SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Wednesday, 3 September 2014

Cara-cara Menjaga Kesihatan

Kesihatan adalah anugerah yang tidak terhingga nilainya.Setiap manusia perlu menjaga kesihatan. Dengan kesihatan yang baik, kita dapat belajar, bekerja,beriadah, beribadah dan beraktiviti dengan sempurna. Badan yang sihat dapat menghasilkan otak yang cerdas.

Salah satu cara menjaga kesihatan adalah dengan cara bersenam. Dengan bersenam, jantung akan bergerak dengan baik.Peredaran darah dalam badan menjadi lebih lancar. Otot-otot badan akan menjadi lebih sihat. Senaman dapat membakar lemak berlebihan yang menjadi punca obesiti.Bersenam secara konsisten dapat mengekalkan kesihatan dan menghindarkan kita daripada terkena serangan jantung. Kita boleh berjoging, berjalan atau bermain dalam kumpulan kecil bagi mengeluarkan peluh.

Selain bersenam, kita juga perlu menjaga amalan pemakanan.Tubuh kita memerlukan makanan yang seimbang. Piramid makanan sangat penting bagi orang yang inginkan kesihatan tubuhnya kekal baik.Makanan berkhasiat dan makan mengikut waktu juga harus menjadi amalan.Badan yang kekurangan zat makanan akan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. Makanan berkhasiat mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral. Kekurangan salah satu daripada kandungan zat tersebut akan menyebabkan kita mudah diserang penyakit.

Selain daripada kesihatan fizikal, kita juga perlu menjaga kesihatan mental yang berkait rapat dengan emosi dan sikap. Kita harus sentiasa berfikiran positif dan meletakkan diri dalam keadaan riang dan tenang. Jangan panik apabila berhadapan dengan masalah.Kenalpasti puncanya dan cari penyelesaiannya.Sentiasa yakin kepada kebolehan diri dan ingatlah, setiap masalah ada penyelesaiannya.

Melibatkan diri dengan orang sekeliling kita juga sebahagian daripada cara menjaga kesihatan. Masyarakat sekitar mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan. Kita boleh berbual-bual dan berkongsi pengalaman dengan mereka bagi menghilangkan rasa bosan dan stres.Hubungan sosial yang baik disamping pegangan agama yang kuat mempunyai kesan yang besar dalam menangani masalah kesihatan.

Kesimpulannya kesihatan amat perlu dijaga. Tubuh yang sihat melahirkan otak yang cerdas. Otak yang cerdas akan membantu kita berfikir dan membuat keputusan dengan baik.


Nukilan: Aisyatussufiiah
Tahun 6 Cemerlang 2014.

No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama