SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Thursday, 4 September 2014

Sambutan Bulan Patriotisme Peringkat Sekolah

Saban tahun, menjelang 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan.Bermula pertengahan Julai hingga pertengahan bulan September akan diadakan perayaan Bulan Patriotisma. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Sepanjang tempoh tersebut Jalur Gemilang akan dikibarkan di merata tempat antaranya, di pejabat,sekolah, rumah kediaman, kedai-kedai dan bangunan kerajaan.

 Sekolah Kebangsaan Besout 3 tidak ketinggalan mengadakan Perayaan Bulan Patriotisma.Pelancaran perayaan tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Guru Besar, Encik Ahmad Zamri bin Abdul Rahim pada 1 Ogos yang lalu.Acara dimulakan dengan bacaan doa diikuti nyanyian lagu rasmi iaitu Lagu Negaraku dan lafaz ikrar oleh ketua pegawas.Nyanyian lagu 31 Ogos juga tidak ketinggalan.Acara diserikan lagi dengan deklamasi sajak kemerdekaan oleh Aisyatussufiah binti Badrol Hisham dan Nur Asyraf Hakimi bin Rizlan murid tahun 6 Cemerlang sejurus selepas acara perasmian. Menjelang petang, Jalur Gemilang di kibarkan di persekitaran sekolah.

Minggu berikutnya diadakan pula ceramah kemerdekaan oleh penceramah undangan, Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Musa salah seorang tokoh tempatan yang lahir sebelum merdeka.Dalam ceramahnya Tuan Haji Abdul Majid bercerita tentang detik-detik kemerdekaan dan susah payah perjuangan orang-orang terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan.Generasi hari ini sewajarnya berganding bahu tanpa mengira bangsa dan agama mempertahankan negara dan terus berusaha memajukannya agar rakyat dapat hidup aman dan harmoni.  

 Sehari sebelum menjelang tarikh keramat sebelum 31 Ogos 2014 diadakan sambutan Merdeka secara sederhana.Murid-murid dan warga sekolah mengibarkan Jalur Gemilang  sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik iaitu Tanggal 31, Satu Malaysia dan Jalur Gemilang di perhimpunan khas yang diadakan di dalam dewan.Pertandingan pidato juga diadakan.Murid-murid tahap dua menunjukkan bakat masing-masing.

 Hari kemuncak bulan patriotisma akan disambut pada 16 September nanti.Pertandingan koir patriotik dan persembahan khas oleh murid-murid tahap satu dan dua akan memeriahkan suasana.Penyampian hadiah kepada peserta yang berjaya menjadi johan dalam setiap acara yang dipertandingkan sepanjang Perayaan Bulan Patriotisma menjadi saat yang dinanti-nantikan.Pada tahun lalu,Tahun 6 Cemerlang membolot hadiah kelas yang paling ceria dan banyak mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang tempoh sambutan.Acara penutup akan disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum pada pukul 11.30 pagi dengan laungan "Merdeka" sebanyak tiga kali. 

Diharapkan aktiviti seperti ini akan terus diadakan pada setiap tahun agar jati diri dan semangat cintakan negara warga sekolah dapat dipupuk.Kibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang cintakan negara. “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”.

Nukilan: Aisyatussufiah
Tahun 6 Cemerlang 2014

1 comment:

  1. Karangan Yang bagus.... 👍👍👍
    Banyan membantu kepada calon -calon UPSR pads tahun ini

    ReplyDelete

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama