SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Saturday, 1 October 2011

Daftar Kata Huruf F

f I huruf keenam abjad Rumi.
F II kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.
F III simbol kimia bagi fluorin.
fa 1. huruf ke-20 abjad Arab (mempunyai nilai 80); 2. huruf ke-22 abjad
Jawi.
faal I Ar alamat (sesuatu yg akan terjadi), tanda-tanda; membuka ~
melihat tenung (utk meramalkan sesuatu);
memfaalkan meramalkan (dgn melihat tanda-tanda).
faal II Ar 1. perbuatan, kerja; ~ iman (taubat) doa menyatakan iman
(taubat); 2. Id kerja atau fungsi alat tubuh (spt jantung dll).
fabel 1. cerita pendek yg bertujuan utk menyampaikan pengajaran moral,
biasanya berwatakkan binatang; 2. cerita atau legenda tentang
watak atau peristiwa sakti atau mitos.
fabrik kain yg dibuat drpd benang dgn cara menenun dsb.
fadihat Ar aib, cela, nista;
memfadihatkan mengaibkan, mencela, menistakan: jikalau
sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikatnya dan
digantungnya dan difadihatkannya dgn kata yg jahat.
fadil Ar mulia, berpangkat tinggi, terkemuka (kerana berilmu): ulama yg
~.
fadilat Ar kemuliaan, ketinggian, kelebihan (dlm beribadah): ~
sembahyang sunat subuh.
faedah (faédah) 1. guna, manfaat: apa ~nya mencintai orang yg tidak
mencintai kita; 2. bayaran yg dikenakan atas pinjaman atau kredit,
bunga: kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas
kadar ~ 4% setahun; ~ terakru faedah terkumpul yg belum
dijelaskan;
berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya
tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain.
fagosit (Bio) sj sel, spt sel darah putih, yg dapat memusnahkan
mikroorganisma atau benda asing spt bakteria utk melindungi tubuh
drpd terkena jangkitan.
faham 1. = fahaman pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu,
pengertian: ~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek; 2.
fikiran atau anggapan dsb yg menjadi pegangan seseorang,
pendapat: ~ mereka saling bercanggah; 3. tahu dan mengerti benar
akan sesuatu: aku tidak ~ macam mana perkara itu mahu
diselesaikan; 4. kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat
tentang sesuatu: ~ komunisme;
~ kapitalis faham yg menganjurkan supaya faktor pengeluaran
berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme; ~ kapitalis
laissez-faire faham yg menganjurkan kegiatan ekonomi yg bebas
sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan); ~ sosialis faham yg
menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor
pengeluaran (biasanya oleh kerajaan); ~ sosialis Marx faham
sosialis yg disebarkan oleh Karl Marx; ~ taakul faham yg
menganggap pemikiran yg dapat diterima, yg merupakan asas ilmu
pengetahuan (kepercayaan dll);
~nya bagai getah cair prb Mn tidak tetap pendirian; angan lalu ~
tertumbuk prb Mn kemahuan ada tetapi tidak berdaya;
sefaham, sefahaman 1. sependapat, sekeyakinan: mereka sehaluan
dan sefahaman; 2. setuju (dgn);
bersefahaman bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat,
bersetuju: setiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasihkasihan
antara satu sama lain;
kesefahaman keadaan sefaham: pembentukan sifat toleransi,
kerjasama, dan ~;
persefahaman perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan:
dgn perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~;
berfaham 1. = berfahaman mempunyai faham (pendapat,
keyakinan, dll): rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan drpd ~
kenegaraan; 2. bijaksana, berbudi, berakal: ia sangat ~ dan sangat
disegani oleh masyarakat;
memahami 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~
setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami
perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang,
menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke
Singapura sbg suatu kebengisan;
memahamkan 1. memberitahu (supaya difahami): Mingguan
Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut
mengkaji segala masalah; 2. mengecamkan (supaya difahami):
lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan;
kefahaman keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya
(seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian
keberkesanan pengajaran guru yg sebenarnya ialah ~ pelajar;
ketidakfahaman perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan
memahami: itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri;
pemahaman perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu
atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling
ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang
hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap.
faharasat (Parsi) (nombor) senarai (daftar), katalog.
Fahrenheit (fahrenhait) skala suhu yg menunjukkan takat sejuk beku air
pd 32F dan takat didih 212F.
fail 1. kotak, sampul surat besar, kad berlipat, tempat surat dsb disimpan
secara tersusun: surat-surat itu disimpannya hati-hati dlm ~; 2.
maklumat atau dokumen tentang sesuatu perkara, seseorang, dsb; 3.
(Komp) sekumpulan data atau maklumat yg berkaitan dsb yg
mempunyai nama tertentu dan dianggap sbg suatu unit storan;
berfail-fail beberapa banyak fail: dia perlu menyemak ~ surat yg
ada di atas mejanya sebelum pergi bercuti;
memfailkan 1. memasukkan ke dlm fail, menyimpan dlm fail: tiaptiap
baucar itu dinombori dan difailkan; 2. mengemukakan sesuatu
(permohonan, aduan dsb) secara rasmi supaya dapat didaftarkan:
kami akan ~ notis utk mendapatkan satu tarikh perbicaraan; dia
sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu di Mahkamah Shah
Alam;
pemfailan proses (perbuatan dsb) memfailkan: sistem ~ juga lebih
baik kerana semuanya tersimpan di dlm komputer; ~ surat penting
harus dibuat secara sistematik.
fajar 1. dinihari, subuh; ~ sidik dinihari benar, menjelang pagi; 2. cahaya
kemerah-merahan di langit timur menjelang matahari terbit; ~
menyingsing (merekah) mulai pagi hari.
fajir Ar lelaki yg jahat pekerti yg suka melakukan maksiat (spt penzina
dan tukang sihir).
fajirah Ar perempuan yg jahat pekerti yg suka melakukan maksiat.
fakir Ar 1. (orang yg) berpendapatan kurang drpd pendapatan orang
miskin (tidak mencukupi keperluan asas harian): tiap-tiap hari
Jumaat, baginda mengurniakan sedekah kpd ~ dan miskin; 2. sl
saya (yg miskin ini): apa kerja tuan datang ke rumah ~? 3. orang
yg sengaja atau dgn kerelaan sendiri mengalami atau menanggung
serba kekurangan dalam hidupnya utk mendapat kesempurnaan
batin: baginda memakai pakaian ~ dan meninggalkan istana;
~ miskin golongan yg sangat berkurangan (sangat miskin): bantuan
makanan juga akan diberikan kpd ~ miskin;
kefakiran perihal (keadaan) fakir.
faks dokumen dsb yg dihantar melalui sistem pengimbasan secara
elektronik melalui talian telefon dsb;
memfakskan menghantar faks: mesej penting ini akan difakskan
kpd semua pemimpin parti.
faksimile (faksimilé) salinan yg betul-betul menyerupai yg asal, spt
gambar atau teks.
fakta 1. sesuatu yg benar-benar berlaku; 2. sesuatu yg benar dan boleh
dibuktikan; 3. maklumat tentang seseorang atau sesuatu; ~
adjudikasi (Udg) perkara fakta berkaitan dgn pihak-pihak dlm
prosiding pentadbiran berbanding dgn fakta-fakta perundangan.
faktografi (Lin) proses merakamkan data tentang semua aktiviti
peristilahan spt orang perseorangan, organisasi, kegiatan, pusat
pengajian tinggi, dan statistik utk tujuan dokumentasi dan rujukan.
faktor 1. unsur atau sebab yg menyumbang kpd sesuatu hasil: kekuasaan
ekonomi British di negeri ini ialah ~ terbesar yg menyebabkan
bahasa Inggeris mempunyai kedudukan yg kukuh; 2. (Mat) nombor
yg menjadi pembahagi kpd sesuatu nombor lain dgn tepat atau
tanpa baki, mis 2 dan 3 adalah faktor bagi 6, atau 3 dan 5 adalah
faktor bagi 15;
~ pengeluaran (Eko) faktor fizikal yg digunakan utk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha;
~ pertengahan pengeluaran faktor yg menghasilkan barang-barang
(selain tanah dan buruh); ~ utama pengeluaran dua faktor (tanah
dan buruh) yg menghasilkan barang-barang;
pemfaktoran 1. (Eko) kaedah mengambil alih risiko hutang yg
belum dibayar dgn mengenakan bayaran perkhidmatan tertentu
(biasanya oleh institusi kewangan); 2. (Mat) perbuatan mencari
faktor kpd sesuatu nombor.
faktual berdasarkan kenyataan: bersedia memberikan pendapat yg ~ dan
ilmiah agar kebenaran dapat ditegakkan.
faktur IB senarai nama barang yg dijual (dikirim) dgn butir tertentu (spt
harga, banyaknya, dll).
fakula (Ast) kawasan cerah pd permukaan matahari, yakni kawasan yg 10
peratus lebih cerah pd sekeliling permukaan matahari.
fakultas Id fakulti.
fakultatif IB tidak diwajibkan (pelajaran dll).
fakulti 1. sesuatu cabang atau jurusan pengajian atau ilmu pengetahuan di
universiti: ~ perubatan; ~ sains; 2. wakil fakulti utk sesuatu
pertandingan dll: pertandingan bola sepak yg akan diadakan
minggu depan ialah antara ~ perubatan dgn ~ pertanian; 3.
kemampuan (keupayaan) semula jadi otak atau jasad: hanya
manusia sahajalah yg mempunyai kesemua ~ ini; manusia itu ialah
sejenis makhluk bermasyarakat yg selalu menggunakan ~
pemikiran yg kritis utk meneliti dan mendalami masalah
masyarakatnya.
falah Ar kemenangan, kejayaan.
falak Ar 1. bulatan langit, lengkung langit, cakerawala; 2. = ilmu ~ kajian
saintifik tentang bintang, matahari, bulan, dan planet yg terdapat
dlm alam semesta; ahli ~ orang yg ahli dlm ilmu falak.
falkon sj burung pemangsa drpd famili Falconidae yg terbang pantas dan
boleh dilatih utk memburu burung dan haiwan kecil lain.
falsafah pengetahuan tentang pengertian yg dianggap sbg ilmu yg tertinggi
yg menjadi dasar ilmu-ilmu lain; ahli ~ orang yg ahli dlm falsafah,
ahli fikir;
berfalsafah memikirkan secara mendalam tentang sesuatu:
sekarang ia pandai ~ dan berbicara tentang manusia dan
kemanusiaan;
kefalsafahan segala hal (sifat, ciri) yg berkaitan dgn falsafah: yg
penting, adanya nada ~ di dalamnya.
FAM kep Football Association of Malaysia (Persatuan Bolasepak
Malaysia).
FAMA akronim bagi Federal Agricultural Marketing Authority
(Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan).
famili 1. keluarga: dlm ~ saya, anak yg diharapkan saya seorang; 2.
kerabat, sanak saudara: hampir tiap bulan datang ~ku dr kampung;
3. salah satu kategori pengelasan benda hidup antara order dgn
genus;
berfamili berkeluarga, berkerabat, bersanak saudara: aku sekarang
telah kenal hidup ~.
fana Ar tidak kekal, lwn baqa; berpindah dr negeri yg ~ ke negeri yg
baqa meninggal;
memfanakan sl meniadakan, memusnahkan: maha suci bagi Allah
yg tinggi ketuhanan-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya dan lagi akan
difanakan-Nya segala makhluk kemudian dijadikan-Nya;
kefanaan perihal (keadaan) tidak kekal.
fanatik (orang yg) keterlaluan pd sesuatu pegangan atau pendirian
(biasanya berkaitan dgn keagamaan): Hj. Samad sangat ~ dlm hal
agama;
kefanatikan perihal fanatik: seniman pernah ditindas dan
dipatahkan oleh hukum, ideologi, dan ~ manusia.
fanatisisme keyakinan (kepercayaan) yg amat kuat terhadap sesuatu.
fani Ar, sl dapat musnah (rosak, mati);  fana.
fantasi 1. imaginasi yg tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan,
khayalan: utk dapat mencipta cerita yg baik, diperlukan ~; 2.
ciptaan imaginasi yg tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau
semata-mata dibayangkan: pd kesimpulannya, semua drama adalah
~; 3. sesuatu yg dibuat (dipakai) utk perhiasan (bukan utk kegunaan
sebenarnya);
sapu tangan ~ sapu tangan utk perhiasan; saku ~ saku yg tidak
digunakan (hanya utk perhiasan sahaja);
berfantasi berkhayal, berangan-angan;
memfantasikan mengkhayalkan,mengangan-angankan.
fantastik 1. penuh fantasi, bukan kenyataan atau alam nyata: tidak
ketinggalan juga unsur ~, satira, simbolik, dan alegori; drama
sejarah, drama masyarakat, drama ~ dan berbagai-bagai lagi; 2.
bagus sekali, hebat sekali, sangat mengagumkan.
FAO kep Food and Agricultural Organisation (Pertubuhan Makanan dan
Pertanian).
faqih Ar orang yg ahli dlm ilmu fiqah atau bidang-bidang lain yg diiktiraf
dlm pengajian Islam: seorang ulama adalah seorang ~.
farad (Fiz) SI unit bagi kapasiti arus elektrik.
faraid Ar; hukum (ilmu) ~ hukum (ilmu) berkenaan dgn pembahagian
pusaka (dlm agama Islam).
faraj Ar kemaluan perempuan.
faraq Ar perbezaan, kelainan; jauh ~ jauh bezanya; fariq.
fardu Ar kewajiban yg dituntut (ditentukan) oleh agama;
~ ain fardu bagi orang perseorangan (iaitu yg wajib bagi tiap-tiap
orang Islam, spt sembahyang lima waktu, puasa, dll); ~ kifayah
tuntutan bersama bagi orang Islam, yg apabila dilaksanakan oleh
seseorang antara mereka, yg lain bebas drpd tanggungjawab itu, mis
mengebumikan mayat;
memfardukan menjadikan fardu, mewajibkan: sesungguhnya
Allah SWT telah ~ ibadat puasa pd bulan Ramadan, bukan pd
bulan-bulan lain.
faringitis (Ubat) radang pd farinks.
farinks (Bio) bahagian salur makanan yg terletak di antara mulut dan
esofagus.
fariq Ar berbeza, berlainan, terpisah; faraq.
Farisi penganut aliran agama Yahudi zaman dahulu.
farmakologi sains atau kajian tentang ubat-ubatan, termasuk sifat,
tindakan, dan kegunaannya.
farmakopeia (farmakopéia) buku yg mengandungi senarai ubat, disertai
dgn maklumat tentang kegunaan, kaedah penyediaan, dos, dan
formula setiap ubat yg disenaraikan.
farmaseutikal (farmaséutikal) berkaitan dgn ubat-ubatan atau farmasi:
industri ~.
farmasi 1. kemahiran dan kegiatan (kerja) membancuh dan menyediakan
ubat-ubatan; ahli ~ orang yg terlatih dlm bidang farmakologi,
juruubat; 2. tempat ubat dan bahan-bahan perubatan diberikan,
dispensari.
farsakh Ar, sl ukuran panjang yg sama dgn 3 batu atau 4.8 kilometer.
Farsi sl Persia, Iran; Parsi II.
fasa peringkat atau tahap dlm rangkaian sesuatu perkembangan (gerakan,
kegiatan, kemajuan, dll): projek tersebut dilaksanakan dlm dua ~,
dan ~ pertama dimulakan pd tahun 1984.
fasad Ar kerosakan, kebinasaan, keburukan.
fasakh Ar 1. pembatalan nikah apabila puncanya disedari akibat tidak
sahihnya nikah (spt perkahwinan adik-beradik seibu sebapa); 2.
pembatalan nikah menurut keputusan kadi kerana sebab tertentu
(spt suami gila, lemah tenaga batin, dsb) atas aduan isteri;
memfasakhkan membatalkan atau membubarkan ikatan
perkahwinan (oleh mahkamah atau kadi): seseorang isteri boleh
memohon perintah Mahkamah Syariah supaya ~ perkahwinan
mereka jika ada sebab-sebab yg diharuskan oleh syarak.
fasal Ar 1. bahagian drpd bab seksyen tertentu dlm dokumen undangundang:
bab yg pertama terdiri drpd lima belas ~; pd ~ 18 perkara
(9), tiada ditentukan bahawa setiap ahli boleh dipilih menjadi
ketua; 2. pokok percakapan, tajuk perbincangan, hal, perkara: yg
dibincangkan itu ~ yg tidak penting; apalah kakanda gaduhkan ~
itu; 3. bkn hal, mengenai, perihal: ~ itu, serahkan saja pd aku; 4.
kerana, sebab: terkenalnya nama Raden Awang bukan ~ kuat;
~ timbang tara (Udg) fasal yg dibuat dlm perjanjian utk
membolehkan pihak yg terlibat merujuk kpd penyelesaian timbang
tara.
faset (fasét) 1. permukaan yg diasah rata (pd permata atau kaca); 2. segi,
sudut (drpd sesuatu perkara).
fasid Ar 1. rosak, binasa; 2. batil (tidak sah): walaupun kandungan itu
hasil drpd nikah ~.
fasih 1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~
lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata;
2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu bahasa
lain), petah: ~ berbahasa Perancis;
memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm
sesuatu bahasa), memetahkan;
kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa
Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata.
fasik  fasiq.
fasilitator orang yg membimbing (memandu) sesuatu program
pembelajaran dan pengajaran: guru harus berperanan sbg ~ supaya
pelajar dapat dipimpin utk menghasilkan sesebuah karangan yg
baik.
fasilitet (fasilitét) IB kemudahan (utk mengerjakan sesuatu dll).
fasiq Ar 1. tidak mempedulikan perintah Allah: golongan yg ~; 2. berdosa
besar, buruk (jahat) perangai: jangan gila hendak membuat kerja yg
~ itu; 3. orang yg berdosa besar (buruk kelakuan, jahat);
memfasiqkan menganggap (mengira, mengatakan, dll) fasiq;
kefasiqan perihal fasiq, kejahatan, kegilaan: hijrah drpd
kemiskinan, kemungkaran, dan ~ kpd ketaatan, kemakrufan, dan
kesolehan.
fasis penganut faham nasional yg didasarkan pd pemerintahan yg
bertindak atas kekuasaan drpd hak-hak demokratik.
fasisme sistem (pandangan) politik puak pelampau yg berhaluan kanan yg
bersifat diktator (spt yg kelihatan di Itali buat pertama kali antara
1922 hingga 1943).
fatal IB celaka, untung malang (kemalangan) yg tidak dapat dielakkan.
fatalis orang yg berserah atau bergantung sepenuhnya pd nasib.
fatalisme kepercayaan bahawa perjalanan hidup manusia itu ditentukan
oleh nasib dan di luar kawalan manusia: kejujuran Moleire
terhadap pembetulan masyarakat Perancis ialah dgn membetulkan
~ dan anarkisme yg terdapat dlm masyarakat.
fatalistik cenderung, percaya atau berpegang kpd nasib: sbg khalifah
Allah, masyarakat Islam tidak boleh bersikap ~, sebaliknya harus
aktif, dinamik, kreatif dan produktif.
fatamorgana 1. sesuatu yg bersifat khayalan 2. sj logamaya.
fatan Ar cerdik, pandai.
fatanah Ar bijaksana (salah satu sifat Rasulullah SAW yg wajib
dipercayai).
fathah (fat.hah) Ar tanda bacaan huruf Arab yg menandakan bunyi /a/,
baris di atas.
fatimah; akar (kacip, kunci, selusuh) ~ sj tumbuhan (pokok), pokok
pinggang, tadah matahari, Labisia pothoina; pokok ~ sj tumbuhan
(pokok), akar seru malam, bawal hutan, Phyllagathis rotundifolia.
fatir Ar ark tidak beragi (roti).
fatom unit utk mengukur kedalaman sesuatu (spt laut, lombong dsb) yg
bersamaan dgn 1.83 meter (atau 6 kaki).
Fattah Ar; ya ~ alkulub ya Pembuka segala hati (Allah).
fatwa Ar keputusan tentang sesuatu hukum agama (yg belum pernah
diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber
hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yg berwenang
tentang keputusan hukum syarak);
berfatwa memberikan (mengeluarkan) fatwa: pemimpin yg jahil
itupun ~lah dgn tiada berilmu pengetahuan;
memfatwakan memberikan fatwa.
faul 1. perbuatan, tindakan dsb yg melanggar sesuatu peraturan dlm
permainan atau sukan: setiap ~ yg dilakukan oleh pemain akan
dicatatkan oleh pengadil; pemain itu telah melakukan banyak ~; 2.
batal kerana tidak mematuhi peraturan dlm permainan atau sukan
(bkn pukulan, dll); pukulan ~ pukulan yg menyalahi peraturan sukan
atau permainan spt badminton, tae kwan do dsb.
fauna (Bio) seluruh binatang yg hidup di sesuatu daerah tertentu: hutan
lembap tropika mengandungi setengah drpd hidupan liar, flora,
dan ~ di dunia ini.
faundri (Kej) tempat logam atau kaca dileburkan dan dijadikan benda yg
mempunyai bentuk tertentu: ~ besi.
FBI kep Federal Bureau of Investigation (sebuah agensi pengadilan di
Amerika Syarikat yg bertanggungjawab dgn penyiasatan kes
jenayah).
Fe simbol kimia bagi ferum.
Feb kep Februari.
Februari (fébruari) bulan kedua dlm tahun Masihi yg biasanya
mengandungi 28 hari (dlm tahun lompat ada 29 hari).
federal (féderal) IB yg bersekutu (negeri-negeri dll);
kaum ~ orang yg menganut (menghendaki) faham negara yg
berbentuk persekutuan; negara ~ negara yg dibentuk drpd negerinegeri
yg bersekutu.
federasi (féderasi) IB 1. gabungan badan-badan perhimpunan; 2.
persekutuan (negeri-negeri).
FELCRA (félcra) akronim bagi Federal Land Consolidation and
Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Persekutuan).
FELDA (félda) akronim bagi Federal Land Development Authority
(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan).
feldspar (féldspar) batu berhablur yg berwarna putih atau merah.
feloni (féloni) (Udg) jenayah yg sangat berat di sisi undang-undang, spt
membunuh, merogol, merompak dsb.
felt (félt) sj fabrik yg agak tebal dan kuat, diperbuat drpd bulu biri-biri dsb
yg dimampatkan.
feminin (féminin) 1. berkaitan dgn ciri-ciri wanita atau kewanitaan: tugastugas
seumpama itu amat sesuai dgn sifat mereka yg lemah lembut
dan ~; 2. (Lin) berkaitan dgn kata yg memiliki ciri yg dikaitkan dgn
keperempuanan.
feminis (féminis) penyokong feminisme.
feminisme (féminisme) gerakan atau faham yg menuntut persamaan hak
wanita spt yg dinikmati oleh kaum lelaki.
femur (fémur) (Bio) tulang yg paling panjang dan paling besar di dlm
tubuh, yg bersendi dgn lutut di bawah dan pelvis di atas, tulang
paha.
feng syui (feng sui) seni (dlm tradisi masyarakat Cina) menentukan
kedudukan dan reka bentuk sesebuah kubur, bilik, bangunan dsb
agar dapat membawa tuah kpd penghuninya dsb: sbg seorang yg
pakar dlm bidang ~, perkara pertama yg dilakukannya adalah
meninjau persekitaran luar dan dalam hotel tersebut; mengikut
amalan ~, pintu masuk apa-apa bangunan pun tidak elok
menghadap ke hospital.
fenobarbiton (fénobarbiton) (Ubat) sj ubat penenang yg digunakan utk
merawat epilepsi dan penyakit sukar tidur.
fenol (fénol) (Kim) 1. kumpulan sebatian organik aromatik yg mempunyai
satu atau lebih kumpulan hidroksil; 2. sebatian organik aromatik,
berbentuk hablur putih, dan digunakan utk membuat minyak wangi,
pencelup, dll.
fenologi (fénologi) kajian tentang sesuatu fenomena pd organisma
berhubung dgn faktor iklim dan faktor lain, mis perpindahan burung
disebabkan oleh faktor iklim, dan pembungaan yg berlaku pd masa
tertentu dlm setahun atau sehari.
fenomena (fénoména) 1. sesuatu kenyataan atau kejadian yg dapat
diperhatikan: ~ alam semula jadi; ~ sejarah; 2. sesuatu kenyataan
atau kejadian yg dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik.
fenomenon (fénoménon) fenomena.
fenotip (fénotip) ciri yg kelihatan pd sesuatu organisma, yg terhasil drpd
saling tindakan antara gen organisma dgn sekitaran.
feret (férét) sj binatang kecil seakan-akan memerang yg dipelihara utk
membunuh tikus, menghalau arnab dsb.
feri (féri) sj bot atau kapal utk mengangkut penumpang, kenderaan, dll
menyeberangi sungai, selat, dsb.
fermentasi (ferméntasi) penapaian: gas yg dikeluarkan akibat tindak
balas ~ .
fermi (Fiz) unit ukuran panjang yg bersamaan dgn 10-15meter, digunakan
utk mengukur jarak (dlm bidang fizik nuklear atau fizik atom).
feromon (féromon) (Bio) bahan spt hormon yg dirembeskan oleh haiwan
tertentu, yg mempengaruhi kelakuan haiwan lain dlm spesies yg
sama.
ferum (férum) (Kim) unsur logam yg digunakan utk membuat keluli, besi.
ferus (férus) (Kim) berkaitan dgn atau mengandungi besi: ~ oksida.
festival (féstival) 1. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll)
secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tujuan yg
tersendiri, pesta: F~ Filem Malaysia ke-11; 2. perayaan keagamaan
(kebudayaan dsb) sesuatu kaum sempena menyambut sesuatu
peristiwa dsb, pesta: F~ Kuih Bulan.
fesyen (fésyen) gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku, dll, (terutamanya yg
terbaru) yg menjadi kegemaran ramai: berbagai-bagai ~ rambut
dapat kita lihat hari ini;
berfesyen menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dlm cara
berpakaian dll): spt gadis-gadis lain, Rosnani gemar ~;
memfesyenkan membuat atau membentuk mengikut fesyen: jangan
sekali ~ rambut yg tidak sesuai dgn raut wajah, umur, atau tempat.
fetisy (fétisy) (Psi) 1. objek yg sangat merangsang keinginan atau
keghairahan nafsu syahwat seseorang; 2. sesuatu, mis gambar
seseorang yg dipuja, dan barang tertentu, yg boleh menimbulkan
kegilaan atau perasaan yg tidak rasional pd seseorang.
fetisyisme (fétisyisme) (Psi) 1. kesukaan atau kegemaran yg sangat kuat
terhadap sesuatu objek atau aktiviti yg dapat merangsang
keghairahan nafsu syahwat; 2. pemujaan sesuatu objek spt kasut,
baju dan rambut, yg melambangkan seseorang yg dikasihi.
fetor (fétor), fetur (fétur) (Portugis) sl kepala perwakilan syarikat
perdagangan, orang yg ketiga drpd perwakilan syarikat
perdagangan.
fetus (fétus) (Bio) anak haiwan viviparus (haiwan yg melahirkan anak) yg
belum dilahirkan, iaitu selepas peringkat embrio (pd manusia anak
itu berumur antara tujuh minggu selepas persenyawaan sehingga
saat kelahiran).
feudal (féudal) berasaskan (bersifat, berkaitan dgn) feudalisme;
kefeudalan keadaan feudalisme: sifat ~ Tikus Rahmat semalam
jelas semasa dia menjadi pemimpin.
feudalisme (féudalisme) 1. sistem kemasyarakatan yg dikuasai oleh kaum
bangsawan; 2. sistem pembahagian tanah kpd kaum bangsawan di
Eropah pd zaman dahulu (dgn kaum petani yg mengusahakan tanah
diwajibkan memberikan khidmat kpd kaum bangsawan yg menjadi
tuan punya tanah).
feudalistik (féudalistik) berasaskan (bercorak, bersifat) feudalisme,
feudal: unsur-unsur budaya ~ harus ditinggalkan, termasuk
pendewaan seseorang tokoh.
fi (Udg) bayaran yg dikenakan bagi sesuatu perkhidmatan atau nasihat
profesional, spt khidmat guaman, perancangan dsb.
fi (fai) huruf ke-21 abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
fibril (Bio) 1. struktur bebenang halus yg terdapat pd gentian otot; 2.
serabut akar yg paling halus.
fibrin (Bio) protein tak larut yg terbentuk drpd fibrinogen semasa
penggumpalan darah.
fibrinogen (Bio) sj protein globulin yg larut di dlm darah, bertukar
menjadi fibrin semasa proses penggumpalan darah oleh tindakan
enzim trombin.
fibroid sj ketumbuhan yg tidak mengakibatkan barah (benigna).
fibrosis (Ubat) pembentukan tisu berserat pd sesuatu struktur atau organ
akibat kecederaan, inflamasi dsb.
fibula (Bio) tulang betis yg terletak di sebelah luar (tulang) tibia.
FIDA akronim bagi Federal Industrial Development Authority (Lembaga
Pembangunan Perindustrian Persekutuan).
fidah Ar sl perak.
fidyah 1. denda sebab tidak mengerjakan sesuatu fardu: ~ utk puasa; 2.
denda atau ganti rugi yg mesti dibayar kerana melukai atau
membunuh orang, diat.
fidzah Ar  fidah.
FIFA akronim bagi Federation of International Football Associations
(Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).
figura perwakilan (representasi) (terutamanya bentuk manusia) dlm
lukisan atau ukiran: ini dilambangkan oleh ~ yg bersendirian
pulang, memikul sebuah bakul.
figuratif menunjukkan makna (perkataan, rangkai kata, dsb) yg lebih
abstrak atau imaginatif drpd makna biasanya, bersifat kiasan atau
lambang: sejauh mana keberhasilan seseorang penulis skrip itu
mengolah dialognya sbg bahasa kreatif yg sifatnya imaginatif, dan
~.
fiil Ar 1. perbuatan, kerja; kata ~ ark perbuatan; 2. kelakuan, perangai:
Sultan Mahmud terlalu baik ~nya.
fikir 1. ingatan, angan-angan, akal: ~ itu pelita hati; daya ~ daya atau
keupayaan (utk) berfikir; ~ sebelit = kurang ~ tidak ingat-ingat
(dipertimbangkan baik-baik); tak habis ~ tidak mengerti (hujung
pangkalnya maka jadi begitu); ahli ~ ahli falsafah; 2. anggapan,
pendapat, sangka, kira: pd ~nya, tidak akan kita datang; ~ku
sangkaku, pd sangkaanku;
berfikir menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb),
mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih
berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang
mempertimbangkan baik-baik;
berfikir-fikir berfikir dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor
dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian
dsb: Mastura mencoret sesuatu di kertas sambil ~ siapa tokoh
agama yg harus dihubunginya;
berfikirkan berfikir mengenai sesuatu;
memikir 1. berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung
sesuatu: ia kelihatan mengerutkan kening seolah-olah ~ sesuatu; 2.
menyangka, menganggap: apa yg kau fikir tidak aku tahu
persoalannya;
memikiri memikir;
memikirkan 1. menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu),
merenungkan, mempertimbangkan (dlm fikiran): Mariam berjanji
akan ~ pinangan orang itu; mereka yg bertanggungjawab tentang
soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini; 2.
mengenangkan: aku banyak ~ masa depanku; 3. mengendahkan,
mempedulikan, memandang penting: kalau jadi ia berkahwin dgn
gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang;
memikir-mikirkan memikirkan sesuatu perkara dgn mengambil
kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan
sesuatu jawaban, kepastian dsb: sedang aku ~ penyelesaian
masalah itu, timbul pula satu lagi masalah lain;
terfikir teringat, termasuk akal, tersangka: tidak ~ pd diriku
kejadian spt ini akan menimpanya;
fikiran 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang
(panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2.
hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu
bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu;
mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan:
tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit
~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian;
sefikiran sependapat, sefaham;
berfikiran mempunyai fikiran (akal dll);
pemikiran perihal berfikir (memikir): bahasa Melayu sejak lama
telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu; ~
lateral cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya
imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran
yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg
kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi
berkesan;
pemikir orang yg berfikir, ahli fikir.
fikologi cabang botani yg berkaitan dgn kajian tentang alga.
fikrah Ar daya berfikir, pemikiran: hubungan ~nya dgn realiti sejarah
sosial dan politik.
fiksyen 1. karya sastera yg dicipta drpd imaginasi spt novel dan cerita
pendek, cereka; 2. cerita yg diada-adakan;
memfiksyenkan menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi.
filamen 1. tangkai stamen yg mempunyai cepu debunga; 2. dawai halus
(biasanya tungsten) dlm mentol lampu elektrik.
filantropi rasa kasih sayang terhadap manusia, kedermawanan.
filaria (Ubat) sj cacing parasit drpd famili Filariidae yg hidup di dlm darah
dan tisu haiwan vertebrat yg mengakibatkan penyakit filariasis,
biasanya disebarkan oleh serangga tertentu spt nyamuk dsb.
filariasis (Ubat) sj penyakit yg menjejaskan sistem limfa akibat serangan
cacing filaria.
filateli kegemaran mengumpul dan mengkaji setem (pos).
filem 1. benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk
membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd
layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu
berbicara tentang cerita ~;
~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya
berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu
wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi
hanya beraksi; ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar
tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dsb) tertentu; ~ lucah
filem yg banyak menayangkan adegan seks;
memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem:
syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee;
perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar):
perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~.
filet (filé) potongan atau kepingan isi ikan, atau daging (lembu, ayam dsb)
yg tidak bertulang: ~ ikan.
filharmonik berkaitan dgn persembahan, penghayatan dsb orkestra,
muzik dsb: dewan ~; orkestra ~.
fil marsyal pegawai yg berpangkat tertinggi dlm angkatan tentera British
dan beberapa angkatan tentera negara lain.
filogeni (filogéni) (Lin) kajian tentang sejarah dan perkembangan bahasa
berdasarkan beberapa tahap.
filologi 1. kajian ke atas bahan-bahan bertulis (biasanya karya sastera) dan
penentuan kebenaran atau ketulenan (keaslian) bentuknya dan
maknanya; 2. istilah lama bagi linguistik sejarah dan perbandingan,
terutamanya yg berdasarkan bahan tulisan dan kesusasteraan.
filsafat  falsafah.
filsuf ahli fikir, ahli falsafah.
filum (Bio) kategori utama dlm pengelasan haiwan dan tumbuhan.
FIMA akronim bagi Food Industries of Malaysia (Industri Makanan
Malaysia).
finale (finalé) bahagian terakhir sesebuah lagu, muzik, lakonan dsb.
finalis bp peserta dlm peringkat akhir sesuatu pertandingan, peserta akhir:
dlm acara perseorangan lelaki, bekas juara dan ~ 1997 tersungkur
awal.
finansul IB bp perihal wang.
fiord (Geog) teluk yg kecil, sempit dan panjang serta bertebing tinggi.
fiqah Ar = ilmu ~ pengetahuan tentang hukum dlm agama Islam.
fir sj pokok tirus yg daunnya spt jarum, Abies spp.
firajullah Ar hiburan Allah.
firasat 1. = ilmu ~ pengetahuan mengenai tanda-tanda pd muka (badan
dll) utk mengetahui kelakuan atau nasib orang: maka diketahui oleh
sultan dgn ilmu ~ baginda bahawa budak itu keturunan raja-raja;
2. perasaan hati bahawa akan terjadi sesuatu sesudah melihat tanda
tertentu: saya mendapat ~ bahawa ia akan mendapat kemalangan;
3. tanda-tanda pd muka (badan dll) yg dapat menggambarkan
kelakuan orang: menurut ~nya, ia orang yg tinggi hati;
berfirasat 1. berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu
yg ada: aku ~ bahawa dia akan dikenakan oleh ibu mentuanya; 2.
meramal atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan
tanda tertentu yg ada: kawan pasangannya harus pandai ~.
firaun raja Mesir (pd zaman purbakala).
firdaus 1. syurga kedua; 2. taman kesenangan (tempat Adam dan Hawa).
firdausi sl spt taman firdaus (sangat indah).
firma syarikat perniagaan atau perusahaan.
firman amaran, kata perintah (terutamanya Tuhan): ~ Allah kita ingatkan;
berfirman bersabda, bertitah memberi amaran: Tuhan telah ~
“Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku istijabkan.”;
difirmankan diberi amaran, disabdakan, dititahkan.
firus = batu ~ sj batu permata yg warnanya kebiru-biruan.
fisiognomi 1. roman muka yg dapat menggambarkan kelakuan atau
keperibadian seseorang; 2. seni menilai kelakuan atau keperibadian
seseorang drpd roman mukanya.
fisiologi 1. cabang ilmu sains bkn fungsi organisma; 2. proses dan fungsi
keseluruhan atau sebahagian drpd sesuatu organisma: perlu juga
disebutkan tentang kajian beliau berkenaan dgn ~ mata dan
masalah pelihatan.
fisioterapi (fisiotérapi) rawatan terhadap seseorang yg mengalami
kelumpuhan atau gangguan saraf (otot) secara senaman, urut, atau
dgn menggunakan cahaya, haba, dll.
fiskal 1. pegawai kehakiman (lebih rendah drpd jaksa); 2. bkn kewangan
atau hasil pendapatan kerajaan (spt cukai dll).
fitnah tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk
memburukkan atau membencanakan seseorang dll: ia bercerai
kerana ~ orang;
memfitnah, memfitnahkan membuat fitnah terhadap, mengadaadakan
sesuatu utk memburuk-burukkan atau membencanakan
sesuatu pihak: wartawan itu bertanggungjawab terhadap berita yg
~ dan memburukkan kerajaan;
fitnah-memfitnah saling memfitnah: ~ dlm masyarakat yg akan
membawa kpd porak-peranda;
pemfitnahan perihal atau perbuatan memfitnah;
pemfitnah orang (pihak) yg membuat fitnah: orang yg mengaku
beragama Islam boleh diperangi kalau mereka menjadi ~, munafik
dan zindik kerana mereka telah menentang Islam sendiri.
fito- awalan asing berkaitan dgn atau menunjukkan tumbuhan, mis
fitopatologi dan fitogenesis.
fitoekologi (fitoékologi) cabang ekologi yg berkaitan dgn hubungan antara
tumbuh-tumbuhan dgn persekitarannya.
fitogenesis (fitogénésis) cabang botani yg berkaitan dgn asal usul dan
evolusi tumbuh-tumbuhan.
fitogeografi (fitogéografi) kajian tentang taburan tumbuh-tumbuhan dr
segi geografi.
fitokimia cabang kimia yg berkaitan dgn tumbuhan-tumbuhan,
termasuklah komposisi dan proses kimianya.
fitopatologi kajian tentang penyakit tumbuh-tumbuhan.
fitososiologi kajian tentang komuniti tumbuh-tumbuhan, termasuk asal
usul dan perkembangannya.
fitotoksin (Bio) 1. toksin yg diperoleh drpd tumbuhan; 2. bahan yg boleh
merosakkan atau memudaratkan tumbuhan, terutamanya yg
dihasilkan oleh parasit.
fitrah I = zakat ~ Ar zakat (berupa beras, wang, dll) yg diwajibkan ke
atas setiap umat Islam menyumbangkannya dlm bulan puasa
(sebelum 1 Syawal);
berfitrah membayar (mengeluarkan) fitrah;
memfitrahkan mengeluarkan fitrah utk.
fitrah II, fitrat Ar 1. tabii, bakat, pembawaan: memang ~ manusia untuk
berkasih sayang antara satu sama lain, terutamanya pd ahli
keluarga sendiri; 2. perasaan keagamaan.
fitratullah Ar kejadian yg termeterai dlm ketetapan Allah.
fitri (yg) berkaitan dgn fitrah.
fitur ciri (bentuk, sifat) yg tertentu: kita tidak peka kpd ~ alam kebendaan
ini.
fius 1. peranti utk menyekat arus elektrik yg mengalir melalui sesuatu litar
apabila arus melebihi nilai tertentu; 2. peranti mekanikal atau
elektronik utk mencetuskan sesuatu letupan.
fiuslaj (Kej) badan kapal terbang, roket, peluru berpandu dsb .
fizik cabang ilmu sains yg mengkaji sifat-sifat jirim dan tenaga (spt haba,
cahaya, bunyi, graviti, magnetisme) dan perkaitan antara semua
unsur ini.
fizikal 1. bkn badan, jasmani: latihan ~; 2. bkn kebendaan atau keadaan
alam semula jadi: geografi ~.
flaks tumbuhan herba atau pokok renik drpd genus Linum yg ditanam utk
mendapatkan biji dan gentiannya yg dijadikan benang dan ditenun
menjadi kain linen.
flamingo sj burung tropika drpd famili Phoenicopteridae, berkaki kurus
panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah
jambu, biasanya hidup di kawasan berair.
flanel (pakaian drpd) kain bulu yg ringan dan lembut: aku memakai ~
putih dan pergi ke tamannya.
flanelet (flanélét) (Tks) kain flanel tiruan yg diperbuat drpd kapas.
flebitis (flébitis) (Ubat) radang pd vena.
fleksi (fléksi) (Lin) 1. perubahan bentuk kata mengikut perbezaan waktu,
jantina, jumlah, dsb, spt yg berlaku pd bahasa Inggeris (mis try dan
tried); 2. (proses) penambahan imbuhan pd kata akar atau dasar.
fleksibel (fléksibel) 1. boleh diubah atau disesuaikan (dgn mudah): ini
merupakan suatu proses yg ~; 2. mudah berubah (sikap, keputusan,
dll) mengikut keadaan baru dll, luwes: pemimpin yg baik haruslah
mempunyai nilai yg ~ dlm dirinya, iaitu sanggup menyesuaikan
diri dgn perubahan keadaan.
kefleksibelan keadaan fleksibel, keluwesan.
fleksibiliti (fléksibiliti) perihal (keadaan atau sifat) fleksibel,
kefleksibelan: keadaan itu bukan sahaja menggambarkan
ketiadaan ~ dlm pelaksanaan projek.
flo (Geog) kepingan ais yg berapung di permukaan laut dsb.
floem (Bio) tisu tumbuhan yg berfungsi mengangkut makanan yg
dihasilkan oleh tumbuhan.
flora (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yg terdapat di sesuatu daerah
atau pd sesuatu masa.
floret (florét) sj pedang penusuk yg dipakai dlm permainan anggar.
florin bekas wang logam Inggeris yg bernilai dua syiling.
flos sj benang yg berlilin utk membersihkan celah-celah gigi: ~ gigi.
flotila 1. kumpulan kecil kapal; 2. kumpulan kapal yg terdiri drpd kapal yg
kecil, terutamanya kapal perang.
flu bp kep influenza, demam selesema.
fluorida (Kim) sebatian yg mengandungi fluorin dgn unsur lain
(dicampurkan dgn ubat gigi untuk mencegah karies gigi);
pemfluoridaan proses memasukkan fluorida (ke dlm bekalan air
dll).
fluorin (Kim) gas berwarna kuning pucat, yg menyerupai klorin, berbau
sengit, dan beracun.
flut sj seruling yg diperbuat drpd logam, kayu, dsb dlm bentuk tiub
panjang dan berlubang-lubang di tepinya.
FMC kep Federation of Malaya Certificate of Education (Sijil Pelajaran
Persekutuan).
fobia ketakutan yg amat sangat akan sesuatu.
fokus 1. (Fiz) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau
tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan; 2.
tumpuan (perhatian, perbincangan, dsb): ada parti politik dan
persatuan yg cuba memberi ~ kpd masalah ini;
berfokus berpusat, tertumpu: bahasa yg kompleks yg kelihatan ~
pd isu atau tema semasa;
memfokuskan 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu
pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu
bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian
belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd,
menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~
saat-saat terakhir pemberontakannya;
terfokus terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu:
mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di
genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan
sumber;
pemfokusan perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini
ditinggalkan kpd para pengkritik.
folikel (folikél) I kantung kecil (rongga) yg sempit pd tubuh yg
mempunyai fungsi perkumuhan, perkembangan, atau perlindungan:
~ rambut.
folikel (folikél) II buah kering berbiji banyak yg pecah pd satu sisi bijinya
utk melepaskan biji.
folio (Cetak) 1. sukatan besar buku (satu lembar kertas cetak yg dilipat
dua sehingga mempunyai empat muka); 2. lembar yg terdiri drpd
muka kiri dan kanan yg mempunyai satu nombor; 3. nombor
halaman yg tercetak.
FOMCA akronim bagi The Federation of Malaysian Consumer
Association (Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia).
fomen (fomén) pekerja kanan yg mengawasi pekerja-pekerja lain, mandur.
fomes sj cendawan.
fon I kumpulan rupa bentuk set aksara yg terdiri drpd huruf pelbagai rupa
dan saiz yg boleh dicetak atau dipaparkan.
fon II; ~ telinga a) alat yg dilekapkan pd sebelah atau kedua-dua belah
telinga utk mendengar lagu, muzik dsb; b) peranti (dgn satu
penerima) yg diselitkan pd telinga utk membantu pendengaran.
fonem (foném) (Lin) unit bunyi yg terkecil yg boleh membezakan makna
kata.
fonemik (fonémik) (Lin) 1. bkn fonem. 2. kajian linguistik tentang fonem.
fonetik (fonétik) ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan
kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya.
fonik (Lin) kaedah mengajar membaca dgn melatih pelajar
menghubungkaitkan bunyi tertentu dgn lambang tertentu.
fonografi sistem tulisan yg mewakili bunyi berdasarkan simbol tertentu.
fonologi (Lin) kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa: kata-kata
drpd bahasa asing hendaklah disesuaikan dgn sistem ~ Melayu.
fonometrik (fonométrik) (Lin) analisis dan huraian bahasa lisan yg
berdasarkan kaedah fonologi, fonetik dan statistik.
fonostilistik (Lin) cabang stilistik yg berkaitan dgn penyelidikan fungsi
pengungkapan bunyi, mis penggunaan onomatopeia dlm puisi.
fonotaktik (Lin) kajian dan sistem penyusunan fonem dlm urutan bagi
sesuatu bahasa.
Foochow suku kaum Cina yg berasal dr daerah Foochow dan Fukien,
China dan tinggal di merata tempat di dunia.
forensik (forénsik) bkn pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm
pengadilan (mis, utk menentukan punca sesuatu kematian).
formal menurut peraturan (bentuk, ciri-ciri, cara, dsb) tertentu (yg sudah
diterima atau yg dianggap wajar dsb), menurut aturan, menurut adat
kebiasaan, rasmi: berpakaian ~; mengajar nahu secara ~;
memformalkan menjadikan formal;
keformalan perihal (keadaan, sifat dsb) formal: laras ialah
penggunaan bahasa yg ditentukan oleh beberapa faktor sosial,
antaranya ialah taraf ~ situasi sewaktu bahasa digunakan;
pemformalan perbuatan (proses) memformalkan sesuatu.
formaldehid (Kim) gas beracun, tidak berwarna, berbau sengit, digunakan
sbg pengawet dlm sintesis kimia dan dlm pembuatan resin sintetik.
formalin (Kim) larutan berair yg terdiri drpd 37% - 50% formaldehid, yg
digunakan sbg bahan pengawet: bau ~ yg tengik itu tidak lagi
mengganggu deria kelompok yg sedang membongkok rapat ke
abdomen mayat tersebut.
formalis individu atau golongan yg patuh kpd ketentuan (peraturan dll) yg
ditetapkan.
formalisme kepatuhan (sifat patuh) kpd ketentuan dan peraturan yg
ditetapkan.
formalistik terlalu berpegang kpd bentuk (ketentuan dsb) yg telah
ditetapkan: pendekatan ~; tinjauan ~ .
formaliti tindakan (langkah dsb) yg perlu dipatuhi mengikut peraturan
(kelaziman) yg telah ditetapkan: borang permohonan itu hendaklah
diserahkan kpd majikan sbg suatu ~ bagi setiap pemohon
pekerjaan baru.
formasi susunan (sekumpulan orang atau benda) dgn bentuk tertentu
sambil melakukan pergerakan: selepas itu diperkenalkan pula ~ 4-
4-2 serta 3-3-4, sistem piramid dsb; ~ penerbangan corak atau
pola penerbangan yg terbentuk oleh dua buah pesawat udara atau
lebih yg terbang bersama-sama, biasanya dilakukan sbg pertunjukan
dsb.
format 1. bentuk dan rupa serta ukuran (saiz) tertentu sesebuah naskhah
yg dicetak; 2. gaya atau susunan sesuatu rancangan penerbitan (mis
siri TV) yg dipersembahkan;
memformatkan menyediakan (mengatur dsb) mengikut sesuatu
format: teks juga boleh diformatkan supaya lebih tersusun;
pemformatan perihal (proses, perbuatan dsb) memformatkan: para
penterjemah banyak menghabiskan masa membuat kerja
penyuntingan, ~ dokumen, dan kerja yg berkaitan dgn leksikografi.
formatif yg berpengaruh utk membentuk sesuatu (tabiat, budi pekerti, dll):
pertuturan orang dewasa mempunyai fungsi ~ yg penting dlm
memperkembang proses mental kanak-kanak.
formatir IB pembentuk (kabinet dll).
formika lapisan penggilap perabot kayu, spt bahagian atas meja tulis, yg
dibuat drpd bahan plastik (dgn corak yg berwarna-warni).
formula 1. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan
angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis formula
utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, rumus; 2.
(Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm
bentuk simbol, rumus; 3. kaedah (cara, tindakan, rancangan dsb)
utk mencapai sesuatu hasil (kejayaan dsb) atau menyelesaikan
sesuatu masalah dsb dgn sebaik-baiknya: negara-negara anggota
berbincang utk mencari ~ paling mujarab utk menyelesaikan
masalah ekonomi yg sedang mencengkam dunia; saya tidak ada ~
tertentu utk mencapai matlamat ini; 4. senarai bahan, arahan dsb
dlm menghasilkan sesuatu ubat dsb; 5. pengelasan atau perlumbaan
kereta lumba berdasarkan kapasiti enjin, saiz enjin dsb: F~ Satu; F~
Tiga; F~ 2000;
~ am (Kim) formula yg melambangkan kumpulan sebatian organik
secara umum, dgn menggunakan lambang sbg ganti bilangan atom
(mis alkana dilambangkan sbg CnH2n+2); ~ empirik = ~ empiris
(Kim) formula paling ringkas utk menyatakan bilangan relatif atom
yg bergabung dlm satu molekul sebatian berdasarkan berat
komposisi sebatian tersebut (mis CH bagi asetilena dan benzena); ~
kimia (Kim) perlambangan utk menyatakan binaan molekul atau
perkaitan kimia dgn menggunakan simbol-simbol; ~ molekul (Kim)
formula yg menunjukkan bilangan sebenar atom dan jenis-jenis
atom yg terdapat dlm sesuatu molekul (mis C6H6 bagi benzena dan
C2H5OH bagi etanol); F~ Satu perlumbaan kereta profesional
bertaraf dunia yg sangat berprestij; ~ struktur (Kim) formula yg
menyatakan bilangan sebenar, jenis, dan susunan atom-atom dlm
sesuatu molekul sebatian;
berformulakan berdasarkan atau mempunyai sesuatu sbg formula:
penyelesaian sesuatu masalah mestilah ~ sikap tolak ansur dan
hormat-menghormati antara pihak yg terlibat.
formulasi huraian atau penjelasan yg ringkas dan tepat, rumusan;
memformulasikan menyatakan sesuatu dgn ringkas dan tepat,
merumuskan: Manheim ~ suatu epistemologi yg bersesuaian dgn
pengetahuan.
formulir IB borang.
forseps (forséps) penyepit (spt yg digunakan oleh doktor dll).
forte (forté) (Muz) 1. kuat bunyinya (bersimbol f); 2. rangkap lagu yg
dimainkan dgn kuat.
fortepiano (fortépiano) piano jenis lama yg popular pd abad yg ke-18.
fortis (Lin) konsonan yg dihasilkan dgn otot yg tegang, mis bunyi /t/, /k/
dan /s/.
fortisimo (Muz) 1. sangat kuat bunyinya (bersimbol ff); 2. rangkap lagu
yg dimainkan dgn sangat kuat.
FORTRAN akronim bagi formula translator (penterjemah formula, iaitu
sj bahasa komputer yg kerap digunakan dlm bidang saintifik,
matematik, dan kejuruteraan yg dapat ditukarkan ke dalam bentuk
formula).
forum 1. perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg
menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan
sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk
perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum
utk perbincangan terbuka.
forwad (Suk) pemain atau kedudukan barisan penyerang (bkn permainan
bola sepak, hoki dsb).
fosfat (Kim) garam asid yg banyak mengandungi fosforus (digunakan sbg
baja).
fosfin (Kim) gas mudah terbakar, tidak berwarna, larut sedikit dlm air, dan
berbau busuk, digunakan sbg racun perosak.
fosfor (Fiz) cecair atau bahan hablur yg berpendar cahaya, dan digunakan
dlm pembuatan lampu pendar fluor, televisyen, radar, tiub sinar
katod, dll.
fosforus (Kim) unsur bukan logam yg berwarna kuning dan mudah
terbakar (kelihatan berkilat-kilat dlm gelap) yg digunakan utk
membuat racun tikus, baja, mancis, dll.
fosil tinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba
(prasejarah) yg kini mengeras dan tertanam di dlm bumi (batuan
dsb): mengenal dan menghuraikan hal purba drpd keterangan ~
dan bukti lain;
terfosil telah menjadi fosil: rangka binatang yg ~.
fotalgia (Ubat) rasa sakit yg kuat pd mata akibat pancaran cahaya.
foto 1. gambar yg diambil dgn kamera: ~ orang tuanya masih ada dlm
simpanannya; 2. Id kamera;
memfoto mengambil gambar dgn kamera.
fotofit 1. gambar seseorang, biasanya yg dikehendaki polis, yg terhasil
drpd cantuman beberapa potongan lukisan atau gambar foto yg
menggambarkan wajah orang berkenaan; 2. teknik atau kaedah
menyediakan gambar spt 1. di atas.
fotofobia perasaan takut atau tidak suka yg keterlaluan kpd cahaya
(tempat yg sangat terang dsb).
fotogenik (fotogénik) menarik (cantik, manis, sesuai dsb) dlm gambar foto
(bkn seseorang), makan gambar: dia memang sangat ~ orangnya.
fotograf gambar yg diambil dgn kamera, gambar foto.
fotografi seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan
fotograf.
fotogravur 1. proses mengecap gambar dgn menggunakan plat yg
disediakan secara kaedah fotostat. 2. cetakan yg terhasil drpd
sesuatu plat.
fotokimia cabang kimia yg berkaitan dgn interaksi tenaga sinaran dgn
proses-proses kimia.
fotokopi salinan fotografi bahan bertulis, bercetak, atau grafik;
memfotokopi menghasilkan fotokopi.
fotolisis (Bio) penguraian molekul oleh tindakan cahaya.
fotolitografi (Cetak) proses atau teknik mencetak litograf dgn
menggunakan plat yg disediakan atau dibuat secara fotografi.
fotometer (fotométer) (Fiz) alat utk mengukur keamatan cahaya.
fotometri (fotométri) (Fiz) pengukuran keamatan cahaya.
fotomikrograf gambar foto sesuatu objek yg dibesarkan dgn
menggunakan mikroskop.
fotomikrografi seni (proses) menghasilkan fotomikrograf.
fotomorfosis (Bio) perubahan struktur tumbuhan selepas terdedah pd
cahaya yg kuat.
foton (Fiz) seunit kuantum sinaran elektromagnet yg merupakan zarah yg
tidak berjisim dan yg tidak bercas.
fotopeka (fotopéka) fotosensitif.
fotosel (fotosél) peranti yg digunakan utk mengesan dan mengukur cahaya
(dan sinaran elektromagnet lain) dgn menukarkan cahaya atau
sinaran itu kpd arus elektrik.
fotosensitif (fotosénsitif) (Fiz) peka terhadap sinaran elektromagnet,
terutamanya cahaya: kertas ~.
fotosintesis (Bio) sintesis sebatian organik drpd karbon dioksida dan air
dgn menggunakan tenaga suria yg diserap oleh klorofil;
memfotosintesiskan menukarkan karbon dan air menjadi makanan
melalui proses fotosintesis.
fotostat 1. mesin yg digunakan utk membuat salinan foto bahan-bahan
bertulis (bercetak, grafik); 2. salinan yg dibuat oleh fotostat;
memfotostat membuat atau menghasilkan salinan (drpd bahan
bertaip, bercetak, dsb) dgn menggunakan fotostat: kita boleh ~
rencana yg terdapat pd sebuah majalah yg baru sahaja
diterbitkan.
fototaksis (Bio) pergerakan organisma sbg gerak balas terhadap cahaya.
fototerapi (fototérapi) (Ubat) perawatan penyakit dgn menggunakan
cahaya, mis perawatan penyakit kuning pd bayi yg baru lahir.
fototipografi (Cetak) proses pencetakan yg melibatkan penggunaan
fotografi.
fototopografi (Geog) proses menyediakan atau membuat peta topografi
drpd gambar foto.
fototrof (Bio) organisma yg menggunakan cahaya suria sbg sumber tenaga
utk mensintesiskan sebatian organik.
fototropisme (Bio) pergerakan tumbuhan yg berlaku sbg gerak balas
terhadap rangsangan cahaya.
foya; berfoya-foya, foya-foya bersuka-suka, beria-ria, berpesta-pesta
(dgn menghabiskan masa dan wang): bekerja itu dapat
membendung hawa nafsu ~ yg timbul jua sesekali dlm hatinya;
kefoya-foyaan keadaan bersuka ria atau bersenang-senang:
pemerintahan tidak seharusnya berorientasikan kemewahan dan ~.
foyer ruang legar: pembayaran utk kad berkenaan sudah dibuat di ~
Dewan Syed Putra.
fragmen (fragmén) bahagian drpd sesuatu (novel, lakonan, peristiwa, dll),
petikan, penggalan: ia hanya berhasrat memaparkan ~-~ drpd
sesuatu peristiwa dan konflik.
fraksi IB kelompok yg terdiri drpd beberapa wakil rakyat dlm parlimen
(biasanya drpd satu parti).
fraktur (Ubat) patah (retak, pecah) tulang.
franc (frangk) (Perancis) unit mata wang yg standard bagi Perancis,
Belgium, Switzerland, dan negara-negara yg bertutur dlm bahasa
Perancis.
francais hak atau kebenaran istimewa yg diberikan (dgn syarat dan
bayaran tertentu) oleh syarikat induk (pemilik) kpd pengusaha utk
memasarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan;
memfrancaiskan memberikan francais sesuatu barangan atau
perkhidmatan kpd seseorang, syarikat dsb: syarikat itu merancang
utk ~ produk keluarannya kpd individu atau syarikat yg berminat.
francaisi orang (syarikat, firma dsb) yg diberi francais, pemegang
francais: ~ berpeluang menjalankan perniagaan dgn kaedah
pengurusan yg terbukti kejayaannya; syarikat itu menawarkan
peluang kpd mereka yg berminat menjadi ~ pasar raya mini
ikannya.
francaisor syarikat induk yg memberikan francais sesuatu barangan atau
perkhidmatan kpd pengusaha: ~ itu benar-benar ingin melihat
kejayaan semua francaisinya.
frankfurter sj sosej salai yg dibuat drpd daging kisar, biasanya
dihidangkan bersama-sama roti ban.
frasa kumpulan kata yg membentuk unit sintaksis sesuatu klausa.
fraseologi (fraséologi) (Lin) 1. cara menggunakan kata atau frasa dlm
tulisan atau lisan; 2. ungkapan yg digunakan oleh orang atau
kelompok tertentu spt nelayan atau pedagang.
fraud (Udg) pernyataan palsu yg dibuat utk mendapatkan faedah.
fraude IB penipuan, terutamanya dgn memalsukan sesuatu urusan supaya
dapat menggelapkan wang dsb.
Freemason ahli pertubuhan rahsia (disebut Free and Accepted Masons)
yg berikrar utk menjalinkan persaudaraan dan sikap saling
membantu antara sesama ahli dan menggunakan lambang tertentu
utk mengenali satu sama lain.
frekuensi (frékuensi) 1. perihal berulang-ulang (sesuatu gejala dll),
kekerapan: ~ penggunaan kata tersebut dlm sistem korpus DBP
adalah tinggi; 2. (Fiz) kadar getaran, ayunan, kitaran dsb yg
berlaku pd setiap saat bagi sesuatu fenomena yg berkala, biasanya
diukur dlm unit hertz: rangkaian PCN beroperasi menggunakan ~
rendah 1800 MHz ke atas;
~ ambang (Fiz) frekuensi cahaya yg paling rendah, yg dapat
mencetuskan kesan fotoelektrik pd permukaan logam tertentu; ~
audio (Fiz) frekuensi yg dapat didengar oleh telinga manusia (dlm
julat 20 - 20 000 hertz); ~ radio (Fiz) frekuensi yg digunakan utk
komunikasi atau siaran radio (dlm julat 10 kilohertz - 300 000
megahertz); ~ rendah (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio,
dlm julat 30 - 300 kilohertz, dgn jarak gelombang 1 - 10 meter; ~
tinggi (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 3 - 30
megahertz, dgn jarak gelombang 10 - 100 meter;
berfrekuensi mempunyai atau menggunakan frekuensi:
penggunaan alat perhubungan ~ tinggi membolehkan mereka
menghubungi kementerian atau polis.
frenologi (frénologi) kajian tentang bentuk dan saiz tengkorak seseorang
utk mengetahui perlakuan, kelakuan, kebolehan dsb.
Freon (fréon) kumpulan (jenama) sebatian yg digunakan sbg bahan
penyejuk dlm peti sejuk dsb.
fresko (frésko) (S.Lukis) 1. teknik membuat lukisan pd dinding atau siling
yg diplaster, dgn menggunakan cat air sebelum plaster itu
mengering; 2. lukisan yg dihasilkan dgn teknik 1. di atas.
fret (frét) (Muz) bilah penentu ruang nada pd alat muzik bertali, spt gitar
dan mandolin, utk mengawal nada bunyi yg dihasilkan.
frigat kapal perang peronda laju yg sederhana besarnya (biasanya
digunakan utk melindungi kapal-kapal lain).
frikatif (Lin) konsonan yg dihasilkan dgn bunyi geseran apabila udara
dipaksa keluar melalui saluran udara yg sempit, mis penghasilan
bunyi huruf S, Z dan F.
FRIM akronim bagi Forest Research Institute Malaysia (Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia).
friz (S.bina) jaluran reka bentuk, ukiran dsb yg terdapat di bahagian atas
dinding.
fros (Geog) 1. keadaan yg wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di
bawah takat beku (0C atau 32F) sehingga terbentuknya hablur air
yg halus-halus, ibun; 2. hablur ais yg halus-halus berwarna putih yg
melitupi permukaan tanah, objek dsb, yg terbentuk drpd embun atau
wap air yg beku, terutamanya pd waktu malam, ibun beku;
berfros dilitupi atau diselaputi fros: cermin tingkap rumahnya ~
kerana cuaca di luar sangat sejuk.
frugivor (Bio) haiwan yg makanan utamanya terdiri drpd buah-buahan.
fruktosa gula yg terdapat di dlm madu dan buah-buahan.
fuad Ar hati, kalbu; ~ al-zakiah hati yg jernih (dipakai dlm surat dll).
fucuk tauhu kering yg nipis.
fulkrum (Fiz) suatu tempat (titik) pd palang, jasad dll (sbg pengimbang,
penyokong dsb), sangga tuas.
fulus Ar 1. kepingan wang tembaga; 2. bp wang.
fundamental (fundaméntal) bersifat dasar, sangat penting, asas, pokok:
menaruh perhatian pd hubungan yg lebih ~ drpd hubungan yg
banyak nampak pd kulitnya.
fundamentalis (fundaméntalis) individu atau kumpulan, biasanya
pergerakan keagamaan yg berjuang mengembalikan cara hidup yg
asal menurut tuntutan agama.
fundamentalisme (fundaméntalisme) keakuran yg kuat terhadap sesuatu
ajaran (tuntutan agama atau tuntutan beragama): ~ Islam.
fungisid racun kulat.
fungivor (Bio) haiwan yg makanan utamanya terdiri drpd kulat.
fungsi 1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah
menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas,
peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia?;
berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM
mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~
kpd masyarakat;
fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn
analisis ~ itu amat berkesan.
fungsional yg mempunyai atau diberi tugas-tugas tertentu.
fungsionalisme prinsip dlm seni bina, reka bentuk dsb yg menekankan
bahawa bentuk sesuatu bangunan dsb hendaklah ditentukan oleh
fungsi dan kegunaannya: falsafah ~ boleh dikatakan berasal drpd
ungkapan Louis Sullivan, yakni reka bentuk mengikut kegunaan.
fungus kulat.
fuqaha Ar (jamak bagi faqih) orang yg ahli dlm ilmu fiqah: kebanyakan ~
Islam mengatakan bahawa tidak gugur cerai orang yg mabuk.
fur kep furlong.
furlong ukuran panjang yg bersamaan dgn 220 ela (1/8 batu atau 201
meter).
furqan Ar hal (benda) yg membezakan kebenaran drpd kepalsuan; al-F~
nama lain bagi al-Quran.
furuk Ar persoalan cabang dlm kewajiban agama: perbezaan pendapat
tentang jumlah rakaat solat tarawih itu bukanlah mengenai ajaran
pokok tetapi mengenai masalah ~.
furun Ar dapur (tempat membakar roti dll).
fusi IB 1. gabungan drpd beberapa pertubuhan (parti dll); 2. campuran
drpd larutan bermacam-macam benda yg menjadi satu.
fusili (ERT) sj mi Itali yg bentuknya berpintal-pintal.
fusta sl perahu (kapal); pusta.
futsal (Suk) sj permainan bola sepak yg terdiri drpd lima orang pemain
sepasukan, yg gelanggangnya sebesar gelanggang bola keranjang.
futur Ar sarapan.
futuris individu atau golongan yg cenderung melihat impian dan
pengertian masa depan melalui ciri-ciri kemajuan: ~ Islam mesti
menjadi golongan yg setanding dgn pejuang Islam klasik.
futurisme gerakan seni yg muncul di Itali pd tahun 1909 utk
menggantikan nilai estetik tradisional dgn ciri yg menekankan
penggunaan teknologi moden.
futuristik bkn idea yg mengarah (menuju) ke masa depan: rancangan
pembangunan itu haruslah lebih ~.

No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama