ke luar negeri: dr pelabuhan ini mudah pula ~ barang-barang itu
ke pasaran luar; semua negara yg moden mesti mengimport dan ~
barang-barang dagangan;
pengeksportan perihal atau perbuatan mengeksport;
pengeksport orang (syarikat dll) yg mengeksport.
eksposisi (éksposisi) 1. pameran (terutamanya keluaran perindustrian,
kerja tangan), ekspo; 2. pernyataan (komen, penjelasan bertulis dan
sistematik) tentang sesuatu perkara: sejarah kesusasteraan ini
merupakan suatu ~ persambungan dan perubahan alam fikiran.
ekspres (éksprés) segera, cepat, pantas; bas (kereta api) ~ bas (kereta
api) yg tidak singgah-menyinggah atau yg cepat tiba dlm
perjalanan jauh.
ekspresi (éksprési) pelahiran maksud (perasaan dsb) dgn kata-kata
(gerak-geri dll): tanpa menonjolkan simbol yg berlebihan ~nya,
dan tanpa mempedulikan teknik persembahan;
mengekspresikan menyatakan atau meluahkan perasaan, fikiran,
dll.
ekspresif (éksprésif) bkn sesuatu (perbuatan, tulisan, lukisan, dll) yg
dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dgn jelas:
sama ada melalui cetakan atau catan, Ghafar lebih
memperlihatkan kesan ~.
ekspresionis (éksprésionis) orang atau golongan yg mengikuti faham
ekspresionisme.
ekspresionisme (éksprésionisme) gaya penulisan, lukisan, muzik, dsb yg
cuba melahirkan pengalaman seniman dr sudut emosi (bukan
berdasarkan fakta yg nyata).
ekstasi (ékstasi) sj dadah berbahaya berbentuk pil yg bertindak sbg
perangsang (menimbulkan rasa gembira dan bertenaga yg luar
biasa) dan boleh menyebabkan ketagihan sehingga boleh
merosakkan sistem saraf pusat.
ekstensif (éksténsif) luas liputannya.
ekstra (ékstra) tambahan: pelakon ~.
ekstradisi (ékstradisi) (Udg) pengembalian penjenayah oleh sesebuah
negara ke negara tempat jenayah dilakukan atas permintaan negara
itu supaya penjenayah tersebut dapat dibicarakan di negara
berkenaan;
mengekstradisi melakukan ekstradisi: Amerika Syarikat tidak
pernah mengemukakan sebarang permohonan khusus kpd
kerajaan Malaysia utk ~ mana-mana pengganas.
ekstrak (ékstrak) keluaran bahan tertentu drpd sesuatu bahan tumbuhan,
haiwan, dll: ~ vitamin C drpd buah oren;
mengekstrak mendapatkan (jus dsb) secara menghancurkan,
menekan, menyuling dsb: ~ jus drpd nanas;
pengekstrakan proses (perbuatan atau tindakan) mengekstrak: ~
protein drpd kacang soya;
pengekstrak 1. alat atau mesin utk mengekstrak: kakitangan loji
pandu itu juga berjaya mencipta ~ cecair tekanan rendah dgn
kerjasama pakar dr Switzerland; 2. (Kim) bahan utk memisahkan
sesuatu sebatian drpd campuran, atau memisahkan gabungan
beberapa sebatian drpd tisu atau dadah mentah: asid itu merupakan
pelarut, pencuci dan ~ utk bahan organik.
ekstranei (ékstranéi) IB orang yg mengambil peperiksaan (sekolah
menengah dll) dgn tidak mengikuti pelajaran (sekolah menengah
dll) secara rasmi.
ekstrapolasi (ékstrapolasi) proses menggunakan logik atau fakta bagi
menganggarkan kemungkinan berlakunya sesuatu pd masa depan:
pengitlakan semesta sains mesti dilihat sbg suatu ~;
mengekstrapolasi melakukan atau membuat ekstrapolasi.
ekstrasel (ékstrasél) (Bio) berlaku atau terletak di luar sel.
ekstravaganza (ékstravaganza) bentuk persembahan hiburan yg besarbesaran,
canggih, berwarna-warni, mahal dsb: ramai pelancong
asing yg membanjiri negara utk menyaksikan perarakan ~
kebudayaan terbesar di Asia itu.
ekstrem (ékstrém) keterlaluan, melampau;
keekstreman perihal (keadaan) ekstrem.
ekstremis (ékstrémis) orang (golongan) yg sikapnya (pendiriannya) dlm
sesuatu hal (spt politik) melampaui batas kesederhanaan,
pelampau: sesetengah orang telah mencanangkan rasa kurang
senang mereka terhadap pelantikan itu kerana beliau dianggap
sbg ~.
ekstremisme (ékstrémisme) faham (sikap, perlakuan, dsb) yg ekstrem; ~
agama bukan lagi merupakan ancaman terbesar di Malaysia.
ekstrinsik (ékstrinsik) berasal atau bertindak dr luar.
ekstrovert (ékstrovert) (Psi) orang yg berminat terhadap hal yg berlaku
di sekitarnya (di luar dirinya, dan tidak mengikut emosi) serta suka
bergaul dgn orang lain, orang yg berfikiran terbuka.
ektoparasit (éktoparasit) (Bio) parasit yg hidup pd permukaan luar tubuh
perumahnya, mis kutu kepala.
ekuestrian (ékuéstrian) berkaitan dgn aktiviti menunggang kuda: sukan
~.
ekuinoks (ékuinoks) satu drpd dua ketika setiap tahun (pd 21 Mac atau
23 September) apabila matahari melintasi khatulistiwa lalu
menjadikan siang dan malam sama panjangnya di serata tempat di
dunia.
ekuiti (ékuiti) pemilikan saham biasa (dlm sesebuah syarikat): dlm
projek usaha sama, jika ~ sesebuah syarikat dapat dikuasai oleh
pengusaha tempatan, ini tidak bermakna bahawa pengawalan
teknologi yg diimport juga dapat dikuasai sepenuhnya.
ekzema (ékzéma) radang pd kulit yg dicirikan dgn rasa gatal dan lecur.
ekzos (ékzos) paip yg menyalurkan gas dll keluar dr enjin sesebuah
kenderaan.
ela (éla) ukuran panjang yg sama dgn 36 inci atau 91 sentimeter; ~
Piawai Diraja ukuran panjang ela yg ditetapkan oleh undangundang
British (Imperial Standard Yard).
elak (élak); mengelak 1. menjauhkan diri drpd kena pukulan (tikaman
dll), menghindar, menyisi: setelah puas ia ~, tibalah gilirannya
pula utk menyerang lawannya; 2. menjauhkan atau membebaskan
diri drpd melakukan (atau terpaksa melakukan) sesuatu
(tanggungjawab dll): ia pura-pura ~ dan mempelawa orang lain
membacakan doa selamat itu; saya tidak akan ~ kalau diminta
berbuat demikian; tetapi kerajaan Amerika telah mengambil sikap
berlengah-lengah, ~, dan bertangguh-tangguh selama tiga tahun;
mengelakkan menjauhkan atau menghindarkan diri drpd kena
bahaya (tanggungjawab dll), menjauhkan atau menyingkirkan
sesuatu supaya jangan mengenai diri dll: ia hendak ~ dirinya drpd
pandangan teman-temannya itu; Panglima Hitam melompat ~
tikaman itu;
terelak dapat (boleh) dielakkan;
terelakkan dapat dielakkan: munculnya cahaya drpd matahari yg
tidak ~;
pengelakan perihal menjauhkan atau menghindarkan diri drpd
tanggungjawab atau membebaskan diri drpd terpaksa melakukan
sesuatu perkara;
pengelak orang yg mengelak atau menggelakkan diri drpd sesuatu:
pelabur institusi lebih bersikap sbg ~ risiko terhadap saham
spekulatif; ~ cukai.
elang  helang.
elastik (élastik) boleh kembali kpd bentuk asal selepas diregang
(dikembangkan dsb), anjal, kenyal;
keelastikan perihal (keadaan, sifat dsb) elastik, keanjalan,
kekenyalan: keadaan bebenang itu yg boleh berubah-ubah
memberikan jaringan ini sifat ~ bak getah.
elastin (élastin) (Bio) protein berwarna kuning yg menjadi unsur utama
tisu penghubung dlm haiwan, spt tisu paru-paru.
elastis (élastis) IB elastik.
elat (élat); mengelat melakukan sesuatu dgn tujuan utk menipu (dlm
permainan dll), mencuri tulang;
pengelat orang yg suka mengelat.
elaun (élaun) bayaran yg diberikan kpd seseorang (oleh sesebuah
organisasi) secara tetap (untuk melaksanakan sesuatu tugas): ~ ahli
Dewan Rakyat telah dinaikkan; ~ anak elaun utk dibelanjakan ke
atas anak; ~ bermalam elaun yg diberikan kerana terpaksa
bermalam di sesuatu tempat (kerana menjalankan tugas); ~ buku
elaun utk membeli buku; ~ harian elaun yg diberikan kpd pegawai
kerajaan yg bertugas di luar ibu pejabatnya bagi tempoh yg
melebihi lapan jam tetapi kurang drpd 24 jam; ~ hitungan batu
elaun perjalanan yg dikira mengikut jauh perjalanan (dgn kereta);
~ keraian elaun utk atau kerana meraikan seseorang; ~ kerja
malam elaun kerana kerja yg terpaksa dilaksanakan pd malam hari;
~ lebih masa elaun kerana kerja yg terpaksa dilaksanakan di luar
masa pejabat; ~ luar negeri = ~ seberang laut elaun kerana bekerja
di luar negeri; ~ makan elaun utk perbelanjaan makan; ~ pakaian
elaun utk membeli pakaian tertentu; ~ pemangku elaun yg
diberikan kerana memangku sesuatu jawatan; ~ perjalanan elaun
utk membiayai perbelanjaan perjalanan pekerja yg menjalankan
tugas rasmi; ~ perumahan elaun utk membayar sewa rumah dsb; ~
sara hidup elaun yg diberikan kpd pekerja sbg tambahan kpd
gajinya utk menampung perbelanjaan hariannya; ~ susah payah
elaun kerana terpaksa menghadapi kesusahan sewaktu
menjalankan tugas; ~ tanggungan kerja elaun yg diberikan kerana
melaksanakan kerja dan tanggungjawab petugas atau jawatan lain
di samping menjalankan tugas asasi seseorang.
ele (élé) Tr 1. cicir, berciciran; 2. menyeret-nyeret dgn memegang pd
hujung (ular utk menakutkan kanak-kanak).
elefantiasis (éléfantiasis) (Ubat) penyakit yg menyebabkan anggota
badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal
akibat jangkitan cacing filaria, untut.
elegan (élégan) tampan, rapi, anggun: dia kelihatan begitu ~ dgn
mengenakan pakaian yg dicipta khas oleh pereka fesyen.
elegi (élégi) lagu, puisi, atau karya lain yg menyatakan kelebihan,
rintihan, terutamanya kpd orang yg mati.
eleh (éléh) sr kata utk memperkecil-kecil seseorang: ~ , ingat dia lawa!
elektif (éléktif) bersifat pilihan (bkn mata pelajaran sesuatu kursus dsb):
di Universiti Teknologi Mara terdapat bahasa Jerman yg dijadikan
sbg mata pelajaran ~ wajib.
elektoral (éléktoral) bkn pilihan raya: semangat 46 membuat pakatan ~
dgn PAS.
elektrifikasi (éléktrifikasi) IB perlengkapan atau pemasangan tenaga
elektrik pd jentera dll;
mengelektrifikasi melengkapi atau memasang dgn tenaga elektrik.
elektrik (éléktrik) satu bentuk tenaga yg digunakan utk menghasilkan
cahaya, kepanasan, dll;
keelektrikan selok belok elektrik: dia mengambil satu kursus dlm
~;
pengelektrikan proses (atau perihal) memasang atau
melengkapkan sesuatu (jentera, mesin dsb) dgn tenaga elektrik: ~
kereta api.
elektro- (éléktro) awalan asing berkaitan dgn tenaga (proses) elektrik,
mis elektrolisis dan elektrokimia.
elektroanalisis (éléktroanalisis) (Kim) analisis kimia secara elektrolisis.
elektrod (éléktrod) (Fiz) pengalir elektrik yg melaluinya arus elektrik
keluar masuk sesuatu bahan (spt elektrolit, leburan logam, dll) atau
peranti (spt tiub elektronik dll); ~ hidrogen piawai = ~ piawai
(Kim) elektrod yg digunakan utk menentukan keupayaan elektrod
lain.
elektrodinamik (éléktrodinamik) cabang ilmu fizik yg berkaitan dgn
saling tindakan daya elektrik dgn daya mekanik.
elektroensefalograf (éléktroénséfalograf) alat utk merakamkan aliran
arus elektrik pd otak, biasanya digunakan utk mengesan tumor otak
dsb.
elektroensefalogram (éléktroénséfalogram) rakaman aliran arus elektrik
pd otak yg diperoleh drpd elektroensefalograf.
elektrofon (éléktrofon) alat muzik yg bunyinya dihasilkan secara
elektronik.
elektrokardiograf (éléktrokardiograf) alat utk merakamkan gelombang
arus dan voltan yg terhasil drpd denyutan jantung.
elektrokardiogram (éléktrokardiogram) rakaman yg dibuat oleh
elektrokardiograf.
elektrokimia (éléktrokimia) cabang kimia bkn hubungan keelektrikan
dgn tindak balas kimia.
elektrolisis (éléktrolisis) 1. (Kim) pengaliran arus elektrik melalui
elektrolit utk menjana gas, membentuk endapan logam pd elektrod,
dll; 2. (Ubat) pemusnahan tisu hidup, spt akar rambut dan tumor,
dgn arus elektrik.
elektrolit (éléktrolit) (Kim) larutan atau bahan lebur yg mengalirkan arus
elektrik.
elektromagnet (éléktromagnét) (Fiz) besi yg menjadi magnet apabila
arus elektrik dialirkan melalui dawai yg dililitkan padanya.
elektromagnetisme (éléktromagnétisme) (Fiz) 1. kemagnetan yg
dihasilkan oleh arus elektrik; 2. cabang fizik yg berkaitan dgn
kemagnetan yg terhasil drpd saling tindakan medan elektrik dgn
medan magnet.
elektron (éléktron) (Fiz) zarah yg lebih kecil drpd atom dan mempunyai
cas negatif;
~ bebas elektron yg tidak terikat pd atom atau molekul, dan bebas
bergerak di bawah pengaruh medan elektrik atau magnet; ~ valens
elektron dlm petala atom paling luar, yg terlibat dlm pembentukan
ikatan kimia ketika atom-atom itu membentuk sebatian; ~ volt unit
tenaga yg bersamaan dgn tenaga yg diperlukan utk menggerakkan
satu elektron melalui beza keupayaan satu volt.
elektronegatif (éléktronégatif) (Kim) bkn atom, molekul, dll yg
cenderung memperoleh atau menarik elektron.
elektronik (éléktronik) 1. bkn elektron; 2. bkn (penggunaan) alat yg
dibina (dijalankan) dgn kaedah (prinsip) teknologi elektron:
barang-barang ~; 3. cabang fizik dan teknologi yg berkaitan dgn
gerak laku, pembangunan, aplikasi dsb litar dan peranti elektronik.
elektropositif (éléktropositif) (Kim) 1. mempunyai cas positif; 2.
mempunyai kecenderungan utk membebaskan elektron.
elektroskop (éléktroskop) alat utk mengesan cas elektrik dan beza
keupayaan elektrik.
elektrostatik (éléktrostatik) (Fiz) cabang bidang fizik yg mengkaji
pengaliran arus elektrik statik.
elektroteknik (éléktrotéknik) penggunaan tenaga elektrik pd bermacammacam
alat.
elektroterapeutik (éléktrotérapéutik) cabang sains perubatan yg
berkaitan dgn penggunaan elektroterapi.
elektroterapi (éléktrotérapi) (Ubat) perawatan penyakit dgn
menggunakan arus elektrik (biasanya utk meredakan rasa sakit,
terutamanya yg diakibatkan oleh kecederaan).
elemen (élémen) 1. anasir; 2. sesuatu yg menjadi bahagian dlm sesuatu
keseluruhan unsur: ini disebabkan antara kedua-dua faktor itu
terdapat ~-~ yg kuat tetapi berlawanan; 3. Id alat utk
menimbulkan tenaga elektrik secara kimia.
elips (élips) bentuk bulat bujur (seakan-akan bujur telur): stadium yg
berbentuk ~ ini mempunyai kawasan seluas 76 000 meter persegi.
elipsis (élipsis) 1. tiga titik berurutan (...) yg menandakan pengguguran
kata dlm teks; 2. (Lin) pengguguran sebahagian kata dlm suatu
ungkapan, tetapi dapat difahami dlm konteks berkenaan, mis bagi
soalan Sudah makan?, dijawab Sudah sahaja.
elit (élit); kaum (golongan) ~ golongan yg dianggap berpengaruh, intelek,
dsb: dlm hubungan ini, golongan ~ dan badan politik mempunyai
peranan penting.
elitis (élitis) 1. berkaitan dgn golongan elit; 2. orang yg percaya kpd atau
menyokong elitisme.
elitisme (élitisme) 1. kebanggaan diri menjadi salah seorang drpd
anggota kumpulan elit: ~ menjadikan mereka pekerja yg tidak
baik; 2. kepimpinan oleh sesuatu kumpulan elit.
elk (élk) sj rusa besar yg terdapat di Eropah Utara, Amerika Utara dan
Asia Utara.
elm (élm) sj pokok yg terdapat di hemisfera utara (mis negara Eropah),
drpd genus Ulmus yg daunnya lebar dan bergerigi tepinya,
kayunya keras dan berat.
elok (élok) 1. cantik, menarik: rupanya sangat ~; tulisannya ~ dan
kemas; 2. baik, bagus: cuaca sangat ~ hari ini; ikan banyak
mengandungi protein, oleh itu ~lah dimakan selalu;
~ buruknya baik ataupun buruknya (sesuatu); ~ basa kan bakal
hidup, ~ budi kan bakal mati prb kalau elok tegur sapa akan jadi
kesayangan orang sewaktu hidup, kalau elok budi akan jadi
kenang-kenangan sesudah mati;
seelok sama elok dgn, sebaik;
seelok-elok pd waktu, sebaik: ~ Timah bersalin sahaja, ia pun
diceraikan;
seelok-eloknya yg paling eloknya, sebaik-baiknya: ~, wang yg
lebih itu disimpan di bank;
mengelokkan 1. menjadikan elok (cantik), mencantikkan: ~
rumahnya menjelang hari raya; 2. menjadikan elok (baik, bagus),
membaguskan, membaikkan: ~ kelakuan orang; memperelok adat
resam kita;
memperelok menjadikan lebih elok;
keelokan 1. perihal elok (cantik), kecantikan: ia sekali-kali tidak
terpengaruh oleh kecantikan atau ~ seorang perempuan; 2. perihal
elok (baik, bagus), kebaikan, kebagusan: mustahak dijaga ~
perjalanan enjin.
elon Jk; mengelon, mengeloni memeluk (anak yg hendak tidur) sambil
berbaring mengiring.
elon (élon); mengeloni memihak atau menyebelahi (kpd), memenangkan
(satu pihak sahaja).
elus Jw; mengelus, mengelus-elus 1. mengusap-usap, membelai-belai,
menyapu-nyapu dgn perlahan-lahan (utk memujuk dll): tangannya
yg bertelekan di atas tangan kerusi ~ rambutnya ke belakang; 2.
memujuk(-mujuk), memperlakukan dgn baik (utk mempengaruhi
dsb);
elusan 1. usapan, belaian; 2. pujukan.
elusif (élusif) bkn seseorang yg sukar difahami atau yg suka mengelak.
em (ém) unit ukiran linear yg sama dgn saiz poin yg digunakan (enam
poin em bermakna enam poin lebar).
emak orang yg melahirkan seseorang, ibu.
emang (Sunda) pak cik , paman.
emansipasi (émansipasi) 1. pembebasan drpd perhambaan; 2. pemberian
hak yg sama dlm hukum (wanita mendapat hak yg sama dgn
lelaki).
emas I 1. sj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya
dijadikan perhiasan spt cincin, rantai, dll); 2. sl mata wang
(mengandungi 1/16 tahil emas): bagaimana orang kaya memberi
emas hanya se~; pd masa inilah beras mahal di Riau, berharga
enam cupak se~; 3. ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga,
dll): masa itu ~; 4. ki wang, wang suap, harta dunia;
~ bertitik sl emas yg dicanai: tangga rumah emas bertuang, ibu
tangga ~ bertitik; ~ juita sl kekasih, buah hati; ~ kahwin mas
kahwin, mahar; ~ kerajang perada; ~ kertas emas yg berhelaihelai;
~ lanar emas yg halus spt pasir yg terdapat dlm lanar; ~
lantak emas yg dituang (dicetak) berbatang-batang; ~ liplap emas
tiruan; ~ lombong emas yg berada dlm batu-batu keras (diperoleh
drpd lombong); ~ mentah emas yg belum dikerjakan; ~ muda emas
yg kuning pucat dan rendah mutunya; ~ putih aloi emas yg
berwarna putih disebabkan adanya kandungan nikel atau platinum;
~ sepuluh mutu emas tulen (emas yg 24 karat); ~ tempawan a)
emas yg ditempa; b) sl gelaran (panggilan) pd perempuan yg cantik
atau yg dikasihi; ~ tua emas yg sejati, tidak bercampur; ~ urai
emas yg halus-halus spt pasir rupanya;
~ berpeti, kerbau berkandang prb harta benda harus dijaga
mengikut keadaannya masing-masing; bermimpi mendapat ~
takkan membuat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat
lumbung prb sesuatu pertelingkahan itu anggaplah spt mimpi
sahaja (tidak usah dipanjang-panjangkan); hutang ~ dapat dibayar,
hutang budi dibawa mati prb budi bahasa orang tidak dapat dibalas
dgn wang dan harus diingat seumur hidup; kerana ~ memas,
kerana padi menjadi prb kerana kekayaan, apa yg dimaksudkan
dapat dicapai; menyeberangi jambatan ~ prb berjuang utk
mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh; peti yg
berisi ~ perak itu tiada dilelehkan orang prb ilmu pengetahuan yg
baik tidak dicurahkan orang di mana-mana sahaja; spt ~ yg sudah
tersepuh prb putih kuning serta elok rupa paras seseorang
perempuan; tak ~ bungkal diasah prb segala daya upaya dilakukan
utk mencapai maksud; walau disepuh ~ lancung, kilat tembaga
tampak juga prb walau bagaimana sekalipun diajar orang yg
biadap, perangainya yg kurang baik kelak akan kelihatan jua;
beremas 1. memakai emas; 2. mempunyai emas: segala orang yg
~, bagaimana sekalipun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja
tiada boleh dipakai; 3. ki berharta, berwang: kalau ada ~, hidup,
tiada ~, mati prb kalau ada pencarian yg tetap akan senanglah
kehidupan;
mengemas spt emas, menyerupai emas: padi kuning ~;
mengemasi 1. melapisi dll dgn emas; 2. menyuap, menumbuk
rusuk: segala orang yg diam di rimba Jerun itu pun diemasinya,
sekaliannya menurut katanya;
keemasan yg disalut (dilapisi dll) emas, yg dibuat drpd emas:
kedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yg ~; peluang
~ peluang yg paling baik;
peremasan 1. barang-barang emas; 2. lapis emas; adat ~ sl adat
bkn perjanjian utk mengahwinkan kanak-kanak dgn orang yg
tertentu apabila ia sudah besar.
emas II Jw 1. panggilan yg sama dgn tuan; 2. panggilan yg mesra (spt
drpd isteri kpd suami dll); ~ merah panggilan kpd kekasih.
emas III sj ikan darat (biasanya dijadikan peliharaan), Carassius
auratus.
emat IB bp sukatan atau ukuran (baju, seluar, dll).
embacang sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg sangat kuat baunya),
Mangifera foetida;
~ buruk kulit = busuk-busuk ~ prb nampaknya tidak pandai (buruk
dll) tetapi yg sebenarnya pandai (baik dll); berbau bagai ~ prb
sudah terdengar-dengar berita atau rahsia mengenai perbuatan
jahat (maksud yg tidak baik); bacang, macang.
embah Jw nenek.
embak (berlaku, terjadi, dll) pd suatu ketika, sekali gus, semuanya.
embal lembap, belum kering betul;
embalan air dll yg menyebabkan udara (tanah dll) lembap: tanah
ini datangnya dr gunung berapi dan boleh menyimpan ~.
embalau I bahan spt damar yg dihasilkan oleh kelulut dan digunakan utk
membuat piring hitam, bahan penebat, varnis, utk melekatkan keris
(parang dll) pd hulunya dll, lak.
embalau II sj tumbuhan (pokok kecil), lada pahit, Brucea amarissima.
emban I kain pembalut badan (dada, susu, perut), tali pengikat atau
pembebat perut kuda.
emban II Jw pengasuh.
embar (Sunda) ark; mengembarkan menyiarkan atau menyebarkan
maklumat (undang-undang dll).
embara  kembara.
embarang  embarau.
embarau ban atau tambak (drpd tanah, batu, dll) yg kuat, atau kayu yg
dicacak di tepi sungai atau laut.
embargo (émbargo) 1. perintah drpd kerajaan yg melarang kapal
perdagangan masuk atau keluar dr pelabuhan (biasanya dlm masa
permusuhan); 2. larangan mengeksport barang dagangan yg
tertentu dll ke sesuatu negara (biasanya dlm masa permusuhan dll).
embaru sj tumbuhan (pokok), baru(-baru), bebaru, dedap laut, Hibiscus
tiliaceus.
embas agak serupa dgn, seakan-akan.
embat; mengembat menyebat atau memukul dgn benda spt rotan dll.
embek (embék) I 1. bunyi spt bunyi kambing; 2. bp kambing;
mengembek mengeluarkan bunyi embek (kambing dll).
embek (embék) II bp bibi(k).
embek (émbék) bidai dll utk melindungi sesuatu drpd cahaya matahari.
embel Jk paya yg penuh dgn berbagai-bagai tumbuhan.
embel (émbél) Jw; embel-embel, embel-embelan tambahan yg kecilkecil
(tidak begitu penting);
mengembel-embeli menambahi dgn sesuatu yg kecil-kecil atau
tidak begitu penting.
ember (émbér) Id sj timba (drpd besi dll) utk menimba air, baldi.
embih ark panggilan kpd anak perempuan baik-baik.
embok Jw 1. emak; 2. = ~ ayu kakak.
embol (émbol) Id; mengembol berbenjol, berjendul.
embrat (émbrat) Jk sj perkakas spt cerek besar utk menyiram pokok
bunga dll.
embrio (émbrio) (Bio) 1. kandungan ibu dr satu minggu selepas konsepsi
sehingga minggu kelapan, mudigah, janin; 2. janin haiwan pd
peringkat awal pembesaran sebelum lahir: pemindahan ~ drpd
seekor haiwan ternakan kpd haiwan yg lain.
embriogenesis (émbriogénésis) embriogeni.
embriogeni (émbriogéni) proses pembentukan dan perkembangan
embrio.
embriologi (émbriologi) (Bio) salah satu cabang ilmu perubatan yg
mengkaji perkembangan embrio.
embriotomi (émbriotomi) pemotongan anggota fetus yg tersekat utk
memudahkannya keluar dr rahim.
embuai sl panggilan kpd dayang istana (perempuan yg bekerja di istana).
embuh I mahu, ingin: maka Bendahara Seri Maharaja berkata, “Budakbudak
~kah memandang emas?”;
embuh-embuhan; ~ tuah untung-untungan.
embuh II; embuh-embuhan sungguhpun, meskipun.
embun 1. wap air yg turun pd waktu malam (kerana sejuk); 2. wap air yg
telah mengendap menjadi titik-titik (pd daun dll);
~ asap kabus atau embun halus spt asap pd malam hari; ~ betina =
~ rintik embun yg kecil-kecil titiknya; ~ jantan = ~ lebat embun yg
besar titiknya; ~ pagi kabut pd waktu pagi; kering ~ waktu apabila
embun mulai kering (kira-kira pukul 7 pagi);
spt ~ di hujung rumput prb tidak kekal dan segera hilang (kasih
sayang dll); spt ~ di atas daun prb selalu berubah (maksud, niat,
tujuan);
berembun 1. diliputi embun, disaput embun: rambutnya masih ~;
2. tidur di luar rumah dll (pd malam hari) hingga kena embun,
berada (berjalan-jalan) di luar rumah dll pd malam hari (hingga
kena embun): ia terpaksa ~ dan beratapkan langit hitam;
mengembun 1. menjadi embun, menjadi titik-titik air yg halus:
malam sudah sejuk dan udara mulai ~; 2. spt embun, menyerupai
embun;
mengembuni mengenai sesuatu dgn bertitik-titik: air matanya ~
gambar suami yg terletak di depannya;
mengembunkan, memperembunkan meletakkan atau
mendedahkan di tempat lapang atau di luar rumah supaya kena
embun: ~ mengkuang pd waktu malam.
embun II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Lecananthus
erubescens;
embun III; pisang ~ sj pisang yg besar dan manis, pisang bunga.
embun-embun sj tumbuhan (pokok renek), ambung-ambung, buas-buas
laut, Scaevola frutescens.
embut; mengembut menarik atau mengangkat tali (kail dll) perlahanlahan;
mengembut-embut, terembut-embut bergerak-gerak turun naik
(spt nadi, ubun-ubun kanak-kanak, dll), bergembut-gembut,
terkemut-kemut, berdenyut-denyut.
e-mel (imél) maklumat, mesej dsb yg dihantarkan secara elektronik dr
satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain;
meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dsb dgn
menggunakan e-mel.
emeri (émeri) sj batuan berwarna hitam kekelabu-kelabuan yg keras dan
kasar (biasanya dijadikan serbuk) yg digunakan utk mencanai,
menggilap, melicinkan dsb sesuatu.
emeritus (éméritus) bkn seseorang yg telah bersara tetapi mengekalkan
gelarannya sbg suatu penghormatan: profesor ~.
emetik (émétik) (Ubat) 1. menyebabkan muntah (bkn ubat); 2. ubat
muntah.
emfisema (émfiséma) (Ubat) 1. keadaan pundi udara dlm paru-paru yg
membesar sehingga menyebabkan pesakitnya sukar bernafas; 2.
bengkak yg disebabkan oleh terdapatnya udara yg sangat banyak di
dlm tisu badan.
emigran (émigran) orang yg meninggalkan negerinya utk menetap di
negeri lain.
emigrasi (émigrasi) perpindahan ke negeri lain utk menetap di situ;
beremigrasi meninggalkan negeri sendiri utk menetap di negara
lain.
emisi (émisi) pemancaran, penyinaran (cahaya, sinaran, dsb).
emolien (émolien) sediaan atau bahan yg mempunyai kesan yg
melembutkan dan menyamankan apabila disapu pd kulit.
emolumen (émolumen) wang atau bayaran yg diperoleh drpd sesuatu
pekerjaan, gaji.
emong Jw; mengemong mengasuh.
emosi (émosi) perasaan jiwa yg kuat, spt sedih, gembira, takut, dll:
masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ yg kurang
sihat; ada juga beberapa perkara lagi yg perlu diketahui oleh
bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~, ketawa, dan
menangis;
beremosi mempunyai emosi: peluang komunikasi spt itu, lagi
tepat dan jelas, lagi tidak ~.
emosional (émosional) cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak
mengikut perasaan:
pd waktu begini, perasaan muda-mudi amat sensitif dan ~ sekali.
emotif (émotif) berhubungan dgn emosi: pembangunan merupakan suatu
perkataan yg ~ sifatnya.
empal Jw daging goreng.
empang I 1. = empangan, pengempang tambak dll utk menahan arus
atau aliran air (utk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir
dll), bendung, tebat: empangan moden telah dibina utk menahan
air bagi mengeluarkan kuasa elektrik; 2. kolam tempat
memelihara ikan, tambak, tebat; 3. ki penghalang, perintang:
malangnya, kesatuan kita itu saja ~ jalannya; ~ sampai ke
seberang, dinding sampai ke langit prb a) perselisihan yg tidak
dapat dibaiki atau didamaikan lagi; b) aturan (perintah) yg tidak
boleh diubah (dilalui);
berempangan mempunyai empangan: sungai yg ~;
mengempang 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis
dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air
sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat:
lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit
ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan
melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll),
melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada
sebuah motokar rosak ~ jalan; 3. ki menahan, menghalang,
menghambat: lajunya tidak dapat diempang;
terempang terbendung, tertebat, tertahan; tiada ~ peluru oleh
lalang prb kemahuan orang yg berkuasa tidak dapat ditahan oleh
orang yg lemah;
pengempangan perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan
empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba
diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd
teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini;
pengempang empang(an).
empang II Pr; empang-empang gila bahasa, agak ganjil (kelakuan atau
perangai).
empap Mn 1. campak, lempar, hempas; 2. = berempap bermain judi dgn
melambungkan atau melemparkan wang ke atas; pergi ~ pulang
eban Mn prb (perihal berjudi) tidak menang, tidak kalah (pulang
modal);
mengempapkan menghempaskan, menjatuhkan kuat-kuat;
terempap jatuh terhempas atau tertiarap.
empar (émpar); mengempar hanyut keluar dr arah yg dituju (bkn perahu
dll), menyerong keluar, bergerak (berpusing) keluar dr pusatnya;
berjalan ~ berjalan dgn kaki membuang (melangkah) keluar;
mengemparkan (Fiz) memisahkan pepejal drpd cecair atau
memisahkan campuran cecair yg mempunyai graviti tentu yg
berbeza secara putaran mendatar yg laju: dgn cara ~ darah beku
ini, bahan tersebut dapat diperah keluar;
pengemparan (Fiz) pemisahan pepejal drpd cecair atau pemisahan
campuran cecair yg mempunyai graviti tentu yg berbeza secara
putaran mendatar yg laju;
pengempar; alat ~ sj mesin yg berputar ligat (utk mengasingasingkan
benda-benda pejal drpd cecair atau cecair drpd cecair yg
lain).
empat bilangan tiga dicampur satu (4, IV); ~ belas bilangan sepuluh
ditambah empat (14, XIV); ~ puluh empat kali sepuluh (40, XL); ~
ratus empat kali seratus (400, CD); ~ besar empat negara yg
berkuasa (empat orang dll yg berpangkat); ~ likur ark 24; ~
penahap (penjuru) alam = ~ tepas dunia empat arah yg ada di
dunia (utara, selatan, timur, dan barat); ~ persegi bidang yg empat
seginya dan mempunyai sisi yg sama panjangnya, dan tiap-tiap
sudutnya 90° (segi empat sama); ~ ratus serba dua pemberian drpd
pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan yg banyaknya empat
ratus ringgit belanja hangus dan dua pasang kasut (pakaian,
subang, barang-barang hantaran lain); ~ segi bidang yg seginya
atau sempadannya empat;
~ gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang
berjela-jela prb pertuturan orang yg bijak itu selalu tidak diketahui
ertinya; ~ susu dua perut sl prb tidak sama atau amat berbeza
(keturunan, darjat, dll);
berempat yg empat jumlahnya, berjumlah empat: hari yg
berikutnya orang ~ itu telah keluar;
berempat-empat tiap-tiap satunya (kumpulan, barisan, dll) empat
jumlahnya, tiap-tiap kali empat jumlahnya: semua harus beratur ~;
mereka pergi ~;
mengempat; ~ puluh hari berkenduri arwah (utk orang mati) pd
hari yg keempat puluh setelah ia meninggal;
mengempatkan menjadikan empat (isteri dll): kekanda sendiri
telah rela ~ isteri kekanda Sultan;
perempat; se~ = satu ~ satu drpd empat bahagian yg sama banyak,
suku (1/4);
memperempat membahagi kpd empat bahagian;
keempat (peringkat, bilangan, dll) yg nombor empat;
keempat-empat kesemuanya yg empat jumlahnya, empat (orang
dll) sekali;
perempatan 1. simpang empat jalan; 2. bahagian yg terdiri drpd
suku sesuatu, suku bahagian drpd sesuatu.
empati (émpati) daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi
orang lain: kemahiran bahasa, pengetahuan tentang masyarakat yg
dikaji, dan rasa ~ terhadap masyarakat tersebut telah mengubah
bentuk penulisan Sejarah Asia Tenggara; perkembangan sifat ~
terhadap orang yg menghadapi masalah dadah.
empayar (émpayar) 1. negeri-negeri (biasanya luas) yg di bawah
pemerintahan seseorang atau sesebuah negeri yg berdaulat; 2.
pemerintahan beraja (atas alasan sejarah, prestij, dll) yg
mempunyai maharaja (bukan raja) sbg ketua negara; 3. satu
kumpulan syarikat yg biasanya dikawal oleh seorang yg
berpengaruh ke atas sesuatu bidang kegiatan tertentu: McDonald
berusaha membina ~ makanan segera;
berempayar mempunyai empayar (yakni ada negeri-negeri yg
tertakluk di bawah pemerintahannya).
empedal  hempedal I.
empedu  hempedu.
empek (empék) I; mengempek terlalu ingin (akan sesuatu).
empek (empék) II C bapa;
empek-empek orang lelaki yg sudah tua benar, kakek-kakek.
empelas sj tumbuhan (pokok yg daunnya kesat dan digunakan utk
melicinkan kayu dll), Tetracera assa; ~ hari a) sj tumbuhan
(pokok yg wangi bau bunga dan kulitnya), akar bagan,
mempelasari, pelasari, pulasari, Alyxia lucida; b) sj tumbuhan
(pokok), pelasari, pulasari, Alyxia forbesii; kertas ~ kertas pasir;
berempelas sudah dilicinkan (dgn empelas): di bawah muka pintu
tempat Bendahara duduk itu, ada disediakan usungan yg telah ~;
mengempelas, mengempelasi melicinkan dgn daun (kertas)
empelas;
pengempelas; alat ~ sesuatu yg digunakan utk mengempelas.
empenak (empénak); ark pujuk ~ pujukan dan kata-kata manis utk
menyukakan hati dll;
mengempenak menyukakan (menyenangkan) hati orang,
memanjakan anak, dll.
empening mempening.
emper (émpér) Jw 1. = emperan serambi (di depan, di rusuk, atau di
belakang rumah); 2. atap tambahan yg bersambung dgn rumah ibu,
sengkuap.
emping sj kudap-kudapan yg dibuat drpd padi muda atau drpd buah
belinjau (yg disangai dan ditumbuk tipis-tipis); ~ belinjau emping
yg dibuat drpd buah belinjau;
mengemping, memperemping membuat emping, menumbuk (utk
membuat emping): terdengar bunyi antan nyaring bertingkah,
itulah tandanya orang sedang ~;
peremping; masak ~ (bkn padi) belum masak betul dan elok utk
dibuat emping;
pengemping = lesung ~ lesung tempat membuat emping.
empirik (émpirik), empirikal (émpirikal), empiris (émpiris) IB
berdasarkan (bergantung pd) pemerhatian atau eksperimen, bukan
teori: kaedah yg digunakan adalah melalui kajian-kajian ~ dgn
pengumpulan data.
empirisisme (émpirisisme) doktrin bahawa pengalaman praktis (bukan
teori) adalah asas pengetahuan.
empis pagar utk melorongkan binatang masuk ke dalam perangkap.
empoh (émpoh) (bkn air sungai dll) melimpah, bah, banjir, sebak;
mengempoh, mengempohi menggenangi, mengairi: air hujan ~
tanah-tanah yg rendah;
keempohan perihal diempoh(i), keairan;
pengempohan pengairan, penggenangan.
empok Jk 1. kakak; 2. panggilan kpd orang perempuan;
empok-empok orang perempuan.
emporium (émporium) kedai besar yg menjual pelbagai barang
(termasuk makanan, pakaian, peralatan dapur, peralatan sukan,
dll).
empos (émpos) Jk; mengempos, mengemposi 1. menghembus, meniup;
2. memeram (pisang dll) dgn memanaskannya dgn karbida dll;
emposan buah-buahan yg masak dgn diempos.
empoyan I gelendong tempat menggulung tali kail (pancing), kili-kili;
lempoyan.
empoyan II sj tumbuhan (pokok kecil), mengkoyan, tempoyan,
Rhodamnia trinervia.
empu I sl 1. tuan; 2. orang yg mahir (ahli) dlm sesuatu (terutama dlm
membuat keris);
mengempukan memerintah: setelah beberapa lamanya ~ negeri
Aceh, maka Raja Muzafar Shah pun hilang.
empu II; ~ jari ibu jari tangan; ~ kaki ibu jari kaki.
empu III Sr yg empunya, pemilik.
empuan perempuan; engku (tengku) ~ panggilan kpd permaisuri (isteri
raja); datuk ~ panggilan kpd isteri datuk (orang besar).
empuk I 1. (bkn makanan spt ubi rebus dll) lembut dan senang dikunyah;
2. gebu, tidak keras dan tidak lisut: isteri mudanya terbaring di
tilam ~; mukanya lebar dan kelihatan ~ sahaja oleh gemuknya; 3.
(bkn kain) sudah nipis dan mudah koyak, reput; 4. (bkn suara)
sedap bunyinya, merdu; batu pun ~, jangankan hati manusia prb
hati manusia yg keras dapat dilembutkan dgn perkataan yg manis
dan lemah lembut;
mengempukkan menjadikan empuk (melembutkan dll);
keempukan keadaan empuk, kegebuan: aku membaringkan diri di
atas katil dan merasakan ~ tilamnya.
empuk II Pr; mengempuk memukul (dgn sesuatu).
empul ark; mengempul (bkn perahu) terumbang-ambing (terapungapung)
tidak boleh mara kerana datang angin atau arus dr depan.
empulur I isi atau bahagian yg lembut dlm batang tumbuh-tumbuhan
jenis palma, spt kelapa, pinang, dll; mempulur II.
empulur II; ~ rimba sj tumbuhan (pokok), bungkal, simpuh gajah,
Randia anisophylla; mempulur I.
empunya 1. pemiliknya, tuannya: harta pulang ke ~; 2. = empunyai ark
mempunyai, memiliki: tiap-tiap orang Lampung ada ~ kebun lada
yg berisi seribu dua batang lada; barang siapa ~ untung, ia
beroleh Sita Dewi; yg ~ (orang) yg punya (tuannya, pemiliknya);
 punya.
emsi (émsi) bp pengacara majlis, juruacara majlis.
emu sj burung besar yg tidak dapat terbang, bentuknya seakan-akan
burung unta (terdapat di Australia ), Dromaius novaehollandiae.
emulsi (émulsi) (Kim) 1. koloid yg merupakan campuran dua atau lebih
cecair yg tidak bercampur sepenuhnya, mis susu; 2. bahan peka
cahaya yg terdapat pd permukaan filem fotografi; cat ~ sj cat yg
pigmennya terampai, biasanya dlm resin sintetik, yg tersebar dlm
air sbg emulsi;
pengemulsian 1. proses mencampurkan dua atau lebih cecair yg
tidak bercampur sepenuhnya dgn menggoncang campuran tersebut;
2. proses menambahkan bahan kimia kpd sesuatu emulsi utk
mengekalkan keadaan emulsinya;
pengemulsi 1. bahan kimia yg ditambahkan kpd bahan lain dlm
keadaan emulsi, spt makanan, utk mengekalkan keadaan emulsi
bahan ini supaya tekstur, warna, rasa dsb tidak berubah, mis lesitin
dlm marjerin; 2. alat, spt mesin pengisar utk membuat emulsi
secara mengaduk atau menggoncang campuran dua atau lebih
cecair.
emunggai lemunggai.
en (én) ukuran yg sama dgn setengah saiz poin taip yg digunakan
ataupun setengah em.
En. kep Encik.
enak (énak) 1. sedap, nyaman (rasa dll): nasi lemak yg dijual oleh
seorang Melayu di kedai kopi itu sangat ~ rasanya; makanan yg ~;
2. senang (badan, hati, dll): gurunya memerhatikan muka mereka
dgn pandangan yg kurang ~; Cik Salmah sedang ~ menonton di
panggung Capitol; ~ hati senang hati; tak ~ badan sakit sedikit;
seenak sama enaknya (dgn);
seenaknya sesenang hati, sesedap (sesuka, sekehendak) hati: tidak
satu pun peluru itu mengenai kapal terbang yg terbang dgn ~
sahaja menuju ke selatan;
berenak-enak bersenang-senang, melakukan sesuatu dgn senang
hati: ia sedang ~ duduk di kebun bunga itu;
mengenakkan 1. menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan,
menyenangkan: masukkanlah sedikit pati rasa utk ~ lagi masakan
itu; pendengarannya janggal dan tidak ~; 2. menyatakan (berpurapura)
enak: makanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai
hempedu;
terenak 1. yg paling enak; 2. memperoleh kesedapan (kesenangan
dll);
enak-enakan makanan dll yg enak-enak, sedap-sedapan;
keenakan 1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk
menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan
memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain.
enakmen (énakmen) undang-undang atau statut.
enam bilangan lima dicampur satu (6, VI); ~ belas bilangan sepuluh
dicampur enam (16, XVI); ~ likur sl ark dua puluh enam (26,
XXVI); ~ puluh bilangan yg besarnya enam kali sepuluh (60, LX);
berenam berjumlah enam (orang dll), enam (orang dll) jumlahnya:
jangan pergi ramai-ramai, ~ pun cukuplah;
keenam yg nombor enam: keempat, hulubalang yg bernama
Bichaya Dorta, kelima, hulubalang yg bernama Panta Suta, ~,
hulubalang yg bernama Sutama;
keenam-enam semua yg jumlahnya enam: ~ murid itu pun pulang
ke rumah.
enamel (énamel) 1. lapisan cat dll yg berkilat pd permukaan logam dll
(utk menghindarkannya drpd berkarat dll); 2. lapisan luar yg keras
pd gigi.
enap I sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta
berlonggok di dasar, endap, endapan;
mengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak,
mengendap;
mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan
berlonggok di dasar, mengendapkan;
enapan 1. enap; tanah ~ tanah yg telah bercampur dgn air dan
mendak; 2. (Geog) bahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau
laut yg terdiri drpd campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim
organik dsb; 3. pepejal yg terendap selepas proses endap di loji
olahan air atau air sisa;
pengenapan proses mengenap atau mengenapkan.
enap II Mn diam;
mengenap, mengenap-enapkan memikirkan atau
mempertimbangkan dgn teliti (sungguh-sungguh).
enau sj tumbuhan (pokok), aren, kabung, Arenga saccharifera;
~ memanjat (mencari) sigai prb perempuan mendapatkan
(mencari) lelaki; ~ sebatang dua sigainya prb a) satu pekerjaan dua
orang ketuanya, tentu tidak baik jadinya; b) seorang perempuan yg
menduakan suami; bagai ~ dlm belukar, melepaskan pucuk
masing-masing prb tidak semuafakat dlm sesuatu perbincangan,
hanya berpegang pd pendapat masing-masing sahaja; mati ~
tinggal di rimba prb jika orang hina mati, namanya tidak akan
disebut-sebut orang lagi.
enca; ~-benca bercerai-cerai, bersepah-sepah.
encal I; encal-encal terloncat-loncat (kanak-kanak yg dipegang keduadua
belah telinganya dan diangkat ke atas ke bawah) turun naik.
encal II; encal-encal sl jangan tidak sahaja, tidak sungguh-sungguh atau
hati-hati (berbuat sesuatu dll).
encang I encal (terloncat-loncat).
encang II; mengencang memukul (memalu) sesuatu dgn kerasnya.
encer (éncér) Jk 1. tidak keras dan tidak spt gas, cair; 2. bercampur air,
tidak pekat atau kurang patinya (bkn cecair yg mengandungi
sesuatu zat); 3. menjadi cair; 4. lekas menerima pelajaran, lekas
faham;
mengencerkan menjadikan encer (cair, larut), mencairkan,
melarutkan;
enceran cairan, larutan.
encik 1. panggilan kpd orang lelaki yg sederhana kedudukannya atau yg
tidak dikenali; 2. panggilan kpd ibu (bagi sesetengah orang); 3.
gelaran yg digunakan sebelum nama orang lelaki (yg tidak
mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb): E~ Ramli;
~ laki-laki laki-laki yg menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah;
~ perempuan isteri, nyonya rumah, orang rumah; 4. Jk panggilan
kpd orang Cina asli;
encik-encik seorang Cina asli;
berencik menggunakan kata encik apabila bercakap-cakap:
memang Hamid apabila bercakap dgn aku selalu ~; Ah, jangan ~
juga lagi dgn saya, Suyono!
memperencik memanggil encik (kpd seseorang): sekarang engkau
yg patut saya perencik.
encit C sj kain cita.
encok (éncok) Jk 1. kaku atau kejang (pd kaki atau tangan); 2. sj
penyakit sengal (sakit) pd sendi tulang dan otot.
encot (éncot) Jk incut, tempang, capik; incut.
enda; ~-semenda Mn bermacam-macam perhubungan kekeluargaan yg
terbit drpd perkahwinan: segala famili, baik saudara ayah, baik
drpd pihak ibu, ~-semenda, ipar besan, terutama keluarga yg
perempuan, hendaklah hadir melepas mempelai itu.
endah (éndah) = ~ akan peduli (akan), acuh: sedikit pun dia tidak ~ akan
nasihat kawan-kawannya; ~ tak ~ tidak peduli langsung; tak ~
tidak peduli, tidak acuh;
mengendahkan memberi perhatian kpd, memandang penting
(mustahak, berharga, dll), mempedulikan, mengacuhkan: dia tidak
~ larangan orang tuanya;
perendahan perhatian, penghargaan: segala adat lembaga bangsa
Timur dapat ~ di kalbunya;
pengendahan perihal atau perbuatan mengendahkan.
endak bp 1. hendak; 2. tidak.
endal; mengendal 1. menganjal, memantul; 2. mengasak, memadat,
menjejal.
endan (éndan); mengendan menolak (orang dll) dgn badan (tangan dll).
endang (éndang) sl 1. orang perempuan yg bertapa; 2. anak perempuan
atau isteri orang yg bertapa.
endap; endap-endap, endapan sesuatu yg bercampur dgn air dll dan
turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan darah kentalan
darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi);
mengendap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak;
mengendapkan membiarkan supaya mengendap (mendak);
mendap, enap I.
endas Jw ark kepala.
endasan lapik atau landasan (utk memotong dll).
endemik (éndémik) penyakit yg sentiasa terdapat pd orang atau daerah
tertentu.
endemiologi (éndémiologi) kajian tentang berbagai-bagai aspek yg
berkaitan dgn penyakit endemik.
endeng (éndéng); mengendeng menunjuk-nunjuk: janganlah ~ kuih itu
kpd orang lain. Nanti diminta orang.
enderia  deria.
endilau sj tumbuhan (pokok).
endodontik (éndodontik) cabang ilmu pergigian yg berkaitan dgn
penyakit pulpa gigi, termasuklah diagnosis, perawatan dan
pencegahannya dsb.
endogami (éndogami) 1. (Ant) perkahwinan sesama suku; 2. (Bio)
pendebungaan antara dua bunga pd tumbuhan yg satu.
endok Jw telur.
endokarditis (éndokarditis) (Ubat) radang endokardium.
endokardium (éndokardium) (Ubat) membran yg melapisi rongga
jantung dan membentuk sebahagian drpd injap.
endokarpa (éndokarpa) (Bio) lapisan paling dalam, biasanya keras, pd
perikarpa buah tertentu, mis tempurung kelapa.
endokrin (éndokrin) (Bio) bkn perembesan hormon oleh sesuatu organ
atau struktur secara terus ke dlm darah atau limfa; kelenjar ~
kelenjar (spt kelenjar adrenalina, kelenjar tiroid, dll) yg
merembeskan hormon terus ke dlm aliran darah.
endokrinologi (éndokrinologi) kajian tentang kelenjar endokrin dan
rembesan hormonnya.
endolimfa (éndolimfa) (Ubat) bendalir di dlm labirin bermembran yg
terdapat di dlm telinga.
endon Jk; mengendon, ngendon menumpang tidur (tinggal) di rumah
orang (buat beberapa hari lamanya);
endonan orang yg mengendon atau menumpang tidur; endong.
endong; mengendong menumpang tidur (bermalam) di rumah orang;
endon.
endoparasit (éndoparasit) (Bio) parasit yg hidup dlm tubuh perumahnya,
mis cacing pita.
endors (éndors); mengendors bp mengakui (dokumen, cek, perjanjian
dsb) sah dgn menurunkan tandatangan dsb;
endorsan 1. (Eko) catatan di belakang cek sbg tanda penerimaan:
~ cek; 2. (Udg) catatan di belakang atau di bawah sesuatu
dokumen; 3. (Udg) catatan di belakang writ, dokumen mahkamah
dsb bagi menandakan dokumen telah disampaikan kpd orang
berkenaan.
endoskop (éndoskop) alat utk memeriksa bahagian dlm organ yg
berongga, spt pundi kencing dan usus.
endoskopi (éndoskopi) pemeriksaan bahagian dlm organ tubuh yg
berongga dgn endoskop.
endosperma (éndosperma) (Bio) tisu pd kantung embrio tumbuhan
berbiji, yg lazimnya menyimpan bahan makanan yg terurai semasa
proses percambahan.
endoterma (éndoterma) bkn proses atau tindak balas kimia yg menyerap
haba dr persekitaran luar.
enduk Jw, ark panggilan kpd orang (anak) perempuan atau isteri.
endul ark buaian;
berendul berayun di atas atau di dlm buaian: adat ~.
endus Jk; mengendus 1. mencium atau menghidu (bau); 2. ki mencium,
mulai menyedari atau mendapat tahu akan sesuatu (rahsia, gelagat,
maksud, dll): konflik inilah yg sampai bocor dan diendus oleh
orang surat khabar; aku sendiri memang sudah ~nya sejak tadi
lagi;
terendus ki tercium, diketahui: Yusof ragu sebentar, takut kalaukalau
~ bahawa apa yg dikatakannya itu sekadar ingin memulai
pembicaraan saja.
endut I bp teman lelaki atau teman wanita;
berendut 1. bertemu atau keluar dgn endut utk berbual-bual
mesra, makan dsb; 2. mempunyai endut.
endut II; endut-endutan Id, bp bergerak-gerak, berdenyut-denyut,
berdebar-debar.
enek Jk berasa spt hendak muntah, muak, mual.
enema (énéma) (Ubat) 1. pemasukan cecair ke dlm dubur, terutamanya
utk memudahkan buang air besar; 2. cecair yg dimasukkan ke dlm
dubur, terutamanya utk memudahkan buang air besar.
enes Jw; mengenes merana kerana berasa sedih atau pilu dlm hati;
mengeneskan memilukan, menyedihkan.
enga Jk tahu (faham, sedar akan).
engah; engah-engah, mengengah-engah, terengah-engah 1. mengapngap,
tercungap-cungap, termengah-mengah: setibanya di atas
jambatan, ia menurunkan barang-barang itu dgn terengah-engah;
2. ki tergesa-gesa, cepat.
engak Id bingung, termangu-mangu.
engap Jk; engap-engapan terengah-engah, tercungap-cungap.
engas Jk bau busuk.
engeh  engah.
enggak I Jk tidak: aku ~ takut.
enggak II tempat pulut (spt burung rupanya), katang-katang.
enggan tidak mahu, tidak suka: jika spt itu perbuatan Seri Betara dan
Pateh Gajah Mada akan Laksamana, ~lah aku pergi ke Majapahit
itu; ia ~ berjalan dgn Ramli;
~ jikalau sl kecuali (melainkan, jika tidak);
~ seribu daya, mahu sepatah kata prb jika tidak mahu (suka)
selalunya banyaklah jawabnya, tetapi kalau mahu atau suka itu
hanya sedikit sahaja jawabnya;
enggan-enggan hendak tidak hendak, mahu tidak mahu;
mengenggankan tidak membenarkan, tidak meluluskan, menolak
akan, tidak suka (setuju) akan: rasa tidak ada jaminan ~ mereka
melanjutkan pekerjaan itu;
keengganan ketidaksudian, ketidakmahuan: ~nya utk ikut serta
dlm pertemuan itu menimbulkan tanda tanya; mereka ~ utk
menghantarkan anak-anak perempuan jauh dr kampung mereka.
enggang I sj burung dlm famili Bucerotidae (yg ada cula di atas
paruhnya yg besar), burung jawa;
~ belantara sj burung, Rhyticeros plicatus; ~ belukar = ~ buluh sj
burung, Anorrhinus galeritus; ~ bulu = ~ jambul putih sj burung,
Berenicornis comatus; ~ papan sj burung, Buceros bicornis; ~ lilin
= ~ kenyalang sj burung, Buceros rhinoceros;
~ apa kpd ~, orang apa kpd orang prb susah senang kita, kita yg
merasakannya, susah senang orang tinggallah pd orang (masingmasing
menjaga sendiri); ~ lalu atal jatuh, anak raja mati
ditimpanya prb menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan
berada di tempat dll kejadian itu; burung pipit sama ~ , (mana
boleh sama terbang) prb perhubungan atau perjodohan yg tidak
sama padan, manakan boleh selamat; makanan ~ hendak dimakan
oleh pipit prb hendak melakukan sesuatu yg bukan padan dgn taraf
(kesanggupan dll); (men)dengar(kan) cakap ~ prb mendengarkan
cakap orang atau musuh binasa sudahnya; pipit meminang anak ~
prb orang yg miskin (kecil-kecil dll) meminang anak orang kaya
(besar-besar dll) tentu tidak munasabah; selama ~ mengeram prb
lama benar; yg ~ sama ~ juga, yg pipit sama pipit juga prb
berkaum (berkahwin dll) elok dgn yg sama pangkat (kedudukan,
taraf, dll).
enggang II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), Knema geminata.
enggat senggat, had, hingga, takat.
enggeh (enggéh) Jw ia.
engget (énggét) Jk; mengengget mengait (buah dll).
enggil ark; berenggil, berenggilan bergerigis, bergerigi.
enggokan (énggokan) Jw selekoh atau kelok (jalan, sungai, dll).
engkah I C perekat, gam (utk melekatkan kayu).
engkah II; engkah-engkah, engkah-engkahan 1. belum empuk, masih
keras, setengah masak (benda yg direbus); 2. mengkal, belum
masak betul (buah-buahan).
engkak Jw burung gagak, Corvus spp.
engkap; engkap-engkip, terengkap-engkip turun naik (spt rumput
dipijak); ~ bagai rumput di tengah jalan prb hidup merana kerana
sakit atau miskin.
engkau ganti nama diri kedua (utk orang yg setaraf atau yg lebih rendah,
digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa), kamu, awak; lwn aku;
si engkau sl orang yg disebut engkau, orang rendahan: jikalau
umpama ~ si aku sekalipun, jika dgn titah tuanku patik sekalian
pertuanlah;
berengkau menggunakan perkataan engkau apabila bercakapcakap
utk menunjukkan hubungan yg mesra dan tidak formal: tapi
baiklah kita menyebut nama dan memakai perkataan biasa saja, ~
berkamu, beraku, sebab begitu lebih mesra rasanya.
engkerurai (Muz) sj alat tiup kaum Iban.
engkil; terengkil benggal-benggil (bkn kulit batang kayu).
engkip; engkap-~; engkap.
engko C abang, kakak.
engko (éngko) bp berkawan, bersekutu atau berpakat (dgn), berkongsi
berniaga;
engkoan bp syarikat perdagangan bersama, perniagaan bersama.
engkoh Pr; ~nya rupa-rupanya.
engkol (éngkol) sj alat utk memusing (menghidupkan) enjin kereta dll;
mengengkol memutarkan engkol (utk menghidupkan enjin kereta
dll).
engkong C bp datuk laki-laki, kakek.
engku 1. sebutan kpd orang yg berketurunan raja: ~ puan; 2. sebutan kpd
orang yg dihormati (guru dll): “Yang mana ~ Datuk?”, tanya
Sultan Baginda; 3. Mn pak cik, paman, mamak; 4. Mn sebutan kpd
datuk;
berengku menggunakan perkataan engku (apabila bercakapcakap):
masyarakat pun sudah berpatik, ~ kpd mereka.
engkuk sj burung yg bunyinya “kuk”, “kuk”.
engkunai sj tumbuhan (pokok) yg kuat kayunya.
engsel (éngsél) 1. sj sendi besi yg menyambungkan daun pintu (tingkap
dll) dgn jenangnya dll (sehingga daun pintu dll boleh dibuka
tutup); 2. alat pengubah arah rel (pd jalan kereta api), wisel;
berengsel ada engselnya, bersendi: tengkorak itu melekat spt ~ pd
tulang belakang.
engsot (éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih)
sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu
barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden, tidak ~
drpd bibir prb selalu disebut-sebut;
mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. =
mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan.
enigma (énigma) seseorang atau sesuatu yg membingungkan.
enjak I; mengenjak memijak;
mengenjak-enjak memijak-mijak, menghentak-hentakkan kaki.
enjak II bp sejak.
enjal; mengenjal 1. mengisi penuh-penuh atau menjejal mulut (dgn
makanan); 2. jatuh terperenyuk; 3. memantul.
enjelai sj tumbuhan (pokok dan buahnya) drpd jenis padi, Coix
lachrymajobi; bagai tidur di atas ~ prb sangat gelisah (kerana
risau dll).
enjet (énjét) bergaya atau geliang-geliut (sewaktu berjalan atau
bergerak).
enjin (énjin) mesin utk menukar berbagai-bagai bentuk tenaga kpd daya
atau gerakan mekanik;
~ diesel = ~ penyalaan mampatan enjin yg menggunakan minyak
diesel dan benzina utk bahan apinya; ~ gas enjin yg menggunakan
gas mudah terbakar, spt gas asli dan gas arang batu sbg bahan api;
~ haba enjin utk menukarkan haba menjadi tenaga mekanik; ~
pembakaran dalam enjin yg membakar bahan api dlm silinder dan
menukarkan tenaga haba yg terhasil terus kpd tenaga mekanik; ~
petrol enjin pembakaran dalam yg menggunakan minyak petrol
sbg bahan api; ~ stim = ~ wap enjin yg digerakkan (dijalankan)
oleh kuasa wap.
enjot Jk turun naik, jungkang-jungkit, unggang-unggit.
enjut; enjut-enjut; ~ semut sj permainan kanak-kanak;
mengenjut 1. menggerakkan perlahan-lahan, menarik atau
mengangkatnya perlahan-lahan, menggerakkan turun naik; 2. =
mengenjut-enjut turun naik: didengarnya anak-anak dara itu
ketawa riang, ketawa yg pd mulanya ~, kemudian memanjangmanjang
pula;
terenjut-enjut (bergerak dll) turun naik (tinggi rendah): ia
berjalan ~; bahunya ~;
enjutan gerakan (goncangan) turun naik: ~ bas itu memuakkan
tekak juga.
enkerabab (Muz) sj kordofon dua tali kaum Iban.
enkeratong (Muz) sj kordofon empat tali atau lebih kaum Iban.
enkeromong (Muz) sj gong perunggu kecil kaum Iban.
enklaf (énklaf) 1. (Geog) sebahagian drpd wilayah sesebuah negara yg
dikelilingi seluruhnya oleh wilayah negara asing, mengikut
perspektif orang yg di luar wilayah tersebut; 2. (Ant) sekumpulan
orang yg berbeza dr segi budaya, sosial, intelektual dsb drpd
kumpulan orang di sekeliling mereka.
enologi (énologi) kajian tentang wain.
enom Jw ark muda.
enrolmen (énrolmen) bilangan orang yg mendaftarkan diri sbg pelajar di
institusi (kolej dsb): apabila pelajar baru mendaftar pd Julai ini, ~
pelajar akan meningkat sehingga melebihi sepuluh ribu.
ensefalitis (énséfalitis) (Ubat) radang pd otak yg disebabkan oleh agen
jangkitan (spt bakteria, virus atau parasit), ataupun yg disebabkan
kecederaan.
ensiklopedia (énsiklopédia) buku, biasanya dlm banyak jilid, yg
mengandungi maklumat am tentang segala cabang pengetahuan
atau maklumat tuntas tentang sesuatu cabang pengetahuan.
ENT kep ear, nose and throat (iaitu telinga, hidung dan tekak): pakar ~.
entah 1. = entahkan tidak tahu: siapa dia? ~; macam mana perkara ini
mahu diselesaikan? ~lah; entahkan beberapa zaman lamanya
cerita dibawa air yg hilir, angin yg lalu dan burung yg terbang; 2.
kalau-kalau, barangkali, boleh jadi: ~ benar, ~ tidak, tak tahulah!;
jikalau Paduka Tuan mau melanggar pd malam Jumaat tatkala
Sang Setia melanggar, ~ kesukaran gerang Melaka; 3. sama ada ...
atau ...: ~ setuju, ~ tidak, kita buat juga;
entah-entah 1. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan:
~ dia sudah tidak ada lagi di situ; 2. = berentah; 3. ark keturunan
yg kelima atau keenam; 4. ark kiraan atau hitungan nilai wang yg
terkecil sekali;
berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab
pertanyaan);
entah-berentah Mn anu (tidak diketahui dgn tepat, hanya
khayalan semata); negeri ~ sl negeri anu.
entang I Pr; tak ~ tidak peduli, tidak endah, tidak hormat: budak-budak
itu tak ~ pd siapa-siapa pun.
entang II Pr; entangkan sementang, walaupun, sungguhpun.
entang III bp tentang.
entang (éntang) Kd; tak ~ tidak peduli, tidak endah.
entar Jk 1. singkatan bagi sebentar; 2. nanti; ~ malam nanti malam.
entat Kd; terentat tidak boleh menjadi besar (buah-buahan dll),
terbantut.
ente (énté) Ar Jk engkau.
entek (énték); mengentek menampi atau mengindang (beras dll).
enten (éntén) IB; mengenten menempelkan potongan pohon atau
tampang pd pohon lain (supaya bercabang), mencantumkan.
enteng (énténg) ringan, mudah;
mengentengkan meringankan, memudahkan;
mengenteng-entengkan menganggap mudah (ringan): G. Eton ~
bidang ini;
entengan sesuatu yg dianggap ringan atau mudah: hasil sastera itu
~ sahaja, sulitnya tidak seberapa;
keentengan keringanan, kemudahan.
enteritis (énteritis) (Ubat) radang pd usus (terutamanya usus kecil) yg
dicirikan dgn cirit-birit.
enterostomi (éntérostomi) (Ubat) pembentukan bukaan kekal secara
pembedahan dr luar tubuh ke dlm usus melalui dinding abdomen,
utk dijadikan sbg dubur buatan dsb.
enterotomi (éntérotomi) (Ubat) sebarang pembedahan pd usus.
enterozoa (éntérozoa) (Bio) parasit haiwan yg terdapat di dlm usus.
entigis (éntigis) Sr bahagian sungai yg paling hulu: kawasan ~ sungai
Rejang akan dibangunkan sbg tempat pelancongan.
entiti (éntiti) sesuatu yg mempunyai kewujudannya yg tersendiri:
seterusnya sbg data kajian, sastera harus diamati sbg ~ yg bebas
drpd konteks sejarah.
entomofili (éntomofili) (Bio) pendebungaan yg dilakukan oleh serangga.
entomologi (éntomologi) kajian tentang serangga.
entong Jk panggilan kpd anak lelaki.
entot (éntot) Jk; mengentot bk bersetubuh (dgn).
entre (éntré) IB, bp belanja masuk (utk melihat sesuatu pertunjukan),
wang pertaruhan (spt yg dibayar dahulu ketika menjadi ahli
persatuan dll).
entrepot (éntrépot) 1. gudang utk barang-barang perdagangan; 2. pusat
perdagangan, biasanya bandar pelabuhan, yg menjadi tempat
mengimport dan mengeksport semula barang-barang dagangan.
entri (éntri) 1. perkara (butiran, maklumat, dll) yg dimasukkan ke dlm
sesuatu senarai (rakaman dll): semua ~ disusun mengikut susunan
abjad; 2. karya (ciptaan dll) yg dikemukakan utk menyertai
sesuatu pertandingan dsb: drpd beratus-ratus ~ cerpen, hanya 13
buah sahaja yg berjaya memenangi hadiah anjuran ESSOGAPENA;
3. kata atau ungkapan utama dlm kamus yg disusun
mengikut urutan abjad yg disertai takrif dan maklumat lain spt
kelas kata, etimologi dsb, kata masukan.
entrisme (éntrisme) amalan menyusup masuk ke dlm sesebuah
pertubuhan politik yg sedia ada dgn tujuan mengubah ideologi atau
dasarnya dsb.
enuresis (énurésis) (Ubat) keluarnya kencing secara luar kawal,
terutamanya sewaktu tidur.
enzim (énzim) (Bio) bahan kimia yg terdapat di dalam benda hidup
(tumbuhan, haiwan, dll) yg menyebabkan perubahan kpd bahan
kimia lain tetapi tidak pada dirinya sendiri: air liur mengandungi ~
yg boleh menghancurkan kanji dlm makanan utk dijadikan gula yg
boleh larut.
enzimologi (énzimologi) kajian tentang enzim.
eolit (éolit) batu yg digunakan sbg alat utk memotong, merodok dsb pd
Zaman Batu Awal.
EON (ion) akronim bagi Edaran Otomobil Nasional Berhad.
epak; mengepak Id mengambil hak atas sesuatu yg mendatangkan hasil
(faedah) dgn membayar wang (sewa dan cukainya), memajak.
mengepakkan menyewakan atau memajakkan hak buat masa
tertentu atas tanah (bangunan, dll) yg mendatangkan hasil (faedah)
dgn bayaran tertentu;
pengepakan perbuatan mengepak(kan);
pengepak orang yg mengepak.
epal (épal) sj pokok yg buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau, merah
atau kuning dan boleh dimakan.
epek (épék) I tiang belat tempat mengikat bahagian atas dan bawah
bidang belat.
epek (épék) II Jw sj ikat pinggang.
epentesis (épéntésis) (Lin) penyisipan sesuatu huruf atau bunyi ke dlm
kata, terutamanya kata pinjaman, tanpa perubahan maknanya
supaya sesuai dgn bunyi bahasa peminjam itu, mis penyisipan
huruf e dlm kata gelas.
epidemik (épidémik) tercetusnya sesuatu penyakit yg menghinggapi
banyak orang dlm sesuatu daerah pd sesuatu masa, wabak.
epidemiologi (épidémiologi) kajian tentang penyakit epidemik.
epidermis (épidermis) lapisan kulit yg paling luar.
epidiaskop (épidiaskop) projektor utk menayangkan gambar bendabenda
legap atau lut sinar.
epididimis (épididimis) (Bio) tiub berlingkar di belakang testis, tempat
laluan, simpanan, dan pematangan sperma.
epifenomena (épifénomena) fenomena sekunder atau tambahan.
epifit (épifit) (Bio) tumbuhan herba yg menggunakan tumbuhan lain atau
benda (spt dinding bangunan) utk mendapatkan sokongan fizikal
(tanpa mendapatkan makanan drpd tumbuhan yg ditumpangi), mis
anggerik, lumut.
epifora (épifora) (Lin) pengulangan bunyi akhir kata atau struktur ayat
dlm rangkap atau ayat yg berturutan utk mencapai kesan stilistik
tertentu, mis rima di akhir baris dlm rangkap syair.
epiglotis (épiglotis) (Bio) struktur rawan nipis dekat pangkal lidah yg
berfungsi menutup bukaan larinks semasa proses menelan supaya
makanan atau minuman tidak termasuk ke dlm paru-paru.
epigoni (épigoni) orang yg meneruskan dan memperkembang karyakarya
seniman drpd angkatan yg telah lalu.
epigraf (épigraf) 1. tulisan yg terdapat pd tugu, bangunan, dsb, prasasti;
2. petikan yg dicetak pd bahagian awalan buku atau pd permulaan
bahagian atau bab buku yg menggambarkan tema buku yg
berkenaan.
epigrafi (épigrafi) kajian tentang prasasti.
epigram (épigram) 1. puisi (sajak) yg pendek dan bernas serta
mengandungi fikiran yg bijak dan menyindir; 2. ungkapan atau
perkataan yg pendek dan bernas serta mengandungi fikiran yg
bijak dan menyindir.
epik (épik) 1. puisi (sajak) panjang yg menceritakan bakti seseorang
pahlawan (biasanya pahlawan dlm sejarah atau legenda); 2. karya
sastera, filem, dll yg menjadikan bakti kepahlawanan sbg perkara
sesebuah epik: ia telah berjaya menarik perhatian kita utk melihat
Hikayat Hang Tuah sbg sebuah ~ kebangsaan yg tinggi nilainya.
epikarpa (épikarpa) (Bio) lapisan paling luar pd perikarpa buah tertentu.
epilepsi (épilépsi) (Ubat) sj penyakit saraf yg menyebabkan seseorang
tidak sedar dgn anggotanya bergerak menyentak-nyentak,
(penyakit) gila babi, sawan.
epileptik (épiléptik) bkn penyakit epilepsi: pesakit ~.
epilog (épilog) 1. bahagian akhir sesebuah karya atau drama yg memberi
komen atau ringkasan tentang karya yg berkenaan; 2. ucapan
ringkas atau puisi yg diungkapkan oleh seseorang pelakon kpd
penonton pd penghujung sesebuah persembahan drama.
epimenorea (épiménoréa) (Ubat) kedatangan haid yg terlalu sering dan
tidak teratur dgn jangka masa kitar kurang drpd 28 hari.
episiotomi (épisiotomi) (Ubat) pembedahan yg dibuat pd bukaan faraj
semasa melahirkan anak supaya bayi mudah dikeluarkan.
episod (épisod) satu bahagian drpd sesebuah karya sastera atau drama yg
muncul dlm beberapa bahagian selama satu-satu tempoh.
episode (épisode) IB episod.
epistaksis (épistaksis) (Ubat) perdarahan dr hidung.
epistemologi (épistémologi) teori tentang pengetahuan, terutamanya yg
berkaitan dgn kajian kritis tentang kesahihan, kaedah, dan skop
sesuatu pengetahuan.
epitaf (épitaf) penyataan ringkas memperingati orang yg meninggal
dunia atau peristiwa yg lalu (pd batu nisan atau monumen).
epitome (épitomé) orang atau benda yg merupakan contoh atau teladan
yg unggul sesuatu sama ada dr segi kualiti, kelas dsb.
epizoit (épizoit) (Bio) haiwan yg melekap pd badan haiwan lain tetapi
tidak mendapatkan makanan drpd haiwan yg ditumpanginya.
epok (épok) I sj kampit kecil bertutup yg dianyam drpd mengkuang dll
utk bekas sirih (pinang dll).
epok (épok) II; berepok berada dlm pelukan atau pegangan (spt anak
kecil dlm pelukan ibunya);
mengepok memeluk (biasanya kanak-kanak).
epok-epok (épok-épok) sj kuih yg berintikan sayur.
epolet (épolét) tanda pangkat dll yg dipakai di bahagian bahu pakaian
seragam, terutamanya pakaian seragam tentera.
eponim (éponim) nama tempat, institusi dsb yg terbit drpd nama
seseorang.
epos (épos) puisi (sajak) pahlawan yg diperturunkan dr mulut ke mulut.
EPRD kep Educational Planning and Policy Research Division (iaitu
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, iaitu
salah satu bahagian di bawah Kementerian Pendidikan yg
bertanggungjawab menyelidik dan menyediakan perancangan
dasar pendidikan kebangsaan).
epsilon (épsilon) huruf kelima dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol ,
.
epsom (épsom); garam ~ serbuk putih (magnesium sulfat hidrat) yg
digunakan sbg julap.
Er simbol kimia bagi erbium.
era (éra) 1. jangka masa tertentu (yg lama) dlm sejarah: penelitian rekod
dr ~ penjajahan dan revolusi; 2. jangka masa tertentu yg dianggap
mempunyai sesuatu keistimewaan: beberapa pandangan utk ~
baru perjuangan; ~ perkembangan seni lukis; boleh dikatakan
tahun 1920-an dan 1980-an merupakan ~ peluasan penjajahan
Amerika.
erak ark lelah.
erak (érak); bererak, mengerak 1. berpisah atau bercerai (drpd),
bergerak perlahan-lahan; 2. berurai atau menjadi lepas dan terbuka
(lingkaran rotan dll);
mengerak, mengerakkan 1. menguraikan, melepaskan atau
membuka (lingkaran rotan, dawai, dll); 2. menceraikan atau
memisahkan.
eram; mengeram 1. duduk di atas telur supaya panas dan menetas (bkn
ayam dsb): hanya ayam betina sahaja yg ~; 2. duduk mengendap
(spt harimau, kucing, dll yg hendak menangkap mangsanya); 3. ki
selalu duduk di rumah atau di sesuatu tempat sahaja: kalau ~ di
rumah sahaja manalah nak tahu hal orang; 4. Mn lendut, rendah,
lekuk (lantai, jalan, dll); selama enggang ~ prb terlalu lama;
mengerami mengeram di atas sesuatu (biasanya telur);
~ telur orang prb mengahwini perempuan yg telah mengandung;
seumpama telur sesarang dierami induknya prb perihal anak-anak
yg sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan pemeliharaan yg
saksama;
mengeramkan menjadikan telur dierami, menetaskan (dgn
mengerami);
pengeraman perihal (perbuatan) mengerami;
pengeram = mesin ~ sj alat yg mengeluarkan haba utk menetaskan
telur.
erang = erangan keluhan atau rintihan (kerana kesakitan dll): ia
mendengar terus-menerus ~ isterinya pd malam sepi itu;
mengerang 1. mengeluh kerana kesakitan, merintih: ia mendengar
suara ayahnya ~ kesakitan; 2. ki mengeluh (merintih) kerana
menderita dll: di kampung-kampung Melayu, banyak orang yg ~
tidak makan.
erang (érang) I sl hitam, biru kehitam-hitaman.
erang (érang) II; ~-erot tidak lurus, herot-berot, bengkang-bengkok.
erat 1. kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dll):
Amiruddin menggenggam tangan Hawa ~; di sisinya duduk
isterinya menggendong anaknya yg masih ~ menyusu; 2. kukuh,
teguh (janji dll), rapat, mesra, karib (hubungan, persahabatan, dll):
ia memegang nasihat itu dgn ~nya; perhubungan antara rakyat
dan kerajaan tetap ~;
mengeratkan 1. menjadikan (genggaman, ikatan, dll) erat:
sebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah; 2.
menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dll;
mempererat menjadikan lebih erat: menggunakan sukan sbg alat
utk ~ tali persahabatan; dia mempelopori usaha ~ kerjasama
antara Britain dan Amerika;
keeratan keteguhan, kekariban (dlm persaudaraan, ikatan, dll):
saudara-mara berjabat tangan melambangkan ~ persatuan kita
umat Islam;
pengerat seseorang atau sesuatu yg mengeratkan: ~ hubungan.
erau (érau); mengerau menziarahi (ke rumah orang mati).
erbium (Kim) sj unsur nadir bumi yg digunakan dlm peranti laser dan
pembuatan aloi.
ercis (ércis) IB sj kacang kara.
ere (éré) Kl,Tr kehendak, kemahuan: kamu jangan ikut ~ dia sangat,
nanti dia mengada-ngada.
ereh (eréh) Jw, ark; mengereh memerintah, mengemudikan.
ereksi (éréksi) keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak
apabila bangkitnya nafsu syahwat.
erepsin (érépsin) (Bio) sj enzim dalam usus kecil.
erg unit tenaga dlm sistem metrik.
ergonomik kajian tentang hubungan antara pekerja dgn persekitaran
tempat kerja, spt aspek-aspek kejenteraan, peralatan, dan keadaan
kerja.
ergosterol (Bio) sterol yg terdapat dlm kulat, yis dsb dan menghasilkan
vitamin D apabila terkena sinaran ultraungu.
erik; mengerik memekik, menjerit, mendering (bkn gajah), merengkik
(bkn kuda).
eritrosit (éritrosit) (Bio) sel darah merah.
erong (érong) I; erong-erong = lubang ~ lubang tempat mengalirkan air
(dlm kapal, empang, dll).
erong (érong) II Kd, Kl; mengerong menggunting serong.
erot (érot) I Jk; bererot, bererotan berduyun-duyun, berderet-deret,
berjejal-jejal.
erot (érot) II bp herot: erang-~.
erotik (érotik) membangkitkan nafsu syahwat, mengghairahkan,
memberahikan: penjualan majalah lucah yg penuh dgn gambar yg
~ hendaklah dicegah segera.
erotika (érotika) karya berbentuk buku, gambar dsb yg membangkitkan
nafsu syahwat.
erotisisme (érotisisme) (Ubat) 1. naluri atau keinginan seks; 2. keadaan
memberahikan, keberahian.
erpah (érpah); tanah ~ bp tanah sewa yg disewakan turun-temurun (dgn
had waktu yg tertentu).
erti 1. maksud yg terkandung dlm sesuatu perkataan (ayat, peribahasa,
ungkapan, lambang, kiasan, dll), makna: kata “pekerja” telah
digunakan sbg pengganti kata “kuli” pd zaman kolonial, dan
mempunyai ~ tertentu dlm masyarakat bahasa Indonesia; 2. ki
guna, faedah, kepentingan: lebih baik diam sahaja, jika itu
memberi ~ kpd penghidupan kita sekarang;
~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif; ~ kiasan erti yg
dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); ~ (yg)
mendatang erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal;
seerti serupa atau sama ertinya; kata ~ kata yg ertinya sama atau
hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain;
bererti 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna:
seringkali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya,
bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama
banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah,
mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan
yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn:
membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~
mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat;
keberertian keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg
sentiasa berubah;
mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg
terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia
menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya;
dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya,
kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi
utk ~ akan isinya;
mengertikan 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti,
mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat
diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai;
kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2.
membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;
ertian tafsiran;
pengertian 1. fahaman, tanggapan (gambaran) bkn sesuatu:
kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti,
gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu
meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman,
persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas
lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan,
penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan
atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan.
eru sj tumbuhan (pokok), cemara, Casuarina equisetifolia; ru.
es (és) Id ais, air batu; ~ lilin (loli) ais krim batang;
dies dimasukkan (disejukkan) dlm ais.
esa satu, tidak lebih dan tidak kurang drpd satu, tunggal; kurang ~ empat
puluh tiga puluh sembilan; Tuhan yg ~ Tuhan yg hanya satu;
~ hilang, dua terbilang prb terus berusaha dgn keazaman hingga
tercapai cita-cita; berbilang dr ~, mengaji dr alif prb membuat
sesuatu itu hendaklah dimulai dr permulaannya;
mengesakan membuat (menjadikan, menganggap, dll) satu: aku
tetap ~ Allah dan tidak menyekutukan-Nya;
esa-esaan keseorangan, berasa sunyi;
keesaan perihal tunggal, kesatuan, sifat tunggal: ~ Tuhan.
esak (ésak); sakit ~ sj penyakit susah bernafas;
mengesak, teresak, teresak-esak tersedu-sedu (menangis): tibatiba
dia ~, dia menangis; Jaliah menangis teresak-esak seorang
diri;
esakan sedu-sedan: Minah makin kuat menangis, ~nya makin
kencang.
ESCAP (éskép) akronim bagi Economic and Social Commission for Asia
and the Pacific (Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan
Pasifik).
escudo (éscudo) unit mata wang utama Portugal.
esei (éséi) karangan prosa (yg biasanya lebih pendek drpd tesis atau
disertasi) tentang sesuatu tajuk: menurut definisi ‘Encyclopedia
Britannica’, ~ ialah satu karangan yg berpatutan panjangnya.
eseis (éséis) penulis esei.
esek (ésék) I; demam ~ sj penyakit demam yg menyebabkan kulit kering
dan bersisik.
esek (ésék) II; daun ~ nanah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar
pisang-pisang jantan, Uvaria purpurea.
eselon (éselon) 1. tingkat pangkat (kedudukan) dlm sesuatu organisasi,
masyarakat dsb: ~ atasan; 2. formasi yg terdiri drpd beberapa
kapal terbang, kapal atau trup dsb yg bergerak berturut-turut dan
ke sisi antara satu sama lain dlm susunan spt tangga.
esen (ésén) bahagian yg paling penting drpd sesuatu perkara (benda dll),
sari: putar mentega dan masukkan ~ vanila.
esensi (ésénsi) hal (unsur) yg pokok, inti: kita dapat menerima hal ini
sbg ~ drpd apa yg mungkin disebut kepercayaan 'statis'.
eskalator (éskalator) tangga bergerak utk membawa orang naik atau
turun antara tingkat bangunan.
eskapisme (éskapisme) tindakan atau kecenderungan melarikan diri drpd
kenyataan dgn menumpukan fikiran kpd sesuatu perkara lain
(biasanya yg kurang baik) drpd masalah yg dihadapi sbg langkah
untuk mencari ketenangan: ada juga yg berkarya kerana tekanan
jiwa, lalu dicurahkan pd kertas sbg suatu ~.
eskatologi (éskatologi) cabang teologi atau kepercayaan agama yg
berkaitan dgn berakhirnya dunia.
eskot (éskot) pengiring (bersenjata ataupun tidak) utk melindungi
(menghormati) seseorang.
esofagus (ésofagus) (Bio) bahagian salur makanan yg terletak di antara
tekak dan perut.
esok (ésok) 1. hari selepas hari ini, besok: ~ kita ke Pulau Pinang; ~nya
hari selepas hari itu; 2. kemudian hari, nanti, kelak; ~ lusa a) esok
atau lusa; b) esok atau pd suatu waktu yg akan datang nanti;
beresok esok, besok; ~nya esoknya;
mengesokkan = ~ hari menangguhkan hingga esok;
keesokan; ~ harinya = ~nya esoknya.
esoterik (ésoterik) hanya difahami, diketahui atau dihayati oleh
sebilangan kecil orang sahaja (bkn faham, kepercayaan, puisi dll):
puisi ~.
Esperanto (ésperanto) bahasa buatan antarabangsa yg sebahagian
besarnya berdasarkan kata-kata yg dikongsi oleh bahasa-bahasa
utama di Eropah.
espionaj (éspionaj) perbuatan mengintip bagi mendapatkan rahsia politik
(ketenteraan, perindustrian, dsb) dgn menggunakan pengintip:
sesuai dgn cerita penyiasatan dan ~.
esplanad (ésplanad) kawasan lapang yg rata dan panjang, tempat orang
bersiar-siar atau berjalan-jalan, biasanya di tepi laut.
esprit de corps (éspri de ko) (Perancis) semangat setia kawan di kalangan
ahli sesuatu kumpulan.
estafette (estafétte) IB perlumbaan lari (berenang) berganti-ganti.
ester (éster) (Kim) sebatian yg terbentuk drpd tindak balas antara asid
dgn alkohol.
estet (éstét) 1. ladang atau kebun (getah, kelapa, dll) yg luasnya lebih
drpd seratus ekar; 2. kawasan yg sudah dimajukan dgn pembinaan
bangunan (kilang dsb); ~ perindustrian kawasan yg dimajukan utk
keperluan perindustrian.
estetik (éstétik) bkn keindahan atau penghargaan terhadap keindahan
(terutamanya dlm bidang seni): sebenarnya, pertelingkahan ini
adalah antara nilai ~ yg dihubungkan dgn akademi abad ke-19.
estetika (éstétika) cabang falsafah yg mengkaji konsep yg berkaitan dgn
keindahan, cita rasa, dll.
estetisisme (éstétisisme) fahaman bahawa prinsip estetik mendasari
semua penilaian yg dibuat oleh manusia.
estriol (éstriol) (Bio) hormon estrogen yg terdapat semula jadi dlm air
kencing wanita hamil.
estrogen (éstrogen) (Bio) hormon seks yg merangsang perubahan pd
organ pembiakan betina dan perkembangan ciri-ciri seks sekunder
pd mamalia betina.
estrus (éstrus) (Bio) tempoh berlakunya pembentukan ovum pd haiwan
betina (tempoh ini berbeza-beza antara spesies haiwan yg
berlainan).
eta (éta) huruf ketujuh dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
etak (étak) sj kerang sungai, gayam, Asaphis spp.
etalase (étalase) IB sj tingkap di kedai utk mempamerkan barang-barang
dagangan.
etanol (étanol) (Kim) nama saintifik bagi alkohol.
etanolamina (étanolamina) (Kim) sj sebatian organik berbentuk cecair
likat, tidak berwarna, berbau spt ammonia dan larut campur dlm
air, aseton dan metanol, biasanya digunakan sbg pelarut, utk
membuat detergen, cat emulsi dan penggilap.
etek (éték) Mn panggilan kpd emak saudara yg bongsu, bibi, mak cik.
eter (éter) (Kim) 1. cecair mudah terbakar, meruap, digunakan sbg
pelarut dan ubat bius; 2. sebatian organik yg diterbitkan drpd
alkohol dgn menyingkirkan air.
etika (étika) 1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip
moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan,
dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh
para doktor dlm pengamalan perubatan masing-masing;
beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak,
bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera.
etiket (étikét) 1. kertas yg bertulis dgn nama (alamat dll) yg ditampalkan
pd botol dll; 2. adat dan peraturan bkn kesopanan (terutamanya
dlm kehidupan sosial atau dlm profesion tertentu): wanita bangsa
kita belum mahir tentang ~ yg lazim di rumah-rumah orang besar.
etil (étil) (Kim) radikal hidrokarbon monovalen yg terbit drpd etana.
etimologi (étimologi) cabang ilmu linguistik yg mengkaji asal usul dan
perkembangan sesuatu kata.
etimon (étimon) (Lin) bentuk kata yg menjadi sumber penerbitan bentuk
kata lain, mis kata Austronesia Purba *hijav menjadi sumber kpd
kata hijau (Melayu), ijo (Jawa) dan hilau (Tagalog).
etiologi (étiologi) 1. kajian tentang punca (sebab) timbulnya penyakit; 2.
kajian atau falsafah tentang sebab-musabab.
etnik (étnik) bkn bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan
terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur ~ sesuatu
kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok ~ yg hidup
berlainan, tetapi di bawah sistem politik yg sama.
etno- (étno) awalan asing ras, etnik atau budaya, mis etnografi dan
etnologi.
etnobotani (étnobotani) kajian tentang pengetahuan dan adat resam
sesuatu suku bangsa yg berkaitan dgn tumbuh-tumbuhan dan
kegunaannya.
etnogeni (étnogéni) cabang etnologi yg berkaitan dgn asal usul ras.
etnografi (étnografi) cabang antropologi yg berkaitan dgn pemerian
saintifik tentang masyarakat manusia.
etnolinguistik (étnolinguistik) cabang linguistik antropologi yg mengkaji
sikap penutur terhadap bahasanya, khususnya bentuk yg digunakan
utk mewujudkan keakraban: berdasarkan kajian ~, bahasa Bajau
merangkumi dialek campuran.
etnologi (étnologi) cabang antropologi yg mengkaji rumpun (suku,
kumpulan) bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaannya
serta perhubungan antara satu bangsa dgn yg lain.
etnomuzikologi (étnomuzikologi) kajian tentang muzik pelbagai etnik
dan budaya.
etnosentrik (étnoséntrik) cenderung menganggap masyarakat (budaya
dsb) sendiri lebih unggul drpd masyarakat (budaya dsb) lain: inilah
pemikiran ~ yg menganggap tamadun dan budaya barat lebih
tinggi dan maju.
etnosentrisme (étnoséntrisme) (Ant) pandangan atau sikap yg percaya
bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul drpd
golongan atau kebudayaan etnik lain.
etok Kl, Tr sejenis kerang sungai, gayam, Asaphis spp.: kalau kamu
rebus ~ itu, jangan lupa bubuh serai.
etologi (étologi) kajian saintifik tentang kelakuan binatang.
etos (étos) sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dll: pelukis Malaysia
boleh menghasilkan karya yg benar-benar mencerminkan aspirasi,
falsafah dan ~ masyarakat dan negara kita.
Eu simbol kimia bagi europium.
eufemisme (éufémisme) ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb)
utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air
kecil utk kencing.
eufoni (éufoni) (Lin) gabungan bunyi yg menyenangkan, terutamanya
dlm ucapan.
eufonium (éufonium) (Muz) sj alat tiup yg mempunyai empat injap.
euforia (éuforia) 1. (Ubat) keriangan yg berlebihan yg boleh dicetuskan
oleh dadah atau penyakit mania; 2. rasa gembira yg amat sangat:
kita boleh menjadi ghairah dan tenggelam dlm ~ wawasan 2020.
eugenik (éugénik) kajian kaedah utk menghasilkan ras manusia yg lebih
baik melalui pembiakan berpilih.
euglena (éugléna) sj protozoa air tawar yg ada ciri tumbuhan juga,
Euglena spp.
eulogi (éulogi) ucapan (secara lisan atau tulisan) yg memuji atau
menyanjung pencapaian seseorang atau sifat peribadinya yg luhur.
euro (éuro) unit mata wang bagi negara anggota Kesatuan Eropah.
eurodolar (éurodolar) mata wang Amerika Syarikat yg didepositkan di
bank di luar Amerika Syarikat, terutamanya di Eropah, utk tujuan
perdagangan.
europium (éuropium) (Kim) sj unsur logam yg lembut, mulur, mudah
bertindak balas, berwarna putih perak, dan digunakan dlm
televisyen warna dan laser.
euroyen (éuroyén) mata wang Jepun yg didepositkan di bank di Eropah
utk tujuan perdagangan.
eutanasia (éutanasia) (Ubat) perbuatan mematikan seseorang yg
menanggung azab penyakit yg tidak dapat disembuhkan lagi atas
dasar perikemanusiaan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan
mengalami azab.
evasif (évasif) sikap mengelak diri drpd sesuatu tanggungjawab,
tindakan, dsb: sikap ~ setengah-setengah ahli kumpulan boleh
menjejaskan kemajuan kerja yg telah dirancangkan.
evolusi (évolusi) 1. perubahan secara beransur-ansur pd haiwan atau
tumbuhan, drpd satu generasi kpd generasi lain; 2. perkembangan
secara beransur-ansur, terutamanya pd bentuk yg lebih kompleks:
sudah terbukti bahawa sesuatu masyarakat itu menerima
perubahan, sama ada secara ~ atau revolusi;
berevolusi berkembang secara beransur-ansur: bulu dikatakan
berasal drpd struktur epidermis yg ~ drpd sisik reptilia.
ewa (éwa) Jw segan, enggan, tidak suka.
ewah (éwah) sr kata utk memuji, menyindir, menghina dsb seseorang.
Exco (éksko) akronim bagi 1. Executive Councillor a) Ahli Dewan
Undangan Negeri yg dilantik, sama ada oleh Menteri Besar atau
Ketua Menteri sesebuah negeri di Malaysia utk menganggotai
badan eksekutif kerajaan negeri; b) ahli jawatankuasa sesebuah
pertubuhan atau persatuan, biasanya yg besar; 2. Executive Council
a) badan eksekutif yg membuat dasar bagi kerajaan negeri; b)
jawatankuasa pertubuhan atau persatuan.
ex gratia (éks gratia) (Latin) (Udg) diberikan atau dibuat sbg suatu
pemberian atau tanda persahabatan, bukan diwajibkan di sisi
undang-undang: bayaran ~.
ex officio (éks efisyio) (Latin) (Udg) atas dasar, memandangkan atau
disebabkan jawatan.
ex parte (éks pati) (Latin) (Udg) bagi pihak atau kepentingan sebelah
(satu) pihak sahaja: sebelum ini beliau telah mendapat perintah
sementara hak penjagaan anak dlm permohonan secara ~ pd
bulan lepas.
eyang (éyang) Jw datuk, nenek.

No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama