SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.

Monday 14 August 2023

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Aminuddin Baki 2023

 Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan

Seperti yang dirancang, pada hari ini, berlangsung majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan  sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 66 peringkat SK Aminuddin Baki,Slim River.

Majlis dimulakan dengan pearakan masuk barisan pentadbir diiringi paluan kompang. Diikuti nyanyian lagu Negaraku,Negeri Perak dan Lagu Sekolah.Pengacara majlis menyerikan  majlis dengan ucapan aluan serta serangkap pantun . Bacaan doa dipimpin oleh Alfadhil Ustaz Ahmad Dusuki sejurus kemudian.

Persembahan seni silat menjadi acara awal persembahan sebelum ucapan perasmian  oleh Guru Besar SK Aminuddin Baki, Puan Azuraniza bt Abu Samah.

Gimik pelancaran yang dipersembahkan oleh murid-murid dan guru PPKI mencuri perhatian. Tidak kurang hebat pentomen yang dipersembahkan oleh murid-murid Pra Sekolah. Beberapa buah lagu patriotik juga dinyanyikan sebelum majlis berakhir.

Sepanjang perayaan bulan kemerdekaan peringkat sekolah ini, beberapa aktiviti lain akan berlangsung.Antaranya pertandingan pidato,bercerita, pertandingan pakaian beragam,mewarna, melukis serta beberapa aktiviti lain sehinggalah acara kemuncak yang dijadualkan pada 15 September nanti.

Majlis hari ini turut disertai oleh  AJK PIBG SKAB, Pentadbir, guru-guru serta semua murid SK Aminuddin Baki. 
































Paparan lain akan menyusul, pastikan anda sentiasa berkunjung ke halaman ini.




Foto by Cg. Badr 2023

No comments:

Post a Comment

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama